37
BAB 1 SEJARAH DAN KITA 1.1 Pengertian Sejarah Istilah Arab Syajaratun yang beerti pokok atau pohon dan merujuk kepada salasilah, riwayat, keturunan, dan asal-usul. Ibn Khaldun "Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia, peradaban manusia, tentang perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu." Herodotus "Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya." Muhd. Yusof Ibrahim "Sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu." 1.2 Ciri-ciri Sejarah 1. Fakta yang tepat dan benar Fakta sejarah merujuk kepada peristiwa, tempat, tokoh, dan tarikh yang dapat dibuktikan kebenarannya. Fakta sejarah tidak boleh ditokok tambah dan direka. Fakta sejarah hendaklah dipertanggungjawabkan dari segi sumber dan kesahihannya. 2. Penting dan bermakna Sesuatu peristiwa yang dianggap bermakna, penting, dan memberi kesan kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Contohnya, tarikh kelahiran dan tarikh mula bersekolah. 3. Sebab dan akibat Mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa seperti apa, siapa, bila, di mana, mengapa, dan bagaimana. Menimbulkan perasaan ingin tahu mengapa dan bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku dan kesannya untuk dijadikan panduan dalam kehidupan. 1.3 Sumber Sejarah 1. Sumber pertama atau sumber primer Bahan dalam bentuk kertas, fosil, artifak, dan keterangan lisan. Ia belum diolah, dicetak, bersifat asli, dan belum ditafsir. Contohnya, fail rasmi jabatan, batu bersurat, diari, surat peribadi, dan manuskrip yang belum dicetak. 2. Sumber kedua atau sumber sekunder Bahan yang telah dikaji, diolah, dan dicetak untuk disebarkan kepada umum. Bahan tersebut ditulis oleh pengkaji sejarah atau sejarawan. Contohnya, majalah, jurnal, ensiklopedia, dan surat khabar. 1.4 Kaedah Pengkajian Sejarah 1. Kaedah lisan Mendapatkan maklumat sejarah dengan cara temu bual seseorang tokoh. Maklumat disampaikan melalui ucapan, penceritaan, pengisahan, dan perbualan. Terdapat unsur tokok tambah seperti mitos, legenda, dan dongeng. Sumber sejarah yang didapati daripada televisyen, internet, cakera padat, dan radio dikenali sebagai kaedah pandang dengar. 2. Kaedah bertulis Mendapat maklumat daripada sumber yang ditulis, dilakar, atau dipahat pada dinding gua, batu, kulit kayu, logam, gading, daun kayu, dan kertas. 3. Kaedah arkeologi Mendapatkan maklumat dengan cara membuat kajian saintifik daripada bahan tinggalan sejarah melalui proses cari gali.

Nota Sejarah Tingkatan 1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Nota Sejarah Tingkatan 1

BAB 1 – SEJARAH DAN KITA

1.1 Pengertian Sejarah Istilah Arab Syajaratun yang beerti pokok atau pohon dan merujuk kepada salasilah, riwayat,

keturunan, dan asal-usul. Ibn Khaldun "Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia, peradaban manusia, tentang

perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu." Herodotus "Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya." Muhd. Yusof Ibrahim "Sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku

pada suatu masa yang lalu."

1.2 Ciri-ciri Sejarah1. Fakta yang tepat dan benar

Fakta sejarah merujuk kepada peristiwa, tempat, tokoh, dan tarikh yang dapat dibuktikan kebenarannya.

Fakta sejarah tidak boleh ditokok tambah dan direka. Fakta sejarah hendaklah dipertanggungjawabkan dari segi sumber dan kesahihannya.

2. Penting dan bermakna Sesuatu peristiwa yang dianggap bermakna, penting, dan memberi kesan kepada diri,

keluarga, masyarakat, dan negara. Contohnya, tarikh kelahiran dan tarikh mula bersekolah.

3. Sebab dan akibat Mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa seperti apa, siapa, bila, di mana,

mengapa, dan bagaimana. Menimbulkan perasaan ingin tahu mengapa dan bagaimana sesuatu peristiwa itu

berlaku dan kesannya untuk dijadikan panduan dalam kehidupan.

1.3 Sumber Sejarah1. Sumber pertama atau sumber primer

Bahan dalam bentuk kertas, fosil, artifak, dan keterangan lisan. Ia belum diolah, dicetak, bersifat asli, dan belum ditafsir. Contohnya, fail rasmi jabatan, batu bersurat, diari, surat peribadi, dan manuskrip yang

belum dicetak.2. Sumber kedua atau sumber sekunder

Bahan yang telah dikaji, diolah, dan dicetak untuk disebarkan kepada umum. Bahan tersebut ditulis oleh pengkaji sejarah atau sejarawan. Contohnya, majalah, jurnal, ensiklopedia, dan surat khabar.

1.4 Kaedah Pengkajian Sejarah1. Kaedah lisan

Mendapatkan maklumat sejarah dengan cara temu bual seseorang tokoh. Maklumat disampaikan melalui ucapan, penceritaan, pengisahan, dan perbualan.

Terdapat unsur tokok tambah seperti mitos, legenda, dan dongeng. Sumber sejarah yang didapati daripada televisyen, internet, cakera padat, dan radio

dikenali sebagai kaedah pandang dengar.

2. Kaedah bertulis Mendapat maklumat daripada sumber yang ditulis, dilakar, atau dipahat pada dinding

gua, batu, kulit kayu, logam, gading, daun kayu, dan kertas.

3. Kaedah arkeologi

Page 2: Nota Sejarah Tingkatan 1

Mendapatkan maklumat dengan cara membuat kajian saintifik daripada bahan tinggalan sejarah melalui proses cari gali.

Kajian saintifik seperti pentarikhan radiokarbon dapat mengesahkan ketepatan usia bahan tinggalan sejarah seperti fosil, binaan daripada batu, peralatan daripada logam, tembikar, dan kulit siput.

1.5 Pentafsiran Sejarah Tafsiran sejarah:-

- Menjadikan sesuatu peristiwa itu mempunyai makna. - Sejarawan perlu membuat penyelidikan untuk mendapatkan tafsiran yang betul dan

tepat.- Berlaku perbezaan tafsiran sejarah disebabkan sejarawan kekurangan fakta dan

maklumat serta tidak memahami budaya setempat.- Contohnya, sejarawan Barat menganggap tokoh yang menentang penjajah sebagai

pemberontak tetapi sejarawan tempatan menyifatkan mereka sebagai pejuang tanah air.

1.6 Kepentingan Sejarah1. Tujuan mempelajari sejarah

a) Memperoleh banyak pengetahuan.b) Melahirkan jati diri dan membentukkeperibadian bangsa.c) Menghargai jasa dan usaha pemimpin negara. d) Berhati-hati supaya kesilapan lalu tidak lagi berulang.

2. Faedah mempelajari sejarah a) Memberi iktibar dan pengajaran.b) Menjadi perangsang untuk mencapai kemajuan. c) Mengulangi keagungan zaman lampau. d) Memupuk semangat patriotisme atau mencintai tanah air.

BAB 2 : ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA

2 Pembahagian Zaman Prasejarah dunia : Zaman Paleolitik , Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik, dan Zaman Logam.

(Tempoh masa bagi setiap zaman tersebut tidak lama antara satu tempat dengan satu tempat yang lain. Tempoh masa ini bergantung pada tahap kemajuan di sesuatu tempat).

Di Malaysia. Zaman Prasejarah dibahagikan kepada tiga iaitu: Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik, Zaman Logam.

(Penyelidikan terdahulu mendapati selepas Zaman Paleolitik, wujud Zaman Mesolitik yangyang bercirikan alat batu Hoabinh yang terdapat di Vietnam).

Penyelidikan terkini oleh Pusat Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia mendapati Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik.

Keadaan ini disebabkan oleh alat batu seperti alat batu Hoabinh telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak, kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu iaitu pada awal Zaman Paleolitik.

2.1 ZAMAN PALEOLITIK Di Malaysia bermula kira-kira 200 000 hingga 30 000

Page 3: Nota Sejarah Tingkatan 1

1. alat repihan seperti alat batu penetak.

Ciri-Ciri Zaman PaleolitikCiri-Ciri Penempatan - Hidup berpindah-randah

- Biasanya tinggal di kawasan terbuka (di luar gua), di dalam gua, dan di sekitar tasik.

Kegiatan Dan Peralatan

- Memburu binatang liar- Memungut hasil hutan seperti buah-buahan dan pucuk-pucuk daun- Mengamalkan cara hidup sara diri.- Menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan

seharian.Kepercayaan - Animisme.

- Mengamalkan upacara perkuburan.Lokasi Di Malaysia - Bukit Jawa, Kota Tampan, dan Bukit Bunuh di Lenggong, Perak.

- Gua Niah, Sarawak.- Tingkayu, Sabah.

2.2 ZAMAN NEOLITIK Zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar, Mula bercucuk tanam, Memelihara binatang ternakan. Bermula kira-kira 7000 tahun dahulu di Malaysia. Menggunakan batu, tanah liat untuk membuat tembikar. Tinggal menetap dan Menjalankan kegiatan perdagangan secara tukar barang.

Ciri-Ciri Zaman NeolitikCiri-Ciri Penempatan - Wujud sistem bermasyarakat seperti mempunyai ketua

dan membuat pembahagian kerja.- Tinggal di gua dan berhampiran sungai.

Kegiatan Dan Peralatan

- Mencipta peralatan tembikar seperti bekas air, periuk, dan belanga.

- Bercucuk tanam.- Menangkap ikan dan menternak binatang. - Berburu dan memungut hasil hutan.- Berdagang secara tukar barang.- Menggunakan alat batu seperti beliung dan pemukul kulit

kayu.- Mencipta barang-barang kemas seperti kalung anting-anting,

dan gelang.Kepercayaan - Animisme.Lokasi Di . Malaysia - Gua Cha, Kelantan

- Bukit Tengkorak, Sabah.

2.3 ZAMAN LOGAM Perkembangan ke arah teknologi logam. Di Malaysia bermula kira-kira 4000 tahun dahulu. Penciptaan alat gangsa dan besi.

Ciri-Ciri Zaman Logam.Ciri-Ciri Penempatan - Hidup menetap

Page 4: Nota Sejarah Tingkatan 1

- Ada yang masih tinggal di dalam gua dan berhampiran dengan sungai.

- Mempunyai adat resam.Kegiatan Dan Peralatan

- Menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi.- Bercucuk tanam, menangkap ikan, berburu, menternak

binatang, dan menjalankan kegiatan perdagangan secara tukar barang.

Kepercayaan - Mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup yang tertentu. - Menjalankan pengebumian menggunakan kepingan batu.

Lokasi Di Malaysia - Sungai Tembeling, Pahang.- Gua Harimau, Perak.- Changkat Menteri, Perak.

KesimpulanKepentingan penemuan peninggalan manusia Zaman Paleolitik di tapak ekskavasi Bukit Jawa, Lenggong, Perak:

Zaman Prasejarah di Malaysia bermula kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu. Malaysia terkenal dengan penemuan Manusia Perak iaitu rangka unik yang dijumpai

dengan kecacatan yang belum pernah dilihat pada Zaman Prasejarah dunia. Penemuan ini telah dipamerkan di luar negara.

Kita patut mencontohi kegigihan dan semangat berusaha masyarakat Zaman Prasejarah. Tanpa peralatan yang canggih dan teknologi terkini, mereka mampu mencipta pelbagai peralatan seperti:

daripada batu, Tembikar, Gangsa, Besi yang kemudiannya telah menjadi asas perkembangan teknologi masyarakat

selepasnya.

Ciri-ciri yang perlu diteladani daripada masyarkat prasejarah agar menjadi warganegara yang gigih dan berdikari:

Kegigihan, Semangat berusaha, Daya kreativiti

Maklumat tambahan. Hoabinh adalah salah satu nama tempat di Vietnam. Di sini ditemui alat-alat dan

perkakas-perkakas yang telah digunakan oleh manusia Zaman Mesolitik. Animisme ialah kepercayaan setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat

(jiwa dan roh) orang mati. Dalam upacara perkuburan masyarakat Zaman Paleolitik, mayat dikebumikan dengan

barang-barang seperti makanan dan alat-alat batu. Penemuan alat batu Zaman Paleolitik di Kota Tampan pada tahun 1987 membuktikan

Malaysia sebagai negara terawal melalui Zaman Prasejarah Dunia. Manusia Perak – rangka manusia Zaman Paleolitik yang ditemui di Gua Gunung Runtuh

pada tahun 1990. Bukit Tengkorak, Sabah – tapak manusia Zaman Neolitik di Malaysia.

BAB 3 :KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA

Kerajaan awal di Asia Tenggara boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu

Page 5: Nota Sejarah Tingkatan 1

kerajaan agraria kerajaan maritim.

Contoh kerajaan agraria ialah kerajaan Angkor dan kerajaan Funan. Manakala

contoh kerajaan maritim ialah kerajaan Champa, kerajaan Chih Tu, kerajaan Srivijaya, kerajaan Kedah Tua, dan kerajaan Majapahit.

Kerajaan Agraria menjalankan kegiatan ekonomi yang berasaskan pertanian Kerajaan ini terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai, dan di kawasan

pedalaman. Masyarakat agraria menjalankan kegiatan berburu, mengutip hasil hutan, dan

menangkap ikan. mereka menjalankan kegiatan pertanian dan menternak binatang. Hasil utama kegiatan pertanian ialah ubi taro, padi huma, dan padi sawah. Masyarakat agraria membina empangan dan saliran untuk menjalankan kegiatan

pertanian dan menternak binatang. Pemerintah kerajaan agraria memainkan peranan penting dalam membina empangan

dan terusan serta bertanggungjawab menguruskannya. Kegigihan masyarakat agraria akhirnya berjaya membentuk kerajaan yang masyhur.

Kerajaan Angkor Diasaskan pada abad ketujuh Masihi. Pusat kerajaan terletak di kawasan hilir Sungai Mekong. Kawasanpertanian utamanya di sekitar tasik Tonle Sap. Membina barat untuk kemudahan sistem pertaniannya. Sistem pemerintahan tertumpu kepada raja yang mempunyai kuasa mutlak dan dianggap

sebagai Devaraja. Raja dibantu oleh kerabatnya untuk menjalankan tugas pentadbiran Mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Suiyavarman II. Menerima agama Hindu-Buddha sebagai agama utama. Angkor Wat merupakan bukti kewujudan kerajaan Hindu-Buddha

Kerajaan Funan Diasaskan pada abad pertama Masihi. Merupakan kerajaan terawal di Asia Tenggara Pusat kerajaan terletak di Vyadhapura.

Empangan, saliran, dan takungan air dibina untuk mengairi kawasan pertanian terutama sawah padi. Bekalan air diperoleh daripada Sungai Mekong dan kawasan perisiran pantai.

Raja pertamanya ialah Kaundinya yang menggunakan gelaran Kurung Bnam. Fan Shih-man merupakan seorang jeneral yang agung Pelabuhan utamanya Oc-Eo Sungai Mekong merupakan jalan perhubungan perdagangan

Kurung Bnam bermaksud raja-raja gunung. Istilah bnam bererti gunung. Gunung yang dimaksudkan ialah gunung suci yang menjadi simbol kuasa raja.

