Pemahaman Teks bahasa melayu

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/19/2019 Pemahaman Teks bahasa melayu

    1/14

    1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

    Pemahaman Teks

    Praktis PT3

     Pantun Dua Kerat (Nasihat) Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayatanda sendiri.

    Berapa jauh wujud dengan sifat,  Sejauh lutut dengan pelipat.

    Sarang semut dalam gelap,  Orang selimut selalu lelap.

    Hitam-hitam pucuk kawa,  Sungguh hitam dipandang lawa.

    Emas, perak, tembaga, suasa,  Malas bergerak tidak merasa.

    Buah sintang buah senikul,  Satu memegang satu memikul.

    (Dipetik daripada antologi

    Kuingin Berterima Kasih, halaman 5)

    (i) Berikan maksud rangkap kedua Pantun Dua Kerat (Nasihat).

    (ii) Nyatakan dua unsur bunyi yang terdapat dalam pantun tersebut.

    (iii) Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah hidup bekerjasama? KBAT  

  • 8/19/2019 Pemahaman Teks bahasa melayu

    2/14

      Bahasa Malaysia   Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks 

    2© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

    Praktis PT3 Syair Pohon Buluh 

    Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayatanda sendiri.

    Menara tinggi banyak bertingkat,Di sana tiada bilik bersekat,Tiada bertangga naik melekat,Mata mata menjaga segenap pangkat.

    Yang ada sedia panji-panji bendera,Hingga sampai ke kemuncak menara,Banyak ada ia bersaudara,Yang ada pula bersama gara.

    Selalu dipandang dilihat adanya,

    Tinggi rendah dijerat pangkatnya,Besar kecil ikat binanya,Terlalu kuat pula asasnya.

    Ikatnya licin di luar di dalam,Gelapnya di dalam seperti malam,Air tak tiris seperti kolam,Ikat tingkatnya tak nampak alam.

    (Dipetik daripada antologiKuingin Berterima Kasih, halaman 6)

    (i) Berdasarkan rangkap ketiga Syair Pohon Buluh, nyatakan cara-cara memupuk semangat perpaduandalam sesebuah masyarakat?

    (ii) Nyatakan tiga ciri syair berdasarkan syair tersebut.

    (iii) Pada pendapat anda, apakah akibat jika sesebuah masyarakat itu tidak mengamalkan nilai hidup bermasyarakat? KBAT

  • 8/19/2019 Pemahaman Teks bahasa melayu

    3/14

    Bahasa Malaysia   Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks

    3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

    Praktis PT3 Kita Umpama Sehelai Daun 

    Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayatanda sendiri.

    kita umpama sehelai daun bertunas segar dihujung rantinglalu melebar dan merimbuntempat bercanda unggas meriangdi bawah redup bebayang mentari

    andai kikir jasa dan baktidi mana lagi tempat bernaungdari tusukan bahang memijarunggar kecil tidak berkudrat

    kita umpama sehelai daun bakal kering sampai waktunyausahlah angkuh keupayaan dirisehingga lupa makhluk duafaingin bernaung mencari hidup

     jadilah sehelai daunhijau menunas menyegar matakering gugur menjadi baja

    (Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 11)

    (i) Berdasarkan rangkap pertama sajak Kita Umpama Sehelai Daun, nyatakan pendapat pengarangtentang manusia.

    (ii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.

    (iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita dituntut mengamalkan akhlak yang terpuji dalamkehidupan seharian? KBAT

  • 8/19/2019 Pemahaman Teks bahasa melayu

    4/14

      Bahasa Malaysia   Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks 

    4© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

    Praktis PT3 Kuingin Berterima Kasih 

    Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayatanda sendiri.

    Sesekali kuingin berterima kasihkepadamu hujan bagai tetamu jiwa pun menjadi dinginapi amarah menjadi terpadam.

    Sesekali kuingin menyemai budikepadamu tanah yang hidupkerana perutmu setia menghamilkanrezeki buat petani.

    Sesekali kuingin berbisik kepadamu

    ikan-ikan yang riangliar di belantara samuderakerana sudi membebaskan ceritanelayan tua di pondoknya.

    Sesekali kuingin kalungkan kagumkepadamu pejuang negarakerana tanganmu pernah berdarahdarah kesetiaan seorang wargakepada watan tercintanya.

    Sesekali kuingin pula menjadi bungamenebarkan keharumandi taman-taman keresahan hidupmenyerahkan keinsafankepada kangkuhan perang.

