40
Mengumpul Maklumat Tentang Jenis-Jenis Pentaksiran Pendidikan Seni Visual, Peraturan Memberi Markah, Membuat Perbandingan Pentaksiran dan Menyediakan Rubrik Pemarkahan Fatin Hanani Binti Mohamad Akhir [email protected] Abstrak Tugasan ini membincangkan tentang jenis-jenis pentaksiran Pendidikan Seni Visual, menghasilkan pengurusan grafik tentang banding beza jenis-jenis pentaksiran Pendidikan Seni Visual dan menyediakan rubrik pemarkahan untuk memberi gred bagi tiga hasil. Tugasan ini dilaksanakan untuk memberikan kefahaman yang jelas kepada para guru bahawa betapa pentingnya pentaksiran dan bagaimana pentaksiran ini dilaksanakan dengan betul dan bersistematik. 1.0 Konsep Pentaksiran Pentaksiran didefinisikan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul, menghurai, merekod, memberi skor dan menghuraikan maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran dirujuk sebagai integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan maklumat tersebut (Payne, 2003). Pentaksiran boleh berfungsi sebagai pembina keyakinan, menunjukkan peningkatan pembelajaran dan pendorong (Yahya Othman 2005). Pentaksiran merupakan proses yang melibatkan pemerolehan bukti melalui hasil soalan khusus seperti ujian dan tinjauan dan digunakan untuk menentukan kesimpulan berdasarkan segala penemuan daripada kaedah tersebut (Tabatha Rayment 2006) 1.1 Tujuan Pentaksiran Pentaksiran diwujudkan untuk mendapatkan maklumat pencapaian murid dalam pembelajaran serta menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran juga merangkumi aspek penilaian, pengukuhan dan pengujian. Selain itu, pentaksiran bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian dari segi kemahiran, akademik dan tingkah laku. 1

Nota Nota Tugasan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kmkmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Citation preview

Page 1: Nota Nota Tugasan

Mengumpul Maklumat Tentang Jenis-Jenis Pentaksiran Pendidikan Seni Visual, Peraturan Memberi Markah, Membuat Perbandingan Pentaksiran dan

Menyediakan Rubrik Pemarkahan

Fatin Hanani Binti Mohamad [email protected]

Abstrak

Tugasan ini membincangkan tentang jenis-jenis pentaksiran Pendidikan Seni Visual, menghasilkan pengurusan grafik tentang banding beza jenis-jenis pentaksiran Pendidikan Seni Visual dan menyediakan rubrik pemarkahan untuk memberi gred bagi tiga hasil. Tugasan ini dilaksanakan untuk memberikan kefahaman yang jelas kepada para guru bahawa betapa pentingnya pentaksiran dan bagaimana pentaksiran ini dilaksanakan dengan betul dan bersistematik.

1.0 Konsep Pentaksiran

Pentaksiran didefinisikan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi

aktiviti mengumpul, menghurai, merekod, memberi skor dan menghuraikan maklumat

tentang hasil pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran dirujuk

sebagai integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau

memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan maklumat

tersebut (Payne, 2003). Pentaksiran boleh berfungsi sebagai pembina keyakinan,

menunjukkan peningkatan pembelajaran dan pendorong (Yahya Othman 2005).

Pentaksiran merupakan proses yang melibatkan pemerolehan bukti melalui hasil

soalan khusus seperti ujian dan tinjauan dan digunakan untuk menentukan kesimpulan

berdasarkan segala penemuan daripada kaedah tersebut (Tabatha Rayment 2006)

1.1 Tujuan Pentaksiran

Pentaksiran diwujudkan untuk mendapatkan maklumat pencapaian murid

dalam pembelajaran serta menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan

pembelajaran. Pentaksiran juga merangkumi aspek penilaian, pengukuhan dan

pengujian. Selain itu, pentaksiran bertujuan untuk memberi maklumat tentang

pencapaian dari segi kemahiran, akademik dan tingkah laku.

1

Page 2: Nota Nota Tugasan

2.0 Pentaksiran Autentik

2.1 Definisi

Pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak

mendemontrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum

balas atau hasilan dalam konteks dan realiti yang bermakna (Rudner & Boston 1994).

2.2 Ciri-ciri

Pentaksiran ini dapat menilai pemahaman melalui tugasan yang dilaksanakan

serta berpusatkan kanak-kanak. Subjek membina maksud yang tersirat. Malah subjek

juga dianalisis, disintesis dan diaplikasikan. Pentaksiran ini perlu menilai pemahaman

melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan.

2.3 Kepentingan

Pentaksiran ini menekankan perkembangan individu iaitu berdasarkan

kemampuan seseorang individu dan bukan untuk membuat perbandingan antara

individu. Pentaksiran ini juga melatih murid menilai kemajuan sendiri secara berterusan

dan pihak guru mendapat maklumat tambahan serta mengatasi masalah kelemahan

pembelajaran di samping mempertingkat kekuatan pembelajaran.