Baray ialah sebuah kolam air besar. yang dibina untuk_ menampung 30 juta meter padu air. Air dari kolam ini - disalirkan ke 12.51 juta ekar sawah . Pembinaan baray membolehkan kerajaan Angkor memperoleh hasil pertanian yang banyak.

Kerjasama antara pemerintah dengan rakyat dalam mengembangkan bidang pertanian serta kemahiran pembinaan empangan dan saliran telah berjaya memajukan kedua-dua buah kerajaan tersebut. Keadaan ini membuktikan bidang pertanian boleh menyumbang pada kemajuan negara sekiranya bidang tersebut dimajukan secara besar-besaran.

Page 6: Nota Sejarah Tingkatan 1

Kerajaan Maritim Kerajaan maritim terletak di kawasan persisiran pantai dan menjalankan kegiatan yang

berkaitan dengan laut. Perdagangan merupakan kegiatan terpenting dalam kerajaan ini dan laut menjadi laluan

utamanya. Selain kegiatan perdagangan, aktiviti membuat kapal dan perikanan turut dijalankan. Pusat pentadbiran kerajaan maritim tertumpu di kawasan muara sungai. Kawasan ini merupakan kawasan penempatan penduduk. Selain laut, sungai juga berfungsi sebagai laluan perdagangan ke kawasan pedalaman. Oleh itu, pelabuhan muncul sebagai pusat perdagangan dl koala sungai. Pelabuhan tersebut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, tempat

tinggal, tempat menyimpan barang dagangan, dan kawasan berjual-beli. Dalam urusan perdagangan, kerajaan maritim berfungsi sebagai orang tengah. Kerajaan ini menjadi pusat pengumpulan barangan dari kawasan pedalaman dan pulau-

pulau yang berhampiran. Antara barangan yang dikumpulkan termasuklah hasil hutan, rempah-ratus, ubat-ubatan, gaharu, cendana, dan damar. Barangan ini mendapat permintaan yang tinggi di pasaran antarabangsa.

Kegiatan perdagangan dijalankan di pelabuhan utama yang berfungsi sebagai pelabuhan entrepot.

Barangan ini dijual kepada pedagang asing dari Eropah, Arab, India, dan China. Masyarakat maritim juga mahir membuat kapal serta menguasai ilmu pelayaran. Dengan kemahiran ini, pedagang dari kerajaan maritim mampu belayar hingga ke Afrika

Timur.

Tonle Sap ialah tasik Yang dibina pada abad kesepuluh yang terletak di bahagian tengah Kampuchea, Tonle Sap merupakan sistem pengairan yang terpenting untuk kegiatan pertanian padi sawah. Air disalurkan melalui empangan dan saliran. Kawasan di sekitar Tonle Sap subur dan sesuai untuk menanam padi.

Kerajaan Champa Diasaskan sekitar tahun 192 Masihi oleh Chu-Lien. Raja Champa dipengaruhi oleh agama Hindu. Dalam struktur pentadbirannya terdapat pegawai pemungut cukai. Pelabuhannya yang terkenal ialah Inderapura. Ditadbir oleh 14 dinasti. Pada akhir kurun ke-13, dipengaruhi oleh pengaruh China dan lenyap pada kurun ke-15. Menurut sumber Sanskrit, pada tahun 400 Masihi diterajui oleh Bhadravarnom. Nama Champa wujud pada tahun 655 Masihi.

Kerajaan Chih Tu Menurut catatan I-Ching, Chih Tu bermaksud Tanah Merah. Kerajaan ini diasaskan oleh Raja Guatama pada abad keenam Masihi. Diketuai oleh seorang raja yang berkuasa mutlak. Raja dibantu oleh tiga orang menteri yang bertanggungjawab dalam pemerintahan dan

pentadbiran. Sistem pemerintahan beraja mengikut corak pemerintahan kerajaan Srivijaya yang

menerima pengaruh Hindu. Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau menggambarkan kebesaran seseorang raja. Raja digambarkan mempunyai kuasa sakti, berkuasa mutlak, dan bersifat ketuhanan. Terdapat tiga bahagian pentadbiran dalam kerajaan Srivijaya yang tercatat pada batu

bersurat Telaga Batu.Kerajaan Srivijaya

Diasaskan sekitar abad ketujuh Masihi dan berpusat di Palembang, Sumatera. Raja berkuasa mutlak. Menurut catatan Arab, raja dianggap sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau. Menteri-menterinya merupakan orang perantaraan antara raja dengan rakyat.

Page 7: Nota Sejarah Tingkatan 1

Catatan pada batu bersurat bertarikh 683 Masihi yang dijumpai di Telaga Batu, menunjukkan terdapat tiga bahagian pentadbiran iaitu pentadbiran diraja, pentadbiran ketenteraan, dan pentadbiran daerah.

Menguasai Selat Melaka, Selat Sunda, dan Laut Jawa untuk mengawal seluruh kegiatan perdagangan maritim di Kepulauan Melayu.

Pelabuhan pentingnya ialah Palembang. Barang dagangan seperti damar, cendana, kapur barus, kemenyan, dan lada hitam. Menjadi pusat pertukaran barangan dalam kegiatan perdagangan antara China, India,

dan Barat. Candi ialah bangunan tempat penyembahan menurut ajaran agama Hindu-Buddha. Candi menggambarkan betapa kuatnya pengaruh Hindu-Buddha. Hal ini dapat dibuktikan

melalui seni ukir yang terdapat pada bangunan tersebut.

Kerajaan Kedah Tua Kerajaan awal yang terkenal di Semenanjung Tanah Melayu. Dikenali juga sebagai Kataha. Menurut catatan I-Ching, Kedah Tua disebut sebagai Cheh-Cha. Kerajaan ini diasaskan pada kurun kelima Masihi. Pelabuhan utama pada peringkat awal terletak di Sungai Mas dan kemudiannya

berpindah ke Lembah Bujang. Dipengaruhi oleh agama Buddha dan diikuti agama Hindu. Pengaruh agama Hindu-Buddha dapat dibuktikan melalui peninggalan candi di Lembah

Bujang. Gunung Jerai menjadi panduan kepada pedagang untuk singgah di pelabuhan Sungai

Mas dan Lembah Bujang. Pelabuhan Kedah Tua menjadi pusat pertukaran barang-barang dan tempat

persinggahan pelayar dari Arab, Parsi, India, dan Sri Lanka sebelum meneruskan pelayaran ke Timur.

Menjadi pusat perdagangan basil tempatan seperti beras, emas, bijih timah, lada hitam, damar, rotan, tanduk, dan gading.

Pengeluar padi yang utama kerana mempunyai bentuk muka bumi yang rata. Kegemilangan kerajaan Kedah Tua dapat dibuktikan melalui penemuan Wang perak

pada zaman pemerintahan Sultan al-Mutawakil (tahun 847861 Masihi) serta manik dari India dan barangan kaca dan Timur Tengah.

Kerajaan Majapahit Kerajaan ini diasaskan oleh Raden Wijaya yang menerima pengaruh HinduBuddha. Melaksanakan sistem pentadbiran berasaskan Undang-undang Manu. Raja dibantu oleh Perdana Menteri dan empat orang menteri. Mengamalkan konsep Devaraja. Kegemilangan kerajaan Majapahit ialah semasa pemerintahan Hayam Wuruk (Raja

Senagara) yang dibantu oleh Perdana Menteri yang bernama Patih Gajah Mada. Dikunjungi oleh pedagang dari Asia Tenggara, China, India, dan Timur Tengah. Menjadi tempat perdagangan utama pada abad ke- 15 Masihi. Antara pelabuhan utamanya ialah Kataha (Kedah Tua) dan Temasik.

Undang-undang Manu merupakan sumber bertulis yang menjelaskan peranan hakim membicarakan kes-kes awam. Raja dianggap sebagai Devaraja iaitu wakil dewa untuk memimpin manusia.

Kesimpulan- Sejarah pembentukan kerajaan awal di Asia Tenggara membuktikan telah wujud

kerajaan agung yang berasal daripada kerajaan agraria dan kerajaan maritim.- Sistem pentadbiran yang teratur membolehkan kerajaan ini menyediakan pelbagai

kemudahan di pelabuhan seperti bekalan air, makanan, dan tempat tinggal. - Kemudahan tersebut telah menarik minat pedagang asing untuk singgah dan berdagang.

Page 8: Nota Sejarah Tingkatan 1

- Kecekapan dan kemampuan pemimpinnya mentadbir kerajaan dan empayar, serta sistem pentadbiran yang tersusun, telah berjaya mewujudkan suasana yang aman dan damai.

- Sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada rakyat juga dapat membantu kemajuan sesebuah negara.

- Kita sewajarnya berbangga dengan pencapaian kerajaan awal yang telah membuktikan kebolehannya dalam mengendalikan pelabuhan dan perdagangan bertaraf dunia.

- Kita juga patut bersyukur kerana dikurniai tanah yang subur serta hasil pertanian yang baik.

- Berdasarkan sejarah pembentukan kerajaan awal yang telah kamu pelajari, ternyata keamanan, semangat bermasyarakat, kesetiaan serta bersatu padu, dan harmoni merupakan perkara penting dalam pemerintahan negara Kebijaksanaan pemimpin dalam menjalin hubungan dengan negara luar telah berjaya menarik kedatangan pedagang asing.

BAB 4: PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

4 PARAMESWARA Pengasas Kesultanan Melayu 4.1 Latar belakang penubuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Diasaskan oleh Parameswara pada sekitar tahun 1400. Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, muncul kerajaan

Majapahit yang berjaya menguasai kawasan-kawasan Srivijaya termasuk Palembang dan Temasik.

Penguasaan Majapahit ditentang oleh raja Palembang dan puteranya, Parameswara. Parameswara berusaha membebaskan Palembang daripada kerajaan Majapahit. Raja Majapahit bertindak segera dengan menyerang Palembang. Parameswara bersama-sama dengan pengikutnya telah berundur ke Temasik. Di Temasik, Parameswara dan pengikutnya telah disambut baik oleh pemerintah

Temasik iaitu Temagi yang berada bawah naungan Siam. Parameswara dapat menjangka bahawa Temasik akan berkembang maju.

Wawasan Parameswara : Berdasarkan kedudukan Temasik yang strategik. Menuntut hak pertuanannya untuk menjadi pemerintah Temasik kerana Temasik pernah

menjadi naungannya. Setelah membunuh Temagi, Parameswara berusaha memajukan Temasik supaya

kegemilangan kerajaan Srivijaya dapat diwujudkan semula.

Kesan daripada Pembunuhan Temagi: Kerajaan Siam ingin menuntut bela Kerajaan Majapahit cuba untuk menaklukinya. Untuk mengelakkan serangan daripada kerajaan Siam dan Majapahit, Parameswara

bersama-sama Orang Laut berpindah meninggalkan Temasik dan menuju ke Muar. Selepas tinggal di Muar, Parameswara bersama-sama dengan pengikutnya meneruskan

perjalanan melalui Sening Ujung dan Bertam menuju ke utara. Tiba di sebuah perkampungan nelayan. Penduduknya terdiri daripada orang Melayu, Orang Laut, dan Orang Asli.

Kebaikan perkampungan nelayan: Kedudukan tempat tersebut amat baik kerana berhampiran dengan laut yang menjadi

tempat laluan kapal dagang. Bekalan air bersih juga mudah diperoleh. Selain itu,bentuk muka bumi yang berbukit-bukau boleh dijadikan petunjuk bagi pelayar

dan memudahkan urusan mengawal Selat Melaka.) Pokok bakau dan api-api boleh dijadikan benteng pertahanan dan pelindung semula jadi.

Page 9: Nota Sejarah Tingkatan 1

Angin monsun pula tidak mengganggu kegiatan perdagangan kerana muara sungainya terlindung daripada tiupan angin tersebut.

Asal-usul Nama Melaka Peristiwa pelanduk menendang anjing perburuannya dan dianggap luar biasa kerana

pelanduk yang kecil dapat mengalahkan anjing. Parameswara menamakan tempat tersebut sebagai Melaka bersempena dengan nama

pokok Melaka tempat beliau berehat. Berasal daripada Istilah Arab - Nama Melaka juga dikatakan berasal daripada perkataan

Arab. Pedagang-pedagang Arab memanggil Melaka dengan nama "Mulagah" yang bermaksud pertemuan.

Melaka juga disebut sebagai "Malakat" iaitu "perhimpunan segala dagang".

4.2 Kegigihan Parameswara Membangunkan Melaka

Parameswara telah melaksanakan pelbagai langkah untuk membangunkan negeri Melaka.

4.2.1 Sistem Pemerintahan yang TeraturParameswara telah menyusun pentadbiran di Melaka:

melantik pembesar yang bertanggungjawab dalam hal ehwal balairung seri, empat puluh orang bentara untuk menjalankan perintah raja, dan biduanda kecil untuk membawa alat-alat kebesaran diraja.

4.2.3 Kemudahan PelabuhanParameswara bijak merancang dan gigih berusaha untuk memajukan Melaka melalui kegiatan perdagangan. Antara kemudahan yang disediakan ialah:

membaiki kapal, bekalan air bersih dan makanan, tenaga kerja, serta tempat penginapan khusus untuk para pedagang daripada pelbagai bangsa.

(kemudahan ini penting bagi membolehkan mereka datang berniaga di Melaka).

4.2.3 Hubungan DiplomatikSeorang pemimpin yang menitikberatkan keselamatan Melaka

- Parameswara telah menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Siam - dapat mengelakkan Melaka daripada diserang oleh kerajaan Siam dan kedaulatan Melaka diiktiraf.

- Hubungan diplomatik antara kerajaan Melaka dengan China: lawatan Laksamana Yin Ching ke Melaka pada tahun 1404 lawatan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan tahun 1409. Parameswara memohon perlindungan dari negara China. Melaka menjadi negeri naungan China dan bersetuju menghantar ufti. Kerajaan China telah mengurniakan payung kuning, cap mohor, dan

sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka.

Melaka menghantar utusan ke China. Hubungan dua hala di antara kerajaan Melaka dengan kerajaan China

menyebabkan kerajaan Siam dan Majapahit tidak lagi berani mengancam dan menyerang Melaka.

4.2.4 Bantuan Orang LautParameswara menyedari bahawa keselamatan amat penting bagi menjamin keamanan dan kemakmuran Melaka. Sebab-sebab mendapatkan bantuan Orang Laut:

Untuk menjaga keselamatan perairan Melaka. mempunyai ciri-ciri kepahlawanan serta mahir tentang selok-belok Selat Melaka. Sikap Orang Laut yang taat setia kepada sultan dan kerajaan

Page 10: Nota Sejarah Tingkatan 1

memberikan sumbangan yang besar pada keamanan dan kemajuan perdagangan Melaka.

4.2.5 Ikatan Konsep DaulatKejayaan Parameswara membangunkan Melaka

- dibantu oleh rakyat Melaka yang terdiri daripada orang Melayu , Orang Laut, dan Orang Asli.

- Sejarah Melayu mengumpamakan hubungan raja dengan rakyat seperti "rakyat itu umpama akar, raja itu umpama pohonnya; jikalau tiada akar, nescaya pohon tiada akan dapat berdiri".

