12

Pantau Perbelanjaan Kewangan Anda - KonsumerKINI

  • Upload
    others

  • View
    15

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pantau Perbelanjaan Kewangan Anda - KonsumerKINI
Page 2: Pantau Perbelanjaan Kewangan Anda - KonsumerKINI

2 •

SidangRedaksi

Sekiranya pada setiap bulan andamendapati bahawa anda telahberbelanja melebihi daripada yangsepatutnya, atau anda tidak dapatmenyimpan sepertimana yangdiharapkan, mungkin ini adalah masauntuk memantau perbelanjaan anda.

Mengawal perbelanjaan merupakanasas untuk mencapai kejayaankewangan. Jika anda tahu dengan jelasbagaimana untuk membelanjakan wanganda, maka anda mungkin dapatmencapai matlamat jangka pendek andaiaitu membayar segala perbelanjaanasas.

Seterusnya, anda berkemungkinanbesar tidak dapat mencapai matlamatjangka panjang anda kerana tidakmenyimpan kewangan yang cukup. Apayang lebih serius, sekiranya andamenghadapi sebarang krisis ataukecemasan seperti penyakit,kemalangan atau kehilangan pekerjaan,anda akan menghadapi masalahkewangan yang sangat serius.

Begitu juga jika anda tahu tentang

PenasihatDatuk Marimuthu Nadason

Presiden FOMCA

Ketua Sidang PengarangDato’ Paul Selva Raj

EditorMohd Yusof bin Abdul Rahman

Sidang PengarangYu Kin Len

Siti Rizadiana binti RahmatSharala Devi Thayakaran

Ringgit merupakan penerbitanusaha sama di antara Bank Negara

Malaysia dan FOMCA. Iaditerbitkan pada setiap bulan.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Tel : 03-7876 2009Faks : 03-7877 1076

E-mel : [email protected] : www.fomca.org.my

Bank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn

50480 Kuala LumpurTel :03-2698 8044

Faks : 03-2174 1515

Diurus terbit oleh:Pusat Penyelidikan dan

Sumber Pengguna (CRRC)No. 1D-1, Bangunan SKPPK

Jalan SS9A/1747300 Petaling Jaya

Selangor Darul EhsanTel : 03-7875 2392

Faks : 03-7875 5468E-mel : [email protected]

Web : www.crrc.org.my

Dicetak oleh:

Percetakan Asas Jaya(M) Sdn Bhd

No. 5B Tingkat 2Jalan Pipit 2

Bandar Puchong Jaya47100 Puchong Jaya

Selangor Darul Ehsan

Artikel yang disiarkan dalamRinggit tidak semestinya

mencerminkan pendirian dandasar Bank Negara Malaysiaatau FOMCA. Ia merupakan

pendapat penulis sendiri.

perbelanjaan wang anda, maka andaboleh merancang kewangan denganlebih ketat jika perlu. Anda juga dapatmerancang dengan telit i untukmencapai gaya hidup yang andainginkan dan memperuntukkankewangan anda seperti perancangananda sama ada untuk pelaburan,pembelian saham, persaraan ataupendidikan anak di universiti.

Pengurusan kewangan amat pentingpada masa ini kerana kesan inflasiakan menyusutkan nilai aset anda.Begitu juga hasrat kerajaan untukmengurangkan subsidi yangmenyebabkan harga barangan akannaik dan menunjukkan harga sebenardi pasaran. Kerajaan juga akanmemperkenalkan Cukai Barangan danPerkhidmatan (GST) pada masa akandatang. Justeru, perancanganperbelanjaan menjadi lebih kritikal bagikejayaan kewangan kita.

Apabila anda mengetahui denganjelas tentang berapa jumlah dan tujuanperbelanjaan anda, maka anda bolehmenilai perbelanjaan anda secara

PantauPerbelanjaan

KewanganAnda

Page 3: Pantau Perbelanjaan Kewangan Anda - KonsumerKINI

• 3

kritikal. Matlamat anda adalah membuat keputusanyang rasional dan bijak tentang bagaimana duit andadibelanja.

Dengan matlamat yang jelas ini, anda bolehmenyediakan belanjawan yang lebih realistik denganmengurangkan perbelanjaan bagi perkara-perkara yangdianggap tidak penting. Anda juga boleh menganalisisperbelanjaan anda dan mengambil tindakan yangsewajarnya. Sebagai contoh, sekiranya andamendapati anda berbelanja terlalu tinggi untuk hiburan,mungkin anda boleh mencari jalan untukmengurangkan perbelanjaan hiburan itu. Pada masajangka panjang, kawalan perbelanjaan akan menanamdisiplin dalam diri anda dalam berbelanja dan menabungmengikut belanjawan anda.

Dalam penyediaan belanjawan, anda akan menentukankeutamaan dalam merancang peruntukan kewangananda. Peruntukan ini pula akan ditentukan olehmatlamat jangka pendek dan jangka panjang anda.Oleh kerana duit anda adalah terhad, maka andaterpaksa menentukan keutamaan anda dan ini akanmempengaruhi perbelanjaan anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda ingin berjimatsebanyak RM30,000 untuk membayar pendahuluanrumah pertama yang akan dibeli dalam tempoh tigatahun akan datang, anda terpaksa menyimpansekurang-kurangnya RM830 sebulan. Jika pendapatananda adalah RM3,500, maka untuk mendapatkanpendahuluan rumah sahaja, anda terpaksa menyimpanRM830; bagaimana pula dengan matlamat lain sepertiingin berumah tangga pada masa hadapan, inginmemulakan keluarga dan ingin berjimat untukpersaraan dan sebagainya.

Untuk mencapai matlamat-matlamat ini, ia akanmemberi kesan langsung kepada jumlah yang bolehanda belanja pada bulan tersebut. Persoalannya,adakah anda akan berbelanja mengikut belanjawanatau berbelanja lebih sehingga menjejaskan matlamatjangka panjang anda.

