18
H4i Panduan Pengguna Bahasa Melayu

Panduan Pengguna · Penyediaan sistem 2 Mengisi ruang air 3 Menanggalkan H4 anda 3 ... untuk memanaskan dahulu air sebelum memulakan rawatan. Langkau langkah ini jika anda mahu memulakan

  • Upload
    others

  • View
    7

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

H4i™Panduan PenggunaBahasa Melayu

Pemimpin global bagi pengubatan tidur dan pernafasan www.resmed.com

H4i™PENGALIH UDARA DIPANASKAN

Panduan PenggunaBahasa Melayu

Pengilang ResMed Ltd 1 Elizabeth Macarthur Drive Bella Vista NSW 2153 Australia.

Lihat ResMed.com untuk lokasi ResMed lain di seluruh dunia.

Bagi maklumat paten, lihat ResMed.com/ip.H4i, S8, Stellar dan VPAP adalah tanda dagangan ResMed Ltd. Stellar dan VPAP didaftarkan di Pejabat Paten dan Tanda Dagangan A.S.

© 2018 ResMed Ltd. 248937/1 2018-07

KandunganPengenalan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 1

Petunjuk untuk penggunaan 1Kontrapenunjukan 1

Komponen H4i anda . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 1

Menyediakan H4i anda untuk digunakan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 1Penyediaan 1Penyediaan sistem 2Mengisi ruang air 3Menanggalkan H4 anda 3

Memulakan dan menghentikan rawatan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 4Memanaskan H4i anda dengan VPAP atau Siri S8 4Memanaskan H4i anda dengan Stellar 4Memulakan rawatan anda 4Menghentikan rawatan anda 5

Pembersihan dan penyenggaraan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 5Menyahpasang ruang air boleh dibersihkan H4i 5Membersihkan H4i anda 6Memasang semula ruang air boleh dibersihkan H4i 7Memasang semula H4i anda 8Servis 8Soalan lazim 9

Penyelesaian masalah . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 9

Spesifikasi teknikal . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 10Prestasi pelembap 11Simbol yang terdapat pada peranti 11

Amaran am . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 12

Waranti terhad . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 13

Baha

sa M

elay

u

PengenalanH4i™ direka untuk melembapkan udara yang dihantar ke saluran udara anda semasa terapi Tekanan Saluran Udara Positif (PAP).

Petunjuk untuk penggunaanH4i digunakan untuk pelembapan udara yang dihantar dari peranti pengudaraan CPAP, dua tahap atau bukan invasif yang serasi dengan ResMed. H4i digunakan hanya seperti yang disarankan oleh doktor.

KontrapenunjukanH4i adalah kontrapenunjukan untuk digunakan pada pesakit yang saluran udara bahagian atas (supraglotik) yang telah dipintas. Sila juga rujuk kepada sistem manual yang berkenaan untuk kontrapenunjukan yang berkaitan dengan terapi PAP.

Komponen H4i anda

Kedap penuutp

Penutup

Kedap penyambung

Salur keluar udara

Selak

Plat pemanasRuang air

Stesen dok

Dail kawalan

Aksesori:• Ruang Air H4i• Ruang Air Boleh Dibersihkan H4i• Pembalut Tiub ResMed

Pengawal tumpahan

Lampu penunjuk

Menyediakan H4i anda untuk digunakan

Penyediaan

(b)(a)

Keluarkan plag penyambung dari penjana aliran anda (a) dan pasangkannya ke bahagian belakang stesen dok (b).

1Pengenalan

2

Penyediaan sistem

3

4

5

1

2

1 Selaraskan H4i anda dengan penjana aliran anda dan tekan ia bersama-sama sehingga ia klik pada tempatnya.

2 Sambungkan kord kuasa ke soket di bahagian belakang penjana aliran anda.

3 Pasangkan satu lagi hujung kord kuasa ke dalam salur keluar kuasa.Letakkan unit yang digabung pada permukaan yang kukuh dan rata berdekatan katil anda pada paras yang lebih rendah daripada kedudukan tidur anda. Pastikan permukaan tidak sensitif terhadap haba dan/atau kelembapan, atau gunakan lapik pelindung.

