NOTA PJ (PENGURUSAN )

Embed Size (px)

Citation preview

PROSES DAN ASAS PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

BAB 5

BAB 5

PROSES DAN ASAS PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKANBab 1 Bab 2 Bab 3 Bab 4 Bab 5 Bab 6 : Pengenalan kepada Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan : Rekreasi dan Kesenggangan : Perancangan Organisasi dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan : Agensi-agensi Sukan Nasional dan Antarabangsa : Proses Pengurusan dalam Pendidikan Jasmani

HASIL PEMBELJARAN: Setelah mengikuti bab ini, anda akan dapat: Memahami konsep asas dalam pengurusan yang boleh diterapkan dalam pengurusan pendidikan jasmani dan sukan Menghuraikan komponen dalam pengurusan utama

Menjelaskan bagaimana prinsip asas dalam pengurusan dapat dipraktikkan Mengenal pasti masalah-masalah pengurusan melalui amalan pengurusan yang baik Mencirikan pengurusan komponen asas

: Pengelolaan Pertandingan Sukan Bab 7 : Undang-undang dan Peraturan Pertandingan Bab 8 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan Mini Bab 9 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Permainan Tradisional Bab 10 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan Ragam

5.0

PENGENALAN5.1 5.2 5.3 5.4 5.5

RINGKASAN BAB Definisi pengurusan Keperluan mengurus Peranan aktiviti pengurusan Aktiviti dalam pengurusan Proses-proses dalam Pengurusan Perancangan (Planning) Pengelolaan (Organizing) Memimpin (Leading) Pengawalan (Control) Proses dan Aktiviti Pengurusan Berkaitan

Setiap organisasi sukan memerlukan sebuah organisasi yang baik dan memiliki hala tuju. Tanpa pengurusan yang baik ianya akan menyebabkan kepincangan dalam organisasi, antara seperti tidak terurus, keliru, kekecewaan, melakukan kerja yang bertindih dan berulang dan ada kala boleh menyebabkan huru-hara atau kekalutan dalam pengurusan

74

OUM

BAB 5

PROSES DAN ASAS PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

5.1

DEFINISI PENGURUSAN

Pengurusan boleh di definisi dan di tafsir oleh pengamal dan ahli akademik dari pelbagai sudut yang berbeza. Berikut adalah beberapa definisi pengurusan yang boleh membantu anda memahami maksudnya: (a) (b) Pengurusan adalah merupakan satu proses integrasi sumber dan tugasan dan tanggungjawab ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi Pengurusan adalah merupakan satu proses menetapkan objektif dan pengelolaan sumber ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan keberkesanannya akan dinilai bagi membantu pengamal mengambil langkah-langkah perlu di masa hadapan Pengurusan adalah satu proses yang melibatkan pengarahan satu-satu kumpulan yang terlibat ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi Pengurusan adalah satu proses yang melibatkan perancangan, pengelolaan, memotivasikan dan pengawalan dengan tujuan untuk menghasilkan satu hala tuju dan matlamat bagi sesebuah organisasi

(c) (d)

Pengurusan adalah satu proses perancangan, pengelolaan, memimpin dan pengawalan usaha-usaha anggota sesebuah organisasi serta menggembleng sumber-sumber yang ada dalam organisasi bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan

5.2

KEPERLUAN MENGURUS

Bagi memastikan aspek pengurusan itu berfungsi dengan baik, tiga aspek penting yang berikut perlu dipenuhi, iaitu: (a) (b) (c) Perlu wujudnya sebuah organisasi yang formal Organisasi perlu jelas dan memiliki matlamat atas kewujudannya Organisasi itu perlu memiliki struktur pengurusan yang di ketuai oleh seseorang yang diberi kepercayaan memimpin

5.3

PERANAN AKTIVITI PENGURUSAN

Dalam konteks ini peranan pengurusan boleh dilihat sebagai satu set jangkaan bagaimana seseorang itu bertindak dalam satu-satu situasi. Menurut Theory Mintzberg terdapat sepuluh peranan utama yang perlu dipikul sebagai seorang pengurus yang baik dan berkesan (Rajah 5.1).

