175
P A N T U N B E R K A I T ( SETIA NEGARA )

Pantun Berkait Setia Negara (2)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pantun Berkait Setia Negara (2)

P A N T U N B E R K A I T

( SETIA NEGARA )

1. Buah delima di balik daun,Buah berangan di kebun nyonya;

Bismillah saya memulakan pantun,Buat renungan kita bersama.

Page 2: Pantun Berkait Setia Negara (2)

2. Mekar harum bunga cempaka,Bunga pujaan gadis remaja;

Assalamualaikum salam sejahtera,Didoa kalian cemerlang gemilang.

3. Buah berangan di dalam raga,Bunga cenkih di rumpun padi;

Buat renungan tuan yang mulia,Tanda kasih setia berbakti.

4. Bunga pujaan gadis remaja,Kuntum mewangi berkembang pagi;

Didoa tuan aman bahagia,Terus berbakti pertahankan pertiwi.

5. Sambal peria si pucuk geti,Untuk santapan bersama keluarga;

Tanda setia kepada pertiwi,Sanggup berkorban apa sahaja.

6. Bunga dipuja setiap masa,Amat indah si mawar putih;

Negara Malaysia tanah pusaka,Tempat mencurah taat dan kasih.

7. Untuk santapan bersama keluarga,Tambahkan lada santan sedulang;

Rela berkorban apa sahaja,Asalkan negara makmur gemilang.

8. Amat indah memikat sukma,Hiasan dara bertambah ayu;

Tempat mencurah taat dan setia,Itulah dia tanah airku.

9. Kain belacu jangan dibuang,Buat selendang dara jelita;

Malaysia maju gilang gemilang,Dikenal orang serata dunia.

10. Minta mukun diberi mukun,

Page 3: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Mukun berisi bunga selasih;Minta pantun kuberi pantun,

Pantun tanda setia kasih.

11. Mukun berisi bunga selasih,Bunga kemboja di tapak tangan;

Pantun tanda setia kasih,Budaya bangsa zaman berzaman.

12. Hari raya hari yang mulia,Aidilfitri kenangan abadi ;

Dari bahasa dikenal bangsa,Dari budi dikenal hati.

13. Rumpun tebu di pinggir kali,Ditebang petani di pinggir laman ;

Pantun Melayu tidak akan mati,Kekal abadi sepanjang zaman.

14. Pokok palah batang berduri,Patah ditindih si kayu ara;

Pantun dipersembah di pelosok negeri,Setia kasih pertahankan budaya.

15. Sayang Labuan pulau di laut,Bandarnya bersih indah menawan;

Salam tuan sudah disambut,Tanda kasih setia kawan.

16. Tepung tawar tepung jati,Tepung penyeri gadis jelita;

Hasrat di hati hendak pergi,Berjuang demi pertiwi tercinta.

17. Sirih pinang buat hiasan,Kacip suasa berukir tembaga;

Masih panjang arus perjuangan,Demi bangsa negara tercinta.

18. Dari Lamanak ke Kuala Mukah,

Page 4: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Sirih junjung di dalam raga;Kami anak bumi bertuah,

Sedia menjunjung wawasan negara.

19. Menyulam renda benang sutera,Untuk hiasan anak perawan;

Rakyat Malaysia warga kita,Pertahankan budaya seni warisan .

20. Asam gelugur santan berlada,Ikan masin hidang sekali;

Negeri makmur rakyat sejahtera,Kerana pemimpin bijak bestari.

21. Dari Timur belayar bahtera,Sarat muatan singgah di tanjung;

Negara makmur rakyat sejahtera,Itulah wawasan pemimpin ulung.

22. Pokok pedada dahan meninggi,Tumbuh berbunga di pinggir laman;

Budi bahasa hiasan diri,Itulah tanda orang beriman.

23. Burung kedidi di pohon nangka,Anak bayan hinggap di dahan;

Orang berbudi kita berbahasa,Mesra ikatan erat perpaduan.

24. Perahu kotak belayar ke hilir,Singgah membeli barang dagangan;

Perjuangan kita belum berakhir,Kemerdekaan diisi dengan pembangunan.

25. Pucuk geremi ulam pegaga,Buah salak di dalam dulang;

Datuk Patinggi amat berjasa, Memimpin Sarawak ke puncak gemilang.

26. Beras Bario di dalam dulang,Bungkus bersama kain sutera;

Malaysia maju gilang gemilang,

Page 5: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Atas usaha pemimpin berwibawa.

27. Pergi ke darat mencari rotan,Singgah turun memasang jerat;

Kita sepakat seiring sejalan,Sama membangun teknologi maklumat.

28. Pergi ke hulu mengail betutu,Ikan toman masak berlada;

Rakyat bersatu bertambah mutu,Mendukung wawasan pemimpin berjasa.

29. Dari Bentong ke bandar Bangi,Membawa kain tanda beradat;

Sungguh beruntung rakyat negeri,Dapat pemimpin berjiwa rakyat.

30. Pergi Bintangor memakai sepatu,Di Bukit Bengunan mencari rotan;

Negeri makmur rakyat bersatu,Siasah pembangunan jadi pegangan.

31. Pokok turi berdahan tinggi,Asam pauh tumbuh di desa;

Datuk Menteri pemimpin bestari,Wawasannya jauh membangun negara.

32. Pergi ke muara mencari kepah,Jual seraga di pasar tani;

Apa gunanya kita berpecah,Marilah kita bersatu hati.

33. Gaharu dibakar bersama setanggi,Baunya harum sampai ke petang;

Dirgahayu hendaknya pemimpin bestari,Membawa kemakmuran Negara gemilang.

34. Pasang lilin pasang pelita,Buat menyuluh tangkainya sirih;

Sepanjang hidup banyak berjasa,Barulah orang bertambah kasih.

Page 6: Pantun Berkait Setia Negara (2)

35. Dari Kedah ke Kuala Kubu,Singgah menebang pohon rumbia;

Banyak hikmahnya hidup bersatu,Seluruh rakyat merasa bahagia.

36. Daun palah dilipat-lipat,Buat kelupis di pagi raya;

Bertahun-tahun hidup sepakat,Hidup harmonis bertambah jaya.

37. Dang Esah Tandang Sari,Puteri rupawan daerah Saribas;

Sungguh indah tanah airku ini,Negara aman rakyat bebas.

38. Dato Adenan pemimpin bestari,Berjasa berbakti kepada negara;

Selagi ada bulan dan mata hari,Setia kami untukmu Malaysia.

39. Tun Ahmad Zaidi Rosli Dobbi,Pejuang sejati dalam sejarah;

Setulus hati kami berjanji,Berbakti kepada bumi bertuah.

40. Buah berembang buah pedada,Buah pisang dimasak halwa;

Siapa tak sayang siapa tak cinta,Malaysia jaya makmur gemilang.

41. Burung helang terbang rendah,Terbang berkawan di pohon nangka;

Jalur gemilang berkibar megah,Lambang perpaduan bangsa merdeka.

42. Awat-Awat ke hulu sendumin,Membeli tudung di Pangkalan Jawa;

Tuan ibarat kilat cermin,Di balik gunung ternampak juga.

Page 7: Pantun Berkait Setia Negara (2)

43. Pakai ketayap sembahyang subuh,Memanjat doa kepada Yang Esa;

Patah sayap bertongkat paruh,Demi negara kukorbankan nyawa.

44. Sayang Sematan pasirnya putih,Talang-Talang pulau di laut;

Kepada watan tertumpahnya kasih,Biduk berlalu kiambang bertaut.

45. Asam paya buah di hutan,Ambil pelepah dibuat lidi;

Tuan berbakti kepada watan,Jasa dikenang hingga abadi.

46. Sekapur sirih dibuat bekal,Pinang seulas di atas peti;

Anyaman kasih hamparan ambal,Buat mengalas penghargaan kami.

47. Tikar pucuk tikar mengkuang,Tempat Pak Tani menjemur padi;

Hasrat di hati hendak berjuang,Kepada pertiwi menabur bakti.

48. Kain Brunei tenunan Sarawak,Pakaian pengantin mengikut adat;

Aman damai kasih bersemarak,Perpaduan terjalin kata sepakat.

49. Panggung Silvia meniti sejarah,Kini menjadi Padang Merdeka;

Sanggup kami bermandikan darah,Demi kedaulatan negara tercinta.

50. Petik pauh di tepi sawah,Buah terlerai di hujung tangkai;

Setitik peluh di bumi bertuah,Bakti disemai hasil dituai.

Page 8: Pantun Berkait Setia Negara (2)

51. Tanjung Manis di Kuala Rajang,Tempat berlabuh kapal dagangan ;

Rakyat harmonis bangsa berbilang,Bersatu teguh dalam perjuangan.

52. Bubur pedas warisan bunda,Hidangan lazat warisan kami;

Jujur ikhlas pedoman kita,Sepanjang hayat mencurahkan bakti.

53. Bunga kenanga jambangan desa,Terkulai layu disinar mentari;

Masa muda jangan dipersia,Taburlah jasa majukan pertiwi.

54. Kalau hilir ke kuala Sadong,Bawa bersama jala dan pukat;

Bulat air kerana pembentung,Majukan Malaysia kita sepakat.

55. Hilir mudik mencari bemban,Singgah bermalam di Gunung Serapi;

Ilmu baik dijadikan teladan,Segala yang buruk letak di tepi.

56. Limau purut di tepi pagar,Pucuk jampang di dalam belukar;

Cakap diikut nasihat didengar,Fikiran panjang hati penyabar.

57. Pokok pedada tumbuhnya liar,Hidup subur tepi kuala;

Maruahnya ada tuah bersinar,Negara makmur rakyat sejahtera.

58. Burung kelit membuat sarang,Hinggap berdua di pohon padi;

Bukan ringgit dipandang orang,Budi bahasa belahan hati.

Page 9: Pantun Berkait Setia Negara (2)

59. Buah betik buah petola,Campur cuka gulai bercili;

Perkara tak baik usah dicuba,Nanti merana diri sendiri.

60. Anak Cina memburu tupai,Peluru penabur di dalam senapang;

Seandainya cita-cita tidak tercapai,Biar berkubur di rantau orang.

61. Anak Benggali berkain kasa,Benang sutera berwarna merah;

Sudah berbudi lagi berbahasa,Itu namanya bestari bertuah.

62. Cik Zainab menjahit tabir,Kain sutera sulaman tangan;

Jangan mengharap suratan takdir,Rajin dan usaha tangga kejayaan.

63. Bunga setanggi harum semerbak,Serindit hinggap di pucuk kecubung;

Di mana bumi dipijak,Di situlah langit dijunjung.

64. Belayar perahu ke Kuala Paloh,Sarat bermuat bingkainya buluh;

Kalau bersatu kita kan teguh,Andai bercerai bangsa kan jatuh.

65. Memburu rusa di pinggir paya,Menahan jerat di rumpun padi;

Satu bangsa satu bahasa,Itulah matlamat perjuangan kami.

66. Patinggi Ali Pahlawan perkasa,Pangiran Badruddin berdarah bangsawan;

Budi pekerti kebanggaan bangsa,Ikatan terjalin maruah dipertahan.

67. Kuih penyaram berbunga sisi,Nasi manis santan kelapa;

Page 10: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Benih harapan membara di hati,Bakti dicurah untuk negara.

68. Tanjung Kidurong airnya biru,Tempat berlabuh kapal dagangan;

Tolong menolong bersatu padu,Perpaduan kukuh untuk kemajuan.

69. Gunung Santubong dalam citra,Di hati tersemat kasih terikat;

Tolong menolong amalan mulia,Jiran sepakat membawa berkat.

70. Tebingan sungai kebanggaan rakyat,Ilham bestari pemimpin terpuji;

Perpaduan disemai bersatu erat,Menjulang tinggi kedaulatan pertiwi.

71. Datuk Kadir ulamak terbilang,Harum namanya dikenang bangsa;

Sejarah terukir Sarawak gemilang,Hasil pemimpin yang bijaksana.

72. Perahu kotak membawa raga,Layar berkembang ke Kuala Miri;

Tinggal emak tinggal saudara,Saya berjuang membela pertiwi.

73. Kota Samarahan pusat ilmu,Cetusan ilham Datuk Patinggi;

Hasil perjuangan pemimpin dahulu,Kesejahteraan dinikmati pada hari ini.

74. Demak Laut di pinggir kota,Tambak menghubung Kampung Sejingkat;

Tegak menyahut seruan negara,Taat menjunjung bumi berdaulat.

75. Kapal belayar ke Kuala Oya,Saudagar turun membeli padi;

Kalau rakyat tidak setia,

Page 11: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Bagai meracun diri sendiri.

76. Kapal Royalist belayar ke hulu,Singgah berlabuh depan istana;

Rakyat harmonis bersatu padu,Bersatu teguh membina negara.

77. Dari Bintawa ke Muara Tebas,Membawa padi di dalam dulang;

Bakti tidak minta dibalas,Itulah bakti rakyat cemerlang.

78. Cerah bercahaya pasir Bintulu,Bawa seguni ke Kuala Tatau;

Sejarah mengajar kita bersatu,Barulah disegani negara serantau.

79. Pergi Tambirat menanam tebu,Rotan sega diraut tiga;

Biar jasad menjadi debu,Kedaulatan negara kupertahan juga.

80. Anyam pandan tikar mengkuang,Tempat duduk putera remaja;

Anak watan pergi berjuang,Kedaulatan negara tanggungjawab kita.

81. Petikan saya buah delima,Masak sebiji di balik dahan;

Berkorban nyawa demi negara,Taburkan bakti sepanjang zaman.

82. Bunga kemuning kembang di tangkai,Tumbuh mekar di tepi telaga;

Biar daging tulang berkecai,Taatku pada Malaysia tercinta.

83. Perahu tambang berdayung dua,Patah kemudi berganti galah;

Pemimpin cemerlang payung negara,Mencurah bakti di bumi bertuah.

Page 12: Pantun Berkait Setia Negara (2)

84. Cenderawasih berbalung merah,Terbang hinggap ke pohon sena;

Setia kasih menjunjung perintah,Demi negara kupertaruhkan nyawa.

85. Gadis desa menganyam nyiru,Antan patah dicari ganti;

Kalau kita bersatu padu,Tidak akan dijajah kedua kali.

86. Pakai ketayap sembahyang subuh,Hening malam menyegar nuraini;

Patah sayap bertongkat paruh,Patah kalam pujangga berdiri.

87. Anak Cina menahan bubu,Dapat seekor ikan haruan;

Kalau kita hidup bersatu,Negara makmur tercapai wawasan.

88. Laju-laju perahuku laju,Laju sampai ke Sungai Kamena;

Rakyat Malaysia sejahtera maju,Di bawah pimpinan yang bijaksana.

89. Beting Maru dalam kenangan,Di situ gugur pahlawan sejati;

Kita bersatu menyusun perjuangan,Namun berundur tidak sekali.

90. Labu tua dibuat pengat,Bubuh sesenduk gula melaka;

Badan muda biar beringat,Sementara belum rosak binasa.

91. Pasang kajang perahu kolek,Belayar menuju Kuala Tatau;

Kalau memang benih yang baik,Jatuh ke laut menjadi pulau.

Page 13: Pantun Berkait Setia Negara (2)

92. Pasang dian pasang pelita,Pagi raya menganyam ketupat;

Kalau ingin aman bahagia,Jauhkan perangai dengki khianat.

93. Ambil tikar menjemur ragi,Anyam ketupat daun kelapa;

Mari kita memakmurkan negeri,Agar rakyat aman sentosa.

94. Daun palah bawa ke pekan,Bawa berniaga di pasar minggu;

Alhamdulillah kami ucapkan,Rakyat Malaysia hidup bersatu.

95. Anak punai terbang bertiga,Bulunya jatuh ke pohon buluh;

Rukun damai wawasan kita,Bersatu teguh bercerai roboh.

96. Dari Mukah ke Kuala Nyabor,Singgah di Matu menanam rumbia;

Bersama megah bersama lebur,Tak kan Melayu hilang di dunia.

97. Tuai padi di hujung desa,Padi muda subur meninggi;

Tuan pergi membela negara,Diiringi doa Allah lindungi.

98. Jala dikibar di lubuk dalam,Ikan semah di balik batu;

Kita belajar sejarah silam,Banyak hikmahnya hidup bersatu.

99. Burung merak di pohon nangka,Berat badannya dahan melentur;

Negeri Sarawak indah sejahtera,Rakyat bahagia aman dan makmur.

100. Masak lemak ikan tenggiri,

Page 14: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Gulai bersama limau kasturi;Malaysia banyak dagang dan santeri,

Pemimpin adil memerintah negeri.

101. Membawa raga turun ke sawah,Ternampak rusa bertanduk dua;

Malaysia sentosa aman bertuah,Dari kota hingga ke desa.

102. Anak muda menebang hutan,Menanam padi di tanah paya;

Berdoalah kita kepada Tuhan,Jauhkan dari mara bahaya.

103. Pergi ke darat membuka sawah,Bawa bekalan di dalam raga;

Kita rakyat bangsa bermaruah,Sanggup berkorban untuk negara.

104. Kain kasa jahit bersulam,Benang sutera terlerai juga;

Mengambil iktibar sejarah silam,Kerana sengketa tergadai bangsa.

105. Memburu rusa di tanah tinggi,Jerat rotan dibelah dua;

Untukmu Malaysia ibu pertiwi,Rela berkorban harta dan nyawa.

106. Naik perahu ke Kuala Sibuti,Penuh muatan benih kelapa;

Kalau nak tahu kasih sejati,Rela berkorban untuk negara.

107. Burung tempua hinggap di sawah,Anak tenggiling terkena jerat;

Rakyat Malaysia amat bertuah,Punya pemimpin berjiwa rakyat.

108. Pisang berangan dimasak halwa,

Page 15: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Buat hidangan bulan Ramadhan;Politik pembangunan jadi agenda,

Untuk kemakmuran rakyat sekalian.

109. Tanam padi sawah serelung,Tapak semaian tanahnya rata;

Datuk Menteri pemimpin yang ulung,Bawa pembangunan negara tercinta.

110. Terbang sekawan burung merpati,Hinggap berdua di pohon ara;

Rakyat sayangkan pemimpin bestari,Banyak berjasa bangunkan negara.

111. Bakar setanggi di pagi raya,Mohon berkat aman sentosa;

Datuk Patinggi pemimpin berjaya,Diterima rakyat jasanya dikenang.

112. Bunga di sanggul dara jelita,Cantik menawan indah dipandang;

Dunia mengenal negara kita,Kerajaan adil gilang gemilang.

113. Pergi ke hutan menjerat kijang,Singgah berhenti di pohon rumbia;

Menjunjung wawasan gilang gemilang,Islam hadhari dasar negara.

114. Rama-rama di pohon nangka,Biawak terjerat di batang kayu ;

Sejak merdeka dalam Malaysia,Sarawak pesat berkembang maju.

115. Harum mewangi bunga kenanga,Memikat hati dara pujaan;

Islam hadhari dasar negara,Majukan pertiwi sepanjang zaman.

