32
OBJEKTIF KAJIAN Kajian tentang perusahaan nanas ini dijalankan adalah untuk mencapai beberapa objekif kajian. Antaranya adalah untuk memenuhi kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pada setiap tahun, para pelajar Tingkatan 3 yang sememangnya menduduki Penilaian Menengah Rendah diwajibkan menjalankan kajian ini mengikut tema yang telah ditetapkan. Pada tahun ini, saya dan rakan-rakan yang lain diberikan tajuk kajian mengenai kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia. Objektif kajian yang seterusnya adalah untuk mengetahui kegiatan ekonomi tradisional di Negara kita dan saya telah menjalanjan kajian tentang penanaman nanas. Kajian ini memberikan banyak kebaikan kepada saya iaitu dapat meluaskan pengetahuan saya dalam bidang pertanian. Setelah saya melawat di tempat kajian, saya dapat mengetahui mengusahakan penanaman nanas bukan suatu kerja yang mudah lebih-lebih lagi terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi. Selain itu, objektif saya menjalankan kajian yang utama adalah untuk menyiapkan kerja kursus Sejarah. Walaupun pada mulanya saya berasa sedikit gelisah memandangkan ini merupakan kali pertama saya melawat tempat kajian dan menemubual sendiri pengusaha nanas tersebut, akhirnya saya berjaya menghasilkan kerja kursus ini. Kerja kursus ini mudah dihasilkan kerana saya memperoleh isi yang banyak untuk dimuatkan ke dalam kerja kursus ini. Saya dan rakan-rakan diberikan tempoh selama enam bulan bermula daripada bulan Februari sehingga bulan Julai untuk menyiapkan folio Sejarah.

Objektif kajian sejarah pmr

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Objektif kajian sejarah pmr

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian tentang perusahaan nanas ini dijalankan adalah untuk mencapai beberapa objekif

kajian. Antaranya adalah untuk memenuhi kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Pada setiap tahun, para pelajar Tingkatan 3 yang sememangnya menduduki Penilaian Menengah

Rendah diwajibkan menjalankan kajian ini mengikut tema yang telah ditetapkan. Pada tahun ini,

saya dan rakan-rakan yang lain diberikan tajuk kajian mengenai kegiatan ekonomi tradisional di

Malaysia.

Objektif kajian yang seterusnya adalah untuk mengetahui kegiatan ekonomi tradisional di

Negara kita dan saya telah menjalanjan kajian tentang penanaman nanas. Kajian ini memberikan

banyak kebaikan kepada saya iaitu dapat meluaskan pengetahuan saya dalam bidang pertanian.

Setelah saya melawat di tempat kajian, saya dapat mengetahui mengusahakan penanaman nanas

bukan suatu kerja yang mudah lebih-lebih lagi terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi.

Selain itu, objektif saya menjalankan kajian yang utama adalah untuk menyiapkan kerja

kursus Sejarah. Walaupun pada mulanya saya berasa sedikit gelisah memandangkan ini

merupakan kali pertama saya melawat tempat kajian dan menemubual sendiri pengusaha nanas

tersebut, akhirnya saya berjaya menghasilkan kerja kursus ini. Kerja kursus ini mudah dihasilkan

kerana saya memperoleh isi yang banyak untuk dimuatkan ke dalam kerja kursus ini. Saya dan

rakan-rakan diberikan tempoh selama enam bulan bermula daripada bulan Februari sehingga

bulan Julai untuk menyiapkan folio Sejarah.

Page 2: Objektif kajian sejarah pmr

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah

Convent Batu Pahat, Johor, Cik Tan Soo Soo kerana telah memberi sokongan dan dorongan

kepada saya ketika menjalankan kajian ini. Saya juga turut ingin berterima kasih dengan guru

Sejarah saya iaitu Encik Choo Lim Kok kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar

kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus ini.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu

Norsehan binti Abdullah dan Ungku Ismail bin Ungku Othman kerana telah memberi saya

semangat dan dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Pak Sutimon bin Ali yang telah berbesar hati

memberi kerjasama dan membenarkan saya membuat kajian tentang perusahaan nanas yang

diusahakan oleh beliau.

Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya iaitu Nurul Lyana binti

Mudzaffar dan Siti Nur Kamaliya binti Abdul Mutalib yang banyak membantu dan memberi

komen ketika menyiapkan kerja kursus ini. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan

oleh semua pihak membolehkan saya berjaya menyiapkan kerja kursus sejarah dengan jayanya.

Page 3: Objektif kajian sejarah pmr

KAEDAH KAJIAN

Yang berikut merupakan beberapa kaedah kajian yang telah saya gunakan untuk memudahkan

saya menyiapkan Kerja Kursus Sejarah PMR 2013.

1. Kaedah temu bual

Melalui kaedah temu ramah, saya telah menemu bual Pak Sutimon bin Ali dari Ayer Hitam, Batu

Pahat, Johor untuk mandapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang perusahaan nanas.

2. Kaedah lawatan dan pemerhatian

Saya telah melawat rumah Pak Sutimon yang menjadi kawasan kajian untuk mengkaji

bagaimana beliau menanam, mengumpul dan memasarkan nanas tersebut. Banyak maklumat

berguna dapat diperolehi berdasarkan pemerhatian saya di sini.

3. Kaedah penyelidikan perpustakaan

Saya juga turut mengunjungi perpustakaan awam yang berdekatan dengan rumah saya untuk

menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang

pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian saya.

4. Muat turun internet

Saya turut melayari laman sesawang yang sememangnya banyak terdapat dalam negara kita

untuk mendapatkan maklumat umum tentang penanaman nanas malah turut memuat turun bahan

yang terdapat sebagai rujukan.

Page 4: Objektif kajian sejarah pmr

SENARAI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 TAJUK KAJIAN i.

2 SENARAI KANDUNGAN ii.

3 PENGHARGAAN 1

4 OBJEKTIF KAJIAN

5 KAEDAH KAJIAN

6 HASIL KAJIAN

7 RUMUSAN

8 LAMPIRAN

9 RUJUKAN

HASIL KAJIAN

Page 5: Objektif kajian sejarah pmr

1) MAKLUMAT ASAS

1.1 NAMA / JENIS KEGIATAN EKONOMI

Kegiatan ekonomi yang saya kaji ialah perusahaan nanas yang diusahakan oleh Pak

Sutimon bin Ali.

1.2 SEJARAH / ASAL USUL KEGIATAN EKONOMI

Perusahaan nanas ini telah dimulakan oleh Encik Sutimon bin Ali dan isteri beliau,

Puan Karsihah binti Idris mulai tahun 1996. Pada masa tersebut beliau mengusahakan

penanaman nanas kira-kira tiga ekar. Selepas itu, mereka meminta bantuan daripada

pihak kerajaan dan mendapat bantuan kewangan sebanyak RM10,000 sebagai

permulaan penanaman, baja, racun seta perkakas dalam bidang pertanian.

1.3 Lokasi / tempat kajian

Lokasi / tempat kajian yang saya lawati ialah di Parit Karim, Ayer Hitam, Muar,

Johor.

1.4 Pihak yang mengusahakan/individu/ kelompok masyarakat yang mengusahakan

Penanaman nanas ini juga dijalankan oleh penduduk kampung yang tinggal tidak jauh

daripada rumah Pak Sutimon iaitu kira-kira dalam jarak lebih kurang tiga meter. Ada

juga seorang pengusaha dari Parit Karim Batu 24 iaitu Encik Kamarulzaman bin

Abdul Rahman mengusahakan pertanian yang sama dengan beliau. Bagi tujuan kerja

kursus ini saya memilih Pak Sutimon bin Ali kerana beliau merupakan antara orang

yang lama terlibat dalam penanaman nanas selain mudah untuk mencari kedudukan

rumahnya.

Page 6: Objektif kajian sejarah pmr

GAMBAR 1.2 : Gambar di bawah menunjukkan saya bergambar bersama Pak Sutimon dan Puan

Karsihah sambil memegang buku nota untuk mencatat sejarah di sebalik penanaman nanas.