OUM

75

PROSES DAN ASAS PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

BAB 5

Rajah 5.1: Peranan sebagai pengurus

5.4

AKTIVITI DALAM PENGURUSAN

Berikut adalah tugas yang sering dilakukan oleh seseorang pengurus:Merancang Mengambil pekerja Memecat Menilai Mengawal Membuat keputusan Koordinasi Menyemak Mereka Selesai masalah Mengurus masa Ke hadapan Melaksana Memulakan Menganggar Memperbaiki Berkomunikasi Memotivasikan Mengarah Membetulkan Mengelola Mentafsir Mendisiplinkan Mengurus Kakitangan Memuji Menggalakkan Pencetus Mengetuai Menjadualkan Beri keutamaan

76

OUM

BAB 5

PROSES DAN ASAS PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

5.5

PROSES-PROSES DALAM PENGURUSAN

Rajah 5.2: Proses dalam pengurusan Sumber: Management of Physical Education And Sports. (2002). Charles A. Bucher and March L. Krotee

Dalam konteks pengurusan masa kini fungsi utama pengurusan terdiri daripada komponen-komponen seperti berikut: (a) (b) (c) (d) Perancangan (Planning) Pengelolaan (Organizing) Memimpin (Leading) Pengawalan (Control)

Apabila anda terlibat dalam semua aktiviti ini anda dikatakan telah terlibat dalam proses paling asas dalam pengurusan atau dikenali sebagai Basic Process of Management. (a) Perancangan (Planning) Perancangan adalah merupakan salah satu komponen penting dalam aktiviti pengurusan. Ianya boleh dilihat sebagai satu aktiviti penetapan matlamat dan objektif yang dirangka secara tersusun dan sistematik. Kesemua aspek dalam perancangan dirangka secara terperinci dan ianya sering dikaitkan dengan masa. Perancangan yang baik dan berkesan adalah perancangan yang tidak bermasalah dan mudah untuk dilaksanakan. Perancangan boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian iaitu: (i) Perancangan Strategik Perancangan jenis ini dirangka bagi memenuhi objektif organisasi dalam konteks yang lebih luas. Ianya merangkumi kepada pelan tindakan dan aktiviti yang menjurus kepada kepentingan kewujudan organisasi tersebut. Ianya juga dikenali Master plan

OUM

77

PROSES DAN ASAS PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

BAB 5

(ii)

Perancangan Operasi Perancangan ini dirangka secara terperinci dan digunakan untuk bagi melaksanakan plan strategik. Perancangan operasi boleh dibahagikan kepada dua aspek: Perancangan Jangka panjang dan Jangka Pendek Perancangan ini diklasifikasikan sebagai rancangan yang melibatkan tempoh masa. Tempoh masa yang ditetapkan ditentukan oleh perancang berdasarkan objektif ingin yang dicapai. Tiada tempoh masa yang spesifik ianya boleh jadi satu tahun atau pun kurang. Jika perancangan itu ditetapkan untuk dicapai dalam tempoh kurang dari satu tahun ianya diklasifikasikan sebagai Perancangan jangka pendek dan begitulah sebaliknya bagi Perancangan Jangka Panjang. Perancangan Berfungsi Perancangan jenis ini diklasifikasikan sebagai perancangan yang dibuat untuk mencapai sesuatu maksud dan tujuan untuk dicapai. Perancangan jenis bersifat bertindan dan ianya berkaitan antara rancangan-rancangan lain yang telah sedia ada. Sebagai contoh perancangan jenis ini adalah seperti: Perancangan sumber manusia Perancangan kewangan Perancangan program pembangunan atlet sekolah Untuk Perancangan program pembangunan atlet sekolah untuk memastikannya tercapai ianya memerlukan kewangan dan juga sumber manusia bagi menjayakan rancangan tersebut.. Jadi setiap perancangan ini boleh dilihat mempunyai perkaitan di antara satu sama lain bagi tujuan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

(iii)

(iv)

Langkah-langkah dalam Melaksanakan Perancangan Dalam merangka satu perancangan yang baik ianya memerlukan anda mengambil kira semua aspek yang berkaitan dan juga aspek luar jangka. Anda perlu memastikan perancangan yang anda buat ini dirangka dengan betul dan berkesan bagi memastikan prestasi dan masa depan organisasi tidak terjejas. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda gunakan dalam merangka sesuatu perancangan: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) Memikirkan idea yang baik Memilih idea yang terbaik Mengenal pasti sumber yang boleh menyumbangkan kepada idea anda Menjalankan kajian yang terperinci dan mengumpul maklumat penting Menyemak semula semua idea dan pelan alternatif yang ada dan boleh diguna pakai Mencari dan memilih kaedah yang terbaik untuk memulakan tindakan perancangan Menentukan tempoh masa yang perlu dicapai Kenal pasti masalah yang bakal dihadapi terlebih dahulu

78

OUM

BAB 5

PROSES DAN ASAS PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

(i) (j) (k) (l)

