Upload
sszma
View
3.560
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
panduan untuk melaksanakan hari akademik dan hari anugerah serentak. Pada 2006, MRSM Transkrian, Pulau Pinang telah mengadakan 3 program semasa hari tersebut.
Citation preview
HARI AKADEMIK DAN MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR MRSM TRANSKRIAN2006
28 APRIL 2006Jumaat8.00 Pagi – 12.30 Tengah hari
Konsep & Panduan Pelaksanaan Senarai Ahli Jawatankuasa Perincian Tugas Ahli Jawatankuasa
Atur Cara dan Tatacara Perjalanan Program
Kriteria Anugerah
‘BETTER THAN THE BEST’Hari Akademik dan Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar MRSM Transkrian 2006 1
KONSEP DAN PANDUAN PELAKSANAANHARI AKADEMIK
DANMAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR
MAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN2006
1. PENGENALAN1.1 Dalam usaha menjana kecemerlangan berterusan MRSM Transkrian yang disemarakkan oleh slogan
’Better Than The Best’ , sokongan padu dan pemahaman jitu ibu bapa/ waris tentang perkembangan pendidikan anak-anak mereka amatlah penting.
1.2 Perbincangan dari hati ke hati antara pihak maktab ( penasihat homeroom/ guru subjek) dengan ibu bapa perlu diadakan setiap semester dalam usaha merapatkan hubungan, mencapai kata sepakat demi kemajuan akademik serta meningkatkan sahsiah anak-anak. Ibu bapa juga akan mendapat gambaran dan input yang lebih jelas tentang program-program maktab.
1.3 Hari Akademik dan Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar menjadi antara wahana penting untuk menjayakan misi ini di samping melengkapkan pakej akademik Program Gerak Gemilang SPM/PMR.
2. KONSEP2.1 Tahun 2006 merupakan tahun keempat program Hari Akademik diadakan di MRSM Transkrian. Program
pada tahun ini akan dilaksanakan melalui tiga pakej yang dijangka mampu merangsang minda dan usaha pelajar untuk terus mencipta kecemerlangan.
2.2 Pakej yang dirancangkan ialah Hari Akademik, Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar dan Motivasi Gemilang.
2.2.1 Hari Akademik - Hari Akademik merupakan medan pertemuan antara ibu bapa pelajar dengan pihak maktab yang diwakili oleh penasihat homeroom/guru subjek untuk berbincang tentang prestasi anak mereka selama belajar di sini. - Ibu bapa akan mendapat info terkini tentang prestasi anak mereka di samping beberapa saranan daripada pihak maktab tentang peranan yang harus dimainkan oleh mereka. Ibu bapa pula digalakkan untuk mengemukakan cadangan/pandangan sebagai penambahbaikan program-program kecemerlangan maktab. - Hari Akademik diadakan sebanyak dua kali iaitu sekali pada semester 1 dan sekali pada semester 2.
- Hari Akademik Semester 1 hanya melibatkan pelajar-pelajar tingkatan lima manakala Hari Akademik Semester 2 akan melibatkan semua pelajar ( Tingkatan 1,2, 4 & 5). - Penasihat keluarga pelajar akan mewakli pihak maktab untuk bertemu dengan ibu bapa. - Piihak Unit Peperiksaan dan Penilaian Maktab (UPPM) akan membekali penasihat keluarga pelajar dengan beberapa bahan yang diperlukan untuk menjayakan pertemuan/perbincangan tersebut. - Program untuk semester 1 dijalankan selama 2 jam manakala untuk semester 2 mengambil masa lebih kurang 4 jam.
© shuhaimi sulaiman mrsmtrans2006Hari Akademik dan Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar MRSM Transkrian 2006 2
2.2.2 Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar- Pakej kedua dalam program Hari Akademik ini diadakan pada semester 1 sahaja iaitu
pada pukul 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. - Program ini merupakan majlis penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah mencipta
kecemerlangan berdasarkan peperiksaan semester 2 tahun sebelumnya, peperiksaan SPM/PMR tahun sebelumnya dan beberapa anugerah lain yang difikirkan berkait dengan kecemerlangan akademik.
- Majlis tahun ini merupakan kali ketiga diadakan dan kali kedua dimasukkan sebagai sebahagian daripada Hari Akademik.
