Pecutan Akhir PT3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

-

Citation preview

PowerPoint Presentation

PECUTAN AKHIR PT3 2015Cara Menulis UlasanBaca dan fahami petikan dengan telitiGariskan idea utama/Senaraikan idea utamaMaknanya dalamn ulasan perlu ada 3 isi tersurat dan 2 isi tersirat.Isi tersirat wujud dengan mencungkil idea sendiri yang berlawanan dengan isi tersurat ataupun penambaikan pada isi tersurat.Ulasan di tulis dalam satu perenggan

Belakangan ini sering berlaku kemalangan di negara kita. Antara punca utama kemalangan tersebut adalah disebabkan kecuaian pemandu. Tamsilnya, terdapat pemandu yang memandu kenderaan sambil menggunakan telefon bimbit. Selain itu, kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik akan menyebabkan berlakunya kerosakan pada kenderaan tersebut.Sebagai contoh, terdapat pemilik kenderaan yang masih menggunakan tayar yang haus dan tidak menggantikannya dengan tayar yang baru.Seterusnya, keadaan jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik juga menyebabkan kenderaan tidak dapat dikawal dengan baik hingga menyebabkan kemalangan. Akhir sekali, faktor kelemahan penguatkuasaan seperti lambat menjejaki mereka yang sering melanggar peraturan jalan raya menyumbang kepada peningkatan kemalangan di jalan raya.

( 100 patah perkataan )

Teknik menjawabnyajuga saya kira sudah dipraktikkan dengan berkesan. Bagaimanapun, suka saya ingin berkongsi tentangformula atau teknik menjawab Bahagian Cini. Murid boleh menggunakanformula atau teknik KASSDAseperti di bawah.

Formula atau Teknik Mudah KASSDA

i. Situasi/keadaan masa kini yang boleh dikaitkan terhadap isu K ii. Seterusnya.. S iii. Selain itu S iv. Di samping itu. D v. Akhir sekali . A

BAHAGIAN C [15 markah] Lihat gambar papan iklan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

CARA-CARA MENCEGAH DEMAM DENGGI Cadangan jawapan: Isi Tersurat: 1. Membersihkan kawasan rumah pada setiap hujung minggu. 2. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas takungan air. 3. Menghapuskan tempat pembiakan Aedes. 4. Mendapatkan rawatan segera jika ada tanda-tanda dijangkiti denggi. 5. Memperuntukkan masa sepuluh minit setiap minggu untuk membersihkan kawasan rumah. 6. Memeriksa kawasan rumah.

Isi Tersirat: 1. Kehidupan akan lebih bermakna apabila keadaan persekitaran bersih dan ceria. 2. Persekitaran yang bersih akan mengelakkan kita daripada terkena penyakit berjangkit / selamat didiami. 3. Tutup rapat semua bekas menyimpan air. 4. Tukar air dan bersihkan bekas bunga setiap minggu. 5. Cuci dan sental hingga bersih piring alas pasu bunga untuk menghapuskan telur nyamuk Aedes setiap minggu 6. Dapat membersihkan persekitaran rumah. 7. Melahirkan ahli keluarga yang bebas daripada penyakit. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3. i) 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim ii) Merenang Gelora karya Ruslan Ngah iii) Cempaka Putih Untukmu karya Rohani Deraman

Sikap positif watak utama dalam sesebuah novel wajar diteladani. Buktikan pernyataan di atas berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji. [10 markah] WATAK UTAMA PENYATAAN SIKAP POSITIF HURAIAN / CONTOH / PERISTIWA Hartini

Berani berhadapan dengan seorang yang degil. Hartini berani memujuk Pak Morit yang degil supaya bersetuju agar Satiah dirawat di hospital. 2. Tabah menghadapi dugaan. Hartini menerima kehilangan rakan karibnya iaitu Satiah dengan tabah. Dia berjanji tidak akan menangis lagi. 3. Penyayang terhadap kawan baiknya. Hartini sangat menyayangi rakanya Satiah. Buktinya sewaktu Satiah meninggal dunia Hartini pengsan. 4. Rajin menuntut ilmu Hartini seorang pelajar yang bijak kerana dia telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR iaitu 7A 1B. 5. Keikhlasan dalam persahabatan. Hartini telah berkawan baik dengan Satiah walaupun mereka berbeza kaum. Hal ini demikian kerana Satiah berketurunan orang asli. Novel Cempaka Putih karya Rohani Deraman. 10Sebagai RenunganSemangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.Ketabahan memerlukan keyakinan.Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Sekian