20
BAB 7 PERINGKAT 5: PENILAIAN DASAR AWAM NAMA NO MATRIK DG ARSYIKIN ABD RAHMAN 210594 TINA ANAK BUJANG 211115 NORISHAM MISOH 211063 JOEZY JAMI 211187 ZABIDI SPAWI 211122

Operasi Dasar Awam

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Presentation

Citation preview

Page 1: Operasi Dasar Awam

BAB 7 PERINGKAT 5:

PENILAIAN DASAR AWAM

NAMA NO MATRIKDG ARSYIKIN ABD RAHMAN 210594

TINA ANAK BUJANG 211115NORISHAM MISOH 211063

JOEZY JAMI 211187ZABIDI SPAWI 211122

Page 2: Operasi Dasar Awam
Page 3: Operasi Dasar Awam

7.1 PENGENALANPeringkat penilaian dasar merupakan peringkat

terakhir dalam kitaran dasar. Peringkat ini memberi tumpuan kepada akibat atau kesan (consequences) ekoran daripada pelaksanaan keputusan dasar yang telah dibuat.

Fokus bab ini adalah definisi penilaian, bentuk-bentuk penilaian, fungsi penilaian, dan masalah-masalah yang dihadapi dalam proses melakukan penilaian serta Proses Pemantauan

Page 4: Operasi Dasar Awam

7.2 KAJIAN PENILAIAN DASAR AWAMMaksud Penilaian Dasar Awam?

- Lester (2000) menilai alternatif dasar yang telah dilaksanakan dan bukannya cuba untuk menerangkan atau memberi deskripsi tentang kewujudan dasar awam tersebut

- Wholey dalam Lester (2000) penilaian atau assessment yang dilakukan ke atas keseluruhan dasar dan program nasional berdasarkan sama ada memenuhi objektif yang ditetapkan, ataupun melihat kepada keberkesanan dua atau lebih program dalam mencapai objektif yang sama.

Page 5: Operasi Dasar Awam

- Anderson (1997:272) merupakan satu aktiviti yang bersifat fungsional kerana ianya mengandungi “the estimation, assessment, or appraisal of a policy, including its content, implementation, goal attainment and other effects.”Dilakukan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan dan kegagalan sesuatu dasar . Penilaian dasar boleh berlaku sepanjang proses dasar awam digubal. 2 aspek yang perlu diberi perhatian :

i. Pertama, mengenal pasti akibat sesuatu dasar awam dengan cara menerangkan impak dasar tersebut.

ii.Kedua, menentukan kejayaan atau kegagalan dasar awam tersebut berdasarkan standard atau ukuran dan kriteria yang ditetapkan.

Page 6: Operasi Dasar Awam

Dunn (1994)

1)Penilaian dapat menyediakan maklumat yang benar dan boleh dipercayai mengenai prestasi dasar yang telah dilaksanakan. Dapat membantu kita melihat sama ada matlamat dan objektif telah tercapai atau sebaliknya.

2)Penilaian dapat membantu menjelaskan dan mengkritik nilai-nilai yang terdapat dalam pemilihan matlamat dan matlamat dasar.

3)Penilaian juga menyumbang ke arah pembentukan permasalahan dasar yang lebih baik memandangkan prestasi dasar yang kurang memberansangkan.

Page 7: Operasi Dasar Awam

7.3 PROSES PENILAIAN DASAR AWAMProses pemantauan dapat membantu

pelaksana dasar untuk menjawab persoalan dalam menjalankan tugas dengan baik atau doing the thing right.

Penilaian, sebaliknya, melihat kepada aspek hasil atau impak dan membantu pihak yang terlibat dengan proses dasar awam, bukan setakat pelaksana sahaja, menjawab persoalan mengenai sama ada mereka melaksanakan tugas yang sepatutnya atau do the right thing.

Page 8: Operasi Dasar Awam

Berikut merupakan ciri-ciri penilaian dasar iaitu:

1)Mengambil kira tempoh masa yang panjang (long range)

2)Mempersoalkan prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan.

