Click here to load reader

PAK SLIDE.pptx

  • View
    240

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of PAK SLIDE.pptx

PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKPAK 1044TAJUK:PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK 4-8 TAHUNAHLI KUMPULAN:HAMAH LATHA A/P SUMNADE THAMARAI SELVI A/P SARAWAHNANKASTURI A/P MURUGAN BAVITHIRA A/P EGAMBARAMYogam a/p muthusamyMohanachelvi a/p krishnanmurty

APA ITU PERKEMBANGAN FIZIKAL?Perkembangan fizikal kanak-kanak ini adalah merupakan perkembangan dan perubahan yang berlaku ke atas fizikal seseorang yang merangkumi pertumbuhan fizikal iaitu dari segi perubahan saiz badan dan kepala, kandungan badan, pertumbuhan gigi dan rangka tulang serta dari segi kemahiran pergerakan motor iaitu motor kasar dan motor halus serta pengawalan dominan tangan kanan atau kiri.Pertumbuhan fizikal terdiri daripada perkembangan dan perubahan pada bahagian fizikal seperti:

berat badan, ketinggian, lilitan kepala dan lengan, nisbah badan : kaki, kandungan lemak badan, pertumbuhan gigi dan rangka tulang.BERAT BADANBerat badan kanak-kanak mengalami pertambahan dengan cepat pada peringkat awal kanak-kanak. Namun apabila seorang kanak-kanak itu telah melepasi peringkat ini, maka kadar pertumbuhan menjadi beransur perlahan. Berat badan akan meningkat sebanyak 2.5 kilogram (5 paun) setiap tahun dari umur 2 tahun hingga baligh. Perubahan kadar keberatan adalah paling sedikit semasa kanak-kanak berumur antara 2 hingga 3 tahun dan seterusnya meningkat beransur-ansur sebelum mencapai usia remaja. Walau bagaimanapun, berat badan kanak-kanak perempuan adalah kurang berat berbanding kanak-kanak lelaki pada usia yang sama.KETINGGIAN BADANKadar penambahan ketinggian kanak-kanak yang ketika berusia 4 tahun menjadi semakin berkurang iaitu antara 11 hingga 12.5sm (4.5 hingga 5 inci) atau 24% jika dibandingkan dengan ketinggian badan ketika lahir yang bertambah ketinggian dari lahir hingga berumur 5 bulan dengan pertambahan sebanyak 30%. Namun untuk pengetahuan, kebanyakan kanak-kanak yang berumur 2 tahun telah mempunyai kira-kira separuh daripada ketinggian ketika dewasa kelak.KADAR PERTUMBUHAN FIZIKALLilitan KepalaPeningkatan lilitan kepala kanak-kanak berlaku 4 hingga 8 tahun selepas lahir seiring dengan perkembangan otak.4 tahun : Apabila kanak-kanak mencapai 50% daripada tinggi remaja, pertumbuhan kepalanya juga mencapai 50% daripada saiz dewasanya.Apabila umur meningkat remaja, ukuran kepalanya ialah 1:10 daripada panjang tubuhnyaNamun, jika sekiranya berlaku lilitan kepala yang tidak membesar, ianya mungkin disebabkan oleh pertumbuhan otak yang kurang memuaskan.