4 Sambungkan satu hujung tiub udara dengan ketat ke dalam salur keluar udara.

5 Sambungkan sistem topeng yang dipasang pada hujung tiub udara yang bebas.

!AMARAN• Pastikan penjana aliran anda dimatikan pada salur keluar kuasa sebelum

menyambungkan H4i.

• Stesen dok H4i hanya boleh disambungkan atau diputuskan apabila ruang

air kosong.

• Air mesti dihalang daripada memasuki penjana aliran anda. Jangan

mengangkut penjana aliran dengan H4i yang dipasang.

• H4i adalah kontrapenunjuk untuk kegunaan invasif. Pelembap luaran yang

diluluskan untuk kegunaan invasif adalah disarankan mengikut EN ISO 8185.

Baha

sa M

elay

u

Mengisi ruang air1 2 3

1 Buka penutup.

2 Keluarkan ruang air.

3 Isikan dengan air segar dan bersih sehingga atau di bawah paras air maksimum.Nota: Ruang air mesti dikeluarkan daripada H4i sebelum ia diisi atau air boleh memasuki penjana aliran. Pengawal tumpahan juga perlu disediakan.

4 Kembalikan ruang air ke stesen dok.Nota: Pastikan tiada air terkumpul antara plat pemanas dan ruang air.

5 Tutup penutup dengan memastikan ia klik pada tempatnya.

!AWAS• Jangan terlebih isi ruang air kerana air boleh memasuki penjana aliran dan

tiub udara.

• Jangan gunakan sebarang bahan tambahan (contohnya haruman dan

minyak wangi). Ia boleh mengurangkan pengeluaran kelembapan H4i dan/

atau menyebabkan kemerosotan bahan ruang air.

Menanggalkan H4 anda 1 3 42

1 Cabut plag kord kuasa dari salur keluar kuasa.

!AMARANBerhati-hati apabila mengendalikan H4i. anda. Air dan bahagian bawah ruang

air kedua-duanya mungkin panas. Berikan 10 minit untuk plat pemanas dan

sebarang air yang berlebihan untuk menyejuk.

2 Keluarkan ruang air dari stesen dok.

3 Tekan butang perak besar yang terletak di tengah-tengah di bawah stesen dok.

3Menyediakan H4i anda untuk digunakan

4

4 Tarik penjana H4i dan penjana aliran berasingan.

Nota: Pasang semula plag penyambung dengan ketat kepada penjana aliran anda.

Memulakan dan menghentikan rawatan

Memanaskan H4i anda dengan VPAP atau Siri S8Ciri-ciri Pemanasan (tidak terdapat pada semua peranti PAP ResMed) digunakan untuk memanaskan dahulu air sebelum memulakan rawatan. Langkau langkah ini jika anda mahu memulakan dengan segera.Bagi memulakan ciri Pemanasan:

1 Pilih pemanasan dengan menekan pada panel kawalan.

2 Skrin PEMANASAN akan muncul untuk menunjukkan bahawa ciri Pemanasan diaktifkan.

3 Semasa H4i anda berada dalam mod Pemanasan anda boleh:• Memulakan rawatan pada bila-bila masa dengan menekan .• Akses menu dengan menekan .• Menghentikan ciri Pemanasan pada bila-bila masa dengan menekan .

(Ini mungkin tidak terpakai pada semua peranti.)Ciri Pemanasan akan dimatikan secara automatik selepas 30 minit jika rawatan tidak bermula.

Memanaskan H4i anda dengan StellarH4i anda akan dikesan secara automatik apabila Stellar dihidupkan. Skrin rawatan akan memberi anda pilihan untuk memulakan pemanasan pelembap sebelum memulakan rawatan. Jika pelembap sedang memanas, simbol yang berkaitan dipaparkan pada bahagian atas skrin LCD.Nota: H4i hanya boleh digunakan apabila peranti disambungkan kepada bekalan sesalur.

!AWASH4i tidak boleh digunakan untuk tekanan rawatan melebihi 35 sm H2O.

Memulakan rawatan anda

1 Pusingkan dail kawalan kelembapan kepada tiga ( ). Anda boleh menyesuaikan dail kawalan ke atas atau ke bawah pada bila-bila masa untuk mencari tetapan yang paling selesa untuk anda. Suis tetapan pemanasan pelembapan dimatikan dan memberi pelembapan minimum manakala tetapan enam ( ) memberikan pelembapan maksimum.

