29
Nilai dalam Novel Melunas Rindu Kasih sayang Nilai ini digambarkan melalui kasih sayang antara Fuad dengan Farhana. (Rujuk halaman 201) Ketabahan Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang tabah menghadapi liku-liku dalam hidupnya. (Rujuk halaman 192) Tolong-menolong Nilai ini digambarkan melalui watak Robert Lim yang membantu keluarga abang dan kakak iparnya iaitu Peter Lim dengan Swee Lan. (Rujuk halaman 89) Kerajinan Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad, Pak Ismail dan Mak Salmah yang rajin mengusahakan tanah yang baru dibeli oleh Fuad. (Rujuk halaman 23) Hormat-menghormati Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang sentiasa menghormati orang yang lebih tua daripadanya seperti dia menghormati emak Farhana. (Rujuk halaman 84) Taat akan agama Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang tidak pernah meninggalkan sembahyang termasuklah semasa dalam keadaan musafir, dia menunaikan solat qasar. (Rujuk halaman 81) Murah hati

Novel Melunas Rindu

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Novel Melunas Rindu

Nilai dalam Novel Melunas Rindu

Kasih sayangNilai ini digambarkan melalui kasih sayang antara Fuad dengan Farhana. (Rujuk halaman 201)

KetabahanNilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang tabah menghadapi liku-liku dalam hidupnya. (Rujuk halaman 192)

Tolong-menolongNilai ini digambarkan melalui watak Robert Lim yang membantu keluarga abang dan kakak iparnya iaitu Peter Lim dengan Swee Lan. (Rujuk halaman 89)

KerajinanNilai ini digambarkan melalui watak Fuad, Pak Ismail dan Mak Salmah yang rajin mengusahakan tanah yang baru dibeli oleh Fuad. (Rujuk halaman 23)

Hormat-menghormatiNilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang sentiasa menghormati orang yang lebih tua daripadanya seperti dia menghormati emak Farhana. (Rujuk halaman 84)

Taat akan agamaNilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang tidak pernah meninggalkan sembahyang termasuklah semasa dalam keadaan musafir, dia menunaikan solat qasar. (Rujuk halaman 81)

Murah hatiNilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang memberikan jagung yang ditanamnya sendiri kepada Farhana dan guru-guru lain di sekolahnya. (Rujuk halaman 55)

Meminta maafNilai ini digambarkan melalui watak Robert Lim yang ingin memohon maaf kepada Mariana iaitu emak kandung Fuad. (Rujuk halaman 169)

Page 2: Novel Melunas Rindu

Menepati janjiNilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang menepati janjinya iaitu dia pergi ke rumah emak Farhana selepas sembahyang Maghrib di surau hospital untuk memastikan adik-adik Farhana dalam keadaan baik dan terurus. (Rujuk halaman 188)

Latar Novel Melunas Rindu

Latar Masa Dalam Novel Melunas RinduSemua peristiwa yang digambarkan dalam novel ini berlaku pada zaman sekarang iaitu dalam era globalisasi. Hal ini terbukti dengan adanya penggunaan telefon bimbit, kereta Proton Iswara dan kewujudan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Tempoh masa keseluruhan cerita dalam novel ini adalah lebih kurang beberapa bulan sahaja tetapi diolah oleh pengarang dengan menyelitkan teknik imbas kembali pada zaman darurat. Peristiwa-peristiwa dalam novel ini berlaku pada waktu-waktu tertentu seperti kehidupan manusia iaitu waktu pagi, petang, dan malam. Yang berikut disenaraikan contoh latar masa tersebut:

Waktu pagiFuad sampai di Sekolah Menengah Seri Setia untuk memulakan tugasnya sebagai guru pada pukul tujuh lima belas pagi. Rujuk halaman 35.

Waktu petangFuad mengajak Farhana keluar dan makan pada hari ulang tahun Farhana pada waktu petang. Rujuk halaman 137.

Waktu malamFuad pergi ke rumah Cikgu Zamani yang menjemputnya untuk makan malam. Rujuk halaman 7.

Page 3: Novel Melunas Rindu

Latar Tempat

Di restoranFuad dan Farhana mengelilingi pusat bandar dahulu sebelum singgah di Restoran Terapung di Taman Syahbandar. Rujuk halaman 137.