- Anugerah yang dicadangkan untuk disampaikan dalam Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar ialah i. Pelajar Terbaik Subjek 2005
ii. Peningkatan Prestasi Terbaik Subjek 2005 iii. Anugerah Penghormatan Pengetua 2005 iv. Pelajar Terbaik PMR 2005 v. Pelajar Terbaik SPM 2005 vi. Lonjakan Cemerlang 2005
- Ibu bapa pelajar-pelajar tingkatan 5 yang menghadiri program Hari Akademik, pelajar-pelajar yang menerima anugerah, pelajar terbaik PMR/SPM dan yang menghasilkan lonjakan paling tinggi dalam PNG Semester 1 ke Semester 2 2005 akan dijemput menghadiri majlis ini.
- Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar merupakan kemuncak untuk program Hari Akademik.
- (Rujuk Lampiran untuk Kriteria Anugerah)
2.2.3 Motivasi Gemilang- Motivasi Gemilang merupakan pakej ketiga dalam program Hari Akademik yang mula
diperkenalkan pada tahun ini. Motivasi Gemilang merupakan program motivasi berbentuk ceramah atau sebagainya selama 2 jam yang dijalankan serentak pada waktu pertemuan ibu bapa pelajar tingkatan lima dengan guru penasihat keluarga pelajar. Golongan sasaran program motivasi ini ialah pelajar-pelajar tingkatan satu, dua dan empat..
- Program akan dijalankan dari pukul 8.00 hingga 10.00 pagi. Program untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 akan dijalankan di Pusat Sumber Pembelajaran manakala program untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 akan dijalankan di Bilik Seminar.
- Melalui program ini, pelajar-pelajar akan lebih terangsang untuk mencipta kecemerlangan di MRSM Transkrian di samping membina iltizam menjayakan slogan maktab ’Better Than The Best’ .
© shuhaimi sulaiman mrsmtrans2006Hari Akademik dan Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar MRSM Transkrian 2006 3
RASIONAL DAN OBJEKTIFHARI AKADEMIK
DANMAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR
MAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN2006
1. RASIONAL1.1 Pelajar perlu diberi suntikan semangat yang berterusan untuk meningkatkan prestasi mereka. Sebarang
ujian dan peperiksaan adalah penting dalam usaha mereka mencipta kecemerlangan. Kecemerlangan unggul dalam sama ada Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi fokus utama di samping menyediakan mereka dengan pelbagai input untuk peringkat seterusnya.
1.2 Penglibatan ibu bapa amat penting dalam usaha memberi motivasi dan sokongan kepada pelajar.1.3 Motivasi berperanan memberi nilai tambah kepada para pelajar untuk terus berusaha mencipta kejayaan
baik dari segi akademik mahupun sahsiah.
1. OBJEKTIFHARI AKADEMIK2.1 Ibu bapa dapat mengetahui dan memahami prestasi akademik anak-anak mereka. 2.2 Ibu bapa dapat berbincang dan menyuarakan idea serta pandangan dengan guru-guru tentang usaha-
usaha untuk meningkatkan prestasi pelajar.2.3 Ibu bapa memberi sokongan dan motivasi yang berterusan kepada anak mereka untuk berusaha
meningkatkan prestasi akademik mereka.2.4 Pelajar dapat meningkatkan kesedaran intrinsik dan celik akal dari segi pembelajaran subjek-subjek yang
belum dikuasai dan membentuk strategi belajar yang lebih berkesan.2.5 Mengeratkan silaturrahim antara guru, ibu bapa, pelajar khususnya dan pihak maktab amnya.
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR2.6 Memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang sebagai satu pengiktirafan atas usaha
mereka.2.7 Membina rangsangan dan membentuk galakan kepada semua pelajar MRSM Transkrian agar berusaha
mencipta kecemerlangan.2.8 Para pelajar lebih bersemangat dan beriltizam dalam merealisasikan visi dan misi maktab serta slogan
’Better Than The Best’.2.9 Mengeratkan silaturrahim dan membina kerjasama erat antara guru, kakitangan, pelajar dan MUAFAKAT
sebagai asas persefahaman untuk kecemerlangan.