- Peranan rakyat dalam membangunkan Melaka. o Orang Asli membekalkan hasil hutan untuk kegiatan perdagangan. Orang Laut pula membekalkan hasil laut dan menjaga keselamatan Selat

Melaka. Ketua-ketua masyarakat yang terdiri daripada orang Melayu dilantik memegang

jawatan pembesar seperti hulubalang dan biduanda dalam pentadbiran Melaka. Semangat sedia berkorban Menghargai pemimpin serta taat setia kepada raja

4.3 KesimpulanSifatsifat kepemimpinan Parameswara yang boleh dicontohi:

seorang pemerintah yang bijak mengatur strategi. Sifat kepemimpinan dan wawasan Parameswara Keyakinan dan kegigihan Parameswara bersama rakyatnya membangunkan Melaka

membolehkan Parameswara mencapai citacitanya untuk membentuk sebuah kerajaan yang disegani dan maju.

Parameswara telah meletakkan asas yang kukuh kepada penggantinya.

Maklumat tambahan

Kepentingan Pokok Bakau:- Jenis api-api antara pokok bakau yang terdapat di kawasan hutan poko bakau.- Mempunyai sistem akar yang boleh menahan lumpur yang termendap- Menahan panti serta tebing sungai.

Orang Laut- Orang Laut juga dikenali sebagai Orang Selat atau Cellates dan Seletar di kalangan

pengembara Barat.- Mahir dalam bidang kelautan- Membekalkan hasil laut untuk kegiatan perdagangan di Melaka. - Tome Pires dan de Barros menyatakan bahawa pusat petempatan Orang Laut terletak di

Bentan, Temasik dan Lingga.

BAB 5 : KEGEMILANGAN MELAKA

PERANAN SULTAN Menyelaras semua kegiatan ekonomi Menjadi lambang perpaduan rakyat Mengetuai hubungan diplomatik

Page 11: Nota Sejarah Tingkatan 1

Menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu Mengetuai angkatan tentera Melantik pembesar negeri

Pentadbiran yang Sistematik (Sistem Pembesar Empat Lipatan) Sultan Melaka mengadakan sistem pentadbiran dikenali Sistem Pembesar Empat

Lipatan. Sistem Pembesar Empat Lipatan terdiri daripada kumpulan pembesar yang menjadi

pegawai tadbir kerajaan Melaka. Dalam sistetn pentadbiran ini, sultan mengetuai teraju pemerintahan. Baginda dibantu oleh empat orang pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat Mereka terdiri daripada:- Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, dan Laksamana Pembesar Berempat dibantu oleh:- Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas, dan Pembesar Tiga Puluh Dua. Pembesar-pembesar ini mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing

Bendahara Penghulu/ Bendahari Temenggung Laksamana Penasihat

sultan Menteri utama Ketua

angkatan perang Ketua Hakim Pemangku

sultan

Pemungut hasil atau ufti

Ketua segala Bendahari

Ketua urusetia istana

Ketua segala Syahbandar

Ketua polis dan penjara

Penguasa bandar dan Kota Melaka

Protokol istana

Hakim di darat

Ketua angkatan laut

Pengawal peribadi raja

Ketua duta

Mengetuai utusan

Pembesar bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan sultan dan kerajaan Melaka.

Sokongan dan taat setia daripada pembesar kepada sultan sangat penting:- untuk membina kerajaan yang kuat dan maju. Untuk meningkatkan sokongan tersebut sultan memberi kuasa kepada pembesar

mentadbir wilayah, Sungai atau pulau. Kawasan pentadbiran pembesar dipanggil "kawasan pegangan". Sultan Melaka melantik pembesar lain seperti pembesar di kawasan jajahan dan daerah

untuk memungut cukai. Kawasan memungut cukai ini di panggil "kawasan pemakanan". Pembesar mempersembahkan ufti kawasannya kepada sultan. Kerajaan Melaka telah memperkenalkan sistem pentadbiran yang teratur. Sistem pentadbiran diikuti dan diwarisi oleh kerajaan Melayu lain diTanah Melayu. Sistem ini dijadikan panduan dan asas kepada pemerintah sekarang

Pembesar Melaka Dan Kawasan PeganganPembesar Kawasan Pegangan

Bendahara Muar dan BentanPenghulu Bendahari Sening Ujung dan KamparTemenggung Tiada kawasan peganganLaksamana TemasikHulubalang Sungai Raya dan Siantan

Pusat Perdagangan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa. Kegemilangan Melaka dalam perdagangan dinyatakan dalam buku Sejarah Melayu iaitu,

Kedudukan Geografi

Page 12: Nota Sejarah Tingkatan 1

Kedudukan Melaka di pertengahan laluan perdagangan antara Timur dan Barat telah membolehkannya mengawal Selat Melaka yang menjadi laluan kapal dagang. Oleh itu, Melaka dapat menguasai perdagangan di Selat Melaka.

Para pedagang bukan sahaja tinggal di Melaka untuk berdagang malah untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman.

Muara Sungai Melaka dalam membolehkan kapal berlabuh dengan mudah untuk menurunkan barang dagangan dan mendapatkan barang keperluan.

Pelabuhan Melaka terlindung daripada tiupan monsun Barat Daya kerana Pulau Sumatera menghalang tiupan angin tersebut.

Banjaran Titiwangsa menghalang pelabuhan Melaka daripada tiupan monsun Timur Laut.

Pedagang datang dan pulang mengikut musim angin monsun. Pedagang dari Timur datang ketika monsun Timur Laut. Pedagang dari Barat datang ke Melaka ketika monsun Barat Daya. Keadaan ini menjadikan pelabuhan Melaka tumpuan pedagang dari Timur dan Barat. Pedagang Melaka berperanan sebagai orang perantaraan dalam jual beli barangan di

antara pedagang dari Timur dan Barat. Bentuk bumi Melaka berbukit bukau menjadi petunjuk kepada pedagang untuk belayar. Bukit-bukau juga tempat strategik untuk mengawasi keselamatan Selat Melaka

Pemangkin Kemajuan Perdagangan di MelakaPeranan SyahbandarMemastikan perdagangan lancar, kerajaan Melaka mewujudkan jawatan Syahbandar.

Tugas-tugas Syahbandar Menguruskan pasar dan gudang Menjaga kebajikan dan keselamatan pedagang Memeriksa alat timbang dan sukat serta mata wang Menjadi hakim di pelabuhan Menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal Menguruskan cukai

Pembahagian tugas Syahbandar mengikut kumpulan pedagangSyahbandar I Syahbandar II Syahbandar III Syahbandar III

Pedagang Gujerat Pedagang China, Champa, dan Ryukyu

Pedagang Kalingga, Pegu, Benggala dan Parsi

Pedagang Jawa, Maluku, Banda, Kalimantan, Borneo, Pasai dan Filipina

Peranan Laksamana dan Orang Laut Laksamana ialah pembesar menjaga keselamatan perairan Selat Melaka.Tugas

mengawal keselamatan perairan Melaka oleh Orang LautKeberkesanan Undang-undang Laut Melaka

kerajaan Melaka telah menggubal Undang-undang Laut Melaka. Terdapat 24 fasal dalam Undang-undang Laut Melaka yang mengandungi peraturan dan

tata tertib berniaga cara berjual beli, hukum jenayah yang berlaku di kapal, larangan dan tanggungjawab nakhoda, kiwi serta anak kapal.

Keadaan ini memberi keyakinan kepada pedagang untuk berdagang.

Kiwi merupakan penyewa ruang perahu dan penumpang yang membawa barang untuk diperdagangkan. Ketua segala kiwi ialah mulkiwi.

Kemudahan di Pelabuhan Menyediakan gudang untuk menyimpan barang Menyediakan tempat tinggal kepada pedagang - menunggu pertukaran angin monsun.

Syahbandar pula menyediakan:-kapal, perahu, jong, lancar, gajah, dan pekerja untuk mengangkut barangan ke gudang.

Kapal yang rosak boleh dibaiki di pelabuhan Melaka.

Page 13: Nota Sejarah Tingkatan 1

Menyediakan kemudahan bekalan makanan dan minuman untuk pedagang. Kemudahan prasarana antara faktor yang menarik, rama pedagang ke Melaka.

Sistem Cukai dan Surat Kebenaran Berniaga Melaka mengenakan cukai berpatutan dan adil terhadap pedagang. Pedagang membayar "Panduan" (cukai rasmi) sebelum berjual beli. Kadarnya berbeza mengikut tempat asal pedagang. Sistem ini dinamakan sistem cukai berkeutamaan atau cukai mengikut tempat:

o India, Tanah Arab, Siam, dan Pegu dikenakan cukai enam peratus.o yang tinggal tetap di Melaka dikenakan cukai tiga peratus. o China dan Jepun tidak perlu bayar cukai tetapi dikehendaki memberi persembahan

atau hadiah kepada Sultan, Temenggung atau Syahbandar. Pedagang di Melaka dikehendaki mendapatkan surat kebenaran berniaga. Surat ini lesen bagi peniaga berjual beli Peniaga membuat bayaran untuk mendapatkan surat kebenaran berniaga Peraturan ini memastikan perdagangan berjalan Iancar. Bayaran yang diperoleh menjadi sumber pendapatan kerajaan Melaka.

Penggunaan Sistem Mata Wang Wang logam timah dipanggil calains dan wang emas tempatan digunakan dalam urusan

jual beli Wang perak dan timah dari Pedir, Pasai, Kembayat dan Gujerat juga digunakan.

Pelabuhan Entrepot Pemerintah menjadikan Melaka sebagai pelabuhan entrepot iaitu pusat pengumpulan

barangan dari Kepulauan Melayu dan pusat pengedaran barangan dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu.

Peranan pelabuhan Melaka membezakannya daripada pelabuhan lain di rantau ini yang hanya memperdagangkan hasil tempatan.

Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca Bahasa Melayu menjadi lingua franca (bahasa perantaraan) dalam urusan perdagangan Pedagang asing menggunakan bahasa Melayu apabila berurusan dengan pegawai dan

pedagang di Melaka. Ini disebabkan bahasa Melayu mudah difahami dan bahasa utama masyarakat di rantau Faktor inilah yang menyebabkan Melaka maju dan terkenal sebagai pusat perdagangan

Kematangan Hubungan Luar Melaka menjalin hubungan luar dengan:- kerajaan serantau dan antarabangsa

Hubungan Serantau Melaka menjalin hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Pasai, Jawa, Siak, dan

Kampar. Menurut Tome Pires, hubungan diplomatik antara Melaka dengan Pasai terjalin melalui

perkahwinan Megat Iskandar Shah dengan puteri Pasai. Hubungan dengan Pasai juga terjalin dalam bentuk pertukaran pendapat berkaitan

agama Islam. Hubungan ini mewujudkan hormat-menghormati dan tolong-menolong antara kedua-dua

buah kerajaan. Kedudukan Melaka dan Pasai dianggap setaraf apabila berutus surat. kedua-dua kerajaan tersebut menggunakan istilah salam. Melaka membantu Pasai menamatkan keadaan huruhara dengan menghantar pembesar

dan tentera ke Pasai. Melaka juga menjalin hubungan dagang dengan Jawa, Siak, dan Kampar. Lada hitam, emas, dan beras diperoleh dari Pasai. Jawa membekalkan beras, bahan makanan, dan rempah. Siak dan Kampar membekalkan emas untuk kegiatan dagang dengan Melaka. Hubungan Melaka dengan Kampar terjalin apabila Melaka menaklukinya.

Page 14: Nota Sejarah Tingkatan 1

Melaka menakluki Kampar dan Siak untuk menguasai hasil perdagangan negeri itu. Kerajaan Melaka memberi taraf naungan terhadap Siak. Apabila berutus surat ke Melaka, kedua-dua kerajaan ini menggunakan istilah sembah. Ini menunjukkan taraf Kampar dan Siak lebih rendah berbanding Melaka. Kampar dan Siak mesti menghantar ufti ke Melaka dalam bentuk wang atau barangan. Kedudukan dan kebesaran Melaka dilihat ketika sultan Melaka membuat lawatan ke luar

negeri. Semasa Sultan Mansor Shah melawat Majapahit, baginda diiringi raja dari Palembang,

Jambi, dan Lingga.

Hubungan Antarabangsa Melaka Hubungan Melaka dengan China tahun 1404 apabila Yin Ching melawat Melaka. Hubungan Melaka dengan China memberi keuntungan kerana:-Melaka mendapat

pengiktirafan China. Hubungan Melaka dengan Siam bermula apabila Melaka menghantar utusan diplomatik

ke Siam yang terdiri daripada Tun Telanai dan Menteri Jana Putera. Melaka berbaik-baik dengan Siam bagi tujuan:- menjaga kepentingan ekonomi. Siam membekalkan kayu jati, beras, dan bahan makanan ke Melaka. Hubungan Melaka dengan Ryukyu (Jepun) terjalin dalam bentuk hubungan diplomatik

dan perdagangan. Sultan Mansor Shah pernah mengirim surat kepada raja Ryukyu memberitahu pedagang

Ryukyu melanggar undang Melaka. Balasan surat raja Ryukyu kepada Sultan Mansor Shah membuktikan Raja Ryukyu

menyanjung kedaulatan Melaka serta akur dengan peraturan dan undang-undang Melaka.

Hubungan Melaka dengan Gujerat terjalin melalui perdagangan. Pedagang Gujerat membekalkan kain kepada Melaka dan memerlukan rempah dari

Kepulauan Melayu. Pedagang Gujerat juga menyebarkan agama Islam di Melaka. Pedagang Arab di Melaka membeli emas dan rempah dari Kepulauan Melayu serta kain

sutera dan teh dari China. Mereka turut mengembangkan ajaran agama Islam di Melaka.

Pusat Pengembangan Agama Islam Antara kerajaan awal di Tanah Melayu menerima agama Islam ialah:- Kedah dan

Terengganu. Batu nisan di Tanjung Inggeris, Kedah, membuktikan negeri Kedah menerima agama

Islam sekitar abad ke-9. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu, membuktikan agama Islam bertapak pada

abad ke-13. Di Melaka agama Islam bermula pada abad ke-15 apabila:-Megat Iskandar Shah

memeluk agama Islam.

Kedatangan Agama Islam ke Melaka Pelbagai cara agama Islam disebarkan di Melaka antaranya melalui perkahwinan sultan

Melaka, Megat Iskandar Shah dengan puteri raja Pasai Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, agama Islam disebarkan di

Melaka oleh mubaligh Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah. Beliau telah berjaya mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar, dan rakyat Melaka. Pedagang Islam dari Arab dan India juga memainkan peranan membawa Islam ke

Melaka. Di samping berniaga, mereka turut menjalankan kegiatan dakwah. Ada kalangan mereka yang berkahwin dengan penduduk setempat. Oleh yang demikian, agama Islam disebarkan dalam kalangan masyarakat Melaka. Pedagang Islam membawa bersama-sama mereka ahli agama membantu menjalankan

kegiatan dakwah. Perkembangan agama Islam dikaitkan dengan sifat agama sendiri meliputi semua aspek

kehidupan iaitu toleransi, adil, dan rasional.

Page 15: Nota Sejarah Tingkatan 1

Aspek ini menarik golongan istana menganut agama Islam.