Page 7: Objektif kajian sejarah pmr

GAMBAR 1.3 : Gambar di bawah merupakan kawasan yang saya lawati untuk

mendapatkan maklumat tentang penanaman nanas.

2) LATAR BELAKANG

2.1 TUJUAN DIJALANKAN

Page 8: Objektif kajian sejarah pmr

Pak Sutimon pada mulanya menanam nanas untuk kegunaan sendiri iaitu sebagai sumber

makanan dan masakan seperti nanas masak lemak. Penanaman nanas ini dilakukan kira-

kira seluas tiga ekar sahaja pada peringkat awal. Kini, Pak Sutimon mengusahakan nanas

untuk memasarkan jem dan menjualkan nanas pada penjual lain.

2.2 PROSES / CARA PELAKSANAAN

Penanaman nanas kelihatan mudah tetapi sebenarnya sangat sukar kerana perusahaan ini

melibatkan perbelanjaan yang besar,keluasan tanah , modal, pekerja dan peruntukan masa

bekerja yang banyak.

Perusahaan nanas juga begitu sukar kerana terdapat banyak langkah yang perlu

dijalankan untuk memastikan tiada masalah yang berlaku seperti serangan haiwan

perosak, kualiti nanas tidak baik serta rasa nanas tidak manis.

2.2.1 Definisi nanas

KUMPULAN NANAS

Nanas atau nama botaninya Ananas comosus dari keluarga Bromeliaceae adalah

tanaman tropika yang dipercayai berasal dari Amerika Selatan, la banyak ditanam di

Thailand, Filipino, Amerika Selatan dan Afrika. Di Malaysia, Nonas banyak ditanam di

negeri Johor, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.

Antara varieti Nanas yang disyorkan untuk ditanam ialah Sarawak, Gandol, Mauritius

(Moris), N36 dan Josapine. Terdapat tiga kumpulan kultivar nanas yang ditanam di

Malaysia, iaitu kumpulan Cayenne, Spanish dan Queen.

2.2.2 Ciri-ciri umum nanas

Iklim dan Tanah:

Page 9: Objektif kajian sejarah pmr

Nanas sesuai ditanam di kawasan yang mempunyai cuaca yang panas, diantara 24oC-

30oC. Sukatan hujan yang diperlukan ialah 100-150 sm setahun dan taburannya serata.

Nanas boleh hidup di kebanyakan jenis tanah dan hidup subur di tanah gambut, diantara

pH 4.5-6.0. Perparitan sempurna diperlukan sekiranya tanah sentiasa lembap dan terlalu

masam. Nanas sesuai ditanam di tanah rendan dan rata.

2.2.3 Jenis-jenis nanas

Pak Sutimon telah mengusahakan dua jenis nanas yang mendapat permintaan tinggi iaitu

nanas moris seta nanas Josapine.

2.2.3.1 Ciri-ciri nanas mengikut jenis

NANAS MORIS:

Moris dan Sarawak adalah dua varieti utama nanas segar yang ditanam pada masa

ini. Kedua-dua varieti nanas ini mempunyai kelemahan masing-masing. Nanas

Moris kecil, isi berwarna keemasan, agak kering, rangup dan mempunyai

kandungan gula yang tinggi. Walau bagaimanapun bagi nanas jenis ini buahnya

mengecil di hujung dan daunnya berduri dan ini merumitkan pengurusan

pengeluarannya.

NANAS JOSAPINE:

Varieti ini jauh lebih baik daripada Moris dan Sarawak.  Rintang terhadap gejala

teras hitam.  Oleh itu ia berpotensi untuk pasaran eksport melalui pengangkutan

laut dengan menggunakan kontena berhawa dingin.  Selain daripada itu nanas ini

juga lebih manis, rangup dan kering, sesuai untuk hidangan segar.

