24
1 PANDUAN PENDAFTARAN (PELAJAR BAHARU) POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU SESI JUN 2020 TARIKH PENDAFTARAN ISNIN 3 OGOS 2020

PANDUAN PENDAFTARAN (PELAJAR BAHARU) POLITEKNIK … pendaftar… · 1 panduan pendaftaran (pelajar baharu) politeknik metro johor bahru sesi jun 2020 tarikh pendaftaran isnin 3 ogos

  • Upload
    others

  • View
    45

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PANDUAN PENDAFTARAN (PELAJAR BAHARU) POLITEKNIK … pendaftar… · 1 panduan pendaftaran (pelajar baharu) politeknik metro johor bahru sesi jun 2020 tarikh pendaftaran isnin 3 ogos

1

PANDUAN PENDAFTARAN

(PELAJAR BAHARU)

POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU

SESI JUN 2020

TARIKH PENDAFTARAN

ISNIN

3 OGOS 2020

Page 2: PANDUAN PENDAFTARAN (PELAJAR BAHARU) POLITEKNIK … pendaftar… · 1 panduan pendaftaran (pelajar baharu) politeknik metro johor bahru sesi jun 2020 tarikh pendaftaran isnin 3 ogos

2

ARAHAN

Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung dalam buku ini, fahamkan

dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera.

Buku ini terdiri daripada 2 (DUA) bahagian utama.

BAHAGIAN A

Peringatan Penting

Maklumat Hari Pendaftaran

Maklumat Am

Proses Pendaftaran

Maklumat Bayaran Yuran

Sahsiah dan Rupa Diri

Senarai Semak

Bahagian B

Pengurusan Pendaftran Pelajar Pasca COVID-19

Page 3: PANDUAN PENDAFTARAN (PELAJAR BAHARU) POLITEKNIK … pendaftar… · 1 panduan pendaftaran (pelajar baharu) politeknik metro johor bahru sesi jun 2020 tarikh pendaftaran isnin 3 ogos

3

PERKARA:

1. Maklumat anda akan disemak secara terperinci pada hari

pendaftaran. Anda dinasihatkan tidak datang mendaftar jika:

i. memberi maklumat salah atau palsu semasa permohonan berkaitan dengan: Kewarganegaraan Keputusan Peperiksaan SPM atau Keputusan Peperiksaan

Semester Akhir

ii. anda seorang penagih, pengedar atau terlibat dengan sebarang penyalahgunaan dadah.

2. Jika anda terlibat dengan perkara (i) dan (ii), tindakan menarik balik atau pembatalan tawaran kemasukan ke Politeknik akan dilakukan.

3. Pelajar yang mendapat tawaran program yang disenaraikan di

bawah ini, dikehendaki memaklumkan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik dengan SEGERA sekiranya didapati Buta Warna setelah membuat Pemeriksaan Doktor.

i. Diploma Seni Bina ii. Diploma Senibina Kapal iii. Diploma Kejuruteraan Elektrik iv. Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik v. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) vi. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) vii. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) viii. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan) ix. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Optoelektronik) x. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Hijau) xi. Diploma Kejuruteraan Elektrik & Instrumentasi xii. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kecekapan Tenaga) xiii. Diploma Kejuruteraan Mekatronik xiv.Diploma Kejuruteraan Perkapalan xv. Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat xvi.Diploma Rekabentuk Fesyen Dan Pakaian xvii. Diploma Rekabentuk Grafik xviii. Diploma Teknologi Media Cetak xix. Diploma Rekabentuk Industri

*Syarat bagi program ini adalah calon tidak buta warna.

Pelajar di kehendaki mencetak surat tawaran terkini di laman web http://ambilan.mypolycc.edu.my untuk simpanan sendiri.