3)Mempersoalkan sama ada perancangan dan sasaran yang ditetapkan itu tepat dan sesuai.

4) Memeriksa sama ada sasaran yang ditetapkan berdasarkan kepada realiti.

5)Menekankan tujuan dan matlamat setiap dasar yang dijalankan.

6)Membuat laporan mengenai pengajaran yang boleh diperoleh daripada dasar yang dilaksanakan

Page 9: Operasi Dasar Awam

7.4 BENTUK-BENTUK PENILAIAN DASAR Lester (2000), terdapat 4 bentuk penilaian dasar awam:-1. Terhadap Proses ( Process Evaluation )

Menfokuskan kepada cara atau means dasar dan program disampaikan kepada kumpulan sasaran. Bentuk ini menekankan cara program dilaksanakan dan pihak penilai akan membuat penilaian (assessment) ke atas aktiviti program dan juga melihat kepada kepuasan kumpulan sasaran terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.

Cth : Pihak penilai ingin melihat kepuasan pengusaha bas ekspres terhadap langkah kerajaan mewajibkan penggunaan kotak hitam di kesemua bas ekspres yang beroperasi. Apabila dilaksanakan, terdapat rungutan daripada pihak pengusaha bas bahawa kotak hitam tersebut tidak berfungsi seperti yang diingini. Pihak yang terlibat, khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu memikirkan bagaimanakah peraturan ini dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

Page 10: Operasi Dasar Awam

2. Penilaian Terhadap Impak ( Impact Evaluation )Menfokuskan kepada keputusan atau hasilan akhir satu-satu program yang dijalankan. Dengan kata lain, ia melihat sama ada objektif telah telahpun dipenuhi daripada segi output ataupun daripada segi cara pelanggan atau pengguna dilayan oleh pihak kerajaan.

Cth : Dengan memperbanyakkan institut latihan perindustrian (ILP), kerajaan dapat melihat berapa ramaikah jumlah mahir yang diperlukan dalam memenuhi keperluan negara. Sekiranya kerajaan tidak memperbanyakkan kemudahan ini, apakah yang akan berlaku terhadap jumlah kerja mahir bagi negara kita.

Page 11: Operasi Dasar Awam

3. Penilaian ke atas Dasar ( Policy Evaluation )

Penilaian ini lebih melihat kepada impak program ataupun dasar ke atas permasalahan awam yang dibincangkan bermula dengan peringkat awam dalam proses pembuatan dasar. Contohnya, kerajaan hendak menilai sama ada program memperkenalkan konsep 3M di sekolah-sekolah rendah dapat mengurangkan masalah pembelajaran di kalangan pelajar, ataupun sama ada ia dapat mengurangkan kadar buta huruf di kalangan pelajar sekolah rendah.

Page 12: Operasi Dasar Awam

4. Metaevaluation Penilaian ini merupakan sintesis kepada dapatan yang terdapat dalam penyelidikan yang berkaitan dengan penilaian (evaluation research findings). Penilai melihat kepada persamaan atau commonalities di antara keputusan-keputusan yang diperoleh, ukuran, pola-pola yang wujud atau trends berdasarkan kepada ulasan karya.

Page 13: Operasi Dasar Awam

7.5 KEPERLUAN KEPADA PROSES PENILAIANApakah yang dilakukan oleh para penilai?

1. Penilai akan melihat dan memeriksa output dasar (policy outputs) seperti sumber kewangan, pekerjaan, barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan dan disampaikan kepada kumpulan sasaran. Selain itu, penilai juga akan melihat kepada impak dasar ke atas kumpulan sasaran ataupun keadaan yang sepatutnya wujud akibat daripada pelaksanaan dasar tersebut.

Page 14: Operasi Dasar Awam

2. Aspek ini berkait rapat dengan prestasi dasar. Apabila menganalisis kesan, penilai akan melihat juga bagaimana prestasi dasar dan kaitannya dengan objektif yang dinyatakan.

