19
1.0 Pengenalan Secara umumnya, linguistik adalah kajian bahasa yang dibuat secara saintifik, emprikal, dan objektif. Linguistik merupakan nadi untuk mengkaji sesuatu bahasa. Linguistik membolehkan kita mengenal dan memahami sejarah bahasa, sifat-sifat bahasa, struktur bahasa, teori dan pelbagai kaedah bahasa, variasi bahasa dan stilistik sesuatu bahasa. Bidang ilmu ini dipelopori oleh beberapa tokoh yang mana membawa kepada pendapat dan pemikiran aliran dalam linguistik yang berbeza. Sebagai contoh, aliran pemikiran Ferdinand de Saussure dan Edward Sapir. Oleh itu, tugasan ini berfokus pada pendapat ahli barat ini mengenai konsep dan bidang linguistik. Secara gambaran awal, Ferdinand de Saussure merupakan tokoh yang telah berkecimpung dalam kajian linguistik perbandingan. Beliau juga ialah orang yang pertama mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai Bapa Ilmu Linguistik Moden telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baru dalam bidang pengkajian bahasa secara moden. Manakala Edward Sapir pula memberi konsep linguistik berdasarkan hubungan bahasa dengan pemikiran dan dari aspek psikologi. Tugasan ini juga memperlihatkan definisi stilistik dan ciri-ciri stilistik, di samping mengaplikasikannya dengan menilai keberkesanan penggunaan stilistik dalam mana-mana cerpen yang dipilih. Secara umumnya, stilistik adalah pembelajaran gaya linguistik atau juga boleh difahami sebagai ilmu kebahasaan yang mempelajari gaya bahasa. Stilistik boleh dibahagikan kepada dua perkara. Pertama, kajian tentang kelainan bahasa yang mengandungi bentuk gaya bahasa dan ciri yang keduanya ialah pemakaian bahasa yang termasuk segala yang tercakup dalam linguistik. Melalui analisis cerpen, dapatan ciri-ciri stilistik yang diperoleh semasa melaksanakan tugasan diaplikasikan secara tidak langsung. 2.0 Pandangan Ahli Bahasa Barat tentang Konsep dan Bidang Linguistik 1

Pandangan Ahli Bahasa Barat Tentang Konsep Dan Bidang Linguistik

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pandangan ahli bahasa barat tentang konsep linguistik & bdang linguistik, maksud dan ciri-ciri stilistik

Citation preview

Page 1: Pandangan Ahli Bahasa Barat Tentang Konsep Dan Bidang Linguistik

1.0 Pengenalan

Secara umumnya, linguistik adalah kajian bahasa yang dibuat secara

saintifik, emprikal, dan objektif. Linguistik merupakan nadi untuk mengkaji

sesuatu bahasa. Linguistik membolehkan kita mengenal dan memahami sejarah

bahasa, sifat-sifat bahasa, struktur bahasa, teori dan pelbagai kaedah bahasa,

variasi bahasa dan stilistik sesuatu bahasa. Bidang ilmu ini dipelopori oleh

beberapa tokoh yang mana membawa kepada pendapat dan pemikiran aliran

dalam linguistik yang berbeza. Sebagai contoh, aliran pemikiran Ferdinand de

Saussure dan Edward Sapir. Oleh itu, tugasan ini berfokus pada pendapat ahli

barat ini mengenai konsep dan bidang linguistik. Secara gambaran awal,

Ferdinand de Saussure merupakan tokoh yang telah berkecimpung dalam kajian

linguistik perbandingan. Beliau juga ialah orang yang pertama mengasaskan ilmu

linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai ‘Bapa Ilmu Linguistik Moden’ telah

terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baru dalam

bidang pengkajian bahasa secara moden. Manakala Edward Sapir pula

memberi konsep linguistik berdasarkan hubungan bahasa dengan pemikiran dan

dari aspek psikologi.

Tugasan ini juga memperlihatkan definisi stilistik dan ciri-ciri stilistik, di

samping mengaplikasikannya dengan menilai keberkesanan penggunaan stilistik

dalam mana-mana cerpen yang dipilih. Secara umumnya, stilistik adalah

pembelajaran gaya linguistik atau juga boleh difahami sebagai ilmu kebahasaan

yang mempelajari gaya bahasa. Stilistik boleh dibahagikan kepada dua perkara.

Pertama, kajian tentang kelainan bahasa yang mengandungi bentuk gaya

bahasa dan ciri yang keduanya ialah pemakaian bahasa yang termasuk segala

yang tercakup dalam linguistik. Melalui analisis cerpen, dapatan ciri-ciri stilistik

yang diperoleh semasa melaksanakan tugasan diaplikasikan secara tidak

langsung.

