128
EKPLORASI ALAM KERJAYA PAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI) BAHAGIAN (A) 1.0 Pengenalan Kepada Kerjaya Yang Dipilih 1.1 Apa itu Perubatan Satu kerjaya dalam bidang perubatan adalah termasuk penjagaan atau rawatan bagi sesuatu kesakitan, keuzuran dan kecederaan. Ini adalah profesion kemanusiaan dan diklasifikasikan sebagai satu profesion yang mulia. Doktor memainkan peranan yang penting untuk keperluan hidup manusia sejagat dalam meningkatkan tahap kesihatan bangsa. Bidang Perubatan di Malaysia telah berkembang luas kepada banyak pengkhususan dan sekarang ia telah mencapai lebih dari 40 pengkhususan. Pembahagian tersebut adalah seperti berikut: Obstetrik dan Ginekologi Fisiologi Patologi Urologi Neorologi Urologi Anatomi Kardiologi Andrologi dan kesuburan Radiologi Radioterapi SMKASAS 2005 1

Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

BAHAGIAN (A)

1.0 Pengenalan Kepada Kerjaya Yang Dipilih

1.1 Apa itu Perubatan

Satu kerjaya dalam bidang perubatan adalah termasuk penjagaan atau rawatan

bagi sesuatu kesakitan, keuzuran dan kecederaan. Ini adalah profesion

kemanusiaan dan diklasifikasikan sebagai satu profesion yang mulia. Doktor

memainkan peranan yang penting untuk keperluan hidup manusia sejagat dalam

meningkatkan tahap kesihatan bangsa.

Bidang Perubatan di Malaysia telah berkembang luas kepada banyak

pengkhususan dan sekarang ia telah mencapai lebih dari 40 pengkhususan.

Pembahagian tersebut adalah seperti berikut:

Obstetrik dan Ginekologi

Fisiologi

Patologi

Urologi

Neorologi

Urologi

Anatomi

Kardiologi

Andrologi dan kesuburan

Radiologi

Radioterapi

SMKASAS 20051

Page 2: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Daripada bidang-bidang pengkhususan ini, ia terbahagi kepada beberapa

bahagian iaitu:

a) Perubatan

Penjagaan ke atas pesakit-pesakit yang tidak memerlukan pembedahan. Doktor

memeriksa pesakit, mendiagnosis keadaan pesakit dan memutuskan atau

membuat keputusan untuk membuat rawatan yang sesuai terhadap pesakit.

Terdapat pelbagai jenis pengkhususan yang berbeza dalam bidang perubatan

seperti paediatrik (penyakit kanak-kanak), reumatik (sakit sengal-sengal),

dermatologi (penyakit kulit) dan sebagainya.

b) Pembedahan

Sesetengah pesakit memerlukan pembedahan untuk merawat penyakitnya.

Pembedahan biasanya terpaksa dilakukan sekiranya penyakit tersebut tidak

dapat dirawat dengan ubat-ubatan yang diberikan. Sesuatu pembedahan yang

dijalankan biasanya hanya melibatkan bahagian yang tertentu sahaja dan hanya

spesifik kepada keadaan yang khusus. Contohnya, jika seseorang pesakit

mengalami masalah jantung, pembedahan hanya akan tertumpu kepada

bahagian jantung sahaja. Pakar bedah ialah pakar yang membantu dalam kerja

diagnosis yang dilakukan oleh doktor. Namun begitu, tanggungjawab mereka

lebih utama kepada pesakit sepenuhnya ketika sebelum, semasa, atau selepas

sesuatu pembedahan dijalankan.

SMKASAS 20052

Page 3: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

c) Diagnosis Penyakit

Adalah satu penyelidikan terhadap penyakit, punca sesuatu penyakit itu berlaku

dan kesan yang dihadapi oleh pesakit akibat daripada penyakit itu. Mereka yang

terlibat di dalam bidang penyelidikan ini dipanggil ahli patalogi. Ahli patologi

membantu para doktor dalam mendiagnosis dan mencadangkan rawatan yang

sewajarnya dijalankan ke atas pesakit.

Pengkhususan yang lain dalam perubatan termasuklah :

i) Pakar bius

Pakar bius bertanggungjawab sepenuhnya dalam pembedahan dan tugas

pengkhususannya adalah untuk memastikan berapakah kuantiti dos yang

diperlukan oleh setiap pesakit semasa pembedahan dijalankan. Ini kerana setiap

dos yang digunakan untuk seseorang pesakit dengan seorang pesakit yang lain

adalah berbeza. Mungkin juga semasa pembedahan, ada pesakit yang dibius

sepenuhnya iaitu langsung tidak sedarkan diri semasa pembedahan dilakukan.

Manakala ada sesetengah pesakit yang hanya dibius separa sedar iaitu pesakit

menyedari keadaan semasa ia dibedah tetapi tidak merasai sebarang

kesakitannya.

SMKASAS 20053

Page 4: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

ii) Radiologi

Tugas bagi Pakar Radiologi adalah beliau bertanggungjawab dalam

pengambilan dan pentafsiran gambar x-ray untuk mengenali sesuatu

penyakit yang dialami oleh seseorang pesakit. Berdasarkan gambar x-ray

tersebut, beliau dapat mengenalpasti sejauh mana sesuatu komplikasi penyakit

telah berlaku.

iii) Radioterapi

Radioterapi pula merupakan rawatan yang diberikan kepada pesakit kanser

secara rawatan radiasi. Pada kebiasaanya ia melibatkan rawatan komoterapi.

Selain daripada pakar yang diperlukan semasa sesuatu pembedahan dilakukan,

kelengkapan dan peralatan yang sempurna akan membantu dalam operasi

rawatan. Pakaian perlindungan luar merupakan satu kewajipan bagi mereka

yang terlibat di dalam operasi pembedahan sepanjang pembedahan tersebut

dijalankan. Ini amat penting bagi mengelakkan kehadiran kuman dan bakteria ke

dalam dewan pembedahan yang boleh menyebabkan berlakunya komplikasi

terhadap pesakit.

SMKASAS 20054

Page 5: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

1.1.1 Sejarah Kerjaya Obstetrik dan Ginekologi

Bidang perubatan dan pembedahan yang khusus dalam penjagaan wanita

sepanjang tempoh kehamilan sehingga bersalin, dan rawatan masalah kesihatan

reproduktif wanita. Bidang ini melibatkan semua cabang perubatan asas seperti

perubatan, surgeri, paedriatik, onkologi, dan kesihatan masyarakat. Semua

aspek kehidupan seorang wanita termasuk di dalam skop dan ruang lingkup

obstetrik dan ginekologi.1

Bidang obstetrik dan ginekologi bermula dari dua cabang yang berbeza.

Obstetrik ialah ilmu penjagaan wanita hamil yang telah lama menjadi dominasi

para bidan sejak berkurun-kurun lamanya. Namun catatan sejarah semasa

keagungan Empayar Islam menunjukkan terdapatnya pembabitan para tabib

dalam mencipta alat yang digunakan untuk memudahkan kelahiran bayi. Pada

kurun ke-17 pula pengamal perubatan Eropah mula menyambut kelahiran bayi

bagi kalangan kelas pertengahan dan bangsawan. Perkembangan seterusnya

menyaksikan penciptaan forseps asepsis yang diperkenalkan oleh Semmelweis.

Pada awal kurun ke-19, obstetrik menjadi satu disiplin perubatan asas di Eropah

dan Amerika Syarikat. Gabungan kedua-dua bidang obstetrik dan ginekologi

bermula di peringkat akhir kurun ke-19 dan terus berkembang sehingga hari ini.

1 Harlina Halizah Siraj, Ensiklopedia Sains dan Teknologi, Perubatan dan

Kesihatan, Dewan Bahasa & Pustaka, 2000. m/s 245

SMKASAS 20055

Page 6: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Kepentingan Obstetrik dan Ginekologi

Bidang ini penting terutamanya dalam aspek penjagaan antenatal atau semasa

hamil yang merupakan satu aspek penjagaan kesihatan primer. Penjagaan

kesihatan semasa hamil yang baik dapat mengurangkan risiko kematian ibu

semasa hamil dan semasa melahirkan bayi.2

Kemajuan sesebuah negara diukur melalui tinggi rendahnya kadar

kematian ibu mengandung, kadar kematian bayi baru lahir dan pranatal dalam

negara tersebut. Negara-negara maju dan membangun mempunyai kadar

kematian ibu mengandung yang sangat rendah dibandingkan dengan negara-

negara miskin dan mundur. Secara tidak langsung ia dapat memberikan

gambaran tentang status pemakanan, kesihatan, penjagaan kesihatan primer,

dan kestabilan politik sesebuah negara itu.

Malaysia mencatatkan kadar kematian ibu mengandung yang rendah

(purata 45 kematian setiap 100 000 kelahiran setahun) jika dibandingkan dengan

negara-negara jirannya di rantau Asia Tenggara. Kadar ini dijangka menurun

dengan peningkatan taraf ekonomi dan status pendidikan di kalangan rakyat.

________________________________________________________________

2 Harlina Halizah Siraj, Ensiklopedia Sains dan Teknologi, Perubatan dan

Kesihatan, Dewan Bahasa & Pustaka, 2000. m/s 245

SMKASAS 20056

Page 7: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

1.1.2 Pakar Sakit Puan

Ahli obstetrik ialah pakar yang bertanggungjawab terhadap wanita yang hamil

sehingga kelahiran anaknya. Ahli ginekologi pula bertanggungjawab dalam

bidang yang lain seperti perlindungan kesihatan pada organ reproduktif wanita.

Mereka juga merupakan ahli fizik yang terlibat dalam perubatan yang berkaitan

dengan pembedahan sistem reproduktif wanita.3 Oleh itu, mereka mempunyai

kepakaran yang khusus dalam bidang kehamilan, kelahiran bayi dan perkara-

perkara yang berkaitan dengan sistem tersebut.

Kerja-kerja yang akan dilakukan oleh Pakar Sakit Puan adalah melibatkan

aspek-aspek berikut :

mengatasi masalah kesihatan ibu dan kandungan

kehamilan

pengembangan (kontraksi) rahim semasa kelahiran

kelahiran bayi

penjagaan ‘pospatrum’

baka

kaunseling tentang baka

pengenalpastian penyakit sebelum kelahiran

3 Hajah Naniwati Abdullah, Haid Implikasi Kepada Kesihatan Wanita Dari

Perspektif Sains dan Islam, Usnie Sdn. Bhd., 2001 m/s 95

SMKASAS 20057

Page 8: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Pakar Sakit Puan juga terlibat dalam penjagaan kesihatan bahagian

wanita seperti buah dada, fungsi sosial, pengurusan gangguan hormon, dan

rawatan dalam pembedahan untuk membetulkan atau merawat organ pelvis dan

salur air kencing serta termasuk juga barah organ pembiakan.4 Pemeriksaan

untuk barah banyak ditunjukkan dan diperkenalkan oleh Pakar Perbidanan dan

Pakar Sakit Puan. Mereka juga bertanggungjawab dalam pemeriksaan dan ujian

untuk melihat masalah pesakit dan imunisasi. Oleh itu, sebelum menjadi Pakar

Sakit Puan, mereka perlulah mengikuti Ijazah Doktor Perubatan.

Ahli obstetrik dan ahli ginekologi mempunyai asas pengetahuan yang

tinggi dan boleh mengubah pengkhususan profesional mereka. Ahli obstetrik dan

ginekologi mempunyai kemahiran dalam perkara-perkara yang berikut :

Menentukan perubatan kronik dan akut,

Mengkaji sistem reproduktif remaja,

Masalah kelakuan,

Ketumbuhan (fibroid) atau kanser dalam uterus,

Endokrinologi iaitu endokrin glanel-kelenjar endokrin, kelenjar yang

menyalurkan bahan rembesan terus ke darah,

4 Mah Chee Wai, Master Studi Sasbadi SPM Biologi, Sasbadi Sdn.

Bhd. , Petaling Jaya, 2004. m/s 538

SMKASAS 20058

Page 9: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Penyelenggaraan atau pembelajaran ketika mengandung,

Masalah kemandulan,

Kehamilan dan kelahiran bayi,

Penjagaan kesihatan, dan

Gangguan sistem urinari

1.1.3 Ginekologi dan Onkologi

Pihak pengurusan akan mengambil berat terhadap pesakit yang

menghidapi penyakit kanser pada sistem reproduktifnya,

Memerlukan pengetahuan mengenai rawatan seperti kanser, diagnosis

penyakit serta kerumitan yang berkaitan dengan onkologi.

i) Kelenjar Pembiakan dan Kemandulan

Semua perkara yang berkaitan dengan pengurusan masalah berkaitan

kelenjar pembiakan dan kemandulan.

Cara mendiagnosis penyakit dan memberi rawatan terhadap kelenjar

pembiakan serta kemandulan.

SMKASAS 20059

Page 10: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

ii) Uroginekologi atau Pembedahan Pembinaan Semula Pelvis

Ia dikelaskan sebagai pembedahan khas.

Ia memerlukan kesihatan sistem urinari perempuan dan pembedahan

sebagai rawatan yang terbaik.

Pengetahuan yang mendalam mengenai pelvis, keadaan dan masalah

urinari, ketidakfungsian dinding pelvis dan pembedahan pembinaan

semula pelvis.

1.1.4 Eksplorasi Kerjaya Pakar Sakit Puan

Ekplorasi alam kerjaya ini tertumpu kepada salah satu kerjaya bidang perubatan

yang amat popular iaitu kerjaya sebagai Pakar Sakit Puan. Kerjaya ini

melibatkan pusat perubatan yang memberikan rawatan secara efektif kepada

para wanita yang menghidapi masalah-masalah yang berkaitan dengan sakit

puan. Eksplorasi alam kerjaya ini dilaksanakan dengan dua kaedah:

Kaedah 1

Kaedah ini dijalankan melalui rujukan buku-buku ilmiah, laman web, surat

khabar, brosur universiti dan lain-lain bahan yang berkaitan dengan kerjaya

Pakar Sakit Puan.

Maklumat yang diperolehi daripada kaedah ini termasuklah:

a) Prospek masa depan doktor dan pakar sakit puan di Malaysia

SMKASAS 200510

Page 11: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

b) Kelulusan dan latihan akademik / ikhtisas yang diperlukan

c) Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (dalam negara dan luar

negara) yang menawarkan pengajian bidang perubatan

d) Prosedur memohon kerja

e) Rampaiklan doktor perubatan dalam sektor swasta

Kaedah 2

Kaedah ini lebih berbentuk kepada lawatan dan tinjauan ke organisasi yang

terpilih untuk mendapat pengalaman sebenar sebagai Pakar Sakit Puan. Bagi

kaedah ini kami memilih seorang Pakar Sakit Puan di salah sebuah hospital

yang terbaik di Malaysia. Hospital tersebut iaitu Hospital Angkatan Tentera yang

terletak di Lumut, Perak.

Pakar Sakit Puan yang dikaji iaitu Dr. Hanifullah terlibat secara langsung

dalam bidang sakit puan seperti di dalam kes wanita bersalin, kemandulan,

sistem reproduktif wanita dan semua penyakit sakit puan. Antara maklumat-

maklumat penting yang diperoleh secara langsung daripada beliau melalui

temubual dan pemerhatian adalah seperti berikut :

a) spesifikasi pekerjaan dan etika kerja

b) skim gaji dan imbuhan

c) kemudahan kerja, risiko kerja, tekanan kerja, kepuasan kerja, nilai

kerja, gaya kerja dan gaya hidup

SMKASAS 200511

Page 12: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

d) gambar-gambar persekitaran tempat kerja

e) gambar-gambar peralatan pembedahan, dan peralatan rawatan untuk

sakit puan

SMKASAS 200512

Page 13: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

1.2 Lokasi Kerjaya Yang Dipilih

Gambar 1 : Laluan perjalanan dari SMKA Sultan Azlan Shah ke

Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut

SMKASAS 200513

SMKASAS

Page 14: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Gambar 2 : Hospital Angkatan Tentera Lumut

Hospital Angkatan Tentera, Lumut ini terletak di dalam kawasan Pangkalan

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak. Hospital ini terletak

berhampiran dengan kuarters perumahan tentera dan juga berhampiran dengan

Pangkalan Armada Tentera Laut.

Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia ini terletak kira-kira 28 kilometer

dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah, Seri Iskandar.

Perjalanan kami dari sekolah ke Pangkalan TLDM memakan masa selama

kurang dari 1 jam.