116. Anak Benggala membeli peria,Masak bersama si pucuk turi;

Page 16: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Kita bangsa berperibadi mulia,Kekalkan budaya Islam hadhari.

117. Ikan senangin tumis bercili,Masak rempah halia wangi;

Kami tak ingin menangis lagi,Untuk dijajah kedua kali.

118. Tempah pakaian tenunan sutera,Anggun bergaya malam kenduri;

Sejarah kehancuran tamadun dunia,Kerana tiada perpaduan sejati.

119. Anyam ketupat berisi inti,Sambal serondeng berkuah kari;

Andai tergugat kedaulatan pertiwi,Kamilah benteng nusantara ini.

120. Pucuk rebung tumis bersantan,Masak rempah ikan tenggiri;

Tujuh gunung sembilan lautan,Di sinilah tumpah kesetiaan kami.

121. Negeri Sarawak aman sentosa,Di bawah pimpinan Datuk Patinggi;

Niat di hati nak menabur jasa,Demi kesejahteraan ibu pertiwi.

122. Tanjung Datuk airnya biru,Tempat mandi anak nelayan;

Telanjur duduk menuntut ilmu,Pasir sebutir dijadikan intan.

123. Madu kesamak kuih asli,Hidang bersama kuih bingka;

Negeri Sarawak kesayangan kami,Tempat tumpahnya taat setia.

124. Seruling gembala memanah jiwa,Gemalai tiupan di angin pagi;

Gembleng tenaga bersatulah kita,Capai wawasan pemimpin bestari.

Page 17: Pantun Berkait Setia Negara (2)

125. Pakaian ihram berkain sutera,Bersemi perasaan gelora di jiwa;

Wawasan ilham pemimpin perkasa,Demi kemakmuran negara tersayang.

126. Rambutan dukung lazat terasa,Bersama duku di pekan sari;

Wawasan didukung rakyat setia,Berusaha bersatu majukan pertiwi.

127. Bunga cempaka wangi baunya,Dibawa dara perawan tersayang;

Mulia bangsa disegani dunia,Kerana kukuhnya wawasan dijulang.

128. Sayang dedalu berjuntai di dahan,Bunga sakura mekar di desa;

Rakyat bersatu mencapai wawasan,Tak kira bangsa juga agama.

129. Pagi hari merendam rotan,Dipotong sekerat jangan dibuang;

Dato Seri mengilhamkan wawasan,Disanjung rakyat negara terbilang.

130. Sebulan Ramadhan mencari ilham,Amalan mulia didikan agama ;

Sembilan cabaran inti wawasan,Kemakmuran negara jadi agenda.

131. Buat pengat bersama halwa,Memakai ramuan gula sekati;

Rakyat diingat supaya tak leka,Capai wawasan majukan pertiwi.

132. Memakai serban berwarna merah,Bersalam-salaman di pagi mulia;

Mencapai wawasan bukannya mudah,Tanpa sokongan rakyat setia.

Page 18: Pantun Berkait Setia Negara (2)

133. Bulan Ramadhan harapan tersemat,Kepada Tuhan dipanjangkan doa;

Sembilan cabaran wawasan keramat,Demi kegemilangan negara jaya.

134. Berbaju kebaya berkain gelap,Bunga sekuntum jadi hiasan;

Kita bersatu bergerak sederap,Bina kekuatan melestari wawasan.

135. Anak kedidi terbang berkawan,Terlanggar jerat di hujung senja;

Tegak berdiri menjulang wawasan,Bersama tekad majukan negara.

136. Datuk Panglima mencari rotan,Rotan sega dikerat lima;

Kukuh kita di barisan hadapan,Wawasan perkasa dijulang bersama.

137. Sembilang gelama bersama haruan,Ikan kerapu dihiris dipotong;

Gemilang negara di masa hadapan,Berkembang maju wawasan dijunjung.

138. Berkain sari budaya warisan,Membawa hasrat meminang dara;

Pemimpin bestari empunya wawasan,Membela rakyat dasar negara.

139. Terpahat cinta kasih dan sayang,Ikatan terjalin moga berpanjangan;

Rakyat diminta berjihad berjuang,Wawasan pemimpin ada kesinambungan.

140. Sayang Sempadi di pinggir kuala,Tempat pemuda menjala haruan;

Pemuda pemudi anak Malaysia,Teruskan usaha mencapai kemajuan.

Page 19: Pantun Berkait Setia Negara (2)

141. Kuala Rompin jangan dituba,Kalau dituba ikannya mati;

Jasa pemimpin jangan dilupa,Wawasannya mulia dijunjung tinggi.

142. Manisan kelapa berinti halia,Dimasak bersama kuih bahulu;

Wawasan negara dikagumi dunia,Membentuk bangsa berdaya maju.

143. Mengkudu tumbuh berdaun lebat,Petola layu gugur buahnya;

Dua puluh dua puluh tahun keramat,Negara maju di persada dunia.

144. Panglima bertanjak warisan tebilang,Berbaju kesumba bunga idaman;

Paradigma beranjak wawasan dijulang,Itu tandanya warga budiman.

145. Mawarnya merah semerbak berkembang,Bunga tersemat di tudung hiasan;

Malaysia sudah di puncak gemilang,Kerana rakyat menyokong wawasan.

146. Memerah kelapa bersama manisan,Buah bidara di dalam dulang;

Berpisah kerana menjaya wawasan,Bertemu kita di puncak gemilang.

147. Cenderawasih burung di awan,Mencari kawan di pohon rendang;

Terima kasih pemimpim sekalian,Lestari wawasan negara terbilang.

148. Dodol pengat makanan warisan,Buat bekalan ke pekan Sejingkat;

Dengan keringat kujayakan wawasan,Demi keamanan insan sejagat.

Page 20: Pantun Berkait Setia Negara (2)

149. Ambil gaharu dengan cendana,Air dipasu tolong renjiskan;

Dirgahayu pertiwi tercinta,Berkembang maju bersama wawasan.

150. Batang pulasan di tepi laman,Bawa ke darat terpatah dua;

Tak hilang wawasan ditelan zaman,Seandainya rakyat setia negara.

151. Buat pelita menyambut lebaran,Bermandikan kilauan nampak berseri;

Rakyat diminta menyahut cabaran,Jadikan wawasan suatu realiti.

152. Nada merindu nyanyian dara,Dendangan ciptaan anak seniman;

Kita bersatu majukan negara,Berpayungkan wawasan suluh budiman.

153. Harum mewangi bunga cempaka,Hiasan diri dara rupawan;

Datuk Seri wira negara,Wawasannya suci cipta kedamaian.

154. Bunga ros bunga cempaka,Tumbuh di pasu berduri pula;

Bulan Ogos negara merdeka,Rakyat bersatu berkongsi kuasa.

155. Jambangan subur beribu bunga,Di hilir kota tumbuh merata;

Perlembagaan luhur restu bersama,Lahirlah negara berdaulat merdeka.

156. Tanjung Kidurong pasir berkilat,Nampak bercahaya disinar suria ;

Yang Di-Pertuan Agong raja berdaulat,Tempat tumpahnya taat setia.

157. Rendam padi bersama jerami,Terbentang semaian dipinggir hutan;

Page 21: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Islam menjadi agama rasmi,Lambang kesucian rahmatnya Tuhan.

158. Bunga semalu batang berduri,Terpijak dahan terkulai layu;

Bahasa Melayu bahasa rasmi,Bahasa perpaduan penjana ilmu.

159. Merintih sayu perasaan kami,Riindu berduka dihujung senja;

Diciptalah lagu Kebangsaan rasmi,Negaraku bergema ikrar setia.

160. Anak sembilang di air tawar,Berenang bermain si ikan tapah ;

Jalur Gemilang megah berkibar,Lambang terjalin perpaduan ummah.

161. Bunga melur harum berseri,Petik sekuntum mewangi taman ;

Kuala Lumpur ibu negeri,Pesat membangun kota metropolitan.

162. Asam paya subur di rimba,Rendang berdahan pohon mengkudu;

Bunga raya bunga negara,Lambang kesetiaan rakyat bersatu.

163. Rindu di hati menjalin mesra,Mencurah perasaan setia terpahat ;

Tunku menjadi pemimpin pertama,Berdarah bangsawan berjiwa rakyat.

164. Waktu petang membawa jerat,Di tepi hutan mencari rusa ;

Tunku berjuang bersama rakyat,Demi kedaulatan pertiwi tercinta.

165. Kain belacu berwarna unggu,Digubah hiasan bersama bunda ;

Page 22: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Pemimpin Melayu disatukan Tunku,Di bawah gagasan Malaysia jaya.

166. Subuh Jumaat menganyam ketupat,Diadun bersama diuli dikerat ;

Sudah tersurat dalam makrifat,Pemimpin berjasa disayangi rakyat.

167. Bunga mengkudu di hujung bendang,Layu disinar cahaya suria ;

Jasa Tunku disanjung dikenang,Lalu digelar Bapa Malaysia.

168. Menunda pukat menuju kuala,Membawa bekal berisi mentega ;

Berjiwa rakyat Tunku Yang Mulia,Rela meninggal negeri dan takhta.

169. Turun membajak berkain tudung,Dari pangkalan menuju ke huma;

Tun Razak pemimpin yang ulung,Mewarisi perjuangan Tunku Yang Mulia.

170. Merak berlegar tiga sekawan,Bermandikan cahaya Teluk Belanga ;

Tun Razak digelar Bapa Pembangunan,Mengabdikan hidupnya untuk negara.

171. Batang pauh rendang meninggi,Pohon beringin baru berbunga ;

Patah tumbuh hilang berganti,Tun Hussein dipilih teraju negara.

172. Bermain gambus di Indera Kayangan,Bersilat berpenca sama gembira ;

Tun Hussein menerus dasar perjuangan,Memartabat negara di mata dunia.

173. Ikan sembilang masak berlada,Buat bekalan menghilir kuala ;

Negara gemilang di puncak jaya,

Page 23: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Di bawah pimpinan Mahathir perkasa.

174. Mekar mewangi setangkai kenanga,Bunga lilin gugur ke bumi ;

Dasar murni tercapai terlaksana,Pak Lah memimpin Islam hadhari.

175. Datuk panglima melayar bahtera,Turun ke darat menuai padi ;

Kini negara makmur sejahtera,Kerajaan dan rakyat bersatu hati.

176. Naik perahu ke Kuala Sebangan,Sarat muatan kelapa muda;

Kita bersatu merencana pembangunan,Keranamu Malaysia nusa jaya.

177. Jangan dikerat batang cempedakBerdahan lebat ada gunanya;

Kerajaan dan rakyat berpisah tidakKemakmuran umat agenda utama.

178. Pergi ke darat mencari nira,Buah kelapa buat manisan ;

Kita rakyat berperibadi mulia,Jagalah budaya seni warisan.

179. Menjerat rusa di hujung desa,Turun membawa seutas tali;

Rakyat Malaysia berbilang bangsa,Elakkan sengketa hidup harmoni.

180. Tanjung Datuk di hujung negeri,Tempat nelayan menjala ikan;

Kalau mahu hidup harmoni,Nasihat pemimpin jadikan panduan.

181. Baju kasa sutera cina,Baju kebangsaan menawan hati;

Satu bangsa satu negara,Satu perjuangan setia berbakti.

Page 24: Pantun Berkait Setia Negara (2)

182. Ulam raja berdahan rendah,Dibelah segar buah mempelam;

Dalam kita menyusun langkah,Ambillah iktibar sejarah silam.

183. Asah parang ke hutan berburu,Bawa bersama keris pusaka ;

Sejarah gemilang Melayu bersatu,Merdekakan negara ke pucak jaya.

184. Belayar ke selat membawa pukat,Sirih sekapur tanda bersyukur;

Kita kuat kerana muafakat,Kita hancur kerana takbur.

185. Sepat gelama masak berempah,Mari disaji hari kenduri;

Berabad lamanya kita dijajah,Menjadi abdi di bumi sendiri.

186. Burung tempua terbang ke sarang,Hinggap mari di pohon berembang ;

Sirih dah lama pulang ke gagang,Sanggupkah lagi sejarah berulang ?

187. Buah kepayang di dalam raga,Bawa berjalan ke pasar lama;

Warga yang sayang kepada negara,Sanggup berkorban harta dan nyawa.

188. Harum baunya bunag kenanga,Subur mewangi berkembang pagi;

Usia muda jangan dipersia,Taburkan bakti maju kan pertiwi.

189. Beli kepah bersama peria,Masakkan bersantan di bulan puasa;

Kami bersumpah tanda setia,Pertahan kedaulatan ibu pertiwi.

Page 25: Pantun Berkait Setia Negara (2)

190. Mengangkat buah di tepi pangkalan,Bawa berniaga di kota raya;

Semangat Hang Tuah menjadi ikutan,Setia kepada raja dan negara.

191. Harum setanggi membelai rasa,Khayalan membawa impian menjelma;

Kemerdekaan tinggi nilai harganya,Mahal daripada lautan mutiara.

192. Anyam ketupat berisikan inti,Lemang bercampur pandan wangi;

Kiranya tergugat kedaulatan pertiwi,Pantang berundur walau seinci.

193. Cenderawasih hinggap di tanah tinggi,Di malam purnama cahaya berseri;

Bersih cekap amanah berbakti,Itu namanya warga bestari.

194. Sinaran mentari menyinar bumi,Cahaya redup hujan tak jadi;

Kesetiaan kami suci dan murni,Dari hidup sampai ke mati.

195. Negeri Melaka aman sentosa,Bumi bersejarah warisan bangsa;

Kami rela berkorban nyawa,Demi maruah kedaulatan negara.

196. Bunga kantan dahan meninggi,Bunga cempaka kembang berseri;

Kami cintakan keamanan sejati,Warga bahagia bebas berdikari.

197. Nira kelapa sedap rasanya,Manisan cermai air serabat;

Negara kita tanggungjawab kita,Aman dan damai rukun sepakat.

Page 26: Pantun Berkait Setia Negara (2)

198. Burung helang berlegar rendah,Terjerat di batu membawa mati;

Jalur Gemilang berkibar megah,Rakyat bersatu berusaha berbakti.

199. Buat ketupat bersama kuah,Dalca pekat berisi ramuan ;

Berabad-abad negara dijajah,Mengajar rakyat erti kemerdekaan.

200. Hulur rakit menuju seberang,Pasang galah bertali pelepah ;

Gugur syahid para pejuang,Menentang penjajah di bumi bertuah.

201. Pergi ke pekan menempah pelita,Sambil berjalan beramah mesra ;

Demi kemerdekaan tanah pusaka,Kubayar dengan darah dan nyawa.

202. Merak kayangan irama mendayu,Suara penyair maknanya tersirat;

Kemuncak perjuangan bangsa Melayu,UMNO lahir pembawa rahmat.

203. Hulu Bernam tanjung berlipat,Di situ berlabuh perahu baru;

Empat puluh enam tahun keramat,UMNO ditubuh Melayu bersatu.

204. Rimbun mekar pohon melati,Kemuning berbunga bersama cempaka;

Dato Onn Jaafar wira sejati,Pemimpin pertama UMNO perkasa.

205. Labu sayung berbunga semalu,Sejak berzaman sudah terbilang;

UMNO payung bangsa Melayu,Tonggak kekuatan sejarah gemilang.

206. Rantau Panjang pusat berniaga,

Page 27: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Ramai saudagar menjual sutera;UMNO berjuang mendaulat bangsa,

Kekallah raja memerintah negara.

207. Hulur lancang di malam cerah,Mahu ke hilir membawa rusa ;

Johor gemilang dalam sejarah,Di situ lahir UMNO perkasa.

208. Burung jentayu hinggap di batu,Makanan ada di balik dahan;

Bangsa Melayu harus bersatu,Tingkatkan usaha eratkan perpaduan.

209. Akar dedalu menjalar rendah,Batang semangka terkulai di tanah;

Andainya Melayu bercakar dan berpecah,Hilanglah wibawa tergadailah maruah.

210. Anak angsa mandi di kali,Ibu mencari tepian telaga ;

Kita bangsa tinggi pekerti,Bersatu demi kemakmuran negara.

211. Malam minggu pergi kenduri,Berdandan berhias berkain sutera ;

Orang Melayu tinggi pekerti,Adil dan ikhlas memimpin negara.

212. Kuala Sematan di hujung negeri,Orang Jawa beruamh rumbia ;

Kalau bercakaran sesama sendiri,Hilang wibawa lemah bangsa.

213. Naik perahu mudik ke hulu,Singgah turun menebar jala;

Kalau nak tahu anak Melayu,Bersopan santun mulia hatinya.

214. Burung merak di kayu jati,Hinggap mari tepi telaga;

Page 28: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Kita anak Melayu sejati,Sanggup mati demi Negara.

215. Angkasa Puri Tugu Negara,Kebanggaan kita berkurun lama;

Putera puteri Melayu perkasa,Tingkatkan usaha bangunkan bangsa.

216. Wira menyanyi Bahtera Merdeka,Perasaan bangga di lubuk jiwa;

Pemuda pemudi negara jaya.Kesetiaan bangsa untuk Malaysia.

217. Bunga cempaka jambangan Cina,Beli sepokok berdaun tiada;

Usia muda jangan dipersia,Berbakti untuk kemakmuran negara.

218. Membelah kayu pakai sepatu,Duduk meraut dahan meranti;

Berbaktilah kamu wahai bangsaku,Untuk menyahut seruan pertiwi.

219. Cempaka merah berdahan lebat,Batang barangan terkulai layu;

Setia Hang Tuah kegagahan Hang Jebat,Ilham perjuangan wira Melayu.

220. Masak bersantan ikan cencaru,Beri perencah asam gelugur;

Adat Perjuangan anak Melayu,Sekali melangkah berpantang undur.

221. Dari Kedah ke Kuala Lumpur,Ingin bertemu teman penghibur ;

Bersama megah bersama lebur,Melayu bersatu musuh digempur.

222. Teringat teman nun pergi jauh,Sayu pilu bersama impian ;

Erat persaudaraan teguh bersatu teguh,Melayu baru mendukung wawasan.

Page 29: Pantun Berkait Setia Negara (2)

223. Sri bunian lagu dahulu,Nyanyian jejaka tika merindu ;

Teras perjuangan Melayu baru,Menjadikan Malaysia negara maju.

224. Berbaju biru bercelana biru,Pelikat sutera warna menawan ;

Melayu bersatu negara maju,Rakyat sejahtera negara aman.

225. Tampi padi di dalam nyiru,Padi subur diberi baja ;

Tinggi pekerti anak Melayu,Bakti ditabur damai dicipta.

226. Pisau raut bersalut tembaga,Minta sadurkan si besi merah ;

Kalau hidup rukun sekata,Tercipta kedamaian di bumi bertuah.

227. Pokok semalu di pinggir kali,Tersentuh duri tangan berbisa ;

Orang Melayu harus berani,Berhijrah demi kemajuan negara.

228. Gulai gelama bersantan kelapa,Sambal diberi serai sebatang ;

Nilai bangsa pertahankan bersama,Agar harmoni cemerlang gemilang.