1

Page 2: Pandangan Ahli Bahasa Barat Tentang Konsep Dan Bidang Linguistik

2.0 Pandangan Ahli Bahasa Barat tentang Konsep dan Bidang Linguistik

Kata linguistik (linguistics-Inggris) berasal dari bahasa Latin“lingua” yang

bererti bahasa. Dalam bahasa Perancis “langage-langue”; Italia “lingua”;

Spanyol “lengua” dan Inggeris “language”.  Akhiran “ics” dalam

linguistics berfungsi untuk menunjukkan nama sebuah ilmu, yang bererti ilmu

tentang bahasa, sebagaimana istilah economics, physics dan lain-lain. Kamus

Dewan Edisi Ketiga (1996:814) pula mentakrifkan linguistik sebagai “kajian

tentang bahasa”.Dalam bahasa Melayu pula istilah linguistik merupakan nama

bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistik atau “linguistik”. Linguistik

ialah bidang ilmu mengkaji bahasa secara saintifik dan sebenarnya belajar

bahasa itu sendiri juga sebahagian kecil dari ilmu linguistik. Jadi, dalam ilmu

linguistik bahan kajiannya adalah bahasa. Bidang ilmu linguistik mengkaji banyak

perkara mengenai bahasa, dan mengajar dan belajar bahasa adalah sebahagian

darinya. Menurut Abdullah Hassan (2006) linguistik ialah satu sains bagi

mengkaji bahasa. Bidang linguistik ini memperlihatkan kewujudan aliran

pemikiran dalam linguistik ini sendiri iaitu berdasarkan pemikiran Edward Sapir,

Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand de Saussure. Mereka merupakan

tokoh linguistik yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu

bahasa melalui hasil kajian secara empirikal. Ahli bahasa barat ini telah

memberikan pandangan serta pendapat mereka tentang konsep dan bidang

linguistik itu sendiri.

2.1 Konsep dan Bidang Linguistik dari pandangan Edward Sapir

Edward Sapir merupakan tokoh yang terkemuka dalam linguistik struktur

Amerika pada awal abad ke-20. Beliau adalah orang pertama yang memeriksa

dengan teliti hubungan-hubungan antara kajian bahasa dengan antropologi.

Perkaedahannya mempunyai pengaruh yang kuat kepada semua penggantinya.

Linguistik Sapir tidak terhenti pada struktur bahasa, tetapi juga meliputi kawasan

budaya, sastera, mitologi, dan agama. Beliau mengkaji hubungan bahasa

dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi (pemikiran manusia). Beliau

2

Page 3: Pandangan Ahli Bahasa Barat Tentang Konsep Dan Bidang Linguistik

berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam sains. Menurut Sapir

lagi, psikologi dapat memberikan dasar ilmiah yang kuat dalam pengkajian

bahasa. Dari kajian itu beliau berkesimpulan bahawa bahasa, terutama

strukturnya, merupakan unsur yang menentukan struktur pemikiran manusia.

Dari kajian itu beliau berkesimpulan bahawa bahasa, terutama strukturnya,

merupakan unsur yang menentukan struktur pemikiran manusia. Oleh itu,

sesuatu struktur bahasa itu menentukan struktur pemikiran manusia. Manusia

menyampaikan fikiran (idea), perasaan dan hasrat dengan menggunakan suatu

sistem simbol-simbol yang arbitrari.

Edward Sapir menulis bukunya yang pertama iaitu Language (1881). Buku ini

bersifat agak umum dan ternyata berbeza sekali dengan buku language (1933)

yang ditulis oleh Bloomfield. Buku ini lebih mementingkan pendekatan kajian dari

segi antropologi dan melihat bahasa dan fungsinya dari segi masyarakat yang

menggunakannya. Menurut beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang

instingtif, iaitu bersifat arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran.

2.2 Konsep dan Bidang Linguistik dari pandangan Ferdinand de Saussure

Ferdinand Mongin de Saussure atau dengan panggilan nama yang

terkenal Ferdinand de Saussure merupakan salah seorang tokoh linguistik yang

terkenal berbangsa Swiss. Ferdinand de Saussure (1857 – 1913) ialah orang

pertama mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai ‘Bapa

Ilmu Linguistik Moden’ telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan

pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden. Beliau juga merupakan

tokoh gerakan strukturalisme. Ferdinand de Saussure dilahirkan pada 26

November 1857 di Geneva, belajar di Universiti Geneva, Universiti Liepzig, dan

Berlin. Tesis yang ditulis oleh beliau berkaitan dengan ‘The Primitive Vowel

System in Indo-European Languages’- (Sistem vokal asli dalam bahasa-bahasa

Indo-Eropah) dan beliau menerima sijil kedoktoran pada 1880.

3

Page 4: Pandangan Ahli Bahasa Barat Tentang Konsep Dan Bidang Linguistik

Selain itu, beliau juga telah berkhidmat sebagai pensyarah di Paris

selama 11 tahun dalam bidang bahasa-bahasa kuno dan moden dan

menyambung perkhidmatan beliau di Universiti Geneva berkaitan dengan

Sanskrit dan Indo-Eropah. Pada tahun 1906, beliau memulakan pengajarannya

yang berkaitan dengan bidang Linguistik Umum.

Pada pemikiran Ferdinand de Saussure, bahasa lisan lebih utama

daripada bahasa tulis. Tulisan hanya merupakan sarana yang mewakili ujaran.

Linguistik bersifat deskriptif, bukan preskriptif seperti tatabahasa tradisional.