Hospital Angkatan Tentera Lumut ialah hospital yang ketiga Angkatan

Tentera Malaysia. Ia terletak di bawah tanggungjawab dan pentadbiran Bahagian

Perkhidmatan Kesihatan, Markas ATM. Dengan kapasiti 164 katil, 8 wad dan

pelbagai khidmat sokongan klinikal yang memenuhi keperluan kesihatan dan

perubatan Angkatan Tentera Malaysia bagi kawasan Utara Semenanjung

Malaysia. Hospital ini telah memberikan rawatan dan perkhidmatan kesihatan

berkualiti sejak awal 1996 dan akan terus berkhidmat sebagai suatu pusat

kecemerlangan bagi perkhidmatan perubatan tentera. Hospital ini berada di

bawah pimpinan Pegawai Memerintah Hospital, Brigadier Jeneral Dato’

Pahlawan (Dr) Abd Razak bin Md Yussof, serta dibantu oleh 41 pegawai dan 465

staf bantuan.

SMKASAS 200514

Page 15: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Visi

Sebagai sebuah Hospital Angkatan Tentera terulung di rantau ini dan menjadi

pusat kecemerlangan serantau di bidang perubatan ketenteraan.

Misi

Menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada Angkatan Tentera

Malaysia dengan penggunaan teknologi terkini, pendidikan perubatan berterusan

dan penyelidikan.

Memenuhi keperluan Angkatan Tentera Malaysia dan memberi perkhidmatan

perubatan melalui kepakaran profesional.

Menyediakan kerjaya dan persekitaran kerja yang terjamin, mencabar dan

memuaskan kepada segenap peringkat warga HAT Lumut.

Dasar Kualiti

Hospital Angkatan Tentera Lumut komited memberi perkhidmatan kesihatan

berkualiti sejajar dengan piawaian semasa kepada pelanggan, pesakit luar,

pesakit dalam, dan pemeriksaan kesihatan dan sentiasa memperbaikinya.

SMKASAS 200515

Page 16: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Jabatan Perkhidmatan

Perkhidmatan yang disediakan oleh HAT Lumut dibahagikan kepada khidmat

Perubatan, Bantuan Perubatan, Pergigian, Perawatan, Farmasi dan Perubatan

Bawah Air. Selain dari perkhidmatan asas seperti rawatan pesakit luar dan wad-

wad, HATL juga menawarkan pelbagai perkhidmatan bantuan klinikal dengan

kemudahan dan kelengkapan moden, termasuk 3 dewan bedah, 3 bilik bersalin

dan unit rawatan rapi.

SMKASAS 200516

Page 17: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

BAHAGIAN (B)

2.0 Hasil Kaji Selidik

2.1 Pengajian Dan Latihan Yang Ditawarkan

Seseorang Pakar Sakit Puan juga boleh meningkatkan kemahiran bekerja

dengan mengikuti beberapa program pengajian dan latihan yang dianjurkan oleh

badan atau organisasi yang menawarkan program-program latihan.

Antara pengajian dan latihan yang ditawarkan untuk Pakar Sakit Puan

adalah program yang ditawarkan oleh ‘American Board of Obstetrics and

Gynecologist (ABOG)’. Berikut adalah keterangan syarat-syarat kelayakan untuk

menyertai program yang dianjurkan:

Siswazah dari sekolah kedoktoran

Sempurna dalam program kediaman ahli obstetrik dan ginekologi

(sekurang –kurangnya 4 tahun sekali). Ia diiktiraf oleh Majlis Amerika

untuk Siswazah Pendidikan Perubatan (Graduate Medical Education)

Program terbahagi antara pembedahan, kaji rahim, kanser rahim dan

‘ultrasonography’

Pengalaman dalam peringkat rendah sekurang - kurangnya enam bulan

sekali terhadap pesakit dan mengambil berat terhadap tempat tinggal

pesakit, mengenal pasti sesuatu penyakit melalui tanda – tanda pada

faraj dan gelombang ultrasonic ‘transvaginal’

Latihan penambahan dalam melihat reaksi pesakit setiap tahun

SMKASAS 200517

Page 18: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Berkhidmat sebagai ketua semasa tahun akhir.

Lembaga Persijilan

Seseorang Pakar Sakit Puan dibenarkan untuk mengambil ujian pengesahan

yang diberi oleh (ABOG). Pakar Sakit Puan yang berjaya dalam ujian akan

dibenarkan untuk membuat pengesahan mengenai status dalam pembedahan

dan kaji rahim iaitu sesuatu yang diperlukan sebelum sesuatu perkara dapat

dibuat.

Latihan Sampingan

Terdapat empat latihan sampingan dalam bidang pembedahan dan bidang

ginekologi iaitu dalam aspek ketumbuhan pada sistem reproduktif wanita,

perubatan keibuan dan fetus, rawatan kelenjar pembiakan dan kemandulan

dalam pembinaan semula pelvis. Setiap latihan mempunyai peperiksaan

persijilan yang diuruskan oleh ABOG. Pengesahan utama dalam obstetrik dan

ginekologi adalah wajar jika bertepatan dengan syarat-syarat yang terkini.

Perakuan dan Kebenaran Rasmi, Persijilan Latihan Doktor Bedah

Doktor Bedah atau Pakar Sakit Puan (Gynecologist) mestilah melepasi universiti,

sekolah perubatan dan latihan dalam tempoh lima tahun hingga ke sepuluh

tahun pengalaman berkhidmat yang membolehkan mereka menjadi profesional.

Selepas menamatkan pengajian dalam bidang ginekologi, mereka akan

SMKASAS 200518

Page 19: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

mengambil ujian bertulis dan ujian lisan yang diiktiraf oleh ‘American Board of

Obtetrics and Gynecologists’ (ABOG).

SMKASAS 200519

Page 20: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

2.2 Institusi Pengajian Tinggi Awam Dan Institusi Pengajian Tinggi

Swasta

2.2.1 Institusi Pengajian Tinggi Awam

Laluan Ke Program Ijazah Perubatan

Rajah 1 menunjukkan laluan yang boleh diikuti oleh seorang pelajar lepasan

SPM yang ingin mengikuti pengajian Ijazah Perubatan.

Rajah 1: Laluan Ke Program Ijazah Perubatan

SMKASAS 200520

KELAYAKAN MINIMUM

SPMDAN

SETARAF

KELAYAKAN TAMBAHAN

IJAZAH

STPM

MATRIKULASI SAINS HAYAT

DIPLOMA PERUBATAN

DIPLOMA PERUBATAN (IPTA / IPTS)

Page 21: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Pakej Peringkat SPM

Pelajar Tingkatan 5 boleh memilih Pakej 1 atau Pakej 2 sebagai syarat asas

untuk ke Matrikulasi Sains Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pakej 1 (Dwipengkhususan)

Pakej Mata Pelajaran Wajib Mata Pelajaran Pilihan

Sains Tulen Sastera

Ikhtisas

Kecuali Sains Matematik, tambahan 2

atau 3 mata pelajaran

Sains Tulen, 1 atau 2

mata pelajaran Ikhtisas.

Pengajian Islam-Sains

Tulen

Kecuali Pendidikan Islam

dan Sains

Matematik Tambahan,

Bahasa Arab Tinggi, 2

mata pelajaran Pengajian

Islam, 2 atau 3 mata

pelajaran Sains Tulen

Jadual 1: Pakej SPM (Dwipengkhususan)

SMKASAS 200521

Page 22: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Pakej 2 (Ekapengkhususan)

Pakej Mata Pelajaran Wajib Mata Pelajaran Pilihan

Sains Tulen Kecuali Sains Matematik Tambahan, 2

atau 3 mata pelajaran

Sains Tulen

Jadual 2 : Pakej SPM (Ekapengkhususan)

Pakej Peringkat STPM

Pelajar lepasan SPM yang memasuki Tingkatan Enam perlu mengambil

kombinasi mata pelajaran berikut untuk melayakkan diri mengikuti program

Doktor Perubatan atau Ijazah Sarjana Muda Perubatan:

- Kimia

- Biologi

- Matematik T

- Matematik Lanjutan T

SMKASAS 200522

Page 23: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia

Pelajar lepasan SPM perlu mengikuti Matrikulasi Sains Hayat untuk melayakkan

mereka mengikuti bidang Ijazah Sarjana Muda Perubatan atau Doktor

Perubatan. [lihat lampiran] Syarat-syarat kemasukan ke matrikulasi pendidikan

adalah seperti berikut:

6C Bahasa Melayu

6C Bahasa Inggeris

6C Matematik

Dua 6C dalam mata pelajaran berikut:

- Matematik Tambahan

- Fizik

- Kimia

- Biologi

- Matematik Tambahan

SMKASAS 200523

Page 24: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Matrikulasi Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Bagi pelajar lepasan SPM yang ingin memasuki Ijazah Sarjana Muda

Pembedahan dan Perubatan di Universiti Islam Antarabangsa perlu mengikuti

Program Matrikulasi Perubatan di universiti tersebut.

Syarat Am:

- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia dan setaraf dengannya.

- Kepujian Bahasa Melayu.

- Kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam / Pendidikan Al-

Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah.

Syarat Khas:

- 4B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris

- 3B dalam mata pelajaran Biologi dan Kimia

- 4B dalam mata pelajaran Fizik, dan Matematik atau Matematik

Tambahan

SMKASAS 200524

Page 25: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

a) Universiti Malaya

Program Pengajian : Sarjana Muda Perubatan Dan Sarjana Muda

Pembedahan

Tempoh Pengajian :10 semester

Kelayakan :

Kelayakan Minimum Calon STPM Kelayakan Setaraf

MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI

Syarat Am Universiti :

1. Lulus SPM / setaraf dengan baik

2. Lulus dengan kepujian dalam

Bahasa Malaysia / Bahasa

Melayu di peringkat SPM / setaraf

3. Lulus dalam sekali peperiksaan

STPM dengan sekurang-

kurangnya:

i) Gred E dalam mata

pelajaran Pengajian Am /

Kertas Am

ii) Gred E dalam dua mata

pelajaran lain.

4. Mengambil Malaysian University

MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI

Syarat Am Universiti:

1. Lulus SPM/ setaraf dengan baik

2. Lulus dengan kepujian dalam

Bahasa Melayu / Bahasa

Malaysia di peringkat SPM /

setaraf

3. Mempunyai kelulusan Diploma

atau kelulusan lain yang diiktiraf

setaraf dengannya oleh Kerajaan

Malaysia dan diluluskan oleh

Senat Universiti.

4. Mengambil Malaysian University

English Test (MUET)

SMKASAS 200525

Page 26: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

English Test (MUET)

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

1. Lulus SPM /setaraf dalam

sekurang-kurangnya tiga mata

pelajaran berikut :

Biologi, Fizik, Kimia

(kelulusan Gred B dalam mata

pelajaran Biologi, Fizik dan Kimia

di peringkat STPM / setaraf boleh

diterima sebagai ganti kepada

kepujian mata pelajaran

berkenaan di peringkat SPM /

setaraf)

2. Lulus STPM / setaraf dalam sekali

peperiksaan dengan sekurang-

kurangnya :

i) Lulus Gred B dalam dua

mata pelajaran dalam

Biologi dan Kimia atau

Fizik.

ii) Lulus Gred E dalam

satu mata pelajaran

berikut :

Kimia / Fizik / Ekonnomi

/ Pengajian

Perniagaan /

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

-Tidak di buka-

SMKASAS 200526

Page 27: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Perakaunan /

Matematik /

Perkomputeran.

3. Lulus kertas amali bagi setiap

mata pelajaran.

Jadual 3 : Universiti Malaya - Syarat Kemasukan

SMKASAS 200527

Page 28: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

b) Universiti Kebangsaan Malaysia

Program Pengajian : Doktor Perubatan

Tempoh Pengajian : 10 semester

Kelayakan :

Kelayakan Minimum Calon STPM Kelayakan Setaraf

MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI

Syarat Am Universiti :

1. Lulus SPM / setaraf

dengan baik

2. Lulus dengan kepujian

dalam

Bahasa Melayu / Bahasa

Malaysia di peringkat SPM /

setaraf

3. Lulus dalam sekali

peperiksaan

STPM dengan sekurang-

kurangnya:

i) Gred E dalam mata pelajaran

Pengajian Am / Kertas Am

MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI

Syarat Am Universiti:

1. Lulus SPM/ setaraf dengan baik

2. Lulus dengan kepujian dalam

Bahasa Melayu / Bahasa

Malaysia di

peringkat SPM / setaraf

3. Mempunyai kelulusan Diploma

atau kelulusan lain yang diiktiraf

setaraf dengannya oleh Senat

Universiti dan

4. Mengambil Malaysian University

English Test (MUET)

SMKASAS 200528

Page 29: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

ii) Gred E dalam dua mata

pelajaran lain

dan

iii) Mengambil Malaysian

University English Test

(MUET)

Serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

1. Lulus sekurang-kurangnya Gred E

mata pelajaran Matematik T atau

Matematik Lanjutan T, Kimia dan

Biologi di peringkat STPM; atau

2. Lulus sekurang-kurangnya Gred E

mata pelajaran Matematik S,

Kimia dan Biologi di peringkat

STPM dan lulus sekurang-

kurangnya 3B mata pelajaran

Fizik di peringkat SPM.

Jadual 4 : Universiti Kebangsaan Malaysia - Syarat Kemasukan

SMKASAS 200529

Page 30: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

c) Universiti Putera Malaysia

Program Pengajian : Doktor Perubatan

Tempoh Pengajian :10 semester

Kelayakan :

Kelayakan Minimum Calon STPM Kelayakan Setaraf

MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI

Syarat Am Universiti :

1. Lulus SPM / setaraf dengan baik

2. Lulus dengan kepujian dalam

Bahasa Melayu / Bahasa

Malaysia di peringkat SPM /

Setaraf

3. Lulus dalam sekali peperiksaan

STPM dengan sekurang-

kurangnya:

i) Gred E dalam mata pelajaran

Pengajian Am / Kertas Am dan

MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI

Syarat Am Universiti:

1. Lulus SPM/ setaraf

dengan baik

2. Lulus dengan kepujian

dalam

Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia

di peringkat SPM / setaraf

3. Mempunyai kelulusan Diploma

atau kelulusan lain yang diiktiraf

setaraf dengannya oleh Kerajaan

Malaysia dan Senat

SMKASAS 200530

Page 31: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

ii) Gred E dalam dua mata

pelajaran lain

dan

4. Mengambil Malaysian University

English Test (MUET)

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Lulus sekurang-kurangnya Gred B mata

pelajaran Kimia dan sekurang-kurangnya

Gred B dua (2) daripada mata pelajaran

berikut pada peringkat STPM.

i) Fizik

ii) Biologi

iii) Matematik T / Matematik

Lanjutan

Universiti dan

4. Mengambil Malaysian University

English Test (MUET)

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

-Tidak dibuka-

Jadual 5: Universiti Putra Malaysia – Syarat Kemasukan

SMKASAS 200531

Page 32: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

d) Universiti Malaysia Sarawak

Program Pengajian : Doktor Perubatan

Tempoh Pengajian : 10 semester

Kelayakan :

Kelayakan Minimum Calon STPM Kelayakan Setaraf

MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI

Syarat Am Universiti :

1. Lulus SPM / setaraf dengan baik

2. Lulus dengan kepujian dalam

Bahasa Melayu / Bahasa

Malaysia di peringkat SPM /

setaraf

3. Lulus dalam sekali peperiksaan

STPM dengan sekurang-

kurangnya:

i) Gred E dalam mata pelajaran

MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI

Syarat Am Universiti:

1. Lulus SPM/ setaraf dengan baik

2. Lulus dengan kepujian dalam

Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia

di peringkat

SPM / setaraf

3. Mempunyai kelulusan Diploma

atau kelulusan lain yang diiktiraf

setaraf dengannya oleh Senat

Universiti dan

4. Mengambil Malaysian University

SMKASAS 200532

Page 33: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Pengajian Am / Kertas Am

ii) Gred E dalam dua

mata pelajaran lain

4. Mengambil Malaysian University

English Test (MUET)

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

1. Lulus dengan kepujian dalam Bahasa

Inggeris / Inggeris 1119 di peringkat

SPM

dan

2. Memperolehi sekurang-

kurangnya Gred C dalam mata

pelajaran Fizik / Matematik T/

Matematik Lanjutan T

English Test (MUET)