LILITAN LENGANKadar perkembangan fizikal berlaku dengan pesat pada awal kelahiran iaitu dengan lilitan lengan yang berukuran daripada 11sm kepada 16sm. Namun, kadar lilitan ini kekal pada nilai yang sama antara 16sm hingga 17sm walaupun umur bayi meningkat dari 1 tahun hingga 5 tahun. Kadar perubahan fizikal ini juga bergantung kepada kesihatan yang baik dan penerimaan zat pemakanan yang seimbang dan mencukupi. Ukuran lilitan lengan yang menandakan taraf kekurangan zat pemakanan yang sederhana adalah antara 12.5sm hingga 13.5sm. Manakala, nilai yang kurang daripada 80% jangkaannormaliaitu 12.5sm, menunjukkan taraf kekurangan zat pemakanan teruk.NISBAH BADAN :KAKINisbah badan : kaki adalah perbandingan pertumbuhan fizikal antara kaki dengan badan kanak-kanak. Nisbah ini berubah mengikut tempoh perkembangannya yang tertentu. Perubahan nisbah kaki pada ketinggian penuh adalah seperti yang berikut : 1 )Tempoh pralahir 1:4 2 )Lahir 1:3 3) Dewasa 1:2Ini jelas menunjukkan bahawa pada peringkat awal bayi, saiz kaki lebih pendek berbanding badan. Walaupun begitu, keadaan ini berubah menjadi semakin seimbang dengan badan apabila kanak-kanak membesar.KANDUNGAN LEMAK BADANLemak badan mula meningkat pada minggu terakhir sebelum kelahiran dan terus bertambah selepas kelahiran. Seterusnya keadaan tersebut memuncak pada usia 9 bulan. Namun, kanak-kanak akan berubah menjadi kurus pada usia 1 tahun hingga pertengahan awal kanak-kanak kerana lemak dalam badannya semakin berkurangan. Lemak badan lebih banyak terdapat pada bayi perempuan berbanding bayi lelaki pada waktu lahir. Selain itu, otot akan bertambah secara perlahan pada peringkat bayi dan kanak-kanak dan bertambah dengan pesat pada peringkat remaja. Jenis bentuk badan manusia dari peringkat kanak-kanak boleh dibahagikan kepada 3 jenis berdasarkan kandungan lemak badan dan otot iaituEktomorf : saiz tubuh badan kecil, kurus dan tinggi ; kadar perkembangan fizikal agak lambat dan kadar penambahan tinggi memakan masa yang lebih panjangMesomorf : tubuh badan pejal dan berisi ; penambahan otot, berat badan dan perkembangan fizikal yang lain turut berlaku dengan lebih cepat pada setiap peringkat umurEndomorf : tubuh badan lebih bulat dan mengandungi lebih banyak lemak.

PERTUMBUHAN GIGIDari segi pertumbuhan gigi pula perlu diketahui bahawa manusia mempunyai 2 set pertumbuhan gigi dalam seumur hidup. Set pertumbuhan pertama terdapat 20 batang gigi yang dikenali sebagai gigi susu atau gigi sementara atau gigi bayi. Gigi ini gugur dari semasa ke semasa dan diganti dengan gigi kekal atau gigi dewasa yang berjumlah 32 batang. Bayi semestinya dilahirkan tanpa gigi. Gigi kacip (gigi depan dan tengah gigi) mempunyai ciri sebagai gigi sulung yang berfungsi untuk memotong. Ianya muncul dalam jangka masa usia 6 hingga 12 bulan. Pada masa ini kelenjar air liur mula mengeluarkan air liur yang banyak. Terdapat juga sesetengah bayi yang mengalami demam sebelum tumbuh gigi. Gigi susu pula muncul apabila bayi baru mula memakan makanan separuh pejal. Ianya adalah untuk membantu bayi belajar mengunyah.Gigi susu mula tanggal ketika kanak-kanak berumur 7 tahun. Pertukaran dari gigi susu ke gigi kekal mengambil masa yang lama, iaitu dari hujung peringkat prasekolah hingga hujung peringkat kanak-kanakNamun, apabila mencapai peringkat akhir tatih, maka, jumlah gigi susu yang lengkap tumbuh sebanyak 20 batang, iaitu 10 batang di rahang atas dan 10 batang di bahagian bawah. Dan kemudiannya, gigi susu akan mula tanggal ketika kanak-kanak berumur tujuh tahun. Ia akan mengambil masa yang lama untuk menukarkan gigi susu kepada gigi kekal iaitu dari hujung peringkat prasekolah hingga hujung peringkat kanak-kanak atau kira-kira 12 tahun.

RANGKA TULANGPertumbuhan rangka tulang berlaku dalam 3 cara iaitu: Pertambahan Saiz Tulang Tulang Mengeras (Osifikasi) Jumlah Tulang PERKEMBANGAN MOTOR KASAR 4 TAHUN Berlari dengan laju tanpa jatuh-Berjalan di atas beam balance-Menendang bola-Membaling bola secara bertujuan sambil menggerakkan badan-Berjalan dalam garis lurus-Berlari dengan lebih lancar-Lompat dan loncat dengan sebelah kaki-Menunggang basikal roda tiga-Menaiki alat memanjat-Meloncat di atas dua belah kaki-Bergayut dan bergerak di atas monkey bar-Meloncat pada sebelah kaki 7-9 kali dengan laju dan terkawal-Melompat dengan menggunakan kaki secara berselang-seli-Lompat ke atas dan ke depan dengan lebih terkawal dan lebih jauh.