2.4 Kebaikan

Kebaikannya ialah pemahaman akademik murid dapat diketengahkan dengan

baik. Murid dapat mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman sedia ada, dunia dan

masyarakat sekeliling mereka. Penguasaan kompetensi murid dapat dipertingkatkan.

Malah, murid juga boleh menggunakan teknologi dan berfikiran secara besistematik.

2.5 Contoh-contoh

Persembahan tarian dan mempersembahkan karya tulis yang asli merupakan

salah satu contoh pentaksiran autentik. Mendemonstrasikan hasil karya semasa

pameran seperti pameran sains atau pertunjukkan seni juga adalah contoh pentaksiran

autentik. Contoh pentaksiran lain ialah keterampilan yang ditunjukkan dalam bentuk

pengumpulan portfolio.

2.6 Kesimpulan

Pentaksiran autentik yang disarankan dalam artikel ini mengukur kemajuan

kanak-kanak dari pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak serta dapat

memperbaiki penyediaan guru dalam proses pembelajaran dan perkembangan kanak-

kanak untuk kesediaan ke alam persekolahan yang lebih tinggi.

2

Page 3: Nota Nota Tugasan

3.0 Pentaksiran “Performance Based”

3.1 Definisi

Pentaksiran ini memerlukan murid menggunakan pengetahuan dengan

bermakna dan perlu mahir menggunakan pelbagai kemahiran seperti penulisan,

penyelidikan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis. Pentaksiran

ini memberi peluang kepada murid untuk melakukan penambahbaikan melalui

pemikiran kritis dari masa ke semasa sekiranya inginkan kejayaan pada masa

hadapan. Pentaksiran ini dapat merangsang murid menggunakan kombinasi

pengetahuan, kemahiran dan kemampuan yang wujud dalam dunia sebenar.

Pentaksiran ini merupakan satu bentuk pentaksiran di mana murid-murid diminta

menunjukkan pelaksanaan tugasan. Pentaksiran ini memerlukan pemerhatian guru

terhadap hasil-hasil kerja murid atau pelbagai tugasan yang dilaksanakan oleh murid

dengan mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan yang telah dipelajari.

3.2 Kepentingan

Pentaksiran ini dapat membina sikap pembelajaran kendiri di kalangan murid-

murid. Murid juga boleh mengukur tahap perkembangan mereka secara menyeluruh.

Peluang kepada murid mempersembahkan tugasan mereka yang terbaik juga dapat

diberikan (Belanoff & Dickson 1991). Guru boleh membuat penambahbaikan terhadap

pengajaran mereka. Mengukur tahap perkembangan murid secara menyeluruh serta

membina ilmu sendiri juga dapat dibuat .

3.3 Jenis-jenis Pentaksiran

3.3.1 Portfolio

Dari semasa ke semasa kaedah ini sering digunakan untuk menilai pencapaian

murid secara individu. Kaedah ini membolehkan penilaian dibuat secara

keseluruhannya.

3.3.2 Kaedah Pentaksiran Berpusat

Kaedah ini ialah murid perlu melakukan simulasi berdasakan situasi yang

sebenar. Murid perlu melibatkan diri menyelesaikan masalah apabila sesuatu situasi

diberikan.

3.3.3 Mengukur Berdasarkan Keupayaan

Kaedah ini dapat dinilai berdasarkan keupayaan murid. Pentaksiran ini dinilai

berdasarkan bahan penulisan, persembahan dan gerak kerja projek.

3

Page 4: Nota Nota Tugasan

4.0 Pentaksiran dan Hasil Pembelajaran

4.1 Definisi

Proses mengumpul data yang menyatakan sama ada aktiviti atau pengalaman

yang dipelajari mampu memberi perubahan kepada individu yang terlibat dalam kata

lain, adakah hasil yang dipelajari mampu memberi perubahan kepada individu yang

terbabit.

4.2 Pentaksiran Montgomery

Pentaksiran ini melibatkan sekolah sebagai pihak yang menentukan hasil

pembelajaran yang diharapkan. Pentaksiran tidak hanya memilih matapelajaran yang

tertentu sahaja. Keputusan yang diperolehi mestilah berdasarkan nilai keberkesanan

aktiviti yang dijalankan bukan kepada sesorang individu sahaja.

4.3 Tiga Kategori Kebaikan

4.3.1 Kebaikan kepada Murid

Kebaikannya ialah murid memahami kehendak hasil pembelajaran yang

diehendaki dan pentaksiran ini juga mengalakkan pembelajaran. Pentaksiran ini

merentas kurikulum dan ianya juga lebih konsisten dan telus. Bukan itu sahaja, murid

juga dapat menentukan perkara yang terbaik untuk memperolehi hasil pembelajaran

yang terbaik. Murid faham kehendak hasil pembelajaran yang diharapkan dan murid

juga dapat menentukan perkara yang terbaik untuk memperoleh hasil pembelajaran

yang terbaik. Pentaksiran menggalakkan pembelajaran merentas kurikulum.

