4
PEGAWAI PENERANGAN S41 (Pegawai penerangan ialah jawatan bagi Kementerian Penerangan Malaysia) Deskripsi Tugas : Bertanggungjawab menguruskan sidang akhbar, draf kenyataan akhbar, nota-nota taklimat dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran, laporan tahunan dan bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian /Jabatan. Bagi kementerian kesihatan, tugas-tugasnya ialah bertanggungjawab merancang, melaksana , menyelaras dan menilai progaram-progaram pendidikan kesihatan dan menilai program-program pendidikan kesihatan dan menilai penggunaan media dan alat pandang dengar serta bertanggungjwab sepenuhnya ke atas penyelengaraan bahagian ‘non print’ Pusat Pendidikan Kesihatan dan Komunikasi termasuk unit bergerak. Pegawai penerangan mempunyai beberapa fungsi dan skop utama. Ia termasuklah Aspek kewangan dan personel, aspek operasi, aspek perancangan, aspek penyelidikan dan pembangunan dan aspek latihan. Skop Fungsi Tugas Pegawai Penerangan di Kementerian Penerangan Aspek kewangan dan personel (a) Melaksanakan perbelanjaan mengurus tahunan bahagian, negeri dan daerah; (b) Menyediakan belanjawan mengurus tahunan; (c) Menjadi penilai bagi pergerakan gaji tahunan pegawai; (d) Mengurus hal ehwal urusan perkhidmatan dan kursus pegawai;dan (e) Memastikan semua arahan dan pekeliling dipatuhi dan dilaksanakan Aspek operasi (a) Menyediakan rangka kerja kempen dan pementukan networking; (b) Menyediakan dan merangka polisi /dasar di peringkat Jabatan yang berkaitan dengan aktiviti penyebaran maklumat mengenai falsafah, dasar dan wawasan Negara melalui pendekatan komunikasi bersemuka, media cetak dan elektronik;

PEGAWAI PENERANGAN S41 - Psikologi Transformasi … dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran, laporan tahunan dan ... Lulus B.M (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PEGAWAI PENERANGAN S41 - Psikologi Transformasi … dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran, laporan tahunan dan ... Lulus B.M (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM

PEGAWAI PENERANGAN S41(Pegawai penerangan ialah jawatan bagi Kementerian Penerangan Malaysia)

Deskripsi Tugas :

Bertanggungjawab menguruskan sidang akhbar, draf kenyataan akhbar, nota-nota taklimat dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran, laporan tahunan dan bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian /Jabatan.

Bagi kementerian kesihatan, tugas-tugasnya ialah bertanggungjawab merancang, melaksana , menyelaras dan menilai progaram-progaram pendidikan kesihatan dan menilai program-program pendidikan kesihatan dan menilai penggunaan media dan alat pandang dengar serta bertanggungjwab sepenuhnya ke atas penyelengaraan bahagian ‘non print’ Pusat Pendidikan Kesihatan dan Komunikasi termasuk unit bergerak.

Pegawai penerangan mempunyai beberapa fungsi dan skop utama. Ia termasuklah Aspek kewangan dan personel, aspek operasi, aspek perancangan, aspek penyelidikan dan pembangunan dan aspek latihan.

Skop Fungsi Tugas Pegawai Penerangan di Kementerian Penerangan

Aspek kewangan dan personel

(a) Melaksanakan perbelanjaan mengurus tahunan bahagian, negeri dan daerah;(b) Menyediakan belanjawan mengurus tahunan;(c) Menjadi penilai bagi pergerakan gaji tahunan pegawai;(d) Mengurus hal ehwal urusan perkhidmatan dan kursus pegawai;dan (e) Memastikan semua arahan dan pekeliling dipatuhi dan dilaksanakan

Aspek operasi

(a) Menyediakan rangka kerja kempen dan pementukan networking;

(b) Menyediakan dan merangka polisi /dasar di peringkat Jabatan yang berkaitan dengan aktiviti penyebaran maklumat mengenai falsafah, dasar dan wawasan ! Negara melalui pendekatan komunikasi bersemuka, media cetak dan elektronik;

Page 2: PEGAWAI PENERANGAN S41 - Psikologi Transformasi … dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran, laporan tahunan dan ... Lulus B.M (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM

(c) Memastikan pelaksanaan program dan aktiviti di peringkat negeri, bahagian dan daerah dijalankan mengikut prosuder yang telah ditetapkan; dan (d) Memastikan segala perancangan dan pelaksanaan program, aktiviti yang dirancang di peringkat, negeri dan daerah dilaksanakan.