Nota: Pembungkus Tiub ResMed direka untuk meningkatkan keselesaan dengan memaksimumkan pengekalan haba di sepanjang tiub udara.

Baha

sa M

elay

u

2 Mulakan rawatan seperti yang diterangkan dalam panduan pengguna peranti anda.

Nota: H4i dikawal secara termostat untuk mengekalkan suhu malar. Lampu penunjuk akan terang untuk menunjukkan apabila peranti sedang aktif memanas dan malap apabila ia telah mencapai suhu tetapan.

3 Baring dan susun tiub supaya ia bergerak bebas apabila anda berpusing semasa anda tidur.

!AMARANJangan biarkan tiub udara yang panjang berlebihan berada di sekeliling

bahagian atas katil anda. Ia boleh membelit kepala atau leher anda semasa anda

tidur.

Menghentikan rawatan andaBagi menghentikan rawatan, rujuk panduan pengguna peranti anda.

Nota: Bagi membantu plat pemanas menyejuk, sesetengah penjana aliran terus meniup udara perlahan sehingga satu jam selepas rawatan telah dihentikan. Walau bagaimanapun, anda boleh mencabut plag dari salur keluar kuasa pada bila-bila masa dan biarkan plat pemanas menyejuk tanpa aliran udara.

Pembersihan dan penyenggaraanAnda perlu kerap menjalankan pembersihan dan penyelenggaraan ruang air, penutup dan kedap penutup seperti yang diterangkan dalam seksyen ini.

!AMARAN• Berhati-hati dengan kejutan elektrik. Jangan rendam penjana aliran, stesen

dok atau kord kuasa anda dalam air. Sentiasa cabut plag peranti sebelum

pembersihan dan pastikan ia kering sebelum memasangnya semula.

• Berhati-hati apabila mengendalikan H4i. anda. Air dan bahagian bawah

ruang air kedua-duanya mungkin panas. Berikan 10 minit untuk plat

pemanas dan sebarang air yang berlebihan untuk menyejuk.

Menyahpasang ruang air boleh dibersihkan H4i 3 4 5 21

1 Keluarkan pengawal tumpahan dengan menolak dari dalam salur masuk udara dan menariknya keluar dari ruang air.

2 Buang sebarang air yang berlebihan dari ruang air.

3 Pusingkan ruang air terbalik. Menggunakan tab sisi, lepaskan selak dengan menolak selak ke atas dan keluar.

5Pembersihan dan penyenggaraan

6

4 Keluarkan plat tab.

5 Keluarkan kedap plat.

Nota: Hanya Ruang Air Boleh Dibersihkan H4i boleh dinyahpasang/dipasang semula.

Membersihkan H4i anda

Ruang air

Setiap hari

1 2 3 4

Cuci ruang air, pengawal tumpahan, plat tab dan kedap plat tab dalam air suam, menggunakan bahan pencuci yang lembut. Gunakan plag pembersihan kuning untuk membantu proses pembersihan (lihat langkah 1 hingga 4). Bilas dengan teliti dalam air bersih dan biarkan ia kering jauh dari cahaya matahari langsung.

Setiap mingguRuang air boleh dibersihkan yang dinyahpasang, pengawal tumpahan, plat tab dan kedap plat tab boleh dicuci dalam mesin basuh pinggan mangkuk pada kitaran halus atau gelas (rak atas sahaja).

Nota: Tidak terpakai kepada Ruang Air H4iPeriksa ruang air untuk haus dan kemerosotan. Gantikan ruang air jika sebarang komponen telah retak, menjadi keruh atau berlubang. Gantikan dengan segera jika terdapat kebocoran dari ruang air.Serbuk putih atau mendapan dalam ruang air boleh dibersihkan menggunakan larutan satu bahagian cuka untuk 10 bahagian air, seperti berikut:

1 Isikan cuka ke dalam plag pembersihan sehingga penuh dan tuangkan ke dalam ruang air yang kosong.

2 Tambah air bersih ke dalam ruang air sehingga larutan sampai ke paras air maksimum.

3 Biarlah larutan berendam selama 10 minit.

4 Buangkan larutan dan bilas ruang air dengan air bersih.

Baha

sa M

elay

u

Penutup dan kedap penutup

1 2

1 Keluarkan penutup dengan perlahan-lahan melipat satu lengan penutup keluar dan ke atas stesen dok sehingga penutupnya tertanggal sepenuhnya.

