34
PANTUN MELAYU LAMA PANTUN BUDI 1. Tenang-tenang air di laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut Budi yang baik rasa nak junjung 2. Bunga melati bunga di darat Bunga seroja di tepi kali Hina besi kerana karat Hina manusia tidak berbudi 3. Bunga cina di atas batu Jatuh daunnya ke dalam ruang Adat dunia memang begitu Sebab emas budi terbuang 4. Anak beruk di tepi pantai Pandai melompat pandai berlari Biar buruk kain dipakai Asal hidup pandai berbudi 5. Pisang emas bawa berlayar Masak sebiji di atas peti Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa mati 6. Yang korek itu kendi Yang merah itu saga Yang molek itu budi Yang indah itu bahasa 7. Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tiga 1

Pantun Lama Melayu 2

  • Upload
    cgtnie

  • View
    767

  • Download
    20

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Mc text

Citation preview

Page 1: Pantun Lama Melayu 2

PANTUN MELAYU LAMA

PANTUN BUDI

1. Tenang-tenang air di lautSampan kolek mudik ke tanjungHati terkenang mulut menyebutBudi yang baik rasa nak junjung

2. Bunga melati bunga di daratBunga seroja di tepi kaliHina besi kerana karatHina manusia tidak berbudi

3. Bunga cina di atas batuJatuh daunnya ke dalam ruangAdat dunia memang begituSebab emas budi terbuang

4. Anak beruk di tepi pantaiPandai melompat pandai berlariBiar buruk kain dipakaiAsal hidup pandai berbudi

5. Pisang emas bawa berlayarMasak sebiji di atas petiHutang emas boleh dibayarHutang budi dibawa mati

6. Yang korek itu kendiYang merah itu sagaYang molek itu budiYang indah itu bahasa

7. Pulau Pandan jauh ke tengahGunung Daik bercabang tigaHancur badan dikandong tanahBudi yang baik dikenang juga

8. Puaslah saya menanam keladiNenas juga ditanam orangPuaslah saya menanam budiEmas juga dipandang orang

1

Page 2: Pantun Lama Melayu 2

9. Perahu dimuat penuh saratMudik ke hulu berulang kaliHidup di dunia biar beradatBahasa tidak dijual beli

10. Ambilkan saya buah delimaMasak sebiji di balik daunBudi tuan saya terimaJadi kenangan bertahun-tahun

11. Bagaimana kalau tak ikatIkat dengan duri-durinyaBagaimana aku tak ingatOrang baik hati budinya

12. Banyak saya menabur padiPadi habis dimakan amerangBanyak saya menabur budiEmas juga dipandang orang

13. Banyak duri perkara duriTidak sama duri mengkuangBanyak budi perkara budiTidak sama budimu seorang

14. Banyak duri perkara duriMana sama duri selasihBanyak budi perkara budiManakan sama budi kekasih

15. Tanam cempedak di luar kotaTumbuh rendang condong ke desaOrang nan tak pandang hartaTapi memandang budi bahasa

16. Inang-inang padi Pak Daik

Padi tak sama rupa bunganyaSungguh ku kenang budi yang baikTidak ku lupa selama-lamanya