4.3.2 Kebaikan kepada Penilai

Penilai dapat menentukan hasil pembelajaran yang diharapkan tercapai

ataupun tidak. Penilai juga dapat menyatakan keadaan murid dengan lebih mendalam.

Bukti kukuh bahawa sesuatu hasil pembelajaran telah berjaya juga dapat dinyatakan.

Penilai boleh menerangkan keadaan murid dengan lebih terperinci.

4.3.3 Kebaikan kepada Sekolah

Pentaksiran ini dapat membuktikan bahawa sekolah tersebut berusaha

memperkembangkan potensi murid. Maklumat yang tepat untuk rujukan akan datang

juga disediakan. Nilai akaunbiliti dalam usaha mengumpulkan maklumat berkaitan

perkembangan murid dapat diterapkan. Tindakan susulan juga dapat dilaksanakan.

4

Page 5: Nota Nota Tugasan

4.4 Kesimpulan

Pentaksiran ini mempertingkatkan pembelajaran berdasarkan penilaian yang

sistematik. Murid akan cuba menguasai hasil pembelajaran yang spesifik. Pentaksiran

ini memacu sekolah ke arah yang lebih cemerlang.

5

Page 6: Nota Nota Tugasan

5.0 Pentaksiran dan Tindakan Penambahbaikan

5.1 Definisi

Satu proses pengawalan yang berlaku apabila murid menggunakan maklum

balas yang diperoleh untuk membuat pembetulan, penyesuaian dan mungkin juga

pertukaran dan perubahan dalam apa-apa yang mereka fahami.

5.2 Prinsip-prinsip

Pentaksiran ini memberi peluang dan memberi maklum balas serta mencipta

peluang kendiri. Murid hendaklah mengetahui dan memahami tentang apakah mereka

cuba capai dan apakah yang mahu mereka capai. Pentaksiran ini menjadi sebahagian

daripada perancangan efektif pengajaran dan pembelajaran. Perancangan hendaklah

termasuk strategi bagaimana untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dan kriteria

yang hendak dicapai dalam sesuatu tugasan pelajar. Penghakiman terhadap aktiviti

yang dijalankan akan dibuat untuk mengetahui sama ada pembelajaran boleh

dipertingkatkan. Pentaksiran ini adalah sebahagian daripada keperluan utama amalan

di dalam bilik darjah dan melibatkan kedua-dua kumpulan guru dan murid dalam

refleksi, dialog dan membuat keputusan. Guru hendaklah yakin dan bersedia untuk

memaklumkan pelajar tentang komen yang telah dicatatkan serta rasional pemarkahan

dan gred yang telah diberikan bagi memastikan murid melakukan tindakan

penambahbaikan.

5.3 Ciri-ciri

Proses yang memerlukan guru membantu dan membimbing murid membina,

mempraktikkan atau menambahbaikan hasilan karya seni visual. Guru boleh

menggunakan pentaksiran sebagai alat untuk memperoleh maklumat tentang

kemampuan dan kebolehan murid dan masalah kekeliruan atau kekurangkan yang

dihadapi. Guru menggunakan informasi dan maklumat untuk memberi maklum balas

kepada murid bagi tujuan mempertingkatkan pembelajaran mereka. Maklumat dan

informasi tentang proses pembelajaran murid akan diperoleh oleh guru. Informasi ini

dijangkakan menjadi asas bagi menentukan apakah yang perlu dilakukan untuk

membolehkan murid maju ke tahap yang seterusnya. Hasil maklum balas daripada

murid akan menentukan kumpulan, strategik arahan dan sumber yang dikehendaki.

5.4 Peranan Guru

Guru harus mengimbangkan proses pengajaran dan pembelajaran serta

mengenalpasti keperluan pembelajaran tertentu murid atau kumpulan murid. Memilih

dan menyesuaikan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran juga perlu

6

Page 7: Nota Nota Tugasan

dilakukan oleh guru. Mencipta strategi pengajaran yang berlainan bagi membantu

murid bergerak maju dalam pembelajaran haruslah dibuat. Bukan itu sahaja,

menyediakan maklum balas dan arahan segera untuk penambahbaikan juga perlu

dilaksanakan.