Keunggulan Melaka sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam Abad ke-15, Melaka pusat penyebaran dan pengajian agama Islam. Melaka menjadi tempat pertemuan ulama dan pendakwah dari pelbagai tempat seperti

Arab dan Pasai. Ulama menjadi guru untuk mengajar ilmu agama kepada sultan, pembesar serta rakyat

Pendakwah pula menjalankan kegiatan dakwah kepada seluruh rakyat Melaka. Pendakwah untuk dihantar keluar Melaka demi menyebarkan agama Islam. Pemerintah Melaka menyediakan tempat tinggal kepada pendakwah. Agama Islam cepat berkembang di Melaka disebabkan oleh:- Peranan raja Melaka yang

menganuti agama Islam. Tindakan baginda diikuti oleh pembesar dan rakyat Melaka. Untuk mendalami ilmu agama, Sultan Mansor Shah telah menghantar Tun Bija Wangsa

ke Pasai untuk bertanyakan hal agama. Semasa Sultan Muzaffar Shah, diwujudkan institusi agama seperti:-masjid, madrasah,

surau. Institusi agama ini menjadi tempat mempelajari agama Islam dan membaca kitab suci al-

Quran. Melaka juga terkenal sebagai pusat pengajian ilmu tasawuf. Antara ahli tasawuf yang terkenal di Melaka ialah Abdul Karim al-Jili. Beliau mengarang kitab Insan al-Kamil. Istana Melaka juga menjadi tempat menterjemah, menyadur, menyimpan kitab-kitab

agama Islam. Di istana Melaka, terdapat perpustakaan yang menjadi tempat menterjemah dan

menyadur kitab-kitab agama Islam. Antara kitab yang diterjemah ialah:-Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali

Hanafiah. Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti musyawarah dalam urusan pentadbiran.

Kegigihan Melaka Menyebarkan Agama Islam ke Asia Tenggara Penyebaran agama Islam ke Asia Tenggara melalui perdagangan,- tentera upahan,

penaklukan, peranan ahli agama, perkahwinan, dan peranan pemerintah Melaka sendiri. Melaka pusat perdagangan antarabangsa - ramai pedagang asing berdagang di Melaka. Apabila pulang, menyebarkan agama Islam di tempat asal mereka. Melaka mempunyai ramai tentera upahan dari Jawa. Semasa berkhidmat dengan Melaka, mereka memeluk agama Islam. Mereka menyebarkan agama Islam apabila pulang ke tanah air. Melaka mempunyai jajahan takluk yang luas. Semasa Sultan Mansor Shah dibantu oleh Bendahara Tun Perak meluaskan takluk

Melaka meliputi Pahang, Terengganu, Kelantan, Rokan, serta Inderagiri. Raja di negeri taklukan Melaka turut memeluk agama Islam. Tindakan ini bagi menjamin keselamatan negeri dan menunjukkan taat setia kepada

sultan Melaka . Penyebaran agama Islam ke Asia Tenggara turut dilakukan oleh mubaligh, ulama, dan

ahli sufi. Pendakwah Melaka menyebarkan agama Islam ke Pulau Jawa, Kalimantan, dan Filipina Mereka berdakwah dengan berhemah dan tidak memaksa Islam juga tersebar melalui perkahwinan politik antara putera atau puteri sultan Melaka

dengan putera atau puteri raja kerajaan lain. Perkahwinan puteri Sultan Mansor Shah dengan putera Siak telah menyebarkan agama

Islam di Siak. Pemerintah Melaka juga memainkan peranan dalam perkembangan agama Islam. Sultan Alauddin Riayat Shah menghantar ahli agama mengajar raja Pahang, Kampar,

dan Inderagiri. Pemerintah Melaka memberi galakan kepada pendakwah. Kesungguhan oleh pemerintah Melaka telah menyebabkan penyebaran agama Islam

Page 16: Nota Sejarah Tingkatan 1

Sinar Islam di Melaka Perkembangan Islam di Melaka meninggalkan beberapa kesan. Kewujudan lnstitusi kesultanan yang menggantikan sistem beraja. Gelaran raja digantikan dengan sultan. Sultan Muhammad Shah raja Melaka pertama menggunakan gelaran sultan. Dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran ulama berperanan penting menasihati

sultan Dalam bidang perundangan, undang-undang fikah (Syariah) mempengaruhi Hukum

Kanun Melaka dan Uidang-undang Laut Melaka. Antaranya, hukum minum arak, berzina, dan rnembunuh.

Masjid dan madrasah dijadikan pusat pengajian agama Islam. Pengajian al-Quran asas sistem pendidikan dan Bahasa Melayu dijadikan bahasa llmu

dan Lingua franca. Tulisan jawi diperkenalkan. Agama Islam juga mempengaruhi budaya hidup masyarakat Melaka. Contohnya, dalam bidang kesenian pengaruh Islam dilihat pada corak ukiran di kubah

masjid, mimbar, mihrab, menara azan, tempat berwuduk, madrasah, batu nisan, tulisan khat dan ukiran corak bunga dan geometri serta ayat-ayat al-Quran atau hadis.

Amalan masyarakat Melaka dipengaruhi unsur Islam seperti upacara khatam al-Quran, majlis kesyukuran, dan kenduri arwah.

Pusat Kegiatan IImuPeranan Istana sebagai Pusat Kegiatan Intelektual

zaman Melaka istana merupakan pusat perkembangan i1mu. Istana tempat golongan cerdik pandai yang terdiri daripada jurutulis, pengarang, dan

ulama.Jurutulis

Mengarang surat rasmi raja Menggubal perjanjian Menjadi guru kepada anak raja

Pengarang Mengarang sejarah Menghasilkan pelbagai jenis kesusasteraan Menyusun salasilah raja Mencatat diari istana

Ulama Menulis dan menterjemah kitab agama Islam Golongan cerdik pandai Melaka dapat menguasai bahasa asing. Oleh itu, terdapat kegiatan menterjemah dan menyadur sastera dari Arab dan

Parsi. Selain itu hikayat Melayu juga dihasilkan:- Antara ialah Hikayat Hang Tuah dan

Hikayat Bayan Budiman. Kandungan karya ini bersifat didaktik iaitu memberi pengajaran. Hikayat ini digunakan sebagai perantara untuk menyebarkan agama Islam. Di samping itu terdapat karya undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan

Undang-undang Laut Melaka. Hukum Kanun Melaka Digubal semasa Sultan Muhammad Shah, Dilengkapkan semasa Sultan Muzaffar Shah, Disusun semula semasa Sultan Mahmud Shah. Istana Melaka tempat menyimpan buku-buku yang ditulis oleh penulis tempatan. Buku-buku penulis tempatan dan asing menjadi khazanah kerajaan. Istana Melaka juga tempat mengadakan perbincangan perdebatan alim ulama

mengenai hal agama. Contohnya, membahaskan kitab Darul Manzum kitab utama yang berkaitan

dengan aspek ketuhanan. Kedatangan agama Islam ke Melaka menjadikan bahasa Melayu sebagai

bahasa ilmu pengetahuan, bahasa persuratan dan bahasa perantaraan dalam kegiatan dakwah.

Tulisan ialah tulisan jawi.

Page 17: Nota Sejarah Tingkatan 1

Cara-cara Perluasan Kuasa Melalui penaklukan, perkahwinan dan kerelaan negeri Antara taklukan Melaka ialah:- Kampar dan Pahang Antara negeri naungan ialah:- Jambi dan Lingga Antara melalui perkahwinan ialah:- Pahang, Kelantan dan Siak Melaka juga beri bantuan kepada negeri lain iaitu membantu raja Pasai, Sultan

Zainal Abidin daripada digulingkan daripada tahkta dan membantu Pasai kalahkan Aru yang ancam Pasai dan Melaka

Kebijaksanaan Pemimpin

Usaha perluasan bermula semasa Sultan Muzaffar Shah:-- Berjaya menguasai Pahang, Inderagiri dan Kampar- Menghantar Tun Perak hadapi serangan Siam- Menjalin hubungan dengan China – kedudukan Melaka diiktiraf- Bijak selesaikan masalah orang Melayu dengan India-Muslim di istana

Selepas Sultan Muzaffar Shah, perluasan diteruskan oleh Sultan Mansor Shah. - Berjaya menguasai Bernam dan Perak serta Siak. - Pahang, Kampar, dan Inderagiri dihalang daripada bebaskan diri daripada

penguasaan Melaka. Selepas Sultan Mansor Shah, terajui oleh Sultan Alauddin Riayat Shah.

- seorang pemimpin yang warak dan sangat mementingkan pentadbiran negara.- Buku Sejarah Melayu menggambarkan Sultan Alauddin Riayat Shah sebagai

seorang yang gagah. Sultan Alauddin Riayat Shah mengambil berat tentang keamanan dan

keselamatan Baginda menyamar menjadi rakyat biasa untuk membanteras kejadian jenayah. Keamanan dalam negeri membolehkan baginda menumpukan sepenuh masa

dan tenaga kepada usaha-usaha perluasan kuasa. Semasa berperang dengan Aru, Sultan Alauddin Riayat Shah memilih

Laksamana Hang Tuah - Aru dapat dikuasai. Usaha memperluas kuasa Melaka dibantu oleh pembesar yang berwibawa Salah seorang pembesar tersebut ialah Bendahara Tun Perak. Semasa menjadi penghulu Klang, Tun Perak berjaya menghalang serangan

Siam pada 1445. Tun Perak mengarahkan pengikutnya membawa keluarga masing-masing

berpindah ke Melaka. Ini dapat menaikkan semangat tenteranya untuk mempertahankan Melaka. Ketika Tun Perak menjadi Bendahara Melaka pada tahun 1456, Siam sekali lagi

menyerang Melaka. Tun Perak mengarahkan supaya askarnya menggunakan perahu kecil sebagai

muslihat perang dan menyukarkan Siam mengejarnya Mereka juga mengikat jamung di pokok bakau untuk mengelirukan tentera Siam

seolah-olah Melaka mempunyai bilangan tentera yang ramai. Tun Perak juga menguasai Pahang yang berada di bawah kekuasaan Siam. Tun Perak sangat setia kepada sultan Melaka. Hal in terbukti apabila Bendahara Tun Perak tidak menuntut bela apabila

anaknya Tun Besar dibunuh oleh putera Sultan Mansor Shah, iaitu Raja Muhammad. Kata Bendahara Tun Perak,

Raja Muhammad dihantar ke Pahang menjadi raja di sana Tun Perak mempunyai ciri-ciri berwawasan, mempunyai strategi, bertindak bijak dan

taat setia pantai timur Sumatera dan semua kerajaan di Tanah Melayu dikuasai Melaka

dapat mengawal perairan Selat Melaka. Bekalan barangan sentiasa diperoleh daripada negeri jajahan dan naungan. Dasar perluasan kuuasa membolehkan Melaka mengembangkan ajaran agama

Islam ke kawasan yang dikuasainya.

Page 18: Nota Sejarah Tingkatan 1

Dengan itu, agama Islam tersebar luas di Kepulauan Melayu.

Kawasan Jajajah Takluk Bentuk ufti Klang, Bernam, Perak Dan Jugra 40,000 calains setahun

Kampar, Inderagiri dan Pahang 40 kati emas setahun Lingga, Rokan, Tunggal Dan

Rupat40 buah perahu dan lancara bersama hulubalang

BAB 6: KEMEROSOTAN MELAKA

6.1 Kelemahan Kepimpinan Tun Mutahir menggantikan Tun Perak sebagai Bendahara Melaka. Bendahara Tun Mutahir yang berketurunan India Muslim mengamalkan pilih kasih. Beliau memilih sanak saudara dan sahabat handai untuk memegang jawatan penting

dalam kerajaan. Tindakan beliau menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan pembesar Melayu. Bendahara Tun Mutahir difitnah cuba mengatasi kekayaan Sultan Melaka. Sultan Mahmud amat nlurka dan menitahkan supaya Bendahara Tun Mutahir dan semua

ahli keluarganya dijatuhi hukuman bunuh. Sultan Mahmud kemudian menyedari kesilapan baginda dan menyerahkan pemerintahan

negeri kepada puteranya, Raja Ahmad. Sultan Ahmad Shah seorang raja yang lemah dan tidak cekap dalam pemerintahan. Keadaan ini melemahkan pucuk pimpinan kerajaan Melaka. Keadaan bertambah buruk apabila Bendahara Tun Mutahir digantikan dengan

Bendahara Tun Perpatih Putih yang sudah uzur. Ketiadaan pemimpin yang berwibawa telah menyebabkan pentadbiran Melaka

bertambah lemah. Kemerosotan pentadbiran Melaka membawakan beberapa kesan:

- Amalan rasuah dan fitnah-memfitnah berlaku dengan berleluasa- Sistem cukai berkeutamaan tidak diamalkan lagi- Kadar cukai yang tinggi menyebabkan pedagang asing memilih pelabuhan lain

seperti Acheh, Bentan, Patani, dan Brunei untuk berdagang

6.2 Masalah Perpaduan Pelantikan Tun Mutahir sebagai Bendahad Melaka menimbulkan rasa tidak puas hati di

kalangan pembesar Melayu. Keadaan ini menimbulkan semula persaingan di antara orang Melayu dengan golongan

India Muslim untuk mendapatkan pengaruh. Laksamana Khoja Hassan telah berebut pengaruh dengan Bendahara Tun Mutahir. Keadaan ini berlaku kerana Bendahara Tun Mutahir mengamalkan pilih kasih dalam

pentadbirannya. Tindakan Raja Mendeliar memfitnah Tun Mutahir cuba mengatasi kekayaan SuItan

Melaka telah menyebabkan Sultan Mahmud menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Tun Mutahir dan keluarganya.

Akibat daripada konflik di antara pembesar Melayu dan India Muslim, rakyat Melaka berpecah belah dan tidak bersatu.

Perpecahan di kalangan rakyat Melaka telahmenjejaskan keutuhan kerajaan Melaka.

6.3 Kelemahan Askar Melaka Askar Melaka menggunakan keris, panah, sumpit beracun, perisai, tombak, dan senjata

tradisional untuk menentang askar Portugis. Askar Portugis pula menggunakan senjata seperti meriam dan senapang. Meriam yang digunakan oleh askar Portugis dapat menembak dari jarak yang jauh. Selain menggunakan alat senjata yang kurang berkesan, askar Melaka juga tidak

mempunyai struktur yang lengkap seperti askar Portugis. Askar Portugis nyata lebih bersistematik dan terlatih berbanding dengan askar Melaka.

Page 19: Nota Sejarah Tingkatan 1

Askar Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque bukan sahaja dilantik oleh raja Portugal, malahan mereka juga mendapat sokongan daripada pangkalan tentera Portugis di Goa, India.

Selain itu, askar upahan Melaka yang terdiri daripada askar Jawa melarikan diri semasa Portugis menyerang Melaka.

Akibat daripada kelemahan ini, Melaka berjaya ditawan oleh tentera Portugis.

6.4 Kedatangan Portugis

6.4.1. Sebab Kedatangan PortugisPortugis merupakan bangsa Eropah yang pertama belayar ke Timur pada kurun ke- 15.Kedatangan Portugis ke Timur didorong oleh tiga faktor utama, iaitu Gold (perdagangan),

Gospel (menyebarkan agama Kristian), dan Glory (merasa bangga apabila berjaya menemui jalan laut yang baru ke Timur).

Mereka menggunakan slogan "Gold, Gospel and Glory" (Kekayaan, keagamaan, dan kemegahan).

Putera Henry, seorang ahli pelayaran telah memberi galakan kepada orang Portugis untuk belayar ke Timur.