Menentukan struktur organisasi Menyediakan garis panduan yang boleh diguna pakai sebagai contoh ketika ingin membuat sebarang keputusan penting panduan ini boleh digunakan Memikirkan kaedah pemantauan dan pengawalan yang terbaik Memastikan rancangan ini bertulis (Blueprint) dan sebaiknya dibukukan untuk panduan mereka yang terlibat Pastikan anda menilai akan keberkesanan setiap perancangan yang dibuat bagi membantu memberikan gambaran keberkesanan dan permasalahan yang dihadapi untuk tujuan pembaikan dan rujukan di masa hadapan

(m) Melaksanakan rancangan ini (n)

Faedah Perancangan Berikut adalah faedah diperolehi melalui perancangan yang baik: (a) (b) (c) (d) Membantu memberikan hala tuju kepada mereka yang terlibat Membantu organisasi menentukan masa hadapannya Membantu organisasi dalam pemantauan dan pengawalan Membantu menjadikan organisasi berjaya aspek pengurusannya

Semak Kendiri 5.11. Apakah yang dimaksudkan dengan perancangan? 2. Bagaimana jika perancangan tidak dilakukan dengan betul ketika merancang sebarang kejohanan sukan sekolah? (b) Pengelolaan (Organising) Pengelolaan dalam organisasi zaman ini banyak merujuk kepada usaha-usaha dalam pengurusan yang berperanan menetapkan jenis tugas dan mengenal pasti sumber. Penetapan ini kemudian dikelolakan secara bersama dengan tersusun dan bersistematik dan disertai dengan usaha-usaha yang kolektif. Pengelolaan adalah merupakan salah satu fungsi utama dalam pengurusan dan ianya bukanya satu proses yang berasing. Pengelolaan juga boleh menjadi sebahagian dari perancangan atau digabungjalinkan dengan fungsi pengurusan yang lain. Secara kolektifnya anda perlu melihat proses dan fungsi pengurusan iaitu perancangan, pengelolaan, pelaksanaan, dan pengawalan sebagai satu aktiviti mengurus (managing). Anda perlu melihat pengelolaan ini sebagai satu usaha pengurusan yang bertujuan menetap keutamaan pelbagai tugasan yang perlu dijalankan bagi memenuhi objektif sesebuah organisasi. Ianya berperanan mengelak dari berlakunya kekalutan di dalam organisasi.

OUM

79

PROSES DAN ASAS PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

BAB 5

Langkah-langkah dalam Melaksanakan Pengelolaan Berikut adalah-adalah langkah yang anda boleh diikuti dalam aktiviti pengelolaan: (i) Membahagikan Tugas Secara Spesifik Keberkesanan dalam pengelolaan banyak bertumpu kepada pembahagian tugasan secara spesifik kepada mereka yang dipertanggungjawab. Tanpa membahagikan tugas seseorang individu perlu melaksanakan pelbagai tugasan dalam satu masa. Ini merupakan satu petunjuk bahawa sesebuah organisasi itu tidak efisien dalam pengurusannya. Ada faedahnya jika amalan ini dilaksanakan, antaranya seperti individu yang menjalankan tugasan yang spesifik dan sama akan lebih mahir melakukan tugasnya kerana tugasan tersebut telah dilakukannya secara berulang. Ini memberikan manfaat dalam membantu mempertingkatkan kemahiran dan menjamin pencapaian matlamat yang diinginkan dalam perancangan. (ii) Pembahagian Tugasan Berdasarkan Kumpulan atau Unit Kecil Langkah yang kedua ialah membahagikan tugasan mengikut kumpulan secara sistematik dan tersusun. Ini dapat membantu ketua memantau anggota di bawahnya berdasarkan kumpulan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh anda ditugaskan sebagai ketua unit kemudahan sukan dan latihan, tanggungjawab anda adalah untuk memenuhi objektif perancangan dan dalam masa yang sama bekerjasama dengan anggota lain serta memantau pelaksanaan tugas. Memberikan Autoriti dan Tanggungjawab Setelah tugasan kepada kumpulan dan unit-unit kecil telah diberikan, seterusnya anda perlu memberikan autoriti dan tanggungjawab kepada kesemua ketua berdasarkan portfolio masing-masing. Ketua memiliki autoriti yang boleh dikaitkan dengan pemilikan kuasa yang dibenarkan. Autoriti ini merupakan kuasa yang wujud dari pihak atasan dan diturunkan dari satu tahap ke bawah dalam satu masa dan mengikut keperluan tugas. Tanggungjawab pula sering dikaitkan dengan pemilikan kuasa yang ada, ia datang secara bersama. Tanggungjawab ini merupakan satu bentuk akauntibiliti terhadap tugasan yang diterima. (iv) Menentukan Span of Management Span of Management bermaksud jumlah anggota yang akan ditugaskan bagi satu-satu kumpulan atau unit. Jumlah anggota juga menentukan kejayaan sesuatu tugasan. Jika terlalu sedikit anggota yang diperlukan ianya akan mengurangkan keberkesanan kerja, manakala jika terlampau ramai sebagai ketua anda akan hilang kawalan terhadap anggota bawahan yang terlampau ramai. Mengkoordinasi Sumber Organisasi Langkah ini adalah yang terakhir dalam aktiviti pengelolaan, Mengkoordinasi sumber organisasi oleh semua anggota kumpulan adalah merupakan usaha kolektif yang dilakukan bagi memenuhi objektif organisasi. Ini dilakukan bagi memastikan sumber yang ada dalam organisasi dapat di manfaat dan digunakan dengan baik sepenuhnya. Koordinasi ini merujuk kepada satu kaedah penggabungan, integrasi dan keseragaman di antara kumpulan dan unit-unit lain.