5.5 Cara-cara Pelaksanaan

Guru boleh memaklumkan kriteria penambahbaikan yang harus dititikberatkan

dalam sesuatu karya. Contohnya guru boleh berbincang dengan murid mengenai

unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan melalui penggunaan bahasa seni visual

yang mereka fahami ke atas produk hasil kerja yang ditaksirkan. Jika terdapat

kelemahan, maka guru boleh memberikan tindakan penambahbaikan terhadap karya

yang dipamerkan. Guru juga boleh menunjuk cara tentang bagaimana kriteria boleh

dicapai melalui latihan dan melibatkan murid dengan penilaian kendiri dan penilaian

rakan sebaya. Guru perlu menyediakan contoh-contoh karya yang baik dan berkualiti

untuk membimbing murid dalam menentukan matlamat dan mencapai prestasi yang

diharapkan. Maklum balas tentang kelemahan karya pelajar untuk ditambahbaikan,

misalnya selepas pentaksiran karya murid dalam penggunaan bahan dan alat seni

visual, murid membuat tindakan penambahbaikan ke atas karya mereka.

5.6 Kebaikan

Pentaksiran ini dapat meningkatkan motivasi dan komitmen untuk

pembelajaran. Apabila guru memberi komitmen terhadap pembelajaran sebagai

tumpuan kepada pentaksiran, mereka telah menukarkan budaya bilik darjah kepada

satu kaedah pengesanan prestasi kemajuan murid. Guru juga boleh menggunakan dan

memaklumkan laporan prestasi kemajuan murid bagi tujuan perkembangan yang

berkesan dan bersistematik.

7

Page 8: Nota Nota Tugasan

6.0 Pentaksiran dan Motivasi

Pentaksiran ini digunakan untuk menerangkan faktor-faktor dalam diri individu

yang dapat mempertahankan, membangkitkan dan menyalurkan sikap ke arah tujuan

tertentu. Motivasi tidak dapat dilihat secara kasar tetapi motivasi dapat mengerakkan

manusia untuk menunjukkan tingkah laku kearah mencapai sesuatu tujuan.

Pentaksiran ini merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk

menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran juga bertujuan

untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

6.1 Motivasi

Dorongan dalam diri manusia sangat berkaitan dengan motivasi. Darjah

kesungguhan dan semangat juga tergolong dalam motivasi. Motivasi juga boleh

mengarah seseorang dalam bertingkah laku sama ada secara positif atau sebaliknya.

6.2 Kebaikan kepada Murid

Murid faham kehendak hasil pembelajaran yang diharapkan. Murid dapat

menentukan perkara yang terbaik untuk memperoleh hasil pembelajaran yang terbaik.

Murid dapat meningkatkan motivasi intrinsik mereka dalam menjalani pentaksiran.

6.3 Kebaikan kepada Penilai

Penilai dapat menerangkan keadaan murid dengan lebih terperinci. Bukan itu

sahaja, semangat murid juga dapat ditingkatkan dengan memberikan motivasi

ekstrinsik kepada mereka. Hubungan baik bersama murid juga dapat dijalinkan.

6.4 Kategori Motivasi

Motivasi terdapat tiga kategori iaitu motif primer, motif sekunder dan motif

umum.

6.4.1 Motif Primer

Motif ini dibawa sejak lahir dan bukan hasil daripada proses pembelajaran dan

lebih kepada psikologi. Contoh motif ini ialah keinginan untuk makan dan minum.

6.4.2 Motif Umum

Motif ini dibawa sejak lahir dan bukan hasil daripada proses belajar. Motif ini

tidak ada kaitan dengan pertumbuhan tubuh manusia. Contohnya keperluan kasih

sayang, perasaan ingin tahu dan inginkan perhatian.

8

Page 9: Nota Nota Tugasan

6.4.3 Motif Sekunder

Motif wujud hasil daripada proses belajar. Contohnya inginkan pangkat, kuasa

dan berprestasi tinggi.

6.5 Kesimpulan

Pentaksiran ini mempertingkatkan pembelajaran berdasarkan penilaian yang

sistematik. Murid akan cuba menguasai hasil pembelajaran yang spesifik. Pentaksiran

ini dapat memupuk suasana yang harmoni di kalangan guru dan murid.

9

Page 10: Nota Nota Tugasan

7.0 Pentaksiran Aspek Nilai dan Sahsiah

7.1 Definisi

Perilaku yang baik, beradap dan bertatasusila seseorang individu dengan

hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan merupakan definisi nilai. Nilai-nilai

sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama di mana memang menjadi

tujuan semua agama untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik

dan berakhlak mulia (Wan Zahid Noordin 1988).

7.2 Aspek Nilai dan Sahsiah Murid yang Dinilai

Amalan nilai-nilai murni. Perbuatan menghormati dan mematuhi arahan. Sifat

menghargai hasil kerja sendiri, kumpulan dan rakan sebaya

7.3 Ciri-ciri

Pemerhatian secara tidak formal dan pemerhatian juga tidak perlu dilakukan

secara serentak untuk semua murid.

7.4 Kebaikan

Murid lebih berani bercakap dan yakin serta menunjukkan minat dalam

pembelajaran mereka. Murid juga boleh berinteraksi sesama sendiri, bekerjasama dan

bertolak ansur.