Pada pendapat de Saussure, para ahli linguistik bertugas mendeskripsikan

bagaimana orang berbicara dan menulis dalam bahasanya, bukan memberi

keputusan bagaimana seseorang seharusnya berbicara.

Menurut Ferdinand de Saussure juga, bahasa merupakan suatu sistem

tanda yang bersisi dua, terdiri dari significant (penanda) dan signifie (petanda).

Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan kerana apabila salah satu berubah, yang

lain juga akan berubah. Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan

orang pertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian

bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan

diakronis. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu.

Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa

serta perubahan-perubanan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut. De

Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep ‘langue’ dan

‘parole’. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-ciri

bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat.

De saussure juga mengatakan bahawa bahasa mempunyai bahan dan

bentuk. Bunyi-bunyi yang dituturkan itu adalah bahan bunyi, garis-garis lakar

dikatakan bahan grafik dan lain-lain bagi sesebuah bahasa. Bentuk pula ialah

pola-pola perhubungan yang abstrak ditentukan oleh sesuatu bahasa itu ke atas

bahannya. Menurut beliau lagi, apabila kita mengkaji fonetik atau bunyi Bahasa

Melayu, kita mengkaji bahan bunyi bahasa Melayu dan apabila kita mengkaji

pola-pola pembentukan perkataan daripada bahan bunyi ini, kita mengkaji

4

Page 5: Pandangan Ahli Bahasa Barat Tentang Konsep Dan Bidang Linguistik

bentuknya. Begitu jugalah pola-pola ayat tatabahasa adalah bentuk-bentuk

dalam bahasa.

Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan buku

bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. Karya agung beliau

ini adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah mengumpul dan

menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang

kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959.

Berdasarkan pandangan kedua-dua tokoh ini, dapat dirumuskan bahawa

konsep linguistik merupakan bidang yang memerlukan kajian yang mendalam

dan yang teliti serta memberi penekanan kepada bidang kajian bahasa secara

khusus dan seterusnya menghubungkan bahasa dengan ilmu disiplin yang lain.

5

Page 6: Pandangan Ahli Bahasa Barat Tentang Konsep Dan Bidang Linguistik

3.0 Definisi Stilistik

Stilistik berasal daripada Bahasa Inggeris, iaitu “style” yang bererti gaya dan

daripada bahasa serapan, “linguistic” yang bererti tatabahasa. Menurut Kamus

Bahasa Indonesia, stilistik ialah ilmu kebahasaan yang mempelajari gaya

bahasa. Menurut Bally, Jacobson, Leech, Widdowson, Levin, Ching, Chatman,

Dalan dan lain-lain, mereka menjelaskan stilistik sebagai suatu deskripsi

linguistik daripada bahasa yang digunakan di dalam teks sastera.

Secara umumnya, stilistik ialah kajian gaya yang digunakan untuk

menganalisis karya sastera. Bahasa memang sudah mempunyai apa yang

dinamakan gaya. Ini kerana semua pengucapan yang tidak lurus seperti yang

biasa dipakai oleh masyarakat adalah gaya. Kelainan daripada bahasa yang

lurus dan biasa itu dipakai untuk bercakap atau menulis. Maka, timbullah

berbagai-bagai kelainan dan ia membezakan gaya tertentu antara satu sama

lain. Menurut Nik Hassan Basri Bin Nik Ab. Kadir (2006) stilistik ialah kajian yang

melibatkan kajian bentuk atau bahasa dan kajian isi kesusasteraan, iaitu kajian

mengenai teknik pemakaian bahasa dalam penulisan dan teknik yang mengkaji

segala kemungkinan yang berkaitan dengan gaya bahasa penulisan

kesusasteraan.

Rajah 1 : Maksud Stilistik

Terdapat dua perkara pula yang dimaksudkan dengan kajian bentuk atau

bahasa iaitu kelainan-kelainan bahasa yang mengandungi bentuk-bentuk gaya

bahasa pengulangan, penyirnaan, perbandingan, pertautan, dan pertentangan.

6

Stilistik

Kajian Bentuk

Kajian Isi

Page 7: Pandangan Ahli Bahasa Barat Tentang Konsep Dan Bidang Linguistik

Kelainan bahasa dalam konteks ini termasuklah yang bersifat figuratif seperti

penggunaan peribahasa, bahasa kiasan, gaya retorik, sindiran, ungkapan dan

sebagainya. Dan yang kedua ialah pemakaian bahasa termasuk segala yang

tercakup oleh ilmu linguistik umum, iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan

semantik. Manakala yang dimaksudkan pula dengan kajian isi ialah kajian yang

diperkatakan oleh pengarang atau penulis daripada erti dan makna tentang teks.

Isi ini ialah mesej, informasi dan pemikiran manusia atau perihal manusia atau

tentang masyarakat yang dibentuk oleh manusia yang kadangkala tidak terlihat

atau tidak disedari oleh manusia atau masyarakat itu sendiri (Nik Hassan Basri,

2006).