Dalam menyimpan rekod, anda harusmengkategorikan perbelanjaan anda. Satu cara

mengkategorikan adalah kategori perbelanjaan tetapdan perbelanjaan boleh ubah. Seterusnya perbelanjaanboleh dikategorikan pula kepada mesti dan tidak mesti.Sebagai contoh:• Perbelanjaan tetap dan mesti – sewa rumah,

ansuran kereta, wang yang dihantar kepada ibubapa

• Tetap dan tidak mesti – yuran kelab golf• Boleh ubah dan mesti – makan minum, bil utiliti,

petrol kereta• Boleh ubah dan tidak mesti – makan di tempat

mahal dengan kawan, hiburan

Seterusnya anda harus memulakan satu diari harian.Setiap kali anda berbelanja, anda harus merekodkan:• Jumlah yang dibayar• Barangan yang dibeli• Tarikh pembelian

Terdapat pelbagai cara untuk merekodkan datatermasuk menggunakan buku nota, telefon bimbit danperisian komputer seperti excel. Yang penting sekali,anda mesti secara konsisten memasuki data selepasperbelanjaan anda. Seberapa yang boleh pada setiaphari, anda harus mengkaji perbelanjaan hari tersebutdan memastikan setiap perbelanjaan anda telahdirekod.

Seterusnya yang penting juga, pada hujung bulan andaharus menganalisis data tersebut. Adakah andaberbelanja mengikut belanjawan yang telah andatetapkan? Di manakah anda telah berbelanja lebih?Apakah anda perlu lakukan untuk mengawalperbelanjaan tersebut pada masa akan datang?

Dengan membuat penyesuaian dalam perbelanjaananda, anda dapat mendisiplinkan diri untuk mengikutbelanjawan dan mencapai matlamat kewangan anda.

Sudah tentu mengawasi perbelanjaan bukanlah mudahdan merupakan sesuatu yang dianggap leceh danmenyusahkan. Akan tetapi manfaat daripada usahaini jauh mengatasi sebarang kesusahan yang andahadapi dalam mengawasi perbelanjaan anda.

Dengan matlamat yang jelas,anda boleh menyediakanbelanjawan yang lebihrealistik denganmengurangkan perbelanjaanbagi perkara-perkara yangdianggap tidak penting.

Page 4: Pantau Perbelanjaan Kewangan Anda - KonsumerKINI

4 •

Memahami langkah-langkah yang terlibat dalampinjaman perumahan boleh membantu andamenjimatkan masa dan mengelakkan keraguan dankeresahan. Berikut adalah beberapa isu yang berkaitandengan pembelian rumah dan langkah-langkah utamayang perlu dilakukan.

Membeli Rumah

Jika anda ingin membeli rumah yang masih dalampembinaan, anda perlu mengkaji latar belakang pemajuberkenaan. Anda hendaklah memastikan bahawapemaju:• Mempunyai lesen sah (belum luput) yang

dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan danKerajaan Tempatan.

• Mempunyai lesen pengiklanan dan permit jualansah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasatempatan.

Anda berhak bertanya kepada pemaju maklumatmengenai lesen dan permit tersebut. Anda juga bolehmerujuk kepada Kementerian Perumahan danKerajaan Tempatan untuk mendapatkan maklumatlanjut. Pemaju yang mempunyai rekod yang baik akanmengurangkan risiko projek perumahan terbengkalai.

Tabungan

Anda hendaklah mempunyai simpanan peribadi yangmencukupi untuk menjelaskan bayaran muka dan kossampingan yang lain. Anggaran yang bijak ialah diantara 10%-20% daripada harga rumah sebagaibayaran muka dan di antara 3%-5% lagi adalahsebagai kos sampingan, seperti bayaran guaman danduti setem.

Mencari Pembiaya Pembelian Rumah

Buat tinjauan dan perbandingan terhadap produkpinjaman yang terdapat di pasaran sebelum memilih

institusi pembiaya pembelian rumah anda. Sila ambilingatan bahawa, setelah mengambil pinjamanperumahan, anda akan sering berurusan denganinstitusi kewangan berkenaan untuk tempoh yangbegitu lama. Oleh itu, anda perlu mengambil kira faktor-faktor lain dan tidak tertarik kepada kadar faedah yangrendah sahaja.

Memohon Pinjaman: Dokumen YangPerlu Dikemukakan

Anda perlu menyediakan dokumen-dokumen asasberikut sebelum institusi kewangan memprosespermohonan anda:• Satu salinan kad pengenalan atau pasport anda.• Slip gaji untuk 3 bulan yang terkini.• Penyata cukai pendapatan (borang J) yang terkini

atau borang EA.• Dokumen perjanjian jual beli/resit pembayaran

deposit atau tempahan/ surat tawaran daripadapemaju.

• Satu salinan surat hak milik tanah (jika ada).• Penyata bank 6 bulan terdahulu (wajib jika tiada

slip gaji/borang J/EA)/buku akaun simpanan/resitsimpanan tetap.

• Laporan penilaian harta (untuk rumah sudah siap).• Jika anda bekerja sendiri, anda perlu melampirkan

dokumen pendaftaran perniagaan, penyata bankuntuk 3 bulan terakhir, penyata kewangan terkinidan dokumen lain yang boleh menyokong sumberpendapatan anda. Walau bagaimanapun,sesetengah institusi kewangan mungkinmemerlukan dokumen sokongan tambahan.

Selepas bersetuju untuk menerima surat tawaranpinjaman, anda perlu melantik seorang peguam untukmenyiapkan dokumentasi pinjaman. Biasanya, andaakan memilih peguam daripada senarai panel peguamyang disediakan oleh institusi kewangan tersebut.Sebahagian daripada dokumen ini akan dikemukakan

PinjamanPerumahan

Membeli rumah memangmenyeronokkan.Mungkin ia adalahbarangan palingberharga yang dibeliseumur hidup.

Page 5: Pantau Perbelanjaan Kewangan Anda - KonsumerKINI

• 5

kepada jabatan kerajaan berkenaan untuk pendaftarandan Pejabat Setem untuk pembatalan setem.