PERINGATAN PENTING

BAHAGIAN A

Page 4: PANDUAN PENDAFTARAN (PELAJAR BAHARU) POLITEKNIK … pendaftar… · 1 panduan pendaftaran (pelajar baharu) politeknik metro johor bahru sesi jun 2020 tarikh pendaftaran isnin 3 ogos

4

TARIKH

3 OGOS 2020 (ISNIN)

MASA

8.30 PAGI – 12.30 TENGAHARI

(Bagi pelajar Diploma Pengurusan Logistik dan

Rantaian Bekalan)

2.00 PETANG- 5.00 PETANG

(Bagi pelajar Diploma Perbankan dan Kewangan

Islam DAN pelajar Diploma Keusahawanan)

TEMPAT

POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU

NO 64, JALAN SURIA 19,

TAMAN PUTRA,81100 JOHOR BAHRU,

JOHOR

MAKLUMAT HARI PENDAFTARAN

Page 5: PANDUAN PENDAFTARAN (PELAJAR BAHARU) POLITEKNIK … pendaftar… · 1 panduan pendaftaran (pelajar baharu) politeknik metro johor bahru sesi jun 2020 tarikh pendaftaran isnin 3 ogos

5

PENGENALAN

1. LATAR BELAKANG POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU

Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) mula beroperasi pada 1 April 2011. PMJB

merupakan Politeknik METrO yang ketiga ditubuhkan oleh Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia selepas Politeknik METrO Kuala Lumpur dan Politeknik METrO

Kuantan. Kini, Politeknik METrO telah bertambah dengan pembukaan dua lagi

Politeknik METrO iaitu Politeknik METrO Betong Sarawak dan Politeknik Tasek

Gelugor, Pulau Pinang.

Kewujudan Politeknik METrO melebarluaskan akses pendidikan dan latihan kepada

lepasan SPM dan juga golongan yang sedang bekerja (working adults). Program

pengajian yang akan ditawarkan oleh Politeknik METrO Johor Bahru bertujuan

untuk memenuhi permintaan di sektor perkhidmatan. Sektor ini mengalami

pertumbuhan pesat kini dan dijangka akan terus berkembang di masa akan

datang. Menyedari potensi pertumbuhan sektor perkhidmatan dan

sumbangannya kepada GDP negara, kerajaan melalui kerangka Model Baru

Ekonomi (NEM) mensasarkan sektor ini menjadi the engine of growth untuk

memacu dan melestari ekonomi negara. Premis tetap PMJB terletak di wilayah

pembangunan Iskandar Malaysia. Iskandar Malaysia adalah koridor

pembangunan yang menjadi flagship economic project kerajaan Malaysia. Sektor

perkhidmatan adalah tonggak utama yang dominan dalam ekonomi Iskandar

Malaysia.

PMJB komited membangunkan modal insan inovatif dari kalangan warga Johor

Bahru khususnya dan rakyat Johor amnya bagi menyokong sasaran aktiviti

ekonomi Iskandar Malaysia.

Kursus yang ditawarkan di Politeknik METrO Johor Bahru:

a) Diploma in Islamic Banking & Finance

b) Diploma in Logistics and Supply Chain

c) Diploma in Entrepreneurship

MAKLUMAT AM

Page 6: PANDUAN PENDAFTARAN (PELAJAR BAHARU) POLITEKNIK … pendaftar… · 1 panduan pendaftaran (pelajar baharu) politeknik metro johor bahru sesi jun 2020 tarikh pendaftaran isnin 3 ogos

6

2. PANDUAN UNTUK KE POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU (PMJB)

PMJB telah beroperasi di kampus baru bermula Februari 2013. Kampus PMJB kini

telah berada di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru hanya beberapa minit

sahaja dari pusat Bandaraya Johor Bahru. Terletak di Taman Putra bersebelahan

Pasaraya Giant Taman Suria, Johor Bahru.

Sekiranya anda daripada Lebuhraya Utara-Selatan susur keluar ke Pandan dan

pilih ke arah Bandaraya Johor Bahru. Jarak perjalanan daripada susur keluar

Pandan ke PMJB lebih kurang 5 km dan PMJB berada di sebelah kanan anda.