Beliau menubuhkan sebuah sekolah pelayaran di Portugal.Galakan ini menyebabkan orang-orang Portugis begitu gigih dan berani untuk menjelajah

ke Timur.Antara kejayaan-kejayaan orang Portugis dalam bidang pelayaran ialah:

- Bartholomew Diaz berjaya tiba di Tanjung Harapan pada tahun 1488- Vasco da Gama tiba di India pada tahun 1498- Lopez de Sequeira tiba di Melaka pada tahun 1509

Orang Portugis juga ingin meneruskan Perang Salib di Timur.Mereka ingin menghancurkan kerajaan Islam di Timur, iaitu termasuk kerajaan Melaka

yang menjadi pusat perkembangan dan penyebaran agama Islam.Pada masa yang sama, orang-orang Portugis cuba menyebarkan agama Kristian ke

Timur.Mereka juga ingin menguasai perdagangan rempah yang ketika itu dimonopoli oleh

pedagang-pedagang Islam.Perdagangan rempah ratus seperti lada hitam, kayu manis, bunga cengkih, dan buah

pala sangat menguntungkan.Ini kerana pedagang Islam menjualkannya kepada pedagang Eropah dengan harga yang tinggi.

Pedagang-pedagang Islam mendapatkan bekalannya dari pelabuhan Melaka.Oleh itu, orang-orang Portugis berpendapat bahawa jika mereka dapat menguasai Selat

Melaka, mereka akan dapat menguasai perdagangan rempah ratus.Mereka memerlukan rempah ratus untuk mengawet dan menyedapkan makanan di

samping memanaskan badan pada musim sejuk.

6.4.2. Portugis Menguasai MelakaLopez de Sequeira dihantar oleh raja Portugal untuk memulakan hubungan perdagangan

dengan Melaka.Kedatangan rombongan Lopez de Sequeira disambut baik oleh Sultan Mahmud Shah.Pedagang-pedagang Portugis dibenarkan berdagang di Melaka setelah diberi jaminan

keselamatan oleh Sultan Mahmud.Pedagang-pedagang dari Jawa dan Gujerat mendapat tahu bahawa kedatangan Portugis

bertujuan untuk menguasai perdagangan rempah-ratus dan mengembangkan agama Kristian.

Mereka membuat aduan kepada Bendahara Tun Mutahir dan Bendahara Tun Mutahir menasihati sultan untuk menangkap orang-orang Portugis.

Atas nasihat Bendahara Tun Mutahir, Sultan Mahmud memerintahkan supaya rombongan perdagangan Portugis, termasuk pegawai kanan rombongannya yang bernama Ruy de Araujo ditangkap.

Dalam peristiwa itu, beberapa orang Portugis telah mati dibunuh.Lopez de Sequeira dan beberapa oraa pengikutnya berjaya melarikan diri ke Goa.

Page 20: Nota Sejarah Tingkatan 1

Pada tahun 1510, raja Portugal menghantar angkatan lautnya yang dipimpin oleh Alfonsa de Albuquerque untuk menyerang Melaka.

Albuquerque mengemukakan tiga tuntutan kepada Sultan Melaka: - Sultan Mahmud membebaskan semua tawanan Portugis- Kerajaan Melaka membayar ganti rugi kepada Portugal- Kerajaan Melaka membenarkan orang Portugis mendirikan sebuah kubu di

MelakaSultan Mahmud menolak semua tuntutan yang dikemukakan oleh Albuquerque.Penolakan Sultan Mahmud menyebabkan Alfonso de Albuquerque mengisytiharkan

serangan ke atas Melaka.Serangan pertama dilancarkan pada 25 Julai 1511, tetapi tentera Melaka berjaya

mematahkan serangan tersebut.Seorang pegawai kanan Portugis yang ditawan, iaitu Ruy de Araujo telah memberikan

maklumat tentang pertahanan Melaka kepada tentera Portugis.Semangat perjuangan askar Melaka digambarkan dalam kisah Hikayat Muhammad Ali

Hanafiah.Portugis melancarkan serangan kedua pada 10 Ogos 1511 dan berjaya mengalahkan

Melaka.Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 24 Ogos 1511 apabila Portugis berjaya menguasai

jambatan Sungai Melaka.Sultan Mahmud, Sultan Ahmad, dan keluarga baginda berundur ke Muar.Dari Muar, mereka berundur lagi ke Pahang dan seterusnya ke Bentan.Di Bentan, Sultan Mahmud mendirikan sebuah kerajaan baru setelah kemangkatan

Sultan Ahmad.Dari Bentan, Sultan Mahmud berusaha menawan semula Melaka dengan menyerang

Portugis di Melaka.

BAB 7: Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka

7.1 Kedudukan Sultan Mahmud Shah Selepas Kejatuhan Melaka Selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis, Sultan Mahmud Shah mendirikan

kerajaannya di Kota Tinggi, Johor. Warisan Kesultanan Melayu Melaka diteruskan oleh putera baginda, iaitu Raja Alauddin

Riayat Shah II. Pada masa yang sama, kuasa kerajaan Acheh mula bangkit. Johor terpaksa bersaing dengan Acheh di samping berusaha mengusir Portugis dari

Melaka. Sultan Mahmud, Orang Laut, dan pengikut-pengikut baginda berundur ke Pagoh dan

kemudiannya membina kubu pertahanan di Bentayan, Muar. Baginda seterusnya bersemayam sementara di Pahang dan kemudiannya berundur ke

Pulau Bentan (kini dikenal sebagai Pulau Riau). Semasa di Bentan, Sultan Mahmud telah membina tenteranya dengan bantuan

penduduk dari jajahan takluknya. Antara mereka yang datang menghadap dan menyatakan taat setia mereka kepada

baginda ialah Maharaja Lingga, Raja Inderagiri, Raja Siak, dan Sultan Aru (Deli), wakil dari kerajaan Manjung, Beruas, pemerintah Kampar, Klang, Rembau, dan Sungai Ujong.

Pada tahun 1521, tentera Portugis menyerang Bentan dan serangan tersebut ditentang oleh Sultan Mahmud dan tenteranya.

Peperangan di antara Portugis dan tentera Sultan Mahmud di Bentan berlanjutan hingga tahun 1526.

Sultan Mahmud kemudian berundur ke Kampar dan mangkat di sana pada tahun 1528.

Page 21: Nota Sejarah Tingkatan 1

Pergerakan Sultan Mahmud Shah selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis

7.2 Pengasasan Kerajaan Johor Warisan Kesultanan Melayu Melaka diteruskan oleh putera Sultan Mahmud yang

bernama Raja Ali di Johor. Nama asal Johor ialah Ujong Tanah dan nama ini telah digunakan sejak kurun ke- 16. Nama Johor berasal dari perkataan Arab, Jim, Ha, Ra, dan disebut Jauhar yang

bermaksud permata. Penduduk tempatan menyebutnya sebagai Johor. Raja Ali mengasaskan kerajaan Johor di Kota Tinggi dengan mengambil gelaran Sultan

Alauddin Riayat Shah II. Oleh kerana Johor dikenal dengan nama Ujong Tanah, baginda juga dikenal sebagai

Raja Ujong Tanah dan Bentan.

7.2.1 Penerusan Warisan Melaka Setelah mengasaskan kerajaan di tanah besar Johor atau Ujong Tanah, Sultan

Alauddin melantik Bendahara dan Seri Nara Diraja untuk membangunkan pusat pentadbiran Johor.

Seri Nara Diraja ialah gelaran bagi jawatan Penghulu Bendahari yang wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Tugas Seri Nara Diraja ialah mengawal perbendaharaan negara, mentadbir istana, dan mengawal hamba sultan.

Sebuah kota pertahanan yang dikenal dengan nama Kota Kara telah didirikan. Sultan Alauddin memperkukuhkan kuasanya dengan menguasai semula jajahan

takluk Melaka dan menjadikannya jajahan takluk Johor. Selain itu, Johor juga menguasai Pahang dengan mengawal hal-ehwal Pahang

seperti soal menentukan Sultan Pahang. Kurun ke-17 memperlihatkan usaha memperkukuhkan kedudukan Johor oleh

Laksamana Tun Abdul Jamil. Antara usaha yang dijalankan ialah:

- Johor menempatkan wakilnya di Bengkalis, Kampar, Jambi, Siak dan Rokan.- Jajahan takluk Johor akan menghantar askar mereka ke Johor apabila

diperlukan.- Negeri-negeri yang dikawal oleh Johor dikehendaki membekalkan barangan

eksport kepada Johor. Sungguhpun demikian, Johor masih diancam oleh kuasa luar seperti Portugis, Acheh

dan Jambi. Pusat pentadbiran kerajaan Johor sentiasa berubah-ubah di sepanjang Sungai Johor

dan Kepulauan Riau-Lingga sebagai muslihat bagi mengelirukan musuh.

Page 22: Nota Sejarah Tingkatan 1

7.2.2 Usaha Johor Menguasai Melaka Setelah ditubuhkan, kerajaan Johor sentiasa cuba menguasai semula Melaka. Usaha tersebar dilakukan pada tahun 155 apabila tentera Johor bergabung

dengan angkatan Perak, Pahang, dan Japara (Jawa) untuk menyerang Portugis di Melaka.

Dalam serangan tersebut, Melaka telah dikepung selama tiga bulan, tetapi usaha menumpaskan Portugis di Melaka tidak berjaya.

Tentera Johor gagal mengusir Portugis dari Melaka, kerana mereka gagal menembusi kota A Famosa.

Selain itu, tentera Portugis yang menggunakan senjata api sukar dikalahkan. Usaha Johor menawan semula Melaka berterusan sehingga tahun 1564. Dua orang pembesar Johor yang memainkan peranan penting dalam usaha

menawan semula Melaka ialah Tun Sri Lanang dan Laksamana Tun Abdul Jamil. Pada tahun 1608, tentera Johor mula membuat pakatan dengan kuasa Belanda

untuk menyerang Portugis di Melaka. Gabungan tentera Johor dan Belanda akhirnya berjaya mengalahkan Portugis di

Melaka pada tahun 1641. Dalam serangan tersebut, tentera Johor yang diketuai oleh Laksamana Tun Abdul

Jamil menyerang Melaka dari darat, manakala tentera Belanda menyerang dari laut.

Sungguhpun Portugis di Melaka dapat dikalahkan, namun Johor masih belum berjaya membebaskan Melaka daripada kuasa asing, kerana Melaka seterusnya dikuasai oleh orang Belanda.

Walau bagaimanapun, kejayaan Johor mengusir Portugis dari Melaka telah membuktikan bahawa ketabahan, kegigihan, dan keberanian telah berjaya mengusir Portugis dari Melaka.

7.2.3 Kebangkitan Acheh Acheh mula berkembang setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis. Setelah menguasai Melaka, Portugis mengenakan pelbagai sekatan serta kadar

cukai yang tinggi ke atas pedagang Islam. Dasar perdagangan Portugis terhadap pedagang Islam menyebabkan pedagang-

pedagang dari Benggala, Sri Lanka, Pegu, dan Turki mula menumpu kepada Acheh.

Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607 - 1636) telah berjaya menjadikan Acheh sebagai sebuah kuasa yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu.

Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam yang bercita-cita tinggi berazam untuk menguasai kerajaan-kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu.

Kemajuan perdagangan antarabangsa telah membolehkan Acheh muncul sebagai sebuah kuasa yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu.

Acheh juga berjaya melaksanakan dasar perluasan kuasanya.- Pada tahun 1616 dan 1620, Acheh menyerang Perak.- Pahang diserang pada tahun 1617.- Kedah diserang pada tahun 1619.

Acheh juga berjaya menakluki Pedir dan Pasai untuk menguasai perdagangan lada hitam.

7.2.4 Persaingan antara Johor dengan Acheh dan Portugis Persaingan di antara Johor, Acheh, dan Portugis memperlihatkan usaha masing--

masing untuk menguasai jalan perdagangan di Selat Melaka serta memelihara kepentingan masing-masing.

Persaingan ini mengakibatkan berlakunya Perang Tiga Segi yang melibatkan Johor, Acheh, dan Portugis di Melaka.

Perang Tiga Segi merujuk kepada peperangan di antara Acheh, Johor, dan Portugis di Melaka untuk menguasai Selat Melaka.

Dalam peperangan tersebut, Johor menyerang Portugis di Melaka kerana hendak merampas semula Melaka daripada Portugis.

Acheh menyerang Portugis kerana Portugis menghalang perdagangan Acheh.

Page 23: Nota Sejarah Tingkatan 1

Acheh juga menyerang Johor kerana kemajuan perdagangan Johor telah mengancam perdagangan Acheh.

Portugis menyerang Johor kerana Johor telah membuat pakatan dengan Acheh untuk menyerangnya.

7.3 Kegemilangan Kerajaan Johor Pada tahun 1641, jajahan takluk Johor meliputi:-

- wilayah pantai barat Semenanjung Tanah Melayu yang meliputi Pahang, Klang, Batu Pahat, Muar hingga Singapura termasuk Bentan dan Lingga

- bahagian tengah Pulau Surnatera seperti Bengkalis, Kampar, Siak dan Inderagiri

Peta menunjukkan jajahan takluk Johor

Kejayaan kerajaan Johor mencapai kegemilangannya berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya termasuklah:- kecekapan sultan dan pembesar mentadbir negeri- kemajuan perdagangan- perkembangan bidang kesusasteraan

7.3.1 Johor sebagai Pusat Perdagangan Johor menjadi pelabuhan entrepot yang penting bagi Kepulauan Melayu pada tahun

1623. Kapal dagangan Johor telah berdagang hingga ke Maluku dan Makasar. Johor yang mempunyai jajahan takluk yang besar telah berjaya mengumpulkan

pelbagai hasil dagangan. Pedagang-pedagang China yang datang berdagang di Johor berasal dari Canton

(Guangzao) dan Amoy. Kapal Belanda dan Inggeris juga datang ke pelabuhan Johor. Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah II, pusat pentadbiran dan pelabuhan

Johor telah berpindah dari Batu Sawar ke Riau. Perdagangan Johor berkembang maju kerana pelbagai barang dagangan boleh

didapati. Antaranya ialah damar, tikar, bijih timah, sagu, minyak, lada hitam, beras, dan sebagainya.

Barangan dari luar negara yang dapat diperoleh di pelabuhan Johor terdiri daripada emas, kain sutera, barang tembikar, teh, dan barang tembaga dari China.

Pelbagai kemudahan untuk pedagang disediakan di pelabuhan. Antaranya ialah gudang dan khidmat membaiki kapal.

Page 24: Nota Sejarah Tingkatan 1

Perdagangan di pelabuhan Johor dilakukan dalam dua cara, iaitu secara tukar barang dan perdagangan menggunakan mata wang.

Pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II, Johor telah memperkenalkan mata wang emas (dikenal sebagi mas), mata wang perak (dikenal sebagai kupang), dan mata wang timah (dikenal sebagai katun).

Pada akhir kurun ke-18, mata wang asing seperti Dolar Sepanyol, Dolar Mexico, dan duit Belanda juga digunakan.

Kerajaan Johor mengamalkan sistem cukai yang berpatutan:- Setiap bahara lada hitam yang diperdagangkan dikenakan cukai sebanyak enam

keping mas.- Setiap bahara timah yang diperdagangkan dikenakan cukai sebanyak sepuluh

keping mas. Untuk menjamin keselamatan pedagang asing, kerajaan Johor mengamalkan sistem

naungan di mana pedagang asing dilindungi oleh Bendahara, Raja Indera Bongsu, Temenggung, dan Laksamana.