17. Kain berlipat dalam istanaPakaian puteri raja kayanganSepatah nasihat ilmu yang berguna

2

Page 3: Pantun Lama Melayu 2

Secubit budi jadi kenangan

18. Kain perai baju pun peraiLetak mari atas petiHancur badan tulang berkecaiBudi tuan dibawa mati

19. Kain songket berkodi-kodiTersusun indah di atas petiBiar pun sedikit bernama budiGuna menempah jasa bakti

20. Kait kelapa kukur kelapaKupas ubi buat pengatHendak ku lupa tak terlupaKerana budi sudah terpikat

21. Kalu ada menanam tebuBoleh dijual di pasar desaKalau kita jadi tetamuBiar pandai berbudi bahasa

22. Kalau ada peria pahitBelanga baru jerang udangKalau ada jasa baikJadi abu dikenang orang

23. Kalau udang dibuat gulaiDaging rusa dimasak kariKalau wang menjadi pemapaiBudi bahasa pengiring diri

24. Kuala Deli airnya jernihTempat bermain ikan gelamaPokok mati meninggalkan benihManusia mati meninggalkan nama

25. Limau manis batang berduriBatang selasih dalam dulangMulut manis kerana budiHati kasih kerana sayang

26. Marilah kita menanam padiPadi ditanam tanah bendang

3

Page 4: Pantun Lama Melayu 2

Marilah kita menabur budiSupaya kita dikenang orang

27. Masak udang dalam perahuUbi rebus terletak di padangZaman sekarang kalau nak tahuBudi hangus menjadi arang

28. Nanas dijual di pasar niagaRamai orang datang membeliEmas perak perhiasan duniaBudi bahasa perhiasan diri

29. Orang Aceh menanam padiPadi tumbuh nampak jarangAntara kasih dengan budiBudi juga dikenang orang

30. Orang hulu menebang jatiOrang darat memetik palasKalau nak tahu budi sejatiTidak berhajat minta dibalas

31. Pacak lokan panggang lokanLokan tersangkut di papan kemudiKakak bukan saudara pun bukanTersangkut sedikit kerana budi

32. Padi perak berdaun suasaEmas merah warna buahSudah berbudi lagi berbahasaItulah tanda bistari bertuah

33. Pucuk manis pucuk langgudiDaun purut digetus rusaYang manis bernama budiYang indah itu bahasa

34. Pucuk palas si daun palasTetak mari beranti-rantiBukan berbudi minta dibalasAsal ingat di dalam hati

35. Pulau Daik banyak kelapa

4

Page 5: Pantun Lama Melayu 2

Pulau Karimon banyak pegagaBudi baik payah dilupaBeribu tahun dikenang juga

36. Semenjak kentang dibuat gulaiUbi tidak dikari lagiSemenjak wang jadi pemakaiBudi jarang dipeduli lagi

37. Tebang kayu buatkan sampanSampan dibuat siap kemudiIkan mati kerana umpanManusia mati kerana budi

38. Ulit tenang mudik suasihPergi ke teluk menorah papanBila terkenang budi kasihNasi sesenduk tidak termakan

39. Anak angsa mati lemasLemas mati di air masinHilang bangsa kerana emasHilang budi kerana miskin

40. Banyak ubi perkara ubiUbi mana orang tanamkanBanyak budi perkara budiBudi yang mana orang kenangkan

41. Kain batik kain kasaDilipat disimpan dalam petiOrang baik budi bahasaDiingat juga sampai mati

42. Orang Daik pulang ke DaikAmbung-ambung bertali benangKalau ada budi baikSampai mati akan dikenang

43. Pondok menjadi bangsalBangsal ada di hujung desaUsul menunjukkan asalBahasa menunjukkan bangsa

5

Page 6: Pantun Lama Melayu 2

44. Anak beruk di kebun cinaDiberi makan dari jetiMas perak kebesaran duniaBudi bahasa di bawa mati

45. Anak empat disangka enamIbunya lari tinggallah seorangSakit diubat mati ditanamTentulah budi dikenang orang

46. Anak merak Kampong CinaSinggah berhenti kepala titiEmas perak kebesaran duniaBudi bahasa tak dapat dicari

47. Bila pasang alur Cik MalikBelum pasang tenang di huluBila dikenang budi yang baikBelum makan kenyang dahulu

48. Buat rakit batang kelapaAnyam ketupat daun mengkuangBukan cantik dipandang mataKerana budi jiwa tertawan

49. Bukan laras saya nilaikanSebab uni tumbuh di pancurBukan paras saya gilakanKerana budi hatiku hancur

50. Cuci kain cucikan bajuMari beralas di atas papanSukat air menjadi batuSaya tak lupa budimu tuan

51. Dari mana hendak ke manaSayang Cik Mamat menjual padiKasih tidak sejauh manaHati terkenang kerana budi

52. Dari mana hendak ke manaDari sawah turun ke padiDuduk jauh di mana-manaBudi tak lupa di dalam hati

6

Page 7: Pantun Lama Melayu 2

53. Dewa Sakti melayang ke DaikHendak mencari Dewa JarugaKalau ada budi yang baikSampai ke mati orang tak lupa

54. Jurumudi mana haluannyaBarat daya angin kencangBaik budi apa balasnyaDoa minta umur panjang

55. Layang-layang terbang melayang

Putus tali sambong benangSiang malam terbayang-bayangBudi bahasa terkenang-kenang

