22
. KOLEKSI PANTUN MELAYU.... Menuntut Ilmu Redup ini amatlah nikmat, Berkat rimbunnya si pokok jati; Hidup ini amatlah singkat, Sekali hidup biarlah bererti. Berkat rimbunnya si pokok jati, Tempat burung selalu bertemu; Sekali hidup biarlah bererti, Isikan akal dengan ilmu. Tempat burung selalu bertemu, Menghabiskan masa siangnya; Isikan akal dengan ilmu, Ilmu itu tiada habisnya. Menghabiskan masa siangnya, Sebelum bermalam di dalam hutan; Ilmu itu tiada habisnya, Ibarat saujana air lautan. Sebelum bermalam di dalam hutan, Diam berjejeran di atas ranting; Ibarat saujana air lautan, Ditimba, manakan kering! Pantun Budi Tanam lenggun tumbuh kelapa, Terbit bunga pucuk mati; Budi tuan saya tak lupa, Sudah terpaku di dalam hati. Jentayu burung jentayu, Hinggap di balik pokok mayang; Bunga kembang akan layu, Budi baik bilakan hilang.

pantun melayu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pantun

Citation preview

.

KOLEKSI PANTUN MELAYU....

Menuntut Ilmu Redup ini amatlah nikmat, Berkat rimbunnya si pokok jati; Hidup ini amatlah singkat, Sekali hidup biarlah bererti.

Berkat rimbunnya si pokok jati, Tempat burung selalu bertemu; Sekali hidup biarlah bererti, Isikan akal dengan ilmu.

Tempat burung selalu bertemu, Menghabiskan masa siangnya; Isikan akal dengan ilmu, Ilmu itu tiada habisnya.

Menghabiskan masa siangnya, Sebelum bermalam di dalam hutan; Ilmu itu tiada habisnya, Ibarat saujana air lautan.

Sebelum bermalam di dalam hutan, Diam berjejeran di atas ranting; Ibarat saujana air lautan, Ditimba, manakan kering!

Pantun Budi Tanam lenggun tumbuh kelapa, Terbit bunga pucuk mati; Budi tuan saya tak lupa, Sudah terpaku di dalam hati.

Jentayu burung jentayu, Hinggap di balik pokok mayang; Bunga kembang akan layu, Budi baik bilakan hilang.

Tenang-tenang air laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hati terkenang mulut menyebut, Budi baik rasa nak junjung.

Bunga melati bunga di darat, Bunga seroja di tepi kali; Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi.

Pantun Nasihat Pergi hulu membuat pagar, Jangan terpotong batang durian; Cari guru tempat belajar, Supaya jangan sesal kemudian.

Padi muda jangan dilurut, Kalau dilurut pecah batang; Hati muda jangan diturut, Kalau diturut salah datang.

Orang Daik memacu kuda, Kuda dipacu deras sekali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali.

Dayung perahu tuju haluan, Membawa rokok bersama rempah; Kalau ilmu tidak diamalkan., Ibarat pokok tidak berbuah.

Pantun Perpisahan Hari ini menugal jagung, Hari esok menugal jelai; Hari ini kita berkampung, Hari esok kita bercerai.

Kelip-kelip kusangka api, Kalau api mana puntungnya; Kalau ghaib kusangka mati, Kalau mati mana kuburnya.

Batang selasih permainan budak, Berdaun sehelai dimakan kuda; Bercerai kasih bertalak tidak, Seribu tahun kembali juga.

Orang Aceh sedang sembahyang, Hari Jumaat tengah hari; Pergilah kasih pergilah sayang, Pandai-pandailah menjaga diri.

Mana Manggung, mana Periaman, Mana batu kiliran taji; Tinggal kampung tinggal halaman, Tinggal tepian tempat mandi.

Bintang Barat terbit petang, Bintang Timur terbit pagi; Jika tidak melarat panjang, Ada umur ketemu lagi.