10

Page 11: Nota Nota Tugasan

8.0 Pentaksiran Pembentukan Watak

8.1 Definisi

Proses mendapatkan maklumat seterusnya membuat penghakiman tentang

produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran ini sangat berkaitan dengan maklumat,

proses, produk dan penghakiman yang didefinisikan sebagai:

8.1.1 Maklumat

Petaksir mendapatkan maklumat tentang sesuatu produk dan cara produk

dihasilkan berdasarkan unsur seni dan prinsip rekaan yang ingin digunakan serta tema

karya tersebut.

8.1.2 Proses

Proses pula ialah bagaimana produk tersebut dihasilkan dan bagaimana cara

seseorang seniman itu bekerja.

8.1.3 Produk

Produk ialah karya yang seni yang telah dihasilkan.

8.1.4 Penghakiman

Penghakiman dilakukan di mana sesuatu karya atau produk itu dinilai dan

ditafsirkan.

8.2 Teknik

Teknik pertama yang digunakan ialah projektif. Projektif ialah skala

pemeringkatan ujian inventori atau ujian projektif untuk mengukur beberapa aspek

sahsiah dalaman dan luaran. Teknik kedua ialah skala radar. Skala radar ialah darjah

pencapaian murid dari segi pencapaian dan gred. Teknik ini boleh dilakukan secara

berkumpulan. Teknik lain yang boleh digunakan ialah laporan kendiri. Laporan ini ialah

refleksi tentang sesuatu produk atau karya sendiri. Selain itu, pengukuran situasi dan

pengukuran pemerhatian juga boleh digunakan.

11

Page 12: Nota Nota Tugasan

9.0 Pentaksiran Berbantukan Komputer

Pentaksiran ini merupakan satu-satunya pentaksiran yang menggunakan

komputer sebagai medium untuk merekod data supaya lebih tepat dan cekap. Data

yang diperolehi akan disimpan lebih tersusun dan bersistematik jika menggunakan

pentaksiran jenis ini.

9.1 Kelebihan Pentaksiran Berbantukan Komputer

Kekuatan menggunakan pentaksiran ini ialah data yang disimpan dapat

disimpan lebih lama. Data juga lebih sistematik dan tersusun. Guru juga mudah

merekod, menyimpan dan menyusun maklumat pentaksiran murid. Murid juga akan

lebih bermotivasi, penglibatan aktif, kefahaman meningkat serta minat murid untuk

terus belajar juga akan meningkat. Pentaksiran berbantukan komputer juga lebih

bersifat peribadi. Murid juga menyukai pentaksiran seperti ini kerana dapat

memberikan maklum balas serta analisis statistik secara tepat dari penandaan

automatik (Bull, 1999)

12

Page 13: Nota Nota Tugasan

10.0 Pentaksiran Kendiri

Pentaksiran ini merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya sendiri dan

cara dia menganggap tentang dirinya secara positif atau sebaliknya. Menerima

penilaian daripada orang lain juga tergolong dalam pentaksiran kendiri. Pentaksiran ini

merangkumi persepsi seseorang terhadap dirinya sendiri dari segi kebolehannya.

Kebolehan ini juga merangkumi harga diri dan keyakinan seseorang (Carl Rogers

2013).

Semasa pembelajaran, murid adalah penilai yang terbaik terhadap

pembelajaran murid. Hal ini kerana guru itu sendiri tidak mungkin mengetahui apa

yang murid inginkan atau berupaya malakukan sesuatu kerana kadang-kadang murid

sendiri juga tidak mengenal kebolehan mereka tanpa membuat refleksi, penilaian dan

pertimbangan. Kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi bagi seseorang individu

yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya degan persekitaran (Syarifah

Alawiah, 1987).

10.1 Fungsi

Pentaksiran kendiri membolehkan murid mengukur dan membuat refleksi

terhadap kekuatan dan kelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu kemahiran atau

disiplin ilmu. Pentaksiran ini juga dapat memberi panduan kepada murid dari mana

murid perlu memulakan perancangan bagi pembelajaran seterusnya. Murid juga dapat

meningkatkan keyakinan diri tentang peranannya dalam mentaksir pencapaian diri.

Murid juga tidak terlalu bergantung pada guru dalam mengawal kelebihan dan

kekurangan dalam sesuatu bidang dan kemahiran dapat dikurangkan.

10.2 Kaedah

Bagi memastikan pentaksiran ini dilaksanakan dengan berkesan dan menepati

matlamat, guru perlulah menyakinkan murid tentang kepentingan penilaian kendiri

dalam proses pembelajaran. Guru juga boleh mengemukakan soalan-soalan yang

boleh membantu murid membuat pentaksiran. Penggunaan berpandukan instrumen

seperti senarai semak atau alat rubrik dapat melatih murid menilai setiap pembelajaran

mereka. Murid juga perlu dibimbing melaporkan dapatan penilaian masing-masing.