Selepas proses di atas selesai, dokumen-dokumenberdaftar ini hendaklah diserahkan kepada institusikewangan berkenaan dan anda akan diberikan satusalinan Perjanjian Pinjaman. Pada amnya, masa yangdiambil untuk menyiapkan dokumentasi yangmelibatkan proses undang-undang ini adalah tidakmelebihi 6 bulan.

Fi Dan Caj

Anda juga dikehendaki menjelaskan kos-kos berkaitanseperti fi perkhidmatan profesional dan caj yangdikenakan oleh agensi kerajaan yang berkaitan. Jeniscaj dan jumlah caj yang dikenakan akan berubah darisemasa ke semasa. Anda perlu berjumpa denganpegawai institusi kewangan anda untuk mendapatkannasihat lanjut dan mengadakan perbincangan jika adasebarang kemusykilan berhubung dengan jenis fi dankhidmat guaman.

Margin Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang disediakan oleh institusikewangan bergantung kepada nilai pasaran (bagirumah sudah siap sahaja) atau harga belian rumah,mengikut mana yang lebih rendah. Margin pembiayaanmungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:• Jenis hartanah• Lokasi hartanah• Umur peminjam• Jumlah pendapatan peminjam

Walau bagaimanapun, Bank Negara Malaysiamengehadkan margin pembiayaan sehingga 70% bagikemudahan pembiayaan rumah ketiga. Kemudahanpembiayaan bagi pembelian rumah pertama dan keduatidak tertakluk dengan dasar ini dan pembeli bolehterus mendapatkan pembiayaan bagi pembeliantersebut bergantung kepada dasar kredit dalamansesebuah bank.

Dalam Bajet 2011, kerajaan telah memperkenalkan‘Skim Rumah Pertamaku’ melalui Cagamas bagimembantu golongan muda yang berpendapatan kurangdaripada RM3,000 sebulan memiliki rumah denganpembiayaan 100% bagi rumah berharga di bawah

Setiap institusi kewangan menawarkan pakej pinjamanyang berbeza. Anda perlu meneliti semua ciri-ciri yangterdapat pada pakej pinjaman dan tidak hanya membuatkeputusan berdasarkan kepada satu ciri tertentu sahaja.

RM220,000.

Tempoh Pinjaman

Tempoh pinjaman boleh ditetapkan untuk sebarangtempoh asalkan tidak melebihi 30 tahun atau sehinggapeminjam mencapai umur 65 tahun (atau sebarangumur lain yang ditentukan oleh institusi kewangan),mengikut mana yang dahulu.

Ciri-Ciri Pinjaman

Setiap institusi kewangan menawarkan pakej pinjamanyang berbeza. Anda perlu meneliti semua ciri yangterdapat pada pakej pinjaman dan tidak hanya membuatkeputusan berdasarkan kepada satu ciri tertentusahaja. Kadar faedah hanyalah satu faktor yang perludipertimbangkan tetapi ciri-ciri lain seperti termapembayaran balik yang fleksibel boleh menjadikannyaseimbang, malah mungkin lebih menjimatkan.Umumnya, pakej pinjaman yang ditawarkan olehinstitusi kewangan sama ada berbentuk pinjamanberjangka, kemudahan overdraf atau kombinasi kedua-duanya.

Pengiraan Kadar Faedah BerasaskanBaki Harian Berbanding Dengan BakiBulanan

Bergantung kepada produk yang ditawarkan, institusikewangan mungkin mengenakan kadar faedah yangdikira berasaskan baki harian atau baki bulanan. Bagipinjaman yang berasaskan baki harian, kadar faedahdikira setiap hari, manakala pinjaman yang berasaskanbaki bulanan pula, faedah dikira sebulan sekaliberasaskan kepada baki pada bulan lepas. Dalamkedua-dua keadaan, jumlah pinjaman pokok akandapat dikurangkan setiap kali bayaran ansuran dibuat.

Skim Bayaran Berperingkat

Di bawah skim ini, jumlah pembayaran balik adalahrendah di peringkat awal pinjaman tetapi beransur-ansurmeningkat pada tahun-tahun berikutnya. Kaedah iniakan memberi peluang kepada pembeli rumah untukmengurangkan beban pembayaran di peringkat awalsupaya lebih banyak wang dapat digunakan untuktujuan lain. Apabila pendapatan pembeli meningkat,kemampuan kewangan peminjam akan turut

Page 6: Pantau Perbelanjaan Kewangan Anda - KonsumerKINI

6 •

meningkat. Sekali gus ini membolehkan pembelimembuat pembayaran balik pada tahap yang lebihtinggi. Skim pembayaran berperingkat sesuai untukpembeli rumah yang ingin membeli rumah yang lebihmewah tetapi dihalang oleh keupayaan membayarbalik pada peringkat awal.

Pembayaran Awal TerhadapSebahagian Daripada Pinjaman

Ramai peminjam berasa ada baiknya memendekkantempoh pinjaman dengan membuat pembayaran lebihawal terhadap sebahagian daripada baki pinjamanmelalui lebihan wang tabungan atau bonus tahunan.Pada amnya, jumlah pembayaran lebih awal untuksebahagian daripada pinjaman ini boleh dibuat dalamapa-apa jumlah. Walau bagaimanapun, sesetengahinstitusi kewangan mungkin mengehadkan jumlah yangboleh dibuat pembayaran awal, manakala ada jugayang mungkin mengenakan penalti. Pengurangan cajfaedah yang amat berkesan ialah dengan membuatpembayaran lebih awal pada tahun-tahun awal tempohpinjaman.

Dokumentasi

Dokumen utama untuk permohonan pinjamanperumahan ialah Perjanjian Pinjaman. PerjanjianPinjaman ialah kontrak yang ditandatangani di antarapeminjam dengan institusi kewangan. PerjanjianPinjaman mengandungi peruntukan utama sepertiterma-terma pinjaman, pinjaman pokok, kadar faedah,kadar faedah ingkar, caj penalti dan syarat pembayaranbalik. Ia turut menghuraikan kewajipan peminjam danpembiaya serta hak-hak dan bentuk tindakan setiappihak sekiranya berlaku pelanggaran syarat-syaratperjanjian.