56. Kemas rumah di waktu senjaAnak buaya naik mencuriEmas intan ada hargaBudi bahasa sukar dicari

57. Sungguh banyak duri mengkuangBaik-baik terkena tanganBanyak sungguh budimu tuanTidak ku lupa sepanjang zaman

58. Bukan saya pergi ke DaikSudah ke Daik menali benangOrang baik dibalas baikSudah baik selalu dikenang

59. Anak angsa mati lemasMati lemas di air masinHilang bangsa kerana emasHilang budi kerana miskin

60. Angkat sauh kembangkan layarKapal berlayar pulang ke LangkatHutang emas boleh dibayarHutang budi hati terikat

61. Budak-budak menumbuk padiPadi huma dari PelembangKalau hidup tidak berbudi

7

Page 8: Pantun Lama Melayu 2

Tentu hina dipandang orang

62. Pergi ke pekan membeli papanPapan dibuat pelantar mandiMati ikan kerana umpanMati insan kerana budi

63. Anak itik terenang-renangRenang mari dalam perigiAdat budi dikenang-kenangBudi baik dibawa mati

64. Rosak peti kerana padiRosak padi kerana bunganyaRosak hati kerana budiRosak budi kerana orangnya

65. Rosak pandan kerana padiRosak padi kerana bunganyaRosak badan kerana budiRosak budi kerana orangnya

66. Dari Daik ke Tanjung JatiSampan berlaboh membawa setanggiKalau baik niat di hatiBudi ditabur disanjung tinggi

67. Kampung Paya Pantai PeringgitNampak dari Kampong GangsaOrang kaya berbudikan ringgitOrang miskin berbudikan bahasa

68. Kalau ribut runduklah padiPadi cupak Datuk TemenggongKalau hidup tidak berbudiDuduk tegak berdiri canggong

69. Tegak rumah kerana sendiRosak sendi rumah binasaTegak bangsa kerana budiRosak budi bangsa binasa

70. Kalau ribut rundaklah padiPadi cupak Datuk Temenggong

8

Page 9: Pantun Lama Melayu 2

Kalau hidup tidak berbudiSeperti tegak berdiri condong

71. Terang bulan kapal belayarSinggah sebentar di Ulu TanjungBerjuang tak minta dibayarBerkhidmat tak minta disanjung

72. Sayang Musalamah memakai sanggulTurun ke sawah menanam padiEmas berkoyan sanggup ku pikulAku tak sanggup menanggong budi