Serta

Tiada ambilan untuk lepasan

Diploma

Jadual 6 : Universiti Malaysia Sarawak –Syarat Kemasukan

SMKASAS 200533

Page 34: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

e) Universiti Teknologi MARA

Program Pengajian : Perubatan

Tempoh Pengajian : 10 semester

Kelayakan :

Kelayakan Minimum Calon STPM Kelayakan Setaraf

MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI

Syarat Am Universiti :

1. Lulus SPM / setaraf dengan baik

2. Lulus dengan kepujian dalam

Bahasa Melayu / Bahasa

Malaysia di peringkat SPM /

setaraf

3. Lulus dalam sekali peperiksaan

STPM dengan sekurang-

kurangnya:

MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI

Syarat Am Universiti:

1. Lulus SPM / setaraf dengan baik

2. Lulus dengan kepujian dalam

Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia

di peringkat SPM / setaraf

3. Mempunyai kelulusan Diploma

atau kelulusan lain yang diiktiraf

setaraf dengannya oleh Kerajaan

Malaysia dan diluluskan oleh

Senat Universiti dan

SMKASAS 200534

Page 35: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

4. Gred E dalam mata pelajaran

Pengajian Am /Kertas Am

5. Gred E dalam dua mata pelajaran

lain

6. Mengambil Malaysian University

English Test (MUET)

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

1. Lulus STPM / GCE A-Level

dengan lulus tiga (3) mata

pelajaran, Kimia, Biologi dan Fizik/

Matematik

dan

2. Lulus dalam mata pelajaran

Bahasa Inggeris dalam SPM /

SPM(V)

4. Mengambil Malaysian University

English Test (MUET)

serta

i) Matrikulasi Sains Hayat dengan

CGPA sekurang-kurangnya 3.90

atau

ii) Diploma daripada UiTM dalam

bidang Sains / Mikrobiologi atau

pencapaian dengan CGPA

sekurang-kurangnya 3.90

Jadual 7 : Universiti Teknologi MARA - Syarat Kemasukan

SMKASAS 200535

Page 36: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

f) Universiti Malaysia Sabah

Program Pengajian : Doktor Perubatan

Tempoh Pengajian : 10 semester

Kelayakan :

Kelayakan Minimum Calon STPM Kelayakan Setaraf

MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI

Syarat Am Universiti :

1. Lulus SPM / setaraf dengan

baik

2. Lulus dengan kepujian dalam

Bahasa Melayu / Bahasa

Malaysia di peringkat SPM /

setaraf

3. Lulus dalam sekali peperiksaan

STPM dengan sekurang-

kurangnya :

i. Gred E dalam mata

pelajaran Pengajian Am /

MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI

Syarat Am Universiti :

1. Lulus SPM / setaraf dengan

baik

2. Lulus dengan kepujian dalam

Bahasa Melayu di peringkat

SPM / setaraf

3. Mempunyai kelulusan Diploma /

kelulusan lain yang diiktiraf

setaraf dengannya oleh kerajaan

Malaysia dan diluluskan oleh

Senat Universiti

SMKASAS 200536

Page 37: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Kertas Am dan

ii. Gred E dalam dua mata

pelajaran lain

4) Mengambil Malaysian University

English Test (MUET)

Serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

1. Lulus dengan kepujian dalam

Bahasa Inggeris / Bahasa

Inggeris 1119 di peringkat SPM

2. Memperoleh keputusan baik

dalam Pngajian Am di peringkat

STPM dan tiga mata pelajaran

sains di peringkat prinsipal

3. Memperolehi sekurang-

kurangnya Gred C dalam mata

pelajaran Fizik / Matematik T /

Matematik.

4. Mengambil Malaysian University

English Test (MUET)

Jadual 8: Universiti Malaysia Sabah – Syarat Kemasukan

SMKASAS 200537

Page 38: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

2.2.2 Institusi Pengajian Tinggi Swasta

Berikut adalah beberapa Institut Pengajian Tinggi Swasta di Malaysia yang

menawarkan program Ijazah Doktor Perubatan [rujuk Jadual 9].

Institusi Pengajian Tinggi Swasta Kelayakan

Kolej Perubatan Pulau Pinang (PMC) STPM / A-Level, diutamakan subjek

Fizik, Kimia, Biologi, Matematik.

Minimum 6 subjek dalam GCE O-Level

atau SPM termasuk lulus sekurang-

kurangnya bagi subjek Bahasa Inggeris

dan Matematik.

Kolej Antarabangsa Sedaya SPM, lulus dengan baik dalam 6 subjek

STPM / A-Level, minimum 2B dan 1C

dalam sekurang-kurangnya 2 subjek

Sains / 1 subjek Sains dan 1 subjek

Matematik.

SMKASAS 200538

Page 39: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Universiti Perubatan Antarabangsa

(IMU)

STPM / A-Level-BBC (mana-mana 3

subjek Sains), Matrikulasi Australia –

80% agreget ; ER / UAL –85

Jadual 9 : Program Ijazah Doktor Perubatan IPTS di Malaysia

2.2.3 Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara

Berikut adalah beberapa Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara yang

menawarkan pengajian Ijazah Doktor Perubatan [rujuk Jadual 10]

Institusi Pengajian Tinggi Kelayakan

Institut Perubatan, Sains

dan Teknologi Asia

AIMST Found dalam Sains / Pra-perubatan India /

AIMST Pra-perubatan / Setaraf

Universiti Australia Barat,

Australia

A-Level / STPM / SAM / CPU / Setaraf

Universiti Adelaide,

Australia

A-Level / STPM / SAM / CPU / Setaraf

Universiti Melbourne,

Australia

A-Level / STPM / SAM / CPU / Setaraf

Universiti Queensland,

Australia

A-Level / STPM / SAM / CPU / Setaraf

SMKASAS 200539

Page 40: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Universiti Sydney, Australia A-Level / STPM / SAM / CPU / Setaraf

Universiti Newcastle,

Australia

A-Level / STPM / SAM / CPU / Setaraf

Universiti Tasmania A-Level / STPM / SAM / CPU / Setaraf

Universiti Calgary, Australia A-Level / STPM / SAM / CPU / Setaraf

Universiti Ontario Barat,

Australia

A-Level / STPM / SAM / CPU / Setaraf

Universiti Auckland, New

Zealand

A-Level / STPM / SAM / CPU / Setaraf

Universitas Sumatera

Utara, Indonesia

Tiga (3) Prinsipal di peringkat STPM atau

memperolehi PNGK 3.00 dalam mata pelajaran

Matematik dan Sains Tulen (Matematik, Matematik

Tambahan, Kimia, Fizik dan Biologi) di peringkat

Matrikulasi

Universiti Southampton,

United Kingdom

A-Level / STPM / SAM / CPU / Setaraf

Universiti Leeds, United

Kingdom

A-Level / STPM / SAM / CPU / Setaraf

Universiti Aberdeen,

Scotland, United Kingdom

A-Level / STPM / SAM / CPU / Setaraf

Kolej Perubatan Jefferson, A-Level / STPM / SAM / CPU / Setaraf

SMKASAS 200540

Page 41: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Amerika Syarikat

Universiti Liverpool,

England

A-Level / STPM / SAM / CPU / Setaraf

Universiti Manchester A-Level / STPM / SAM / CPU / Setaraf

Universiti Edinburgh,

England

A-Level / STPM / SAM / CPU / Setaraf

Universiti Strathclyde,

Glasgow, United Kingdom

A-Level / STPM / SAM / CPU / Setaraf

Universiti Kebangsaan

Ireland, United Kingdom

STPM / A-Level / Setaraf

Universiti Sheffield, United

Kingdom

STPM / A-Level / Setaraf

Kolej Perubatan Sheffield

ASEAN

STPM / A-Level / Setaraf

Jadual 10 : Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara

SMKASAS 200541

Page 42: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

2.3 Spesifikasi Pekerjaan dan Etika Kerja

2.3.1 Spesifikasi Pekerjaan

Berikut adalah spesifikasi pekerjaaan yang dipertanggungjawabkan kepada

seorang Pakar Sakit Puan :

a) Mengorganisasi, merancang dan mengurangkan risiko pembedahan

ataupun rawatan

a) Memberikan penyelesaian teknikal bagi isu-isu berkaitan dengan

pembedahan ataupun rawatan

b) Melatih dan memotivasi kumpulan teknikal untuk mencapai matlamat

operasi

c) Memajukan bahagian pengurusan untuk meningkatkan kualiti sesuatu

operasi dan pembaikan teknik rawatan

d) Melakukan kawalan rapi untuk menjamin kerja dan memastikan

keselamatan pesakit terjamin

SMKASAS 200542

Page 43: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

e) Memperbaiki teknik rawatan dan memberikan perubahan dan

pembaharuan dalam tugasan

f) Memberikan khidmat kaunseling kepada pesakit

g) Menyediakan dokumentasi ataupun rakaman sesuatu operasi

pembedahan kepada pihak pengurusan

h) Menyelaraskan sesuatu tugasan ataupun operasi pembedahan

i) Bekerjasama dengan jabatan lain untuk perkongsian idea

j) Menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan teknik rawatan yang lebih

efektif

2.3.2 Etika Kerja

a) Kualiti

Kualiti kerja adalah amat penting supaya sebarang rawatan yang dijalankan

mendapat sambutan yang menggalakkan dan mendapat pengiktirafan. Proses

rawatan dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi amat perlu pada kadar yang

mampu. Antara etika yang perlu diikuti ialah:-

Mencari dan mendengar komen pesakit tentang proses rawatan

Sekiranya terdapat pesakit yang tidak berpuas hati dengan proses

rawatan yang dijalankan, pihak hospital perlulah mendengar komen

SMKASAS 200543

Page 44: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

pelanggan dan menghormati pendapat mereka. Baik pulih proses rawatan

perlulah dilakukan dengan segera.

Mengutamakan permintaan pesakit mengikut kemampuan

Segala permintaan pesakit perlulah diutamakan. Permintaan dan

kehendak pesakit hendaklah dipenuhi dengan kadar yang mampu serta

dilakukan secara teratur dan terurus.

Melayan pesakit secara bersopan santun

Setiap pesakit yang datang ke hospital perlulah dilayan dengan sopan-

santun. Melalui cara ini,ia dapat mewujudkan rasa hormat-menghormati

antara pesakit dengan kakitangan hospital. Selain itu, pesakit dan

pengunjung juga dapat merasa lebih selesa dengan perkhidmatan yang

disediakan.

Memperbaiki perkhidmatan pesakit dan proses rawatan secara

bersistematik dan berterusan

Semua kritikan pelanggan terhadap perkhidmatan hospital hendaklah

diperbaiki secara bersistematik. Kritikan ini perlulah diperbaiki secara

berterusan supaya kualiti hospital berada pada tahap yang terbaik.

SMKASAS 200544

Page 45: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

b) Bersama berusaha

Para pekerja perlulah bersatu hati dalam melakukan sebarang tugasan untuk

membentuk sebuah situasi yang lebih memberangsangkan dalam melakukan

sesuatu pekerjaan yang berkualiti. Sikap bersama berusaha amat penting untuk

mencapai misi pihak hospital dan menggalakkan semangat bekerjasama. Semua

kakitangan hospital perlulah:-

Menjalankan tugasan seperti di institusi perubatan sendiri

Jika seseorang pekerja dapat menjalankan tugas dengan menganggap

sebuah hospital itu seperti hak miliknya sendiri, para pekerja akan menjadi

lebih rajin dan bersungguh-sungguh dalam memajukan perkhidmatan

hospital tersebut demi masa depan mereka sendiri.

Mengambil inisiatif untuk menyiapkan sesuatu perkara

Sekiranya pihak hospital menghadapi sebarang kesulitan, contohnya dari

segi pengurusan perubatan, peralatan, kemudahan hospital dan kualiti

SMKASAS 200545

Page 46: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

proses rawatan, para pekerja perlulah mengambil inisiatif yang sepatutnya

untuk memperbaiki kesilapan itu.

Mengambil hak ke atas tanggungjawab dan tugas kerja

Sikap bertanggungjawab dalam menjalankan kerja adalah penting untuk

menaikkan lagi mutu hospital. Para pekerja perlulah bersama-sama

memainkan peranan dan memberikan komitmen yang baik dalam

menjalankan tugas.

Sanggup menghadapi cabaran supaya menjadi hospital terbaik dunia

Sekiranya terdapat sebarang masalah atau komplikasi di hospital, para

pekerja perlulah sentiasa bersedia dan sanggup menghadapinya dengan

tabah. Sikap ini dapat meningkatkan kualiti kerja dan sekaligus

menjadikan hospital tersebut sebagai sebuah hospital yang terbaik di

dunia.

Mengembara untuk mencari peluang untuk membaiki proses

perkhidmatan perubatan

SMKASAS 200546

Page 47: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Para pekerja perlulah terus menambah ilmu dan terus mengembara untuk

mencari kekurangan yang terdapat pada proses perkhidmatan perubatan.

Cara ini dapat menambah kecekapan para pekerja dalam memperbaiki

proses rawatan kepada pesakit.

c) Sumber kemanusiaan

Sumber kemanusiaan amat penting untuk menghasilkan sesuatu teknik rawatan

yang efektif. Proses rawatan tersebut berdasarkan intipati dalam pengurusan

yang cemerlang. Antara etika yang boleh dijadikan panduan ialah:-

Kebajikan antara pekerja dan rakan sekerja adalah tanggungjawab

pihak kerajaan ataupun pihak pengurusan

Kerajaan telah menyediakan cuti, bonus, dan gaji yang berpatutan kepada

para pekerja. Bagi pekerja yang menghadapi masalah khas, mereka akan

diberikan cuti khas yang sepatutnya.

Cuba menjadikan warga yang terlatih dan menjadi pelatih

Bagi pekerja yang menjadi pakar dalam merawat sesuatu penyakit,

mereka seharusnya mengajar ilmu yang dipelajari supaya tiada kesilapan

yang akan terjadi dalam proses rawatan kepada pesakit.

SMKASAS 200547

Page 48: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Mendengar dan menghormati pandangan orang lain

Para pekerja hendaklah mendengar dan menghormati pandangan

daripada pihak pesakit. Ini akan dapat memperbaiki kualiti proses dan

kaedah yang digunakan untuk merawat pesakit supaya lebih efektif.

Perbincangan dan perundingan

Semasa perbincangan dan perundingan antara para pekerja dalam

melaksanakan tugas, pelbagai nilai murni dapat diperolehi. Hal Ini kerana

rundingan adalah cara yang terbaik untuk mengenal pasti tahap

kemantapan teknik memberikan rawatan kepada pesakit.

d) Keharmonian

Keharmonian amat penting untuk memastikan setiap orang mempunyai

keazaman dan kesungguhan dalam setiap pekerjaan yang memerlukan masa

dan tenaga dari kemewahan untuk semua. Etika yang boleh dijadikan panduan

adalah seperti berikut:-

Hubungan antara pesakit dan doktor

Para pekerja perlu mewujudkan hubungan yang baik terutama kepada

doktor dan pesakit. Kebajikan pesakit adalah matlamat utama. Termasuk

SMKASAS 200548

Page 49: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

dalam hubungan ini ialah kewajipan doktor untuk menghormati para

pesakit, rakan sekerja, dan lain-lain profesional dalam bidang perubatan.

Penghormatan kepada individu pesakit adalah penting untuk mereka

memilih pilihan mereka sendiri tentang penjagaan kesihatan asasi

mereka.

Menghubungkan idea sendiri dengan idea orang lain (penggabungan

idea)

Penggabungan idea antara para doktor pakar dan para pekerja dapat

mewujudkan keharmonian hidup dan saling mempercayai antara satu

sama lain.

Pemberian maklumat, sokongan dan bantuan kepada rakan sekerja

supaya berjaya

Sikap saling bantu-membantu antara para pekerja dengan memberikan

sokongan dan maklumat tambahan dapat mewujudkan keharmonian

antara mereka.

Belajar daripada orang lain dan membina pencapaian

SMKASAS 200549

Page 50: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Setiap pekerja perlulah meningkatkan pencapaian dalam bidang kerja.

Peningkatan dari segi cara kerja dapat dipelajari antara satu sama lain

dan ini akan mewujudkan keharmonian dalam keluarga sekerja.