229. Apa gunanya menghiris lada,Kalaulah ada si pinang muda ;

Kepada nak muda pewaris bangsa,Pupukkan budaya mengenang jasa.

230. Burung kedidi terbang berlima,Anak tekukur di pohon selasih;

Bangsa yang tinggi nilai budinya,Tahu bersyukur dan berterima kasih.

Page 30: Pantun Berkait Setia Negara (2)

231. Bunga selasih di dalam raga,Buat ubat puteri rupawan;

Kalau kasih sesama kita,Hidup berkat dirahmati Tuhan.

232. Dato Bentara pergi memburu,Bawa bekalan senjata baru;

Kami setia berbakti bersatu,Pertahan kedaulatan raja Melayu.

233. Rotan semambu di tepi hutan,Rimbun subur dikerat jangan ;

Ketuanan Melayu kami pertahan,Walaupun hancur jasad terkorban.

234. Daun mengkudu jangan dibilang,Masak kerabu buat perencah ;

Walaupun beribu rintangan mendatang,Pantang Melayu menyerah kalah.

235. Cempaka biru kembang di taman,Tersemat di baju gadis perawan ;

Setia Melayu sepanjang zaman,Demi Tuanku Duli Yang Dipertuan.

236. Ke pasar minggu membeli kepah,Ikan gelama masak berempah;

Kesetiaan Melayu terbukti sudah,Bersatu tenaga menentang penjajah.

237. Bulan purnama memburu rusia,Turun membawa panah berbisa;

Bukan tandanya Melayu tak setia,Walaupun dikata mudah lupa.

238. Mudik ke hulu menahan lukah,Hulur perahu berdayung galah;

Lembut Melayu bukannya kalah,Membujur lalu melintang patah.

Page 31: Pantun Berkait Setia Negara (2)

239. Tengku mahkota melayar ghali,Membawa kain ambal kasturi;

Melayu setia kepada janji,Umpama lilin membakar diri.

240. Selendang sutera bergelang suasa,Anggun bergaya ayu jelita;

Sayangkan negara sayangkan bangsa,Itu tanda Melayu setia.

241. Burung jentayu terbang bertiga,Hinggap di dahan gugur bulunya;

Tanda Melayu sayangkan negara,Rela berkorban harta dan nyawa.

242. Tuai padi berdahan muda,Padi pandan harum baunya;

Nilai murni warisan bangsa,Menjadi amalan menuju bahagia.

243. Ke laut biru haluan nakhoda,Nyiur nan melambai di seberang sana;

Menuntut ilmu tiada noktahnya,Sekalipun sampai ke negeri Cina.

244. Padi malinja subur di desa,Dari utara dibawa datang ;

Tinggi nilainya budaya bangsa,Lambang Malaysia gemilang terbilang.

245. Anyam tikar si rotan sega,Bawa ke kota ke pasar tani;

Dalam mengejar kemajuan dunia,Janganlah lupa budaya murni.

246. Dari Sibu ke Kuala Nyabur,Perahu dihulur layar tiada,

Negara maju sejahtera dan makmur,Budaya luhur warisan bangsa.

Page 32: Pantun Berkait Setia Negara (2)

247. Bunga melur bunga kenanga,Terkulai layu tiada yang suka ;

Budaya timur pusaka kita,Bangsa maju berakhlak mulia.

248. Pisang serendah tumbuhnya subur,Di tepi sawah permatang lumpur;

Bersama megah bersama lebur,Sekali melangkah berpantang undur.

249. Bintang timur terbit pagi,Terkena kabus tak nampak lagi;

Panjang umur murah rezeki,Dapatlah terus menabur bakti.

250. Baju batik corak berbunga,Dipakai hari aneka warna;

Melayu dididik berakhlak mulia,Agar menjadi warga berwibawa.

251. Wira diarak keliling kota,Berkeris emas bertatah intan

Warga berakhlak berperibadi mulia,Suci ikhlas dalam perjuangan.

252. Semai padi di senja hari,Cuaca suram hujan tak jadi ;

Nilai murni budaya tinggi,Diterap dalam pendidikan bestari.

253. Bunga sekuntum tumbuh di bukit,Berseri subur berdaun lebat;

Biar berdentum guruh di langit,Bumi tak hancur sebelum kiamat.

254. Buat bahulu berisi inti,Cucur cempedak tepung diuli ;

Sesalnya aku menjadi lelaki,Kalau tidak menunai janji.

255. Asam paya berduri di dahan,Tumbuh beribu jauh di hutan ;

Wahai pemuda-pemudi budiman,

Page 33: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Bantu membantu untuk kemajuan.

256. Kain sutera anggun menawan,Mari ditekad buat hiasan ;

Miskin dan kaya jangan kita bezakan,Dengki khianat jangan kita amalkan.

257. Kuala Sibuti pangkalan Cina,Tempat nakhoda membeli gula;

Putera-puteri harapan bangsa,Taatlah kepada pertiwi tercinta.

258. Anak kuda termakan peria,Berlari laju jatuh ke paya;

Masa muda jangan dipersia,Carilah ilmu selagi terdaya.

259. Membasuh kain tepi telaga,Seluar dan baju cucikan bersama ;

Jasa pemimpin jangan dilupa,Samalah membantu majukan negara.

260. Jahit baju benang sulaman,Renda dibentuk pelbagai hiasan;

Sakit dahulu senang kemudian,Berusahalah untuk mencapai wawasan.

261. Anak dara menjual bunga,Buat menyara ahli keluarga;

Kalau negara aman sentosa,Dapatlah dirasai hasil kemajuannya.

262. Gubahan telur aneka warna,Bunga hiasan pengantin muda;

Aman makmur negara merdeka,Kerana wawasan pemimpin berjasa.

263. Ke pasar tani membawa nangka,Asam kandis di dalam raga;

Putera puteri negara Malaysia,

Page 34: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Kalianlah pewaris kepimpinan negara.

264. Ke Kuala Sematan mengail gelama,Dapat sekati udang kiara ;

Mahasiswa jangan hampakan negara,Setialah berbakti taburlah jasa.

265. Ikan keli di dalam telaga,Ikan pelaga di celah batu;

Siswa siswi jangan terpedaya,Taatlah kepada cita yang satu.

266. Pohon cempaka berdahan rapat,Biji delima di dalam raga;

Pemimpin yang ada dipilih rakyat,Berilah kerjasama majukan negara.

267. Anak Cina bermain senjata,Bersama teman duduk menanti;

Kerana jasa pemimpin negara,Gagasan pembangunan kita nikmati.

268. Datuk laksamana menabur padi,Mamak bendahara turun ke paya;

Pemimpin Malaysia jujur berbakti,Membawa negara ke puncak jaya.

269. Ambil kertas menulis surat,Surat disalin berdebar hati;

Pemimpin ikhlas membela rakyat,Ibarat lilin membakar diri.

270. Kain sutera tenunan Cina,Batik kalungan dibuat baju;

Pemimpin berjasa membangunan negara,Berilah sokongan setulus hatimu.

271. Burung jelatik hinggap di para,Disambar helang tercarik bulunya;

Pemimpin cerdik bijak bersuara,Negara gemilang di persada dunia.

Page 35: Pantun Berkait Setia Negara (2)

272. Hari raya bersuka ria,Ikhlas bersalam ingatan mesra;

Seni budaya pusaka bangsa,Teras kemurnian wawasan negara.

273. Berjalan sang kancil di pinggir taman,Mencari makanan di hutan belantara;

Insan yang kamil ingin dilahirkan,Melalui wawasan pendidikan negara.

274. Sinaran suria di balik jendela,Cahaya menyinari ke hujung laman ;

Belia Malaysia cukup bertenaga,Untuk menghadapi pelbagai cabaran.

275. Tanjung Batu di pinggir bandar,Tempat menjaring ikan belida;

Alaf baru cukup mencabar,Untuk bersaing di persada dunia.

276. Sungguh rimbun batang delima,Batang rambutan tiada gunanya;

Lebar Daun denagn Sang Sapurba,Lambang kesetiaan teladan bersama.

277. Jangan direndam batangnya bemban,Anyam tikar buat hamparan;

Kisah silam pejuang kemerdekaan,Jadikan iktibar contoh teladan.

278. Berdayung ke hulu menjual kurma,Buat hidangan berbuka puasa;

Pejuang dahulu menggadai nyawa,Demi kemerdekaan negara tercinta.

279. Harum baunya bunga kenanga,Letak di dulang indah dan segar;

Negara Malaysia pusaka bangsa,Jalur gemilang megah berkibar.

Page 36: Pantun Berkait Setia Negara (2)

280. Berjalan ke dusun menanam halia,Halia muda rimbun sekali;

Sopan santun amalan mulia,Tanda budaya bangsa pun tinggi.

281. Ikan keli di dalam kolam,Masak asam santan berlada ;

Nilai murni pendidikan Islam,Diterap dalam pendidikan negara.

282. Belayar ke Johor membawa bekalan,Lancang bermuat jala dan pukat;

Perlembagaan luhur teras keadilan,Undang-undang berdaulat membela rakyat.

283. Asam paya buah di rimba,Limau purut tumbuk berlada;

Tatasusila bangsa Malaysia,Panduan hidup mencapai sejahtera.

284. Pergi ke pekan membayar zakat,Sambil menderma memohon rahmat;

Tradisi kerajaan membela rakyat,Setiap warga mendapat manfaat.

285. Hulur perahu belayar ke kuala,Sarat bermuat pakaian sutera;

Malaysia maju bertaraf dunia,Rakyat mendapat pendidikan sempurna.

286. Panglima muda bergelang puasa,Bermain senjata seni pusaka;

Di persada dunia lantang bersuara,Pemimpin kita disegani semua.

287. Tanam peria di dusun tua,Buat batas panjang sedepa;

Dalam usaha memajukan negara,Rakyat bebas untuk bersuara.

Page 37: Pantun Berkait Setia Negara (2)

288. Burung kedidi terbang tinggi,Terbang bersama ke pinggir kali;

Islam menjadi agama rasmi,Panduan utama pentadbir negeri.

289. Ke Kuala Seberang menebar jala,Perahu diikat di pohon pedada;

Raja berpelembagaan dasar negara,Nasib rakyat terus terbela.

290. Pahlawan Melaka gagah perkasa,Belayar ke Lakin membawa hajat;

Kekayaan negara diagih sama,Kerajaan prihatin mesra rakyat.

291. Angkatan panglima menghunus senjata,Tombak dan lembing siap sedia;

Anjakan paradigma seharusnya ada,Dapatlah bersaing bertaraf dunia.

292. Anyam ketupat kelapa muda,Menjadi santapan tetamu negara;

Pembangunan pesat di kota dan desa,Menjanjikan kemakmuran untuk semua.

293. Datuk Menteri melayar bahtera,Hendak mengail di tepi samudera ;

Dunia mengenali negara Malaysia,Kerajaannya adil lagi saksama.

294. Burung jentayu tiga sekawan,Hinggap di batu dekat jambangan;

Bahasa Melayu bahasa kebangsaan,Dapat menyatu rakyat sekalian.

295. Ikan puyu masak bersantan,Buah mempelam dibelah jangan ;

Bahasa Melayu alat perpaduan,Mudah difaham indah sebutan.

Page 38: Pantun Berkait Setia Negara (2)

296. Anak Jawa berjalan ke huma,Berjalan jauh teman tiada;

Bahasa berjaya menyatukan kita,Perpaduan kukuh sekalian lama.

297. Buah delima buah pedada,Buah rambutan masak seraga;

Bahasa kita indah sempurna,Hendak dijadikan bahasa dunia.

298. Bunga cempaka di dalam pasu,Disiram bersama pokok dedalu;

Bahasa kita bahasa ilmu,Nilai ekonominya membawa maju.

299. Mudik ke hulu menjual beras,Naik perahu di Kampung Buntal;

Rakyat perlu jujur dan ikhlas,Melahirkan satu kebudayaan nasional.

300. Tempah baju kain sutera,Cantik dipakai anggun bergaya ;

Musawarah satu amalan mulia,Untuk menyelesai sesuatu perkara.

301. Berbuka puasa di rumah bunda,Sajian sambal ayam kurma ;

Suka duka sejarah negara,Dijadikan iktibar untuk berjaya.

302. Biri-biri meragut bunga,Dahan lengkuas rebah ke paya ;

Jati diri semangat waja,Pegangan asas mencapai cita.

303. Raut lidi daun kelapa,Batang bemban banyak gunanya ;

Patut dipuji pemimpin kita,Mengekalkan kemakmuran negara jaya.

304. Ambilkan saya kain sutera,Buat selendang majlis Diraja ;

Page 39: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Atas usaha pemimpin perkasa,Negara gemilang di puncak jaya.

305. Sungguh harum bunga cempaka,Layu di tangkai tiada berguna ;

Dunia kagum dengan Malaysia,Mampu mengekal kestabilan negara.

306. Bakar kemenyan harum mewangi,Celepa diambil berisi bara ;

Berdasarkan kepimpinan acuan sendiri,Negara stabil dikagumi dunia.

307. Ikan kelisa letak di kuala,Anak sembilang terlanggar jala ;

Pemimpin kita bijak perkasa,Suara lantang menggegar dunia.

308. Sembahyang dan puasa amalan suci,Jujur di hati mengabdi diri ;

Kerajaan yang ada memang serasi,Mengatur ekonomi bijak sekali.

309. Pokok kelapa tepian kuala,Baru berbuah setandan dua ;

Anak muda zaman merdeka,Kajilah sejarah perjuangan bangsa.

310. Pergi ke darat memetik mangga,Ulam bersama buah pedada ;

Seluruh rakyat merasa bangga,Kerajaan berupaya membawa sejahtera.

311. Kapal belayar dari Sumatera,Sarat bermuat tembakau jawa;

Damai dicipta jauhkan sengketa,Perpaduan erat seiya sekata.

312. Masak berlada ikan gelama,Halia muda disirap tiga;

Page 40: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Sayangkan bangsa sayangkan negara,Negara kita tanggungjawab kita.

313. Sayang Pak Ayub turun ke denai,Hendak mencari batang berangan;

Kami nak hidup rukun dan damai,Sejahtera abadi sepanjang zaman.

314. Bunga melati mekar setaman,Terkulai layu jatuh berguguran;

Pemuda pemudi anak wawasan,Bangsa berilmu asas kemajuan.

315. Burung tempua bersarang tinggi,Hinggap seketika di pohon meranti;

Wahai remaja bijak bestari,Janganlah leka dibuai mimpi.

316. Datuk panglima pergi memburu,Berjalan ke rimba seorang diri;

Anjakan paradigma bangsa Melayu,Kikiskan budaya mengharap subsidi.

317. Ke pasar lama membeli baju,Kain merah berbunga unggu;

Untuk bangsa menjadi maju,Berani berhijrah berbudaya ilmu.

318. Ikan kerapu ikan tenggiri,Ikan senangin gulai bercili;

Bangsa Melayu cekal berani,Menghormati pemimpin budaya murni.

319. Tumis kepah secukup kuah,Bunga cengkih hidangan berempah;

Ke Everest sudah ke Kutub sudah,“Malaysia Boleh” wawasan terserlah.

320. Terang cahaya bulan purnama,Kenangan lama bermain di mata;

Putra Jaya ilham perdana,

Page 41: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Cetusan idea pemimpin perkasa.321. Burung pekaka terbang tinggi,

Terbang sekawan di senja hari;Putra Jaya ilham bestari,

Lambang kemakmuran Malaysia kini.

322. Bunga kembang bunga kenanga,Bunga digubah si Kembang Cina;

Siapa tak sayang siapa tak cinta,Putra Jaya indah terbilang di dunia.

323. Mengapa disulam songket sutera,Buat persalinan panglima muda ;

Putra Jaya ilham pemimpin mulia,Pusat pentadbiran Malaysia jaya.

324. Anak perawan mengempin padi,Padi malinja ditampi-tampi ;

Puncak kejayaan pemimpin bestari,Putra Jaya kini menjadi realiti.

325. Anak sekolah menjaja nanas,Datang ke pekan membeli beras ;

Berdiri megah Menara Petronas,Lambang kemakmuran ekonomi cergas.

326. Bunga melur mewangi taman,Anggerik desa subur di hutan ;

Menara Kuala Lumpur tinggi mengawan,Mercu tanda sepanjang zaman.

327. Burung jentayu terbang ke darat,Anak tempua hinggap di paya ;

Bahasa Melayu menyatukan rakyat,Indah sempurna bertaraf dunia.

328. Kain pelikat tenunan sutera,Tanah Jawa negeri asalnya ;

Bahasa alat perpaduan bangsa,Tinggi martabatnya dikenali dunia.

Page 42: Pantun Berkait Setia Negara (2)

329. Burung tekukur di pohon nangka,Terbang ke hutan terjerat kakinya ;

Kuala Lumpur ibu negara ,Kota metropolitan pusat niaga.

330. Burung bayan di balik batu,Ditempa punggur terbang ke hulu;

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu,Bermula di Johor menyatu Melayu.

331. Padi malinja subur berbuah,Parut kelapa santan diperah ;

Negeri Melaka asal Hang Tuah,Banyak menyimpan khazanah sejarah.

332. Sri Siantan lagu lama,Lagu dicipta tanda setia;

Negeri Sembilan maju jaya,Adat dijaga teruna dara.

333. Buah kundur dibuat manisan,Belimbing batu jual di pekan;

Negeri Selangor Darul Ehsan,Negeri termaju merealisasi wawasan.

334. Burung merak terbang ke hutan,Turun mandi ke dalam taman;

Negeri Perak Darul Ridzuan,Dulu dan kini pusat pendidikan.

335. Ambil pisang dimasak halwa,Buat hidangan bulan puasa ;

Pulau Pinang Pulau Mutiara,Negeri kelahiran seniman negara.

336. Mawar merah di hujung laman,Subur berbunga pohon kenanga;

Negeri Kedah Darul Aman,Di situ dilahirnya wira dunia.

337. Anak kedidi terbang tinggi,

Page 43: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Mencari makanan di pohon meranti ;Kedah negeri jelapang padi,

Tanah kelahiran Tunku bestari.

338. Ikan bilis masak bersantan,Buat kerabu asam mempelam ;

Negeri Perlis Indera Kayangan,Rakyatnya maju aman tenteram.

339. Petik rambutan kebun Pak Karim,Bawakan saya seikat dua ;

Negeri Kelantan Darul Naim,Pengeluar utama songket negara.

340. Gaharu kemenyan harum mewangi,Bawa bersama ambar kesturi ;

Terengganu mengekalkan warisan seni,Sutera songketnya bernilai tinggi.

341. Anak keli di dalam perahu,Jatuh ke lumpur terkena batu ;

Sabah negeri di bawah bayu,Negerinya subur rakyat bersatu.

342. Masak lemak ikan sembilang,Halia ada di dalam dulang;

Negeri Sarawak Bumi Kenyalang,Kekal Bersama Malaysia Cemerlang.

343. Bakar setanggi di pagi raya,Mohon berkat aman sentosa ;

Datuk Patinggi pemimpin berjaya,Diterima rakyat berbilang bangsa.