73. Turun ke sawah menanam padiPadi dijual di Pekan DesaJangan selalu menanggong budiKelak badan jadi binasa

74. Akar keladi melilit selasihSelasih tumbuh di hujung tamanKalungan budi junjungan kasihMesra kenangan sepanjang zaman

75. Kalau tuan ke Kampong BaruSinggah sebentar di Kampong DesaKalau tuan jadi tetamuPandai-pandailah berbudi bahasa

76. Air tenang di Tanjung TuanMudik ke teluk membawa umpanBila terkenang budimu tuanNasi sesenduk tidak termakan

77. Dalam peti kain kasaDalam dulang buah delimaNiat di hati nak buat jasaTapi orang tak menerima

78. Teluk Emas Tanjung KetapangTempat Uda mengail tenggiriBersalut emas hebat dipandangBudi bahasa ke mana pergi

79. Ambil sebiji buah kelapa

9

Page 10: Pantun Lama Melayu 2

Dikopek sabut unggun apiDi dalam hati tak kan lupaBagai rambut bersimpul mati

80. Ada padi adalah berasDitanak nasi bulan puasaAda budi adalah balasOrang berbudi kita berbahasa

81. Kalau berladang menanam keladiKeladi dibawah ke tanah seberangKalau dagang pandai berbudiSampai mati dikenang orang

82. Perahu nelayan berlayar ke seberangSampan kolek mudik ke huluKalau budi dikenang orangMengapa dagang terbuang lalu

83. Burung pipit burung kedidiHinggap di pokok di tepi sawahJika hidup tidak berbudiIbarat pokok tidak berbuah

84. Di sana padi di sini padiPadi huma dari seberangDi sana budi di sini budiBarulah nama disebut orang

85. Kuning emas masaknya padiMawar merah dalam jambanganTerima kasih daun keladiBudi tuan jadi sebutan.

86. Anak itik pandai menariAnak angsa terlompat-lompatRupa cantik dapat dicariBudi bahasa mana nak dapat

87. Asam kandis mari dihirisManis sekali rasa isinyaDilihat manis dipandang manisLebih manis hati budinya

1

Page 11: Pantun Lama Melayu 2

88. Di sana padi di sini padiPadi huma dari seberangDi sana budi di sini budiBarulah nama disebut orang

PANTUN PERPISAHAN

1. Pucuk pauh delima batuAnak sembilang di tapak tanganWalau pun jauh beribu batuHilang di mata di hati jangan

2. Hari ini bertanam jagongHari esok bertanam seraiHari ini kita berkampongHari esok kita bercerai

3. Kalau ada sumur di ladangBoleh saya menumpang mandiKalau ada umur panjangBoleh kita berjumpa lagi

4. Kalau ada kaca yang pecahJangan disimpan di dalam petiKalau ada kata yang salahJangan disimpan di dalam hati

5. Pecah cangkir berganti pingganEmas urai dalam geletaSejak abang adik tinggalkanGila berurai si air mata

6. Asam pauh dari seberangTumbohnya dekat tepi tebatBadan jauh dirantau orangSakit siapa akan mengubat

7. Elok rupanya kumbang jatiDibawa itek pulang petangTidak terkata besarnya hati

1

Page 12: Pantun Lama Melayu 2

Melihat tuan sudah pulang

8. Arak-arak kelapa puanTidak puan kelapa baliHarap-harap kepada tuanTidak tuan siapa lagi

9. Kalau tuan pergi ke pekanYu beli, belanak beliIkan parang beli dahulu

Kalau tuan pergi berjalanIbu cari sanak pun cariIndok semang cari dahulu

10. Tanam melati di tepi humaUbor-ubor sampingan duaKalau mati kita bersamaSatu kubur kita berdua

11. Ubor-ubor sampingan duaTanam melati bersusun padatSatu kubur kita berduaKalau boleh bersusun jasad

12. Tanam melati bersusun padatTanam padi satu persatuKalau boleh bersusun jasadDaging hancur menjadi satu

13. Kapal berlayar sarat muatanNelayan di laut sedang memukatBiar jauh seberang lautanKerana budi terasa dekat

14. Malam ini merendang jagongSiang besok menumbuk seraiMalam ini kita berkampongSiang besok kita bercerai

15. Orang mengail di Lubuk BatuDapat seekor ikan gelamaHilang satu berganti satu Manakan sama orang lama

16. Menuai padi di bulan puasa

1

Page 13: Pantun Lama Melayu 2

Ambil daun buatkan alasDalam hati gelisah rasaBudi bertimbun tak terbalas

17. Permata jatuh di atas rumputJatuh ke rumput berbilang-bilangKalau di mata boleh luputDalam hati masakan hilang

18. Pokok sena dahan senaSulur menyulur di tepi perigiTahun mana musim yang manaHarap kita berjumpa lagi

19. Dari mana hendak ke manaTinggi rumput dari padiTahun mana bulan manaBoleh kita berjumpa lagi

20. Kiri jalan kanan pun jalanSama tengah pohon mengkuduKirim jangan pesan pun janganSama-sama menanggong rindu

21. Lipat kain lipat bajuTaruh mari di atas puanSekiranya air menjadi batuBarulah saya lupakan tuan

22. Tembilang tepi batangiTembilang elok tumpuknyaKok yang hilang boleh digantiNan hilang elok lagi bangsanya

23. Cincin emas permata nilamManis sungguh pakai di jariKerana hari dah larut malamMohon izin mengundur diri

24. Dari jauh nampak kelabuNampak ke Gunung JeraiMalam ini kita bertemuMalam esok kita bercerai

1

Page 14: Pantun Lama Melayu 2

25. Besar sedulang sarang tebuanDisengat bengkak berhari-hariNak pulang pulanglah tuanIngat-ingat datanglah ke mari

26. Dua tiga kelapa baliPapan di Jawa saya tarikkanDua tiga boleh dicariTidak sama semacam tuan

27. Janganlah kesal berhari-hariBertimbun turun ke mataBarang salah menyusun jariJunjung dengan tutur kata

28. Sayang selasih ditumpah minyakBunga padi dengan jeramiTerima kasih banyak-banyakKerana sudi bersama kami

29. Lari-lari kucing berlariSambil mengejar burung kenariSebelum tuan mengundur diriSalam hormat kami sudahi

30. Jangat-jangat batang padiBatang padi tepi perigiIngat-ingat akan kamiKalau rindu datanglah lagi

31. Buah pauh delima nilamAnak sembilang di tapak tanganWalau pun jauh di Negeri SembilanJauh di mata di hati jangan

32. Sarang lebah di pohon buluhTebang sebatang dibuat galahDatang bersembah jari sepuluhMohon ampun silap dan salah

33. Tanam di dusun serumpun buluhBuluh diracik perangkap ikanDatang meyusun jari sepuluh

1

Page 15: Pantun Lama Melayu 2

Salah silap mohon dimaafkan

34. Damai nian suasana kampongRamai petani turun membajakMenanam ubi dibuat tapai Sudah sekah tempat bergantung Telah patah tempat berpijak Di manakah tangan hendak mengapai