    Alangkah indahnya duniaandai semua merenungkekosongan hidup ini.

    (Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 12)

    (i) Berdasarkan sajak Kuingin Berterima Kasih, mengapakah penyajak ingin berterima kasih kepadahujan, tanah dan ikan?

    (ii) Nyatakan tiga nilai yang terdapat dalam sajak tersebut.

    (iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mempunyai jati diri? KBAT

  • 8/19/2019 Pemahaman Teks bahasa melayu

    5/14

    Bahasa Malaysia   Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks

    5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

    Praktis PT3  Aku 

    Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayatanda sendiri.

    Tidak ada manusia laindi pantai inikecuali diriku.

    Kususur pasir panjangsambil kubayangkanaku ini Adam.

    Hari inilah aku terciptadan pertama kali melihat

    laut, langit, dan pohon.

    Kelmarin aku belum adatidak terdengar olehku bunyi ombak itu.

    Tidak terasa olehkusentuhan angin ini bertiup di mana-mana.

    Bahkan aku tidak tahukulit kerang dan rupernah wujud di sini.

    Tuhanaku percaya Kau Pencipta

    kerana aku baru ada.

    (Dipetik daripada antologiKuingin Berterima Kasih, halaman 13)

    (i) Berdasarkan sajak Aku, apakah yang dilihat oleh penyajak di pantai itu?

    (ii) Nyatakan tema dan dua persoalan sajak tersebut.

    (iii) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan pencemaran laut? KBAT

  • 8/19/2019 Pemahaman Teks bahasa melayu

    6/14

      Bahasa Malaysia   Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks 

    6© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

    Praktis PT3 Kunci Bahasa 

    Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayatanda sendiri.

    Bahasa bermaruahtidak berbilur bahasa di lidah.

    Bahasa berbuah

    tidak kering bahasa diperah.

    Bahasa bersejarah

    tidak luput bahasa bertingkah.

    Bahasa berwasilah

    tidak putus jambatan ukhuwah.

    Bahasa berbudi sudahtidak lokek pada ummah.

    Bahasa begitu indah

    tidak habis berbahasa bermadah.

    (Dipetik daripada antologiKuingin Berterima Kasih, halaman 15)

    (i) Berdasarkan rangkap ketiga, keempat, dan kelima sajak Kunci Bahasa, apakah ciri-ciri bahasa yangdinyatakan oleh penyajak?

    (ii) Nyatakan dua gaya bahasa sajak tersebut.

     

    (iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa? KBAT

  • 8/19/2019 Pemahaman Teks bahasa melayu

    7/14

    Bahasa Malaysia   Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks

    7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

    Praktis PT3  Asal Padi 

    Baca prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya denganmenggunakan ayat anda sendiri.

      Berkata lagi tuannya, “Jikalau demikian, pergilah engkau bersama-sama dengan Si Tekuri. Jikalau nanti ternyata bahawa di bumi ada padi, maka Si Tekuri akan membunuhmu. Akan tetapisebaliknya jikalau di bumi masih belum ada padi, maka engkaulah yang membunuh Si Tekuri.”

      Setelah orang kayangan itu berkata demikian, maka berangkatlah Si Tekuri bersama-samadengan burung pipit itu untuk melihat apakah ada padi yang tumbuh di bumi? Mereka punsampailah di bumi dan ternyata bahawa laporan Si Burung Pipit itu tidak benar. Ternyata bahawadi bumi banyak padi yang tumbuh, bahkan sedang berbuah. Mereka bertengkar, lalu berlagalah burung tekuri dan burung pipit itu. Burung pipit itu kalah, kerana memang ia ada di pihak yangsalah. Kerongkongnya disepit keras-keras, hanya temboloknya yang berputar ke arah tengkuknya.Itulah mula sebabnya tembolok burung pipit itu ada di bahagian tengkuknya. Demikianlah cerita

    asal mulanya padi ada dan tumbuh di bumi kita ini.(Dipetik daripada prosa tradisional Asal Padi,

    antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 27 – 28)

    (i) Mengapakah Si Tekuri turun ke bumi?

    (ii) Nyatakan dua latar tempat dan contoh peristiwa yang terdapat dalam petikan tersebut.

    (iii) Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah membaca cerita asal usul? KBAT

  • 8/19/2019 Pemahaman Teks bahasa melayu

    8/14

      Bahasa Malaysia   Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks 

    8© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

    Praktis PT3 Oren 

    Baca cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayatanda sendiri.