PMJB

Page 7: PANDUAN PENDAFTARAN (PELAJAR BAHARU) POLITEKNIK … pendaftar… · 1 panduan pendaftaran (pelajar baharu) politeknik metro johor bahru sesi jun 2020 tarikh pendaftaran isnin 3 ogos

7

3. PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN

Semakan dokumen asal akan dilakukan pada hari pendaftaran. Bawa

semua dokumen asal yang telah dikehendaki oleh PMJB pada hari tersebut.

Pendaftaran anda akan ditolak sekiranya anda gagal menunjukkan

dokumen-dokumen tersebut.

Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru juga berhak menarik balik tawaran

belajar sekiranya terdapat percanggahan maklumat di antara dokumen

asal dengan maklumat yang telah anda berikan semasa memohon ke

Politeknik.

Lengkapkan semua borang (BHEP1, BHEP2, BHEP3, BHEP4, BHEP5, dan BHEP6)

sebelum diserahkan semasa hari pendaftaran.

Sila lakukan pemeriksaan doktor menggunakan borang Laporan

Pemeriksaan Doktor (BHEP2). Pemeriksaan doktor boleh dilakukan di hospital

kerajaan atau klinik swasta.

Sila buka Akaun Bank Islam (BIMB) untuk proses permohonan pinjaman

melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

4. KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL

1. Politeknik METrO Johor Bahru TIDAK MENAWARKAN KEMUDAHAN ASRAMA

kepada semua pelajar.

2. Bagi pelajar yang memerlukan kemudahan tempat tinggal, Politeknik METrO

Johor Bahru hanya menyediakan senarai rumah atau bilik sewa. Pelajar

boleh menyemak senarai pengusaha rumah sewa di laman web

www.pmjb.edu.my. Sebarang urusan berkaitan tempat tinggal akan

diuruskan sendiri oleh pelajar bersama penyewa.

Page 8: PANDUAN PENDAFTARAN (PELAJAR BAHARU) POLITEKNIK … pendaftar… · 1 panduan pendaftaran (pelajar baharu) politeknik metro johor bahru sesi jun 2020 tarikh pendaftaran isnin 3 ogos

8

5. BANTUAN KEWANGAN

Bagi memudahkan urusan yang berkaitan dengan biasiswa/pinjaman pendidikan,

pelajar diminta menyediakan keperluan-keperluan berikut:-

PINJAMAN PTPTN

1) Membuka Akaun Bank Islam

2) Menyediakan 2 SALINAN DOKUMEN BERSAIZ A4 seperti berikut:

Kad pengenalan pelajar

Kad pengenalan ibubapa

Surat tawaran kemasukan ke politeknik

Slip/ Sijil keputusan peperiksaan SPM

Sijil politeknik atau transkrip & sijil keputusan peperiksaan SPM bagi pelajar

lulusan politeknik

Penyata pendapatan @ slip gaji ibu/ bapa/ penjaga terkini

Sijil kematian ibu/ bapa atau surat sumpah (jika ibu/bapa tidak dapat

dikesan) sekiranya berkaitan sahaja.

Maklumat akaun Bank Islam yang mana mengandungi nama, nombor

akaun serta no. kad pengenalan pelajar (Salinan Pengesahan Akaun Bank

Islam Malaysia Berhad)

Surat Akuan / Pengesahan ibubapa openerima bantuan Baitulmal atau

Jabatan Kebajikan Masyarakat

3) Maklumat mengenai pinjaman PTPTN sila rujuk laman web

http://www.ptptn.gov.my

Perhatian: Kesemua dokumen yang dinyatakan di atas HENDAKLAH DISAHKAN

oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A @ Ketua Kampung @ Penghulu yang

dilantik oleh kerajaan. Semua salinan dokumen-dokumen terbabit hendaklah

dibawa ke politeknik dan disahkan oleh pensyarah atau penasihat akademik

masing-masing.