2 Tarik kedap penutup keluar dari penutup.

3 Periksa penutup dan kedap penutup setiap minggu untuk haus dan kemerosotan. Gantikan sebarang bahagian yang rosak. Apabila perlu, cuci penutup dan kedap penutup dalam air suam, dengan menggunakan bahan pencuci yang lembut. Bilas ia dengan teliti dengan air bersih dan biarkan ia kering jauh dari cahaya matahari langsung.

Stesen dokDari semasa ke semasa, lap kawasan luar stesen dok (termasuk kedap penyambung) dengan kain lembap.

!AWASJangan gunakan mana-mana yang berikut untuk membersihkan sebarang

bahagian H4i kerana larutan ini boleh menyebabkan kerosakan dan

mengurangkan hayat produk:

• peluntur, klorin, alkohol atau larutan berasaskan ammonia

• sabun pelembab, anti bakteria atau berasaskan gliserin

• pelembut air dan agen menyahkerak yang tidak diluluskan.

Plat pemanasJangan biarkan air bertakung di atas plat pemanas. Lap dengan kain bersih jika perlu.

Memasang semula ruang air boleh dibersihkan H4i 1 2 3 4

1 Pasangkan semula kedap plat tab ke dalam alur pada ruang air boleh dibersihkan.

2 Masukkan semula plat tiub dengan memasukkan kakinya ke dalam tempat tadah.

3 Pasang semula tempat tadah dengan mengangkat dan melepasi ruang air dan kemudian menolak ke bawah untuk mengunci di tempatnya.

7Pembersihan dan penyenggaraan

8

Nota: Hanya Ruang Air Boleh Dibersihkan H4i boleh dinyahpasang/dipasang semula.

4 Masukkan semula pengawal tumpahan ke bahagian bawah ruang air dan tolak ke bawah untuk dipasang dengan ketat di tempatnya.

Memasang semula H4i andaMemasang semula bahagian apabila ia bersih dan kering.

1 2 3

1 Selaraskan kedap penutup mengikut panduan pada penutup dan tekan di sepanjang tepi untuk memastikan ia dipasang dengan betul.

2 Letakkan satu lengan penutup ke dalam titik pivotnya di stesen dok dan perlahan-lahan lipat lengan yang satu lagi ke dalam titik sepadannya. Penutup harus dapat dibuka dan ditutup secara bebas semasa dipasang dengan selamat pada stesen dok.

3 Gantikan ruang air di stesen dok pelembap.

ServisH4i perlu diperiksa oleh Pusat Perkhidmatan ResMed yang dibenarkan lima tahun dari tarikh pengeluaran. Sebelum ini, peranti bertujuan untuk memberikan operasi yang selamat dan boleh dipercayai dengan syarat ia dikendalikan dan diselenggarakan mengikut arahan yang diberikan oleh ResMed. Butiran waranti diberikan dengan peranti ini pada masa bekalan asal. Sama seperti semua peranti elektrik, jika terdapat sebarang ketidakteraturan, anda perlu berhati-hati dan peranti perlu diperiksa oleh Pusat Perkhidmatan ResMed yang dibenarkan.

Baha

sa M

elay

u

Soalan lazim

Soalan Jawapan

Mengapa terdapat pemeluwapan dalam topeng saya dan/atau tiub udara?

Pemeluwapan yang berlebihan dalam topeng anda atau tiub udara mungkin berlaku apabila suhu bilik rendah. Bagi mengelakkan pemeluwapan, pusing dail kawalan ke tetapan yang lebih rendah. Anda mungkin perlu menyesuaikan tetapan kelembapan anda dari musim ke musim. Penggunaan Pembalut Tiub

ResMed boleh membantu mengurangkan kesan pemeluwapan.

Adakah saya perlu menggunakan air suling dalam ruang air?

Menggunakan air suling akan memaksimumkan hayat ruang air dan mengurangkan deposit mineral.