Kerajaan Johor juga mengarahkan Orang Laut menjadi pengawal pelabuhan, pengawas perairan Johor, penunda dan penunjuk arah sebagai langkah menjaga keselamatan kapal yang berlabuh.

Pelabuhan Johor yang menjadi pintu masuk di bahagian selatan Selat Melaka juga terlindung daripada tiupan angin monsun.

Johor juga menjadi pusat membuat kapal persisiran pantai seperti banteng, baluk, kolek, pencalang, dan pencacap.

7.3.2 Perkembangan Persuratan Melayu Sejak kurun ke-17, Johor telah terkenal sebagai pusat persuratan Melayu. Pada tahun 1612, Tun Sri Lanang berjaya menyusun Sejarah Melayu yang menjadi

sumber pensejarahan Melayu dan dokumen kebudayaan Melayu yang penting. Hikayat Hang Tuah yang mengisahkan kepahlawanan orang Melayu, khususnya

Laksamana Hang Tuah dan empat orang saudaranya, juga dihasilkan di Johor pada kurun ke-17.

Pada kurun ke-18, Riau yang berkembang menjadi pusat kerajaan Johor telah menghasilkan karya-karya berunsur sejarah, bahasa, dan agama Islam.

Raja Ali Haji dan Raja Haji Ahmad adalah antara pengarang yang terkenal pada masa itu.

Naskhah-naskhah asal karya ini ditulis dengan tangan dalam tulisan jawi, tetapi naskhah kemudian dibuat dengan menggunakan kaedah "cap batu" pada kurun ke-19.

Sejak kurun ke-17, khususnya semasa Makam Tauhid menjadi pusat pemerintahan, Johor juga terkenal sebagai pusat pengajian ilmu agama Islam.

Tradisi sebagai pusat pengajian ilmu agama pada kurun berikutnya diteruskan di Riau.

Kegemilangan kerajaan Johor memperlihatkan perkembangan pesat dalam bidang persuratan. Antara karya-karya yang dihasilkan pada kurun ke-1 8 dan ke-1 9 ialah:- Tuhfat al-Nafis (Hadiah yang Bernilai)- Salasilah Melayu dan Bugis dan Sekalian Raja-rajanya- Hikayat Johor serta Pahang- Peringatan Sejarah Negeri Johor- Aturan Setia Bugis dan Melayu- Syair Sultan Mahmud Lingga- Kitab Pengetahuan Bahasa- Bustanul Katibin Lissubyanil-mutaalimi

7.4 Kemerosotan Kerajaan Johor

7.4.1 Perang Johor-Jambi Johor mula mengalami kemerosotan apabila berlakunya persengketaan di kalangan

pembesar dan sultan.

Page 25: Nota Sejarah Tingkatan 1

Peperangan di antara Johor dengan Jambi yang terletak di pantai timur Sumatera telah menyumbang kepada kemerosotan kerajaan Johor.

Jambi yang merupakan jajahan takluk Johor muncul sebagai sebuah kuasa politik dan ekonomi yang kuat di Selat Melaka pada kurun ke-17.

Kebangkitan Jambi dalam politik dan ekonomi memberi saingan kepada Johor dalam perdagangan.

Jambi juga cuba membebaskan diri daripada kerajaan Johor dengan mendapatkan bantuan Belanda.

Peperangan di antara Jambi (yang mendapat bantuan Belanda) dan Johor bermula pada tahun 1670.

Perdagangan Johor terjejas apabila Jambi menyerang Johor Lama dan Batu Sawar pada tahun 1673.

Mulai tahun 1677, Sultan Abdul Jalil Riayat Shah III berundur dan bersemayam di Pahang, kerana Johor tidak lagi selamat untuk diduduki oleh baginda.

Keadaan ini menyebabkan beberapa jajahan takluk Johor cuba membebaskan diri daripada pengaruh Johor.

Laksamana Tun Abdul Jamil telah berjaya menyelamatkan Johor daripada terus merosot apabila beliau berjaya mengalahkan Jambi dengan bantuan askar upahan Bugis pada tahun 1679.

Atas sumbangannya kepada kerajaan Johor, Laksamana Tun Abdul Jamil dianugerahi gelaran Paduka Raja.

Beliau begitu berkuasa sehingga anak-anaknya dilantik menyandang jawatan penting seperti Temenggung, Sri Bija Diraja, dan Sri Amar Diraja dalam kerajaan Johor.

7.4.2 Perebutan Kuasa Perebutan kuasa juga merupakan salah satu faktor yang membawa kepada

kemerosotan kerajaan Johor. Laksamana Tun Abdul Jamil mengambil alih tugas Bendahara sebagai pelantik dan

pemangku raja pada tahun 1623. Pada tahun 1677, beliau melantik menantunya menjadi sultan Johor dengan gelaran

Sultan Ibrahim Shah. Semasa melantik Sultan Mahmud Shah II yang berusia sepuluh tahun menjadi sultan

Johor pada tahun 1685, Laksamana Tun Abdul Jamil telah mengenepikan Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang dianggap pembesar negeri yang terkanan.

Pengaruh dan kuasa Laksamana Tun Abdul Jamil tidak disenangi oleh Bendahara Tun Habib Abdul Majid.

Persengketaan di antara kedua-dua orang pembesar ini telah menjejaskan kestabilan politik negeri Johor.

Bendahara Tun Habib Abdul Majid mendapat semula kuasanya apabila Laksamana Tun Abdul Jamil meninggal dunia pada tahun 1688.

Apabila Bendahara Tun Habib Abdul Jamil meninggal dunia, jawatan Bendahara diteruskan oleh anaknya yang bernama Tun Abdul Jalil.

7.4.3 Perebutan Tahta Kezaliman Sultan Mahmud Shah II menyebabkan baginda dibunuh pada tahun 1699

tanpa meninggalkan zuriat. Peristiwa tersebut dikenal sebagai "Sultan Mahmud Mangkat Dijulang". Bendahara Tun Abdul Jalil dilantik menjadi sultan Johor dengan mendapat sokongan

pembesar dan rakyat. Baginda menggunakan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV.

Kemangkatan Sultan Mahmud Shah II menandakan berakhimya pemerintahan sultan daripada keturunan sultan Melaka, dan pelantikan Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai sultan memulakan kesultanan Johor daripada keturunan Bendahara.

Raja Kechil dari Siak mendakwa dirinya sebagai putera almarhum Sultan Mahmud Shah II dan menuntut haknya ke atas takhta.

Raja Kechil telah meminta bantuan anak raja Bugis lima bersaudara untuk meyerang Johor.

Page 26: Nota Sejarah Tingkatan 1

Sebelum sempat anak raja Bugis lima bersaudara membuat persediaan, Raja Kechil telah mendapat bantuan orang Minangkabau untuk menyerang Johor pada tahun 1717.

Pada 21 Mac 1718, Raja Kechil berjaya menguasai Johor dan mengisytiharkan dirinya sebagai sultan Johor. Baginda mengambil gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.

Orang Laut mempercayai dakwaan Raja Kechil dan memberi sokongan kepada Raja Kechil.

Rebutan kuasa dan takhta telah menyebabkan kemakmuran Johor mula merosot.

7.4.4 Penglibatan Bugis di Johor Orang Bugis berasal dari kepulauan Makasar. Apabila Makasar dikuasai oleh orang Belanda orang Bugis berhijrah beramai-ramai

dan meninggalkan Makasar. Sifat keberanian orang Bugis menyebabkan mereka menjadi tentera upahan dan

pelayar yang baik. Raja Kechil telah meminta anak raja Bugis lima bersaudara, iaitu Daeng Perani,

Daeng Merewah, Daeng Kemasi, Daeng Chelak, Daeng Menambun untuk membantu beliau menyerang Johor.

Sebelum persediaan dibuat, Raja Kechil mendapat bantuan orang Minangkabau untuk menyerang Johor.

Tindakan Raja Kechil mengenepikan anak Bugis lima bersaudara dalam serangannya atas Johor menyebabkan rasa tidak puas di kalangan mereka.

Apabila baginda menjadi sultan Johor, putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV, iaitu Raja Sulaiman telah membuat pakatan dengan anak raja Bugis lima bersaudara untuk merampas kembali takhta kerajaan Johor.

Pada tahun 1722, Raja Kechil dikalahkan dan Raja Sulaiman ditabalkan menjadi Sultan Johor.

Daeng Merewah yang digelar sebagai Kelana Jaya Putera dilantik sebagai Yamtuan Muda Riau, manakala Daeng Menambun dikurniakan gelaran Raja Tua.

Pakatan di antara orang Melayu Johor den Bugis tidak berkekalan kerana orang Melayu berasa kuasa mereka terhakis, manakala orang Bugis pula berusaha mengukuhkan kedudukan mereka di Johor.

Yamtuan Muda Bugis mempertahankan haknya untuk melantik sultan Johor, manakala orang Melayu pula merasakan kuasa sultan dan pembesar Melayu semakin merosot,

Orang Bugis mengukuhkan kedudukan mereka dengan menggalakkan perkahwinan dengan anak raja dan anak pembesar Melayu di Johor.

Anak-anak hasil perkahwinan menggunakan nama awal seperti Raja Haji, Raja Ali, dan Raja Jaafar.

Pertikaian di antara orang Bugis dengan orang Melayu berterusan apabila sultan baru hendak dilantik, dan pertikaian ini telah melemahkan pentadbiran kerajaan Johor.

Pembesar Melayu berkuasa semula di Johor setelah meminta bantuan orang Belanda untuk mengusir orang Bugis dari Riau pada tahun 1784.

Pada tahun 1802, orang Bugis kembali semula ke Riau dan sekali lagi persaingan di antara orang Bugis dengan orang Melayu Johor telah berlaku.

Temenggung Johor mula bertapak di Pulau Bulang dan menguasai Singapura dan tanah besar Johor, manakala Bendahara Johor pula bertapak di Pahang.

Sultan Johor terus bersemayam di Lingga, dan Riau terus dikuasai oleh orang Bugis. Orang Laut pula berpecah mengikut pembesar Melayu, dan ramai pula yang

menjauhkan diri dari sultan serta meninggalkan Johor setelah mereka kehilangan peranan di istana Johor.

7.4.5 Pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda Syarikat Hindia Timur Belanda (Vereenigde Oostlndische Compagnie - V. O. C.)

ialah sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh pedagang Belanda, telah bertapak di Betawi pada kurun ke-17.

Page 27: Nota Sejarah Tingkatan 1

Pada tahun 1602, V. O. C. memulakan perdagangan di pelabuhan Batu Sawar. Perkembangan kuasa Bugis di Johor membimbangkan V. 0. C. kerana penguasaan

orang Bugis dalam kerajaan Johor akan menjejaskan kedudukan Belanda di Melaka. Beberapa peperangan telah meletus di antara orang Bugis dengan Belanda seperti

yang berlaku di Teluk Ketapang dan Riau. Peperangan ini membolehkan orang Belanda mengusir orang Bugis dari Johor dan

ini menyebabkan orang Bugis memusuhi orang Belanda. Kejayaan Belanda mengusir orang Bugis turut menjejaskan kerajaan Johor. Ini

kerana apabila orang Belanda menguasai Riau, mereka menghapuskan jawatan Yamtuan Muda dan sultan.

BAB 8: KERAJAAN NEGERI-NEGERI MELAYU

8.1 Kerajaan Melayu yang tua

a) Kedah Asal usul nama Kedah dapat dikaji melalui beberapa sumber seperti berikut:

- Kedah disebut oleh orang China sebagai Cheh-Cha.- Pedagang India menyebutnya sebagai Kataha, Kalaham, atau Kadaram.- Pedagang Arab pula memanggilnya Kalah atau Kalah Bar.- Orang Siam mengenalinya sebagai daratan Kedah dengan panggilan Sai.

Latar belakang sejarah Kedah terdapat dalam buku Hikayat Merong Mahawangsa dan Al -Tarikh Salasilah Negeri Kedah.

Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, kerajaan Kedah dikatakan telah wujud pada kurun ke-7.

Raja Kedah yang pertama, iaitu Merong Mahawangsa, memeluk agama Islam dan mengambil gelaran Sultan Muzaffar Shah.

Sultan Muzaffar Shah membahagikan Kedah kepada tiga pusat pentadbiran, iaitu Kota Palas, Langkawi, dan Kota Ulu.

Pusat pentadbiran Kedah kemudian berpindah ke Kota Setar pada tahun 1735, di mana kota tersebut mewujudkan bandar Alor Setar pada hari ini.

Kedah berjaya menarik minat kedatangan pedagang-pedagang dari Arab, Parsi, India, Sri Lanka, China, dan Barat kerana kedudukannya yang strategik.

Kepesatan perdagangan menyebabkan Kedah sering menghadapi ancaman daripada kuasa luar.

Untuk memastikan keselamatannya, Kedah mendapatkan sokongan daripada negara Siam melalui persahabatan.

Kedah menghantar "bunga emas" kepada Siam sebagai tanda persahabatan. Apabila Kedah diserang oleh Acheh yang diketuai oleh Sultan Iskandar Mahkota Alam

pada tahun 1619, sultan Kedah berundur ke Perlis dan meminta bantuan Siam. Pada tahun 1767, apabila kerajaan Siam (Ayuthia) ditawan oleh Burma, Kedah

menjalinkan persahabatan dengan Burma. Keadaan politik Kedah kurang stabil pada kurun ke-18 kerana diancam oleh Siam. Kedah juga menghadapi masalah perebutan takhta dan perbalahan di kalangan kerabat

diraja. Sultan Kedah meminta bantuan Inggeris untuk menghadapi ancaman Siam. Hubungan baik Kedah dengan Inggeris dan keengganan Kedah akur kepada Siam

menyebabkan Siam menyerang Kedah pada tahun 1821. Sultan Kedah, pembesar, dan pengikut-pengikutnya terpaksa berundur ke Pulau Pinang. Pada tahun 1842, Kedah mendapat semula kemerdekaannya daripada Siam. Hubungan baik terjalin antara Kedah dengan Siam selepas itu dan keadaan ini

membolehkan Kedah berkembang menjadi sebuah negeri yang makmur lagi aman. Kedah yang mengamalkan Undang-undang Laut Melaka terkenal sebagai sebuah

pelabuhan entrepot. Sistem sukat dan mata wang digunakan untuk melicinkan lagi proses perdagangan di

Kedah.

Page 28: Nota Sejarah Tingkatan 1

Kedah juga banyak mendagangkan hasil tempatan seperti emas, bijih timah, lada hitam, damar, rotan, tanduk, dan gading.

b) Perak Negeri Perak dikaitkan dengan nama sejenis logam, iaitu perak. Menurut A. Halim Nasir dalam bukunya, iaitu Sejarah Perak, nama Perak diambil sempena

nama Sungai Perak yang terletak di Chegar Galah. Di sana, terdapat sejenis ikan yang berwarna perak.

Sejarah Melayu dan Salasilah Perak menyatakan bahawa kesultanan Perak diasaskan pada tahun 1528 oleh putera Sultan Mahmud Melaka.

Kedua-dua karya tersebut menyebut Tun Saban menghadap Sultan Mahmud Shah demi memohon seorang putera baginda untuk dirajakan di Perak.

Sultan Mahmud berkenan menghantar Raja Muzaffar ke Perak berserta alat kebesaran negeri, iaitu sebilah keris yang dikenal sebagai Cura Si Manjakini.