PINJAMAN LAIN

Pelajar boleh memohon pinjaman/ biasiswa/ dermasiswa dari mana-mana institusi

yang berkenaan dan perlu membuat permohonan sendiri ke institusi tersebut.

Page 9: PANDUAN PENDAFTARAN (PELAJAR BAHARU) POLITEKNIK … pendaftar… · 1 panduan pendaftaran (pelajar baharu) politeknik metro johor bahru sesi jun 2020 tarikh pendaftaran isnin 3 ogos

9

PROSES SEBELUM HARI PENDAFTARAN

Selesai

PROSES PENDAFTARAN

Mula

Membuat bayaran yuran

(Rujuk Jadual dan Kaedah Bayaran di m/s 11-16

Daftar secara online (selepas 3 hari dilakukan) di laman web politeknik (SPMP/ e-daftar) & cetak

salinan slip pengesahan pendaftaran

Lengkapkan Borang HEP1-HEP6

Lapor diri di Politeknik pada Hari Pendaftaran dengan membawa:

1. Borang Jawapan Tawaran (BJT – JPP) 2. Slip Pengesahan Pendaftaran

3. Borang HEP 1- HEP 6

4. Senarai Semak- Lampiran 1

5. Resit Bayaran Yuran

6. Gambar berukuran passport (3 Keping)

7. Dokumen asal kad pengenalan dan slip peperiksaan

Page 10: PANDUAN PENDAFTARAN (PELAJAR BAHARU) POLITEKNIK … pendaftar… · 1 panduan pendaftaran (pelajar baharu) politeknik metro johor bahru sesi jun 2020 tarikh pendaftaran isnin 3 ogos

10

3. Pendaftaran

Semakan dokumen perkara 1

4. Mengambil Gambar Kad Pelajar

5. Mengambil barang koperasi

6. urusan rumah sewa

PROSES SEMASA HARI PENDAFTARAN

LENGKAP

TIDAK

YA

1. Beratur di luar Dewan / Jabatan /

Kelas

Bawa dokumen berikut: 1. Borang Jawapan Tawaran (BJT – JPP) 2. Slip Pengesahan Pendaftaran 3. Senarai Semak- Lampiran 1 4. Borang HEP 1- HEP 6 5. Resit Bayaran Yuran 6. Bawa gambar berukuran passport

2. Ruang Menunggu.

Keluarkan dokumen di perkara 1 Berurusan dengan Urusetia / membuat pendaftaran

on- line di kaunter.

TAMAT

Page 11: PANDUAN PENDAFTARAN (PELAJAR BAHARU) POLITEKNIK … pendaftar… · 1 panduan pendaftaran (pelajar baharu) politeknik metro johor bahru sesi jun 2020 tarikh pendaftaran isnin 3 ogos

11

1. MAKLUMAT AM

Terdapat DUA (2) jenis bayaran yang perlu dijelaskan di Bank Islam Malaysia

Berhad (BIMB) oleh pelajar baru.

Bayaran yuran pengajian RM200.00 & bayaran Barangan Keperluan Minggu

Suai Kenal RM300 boleh dijelaskan di mana-mana cawangan BIMB yang

berdekatan dengan tempat kediaman pelajar

Nota: Setiap jenis bayaran hendaklah dibuat secara berasingan. Patuhi arahan ketika membuat pembayaran Yuran Pengajian Politeknik tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang

berlaku dalam proses pembayaran yuran. Pelajar dikehendaki menjelaskan semua bayaran di BIMB terlebih dahulu

sebelum lapor diri di Politeknik.

Setiap resit bayaran yuran hendaklah dibuat salinan dan disimpan sebagai

bukti pembayaran.

BIL JENIS

BAYARAN

JUMLAH

(RM) KAEDAH

BAYARAN

1

Yuran Pengajian

200.00 Bayar melalui Perbankan Internet / Mesin ATM / Mesin Cash Deposit (CDM) BIMB atas nama POLITEKNIK KPT

2

Bayaran

Barangan

Keperluan

Minggu Suai

Kenal

300.00

*Jumlah bayaran berbeza mengikut ketetapan

politeknik yang ditawarkan.