(iii)

(v)

80

OUM

BAB 5

PROSES DAN ASAS PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Faedah Pengelolaan Berikut adalah faedah diperolehi melalui pengelolaan yang tersusun dan sistematik: (i) (ii) (iii) (iv) Tindakan yang diambil akan lebih berkesan Menggunakan segala sumber yang anda dengan lebih efektif dan efisien Membantu dan memudahkan proses meletak tugasan dan tanggungjawab kepada individu yang berkenaan Membantu mewujudkan satu sistem pelaksanaan dan pengawalan yang berkesan

Semak Kendiri 5.21. Apakah langkah yang terlibat dalam pengelolaan dan faedahnya kepada pengurusan? 2. Jika anda tidak memberikan perhatian yang khusus kepada aktiviti pengelolaan dengan baik dan tidak menghiraukan langkah-langkahnya ketika melaksanakan suatu tugasan yang berat seperti menganjurkan program sukan peringkat sekolah-sekolah daerah atau negeri apakah kemungkinan yang akan terjadi kepada pengelolaan.

(c)

Memimpin (Leading) Dalam aktiviti perancangan dan pengelolaan ketua akan bekerjasama dengan anggota di bawahnya dalam setiap tugasan yang ingin dicapai. Memimpin adalah satu proses mempengaruhi dan memujuk anggota bawahan untuk bekerja secara bersama untuk mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan. Dalam konteks ini sebagai seorang ketua, objektif ini bukan hanya disebut dari mulut sahaja, tetapi ianya menuntut seorang ketua memotivasikan anggotanya ke arah mencapai objektif. Tugasan ini tidak terhenti di situ sahaja sebagai ketua anda perlu memimpin anggota anda mencapainya. Sebagai seorang ketua yang efektif perlu mempunyai kekuatan dalam hubungan sesama manusia dan komunikasi. Kuasa Memimpin dalam Organisasi Untuk menjadikan organisasi anda efektif dari aspek pengurusan anda perlu memahami akan situasi bagaimana manusia memiliki dan menggunakan kuasa dalam memimpin sebuah organisasi. Kuasa sering dilihat sebagai satu bentuk keupayaan di mana seseorang itu boleh mengarah atau menyuruh orang lain melakukan sesuatu tugasan atau kerja dan juga bagaimana ia menggunakan kuasa untuk melakukan sesuatu tindakan untuk dirinya dan orang lain. Dengan perkataan yang lebih mudah kuasa itu merupakan keupayaan yang dimiliki untuk mempengaruhi tindakan-tindakan lain. Tanpa pemilikan kuasa, organisasi, pengurus dan juga pemimpin akan berhadapan dengan kesukaran untuk mencapai sebarang objektif yang telah ditetapkan.

OUM

81

PROSES DAN ASAS PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

BAB 5

Kepimpinan Kepimpinan boleh dijelaskan melalui konsep-konsep berikut: (i) Kepimpinan merupakan suatu kuasa yang menghubungkan pemimpin dengan pengikutnya dan mendorong pengikutnya supaya mengerah tenaga secara tersusun menuju objektif yang di rumus secara kolektif. Bekerja secara sedemikian akan memberi kepuasan kepada pemimpin dan pengikutnya. Kepimpinan juga memberikan perwatakan dan menerima perwatakan daripada media, persekitaran dan iklim di tempat ia berfungsi. Kepimpinan tidak bekerja dalam ruang yang tidak mempunyai udara, tetapi bekerja dalam iklim yang diwujudkan oleh berbagai unsur. Interaksi pemimpin, ahli, masyarakat dan suasana sekitaran sentiasa berlaku. Kepimpinan sentiasa aktif. Kepimpinan mungkin berubah-ubah mengikut peringkat, kekuatan, atau had tetapi ia tidak akan tenggelam dan timbul. Ini bermakna tiada pemimpin, tiada pengikut dan jika tiada anggota maka tiada kumpulan. Keadaannya sama ada dinamik atau tidak ada langsung. Kepimpinan mengambil prinsip-prinsip, kaedah dan sistem mengikut kadar yang pasti dan tetap secara yang disengajakan. Prinsip-prinsip ini termaktub dalam undang-undang tubuh atau perlembagaan.