Mengekalkan kedudukan hospital di hadapan

Melalui keharmonian, persefahaman dapat diwujudkan dan para pekerja

akan melaksanakan tugasan secara profesional. Melalui cara ini,

kedudukan hospital dapat dikekalkan di hadapan.

e) Progresif (kemajuan)

Sifat progresif amat penting untuk memperbaiki operasi yang telah ada. Para

pekerja perlulah menjadi lebih beretika dengan melakukan kaedah-kaedah

berikut:-

i) Pengendalian doktor dan latihan

Pakar Sakit Puan haruslah mengetahui garisan sempadan antara mereka

dan pesakit, kecekapan dan kepakaran khas yang mereka punyai harus

dibekalkan dengan khidmat dan teknik yang sesuai kepada mereka yang

berpengetahuan tinggi dan berpengalaman.

SMKASAS 200550

Page 51: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Ketika waktu kecemasan, rawatan kesihatan tidak perlu ada garis

sempadan atau halangan untuk merawat pesakit tersebut. Pakar Sakit

Puan perlulah berhati-hati dan mengambil tindakan berjaga-jaga yang

sesuai untuk melindungi kebajikan pesakit.

Pakar sakit puan tidak seharusnya melibatkan diri mereka dalam apa-apa

bentuk penipuan, penyalahgunaan atau tipu helah kepada pesakit, rakan

sekerja dan Pakar Sakit Puan yang lain mahupun kepada umum.

Pakar Sakit Puan perlulah memperbaiki perkhidmatan melalui

pembelajaran yang berterusan. Setiap Pakar Sakit Puan

bertanggungjawab untuk sentiasa memperbaiki dan memperbaharui cara

atau kaedah kerja bagi memastikan kemajuan dalam setiap pekerjaan

yang dilakukan.

Pakar Sakit Puan haruslah menerima perubahan, penukaran sementara

dan selerakan semula, seperti peluang. Semua pekerja perlulah berfikiran

positif dalam menerima perubahan dan penukaran dalam proses kerja. Ini

dapat meningkatkan kemajuan dan mutu rawatan yang dilakukan.

Perkongsian hak milik amat perlu untuk kemajuan kerjaya. Barang-barang

hak milik pekerja perlulah dikongsi bersama pekerja lain. Ini dapat

mewujudkan sikap tolong-menolong dan para pekerja dapat

meningkatkan kemajuan dalam kerjaya mereka.

SMKASAS 200551

Page 52: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

ii) Perkara Konflik

Doktor harus sedar mengenai situasi sesuatu keadaan dan bertindak

pantas secara efektif jika berlaku sebarang komplikasi. Sesuatu perkara

konflik ini harus diselesaikan dengan minat yang terbaik di kalangan

pesakit dan menghormati wanita untuk membuat keputusan penjagaan

kesihatan mereka sendiri. Doktor juga harus memberikan pendedahan

kepada pesakit melalui pemulihan awam dalam perkara konflik ini bagi

menjaga polisi kesihatan hospital.

Pakar Sakit Puan menerima sebarang pengiktirafan berdasarkan

kepatuhannya dalam melaksanakan tugasan secara beretika.

Pakar Sakit Puan perlulah menentukan cara penggunaan dadah ataupun

ubat-ubatan, peralatan perubatan yang hanya sebagai asas perubatan

dan keperluan pesakit serta memastikan setiap minat para pesakit dan

faedah yang diperolehi daripada ilmu perubatan itu.

f) Tanggungjawab Kemasyarakatan

Dorongan dan Galakan

Pakar Sakit Puan haruslah memberikan galakan dan turut serta dalam

program penjagaan kesihatan, latihan dan aktiviti yang memberi

sumbangan positif iaitu bermakna dan efektif untuk kebajikan seseorang

pesakit, sistem penjagaan kesihatan atau kebajikan orang ramai.

SMKASAS 200552

Page 53: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Kejujuran

Pakar Sakit Puan tidak seharusnya menyebarkan sesuatu perkara yang

salah. Mereka perlu membuktikan sesuatu perkara yang benar

berdasarkan pengetahuan dan pengalaman mereka. Pakar Sakit Puan

juga tidak seharusnya memberikan gambaran yang salah tentang

seseorang pesakit dan polisi perubatan sesebuah hospital itu.

Hujah Yang Relevan

Sebelum memberikan keterangan lisan atau bertulis untuk membuktikan

sesuatu, contohnya seperti di mahkamah, Pakar Sakit Puan perlulah

mengulas dan mempertimbangkan semula sesuatu kes tersebut melalui

fakta perubatan ataupun fakta-fakta lain yang berkaitan dengan maklumat

tersebut.

2.4 Skim Gaji Dan Imbuhan

2.4.1 Gaji dan Bonus Pegawai Perubatan Klinikal ( Doktor Perubatan)

Gaji Doktor Perubatan Gred 41 adalah dari RM1,738.43 hingga RM4,107.61

sebulan pada peringkat dan tahun yang pertama. Manakala, gaji permulaannya

pula adalah sebanyak RM2,137.73 sebulan. Gaji Pakar Perubatan Gred U47

pula adalah dari RM3,853.51 hingga RM5,115,54 sebulan.

SMKASAS 200553

Page 54: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Gaji seorang doktor perubatan adalah lumayan berbanding dengan kerjaya lain.

Jadual 11 menunjukkan perbandingan gaji permulaan di antara kerjaya sebagai doktor

perubatan dengan kerjaya lain mengikut gred yang ditawarkan oleh badan kerajaan.

(Sumber : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)

Nama Jawatan Gred Gaji Mula

Akauntan W41 RM2,039.72

Arkitek J41 RM1,975.59

Jurutera J41 RM1,815.87

Pegawai Farmasi U41 RM1,738.43

Doktor Perubatan U41 RM2,137.73

Doktor Pergigian U41 RM1,978.01

Pegawai Sistem Maklumat F41 RM1,811.03

Peguam L41 RM1,729.96

Jadual 11 : Perbandingan Gaji mengikut Kerjaya dan Gred

Gaji permulaan bagi pegawai graduan berpangkat leftenan atau setaraf dalam

organisasi tentera adalah seperti berikut:

Diploma : RM1,030.00

Ijazah Am : RM1,140.00

Ijazah Kepujian : RM1,215.00

SMKASAS 200554

Page 55: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Berikut pula adalah perbandingan gaji Doktor Perubatan dalam organisasi tentera dengan

jawatan-jawatan yang lain:

Kategori Pegawai Tugas Ikhtisas Gaji (RM)

Perubatan / Pergigian

Doktor Perubatan (Kapten dan Mejar)

Doktor Pergigian (Kapten dan Mejar)

Pembantu Veterinar (Kapten dan Mejar)

Pegawai Farmasi (Kapten dan Mejar)

RM1,779.00 – RM3,647.00

RM1,581.00 – RM3,647.00

RM1,164.00 - RM3,584.00

RM1,164.00 – RM3,584.00

Kejuruteraan

Kejuruteraan (Kapten dan Mejar) RM1,447.00 – RM3,639.00

Jadual 12 : Perbandingan Gaji Doktor Perubatan dalam Organisasi Tentera

dengan Jawatan-jawatan Lain

Jika dibandingkan pula gaji doktor perubatan dalam sektor awam dengan sektor

swasta, didapati gaji doktor perubatan dalam sektor swasta lebih tinggi. Jadual

SMKASAS 200555

Page 56: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

menunjukkan gaji permulaan doktor perubatan sektor kerajaan dan sektor

swasta [Sumber : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam].

Institusi Pekerjaan Gaji Permulaan Yang Ditawarkan

Sektor Kerajaan RM2,137.73

Sektor Swasta RM3,513.83

Jadual 13 : Perbandingan Gaji Doktor Perubatan di antara Sektor Kerajaan dan

Sektor Swasta

Gaji yang ditetapkan untuk Pakar Sakit Puan pula bertambah mengikut

bilangan tahun beliau berkhidmat dan mengikut peringkat-peringkat tertentu.

Berikut pula adalah jadual gaji yang telah ditetapkan untuk Pakar Gred U52:

T2 T3 T4 T5 T6 T7 T8

P1 4521.43 4701.72 4882.01 5062.30 5242.59 5422.88 5603.17

P2 4947.35 5142.16 5336.97 5531.78 5726.59 5921.40 6116.21

Jadual 14 : Gaji Pakar Sakit Puan dalam Sebulan Mengikut Bilangan Tahun

Perkhidmatan Dan Peringkat Perkhidmatan

SMKASAS 200556

Page 57: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Bonus pula adalah dikira sebanyak sebulan gaji setahun dalam sektor

kerajaan. Bonus ini tidak semestinya diterima setiap tahun tetapi ia akan

diberikan mengikut budi bicara pihak kerajaan. Namun sejak beberapa tahun

kebelakangan ini, pihak kerajaan telah memberikan bonus kepada pegawai

kerajaan pada setiap tahun.

2.4.2 Kemudahan Perubatan

Rawatan perubatan diberikan secara percuma kepada semua pegawai kerajaan

serta ahli keluarga tanpa dihadkan mengikut syarat-syarat atau bilangan tahun

perkhidmatan. Setiap pegawai kerajaan yang menerima kemudahan perubatan

ini tidak perlu membayar balik segala perbelanjaan perubatannya sekiranya

mereka mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Manakala bagi Doktor Pakar,

mereka akan mendapat kemudahan khas yang lebih istimewa berbanding

dengan pegawai kerajaan yang lain.

2.4.3 Elaun Perumahan

Pinjaman perumahan diberikan kepada sesiapa pegawai perubatan kerajaan

yang ingin membuat permohonan. Permohonan pinjaman ini akan diambil kira

mengikut gaji pemohon dalam setahun. Namun begitu, jumlah elaun yang

diterima oleh Doktor Perubatan dan Doktor Pakar Perubatan dalam sebulan

adalah berbeza. Berikut adalah jumlah elaun yang diterima oleh Doktor

Perubatan dan Doktor Pakar Perubatan:

SMKASAS 200557

Page 58: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Doktor Perubatan : RM165.00 sebulan

Doktor Pakar Perubatan : RM700.00 sebulan

2.4.4 Pinjaman Kenderaan

Pinjaman kenderaan juga diberikan kepada pegawai kerajaan yang ingin

membuat permohonan. Permohonan pinjaman ini juga akan diambil kira

mengikut gaji pemohon dalam setahun.

2.4.5 Biasiswa

Biasiswa diberikan kepada pegawai kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke

peringkat yang lebih tinggi dan juga biasiswa untuk menghadiri atau mengikuti

sesuatu latihan kepakaran. Biasiswa yang diterima oleh Dr Hanif adalah seperti

berikut:

Biasiswa Persekutuan untuk latihan mahasiswa Perubatan

Biasiswa ‘Armed Forces’ untuk latihan kepakaran

2.4.6 Insurans Kemalangan

Insurans kemalangan tidak diberikan kepada semua pegawai kerajaan. Oleh itu,

mereka perlu mendapatkan insurans daripada agensi-agensi insurans.

2.4.7 Kemudahan Cuti

SMKASAS 200558

Page 59: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Seseorang pegawai kerajaan boleh diberi cuti-cuti berikut kerana perkhidmatan

yang melayakkan:

(i) cuti rehat

(ii) cuti separuh gaji

(iii) cuti tanpa gaji

Cuti Rehat

Cuti rehat bagi sesuatu tahun boleh diambil bila-bila masa sahaja dalam tahun

itu. Kuasa yang boleh meluluskan cuti rehat ialah Ketua Jabatan, melainkan

dalam hal-hal pengumpulan cuti rehat luar biasa yang akan diluluskan oleh

Kuasa Tertentu. Kadar cuti seseorang pegawai itu berkelayakan adalah

mengikut maksima tangga gaji dan lama perkhidmatan. Masa yang paling lama

bagi cuti rehat adalah selama 35 hari setahun.

Cuti Separuh Gaji

Kuasa tertentu boleh meluluskan cuti separuh gaji kepada pegawai-pegawai

atas hal-hal yang berikut sahaja:

(i) Dibatalkan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil.

9/91

(SSB).

(ii) Sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat

kepada

Pegawai.

SMKASAS 200559

Page 60: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Kadar cuti separuh gaji yang boleh diluluskan ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-

tiap genap tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak boleh melebihi 180

hari.

Cuti Tanpa Gaji

Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti tanpa gaji kepada pegawai-pegawai atas

sebab-sebab persendirian yang mustahak. Jumlah cuti yang boleh diluluskan

ialah sebanyak 360 hari. Pemberian cuti tanpa gaji hendaklah mengikut

peraturan-peraturan seperti di (a) dan (b).

(i) Syarat minimum layak memohon Cuti Tanpa Gaji Perintah Am 14 (a)

dan (b) diselaraskan kepada 6 bulan perkhidmatan yang melayakkan

sahaja.

(ii) Baki Cuti Tanpa Gaji yang belum diambil boleh digunakan selagi tidak

mencapai had maksimum yang dibenar berasaskan perkhidmatan

yang melayakkan.

(a) Urusan sendiri di dalam Malaysia

Cuti tanpa gaji kerana urusan sendiri di dalam Malaysia boleh diluluskan apabila

pegawai itu telah genap berkhidmat tidak kurang daripada 6 bulan dan telah

mengambil semua cuti rehat yang ia berkelayakan.

SMKASAS 200560

Page 61: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

(b) Urusan sendiri di luar Malaysia

Cuti tanpa gaji kerana urusan sendiri di sesebuah negeri di luar Malaysia boleh

diluluskan bila pegawai itu mempunyai perkhidmatan terus menerus tidak kurang

daripada enam bulan dan dia telah mengambil semua cuti rehat yang ia

berkelayakan. Cuti ini tidak boleh diambil sekali lagi sehingga selepas empat

tahun cuti yang pertama itu. Pegawai juga adalah layak untuk mengambil baki

cuti tanpa gaji selagi tidak mencapai had maksimum.

Selain cuti rehat tersebut, setiap pegawai diberikan cuti –cuti atas sebab

perubatan. Cuti-cuti atas sebab-sebab perubatan adalah seperti berikut:

(i) Cuti sakit : 90 hari

(ii) Cuti sakit lanjutan : 90 hari

(iii) Cuti pemulihan dan cuti kuarantin : Sehingga tempoh kuarantin tamat

(iv) Cuti isteri bersalin : 7 hari

(v) Cuti kecederaan : Sehingga kecederaan sembuh

(vi) Cuti tibi, kusta dan barah : Disahkan jika diyakini akan sembuh

Maksima cuti sakit yang boleh diberikan kepada pegawai-pegawai

kerajaan adalah tidak melebihi 90 hari dalam setahun. Sebarang cuti yang

diperlukan lebih daripada ini hendaklah diluluskan oleh Kuasa Tertentu yang

boleh memberi tidak lebih daripada 90 hari lagi cuti sakit.

SMKASAS 200561

Page 62: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

2.4.8 Elaun Tugas Atas Panggilan (On Call)

Sebagai seorang pegawai perubatan, seorang doktor itu tidak terlepas daripada

tugas atas panggilan. Dr. Hanif mendapat elaun tugas atas panggilan (on call).

Elaun ini diberikan mengikut bilangan jam seseorang doktor itu menjalankan

tugasnya.

2.4.9 Elaun Insentif Perkhidmatan Kritikal

Elaun ini hanya diterima oleh pegawai yang berkhidmat dalam bidang Perubatan

iaitu Doktor Perubatan dan Doktor Pakar Perubatan. Elaun ini diberikan mengikut

taraf dan pangkat kakitangan tersebut. Elaun yang diterima oleh Doktor

Perubatan dan Doktor Pakar Perubatan dalam sebulan adalah sama jumlahnya

iaitu sebanyak RM500.00 sebulan.

2.4.10 Elaun Perkhidmatan

Elaun perkhidmatan hanya diterima oleh Doktor Perubatan iaitu sebanyak

RM170.00 sebulan.

2.4.11 Elaun Kepakaran

Elaun kepakaran pula hanya diberikan kepada Doktor Pakar Perubatan iaitu

sebanyak RM1,700.00 sebulan.