Bayar kepada:

KOPERASI POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU BERHAD

No akaun bank: 01014010055410

3

Segala perbelanjaan pemeriksaan doktor ditanggung oleh pihak pelajar.

MAKLUMAT BAYARAN YURAN

Page 12: PANDUAN PENDAFTARAN (PELAJAR BAHARU) POLITEKNIK … pendaftar… · 1 panduan pendaftaran (pelajar baharu) politeknik metro johor bahru sesi jun 2020 tarikh pendaftaran isnin 3 ogos

12

2. KAEDAH BAYARAN YURAN PENGAJIAN (RM 200)

KAEDAH MENGGUNAKAN MESIN CASH DEPOSIT (CDM) BIMB

1) Pilih menu YURAN IPT. 4) Amaun akan dipaparkan mengikut jenis

Bayaran

Gambarajah 1 Gambarajah 4

2) Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar. 5) Sahkan jumlah kemasukan wang

6) Transaksi selesai dan ambil resit

Gambarajah 2

3) Klik menu Politeknik KPT untuk Yuran Pengajian (RM 200).

Pilih 01000251 RM 200

Gambarajah 3

Page 13: PANDUAN PENDAFTARAN (PELAJAR BAHARU) POLITEKNIK … pendaftar… · 1 panduan pendaftaran (pelajar baharu) politeknik metro johor bahru sesi jun 2020 tarikh pendaftaran isnin 3 ogos

13

KAEDAH MENGGUNAKAN MESIN ATM BIMB

1. Pilih menu LAIN-LAIN.

5. Masukkan No Kad Pengenalan pelajar.

Gambarajah 6

Gambarajah 10

2. Pilih menu PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT.

6. Klik menu Politeknik KPT untuk Yuran

Pengajian RM200.

Gambarajah 7

Gambarajah 11

3. Pilih menu YURAN IPT.

7. Amaun akan dipaparkan mengikut jenis bayaran.

Gambarajah 8

Gambarajah 12

4. Pilih Akaun Pembayar (akaun yang akan

didebit).

8. Sahkan jumlah kemasukan wang.

9. Transaksi selesai dan ambil Resit.

Page 14: PANDUAN PENDAFTARAN (PELAJAR BAHARU) POLITEKNIK … pendaftar… · 1 panduan pendaftaran (pelajar baharu) politeknik metro johor bahru sesi jun 2020 tarikh pendaftaran isnin 3 ogos

14

Yuran Pengajian RM 200

KAEDAH MENGGUNAKAN PERBANKAN INTERNET

1. Layari www.bankislam.biz. Masukkan “USER ID” dan kata laluan.

2. Pilih “Bill Presentment”.

Gambarajah 13

3. Pilih New Ic Number. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar pada ruang Kad Pengenalan dan klik “Submit”.

Gambarajah 14

3. Senarai bil akan dipaparkan. Pilih bil yang hendak di bayar dan klik “pay”. Klik menu Politeknik KPT untuk bayaran Yuran Pengajian RM200.00.

Gambarajah 15

Klik “Bill Presentment”

i. Pilih “New IC”.

ii. Masukkan No. Kad Pengenalan.

iii. Klik “Submit”.

Page 15: PANDUAN PENDAFTARAN (PELAJAR BAHARU) POLITEKNIK … pendaftar… · 1 panduan pendaftaran (pelajar baharu) politeknik metro johor bahru sesi jun 2020 tarikh pendaftaran isnin 3 ogos

15

5. Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “From account” yang hendak didebitkan. Sahkan jumlah amaun dan klik “pay”.

6. Klik Request i-access code untuk dapatkan nombor kod transaksi melalui sms.

Masukkan no i-access code. Klik "Confirm" untuk meneruskan pembayaran.