344. Rama-rama di pohon nangka,Mati terjerat di batang kayu ;

Sejak merdeka dalam Malaysia,Sarawak pesat berkembang maju.

345. Semerah padi nyanyian biduan,Alunan suara menggegar sukan ;

Page 44: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Pemuda pemudi anak wawasan,Memperkasa negara tugas bersama.

346. Sayang cempaka subur berbunga,Kalau diambil layu sudahnya ;

Negara Malaysia aman sejahtera,Kerajaannya adil lagi saksama.

347. Gaharu cendana di dalam celepa,Tolong taburkan di atas bara ;

Keranamu Malaysia dicurah setia,Demi mengekal kemakmuran yang ada.

348. Tanjung Batu pesisiran kuala,Tempat bermain dara jelita ;

Kita bersatu menggembleng tenaga,Pertahankan pemimpin yang sedia ada.

349. Raut rotan panjang sedepa,Batang bemban dikerat tiga;

Kita kekalkan kerajaan yang ada,Demi kesejahteraan nusa dan bangsa.

350. Pasang pelita bergema takbir,Perawan jelita menggubah bunga ;

Perjuangan kita belum berakhir,Memperkasakan negara tugas bersama.

351. Mekar harum bunga cempaka,Anggerik hutan di tepi perigi;

Assalamuailaikum salam sejahtera,Didoa kalian diberkati Illahi.

352. Anggerik hutan tepi perigi,Anak merpati di pohon pedada;

Didoa kalian diberkati Illahi,Dapat berbakti kepada negara.

353. Anak merpati di pohon pedada,Terbang bertiga ke Kuala Muda;

Dapat berbakti kepada negara,Negara Malaysia pusaka bangsa.

Page 45: Pantun Berkait Setia Negara (2)

354. Terbang bertiga ke Kuala Muda,Terkena panah patah sayapnya;

Negera Malaysia pusaka bangsa,Tempat mencurah taat dan setia.

355. Terkena panah patah sayapnya,Turun ke taman di senja kala;

Tempat mencurah taat dan setia,Walaupun dengan harta dan nyawa.

356. Turun ke taman di senja kala,Anak rusa terkena duri;

Walaupun dengan harta dan nyawa,Itulah tanda setia sejati.

357. Anak rusa terkena duri,Mari berlari ke Kuala Semera;

Itulah tanda setia sejati;Demi pertiwi negara tercinta.

358. Mari berlari ke Kuala Semera,Singgah berhenti di pohon nangka;

Demi pertiwi negara tercinta,Kucurahkan bakti penuh setia.

359. Singgah berhenti di pohon nangka,Kayu cendana disarang tupai;

Kucurahkan bakti penuh setia,Padamu Malaysia kasih kusemai.

360. Kayu cendana disarang tupai,Pohon meranti terkena kerat;

Padamu Malaysia kasihku kusemai,Kekal abadi selama hayat.

361. Pohon meranti terkena kerat,Kayu resak rebah sekali;

Kekal abadi selama hayat,Setiaku tidak berbelah bagi.

362. Kayu resak rebah sekali,Patah dahan menyembah bumi;

Setiaku tidak berbelah bahagi,Kepada kerajaan Ke Bawah Duli.

363. Patah dahan menyembah bumi,

Page 46: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Terlerai biji jatuh ke paya;Kepada kerajaan ke Bawah Duli,

Khidmat diberi penuh setia.

364. Terlerai biji jatuh ke paya,Bawa seraga menghadap bunda;

Khidmat diberi penuh setia,Negara kita tanggungjawab kita.

365. Bawa seraga menghadap bunda,Masak serawa santan kelapa;

Negara kita tanggungjawab kita,Baik buruknya dipikul bersama.

366. Masak serawa santan kelapa,Bawa berlabuh di pantai Paluh;

Baik buruknya dipikul bersama,Bersatu teguh bercerai roboh.

367. Bawa berlabuh di pantai Paluh,Layar perahu bertiang galah;

Bersatu teguh bercerai roboh,Membujur lalu melintang patah.

368. Layar perahu bertiang galah,Singgah sekejap mengikat sauh;

Membujur lalu melintang patah,Patah sayap bertongkat paruh.

369.

Singgah sekejap mengikat sauh,

Tali diikat menahan kemudi;Patah sayap bertongkat paruh,

Selagi hayat kucurahkan bakti.

370. Tali ikat menahan kemudi,Tali bernama belati Cina;

Selagi hayat mencurahkan bakti,Demi Malaysia pertiwi tercinta.

371.

Tali bernama belati Cina,

Mari digubah buat berniaga;Demi Malaysia pertiwi tercinta,

Di sini kucurah taat dan setia.

Page 47: Pantun Berkait Setia Negara (2)

372.

Mari digubah buat berniaga,

Bawa ke kota jadi hiasan;Di sini kucurah taat dan setia,

Kepada Paduka Duli Yang Dipertuan.

373.

Bawa ke kota jadi hiasan,

Letak di hujung penghias taman;Kepada Paduka Duli Yang Dipertuan,

Tempat bernaung rakyat sekelian.

374.

Letak di hujung penghias taman,

Bunga melur kembang di jambangan;Tempat bernaung rakyat sekelian,

Negara makmur sepanjang zaman.

375.

Bunga melur kembang di jambangan,

Patah dahan menimpa angsana;Negara makmur sepanjang zaman,

Di bawah pimpinan yang bijaksana.

376.

Patah dahan menimpa angsana,

Gugur menghempas bunga cempaka;Di bawah pimpinan yang bijaksana,

Jujur ikhlas setia berjasa.

377.

Gugur menghempas bunga cempaka,

Bertaburan daun di tepi paya;Jujur ikhlas setia berjasa,

Berpandukan Rukun Negara Jaya.

369. Singgah sekejap mengikat sauh,Tali diikat menahan kemudi;

Patah sayap bertongkat paruh,Selagi hayat kucurahkan bakti.

370. Tali ikat menahan kemudi,Tali bernama belati Cina;

Selagi hayat mencurahkan bakti,Demi Malaysia pertiwi tercinta.

371. Tali bernama belati Cina,

Page 48: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Mari digubah buat berniaga;Demi Malaysia pertiwi tercinta,

Di sini kucurah taat dan setia.

372.

Mari digubah buat berniaga,

Bawa ke kota jadi hiasan;Di sini kucurah taat dan setia,

Kepada Paduka Duli Yang Dipertuan.

373.

Bawa ke kota jadi hiasan,

Letak di hujung penghias taman;Kepada Paduka Duli Yang Dipertuan,

Tempat bernaung rakyat sekelian.

374.

Letak di hujung penghias taman,

Bunga melur kembang di jambangan;Tempat bernaung rakyat sekelian,

Negara makmur sepanjang zaman.

375.

Bunga melur kembang di jambangan,

Patah dahan menimpa angsana;Negara makmur sepanjang zaman,

Di bawah pimpinan yang bijaksana.

376.

Patah dahan menimpa angsana,

Gugur menghempas bunga cempaka;Di bawah pimpinan yang bijaksana,

Jujur ikhlas setia berjasa.

377.

Gugur menghempas bunga cempaka,

Bertaburan daun di tepi paya;Jujur ikhlas setia berjasa,

Berpandukan Rukun Negara Jaya.

378.

Bertaburan daun di tepi paya,

Pohon meranti tepian kuala;Berpandukan Rukun Negara jaya,

Kemakmuran sejati impian semua.

379.

Pohon meranti tepian kuala,

Di situ merbah hinggap bertiga;Kemakmuran sejati impian semua,

Bersatu di bawah satu bendera.

Page 49: Pantun Berkait Setia Negara (2)

380.

Di situ merbah hinggap bertiga,

Membuat sarang di pohon sena;Bersatu di bawah satu bendera,

Negara gemilang nusa jaya.

381.

Membuat sarang di pohon sena,

Turun ke lembah patah sayapnya;Negara gemilang nusa jaya,

Barisan memerintah adil saksama.

382.

Turun ke lembah patah sayapnya,

Terbang ke hutan mencari ubat;Barisan memerintah adil saksama,

Menjadi pilihan di hati rakyat.

383.

Terbang ke hutan mencari ubat,

Hutan belantara hala tujuannya;Menjadi pilihan di hati rakyat,

Pembangunan negara agenda utama.

384.

Hutan belantara hala tujuannya,

Singgah berhenti sesudah senja;Pembangunan negara agenda utama,

Itulah janji sumpah setia.

385.

Singgah berhenti sesudah senja,

Berjalan ke darat meredah paya;Itulah janji sumpah setia,

Kerajaan dan rakyat berpisah tiada.

386.

Berjalan ke darat meredah paya,

Senja merah hujan di timur;Kerajaan dan rakyat berpisah tiada,

Bersama megah bersama lebur.

387.

Senja merah hujan di timur,

Redup di hulu menuju kuala;Bersama megah bersama lebur,

Hidup mati keranamu Malaysia.

388.

Redup di hulu menuju kuala,

Segar terasa si angin senja;Hidup mati keranamu Malaysia,

Page 50: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Setia kepada pemimpin berjasa.

389.

Segar terasa si angin senja,

Gelora di dada hilang semua;Setia kepada pemimpin berjasa,

Membawa negara ke puncak jaya.

390.

Gelora di dada hilang semua,

Jiwa tenang terasa gembira;Membawa negara ke puncak jaya,

Suara lantang di persada dunia.

391.

Jiwa tenang terasa gembira,

Sambil menggubah kuntum kenanga;Suara lantang di persada dunia,

Mengukir sejarah mengharum negara.

392.

Sambil menggubah kuntum kenanga,

Wangi cempaka di hujung laman;Mengukir sejarah mengharum negara,

Menjadi legenda sepanjang zaman.

393.

Wangi cempaka di hujung laman,

Petik tangkainya letak di dulang;Menjadi legenda sepanjang zaman,

Membawa negara ke puncak gemilang.

394.

Petik tangkainya letak di dulang,

Kuntum dibawa ke Tanjung Bunga;Membawa negara ke puncak gemilang,

Harum namanya disanjung bangsa.

395.

Kuntum dibawa ke Tanjung Bunga,

Layu direndam di dalam sawah;Harum namanya disanjung bangsa,

Abadi di dalam lipatan sejarah.

396.

Layu direndam di dalam sawah,

Teratai juga penyeri kolam;Abadi dalam lipatan sejarah,

Bagai cahaya menerangi alam.

397.

Teratai juga penyeri kolam,

Page 51: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Warna memikat mekar setaman;Bagai cahaya menerangi alam,

Membawa rahmat kepada sekalian.

398.

Warna memikat mekar setaman,

Berseri warna bunga hiasan;Membawa rahmat kepada sekalian,

Tinggi budinya tiada bandingan.

399.

Berseri warna bunga hiasan,

Dahan tiada daun berguna;Tinggi budinya tiada bandingan,

Wawasan dicipta membangun negara.

400.

Dahan tiada daun berguna,

Kayu cendana bercabang tiga;Wawasan dicipta membangun negara,

Itu tandanya orang bijaksana.

401.

Kayu cendana bercabang tiga,

Berbunga lebat luruh ke kali;Itu tandanya orang bijaksana,

Membela rakyat sepenuh hati.

402.

Berdaun lebat luruh ke bumi,

Gugur menimpa batang meranti;Membela rakyat sepenuh hati,

Jujur setia menabur bakti.

403.

Gugur menimpa batang meranti,

Di pinggir huma tepian kuala;Jujur setia menabur bakti,

Adil saksama menimpin negara.

404.

Di pinggir huma tepian kuala,

Pohon kelapa tinggi batangnya;Adil dan saksama memimpin negara,

Kekayaan negara dikongsi bersama.

405.

Pohon kelapa tinggi mayangnya,

Ambilkan nira dibuat gula;Kekayaan negara dikongsi bersama,

Miskin dan kaya tidak dibeza.

Page 52: Pantun Berkait Setia Negara (2)

406.

Ambilkan nira dibuat gula,

Gula tebu lazat rasanya;Miskin dan kaya tidak dibeza,

Negara maju rakyat sejahtera.

407.

Gula tebu lazat rasanya,

Buat penganan gula melaka;Negara maju rakyat sejahtera,

Di bawah pimpinan adil saksama.

408.

Buat penganan gula melaka,

Guna menjamu sanak saudara;Di bawah pimpinan adil saksama,

Malaysia maju makmur sejahtera.

409.

Guna menjamu sanak saudara,

Cahaya kandil semarak berseri,Malaysia maju makmur sejahtera;

Pimpinannya adil bijak bestari.

410.

Cahaya kandil semarak berseri,

Menyinari suasana pagi nan sepi;Pimpinannya adil bijak bestari,

Dikasihi kerana budi dan bakti.

411.

Menyinari suasana pagi nan sunyi,

Anggerik desa subur berbunga;Dikasihi kerana budi dan bakti,

Kepada negara menabur jasa.

412.

Anggerik desa subur berbunga,

Petik sekuntum penghias dara;Kepada negara menabur jasa,

Namamu harum dikenang bangsa.

413.

Petik sekuntum penghias dara,

Tudung bersulam si benang merah;Namamu harum dikenang bangsa,

Kekal di dalam lipatan sejarah.

414.

Tudung bersulam si benang merah,

Dipakai dara muda remaja;Kekal di dalam lipatan sejarah,

Page 53: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Sebagai wira bangsa merdeka.

415.

Dipakai dara muda remaja,

Anggun bergaya indah dipandang;Sebagai wira bangsa merdeka,

Membawa negara ke puncak gemilang.

416.

Anggun bergaya indah dipandang,

Memakai selendang benang sutera;Membawa negara ke puncak gemilang,

Disebut orang sepanjang zaman.

417.

Membawa selendang benang sulaman,

Warnanya unggu bunga kiambang;Disebut orang sepanjang zaman,

Negara maju wawasan dijulang.

418.

Warnanya unggu bunga kiambang,

Bunga dikirim tanda kenangan;Negara maju wawasan dijulang,

Jasa pemimpin jangan dilupakan.

419.

Bunga dikirim tanda kenangan,

Wangi mengharum di balik dahan;Jasa pemimpin jangan dilupakan,

Budi setahun segunung intan.

420.

Wangi mengharum di balik dahan,

Ranting diikat dibelah dua;Budi setahun segunung intan,

Pemimpin dan rakyat berpisah tiada.

421.

Ranting diikat dibelah dua,

Tempurung kelapa berukiran bunga;Pemimpin dan rakyat berpisah tiada,

Gembleng tenaga majukan negara.

422.

Tempurung kelapa berukiran bunga,

Sayang dedap merah bunganya;Gembleng tenaga majukan negara,

Rakyat hidup aman sejahtera.

Page 54: Pantun Berkait Setia Negara (2)

423.

Sayang dedap merah bunganya,

Mekar setaman di hilir kota;Rakyat hidup aman sejahtera,

Di bawah pimpinan Mahathir perkasa.

424.

Mekar setaman di hilir kota

Bawa ke hulu penyeri desa;Di bawah pimpinan Mahathir perkasa,

Malaysia maju disegani dunia.

425.

Bawa ke hulu penyeri desa,

Mawar berkembang mewangi baunya;Malaysia maju disegani dunia,

Mahathir lantang berani bersuara.

426.

Mawar berkembang wangi baunya,

Penyeri jambangan di hujung desa;Mahathir lantang berani bersuara,

Demi kedaulatan nusa dan bangsa.

427.

Penyeri jambangan di hujung desa,

Anggerik hutan di dahan cemara;Demi kedaulatan nusa dan bangsa,

Lahirlah wawasan pembangunan negara,

428.

Anggerik hutan di dahan cemara,

Berdahan rapat subur bunganya,Lahirlah wawasan pembangunan negara;

Wawasan keramat wira bangsa.

429.

Berdahan rapat subur bunganya,

Mari dimakan si anak rusa;Wawasan keramat wira negara,

Dijadikan panduan ke puncak jaya.

430.

Mari dimakan si anak rusa,

Terkena jerat lari ke rimba;Dijadikan panduan ke puncak jaya,

Pemimpin dan rakyat sehati sejiwa.

431.

Terkena jerat lari ke rimba,

Terlanggar pula pohon kemboja;Pemimpin dan rakyat sehati sejiwa,

Setia kepada raja dan negara,

Page 55: Pantun Berkait Setia Negara (2)

432.

Terlanggar pula pohon kemboja,

Di pinggir kali menunggu senja;Setia kepada raja dan negara,

Hidup dan mati keranamu Malaysia.

433.

Di pinggir kali menunggu senja,

Patah galah kayu cendana;Hidup dan mati keranamu Malaysia,

Itulah sumpah anak merdeka.

434.

Patah galah kayu cendena,

Bawa ke seberang berdayung sampan;Itulah sumpah anak merdeka,

Tegak berjuang penyambung warisan.

435.

Bawa ke seberang berdayung sampan,

Singgah mencari buah delima;Tegak berjuang penyambung warisan,

Mencurahkan bakti penuh setia.

436.

Singgah mencari buah delima,

Delima batu di hujung desa;Mencurahkan bakti penuh setia,

Kelak namamu disanjung bangsa.

437.

Delima batu di hujung desa,

Bunga kantan petik bersama;Kelak namamu disanjung bangsa,

Jasa Pahlawan tidak dilupa.

438.

Bunga kantan petik bersama,

Kantan di hutan berbau wangi;Jasa pahlawan tidak dilupa,

Pertahan kedaulatan ibu pertiwi.

439.

Kantan di hutan berbau wangi,

Petik setangkai di dahan tinggi;Pertahankan kedaulatan ibu pertiwi,

Terciptalah damai kemakmuran sejati.

440.

Petik setangkai di dahan tinggi,

Patah dahan berbunga lagi;Terciptalah damai kemakmuran sejati,

Page 56: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Berkat wawasan Perdana Menteri.

441.

Patah dahan berbunga lagi,

Rebah menuju batang meranti;Berkat wawasan Perdana Menteri,

Bertambah maju dagang dan santeri.

442.

Rebah menuju batang meranti,

Patah dahan menimpa padi;Bertambah maju dagang dan santeri,

Kerana pimpinan bijak bestari.

443.

Patah dahan menimpa padi,

Batang bertaburan di hujung laman;Kerana pimpinan bijak bestari,

Rancangan pembangunan hapuskan kemiskinan.

444.

Batang bertaburan di hujung laman,

Dahan dikerat bawa ke huma;Rancangan pembangunan hapuskan kemiskinan,

Kesejahteraan rakyat agenda utama.

445.

Dahan dikerat dibawa ke huma,

Jangan ditanam di dahan cemara;Kesejahteraan rakyat agenda utama,

Keindahan alam kekal terpelihara.

446.

Jangan ditanam di pangkal cemara,

Nanti tumbuhnya dahan meninggi;Keindahan alam kekal terpelihara,

Itu namanya wawasan bestari.

447.

Nanti tumbuhnya dahan meninggi,

Tempat burung mencari rezeki;Itu namanya wawasan bestari,

Ilham agung Perdana Menteri.

448.

Tempat burung mencari rezeki,

Hinggap di dahan memakan biji;Ilham agung Perdana Menteri,

Menjadi panduan memajukan negeri.