Pembuka bicaraSirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara ********** Tetak buluh panjang suluh Mari jolok sarang penyengat Angkat doa jari sepuluh Doa minta biar selamat ********** Tuailah padi antara masak Esok jangan layu-layuan Intailah kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan ********** Hendak dulang diberi dulang Dulang berisi sagu mentah Hendak pulang ku beri pulang Tinggalkan pantun barang sepatah ********** Lancang kuning lancang pusaka Nampak dari Tanjung Puan Kalau kering laut Melaka Barulah saya lupakan tuan ********** Asam kandis mari dihiris Manis sekali rasa isinya Dilihat manis dipandang manis Lebih manis hati budinya ********** Ayam hutan terbang ke hutan Tali tersangkut pagar berduri Adik bukan saudara bukan Hati tersangkut kerana budi ********** Ayam rintik di pinggir hutan Nampak dari tepi telaga Nama yang baik jadi ingatan Seribu tahun terkenang juga ********** Bila memandang ke muka laut Nampak sampan mudik ke hulu Bila terkenang mulut menyebut Budi yang baik ingat selalu ********** Burung Serindit terbang melayang Mari hinggap di ranting mati Bukan ringgit dipandang orang Budi bahasa rangkaian hati ********** Bukan lebah sebarang lebah Lebah bersarang di pohon kayu Bukan sembah sebarang sembah Sembah adat pusaka Melayu ********** Bukan lebah sebarang lebah Lebah bersarang di rumpun buluh Bukan sembah sebarang sembah Sembah menyusun jari sepuluh **********

Laksamana berempat di atas pentas, Cukup berlima dengan gurunya; Bagaikan dakwat dengan kertas, Sudah berjumpa dengan jodohnya ********** Membeli papan di tengah pekan Papan kecil dibuat tangkal Mengapa umpan ikan tak makan Adakah kail panjang sejengkal ********** Rumah limas anjung Selatan Bunga kemuning tumbuh di laman Tangkainya emas bunganya intan Bolehkah ranting hamba patahkan ********** Tumbuh betik di tepi laman Pokok berangan pokok teruntum Sungguh cantik bunga di taman Bolehkah gerangan petik sekuntum ********** Asam kandis asam gelugur Ketiga asam si riang-riang Menangis mayat di pintu kubur Teringat badan tidak sembahyang ********** Baik-baik menanam selasih Jangan menimpa sipohon sena Baik-baik memilih kekasih Jangan sampai badan merana ********** Baik-baik mengail tenggiri Takut terkena siikan parang Baik-baik merendah diri Jangan menjadi hamba orang ********** Bintang tujuh sinar berseri Bulan purnama datang menerpa Ajaran guru hendak dicari Mana yang dapat janganlah lupa ********** Buah mangga melendur tinggi Buah kuini berangkai tiga Hidup kita tidur dan mati Sudah mati baru terjaga ********** Buat bangsal di Pulau Daik Menahan taut sambil mengilau Kalau asal benih yang baik Jatuh ke laut menjadi pulau ********** Budak-budak bermain tombak Tombak diikat dengan rantai Kalau takut dilambung ombak Jangan berumah di tepi pantai ********** Halia ini tanam-tanaman Ke barat juga akan condongnya Dunia ini pinjam-pinjaman Akhirat juga akan sungguhnya **********

Hari panas mencucuk benang Benang menjahit baju kebaya Air jernih lubuknya tenang Jangan disangka tiada buaya ********** Kalau tahu peria tu pahit Tidak ku gulai dengan petola Kalau tahu bercinta tu sakit Tidak ku mulai dari semula ********** Kalau tuan pergi ke Kelang Belikan saya semangkuk rojak Jangan diturut resmi kiambang Sungguhpun hijau akar tak jejak ********** Pisang kelat digonggong helang Jatuh ke lubuk di Indragiri Jika berdagang di rantau orang Baik-baik menjaga diri ********** Asap api embun berderai Patah galah haluan perahu Niat hati tak mahu bercerai Kehendak Allah siapa yang tahu ********** Air dalam bertambah dalam Hujan di hulu belumlah teduh Hati dendam bertambah dendam Dendam dahulu belumlah sembuh ********** Anak punai anak merbah Hinggap ditonggak mencari sarang Anak sungai lagikan berubah Inikan pula hati orang ********** Apa guna pasang pelita Jika tidak dengan sumbunya Apa guna bermain kata Kalau tidak dengan sungguhnya ********** Buah kuini jatuh tercampak Jatuh menimpa bunga selasih Biar bertahun dilambung ombak Tidak ku lupa pada yang kasih ********** Kajang tuan kajang berlipat Kajang hamba mengkuang layu Dagang tuan dagang bertempat Dagang hamba terbuang lalu ********** Buah jambu disangka kandis Kandis ada di dalam cawan Gula madu disangka manis manis lagi senyuman tuan ********** Dari Arab turun ke Aceh Naik ke Jawa berkebun serai Apa diharap pada yang kasih Badan dan nyawa lagi bercerai **********