35. Cincin emas permatai baiduriManis gadis pakai di jariKerana hari sudah pun tinggiMohon saya mengundur diri

36. Banyak kelok ke penarikKelok tumbuh pohon kuiniNan elok dibawa balikNan buruk tinggalkan di sini

37. Baik-baik menebang jatiBiar serpih tumbang janganBaik-baik mencari gantiBiar telebih terkurang jangan

PANTUN PERKENALAN

1. Samarinda tenunan suriBunga dedap di dalam puanMaka pun abang datang ke mariHendak mengadap adikku puan

2. Dari mana punai melayang Dari paya turun ke padiDari mana datangnya sayangDari mata turun ke hati

3. Dua tiga kucing berlariMana nak sama si kucing belangDua tiga boleh ku cariMana nak sama abang seorang

1

Page 16: Pantun Lama Melayu 2

4. Dari Johor ke MejapahitSinggah mari di Pulau BentanSudah mahsyur nama yang baikTambah pula bertuah badan

5. Dari pauh permatang layangSinggah berapat papan kemudiDari jauh abang datangMengenang adik baik hati

6. Haluan sarat banyak muatanNampak cahaya batu karangTuan ibarat permata intanDi mana tercampak di situ terang

7. Anak cina pergi ke hutanAmbil terap dengan getahnyaTuan umpama permata intanSaya nak tumpang kilat cahayanya

8. Asap api di Tanjung TuanNampak dari Tanjung JatiHarap hati kepada tuanTidak tuan siapa lagi

9. Banyak itik anak itikTurun ke sawah makan padiTengok cantik dipandang cantikTambah pula berhati budi

10. Orang singgah di Kuala DaikBeli durian dalam perahuJikalau sudah emas yang baikTak payah diuji orang pun tahu

11. Pokok pauh tepi permatangPokok pandan di birai perigiDari jauh hamba nan datangMendengar tuan yang baik budi

12. Pokok pauh di tanah seberangBenih berasal dari kampongDari jauh kami nan datangBesar harapan setinggi gunung

13. Pokok terap tumbuh di bukit

1

Page 17: Pantun Lama Melayu 2

Buahnya lisut dimakan keraHarap di hati bukannya sedikitSebanyak rambut atas kepala

14. Putik pauh dari PermatangSayang selasih dalam puanLagi jauh kami datangKerana kasih kepada mu tuan

15. Temirang baru perahu pun baruBaru sekali masuk MelakaTuan baru, saya pun baruBaru sekali bertentang mata

16. Buah rambutan setangkai ranumMari dimakan bulan puasaTuan tertawa saya tersenyumHendak ditegur belum biasa

17. Bukan lebah sebarang lebahLebah bersarang di pohon dedapBukan sembah sebarang sembahSembah saya mohon bercakap

18. Ledang-ledang buah keledangJatuh sebiji di rumpun buluhTuan ibarat si pohon rendangHujan dan panas tempat berteduh

19. Asah kapak tajam beliungTebang mari kayu berduriTuan umpama kemuncak payungKami di bawah berteduh diri

20. Bintang-bintang terbit pagiDiselaput oleh awan putihTuan sudi sampai ke mariSaya memberi terima kasih

21. Dari pauh angkat permatangSinggah beli timba baldiDari jauh tuan datangDengar khabar baik budi

1

Page 18: Pantun Lama Melayu 2

22. Kacang kelisa tumbuh di dusunTumbuh sepohon di pangkal batangKami menyambut bersusun-susunKerana meraikan tuan datang

23. Sayang manggis belah pun manggisBelah mari kulit isinyaDuduk manis berdiri pun manisManis dengan hati budinya

24. Anak kerbau mati tertambatMati tertambat di pohon bungaBaru sekarang saya mendapat Mendapat tuan bijak laksana

25. Dari Melaka pergi ke PahangSinggah di Johor beli beranganSaya mengucap selamat datangJikalau salah dikeji jangan

26. Mengetam padi dalam jeramiAngkut-angkut dalam almariKerana sudi akan kamiKerana dijemput datang ke mari

27. Asam kandis mari dihirisManis sekali rasa isinyaDilihat manis dipandang manisLebih manis hati budinya

28. Manis rasanya si gula niraBuat hidangan makan petangGembiranya hati tidak terkiraMelihat tuan sudah pulang

29. Nampak api di Bukit RahmatNyala semarak hingga ke pagiHarap hati kepada Yang BerhormatTidak Yang Berhormat siapa lagi