      Sekarang dia hanya menunggu kepulangan Oren. Dia ingin mengotakan janjinya kepadadirinya dahulu sewaktu membawa Oren pulang. Dahulu, dia berjanji untuk memelihara Orenseperti anaknya sendiri. Janjinya itu adalah untuk menebus kesalahan dirinya yang mengakibatkanOren kehilangan ibunya. Segala egonya dahulu yang tidak membenarkan anak-anaknya memeliharakucing telah dipadamkan. Sebaliknya, dia yang membawa Oren pulang ke rumah.

      Tetapi dia tidak menyangka bahawa selepas kehadiran Oren dia akan membawa pulang Kelabusebagai sebahagian daripada ahli keluarganya. Kelabu ditemukan sewaktu anak kucing jantan itumengekorinya yang sedang menuju ke kereta dan hendak pulang ke rumah. Dia memungut Kelabuuntuk menjadi teman Oren bermain.

      Pada mulanya, dia menyamaratakan kasih sayangnya kepada kedua-duanya. Setelah diamelihat Kelabu menunjukkan reaksi yang lebih manja daripada Oren dan sering menarik perhatian,mereka sekeluarga lebih suka akan Kelabu. Oren yang lebih suka menyendiri dan pendiam semakintersisih.

    (Dipetik daripada cerpen Oren,antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 37)

    (i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, mengapakah ayah sekeluarga menyayangi Kelabu lebihdaripada Oren?

    (ii) Nyatakan dua perwatakan ayah berdasarkan petikan di atas.

    (iii) Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah memelihara binatang kesayangan? KBAT

  • 8/19/2019 Pemahaman Teks bahasa melayu

    9/14

    Bahasa Malaysia   Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks

    9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

    Praktis PT3 Hadiah (... atas kejayaan para guru menghasilkan Aku) 

    Baca cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayatanda sendiri.

      “Tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja,”  “Tak apa, akan saya belikan juga hadiah yang menarik.”

      Namun, sampai kini Azizah tidak tahu hadiah apa yang boleh dibelinya. Fikirannya buntu.Perasaannya menjadi hiba apabila memikirkan rakan-rakannya yang telah siap dengan hadiahmasing-masing. Mahal-mahal belaka. Yang menambahkan kerisauannya lagi ialah Sambutan HariGuru semakin hampir.

      Azizah membuka tabung arnabnya yang dihadiahkan oleh Abang Azman sebelum pergi keUniversiti Teknologi Mara setahun yang lalu. Azizah mengira wang yang terkumpul di dalamtabungnya. Wang yang ada belum cukup dua ringgit. Azizah selalu menggunakan wang tabungnyauntuk pelbagai belanja. Ini menyebabkan wang tabungnya tidak bertambah.

      Cukupkah dengan dua ringgit? Nak beli apa? Sapu tangan? Sehelai sapu tangan harganyadua ringgit lapan puluh sen. Azizah melihat sapu tangan yang berbunga orkid kecil itu di pekansewaktu dia keluar ke pasar malam minggu lalu. Untuk beli yang paling murah, Azizah berasamalu, takut diejek oleh Hamidah nanti.

      “Nak beli apa? Kalau majalah, cikgu selalu baca di pusat sumber, lagipun majalah juga mahal.Harganya tiga ringgit lima puluh sen senaskhah. Nak beli apa ya?” fikir Azizah.

    (Dipetik daripada cerpen Hadiah…(atas kejayaan para guru menghasilkan Aku),antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 46)

    (i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, mengapakah Azizah sangat risau?

    (ii) Nyatakan tiga teknik plot yang terdapat dalam petikan tersebut.

    (iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang murid itu dapat mengambil hati guru? KBAT

  • 8/19/2019 Pemahaman Teks bahasa melayu

    10/14

      Bahasa Malaysia   Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks 

    10© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

    Praktis PT3 Kuih Bakul Limau Mandarin 

    Baca cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayatanda sendiri.

      “Dia anak kita,” Sim Pau membalas.  “Dia bukan anak aku,” Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan. Begitu keras diamenyatakan bahawa Lim Meng bukan anaknya, bukan daripada benih yang disemainya bersama-sama dengan Sim Pau. Dia yang berada di atas kerusi malas terus menggerakkan kerusi itu. Bebolamatanya sedikit pun tidak menangkap wajah Sim Pau yang sedang bercakap dengannya.