449.

Hinggap di dahan memakan biji,

Page 57: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Burung serindit memakan rumbia;Menjadi panduan memajukan negara,

Rakyat hidup aman bahagia.

450.

Burung serindit memakan rumbia,

Turun minum terbang bertiga;Rakyat hidup aman bahagia,

Pelbagai kaum berbilang bangsa.

451.

Turun minum terbang bertiga,

Terbang ke sawah padi malinja;Pelbagai kaum berbilang bangsa,

Bernaung di bawah satu bendera.

452.

Terbang ke sawah padi malinja,

Subur terbentang di tepian desa;Bernaung di bawah satu bendera,

Jalur Gemilang kemegahan negara.

453.

Subur terbentang di tepian desa,

Seberang jambatan pohon kelapa;Jalur Gemilang kemegahan negara,

Lambang kedaulatan Bangsa merdeka.

454.

Seberang jambatan pohon kelapa,

Menahan lukah tepian kuala;Lambang kedaulatan bangsa merdeka,

Tempat tumpah taat dan setia.

455.

Menahan lukah tepian kuala,

Pagi hari menjala gelama;Tempat tumpah taat dan setia,

Menjunjung tinggi cita-cita bangsa.

456.

Pagi hari menjala gelama,

Pergi ke pekan menjual hasilnya;Menjunjung tinggi cita-cita bangsa,

Hormati perlembagaan damai dicipta.

457.

Pergi ke pekan menjual hasilnya,

Kerapu sembilang di dalam raga;Hormati Perlembagaan damai dicipta,

Bersatu menjulang nama negara.

Page 58: Pantun Berkait Setia Negara (2)

458.

Kerapu sembilang di dalam raga,

Haruan belanak tumis berlada:Bersatu menjulang nama negara,

Harum semerbak namamu Malaysia.

459.

Haruan belanak tumis berlada,

Makan bersama di pagi raya;Harum semerbak namamu Malaysia,

Berdaulat merdeka disegani dunia.

460.

Makan bersama di pagi raya,

Ikan senangin masak bersantan;Berdaulat merdeka disegani dunia,

Wawasan pemimpin penjana pembangunan.

461.

Ikan senangin masak bersantan,

Pucuk mengkudu tolong hiriskan;Wawasan pemimpin penjana pembangunan,

Rakyat bersatu menyokong perjuangan.

462.

Pucuk mengkudu tolong hiriskan,

Serai wangi dibuat ubat;Rakyat bersatu menyokong perjuangan,

Berlandaskan tradisi membela rakyat.

463.

Serai wangi dibuat ubat,

Rebus cendawan barang secawan;Berlandaskan tradisi membela rakyat,

Hapus kemiskinan jurang perbezaan.

464.

Rebus cendawan barang secawan,

Daun pegaga sekati dua;Hapus kemiskinan jurang berbezaan,

Kekayaan negara dinikmati bersama.

465.

Daun pegaga sekati dua,

Buah berangan dalam celepa;Kekayaan negara dinikmati bersama,

Bawah pemerintahan Barisan perkasa.

466.

Buah berangan dalam celepa,

Delima batu dikerat dua;Bawah pemerintah Barisan perkasa,

Page 59: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Negara maju bertaraf dunia.

467.

Delima batu dikerat dua,

Asam gelugur berbunga lebat;Negara maju bertaraf dunia,

Kerajaannya jujur membela rakyat.

468.

Asam gelugur berbunga lebat,

Durian tunggal di hujung laman;Kerajaannya jujur membela rakyat,

Mudahan kekal sepanjang zaman.

469.

Durian tunggal di hujung laman,

Sayang keranji menjadi ubat;Mudahan kekal sepanjang zaman,

Disanjung tinggi disayangi rakyat.

470.

Sayang keranji menjadi ubat,

Gaharu setanggi bersama cendana;Disanjung tinggi disayangi rakyat,

Dirgahayu Datuk Sri Perkasa.

471.

Gaharu setanggi bersama cendana,

Bunga cempaka letak di dulang;Dirgahayu Datuk Sri Perkasa,

Bawa Malaysia ke puncak gemilang.

472.

Bunga cempaka letak di dulang,

Batu delima merah warnanya;Bawa Malaysia ke puncak gemilang,

Harum namanya di seluruh dunia.

473.

Batu delima merah warnanya,

Merah berkilauan cincin permata;Harum namanya di seluruh dunia,

Di bawah pimpinan Datuk Sri Perkasa.

474.

Merah berkilauan cincin permata,

Permata terlerai letak di dulang;Di bawah pimpinan Datuk Sri Perkasa,

Malaysia mencapai puncak gemilang.

475.

Permata terlerai letak di dulang,

Page 60: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Keris pusaka bertatah intan;Malaysia mencapai puncak gemilang,

Menjadi legenda sepanjang zaman.

476.

Keris pusaka bertatah intan,

Di tangan panglima setia pahlawan;Menjadi legenda sepanjang zaman,

Jasa dan baktinya tiada bandingan.

477.

Di tangan panglima setia pahlawan,

Bawa kembara sembilan lautan;Jasa dan baktinya tiada bandingan,

Wira negara diberi gelaran.

478.

Bawa kembara sembilan lautan,

Singgah menjerat burung di hutan;Wira negara diberi gelaran,

Membawa rahmat kepada watan.

479.

Singgah menjerat burung di hutan,

Burung tekukur terbang sekawan;Membawa rahmat kepada watan,

Kekal makmur Tuhan kurniakan.

480.

Burung tekukur terbang sekawan,

Anak tempua bermain di dahan;Kekal makmur Tuhan kurniakan,

Lanjutkan usia pemimpin sekalian.

481.

Anak tempua bermain di dahan,

Turun ke sawah berkawan-kawan;Lanjutnya usia pemimpin sekalian,

Terus gagah membawa kemajuan.

482.

Turun ke sawah berkawan-kawan,

Merpati putih di tepi jambangan;Terus gagah membawa kemajuan,

Malaysia boleh jadi pegangan.

483.

Merpati putih tepi jambangan,

Turun ke rimba di bulan purnama;Malaysia boleh dijadi pegangan,

Melahirkan warga berakhlak mulia.

Page 61: Pantun Berkait Setia Negara (2)

484.

Turun ke rimba di bulan purnama,

Hingga di pohon padi malinja;Melahirkan warga berakhlak mulia,

Bersopan santun berbudi bahasa,

485.

Hinggap di pohon padi malinja,

Layu di dalam gugur tangkainya;Bersopan santun berbudi bahasa,

Berilmu pengetahuan tinggi wibawa.

486.

Layu di dahan gugur tangkainya,

Ambil segenggam letak di laman;Berilmu pengetahuan tinggi wibawa,

Itu katakan anak wawasan.

487.

Ambil segenggam letak di laman,

Pinang muda kacipkan sehiris;Itu katakan anak wawasan,

Berfikiran terbuka kreatif dan kritis.

488.

Pinang muda kacipkan sehiris,

Cempaka biru harum mewangi;Berfikiran terbuka kreatif dan kritis,

Berbudaya ilmu ikhlas berbakti.

489.

Cempaka biru harum mewangi,

Kembang melati di hujung taman;Berbudaya ilmu ikhlas berbakti.

490.

Kembang melati di hujung laman,

Asam paya buah di hutan;Sayang menyayangi sesama insan,

Jauhkan sengketa eratkan perpaduan.

491.

Asam paya buah di hutan,

Belimbing batu berjuntai di dahan;Jauhkan sengketa eratkan perpaduan,

Bantu membantu menjana kemajuan.

492.

Belimbing batu berjuntai di dahan,

Pucuk mengkudu tolong rebuskan;Bantu membantu menjana kemajuan,

Page 62: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Kita bersatu mendukung wawasan.

493.

Pucuk mengkudu tolong rebuskan,

Pisang nangka dibuat manisan;Kita bersatu mendukung wawasan,

Kekalkan budaya adat ketimuran.

494.

Pisang nangka dibuat manisan,

Manisan sukun disaji bersama;Kekalkan budaya adat ketimuran,

Bersopan santun berbudi bahasa.

495.

Manisan sukun disaji bersama,

Hiriskan halia dibuat perasa;Bersopan santun berbudi bahasa,

Amalan mulia masyarat Malaysia.

496.

Hiriskan halia buat perasa,

Harum aroma si bunga cengkih;Amalan mulia masyarakat Malaysia,

Mengenang jasa dan berterima kasih.

497.

Harum aroma si bunga cengkih,

Bunga ketumbar santar berlada;Mengenang jasa dan berterima kasih,

Setia kepada raja dan negara.

498.

Bunga ketumbar santan berlada,

Sambal belimbing ulam pegaga;Setia kepada raja dan negara,

Sayangkan pemimpin wira berjasa.

499.

Sambal belimbing ulam pegaga,

Ikan gelama goreng berlada;Sayangkan pemimpin wira berjasa,

Jadikan Malaysia gemilang perkasa.

500.

Ikan gelama goreng berlada,

Gulai haruan dibubuh halia;Jadikan Malaysia gemilang perkasa,

Pusat perniagaan seluruh dunia.

501.

Gulai haruan dibubuh halia,

Page 63: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Buah pauh dikerat dua;Pusat perniagaan seluruh dunia,

Ekonomi teguh rakyat sejahtera.

502.

Buah pauh dikerat dua,

Buat bekalan pergi menjala;Ekonomi teguh rakyat sejahtera,

Hidup aman harmoni dan bahagia.

503.

Buat bekalan pergi menjala,

Sambil mengail di tengah kuala;Hidup aman harmoni dan bahagia,

Pemimpin adil memerintah negara.

504.

Sambil mengail di tengah kuala,

Menahan lukah di Tanjung Bidara;Pemimpin adil memerintah negara,

Menjunjung titah Seri Paduka.

505.

Menahan lukah di Tanjung Bidara,

Ikan semah di dalam raga;Menjunjung titah Seri Paduka,

Menunaikan amanah penuh setia.

506.

Ikan semah di dalam raga,

Senangin dan sepat berpuluh kati;Menunaikan amanah penuh setia,

Pemimpin dan rakyat bersatu hati.

507.

Senangin dan sepat berpuluh kati,

Tolong timbangkan bersama haruan;Pemimpin dan rakyat bersatu hati,

Rancang pembangunan erat perpaduan.

508.

Tolong timbangkan bersama haruan,

Ikan kerapu di bawah batu;Rancangan pembangunan erat perpaduan;

Rakyat bersatu bertambah mutu.

509.

Ikan kerapu di bawah batu,

Page 64: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Merpati putih di ranting kayu;Rakyat bersatu bertambah mutu,

Menjunjung kasih Duli Tuanku.

510.

Merpati putih di ranting kayu,

Membuat sarang di senja kala;Menjunjung kasih Duli Tuanku,

Malaysia gemilang nusa jaya.

511.

Membuat sarang di senja kala,

Laju terbang haluan bahtera;Malaysia gemilang nusa jaya,

Pesat berkembang maju sejahtera.

512.

Laju terbang haluan bahtera,

Singgah di pantai gugur bulunya;Pesat berkembang maju sejahtera,

Indah permai subur buminya.

513.

Singgah di pantai gugur bulunya,

Ternampak cahaya bulan purnama;Indah permai subur buminya,

Pusat berniaga pelabur dunia.

514.

Ternampak cahaya bulan purnama;

Turun ke taman beraneka bunga,Pusat berniaga pelabur dunia.

Kaya dengan hasil buminya.

515.

Turun ke taman beraneka bunga,

Anggerik hutan di pohon sena;Kaya dengan hasil buminya,

Menarik pelaburan luar negara.

516.

Anggerik hutan di pohon sena,

Cempaka biru subur berkembang;Menarik pelaburan luar negara.

Malaysia maju terus gemilang.

517.

Cempaka biru subur berkembang,

Berdaun lebat harum baunya;Malaysia maju terus gemilang.

Sekalian rakyat merasa bangga.

Page 65: Pantun Berkait Setia Negara (2)

518.

Berdaun lebat harum baunya

Petik seraga bawa ke kota;Sekalian rakyat merasa bangga,

Menjadi warga negara Malaysia.

519.

Petik seraga bawa ke kota,

Gubahan seni beraneka warna,Menjadi warga negara Malaysia;

Kebanggaan kami rakyat setia.

520.

Gubahan seni beraneka warna,

Suburlah bunga dijambangan dara;Kebanggaan kami rakyat setia.

Hidup di negara yang aman sentosa.

521.

Suburlah bunga di jambangan dara,

Disirami air segarlah bunga;Hidup di negara yang aman sentosa,

Pemimpinnya adil memerintah negara.

522.

Disiram air segarlah bunga,

Hadiah sekuntum tandanya mesra;Pemimpinnya adil memerintah negara,

Bijak menyusun pembangunan raksasa.

523.

Hadiah sekuntum tandanya mesra,

Bunga pengikat ikatan setia;Bijak menyusun pembangunan raksasa,

Putrajaya pentadbiran negara.

524.

Bunga pengikat ikatan setia,

Rendang pokok dahan meninggi;Putrajaya pusat pentadbiran negara,

Diilham Datuk Perdana Menteri.

525.

Rendang pokok dahan meninggi,

Bersarang jeladan di dahan meranti;Diilham Datuk Perdana Menteri,

Lambang keadilan kemakmuran sejati.

526.

Bersarang jeladan di dahan meranti,

Anak enggang di rumpun padi;Lambang keadilan kemakmuran sejati

Page 66: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Wawasan gemilang pemimpin bestari.

527.

Anak enggang di rumpun padi,

Padi berangan lebat buahnya;Wawasan gemilang pemimpin bestari,

Menjadi keagungan bangsa merdeka.

528.

Padi berangan lebat buahnya,

Tempat ketitir menjalin sarang;Menjadi kagungan bangsa merdeka,

Di Malaysia lahir pemimpin terbilang.

529.

Tempat ketitir menjalin sarang,

Burung tempua terbang ke darat;Di Malaysia lahir pemimpin terbilang

Harum namanya disayangi rakyat.

530.

Burung tempua terbang ke darat,

Anak tiung di ranting patah;Harum namanya disayangi rakyat,

Pemimpin agung dalam sejarah.

531.

Anak tiung di ranting patah,

Terbang malam menuju samudera;Pemimpin agung dalam sejarah,

Satu dalam beribu juta.

532.

Terbang malam menuju samudera,

Turun berjalan ke dalam taman;Satu dalam beribu juta,

Menjadi sebutan zaman berzaman.

533.

Turun berjalan ke dalam taman,

Mawar kenanga semuanya ada;Menjadi sebutan zaman berzaman,

Besar jasanya kepada negara.

534.

Mawar kenanga semuanya ada,

Sayang teratai di hujung laman;Besar jasanya kepada negara,

Tiada ternilai tiada bandingan.

535.

Sayang teratai di hujung laman,

Page 67: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Rumpun cendawan tepian hutan;Tiada ternilai tiada bandingan,

Walaupun dengan lautan intan.

536.

Rumpun cendawan tepian hutan,

Harum kenanga penyeri taman;Walaupun dengan lautan intan,

Takkan sama Datuk Seri Budiman.

537.

Harum kenanga penyri taman,

Kenanga pemikat segala kumbang;Takkan sama Datuk Seri Budiman,

Pembawa rahmat Malaysia cemerlang.

538.

Kenanga pemikat segala kumbang,

Sayang kecubung mekar setaman;Pembawa rahmat Malaysia cemerlang,

Wawasannya agung mendahului zaman.

539.

Sayang kecubung mekar setaman,

Petik seraga letak di dulang;Wawasannya agung mendahului zaman,

Meletakkan negara ke puncak gemilang.

540.

Petik seraga letak di dulang,

Warnanya unggu menjadi pilihan;Meletakkan negara ke puncak gemilang,

Negara maju intisari wawasan.

541.

Warnanya unggu menjadi pilihan,

Subur di taman dipetik jangan;Negara maju intisari wawasan,

Sembilan cabaran wajib ditunaikan.

542.

Subur di taman dipetik jangan,

Menghijau daun tumbuh di dahan;Sembilan cabaran wajib ditunaikan,

Tiga puluh tahun tempoh sasaran.

543.

Menghijau daun tumbuh di dahan,

Biarkan menanti di tepi hutan;Tiga puluh tahun tempoh sasaran,

Impian Datuk Seri jadi kenyataan.

Page 68: Pantun Berkait Setia Negara (2)

544.

Biarkan menanti di tepi hutan,

Subur sentiasa segenap rimba;Impian Datuk Seri jadi kenyataan,

Makmur sejahtera rakyat Malaysia.

545.

Subur sentiasa segenap rimba,

Bunga kemuning harum baunya;Makmur sejahtera rakyat Malaysia,

Jasa pemimpin jangan dilupa.

546.

Bunga kemuning harum baunya,

Mari dibawa ke pekan Semera;Jasa pemimpin jangan dilupa,

Bakti mereka sejahterakan negara.

547.

Mari dibawa ke pekan Semera,

Berlabuh sauh di Kuala Oya;Bakti mereka sejahterakan negara,

Berdirilah teguh bersama mereka.

548.

Berlabuh sauh di Kuala Oya,

Anak nakhoda turun menjala;Berdirilah teguh bersama mereka,

Tingkatkan usaha majukan negara.

549.

Anak nakhoda turun menjala,

Membawa jaring dan pukat tunda;Tingkatkan usaha majukan negara,

Bersama pemimpin gemblengkan tenaga.

550.

Membawa jaring dan pukat tunda,

Dapat tenggiri dengan gelama;Bersama pemimpin gemblengkan negara,

Bina jati diri bangsa Malaysia.

551.

Dapat tenggiri dengan gelama,

Melabuh pukat di tengah samudera;Bina jati diri bangsa Malaysia,

Tinggi martabat gagah perkasa.

552.

Melabuh pukat di tengah samudera,

Bila pasang menuju kuala;Tinggi martabat gagah perkasa,

Page 69: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Bangsa yang berilmu dan berwibawa.

553.

Bila pasang menuju kuala,

Perahu bertohor di Pasir Putih;Bangsa yang berilmu dan berwibawa,

Tahu bersyukur dan berterima kasih.

554.

Perahu bertohor di Pasir Putih,

Anak muda bermain guli;Tahu bersyukur dan berterima kasih,

Atas jasa pemimpin bestari.

555.

Anak muda bermain guli,

Terkena timpa dahan kelapa;Atas jasa pemimpin bestari,

Negara kita aman sentosa.

556.

Terkena timpa dahan kelapa,

Anak juragan di pinggir kuala;Negara kita aman sentosa,

Kaya dengan hasil mahsulnya.

557.

Anak juragan di pinggir kuala,

Pulang ke rumah memakan pedada;Kaya dengan hasil mahsulnya,

Menambah khazanah kekayaan negara.

558.

Pulang ke rumah memakan pedada,

Buah keladi dimasak halwa;Menambah khazanah kekayaan negara,

Majulah pertiwi majulah bangsa.

559.

Buah keladi dimasak halwa,

Bawa pergi Pangkalan Jawa;Majulah pertiwi majulah bangsa,

Pemuda pemudi harapan negara.