Page 10: Objektif kajian sejarah pmr

Berasaskan sistem pemilihan, nanas ini dikenali sebagai A25-34, tetapi nama

komersilnya ialah Josapine, iaitu singkatan nama hasil kacukan nanas Johor

(induk betina) , Sarawak (debunga) dan 'Pineapple' (bahasa Inggeris untuk nanas).

Ciri-ciri Utama Josapine:

Pokok sangat subur, boleh dihormon pada umur 9 bulan.

Daun hijau keunguan, tidak beduri.

Saiz jambul sederhana, kadang-kadang lebih daripada satu.

Biasanya 1-2 sulur buah / pokok.

Sulur dan ratunnya baik.

Ciri-ciri Pembungaan dan Pembuahan:

Tindakbalas pembuangan dengan bahan pengaruh sangat baik (90-100%).

Berbuah awal - dari aruhan bunga hingga peringkat putik bunga

mengambil masa 30 hari.

Dari aruhan bunga hingga pemetikan buah mengambil masa 127 hari.

Hari 60 tan/ha. bagi tanaman pertama.

Page 11: Objektif kajian sejarah pmr

Ciri-ciri Buah:

Kulit buah muda yang berwarna ungu gelap berubah menjadi merah jingga

apabila masak.

Buah berbentuk silinder.

Matanya besar membonjol, iaitu seperti nanas Spanish.

Buah bersaiz sederhana (1.2 - 1.5 kg).

Isi buah kuning keemasan dengan tekstur yang agak rangup dan kering.

Sangat manis (TSS 16-17%) dengan perisa asid yang seimbang.

Penyimpannya baik, kualiti buah tidak berubah walapun buah sudah

terlalu masak.

Tiada tanda gejala teras hitam berlaku dalam buah apabila buah disimpan

pada suhu 10%oC

selama 2 minggu dan didedahkan pada suhu bilik selama 5 hari.

Page 12: Objektif kajian sejarah pmr

Gambar dibawah menunjukkan gambar nanas Moris

Page 13: Objektif kajian sejarah pmr

Gambar berikut merupakan gambar nanas Josephine.

2.2.4 Proses Penanaman Nanas

2.2.4.1 Penyediaan Tanah

Page 14: Objektif kajian sejarah pmr

Tanah perlua dibersihkan daripada semak samun dan dibajak dan digembur sebelum

menanam (tanah gambut tidak perlu dibajak). Tanah perlu dikapur sekiranya pH terlalu

rendah (bawah pH 4.5).

2.2.4.2 Amalan Kultur

Bahan tanaman biasanya terdiri daripada jambul dan sulur. 

Jarak tanaman 90 cm x 60 cm x 30 cm (2 baris berkembar) dengan sistem penanaman

pokok utama disyorkan bagi mendapat hasil dan mutu buah yang seragam. 

Pembajaan di tanah gambut menggunakan 435 kg amonium sulfat + 6 kg CIRP + 163 kg

'Muriate of potash' sehektar setiap kali pembajaan pada 2.5 dan 8 bulan selepas ditanam. 

Manakala di tanah mineral, baja NPK 15:15:15 sebanyak 860 kg sehektar setiap kali

pembajaan pada 2 dan 5 bulan selepas ditanam dan NPK Mg 12:12:17:2+TE pada kadar

yang sama pada 8 bulan selepas ditanam disyorkan.

Baja semburan mengandungi campuran 42 g kumprum sulfat, 42 g zink sulfat, 21 g ferus

sulfat, 640 g kapur dan 640 g urea dalam setiap 18 liter air.  Penyemburan dibuat pada 1

dan 4 bulan selepas ditanama bagi kedua-dua jenis tanah. 

Pengaruhan bunga pada masa 9 bulan selepas ditanam dengan menggunakan etefon (300

bahagian/juta) dan 3% urea (40 ml sepokok). 

Buah dipetik pada peringkat 'dua mata' matang.