Bunga Melati terapung-apung Bunga rampai di dalam puan Rindu hati tidak tertanggung Bilakah dapat berjumpa tuan ********** Burung Merak terbang ke laut Sampai ke laut mengangkut sarang Sedangkan bah kapal tak hanyut Inikan pula kemarau panjang ********** Bunga Melur kembang sekaki Mari dibungkus dengan kertas Di dalam telur lagi dinanti Inikan pula sudah menetas ********** Dalam perlak ada kebun Dalam kebun ada tanaman Dalam gelak ada pantun Dalam pantun ada mainan ********** Dari Jawa ke Bengkahulu Membeli keris di Inderagiri Kawan ketawa ramai selalu Kawan menangis seorang diri ********** Dari teluk pergi pangkalan Bermain di bawah pohon kepayang Saya umpama habuk di papan Ditiup angin terbang melayang ********** Daun selalsih di Teluk Dalam Batang kapas Lubuk Tempurung Saya umpama si burung balam Mata terlepas badan terkurung ********** Orang Melayu naik perahu Sedang berdayung hujan gerimis Hancur hatiku abang tak tahu Mulut tertawa hati menangis ********** Orang tani mengambil nipah Hendak dibawa ke Indragiri Seluruh alam ku cari sudah Belum bersua pilihan hati ********** Pasir putih di pinggir kali Pekan menyabung ayam berlaga Kasih tak boleh dijual beli Bukannya benda buat berniaga ********** Ribu-ribu pokok mengkudu Cincin permata jatuh ke ruang Kalau rindu sebut namaku Airmata mu jangan dibuang ********** Kalau roboh kota Melaka Sayang selasih di dalam puan Kalau sungguh bagai dikata Rasa nak mati di pangkuan tuan **********

Limau purut lebat di pangkal Batang mengkudu condong uratnya Hujan ribut dapat ditangkal Hati yang rindu apa ubatnya ********** Kalau menyanyi perlahan-lahan Dibawa angin terdengar jauh Rindu di hati tidak tertahan Di dalam air badan berpeluh ********** Ku sangka nanas atas permatang Rupanya durian tajam berduri Ku sangka panas hingga ke petang Rupanya hujan di tengahari ********** Kayuh perahu sampai seberang Singgah bermalam di kampung hulu Bukan tak tahu dunia sekarang Gaharu dibakar kemenyan berbau ********** lembing atas tangga perisai atas busut kening atas mata misai atas mulut ********** anak ikan dipanggang sahaja hendak dipindang tidak berkunyit anak orang dipandang sahaja hendak dipinang tiada berduit ********** saya tak hendak berlesung pauh lesung pauh membuang padi saya tak hendak bersahabat jauh sahabat jauh merisau hati ********** burung serindit terbang melayang singgah dihinggap di ranting mati duit ringgit dipandang orang jarang dipandang bahasa budi ********** batu sangkar batu berpahat terpahat nama raja bestari makanan arif, kias ibarat pantun seloka, ulam jauhari ********** daun durian jatuh tercampak lopak-lopak isi selasih tujuh tahun dilambung ombak tiada kulupa hati yang kasih ********** Anak Cik Siti mencari tuba Tuba dicari di Tanjung Jati Di dalam hati tidakkan lupa Bagai rambut tersimpul mati ********** Limau purut di luar pagar Rimbun putik dengan bunganya Hujan ribut padang terbakar Embun setitik padam apinya **********

