12
Berat & Jisim Berat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan menimbang (weighing). Kaedah ini juga digunakan untuk mengukur jisim (mass) sesuatu objek. Dengan sebab itu, berat dan jisim sering dianggap sebagai sama. Walau bagaimanapun, ia sebenarnya merupakan dua kuantiti yang berlainan. Unit sukatan berat dan jisim ialah; Berat - Newton / N Jisim - kilogram / kg Berat sesuatu objek adalah tarikan graviti bumi pada objek tersebut. Manakala, jisim sesuatu objek pula adalah kuantiti jirim dalam objek tersebut. Dengan sebab itu, kita perlu menggunakan penimbang / neraca yang berbeza untuk mengukur berat dan jisim sesuatu objek. Menyukat berat Berat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan neraca spring / neraca mampatan (spring balance / compression balance). Ini adalah kerana tarikan graviti bumi bertindak memanjangkan spring. Neraca spring (Spring balance) Neraca mampatan (Compression balance)

Nota Sains PT3 2015

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ih

Citation preview

Berat & JisimBerat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan menimbang (weighing). Kaedah ini juga digunakan untuk mengukur jisim (mass) sesuatu objek.

Dengan sebab itu, berat dan jisim sering dianggap sebagai sama. Walau bagaimanapun, ia sebenarnya merupakan dua kuantiti yang berlainan.

Unit sukatan berat dan jisim ialah; Berat - Newton / N Jisim - kilogram / kg

Berat sesuatu objek adalah tarikan graviti bumi pada objek tersebut. Manakala, jisim sesuatu objek pula adalah kuantiti jirim dalam objek tersebut.

Dengan sebab itu, kita perlu menggunakan penimbang / neraca yang berbeza untuk mengukur berat dan jisim sesuatu objek.

Menyukat beratBerat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan neraca spring / neraca mampatan (spring balance / compression balance). Ini adalah kerana tarikan graviti bumi bertindak memanjangkan spring.

Neraca spring (Spring balance)

Neraca mampatan (Compression balance)

Menyukat jisimNeraca tiga palang / neraca tuas / neraca elektronik (triple beam balance / lever balance / elektronic balance) digunakan untuk mengukur jisim (mass) sesuatu objek. Jisim sesuatu objek itu adalah sama seperti 'jisim standard' (standard mass) yang diperlukan untuk mengimbangi objek tersebut. Sukatan neraca untuk jisim tidak dipengaruhi oleh tarikan graviti (Jisim objek adalah sentiasa tetap).

Neraca tiga palang/alur (Triple beam balance)

Neraca tuas (Lever balance)

5 comments

Komposisi Udara

Udara ialah campuran beberapa jenis gas.Gas-gas dalam udara terdiri daripada:

Nitrogen 78% Oksigen 21% Karbon dioksida 0.03% Gas nadir dan bahan-bahan lain 0.97%

Kaedah menguji kehadiran gas

Memahami Tekanan Udara

Apa yang dimaksudkan dengan tekanan udara? Tekanan Udara bermaksud tekanan yang dihasilkan oleh pelanggaran zarah-zarah udara ke

atas permukaan luar dan permukaan dalam sesuatu objek. Bagi lebih memahami konsep Tekanan Udara, kita perlulah memahami terlebih dahulu Teori

Kinetik Jirim. Teori ini mengatakan bahawa zarah-zarah dalam sesuatu jirim sentiasa bergerak dan

berlanggar antara satu sama lain. Jadi zarah udara yang ada dalam sesuatu objek juga akan berlanggar dengan permukaan

dalam, manakala zarah udara yang ada di luar objek akan berlanggar dengan permukaan luar.

Perlanggaran inilah yang menghasilkan Tekanan Udara.

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan udara?