7. Skrin berikut akan menunjukkan makluman bayaran yang telah dilakukan. Tekan “print” setelah transaksi berjaya sebagai bukti bayaran.

3. KAEDAH BAYARAN BARANGAN KEPERLUAN MINGGU SUAI KENAL (RM 300)

Pelajar boleh memilih kaedah:

a. CDM BIMB (pelajar perlu memasukkan no akaun Koperasi PMJB)

b. Mesin ATM BIMB (pilih pindahan wang)

c. Perbankan internet antara BIMB & BIMB(pilih pindahan wang)

d. Perbankan internet antara BIMB & bukan BIMB (pilih pindahan wang

antara bank/ interbank)

e. Kaunter BIMB (pelajar perlu dapatkan Slip pembayaran di kaunter

BIMB)

Jumlah bayaran

POLI – RM200 POLI – RM630

Masukkan jumlah mengikut jenis bayaran

Page 16: PANDUAN PENDAFTARAN (PELAJAR BAHARU) POLITEKNIK … pendaftar… · 1 panduan pendaftaran (pelajar baharu) politeknik metro johor bahru sesi jun 2020 tarikh pendaftaran isnin 3 ogos

16

Pelajar perlu memasukkan/ menulis no akaun Koperasi PMJB

(sila rujuk m/s 11)

Sila simpan resit sebagai bukti apabila transaksi telah selesai.

Page 17: PANDUAN PENDAFTARAN (PELAJAR BAHARU) POLITEKNIK … pendaftar… · 1 panduan pendaftaran (pelajar baharu) politeknik metro johor bahru sesi jun 2020 tarikh pendaftaran isnin 3 ogos

17

RUPADIRI PELAJAR

Semua pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia tertakluk kepada

Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, Pindaan 1997 (Akta 174) dan

semua peraturan bertulis di Politeknik. Secara umumnya pelajar-pelajar hendaklah

sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat (bagi pelajar Islam) dan sopan.

Semua jenis pakaian yang “menjolok mata” dan tidak menepati peraturan

Politeknik adalah dilarang sama sekali.

SEMASA HARI PENDAFTARAN

Lelaki Keterangan

Baju/ Tali Leher

Kemeja lengan panjang dan bertali leher.

Seluar/ Tali Pinggang

Seluar panjang ‘slack’ berwarna hitam – jeans dan denim tidak dibenarkan.

Tali pinggang berwarna hitam –corak atau kepala tali pinggang yang berbentuk keterlaluan tidak dibenarkan.

Kasut Kasut bertutup penuh- Kasut sukan tidak dibenarkan.

Memakai sarung kaki dengan sempurna

Rambut Pendek, kemas dan tidak diwarnakan

Belakang tidak menyentuh paras kolar baju

Paras tepi tidak menyentuh paras atas telinga

Paras depan tidak menyentuh paras dahi

Tidak berfesyen yang melampau

Lain-lain

Sebarang bentuk perhiasan seperti rantai gelang dan subang adalah tidak dibenarkan.

Pelajar tidak dibenarkan memakai topi, baju ‘T’ tanpa kolar, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan semasa mendaftar.

SAHSIAH DAN RUPA DIRI

Page 18: PANDUAN PENDAFTARAN (PELAJAR BAHARU) POLITEKNIK … pendaftar… · 1 panduan pendaftaran (pelajar baharu) politeknik metro johor bahru sesi jun 2020 tarikh pendaftaran isnin 3 ogos

18

Perempuan Keterangan

Baju WAJIB berbaju kurung bagi yang beragama Islam Blouse labuh melepasi paras punggung bagi bukan Islam Bertudung jingga (Orange)dan melebihi paras bahu bagi yang

beragama Islam dan tidak berfesyen.

Pakaian hendaklah bersopan dan tidak menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana- mana bahagian badan yang sensitif tidak dibenarkan.

Kasut Kasut bertutup penuh.

Memakai sarung kaki dengan sempurna.