Secara keseluruhannya, dapat difahami bahawa stilistik ini adalah gaya

atau stail seseorang penutur atau penulis bahasa dalam menyampaikan sesuatu

mesej, maklumat, idea atau sebagainya. Ia juga boleh dikatakan sebagai cara

bagaimana kita menulis, dan terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi gaya

tersebut. Sebagai contoh, faktor penguasaan perbendaharaan kata, kepekaan

kita terhadap nada-nada yang ada pada bahasa yang kita gunakan dan

penguasaan kita dalam struktur serta keseimbangan ayat-ayat yang kita

hasilkan.

7

Page 8: Pandangan Ahli Bahasa Barat Tentang Konsep Dan Bidang Linguistik

3.1 Ciri-ciri Stilistik

Stilistik atau kajian bentuk boleh dibahagikan kepada dua perkara.

Pertama, kajian tentang kelainan bahasa yang mengandungi bentuk gaya

bahasa pengulangan, penyirnaan, perbandingan, pertautan dan pertentangan.

Kelainan bahasa juga termasuk peribahasa, sindiran dan gaya retorik. Ciri yang

keduanya ialah pemakaian bahasa yang termasuk segala yang tercakup dalam

linguistik seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.

Stilistik secara umumnya dibahagikan kepada lima bahagian dan boleh

dipecahkan kepada beberapa bahagian utama iaitu :

(a) Gaya bahasa perbandingan seperti imejan, metafora, personifikasi,

pleonasme dan simile.

(b) Gaya bahasa pertentangan pula seperti hiperbola, inversi dan

paradoks.

(c) Sementara, gaya pengulangan merangkumi aliterasi, anafora,

asonansi, epifora, rima dan sinkof.

(d) Gaya bahasa penyirnaan yang hanya terdapat satu ciri sahaja iaitu

sinkof.

(e) Gaya pertautan kebiasaannya dikelompokkan dalam gaya bahasa

sinekdok, eufemisme, epitet, antonomasia, eponim, metonimia dan

alusi.

3.1.1 Gaya Bahasa Perbandingan

Gaya bahasa perbandingan merupakan satu bentuk atau pun gaya

bahasa yang sering digunakan di dalam penulisan mahu pun pertuturan kita

seharian. Bahasa perbandingan boleh dipecahkan kepada dua, iaitu bahasa

perbandingan yang menunjukkan persamaan dan pertentangan. Secara

ringkasnya, gaya bahasa perbandingan merupakan satu bentuk bahasa yang

digunakan untuk memerihalkan sesuatu perkara atau kejadian tanpa

8

Page 9: Pandangan Ahli Bahasa Barat Tentang Konsep Dan Bidang Linguistik

memberitahu secara terus, tetapi ia akan diungkapkan melalui beberapa rangkai

kata atau pun perkataan untuk menyampaikan sesuatu maklumat dan perasaan

serta mesej yang hendak disampaikan. Bahasa perbandingan biasanya

digunakan untuk tujuan kiasan yang mana digunakan untuk menyampaikan

mesej atau sesuatu secara tidak berterus terang dan untuk tujuan menjaga

perasaan terhadap sesuatu yang ingin disampaikan.

Selain itu, bahasa perbandingan juga digunakan untuk menyamakan

sesuatu benda dengan keadaan atau peristiwa yang lain. Sebagai contoh, unsur

metafora digunakan untuk membandingkan sesuatu benda dengan keadaan

atau pun peristiwa yang lain dengan menyatukan sesuatu perkataan yang

maujud dengan keadaan yang abstrak. Dalam sesebuah penulisan prosa

tradisional pula, gaya bahasa ini digunakan untuk menerangkan sesuatu maksud

perkataan secara berkias. Sebagai contoh, di dalam gaya bahasa eufemisme,

perkataan seperti “bunting” boleh digantikan dengan ayat “seseorang yang telah

mengandung”. Gaya bahasa perbandingan juga digunakan untuk tujuan

penggambaran atau pelukisan watak. Contohnya, “bagaikan harimau kehilangan

belangnya”, boleh membawa maksud seseorang yang berkuasa dalam sesuatu

hal, tetapi telah kehilangan kuasa akibat daripada tindakannya yang tidak baik.

Terdapat beberapa contoh bahasa yang menunjukkan perbandingan yang

sering digunakan di dalam sesebuah penulisan karya. Antaranya ialah seperti

berikut:

(a) Simile

Perbandingan secara eksplisit dan dijelaskan. Penggunaan kata “seperti,

ibarat, bak, bagaikan, umpama, laksana, penaka dan serupa.” Contohnya:

(a) Seperti seekor rerama terbang

(b) Ibarat api yang hidup segan mati tak mahu

(c) Bagaikan mahu terkeluar biji matanya

(d) Keruh seperti air deru

(e) Macam melukut di tepi gantang

9

Page 10: Pandangan Ahli Bahasa Barat Tentang Konsep Dan Bidang Linguistik

(b) Personifikasi

Personifikasi ialah perlambangan sifat-sifat manusia yang diberikan

kepada benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak. Melalui penerapan

unsur personifikasi ini, penyair dapat menyampaikan mesejnya secara tersirat

kepada pembaca tanpa merasai mereka sebenarnya dikritik. Gaya bahasa

personafikasi ialah bahasa kiasan yang menggambarkan benda-benda mati atau

barang-barang yang tidak bernyawa seolah-olah memiliki sifat kemanusiaan.