Di rumah Pak MailPak Ismail sudah bersiap-siap untuk ke surau pada pukul tujuh dua puluh ketika Fuad tiba di rumah Pak Ismail. Rujuk halaman 16.

Di sekolahSuasana di sekolah iaitu di bangunan Blok C, Sekolah Menengah Seri Setia masih bising dan hingar-bingar walaupun kelas lanjutan sudah dijalankan. Rujuk halaman 122.

Di rumah Farhana di KuantanFuad bersolat di rumah Farhana pada suatu petang dan selepas menunaikan solat dia pun bersiap-siap untuk pergi ke rumah bapa saudaranya. Rujuk halaman 85.

Di hospitalFuad terus bertanya kepada pengawal keselamatan apabila dia sampai di ruang legar hospital di tingkat bawah. Rujuk halaman 183.

Latar Masyarakat

Masyarakat yang suka menolong orang yang memerlukan pertolonganContohnya, Fuad menolong kawannya Borhan dengan membawa anak Borhan yang demam panas ke klinik pada suatu malam.

Masyarakat yang taat dan patuh akan agamaContohnya, Fuad dan Pak Ismail tidak pernah mengabaikan solat lima waktu dan mereka kerap pergi ke surau untuk menunaukan solat secara berjemaah. Rujuk halaman 5.

Masyarakat guru yang dedikasi terhadap tugasContohnya, Farhana dan Fuad begitu komited dan dedikasi terhadap tugas mereka ssebagai guru dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi anak-anak murid mereka. Rujuk halaman 50.

Page 4: Novel Melunas Rindu

Masyarakat majmuk yang saling memahamiContohnya, Robert Lim memahami bahawa orang Islam perlu menunaikan solat lima waktu. Rujuk halaman 170.

Masyarakat yang mengamalkan perkahwinan campurContohnya, Robert Lim yang berbangsa Cina berkahwin dengan Mariana yang berbangsa Melayu. Rujuk halaman 99.

Masyarakat yang menghormati tetamuContohnya, Pak Ismail dan Mak Salmah sangat menghormati tetamu yang datang ke rumah mereka. Rujuk halaman 168.

Masyarakat yang rajin bekerjaContohnya, Peter Lim rajin bekerja untuk menyara keluarganya. Rujuk halaman 87 hingga 88.

Watak dan Perwatakan Novel Melunas Rindu

Watak Utama

Fuad (Joshua atau Abdul Halim)

Watak Fuad digambarkan oleh pengarang sebagai seorang anak muda yang kacak, tubuhnya tinggi, berdarah kacukan Cina dan Melayu, iaitu ayahnya berketurunan Cina dan emaknya pula berketurunan Melayu.

Selain itu, Fuad memiliki kelulusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari universiti ternama di Amerika Syarikat. Fuad bekerja sebagai guru sementara yang mengajarkan Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia. Dia juga seorang yang dedikasi terhadap tugasnya sebagai guru, contohnya dia tidak pernah ponteng kelas dan sanggup pulang lewat untuk membimbing anak-anak muridnya yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Fuad ialah seorang yang taat akan perintah agama dan sebagai buktinya dia tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam perjalanan jauh atau sebagai musafir dia menunaikan solat qasar. Sebagai contohnya, Fuad berhenti di sebuah masjid untuk menunaikan solat qasar ketika dia dan Farhana dalam perjalanan ke Kuantan.

Page 5: Novel Melunas Rindu

Fuad ialah seorang anak muda yang tabah menghadapi cabaran hidup yang penuh dengan liku dan dia tidak pernah mengesali nasibnya itu, contohnya dia tabah menghadapi hidupnya tanpa ibu dan bapa di sisinya. Dia cuma menumpang kasih sayang daripada bapa dan ibu saudaranya iaitu Patrik Lim dan Swee Lan. Selain itu, dia juga menumpang kasih sayang daripada keluarga angkatnya iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah. Bukti lain ialah dia tabah menghadapi kenyataan bahawa Farhana ialah adik kandungnya sendiri yang berlainan bapa.