Rambut Rambut kemas sama ada diikat atau dengan cara yang seumpama dengannya dan tidak diwarnakan serta tidak berfesyen (hanya kepada pelajar bukan Islam).

SEPANJANG TEMPOH PENGAJIAN

Lelaki Keterangan

Baju Kemeja lengan panjang / pendek Baju T berkolar(tuck-in) Baju Kebangsaan lengkap

Seluar Seluar ‘slack’ Kasut Kasut berstokin yang sesuai atau kasut sukan Rambut Pendek, kemas dan tidak diwarnakan

Gambarajah 18

Gambarajah 19

Page 19: PANDUAN PENDAFTARAN (PELAJAR BAHARU) POLITEKNIK … pendaftar… · 1 panduan pendaftaran (pelajar baharu) politeknik metro johor bahru sesi jun 2020 tarikh pendaftaran isnin 3 ogos

19

Perempuan Keterangan

Baju Baju kebangsaan lengkap Berlengan panjang, kemas dan bersopan Baju T berkolar Pakaian labuh melepasi paras punggung

Seluar Seluar ‘slack’ Sarung/Maxi Labuh, longgar dan tidak jarang

Kasut Kasut bertutup penuh atau kasut sukan

Rambut Kemas dan tidak diwarnakan

Gambarajah 20

Sekiranya memiliki mesin kira (calculator) saintifik, ia hendaklah dari jenis

yang tidak boleh diprogramkan.

Jika ibu/bapa atau penjaga berkerja dalam sektor awam atau swasta, sila

bawa salinan Borang J (Cukai Pendapatan – jika ada) untuk tujuan biasiswa/

pinjaman pelajaran yang berkaitan.

LAIN- LAIN

Page 20: PANDUAN PENDAFTARAN (PELAJAR BAHARU) POLITEKNIK … pendaftar… · 1 panduan pendaftaran (pelajar baharu) politeknik metro johor bahru sesi jun 2020 tarikh pendaftaran isnin 3 ogos

20

LAMPIRAN

1. Borang Jawapan Tawaran (BJT) dan Borang HEP 1 hingga HEP 6 perlu

dilengkapkan dan dibawa semasa hari pendaftaran. Setiap dokumen mestilah

dicetak pada satu muka kertas bersaiz A4 untuk setiap satu, cetakan tidak boleh

dilakukan pada muka hadapan dan belakang helaian yang sama.

2. Pelajar perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan/swasta dengan

tanggungan sendiri sebelum melapor diri sebagai pelajar Politeknik.

3. Pegawai yang layak menjadi saksi untuk mengesahkan Salinan sijil serta

dokumen.

Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional /

Kumpulan A Doktor yang bertugas di Pusat kesihatan Kerajaan sahaja Pengetua Sekolah Menengah Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas Pegawai Tentera berpangkat Kapten dan ke atas Penguasa Penjara, Penguasa Bomba, Penguasa Kastam Pengurus Felda atau Pengurus Felcra Wakil Rakyat Pengamal Undang-undang Pesuruhjaya Sumpah Jaksa Pendamai Penghulu/Penggawa/Ketua Kampung/Pemanca/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak)

(Sila pastikan cop pengesahan mesti mempunyai nama dan jawatan serta

majikan)

Page 21: PANDUAN PENDAFTARAN (PELAJAR BAHARU) POLITEKNIK … pendaftar… · 1 panduan pendaftaran (pelajar baharu) politeknik metro johor bahru sesi jun 2020 tarikh pendaftaran isnin 3 ogos

21

LAMPIRAN 1

SENARAI SEMAK

Semak dan tandakan (√) pada petak yang berkenaan sekiranya perkara-perkara

berikut telah disediakan oleh anda sebelum hadir mendaftar di Politeknik Metro

Johor Bahru pada tarikh yang telah dimaklumkan.

