21
1.0 PENGENALAN Bahagian ini menghuraikan latar belakang dan definisi konsep kajian. 1.1 Latar Belakang Laras bahasa bermaksud gaya dan penggunaan sesuatu bahasa digunakan. Laras bahasa wujud akibat situasi sosial yang berlainan. Seseorang anggota masyarakat dapat menggunakan beberapa laras mengikut situasi sosial yang berlainan. Seseorang penutur akan mengubah larasnya bergantung kepada situasi, topik yang dibincangkan, tujuan perbincangan dan pendengar sama ada secara lisan atau tulisan. Bahasa Melayu Klasik ialah Bahasa Melayu yang digunakan pada abad ke-14 hingga abad ke-19. Bahasa Melayu ini berkembang pesat pada Zaman Kerajaan Melayu Melaka, kemudiannya berpindah ke Acheh dan berakhir ke Johor-Riau. Bahasa Melayu klasik mempunyai pengaruh dengan bahasa pinjaman yang lain seperti Bahasa Arab. Penggunaan Bahasa Istana kerap digunakan dalam struktur Bahasa Melayu Klasik. Bahasa Melayu Klasik juga sering menggunakan kata pangkal ayat dan menggunakan ayat majmuk yang panjang, susunan ayat songsang dan penggunaan ayat pasif. 1.2 Definisi Konsep Menurut Prof. Emeritus Dr. Asmah Haji Omar melalui buku Bahasa Malaysia Saintifik (1987), yang dimaksudkan dengan laras bahasa ialah ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. 1

pbs bm.docx

Embed Size (px)

Citation preview

1.0 PENGENALANBahagian ini menghuraikan latar belakang dan definisi konsep kajian.1.1 Latar BelakangLaras bahasa bermaksud gaya dan penggunaan sesuatu bahasa digunakan. Laras bahasa wujud akibat situasi sosial yang berlainan. Seseorang anggota masyarakat dapat menggunakan beberapa laras mengikut situasi sosial yang berlainan. Seseorang penutur akan mengubah larasnya bergantung kepada situasi, topik yang dibincangkan, tujuan perbincangan dan pendengar sama ada secara lisan atau tulisan.Bahasa Melayu Klasik ialah Bahasa Melayu yang digunakan pada abad ke-14 hingga abad ke-19. Bahasa Melayu ini berkembang pesat pada Zaman Kerajaan Melayu Melaka, kemudiannya berpindah ke Acheh dan berakhir ke Johor-Riau. Bahasa Melayu klasik mempunyai pengaruh dengan bahasa pinjaman yang lain seperti Bahasa Arab. Penggunaan Bahasa Istana kerap digunakan dalam struktur Bahasa Melayu Klasik. Bahasa Melayu Klasik juga sering menggunakan kata pangkal ayat dan menggunakan ayat majmuk yang panjang, susunan ayat songsang dan penggunaan ayat pasif.1.2 Definisi KonsepMenurut Prof. Emeritus Dr. Asmah Haji Omar melalui buku Bahasa Malaysia Saintifik (1987), yang dimaksudkan dengan laras bahasa ialah ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya.Selain itu, menurut Nik Safiah Karim melalui kajian ahli bahasa barat (1989), gaya atau cara penggunaan sesuatu laras bermaksud variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi bahasa yang ada pada tiap-tiap penutur.Menurut Abdullah Hassan (1989) dalam bukunya Isu-isu Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (1987), Pemakaian laras bahasa yang sesuai dianggap pengolahan bahasa yang baik. Selain itu, beliau menjelaskan bahawa lazimnya bahasa yang digunakan untuk membicarakan sesuatu perkara ada hubungan dengan perkara yang hendak dibincangkan.

2.0 OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini bertujuan untuk:(a) menyenaraikan perkataan-perkataan laras bahasa melayu klasik dari bab 6, buku Sulalatus Salatin penyelenggaraan A. Samad Ahmad;(b) mengkategorikan perkataan-perkataan laras bahasa melayu klasik dari bab 6, buku Sulalatus Salatin penyelenggaraan A. Samad Ahmad mengikut golongan kata;(c) menterjemah perkataan-perkataan laras bahasa melayu klasik dari bab 6, buku Sulalatus Salatin penyelenggaraan A. Samad Ahmad;(d) menghuraikan nilai murni dari bab 6, buku Sulalatus Salatin penyelenggaraan A. Samad Ahmad.