      Sim Pau seakan-akan terkunci mulutnya. Air matanya sudah tiada nilai lagi bagi Lim Pooi.Sedikit pun air mata itu tidak dapat menyejukkan hati Lim Pooi. Lim Pooi memang berhati kering.Dia tidak mudah tersentuh dengan hidangan air mata yang melimpah-ruah.

      “Anak aku dah meninggal dunia.” Ketika Lim Pooi mengeluarkan kata-kata itu ada nadasebu menyerbu hatinya. Sim Pau dapat merasainya.

      “Sejak dia lahir, semuanya jadi haru-biru. Perniagaan aku lingkup. Banyak kecurian yang berlaku. Hidup aku tak tenang dan kerana dialah Lim Foong meninggal dunia.” Walau apa-apapun, Lim Pooi tetap menyalahkan Lim Meng.

    (Dipetik daripada cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin,antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 55 – 56)

    (i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, mengapakah Lim Pooi tidak mengaku Lim Meng itu anaknya?

    (ii) Nyatakan tiga gaya bahasa yang terdapat dalam petikan tersebut.

    (iii) Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan negatif mempercayai tilikan? KBAT

  • 8/19/2019 Pemahaman Teks bahasa melayu

    11/14

    Bahasa Malaysia   Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks

    11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

    Praktis PT3 Hadiah 

    Baca drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayatanda sendiri.

    HAYATI: (Bersalaman dengan ibu dan datuknya) Apa khabar, mak? Apa khabar, tuk? Ada mak terimasurat Yati?

    FAUZIAH: Ada, Yati. Sudahkah kamu memberitahu guru asrama bahawa kamu hendak balikhari ini?

    HAYATI: Sudah, mak. Yati sudah memberitahunya dan Yati telah menceritakan segala-galanya.

    PAK MAIL: Eloklah begitu, Yati. Kamu mesti memberitahu guru asrama, kalau tidak, susah pulaorang di sana. Tentang hal persekolahan, janganlah kamu bimbang. Datuk akan ikhtiarkan.

    HAYATI: Adakah peluang Yati untuk meneruskan pelajaran di sekolah itu, tuk?

    PAK MAIL: Tuk akan ikhtiarkan, Yati. Pada pagi tadi tuk sudah berjumpa dengan Datuk Penghulu.Tuk terangkan masalah kita.

    HAYATI: Di sekolah pun Yati sudah memberitahu Guru Besar, tuk. Beliau telah berjanji untukmenolong Yati.

    PAK MAIL: Bagulah, Yati. Moga-moga Tuhan akan menolong kita.

    FAUZIAH: Pergilah masuk, Yati. Tukar pakaian itu. Kalau engkau lapar, nasi ada di dapur.

    HAYATI: Mak dan datuk sudah makan?

    FAUZIAH: Datuk kamu sudah makan tadi. Kalau kamu nak makan, makanlah dulu. Mak akanmakan kemudian.

    (Dipetik daripada drama Hadiah,antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 70 – 71)

    (i) Berdasarkan petikan drama di atas, apakah usaha-usaha yang dilakukan untuk meneruskanpersekolahan Hayati?

    (ii) Nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam petikan tersebut.

    (iii) Pada pendapat anda, apakah kebaikan tinggal di asrama? KBAT

  • 8/19/2019 Pemahaman Teks bahasa melayu

    12/14

      Bahasa Malaysia   Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks 

    12© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

    Praktis PT3Novel

     Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

    (i)  Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia(ii)  Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini

    (iii)  Formula Termodinamik  karya Obasiah Haji Usman(iv)  Sejambak Bakti karya Rejab F.I

      1.  Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, nyatakan tema dan contoh-contoh peristiwa yangmenunjukkan tema novel tersebut.

     

    2.  Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, nyatakan tiga persoalan dan contoh-contoh yangsesuai bagi setiap persoalan tersebut.

     

  • 8/19/2019 Pemahaman Teks bahasa melayu

    13/14

    Bahasa Malaysia   Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks

    13 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

      3.  Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, huraikan tiga contoh peristiwa yang menggambarkansifat yang terdapat dalam diri watak utama.

      4.  Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, pilih satu watak sampingan dalam novel tersebutdan huraikan tiga perwatakannya.

  • 8/19/2019 Pemahaman Teks bahasa melayu

    14/14

      Bahasa Malaysia   Ting. 1 KBSM  Pemahaman Teks 

    14© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

      5.  Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, huraikan tiga latar masyarakat yang terdapatdalam novel tersebut. Berikan satu contoh peristiwa bagi setiap latar masyarakat tersebut.

      6.  Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan tiga latar tempat berserta peristiwa yang berlaku disitu.