DOKUMEN ASAL

1. Kad Pengenalan

2. Surat Tawaran Kemasukan ke Politeknik

3. Sijil atau Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SMPV/ Sijil akademik yang lain

4. Sijil Berhenti Sekolah

5. Sijil Kokurikulum yang berkaitan (terutamanya yang mewakili

negara dan negeri)

6. Surat Akuan/ Testimonial sekolah (jika berkaitan)

SLIP BAYARAN

1. Slip Bank Islam – YURAN PENGAJIAN (RM200)

2. Slip Bank Islam – BAYARAN BARANGAN KEPERLUAN MINGGU SUAI KENAL

(RM300)

BORANG PENDAFTARAN

1. Borang-borang Pendaftaran (BHEP1 hingga BHEP6) yang telah lengkap

diisi dan semua diketipkan (staple) sekali mengikut tertib/ aturan (Bawa

Semasa Hari Pendaftaran)

GAMBAR

1. Gambar warna yang terkini berukuran passport 3 keping

Page 22: PANDUAN PENDAFTARAN (PELAJAR BAHARU) POLITEKNIK … pendaftar… · 1 panduan pendaftaran (pelajar baharu) politeknik metro johor bahru sesi jun 2020 tarikh pendaftaran isnin 3 ogos

22

DOKUMEN- PINJAMAN PTPTN (2 salinan beserta DISAHKAN- sekiranya memohon)

1. Surat Tawaran Kemasukan Politeknik

2. Slip/ Slip SPM

3. Sijil Berhenti Sekolah

4. Sijil-sijil Kokurikulum

5. Kad Pengenalan Pelajar

6. Kad Pengenalan Ibubapa/ Penjaga

7. Borang J (Penyata Pendapatan Ibubapa) Sip Gaji/ Pengesahan Gaji

8. Tiga (3) salinan Buku Akaun Bank Islam (BIMB)

9. Salinan sijil nikah (bagi pelajar yang dah berkahwin)

PASTIKAN SEMUA SALINAN YANG DIBUAT/DISERTAKAN TELAH DISAHKAN TERLEBIH DAHULU

SELAMAT DATANG DAN MENDAFTAR KE POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU

Page 23: PANDUAN PENDAFTARAN (PELAJAR BAHARU) POLITEKNIK … pendaftar… · 1 panduan pendaftaran (pelajar baharu) politeknik metro johor bahru sesi jun 2020 tarikh pendaftaran isnin 3 ogos

23

Pelajar perlu mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Politeknik, KPT selaras dengan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Garis panduan Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Jun 2020 (Pasca Covid-19) adalah seperti berikut:

i. urusan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dibuat secara berperingkat bagi memastikan jumlah kehadiran adalah terkawal pada satu-satu masa. Perjalanan pelajar adalah ditanggung dan diurus sendiri oleh pelajar.

ii. pelaksanaan norma baharu seperti pemeriksaan suhu badan, penggunaan pensanitasi tangan, pemakaian pelitup muka dan pengamalan penjarakan sosial akan diadakan di seluruh Politeknik, KPT.

iii. hanya SEORANG (1) orang waris sahaja yang dibenarkan untuk mengiringi pelajar semasa hari pendaftaran.

iv. pelajar yang bergejala COVID-19, berstatus Person under Investigation (PUI) atau Person under Surveillance (PUS), tidak dibenarkan mendaftar.

v. pelajar baharu akan mengikuti PdP secara dalam talian di dalam kampus.

vi. Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak pengurusan Politeknik METrO Johor Bahru.

BAHAGIAN B

PENGURUSAN PENDAFTARAN

PELAJAR BAHARU PASCA COVID- 19

Page 24: PANDUAN PENDAFTARAN (PELAJAR BAHARU) POLITEKNIK … pendaftar… · 1 panduan pendaftaran (pelajar baharu) politeknik metro johor bahru sesi jun 2020 tarikh pendaftaran isnin 3 ogos

24

UNIT HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU

NO 64, JALAN SURIA 19,

TAMAN PUTERA

81100 JOHOR BAHRU

JOHOR

07-335 8851/ 52

PoliteknikMETrOJohorBahru

politeknikmetrojohorbahru