1) IsipaduJika udara dimampatkan lagi dengan mengurangkan isipadu bekas, zarah udara akan melanggar dinding bekas dengan lebih kerap. Ini menyebabkan tekanan bertambah

Isipadu berkurang, Tekanan bertambah

2) Suhu udara Jika udara dipanaskan, zarah-zarah udara dalam bekas akan memperolehi lebih banyak tenaga dan akan melanggar dinding bekas dengan lebih kerap. Ini menyebabkan tekanan bertambah

Suhu meningkat, Tekanan meningkat

MALNUTRISI

Malnutrisi merupakan keadaan yang terhasil akibat mengambil permakanan tidak seimbang di mana sesetengah zat kurang, melampau (pengambilan terlalu tinggi), atau dalam nisbah yang salah.

Jenis-jenis Penyakit Akibat Malnutrisi

Di antara penyakit-penyakit utama berpunca daripada malnutrisi adalah seperti berikut :

1. Kwashiorkor

Penyakit berpunca daripada kekurangan zat protein atau di kenali juga sebagai penyakit “red boy”. Seseorang yang kekurangan protein asid–asid amino. Penyakit ini biasanya dijangkiti oleh kanak–kanak yang tidak lagi menyusu dengan ibunya ketika berusia 5 tahun dan selalunya akan makan makanan yang mengandungi sama ada bijirin, ubi kentang atau yang berkanji.Simptom umum Kwashiorkhor :

Penampilan seolah-olah seperti anak gemuk (gemuk air) Penurunan kesedaran (lebih sering dari anak yang berpenyakit marasmus) Tubuh menjadi lemah dan urat saraf Otot-otot mengecil, anak berbaring terus-menerus Anak sering menolak segala jenis makanan Rambut berwarna kusam dan mudah dicabut Gangguan kulit berwarna kemerahan dan merebak serta berubah menjadi hitam dan terkelupas Pembesaran hati disebabkan kemasukan lemak.

Rawatan biasanya ialah memberi kanak–kanak makanan yang mengandungi asid–asid amino. Susu tepung tanpa lemak juga boleh diberikan bagi meningkatkan zat protein.

MESIN RINGKAS

Tuas

Tuas adalah mesin ringkas (simple machine) yang boleh membantu kita melakukan kerja dengan lebih mudah.

Tuas (lever) adalah suatu batang/bar tegar (rigid bar) yang boleh bergerak/berputar bebas pada satu titik tetap yang dipanggil fulkrum (fulcrum) apabila suatu daya (effort) dikenakan keatasnya untuk mengatasi daya lain yang menentang yang dikenali sebagaibeban (load).

Tuas digunakan untuk memberikan kelebihan mekanikal (mechanical advantage) dalam menghantar atau mengubah (transmitting or modifying) daya dan gerakan.

Sistem tuas (lever system) membolehkan suatu beban yang berat dipindahkan dari satu titik ke titik yang lain dengan menggunakan daya (effort) yang minima. Ini boleh membantu mengurangkan tenaga.

Tuas. Tuas boleh dikelaskan kepada 3, iaitu:

o Tuas kelas pertama (first class levers)

o Tuas kelas kedua (second class levers)

o Tuas kelas ketiga (third class levers)

Perbezaan antara kelas-kelas tuas adalah berdasarkan kedudukan beban (load), daya (effort) dan fulkrum (fulcrum).

Setiap kelas tuas mempunyai dua daya, iaitu, beban (load) dan daya/usaha (effort). Jarak diantara beban dan fulkrum dipanggil jarak beban (distance of load, symbol: l). Jarak diantara daya (effort) dan fulkrum dipanggil jarak daya (distance of effort, symbol: e). Tuas adalah mesin ringkas yang memudahkan kerja. Tuas terdiri daripada 3 bahagian iaitu,

beban, fulkrum dan daya. Ada 3 jenis kelas tuas, iaitu

Banyak alat yang digunakan dalam kehidupan seharian direka cipta berdasarkan kepada prinsip tuas. Sebagai contoh dacing juga dicipta berdasarkan kepada prinsip tuas. Jom kita tengok lagi peralatan lain yang dicipta berdasarkan prinsip tuas ini lagi.

Kedudukan fulkrum akan menentukan jumlah daya yang diperlukan untuk mengangkat sesuatu objek.

Untuk mengangkat beban yang berat, kita perlu :(a) meletakkan fulkrum paling dekat dengan beban, (b) daya dikenakan sejauh mungkin dari fulkrum, (c) gunakan kayu yang panjang, bukan kayu yang pendek. 