Dokumen-dokumen lain yang memerlukan tandatangananda ialah “Surat Ikatan Serah Hak”, “Dokumen-dokumen Cagaran” dan “Surat Kuasa Wakil”. Andajuga perlu mengetahui bahawa sepanjang tempohpinjaman tersebut, rumah anda telah dicagarkankepada institusi kewangan berkenaan (iaitu institusikewangan mempunyai tuntutan ke atas rumah anda).Sama ada anda membeli rumah sudah siap atau masihdalam pembinaan, anda perlu meminta penjelasandaripada peguam anda mengenai peruntukan-peruntukan utama yang terkandung di dalam perjanjianserta implikasinya.

Laporan Penilaian

Laporan penilaian mungkin diperlukan jika andamembeli rumah yang telah siap dibina daripadapemiliknya. Institusi kewangan akan melantik penilaihartanah daripada senarai panel penilai untuk membuatpenilaian. Fi nilaian yang dikenakan untuk khidmat inibergantung kepada nilai hartanah.

Insurans

Insurans merupakan perkara yang amat penting apabilaanda membeli rumah kerana ia memberi anda danorang yang disayangi ketenangan fikiran dalam bentukjaminan kewangan jika berlaku kemalangan ataukematian.

Terdapat dua jenis insurans penting untukdipertimbangkan:• Polisi Insurans Pemilik Rumah/Kebakaran -

Insurans jenis ini menyediakan perlindungan untukrumah anda terhadap malapetaka seperti banjir,kebakaran, rusuhan, petir dan kerosakan akibatperbuatan khianat.

• Insurans Nyawa Gadai JanjiInsurans jenis ini memastikan pembayaran penuhke atas baki belum jelas pinjaman bila berlakuhilang upaya atau kematian. Premium biasanyatelah diambil kira dalam jumlah pinjaman dandiagihkan mengikut tempoh pinjaman.

Pengeluaran Pinjaman

Institusi kewangan akan mengeluarkan pinjaman(membuat pembayaran) setelah mendapat nasihatdaripada pihak peguam bahawa proses perundangantelah sempurna dan dokumen pinjaman adalahlengkap. Dengan ini, anda akan dimaklumkanmengenai tarikh dan jumlah pembayaran ansuranpertama yang perlu dibuat.

Sumber : Bank Negara Malaysia

Page 7: Pantau Perbelanjaan Kewangan Anda - KonsumerKINI

• 7

“Pandai gunakan kad kredit?” Alangkah peliknya soalanini – takkan saya tak tahu! Senang sahaja: Apabilamembeli, berikan kad kredit kepada juruwang,kemudian hanya perlu tandatangan pada resit yangdiberikan (kadang-kadang saya tak perlu tandatanganpun, hanya lambai dan pergi!). Jika saya sentiasamembayar jumlah minimum bulanan, banyak pulakredit percuma yang diperolehi. Saya juga tak perlurisau jika perbelanjaan kad saya sudah sampai ketahap maksimumnya. Syarikat pengurusan kad kredititu tentu akan menambahkan had kredit saya, dansyarikat-syarikat lain pula pasti akan menawarkan kad-kad yang lain sehingga saya pun tidak terdaya untukmenggunakan semuanya!

Adakah anda sering mendengar kata-kata seperti ini?Sudah tentu. Perkara ini bukanlah sesuatu yangmenghairankan kerana inilah pendekatan yang diambiloleh berjuta-juta pengguna kad plastik ini, seolah-olahmembeli barang merupakan kegiatan yang sungguhmudah. Awas! Pengurusan kewangan yang sebeginitelah memudaratkan kebanyakan keluarga. Apatah lagidengan kenaikan harga barang-barang yang tidak selaridengan jumlah pendapatan. Kebanyakan rakyatMalaysia terpaksa berbelanja melebihi daripadakemampuan masing-masing. Hutang kad kreditmungkin kelihatan seperti perkara yang agak keciltetapi ia boleh menimbulkan masalah yang jauh lebihbesar sekiranya tidak berhati-hati.

Fakta tentang Kad Kredit

Pertama, anda hendaklah betul-betul memahamibagaimana kad plastik berfungsi. Anda diberi jumlahkredit, dengan had maksimum yang boleh dicaj kepadakad – “had kredit”. Setiap kali kad ini dicaj melaluisebarang perbelanjaan (transaksi), kredit kitaberkurangan. Penyata bulanan yang diterima memberikita pil ihan, sama ada untuk membayar bakisepenuhnya, atau hanya bayaran minimum bulanan(tidak digalakkan). Apabila kita membuat pembayaranbulanan kepada bank yang mengeluarkan kad, hadkredit maksimum dikembalikan. Walau bagaimanapun,pemegang-pemegang kad kredit seringkali hanya

membayar jumlah faedah dan bayaran minimum bakipokok yang terhutang, dan tidak akan membayarsepenuhnya baki hutang kad kredit mereka.

Perangkap Belanja

Bagaimana agaknya seseorang itu boleh“terperangkap” dengan hutang? Bagi golongan muda,penyakit berhutang ini mungkin bermula dengan carayang tidak diduga. Di kolej atau pusat pengajian tinggi,sebahagian besar daripada mereka diberi kad kredittambahan oleh ibu bapa mereka. Banyak pula barang-barang yang perlu dibeli (contohnya, kasut sertapakaian jenama, i-Pod, beg dan barang fesyen yang“cun” dan paling terkini) dan pesta hiburan atau aktivitisosial yang penting untuk dihadiri! Bukankah amatleceh dan menyusahkan untuk meminta daripada ibubapa setiap kali duit tambahan diperlukan (bukankahmembazir wang untuk membayar kos telefon lagi?).Jadi, cara yang termudah dan tercepat – Caj sahajadengan kad kredit!