Puas saya bertanam ubi Nanas jugak dipandang orang Puas saya menabur budi Emas juga dipandang orang ********** Tenang-tenang air di laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut rindu kini tiada penghujung *********** Tinggi-tinggi pohon jati Tempat bermain simanja sayang Sungguh tinggi harga budi Budi dibalas kasih dan sayang ********** Bunga Tanjung kembang semalam Pohon tinggi tidak berduri Gelombang besar di laut dalam Kerana Tuan saya kemari ********** Burung merpati terbang seribu Hinggap seekor di tengah laman Hendak mati di hujung kuku Hendak berkubur di tapak tangan ********** Dari mana hendak ke mana Tinggi rumput dari padi Hari mana bulan mana Dapat kita berjumpa lagi ********** Padi ini semumba-mumba Daun kurma daun cempedak Macam mana hati tak hiba Entah bertemu entah tidak ********** Permata jatuh ke rumput Jatuh ke rumput berbilang-bilang Dari mata tidakkan luput Dalam hati tidakkan hilang ********** Akar keladi melilit selasih Selasih tumbuh di hujung taman Kalungan budi jujungan kasih Mesra kenangan sepanjang zaman ********** Ayam rintik di pinggir hutan Nampak dari tepi telaga Nama yang baik jadi ingatan Seribu tahun terkenang juga ********** Anak beruk di tepi pantai Pandai melompat pandai berlari Biar buruk kain dipakai Asal hidup pandai berbudi ********** Kiri jalan kanan pun jalan Tengah-tengah pohon mengkudu Kirim jangan pesan pun jangan Sama-sama menanggung rindu **********

Mendung si mega mendung Mendung datang dari utara Jangan selalu duduk termenung Kalau termenung badan merana ********** Pohon mengkudu tumbuhnya rapat Rapat lagi pohon jati Kawan beribu mudah didapat Sahabat setia payah dicari ********** Pokok terap tumbuh di bukit Belat berbanjar panjang ke hulu Jangan diharap guruh di langit Kilat memancar hujan tak lalu ********** Sampan kotak hilir mudik Dayung patah galah sebatang Ikhtiar tidak datang menggolek Akal tidak datang melayang ********** Siti Wan Kembang perintah Kelantan Nama termasyhur zaman dahulu Baik-baik memilih intan Takut terkena kaca dan batu ********** Buah langsat kuning mencelah Senduduk tidak berbunga lagi Sudah dapat gading bertuah Tanduk tidak berguna lagi ********** Dua paya satu perigi Seekor bujuk anak haruan Tuan di sana saya di sini Bagai pungguk rindukan bulan ********** Gesek rebab petik kecapi Burung tempua membuat sarang Apa sebab jadi begini Karam berdua basah seorang ? ********** Hendak gugur gugurlah nangka Jangan menimpa putik pauh Hendak tidur tidurlah mata Jangan mengenang si dia yang jauh ********** Kain batik negeri seberang Dipakai anak Tanah Melayu Apa ertinya kasih dan sayang Kalaulah abang berjanji palsu ********** Pantai Cendering pasirnya putih Anak dagang berulang mandi Apa disesal orang tak kasih Sudah suratan diri sendiri ********** Disana pauh di sini pun pauh Daun mengkudu ditandungkan Adinda jauh kekanda jauh Kalau rindu sama tanggungkan **********

Pulau Tinggi terendak Cina Nampak dari Pulau Sibu Abang pergi janganlah lama Tidak kuasa menanggung rindu ********** Putik pauh delima batu Anak sembilang di tapak tangan Tuan jauh di negri satu Hilang di mata di hati jangan **********PantunAdatLebat daun bunga tanjung Berbau harum bunga cempakaAdat dijaga pusaka dijunjung Baru terpelihara adat pesaka

Gadis Acheh berhati gundah Menanti teruna menghulur tepakGula manis sirih menyembah Adat dijunjung dipinggir tidak

Manis sungguh gula MelakaJangan dibancuh dibuat serbatSungguh teguh adat pusakaBiar mati anak jangan mati adatAnak teruna tiba di daratDari Makasar langsung ke DeliHidup di dunia biar beradatBahasa tidak dijual beliMenanam kelapa di Pulau BukumTinggi sedepa sudah berbuahAdat bermula dengan hukumHukum bersandar di Kitab AllahBuah berangan di rumpun pinang Limau kasturi berdaun mudaKalau berkenan masuklah meminang Tanda diri beradat budaya

Laksamana berbaju besi Masuk ke hutan melanda-landaHidup berdiri dengan saksi Adat berdiri dengan tandaBerbuah lebat pohon mempelam Rasanya manis dimakan sedapBersebarlah adat seluruh alam Adat pusaka berpedoman kitab