Bagaimana jika saya masih mempunyai gejala kekeringan?

Jika anda mempunyai gejala kekeringan, tetapan kelembapan anda mungkin ditetapkan terlalu rendah untuk menjadi berkesan. Naikkan dail kawalan kelembapan.Jika anda masih mengalami gejala kekeringan, anda mungkin bernafas melalui mulut anda. Pernafasan melalui mulut atau kebocoran melalui mulut menyebabkan kekeringan dan kerengsaan saluran udara atas. Jika ini adalah satu masalah, topeng muka penuh atau tali dagu boleh membantu. Rujuk kepada pakar klinikal atau pembekal peralatan anda untuk maklumat lanjut.

Penyelesaian masalahJika terdapat masalah, cuba cadangan berikut. Jika masalah tidak dapat diselesaikan, hubungi pembekal peralatan anda atau ResMed. Jangan buka unit.

!AMARANServis dan membaiki hanya boleh dilakukan oleh agen servis yang dibenarkan.

Masalah Punca penyebab Penyelesaian

Peranti tidak berfungsi (tiada paparan pada skrin LCD dan/atau lampu penunjuk tidak menyala)

Kord kuasa tidak dipasang dengan betul.

Saluran keluar kuasa rosak.

Penjana aliran dan stesen dok tidak disambung dengan betul.

Periksa bahawa kord kuasa dipasang dengan betul ke soket kuasa dan suis (jika ada) dihidupkan pada salur keluar.

Cuba salur keluar kuasa lain.

Periksa bahawa stesen dok dipasang dengan selamat pada penjana aliran.

Lampu penunjuk kekal kusam dan/atau udara tidak terasa panas

Reflektor H4i kotor. Bersihkan reflektor dengan kain lembap.

9Penyelesaian masalah

10

Spesifikasi teknikal

Kebocoran ruang air Ruang air mungkin rosak atau retak.

Plat tab tidak dipasang dengan betul (tidak terpakai kepada Ruang Air H4i).

Hubungi pembekal anda untuk penggantian.

Pastikan plat tab dipasang dengan betul.

Aliran udara tiada/rendah

Tiub udara tidak disambung dengan betul.

Tiub udara tersumbat, terjepit atau berlubang.

Penjana aliran tidak berfungsi dengan betul.

Penutup tidak diselak dengan betul.

Kedap penutup tidak dipasang dengan betul.

Sambungkan tiub udara seperti yang diterangkan dalam “Menyediakan H4i anda untuk digunakan” di halaman 1.

Buka halangan atau kosongkan tiub udara. Periksa tiub udara jika bocor.

Lihat seksyen Penyelesaian Masalah dalam manual penjana aliran.

Pastikan penutup diselak ke stesen dok dengan betul.

Pastikan kedap penutup menghadap ke arah yang betul dan dipasang dengan selamat.

Percikan air di muka anda

Ruang air berlebihan.

Pemeluwapan terbentuk dalam tiub udara dan topeng.

Buangkan sedikit air dari ruang air.

Turunkan dail kawalan kelembapan.

Gunakan Pembalut Tiub ResMed.

Suhu plat pemanas maksimum 85°C

Suhu pemutus 93°C

Suhu gas maksimum 41°C

Ukuran (T x L x D) Stesen dok dan ruang air: 130 mm x 170 mm x 212 mm

Berat Stesen dok dan ruang air yang tidak diisi: 786 g

Kapasiti air Hingga garisan mengisi maksimum: 390 mL

Bekalan kuasa 100–240V 50/60Hz, 0.7–1.6A; 110V 400Hz, 0.8APenggunaan kuasa serta-merta: <400WKuasa purata: <115W

Stesen dok Termoplastik kejuruteraan perencat api, acuan bersadur aluminium

Ruang air Acuan suntikan plastik, keluli tahan karat dan kedap silikon

Suhu operasi +5°C hingga +35°C

Masalah Punca penyebab Penyelesaian

11Spesifikasi teknikal

Baha

sa M

elay

u

Prestasi pelembapTetapan berikut telah diuji pada 22°C, 40% RH suhu ambien:

Tekanan topeng CPAP

4 >95 >95 16 20

10 >85 >95 14 18

20 >75 >85 13 16

Nota: Pengilang berhak untuk menukar spesifikasi ini tanpa notis.