(ii)

(iii)

(iv)

Kepimpinan dan Pengurusan Dari konsep yang diberikan, jelas menggambarkan bahawa kepimpinan dan pengurusan sering berkait rapat dari segi peranannya. Ianya merupakan aspek penting yang dilaksanakan secara bersama dalam mencapai sesuatu objektif dalam organisasi walau bagaimanapun ianya juga mempunyai sedikit perbezaan seperti berikut:

Rajah 5.3: Perbezaan kepimpinan dan pengurusan

(i)

Pemimpin mementingkan kualiti kerja agar layanan yang diberi adalah saksama, mempunyai fokus jangka panjang, tumpuan lebih kepada perubahan dan memberi aspirasi serta memotivasikan orang lain untuk menyelesaikan masalah mereka Pengurus pula mementingkan kepada melakukan sesuatu perkara dilakukan dengan betul, punyai fokus jangka pendek, mengekalkan status quo, bertindak menyelesaikan masalah orang lain.

(ii)

82

OUM

BAB 5

PROSES DAN ASAS PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Peranan Pemimpin Berikut adalah peranan sebagai pemimpin dalam organisasi: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Wujudkan kecenderungan terhadap kecepatan dan tindakan Sedia berinovatif atau mengalami kepupusan Runtuhkan segala halangan Menggunakan semua sumber tenaga kerja anda, segala kemahiran mereka, segala masa yang mereka ada untuk keberkesanan organisasi. Wujudkan perspektif dan asas pengetahuan (Budaya ilmu) Wujudkan Organisasi Pembelajaran yang berteraskan rohani dan jasmani

(vii) Bertindak Proaktif (viii) Mengurus perubahan (ix) (x) Membuat tinjauan dan pemantauan berterusan Merujuk kepada mesyuarat atau perbincangan

Semak Kendiri 5.31. Jelaskan konsep kepimpinan

(d)

Pengawalan (Control) Pengawalan adalah salah satu aktiviti penting dalam pengurusan dan ianya wujud hasil dari keperluan yang telah ditetapkan dalam setiap perancangan. Sebagai pengurus anda perlu memastikan semua tugasan yang telah diamanahkan telah dilaksanakan dengan baik. Sudah tentu sebagai pengurus anda menginginkan tahap atau kualiti kerja yang anda mahukan. Di sinilah letaknya peranan pengawalan di mana ianya berfungsi untuk memberikan maklumat kepada pengurus. Melalui maklumat yang diterima ini ianya nanti akan membantu pengurus dalam membuat keputusan. Antara peranan penting pengawalan ini adalah bertujuan untuk menyesuaikan cara kerja kepada sesuatu standard yang telah ditetapkan. Aktiviti pengawalan ini perlu dilihat sebagai usaha yang positif dan bukannya bermaksud untuk menghukum, mencari kesalahan ataupun sebaliknya tetapi aktiviti ini perlu dilihat sebagai satu pendekatan yang membina dan korektif bai tujuan mencapai objektif sebuah organisasi. Proses dalam Pengawalan Proses dalam pengawalan melibatkan tiga peringkat iaitu: (i) Menetapkan Standard atau Piawai Standard atau sesuatu piawaian wujud dari proses perancangan pengurusan dan ianya ditetapkan berdasarkan matlamat dan objektif asal sesebuah organisasi. Standard ini merupakan satu garis panduan yang tetap dan perlu dipatuhi, sebagai contoh untuk kelayakan menghantar pasukan hoki ke