Contohnya adalah seperti berikut:

(i) Hati ini selalu memberontak

(ii) Guruh dan langit sedang berteriakan

(iii) Subuh telah mengundur diri

(iv) Alunan manja belantara khatulistiwa

(v) Perlahan-lahan dikoyaknya mulut sampul surat itu

(vi) Kabus pagi yang sejuk mengucup mesra

(c) Metafora

Gaya bahasa metafora pula menunjukkan perbandingan secara langsung,

iaitu ia memberi sifat sesuatu objek itu secara perbandingan terus. Terdapat dua

jenis metafora iaitu :

i. Metafora yang tidak memerlukan kata-kata perbandingan seperti

bagaikan, laksana, bak dan bagai. Contohnya:

Abang benar-benar harimau di dalam rumah

Hari ini bapa menjadi singa

ii. Metafora yang menggabungkan unsur konkrit dan abstrak. Contohnya

adalah seperti berikut:

Dahan kerinduan

Dinding hati

Kotak fikiram

Roda kehidupan

10

Page 11: Pandangan Ahli Bahasa Barat Tentang Konsep Dan Bidang Linguistik

3.1.2 Gaya Bahasa Pertentangan

Gaya bahasa pertentangan, mengemukakan makna yang bertentangan

dengan makna yang bertentangan. Gaya yang sering digunakan di dalam gaya

bahasa ini hanya tiga sahaja iaitu hiperbola, paradoks dan inversi atau anastof.

Hiperbola ialah pembaziran atau suatu cara yang melebih-lebihkan

semata-mata untuk mencapai kesan tertentu, iaitu suatu gaya bahasa yang

mengandungi kebenaran yang diperbesar-besarkan (Dale et al., 1971: 233).

Dengan kata lain, hiperbola ialah ungkapan yang melebih-lebihkan apa yang

sebenarnya dimaksudkan: jumlahnya, ukurannya dan sifatnya (Moeliono, 1984:

3). Sesuatu perkara yang ingin diberitahu disampaikan secara berlebih-lebihan.

Paradoks pula ialah sejenis gaya bahasa yang pertentangan yang

mengandungi pertentangan yang nyata dengan fakta yang ada, tetapi

kenyataannya mengandungi kebenaran dengan pendapat umum atau realiti. Ini

bermakna paradoks memberi gambaran keadaan yang berlawanan. Manakala

inversi atau anastrof ialah gaya bahasa pertentangan yang memfokuskan

pembalikan kata-kata atau frasa yang berbeza daripada susunannya yang lazim.

Sebagai contoh ayat yang susunnya dimulai dengan predikat dan diikuti oleh

subjek, sama ada ayat aktif songsang atau ayat pasif songsang.

3.1.3 Gaya Bahasa Pengulangan

Gaya bahasa yang mengandungi unsur pengulangan bunyi, suku kata,

kata, frasa atau bahagian ayat yang dianggap penting untuk menghasilkan kesan

dan memberi tekanan di dalam sebuah konteks yang sesuai. Terdapat lima ciri

yang sering digunakan di dalam sukatan pelajaran iaitu aliterasi, anafora,

asonansi dan epifora. Aliterasi ialah pengulangan yang melibatkan bunyi

konsonan yang sama pada awal kata dan yang berurutan, sama ada di dalam

puisi tradisional, moden, prosa tradisional, moden kreatif atau bukan kreatif

terbentuk hasil daripada pengulangan konsonan yang sama. Secara mudahnya,

11

Page 12: Pandangan Ahli Bahasa Barat Tentang Konsep Dan Bidang Linguistik

aliterasi didefinisikan sebagai pemakaian kata yang permulaannya sama

bunyinya. Contohnya, pengulangan konsonan “d”, “dara damba daku.”

Anafora pula pengulangan kata pada awal baris untuk ayat-ayat yang

berturut-turutan. Pengulangan ini biasanya dapat dilihat di dalam beberapa

rangkap sajak atau syair. Pengulangan berlaku perkataan pertama pada setiap

baris atau pada setiap ayat, yang biasanya secara berurutan supaya

memperoleh kesan tertentu.

Seterusnya asonansi, asonansi diperlihatkan dengan gambaran

pengulangan vokal pada setiap baris atau ayat yang biasanya berurutan. Di

dalam bahasa Melayu, terdapat enam jenis vokal tetapi bunyi-bunyi itu hanya

diwakili oleh lambang 'a', 'e', 'i', 'o' dan 'u', iaitu sebanyak lima bentuk huruf

sahaja. Contoh gaya bahasa asonansi yang dipetik daripada puisi, iaitu sajak

"Negeri Cinta" oleh Nahmar Jamil, iaitu pengulangan vokal 'a'. Puisinya adalah

seperti berikut “Alam adalah sebahagian daripada kami, alam adalah syurga

bumi, cinta kepadanya adalah cinta jutaan bunga-bungaan, cinta kepadanya

cinta jutaan manusiawi.” Setiap huruf “a” itu menggambarkan asonansi.