MOTIVASI GEMILANG2.10 Pelajar menyedari keupayaan dan potensi diri untuk membina persepsi baru kehidupan sebagai pelajar
MRSM.2.11 Para pelajar lebih bersemangat dan beriltizam dalam usaha menjadi insan syumul baik dari segi sahsiah |
dan akademik.
© shuhaimi sulaiman mrsmtrans2006
Hari Akademik dan Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar MRSM Transkrian 2006 4
JAWATANKUASAHARI AKADEMIK
DANMAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR
MAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN2006
PenasihatHAJI MOHD YUSOFF BIN HASSAN
Pengetua
Pengerusi IENCIK NOOR HASSAN BIN HJ HUSSAINPenolong Pengetua Hal Ehwal Akademik
Pengerusi IIHJ OTHMAN BIN AHMAD
Penolong Pengetua Hal Ehwal Pelajar
PenyelarasENCIK SHUHAIMI BIN SULAIMAN
Ketua Jabatan Bahasa
Setiausaha PUAN SITI ZURHAIDA BT SYED ALI
Penolong Setiausaha CIK FARIDAH BINTI ABDUL LATIF
Jawatankuasa Pendaftaran Dan SambutanPUAN AZLIN BT MD YUSOF (K)
PUAN NOR HAFIZA BT GHAZALIHAJI MUHAMMAD MARZUKI BIN HASHIM
HAJI ZAKARIA BIN MOHD NOORPUAN MAIMUN BINTI YUSOF
Jawatankuasa Persiapan Tempat & Hiasan ENCIK ABDUL SAMAD BIN ABDUL KASIM (K)
ENCIK ROSLAN BIN ABD HAMIDPUAN ROBAYAH BINTI AHMAD YUDIN
ENCIK SULAIMAN BIN MOHD SAIDENCIK MUHAMMAD HANAFI BIN HAMSAN
ENCIK ZULKARNAIN BIN SHAMSUDDINENCIK AHMAD MALIKI BIN IBRAHIM
ENCIK MOHD HELMI BIN HALID
© shuhaimi sulaiman mrsmtrans2006Hari Akademik dan Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar MRSM Transkrian 2006 5
Jawatankuasa Hadiah, Sijil & CenderamataPUAN NOR LIDZA WATI BINTI SULAIMAN (K)
PUAN NURAFIDA BINTI ABU BAKARPUAN SHAKINAH BINTI MOHD ALI
Jawatankuasa Program Motivasi Gemilang
PUAN SHARMIZA ARIANTI BT BAHARUM (K)PUAN AZIZAH BT ABDULLAHPUAN CHE SU BT HUSSAIN
PUAN AINA BT MD NOH
Jawatankuasa Program & DokumentasiENCIK MOHD AMIN BIN DIN (K)
PUAN DESMARIATUL SAFINAZ BINTI DESAENCIK MOHD ZAMRI BIN HARUN
ENCIK MOHD MAHADI BIN BAKAR
Jawatankuasa JamuanENCIK HARIZAN BIN ABDULLAH (K)
PUAN ROHAYA BIN MD YUSOFCIK SYAFENAS BT ABDULLAH
CIK SUFIAH BINTI ADNANENCIK MOHD YUSOF ZAKI BIN CHE AMAT
PUAN YUSLIZA BINTI USOPPUAN MAYA IZRA BINTI YAAKUB
Jawatankuasa Pertemuan Ibu Bapa - GuruENCIK MUHAMMAD FADZLI BIN MOHAMAD (K)
ENCIK ASNOR BIN SENONPUAN ADZ JAMROS BINTI JAMALi
CIK MARNI BT MUSA
Jawatankuasa Data & MaklumatENCIK AZIZAN BIN ISMAIL (K)
PUAN NAZLENA BT ABU BAKARENCIK AHMAD KAMIL BIN MOHD ALI
PUAN NORSIAH BT MOHD NOOR
Jawatankuasa Keselamatan dan Kawalan TrafikENCIK SAW CHENG HOE (K)
ENCIK FAIZAL BIN HAMID
Jawatankuasa Pengurusan PelajarENCIK SHAHRIZAL BIN MOHD SADERI (K)
ENCIK JAZMIN BIN AWANGPUAN SAI’IDAH BINTI SALLEH
© shuhaimi sulaiman mrsmtrans2006Hari Akademik dan Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar MRSM Transkrian 2006 6
PERINCIAN TUGASJAWATANKUASAHARI AKADEMIK
DANMAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR
MAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN2006
Penyelaras - memastikan segala perkara dan urusan berhubung dengan program Hari Akademik, Motivasi Gemilang dan Majlis Anugerah Cemerlang (HMM) berjalan dengan lancar.- menyediakan pelbagai maklumat tentang HMM kepada semua jawatankuasa.- menyelaraskan pelaksanaan kerja semua jawatankuasa.- menyelaraskan urusan buku program HMM- menyelaraskan urusan jemputan tetamu kehormat/ perasmi Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar- hal-hal lain yang berkait dengan HMM
Setiausaha/ Penolong Setiausaha - urusan surat-menyurat/ jemputan mesyuarat jawatankuasa- urusan surat jemputan kepada ibu bapa pelajar tingkatan lima - urusan surat jemputan kepada ibu bapa pelajar-pelajar yang menerima anugerah- urusan surat jemputan kepada pelajar dan ibu bapa pelajar cemerlang PMR /SPM 2005- menyediakan minit mesyuarat jawatankuasa- membantu Penyelaras untuk urusan penyelarasan kerja semua jawatankuasa- hal-hal lain yang berkait dengan HMM