Fulkrum diletakkan dekat dengan beban, sedikit daya diperlukan untuk menggerakkan beban.

Semakin berkurang / dekat jarak fulkrum dengan beban, semakin berkurang / sedikit daya yang diperlukan untuk menggerakkan beban. 

Fulkrum diletakkan jauh dengan beban, lebih banyak daya diperlukan untuk menggerakkan beban.

Semakin bertambah / jauh jarak fulkrum dengan beban, semakin bertambah / banyak daya yang diperlukan untuk menggerakkan beban. 

Kesimpulan :Semakin (berkurang / dekat ; bertambah / jauh) jarak fulkrum dengan beban, semakin (mudah ; susah) kerja yang dilakukan. 

Mekanisme Penglihatan

Masalah Rabun

Rabun Dekat

Rabun dekat atau hiperopia adalah kesukaran melihat objek dekat.

Ia adalah satu masalah normal bagi mata di mana titik tumpuan imej terbentuk di belakang retina. Masalah bertentangan dengan rabun dekat adalah rabun jauh.

Rabun dekat disebabkan imej ditumpukan di BELAKANG RETINA bukan di atasnya. Ia boleh jadi disebabkan bebola mata yang terlalu kecil atau kuasa menumpu terlalu lemah.

Cara mengatasi – memakai cermin mata kanta cembung

Rabun Jauh

Miopia, atau rabun jauh, adalah apabila mata tidak dapat menumpu dengan baik yang menyebabkan objek jauh kelihatan kabur.

Ia adalah satu masalah normal bagi mata di mana cahaya terkolimat menghasilkan titik tumpuan imej di HADAPAN RETINA. Mereka yang ada miopia lazimnya boleh melihat objek yang dekat dengan jelas tetapi objek jauh kelihatan kabur. Kecacatan bertentangan dengan miopia adalah hiperopia atau rabun dekat, di mana kornea menjadi terlalu leper atau mata terlalu dekat.

Cara mengatasi – memakai cermin mata kanta cekung

ORGAN SISTEM PEMBIAKAN PEREMPUAN

Fungsi-fungsi setiap organ sistem pembiakan perempuan :

Penyelidikan Dalam Pembiakan Manusia

Dua isu utama yang diambil berat dalam pembiakan manusia ialah kemandulan dan pencegahan kehamilan. Kedua-dua isu ini dapat diatasi dengan kejayaan yangtelah dicapai dalam sains dan teknologi.

KemandulanKemandulan ialah kegagalan untuk menghasilkan anak. Kedua-dua, lelaki dan perempuan mungkin menjadi mandul.

Adakah lelaki itu mandul apabila testisnya tidak menghasilkan sperma? Adakah perempuan itu mandul apabila ovarinya tidak menghasilkan ovum?Ya, kedua-dua soalan di atas adalah antara faktor yang menyebabkan lelaki dan perempuan mandul.

Apakah sebab-sebab lain kemandulan?

Jadual di bawah menunjukkan beberapa sebab kemandulan lelaki dan perempuan serta rawatannya.

Persenyawaan In Vitro (IVF) Persenyawan in vitro ialah persenyawaan yang berlaku di luar badan perempuan. Ovum yang tersenyawa membahagi dan berkembang menjadi embrio di luar badan. Embrio kemudiannya ditempelkan pada dinding uterus perempuan dan berkembang menjadi fetus.

Lelaki dan perempuan mengalami perubahan fizikal selepas mengalami akil baligh, antaranya ialah;

Perubahan bentuk badan Pertambahan ketinggian Suara yang berubah (untuk lelaki) Pembesaran buah dada (untuk perempuan) Pertumbuhan bulu ketiak dan bulu kemaluan (bulu ari-ari) Pertumbuhan misai dan janggut (untuk lelaki) Pertumbuhan jerawat akibat perubahan hormon.