Manakala epifora pula ialah pengulangan kata, frasa, beberapa kata pada

akhir baris atau beberapa kala pada akhir ayat yang juga berurutan dan

kebiasaannya terdapat di dalam puisi dan prosa. Sebagai contohnya, “Aku tidak

mahu. Benar-benar tidak mahu”.

Rima akhir ialah keadaan di mana susunan bunyi atau keselarasan huruf

yang menghasilkan bunyi yang sama pada huruf akhir atau kata akhir di dalam

sesuatu rangkap, iaitu yang terdapat dalam puisi seperti syair, gurindam, pantun.

Misalnya aaaa, abab, abcabc, aabb, abba dan selainnya. Contoh rangkap yang

memaparkan rima akhir 'abab' iaitu “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke

tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.”

12

Page 13: Pandangan Ahli Bahasa Barat Tentang Konsep Dan Bidang Linguistik

3.1.4 Gaya Bahasa Penyirnaan

Gaya bahasa penyirnaan atau pelesapan ialah bentuk bahasa yang

mengalami unsur pengguguran bunyi, suku kata, kata, frasa atau bahagian

ayatnya. Unsur yang terdapat dalam gaya bahasa penyirnaan ini antara unsur-

unsurnya ialah sinkof, afesis, akronim, apokop, elipsis dan aferisis.

Afesis ialah penyirnaan yang mana melibatkan pengguguran bunyi atau

kata pada awal ujaran atau huruf awal atau suku kata awal bagi sesuatu

perkataan. Contoh perkataan yang sering digugurkan ialah perkataan “hulu”,

menjadi “ulu”, dan “kamu” menjadi “mu” sahaja.

Akronim pula kata yang mengalami proses penyingkatan. Penyingkatan

ini adalah disebabkan oleh pengguguran huruf atau suku kata di dalam struktur

kata tertentu, sama ada hasil daripada cantuman dua atau lebih perkataan

sehingga akhirnya membentuk satu perkataan yang terdiri daripada satu atau

lebih suku kata.

Apokop pula ialah sejenis gaya bahasa penyirnaan yang mengalami

proses pengguguran huruf akhir, praakhir atau suku kata akhir bagi sesuatu

perkataan, contohnya “anakanda”, menjadi “anak”, sahaja.

3.1.5 Gaya Bahasa Pertautan

Menurut Nik Hassan Basri (2005), gaya bahasa pertautan ialah gaya

bahasa yang menghubungkan sesuatu yang memiliki ciri atau sifat tertentu

dengan yang lain. Antara gaya bahasa yang selalu dikelompokkan di dalam gaya

bahasa ini ialah gaya bahasa sinekdok, eufemisme, epitet, antonomasia,

eponim, metonimia dan alusi. Alusi merupakan pemerian yang membayangkan

atau merujuk sesuatu secara tidak langsung kepada sesuatu cerita. Contohnya,

gambar yang ditunjukkan itu mengembalikankenangan kita kepada peristiwa Mei

1969.

13

Page 14: Pandangan Ahli Bahasa Barat Tentang Konsep Dan Bidang Linguistik

Seterusnya, antonomasia pula melibatkan penggunaan jabatan,

kementerian dan gelaran tertentu seperti Dekan dan Guru Besar. Ciri yang

seterusnya ialah epitet yang menjadi keterangan atau frasa yang menggelarkan

atau merupakan suatu huraian yang menjelaskan atau menggantikan nama

sesuatu benda atau gaya bahasa. Contoh perkataan yang sering digunakan bagi

menggambarkan ciri ini ialah “Loceng pagi yang bersahut-sahut pada pagi itu di

rumah saya”. Loceng pagi itu sebenarnya menggambarkan ayam jantan yang

berkokok.

Eponim pula ialah sejenis gaya yang menggunakan nama seseorang

yang memiliki sifat tertentu dipakai di dalam ayat bagi menghubungkan sifat yang

dimilki oleh orang lain. Contoh ayat, “Perangai kamu ini seperti Pak Pandir”.

Metonimia pula digunakan bagi menjelaskan ciri atau nama seperti jenama dan

sebagainya. Ciri yang terakhir di dalam gaya pertautan adalah sinekdok.

Sinekdok membawa maksud perkataan yang disebut itu membawa maksud

sepenuhnya, walaupun perkataan separuh sahaja digunakan. Contohnya,

“Setelah mereka pergi dari rumah, batang hidung pun tidak nampak,”. Batang

hidung itu mewakili keseluruhan tubuhnya (Nik Hassan Basri, 2005).

14

Page 15: Pandangan Ahli Bahasa Barat Tentang Konsep Dan Bidang Linguistik

4.0 Keberkesanan Penggunaan Stilistik dalam Cerpen “REPUBLIK P-A-G-E”

Salah satu keberkesanan stilistik di dalam bahasa ialah pendedahan kepada

kepelbagaian gaya bahasa. Gaya ialah manipulasi penggunaan bahasa seperti

yang ingin dinyatakan penulisannya, sehingga menimbulkan kesan tertentu

kepada pembacanya. Gaya bahasa adalah hak penulis, gaya bahasa

dikelompokkan kepada 5 jenis iaitu iaitu gaya bahasa pengulangan, gaya bahasa

penyirnaan, gaya bahasa perbandingan, gaya bahasa pertautan dan gaya

bahasa pertentangan. Aspek gaya bahasa adalah amat penting bagi menjadikan

sesuatu karya lebih menarik dengan penggunaan gaya yang pelbagai.