JK Pendaftaran Dan Sambutan - mengendalikan urusan pendaftaran ibu bapa ke Hari Akademik - menyambut kehadiran ibu bapa ke Hari Akademik dan memandu mereka ke tempat pertemuan dengan guru subjek di bilik kelas yang akan ditentukan kemudian.- mengedarkan buku program kepada ibu bapa, guru-guru, jemputan khas dan pelbagai pihak berkaitan- menyambut kedatangan penceramah jemputan ke program Motivasi Gemilang (jika ada)- memandu ibu bapa ke tempat jamuan jam 10.00 pagi- menyambut kehadiran ibu bapa relajar-pelajar yang menerima anugerah / pelajar dan ibu bapa cemerlang PMR dan SPM di dewan maktab.- memastikan semua ibu bapa/ penceramah diuruskan dengan baik- menyambut kehadiran tetamu kehormat/ perasmi Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar.- urusan-urusan lain yang berkaitan
© shuhaimi sulaiman mrsmtrans2006
Hari Akademik dan Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar MRSM Transkrian 2006 7
JK Hadiah, Sijil Dan Cenderamata
- penyediaan sijil-sijil untuk penerima anugerah Penghormatan Pengetua dalam Majlis Anugerah Cemerlang pelajar- penyediaan cenderamata tetamu utama/perasmi dan penceramah Motivasi Gemilang- penyediaan hadiah kepada penerima anugerah subjek dan sebagainya- penyusunan sijil ,hadiah dan cenderamata di atas pentas dan pembahagian tugas pengiring hadiah.- urusan-urusan lain yang berkaitan
JK Persiapan Tempat dan Hiasan- menyediakan kelas-kelas untuk tujuan perjumpaan ibu bapa-guru bagi program Hari Akademik. - menyusun kerusi, menghias dewan, menyediakan kain rentang dan menyediakan pentas untuk Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar- menyiapkan tempat untuk program Motivasi Gemilang di Bilik Seminar dan Pusat Sumber Pembelajaran- memastikan semua peralatan di dalam dewan dan Bilik Seminar berfungsi - menyusun atur kerusi kedudukan para pelajar, penerima anugerah, ibu bapa , guru dan jemputan khas di dewan.- memastikan kelas-kelas bersih dan kemas untuk program Hari Akademik- menyediakan sistem siar raya dan multimedia yang lengkap di dewan, Bilik Seminar dan PSP- urusan-urusan lain yang berkaitan
JK Jamuan - urusan sarapan untuk guru sebelum program bermula.- urusan jamuan untuk ibu bapa/ tetamu khas/ guru/ pelajar/ pelajar cemerlang SPM pada jam 10.00 pagi
( dari segi menu, tempat dan stail ).- memastikan persediaan yang rapi dilakukan untuk jamuan sama ada di Dewan Selera, ataupun di tempat-tempat jamuan yang ditetapkan- urusan jamuan tengah hari untuk tetamu kehormat/ ibu bapa/ ibu bapa pelajar cemerlang SPM & PMR/ para pelajar/ ajk/ guru dan sebagainya.- memastikan petugas yang cukup untuk memberikan layanan yang memuaskan.- urusan-urusan lain yang berkaitan
JK Program Motivasi Gemilang- menyelaraskan program ceramah dsb bagi slot Motivasi Cemerlang untuk pelajar-pelajar tingkatan 1,2 dan 4 (Ting 1 & 2 di PSP – Ting. 4 di Bilik Seminar)- menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk program ini bagi kedua-dua tempat.- memastikan program berjalan lancar dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi- menyelaraskan urusan bayaran untuk penceramah/ motivator.- urusan-urusan lain yang berkaitan
© shuhaimi sulaiman mrsmtrans2006Hari Akademik dan Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar MRSM Transkrian 2006 8
JK Program Dan Dokumentasi- menyelaraskan perjalanan Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar agar berjalan lancar mengikut masa yang ditetapkan ( 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari ) berserta pengisiannya.- memastikan pengacara majlis mengikut atur cara dan masa serta mendapat latihan intensif dalam mengendalikan majlis.