OUM

83

PROSES DAN ASAS PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

BAB 5

sebarang kejohanan di peringkat negeri, pasukan yang dipilih perlu sekurangkurangnya menjadi johan peringkat zon atau pun daerah. Untuk memberikan nilai kepada aktiviti pengawalan ianya perlu diterjemahkan kepada satu kaedah yang boleh diukur (measurable) dan mudah difahami oleh mereka yang terlibat dalam satu proses pengawalan. Standard juga perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut: Memiliki objektif Mudah diukur Relevan kepada matlamat sesebuah organisasi Pemantauan dan Pemeriksaan Dalam aktiviti ini pula dua peringkat pemantauan dan pemeriksaan perlu dilakukan iaitu: Mengukur atau Menilai Prestasi Kaedah yang boleh digunakan mengukur prestasi terdiri dari kaedah seperti kaedah kualitatif, kuantitatif ataupun gabungan kedua-kedua kaedah ini. Mengukur jumlah perlawanan antarabangsa yang disertai dan menepati standard dikategorikan sebagai Kuantitatif manakala mengukur keupayaan pemain junior menyesuaikan diri dengan pasukan atau permainan dikategorikan sebagai kualitatif. Contoh bagi kaedah gabungan pula prestasi seorang pengurus diukur pula berdasarkan prestasinya menguruskan kewangan dengan berkesan dan tanduktanduknya dalam menaikkan prestasi atlet melalui pengurusan kewangannya yang berkesan. Membandingkan Prestasi dengan Standard yang Telah Ditetapkan Perbandingan yang dilakukan ini perlu memenuhi keperluan standard yang telah ditetapkan adakah ianya gagal dipenuhi atau menjangkau lebih dari yang telah ditetapkan. Tindakan Pembetulan Tindakan pembetulan ini hanya dijalankan jika standard yang diinginkan tidak tercapai. Sesuatu tindakan yang diambil perlu dianalisis di mana berlaku kepincangannya, mencari punca ataupun mungkin standard yang telah ditetapkan sukar dicapai atau tidak realistik.

Rajah 5.4: Proses pengawalan

84

OUM

BAB 5

PROSES DAN ASAS PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Faedah Pengawalan Berikut adalah faedah diperolehi melalui pengawalan yang berkesan: (i) (ii) (iii) Membantu untuk pencapaian objektif dalam tempoh masa yang telah ditetapkan secara efektif dan efisien Mengurangkan risiko berhadapan dengan masalah yang rumit Membantu bertindak jika berlaku sebarang kesilapan ataupun aktiviti pengurusan yang lembap

Semak Kendiri 5.41. Apakah proses yang terlibat dalam pengawalan? 2. Apakah kepentingan proses ini kepada pengurusan secara keseluruhan?

5.5.1

Proses dan Aktiviti Pengurusan Berkaitan

Pengurusan merangkum pelbagai aktiviti yang setiap satu fungsinya amat berkait rapat di antara satu sama lain. Berikut adalah beberapa lagi aktiviti penting pengurusan yang menyokong melengkapkan aktiviti utama dalam pengurusan selain perancangan, pengelolaan, memimpin dan pengawalan:

5.5.2

Pengurusan Sumber Manusia

Organisasi merupakan satu sistem yang mana sumber manusia merupakan salah satu fungsi yang menggerakkan sistem berkenaan. Pengurusan sumber manusia perlu memiliki hubungan selari dengan strategi-strategi organisasi yang telah dirancang. Ini bermakna dalam setiap pengurusan sumber manusia ianya perlu dilaksanakan secara terancang bagi membantu perlaksanaan strategi-strategi organisasi. Aktiviti yang dilaksanakan ini merupakan satu proses yang berterusan (ongoing) dan perlu melalui proses-proses, seperti menentukan keperluan sumber manusia dalam organisasi, mendapatkan calon yang berkelayakan, membangunkan pekerja dan mengekalkan pekerja yang berkelayakan.Jadual 5.1: Proses Pengurusan Sumber manusia Menentukan Keperluan Sumber manusia Menarik minat calon berkelayakan Perancangan sumber manusia Pengrekrutan/Pengambilan Pemilihan Pembangunan pekerja berkelayakan Orientasi Latihan Penilaian Prestasi Mengekalkan pekerja berkelayakan Ganjaran kewangan dan manfaat pekerjaan Pemisahan pekerja

OUM

85

PROSES DAN ASAS PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

BAB 5

Keperluan menentukan keperluan sumber manusia bagi sesebuah organisasi perlu dirancang secara teliti dan mengambil kira pelbagai faktor yang berkaitan dengan perancangan sesebuah organisasi. Jadual di atas menunjukkan bagi mendapatkan (pengambilan dan pemilihan), membangunkan (orientasi, latihan dan penilaian prestasi) dan mengekal atau memisahkan pekerja (pemberian ganjaran dan pemisahan) merupakan satu senario yang saling memerlukan antara satu sama lain. Situasi akan dapat diurus dengan baik jika adanya perancangan yang tersusun rapi dalam mengendalikan proses ini. Oleh yang demikian, keperluan kepada perancangan sumber manusia bagi organisasi pendidikan jasmani dan sukan amatlah diperlukan.