560.

Bawa pergi Pangkalan Jawa,

Meraut rotan penyapu lidi;Pemuda pemudi harapan negara,

Sahutlah seruan ibu pertiwi.

561.

Meraut rotan penyapu lidi,

Page 70: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Bilah bambu dipotong tiga;Sahutlah seruan ibu pertiwi,

Kelak namamu disanjung bangsa.

562.

Bilah bambu dipotong tiga,

Hampar tikar tali rumbia;Kelak namamu di sanjung bangsa,

Sebagai wira bumi merdeka.

563.

Hampar tikar tali rumbia,

Tikar pandan enak berbunga;Sebagai wira bumi merdeka,

Jasa pahlawan tidak dilupa.

564.

Tikar pandan enak berbunga,

Mari dianyam perawan muda;Jasa pahlawan tidak dilupa,

Menjadi keagungan nusa dan bangsa.

565.

Mari dianyam perawan muda,

Tikar bersulam benang yang merah;Menjadi keagungan nusa dan bangsa,

Kekal dalam lipatan sejarah.

566.

Tikar bersulam benang yang merah,

Gadis bersimpuh berseri wajah;Kekal dalam lembaran lipatan sejarah,

Setitik peluh di bumi bertuah.

567.

Gadis berrsimpuh berseri wajah,

Mari menenun tudung hiasan;Setitik peluh di bumi bertuah,

Budi setahun segunung intan.

568.

Mari menenun tudung hiasan,

Dalam celapa sirih junjungan;Budi setahun segunung intan.

Rahmat bahagia tuhan kurniakan.

569.

Dalam celapa sirih junjungan,

Kacip ada di tepak tembaga;Rahmat bahagia tuhan kurniakan,

Raja kita selamat bertakhta.

Page 71: Pantun Berkait Setia Negara (2)

570.

Kacip ada di tepak tembaga,

Tempah bersama kandil suasa;Raja kita selamat bertakhta,

Memerintah negara adil saksama.

571.

Tempah bersama kandil suasa,

Sirih dilipat hidangan lama;Memerintah negara adil saksama,

Dikasihi rakyat sekalian yang ada.

572.

Sirih dilipat hidangan lama,

Goreng bertih padi setandan;Dikasihi rakyat sekalian yang ada,

Menjunjung kasih Datuk Sri Budiman.

573.

Goreng bertih padi setandan,

Limau kasturi sila hiriskan;Menjunjung kasih Datuk Sri Budiman,

Jasa Datuk Sri tiada bandingan.

574.

Limau kasturi sila hiriskan,

Minyak zaitun kami renjiskan;Jasa Datuk Sri tiada bandingan,

Beribu tahun jadi ingatan.

575.

Minyak zaitun kami renjiskan,

Cincin disarung kasih dicurah;Beribu tahun jadi ingatan,

Pemimpin teragung dalam sejarah.

576.

Cincin disarung kasih dicurah,

Janji diikat tiada berubah;Pemimpin teragung dalam sejarah,

Membawa rahmat Malaysia bertuah.

577.

Janji diikat tiada berubah,

Tersemat di kalbu tanda setia;Membawa rahmat Malaysia bertuah,

Rakyat bersatu negara perkasa.

578.

Tersemat di kalbu tanda setia,

Melati sejambak ingatan mesra;Rakyat bersatu negara perkasa,

Datuk Seri bijak menyusun rencana.

Page 72: Pantun Berkait Setia Negara (2)

579.

Melati sejambak ingatan mesra,

Hiasan sanggul perawan desa;Datuk Seri bijak menyusun rencana,

Wawasannya unggul makmurkan negara.

580.

Hiasan sanggul perawan desa,

Muda jelita anggun bergaya;Wawasannya unggul makmurkan negara,

Negara Malaysia kesayangan kita.

581.

Muda jelita anggun bergaya,

Cantik memakai selendang sutera;Negara Malaysia kesayangan kita,

Indah permai gemilang selamanya.

582.

Cantik memakai selendang sutera,

Kekal warisan seni budaya;Indah permai gemilang selamanya,

Kerana wawasan Datuk Seri perkasa.

583.

Kekal warisan seni budaya,

Amalan mulia pusaka kita;Kerana wawasan Datuk Sri perkasa,

Martabatkan agama nusa dan bangsa.

584.

Amalan mulia pusaka kita,

Berbudaya ilmu menabur bakti;Martabatkan agama nusa dan bangsa,

Negara maju disanjung tinggi.

585.

Berbudaya ilmu menabur bakti,

Kelak jasamu sentiasa diingati;Negara maju disanjung tinggi,

Rakyat bersatu seikhlas hati.

586.

Kelak jasamu sentiasa diingati,

Penuhi harapan bunda tersayang;Rakyat bersatu seikhlas hati,

Mendukung wawasan negara gemilang.

587.

Penuh harapan bunda tersayang,

Pertahan pertiwi dari ancaman;

Page 73: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Mendukung wawasan negara gemilang,Impian Datuk Sri jadi kenyataan.

588.

Pertahan pertiwi dari ancaman,

Pemudi pemuda penyambung warisan;Impian Datuk Sri jadi kenyataan,

Kini Negara di puncak kegemilangan.

589.

Pemudi pemuda penyambung warisan,

Bersama berbakti menyusun perjuangan;Kini negara di puncak kegemilangan,

Cita-cita Datuk Sri dimakbul Tuhan.

590.

Bersama berbakti menyusun perjuangan,

Tanda setia wira berjasa;Cita-cita Datuk Sri dimakbul Tuhan,

Jadikan Malaysia maju berjaya.

591.

Tanda setia wira berjasa,

Pesanan bunda subur di jiwa;Jadikan Malaysia maju berjaya,

Bertaraf dunia makmur sentosa.

592.

Pesanan bunda subur di jiwa,

Sumpah jejaka tika di rantauan;Bertaraf dunia makmur sentosa,

Itulah Malaysia negara warisan.

593.

Sumpah jejaka tika di rantauan,

Dara dikenang jauh di mata;Itulah Malaysia negara warisan,

Negara gemilang pusaka bangsa.

594.

Dara dikenang jauh di mata,

Kalung kenangan tanda mesra;Negara gemilang pusaka bangsa,

Pertahankan dengan jiwa dan raga.

595.

Kalung kenangan tanda mesra,

Sirih sekapur pembuka bicara;Pertahankan dengan jiwa dan raga,

Relaku gugur keranamu Malaysia.

Page 74: Pantun Berkait Setia Negara (2)

596.

Sirih sekapur pembuka bicara,

Mawar merah kenangan lalu;Relaku gugur keranamu Malaysia,

Bumi bertuah itu pertiwiku.

597.

Mawar merah kenangan lalu,

Bunga digubah perawan jelita;Bumi bertuah itu pertiwiku,

Negara indah kesayangan kita.

598.

Bunga digubah perawan jelita,

Bunga melur harum baunya;Negara indah kesayangan kita,

Sejahtera makmur maju perkasa.

599.

Bunga melur harum baunya,

Sayang kenanga disunting dara;Sejahtera makmur maju perkasa,

Hasil usaha pemimpin yang ada.

600.

Sayang kenanga disunting dara,

Susun sejambak buat jejaka;Hasil usaha pemimpin yang ada,

Harum semerbak nama Malaysia.

601.

Susun sejambak buat jejaka,

Jangan dikerat pohon melati;Harum semerbak nama Malaysia.

Seluruh rakyat bersatu hati.

602.

Jangan dikerat pohon melati,

Biarkan dahan rimbun meninggi;Seluruh rakyat bersatu hati,

Pertahan kedaulatan ibu pertiwi.

603.

Biarkan dahan rimbun meninggi,

Mudah-mudahan berbunga lagi;Pertahan kedaulatan ibu pertiwi,

Menjunjung wawasan setia berbakti.

604.

Mudah-mudahan berbunga lagi,

Bunga kemuning semerbak mewangi;Menjunjung wawasan setia berbakti,

Page 75: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Bersama pemimpin bijak bestari.

605.

Bunga kemuning semerbak mewangi,

Suntingan dara di pagi hari;Bersama pemimpin bijak bestari,

Majukan negara setulus hati.

606.

Suntingan dara di pagi hari,

Letak di dulang layulah bunga;Majukan negara setulus hati,

Kekal gemilang Malaysia berjaya.

607.

Letak di dulang layulah bunga,

Bunga kenangan dari adinda;Kekal gemilang Malaysia berjaya,

Di bawah naungan Seri Paduka.

608.

Bunga kenangan dari adinda,

Bunga melur memikat jiwa;Di bawah naungan Seri Paduka,

Malaysia makmur rakyat bahgia.

609.

Subur di desa kesayangan dara,

Dahan kenanga bercabang dua;Berdoalah kita kepada Yang Esa,

Aman sentosa buat selamanya.

610.

Dahan kenanga bercabang dua,

Berdaun lebat mekar di taman;Aman sentosa buat selamanya,

Limpahan rahmat Allah kurniakan.

Page 76: Pantun Berkait Setia Negara (2)
Page 77: Pantun Berkait Setia Negara (2)
Page 78: Pantun Berkait Setia Negara (2)
Page 79: Pantun Berkait Setia Negara (2)
Page 80: Pantun Berkait Setia Negara (2)
Page 81: Pantun Berkait Setia Negara (2)
Page 82: Pantun Berkait Setia Negara (2)
Page 83: Pantun Berkait Setia Negara (2)
Page 84: Pantun Berkait Setia Negara (2)
Page 85: Pantun Berkait Setia Negara (2)
Page 86: Pantun Berkait Setia Negara (2)
Page 87: Pantun Berkait Setia Negara (2)
Page 88: Pantun Berkait Setia Negara (2)
Page 89: Pantun Berkait Setia Negara (2)
Page 90: Pantun Berkait Setia Negara (2)
Page 91: Pantun Berkait Setia Negara (2)
Page 92: Pantun Berkait Setia Negara (2)
Page 93: Pantun Berkait Setia Negara (2)
Page 94: Pantun Berkait Setia Negara (2)
Page 95: Pantun Berkait Setia Negara (2)
Page 96: Pantun Berkait Setia Negara (2)
Page 97: Pantun Berkait Setia Negara (2)
Page 98: Pantun Berkait Setia Negara (2)
Page 99: Pantun Berkait Setia Negara (2)
Page 100: Pantun Berkait Setia Negara (2)
Page 101: Pantun Berkait Setia Negara (2)

351.

Mekar harum bunga cempaka,

Anggerik hutan di tepi perigi;Assalamuailaikum salam sejahtera,

Didoa kalian diberkati Illahi.

352.

Anggerik hutan tepi perigi,

Anak merpati di pohon pedada;Didoa kalian diberkati Illahi,

Dapat berbakti kepada negara.

353.

Anak merpati di pohon pedada,

Terbang bertiga ke Kuala Muda;Dapat berbakti kepada negara,

Negara Malaysia pusaka bangsa.

354.

Terbang bertiga ke Kuala Muda,

Terkena panah patah sayapnya;Negera Malaysia pusaka bangsa,

Tempat mencurah taat dan setia.

355.

Terkena panah patah sayapnya,

Turun ke taman di senja kala;Tempat mencurah taat dan setia,

Walaupun dengan harta dan nyawa.

356.

Turun ke taman di senja kala,

Anak rusa terkena duri;Walaupun dengan harta dan nyawa,

Itulah tanda setia sejati.

357.

Anak rusa terkena duri,

Mari berlari ke Kuala Semera;

Page 102: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Itulah tanda setia sejati;Demi pertiwi negara tercinta.

358.

Mari berlari ke Kuala Semera,

Singgah berhenti di pohon nangka;Demi pertiwi negara tercinta,

Kucurahkan bakti penuh setia.

359.

Singgah berhenti di pohon nangka,

Kayu cendana disarang tupai;Kucurahkan bakti penuh setia,

Padamu Malaysia kasih kusemai.

Page 103: Pantun Berkait Setia Negara (2)

360.

Kayu cendana disarang tupai,

Pohon meranti terkena kerat;Padamu Malaysia kasihku kusemai,

Kekal abadi selama hayat.

361.

Pohon meranti terkena kerat,

Kayu resak rebah sekali;Kekal abadi selama hayat,

Setiaku tidak berbelah bagi.

362.

Kayu resak rebah sekali,

Patah dahan menyembah bumi;Setiaku tidak berbelah bahagi,

Kepada kerajaan Ke Bawah Duli.

363.

Patah dahan menyembah bumi,

Terlerai biji jatuh ke paya;Kepada kerajaan ke Bawah Duli,

Khidmat diberi penuh setia.

364.

Terlerai biji jatuh ke paya,

Bawa seraga menghadap bunda;Khidmat diberi penuh setia,

Negara kita tanggungjawab kita.

365.

Bawa seraga menghadap bunda,

Masak serawa santan kelapa;Negara kita tanggungjawab kita,

Baik buruknya dipikul bersama.

366.

Masak serawa santan kelapa,

Bawa berlabuh di pantai Paluh;Baik buruknya dipikul bersama,

Bersatu teguh bercerai roboh.

367.

Bawa berlabuh di pantai Paluh,

Layar perahu bertiang galah;Bersatu teguh bercerai roboh,

Membujur lalu melintang patah.

368.

Layar perahu bertiang galah,

Singgah sekejap mengikat sauh;Membujur lalu melintang patah,

Page 104: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Patah sayap bertongkat paruh.

Page 105: Pantun Berkait Setia Negara (2)

369.

Singgah sekejap mengikat sauh,

Tali diikat menahan kemudi;Patah sayap bertongkat paruh,

Selagi hayat kucurahkan bakti.

370.

Tali ikat menahan kemudi,

Tali bernama belati Cina;Selagi hayat mencurahkan bakti,

Demi Malaysia pertiwi tercinta.

371.

Tali bernama belati Cina,

Mari digubah buat berniaga;Demi Malaysia pertiwi tercinta,

Di sini kucurah taat dan setia.

372.

Mari digubah buat berniaga,

Bawa ke kota jadi hiasan;Di sini kucurah taat dan setia,

Kepada Paduka Duli Yang Dipertuan.

373.

Bawa ke kota jadi hiasan,

Letak di hujung penghias taman;Kepada Paduka Duli Yang Dipertuan,

Tempat bernaung rakyat sekelian.

374.

Letak di hujung penghias taman,

Bunga melur kembang di jambangan;Tempat bernaung rakyat sekelian,

Negara makmur sepanjang zaman.

375.

Bunga melur kembang di jambangan,

Patah dahan menimpa angsana;Negara makmur sepanjang zaman,

Di bawah pimpinan yang bijaksana.

376.

Patah dahan menimpa angsana,

Gugur menghempas bunga cempaka;Di bawah pimpinan yang bijaksana,

Jujur ikhlas setia berjasa.

377.

Gugur menghempas bunga cempaka,

Bertaburan daun di tepi paya;Jujur ikhlas setia berjasa,

Page 106: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Berpandukan Rukun Negara Jaya.

Page 107: Pantun Berkait Setia Negara (2)

369.

Singgah sekejap mengikat sauh,

Tali diikat menahan kemudi;Patah sayap bertongkat paruh,

Selagi hayat kucurahkan bakti.

370.

Tali ikat menahan kemudi,

Tali bernama belati Cina;Selagi hayat mencurahkan bakti,

Demi Malaysia pertiwi tercinta.

371.

Tali bernama belati Cina,

Mari digubah buat berniaga;Demi Malaysia pertiwi tercinta,

Di sini kucurah taat dan setia.

372.

Mari digubah buat berniaga,

Bawa ke kota jadi hiasan;Di sini kucurah taat dan setia,

Kepada Paduka Duli Yang Dipertuan.

373.

Bawa ke kota jadi hiasan,

Letak di hujung penghias taman;Kepada Paduka Duli Yang Dipertuan,

Tempat bernaung rakyat sekelian.

374.

Letak di hujung penghias taman,

Bunga melur kembang di jambangan;Tempat bernaung rakyat sekelian,

Negara makmur sepanjang zaman.

375.

Bunga melur kembang di jambangan,

Patah dahan menimpa angsana;Negara makmur sepanjang zaman,

Di bawah pimpinan yang bijaksana.

376.

Patah dahan menimpa angsana,

Gugur menghempas bunga cempaka;Di bawah pimpinan yang bijaksana,

Jujur ikhlas setia berjasa.

377.

Gugur menghempas bunga cempaka,

Bertaburan daun di tepi paya;Jujur ikhlas setia berjasa,

Page 108: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Berpandukan Rukun Negara Jaya.

Page 109: Pantun Berkait Setia Negara (2)

378.

Bertaburan daun di tepi paya,

Pohon meranti tepian kuala;Berpandukan Rukun Negara jaya,

Kemakmuran sejati impian semua.

379.

Pohon meranti tepian kuala,

Di situ merbah hinggap bertiga;Kemakmuran sejati impian semua,

Bersatu di bawah satu bendera.

380.

Di situ merbah hinggap bertiga,

Membuat sarang di pohon sena;Bersatu di bawah satu bendera,

Negara gemilang nusa jaya.

381.

Membuat sarang di pohon sena,

Turun ke lembah patah sayapnya;Negara gemilang nusa jaya,

Barisan memerintah adil saksama.

382.

Turun ke lembah patah sayapnya,

Terbang ke hutan mencari ubat;Barisan memerintah adil saksama,

Menjadi pilihan di hati rakyat.

383.

Terbang ke hutan mencari ubat,

Hutan belantara hala tujuannya;Menjadi pilihan di hati rakyat,

Pembangunan negara agenda utama.

384.

Hutan belantara hala tujuannya,

Singgah berhenti sesudah senja;Pembangunan negara agenda utama,

Itulah janji sumpah setia.

385.

Singgah berhenti sesudah senja,

Berjalan ke darat meredah paya;Itulah janji sumpah setia,

Kerajaan dan rakyat berpisah tiada.

386.

Berjalan ke darat meredah paya,

Senja merah hujan di timur;Kerajaan dan rakyat berpisah tiada,

Page 110: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Bersama megah bersama lebur.

Page 111: Pantun Berkait Setia Negara (2)

387.

Senja merah hujan di timur,

Redup di hulu menuju kuala;Bersama megah bersama lebur,

Hidup mati keranamu Malaysia.

388.

Redup di hulu menuju kuala,

Segar terasa si angin senja;Hidup mati keranamu Malaysia,

Setia kepada pemimpin berjasa.

389.

Segar terasa si angin senja,

Gelora di dada hilang semua;Setia kepada pemimpin berjasa,

Membawa negara ke puncak jaya.

390.

Gelora di dada hilang semua,

Jiwa tenang terasa gembira;Membawa negara ke puncak jaya,

Suara lantang di persada dunia.

391.

Jiwa tenang terasa gembira,

Sambil menggubah kuntum kenanga;Suara lantang di persada dunia,

Mengukir sejarah mengharum negara.

392.

Sambil menggubah kuntum kenanga,

Wangi cempaka di hujung laman;Mengukir sejarah mengharum negara,

Menjadi legenda sepanjang zaman.

393.