- menyelaraskan urusan fotografi rasmi semasa Hari Akademik, Motivasi Gemilang dan Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar.- menyelaraskan urusan rakaman video Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar- mewujudkan ’prompter’ untuk memastikan setiap program berjalan lancar mengikut masa- pengacara boleh terdiri dalam kalangan pelajar dan menggunakan dwibahasa- urusan-urusan lain yang berkaitan
JK Pertemuan Ibu Bapa-Guru- menyelaraskan program Hari Akademik dengan memastikan sesi pertemuan ibu bapa berjalan lancar di kelas-kelas yang telah ditetapkan.- menyediakan fail dan bahan-bahan yang diperlukan untuk program ini seperti borang senarai semak pertemuan dan sebagainya.- memastikan program berjalan lancar dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi- memastikan tidak berlaku kesesakan semasa sesi perjumpaan tersebut.- memastikan guru-guru subjek membuat persiapan yang sepenuhnya untuk sesi pertemuan ini - memberi taklimat kepada guru-guru subjek tingkatan lima tentang sesi pertemuan ini dan persediaan yang harus dilakukan- urusan-urusan lain yang berkaitan
JK Data Dan Maklumat
- menyediakan maklumat terkini dari segi keputusan peperiksaan mengikut subjek untuk rujukan guru-guru seperti analisis subjek mengikut kelas/ skala subjek mengikut PNG/ skala subjek mengikut SPM dan sebagainya - membantu guru-guru subjek membuat persiapan yang sepenuhnya untuk program Hari Akademik dan bekerjasama dengan JK Pertemuan Ibu Bapa-Guru.- membekalkan maklumat yang diperlukan oleh jabatan-jabatan untuk menentukan/ mengenal pasti calon- calon yang layak untuk menerima anugerah.- menerima senarai lengkap penerima anugerah bagi pelbagai kategori dan membentangkannya dalam mesyuarat JK Hari Akademik/ Senat untuk tujuan pengesahan. - urusan-urusan lain yang berkaitan
JK Keselamatan Dan Kawalan Trafik- menyelaras aliran masuk keluar kenderaan pada hari HMM di kawasan maktab- menentukan tempat letak kereta ibu bapa/ tetamu kehormat/ guru-guru/ penceramah/ ibu bapa pelajar- pelajar yang menerima anugerah dan sebagainya.- membantu pihak pengawal dari segi keselamatan - urusan-urusan lain yang berkaitan
© shuhaimi sulaiman mrsmtrans2006
Hari Akademik dan Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar MRSM Transkrian 2006 9
JK Pengurusan Pelajar- mengurus dan mengatur kedudukan pelajar/ penerima anugerah/ pelajar cemerlang PMR & SPM bersama dengan ibu bapanya/ ibu bapa/ guru-guru/ tetamu kehormat/ jemputan khas di dalam dewan bagi Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar 2006..- menyediakan pelan tempat duduk di dalam dewan dan berkerjasama dengan JK Persiapan Tempat & Hiasan.- memastikan tahap disiplin pelajar berada dalam tahap yang paling cemerlang semasa majlis berlangsung
- memastikan tatacara menerima anugerah diikuti sepenuhnya.- memastikan pakaian pelajar kemas.- urusan-urusan lain yang berkaitan
ATUR CARAHARI AKADEMIK
DANMAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR
MAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN2006
28 APRIL 20068.00 PAGI – 12.30 TENGAH HARI
8.00 Pagi - 10.00 Pagi - Program Hari Akademik (Kelas)- Program Motivasi Gemilang (Bilik Seminar / PSP)
10.00 Pagi - Kudapan10.30 Pagi - 12.30 T. Hari - Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar ( Dewan MRSM
Transkrian)12.30 T.hari - Majlis tamat
© shuhaimi sulaiman mrsmtrans2006Hari Akademik dan Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar MRSM Transkrian 2006 10
TATACARA PERJALANANHARI AKADEMIK
DANMAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR
MAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN28 APRIL 2006
MASA AKTIVITI / PROGRAM TINDAKAN
7.00 Pagi – 7.45 Pagi 1. Guru-guru/ kakitangan bersarapan di Dewan 1. JK Jamuan
7.45 Pagi – 8.00 Pagi
Selera.