2.2.4.3 Pembajaan

Pusingan Masa Jenis Baja Kadar/Hektar

Page 15: Objektif kajian sejarah pmr

1

2

3

4

5

Sebelum menanam

Semasa menanam

3 bulan

6 bulan

9 bulan

Kapor

CIRP

NPK 12:12:17:2

NPK 12:6:22:3

NPK 12:6:22:3

2.5 tan

200 kg

200 kg

500 kg

500 kg

2.2.4.4 Kawalan Penanaman

2.2.4.4.1 Racun

Racun Serangga untuk kawalan perosak serangga

Bil Racun Bahan Aktif Kadar JumlahKetinggian

kemasan tanah

1

2

3

4

5

6

Carbaryl

Dimethoate

Amitraz

Mercaptodimethur

Diazinon

Cypermethrin

85%

38%

20%

50%

52%

5.5%

9g / 4.5 lit.air

6 ml / 4.5 lit.air

10 ml / 4.5 lit.air

10 g/10 lit. air

7.5 ml / 4.5 lit.air

7.5 ml / 4.5 lit.air

1.8 kg

1 lit

0.8 lit

500 g

1.5 lit

1.3 lit

7

14

7

7

7

7

Racun Untuk Kulat

Page 16: Objektif kajian sejarah pmr

Bil RacunNama

DaganganBahan Aktif Kadar Bancuhan

Ketinggian

Kemasaman

Tanah

1

2

3

4

Mancozeb

Maneb

Copper oxychloride

Tridemorph

Dithane M-45

Pro-Maned 80

Zepercide 870

Calixin

80%

80%

87%

84.3%

7-9/4.5 lit.air

30-40/18 lit.air

10-20 g/10 lit.air

5 ml/4.5 lit.air

7

14

7

7

2.2.4.4.2 Kawalan Rumpai:

Dalam masa 6 bulan pertama selepas menanam, kerja merumput hendaklah dilakukan setiap 3

bulan ekali. Selepas itu, merumput boleh dikurangkan sehingga 6 bulan sekali.

2.2.4.4.3 Kawalan Jambul dan Sulur:

Jambul buah dan sulur tangkai perlu dibuang apabila panjangnya mencapai 2.5 - 6.5 sm untuk

membaiki bentuk dn memudahkan tumbesaran buah. Hanya 2 sulur disimpang pada setiap

pokok untuk dijadikan bahan tanaman.

2.2.5 Indeks Kematangan

Indeks kematangan Nanas Moris

Indeks 1: Keseluruhan mata buah berwarna hijau terang

- belum matang

- belum boleh dituai

Page 17: Objektif kajian sejarah pmr

Indeks 2:Keseluruhan mata buah berwarna hijau tua berkilat dengan sedikit kuning diantara

mata di pangkal buah

- peringkat pecah warna (buah matang)

- belum sesuai dimakan segar

- sesuai dieksport melalui laut

Indeks 3:Keseluruhan mata buah berwarna hijau tua dengan 2-3 mata di pangkal buah hijau

kekuningan

- buah matang

- boleh dimakan segar tapi belum enak

- sesuai dieksport melalui laut dan udara

Indeks 4: 25% mata buah berwarna kuning

- buah mulai masak

- boleh dimakan segar

- sesuai dieksport melalui udara

Indeks 5: 50% mata buah berwarna kuning oren

- buah masak

- baik untuk dimakan segar

- tidak  sesuai untuk dieksport

Indeks 6: Lebih 75% mata buah berwarna kuning oren

- buah masak

- baik untuk dimakan segar

Page 18: Objektif kajian sejarah pmr

- tidak sesuai untuk dieksport

Indeks 7:

Keseluruhan mata buah berwarna kuning oren

- buah masak ranum

- masih boleh dimakan segar

- tidak sesuai untuk dieksport

Indeks Kematangan Nanas Josapine

Indeks 1 : Keseluruhan mata berwarna unggu gelap dengan braktea berwarna kemerahan.

- buah belum matang

- isi buah keputih-putihan dengan sedikit warna keemasan.

- belum sesuai untuk dituai.

Indeks 2 : Kebanyakan mata berwarna hijau gelap dengan warna kehitaman antara

mata. Braktea kekeringan, berwarna putih.