Fuad juga digambarkan sebagai seorang yang penyayang, contohnya dia sayang akan apaknya dan juga adik-adik sepupunya. Buktinya dia sanggup memberikan wang dan menanggung persekolahan Ah Soh yang sedang belajar di tingkatan enam atas.

Fuad turut digambarkan sebagai orang yang suka menolong orang lain. Sebagai contohnya, dia membantu Farhana untuk menjaga ibunya yang sakit di hospital dan mengambil berat akan adik-adik Farhana. Selain itu, Fuad seorang yang murah hati dalam menghulurkan sebarang bantuan, contohnya dia dengan murah hati membayar bil rawatan anak rakannya, iaitu Borhan yang demam panas. Di samping itu, Fuad juga murah hati dengan membelikan Pak Ismail sebuah motosikal untuk kegunaannya seharian. Fuad juga murah hati dengan memberi jagung yang ditanamnya sendiri kepada Farhana dan guru-guru di sekolahnya.

Selain itu, Fuad digambarkan sebagai seorang yang menghormati orang lain, contohnya dia menghormati Pak Ismail dengan Mak Salmah dan tidak pernah meninggikan suaranya ketika berbicara. Contoh yang lain ialah dia menghormati Cikgu Zamani dengan memenuhi jemputan untuk makan malam di rumahnya.

Watak Sampingan

Farhana

Pengarang menggambarkan Farhana bertubuh kecil molek, berkulit putih dan cantik orangnya. Farhana berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Inggeris dari universiti luar negara. Farhana berumur dua puluh empat tahun.

Farhana bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia. Di sekolah itu dia diamanahkan untuk menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan membantu Pengetua dan Penolong Kanan dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Page 6: Novel Melunas Rindu

Farhana ialah seorang yang periang, mudah ketawa dan mudah untuk diajak berbual. Dia juga seorang yang nakal dan lincah.

Dia juga seorang yang dedikasi dan komited terhadap tugasnya sebagai guru, contohnya dia tidak pernah ponteng kelas lanjutan seperti yang dilakukan oleh ikgu Zamani. Dia berusaha untuk membantu anak-anak muridnya untuk lulus dalam peperiksaan Bahasa Inggeris. Selain itu, Farhana turut digambarkan sebagai seorang yang penyayang, contohnya dia sayang akan emak dan adik-adiknya. Di samping itu, dia juga menyimpan perasaan sayang terhadap Fuad. Akhirnya perasaan sayang itu bertukar menjadi perasaan sayang kepada abang kandungnya sendiri.

Selain itu, Farhana digambarkan sebagai seorang anak yang bertanggungjawab terhadap keluarganya sendiri. Sebagai contohnya, Farhana segera pulang ke Kuantan untuk menjaga ibunya yang sakit lelah dan dimasukkan ke hospital. Dia sanggup tidur di hospital semata-mata untuk menjaga ibunya yang sakit itu.

Walau bagaimanapun Farhana juga digambarkan sebagai seorang yang tegas pendirian, contohnya dia tetap mempertahankan pendapat ketika bertengkar dengan Cikgu Zamani yang suka ponteng kelas di sekolah.

Selain itu, Farhana juga seorang yang berani menegakkan kebenaran, contohnya dia berani berhujah dengan Cikgu Zamani yang selalu ponteng kelas dan suka mengkritiknya.

Walaupun perwatakannya nampak kasar dan tegas tetapi Farhana sebenarnya seorang yang sensitif dan beremosi contohnya, dia menangis dan berasa sedih apabila Fuad memberitahunya tentang hubungan mereka sebenarnya ialah adik-beradik. Dia agak sukar untuk menerima kenyataan itu pada peringkat awalnya.

Page 7: Novel Melunas Rindu

Bahagian 1

PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN

· Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu …

· Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….

· Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.

· Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.

· Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …

· Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …

PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

· Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

· Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.

· Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.

· Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….

· Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

Page 8: Novel Melunas Rindu

PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

· Kita dapat menyaksikan betapa…

· Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…

· Lazimnya, dalam keadaan …

· Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …

· Pada hemat saya …

· Pada pandangan saya …

· Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …

· Sebagaimana yang kita ketahui

· Sebagaimana yang kita maklumi

· Sejak awal lagi

· Sejak kebelakangan ini

· Selain itu, pada masa ini juga

· Seperti yang telah dinyatakan

· Umum mengetahui bahawa

· Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

Page 9: Novel Melunas Rindu

PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN

· Bagi sesetengah orang …

· Begitu juga dengan …

· Begitu juga halnya dengan …

· Bertitik tolak daripada itu …

· Bukan itu sahaja …

· Dalam hal ini …

· Dalam konteks ini ..

· Dalam zaman yang serba canggih ini …

· Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …

· Dengan adanya …

· Dengan berbuat demikian …

· Dengan perkataan lain ..

· Disebabkan hal itu

· Disebabkan keistimewaan inilah kita ..

· Hal ini berlaku disebabkan

· Hal ini penting dalam

· Hal ini serupa dengan

· Hal yang serupa berlaku apabila

· Ini disebabkan

· Ini membuktikan bahawa

· Ini menggambarkan bahawa

Page 10: Novel Melunas Rindu

· Ini secara tidak langsung akan

· Ini semua meninggalkan kesan kerana

· Ini tentu sekali membuatkan

· Jadi kita perlu

· Jadi kita hendaklah

· Keadaan ini tentunya

· Lantaran itu sehingga kini

· Kesemua ini menyumbang kepada

· Kita mengakui hakikat bahawa

· Kita sering menonton di kaca televisyen

· Kita sering membaca di dada-dada akhbar

· Memandangkan keadaan yang sedemikian

· Namun sejak kebelakangan ini

· Oleh itu, bolehlah dikatakan

· Secara logiknya masa yang

· Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita

· Keadaan ini seharusnya boleh

· Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini

· Kendatipun demikian, kita masih

· Yang paling nyata ialah

· Yang perlu kita pastikan ialah

Page 11: Novel Melunas Rindu

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK

· Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak

· Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan

· Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

· Sebagai contohnya

· Biar kita lihat

· Biar kita ambil contoh

· Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah

· Sebagai analoginya,

· Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

· Intihanya,

· Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas

· Konklusinya,

· Dengan ini diharapkan

· Bukan itu sahaja

· Mudah-mudahan perkara ini

· Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa

Page 12: Novel Melunas Rindu

· Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan …

· Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama

KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN

01. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.

02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne

04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang

06. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah al-Hajj:77

07. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18

08. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

09. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz

10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan." ~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)

11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki." ~Profesor Diraja Ungku Aziz

Page 13: Novel Melunas Rindu

12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib

17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)

20. Kekitaan yang erat tiada yang berat.

21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR

23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.

25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

Page 14: Novel Melunas Rindu

Bahagian 2

i) Penanda permulaan karangan

a) Pada era globalisasi ini,

b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,

c) Dalam meniti arus kemodenan ini,

d) Dewasa ini,

e) Pada masa ini,

f) Kini,

g) Dasawarsa ini,

h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,

i) Sejak sedekad yang lalu,

j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,

k) Kebelakangan ini,

l) Belakangan ini,

m) Sejak akhir-akhir ini,

Page 15: Novel Melunas Rindu

ii) Penanda memulakan isi baharu

Page 16: Novel Melunas Rindu

a) Selain itu,

b) Di samping itu,

c) Sementara itu,

d) Lebih-lebih lagi,

e) Dalam pada itu,

f) Lain daripada itu,

g) Pada waktu yang sama,

h) Dalam pada itu,

i) Seterusnya,

iii) Penanda huraian isi karangan

a) Hal ini demikian kerana

b) Hal ini berlaku kerana

c) Hal ini terjadi kerana

d) Hal ini disebabkan oleh

e) Hal ini wujud akibat daripada

f) Hal ini bersangkut-paut dengan

g) Hal ini berpunca daripada

h) Hal ini tercetus apabila

i) Hal ini timbul apakala

iv) Penanda memberi contoh dalam karangan

a) Misalnya,

b) Contohnya,

c) Sebagai contoh,

d) Tamsilnya,

e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,

f) Antaranya adalah seperti

v) Penanda menghuraikan contoh

a) Hal ini mengakibatkan

b) Hal ini menyebabkan

c) Oleh itu,

d) Maka,

e) Oleh hal yang demikian,

f) Oleh sebab itu,

g) Jelaslah bahawa

h) Justifikasinya,

Page 17: Novel Melunas Rindu

vi) Penanda menutup isi

a) Kesannya,

b) Natijahnya,

c) Akibatnya,

d) Akhirnya,

e) Dengan itu,

f) Dengan berbuat demikian,

g) Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat

Contoh:

Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

a) justeru

b) malah

c) malahan

d) tambahan pula

e) sementelahan

f) sekali gus

g) di samping

h) bahkan

i) malar-malar

viii) Penanda memulakan perenggan penutup

Page 18: Novel Melunas Rindu

a) Kesimpulannya,

b) Intihanya,

c) Secara tuntas,

d) Konklusinya,

e) Sebagai penutup wacana,

f) Sebagai penghias bicara akhir,

g) Sebelum mengakhiri wacana ini,

h) Secara keseluruhan,

i) Secara total,

ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza

a) Walau bagaimanapun,

b) Walakin begitu,

c) Namun demikian,

d) Daripada perspektif yang berbeza,

e) Jika dilihat dari sudut lain,

f) Dengan kata lain,

g) Kontradiksinya,

i) Di sebalik itu,

j) Dalam pada itu,

k) Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa

a) Bak kata peribahasa, .......

b) Bak kata peribahasa Melayu, ...

c) Bak kata orang tua-tua, ...........

d) Bak kata mutiara, .........

e) Bak peribahasa, ............

f) Bak kata cendekiawan, .............

g) Persis kata peribahasa, ............

h) Persis kata peribahasa Melayu, .............

Page 19: Novel Melunas Rindu

i) Persis kata orang tua-tua, ............

j) Persis kata mutiara, ............

k) Persis peribahasa, ...............

l) Persis kata cendekiawan, .............

m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........

n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......

o) Fenomena ini dikatakan........

p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........

q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa .......

FRASA MENARIK YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENULIS KARANGAN

-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang

-mendukung kebenaran yang kita sepakati

-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni

-mengambil langkah sederap

-menghirup udara hasil kemerdekaan

-mengikut acuan sendiri

-mengundang kontroversi

Page 20: Novel Melunas Rindu

-menjadi cerucuk utama pembangunan

-menjulang negara ke puncak jagat

-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi

-menyambut gamitan menara impian

-menyebabkan imej negara tercalar

-menyediakan kursus dan latihan yang relevan

-menyembunyikan masalah utama masyarakat

-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran

-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan

-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi

-muafakat merupakan inti kepada perpaduan

-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat

-nilai keinsanan yang syumul

-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat

-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan

-pelbagai cabaran yang bakal menghambat

-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat

-pembentukan masyarakat sakinah

-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini

-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini

-perlu dibaja kembali

-perubahan yang diharap masih belum menjelma

Page 21: Novel Melunas Rindu

-petanda kehancuran generasi

-pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis

-kita perlu mengorak langkah

-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini

-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat

-kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu

-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik

-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan

-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu

-manifestasi kesanggupan bangsa

-manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa

-masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan

-masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi

-masalah sosial dan susila yang meruncing

-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit

-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan

-melangkah dengan seribu kekuatan

-melontarkan soalan yang cukup penting

-melupakan cita-cita yang lebih luhur

-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu

-membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan

Page 22: Novel Melunas Rindu

-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah

-membetulkan ketidaktepatan fakta

-membimbing mereka memenuhi impian

-membina impian masa depan yang lebih gemilang

-membongkar kepincangan

-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka

-mempengaruhi minda generasi muda

-mempertahankan perasaan saling bersefahaman

-mempertingkat dan memperteguh kefahaman

-mempraktikkan elemen tolak ansur

-memudaratkan kesejahteraan rakyat

-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung

-menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama

-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak

-menampilkan wajah baru yang disulami tekad

-menangkis tuduhan yang tidak berasas

-mencapai tahap yang mencemaskan

-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini

-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya

-mendapat perhatian dan liputan media massa

-mendepani masa depan yang tidak menentu

Page 23: Novel Melunas Rindu