Simbol yang terdapat pada peranti

Awas; Baca arahan sebelum penggunaan; Jenis BF Bahagian digunakan;

Permukaan panas; Kelas II peralatan; Jangan sentuh; Kawalan pelembap;

Paras air maksimum; Pengilang;

Maklumat persekitaran

WEEE 2002/96/EC adalah Arahan Eropah yang memerlukan pelupusan yang betul untuk peralatan elektrik dan elektronik. Peranti ini mesti dilupuskan secara berasingan, tidak seperti sisa perbandaran yang tidak diisih. Bagi melupuskan peranti anda, anda perlu menggunakan sistem kutipan, penggunaan semula dan kitar semula yang sesuai yang terdapat di kawasan anda. Penggunaan sistem kutipan, penggunaan semula dan kitar semula ini direka untuk mengurangkan tekanan ke atas sumber asli dan mencegah bahan berbahaya daripada merosakkan persekitaran. Jika anda memerlukan maklumat mengenai sistem pelupusan ini, sila hubungi pentadbiran sisa tempatan anda. Simbol tong sampah berpalang menjemput anda untuk menggunakan sistem pelupusan ini. Jika anda memerlukan maklumat mengenai kutipan dan pelupusan peranti ResMed anda, sila hubungi pejabat ResMed, pengedar tempatan anda atau pergi ke www.resmed.com/environment.

Kelembapan operasi 10–95% tidak terkondensasi

Altitud operasi Sila rujuk panduan pengguna peranti pengudaraan CPAP, dua tahap atau bukan invasif anda

Suhu penyimpanan dan

pengangkutan

-20°C hingga +60°C

Kelembapan penyimpanan dan

pengangkutan

10–95% tidak terkondensasi

Klasifikasi IEC 60601-1 Kelas II (penebatan berganda), Jenis BF Bahagian Digunakan

Keserasian elektromagnetik Sila rujuk manual pengguna penjana aliran anda untuk butiran

% Output RH Nominal sistem output AH*, BTPS†

sm H2O Tetapan 3 Tetapan 6 Tetapan 3 Tetapan 6

* AH - Kelembapan Mutlak dalam mg/L.† BTPS-Suhu Badan Tekanan Tepu.

12

Amaran am

!Amaran mengingatkan anda dengan kemungkinan kecederaan. Peringatan dan amaran tertentu terdapat bersebelahan dengan arahan yang berkaitan dalam manual ini.• Gunakan H4i hanya untuk tujuan penggunaan yang diberikan dalam manual ini.• Pastikan ruang air kosong sebelum mengangkut H4i. • H4i direka hanya untuk digunakan dengan peranti PAP ResMed tertentu. Jangan

gunakan H4i dengan mana-mana peranti PAP lain.• H4i hanya boleh digunakan dengan tiub penghantaran dan aksesori yang disarankan

oleh ResMed. Sambungan tiub penghantaran atau aksesori lain boleh mengakibatkan kecederaan atau kerosakan pada peranti.

• H4i, termasuk tiub yang berkaitan, adalah untuk kegunaan pesakit tunggal dan tidak boleh digunakan semula pada orang lain. Ini adalah untuk mengelakkan risiko jangkitan silang.

• Terdapat kemungkinan bahawa jika peranti itu diletakkan di atas paras pesakit dan dilanggar, atau jika tiub dipenuhi dengan hasil pemeluwapan, topeng mungkin diisi dengan air yang dipanaskan. Oleh itu, H4i harus digunakan dengan berhati-hati pada pesakit yang tidak dapat menjaga saluran udara mereka, atau tidak dapat menarik topeng keluar, misalnya setelah strok. Perhatian perlu diberikan kepada risiko dan manfaat relatif.

• Jangan cuba menanggalkan stesen dok H4i. Tiada barang yang boleh diservis pengguna di dalam. Membaiki dan servis dalaman hanya boleh dilakukan oleh agen perkhidmatan yang dibenarkan.

• Sekiranya cecair secara tidak sengaja tumpah ke dalam atau pada stesen dok H4i, cabut plag peranti PAP dari salur kuasa. Putuskan sambungan stesen dok dari peranti PAP dan biarkan stesen dok mengalir keluar dan kering sebelum digunakan.