3.0 KEPENTINGAN KAJIANHasil kajian ini adalah untuk :(a) menjadikan panduan dalam pengajaran dan pembelajaran mengenai laras klasik dalam novel berkenaan yang dikaji.(b) menambahkan bahan kajian yang sedia ada dan(c) memberikan kesedaran kepada generasi muda tentang kepentingan penggunaan laras klasik dalam penyampaian mesej yang berkesan kepada semua lapisan masyarakat tidak mengira muda mahupun tua.

4.0 SKOP KAJIANKajian ini akan mengkaji penggunaan Laras Bahasa Melayu Klasik sahaja. Laras Bahasa Melayu Klasik ialah bentuk yang terhasil daripada gaya cipta atau gabungan di antara cetusan imaginasi daripada penulisan asal bagi sesebuah kitab kuno. Kajian ini akan tertumpu kepada penggunaan Laras Bahasa Melayu Klasik dalam sesebuah buku rujukan ilmiah yang merangkumi ciri-ciri Laras Bahasa Melayu Klasik seperti penggunaan kata-kata kreatif dan klasik, gaya bahasa dan nilai murni.

5.0 BATASAN KAJIANKajian ini terbatas kepada penggunaan laras klasik dalam buku Sulalatus Salatin, penyelenggara A.Samad Ahmad. Kajian hanya tertumpu pada bab 6 sahaja. Kajian ini akan mengkaji perkataan-perkataan bahasa melayu klasik dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam buku Sulalatus Salatin. Kajian ini akan menjawab objektif kajian yang dinyatakan pada awal kajian ini dilakukan.

6.0 KAEDAH KAJIAN Kajian ini dilakukan dengan hanya menggunakan data sekunder sahaja. Data sekunder untuk hasil kajian ini adalah diperolehi daripada sumber internet, merujuk buku-buku yang berkenaan seperti buku Sulalatus Salatin dan buku Laras Bahasa. 6.1 Mengumpul Data Data sekunder ialah sumber data penelitian yang diperoleh peneliti secara tidak langsung melalui media perantara. Data sekunder diperolehi dari perpustakaan awam dan sekolah. Data-data penting termasuklah buku rujukan yang mempunyai kaitan dengan kajian yang dilakukan. Selain itu, kaedah ini juga dijalankan menggunakan bahan-bahan media seperti internet untuk mendapatkan maklumat tambahan yang berkaitan tentang kajian ini. 6.2 Teknik Penganalisaan DataKaedah deskriptif dalam bentuk carta, jadual dan keratan teks yang telah digunakan untuk menganalisis data yang telah dikumpul.Analisis data telah dilakukan selepas memperoleh data sekunder daripada buku Sulalatus Salatin , penyelenggaraan A. Samad Ahmad (2013). Data yang diperolehi akan disahkan, disunting dan ditukar kepada analisis bentuk huraian bagi mencapai tahap analisis yang tepat. Hasil data yang dikehendaki telah dipersembahkan dalam bentuk esei. Kaedah analisis data yang digunakan adalah dengan menggunakan rumusan data.

7.0 DAPATAN KAJIANBahagian ini mengupas hasil dapatan kajian tentang Laras Bahasa Melayu Klasik dari Bab 6, Buku Sulalatus Salatin penyelenggaraan A. Samad Ahmad.7.1 Menyenaraikan perkataan-perkataan laras Bahasa Melayu klasik dari Bab 6, Buku Sulalatus Salatin penyelenggaraan A. Samad Ahmad.Bil.Perkataan

1Al-kasih

2Hatta

3Paman

4Masyghul

5Herot

6Syahadan

7Singsing

8Ratna

9Mustaed/ Mustaid

10Genta

11Gemerencing

12Semayan

13Papas

14Semu

15Santap

16Murka

17Gharib

18Dinihari

19Hurus

20Kedal

Berikut merupakan 20 perbezaan perkataan yang dipilih daripada Bab 6, Buku Sulalatus Salatin penyelenggaraan A. Samad Ahmad. Kesemuanya merupakan perkataan Bahasa Melayu klasik yang telah digunakan di dalam Buku Sulalatus Salatin.Ada di antara perkataan-perkataan ini masih digunakan sehingga ke hari ini. Contoh: herot, gemerencing, semayan, semu, santap dan murka. Kebanyakan perkataan ini merupakan Bahasa Istana yang sering digunakan dalam zaman kesultanan dahulu.Terdapat juga perkataan-perkataan yang jarang digunakan pada masa kini,contoh: Al-kisah, hatta, paman, masyghul, syahadan, singsing, ratna, mustaed/ mustaid, genta, papas, gharib,dinihari, hurus dan kedal.