30. Harum baunya si bunga tanjungHarum semerbak melintasi gunungYang Amat Berhormat umpama payungTempat kami tumpang berlindung

1

Page 19: Pantun Lama Melayu 2

31. Turun ke laut hingga ke petangSotong dicandat dapat sembilangSaya ucapkan selamat datangKe Negeri Beradat Negeri Sembilan

32. Kalau tuan turun ke ladang Jangan lupa memetik cengkihKami ucapkan selamat datangKe Tanah Beradat Negeri Perpatih

33. Buah langsat di tepi busutMari dimuat di dalam petiBesar hajat hendak menjemputBesar niat di dalam hati

34. Tepung tawar buat merenjisBatang jerami di atas paraTuan hadir memeriahkan majlisIzinkan kami mulakan acara

35. Dari mana mudik ke huluSambil menyanyi mendayung sampanBelum bersuara tersenyum duluMenambah seri wajahmu tuan

36. Turun ke laut mengail gelamaDapat siakap dan cencaruHajat hati sudahlah lamaHendak dicakap terasa malu

37. Dua tiga burung kenariManakan sama si burung helangDua tiga boleh dicariManakan sama tuan seorang

38. Tanam selasih di tepi kaliDiikat selonggok batang jeramiTerima kasih berulang kaliSudi menjemput kami ke sini

39. Rambut hitam berkilat-kilatJatuh ke bantal berlipat-lipatTuan laksana air yang lebat

1

Page 20: Pantun Lama Melayu 2

Minum sedikit menjadi ubat

PANTUN JAMUAN

1. Tikar pucuk tikar mengkuangAlas nikah Raja MelayuIkan busuk jangan dibuangBuat perencah si daun kayu

2. Bagus rupanya bunga melorPutih rupanya bunga pinangBerukir bertangkai perakPermainan Raja Perempuan

Pahar, cerek sudah teraturCawan, mangkok sudah terhidangPenganan mulia sudah terletakSamalah duduk kita makan.