Wangi cempaka di hujung laman,

Petik tangkainya letak di dulang;Menjadi legenda sepanjang zaman,

Membawa negara ke puncak gemilang.

394.

Petik tangkainya letak di dulang,

Kuntum dibawa ke Tanjung Bunga;Membawa negara ke puncak gemilang,

Harum namanya disanjung bangsa.

395.

Kuntum dibawa ke Tanjung Bunga,

Layu direndam di dalam sawah;Harum namanya disanjung bangsa,

Page 112: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Abadi di dalam lipatan sejarah.

Page 113: Pantun Berkait Setia Negara (2)

396.

Layu direndam di dalam sawah,

Teratai juga penyeri kolam;Abadi dalam lipatan sejarah,

Bagai cahaya menerangi alam.

397.

Teratai juga penyeri kolam,

Warna memikat mekar setaman;Bagai cahaya menerangi alam,

Membawa rahmat kepada sekalian.

398.

Warna memikat mekar setaman,

Berseri warna bunga hiasan;Membawa rahmat kepada sekalian,

Tinggi budinya tiada bandingan.

399.

Berseri warna bunga hiasan,

Dahan tiada daun berguna;Tinggi budinya tiada bandingan,

Wawasan dicipta membangun negara.

400.

Dahan tiada daun berguna,

Kayu cendana bercabang tiga;Wawasan dicipta membangun negara,

Itu tandanya orang bijaksana.

401.

Kayu cendana bercabang tiga,

Berbunga lebat luruh ke kali;Itu tandanya orang bijaksana,

Membela rakyat sepenuh hati.

402.

Berdaun lebat luruh ke bumi,

Gugur menimpa batang meranti;Membela rakyat sepenuh hati,

Jujur setia menabur bakti.

403.

Gugur menimpa batang meranti,

Di pinggir huma tepian kuala;Jujur setia menabur bakti,

Adil saksama menimpin negara.

404.

Di pinggir huma tepian kuala,

Pohon kelapa tinggi batangnya;Adil dan saksama memimpin negara,

Page 114: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Kekayaan negara dikongsi bersama.

Page 115: Pantun Berkait Setia Negara (2)

405.

Pohon kelapa tinggi mayangnya,

Ambilkan nira dibuat gula;Kekayaan negara dikongsi bersama,

Miskin dan kaya tidak dibeza.

406.

Ambilkan nira dibuat gula,

Gula tebu lazat rasanya;Miskin dan kaya tidak dibeza,

Negara maju rakyat sejahtera.

407.

Gula tebu lazat rasanya,

Buat penganan gula melaka;Negara maju rakyat sejahtera,

Di bawah pimpinan adil saksama.

408.

Buat penganan gula melaka,

Guna menjamu sanak saudara;Di bawah pimpinan adil saksama,

Malaysia maju makmur sejahtera.

409.

Guna menjamu sanak saudara,

Cahaya kandil semarak berseri,Malaysia maju makmur sejahtera;

Pimpinannya adil bijak bestari.

410.

Cahaya kandil semarak berseri,

Menyinari suasana pagi nan sepi;Pimpinannya adil bijak bestari,

Dikasihi kerana budi dan bakti.

411.

Menyinari suasana pagi nan sunyi,

Anggerik desa subur berbunga;Dikasihi kerana budi dan bakti,

Kepada negara menabur jasa.

412.

Anggerik desa subur berbunga,

Petik sekuntum penghias dara;Kepada negara menabur jasa,

Namamu harum dikenang bangsa.

413.

Petik sekuntum penghias dara,

Tudung bersulam si benang merah;Namamu harum dikenang bangsa,

Page 116: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Kekal di dalam lipatan sejarah.

Page 117: Pantun Berkait Setia Negara (2)

414.

Tudung bersulam si benang merah,

Dipakai dara muda remaja;Kekal di dalam lipatan sejarah,

Sebagai wira bangsa merdeka.

415.

Dipakai dara muda remaja,

Anggun bergaya indah dipandang;Sebagai wira bangsa merdeka,

Membawa negara ke puncak gemilang.

416.

Anggun bergaya indah dipandang,

Memakai selendang benang sutera;Membawa negara ke puncak gemilang,

Disebut orang sepanjang zaman.

417.

Membawa selendang benang sulaman,

Warnanya unggu bunga kiambang;Disebut orang sepanjang zaman,

Negara maju wawasan dijulang.

418.

Warnanya unggu bunga kiambang,

Bunga dikirim tanda kenangan;Negara maju wawasan dijulang,

Jasa pemimpin jangan dilupakan.

419.

Bunga dikirim tanda kenangan,

Wangi mengharum di balik dahan;Jasa pemimpin jangan dilupakan,

Budi setahun segunung intan.

420.

Wangi mengharum di balik dahan,

Ranting diikat dibelah dua;Budi setahun segunung intan,

Pemimpin dan rakyat berpisah tiada.

421.

Ranting diikat dibelah dua,

Tempurung kelapa berukiran bunga;Pemimpin dan rakyat berpisah tiada,

Gembleng tenaga majukan negara.

422.

Tempurung kelapa berukiran bunga,

Sayang dedap merah bunganya;Gembleng tenaga majukan negara,

Page 118: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Rakyat hidup aman sejahtera.

Page 119: Pantun Berkait Setia Negara (2)

423.

Sayang dedap merah bunganya,

Mekar setaman di hilir kota;Rakyat hidup aman sejahtera,

Di bawah pimpinan Mahathir perkasa.

424.

Mekar setaman di hilir kota

Bawa ke hulu penyeri desa;Di bawah pimpinan Mahathir perkasa,

Malaysia maju disegani dunia.

425.

Bawa ke hulu penyeri desa,

Mawar berkembang mewangi baunya;Malaysia maju disegani dunia,

Mahathir lantang berani bersuara.

426.

Mawar berkembang wangi baunya,

Penyeri jambangan di hujung desa;Mahathir lantang berani bersuara,

Demi kedaulatan nusa dan bangsa.

427.

Penyeri jambangan di hujung desa,

Anggerik hutan di dahan cemara;Demi kedaulatan nusa dan bangsa,

Lahirlah wawasan pembangunan negara,

428.

Anggerik hutan di dahan cemara,

Berdahan rapat subur bunganya,Lahirlah wawasan pembangunan negara;

Wawasan keramat wira bangsa.

429.

Berdahan rapat subur bunganya,

Mari dimakan si anak rusa;Wawasan keramat wira negara,

Dijadikan panduan ke puncak jaya.

430.

Mari dimakan si anak rusa,

Terkena jerat lari ke rimba;Dijadikan panduan ke puncak jaya,

Pemimpin dan rakyat sehati sejiwa.

431.

Terkena jerat lari ke rimba,

Terlanggar pula pohon kemboja;Pemimpin dan rakyat sehati sejiwa,

Page 120: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Setia kepada raja dan negara,

Page 121: Pantun Berkait Setia Negara (2)

432.

Terlanggar pula pohon kemboja,

Di pinggir kali menunggu senja;Setia kepada raja dan negara,

Hidup dan mati keranamu Malaysia.

433.

Di pinggir kali menunggu senja,

Patah galah kayu cendana;Hidup dan mati keranamu Malaysia,

Itulah sumpah anak merdeka.

434.

Patah galah kayu cendena,

Bawa ke seberang berdayung sampan;Itulah sumpah anak merdeka,

Tegak berjuang penyambung warisan.

435.

Bawa ke seberang berdayung sampan,

Singgah mencari buah delima;Tegak berjuang penyambung warisan,

Mencurahkan bakti penuh setia.

436.

Singgah mencari buah delima,

Delima batu di hujung desa;Mencurahkan bakti penuh setia,

Kelak namamu disanjung bangsa.

437.

Delima batu di hujung desa,

Bunga kantan petik bersama;Kelak namamu disanjung bangsa,

Jasa Pahlawan tidak dilupa.

438.

Bunga kantan petik bersama,

Kantan di hutan berbau wangi;Jasa pahlawan tidak dilupa,

Pertahan kedaulatan ibu pertiwi.

439.

Kantan di hutan berbau wangi,

Petik setangkai di dahan tinggi;Pertahankan kedaulatan ibu pertiwi,

Terciptalah damai kemakmuran sejati.

440.

Petik setangkai di dahan tinggi,

Patah dahan berbunga lagi;Terciptalah damai kemakmuran sejati,

Page 122: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Berkat wawasan Perdana Menteri.

Page 123: Pantun Berkait Setia Negara (2)

441.

Patah dahan berbunga lagi,

Rebah menuju batang meranti;Berkat wawasan Perdana Menteri,

Bertambah maju dagang dan santeri.

442.

Rebah menuju batang meranti,

Patah dahan menimpa padi;Bertambah maju dagang dan santeri,

Kerana pimpinan bijak bestari.

443.

Patah dahan menimpa padi,

Batang bertaburan di hujung laman;Kerana pimpinan bijak bestari,

Rancangan pembangunan hapuskan kemiskinan.

444.

Batang bertaburan di hujung laman,

Dahan dikerat bawa ke huma;Rancangan pembangunan hapuskan kemiskinan,

Kesejahteraan rakyat agenda utama.

445.

Dahan dikerat dibawa ke huma,

Jangan ditanam di dahan cemara;Kesejahteraan rakyat agenda utama,

Keindahan alam kekal terpelihara.

446.

Jangan ditanam di pangkal cemara,

Nanti tumbuhnya dahan meninggi;Keindahan alam kekal terpelihara,

Itu namanya wawasan bestari.

447.

Nanti tumbuhnya dahan meninggi,

Tempat burung mencari rezeki;Itu namanya wawasan bestari,

Ilham agung Perdana Menteri.

448.

Tempat burung mencari rezeki,

Hinggap di dahan memakan biji;Ilham agung Perdana Menteri,

Menjadi panduan memajukan negeri.

449.

Hinggap di dahan memakan biji,

Burung serindit memakan rumbia;Menjadi panduan memajukan negara,

Page 124: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Rakyat hidup aman bahagia.

Page 125: Pantun Berkait Setia Negara (2)

450.

Burung serindit memakan rumbia,

Turun minum terbang bertiga;Rakyat hidup aman bahagia,

Pelbagai kaum berbilang bangsa.

451.

Turun minum terbang bertiga,

Terbang ke sawah padi malinja;Pelbagai kaum berbilang bangsa,

Bernaung di bawah satu bendera.

452.

Terbang ke sawah padi malinja,

Subur terbentang di tepian desa;Bernaung di bawah satu bendera,

Jalur Gemilang kemegahan negara.

453.

Subur terbentang di tepian desa,

Seberang jambatan pohon kelapa;Jalur Gemilang kemegahan negara,

Lambang kedaulatan Bangsa merdeka.

454.

Seberang jambatan pohon kelapa,

Menahan lukah tepian kuala;Lambang kedaulatan bangsa merdeka,

Tempat tumpah taat dan setia.

455.

Menahan lukah tepian kuala,

Pagi hari menjala gelama;Tempat tumpah taat dan setia,

Menjunjung tinggi cita-cita bangsa.

456.

Pagi hari menjala gelama,

Pergi ke pekan menjual hasilnya;Menjunjung tinggi cita-cita bangsa,

Hormati perlembagaan damai dicipta.

457.

Pergi ke pekan menjual hasilnya,

Kerapu sembilang di dalam raga;Hormati Perlembagaan damai dicipta,

Bersatu menjulang nama negara.

458.

Kerapu sembilang di dalam raga,

Haruan belanak tumis berlada:Bersatu menjulang nama negara,

Page 126: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Harum semerbak namamu Malaysia.

Page 127: Pantun Berkait Setia Negara (2)

459.

Haruan belanak tumis berlada,

Makan bersama di pagi raya;Harum semerbak namamu Malaysia,

Berdaulat merdeka disegani dunia.

460.

Makan bersama di pagi raya,

Ikan senangin masak bersantan;Berdaulat merdeka disegani dunia,

Wawasan pemimpin penjana pembangunan.

461.

Ikan senangin masak bersantan,

Pucuk mengkudu tolong hiriskan;Wawasan pemimpin penjana pembangunan,

Rakyat bersatu menyokong perjuangan.

462.

Pucuk mengkudu tolong hiriskan,

Serai wangi dibuat ubat;Rakyat bersatu menyokong perjuangan,

Berlandaskan tradisi membela rakyat.

463.

Serai wangi dibuat ubat,

Rebus cendawan barang secawan;Berlandaskan tradisi membela rakyat,

Hapus kemiskinan jurang perbezaan.

464.

Rebus cendawan barang secawan,

Daun pegaga sekati dua;Hapus kemiskinan jurang berbezaan,

Kekayaan negara dinikmati bersama.

465.

Daun pegaga sekati dua,

Buah berangan dalam celepa;Kekayaan negara dinikmati bersama,

Bawah pemerintahan Barisan perkasa.

466.

Buah berangan dalam celepa,

Delima batu dikerat dua;Bawah pemerintah Barisan perkasa,

Negara maju bertaraf dunia.

467.

Delima batu dikerat dua,

Asam gelugur berbunga lebat;Negara maju bertaraf dunia,

Page 128: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Kerajaannya jujur membela rakyat.

Page 129: Pantun Berkait Setia Negara (2)

468.

Asam gelugur berbunga lebat,

Durian tunggal di hujung laman;Kerajaannya jujur membela rakyat,

Mudahan kekal sepanjang zaman.

469.

Durian tunggal di hujung laman,

Sayang keranji menjadi ubat;Mudahan kekal sepanjang zaman,

Disanjung tinggi disayangi rakyat.

470.

Sayang keranji menjadi ubat,

Gaharu setanggi bersama cendana;Disanjung tinggi disayangi rakyat,

Dirgahayu Datuk Sri Perkasa.

471.

Gaharu setanggi bersama cendana,

Bunga cempaka letak di dulang;Dirgahayu Datuk Sri Perkasa,

Bawa Malaysia ke puncak gemilang.

472.

Bunga cempaka letak di dulang,

Batu delima merah warnanya;Bawa Malaysia ke puncak gemilang,

Harum namanya di seluruh dunia.

473.

Batu delima merah warnanya,

Merah berkilauan cincin permata;Harum namanya di seluruh dunia,

Di bawah pimpinan Datuk Sri Perkasa.

474.

Merah berkilauan cincin permata,

Permata terlerai letak di dulang;Di bawah pimpinan Datuk Sri Perkasa,

Malaysia mencapai puncak gemilang.

475.

Permata terlerai letak di dulang,

Keris pusaka bertatah intan;Malaysia mencapai puncak gemilang,

Menjadi legenda sepanjang zaman.

476.

Keris pusaka bertatah intan,

Di tangan panglima setia pahlawan;Menjadi legenda sepanjang zaman,

Page 130: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Jasa dan baktinya tiada bandingan.

Page 131: Pantun Berkait Setia Negara (2)

477.

Di tangan panglima setia pahlawan,

Bawa kembara sembilan lautan;Jasa dan baktinya tiada bandingan,

Wira negara diberi gelaran.

478.

Bawa kembara sembilan lautan,

Singgah menjerat burung di hutan;Wira negara diberi gelaran,

Membawa rahmat kepada watan.

479.

Singgah menjerat burung di hutan,

Burung tekukur terbang sekawan;Membawa rahmat kepada watan,

Kekal makmur Tuhan kurniakan.

480.

Burung tekukur terbang sekawan,

Anak tempua bermain di dahan;Kekal makmur Tuhan kurniakan,

Lanjutkan usia pemimpin sekalian.

481.

Anak tempua bermain di dahan,

Turun ke sawah berkawan-kawan;Lanjutnya usia pemimpin sekalian,

Terus gagah membawa kemajuan.

482.

Turun ke sawah berkawan-kawan,

Merpati putih di tepi jambangan;Terus gagah membawa kemajuan,

Malaysia boleh jadi pegangan.

483.

Merpati putih tepi jambangan,

Turun ke rimba di bulan purnama;Malaysia boleh dijadi pegangan,

Melahirkan warga berakhlak mulia.

484.

Turun ke rimba di bulan purnama,

Hingga di pohon padi malinja;Melahirkan warga berakhlak mulia,

Bersopan santun berbudi bahasa,

485.

Hinggap di pohon padi malinja,

Layu di dalam gugur tangkainya;Bersopan santun berbudi bahasa,

Page 132: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Berilmu pengetahuan tinggi wibawa.

486.

Layu di dahan gugur tangkainya,

Ambil segenggam letak di laman;Berilmu pengetahuan tinggi wibawa,

Itu katakan anak wawasan.

487.

Ambil segenggam letak di laman,

Pinang muda kacipkan sehiris;Itu katakan anak wawasan,

Berfikiran terbuka kreatif dan kritis.

488.

Pinang muda kacipkan sehiris,

Cempaka biru harum mewangi;Berfikiran terbuka kreatif dan kritis,

Berbudaya ilmu ikhlas berbakti.

489.

Cempaka biru harum mewangi,

Kembang melati di hujung taman;Berbudaya ilmu ikhlas berbakti.

490.

Kembang melati di hujung laman,

Asam paya buah di hutan;Sayang menyayangi sesama insan,

Jauhkan sengketa eratkan perpaduan.

491.

Asam paya buah di hutan,

Belimbing batu berjuntai di dahan;Jauhkan sengketa eratkan perpaduan,

Bantu membantu menjana kemajuan.

492.

Belimbing batu berjuntai di dahan,

Pucuk mengkudu tolong rebuskan;Bantu membantu menjana kemajuan,

Kita bersatu mendukung wawasan.

493.

Pucuk mengkudu tolong rebuskan,

Pisang nangka dibuat manisan;Kita bersatu mendukung wawasan,

Kekalkan budaya adat ketimuran.

494.

Pisang nangka dibuat manisan,

Manisan sukun disaji bersama;

Page 133: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Kekalkan budaya adat ketimuran,Bersopan santun berbudi bahasa.

Page 134: Pantun Berkait Setia Negara (2)

495.

Manisan sukun disaji bersama,

Hiriskan halia dibuat perasa;Bersopan santun berbudi bahasa,

Amalan mulia masyarat Malaysia.

496.

Hiriskan halia buat perasa,

Harum aroma si bunga cengkih;Amalan mulia masyarakat Malaysia,

Mengenang jasa dan berterima kasih.

497.

Harum aroma si bunga cengkih,

Bunga ketumbar santar berlada;Mengenang jasa dan berterima kasih,

Setia kepada raja dan negara.

498.

Bunga ketumbar santan berlada,

Sambal belimbing ulam pegaga;Setia kepada raja dan negara,

Sayangkan pemimpin wira berjasa.

499.

Sambal belimbing ulam pegaga,

Ikan gelama goreng berlada;Sayangkan pemimpin wira berjasa,

Jadikan Malaysia gemilang perkasa.

500.

Ikan gelama goreng berlada,

Gulai haruan dibubuh halia;Jadikan Malaysia gemilang perkasa,

Pusat perniagaan seluruh dunia.

501.

Gulai haruan dibubuh halia,

Buah pauh dikerat dua;Pusat perniagaan seluruh dunia,

Ekonomi teguh rakyat sejahtera.

502.