2.4.12 Elaun Pakaian Seragam Pegawai

SMKASAS 200562

Page 63: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Bagi Dr. Hanif yang berkhidmat sebagai Pakar Sakit Puan dalam organisasi

Angkatan Tentera Malaysia, selain mendapat elaun yang diberikan oleh pihak

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, beliau juga menerima elaun yang diberikan

oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia seperti anggota tentera yang lain. Elaun-

elaun yang diberikan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia adalah seperti elaun

pakaian seragam pegawai. Elaun pakaian seragam pegawai ini diberikan untuk

menyediakan pakaian beruniform tentera. Jumlah elaun yang diterima adalah

seperti berikut:

Semasa ditauliahkan : RM400.00

Elaun Pakaian : RM250.00 setahun

Elaun Pakaian Istiadat : RM750.00 setiap tiga tahun

2.4.13 Bayaran Insentif Penerbangan Tentera

Bayaran ini diberikan kepada semua pegawai tentera pada setiap bulan

mengikut kelayakan dan pangkatnya. Berikut adalah jumlah bayaran yang

diberikan kepada pegawai tentera mengikut kelayakan dan pangkat:

Briged Jeneral ke atas : RM1,100.00

Kapten ke Kolonel : RM1,500.00

Leftenan : RM1,000.00

Leftenan Muda : RM800.00

Pelatih : RM300.00

Sarjan ke Pegawai Waran I: RM400.00

SMKASAS 200563

Page 64: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

2.4.14 Elaun Perjalanan Ke Tempat Bertugas

Elaun ini juga diberikan kepada pegawai tentera dan askar laskar pada setiap

bulan. Nilai maksimum elaun yang diterima oleh pegawai tentera adalah

sebanyak RM80.00 sebulan dan bagi askar laskar pula adalah sebanyak

RM50.00 sebulan.

2.4.15 Bayaran Insentif Tugas Ikhtisas

Bayaran yang diterima oleh pegawai tentera ini adalah di antara RM100.00

hingga RM120.00 sebulan.

2.4.16 Bayaran Insentif Teknikal Tentera

Bayaran ini diberikan kepada pegawai tentera mengikut kadar tertentu iaitu

mengikut Kadar A, sebanyak RM100.00 sebulan dan mengikut Kadar B pula

adalah sebanyak RM40.00 sebulan.

2.4.17 Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal

Bayaran ini diberikan kepada semua pegawai tentera pada setiap bulan

mengikut kelayakan dan pangkatnya :

Kapten ke atas : 5% daripada gaji pokok

Leftenan ke bawah : 10% daripada gaji pokok

SMKASAS 200564

Page 65: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Elaun-elaun lain adalah mengikut kelayakan. Elaun berikut adalah :

Pangkat Tangga Gaji (RM) Imbuhan Tetap

Khidmat

Tentera (RM)

Imbuhan Tetap

Perumahan

(RM)

Rekrut 407.50 (elaun) - -

Prebet 500.00 - 1,079.00 65.00 230.00

Lans Koperal 668.00 - 1,119.00 65.00 230.00

Koperal 720.00 - 1,202.00 65.00 230.00

Sarjan 867.00 - 1,307.00 80.00 275.00

Staf Sarjan 999.00 - 1,397.00 80.00 275.00

Pegawai Waran II 1,150.00 - 1,620.00 80.00 300.00

Pegawai Waran I 1,260.00 - 1,797.00 80.00 300.00

Jadual 15 : Elaun-elaun lain mengikut pangkat

SMKASAS 200565

Page 66: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

2.5 Prosedur Memohon Kerja

2.5.1 Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat-syarat yang perlu ada pada seseorang yang ingin bekerja

sebagai pakar sakit puan :

a) Telah mengambil ijazah dalam bidang kedoktoran dan pembedahan.

b) Berkelulusan Ijazah Sarjana Obstetrik dan Ginekologi.

c) Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang

perubatan dan pembedahan.

d) Berkebolehan merancang, mengawal proses rawatan dan mampu

menyelesaikan sesuatu komplikasi dengan segera serta bertindak pantas

dan relevan.

e) Boleh bertugas mengikut sedikit pengawasan dan mempunyai inisiatif

sendiri agar segala permasalahan dapat diatasi.

f) Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan lancar

agar komunikasi antara pekerja berjalan lancar.

g) Bermotivasi tinggi untuk bekerja dalam sesebuah institusi dan kumpulan.

h) Boleh bekerja tanpa pergantungan.

i) Berkebolehan dalam pengendalian alatan pembedahan yang merupakan

alatan penting di dalam semua operasi rawatan pesakit.

j) Mampu bekerja dalam pasukan.

SMKASAS 200566

Page 67: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

k) Mampu bertindak dalam memimpin pasukan.

l) Mampu berkomunikasi dan mengendalikan hubungan dengan orang lain.

m) Tidak mudah berputus asa dan berazam kuat.

n) Seorang yang beranalitikal dan mempunyai kemahiran menyelesaikan

masalah sendiri tanpa bantuan orang lain.

SMKASAS 200567

Page 68: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

2.5.2 Cara Memohon Kerja

Rajah 2: Proses Memohon Kerja

SMKASAS 2005

IKLAN AKHBAR

HANTAR RESUME

UJIAN BERTULS

LAMAN WEB

BERJAYA GAGAL

GAGAL

TEMUDUGA

BERJAYA

diterima

diterima berkhidmat

ditolak

ditolak

jika berkelayakan

berminat

68

Page 69: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Kebanyakan siswazah daripada bidang Doktor Perubatan akan ditawarkan

berkhidmat di hospital kerajaan tanpa membuat sebarang permohonan. Tetapi,

ada juga sebahagiannya yang terpaksa membuat permohonan kepada

Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bagi siswazah yang perlu membuat permohonan tersebut, mereka

perlulah mengikuti prosedur untuk membuat permohonan jawatan ini. Sebelum

menjadi seorang Pakar Sakit Puan, seseorang itu perlulah bekerja sebagai

seorang Doktor Perubatan terlebih dahulu. Untuk bekerja sebagai Doktor

Perubatan, seseorang itu boleh memohon pekerjaan melalui dua cara. Mereka

boleh mengikut sama ada cara permohonan kerja (a), atau cara permohonan

kerja (b), atau kedua-duanya sekali.

a) Melalui iklan surat khabar

Antara surat khabar yang terdapat iklan-iklan pekerjaan sebagai Doktor

Perubatan ialah seperti News Straits Times, STAR, Berita Harian, Utusan

Malaysia dan sebagainya (rujuk contoh iklan Doktor Perubatan di lampiran).

Kebiasaannya, iklan-iklan ini tidak disediakan borang khas untuk

pemohon. Pemohon hanya perlu menghantar ‘resume’ yang mengandungi

maklumat seperti biodata pemohon, gaji yang dipohon, kelulusan dan lain-lain

maklumat yang penting untuk diperhatikan oleh institusi yang menawarkan kerja.

Resume ini bolehlah dihantar mengikut alamat yang disediakan pada iklan [lihat

contoh surat permohonan dan contoh resume di lampiran].

SMKASAS 200569

Page 70: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

b) Melalui laman web

Terdapat juga institusi-institusi perubatan yang memerlukan pekerja akan

mengiklankannya melalui laman web. Permohonan boleh dihantar secara on-line

ataupun melalui penghantaran resume secara on-line. [lihat contoh resume

secara on-line di lampiran].

2.5.3 Proses Mendapatkan Kerja

Permohonan pekerjaan boleh dibuat melalui tiga cara:

a) Borang permohonan khas

Borang permohonan khas biasanya dikeluarkan oleh pihak Perkhidmatan

Awam Malaysia. Contohnya, pekerjaan sebagai Doktor Sakit Puan.

b) Permohonan tanpa borang tetapi menulis resume

Pemohon dikehendaki menulis surat permohonan dengan menyertakan

resume atau keterangan peribadi pemohon. Contohnya, pekerjaan

sebagai Doktor Perubatan di Gabungan Wawasan Felda.

[lihat contoh resume / curriculum vitae di lampiran]

SMKASAS 200570

Page 71: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

c) Permohonan tanpa borang, tanpa resume

Pemohon tidak dikehendaki menulis resume atau surat permohonan dan

tidak perlu mengisi borang.

Perkara-perkara yang penting semasa mengisi borang:

1. Sebelum mengisi borang

Seseorang itu perlulah membaca setiap arahan dengan teliti. Gunakan

pen atau pensel yang telah ditetapkan untuk mengisi ruangan pada

borang. Perkara-perkara seperti butir-butir peribadi, maklumat pengajian,

maklumat pengalaman kerja dan individu yang dijadikan rujukan perlulah

‘Tidak’ pada ruangan yang diperlukan.

2. Semasa mengisi borang

Seseorang perlulah mengisi kotak-kotak kosong yang disediakan.

Contohnya, ruangan nombor kad pengenalan. Tuliskan jawapan ‘Ya’ atau

‘Tidak’ pada ruang yang diperlukan. Mereka perlulah mencatat perkara

yang tidak berkenaan jika terdapat maklumat yang tidak berkenaan

dengan dirinya. Perkataan-perkataan yang tidak benar perlulah dipotong

SMKASAS 200571

Page 72: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

jika disuruh. Mereka perlulah menandakan (salah) atau (betul) pada ruang

yang berkenaan pada borang.

3. Selepas mengisi borang

Setelah selesai mengisi borang, mereka perlulah membuat semakan pada

bahagian berikut:

Nama penuh diberi,

Tulisan jelas dibaca,

Alamat yang betul ditulis,

Tarikh ditulis dengan betul,

Salinan fotostat dan sijil-sijil,

Gambar-gambar telah dilekatkan,

Borang telah ditandatangani.

Mengikut pengalaman Dr Hanif, beliau tidak perlu membuat permohonan

kerja atau menghantar resume kepada mana-mana jabatan yang menawarkan

kerjaya. Sebaliknya beliau terus ditawarkan untuk berkhidmat di Hospital

Universiti Kuala Lumpur sebaik sahaja beliau menamatkan pengajiannya di

peringkat Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya. Begitu juga setelah beliau

menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dari Universiti Malaya.

(Contoh resume disertakan pada bahagian lampiran)

SMKASAS 200572

Page 73: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

2.5.4 Persediaan Temu duga

Senarai Kemahiran dan Sikap dalam Menghadapi Temu duga.

Kemahiran

Calon mestilah menguasai sekurang-kurangnya dua jenis bahasa, iaitu

Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan baik dan lancar,

Bercakap degan jelas dan kuat,

Memberikan jawapan yang tepat dan sesuai,

Mendengar segala soalan yang diajukan dengan baik,

Cara penampilan diri :

i) Calon perlulah menjaga cara berjalan ,

ii) Calon juga perlu menjaga etika ketika bercakap,

iii) Cara gaya duduk calon juga memberikan perhatian kepada

penemu duga,

iv) Calon mestilah berpakaian kemas dan sesuai dengan situasi

temuduga

Ketika calon ingin bertanya soalan, dia perlulah bertanya soalan yang

bijak,

SMKASAS 200573

Page 74: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Calon juga perlu mengiklankan atau mempromosikan diri

Sikap

Calon perlu bersikap positif terhadap segala soalan yang dikemukakan,

Bersopan santun semasa bercakap dan berjalan,

Calon perlu menunjukkan sikap bermotivasi tinggi,

Berkeinginan untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh,

Calon perlu menjawab semua pertanyaan dengan keikhlasan yang tinggi,

jujur dan berterus terang,

Calon perlu menunjukkan kepekaan yang tinggi,

Selain itu, calon perlu menunjukkan kesungguhan dan minat yang tinggi

untuk berkerja,

Calon juga perlu memberikan perhatian penuh kepada penemu duga,

Aspek yang paling penting, calon perlulah bersikap tenang dan tidak

mudah gelabah di sepanjang sesi temu duga itu berlangsung.

Selain dari kemahiran semasa menghadapi temu duga, anda juga perlu

mengetahui persediaan sebelum temu duga dan selepas menghadapi temu

duga.

SMKASAS 200574

Page 75: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Kemahiran Sebelum Temu Duga

Sebelum menghadiri temu duga :

i) Seseorang perlu memilih pakaian dan kasut yang bersesuaian,

ii) Sekiranya mereka menaiki bas untuk pergi temu duga, mereka

perlulah menyemak jadual bas dan merancang masa perjalanan

agar tidak terlewat untuk sesi penting itu,

iii) Jangan lupa untuk menyiapkan dokumen-dokumen penting

untuk dibawa seawal yang mungkin.

Pagi Sebelum Pergi Temu Duga

Persiapkan diri selengkapnya dan sekemas yang mungkin,

Bersarapan untuk mengelakkan diri daripada berasa lapar semasa sesi

temu duga dijalankan,

Setkan pemikiran yang positif dan yakin dengan diri,

Bawa dokumen dan resume yang penting yang berkaitan dengan kerjaya

yang ditawarkan,

Bertenang, berdoa dan pergi dengan keredhaan ibu bapa.

SMKASAS 200575

Page 76: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Kemahiran Selepas Temu Duga

Seseorang itu perlu memberikan nota terima kasih yang ringkas, padat

dan bertulis tangan,

Sediakan surat –surat susulan jika ada dokumen tambahan,

Mereka perlu membuat panggilan telefon susulan apabila keputusan

tentang temu duga dibuat.

Kemahiran dan sikap adalah penting untuk menghadapi sesi temu duga. Ini

termasuk penampilan diri sebelum, semasa dan selepas sesi temu duga.

SMKASAS 200576

Page 77: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

2.6 Prospek Kerjaya Pakar Sakit Puan

Tinjauan terhadap data gunatenaga Doktor Perubatan pada tahun 1995 dan

2000 [rujuk jadual 16] yang diperolehi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia

telah menunjukkan peningkatan dari tahun 1995 hingga 2000 yang amat

memberangsangkan. Dalam tempoh 5 tahun, didapati pertambahan Doktor

Perubatan sebanyak :

Pekerjaan 1995 2000

Doktor Perubatan 18,699 24,427

Sumber : Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2001, Jabatan Perangkaan

Malaysia

Jadual 16 : Gunatenaga Doktor Perubatan di Malaysia [1995 dan 2000]

Namun begitu, bagi gunatenaga Pakar Sakit Puan di Malaysia pula, Pakar

Sakit Puan dari golongan lelaki melebihi Pakar Sakit Puan dari golongan wanita

iaitu sebanyak 85%. Oleh itu, negara kita masih kekurangan pakar sakit puan

dari golongan wanita. Banyak peluang pekerjaan yang disediakan untuk

siswazah wanita dari jurusan pengajian Ijazah Doktor Perubatan dan Ijazah

Pembedahan untuk menceburi bidang Obstetrik dan Ginekologi ini.

SMKASAS 200577

Page 78: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

2.6.1 Prospek Kerjaya Pakar Sakit Puan Dalam Organisasi Ketenteraan

Perkhidmatan Pegawai Angkatan Tentera Malaysia dikategorikan kepada dua

bahagian iaitu Pegawai Tauliah Jangka Pendek dan Pegawai Tauliah Jangka

Tetap.

a) Pegawai Tauliah Jangka Pendek

i) Perkhidmatan – Ditauliahkan selama sepuluh tahun dan dibenarkan

menyambung perkhidmatan selama tiga tahun. Permohonan

menyambung perkhidmatan selepas 13 tahun boleh diajukan ke pihak

atasan untuk pertimbangan dan kelulusan. Permohonan untuk menjadi

Pegawai Tauliah Tetap boleh dilakukan selepas berkhidmat selama 5

tahun dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

ii) Pegawai Kadet - Akan ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda

atau setaraf.

iii) Pegawai Graduan - Akan ditauliahkan dengan pangkat Leftenan atau

setaraf.

iv) Pegawai Tugas Ikhtisas - Akan ditauliahkan dengan pangkat Kapten

atau setaraf.

v) Kenaikan Pangkat - pegawai yang telah menghadiri kursus-kursus

tertentu, lulus peperiksaan kenaikan pangkat, terdapat kekosongan

jawatan dan disokong oleh pihak atasan.

SMKASAS 200578

Page 79: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

vi) Senarai Tugas – Pegawai pegawai terbahagi kepada kategori-

kategori seperti berikut :-

Senarai Tugas Am

Pegawai-pegawai yang ditauliahkan daripada Pegawai Kadet dan

Pegawai Graduan yang ditauliahkan secara terus.

Senarai Tugas Ikhtisas

Pegawai-pegawai yang mempunyai kepakaran / kelulusan

profesional di dalam bidang-bidang tertentu dan ditauliahkan

secara terus.

Senarai tugas Khas

Pegawai-pegawai yang ditauliahkan secara terus daripada askar

laskar (anggota biasa) kepada pegawai.

b) Pegawai Tauliah Tetap

Perkhidmatan – Jangka masa perkhidmatan adalah tetap sehingga umur

persaraan (mengikut pangkat) dan berpencen. Pegawai-pegawai lulusan

ATMA akan ditauliahkan sebagai Pegawai Tauliah Tetap dalam pangkat

Leftenan atau setaraf.