Mungkinkah pelajar yang berani berhutang ini terlaluyakin bahawa mereka akan memperoleh gaji yangtinggi setelah tamat pengajian kelak. Merekaberpendapat bahawa hutang itu akan luput dalamjangkamasa yang singkat. Malangnya, ramai graduanmendapati realiti masa hadapan mereka jauh berbezadaripada apa yang telah dijangkakan. Kini merekasudah selesa dengan bilangan baki bulanan tersebutdan sedar bahawa mereka telah terperangkap: hutangyang terus meningkat, yang tidak sesuai denganpendapatan mereka yang ala kadar.

Bukan orang muda sahaja yang mendapati diri merekaterperangkap di dalam situasi begini. Malah, orangdewasa yang berfikiran cukup matang juga tergodadengan kemudahan kredit ini. Banyak iklanmemaparkan produk baru dan canggih yang kononnya“ganjaran” kepada anda! Ya, amat sukar bagi andauntuk menolak tawaran hebat seperti barang-barangrekreasi, pakaian dan gajet-gajet termoden yang seringdiberikan.

Tip PengurusanKad KreditBukan orang muda sahaja yangmendapati diri mereka terperangkapdi dalam situasi begini. Malah, orangdewasa yang berfikiran cukup matangjuga tergoda dengan kemudahankredit ini.

Page 8: Pantau Perbelanjaan Kewangan Anda - KonsumerKINI

8 •

Dalam situasi lain pula, golongan yang tiada pekerjaanjuga boleh terjerumus dalam hutang kredit kad –apabila wang simpanan habis, kad kredit pula dijadikankemudahan untuk menyara keperluan seharian. Akantetapi, apabila mereka mula bekerja semula, merekamendapati bahawa kad kredit mereka sudah mencapaihad maksimum; akibatnya pembayaran balik menjadisatu bebanan yang besar buat mereka.

Walaupun anda mungkin tidak mahu berfikiran negatif,namun anda tidak dapat mengelakkan masalahkewangan sekiranya sering tidak mengendahkan realitiyang berlaku. Kemerosotan ekonomi membuatkanramai orang terdesak dan terjatuh dalam bebankewangan. Hanya mereka yang telah membuatpersediaan untuk menghadapi situasi yang kurang baiksebegini akan dapat bertahan di dalam suasana yangsukar. Apakah yang harus dilakukan untukmengelakkan diri anda daripada menjadi sebahagiandaripada angka statistik yang menyedihkan ini?

Cara Pembayaran Balik Hutang KadKredit

Jika anda hanya membayar jumlah faedah kad kreditsetiap bulan dan ingin melunaskan hutang kad kreditanda, langkah pertama adalah dengan menganalisispendapatan dan perbelanjaan bulanan anda.Pendapatan ditolak jumlah perbelanjaan. Bakinyadigunakan untuk membayar hutang kad kredit.

Langkah kedua: Hentikan transaksi menggunakan kadkredit. Bekukan penggunaan kad kredit anda. Buatpembayaran secara tunai. Kemudian senaraikanhutang kad-kad kredit yang masih ada. Kenal pastikad yang mengenakan caj kewangan yang palingtinggi. Mungkin anda berpeluang untuk memindahkanbaki daripada kad berfaedah tinggi kepada kad yangmenawarkan kos yang lebih rendah (tentukan andamembaca semua maklumat yang diberi supaya tidakdikenakan kos yang tersembunyi).

Seterusnya, susun kad-kad kredit anda mengikutkadar caj kewangan. Gunakan baki pendapatan untukmembayar balik kad kredit yang mempunyai hutangpaling tinggi. Setelah hutang kad yang paling tinggi ituselesai, tutup akaun tersebut dan musnahkan kadkredit itu. Kemudian ubahkan fokus anda kepada kadkredit yang seterusnya; teruskan langkah-langkah diatas sehingga semua hutang anda telahselesai. Sebaik sahaja hutang kad kredit anda luput,hanya simpan beberapa kad sahaja – hanya dua atautiga untuk penggunaan yang boleh dikawal.

Cara Penggunaan Kad Kredit YangBaik

Setelah menyelesaikan semua hutang kad kredit,barulah anda boleh mempertimbangkan carapenggunaan kad-kad kredit tersebut dengan betul. Kad

kredit ini sebenarnya alat pengurusan wang yangsungguh berkesan jika digunakan dengan waras. Kitaharus melihat kepada contoh pengguna yang berjayamenguruskan kewangan mereka denganmenggunakan kad kredit.

Pendekatan terpenting dalam penggunaan kad kreditadalah tanggungjawab anda untuk membayar jumlahbaki dalam penyata anda setiap bulan. Bayangkankad kredit itu sebagai wang tunai yang disimpan setiapbulan bagi barang-barang yang dicaj. Denganperumpamaan ini, anda tidak akan dikenakan kos; kadkredit anda pula akan menjadi kemudahan kewanganyang amat berguna bagi anda.

Kad kredit juga adalah salah satu langkah keselamatanatau perlindungan tambahan serta kemudahansewaktu membeli-belah dan melancong, dengan syaratanda tidak menyalahgunakannya. Sebagai contoh,anda mempraktikkan bayaran hanya 5% atau RM50minimum setiap bulan, yang mana lebih tinggi. Bagibaki RM10,000 yang mengenakan caj kewangansebanyak 17.5% setahun, anda akan mengambil masa7 tahun dan 2 bulan untuk menyelesaikan seluruh bakihutang anda. Dan ini juga dengan anggapan bahawaanda tidak lagi menambahkan caj. Bayangkan betapacepatnya hutang anda akan meningkat jika apa yangdipraktikkan ini melibatkan banyak kad kredit lain padamasa yang sama.

Petua-petua tambahan yang boleh membantu:• Ingat! kad kredit bukan wang percuma.• Hanya simpan satu atau dua kad, jangan

sehingga lapan atau sembilan.• Cajkan hanya untuk barang yang anda mampu

membayar – elakkan berbelanja melebihipendapatan anda.

• Carilah kad yang menawarkan kos, caj tahunandan yuran perkhidmatan yang paling rendah (kalauboleh, yang tiada yuran sama sekali).