Buah pauh dikerat dua,

Buat bekalan pergi menjala;Ekonomi teguh rakyat sejahtera,

Hidup aman harmoni dan bahagia.

503.

Buat bekalan pergi menjala,

Sambil mengail di tengah kuala;Hidup aman harmoni dan bahagia,

Page 135: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Pemimpin adil memerintah negara.

504.

Sambil mengail di tengah kuala,

Menahan lukah di Tanjung Bidara;Pemimpin adil memerintah negara,

Menjunjung titah Seri Paduka.

505.

Menahan lukah di Tanjung Bidara,

Ikan semah di dalam raga;Menjunjung titah Seri Paduka,

Menunaikan amanah penuh setia.

506.

Ikan semah di dalam raga,

Senangin dan sepat berpuluh kati;Menunaikan amanah penuh setia,

Pemimpin dan rakyat bersatu hati.

507.

Senangin dan sepat berpuluh kati,

Tolong timbangkan bersama haruan;Pemimpin dan rakyat bersatu hati,

Rancang pembangunan erat perpaduan.

508.

Tolong timbangkan bersama haruan,

Ikan kerapu di bawah batu;Rancangan pembangunan erat perpaduan;

Rakyat bersatu bertambah mutu.

509.

Ikan kerapu di bawah batu,

Merpati putih di ranting kayu;Rakyat bersatu bertambah mutu,

Menjunjung kasih Duli Tuanku.

510.

Merpati putih di ranting kayu,

Membuat sarang di senja kala;Menjunjung kasih Duli Tuanku,

Malaysia gemilang nusa jaya.

511.

Membuat sarang di senja kala,

Laju terbang haluan bahtera;Malaysia gemilang nusa jaya,

Page 136: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Pesat berkembang maju sejahtera.

512.

Laju terbang haluan bahtera,

Singgah di pantai gugur bulunya;Pesat berkembang maju sejahtera,

Indah permai subur buminya.

Page 137: Pantun Berkait Setia Negara (2)

513.

Singgah di pantai gugur bulunya,

Ternampak cahaya bulan purnama;Indah permai subur buminya,

Pusat berniaga pelabur dunia.

514.

Ternampak cahaya bulan purnama;

Turun ke taman beraneka bunga,Pusat berniaga pelabur dunia.

Kaya dengan hasil buminya.

515.

Turun ke taman beraneka bunga,

Anggerik hutan di pohon sena;Kaya dengan hasil buminya,

Menarik pelaburan luar negara.

516.

Anggerik hutan di pohon sena,

Cempaka biru subur berkembang;Menarik pelaburan luar negara.

Malaysia maju terus gemilang.

517.

Cempaka biru subur berkembang,

Berdaun lebat harum baunya;Malaysia maju terus gemilang.

Sekalian rakyat merasa bangga.

518.

Berdaun lebat harum baunya

Petik seraga bawa ke kota;Sekalian rakyat merasa bangga,

Menjadi warga negara Malaysia.

519.

Petik seraga bawa ke kota,

Gubahan seni beraneka warna,Menjadi warga negara Malaysia;

Kebanggaan kami rakyat setia.

520.

Gubahan seni beraneka warna,

Suburlah bunga dijambangan dara;Kebanggaan kami rakyat setia.

Hidup di negara yang aman sentosa.

521.

Suburlah bunga di jambangan dara,

Disirami air segarlah bunga;Hidup di negara yang aman sentosa,

Page 138: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Pemimpinnya adil memerintah negara.

Page 139: Pantun Berkait Setia Negara (2)

522.

Disiram air segarlah bunga,

Hadiah sekuntum tandanya mesra;Pemimpinnya adil memerintah negara,

Bijak menyusun pembangunan raksasa.

523.

Hadiah sekuntum tandanya mesra,

Bunga pengikat ikatan setia;Bijak menyusun pembangunan raksasa,

Putrajaya pentadbiran negara.

524.

Bunga pengikat ikatan setia,

Rendang pokok dahan meninggi;Putrajaya pusat pentadbiran negara,

Diilham Datuk Perdana Menteri.

525.

Rendang pokok dahan meninggi,

Bersarang jeladan di dahan meranti;Diilham Datuk Perdana Menteri,

Lambang keadilan kemakmuran sejati.

526.

Bersarang jeladan di dahan meranti,

Anak enggang di rumpun padi;Lambang keadilan kemakmuran sejati

Wawasan gemilang pemimpin bestari.

527.

Anak enggang di rumpun padi,

Padi berangan lebat buahnya;Wawasan gemilang pemimpin bestari,

Menjadi keagungan bangsa merdeka.

528.

Padi berangan lebat buahnya,

Tempat ketitir menjalin sarang;Menjadi kagungan bangsa merdeka,

Di Malaysia lahir pemimpin terbilang.

529.

Tempat ketitir menjalin sarang,

Burung tempua terbang ke darat;Di Malaysia lahir pemimpin terbilang

Harum namanya disayangi rakyat.

530.

Burung tempua terbang ke darat,

Anak tiung di ranting patah;Harum namanya disayangi rakyat,

Page 140: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Pemimpin agung dalam sejarah.

Page 141: Pantun Berkait Setia Negara (2)

531.

Anak tiung di ranting patah,

Terbang malam menuju samudera;Pemimpin agung dalam sejarah,

Satu dalam beribu juta.

532.

Terbang malam menuju samudera,

Turun berjalan ke dalam taman;Satu dalam beribu juta,

Menjadi sebutan zaman berzaman.

533.

Turun berjalan ke dalam taman,

Mawar kenanga semuanya ada;Menjadi sebutan zaman berzaman,

Besar jasanya kepada negara.

534.

Mawar kenanga semuanya ada,

Sayang teratai di hujung laman;Besar jasanya kepada negara,

Tiada ternilai tiada bandingan.

535.

Sayang teratai di hujung laman,

Rumpun cendawan tepian hutan;Tiada ternilai tiada bandingan,

Walaupun dengan lautan intan.

536.

Rumpun cendawan tepian hutan,

Harum kenanga penyeri taman;Walaupun dengan lautan intan,

Takkan sama Datuk Seri Budiman.

537.

Harum kenanga penyri taman,

Kenanga pemikat segala kumbang;Takkan sama Datuk Seri Budiman,

Pembawa rahmat Malaysia cemerlang.

538.

Kenanga pemikat segala kumbang,

Sayang kecubung mekar setaman;Pembawa rahmat Malaysia cemerlang,

Wawasannya agung mendahului zaman.

539.

Sayang kecubung mekar setaman,

Petik seraga letak di dulang;Wawasannya agung mendahului zaman,

Page 142: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Meletakkan negara ke puncak gemilang.

Page 143: Pantun Berkait Setia Negara (2)

540.

Petik seraga letak di dulang,

Warnanya unggu menjadi pilihan;Meletakkan negara ke puncak gemilang,

Negara maju intisari wawasan.

541.

Warnanya unggu menjadi pilihan,

Subur di taman dipetik jangan;Negara maju intisari wawasan,

Sembilan cabaran wajib ditunaikan.

542.

Subur di taman dipetik jangan,

Menghijau daun tumbuh di dahan;Sembilan cabaran wajib ditunaikan,

Tiga puluh tahun tempoh sasaran.

543.

Menghijau daun tumbuh di dahan,

Biarkan menanti di tepi hutan;Tiga puluh tahun tempoh sasaran,

Impian Datuk Seri jadi kenyataan.

544.

Biarkan menanti di tepi hutan,

Subur sentiasa segenap rimba;Impian Datuk Seri jadi kenyataan,

Makmur sejahtera rakyat Malaysia.

545.

Subur sentiasa segenap rimba,

Bunga kemuning harum baunya;Makmur sejahtera rakyat Malaysia,

Jasa pemimpin jangan dilupa.

546.

Bunga kemuning harum baunya,

Mari dibawa ke pekan Semera;Jasa pemimpin jangan dilupa,

Bakti mereka sejahterakan negara.

547.

Mari dibawa ke pekan Semera,

Berlabuh sauh di Kuala Oya;Bakti mereka sejahterakan negara,

Berdirilah teguh bersama mereka.

548.

Berlabuh sauh di Kuala Oya,

Anak nakhoda turun menjala;Berdirilah teguh bersama mereka,

Page 144: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Tingkatkan usaha majukan negara.

Page 145: Pantun Berkait Setia Negara (2)

549.

Anak nakhoda turun menjala,

Membawa jaring dan pukat tunda;Tingkatkan usaha majukan negara,

Bersama pemimpin gemblengkan tenaga.

550.

Membawa jaring dan pukat tunda,

Dapat tenggiri dengan gelama;Bersama pemimpin gemblengkan negara,

Bina jati diri bangsa Malaysia.

551.

Dapat tenggiri dengan gelama,

Melabuh pukat di tengah samudera;Bina jati diri bangsa Malaysia,

Tinggi martabat gagah perkasa.

552.

Melabuh pukat di tengah samudera,

Bila pasang menuju kuala;Tinggi martabat gagah perkasa,

Bangsa yang berilmu dan berwibawa.

553.

Bila pasang menuju kuala,

Perahu bertohor di Pasir Putih;Bangsa yang berilmu dan berwibawa,

Tahu bersyukur dan berterima kasih.

554.

Perahu bertohor di Pasir Putih,

Anak muda bermain guli;Tahu bersyukur dan berterima kasih,

Atas jasa pemimpin bestari.

555.

Anak muda bermain guli,

Terkena timpa dahan kelapa;Atas jasa pemimpin bestari,

Negara kita aman sentosa.

556.

Terkena timpa dahan kelapa,

Anak juragan di pinggir kuala;Negara kita aman sentosa,

Kaya dengan hasil mahsulnya.

557.

Anak juragan di pinggir kuala,

Pulang ke rumah memakan pedada;Kaya dengan hasil mahsulnya,

Page 146: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Menambah khazanah kekayaan negara.

Page 147: Pantun Berkait Setia Negara (2)

558.

Pulang ke rumah memakan pedada,

Buah keladi dimasak halwa;Menambah khazanah kekayaan negara,

Majulah pertiwi majulah bangsa.

559.

Buah keladi dimasak halwa,

Bawa pergi Pangkalan Jawa;Majulah pertiwi majulah bangsa,

Pemuda pemudi harapan negara.

560.

Bawa pergi Pangkalan Jawa,

Meraut rotan penyapu lidi;Pemuda pemudi harapan negara,

Sahutlah seruan ibu pertiwi.

561.

Meraut rotan penyapu lidi,

Bilah bambu dipotong tiga;Sahutlah seruan ibu pertiwi,

Kelak namamu disanjung bangsa.

562.

Bilah bambu dipotong tiga,

Hampar tikar tali rumbia;Kelak namamu di sanjung bangsa,

Sebagai wira bumi merdeka.

563.

Hampar tikar tali rumbia,

Tikar pandan enak berbunga;Sebagai wira bumi merdeka,

Jasa pahlawan tidak dilupa.

564.

Tikar pandan enak berbunga,

Mari dianyam perawan muda;Jasa pahlawan tidak dilupa,

Menjadi keagungan nusa dan bangsa.

565.

Mari dianyam perawan muda,

Tikar bersulam benang yang merah;Menjadi keagungan nusa dan bangsa,

Kekal dalam lipatan sejarah.

566.

Tikar bersulam benang yang merah,

Gadis bersimpuh berseri wajah;Kekal dalam lembaran lipatan sejarah,

Page 148: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Setitik peluh di bumi bertuah.

Page 149: Pantun Berkait Setia Negara (2)

567.

Gadis berrsimpuh berseri wajah,

Mari menenun tudung hiasan;Setitik peluh di bumi bertuah,

Budi setahun segunung intan.

568.

Mari menenun tudung hiasan,

Dalam celapa sirih junjungan;Budi setahun segunung intan.

Rahmat bahagia tuhan kurniakan.

569.

Dalam celapa sirih junjungan,

Kacip ada di tepak tembaga;Rahmat bahagia tuhan kurniakan,

Raja kita selamat bertakhta.

570.

Kacip ada di tepak tembaga,

Tempah bersama kandil suasa;Raja kita selamat bertakhta,

Memerintah negara adil saksama.

571.

Tempah bersama kandil suasa,

Sirih dilipat hidangan lama;Memerintah negara adil saksama,

Dikasihi rakyat sekalian yang ada.

572.

Sirih dilipat hidangan lama,

Goreng bertih padi setandan;Dikasihi rakyat sekalian yang ada,

Menjunjung kasih Datuk Sri Budiman.

573.

Goreng bertih padi setandan,

Limau kasturi sila hiriskan;Menjunjung kasih Datuk Sri Budiman,

Jasa Datuk Sri tiada bandingan.

574.

Limau kasturi sila hiriskan,

Minyak zaitun kami renjiskan;Jasa Datuk Sri tiada bandingan,

Beribu tahun jadi ingatan.

575.

Minyak zaitun kami renjiskan,

Cincin disarung kasih dicurah;Beribu tahun jadi ingatan,

Page 150: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Pemimpin teragung dalam sejarah.

Page 151: Pantun Berkait Setia Negara (2)

576.

Cincin disarung kasih dicurah,

Janji diikat tiada berubah;Pemimpin teragung dalam sejarah,

Membawa rahmat Malaysia bertuah.

577.

Janji diikat tiada berubah,

Tersemat di kalbu tanda setia;Membawa rahmat Malaysia bertuah,

Rakyat bersatu negara perkasa.

578.

Tersemat di kalbu tanda setia,

Melati sejambak ingatan mesra;Rakyat bersatu negara perkasa,

Datuk Seri bijak menyusun rencana.

579.

Melati sejambak ingatan mesra,

Hiasan sanggul perawan desa;Datuk Seri bijak menyusun rencana,

Wawasannya unggul makmurkan negara.

580.

Hiasan sanggul perawan desa,

Muda jelita anggun bergaya;Wawasannya unggul makmurkan negara,

Negara Malaysia kesayangan kita.

581.

Muda jelita anggun bergaya,

Cantik memakai selendang sutera;Negara Malaysia kesayangan kita,

Indah permai gemilang selamanya.

582.

Cantik memakai selendang sutera,

Kekal warisan seni budaya;Indah permai gemilang selamanya,

Kerana wawasan Datuk Seri perkasa.

583.

Kekal warisan seni budaya,

Amalan mulia pusaka kita;Kerana wawasan Datuk Sri perkasa,

Martabatkan agama nusa dan bangsa.

584.

Amalan mulia pusaka kita,

Berbudaya ilmu menabur bakti;Martabatkan agama nusa dan bangsa,

Page 152: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Negara maju disanjung tinggi.

Page 153: Pantun Berkait Setia Negara (2)

585.

Berbudaya ilmu menabur bakti,

Kelak jasamu sentiasa diingati;Negara maju disanjung tinggi,

Rakyat bersatu seikhlas hati.

586.

Kelak jasamu sentiasa diingati,

Penuhi harapan bunda tersayang;Rakyat bersatu seikhlas hati,

Mendukung wawasan negara gemilang.

587.

Penuh harapan bunda tersayang,

Pertahan pertiwi dari ancaman;Mendukung wawasan negara gemilang,

Impian Datuk Sri jadi kenyataan.

588.

Pertahan pertiwi dari ancaman,

Pemudi pemuda penyambung warisan;Impian Datuk Sri jadi kenyataan,

Kini Negara di puncak kegemilangan.

589.

Pemudi pemuda penyambung warisan,

Bersama berbakti menyusun perjuangan;Kini negara di puncak kegemilangan,

Cita-cita Datuk Sri dimakbul Tuhan.

590.

Bersama berbakti menyusun perjuangan,

Tanda setia wira berjasa;Cita-cita Datuk Sri dimakbul Tuhan,

Jadikan Malaysia maju berjaya.

591.

Tanda setia wira berjasa,

Pesanan bunda subur di jiwa;Jadikan Malaysia maju berjaya,

Bertaraf dunia makmur sentosa.

592.

Pesanan bunda subur di jiwa,

Sumpah jejaka tika di rantauan;Bertaraf dunia makmur sentosa,

Itulah Malaysia negara warisan.

593.

Sumpah jejaka tika di rantauan,

Dara dikenang jauh di mata;Itulah Malaysia negara warisan,

Page 154: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Negara gemilang pusaka bangsa.

Page 155: Pantun Berkait Setia Negara (2)

594.

Dara dikenang jauh di mata,

Kalung kenangan tanda mesra;Negara gemilang pusaka bangsa,

Pertahankan dengan jiwa dan raga.

595.

Kalung kenangan tanda mesra,

Sirih sekapur pembuka bicara;Pertahankan dengan jiwa dan raga,

Relaku gugur keranamu Malaysia.

596.

Sirih sekapur pembuka bicara,

Mawar merah kenangan lalu;Relaku gugur keranamu Malaysia,

Bumi bertuah itu pertiwiku.

597.

Mawar merah kenangan lalu,

Bunga digubah perawan jelita;Bumi bertuah itu pertiwiku,

Negara indah kesayangan kita.

598.

Bunga digubah perawan jelita,

Bunga melur harum baunya;Negara indah kesayangan kita,

Sejahtera makmur maju perkasa.

599.

Bunga melur harum baunya,

Sayang kenanga disunting dara;Sejahtera makmur maju perkasa,

Hasil usaha pemimpin yang ada.

600.

Sayang kenanga disunting dara,

Susun sejambak buat jejaka;Hasil usaha pemimpin yang ada,

Harum semerbak nama Malaysia.

601.

Susun sejambak buat jejaka,

Jangan dikerat pohon melati;Harum semerbak nama Malaysia.

Seluruh rakyat bersatu hati.

602.

Jangan dikerat pohon melati,

Biarkan dahan rimbun meninggi;Seluruh rakyat bersatu hati,

Page 156: Pantun Berkait Setia Negara (2)

Pertahan kedaulatan ibu pertiwi.

603.

Biarkan dahan rimbun meninggi,

Mudah-mudahan berbunga lagi;Pertahan kedaulatan ibu pertiwi,

Menjunjung wawasan setia berbakti.

604.

Mudah-mudahan berbunga lagi,

Bunga kemuning semerbak mewangi;Menjunjung wawasan setia berbakti,

Bersama pemimpin bijak bestari.

605.

Bunga kemuning semerbak mewangi,

Suntingan dara di pagi hari;Bersama pemimpin bijak bestari,

Majukan negara setulus hati.

606.

Suntingan dara di pagi hari,

Letak di dulang layulah bunga;Majukan negara setulus hati,

Kekal gemilang Malaysia berjaya.

607.

Letak di dulang layulah bunga,

Bunga kenangan dari adinda;Kekal gemilang Malaysia berjaya,

Di bawah naungan Seri Paduka.

608.

Bunga kenangan dari adinda,

Bunga melur memikat jiwa;Di bawah naungan Seri Paduka,

Malaysia makmur rakyat bahgia.

609.

Subur di desa kesayangan dara,

Dahan kenanga bercabang dua;Berdoalah kita kepada Yang Esa,

Aman sentosa buat selamanya.

610.

Dahan kenanga bercabang dua,

Berdaun lebat mekar di taman;Aman sentosa buat selamanya,

Limpahan rahmat Allah kurniakan.