NYANYIAN RAKYAT

Embed Size (px)

DESCRIPTION

dd

Citation preview

NYANYIAN RAKYAT

Contoh Nyanyian Rakyat Untuk Kanak-kanak Ala CanggungAnak AyamAnak Itik Tok WiBurung Kakak TuaCan Mali CanEnjit-Enjit SemutJong-Jong InaiKetipong PayungLenggang KangkongRasa SayangTepuk Amai-amaiTrek Tek Tek

Contoh Nyanyian Rakyat Untuk Orang Dewasa/MudaAnak OndengAyam Den LapehInang RodotJambatan TamparuliLemak ManisMenghilir di Sungai PahangPak Pung Pak MustafePuteri SantubongTebang TebuIndung-IndungBurung Kenek-Kenek

Contoh Nyanyian Rakyat Untuk Upacara Perubatan/Bomoh Ulek Mayang

JENIS NYANYIAN RAKYATBaik dari segi maksud ungkapan lagu-lagu itu atau ketika bila di mana serta kepada sesiapa lagu itu ditujukan atau dimaksudkan maka kita boleh menyusun jenis-jenis lagu itu sebagai berikut :

Untuk kanak-kanakUntuk orang dewasa atau mudaDigunakan oleh bomoh dalam upacara perubatannya

Brunvand pula menjeniskan lagu rakyat kepada dua jenis : Wordless FolksongsSatu bentuk lagu di mana muzik nyanyian lebih dipentingkan dari lirik / puisi lagu tersebut. Lagu ini bisanya hanya digunakan untuk mengiringi tarian rakyat. Misalnya nyanyian yang mengiringi tarian Kecak (Bali - Indonesia) di mana penggunaan suara hanya digunakan untuk meniru bunyi gamelan sahaja.Near FolksongsLagu di mana lirik (puisi) lebih dipentingkan dari muziknya. Alatan muzik yang digunakan adalah ringkas dan asas seperti rebana, serunai, gendang, biola atau gamelan sahaja. Contohnya di Indonesia , lagu rakyat yang dinyanyikan dalam tembang Jawa menggunakan muzik gamelan.Lagu rakyat yang disertai oleh lirik puisi dan muzik digolongkan oleh Brundvand ke dalam tiga jenis : BENTUK NYANYIAN RAKYATBentuk-bentuk puisi pada lagu rakyat biasanya tidak menyimpang atau jauh dengan puisi Melayu yang kita ketahui dalam kesusateraan.Bentuk syairPantunPuisi LamaSelain itu, lagu-lagu ini bukan sahaja dalam bentuk pantun, syair, puisi lama tetapi juga dalam bentuk-bentuk yang lain.Terdapat 4 fungsi utama: FUNGSI NYANYIAN RAKYAT

1. Mendidik dan Memberi NasihatMendidik masyarakat supaya taat padaajaran agama disamping membentuk nilai berbudi bahasa.Contoh: BurungKenek-kenek

Burung Kenek-kenekTerbang tinggi di awanPesan datuk nenekPandai-pandai cari kawan

Burung kenek-kenek Hinggap di atas dahan Pesan datuk nenek Sujudlah pada Tuhan

Lenggang-Ienggang kangkung Kangkung di tengah rimba Berair berair kabung Budak nak makan gula Lenggang-lenggang kangkung Kangkung di tepi pagar Berair berair kabung Budak nak makan sakar Burung kenek-kenek Hinggap di atas bumbung Pesan datuk nenek Jangan laku sombong Burung kenek-kenek Hinggap pohon kelapa Pesan datuk nenek Patuh ibu bapa

Geleng-geleng sapi Berbulu di telinga Atur tapak kaki Berdiri lama-lama Geleng-geleng sapi Sapi berbulu merah Atur tapak kaki Cepat-cepat melangkah Burung kenek-kenek Hinggap tepi perigi Pesan datuk nenek Bangun pagi-pagi Burung kenek-kenek Hinggap di atas atap Pesan datuk nenek Rajin-rajin baca kitab

Lagu rakyat Burung Kenek-kenekmerupakan sebuah lagu yangditujukan kepada kanak-kanak.