2. Pendaftaran ibu bapa pelajar-pelajar tingkatan lima di anjung dewan dan seterusnya dipandu ke kelas untuk sesi bertemu dengan guru-guru
3. Ketibaan penceramah untuk program Motivasi Gemilang (jika ada) dan dibawa ke Bilik Seminar / PSP
2. JK Pendaftaran & Sambutan JK Pertemuan Ibu Bapa-Guru JK Keselamatan & Kawalan Trafik3. JK Pendaftaran & Sambutan JK Program Motivasi Gemilang
8.00 Pagi – 10.00 Pagi
9.30 Pagi
9.45 Pagi
10.00 Pagi
4. Program Hari Akademik di blok menengah atas.
5. Program Motivasi Gemilang di Bilik Seminar/ PSP
6. Persiapan dan penyempurnaan akhir dewan untuk Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar
7. Persiapan untuk Jamuan - Ibu bapa penerima anugerah/ ibu bapa pelajar tingkatan lima/ guru di kawasan blok menengah atas -Tetamu kehormat/ ibu bapa dan pelajar cemerlang SPM/penceramah di Bilik Mesyuarat Utama - Pelajar di Dewan Selera 8. Ketibaan tetamu kehormat dan dibawa ke bilik tetamu untuk berjumpa dengan pengetua.
9. Kudapan - Ibu bapa/ guru di kawasan blok menengah atas -Tetamu kehormat/ penceramah di Bilik Mesyuarat - Pelajar di Dewan Selera
4. JK Pertemuan Ibu Bapa-Guru JK Program & Dokumentasi
5. JK Program Motivasi Gemilang JK Program dan Dokumentasi
6. JK Persiapan Tempat & Hiasan JK Pengurusan Pelajar
7. JK Jamuan JK Pendaftaran & Sambutan
8. JK Pendaftaran & Sambutan
9. JK Jamuan
© shuhaimi sulaiman mrsmtrans2006
Hari Akademik dan Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar MRSM Transkrian 2006 11
MASA AKTIVITI / PROGRAM TINDAKAN
10.20 Pagi
10.20 Pagi
10.30 Pagi
10.30 Pagi – 12.30 T.hari
11.45 Pagi
12.30 Tengah hari
12.30 Tengah hari
10. Penyusunan hadiah di pentas untuk Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar
11. Pelajar-pelajar/ penerima anugerah/ pelajar cemerlang PMR & SPM/ jemputan khas/ ibu bapa/ guru-guru mengambil tempat di Dewan MRSM Transkrian
12. Ketibaan tetamu kehormat/ perasmi dari bilik tetamu ke Dewan MRSM Transkrian
13. Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar berlangsung
14. Persediaan jamuan tengah hari untuk tetamu kehormat/ jemputan khas/ pelajar cemerlang PMR & SPM bersama ibu bapa mereka di Bilik Mesyuarat Utama
15. Majlis tamat
16. Jamuan -Tetamu kehormat/ pelajar cemerlang PMR & SPM bersama ibu bapa mereka di Bilik Mesyuarat Utama - Guru/kakitangan di Dewan Selera