Kaedah ini juga menstruktur segala butiran yang perlu dinilai serta kriteria yang

hendak dicapai, kemudiannya murid meminta jasa baik rakan sebayanya sama ada

secara berkumpulan atau perseorangan untuk membuat pentaksiran tarhadap dirinya.

Hasil dari dapatan ini, murid kumpul dan menganalisis sendiri segala dapatan.

13

Page 14: Nota Nota Tugasan

10.3 Konsep Kendiri Positif

Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat,

mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi

sikap terbuka dan memberi pandangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan stabil.

10.4 Ciri-ciri

10.4.1 Positif

Murid menghargai diri sendiri dan berpuas hati dengan pencapaian mereka dan

diri mereka sendiri. Murid juga dapat memuji orang lain dan mudah berkawan kerana

peramah. Bukan itu sahaja, murid juga berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaan

mereka.

10.4.2 Negatif

Murid sering melakukan kesalahan dan cepat terasa hati walaupun melibatkan

perkara yang remeh. Pencapaian murid yang rendah menyebabkan murid kurang

keyakinan pada diri sendiri. Kerja mencabar tidak digemari murid. Malah perasaan

bimbang sering menghantui murid. Minat untuk mendapatkan maklum balas juga

kurang dan merasa personaliti diri tidak begitu menarik.

14

Page 15: Nota Nota Tugasan

11.0 Perbandingan Pentaksiran

Setiap pentaksiran mempunyai identiti yang tersendiri. Kaedah, ciri-ciri,

kepentingan, definisi dan sebagainya pasti ada kelainan antara satu pentaksiran

dengan pentaksiran yang lain.

11.1 Perbandingan Pentaksiran Auntentik dan “Performance Based”

Perkara Pentaksiran Auntentik Pentaksiran “Performance

Based”

Pelaksanaan Penambahbaikan melalui pemikiran

kritis dari masa ke semasa

Murid-murid boleh

melaksanakan tugasan atau

membina ilmu dengan sendiri

atau dikenali juga sebagai

pembelajaran konstuktivisme

Berpusatkan Berpusatkan murid Berpusatkan murid dan guru

Pemantauan Pemantauan berterusan kerana aktiviti

yang dijalankan dalam bilik darjah

Menjurus kepada ujian dan

mengikut garis panduan yang

ditetapkan

Pemilihan

bidang dan

kemahiran

Pengaplikasian pengetahuan dan

kemahiran yang terdapat dalam

kehidupan mereka dan tidak hanya

tertakluk pada ilmu sekolah sahaja.

Kebebasan untuk memilih

bidang yang disukai

diberikan, tetapi murid

dikehendaki mengaplikasikan

pengetahuan dan kemahiran

yang dipelajari.

15

Page 16: Nota Nota Tugasan

11.2 Perbandingan Pentaksiran Hasil Pembelajaran dan Aspek Nilai dan

Sahsiah

Perkara Pentaksiran Hasil

Pembelajaran

Pentaksiran Aspek Nilai dan Sahsiah

Kurikulum Merentas kurikulum Tidak merentas kurikulum

Penglibatan Penglibatan pihak

sekolah dalam

menentukan hasil

pembelajaran

Hanya penglibatan guru dan murid sahaja

Dilakukan

secara

Dilakukan secara

formal, konsisten dan

telus

Dilakukan secara tidak formal

Pelaksanaan Dibuat secara serentak Tidak dibuat secara serentak

Kepentingan Menentukan perkara

yang terbaik untuk

memperoleh hasil

pembelajaran yang

terbaik

Membentuk tingkah laku baik, bertatasusila

dan bersopan santun

Memacu kearah Pentaksiran ini

memacu sekolah ke

arah yang lebih

cemerlang.