3. Penilai juga menitikberatkan kemampuan dasar yang digubal untuk memperbaiki keadaan masyarakat seperti mengurangkan masalah alam sekitar, masalah penagihan dadah dan sebagainya. Kesan ini dianalisis sebagai hasilan dasar (policy outcomes) yang mana dasar tersebut sepatutnya membaiki keadaan masyarakat secara umumnya

Page 15: Operasi Dasar Awam

4. Maklum balas dasar (policy feedback) yang meliputi akibat daripada tindakan kerajaan atau kenyataan yang dibuat oleh pembuat dasar. Contohnya, kejayaan kerajaan untuk menangani masalah rasuah akan meningkatkan keyakinan rakyat kepada kerajaan dan seterusnya memberi reputasi yang baik kepada pemimpin kerajaan.

Page 16: Operasi Dasar Awam

7.6 KRITERIA UNTUK PENILAIANDASAR AWAM

Kriteria untuk Penilaian : Sumber Diubah suai daripada Dunn (1994)

Jenis Kriteria PersoalanKeberkesanan (effectiveness)

Adakah hasil yang diharapkan tercapai?

Kecekapan (efficiency) Berapakah banyak usaha yang diperlukan untuk mencapai hasil yang diharapkan?

Kecukupan (adequacy) Setakat manakah kejayaan dalam mendapatkan hasil yang diharapkan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi?

Kesaksamaan (equity) Adakah kos dan faedah diagihkan secara saksama antara kumpulankumpulan yang berbeza?

Responsif (responsiveness)

Adakah hasilan dasar (policy outcomes) memenuhi kehendak, pilihan (preferences) atau nilai satu-satu kumpulan?

Kesesuaian (appropriateness)

Adakah hasil yang diharapkan iaitu objektif berbaloi dan bernilai?

Page 17: Operasi Dasar Awam

7.7 PENILAI DALAM DAN PENILAI LUAR

• Penilai dalam terdiri daripada agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Audit Negara yang bertanggungjawab melihat prestasi dasar yang dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan.

• Penilai luar terdiri daripada organisasi penyelidikan swasta,media komunikasi, kumpulan-kumpulan pendesak dan berkepentingan dan sebagainya yang di luar kerajaan.

Page 18: Operasi Dasar Awam

7.8 MASALAH-MASALAH DALAM PENILAIAN DASAR AWAMBeberapa masalah atau halangan yang dihadapi

oleh para penilai apabila melakukan penilaian dasar. Ketidakjelasan matlamat dan objektif yang hendak

dicapai. Menentukan kriteria untuk kejayaan dasar. Kesan sampingan. Penentuan penyebab. Kesan yang bersifat berbaur. Pencapaian data dan maklumat yang tidak lengkap. Tentangan aktor terlibat.

Page 19: Operasi Dasar Awam

7.9 KESIMPULAN Dalam pelajaran ini, proses penilaian telah pun dibincangkan dan beberapa perkara yang berkaitan dengan penilaian juga telah dibincangkan juga. Ini termasuklah fungsi penilaian, bentuk-bentuk penilaian, ciri-ciri penilaian dan sebagainya. Aktor penilai juga diketengahkan yang mana ianya melibatkan pihak yang dilantik oleh kerajaan sama ada dari agensi kerajaan ataupun di luar kerajaan. Setiap golongan penilai ini mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Akhirnya, masalah-masalah yang wujud dalam melakukan penilaian juga turut dibincangkan. Proses penilaian merupakan proses yang terakhir dalam kitaran dasar dan peringkat seterusnya ialah keputusan yang akan dibuat dengan dasar yang telah dilaksanakan sama ada untuk diteruskan dengan penambahbaikan atau ditamatkan sahaja.

Page 20: Operasi Dasar Awam

SEKIAN, TERIMA KASIHGOOD LUCK