10. JK Hadiah, Sijil & Cenderamata
11. JK Pendaftaran & Sambutan JK Pengurusan Pelajar JK Program & Dokumentasi
12. JK Pendaftaran & Sambutan JK Pengurusan Pelajar JK Program & Dokumentasi
13. JK Pengurusan Pelajar JK Program & Dokumentasi JK Hadiah, Sijil & Cenderamata
14. JK Pendaftaran & Sambutan JK Jamuan
15. JK Pengurusan Pelajar JK Program & Dokumentasi JK Keselamatan & Kawalan Trafik
16. JK Jamuan
© shuhaimi sulaiman mrsmtrans2006
Hari Akademik dan Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar MRSM Transkrian 2006 12
ANUGERAH DAN KRITERIA PENGANUGERAHAN
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PELAJARMAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN
28 APRIL 2006
BIL ANUGERAH PERINCIAN CATATAN TINDAKAN1 PELAJAR TERBAIK
SUBJEKSemester II 2005
Ting 1 - 14 subjekTing 4 - 15 subjek
TINGKATAN 1 20051. Bahasa Melayu2. Bahasa Inggeris3. Mathematics4. Science5. Geografi6. Sejarah7. Pendidikan Islam8. Pendidikan Seni9. Kemahiran Hidup10. Sains Komputer11. Pendidikan Jasmani12. Bahasa Arab13. Sivik & Kenegaraan14. Pendidikan Moral
TINGKATAN 4 2005 1. Bahasa Melayu 2. Bahasa Inggeris 3. Matematik 4 Sejarah
5. Pendidikan Islam6. Matematik Tambahan7. Fizik8. Kimia9. Biologi10. Prinsip Akaun11. Pendidikan Seni Visual12. EST13. Reka Cipta14. Sains Komputer15. Pendidikan Jasmani
Memperoleh markah tertinggi bagi subjek berkenaan mengikut skala PNG bagi Semester II 2005
JK Data dan Maklumat-dapatkan info daripada Ketua Jabatan/ UPPM sebelum 18 April 2006-dibentangkan dalam mesyuarat kali keempat
JK Hadiah,Sijil dan Cenderamata-bentuk dan nilai hadiah-dibentangkan dalam mesyuarat kali keempat
2 PENINGKATAN PRESTASI TERBAIKSemester II 2005
Ting 1 - 14 subjekTing 4 - 15 subjek
TINGKATAN 1 20051. Bahasa Melayu2. Bahasa Inggeris3. Mathematics4. Science5. Geografi6. Sejarah7. Pendidikan Islam8. Pendidikan Seni9. Kemahiran Hidup10. Sains Komputer11. Pendidikan Jasmani12. Bahasa Arab13. Sivik & Kenegaraan14. Pendidikan Moral
TINGKATAN 4 2005 1. Bahasa Melayu 2. Bahasa Inggeris 3. Matematik 4 Sejarah
5. Pendidikan Islam
Memeperoleh peningkatan markah terbaik bagi subjek berkenaan mengikut skala PNG bagi Semester II 2005
Peningkatan dalam gred lulus sahaja .