PERKEMBANGAN MOTOR HALUS 4 TAHUNMengancing dan menanggalkan butang yang besar-Makan sendiri tanpa bantuan-Menggunting kertas dengan gunting-Melukis garis lurus dan bentuk bulat-Menukar baju tanpa bantuan-Menggunakan garpu dengan berkesan-Menggunting mengikut garis-Menyalin bentuk segi tiga, pangkah dan sedikit huruf-Membaling bola sambil bergerak-Menyambut bola dengan tangan (atau menangkap bola dengan bantuan dada)-Menyesuaikan gerak badan semasa membaling, melambung, menyambut dan menangkap bola besar dan kecil-Memegang krayon kecil-Melukis gambar manusia lengkap dengan mata, mulut dan sebagainya, dalam bentuk berudu (tadpole figures)

PERKEMBANGAN MOTOR KASAR 5 TAHUNBerlari dengan laju tanpa jatuhBerjalan di atas beam balanceMenendang bolaMembaling bola secara bertujuan sambil menggerakkan badanBerjalan dalam garis lurusBerlari dengan lebih lancarLompat dan loncat dengan sebelah kakiBerlari sambil menendang bolaMenyesuaikan badan semasa menyambut bolaMenunggang basikal roda tigaMenunggang basikal roda tiga dengan mahir dan lajuMenunggang basikal dua roda

16PERKEMBANGAN MOTOR HALUS 5 TAHUNMenukar baju tanpa bantuanMenggunakan garpu dengan berkesanMenggunting mengikut garisMenyalin bentuk segi tiga, pangkah dan sedikit hurufMahir memakai baju sendiriMenggunakan pisau untuk memotong makanan yang lembutMelukis orang dengan 6 bahagianMenulis perkataan yang ringkasKanak-kanak dapat memegang pensil (walaupun caranya masih berubah-ubah)Meniru lukisan segi empatMelukis gambar manusia yang dua dimensi, tetapi berbentuk kurang realistikDapat menulis huruf-huruf seperti oDapat mewarna dalam garisanMelukis objek atau orang dengan nisbah yang munasabahMelukis segi tiga, segi empat dan bulat dengan tepat

PERKEMBANGAN MOTOR KASAR 6-8 TAHUNBerlari sambil menendang bolaMenyesuaikan badan semasa menyambut bolaMenunggang basikal roda tiga dengan mahir dan lajuMenunggang basikal dua rodaPERKEMBANGAN MOTOR HALUS 6-8 TAHUNMahir memakai baju sendiriMenggunakan pisau untuk memotong makanan yang lembutMelukis orang dengan 6 bahagianMenulis perkataan yang ringkasKanak-kanak dapat memegang pensil (walaupun caranya masih berubah-ubah)Meniru lukisan segi empatMelukis gambar manusia yang dua dimensi, tetapi berbentuk kurang realistikDapat menulis huruf-huruf seperti oDapat mewarna dalam garisanMelukis objek atau orang dengan nisbah yang munasabahMelukis segi tiga, segi empat dan bulat dengan tepat

PANDANGAN AHLI KUMPULAN:Kesimpulannya, setiap perkembangan fizikal adalah berkaitan antara satu sama lain iaitu daripada perkembangan dan pertumbuhan tubuh badan dengan perkembangan otak seorang manusia itu. Perkembangan fizikal ini juga mempunyai tahap-tahap perkembangan tertentu yang menunjukkan peningkatan perkembangan seseorang kanak-kanak itu dalam tempoh untuk mencapai umur dewasa semenjak dari dilahirkan lagi. Melalui perkembangan fizikal ini juga banyak yang dapat dihuraikan tentang proses tumbesaran dan pertumbuhan kanak-kanak Kita juga dapat mengetahui pelbagai perlakuan kanak-kanak mengikut peningkatan dan tahap umur mereka.

VIDEO..

SEKIAN TERIMA KASIH MY DEAR CLASSMATES.HAHAHA