Melalui maklumat mengenai perkhidmatan Pegawai Angkatan Tentera di

atas, seorang Pakar Sakit Puan boleh memohon untuk menjadi Pakar Sakit

Puan dalam organisasi ketenteraan. Pakar Sakit Puan yang mempunyai

kelulusan profesional dan kepakaran akan ditauliahkan dengan pangkat Kapten

SMKASAS 200579

Page 80: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

atau setaraf. Mereka boleh membuat permohonan untuk berkhidmat di bawah

organisasi ketenteraan dengan dua kaedah. Kaedah-kaedah tersebut ialah :-

a) Mendapatkan borang daripada pihak Angkatan Tentera Malaysia

b) Mendapatkan laman web Angkatan Tentera Malaysia

2.7 Prospek Masa Depan

2.7.1 Kenaikan Pangkat

Bermula daripada jawatan Doktor Perubatan, seseorang itu boleh melalui proses

kenaikan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi. Kenaikan pangkat ini adalah

mengikut peringkat pendidikan dan bilangan tahun perkhidmatan. Rajah 3

menunjukkan aliran kenaikan pangkat seseorang doktor perubatan secara umum

di bawah sektor kerajaan.

Ijazah Asas (MBBS, MD, MB Bch BAO, MB ChB)

Doktor Pelatih (1 tahun)

Pegawai Perubatan (wajib 3 tahun perkhidmatan awam)

Pegawai Am (swasta)

Pegawai Perubatan

(perkhidmatan awam)

Ijazah Am Lepasan

(MRCP, M.Med, FRCS)

SMKASAS 200580

Page 81: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Designasi Pakar Bidang

Pengkhususan (Specialist)

(Patologi, Urologi, Neurologi)

Designasi Pakar Perunding

(Consultant)

Designasi Pakar Perunding Kanan

(Senior Consultant)

Rajah 3: Aliran Kenaikan Pangkat Doktor Perubatan Secara Umum

Designasi Pakar (Specialist)

Designasi Pakar adalah untuk seseorang Pakar yang berada di Gred U3 atau

Gred U2, dan mempunyai tempoh pengalaman berkhidmat selama 5 tahun atau

kurang selepas diwartakan.

Designasi Pakar Perunding (Consultant)

Designasi Pakar Perunding adalah untuk seorang Pakar yang berada di Gred U1

dan mempunyai tempoh pengalaman berkhidmat lebih daripada 5 tahun hingga

ke 10 tahun selepas diwartakan.

SMKASAS 200581

Page 82: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Designasi Pakar Perunding Kanan (Senior Consultant)

Designasi Pakar Perunding Kanan adalah untuk seorang Pakar yang berada di

Gred U1 atau Gred Khas dan mempunyai tempoh pengalaman berkhidmat lebih

daripada 10 tahun selepas diwartakan.

Rajah 4 berikut adalah aliran kenaikan pangkat Doktor Perubatan yang

dilakukan di Hospital Angkatan Tentera, Lumut, Perak. Kenaikan pangkat ini

adalah mengikut aliran kenaikan pangkat dalam organisasi tentera.

Briged Jeneral

Kolonel

Leftenan Kolonel

Mejar

Dr. Kapten

Rajah 4: Aliran Kenaikan Pangkat Dalam Organisasi Tentera

SMKASAS 200582

Page 83: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

2.7.2 Keahlian Lembaga / Persatuan Profesional Kerjaya

Setiap pegawai kerajaan biasanya menganggotai Lembaga Socso. Selain itu,

bagi Pakar Perubatan seperti Dr. Hanif, beliau menganggotai persatuan-

persatuan berikut:

Persatuan Obstetrik dan Ginekologi Malaysia

Persatuan Endokrinologi dan Metabolik Malaysia

Persatuan Ginekologikal Endoskopi Antarabangsa

Persatuan Kolposkopi dan Patologi Servikal Singapura

2.7.3 Pendidikan Lanjutan

Individu yang bekerja sebagai Doktor Perubatan boleh melanjutkan pelajaran ke

bidang yang lebih tinggi dalam usaha memantapkan cara kerja yang dapat

meningkatkan produktiviti. Di samping itu, individu tersebut dapat menambahkan

pengetahuan dan pengalaman dalam bidang doktor perubatan. Rajah 5

menunjukkan laluan pendidikan lanjutan yang boleh diikuti oleh individu tersebut.

SMKASAS 200583

Page 84: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Doktor Perubatan

Ijazah Sarjana

(Pakar bagi sesuatu bidang)

Contoh : Obstetrik dan Ginekologi, Urologi,

Neurologi

Doktor Falsafah

[Pengkhususan dalam bidang yang sama seperti

yang diambil semasa di peringkat Ijazah Sarjana

atau bidang pengkhususan lain yang berkaitan

dengan bidang semasa pengajian Ijazah Sarjana]

Rajah 5 : Laluan Pendidikan Lanjutan Doktor Perubatan

Pada peringkat Ijazah Sarjana dan pengajian Doktor Falsafah, terdapat

beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia yang menawarkan kursus

tertentu. Namun begitu, pengajian di peringkat ini lebih berbentuk penyelidikan

yang mengkhususkan kepada disiplin-disiplin bidang yang dipilih.

SMKASAS 200584

Page 85: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

2.7.4 Peluang Penyelidikan

Membantu Ketua Jabatan menilai dan mengenalpasti keperluan serta

merancang latihan-latihan yang perlu diadakan di peringkat Jabatan,

Hospital atau Negeri.

Mengendalikan latihan yang diperlukan.

Menyelaraskan pembahagian kursus di kalangan anggota-anggota atau

unit.

Mempertingkatkan pengetahuan dengan menghadiri seminar atau

bengkel di peringkat Jabatan, Hospital, Negeri atau Kebangsaan.

Membantu Ketua Jabatan mengenalpasti aspek atau perkara yang

memerlukan penyelidikan atau kajian.

Menjalankan penyelidikan atau kajian dan menggunakan hasil-hasil dari

kajian untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

Melibatkan diri dalam kajian-kajian yang dijalankan di peringkat Jabatan

atau Negeri.

SMKASAS 200585

Page 86: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

BAHAGIAN (C)

3.0 Hasil Temu Bual

3.1 Profil Personalia

Nama : Hanifullah Khan bin Wahidullah Khan

Umur : 44 tahun

Tarikh lahir : 16 September 1961

Tempat lahir : Seremban, Negeri Sembilan

Alamat : Banglo 42, TLDM, Lumut, Perak

Alamat tempat kerja : Hospital Angkatan Tentera, Lumut, Perak

Hobi : Membaca, bersukan, menonton filem di pawagam

Pendidikan : Sek. Keb. Jalan Meru, Klang

: Anglo Chinese School (ACS), Klang

: Sekolah Tinggi, Klang

: Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM)

: Universiti Malaya

: Kursus Lepasan Ijazah (Kepakaran), Universiti Malaya

Kelulusan : MBBS (Malaya), Universiti Malaya

: MMED Obstetrik dan Ginekologi (Malaya)

: SPM, Gred 1

Jawatan sekarang : Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (Sakit Puan)

: Pakar Inftaliti (Kemandulan)

SMKASAS 200586

Page 87: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

: Pembedahan dan Laparoskopi

Pengalaman kerja : Hospital Universiti Kuala Lumpur (1987 – 1988)

: Hospital MTD, Sg Besi (1988 – 1990)

: RSAT, KD Malaya (1990 – 1992)

: Hospital Terendak, Melaka (1992 – 1993)

: Hospital Universiti Kuala Lumpur(1993 – 1997)

: Hospital Kinrara (1997 –1998)

: Hospital Angkatan Tentera, Lumut (1998 – sekarang)

Status perkahwinan : Berumahtangga

Nama isteri : Dr. Yasmin binti Osman

Bilangan Anak : 5 orang

3.1.1 Ciri-ciri Peribadi

Menurut Dr. Hanif, seorang Pakar Sakit Puan perlulah memiliki ciri-ciri berikut:

a) Kebolehan akademik yang tinggi

b) Pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan masalah

c) Mampu berfikir dalam istilah saintifik dan abstrak

d) Ketepatan dalam kerja

e) Kecenderungan kepada bidang kesihatan

f) Tidak mudah berputus asa, berazam kuat, dan mempunyai dorongan

SMKASAS 200587

Page 88: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

g) Kemahiran berkomunikasi dan menjalinkan hubungan perseorangan yang

baik

h) Kebolehan bekerja berpasukan

i) Minda yang kreatif dan analitik

j) Kemampuan dalam perincian

3.1.2 Kesesuaian Personaliti dengan Kerjaya ( Inventori)

Dr. Hanif mengakui bahawa semasa pengajiannya di institusi pengajian tinggi,

beliau pernah mengambil ujian Inventori Pemilihan Kerjaya (VPI) yang

direkabentuk oleh John L.Holland. Beliau pasti bahawa keputusan ujian VPI yang

diambil sesuai dengan kerjaya beliau kini. Beliau dominan sebagai seorang yang

Investigatif, Sosial dan Artistik (ISA).

Investigatif

Orang yang bekerja dalam bidang investigatif bersifat ingin tahu, mereka suka

menganalisa masalah dan mencari jawapan mengapa dan bagaimana sesuatu

perkara berlaku. Sifat-Sifat orang investigatif adalah berhati-hati, analitikal,

kompleks, ingin tahu, berdikari, intelektual, pesimistik, pasif, rasional dan tidak

popular.

SMKASAS 200588

Page 89: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Sosial

Orang yang berkerja dalam bidang sosial suka bekerja bersama orang lain

dengan membantu mereka. Umumnya, mereka pandai berkomunikasi dan suka

menyelesaikan masalah melalui perbincangan secara individu atau

berkumpulan. Sifat-sifat individu yang bersosial adalah mereka yang peramah,

murah hati, sedia membantu, baik hati, penyabar, pandai memujuk,

bertanggungjawab, bersosial, bijak, dan saling memahami.

Artistik

Orang yang bekerja dalam bidang seni, suka meluahkan fikiran mereka menerusi

perkataan, tindakan atau melakukan sesuatu aktiviti. Umumnya mereka peka

kepada kecantikan di sekitar mereka dan suka berhadapan dengan konsep-

konsep abstrak. Sifat-sifat individu yang kompleks ini, adalah tidak teratur,

emosional, idealistik, tidak ikut peraturan, berdikari, berfikiran terbuka, keaslian

dan imaginatif.

Jelas di sini dengan ciri-ciri individu ISA, Dr. Hanif berjaya menjadi

seorang doktor yang baik, mampu bersosial dan melayan pesakit dengan baik di

samping mempunyai nilai-nilai artistik yang baik. Ini terbukti apabila kami

memasuki bilik Dr. Hanif, kami terpegun dengan dekorasi biliknya yang nampak

begitu tenang dan romantik.

SMKASAS 200589

Page 90: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

3.1.3 Kepuasan Kerja

a) Wanita Mandul Melahirkan Anak

Tidak semua wanita mampu melahirkan anak. Terdapat sesetengah wanita

mengalami masalah dalam sistem reproduktifnya yang menyebabkan mereka

menjadi mandul. Namun masalah ini dapat diatasi dengan rawatan hasil

kemajuan teknologi masa kini. Dr. Hanif telah menjalankan pembedahan inftaliti

sebagai proses rawatan ke atas pesakitnya yang mandul. Kejayaannya dalam

memberikan rawatan tersebut telah memberikan kepuasan yang tidak terhingga

kepada beliau. Beliau berasa gembira apabila melihat pesakitnya mampu

melahirkan anak dengan hasil bantuannya. Beliau juga berasa terharu melihat

kegembiraan pesakitnya sehinggakan pesakitnya memberikan nama anak

mereka sama seperti nama beliau.

b) Aktiviti Sosial

Aktiviti sosial seperti hari keluarga dan jamuan akhir tahun yang diadakan oleh

pihak hospital menunjukkan bahawa pekerja diterima oleh pihak atasan. Setiap

pekerja perlu menunjukkan kualiti kerja yang dilakukan. Pekerja yang dilihat

melakukan pekerjaan yang berkualiti akan diberikan peluang menyertai aktiviti

sosial yang dianjurkan oleh pihak hospital.

SMKASAS 200590

Page 91: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

c) Mendapat Pengiktirafan

Pengiktirafan adalah amat berharga dan amat bererti bagi setiap pekerja.

Pengiktirafan yang diberi adalah berbentuk gelaran, penghormatan, anugerah

dan sebagainya. Pihak atasan sentiasa mengiktiraf doktor yang sentiasa

melakukan tugasan mengikut kehendak pihak hospital dan menyelesaikan

sesuatu kes mengikut waktu yang ditetapkan. Dr. Hanif amat berbangga dan

menghargai pengiktirafan yang diperolehi dan ia memadai dengan kerja yang

beliau lakukan.

d) Keselesaan Kerja

Setiap kakitangan hospital dapat melakukan pekerjaan mereka mengikut

kemahiran sendiri dan mempraktikkan apa yang dipelajarinya semasa di

peringkat pengajian. Beliau mempraktikkannya dalam pemberian rawatan

kepada pesakit-pesakitnya.

3.1.4 Nilai Kerja

Nilai kerja seseorang Doktor Pakar Sakit Puan ini bukanlah diukur dari segi gaji

semata-mata tetapi mereka diukur dari aspek kerja atau usaha yang dilakukan

dalam menjalankan tugasan tanpa sebarang gangguan dan masalah. Contoh

yang dapat diberikan ialah proses pembedahan wanita yang sedang melahirkan

SMKASAS 200591

Page 92: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

anak dengan tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang proses dilakukan.

Selain itu, ia dapat memastikan pesakit-pesakit berada dalam keadaan selamat.

Pakar Sakit Puan juga menggunakan ilmu kedoktoran dan pembedahan

yang dipelajari pada peringkat pengajian dan diadaptasikannya dalam pekerjaan

sebagai seorang doktor. Kesimpulannya, pekerjaan sebagai Pakar Sakit Puan ini

amat bernilai bukan sahaja dari segi wang tetapi ia juga amat berharga dari segi

ilmu pengetahuan.

3.2 Persekitaran Kerja

3.2.1 Waktu bekerja

Pihak Hospital Angkatan Tentera, Lumut, Perak telah menetapkan waktu bekerja

bagi pekerja-pekerjanya. Setiap pekerja perlu mematuhi jadual waktu bekerja

yang telah ditetapkan agar pekerjaan yang dilakukan dapat berjalan dengan

lancar, teratur dan sistematik. Berikut merupakan waktu bekerja yang telah

ditetapkan untuk Dr. Hanif:-

Masa bekerja : 9.00 pagi hingga 4.30 petang

: bertugas 24 jam (on call / atas panggilan)

: kes kecemasan tertentu (bila-bila masa)

Masa rehat : 12.30 tengah hari hingga 1.30 tengah hari

SMKASAS 200592

Page 93: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Hari bekerja : Isnin hingga jumaat

: Sabtu (minggu kedua dan keempat)

3.2.2 Kemudahan Tempat Kerja

Pihak Hospital Angkatan Tentera, Lumut, Perak amat menitik beratkan semua

keperluan pekerja-pekerjanya. Ini adalah untuk memudahkan setiap pekerja

dalam menjalankan tugas yang telah ditetapkan. Menurut Dr. Hanif, pihak

hospital ini telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada beliau termasuklah :

i) Segala kemudahan di hospital

a) Bilik bekerja khas

Bilik bekerja khas yang disediakan adalah dilengkapi dengan kemudahan

telekomunikasi yang canggih seperti komputer, mesin faksimili dan telefon.

Dengan kemudahan komputer yang ada, segala urusan e-mel dapat

dijalankan dengan cepat dan selamat. Selain itu, kemudahan telefon dan

faksmili juga dapat membantu memudahkan komunikasi antara pesakit dan

doktor atau doktor dengan anggota hospital yang lain. Dr. Hanif mempunyai

kebebasan untuk menghias biliknya mengikut citarasanya yang tersendiri.