Lagu inimenyelitkan unsur nasihatsupaya kanak-kanak berhati-hati dalam memilih kawan.

Selain itu,lagu inimengingatkan kanak-kanak supaya menjadi insan yang bertaqwa dan menunaikan solat.

Perkataanpesan pada lirik laguyang membawa maksud nasihat membuktikan bahawa lagu rakyat ini bertujuan untuk memberinasihat kepada khalayak.

NYATAKAN NASIHAT LAIN YANG TERDAPAT DALAM LAGU INI

2. HiburanSatu bentuk hiburan yang cukup mengasyikkan kepada pendengar-pendengar yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Sebagai contoh lagu Injit-Injit Semut membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan rakan sepermainan secara langsung. Dalam permainan ini mereka akan menyanyi, bermain dan bergembira.

INJIT-INJIT SEMUTInjit injit semutSiapa sakit naik atasInjit injit semutSiapa sakit naik atas

Injit injit semut Siapa sakit naik atasInjit injit semut Siapa sakit naik atas

Kalaulah ada sumur diladang Bolehlah saya menumpang mandi Kalaulah ada umur yang panjang Bolehlah kita oi..oi Berjumpa lagi

Injit injit semut Siapa sakit naik atas Injit injit semut Siapa sakit naik atas Injit injit semut Siapa sakit naik atas Injit injit semut Siapa sakit naik atasDi samping keindahan melodi, lagu rakyat yang sarat dengan cerita-cerita yang mengasyikkan juga telah memukau pendengar. Sebagai contoh laguIndung-Indung yang menceritakan mengenai kepahlawanan seorang pemuda.

Indung indung lagu indung Indung indung lagu indung Indung indung lagu indung Indung indung Anak dagang pergilah merantau Membawa keris luk tujuh belas Besi dititik besi di tinting Diasap kemenyan tunggal Dibasuh air belimbing buluh Indung indung lagu indung Indung indung

Bisanya keris tidaklah terkira Sebulan Sebulan dagang menggalas lalu Jejak di tikam mati jua

Setitik Setitik darah jatuhlah ke laut Setahun ikan tidak bermain Indung indung lagu indung Indung indung Setitik Setitik darah jatuhlah ke darat Semusim padi tidaklah menjadi Indung indung lagu indung Indung indung Indung-indungSinopsis Lagu Lagu Indung-Indung menceritakan perihal seorang jejaka yang pergi merantau berbekalkan sebilah keris yang tinggi nilai martabatnya sebagai senjata yang sangat terkenal dalam masyarakat melayu. Keris tersebut digambarkan sangat bisa. Setelah setahun dagang lalu, jejaknya yang ada jika ditikam dengan keris tersebut, dagang itu akan menemui maut. Jika setitik darah dari hujung keris itu jatuh ke laut maka setahun ikan tidak akan bermain disitu. Jika setitik darah tersebut jatuh ke darat, semusim pula padi tidak menjadi.

3. SindiranLagu rakyat yang dinyanyikan turut menjadi medium sindiran kepada golongan-golongan tertentu atas perilaku dan sikap yang dianggap menyimpang darinormamasyarakat.Contoh:Peram-peram pisang Pisang masak layu Di mana kayu bongkok Di situ kera meniti Ayam makan padi Itik makan beras Orang zaman ini Hatinya keras

Dipetik daripada Lagu Tebang Tebu

Sindiran yang terdapat dalam kedua-dua rangkap:

Peram-peram pisang Pisang masak layu Di mana kayu bongkok Di situ kera meniti

Orang yang tidak ada usul periksa dalam pekerjaan akan menjadi sia-siaOrang yang tidak mahu berusaha akan menggunakan segala kesempatan yang mudah Ayam makan padi Itik makan beras Orang zaman ini Hatinya kerasAhli-ahli masyarakat yang sebegini terlalu mementingkan peribadi atau diri sendiri4. Perubatan TradisionalTerdapat sebilangan lagu yang digunakan oleh bomoh atau pawang untuk mengubatpenyakit.Masyarakat Melayu zaman dahulu sememangnya kuat kepercayaan kepada bomoh dan pawang terutama dalam menyembuhkan penyakit-penyakit.Bomoh ataupawang dikatakan akan menggunakan pertolongan makhluk halusuntuk menyembuhkan penyakit. Lagu digunakan untukmenyeru makhluk halus berkenaan.Sebagai contoh laguUlek Mayangyang begituterkenal di Terengganu.Ulek mayang ku ulekUlek dengan jala jemalaUlek mayang diulekUlek dengan tuannya puteriUlek mayang diulekUlek dengan jala jemalaUlek mayang diulekUlek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serongPuteri dua bersanggol sendengPuteri dua bersubang gadingPuteri dua berselendang kuningUmbok mayang diumbokUmbok dengan jala jemalaNok ulek mayang diulekUlek dengan puterinya empat

Puteri empat berbaju serongPuteri empat bersanggol sendengPuteri empat bersubang gadingPuteri empat berselendang kuningUmbok mayang diumbokUmbok dengan jala jemalaNok ulek mayang diulekUlek dengan puterinya enam

Puteri enam berbaju serongPuteri enam bersanggol sendengPuteri enam bersubang gadingPuteri enam berselendang kuning

Umbok mayang diumbokUmbok dengan jala jemalaNok ulek mayang diulekUlek dengan puterinya tujuh

Puteri tujuh berbaju serongPuteri tujuh bersanggol sendengPuteri tujuh bersubang gadingPuteri tujuh berselendang kuningUmbok mayang diumbokUmbok dengan jala jemalaNok ulek mayang diulekUlek dengan tuannya puteri

Tuan puteri berbaju serongTuan puteri bersanggol sendengTuan puteri bersubang gadingTuan puteri berselendang kuningUmbok mayang diumbokUmbok dengan jala jemalaNok ulek mayang diulekUlek dengan tuannya puteri

Ku tahu asal usul muYang laut balik ke lautYang darat balik ke daratNasi berwarna hamba sembahkanUmbok mayang ku umbokUmbok dengan jala jemalaPulih mayang ku pulihPulih balik sedia kala

CIRI-CIRI NYANYIAN RAKYATDiucapkan melalui perantaraan lisan.Penyampaian adalah dari seorang individu kepada seorang individu atau kumpulan yang lain. Seterusnya dari satu generasi kepada satu generasi yang lain

Dianggap sebagai milik masyarakat tanpa diketahui siapa pengarangnya. Lagu rakyat dianggap sebagai hak masyarakat dan bukannya hak perseorangan. Perkara ini berlaku kerana seniman pada masa lampau tidak mempunyai kepentingan individu. Rasa bimbang atau ketakutan pada golongan tertentu juga merupakan faktor sastera rakyat atau juga sastera klasik ini tidak mempunyai nama pengarang atau penciptanya.

Lahir dalam masyarakat yang belum mencapai taraf kehidupan yang maju atau bercorak bandaran.Menggambarkan ciri-ciri budaya satu-satu kumpulan masyarakat.Mempunyai unsur-unsur perulangan dan kesamaan.Mempunyai nilai-nilai unsur pendidikan.

Bentuknya tidak mantap, tiada istilah, judul dan nama tertentu dan penyebarannya bersifat setempat.Lahirnya daripada aktiviti-aktiviti sosial,agama, hiburan dan ritual yang berlaku dalam kehidupan rakyat sehari-hari.

GAYA BAHASA Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), gaya bahasa merujuk kepada pemilihan kata, frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang bagi menyampaikan ceritanya.