7.2 Mengkategorikan perkataan-perkataan Bahasa Melayu klasik dari Bab 6, Buku Sulalatus Salatin penyelenggaraan A. Samad Ahmad mengikut golongan kata.

7.3 Menterjemahkan perkataan-perkataan Bahasa Melayu klasik dari Bab 6, Buku Sulalatus Salatin penyelenggaraan A.Samad AhmadBilPerkataanTerjemahan

1Al-kisahCeritanya (penggunaan di awal ayat)

2HattaSelepas itu (penggunaan di awal ayat)

3PamanPak cik, bapa saudara

4herotTidak lurus

5MasyghulBerasa sedih, berdukacita

6SyahadanSelanjutnya (penggunaan di awal ayat atas bab)

7SingsingMenggulungkan supaya pendek, hilang atau lenyap dari pandangan

8RatnaIntan, permata yang cantik

9Mustaed/ mustaidSiap sedia, lengkap

10GentaAlat berongga seperti cawan yang diperbuat daripada logam dan berbunyi dengan kuat lagi nyaring apabila dipukul, loceng besar seperti di gereja dan loceng kecil seperti di leher lembu

11GemerencingBunyi seperti rantai besi atau loceng kecil yang bersentuhan.

12SemayanDuduk di atas takhta atau singgahsana, berkediaman

13PapasBerselisih

14SemuBukan sebenarnya, tipu daya

15SantapMakan atau minum (istilah kerabat diraja)

16MurkaMarah, meradang

17GharibAneh, luar biasa

18DinihariWaktu ketika fajar menyinsing

19HunusMencabut (keris)

20KedalPenyakit kulit yang menyebabkan kulit berbelang-belang atau bertelau-telau

Kesemua terjemahan ini dirujuk daripada Kamus Pelajar Cetakan Ke-12 yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kebanyakan terjemahan diambil daripada terjemahan yang nyata, khusus dan ringkas. Ada di antara perkataan yang diterjemahkan dalam bentuk huraian seperti genta, gemerencing dan kedal. Hal ini kerana perkataan ini merupakan perkataan yang merujuk secara terus kepada subjek yang dirujuk. Ada di antara perkataan yang disenaraikan diterjemahkan dan digunakan secara khusus dalam Bahasa Istana seperti semayan, santap dan murka.

7.4 Menghuraikan nilai-nilai dari bab 6 buku Sulalatus Salatin, penyelenggara A.Samad Ahmad 7.4.1 BersimpatiHatta berapa lamanya, ada seorang penyadap pergi bermain ke laut dengan perempuannya, Setelah ia datang ke Pantai Bengawan, maka dipapan perahu, terlalu baik rupanya. Maka budak itu diambilnya lalu dinaikkan ke perahunya. Dilihatnya budak itu tiada khabarkan dirinya, daripada lama di dalam laut, tiada makan dan tiada minum air kerana Sebelum ajal belum mati ; seperti kata Ali Karrama IIahu wajhahu, La mauta illa bilajali; yakini tiada mati melainkan dengan ketikanya. Maka oleh si penghadap dititikan air kanji ke mulut budak itu;budak itu pun membuka matanya, dilihatnya dirinya di atas perahu. Maka oleh si penyadap budak itu dibawanya kembali ke rumahnya dipelihara dengan sepertinya. ( halaman 112 )Petikan ini telah menceritakan tentang seorang nelayan yang telah menemui seorang budak di atas sebatang papan perahu dan budak itu mempunyai paras rupa yang baik. Lalu Si Nelayan tersebut telah menaikkan budak tersebut ke atas perahunya. Budak tersebut tidak sedarkan diri kerana telah lama hanyut di laut, dia juga telah pengsan kerana tidak makan dan tidak minum ketika ditemui oleh nelayan tersebut. Si Nelayan tersebut pun telah menitikkan air kanji ke mulut budak tersebut dan barulah budak itu tersedar dan menyedari bahawa dirinya di atas perahu. Melihatkan keadaan budak itu, Si Nelayan tersebut pun telah membawa budak itu pulang ke rumahnya dan menjaga budak itu.Dalam petikan ini, kita dapat melihat bahawa nilai murni bersimpati ini telah ditunjukkan oleh Si Nelayan(penyadap) yang telah cuba menyelamat dan menjaga budak yang ditemuinya di laut. Beliau juga menawar hatinya untuk menjaga budak yang tidak sedarkan diri itu seperti menjaga anaknya. Sikap Si Nelayan ini tadi dapat menggambarkan bahawa terdapat unsur simpati dalam perbuatannya.