SMKASAS 200593

Page 94: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

b) Bilik Sembahyang / Surau

Bagi para pekerja yang beragama Islam, mereka tidak perlu berasa risau

untuk menunaikan sembahyang kerana mereka dapat menunaikan

sembahyang dengan selesa di dalam bilik sembahyang atau surau yang

telah disediakan di kawasan hospital. Selain itu, kebersihan tempat

sembahyang juga terjamin daripada kekotoran. Para pekerja tidak perlu

berasa ragu-ragu untuk menunaikan sembahyang.

c) Kantin / Kafeteria

Para pekerja memerlukan makanan untuk menjana tenaga. Kantin telah

disediakan untuk para pekerja menjamu selera. Kantin ini dibuka pada

waktu kerja iaitu dari pukul 7.00 pagi hingga 5.00 petang. Kantin ini

menyediakan pelbagai jenis makanan yang lazat untuk para pekerjanya.

Dengan adanya kemudahan kantin, semua pekerja dapat bekerja dengan

selesa dan bertenaga. Para pekerja juga boleh menjamu selera selepas

penat bekerja.

d) Bilik rehat

Bilik rehat amat diperlukan oleh setiap pekerja. Kemudahan bilik rehat

disediakan untuk para pekerja merehatkan badan pada waktu rehat. Bilik

rehat ini perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya.

SMKASAS 200594

Page 95: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

ii) Mempunyai pemandu peribadi

Dr. Hanif mempunyai pemandu peribadi yang disediakan oleh pihak hospital iaitu

pemandu dari golongan tentera. Hal ini akan memudahkan setiap pergerakan

beliau supaya segala tugasannya dapat dikawal dengan lebih teratur dan

sempurna.

3.2.3 Risiko kerja

Setiap pekerjaan yang dilakukan pasti ada risikonya. Namun, sebagai seorang

Pakar Sakit Puan, Dr. Hanif tetap tabah menghadapi sebarang risiko kerja.

Terdapat dua aspek risiko kerja yang dapat dilihat melalui tugasan Dr. Hanif iaitu

dari segi kesihatan dalaman dan fizikal.

Contohnya risiko dari segi fizikal ialah keselamatan menggunakan

peralatan-peralatan perubatan dan pembedahan. Manakala dari segi kesihatan

pula ialah beliau perlu melindungi diri daripada penyakit berjangkit.

SMKASAS 200595

Page 96: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Antara risiko kerja yang telah dinyatakan oleh Dr. Hanif ialah:-

a) Keselamatan dan Nyawa Pesakit

Sebagai seorang doktor, beliau bertanggungjawab untuk menjamin keselamatan

dan nyawa pesakit kerana tugasnya ini merupakan suatu amanah yang sangat

besar. Oleh itu, beliau perlu memastikan segala pekerjaan yang dilakukannya

adalah bersistematik untuk menjamin kejayaan dalam menyelamatkan

pesakitnya.

b) Komplikasi Ketika Pembedahan

Setiap pembedahan yang dijalankan tidak semestinya berjalan dengan lancar

dan teratur. Adakalanya sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku secara tiba-

tiba. Pada masa inilah Dr. Hanif terpaksa menyelesaikan komplikasi tersebut

tanpa kebergantungan kepada orang lain bagi memastikan kejayaan

pembedahan dan nyawa pesakit tidak terancam.

c) Jangkitan Virus HIV dan AIDS

Virus HIV dan AIDS merupakan agen penyakit berjangkit yang telah wujud sejak

zaman dahulu lagi. Rawatan dan penawar untuk penyakit ini masih belum

ditemui dalam bidang kajian perubatan sehingga hari ini. Pihak pengkaji

perubatan hanya menemui cara melambatkan proses penguasaan sepenuhnya

SMKASAS 200596

Page 97: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

virus ini terhadap badan manusia. Di samping itu, penyakit ini amat berbahaya

kerana ia boleh membawa maut. Oleh itu, Dr. Hanif perlulah melakukan sesuatu

rawatan dengan teliti dan berhati-hati apabila merawat pesakit yang mempunyai

jangkitan ini bagi mengelakkan dirinya daripada jangkitan penyakit tersebut.

Contohnya, apabila melakukan sebarang pembedahan, beliau perlu memastikan

darah pesakit tidak terpecik ke anggota badan beliau seperti mata. Selain itu,

beliau juga perlu memakai pakaian khas bagi melindungi diri beliau.

3.2.4 Tekanan Kerja

Kebanyakan pekerja pasti akan menghadapi tekanan kerja sekiranya mereka

tidak mampu mengawal emosi. Namun, Dr Hanif tidak pernah berasa tertekan

selama bertugas sebagai Pakar Sakit Puan dalam ketenteraan. Ini kerana

kerjayanya yang banyak melibatkan aktiviti sosial ini merupakan minat dan

hobinya. Beliau gembira ketika menjalankan tugas.

SMKASAS 200597

Page 98: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Gambar 3 : Dr. Hanif tidak menghadapi sebarang tekanan

SMKASAS 200598

Page 99: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

3.2.5 Gaya Hidup

Menurut Dr. Hanif, kerjaya sebagai Pakar Sakit Puan sedikit sebanyak telah

mempengaruhi gaya hidup dan cara beliau bertindak khususnya dalam

kehidupan beliau. Antaranya beliau kini telah menjadi individu seperti yang

berikut:

a) Seorang yang berdaya saing

Beliau perlu melakukan tugasan sebaik mungkin untuk memastikan pekerjaan

yang dilakukannya sempurna. Di samping itu, beliau perlu memastikan jaminan

kualiti kerja beliau untuk menyaingi pakar-pakar sakit puan yang lain. Hal ini

akan meningkatkan status beliau dalam menarik lebih ramai pelanggan.

b) Suka bermasyarakat

Seorang yang dahulunya pendiam boleh menjadi peramah apabila bekerja

sebagai seorang Pakar Sakit Puan. Ini kerana pekerjaan tersebut memerlukan

interaksi dengan pesakit secara berterusan. Ini telah dibuktikan sendiri oleh Dr

Hanif. Beliau juga yang dahulunya adalah seorang yang pendiam dan setelah

beliau bekerja sebagai seorang Pakar Sakit Puan, beliau mula menjadi seorang

yang peramah, mudah mesra, suka berjenaka dan suka bermasyarakat.

SMKASAS 200599

Page 100: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

c) Seorang yang tidak mementingkan status

Beliau mampu bergaul dengan pekerja bawahan tanpa mementingkan status.

Secara tidak langsung beliau lebih disukai oleh pekerja bawahan kerana sikap

mudah mesranya tanpa mementingkan status semata-mata.

3.2.6 Gaya Kerja

Bekerja sebagai seorang Pakar Sakit Puan memerlukan penelitian dalam

mengendalikan proses rawatan kepada pesakit supaya ia berjalan dengan

lancar. Beliau juga perlu bertindak pantas jika berlaku sesuatu kecemasan.

Beliau juga perlu berusaha untuk mengatasi dan memperbaiki sesuatu

kesalahan dalam melakukan sesuatu kerja agar ia tidak berulang kembali pada

masa akan datang.

Beliau juga perlu membuat penyelidikan untuk meningkatkan lagi

kemahirannya dalam merawat pesakit. Setiap arahan daripada pihak atasan

perlu diikuti mengikut masa yang telah ditetapkan. Selain itu, mesyuarat antara

Pakar Sakit Puan dengan pihak atasan selalu dilakukan untuk membincangkan

cara-cara bagi meningkatkan kemahiran melakukan sesuatu pekerjaan. Dengan

adanya mesyuarat sebegini, masalah mengenai para pesakit yang serius boleh

dibincangkan sesama pakar. Beliau juga perlu bertindak sebagai seorang

peminpin untuk memimpin pekerja bawahannya.

SMKASAS 2005100

Page 101: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

3.2.7 Matlamat Kerja

Setiap orang yang beragama Islam bekerja untuk beribadat kepada Allah. Begitu

juga dengan Dr. Hanif. Matlamat kerja Dr. Hanif sebagai Pakar Sakit Puan ialah

untuk menggunakan segala ilmu yang diperolehi dan mempraktikkannya dalam

kerjayanya. Dengan menggunakan segala ilmu yang dimiliki, beliau dapat

meningkatkan lagi kemahiran beliau sebagai seorang doktor. Beliau juga dapat

berbakti kepada masyarakat sejagat yang amat memerlukan khidmatnya.

Dengan ini, secara tidak langsung beliau merasakan bahawa beliau tidak

mensia-siakan ilmu yang dipelajari di peringkat pengajian. Ini adalah amat

berharga bagi Dr. Hanif.

Di samping itu, matlamat kerja yang utama bagi beliau ialah memberikan

rawatan yang terbaik kepada pesakit. Namun apa yang lebih penting lagi,

bekerja sebagai Pakar Sakit Puan ini dapat membantu para wanita supaya tidak

takut untuk melahirkan anak. Hal ini akan menambahkan lagi generasi baru dan

anak-anak kecil di negara kita yang merupakan aset bagi menjana ekonomi pada

masa akan datang. Kerjaya sebagai Pakar Sakit Puan juga dapat membantu

membangunkan ekonomi negara khususnya dalam bidang perubatan dan

kesihatan.

SMKASAS 2005101

Page 102: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

3.2.8 Harapan Masa Depan

Dr. Hanif berharap untuk menjadi seorang Pakar Sakit Puan yang berjaya dan

profesional pada nusa, bangsa, dan negara agar dapat duduk sama rendah dan

berdiri sama tinggi dengan Pakar Sakit Puan yang lain. Beliau akan terus bekerja

di Hospital Angkatan Tentera, Lumut, Perak dan cuba meningkatkan lagi mutu

perkhidmatan hospital tersebut. Beliau juga akan cuba memperkenalkan

kepakarannya baik di dalam mahupun di luar negara.

Selain itu, beliau berharap agar sentiasa sihat supaya dapat berkhidmat

dengan lebih baik dan membantu golongan yang memerlukan. Beliau juga ingin

mencapai kepuasan kerja agar dapat merasai segala nikmat kurniaan Ilahi dan

dapat merasai kesempurnaan hidup.

SMKASAS 2005102

Page 103: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

3.3 Gambar Pekerja dan Persekitaran Kerja

Gambar 4 : Kol. Dr. Hanifullah Khan Bin Wahidullah Khan

Gambar 5 : Dr. Hanif berkhidmat dalam organisasi ketenteraan

SMKASAS 2005103

Page 104: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Gambar 6: Dr. Hanif bersama isteri, Dr. Yasmin dan lima orang anaknya

Gambar 7 : Bapa saudara Dr. Hanif, Mustapa Maaruf bersama anak sulung Dr.

Hanif

SMKASAS 2005104

Page 105: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

SMKASAS 2005105

Gambar 8 : Peserta EAK bersama Dr.Hanif di bilik beliau

Gambar 9 : Dr. Hanif sedang bekerja di dalam bilik beliau

Page 106: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Gambar 10 : Melawat lokasi kerja

Gambar 11 : Wakil jabatan dalam Majlis Perasmian Hospital Angkatan

Tentera, Lumut

SMKASAS 2005106

Page 107: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Gambar 12 : Salah satu tugas sampingan

Gambar 13 : Dr. Yasmin bersalaman dengan Dr. Siti Hasmah

SMKASAS 2005107

Page 108: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Gambar 14 : Bertugas di lokasi operasi

Gambar 15 : Bertugas di lokasi operasi

SMKASAS 2005108

Page 109: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Gambar 16 : Dr. Hanif menunjukkan uterus yang ditumbuhi fibroid setelah

ia dikeluarkan dari sistem reproduktif wanita.

SMKASAS 2005109

Page 110: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

SMKASAS 2005110

Gambar 17 : Dr. Hanif sedang melakukan operasi pembedahan di

Dewan Bedah

Gambar 18 : Beberapa orang kakitangan hospital sedang

bekerjasama di dalam Dewan Bedah

Page 111: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

SMKASAS 2005111

Gambar 19 : Pesakit yang telah dirawat oleh Dr. Hanif sedang berehat

Gambar 20: Dr. Hanif sedang melawat pesakit-pesakit beliau

Page 112: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

BAHAGIAN (D)

4.0 Kesimpulan

4.1 Penutup

Pada era globalisasi ini, kerjaya sebagai doktor perubatan semakin menjadi

rebutan dan mendapat tempat di hati para siswazah. Kerjaya sebagai doktor

perubatan dan Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi), bukan sahaja dapat

menjamin masa depan tetapi juga dapat memberi kepuasan bekerja seperti yang

selalu diimpikan oleh setiap individu. Ini diakui sendiri oleh Kolonel Dr Hanifullah

Khan bin Wahidullah Khan, seorang Pakar Perunding Sakit Puan (Obstetrik dan

Ginekologi) di Hospital Angkatan Tentera, Lumut, Perak.

4.1.1 Kaedah EAK

Melalui eksplorasi ini, dapat kami simpulkan bahawa bidang perubatan adalah

suatu bidang yang amat berkait rapat dengan Sains dan Teknologi serta

Kesihatan. Antara program pengajian mengenai perubatan ialah Obstetrik dan

Ginekologi, Patologi, Optisyen, Genetik, Bius dan Fisioterapi. Antara bidang-

bidang ini, kami telah memilih bidang Obstetrik dan Ginekologi atau lebih dikenali

bidang Sakit Puan sebagai subjek eksplorasi kami.

Untuk tujuan pemerolehan maklumat, empat kaedah telah kami gunakan

iaitu melalui sumber rujukan, lawatan atau pemerhatian, temu bual dan soal

selidik.

SMKASAS 2005112

Page 113: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Rujukan

Kami telah membuat rujukan terhadap buku-buku berkaitan dengan

Perubatan dan Pakar Sakit Puan, brosur-brosur IPTA dan IPTS, Buku

Tahunan Perangkaan Malaysia dan juga laman-laman web.

Lawatan atau Pemerhatian

Lawatan telah diadakan ke Hospital Angkatan Tentera Lumut untuk

mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kerjaya yang dipilih dan juga

melihat pembedahan laparoskopi dijalankan. Melalui kaedah ini juga, kami

dapat melihat suasana persekitaran tempat kerja subjek kajian.

Temu bual

Kaedah ini telah dijalankan dan kami telah memperolehi semua maklumat

yang diperlukan seperti waktu bekerja, kemudahan tempat kerja dan gambar

persekitaran tempat kerja.

Kaji selidik

Melalui kaedah ini kami telah memperolehi banyak maklumat seperti IPTA

dan IPTS yang menawarkan bidang pengajian Perubatan, Elaun Insentif

Perkhidmatan Awam Kritikal dan Prospek Kerjaya Pakar Sakit Puan Dalam

Organisasi Ketenteraan.

SMKASAS 2005113

Page 114: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Melalui kaedah-kaedah ini, kami dapati prospek kerjaya ini amat meluas di

Malaysia kerana tawaran gaji dan pendapatan yang lumayan. Namun, ia kurang

mendapat perhatian daripada para siswazah wanita.

4.1.2 Kos EAK

Satu pengalaman yang cukup berharga daripada eksplorasi ini, kami mendapat

pendedahan dan dapat melihat sendiri bagaimana pembedahan laparoskopi

dijalankan. Kami juga dapat mengumpul maklumat secara terus mengenai

suasana dan keadaan alam kerjaya serta tugas-tugas sebenar yang sering

dilakukan oleh seorang Pakar Sakit Puan. Selain itu, kami juga dapat

menambahkan ilmu pengetahuan secara praktikal dan teoritikal tentang bidang

kerjaya yang dieksplorasi serta meluaskan lagi pengalaman yang sedia ada.

Tidak banyak kos yang kami gunakan sepanjang menjalankan eksplorasi ini. Ini

memandangkan kami pergi ke tempat eksplorasi iaitu di Hospital Angkatan

Tentera Lumut menggunakan van sekolah dan kereta guru kaunseling. Begitu

juga dengan banyak bahan yang kami gunakan di ambil daripada Bilik

Kaunseling sekolah kami.

Kos yang kami gunakan adalah sebanyak RM 79.00 dan butiran

kegunaannya adalah seperti berikut :

SMKASAS 2005114

Page 115: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Perbelanjaan

1. Membeli Kaset Video Camera : RM 180.00

2. Cuci Gambar : RM 50.50

3. Membeli Ink Printer : RM 50.00

4. Membeli Kertas : RM 40.90

5. Binding Buku Dokumentasi : RM 30.50

JUMLAH RM 351.90

4.1.3 Perasaan dan Pengalaman Setiap Peserta

Kami banyak menghadapi banyak halangan dan tekanan yang sukar untuk kami

tempuhi. Antara halangan dan tekanan yang terpaksa kami tempuhi sepanjang

eksplorasi dijalankan ialah kami terpaksa membahagikan masa di antara masa

mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan tugasan eksplorasi. Ada ketikanya

kami terpaksa meminta pengecualian daripada menghadiri kelas tambahan demi

mengikuti lawatan eksplorasi ke lokasi kajian. Namun begitu, kami dapat

mengatasi segala halangan dan tekanan agar kami dapat meneruskan

pembelajaran secara berterusan.