• Jangan gunakan H4i jika ia tidak berfungsi dengan betul atau jika mana-mana bahagian peranti PAP atau H4i telah jatuh atau rosak.

• Jauhkan kord kuasa peranti PAP dari permukaan panas.• Jangan jatuhkan atau masukkan sebarang objek ke dalam sebarang pembukaan

atau tiub.• Jangan gunakan H4i di hadapan bahan mudah terbakar atau letupan.• Bahaya letupan—jangan gunakan dalam persekitaran anestetik mudah terbakar.• Ikut semua langkah berjaga-jaga apabila menggunakan oksigen tambahan.

13Waranti terhad

Baha

sa M

elay

u

Waranti terhadResMed Ltd (selepas ini dipanggil 'ResMed') menjamin bahawa produk ResMed anda adalah bebas daripada kecacatan dalam bahan dan mutu kerja dari tarikh pembelian untuk tempoh yang dinyatakan di bawah.

Waranti ini hanya tersedia untuk pengguna asal. Ia tidak boleh dipindah milik.Jika produk gagal di bawah keadaan penggunaan normal, ResMed akan memperbaiki atau menggantikan, mengikut pilihannya, produk yang rosak atau mana-mana komponennya.Waranti terhad ini tidak meliputi: a) apa-apa kerosakan yang dialami akibat penggunaan yang tidak betul, penyalahgunaan, pengubahsuaian atau pengubahan kepada produk; b) pembaikan yang dijalankan oleh mana-mana organisasi perkhidmatan yang tidak dibenarkan dengan nyata oleh ResMed bagi melaksanakan pembaikan itu; c) apa-apa kerosakan atau pencemaran disebabkan oleh rokok, paip, cerut atau asap lain; dan d) apa-apa kerosakan yang disebabkan oleh air yang tertumpah ke atas atau ke dalam peranti elektronik.Waranti adalah tidak sah ke atas produk yang dijual, atau dijual semula, di luar kawasan pembelian asal.Tuntutan waranti pada produk yang rosak mesti dibuat oleh pengguna asal pada masa pembelian.Waranti ini menggantikan semua waranti yang dinyatakan atau tersirat lain, termasuk apa-apa waranti yang tersirat bagi kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu. Sesetengah kawasan atau negeri tidak membenarkan had ke atas tempoh sah waranti, jadi had di atas mungkin tidak terpakai kepada anda.

Produk Tempoh waranti

• Sistem topeng (termasuk bingkai topeng, kusyen, alat di kepala dan tiub) — tidak termasuk peranti sekali guna

• Aksesori — tidak termasuk peranti sekali guna• Pengesan nadi jari jenis Flex• Tab air pelembap

90 hari

• Bateri bagi kegunaan dalam sistem bateri dalaman dan luaran ResMed

6 bulan

• Pengesan nadi jari jenis klip• Modul data peranti CPAP dan dua tahap• Penyesuai oksimeter peranti oksimeter dan CPAP dan dua

tahap• Pelembap dan tab air pelembap yang boleh dibersihkan• Peranti kawalan titratan

1 tahun

• Peranti CPAP, dua tahap dan pengudaraan (termasuk unit bekalan kuasa luaran)

• Aksesori bateri• Peranti diagnostik/saringan mudah alih

2 tahun

14

ResMed tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kerosakan sampingan atau lanjutan yang didakwa akibat daripada jualan, pemasangan atau penggunaan mana-mana produk ResMed. Sesetengah kawasan atau negeri tidak membenarkan pengecualian atau had kerosakan sampingan atau lanjutan, jadi had di atas mungkin tidak terpakai kepada anda.Waranti ini memberi anda hak undang-undang tertentu, dan anda juga mungkin mempunyai hak lain yang berbeza dari kawasan ke kawasan. Bagi maklumat lanjut mengenai hak waranti anda, hubungi penjual ResMed tempatan atau pejabat ResMed anda.

248937/1 2018-07

H4i

USER

MAY

1 2

4 5

3

Pemimpin global bagi pengubatan tidur dan pernafasan www.resmed.com

Mengisi ruang air