5.5.3

Motivasi

Motivasi juga perlu dilihat sebagai satu proses. Melalui proses ini bermula dari kehendak dan bertukar kepada motif yang mempengaruhi tingkah laku dan diakhirinya anda perlu menerima keadaan di mana, anda akan berasa berpuas hati atau sebaliknya. Sebagai contoh jika anda sedang dalam latihan bola sepak dan berasa sangat dahaga (kehendak) dan ketika latihan anda ingin untuk minum (motif). Anda kemudiannya dapat minum air yang anda inginkan (tingkah laku) dan akhirnya anda dapat memenuhi kehendak anda (keputusan) dan pastinya anda berasa cukup puas dengan minuman itu. Ini merupakan satu proses yang boleh anda kaitkan mengenai motivasi. Williams (2000), motivasi ialah kuasa-kuasa yang berupaya menggerakkan, mengarah dan membolehkan seseorang itu tekun dalam usaha mereka untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, seorang jurulatih bola sepak mungkin bermotivasi untuk bekerja dengan kuat bagi menghasilkan kemenangan setiap kali perlawanan manakala jurulatih bola sepak pasukan lain mungkin hanya bermotivasi hanya melaksanakan latihan sekadar yang dikehendaki oleh pengurus pasukan. Kehendak ialah keperluan secara fizikal dan psikologikal yang perlu dipenuhi bagi memastikan kewujudan dan kesejahteraan. Apabila kehendak tidak dipenuhi, seseorang itu akan mengalami ketegangan pada peringkat dalaman tetapi sebaik sahaja sesuatu kehendak tersebut dipenuhi, ia akan mendapat kepuasan dan merasakan diri mereka bermotivasi. Seterusnya keperluan yang telah dipenuhi tidak lagi dapat memotivasikan individu tersebut dan apabila keadaan ini berlaku, individu akan beralih kepada keperluankeperluan lain yang belum dipenuhi.

5.5.4

Komunikasi

Komunikasi adalah merupakan salah satu aspek penting pengurusan dalam setiap organisasi. Peranan pengurus dalam bidang pendidikan jasmani dan sukan tidak banyak beza di antara pengurus di sektor lain. Kedua-duanya memiliki matlamat yang sama untuk melaksanakan sebarang perancangan yang telah dibuat dengan efektif dan efisien. Untuk memastikan kesemua perancangan itu diterjemahkan kepada pelaksanaan, idea dan hasrat sesuatu perancangan itu perlu disampaikan kepada anggota untuk mereka fahami dan hayati bersama. Medium penyampaian yang terbaik ialah melalui komunikasi. Berikut adalah beberapa definisi komunikasi: (a) Proses menyampaikan maklumat atau pendapat kepada individu atau kumpulan yang melibatkan pertukaran mesej dengan tujuan mencapai maksud yang sama.

86

OUM

BAB 5

PROSES DAN ASAS PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

(b) (c)

Komunikasi melibatkan minimum dua individu, satu pihak yang menghantar mesej dari satu pihak lagi menjadi penerima mesej tersebut. Dalam komunikasi yang efektif, mesej tersebut perlu memberi makna yang sama kepada penghantar dan penerima.

5.5.5

Proses Komunikasi

Komunikasi boleh dilihat sebagai suatu proses yang melibatkan tujuh elemen penting seperti berikut (Lihat Rajah Komunikasi): (a) (b) Penghantar atau Penyampai Merupakan Individu yang Memulakan Komunikasi Tersebut Menterjemah (Enkod) Sebelum mesej dihantar, penghantar akan menterjemah maksud kepada perkataan dan gerak anggota adalah takluk kepada faktor kemahiran mengkod, penilaian kemahiran mengkod, penilaian kebolehan penerima untuk memahami simbol yang digunakan, dan judgment tentang kepatuhan simbol tersebut, pengalaman lepas, status, pendidikan dan keadaan emosi ketika komunikasi dimulakan. Mesej Mesej mempunyai simbol lisan dan bukan lisan yang digunakan untuk menyampaikan maksud kepada penerima. Mesej boleh dihantar melalui pelbagai medium, yang pentingnya ialah pemilihan medium yang bersesuaian untuk tujuan komunikasi Penerima. Individu yang Ditujukan Sesuatu Mesej Dekod Setelah menerima mesej, penerima akan mentafsir simbol yang digunakan untuk memahami maksud penghantar mesej tersebut. Komunikasi efektif berlaku apabila penerima dan penghantar mesej mempunyai kefahaman yang sama daripada mesej. Perselisihan faham berlaku apabila maksud penghantar disalahtafsirkan oleh penerima. Gangguan Gangguan adalah sebarang faktor dalam proses komunikasi yang mengganggu pertukaran mesej dan pencapaian maksud bersama. Gangguan berlaku di manamana dalam proses tersebut, contohnya gangguan semasa mengkod mesej, statik dalam talian telefon, keletihan, dan simbol yang digunakan. Maklum Balas Maklum balas ialah respon penerima terhadap mesej yang telah ditafsirkan. la melibatkan pembalikan proses komunikasi di mana penerima menjadi penghantar dan menghantar mesej atau maklum balas kepada penghantar yang kini menjadi penerima. Maklum balas amat penting bagi membantu pengurus mentafsirkan keberkesanan komunikasi mereka.