Cerpen ‘REPUBLIK P-A-G-E” merupakan karya Aidil Khalid yang telah

dipaparkan di ruangan halaman kreatif akhbar Berita Harian bertarikh 18 Mac

2012. Aidil Khalid merupakan seorang penulis novel, sajak, cerpen dan skrip

drama radio. Cerpen ini memaparkan mengenai kelahiran seorang bayi yang

dilahirkan genius, boleh bercakap dalam bahasa Inggeris dan telah menarik

minat ramai orang terhadap isu tersebut. Walaupun isi penceritaan agak

mengarut bagi pandangan saya,kerana di luar pemikiran logik manusia namun

kelainan gaya bahasa yang dibawa oleh penulis membuatkan cerita ini agak

menarik.

Kelima-lima ciri stilistik iaitu jenis gaya bahasa digunakan di dalam penulisan

cerpen ini. Namun antara gaya bahasa yang banyak digunakan dalam cerpen ini

ialah gaya bahasa pengulangan. Gaya bahasa pengulangan ialah gaya bahasa

yang mengandungi unsur-unsur pengulangan bunyi, suku kata, kata, frasa, atau

bahagian ayat yang dianggap penting untuk menghasilkan kesan dan memberi

tekanan di dalam konteks yang sesuai. Ciri yang digunakan iaitu anafora,

asonansi, dan epifora. Anafora ialah pengulangan kata pada awal baris untuk

ayat-ayat yang berturut-turutan. Kebiasaannya, anafora dapat dilihat dalam

beberapa rangkap sajak atau syair.

15

Page 16: Pandangan Ahli Bahasa Barat Tentang Konsep Dan Bidang Linguistik

Namun dalam cerpen ini, penulis memperlihatkan ciri-ciri anafora dalam

penulisannya. Sebagai contohnya ;

“Dari segala apa yang dipakai, yang diucapkan, yang ditonton, yang dimakan,

yang dibaca, yang dipelajari, yang dipersembahkan bahkan yang difikirkan...”

“Ia tidak akan kelihatan baik. Ia tidak akan kelihatan cantik.”

“Keajaiban, ya bagaimanakah untuk menerangkan tentang keajaiban?-

kerana andai dapat diterangkan, maka tentulah tidak layak lagi digelar keajaiban,

Ciri-ciri anafora ini diperlihatkan dengan pengulangan kata ‘yang’ pada awal

ayat secara berurutan dan contoh yang kedua pula menunjukkan pengulangan

wujud pada frasa ayat “ia tidak akan kelihatan” dengan tujuan untuk menekankan

frasa tersebut kepada pembaca. Selain ciri anafora ini, ciri asonansi juga wujud

dalam cerpen ini, asonansi, pengulangan vokal pada setiap baris atau ayat yang

juga kebiasaannya juga berurutan.

Bayi genius dilahirkan! Misteri bayi berbicara! Bagai mukjizat Nabi Isa!

Contoh di atas menunjukkan kepada pembaca wujudnya pengulangan vokal ‘i’

pada rangkap tersebut.

Selain itu, pengulangan jenis epifora juga wujud, epifora, pengulangan

kata, frasa, beberapa kata pada akhir baris atau beberapa kala pada akhir ayat

yang juga berurutan. Contoh epifora yang diperlihatkan dalam cerpen ini ialah;

“...pasti akan terjaga kembali oleh deringan telefon, lagi dan lagi dan lagi

tanpa henti...”

Pengulangan ini dikatakan epifora kerana pengulangan kata ‘lagi’ pada

ayat tersebut sebanyak tiga kali. Cerpen ini juga memperlihatkan kewujudan rima

pada bait-bait syair pada penghujung cerpen. Rima juga adalah salah satu

daripada gaya bahasa pengulangan. Rima akhir ialah bunyi yang sama pada

huruf akhir atau kata akhir di dalam sesuatu rangkap. Juga dikatakan sebagai

16

Page 17: Pandangan Ahli Bahasa Barat Tentang Konsep Dan Bidang Linguistik

susunan bunyi atau keselarasan huruf pada akhir kata atau suku kata terakhir di

dalam sesuatu baris atau serangkap puisi.

...Hai muda arif budiman

Hasilkan kemudi dengan pedoman

Alat perahumu jua kerjakan

Itulah jalan membetuli insan...

Bait-bait syair di atas menunjukkan pengulangan bunyi yang sama pada

akhir ayat dalam setiap baris di mana contoh rangkap di atas yang memaparkan

rima akhir ‘aaaa’.

Selain daripada gaya bahasa pengulangan, cerpen ini juga

memperlihatkan gaya bahasa pertautan. Namun begitu, gaya bahasa

pengulangan yang diperlihatkan tidaklah sebanyak gaya bahasa pengulangan.