3. Banyak tumbuh pohon di siniEncik Anjang orang berbudiSilalah makan hidangan iniMana yang kurang jangan dikeji

4. Jatuh upih jatuh seludangJatuh mari di laman kamiNasi putih lauk udangMari makan bersama kami

5. Tabu liat tabu kaporSama tengah pokok keladiApa dibuat orang di dapurKalau dah masak hidang ke mari

6. Ubi kentang si ubi temuDi bawah pokok jambu mawarOrang kenyang kalau dijamuLauk sedap dikatakan tawar

7. Anak Batak pandai menariAnak Rama pandai melata

2

Page 21: Pantun Lama Melayu 2

Kalau dah masak angkat ke mariSama-sama kita merasa

8. Pokok kelapa disuruh panjatKelapa muda idaman mentuaDoa diminta disampaikan hajatHidangan tersedia disudikan jua

PANTUN BELAJAR

1. Cuka-cuka beli di BandarSimpan makan dalam perahuSuka-suka mahu belajarTidak belajar mana kan tahu

2. Hiris rojak hantar ke surauHendak menjamu Datuk PenghuluGadis bijak orang tak hirauIlmu di dapur laksana dulu

3. Berburu ke padang datarDapat rusa bergelang kakiBerguru kepalang ajarMacam bunga kembang tak jadi

4. Pergi memburu ke padang datarDapat rusa berbelang kakiKalau berguru kepalang ajarSeperti bunga kembang tak jadi

5. Keris kecil menikam ularKeris besar menikam singaDari kecil tak hendak belajarSudah besar tertanya-tanya

6. Sorong papan tarik papanBuah keranji dalam perahuSuruh makan dia makanSuruh mengaji dia tak tahu

7. Tanam di hulu pohon rambutan

2

Page 22: Pantun Lama Melayu 2

Sayang durian tidak berbungaSesal dahulu pendapatanSesal kemudian tidak berguna

8. Anak Cina pergi memburuBuruan dapat dibawa balikHidup di dunia mesti berguruAgar dapat ilmu yang baik

9. Bawa senapang dengan peluruMasuk ke hutan hendak berburuIlmu kau tuntut semalam laluJangan kau cuba melawan guru

10. Turun ke laut janganlah jemuWalau mendapat si ikan parangJika hidup tidak berilmuMemang hina dipandang orang

11. Ambil pedoman si Gunung DaikKapal berlayar menuju baratKalau mendapat guru yang baikIlmu yang dapat menjadi berkat

12. Kapal menuju sebelah baratKe tanah seberang membawa haliaBila ilmu mendapat berkatSemua orang memandang mulia

13. Jual halia bersama kentangMasak bersama sekati udangGuru yang mulia jika ditentangHidup pasti kita kecundang

14. Batu bernama si batu bataTempat hinggap si burung balamGuru itu ibarat pelitaMemberi cahaya setiap malam

15. Jahit baju sama selendangTidak cukup sebola benangJasa guru hendaklah dikenangBaru hidup bersenang lenang

2

Page 23: Pantun Lama Melayu 2

16. Berlenggang lenggok si anak MinangSambil membawa si daun palasWalau hidup bersenang lenangJasa guru perlu dibalas

17. Pergi berburu memegang gelasGelas dibuat dari kacaJasa guru tak minta dibalasCukup setakat mengenang jasa

18. Lipat berbucu si daun tapaiHendak diisi beras sekalPesan guru jangan diabaiJika hendak ilmunya kekal

19. Tindin kasih jahitan bajuBila menjahit baju penditaTerima kasih kepada guruTiada guru siapalah kita

20. Akar keranji dikerat-keratCampur halia dibuat jamuHina besi kerana karatHina manusia tidak berilmu

21. Pohon sena tepi sempadanTempat tupai menumpang laluBercerai nyawa dari badanBarulah putus petua guru

22. Terbang lebah di hujung bendangHinggap di dahan membuat sarangBanyak sudah dapat dipandangTiada ilmu dihambakan orang