(c)

(d) (e)

(f)

(g)

OUM

87

PROSES DAN ASAS PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

BAB 5

Semak Kendiri 5.51. Kenal pasti bagaimana proses komunikasi berlaku. 2. Apakah kepentingan keseluruhan? proses ini kepada pengurusan secara

RUMUSANPengurusan adalah merupakan satu proses integrasi sumber dan tugasan dan tanggungjawab ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi. Pengurusan adalah merupakan satu proses menetapkan objektif dan pengelolaan sumber ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan keberkesanannya akan dinilai bagi membantu pengamal mengambil langkah-langkah perlu di masa hadapan. Dalam konteks pengurusan masa kini fungsi utama pengurusan terdiri daripada komponen-komponen seperti Perancangan (Planning), Pengelolaan (Organizing), Memimpin (Leading) dan Pengawalan (Control). Perancangan adalah merupakan salah satu komponen penting dalam aktiviti pengurusan. Ianya boleh dilihat sebagai satu aktiviti penetapan matlamat dan objektif yang dirangka secara tersusun dan sistematik. Pengelolaan adalah merupakan salah satu fungsi utama dalam pengurusan dan ianya bukanya satu proses yang berasing. Pengelolaan juga boleh menjadi sebahagian dari perancangan atau digabungjalinkan dengan fungsi pengurusan yang lain. Secara kolektifnya anda perlu melihat proses dan fungsi pengurusan iaitu perancangan, pengelolaan, pelaksanaan, dan pengawalan sebagai satu aktiviti mengurus (managing). Memimpin adalah satu proses mempengaruhi dan memujuk anggota bawahan untuk bekerja secara bersama untuk mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan. Pengawalan adalah salah satu aktiviti penting dalam pengurusan dan ianya wujud hasil dari keperluan yang telah ditetapkan dalam setiap perancangan. Sebagai pengurus anda perlu memastikan semua tugasan yang telah diamanahkan telah dilaksanakan dengan baik. Sudah tentu sebagai pengurus anda menginginkan tahap atau kualiti kerja yang anda mahukan. Setiap pengurusan sumber manusia perlu dilaksanakan secara terancang bagi membantu perlaksanaan strategi-strategi organisasi. Aktiviti yang dilaksanakan ini merupakan satu proses yang berterusan (ongoing) perlu melalui proses-proses, seperti menentukan keperluan sumber manusia dalam organisasi, mendapatkan calon yang berkelayakan, membangunkan pekerja dan mengekalkan pekerja yang berkelayakan. Motivasi ialah kuasa-kuasa yang berupaya menggerakkan, mengarah dan membolehkan seseorang itu tekun dalam usaha mereka untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Komunikasi adalah satu proses penyampaian maklumat atau pendapat kepada individu atau kumpulan yang melibatkan pertukaran mesej dengan tujuan mencapai maksud yang sama.88

OUM

BAB 5

PROSES DAN ASAS PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

RUJUKANDarly Siedentop. (2001). Introduction to Physical Education, Fitness and Sports. McGraw Hill. New York Charles A. Bucher. (2002). Management of Physical Education and Sports. McGraw Hill. New York Covell et. al. (2003). Managing Sports Oragnization:Responsibilty for Performance. Thomsom South Western. Canada Trevor Slack. (1997). Undertanding Organization: Aopplication of Organization Theory. Human Kinetic. USA Richard F. Mull et. al. (1997). Recreational Sports Management. Human Kinetics. USA John R.Olson. (1997). Facility and Equipnment Management for Sports Directors. Human Kinetics. Illinios Ruben Acosta Hernandez. (2002). Managing Sports Organization. Human Kinetics. USA Judith E. Rink (2002). Teaching Physical education for Learning. Mc Graw Hill. New York

OUM

89