7.4.2 Cerdik, pandai dan bijaksanaMaka orang jawa itu pun kemalu-maluan, lalu ia mengamuk dengan golok Sunda. Maka orang pun banyaklah mati ditikamnya, seorang pun tiada dapat mengembari dia. Maka orang pun gemparlah berlarian ke sana dan ke mari. Maka Hang Tuah dititahkan Sultan Mansur Syah mengembari Jawa mengamuk itu, maka Hang Tuah pun menyembah, lalu ia segera mendapatkan Jawa yang mengamuk itu, dan Hang Jebat dan Hang Kasturi mengikut dari belakang, hendak melihat Hang Tuah mengembari Jawa mengamuk itu.Setelah Jawa itu melihat Hang Tuah, lalu diusirnya, maka Hang Tuah berpura-pura lari dan kerisnya dijatuhkannya. Setelah dilihat oleh Jawa itu keris Hang Tuah, maka dibuangkannya pula goloknya, lalu diambilnya keris Hang Tuah. Adapun akan Hang Tuah terlalu tahu pada melihat keris, maka oleh Hang Tuah diambilnya golok Jawa itu, lalu segera Jawa itu diusirnya. Maka oleh Jawa itu ditikamnya Hang Tuah maka Hang Tuah melompat tiada kena, serta ditikamnya Jawa itu dengan golok itu kena dapur-dapur susunya terus, maka Jawa itu pun mati. Dipersembahkan oranglah kepada Sultan Mansur Syah, Jawa itu sudah mati dibunuh oleh Hang Tuah. ( halaman 119 )Petikan ini telah menceritakan tentang seorang Jawa yang telah mengamuk dengan golok Sundanya dan membunuh ramai orang. Tiada sesiapa pun yang dapat menghentikan orang Jawa tersebut maka semua orang pun melarikan diri ke sana sini. Lalu Hang Tuah telah dititahkan oleh Sultan Melaka bagi menghentikan orang Jawa tersebut dan beliau dengan patuh bergegas mendapatkan orang Jawa tersebut sambal diikuti oleh Hang Jebat dan Hang Kasturi di belakang beliau yang ingin melihat Hang Tuah menghentikan orang Jawa tersebut. Setelah orang Jawa tersebut melihat Hang Tuah lalu dia mengusir Hang Tuah maka Hang Tuah pun berpura-pura melarikan diri sambil menjatuhkan keris beliau. Orang Jawa tersebut telah terlihat keris Hang Tuah yang jatuh dan telah mengambil keris tersebut dan mencampakkan golok kepunyaannya. Hang Tuah berbuat demikian kerana beliau telah mengetahui bahawa senjata orang Jawa tersebut sangat hebat dan itu sahaja senjata yang mampu membunuh orang Jawa yang kebal itu. Lalu Hang Tuah pun mengambil golok kepunyaan orang Jawa itu tadi dan diusir orang Jawa tersebut. Orang Jawa tersebut cuba menikam Hang Tuah tetapi Hang Tuah melompat dan tidak kena lalu Hang Tuah pula menikam orang Jawa itu dengan golok Sunda itu tadi dan terkena pada bahagian dada orang Jawa tersebut lalu mati. Orang telah menghadap Sultan Mansur Syah dan menyampaikan berita bahawa orang Jawa tadi telah mati dibunuh Hang Tuah.Hal ini menunjukkan bahawa Hang Tuah merupakan seorang yang bijaksana kerana beliau telah memikirkan strategi yang berkesan bagi mengambil golok milik orang Jawa tersebut. Menurut sumber lain orang Jawa(Taming Sari) menggunakan ilmu kebal dan badannya tidak lut apabila ditikam dengan senjata lain melainkan senjata miliknya sendiri. Dengan menggunakan kepandaiannya, Hang Tuah telah berjaya untuk mendapatkan senjata milik orang Jawa itu dan seterusnya dapat membunuh orang Jawa yang kebal itu.