Raja Muzaffar ditabalkan sebagai sultan Perak yang pertama dengan mengambil gelaran Sultan Muzaffar Shah ibni al-Marhum Sultan Mahmud Shah.

Pusat pentadbiran kerajaan Perak terletak di Tanah Abang. Sejak zaman kerajaan Beruas dan Manjung lagi, Perak telah terkenal dengan perdagangan

bijih timah. Kekayaan bijih timah telah menyebabkan kuasa luar berminat untuk menguasai Perak. Pada tahun 1575, Acheh menawan Perak dan menjadikan Perak sebagai negeri

naungannya. Pada tahun 1651, Belanda mengepung Perak dan memaksa sultan Perak menandatangani

perjanjian perdagangan perak dengan Syarikat Hindia Timur Belanda (V.O.C.). Pada 13 Mac 1753, Sultan Iskandar Zulkarnain telah menandatangani satu perjanjian

perdagangan dengan Thomas Acheppers di mana Perak bersetuju menjualkan bijih timah kepada Belanda.

Semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah di Melaka, Bendahara Megat Terawis telah menentukan sempadan Siam dan Perak untuk memudahkan pembesar Perak memungut cukai.

Cukai yang diperoleh daripada orang Reman (dari Siam) di lombong bijih timah Klian Intan telah menjadikan negeri Perak kaya.

Kekayaan ini telah menyebabkan Siam menyerang Perak beberapa kali, iaitu pada tahun 1816, 1818, dan 1819.

Dalam serangan-serangan tersebut, Perak tewas dan dipaksa menghantar bunga emas kepada Siam setiap tahun.

Perak juga terpaksa membenarkan orang Siam membeli bijih timah dengan tanpa membayar cukai.

Tindakan Siam ini berakhir apabila British melibatkan diri dalam perdagangan bijih timah melalui Perjanjian Low.

c) Pahang Kerajaan Pahang dikatakan telah wujud pada akhir kurun ke-9 atau awal kurun ke- 10. Catatan China merekodkan bahawa orang China memanggil Pahang dengan sebutan

Phang atau Pahangh. Pada tahun 1225, seorang penulis China, Chao Ju-Kua, mencatatkan Pahang sebagai

Pong Fong yang dikatakan menjadi kerajaan yang bernaung di bawah kerajaan Palembang (Srivijaya).

Orang Arab menyebut Pahang sebagai Fahan. Cerita tradisi Melayu pula menyatakan bahawa nama Pahang diambil sempena nama

pokok Mahang yang tumbang merentangi Sungai Pahang di Kampung Kembahang. Menurut Sejarah Melayu, Pahang dikenal sebagai Pura. Pada tahun 1470, Sultan Mansor Shah menabalkan putera baginda, iaitu Raja Muhammad

menjadi Sultan Pahang yang pertama dengan gelaran Sultan Muhammad Shah. Baginda ditabalkan sebagai Sultan di Pahang berikutan peristiwa baginda menikam Tun

Besar, anak Bendahara Paduka Raja setelah bola sepak raga Tun Besar terkena desta baginda dan desta baginda jatuh ke tanah.

Page 29: Nota Sejarah Tingkatan 1

Pemerintahan Pahang daripada keturunan raja Melaka berakhir apabila Pahang diletakkan di bawah pemerintahan Yamtuan Muda Johor, iaitu Raja Bajau, mulai tahun 1641 hinggalah tahun 1673.

Semasa berlaku perpecahan dalam kerajaan Johor, Pahang diletakkan di bawah penguasaan Bendahara Johor.

Pada tahun 1882, Bendahara Wan Ahmad menjadi Sultan Pahang dengan mengambil gelaran Sultan Ahmad al-Muadzam Shah selepas berjaya merampas kuasa daripada Bendahara Tun Mutahir.

Catatan Portugis dan China menunjukkan bahawa Pahang menghasilkan beras, bijih timah, dan hasil hutan seperti kayu kapur, gaharu, dan juga kapur barus.

8.2 Kerajaan Melayu yang Baru

a) Kelantan Negeri Kelantan juga dikenal sebagai Negeri Cik Siti Wan Kembang dan kijang pada

lambang negeri dikatakan binatang kesayangan Cik Siti Wan Kembang. Sejarawan China yang bernama Shen-Yau dari Dinasti Tang (618-907 Masihi) mencatatkan

nama Kelantan sebagai Ho-lo-tan atau Kuo-lo-tan. Gerini, pengarang Research on Ptolemy's Geography of Eastern Asia, menyatakan nama

Kelantan adalah gabungan perkataan "kolam" yang bermaksud tanah dengan "autam" yang bermaksud sempadan.

Pada asalnya, Kelantan diperintah oleh beberapa orang raja di daerah yang berasingan. Sungguhpun demikian, rakyat Kelantan telah bersatu semasa Long Yunus menjadi Raja

Kelantan. Pada tahun 1777, Raja Long Yunus memindahkan ibu kotanya dari Kota Kubang Labu ke

Kota Bharu. Long Yunus menghadapi penentangan daripada Sultan Terengganu pada tahun 1794 di

mana angkatan Terengganu cuba menyerang Kelantan. Selepas kemangkatan Long Yunus, Terengganu menyerang Kelantan pada tahun 1795 dan

1800. Dengan bantuan Patani, Terengganu berjaya menewaskan Kelantan. Pada tahun 1801, putera Raja Long Yunus, iaitu Long Muhammad, melancarkan serangan

balas terhadap Terengganu dari Ulu Kelantan dan beliau berjaya membebaskan negeri Kelantan daripada kekuasaan Terengganu.

Long Muhammad kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai sultan Kelantan dengan mengambil gelaran Sultan Muhammad I.

Sultan Muhammad I menjalinkan hubungan diplomatik dengan Siam untuk mengelakkan serangan daripada musuh luar.

Pada tahun 1818, Kelantan menghantar bunga emas kepada Siam tiga tahun sekali dan Siam pula membalas dengan hadiah berharga.

Hubungan baik antara Kelantan dengan Siam menyebabkan Terengganu tidak lagi mengancam Kelantan.

Menurut catatan Rentse, Kelantan terletak di laluan perdagangan antara Timur dengan Barat.

Kuala Sungai Kelantan telah menjadi tempat persinggahan di kalangan peniaga sebelum ke Teluk Siam, Kemboja, dan China.

Negeri Kelantan juga mengeluarkan wang emas yang dinamakan dinar dan wang pitis.

b) Terengganu Negeri Terengganu pada asalnya terletak di kawasan kuala Sungai Terengganu pada

hari ini. Asal usul nama Terengganu dikaitkan dengan sebutan "taring anu", di mana "anu"

merujuk kepada harimau. Menurut catatan China, Wang Ta Yuan, negeri Terengganu telah wujud sebagai sebuah

negeri sebelum tahun 1386. Catatan tersebut menyebut nama Terengganu sebagai Tong Ya Nong dan Teng Ya

Nung.

Page 30: Nota Sejarah Tingkatan 1

Kerajaan Terengganu muncul sekitar tahun 1700 hingga tahun 1703, di mana Tun Zainal Abidin Paduka Maharaja yang berasal daripada keturunan keluarga Bendahara Pahang telah dilantik menjadi raja Terengganu, dan menggunakan gelaran Sultan Zainal Abidin I.

Baginda dilantik oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, iaitu sultan Johor ketika itu. Terengganu mencapai zaman kegemilangannya semasa pemerintahan sultan

Terengganu kedua, iaitu Sultan Mansor Shah I. Sultan Mansor Shah I melantik wakil-wakilnya untuk menguruskan perdagangan barang-

barang dagangan seperti lada hitam, emas, dan bijih timah. Hubungan balk antara Terengganu dengan Siam terjalin apabila Terengganu menyahut

permintaan Siam, iaitu Terengganu membantu Siam menyerang Raja Ligor pada tahun 1765.

Terengganu menghantar bunga emas kepada raja Siam sebagai tanda persahabatan, tetapi Siam menganggapnya sebagai tanda Terengganu mengakui ketuanan Siam.

Terengganu adalah antara kerajaan Melayu yang terawal menerima pengaruh Islam. Penemuan sebuah tembaga purba yang bertulisan ayat al-Quran (surah al-Kahfi dan al-

Taubat) bertarikh 652 Hijrah (1254 Masihi) telah membuktikan bahawa Islam telah tiba di Terengganu pada awal kurun ke- 13.

Penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah (1303 Masihi) yang menyebut tentang sepuluh darma atau undang-undang, khususnya hukum jenayah Islam mengukuhkan lagi pengaruh agama Islam di Terengganu.

d) Selangor Adalah dipercayai bahawa asal usul nama Selangor diperoleh sempena nama Sungai

Selangor. Pemerintahan awal di Selangor berasaskan kampung-kampung kecil yang berajakan

kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Selangor hanya muncul pada kurun ke-18 apabila Raja Lumu yang dilantik oleh

orang Bugis ditabalkan sebagai raja Selangor dengan menggunakan gelaran Sultan Salehuddin Shah.

Raja Lumu yang berketurunan Bugis telah mendirikan petempatan di Kuala Selangor dan Kuala Linggi.

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, daerah-daerah Selangor seperti di Jeram, Klang, Langat, dan Kuala Selangor terletak di bawah jajahan kerajaan Melaka.

Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, Tun Perak dilantik menjadi penghulu di Klang.

Klang berada di bawah kuasa Orang Besar Klang yang bergelar To' Engku Klang yang berasal daripada keturunan sultan Johor berketurunan Bendahara.

Pada tahun 1700, Orang Besar Klang menghadiahkan cap mohor kepada Yamtuan Selangor untuk mentadbir kawasan Sungai Selangor.

Pada tahun 1766, Sultan Mahmud Perak menabalkan Raja Lumu sebagai sultan Selangor yang pertama.

Sultan Ibrahim yang menggantikan Sultan Salehuddin berjaya memajukan Selangor melalui perdagangan bijih timah.

Kekayaan bijih timah di Selangor menyebabkan Belanda mula berminat untuk menguasai Selangor.

Belanda menyerang Sultan Ibrahim Shah di Kuala Selangor. Ini menyebabkan baginda terpaksa berundur ke Hulu Selangor, Bernam, dan seterusnya ke Pahang.

Pada tahun 1785, Sultan Ibrahim telah berjaya mendapatkan semula Kuala Selangor melalui bantuan Pahang.

Setahun kemudian, iaitu pada tahun 1786, Belanda mengepung Kuala Selangor. Ini menyebabkan Sultan Ibrahim meminta bantuan dari Perak.

Sultan Mahmud Shah menggantikan Sultan Ibrahim sebagai sultan Selangor.

d) Negeri Sembilan Negeri Sembilan dibentuk daripada sembilan daerah atau luak yang terdiri daripada Sungai

Ujong, Rembau, Jelebu, Johol, Ulu Muar, Inas, Gunung Pasir, Terachi, dan Jempul. Kemajuan Melaka menarik kedatangan orang Minangkabau ke Naning, Sungai Ujong, dan

Rembau.

Page 31: Nota Sejarah Tingkatan 1

Mereka mahu menunjukkan taat setia kepada sultan Melaka kerana sultan Melaka berasal dari Melayu-Jambi.

Ketika itu, wujud empat daerah kepunyaan penduduk asli, iaitu Sungai Ujong, Klang, Jelebu, dan Johol.

Keadaan di Negeri Sembilan menjadi tidak aman berikutan kejatuhan Melaka ke tangan Portugis serta kebangkitan orang Bugis di Johor dan Selangor.

Penghulu-penghulu di Negeri Sembilan memohon kepada sultan Johor agar mendapatkan seorang putera untuk dirajakan di Negeri Sembilan.

Sultan Johor tidak dapat membantu dan memberi kuasa kepada penghulu-penghulu tersebut agar mendapatkan seorang putera raja dari Pagar Ruyung, iaitu Raja Melewar.

Raja Melewar ditabalkan sebagai Yamtuan pada tahun 1773 dan mengasaskan kerajaan Negeri Sembilan.

Pada tahun 1826, apabila Raja Labu dari Pagar Ruyung datang ke Negeri Sembilan untuk dirajakan, baginda menghadapi tentangan daripada anak raja tempatan.

Amalan melantik pembesar dari Pagar Ruyung berakhir selepas Raja Lenggang menjadi Yamtuan Besar.

BAB 9: WARISAN KESULTANAN MELAYU

9.1 Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negeri-negeri Melayu mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Peranan sultan ialah melaksanakan undang-undang dengan adil dan menjamin

keamanan dan kesetiaan pembesar dan rakyat tidak berbelah bahagi. Alat-alat kebesaran diraja ialah cop mohor diraja yang mengesahkan arahan atau

lambang surat rasmi kerajaan, tengkolok atau destar, pedang, lembing, tombak berambu, payung dan ubur-ubur kuning, kendi, ketur, kipas, dan tepak sirih.

Nobat merupakan alat muzik diraja yang dimainkan semasa upacara pertabalan, kemangkatan raja atau kerabatnya, dan keberangkatan raja ke balairung seri. Alat muzik nobat terdiri daripada gong, nafiri, nakara (2 gendang besar), serunai, dan tabal (2 gendang kecil).

Sultan menggunakan bahasa istana atau bahasa dalam seperti gering (sakit), bersantap (makan), beta (saya), bersiram (mandi), dan sebagainya.

Perintah sultan tidak boleh diengkari, jika tidak akan dianggap menderhaka dan mendapat tulah (bencana).

Pembesar negeri membantu dalam hal pentadbiran dan melaksanakan perintah sultan. Mereka diberi kuasa mengutip cukai dan berkuasa di kawasan pegangan yang diberi oleh sultan melalui surat tauliah.

Pembesar jajahan dan daerah menjaga dan mengekalkan keamanan, mempertahankan kedaulatan negeri, menyerahkan sebahagian hasil dan cukai kepada kerajaan, dan menyediakan tenaga kerja.

Ketua kampung dikenali sebagai penggawa atau penghulu yang memungut cukai, membekalkan tentera, menjadi orang perantaraan antara pembesar dengan rakyat, dan mengekalkan taat setia masyarakat kampung.

Golongan agama menjadi mufti, kadi, pendakwah, dan penasihat sultan. Mereka juga menjadi imam, khatib, bilal, dan jurunikah.

Dalam bidang perubatan, bomoh dan pawang mengubati penyakit dan membuat ubat-ubatan daripada akar kayu dan herba.

Sistem pemerintahan di Negeri Sembilan berbeza kerana mengamalkan Adat Perpatih. Yamtuan Besar merupakan pemerintah tertinggi. Ketua bagi segala luak atau jajahan ialah Undang. Lembaga ialah ketua suku atau waris yang memilih Undang, menjaga keselamatan,

menyelesaikan pertelingkahan antara suku, mengendalikan pembahagian harta pusaka, dan menjadi orang tengah antara anggota suku dengan Undang.

Buapak ialah ketua Perut dan setiap anggota Perut ialah Anak Buah. Buapak menjadi tempat rujukan dalam hukum dan adat.

Pemerintahan di Negeri Sembilan bercorak demokrasi.

9.2 Sistem Perundangan Kerajaan Melayu

Page 32: Nota Sejarah Tingkatan 1

Terbahagi kepada undang-undang adat dan undang-undang bertulis. Undang-undang adat merupakan peraturan berdasarkan amalan kebiasaan yang dihafal sejak turun-temurun dan merupakan peraturan yang mesti dipatuhi. Ia merujuk kepada Adat Perpatih dan Adat Temenggung.