Perasaan dan Pengalaman Syaza Yasmin

“Saya berasa sungguh bangga kerana dapat mengeksplorasi kerjaya sebagai

Pakar Sakit Puan. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi

SMKASAS 2005115

Page 116: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

daripada eksplorasi yang kami jalankan. Dan mustahil untuk saya lupakan

pengalaman kami melihat sendiri pembedahan laparoskopi dijalankan,” kata-kata

yang mampu diluahkan oleh Syaza Yasmin.

Perasaan dan Pengalaman Norakmahanim

“Saya tidak dapat melupakan pengalaman eksplorasi ini memandangkan ini

merupakan pengalaman pertama saya menyertai Pertandingan Eksplorasi Alam

Kerjaya. Banyak pengetahuan berkaitan dengan kerjaya dalam bidang perubatan

diperolehi sepanjang ekplorasi dijalankan”.

Perasaan dan Pengalaman Norashikin

“Bertemu dengan subjek kajian, Dr. Hanif merupakan satu pengalaman yang

tidak dapat dilupakan. Satu peluang keemasan apabila mengetahui pengalaman

Dr. Hanif sepanjang beliau berkhidmat sebagai Pakar Sakit Puan dalam

organisasi ketenteraan”.

Perasaan dan Pengalaman Nurul Sakinah

“ Rasa gembira yang teramat sangat kerana ini merupakan pengalaman pertama

saya menyertai pertandingan ini. Eksplorasi Alam Kerjaya banyak membuka

minda saya berkaitan dengan kerjaya dalam bidang perubatan amnya dan

kerjaya sebagai Pakar Sakit Puan khasnya”.

SMKASAS 2005116

Page 117: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Sebagai kesimpulannya, kerjaya Pakar Sakit Puan merupakan titik

permulaan untuk kami menempuh liku-liku, meneroka dan membuat pilihan yang

sesuai dengan diri kami. Ia juga dapat membina keyakinan diri agar kami tidak

ketinggalan jauh di dalam era Sains dan Teknologi.

4.1.4 Pencapaian Objektif EAK

Objektif

Setiap perkara yang dilakukan mempunyai tujuannya yang tersendiri. Kami

bersepakat dan bekerjasama untuk menjalankan eksplorasi ini adalah untuk

mencapai objektif-objektif berikut :

Mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan dengan kerjaya

sebagai Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)Kerjaya yang

berasaskan sains dan teknologi ini merupakan kerjaya yang amat berkait

rapat dengan kehidupan sejagat manusia. Selain itu, Pakar Sakit Puan

dari golongan wanita terlalu sedikit bilangannya berbandingdengan kaum

lelaki. Di samping itu, golongan wanita amat digalakkan dan diperlukan

untuk menceburi bidang ini.Mengenali lebih banyak Institusi Pengajian

Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang

menawarkan pengajian dalam bidang Doktor Perubatan serta

Obstetrik dan GinekologiTidak semua Institusi Pengajian Tinggi di

SMKASAS 2005117

Page 118: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Malaysia sama ada Institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun Institusi

Pengajian Tinggi Swasta yang menawarkan pengajian dalam bidang

Doktor Perubatan serta Obstetrik dan Ginekologi. Melalui eksplorasi yang

kami jalankan, kami dapat mengenali lebih banyak Institusi Pengajian

Tinggi sama ada di dalam negara mahupun luar negara yang

menawarkan pengajian dalam dua bidang ini.Memupuk semangat

bekerjasama dan tolong-menolong antara ahli

kumpulanPembahagian tugas amat penting dalam melakukan apa jua

pekerjaan dalam bentuk berkumpulan. Organisasi perlu dibentuk agar

tugasan dapat dilakukan dengan baik dan teratur. Namun begitu, sikap

bekerjasama dan tolong-menolong perlu ada dalam hati setiap ahli

kumpulan. Secara tidak langsung, semangat bekerjasama dan tolong-

menolong dapat disemai dalam diri setiap ahli kumpulan sepanjang

eksplorasi dijalankan.Menanam semangat ingin belajar bersungguh-

sungguh untuk mencapai cita-citaMelihat akan kejayaan subjek kajian

kami, semangat untuk belajar bersungguh-sungguh amat ketara pada

setiap ahli kumpulan. Kejayaan yang ditempa dari semasa ke semasa

membuatkan kami lebih bersemangat untuk berjaya dan mengikut jejak

langkahnya.Setelah selesai menjalankan eksplorasi ini kami dapati segala

objektif yang kami rancangkan berjaya mencapai matlamatnya dan kami

berasa lebih bersemangat untuk belajar bersungguh-sugguh bagi

mencapai cita-cita yang kami impikan.Jelas menunjukkan bahawa kerjaya

sebagai Pakar Sakit Puan ini mempunyai spesifikasi pekerjaan yang amat

SMKASAS 2005118

Page 119: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

terancang sehingga boleh melahirkan pakar-pakar yang berdisiplin,

bertanggungjawab serta berkualiti dalam memberikan perkhidmatan.

Terdapat pelbagai etika kerja yang perlu dipatuhi oleh seseorang Pakar

Sakit Puan antaranya ialah hubungan antara doktor dan pesakit,

masyarakat yang bertanggungjawab dan hubungan profesional.Kami juga

dapati untuk seseorang pelajar mengikuti jurusan Obstetrik dan

Ginekologi, mereka perlulah mempunyai kelulusan akademik yang baik

dalam mata pelajaran yang telah ditetapkan seperti di dalam subjek

Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan lain-lain. Bagi pelajar lepasan

Matrikulasi mereka perlu mendapat Nilai Gred Purata sebanyak 4.0. iaitu

semasa di Matrikulasi mereka mesti lulus A di dalam setiap subjek barulah

akan ditawarkan tempat ke bidang perubatan.Melalui eksplorasi ini juga,

kami dapati pihak Hospital Angkatan Tentera, Lumut, Perak, banyak

menyediakan kemudahan perubatan kepada para pekerja dan ahli

keluarga seperti kos pembedahan, rawatan dan cuti sakit. Selain itu, pihak

hospital ini juga telah menyediakan kemudahan keahlian kelab.

Sesungguhnya kami dapat merasakan bahawa bidang ini semakin

dekat di hati kami. Kami akan belajar bersungguh-sunggguh supaya cita-

cita kami untuk menjadi seorang doktor dan pakar sakit puan akan

menjadi kenyataan suatu hari nanti. Kami juga berharap agar

penganjuran Karnival Kerjaya ini akan diteruskan pada masa akan datang

kerana kami mahu pastikan pengalaman dan manfaat yang kami terima

SMKASAS 2005119

Page 120: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

semasa mengikuti eksplorasi ini akan dapat dirasai oleh pelajar yang lain.

Senarai Rujukan

Buku Rujukan

Anita Ganeri, Apakah Di Dalam Tubuh Kita?, Penerbit Prisma Sdn. Bhd.,1994

Brenda Walpole, Kesihatan dan Perubatan, Penerbit Prisma Sdn. Bhd., 1994

Dr. Mohd. Baidi Bin Bahari, Panduan Mengguna Ubat, Dewan Bahasa dan

Pustaka, 1989

Hajah Naniwati Abdullah, Haid Implikasi Kepada Kesihatan Wanita Dari

Perspektif Sains dan Islam, Usnie Sdn. Bhd., 2001

Harold Schryock, M.D., Anda dan Kesihatan Anda Jilid 2, Southeast Asia

Publishing House, 1995

Harold Schryock, M.D., Modern Medical Guide, Southeast Asia Publishing

House, 1982

Jabatan Pendidikan Tinggi, Directory of Higher Education Malaysia, Kementerian

Pendidikan Malaysia, 2000

Jabatan Pendidikan Tinggi, Education Guide Malaysia 9th Edition,

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2004

Jabatan Pendidikan Tinggi, Education Guide Malaysia Fourth Edition,

Kementerian Pendidikan Malaysia, Malaysia, 1997

Jabatan Pendidikan Tinggi, Program Pengajian Lepasan STPM / Setaraf Sesi

Akademik 2002 / 2003, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002

SMKASAS 2005120

Page 121: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Jabatan Perangkaan Malaysia, Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 1994,

Jabatan Perangkaan Malaysia, 1994

Jabatan Perangkaan Malaysia, Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 1996,

Jabatan Perangkaan Malaysia, 1996

Jabatan Perangkaan Malaysia, Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2001,

Jabatan Perangkaan Malaysia, 2001

John S. Hendricks, Twisted: The Genetics Files, Discovery Channel, USA, 1998

Mah Chee Wai, Master Studi Sasbadi SPM Biologi, Sasbadi Sdn. Bhd.,2004

Ms. Wee Hui Bieh, Wencom’s Higher Education 8th Edition, Wencom Career

Consultancy, 2002

Ms. Wee Hui Bieh, Wencom’s Higher Education 9th Edition, Wencom Career

Consultancy, 2003

Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Student Handbook

2002/2003 Matriculation Centre IIUM, Universiti Islam Antarabangsa

Malaysia, 2002

Universiti Kebangsaan Malaysia, Prospektus UKM 2004-2006, Universiti

Kebangsaan Malaysia, 2004

Universiti Malaya, Prospektus UM, Universiti Malaya, 2000

Universiti Teknologi Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Ensiklopedia Sains

dan Teknologi Perubatan dan Kesihatan, Percetakan Dewan Bahasa dan

Pustaka, 2000

Universiti Teknologi MARA, Prospektus UiTM 2005 - 2006, Universiti Teknologi

MARA , 2005

SMKASAS 2005121

Page 122: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Laman Web

http://www.iiu.edu.my/faculty.shtml?fid=08

http://www.medic.upm.edu.my/web/akademik/perubatan/pperubatan.htm

http://medic.usm.my/postgraduate/

http://www.womenshealthcareofdothan.com/aboutus/

http://www.drdonica.com/articles/00000155-005.htm

http://www.cnn.com/HEALTH/women/9907/29/obstetrician.choosing/

http://www.drarmity.com/specialities /obs.htm

http://obstetrician.and.gynecologist.jobs.jobsearchsite.com

http://jobprofiles.org/heaobstetrician.htm

http://www.hamidarshat.com/IBZkehamilan_luar_biasa.htm

http://www.abog.org/women/defs.html

http://www.womenshealthchannel.com/obgyn.shtml

http://www.medic.upm.edu.my/web/akademik.htm

http://www.imu.edu.my/course_undergrad.htm

http://jobboard.asme.org/apply/advertise/cfm

http://maf.mod.gov.my/HOMEPAGE/atm/sejarah.html

http://maf.mod.gov.my/HOMEPAGE/atm/STRUKTURATM.htm

http://maf.mod.gov.my/HOMEPAGE/atm/peg.html

http://maf.mod.gov.my/HOMEPAGE/atm/gaji.html

http://www.spa.gov.my/temuduga_terbuka_05_fla.html

http://www.abog.org/

SMKASAS 2005122

Page 123: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

4.3 Senarai Lampiran

Lampiran 1 Surat Pengesahan Lawatan Eksplorasi

Lampiran 2 Curriculum Vitae / Resume

Lampiran 3 Skrip Temubual Bersama Dr. Hanif

Lampiran 4 Advertisement Public Service Commission of Malaysia

Lampiran 5 Rencana : Tips Kesihatan Ibu Dan Bayi

Lampiran 6 Rencana : Kehamilan Kembar

Lampiran 7 Rencana : Kehamilan Luar Biasa

Lampiran 8 Rencana : Kemandulan

Lampiran 9 Rencana : What is An OB / GYN

Lampiran 10 Rencana : What is An Obstetrician / Gynecologist?

Lampiran 11 Rencana : Obstetrics

Lampiran 12 Rencana : Resources For The Public

Lampiran 13 Rencana : How To Choose Your Gynecologist

Lampiran 14 Rencana : Choosing an Obstetrician

Lampiran 15 Rencana : Looking For Dr Right: How To Choose An

Obstetrician

Lampiran 16 Rencana : Code of Professional Ethics

Lampiran 17 Maklumat Mengenai Unit Kesihatan Wanita dan Kanak-

Kanak

SMKASAS 2005123

Page 124: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Lampiran 18 Maklumat Fakulti Perubatan UKM

Lampiran 19 Maklumat Perubatan dan Sains Kesihatan UPM

Lampiran 20 Maklumat Program Sarjana dan Doktor Falsafah USM

Lampiran 21 Maklumat Kuliyyah Perubatan UIAM

Lampiran 22 Maklumat Kolej Perubatan Penang

Lampiran 23 Maklumat Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU)

Lampiran 24 Iklan Seminar Kaunseling Kerjaya Bidang Perubatan dan

Farmasi IMU

Lampiran 25 Borang Permohonan Pengajian Perubatan IMU

Lampiran 26 Maklumat Bantuan Kewangan di IMU

Lampiran 27 Maklumat Pembayaran Yuran dan Polisi IMU

Lampiran 28 Maklumat Persatuan Obstetrik dan Ginekologi Malaysia

Lampiran 29 Maklumat ‘Asia & Oceania Federation of Obstetrics &

Gynaecology’

Lampiran 30 Rencana : Career Exploration : The Personal Side of Work

Lampiran 31 Rencana : Press Release

Lampiran 32 Keratan Akhbar : Program Perubatan Bertaraf Antarabangsa

di Universiti Andalas

Lampiran 33 Iklan Tawaran Biasiswa

Lampiran 34 Iklan IPT Luar Negara

Lampiran 35 Iklan IPTS Dalam Negara

Lampiran 36 Iklan Jawatan Doktor Perubatan dan Pakar Sakit Puan

(Obstetrik dan Ginekologi)

SMKASAS 2005124

Page 125: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Lampiran 37 Program Matrikulasi Pendidikan Malaysia Sesi 2004 / 2005

Lampiran 38 Contoh Surat Permohonan Jawatan Secara On-line

Lampiran 39 Brosur Fakulti Perubatan UiTM

Lampiran 40 Brosur Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM

Lampiran 41 Brosur Fakulti Perubatan UM

Lampiran 42 Brosur Kampus Kesihatan USM

Lampiran 43 Brosur Kursus Doktor Perubatan USM

Lampiran 44 Brosur Fakulti Kedoktoran, Pergigian dan Farmasi

(Universitas Sumatera)

Lampiran 45 Brosur Program Prasiswazah UKM

Lampiran 46 Brosur Ke Arah Keluarga Bahagia

Lampiran 47 Senarai Tugas dan Tanggungjawab Pegawai Perubatan

Klinikal Gred U2

Lampiran 48 Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 15/2002

Lampiran 49 Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil

3/2002 : Gelaran Rasmi Bagi Pakar-Pakar

Lampiran 50 Rencana : The American Board of Obstetrics and

Gynecology

Lampiran 51 Maklumat Temuduga Terbuka Suruhanjaya Perkhidmatan

Awam

Lampiran 52 Brosur Kesihatan Reproduktif Penting Bagi Kesejahteraan

Keluarga

Lampiran 53 Brosur Keluarga Sihat Membina dan Memupuk Kesihatan

SMKASAS 2005125

Page 126: Pakar Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi)

EKPLORASI ALAM KERJAYAPAKAR SAKIT PUAN (OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI)

Sepanjang Hayat

Lampiran 54 Sejarah ATM

Lampiran 55 Struktur Organisasi Angkatan Tentera Malaysia

Lampiran 56 Ringkasan Perkhidmatan Pegawai ATM

Lampiran 57 Gaji dan Elaun dalam Organisasi ATM

Lampiran 58 Maklumat Hospital Angkatan Tentera Lumut

Lampiran 59 Maklumat Minggu Kesihatan Wanita TLDM Lumut 2005

Lampiran 60 Borang Inventori Personaliti Sidek

Lampiran 61 Borang Inventori Minat Kerjaya

Lampiran 62 Brosur : Untuk Perkembangan Otak Bayi Yang Sihat

Lampiran 63 Brosur : Membantu Menyokong Kualiti Nutrein Dalam Susu

Ibu

SMKASAS 2005126