7.4.3 BertanggungjawabHatta maka sekali dipersetua, kuda kenaikan Sultan Mansur Syah jatuh ke perlindungan tahi, seorang pun tiada hendaklah menambatkan tali kepada kuda itu. Setelah dilihat oleh Laksamana Hang Tuah orang yang beratus-ratus itu seorang pun tiada mau turun mengambil kuda itu, maka Hang Tuah pun segera terjun ke dalam perlindungan itu, ditambatkannya tali pada kuda itu. Maka diudar oranglah ke atas. Setelah kuda itu baik, maka kuda pun naik, tubuh dan muka Hang Tuah penuhlah dengan tahi sampai ke kepalanya, lalu ia pergi mandi berlangir, berbedak. ( halaman 130 )Petikan ini menceritakan tentang kuda kepunyaan Sultan Mansur Syah telah terjatuh ke dalam lubang najis(perlindungan tahi), hal ini kerana tiada seorang pun hendak menambat tali kuda itu. Setelah Hang Tuah melihat beratus-ratus orang tetapi seorang pun tidak mahu turun mengambil kuda itu, maka beliau pun terjun ke dalam lubang itu, beliau mengikat tali pada kuda itu lalu ditarik ke atas oleh orang di atas. Setelah kuda itu baik barulah kuda itu naik, badan dan muka Hang Tuah pula dipenuhi dengan najis sehingga ke kepala, lalu beliau pun pergi mandi dan berhias.Dalam petikan Hang Tuah telah menunjukkan sifatnya yang bertanggungjawab apabila telah melihat kuda milik Sultan Mansur Syah jatuh dalam lubang najis. Beliau telah sanggup berlumuran dengan najis untuk mengeluarkan kuda tersebut dari lubang najis itu. Sebagai seorang yang berpangkat dan berbakti kepada Sultan beliau dengan rasa tanggungjawab kepada sultan telah sanggup terjun ke lubang tersebut padahal yang orang-orang yang lain tidak sanggup melakukannya.

8.0 RUMUSANKajian ini dianggap berjaya kerana kesemua objektif kajian telah dicapai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Buku Sulalatus Salatin telah memperlihatkan ciri-ciri Laras Bahasa Melayu Klasik yang terdapat dalam sesebuah kitab Bahasa Melayu Klasik. Di samping itu, buku ini juga lebih kepada cerita-cerita melayu klasik dan sejarah. Hasilnya, Buku Sulalatus Salatin telah memperlihatkan gaya bahasa yang klasik, penggunaan bahasanya berbentuk deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis serta bersifat kreatif dan imaginatif. Selain itu, novel ini juga menggayakan bahasa yang puitis dan hidup seperti dialog, bunga-bunga bahasa, pantun, sajak, menggunakan bahasa tersirat seperti personifikasi, simile, peribahasa dan perlambangan. Buku ini juga mementingkan penceritaan dan penyampaian kepada pembaca tentang apa yang telah berlaku. Di samping itu, melalui kajian ini juga dapat menghuraikan kepentingan sesuatu penggunaan variasi bahasa yang digunakan mengikut situasi tertentu dalam sesebuah penulisan untuk menyampaikan idea yang berkesan. Kajian ini juga berjaya menonjolkan sebuah penulisan yang bermutu, berkesan serta indah. Akhir sekali, berdasarkan kepentingan kajian ini dilakukan, laras bahasa perlulah dipelajari sebagai satu kemahiran kerana terdapat kepentingannya pada Bahasa Melayu. Pelajar sekolah perlulah didedahkan kepada laras yang lazim digunakan oleh penutur bahasa Melayu dalam semua situasi dan semua bidang supaya mereka mengenali laras tersebut dan dapat menggunakannya dengan betul dan berkesan.

9.0 PENUTUPLaras bahasa ini merupakan suatu variasi bahasa yang menyebabkan identiti penutur di lihat berbeza-beza mengikut sesuatu keadaan dan situasi tertentu. Inilah yang menunjukkan keunikan penggunaan bahasa yang dituturkan oleh penutur daripada pelbagai lapisan masyarakat malah laras bahasa dikatakan penting dalam kehidupan seharian kita. Oleh sebab itu, amatlah penting untuk kita menghargai bahasa Melayu kerana bahasa Melayu merupakan simbol perpaduan yang menyatukan rakyat Malaysia. Semoga kajian ini dapat memberi manfaat dan dapat dijadikan sebagai rujukan untuk generasi akan datang.

12