23. Jambu batu buah pedadaTepi sungai pokok senaKalau ilmu tak ada di dadaOrang maju kita merana

24. Dapat seekor ikan beladaIkan telas serkapnya jarangKalau ilmu penuh di dadaSampai mati disanjung orang

2

Page 24: Pantun Lama Melayu 2

25. Sarong ketupat di Padang JambuLetak mari di sampiran kainSudah dapat orang berilmuBagai lilin menerangi yang lain

26. Nasi melukut sayur keladiLambat makan kuahnya basiAdat berilmu resam padiMakin tunduk makin berisi

27. Sayang Cik Siti menyampin kainKain disampin di pagi hariOrang berilmu bagaikan lilinMenerangkan orang membakar diri

28. Singgah sekejap di Sungai BaruOrang Linggi ke Tanjung TuanSudah tersurat pesannya guruAda ilmu panjang-panjangkan

29. Masuk ke hutan pergi berburuSinggah di sungai mengail ikanIngat-ingat pesan guruAda ilmu panjang-panjangkan

30. Padat sungguh di Pasar TamuRamai mengiring Dato PenghuluAdat orang mendapat ilmuIlmu sedikit diamal selalu

31. Perahu kecil menyusur selatNampak dari tanah seberangBanyak sudah dapat dilihatTidak berilmu dihambakan orang

32. Pergi berburu membawa gelasUntuk mengisi air di sumurJasa guru tak minta dibalasCukup doakan panjang umur

33. Pokok ciku di tepi kotaBuah dipetik penuh seragaKata cikgu kata pendeta

2

Page 25: Pantun Lama Melayu 2

Kata Pengarah kata raja

34. Penakik pisau rautAmbil galah sebatang lintabungSeludang dijadikan nyiru

Setitik dijadikan lautSekepal dijadikan gunungAlam terbentang dijadikan guru

35. Buruan dapat dibawa balikLalu ditambata di pohon kelapaAgar dapat ilmu yang baikDapat berbakti ibu dan bapa

36. Burung merpati dalam sangkarBaru sepurnama dapat dijeratJika kita rajin belajarIlmu berguna banyak didapat

37. Pandang-pandang kanan dan kiriMelintas jalan berkira-kiraKurang ringgit boleh dicariKurang akal habis bicara

38. Asyik tuan pergi berburuBunga di taman ditinggal layuMujurlah saya baru berguruKalau tidak terbuang lalu

PANTUN NASIHAT

1. Subur tumbuhnya pokok kelapaBuahnya banyak bertali-taliTurutlah kata ibu dan bapaTakbur jangan sekali-kali

2. Burung pipit burung kedidiManakan sama si RajawaliIkutlah rasminya padiMakin tunduk makin berisi

2

Page 26: Pantun Lama Melayu 2

3. Padat sungguh buluh perinduDiikat seberkas jadi segenggamAdat muda menanggong rinduAdat tua menanggong ragam

4. Tinggi melentur pokok kelapaDaun disisir diambil lidiKalau kita bertegur sapaJangan sampai sakitkan hati

5. Burung terbang dipipiskan ladaDimasak gulai dalam kualiBuat baik berpada-padaBuat jahat jangan sekali

6. Pak Mamat menanam labuLabu dijual di Tanjung BatuKalau berkawan boleh seribuKalau berkasih biarlah satu

7. Layang-layang berpaku sematDihias dengan emas peradaSayang Ketua sayang hormatSayang kawan masa berada

8. Buah pauh buat jangananUntuk menjamu Datuk PenghuluOrang jauh jangan dikenangOrang dekat menanggong rindu

9. Batang padi berdaun suasaIsi durian berpangsa-pangsaOrang berbudi kita berbahasaOrang memberi kita merasa

10. Sayang Laksamana mati dibunuhMati dibunuh Dato PanglimaBukan benih tak mau tumbuhKiranya bumi tak mau menerima

11. Ikan belanak ikan pelataManakan sama ikan pelagaKata mak kata penditaKata ayah kata raja

12. Kalau tuan ke Sungai Baru

2

Page 27: Pantun Lama Melayu 2

Singgah sebentar di Pasar DesaKalau tuan jadi tetamuPandai-pandailah berbudi bahasa

13. Madat ditumbuk dibuat jamuBuat penyeri gadis jelitaAdat orang menjadi tetamuBiar diberi dari meminta

14. Buah ciku dalam ragaDelima merah dimakan sahajaKata cikgu kata pujanggaKata Pengarah kata raja

15. Kuala Linggi tanahnya merahTempat perahu mengisi muatanSuara tinggi bukanya marahSekadar mahu memberi ingatan

16. Harum baunya bunga cempakaDihiris sekuntum bunga cengkihTersenyum jangan disangka sukaMenangis jangan disangka sedih

17. Pokok ciku di tepi kotaBuah dilarah penuh seragaKata cikgu kata penditaKata Pengarah kata raja

18. Ular tedung jangan dipermudahBisanya dapat membawa mautJika tak maut merana juga

Berhujan panas aku tak endahKeris lembing aku tak takutKehendak hati kuturut juga

19. Baik-baik memancing ikanJangan terpancing ikan parangBaik-baik memilih intanJangan terpilih batu karang

20. Ambil air dalam perigiAda dijinjing ada ditatangBelum suruh sudah pergi

2

Page 28: Pantun Lama Melayu 2

Belum dipanggil sudah datang

21. Orang meminang puteri tujuhAmbil air cucikan kakiBenih muda kalau bertumbuhPucuknya hijau cabangnya mati

22. Menumbuk padi gadis jelitaPadi huma baru diketamJangan jadi jelaga pelitaOrang bercaya kita menghitam

23. Airnya dalam di Tanjung TualangTempat berlabuh tongkang dan jongJangan bawa resmi udangEkor berdetik tahi dijunjung

24. Pakai gelang sekerat lenganTapi semuanya perak suasaJauh berjalan banyak pengalamanLama hidup banyak dirasa

25. Sayang Cik Andak menjerat landakDi tepi perigi ikan puyuOrang tergelak saya tergelakOrang membenci saya tak tahu

26. Beli kuda baik dipacuRaja berangkat dari uluPada songket baik belacuHarga murah ganti selalu

27. Sayang serindit punai di JawaMembuat sarang di pohon berduriPelepah jatuh pucuk ketawaPangkal juga menahan diri

28. Salah ikat boleh diungkaiSalah letak boleh dicariSalah buat badan terkulaiSalah cakap memburuk diri

29. Kumbang menyeri bunga nan layuLayu terkulai jatuh ke perduSaya umpama golok kayuTetak tak lut gadai tak laku

2

Page 29: Pantun Lama Melayu 2

30. Kalau hendak memilih tempatBiar dekat pekan sehariTeman ketawa senang didapatKawan menangis sukar dicari

31. Batang rotan dikerat-keratBuat pengandar sarung ketupatJika kerja hendak berkatBuat dengan cermat dan tepat

32. Cik Puan orangnya peramahJangan dibereng suaminya PenghuluJika tuan empunya rumahPanganan mulia dihidang dahulu

2