LENGKUNG PERTUMBUHAN MANUSIA1. Pertumbuhan manusia boleh disukat pada ketinggian dan berat badan2. Sepanjang hidup manusia, terdapat 5 fasa pertumbuhan yang berbeza, iaitu fasa bayi, fasa kanak-kanak, fasa remaja, fasa dewasa dan fasa orang tua

FASA BAYI 1. Berumur dari mula lahir sehingga 2 tahun.2. Pertumbuhan bayi lelaki dan perempuan adalah sama.3. Kadar pertumbuhan juga sangat cepat.

FASA KANAK-KANAK1. Berumur 3 hingga 12 tahun (sekolah rendah)2. Pada masa ini, ada kanak-kanak perempuan yang mula akil baligh dan membesar lebih cepat daripada budak lelaki.

FASA REMAJA1. Berumur 13 hingga 20 tahun (sekolam menengah sampai tingkatan 6 atas)2. Remaja lelaki akan lebih cepat membesar pada ketika ini kerana akil baligh.

FASA DEWASA1. Berumur 21 hingga 64 tahun2. Pertumbuhan normal berhenti pada umur 21 tahun.3. Akan berlaku pertambahan berat badan.

FASA ORANG TUA1. Berumur 65 dan ke atas2. Mula mengalami pertumbuhan negatif di mana, berat dan ketinggian semakin susut

LOGAM DAN BUKAN LOGAM

LOGAM:

Biasanya berkilat Mempunyai takat didih dan takat lebur yang sangat tinggi kecuali merkuri (satu-satunya

logam dalam bentuk cecair pada suhu bilik), natrium dan kalium Logam seperti besi dan kromium boleh menahan tekanan dan regangan Merupakan konduktor (pengalir) haba dan elektrik yang baik Ia boleh ditempa (dibentuk) dan boleh dibentuk wayar

BUKAN LOGAM:

Bukan logam mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah Ia biasanya rapuh dan mudah pecah apabila diberikan tekanan Biasanya bukan logam adalah konduktor haba dan elektrik yang lemah kecuali karbon (bukan

logam) tetapi pengalir elektrik yang baik Contoh bukan logam adalah seperti oksigen, karbon, sulfur dan air.

Kelebihan Unsur Emas Boleh dimanipulasi dan dibentuk oleh tukang emas mengikut kepakarannya Tidak mudah patah walaupun saiz sebesar helaian rambut Mudah ditempa Tidak terjejas dengan faktor lain Tidak meninggalkan kesan pada pemakai iaitu tiada residu atau kesan berpindah ke kulit.

Mengapa Emas di Campur Dengan Logam Lain?Emas tulen tidak praktikal dan tidak sesuai untuk dipakai sehari-hari kerana lembut. Jadi ia perlu dicampur dengan logam lain supaya lebih keras dan tahan lasak. Menambahkan logam lain sebagai campuran “metallurgists” membolehkan anda menukar warna emas. Paladium atau nikel boleh ditambah untuk mencipta emas putih. Tembaga di tambah untuk menghasilkan warna mawar atau merah muda.

LITAR BERSIRI DAN LITAR SELARI

Litar BersiriArus elektrik mengalir melalui satu lintasan sahaja.

Kelebihan : Setiap mentol akan menyala dengan kecerahan yang samaKelemahan : Jika satu mentol terbakar, maka seluruh litar akan terputus

Litar SelariArus elektrik mengalir melalui lebih daripada satu lintasan.

Kelebihan : Setiap mentol dapat dikawal secara berasingan

Kelemahan : Sel kering cepat menjadi lemah kerana semua mentol dibekalkan dengan voltan yang sama

Komponen Elektrik

CIRI-CIRI MATAHARI.

1.Terletak di sistem suria.

2.Objek yang terbesar di sistem suria.3.Mempunyai daya graviti yang sangat kuat.4.Ia merupakan BINTANG yang paling dekat dengan bumi.5.Bola gas berbara yang panas dan besar dengan tindak balas NUKLEAR berputar di bumi.6.Terbentuk lebih kurang 4.5 bilion tahun dahulu.7.Terdiri daripada 99.85% jirim dalam sistem suria.8.Mengambil masa 25 1/3 hari untuk berputar pada paksinya,dari barat ke timur.