Dalam nyanyian rakyat, kebanyakannya menggunakan bahasa dialek. Ada juga nyanyian rakyat yang menggunakan bahasa asing seperti bahasa Arab.

Penggunaan DialekInang Rodat (dialek TERENGGANU)

Dari Penarik..Dari Penarik ke Kuale SetiuHendok mencariHendok mencari nasik lah dagangHai sungguh manarik..Sungguh menariklah rodak MelayuHai inilah rodakInilah rodak kami sembohkang Rodak = rodat Rodat merupakan hiburan tradisi yang mempunyai fungsi sosial berhubung dengan pengisian kehidupan bermasyarakat.

Penggunaan Dialek/DaerahPuteri Santubong (dialek Sarawak)

Puteri Santubong puteri sejenjangPenjaga gunung negeri SarawakManis sik ada dapat dilawanAnak dak dewa turunkayangan Sik = tidak

Ayam den LapehLuruihlah jalan payakumbuahBabelok jalan kayu jatiDima ati indak karusuahAyam den lapeh ai aiAyam den lapeh

Mendaki jalan padangsikekBasimpang jalan ka biaroDi ma ati indak kamaupekAwak takicuah ai aiAyam den lapeh

Siku capang siku clpehSaikur tabang saikur lapehTabanglah juo nan karimboOilah malang juo

Pagaruyuang batusangkaTampek bajalan urang basoDuduak tamanuang tiok sabantarOi takana juo ai aiAyam den lapehKeseluruhan lagu rakyat ini daripada bahasa Minang.

Penggunaan Bahasa Dialek/DaerahYa HabibunYa habibun } 3xYa habibun ya habibunYa habibun} 3xYa habibun ya habibunAda satu cerita gadis cantikCantik tuan gadis cantikMata hitam tinggi lampaiRambut panjang putih kuningSangat rajin bekerjaMenolong ibu bapaYa habibunGadis cantik pagi petangDi rumah menolong ibu bapaBekerja tidak lekaYa habibunPetang itu di halaman rumahDia menampi padiMenampi berasMengindang berasMenampi padiPecuk pecuk pecak pecakpecak {Baris ini ulang 4x}Habibun berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud orang yang dikasihi.Penggunaan Bahasa AsingMari Kita Analisis Gaya Bahasa Lagu Ini

Ulek mayang ku ulekUlek dengan jala jemalaUlek mayang diulekUlek dengan tuannya puteri

Ulek mayang diulekUlek dengan jala jemalaUlek mayang diulekUlek dengan puterinya dua

Puteri empat berbaju serongPuteri empat bersanggol sendengPuteri empat bersubang gadingPuteri empat berselendang kuning

Umbok mayang diumbokUmbok dengan jala jemalaNok ulek mayang diulekUlek dengan puterinya enam

Ku tahu asal usul muYang laut balik ke lautYang darat balik ke daratNasi berwarna hamba sembahkan

Umbok mayang ku umbokUmbok dengan jala jemalaPulih mayang ku pulihPulih balik sedia kala

Ku tahu asal usul muYang laut balik ke lautYang darat balik ke daratNasi berwarna hamba sembahkanUmbok mayang ku umbokUmbok dengan jala jemalaPulih mayang ku pulihPulih balik sedia kala

Ku = akuMu = kamuSinkof (Singkatan Perkataan)Ulek mayang ku ulekUlek dengan jala jemalaUlek mayang diulekUlek dengan tuannya puteriUlek mayang diulekUlek dengan jala jemalaUlek mayang diulekUlek dengan puterinya duaAnafora (Pengulangan perkataan di awal)Yang laut balik ke lautYang darat balik ke daratResponsif (Pengulangan perkataan yang sama di tengah baris/ayat secara berturut)Yang laut balik ke laut

Yang darat balik ke daratPengulangan perkataan dalam satu barisUmbok mayang diumbokUmbok dengan jala jemalaNok ulek mayang diulekUlek dengan puterinya enam

Bahasa DialekNok = nak/ hendakSekian, Terima kasih.