- buah telah matang (peringkat pecah warna)

- 50% isi berwarna keemasan

- belum sesuai dimakan segar

- boleh dieksport melalui laut

Indeks 3 : Buah berwarna hijau gelap dengan 1-2 mata di bahagian pangkal buah bertukar

warna keorenan.

- buah matang hijau

Page 19: Objektif kajian sejarah pmr

- 75% isi berwarna keemasan

- boleh dimakan segar tapi masih belum enak

- sesuai untuk ekport melalui laut dan udara

Indeks 4 : Lebih kurang 25% mata buah berwarna keorenan.

- buah suku masak

- lebih 75% isi berwarna keemasan

- isi pejal, berjus, manis dan sedikit harum

- baik untuk dimakan segar

- sesuai untuk pemprosesan minuman

- sesuai untuk eksport melalui udara.

Indeks 5 : Lebih 75% mata berwarna keorenan

- buah separuh masak

- keseluruhan isi berwarna keemasan

- isi pejal, berjus, manis dan harum

- baik untuk dimakan segar

- baik untuk pemprosesan minuman

- masih boleh dieksport melalui udara

Page 20: Objektif kajian sejarah pmr

Gambar tersebut merupakan pokok nanas yang baru ditanam dalam beberapa barisan

lurus.

Page 21: Objektif kajian sejarah pmr

Gambar menunjukkan deretan nanas yang sudah berbuah dan boleh dijual kira-kira lima

hari sahaja lagi.

Page 22: Objektif kajian sejarah pmr

Gambar ini menunjukkan Pak Sutimon sedang bersungguh-sungguh mencantas tampuk

nanas yang sudah masak ranum (kekuning-kuningan).

Page 23: Objektif kajian sejarah pmr

Gambar menunjukkan wajah saya dan Pak Sutimon begitu gembira ketika mengangkat

nanas yang sudah masak ke arah van untuk dijual. Kami sempat bergurau-senda

walaupun ketika cuaca begitu panas.

Page 24: Objektif kajian sejarah pmr

Gambar di bawah menunjukkan nanas yang siap disusun untuk dibawa kepada penjual

yang tinggal berdekatan dengan rumah Pak Sutimon.

Page 25: Objektif kajian sejarah pmr

2.3 PERALATAN / KAEDAH YANG DIGUNAKAN

Gambar di bawah menunjukkan Pak Sutimon menggunakan parang untuk mengambil

nanas yang sudah masak.

Page 26: Objektif kajian sejarah pmr

Gambar menunjukkan Pak Sutimon sedang menyembur racun untuk memastikan

pertumbuhan nanas tidak terjejas.

Page 27: Objektif kajian sejarah pmr

Gambar di bawah menunjukkan saya yang sedang memegang sebilah tajak sebagai alat

untuk membuang semak-samun sambil bergambar bersama Pak Sutimon.

Page 28: Objektif kajian sejarah pmr

2.4 TEMPAT / KAWASAN

2.4.1 KELUASAN TANAH

Gambar berikut adalah kawasan penanaman nanas dijalankan yang dianggarkan lebih

kurang tiga ekar.

3) SUMBANGAN / PENGARUH KEPADA KELUARGA ATAU MASYARAKAT

3.1 SUMBER PENDAPATAN

Page 29: Objektif kajian sejarah pmr

Dengan mengusahakan penanaman nanas ini Pak Sutimon dapat menambah pendapatan

keluarga beliau. Pada masa sekarang, purata jualannya ialah sekitar 700-900 biji sebulan.

Setiap biji nanas ini dijual kepada pemborong dengan harga RM 1. Jdi, pendapatan bersih

beliau dianggarkan kira-kira RM 700 – RM900 sebulan.