Memacu murid kearah sahsiah yang baik,

bersopan santun dan bertatasusila

Bukti

pentaksiran

Bukti pentaksiran

dicatat dan dinyatakan

secara sistematik untuk

rujukan akan datang

Tidak dicatat

16

Page 17: Nota Nota Tugasan

11.3 Perbandingan Pentaksiran dan Tindakan Penambahbaikan dan

Pentaksiran Kendiri

Perkara Pentaksiran dan

Tindakan

Penambahbaikan

Pentaksiran Kendiri

Definisi Satu proses pengawalan

yang berlaku apabila murid

menggunakan maklum

balas yang diperoleh untuk

membuat pembetulan,

penyesuaian dan mungkin

juga pertukaran dan

perubahan dalam apa-apa

yang murid fahami

Penilaian terhadap dirinya

sendiri terhadap kekuatan

dan kelemahan kendiri

dalam penguasaan

sesuatu kemahiran atau

disiplin ilmu

Pentaksiran Penghakiman dibuat

terhadap aktiviti atau

tugasan yang dilaksanakan

Murid dan orang lain

menilai dirinya sendiri

Penilaian pada Penilaian dibuat pada hasil

karya atau aktiviti yang

dilakukan murid

Penilaian dibuat pada

murid itu sendiri

Dilaksanakan kerana Pentaksiran dibuat untuk

mencari kelemahan

terhadap aktiviti yang

dilaksanakan

Pentaksiran dibuat untuk

mengenal dirinya sendiri

dari segi kebolehan dam

harga diri

Peranan guru -Mengimbangkan proses

pengajaran dan

pembelajaran serta

mengenalpasti keperluan

pembelajaran tertentu

murid

-Memilih dan

menyesuaikan bahan dan

sumber pengajaran dan

pembelajaran

-Mencipta strategi

pengajaran

-Meyakinkan murid tentang

kepentingan penilaian

kendiri

-Mengemukakan soalan-

soalan yang boleh

membantu murid membuat

penilaian

-Melatih murid menilai

berpandukan instrumen

17

Page 18: Nota Nota Tugasan

-Menyediakan maklum

balas dan arahan segera

untuk penambahbaikan

Kepentingan Keperluan utama dalam

bilik darjah semasa

pengajaran dan

pembelajaran

Penting untuk mewujudkan

keyakinan diri murid

18

Page 19: Nota Nota Tugasan

11.4 Perbandingan Pentaksiran dan Motivasi, Pentaksiran Berbantukan

Komputer dan Pentaksiran Pembentukan Watak

Perkara Pentaksiran dan

motivasi

Pentaksiran

berbantukan

komputer

Pentaksiran

Pembentukan Watak

Definisi Digunakan untuk

menerangkan faktor-

faktor dalam diri

individu yang dapat

mempertahankan,

membangkitkan dan

menyalurkan sikap

kearah tujuan

tertentu

Menggunakan

komputer untuk

mentaksir murid

Proses mendapatkan

maklumat seterusnya

membuat penghakiman

tentang produk sesuatu

proses pendidikan

Menggunakan

motivasi untuk

mengubah murid

Menggunakan

komputer sebagai

médium untuk

merekod data

Pelaksanaan Dibuat dengan cara

menggunakan

pendekatan motivasi

untuk mengubah

seseorang

bertingkah laku

positif

Penilaian dibuat

dengan cara

merekod data

Penilaian dibuat

berdasarkan proses

penghasilan karya

Kelebihan Dapat meningkatkan

motivasi intrinsik

-Data disimpan

lebih lama

-Lebih bersifat

peribadi

Menilai dengan lebih

terperinci keaslian

sesuatu produk kerana

dinilai dari awal

perancangan lagi

19

Page 20: Nota Nota Tugasan

12.0 Peraturan Memberi Markah

Peratutan memberi markah terbahagi kepada dua cara iaitu secara Analitik dan

secara secara Holistik. Kedua-dua kaedah ini sangat berbeza. Perbezaannya boleh

dilihat seperti berikut:

12.1 Kaedah Analitik

Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah “point” kerana kaedah ini memerlukan

skema pemarkahan yang terperinci dan setiap unit jawapan diberi perhatian dan

pemberatan. Pemarkahan kaedah ini bukan hanya memberi perhatian kepada idea

utama tetapi turut memberi perhatian kepada kesepaduan beberapa idea yang

berkaitan.

Kaedah ini sering digunakan dalam peperiksaan awam, khasnya bagi soalan

yang memerlukan jawapan yang terperinci, seragam dan berstruktur. Skala interval

digunakan bagi menentukan skala pemarkahan. Skema pemarkahan akan dihuraikan

secara terperinci melalui skala interval. Hal ini akan memudahkan pemeriksa untuk

memberi markah dengan tepat.

12.1.1 Kelebihan

Skema pemarkahan yang terperinci memudahkan markah yang dinyatakan

dapat diberi dengan tepat lebih-lebih lagi sekiranya terdapat hanya seorang pemeriksa.

Pemarkahan juga lebih berobjektif kerana ketekalan dapat dikekalkan jika pemeriksa

menjalankan tugas dengan teliti dan berhati-hati. Kaedah ini juga dapat memberi

gambaran yang jelas tentang taburan markah kerana cara ini dapat menjelaskan

mengapa pencapaian calon rendah atau sebaliknya.

12.1.2 Kelemahan

Masa yang agak lama untuk memeriksa diperlukan bagi setiap skrip jawapan.

Pemeriksaan juga perlu dilakukan secara fakta dan tidak wujud penekanan kepada

kemahiran penulisan. Pemeriksaan juga boleh bersifat negatif kerana markah yang

diperuntukkan bagi sesuatu aspek ditolak apabila murid membuat kesilapan dalam

aspek tersebut.