JK Data dan Maklumat- dapatkan info daripada Ketua Jabatan sebelum 18 April 2006 -dibentangkan dalam mesyuarat kali keempat JK Hadiah,Siji dan Cenderamata- bentuk dan nilai hadiah- dibentangkan dalam mesyuarat kali keempat
6. Matematik Tambahan7. Fizik8. Kimia9. Biologi10. Prinsip Akaun11. Pendidikan Seni Visual12. EST13. Reka Cipta14. Sains Komputer15. Pendidikan Jasmani
3 ANUGERAH PENGHORMATAN PENGETUASemester II 2005
Ting 1- ____ orangTing 4- ____ orang
Pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 4 yang memperoleh PNG 3.50 dan ke atas bagi Semester II 2005
Pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 4 sahaja. Pelajar-pelajar tingkatan 3 sudah menerimanya pada Majlis Graduasi 2005
JK Data dan Maklumat-dapatkan info daripada UPPM sebelum 18 April 2006-dibentangkan dalam mesyuarat kali keempat JK Hadiah,Sijil dan Cenderamata-penyediaan sijil
4 ANUGERAH PELAJAR TERBAIK PMR 20058A - 1 orang Athira binti Azmi
Pelajar yang memperoleh A dalam semua subjek yang diambil dengan jumlah subjek terbanyak
Athira binti Azmi memperoleh 8A dalam PMR 2005 dan merupakan antara 54 orang pelajar paling cemerlang PMR 2005 peringkat kebangsaan yang dipilih oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
JK Hadiah,Sijil dan Cenderamata-penyediaan sijil -bentuk hadiah dan nilai-dibentangkan dalam mesyuarat kali keempat
5 ANUGERAH PELAJAR TERBAIK SPM 2005
10A - 7 orang9A 1B - ___ orang8 1A 1/2 B - ___ orang
Pelajar yang memperoleh keputusan SPM 2005 seperti berikut:
1. memperoleh A dalam semua subjek yang diambil@2. memperoleh 9 A bagi 10 subjek yang diambil dan tanpa gred C@3. memperoleh 8 1A dan tanpa gred C
JK Data dan Maklumat-dapatkan info daripada UPPM sebelum 18 April 2006-dibentangkan dalam mesyuarat kali keempat
JK Hadiah,Sijil dan Cenderamata-penyediaan sijil -bentuk hadiah dan nilai-dibentangkan dalam mesyuarat kali keempat
6 ANUGERAH LONJAKAN CEMERLANG PNG 2005
Ting.1 - 1 orangTing. 4 - 1 orang
Pelajar yang memperoleh perbezaan peningkatan Purata Nilaian Gred (PNG) paling besar pada semester II 2005 dibandingkan dengan semester I 2005
Pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 4 sahaja.
JK Data dan Maklumat-dapatkan info daripada UPPM sebelum 18 April 2006-dibentangkan dalam mesyuarat kali keempat
JK Hadiah,Sijil dan
Cenderamata-penyediaan sijil -bentuk hadiah dan nilai-dibentangkan dalam mesyuarat kali keempat
© shuhaimi sulaiman mrsmtrans2006
Hari Akademik dan Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar MRSM Transkrian 2006 15
ATUR CARAMAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR
MAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN2006
28 APRIL 2006
10.30 PAGI – 12.30 TENGAH HARI
10.30 Pagi - Ketibaan tetamu kehormat ke dewan MRSM Transkriian 10.35 Pagi - Ucapan alu-aluan oleh Pengetua MRSM Transkrian 10.45 Pagi - Ucapan oleh Yang dipertua MUAFAKAT 10.55 Pagi - Ucapan perasmian oleh tetamu kehormat 11.20 Pagi - Upacara penyampaian anugerah - Pelajar Terbaik Subjek Semester II 2005 - Peningkatan Prestasi Terbaik Subjek Semester II 2005 - Lonjakan Cemerlang PNG 2005 - Anugerah Penghormatan Pengetua Semester II 2005 - Pelajar Terbaik PMR 2005 - Pelajar Terbaik SPM 2005 Ucapan Pelajar Terbaik PMR 2005 Ucapan Pelajar Terbaik SPM 2005 Penyampaian cenderamata kepada tetamu kehormat 12.30 T. hari - Majlis tamat
© shuhaimi sulaiman mrsmtrans2006
Hari Akademik dan Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar MRSM Transkrian 2006 16
Nota
- Senarai nama penerima anugerah subjek, peningkatan subjek dan penghormatan pengetua hendaklah lengkap dari segi kelas (2005), homeroom (2005) dan alamat ibu bapa untuk dihubungi. Senarai nama penerima anugerah PMR/ SPM (2005) juga hendaklah lengkap dari segi alamat ibu bapa untuk dihubungi.
- Semua jawatankuasa hendaklah menghubungi Pembantu Tadbir (Stor), Encik Hilmi bin Mohd secara terus sekiranya memerlukan peralatan untuk menjayakan program ini.
KERJASAMA DAN KOMITMEN SEMUA AHLI JAWATANKUASA AMAT DIHARGAI DAN DIUCAPKAN TERIMA KASIH
Disediakan oleh
SHUHAIMI BIN SULAIMANPenyelaras Hari Akademik dan Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar 2006Maktab Rendah Sains MARA TranskrianNibong Tebal, Pulau Pinang
© shuhaimi sulaiman mrsmtrans2006