3.2 MEMENUHI PERMINTAAN

Pak Sutimon juga memenuhi permintaan masyarakat setempat yang mahukan nanas yang

manis dan berkualiti. Ini adalah disebabkan penduduk di kawasan tersebut

kebanyakannya memasak di rumah. Selain itu, jem nanas yang juga dibuat sendiri oleh

beliau mendapat permintaan yang memberangsangkan.Gambar di bawah adalah jem

nanas buatan sendiri yang mempunyai pelbagai kegunaan

3.3 PEMBANGUNAN KAWASAN SETEMPAT

Page 30: Objektif kajian sejarah pmr

Penglibatan penduduk kampung ini dalam penanaman nanas telah menyebabkan kawasan

ini dapat membangun dengan beberapa jenis perusahaan kecil dan sederhana.

3.4 PELUANG PEKERJAAN

Perusahaan nanas ini tidak menyediakan peluang pekerjaan kerana hanya dilakukan oleh

Pak Sutimon bersama isterinya sahaja.Gambar di bawah menunjukkan saya bergambar

bersama Pak Sutimon dan isterinya (Mak Cik Karsihah).

4) PROSPEK

Page 31: Objektif kajian sejarah pmr

4.1 CABARAN / KEKANGAN YANG DIHADAPI

Pak Sutimon menyatakan bahawa terdapat banyak cabaran yang dihadapi. Antaranya

adalah ketika beliau hendak memulakan perusahaan nanas ini. Pada ketika itu, beliau

mengalami kerugian serta tiada sesiapa yang ingin membeli nanas daripadanya. Beliau

dan keluarga terpaksa mengikat perut kerana Pak Sutimon tidak mampu menampung

perbelanjaan keluarga. Tetapi berkat kesabaran beliau, akhirnya perusahaan ini semakin

berkembang.

Cabaran yang seterusnya adalah terdapat banyak haiwan perosak yang memusnahkan

tanaman beliau seperti tikus serta babi hutan. Tikus yang terdapat di kawasan itu

memakan nanas yang belum sempat masak ranum.

Selain itu, Pak Sutimon menghadapi cabaran persaingan kerana semakin ramai penduduk

di situ mengusahakan nanas.

Di samping itu, Pak Sutimon menghadapi cabaran mengenai tiada waris yang berminat

untuk meneruskan perusahaan yang bernilai ini.

4.2 PENGLIBATAN PIHAK LUAR / GALAKAN KERAJAAN ATAU SWASTA

Proses penanaman nanas ini memerlukan bantuan dan nasihat daripada jabatan pertanian

kerana proses permulaannya agak rumit dan memerlukan kaedah penjagaan tertentu. Hal

ini adalah kerana terdapat beberapa pengusaha nanas yang gagal mengeluarkan hasil

yang berkualiti kerana cara penjagaan yang tidak sesuai. Ianya menyebabkan jumlah

yang dapat dipasarkan semakin merosot. Keadaan nanas yang tumbuh dengan sihat dapat

meningkatkan kualiti hidup para pengusaha nanas. Pak Sutimon berkata beliau

mempunyai semangat juang yang tinggi kerana mendapat bantuan daripada badan

Page 32: Objektif kajian sejarah pmr

kerajaan. Walaupun bantuan yang diberikan tidak besar tetapi ia amat berharga buat Pak

Sutimon dan keluarga beliau.

4.3 REAKSI / PENERIMAAN MASYARAKAT

Masyarakat di kampung ini kebanyakannya menanam nanas untuk keperluan sendiri

terutamanya untuk masakan harian.Pak Sutimon berkata, penerimaan masyarakat

memberangsangkan. Beliau mendapat kepercayaan daripada pelanggannya kerana nanas

yang ditanam oleh beliau amat manis.

4.4 SARANAN DAN HARAPAN

Pak Sutimon dan Mak Cik Karsihsh berharap agar golongan muda memajukan industri

nanas secara besar-besaran dan tidak memandang sebelah mata terhadap bidang

pertanian. Walaubagaimanapun, Pak Sutimon merancang untuk bersara daripada

mengusahakan nanas disebabkan faktor umur beliau yang semakin meningkat. Beliau

menyatakan anak-anaknya tidak mahu mewarisi kerana mereka sibuk menguruskan

ladang kelapa sawit kepunyaan mereka sekeluarga.