• Bayar semua baki setiap bulan; tetapi jika ini agaksukar, bayar amaun lebih daripada amaunminimum bulanan anda.

• Masih bermasalah? Tinggalkan kad anda dirumah!

Dan peringatan terakhir – gunakanlah kad kreditsebagai alat pembayaran dan bukan untuk kreditpercuma. Jika anda tidak dapat menggunakannyadengan waras atau bertanggungjawab, mungkin lebihbaik bagi anda untuk hentikan penggunaannya samasekali.

Artikel ini adalah sumbangan dari Agensi Kaunseling dan PengurusanKredit (AKPK). AKPK merupakan sebuah agensi yang ditubuhkan olehBank Negara Malaysia sejak 2006, dan mereka menawarkan perkhidmatandari segi pendidikan kewangan, kaunseling kewangan dan programpengurusan kredit. Hubungi AKPK melalui 1-800-88-2575 atau layari lamanweb www.akpk.org.my. AKPK turut berada di www.youtube.com,www.facebook.com dan juga di www.twitter.com/AKPK1. PerkhidmatanAKPK kepada individu adalah percuma.

Page 9: Pantau Perbelanjaan Kewangan Anda - KonsumerKINI

• 9

BerjimatSemasaMelancong

Perancangan kewangan yang rapi dan teliti sangatpenting bagi mengelakkan kekusutan fikiran setelahpulang bercuti. Berikut adalah beberapa tip yang bolehdiamalkan jika anda merancang untuk melancong ataubercuti, tidak kira di dalam negeri mahupun di luarnegara.

1) MenabungMempunyai tabungan yang mencukupi sangatpenting untuk bercuti. Jika anda mahu merancanguntuk bercuti, mula menabung seawal mungkin.Asingkan duit persiapan percutian ke dalam tabungkhas. Disiplinkan diri anda dan terus fokus padaperancangan percutian anda.

2) Pakej promosiApabila memilih untuk bercuti di luar negara, pilihnegara yang mengadakan promosi pelancongan.Tanya ejen pelancongan tempatan. Selidik terlebihdahulu tempat-tempat menarik di sesebuahnegara, supaya percutian anda diisi dengan aktivitidan pemandangan yang memberikan kepuasanpercutian yang maksimum. Biasanya menjelangmusim sejuk, negara di Eropah giat mengadakanpromosi pelancongan.

3) Perancangan percutianSebelum melancong dan bercuti, anda perlumembuat persiapan diri dan minda denganperancangan yang rapi dan teliti. Tentukan denganbetul negara, kota atau tempat peranginan yangsesuai sepanjang tempoh percutian anda.Buatlah pendaftaran di tempat yang akan andakunjungi. Untuk menjimatkan tenaga,perbelanjaan dan masa, rancang untukmengunjungi lokasi menarik berhampiran dalammasa sehari. Melalui perancangan itu, anda boleh

mengetahui jenis pengangkutan ke lokasi pilihandan bayaran tambang.

4) Bajet semasa bercutiSediakan anggaran perbelanjaan harian semasaanda bercuti, termasuk kos penginapan,makanan, pengangkutan dan cenderamata yangakan dibeli. Anggaran perbelanjaan semasabercuti adalah satu langkah wajib bagi mengawalperbelanjaan anda semasa bercuti, terutama jikaanda bercuti di luar negara.Apabila bercuti ke luar negara, anda juga haruslahmengetahui kadar pertukaran mata wang negarayang ingin dilawati supaya percutian tersebutbersesuaian dengan anggaran perbelanjaan anda.Ini juga penting bagi mengelakkan anda tertipusemasa menukar wang. Mengetahui kadarpertukaran mata wang asing memudahkanperancangan perbelanjaan, terutama ketikamembeli-belah.

5) Tempahan awalIndustri pelancongan banyak bergantung kepadakeadaan ekonomi sesebuah negara sertapermintaan pelancong tempatan atau asing. Olehitu, adalah lebih baik jika anda menempah tiketpenerbangan atau tiket bas lebih awal, bagimendapatkan harga yang murah. Tempahan saatakhir adalah sangat mahal dan merugikanterutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah.Begitu juga dengan tempahan penginapan. Andajuga haruslah membuat tempahan lebih awal bagimengelakkan kesesakan atau sebarang masalahsemasa percutian anda.

6) Bercuti bersama anak-anakJika bercuti bersama anak-anak, pastikan

Percutian atau melancong merupakanaktiviti untuk merehatkan diri dan mindasetelah penat bekerja. Untuk melancongmahupun pergi bercuti, anda perlulahmelakukan pelbagai perancangan,termasuk persiapan belanjawan agar tidakberlaku pembaziran dan memastikanpercutian anda berjalan dengan lancar.

Page 10: Pantau Perbelanjaan Kewangan Anda - KonsumerKINI

10 •

persiapan makanan dan kelengkapan merekayang lain. Jika tempat yang ingin ditujumenyediakan kelengkapan dan makanan yangbersesuaian untuk anak-anak anda, pastikananda memasukkan keperluan perbelanjaan inidalam anggaran perbelanjaan percutian anda. Jikaanda lebih selesa untuk membawa semuakelengkapan anak-anak anda sendiri semasabercuti, pastikan anda membawa kelengkapanyang secukupnya dan harus mempersiapkan diriserta minda anda untuk lebihan tenaga danperhatian yang diperlukan untuk mengawasibagasi yang banyak. Di sini, perancangan yangrapi juga memainkan peranan yang penting.

di hotel, anda boleh mengurangkan lagiperbelanjaan anda.

10) Ole-ole/buah tanganBuat penyelidikan di internet atau bertanya kepadarakan atau keluarga yang pernah berkunjung ketempat percutian yang anda rancangkan.Dapatkan maklumat tentang tempat yang menjualbuah tangan yang murah. Senaraikan juga semuanama ahli keluarga dan rakan supaya anda tidakmembeli buah tangan secara berlebihan. Senaraiini membantu anda berbelanja dengan bijak dansecara adil serta saksama.