Ikan berenang di dalam lubuk Ikan belida dadanya panjangAdat pinang pulang ke tampuk Adat sirih pulang ke gagangPokok pinang ditanam rapat Puyuh kini berlari-lariSamalah kita menjunjung adat Tunggak budaya semai dihatiBukan kacang sebarang kacang Kacang melilit si kayu jatiBukan datang sebarangdatang Datang membawa hajat di hati

Budak-budak berlari ke padang Luka kaki terpijak duriBerapa tinggi Gunung Ledang Tinggi lagi harapan kamiHelang berbega Si Rajawali Turun menyambar anak merbahDari jauh menjunjung duli Sudah dekat lalu menyembah

Angin kencang turunlah badai Seumur hidup cuma sekaliTunduk kepala jatuh ke lantai Jari sepuluh menjunjung duli

Gobek cantik gobek cik puan Sirih dikunyah menjadi sepahTabik encik tabiklah tuan Kami datang membawa sembah

Doa mustajab selalu terkabul Kepada Allah kita panjatkanSebelum berlangsung ijab dan kabul Majlis berinai kita dulukan

PANTUN PEMBUKA ACARA

Melati kuntum tumbuh melata,Sayang merbah di pohon cemara;Assalammualaikum mulanya kata,Saya sembah pembuka bicara.

Ingin rasa memakan kari,Kari cendawan batang keladi;Girang rasa tidak terperi,Bertemu tuan yang baik budi.

Mencari timba si anak dara,Di bawah sarang burung tempua;Salam sembah pembuka bicara,Selamat datang untuk semua.

Sayang kumbang mencari makan,Terbang seiring di tepi kali;Selamat datang kami ucapkan,Moga diiring restu Ilahi.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,Sayang pesanan terlupa sudah;Majlis bermula tirai dibuka,Dengan alunan madah yang indah.

Indah berbalam si awan petang,Berarak di celah pepohon ara;Pemanis kalam selamat datang,Awal bismillah pembuka bicara.

Mega berarak indah berbalam,Dipuput bayu ke pohon ara;Pemanis kalam selamat malam,Awal bismillah pembuka bicara.

PANTUN BACAAN DOA

Kalau pergi Tanjung Keramat,Anak manis jangan diangkat;Bersama kita memohon rahmat,Moga majlis mendapat berkat.

Tetak buluh kajang sepuluh,Laksana dititing kias ibarat;Angkat tangan jemari sepuluh,Doa di pohon biar selamat.

Garam ada kicap pun ada,Sayang lada terlupa bagi;Pantun ada ucapan ada,Sayang tiada berdoa lagi.

Lebat kemiri pohonnya rendah,Dahan terikat tali perkasa;Sepuluh jari kami menadah,Mohon berkat yang Maha Esa.

Tetak buluh kajang sepuluh,Mari jolok sarang penyengat;Angkat tangan jemari sepuluh,Doa di pohon biar selamat.

PANTUN JEMPUT MAKAN

Lebat rumbia di Sungai Kedah,Sayang senduduk di tepi muara;Penganan mulia terletak sudah,Samalah duduk menjamu selera.

Terbang sekawan si burung merbuk,Batang selasih di Tanjung Dara;Padamu tuan kami persembah,Santapan kasih juadah mesra.

Kalau tuan pikat cemara,Buatlah bara bakar selasih;Sudilah tuan jamu selera,Hidangan mesra pengikat kasih.

Sungguh indah bunga kemboja,Di bawah atap tepi halaman;Juadah sudah letak di meja,Sudilah santap tuan budiman.

PANTUN UCAPAN ALU-ALUAN

Bukan rumput sebarang rumpun,Rumput penghias tepi halaman;Bukan jemput sebarang jemput,Jemput memohon kata aluan.

Duduk sekawan gadis jelita,Buat santapan untuk pahlawan;Tampillah tuan kami meminta,Madah ucapan kata aluan.

Sudilah tuan jalan berlapan,Jalan berlapan di malam kelam;Sudilah tuan beri ucapan,Kata aluan pemanis kalam.

Emas tempawan buatmu puteri,Busana indah buat rupawan;Sudilah tuan tampilkan diri,Bersama madah kata aluan.