Antara jenis gaya bahasa pertautan adalah gaya bahasa antonomasia dan

eufemisme. Antonomasia adalah pertautan yang melibatkan jabatan,

kementerian dan gelaran tertentu. Contoh antonomasia yang diperlihatkan ialah

perkataan Tuan Tertinggi Republik, yang mana menunjukkan gelaran kepada

orang yang berjawatan tinggi pada republik tersebut.

Seterusnya gaya bahasa penyirnaan juga wujud dalam cerpen ini.

Penyirnaan, bentuk bahasa yang mengalami unsur pengguran bunyi, suku kata,

kata, frasa atau bahagian ayatnya. Antara unsur penyirnaan yang diperlihatkan

ialah akronim dan apokop. Akronim, penyingkatan disebabkan pengguguran

huruf atau suku kata dalam struktur kata tertentu. Di dalam cerpen ini terdapat

satu pembentukan akronim iaitu P-A-G-E yang mana singkatan kepada

Pemikiran, Angan-angan, Gaya Hidup dan English. Dalam cerpen ini juga

terdapat gaya bahasa apokop, iaitu sejenis gaya bahasa penyirnaan yang

mengalami proses pengguguran huruf akhir, praakhir, atau suku kata akhir bagi

sesuatu perkataan. Dalam cerpen ‘Republik P-A-G-E’ apokop dilihat pada satu

perkataan sahaja iaitu “anakanda” yang digugurkan huruf menjadi ‘anak’.

17

Page 18: Pandangan Ahli Bahasa Barat Tentang Konsep Dan Bidang Linguistik

Dalam cerpen ini juga terdapat gaya bahasa pertentangan jenis inversi.

Inversi ialah gaya bahasa pertentangan yang menfokuskan pembalikan kata-kata

atau frasa yang berbeza daripada susunannya yang lazim. Sebagai contoh,

lampu kamera bertubi memancar bertalu menembak. Selain itu, terdapat juga

gaya bahasa perbandingan jenis personifikasi di dalam cerpen ini. Personifikasi

ialah perlambangan sifat-sifat manusia yang diberikan kepada benda yang tidak

bernyawa atau sesuatu yang abstrak. Dalam cerpen ini, unsur personifikasi

dapat dilihat pada bait-bait syair,

...Hai muda arif budiman

Hasilkan kemudi dengan pedoman

Alat perahumu jua kerjakan

Itulah jalan membetuli insan...

Pemberian manusia kepada benda bukan hidup atau abstrak dilihat pada

perkataan kemudi, dan alat perahumu. Pada dasarnya ia dimaksudkan dengan

manusia atau anak. Di samping jenis gaya bahasa di atas yang ada, terdapat

juga gaya bahasa yang digunakan dalam bentuk simpulan bahasa. Aspek gaya

bahasa adalah amat penting bagi menjadikan sesuatu karya lebih menarik

dengan penggunaan gaya yang pelbagai. Gaya bahasa yang digunakan oleh

penulis dalam cerpen ini sudah cukup untuk menarik pembaca membaca hasil

penulisan penulis.

18

Page 19: Pandangan Ahli Bahasa Barat Tentang Konsep Dan Bidang Linguistik

5.0 Penutup

Kesimpulannya, linguistik secara pokoknya ialah pengkajian sains mengenai

bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian

sains yang lain. Menurut Abdullah Hassan (1984) linguistik ialah suatu sains

yang mengkaji bahasa. Secara umumnya juga linguistik merupakan satu bidang

yang mengkaji struktur bahasa dari aspek fonologi,morfologi, sintaksis dan

semantik.

Edward Sapir merupakan seorang tokoh yang terkemuka dalam linguistik

struktur Amerika pada awal abad ke-20 berpendapat bahawa linguistik tidak

terhenti pada struktur bahasa, tetapi juga meliputi kawasan budaya, sastera,

mitologi, dan agama. Edward Sapir juga mengkaji hubungan bahasa dengan

pemikiran manusia dari aspek psikologi (pemikiran manusia). Manakala

Ferdinand de Saussure pula telah mengetengahkan linguistik moden dan beliau

merupakan orang pertama yang mengemukakan dan menekankan peri

pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu secara

sinkronis dan diakronis. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa

tertentu. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh

bahasa serta perubahan-perubanan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut.

Dalam dapatan kajian mengenai linguistik, diketahui bahawa stilistik adalah

juga sebahagian daripadanya. Stilistik ini ialah kajian gaya yang digunakan

untuk menganalisis karya sastera. Secara mudahnya, dapat difahami bahawa

stilistik ini adalah gaya atau stail seseorang penutur atau penulis bahasa dalam

menyampaikan sesuatu mesej, maklumat, idea atau sebagainya. Terdapat

beberapa ciri stilistik yang diketengahkan iaitu gaya bahasa perbandingan,

pertautan, pertentangan, penyirnaan, dan perulangan. Melalui analisis cerpen

untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan stilistik ini dalam sesuatu

karya, pengetahuan mengenai ciri-ciri stilistik ini dapat diaplikasikan dalam

konteks perbezaan dan penggunaannya.

19