11) Dana Kecemasan dan insurans.Simpan 20% daripada anggaran perbelanjaanpercutian anda untuk dana kecemasan. Dana iniamat berguna jika berlakunya sebarang perkarayang tidak disangka seperti jatuh sakit danmemerlukan rawatan hospital. Dana ini jugamembantu anda untuk menampung perbelanjaananda sekiranya anda telah terlebih belanjadaripada anggaran perbelanjaan anda. Pembelianinsurans juga lebih berbaloi kerana koskemalangan adalah 20% lebih tinggi daripada koskeseluruhan percutian anda.

7) PetaSebaik sahaja anda sampai ke destinasi percutiananda, pastikan anda membeli peta tempattersebut. Ini akan memudahkan anda untukmerancang jenis pengangkutan yang sesuai untukpergi melawat tempat-tempat menarik yang telahanda tetapkan sebelumnya.

8) PengangkutanDapatkan maklumat yang mencukupi mengenaitempat atau negara yang ingin dilawati supayalebih selesa dan mudah bergerak sertamerancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati.Pilih pengangkutan yang paling murah sertapemandu pelancong yang tahu mengenai selok-belok kawasan percutian tersebut bagimengelakkan anda daripada ditipu ataupuntersesat.Apabila anda bercuti di dalam kumpulan atauberamai-ramai, anda digalakkan menggunakanperkhidmatan teksi kerana ia lebih murahberbanding bas atau menyewa kereta. Justeru,anggaran perbelanjaan percutian anda dapatdiringankan kerana berkongsi dan dibahagikansecara adil beramai-ramai.

9) Sarapan percumaManfaatkan sarapan percuma yang disediakanoleh hotel dan makan hingga kenyang. Jika andabercuti di Eropah, makanan di sana adalah mahal.Dengan memanfaatkan sarapan yang disediakan

12) Bijak menggunakan kad kreditMembawa wang tunai yang banyak bolehmenyebabkan anda terdedah kepada kecurian.Adalah lebih bijak sekiranya anda berbelanjamenggunakan kad kredit. Walau bagaimanapun,anda perlu menggunakan kad kredit dengan bijakdan tidak melebihi bajet. Elakkan mengguna kadkredit sebagai wang pendahuluan kerana kadarfaedahnya yang tinggi.

Page 11: Pantau Perbelanjaan Kewangan Anda - KonsumerKINI

• 11

Apabila anda membeli kenderaan bermotor, anda perlu membeliinsurans motor. Terdapat berbagai-bagai jenis polisi insuransmotor. Jenis-jenis yang biasa dan perlindungan yang diberikanadalah seperti di bawah:

• Terlebih insurans – jika nilai diinsuranskan lebih tinggidaripada nilai pasaran, pembayaran ganti rugi maksimumadalah nilai pasaran kenderaan tersebut kerana pemegangpolisi tidak boleh ‘mendapat keuntungan’ daripada tuntutaninsurans motor.

Contoh:

Nilai Pasaran RM40,000Jumlah yang diinsuranskan RM50,000Nilai Kerugian/Kerosakan RM45,000Jumlah yang akan dibayaroleh syarikat insurans RM40,000

Kewajipan pendedahanAnda perlu mendedahkan sepenuhnya semua fakta penting,termasuk tentang kemalangan sebelumnya (j ika ada),pengubahsuaian kepada enjin dan lain-lain. Sekiranya anda ragu-ragu sama ada sesuatu fakta itu relevan atau tidak, adalah lebihbaik bertanya kepada syarikat insurans anda. Sekiranya andagagal mendedahkan mana-mana fakta penting, syarikat insuransanda berhak menolak tuntutan anda dan sebarang tuntutan yangdibuat oleh pihak ketiga terhadap anda. Dalam kes sedemikian,anda sendiri adalah bertanggungjawab terhadap tuntutantersebut.

Diskaun tiada tuntutanPremium yang perlu dibayar boleh dikurangkan sekiranya andamempunyai kelayakan diskaun tiada tuntutan ‘no-claim-discount’(NCD). NCD adalah satu skim ‘hadiah’ kepada anda sekiranyatiada tuntutan dibuat terhadap polisi anda dalam tempoh 12 bulansebelum itu. Kadar NCD bergantung kepada kelas kenderaananda dan bilangan tahun pengalaman memandu yang berterusantanpa tuntutan. Anda akan kehilangan keseluruhan kelayakanNCD anda apabila tuntutan kerosakan sendiri atau pihak ketigadibuat terhadap polisi anda.

EksesIa adalah jumlah kerugian yang perlu anda tanggung manakalasyarikat insurans anda membayar baki tuntutan kerosakankenderaan anda. Jika polisi anda mempunyai ekses, anda perlumembayar jumlah ekses terus kepada bengkel pembaikkenderaan. Jenis-jenis ekses adalah seperti berikut:

• Ekses wajib sebanyak RM400: Sekiranya kenderaananda dipandu oleh seseorang yang bukan dinamakan didalam polisi atau seseorang yang dinamakan di dalam polisitetapi di bawah umur 21 tahun, pemegang lesen memandusementara (L) atau pemegang lesen memandu penuh yangkurang dari dua tahun.

• Ekses lain: Dikenakan mengikut budi bicara syarikatinsurans anda dan dalam sesetengah kes, tiada sebarangekses yang dikenakan. Anda boleh berunding dengansyarikat insurans anda berhubung dengan ekses ini.