Aspek perancangan

(a) Melaksnakan program dan aktiviti di peringkat kebanggsaan, negeri dan daerah melalui komunikasi bersemuka, perhubungan awan dan komunikasi visual;!(b) Menyelaras dan mengawal selia program dan aktiviti penyebaran maklumat di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan antarabangsa;!(c) Melaksanakan secara bersepadu program dan aktiviti mengenai dasar-dasar ! kerajaan kepada rakyat yang berbilang kaum bagi memupuk semangat cintakan Negara;!(d) Melaksanakan program dan aktiviti untuk memupuk persefahaman dan keharmonian rakyat melalui rangkaian agen perubahan mengikut kualiti dan keutamaan Jabatan ; dan!(e) Menjalankan aktiviti dan perancangan strategik berkenaan perhubungan awam, media dan publisiti.

Aspek penyelidikan dan pembangunan

(a) Menilai dan memperkukuhkan rangkaian strategi , program dan aktiviti bahagian, negeri dan daerah ke arah memenuhi keperluan stakeholder dan kumpulan sasaran;!(b)Mengkaji, menggubal dan menilai maklum balas mengenai pelaksanaan program dan aktiviti dalam bidang penerangan;!(c) Membangunkan sistem rangkaian dan jaringan penyebaran maklumat dan pengumpulan maklum balas secara sistematik;!(d) Menilai, menyelidik dan membangunkan pelan strategi dan program gerak saraf dilaksanakan secara bersepadu selaras dengan perubahan dan persekitaran semasa;dan!

Page 3: PEGAWAI PENERANGAN S41 - Psikologi Transformasi … dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran, laporan tahunan dan ... Lulus B.M (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM

(e) Menilai, merancang startegi dan program pemantauan dan perisikan terhadap pendapat dan maklum balas awam mengenai isu-isu semasa sama ada di peringkat kebangsaan, bahagian, negeri dan daerah.

Aspek latihan

(a) Menjalankan program latihan kepada kakitangan bahagian, negeri dan daerah mengikur keperluan dan kemahiran;!(b) Melaksanakan program keperluan tenaga manusia Jabatan agar mencapai matlamat dan objektif Jabatan;!(c) Merangka program latihan kakitangan mengikut perkembangan semasa; dan!(d) Mengkaji keperluan dan permintaan program latihan kakitangan di bawah Dasar Latihan.

Jadual Gaji :! P1T1 RM1688.89-P1T27 RM 4638.89! P2T1 RM1783.51-P2T27 RM 4917.16! P3T1 RM 1882.31-P3T27 RM 5219.23

Syarat Lantikan:

i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diikitiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diikitiraf setaraf dengannya [Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T1]; atau

ii) Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setarat dengannya; [Gaji permulaan ialah pada Gred S41:P1T3; atau

iii) Ijazah Sarjana MUda Kemasyarakatan dengan kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T3]; atau

iv) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; [Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T3; dan

Page 4: PEGAWAI PENERANGAN S41 - Psikologi Transformasi … dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran, laporan tahunan dan ... Lulus B.M (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM

!v) Lulus B.M (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang Komunikasi Massa, Sain Kemasyarakatan, Sains Sosial dan Pembangunan Sumber Manusia bergantung kepada keperluan agensi].

Ikhlas daripada:

Cr. Zainal Rashid bin IsaKaunselor Kerjaya Berdaftar (K.B, P.A)www.zainalrashid.NET/rujukan-temuduga

PENTING!

Saya mengesyorkan anda yang melalui proses temuduga atau dalam proses pencarian kerja, sentiasa merujuk kepada kaunselor yang berdaftar dan sentiasa berhubung dengannya dengan cara yang sesuai seperti blog atau facebook. Banyak tips dan nasihat berguna boleh anda dapat daripadanya.

Anda tidak cukup hanya membaca buku atau ebook semata-mata, hubungi kaunselor pilihan anda untuk bertanya secara terus permasalahan atau persoalan yang bermain dalam fikiran dan dapatkan pandangan beliau dalam menghadapi alam perkerjaan nanti.

--------------------------------------------------------------------------------- => Hubungi saya melalui : www.facebook.com/kaunselorkerjaya

www.zainalrashid.NET/rujukan-percuma