Adat Perpatih mengutamakan pemerintahan demokrasi. Jurai keturunan sebelah ibu diutamakan. Perkahwinan sesama suku dilarang kerana suku dianggap bersaudara. Warisan harta pusaka diberatkan kepada anak perempuan sebelah ibu. Setiap hukuman dijatuhkan adalah untuk menyedarkan pesalah dan bersifat pemulihan.

Adat Temenggung bercorak autokratik (mutlak). Nasab keturunan dikira daripada sebelah bapa dan perkahwinan antara sesama saudara dibolehkan asalkan mengikut hukum syarak. Dalam pembahagian harta pusaka, anak lelaki diutamakan. Hukuman bertujuan memberi pengajaran kepada orang lain supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.

Undang-undang bertulis merupakan himpunan peraturan, larangan, dan adat-istiadat dalam bentuk bertulis. Undang-undang bertulis terawal ialah Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Unsur undang-undang ini tersebar di kawasan jajahan takluk Kesultanan Melayu Melaka seperti Kedah, Pahang, Perak, dan Johor.

9.3 Kegiatan Ekonomi di Negeri-negeri Melayu Orang Melayu menanam padi sawah, padi huma, sayur-sayuran, dan buah-buahan.

Kegiatan tertumpu di kawasan berhampiran sungai disebabkan tanah yang subur dan mudah mendapatkan sumber air. Peralatan pertanian ialah tajak, cangkul, bajak, tenggala, kuku kambing, penyisir, penggelek, sabit, dan ketam padi.

Ikan ditangkap menggunakan serkap, tangguk, bubu, dan tanggul. Hasil pertanian diperdagangkan dan lebihannya dibuat ikan kering, belacan, budu, dan keropok.

Daun nipah, daun pandan, dan daun mengkuang dijadikan kraf tangan seperti tudung saji dan bakul.

Kawasan bijih timah yang utama ialah Lembah Kinta, Larut, Dinding, Beruas (Perak), Sungai Ujong dan Sungai Linggi (Negeri Sembilan), Sungai Klang dan Sungai Selangor (Selangor). Emas dilombong di Kelantan, Terengganu, dan Pahang. Lombong siam dan kaedah mendulang atau melampan digunakan untuk mendapatkan bijih timah.

Kegiatan perdagangan telah bermula sejak awal abad ke-15 melalui aktiviti jual beli dan sistem barter (tukar barang). Sultan dan pembesar menjadi pemodal dan kegiatan jual beli dilakukan oleh rakyat. Kebanyakan pelabuhan terdapat di muara-muara sungai.

Mata wang yang digunakan dalam perdagangan ialah mata wang logam, iaitu kaleng (calains) yang diperbuat daripada timah dan digunakan di Melaka. Johor menggunakan wang emas yang dipanggil kupang dan mas. Di Kelantan, wang emas dipanggil kijang, dinar, kupang, dan pohon pitis. Di Negeri Sembilan, Perak, Pahang, dan Selangor, mata wang jongkong tampang atau timah digunakan.

Terdapat beberapa sistem diamalkan oleh masyarakat Melayu seperti Sistem Percukaian (bayaran yang dikenakan ke atas basil ekonomi yang diserah kepada pemerintah), Sistem Kerah (melakukan pekerjaan seperti membina istana, menjadi tentera, membuat jalan tanpa mendapat sebarang upah) dan Sistem Serah (pemberian sebahagian basil tanaman kepada pemerintah).

Sistem timbangan, sukatan, dan ukuran digunakan oleh masyarakat Melayu seperti jengkal, hasta, tapak, dan relung untuk mengukur jarak dan luas kawasan, manakala kaul, gantang, dan cupak adalah untuk menyukat beras, timah, dan rempah.

Pengangkutan air ialah seperti jalur, kolek, perahu, dan sampan. Jalan yang menghubungkan Pahang dengan Melaka dinamakan denai penarikan kerana

perahu terpaksa ditarik untuk sampai ke sungai.

9.4 Sosiobudaya Struktur masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada golongan pemerintah (sultan,

kerabat diraja, pembesar dan ulama)dan golongan diperintah (rakyat dan hamba). Gaya hidup golongan bangsawan melambangkan status kedudukan yang tinggi yang

merangkumi adat istiadat, bahasa, dan cara berpakaian.

Page 33: Nota Sejarah Tingkatan 1

Masyarakat Melayu mengamalkan nilai murni seperti gotong-royong, menghormati jiran dan orang yang lebih tua, amalan menziarahi, menghormati tetamu, dan tolong-menolong.

Masa lapang golongan bangsawan dipenuhi dengan bermain senjata, catur, bermain sepak raga, bersilat, menunggang kuda, dan berburu. Masa lapang rakyat pula diisi dengan bermain layang-layang, gasing, bersilat, dan bermain congkak.

Terdapat beberapa karya kesusasteraan yang dihasilkan seperti cerita penglipur lara (Hikayat Raja Muda, Hikayat Malirn Deman, Hikayat Anggun Cik Tunggal), cerita jenaka (Lebai Malang, Pak Kaduk, Si Luncai), cerita binatang (Sang Kancil dan Harimau, Pelanduk dan Buaya, Kura-kura dan Arnab) dan cerita dongeng (Puteri Saadong, Cik Siti Wan Kembang, Tasik Dayang Bunting).

Tarian yang terkenal ialah joget, inang, zapin, dan asyik. Seni suara yang terkenal ialah endoi, hadrah, dikir barat, nazam, marhaban, dan ghazal.

Alat muzik tradisional ialah rebana ubi, seruling, kompang, gong dan nafiri. Masyarakat Melayu pandai mengukir tembaga, mengukir pintu, memahat, dan membuat

mimbar masjid. Ukirannya bercorak bunga, daun, ayat-ayat al-Quran, dan geometri. Seni kraf tangan yang terkenal ialah seni tekat dan seni tenun. Seni tekat menggunakan

kain baldu yang dijadikan kain dasar yang disulami dengan benang emas. Seni tenun terkenal di Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Adat resam merupakan amalan yang ditetapkan oleh masyarakat dan diwarisi secara turun-temurun.

Terdapat beberapa upacara dalam adat perkahwinan seperti merisik, meminang, dan akad nikah.

Adat resam lain ialah adat menyambut kelahiran bayi dan adat berkhatan. Masyarakat Melayu menerima pendidikan tidak formal daripada ibu bapa atau orang

yang lebih tua melalui pemerhatian atau pengalaman. Contohnya, adat istiadat, adab sopan, kemahiran bertukang, dan perubatan.

Pendidikan formal diterima daripada orang yang mahir, contohnya mempelajari al-Quran, fardu ain, mengira, menulis jawi, atau mempelajari seni mempertahankan diri.

Pendidikan formal dijalankan di istana, masjid, madrasah, pondok, atau rumah guru agama.

BAB 10 SARAWAK

10.1 Latar Belakang Nama Sarawak berasal dari nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak. Penemuan dan peninggalan sejarah di Gua Niah seperti tembikar, alat perkakas yang

diperbuat daripada batu, serta lukisan pada dinding dua mcmbuktikan Sarawak sebagai negeri terawal yang didiami oleh manusia di Asia Tenggara.

Sarawak ditadbir oleh Kesultanan Brunei sejak abad ke-15 yang membahagikan Sarawak kepada beberapa unit jajahan yang ditadbir oleh seorang pembesar yang mempunyai kuasa autonomi.

Contohnya, Sungai Skrang ditadbir oleh Syarif Sahap dan Sungai Sarawak ditadbir oleh Pangeran Mahkota.

10.2 Masyarakat Sarawak Terdapat 27 kumpulan etnik di Sarawak yang mempunyai bahasa, cara hidup,

dan budaya yang berbeza. Penempatan di persisiran pantai terdiri daripada orang Melayu dan Melanau. Penempatan di lembah sungai terdiri daripada orang Iban, Bidayuh dan Kenyah. Penempatan di pedalaman terdiri daripada orang Kelabit, Penan, dan Murut. Corak penempatan dan taburan penduduk yang berselerak menyebabkan

masyarakat Sarawak kurang berhubung dengan orang luar dan, membentuk identiti kebudayaan tersendiri mengikut persekitarannya.

10.3 Kegiatan Sosiobudaya1. Pendidikan

Page 34: Nota Sejarah Tingkatan 1

Pendidikan tidak formal melalui cerita lisan dan kepercayaan turun-temurun seperti cara berburu dan memungut hasil hutan.

Pendidikan formal dijalankan di masjid dan sekolah agama bagi kumpulan etnik beragama, Islam.

2. Peraturan dan adat resam Masyarakat beragama Islam mengamalkan cara hidup berasaskan ajaran Islam. Masyarakat bukan Islam pula berasaskan hidup yang telah diwarisi secara turun-

temurun daripada nenek moyang. Tuai rumah ialah orang yang menjaga keselamatan dan keamanan di kawasannya.

Beliau menyelesaikan masalah seperti perkahwinan, peraturan, penceraian, dan perayaan.

Orang Iban mewarisi tajau yang berfungsi sebagai harta simpanan. Orang Kayan, Kelabit, dan Kenyah menindik telinga dan menggantung gelang timah

atau tembaga sehingga cuping menjadi labuh. Orang Melayu Sarawak mengamalkan adat resam berasaskan agama Islam.

3. Kebudayaan Orang Melanau merayakan perayaan Kaul untuk menjamu Ipok yang mengawal laut. Orang Iban merayakan perayaan Gawai dan menarikan Tarian Ngajat. Orang Melayu Sarawak mempunyai tradisi yang dipanggil bergendang. Ia meliputi

muzik, nyanyian, pantun, dan tarian.

4. Alat muzik Gendang, suling, sape, dan engkerurai.

5. Agama dan kepercayaan Orang Iban, Murut, Kelabit, Kenyah, Kayan, dan Bisaya percaya kepada animisme. Orang Melanau bukan Islam percaya kepada makhluk ghaib bernama Ipok. Orang Penan dikenali sebagai Penan nomad kerana hidup berpindah-randah dan

dilarang menetap secara kekal. Orang Iban menyemak kawasan yang hendak didirikan rumah dan percaya petanda

daripada bunyi burung beragai dan burung ketupung.

10.4 Kegiatan Ekonomi1. Sara diri

Mereka menanam padi huma, dan padi bukit, menjadi nelayan, memungut hasil hutan, dan berniaga secara kecil-kecilan.

Ekonomi sara diri yang utama ialah berburu dan memungut hasil hutan.

2. Pertanian Pertanian utama ialah padi huma, padi sawah, lada hitam, dan sagu. Orang Iban, Bidayuh, dan orang Ulu menanam padi huma. Orang Kelabit menanam padi sawah dan terkenal dengan pengeluaran beras Bario. Orang Melanau mengusahakan perusahaan sagu. Orang Kedayan dan Murut menanam lada hitam.

3. Perlombongan Antimoni dan emas diusahakan oleh orang Bidayuh. Orang Cina mengusahakan perlombongan emas di Bau, Bidi, dan Paku.

4. Perdagangan Sarawak pernah menjalinkan hubungan perdagangan dengan kerajaan Melaka. Sarawak dikunjungi oleh pedagang dari China, Arab, India, dan Kepulauan Melayu. Hasil dari Sarawak ialah lada hitam, halia, kapur barus, emas, permata, ikan, dan

sarang burung. Barang dari luar yang dibawa ke Sarawak ialah tembikar, sutera, barang logam, kain,

dan barang perhiasan.

Page 35: Nota Sejarah Tingkatan 1

BAB 11 SABAH

11.1 Latar Belakang Sejarah Sabah Nama Sabah berasal dari perkataan 'saba', iaitu sejenis pisang yang dipanggil pisang

saba. Pisang ini juga dikenali sebagai pisang jaba dan ditanam di sekitar pantai barat Sabah.

Pertalian dengan Kesultanan Brunei dan SuluSistem politik kesukuan terdapat di daerah pedalaman.Sistem politik kesultanan diamalkan di persisiran pantai barat dan timur Sabah yang

ditadbir oleh Kesultanan Brunei dan Sulu.

11.2 Masyarakat Sabah Kumpulan etnik Sabah dan penempatan

Kawasan persisiran pantai terdiri daripada orang Bajau, Melayu-Brunei, dan Suluk. Kawasan lembah pantai didiami oleh orang Kadazan Dusun yang bertempat di Papar,

Kudat, Penampang, Ranau, dan Tambunan. Kawasan pedalaman didiami oleh orang Murut yang bertempat di Tenom, Rundum,

Persiangan, dan Keningau.

11.3 Kegiatan Sosiobudaya 1. Pendidikan

Pendidikan formal tertumpu kepada pendidikan. agama Islam yang diadakan di surau, pondok dan rumah guru agama.

Pendidikan tidak formal dipelajari oleh kanak-kanak melalui keluarga atau masyarakat yang bertujuan memberi kemahiran dan membolehkan mereka berdikari apabila dewasa nanti.

2. Peraturan dan adat resamMasyarakat Kadazan Dusun mengamalkan amalan undang-undang adat seperti babas,

sogit, dan kepanasan.Mereka meraikan upacara monogit, iaitu memuja semangat padi semasa menanam dan

menuai padi.Kaum Bajau mengadakan acara maglainilanti, iaitu menjamu selera dan menyaksikan

hiburan beramai-ramai semasa hari perkahwinan.Kaum Murut akan memukul tiang rumah jika berlaku kematian.

3. Agama dan kepercayaanOrang Kadazan Dusun mempercayai tuhan, Kinorohingan dan merayakan Pesta

Kaamatan.Orang Murut mempercayai Aki Kopuno dan menganggap Gunung Antulai sebagai tempat

suci.Kebanyakan orang Bajau beragama Islam.Kumpulan etnik telah mewujudkan sistem ketua di sesebuah kampung atau orang tua di

rumah panjang.Ketua menguatkuasakan hukum agama Islam dan orang tua menguatkuasakan undang-

undang adat.

4. KesenianTarian Magunatip dan Mangalang ditarikan oleh orang Murut.Tarian Sumazau ditarikan oleh orang Kadazan Dusun.Tarian Limbai ditarikan oleh orang Bajau.Pembinaan rumah panjang diperbuat daripada hasil hutan seperti buluh, rotan, dan daun

rumbia.

Page 36: Nota Sejarah Tingkatan 1

Pelbagai kraf tangan dihasilkan seperti kain tenun, senjata, alat muzik dan anyaman.

11.4 Kegiatan Ekonomi1. Kegiatan sara diri

Menjalankan pertanian pindah (padi huma) dan pertanian kekal (padi sawah).Memungut hasil laut, memungut hasil hutan dan menangkap ikan.

2. Perdagangan Dijalankan di pasar tamu. Perdagangan secara tukar barang di kalangan masyarakat etnik.Perdagangan dengan pedagang Cina menggunakan wang.Ramai peniaga dari pedalaman dan kampung berdekatan akan berkumpul untuk menjual

hasil keluaran mereka.Orang Bajau, Melayu-Brunei, dan Suluk memperdagangkan hasil laut dan beras.Orang Kadazandusun dan orang Murut memperdagangkan hasil hutan.Pasar tamu mengeratkan hubungan antara etnik dan mewujudkan semangat muhibah

dan harmoni.