Contoh:

Nilai Kerugian/Kerosakan RM10,000Ekses yang dikenakan RM400Jumlah yang akan dibayaroleh syarikat insurans RM9,600Jumlah yang perlu anda bayar RM400

Sumber: Bank Negara Malaysia

Insurans Motor – Kereta Persendirian

JENIS Pihak Pihak Ketiga, KomprehensifKetiga kebakaran & Kecurian

Liabiliti kepada pihak ketiga akibat:• Kecederaan• Kematian• Kerugian/kerosakan harta benda

Kerugian/kerosakan kepadakenderaan sendiri akibat kebakaranyang tidak disengajakan atau kecurian

Kerugian/kerosakan kepada kenderaansendiri akibat kemalangan

Liabiliti kepada pemandu & penumpangkenderaan sendiri (harta benda,kecederaan tubuh badan, kematian)

PengecualianPolisi insurans motor anda yang standard TIDAK melindungi:• Kematian atau kecederaan anggota diri sendiri;• Liabiliti terhadap tuntutan daripada penumpang-penumpang

dalam kenderaan anda;• Kecurian aksesori kenderaan yang bukan dipasang di kilang

(stereo kereta, kerusi kulit, ’sports rim’ dan sebagainya),melainkan sekiranya diisytiharkan;

• Kerugian lanjutan, susut nilai, haus dan lusuh, kerosakanmekanikal atau elektrik atau pemecahan; dan

• Kerugian atau kerosakan akibat kejadian semula jadi sepertibanjir, ribut dan tanah runtuh.

Walau bagaimanapun, anda boleh membayar premium tambahanuntuk melindungi pengecualian tertentu di atas seperti banjir atauliabiliti anda terhadap tuntutan daripada penumpang kenderaananda.

Adalah mustahak untuk menyemak polisi anda tentangpengecualian yang dikenakan.

Perkara penting yang perlu diambil perhatian apabilamembeli perlindungan insurans motor

Nilai diinsuranskan / jumlah diinsuranskanPastikan kenderaan anda diinsuranskan secukupnya:

Jenis Nilai diinsuranskanKenderaan Baru Harga belianKenderaan lain Nilai pasaran kenderaan semasa polisi dibeli

• Terkurang insurans – jika nilai diinsuranskan rendahdaripada nilai pasaran, anda dianggap menginsuranskansendiri perbezaan tersebut. Jika berlaku kerugian/kerosakan, anda akan hanya dibayar sebahagian ganti rugi(setakat bahagian yang diinsuranskan). Klausa purata akandiguna pakai apabila kenderaan anda mengalami kerosakan.

Contoh:

Nilai Pasaran RM40,000Jumlah yang diinsuranskan RM30,000

(75% daripada nilai pasaran)Nilai Kerugian/Kerosakan RM10,000Jumlah yang akan dibayar RM7,500oleh syarikat insurans (75% daripada RM10,000)

Page 12: Pantau Perbelanjaan Kewangan Anda - KonsumerKINI

12 •

Bank Negara MalaysiaTalian Tol : 1-300-88-5465E-mel : [email protected] web : www.bnm.gov.my

Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM Connect)Talian Tol : 1-300-88-9980E-mel : [email protected] web : www.abm.org.my

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)Talian Tol : 1-800-88-2575E-mel : [email protected] web : www.akpk.org.my

Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)Talian am : 03-2272 2811E-mel : [email protected] web : www.fmb.org.my

Sebarang maklum balas sila e-melkan kepada [email protected]

Mulai bulan November 2010, Pusat Khidmat PelangganBank Negara Malaysia (BNM) atau BNMLINK telahmula menawarkan perkhidmatan kaunter bergerakBNMLINK. Buat permulaan, perkhidmatan kaunterbergerak BNMLINK ini akan bertumpu di kawasantengah Semenanjung iaitu di kawasan luar bandar dinegeri Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.

Perkhidmatan yang pertama telah diadakan dikawasan Majlis Daerah Sabak Bernam, Selangor DarulEhsan pada 8 dan 9 November 2010. PerkhidmatanKaunter Bergerak ini bertujuan untuk memperluasperkhidmatan khidmat nasihat mengenai hal-hal yangberkaitan kewangan secara lebih menyeluruh denganmenawarkan perkhidmatan Kaunter BergerakBNMLINK ke kawasan-kawasan luar bandar yang tidakmempunyai akses kepada perkhidmatan ini.

Selain daripada itu, perkhidmatan kaunter bergerakBNMLINK ini berfungsi untuk melengkapkan saluransedia ada yang ditawarkan oleh BNMLINK KualaLumpur serta cawangan-cawangan BNM di PulauPinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching danKuala Terengganu.

Perkhidmatan yang disediakan termasuk memberimaklumat dan khidmat nasihat, pengurusan aduanserta memberi pendidikan kepada pengguna dalamusaha untuk mempertingkatkan pemahaman dan dayacelik kewangan sejajar dengan peranan merekasebagai pengguna produk dan perkhidmatankewangan.

Sehubungan ini, Bank Negara Malaysia inginmenggalakkan orang ramai terutamanya mereka yangberada di kawasan luar bandar untuk mendapatkankhidmat nasihat secara langsung di kaunter bergerak

PerkhidmatanPerkhidmatanKaunterKaunterBergerakBergerakBNMLINKBNMLINK

BNMLINK ini apabila khidmat ini diadakan di lokasimereka.

Pengumuman serta butiran lanjut mengenai tarikh,masa serta lokasi kaunter bergerak BNMLINK ini akanberada boleh didapati di pelbagai media termasuk suratkhabar, radio, risalah ringkas serta sepanduk dikawasan sekitar daerah yang dikunjungi. Orang ramaidijemput untuk mendapatkan khidmat nasihat yangberkaitan dengan kewangan daripada perkhidmatanBNMLINK ini.

Pegawai-pegawai BNMLINK akan mengadakanperkhidmatan kaunter bergerak di lokasi-lokasi berikutpada bulan Disember 2010 untuk membantu sebarangpermasalahan kewangan, pinjaman, perbankan atauinsurans:

1. CIMB Bank cawangan Tanjung Karang,Selangor Darul Ehsan*Tarikh : Isnin, 20 Disember 2010Masa : 9.30 pagi – 4.30 petang

2. Maybank cawangan Kuala Selangor,Selangor Darul Ehsan*Tarikh : Selasa, 21 Disember 2010Masa : 9.30 pagi – 4.30 petang

* Sekiranya terdapat pertukaran lokasi, tarikh danmasa, sila rujuk pengumuman yang akan dibuat dipelbagai media termasuk surat khabar, radio, risalahringkas serta sepanduk di kawasan sekitar daerah yangdikunjungi.

Sumber: Bank Negara Malaysia