PANTUN JEMPUTAN UCAPAN

Terbang di awan burung jentayu,Di atas papan batang selisih;Tampillah tuan kami merayu,Bersama ucapan pengikat kasih.

Besar langit di tepi busut,Besar tak muat di dalam peti;Besar hajat kami menjemput,Besar niat di dalam hati.

Duduk sekawan si burung unta,Tepi keramat di waktu malam;Pada mu tuan kami meminta,Kata azimat penutup kalam.

Terbang di awan burung jentayu,Kerana penat gugur ke bumi;Tampillah tuan kami merayu,Bersama amanat bekalan kami.

Pergi ke kota beli selasih,Sayang si dara buat halwa;Berilah kata simpulan kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa.

PANTUN UCAPAN PERASMIAN

Terbang di awan burung jentayu,Di atas papan batang jerami;Tampillah tuan kami merayu,Bersama ucapan kata perasmi.

Daun semulur di pekan sari,Batang jerami rebah ke bumi;Madah dihulur sembah diberi,Kata perasmi hajatnya kami.

Jangan tertawan alpa duniawi,Hanya indah serupa mimpi;Duhai pahlawan ksatria pertiwi,Hulurkan madah kata perasmi.

Kalau tuan pikat kenari,Jangan patahkan batang jerami;Kepada tuan sembah diberi,Mohon rasmikan majlis kami.

PANTUN DI AKHIR MAJLIS

Banyak keluk ke penarik, Keluk tumbuh pohon kuini;Nan elok bawalah balik,Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita;Kalau tersilap tutur bicara,Jemari disusun maaf dipinta.

Pohon berangan tempat bertemu, Girangnya rasa si anak dara;Baliklah tuan membawa ilmu,Binalah bangsa bangunkan negara.

Di atas dahan burung tempua, Melihat rusa tepi perigi;Salam perpisahan untuk semua,Dilain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan;Andai kata tersilap bicara,Kemaafan jua kami pohonkan.

Dari Rokan ke Indragiri, Membawa tinta ke Kuala Linggi;Baliklah tuan rehatkan diri,Esok kita bersua lagi.

Dari Kedah ke pekan sari, Beli suasa di Kota Tinggi;Selesai sudah tugas diberi,Di lain masa bersua lagi.

PANTUN BUAT WARGA EMAS

Bulan purnama ke pekan Kuah, Di tengah hari membeli ragi;Dirimu umpama nyiur bertuah,Padat sari harum mewangi.

Curah serbat di atas lantai, Basah tikar lupa disidai;Dikau ibarat karang di pantai,Tak pernah gentar dipukul badai.

Pohon sena tepi perigi, Tepi paya si pohon jambu;Hadirmu laksana suria pagi,Menyinar maya tak pernah jemu.

Anak dara ke Tanjung Batu, Janji bertemu di Teluk Bayu;Walau usia dimamah waktu,Cekal hatimu tak pernah layu.

Bukan gua sebarang gua, Gua penuh pusaka bonda;Bukan tua sebarang tua,Tua penuh ilmu di dada.

Pergi ke Nilai membeli jamu, Jamu rasa dari tenggara;Tidak ternilai jasa baktimu,Kepada bangsa juga negara.

Tidak goyah pancang seribu, Tika masih badai menderu;Engkau ayah engkaulah ibu,Menumpang kasih mengubat rindu.

Pohon beringin tepi keramat, Dengar siulan diufuk barat;Kalau ingin hidup selamat,Buat bekalan untuk akhirat.

Beli keladi di Pekan Lidup, Sayang rasa lemaknya kurang;Taburlah budi ketika hidup,Kelak jasa dikenang orang.

Pintal kapas menjadi benang, Tenun benang menjadi sari;Barang yang lepas jangan dikenang,Kalau dikenang meracun diri.

Pohon senduduk baru di tanam, Sayang mati di pijak pak tani;Dari duduk baik bersenam,Senang hati sihat jasmani.

Apa guna siparang panjang, Kalau tidak dengan tujuan;Apa guna berumur panjang,Kalau tidak dengan amalan.

Timba suasa ditepi kali, Buat menyimbah si tuan puteri;Berputus asa jangan sekali,Jadikan tabah pakaian diri.

Betik muda buat halwa, Kelapa muda santan dirasa;Biar muda di dalam jiwa,Dari tua sebelum masa.