12.2 Kaedah Holisitk

Kaedah ini menentukan pencapaian calon dalam ujian subjektif didasarkan

kepada andaian bahawa murid mempunyai pandangan keseluruhan tentang soalan.

Kaedah ini menekankan aspek yang baik, bukan yang buruk dalam sesuatu jawapan.

20

Page 21: Nota Nota Tugasan

Justeru itu, kaedah ini sesuai dilaksanakan untuk memeriksa soalan yang menekankan

pengkonsepsian yang menyeluruh.

Oleh sebab itu, penekanan kaedah ini diberi berasaskan pandangan

pemeriksa terhadap jawapan murid secara keseluruhannya. Skala yang digunakan ada

dua jenis iaitu skala ordinal dan skala nominal. Sifat kaedah ini ialah amat subjektif

kerana pemarkahan cara ini memerlukan pemeriksa yang berpengalaman serta

menguasai bidang berkenaan.

Ciri-ciri objektif pemarkahan secara holistik ini dapat ditingkatkan dengan cara

mengadakan mesyuarat penyelarasan antara ketua pemeriksa dengan pemeriksa-

pemeriksa yang lain. Semasa mesyuarat, pemeriksa diberi taklimat dan panduan

tentang cara memeriksa skrip jawapan dan kemudian berlatih memeriksa beberapa

contoh skrip jawapan. Dengan cara ini, perselisihan faham dalam memberi markah dan

penentuan gred antara pemeriksa dapat dikurangkan.

12.2.1 Jenis Skala Pemarkahan

12.2.1.1 Skala Ordinal

Pemeriksa memeriksa skrip jawapan calon secara keseluruhan. Selepas itu,

susun skrip-skrip jawapan calon mengikut prestasinya, iaitu prestasi terbaik diletakkan

di atas dan prestasi yang kurang baik diletakkan di bawah. Selepas itu pemeriksa perlu

menentukan berapa peratus calon patut diberi gred sama ada gred A,B,C,D atau E.

Selepas itu, memberikan gred kepada skrip jawapan mengikut kumpulan berdasarkan

peratusan calon yang telah dipertimbangkan untuk setiap gred.

12.2.1.2 Skala Nominal

Bagi pemarkahan skala ini, pemeriksa dikehendaki membaca skrip jawapan

calon sekali lalu berdasarkan kriteria kandungan, pengolahan dan proses untuk

memperoleh gambaran setinggi mana tahap jawapan calon. Kemudian pemeriksa

perlu menentukan gred yng difikirkan sesuai diberikan kepada skrip tersebut

berdasarkan kriteria yang telah disediakan.

12.2.1 Kelebihan

Masa yang diambil untuk memeriksa tidak terlalu panjang. Pemeriksa dapat

menilai keseluruhan jawapn dalam aspek penguasaan pengetahuan serta dapat

menilai kemahiran yang lain terutamanya kemahiran aras tinggi seperti kebolahan

mengolah idea dan membuat rumusan tentang sesuatu perkara atau keadaan.

Penilaian jawapan juga dilakukan lebih daripada seorang pemeriksa atau pemarkahan

21

Page 22: Nota Nota Tugasan

dibandingkan antara pemeriksa dalam kumpulan. Ganjaran dan pengiktirafan kepada

murid juga dilakukan bagi murid yang kreatif dan inovatif.

12.2.2 Kelemahan

Pemeriksa sukar menyelaraskan markah jika terdapat perselisihan

memberikan markah wujud. Pemarkahan juga kurang objektif kerana pemeriksa

mudah dipengaruhi oleh faktor lain yang tidak relevan seperti bentuk tulisan dan

kekemasan skrip jawapan. Pemeriksa yang betul-betul menguasai bidang berkenaan

sahaja yang layak memeriksa. Kesan halo dan kesan horn akan berlaku apabila

pemeriksa dipengaruhi oleh pengetahuannya tentang latar belakang murid. Kesan

halo merujuk kepada situasi pemeriksa memberikan markah tinggi untuk satu jawapan

yang sederhana atau kurang baik kerana calon dikenalinya sebagai pelajar yang

cergas. Sebaliknya kesan horn merujuk kepada keadaan satu jawapan baik diberi

markah yang rendah kerana jawapan itu datangnya daripada calon yang dianggap

kurang berkebolehan.

22

Page 23: Nota Nota Tugasan

12.3 Perbandingan Antara Kaedah Analitik dan Kaedah Holistik.

Perkara Pemarkahan Analitik Pemarkahan Holistik

Skema Pemarkahan Sangat terperinci berdasarkan

unsur-unsur yang terkandung di

dalam jawapan

Sangat subjektif (Berdasarkan

andaian bahawa pelajar

mempunyai pandangan

menyeluruh ke atas keseluruhan

soalan)

Kriteria Pemeriksa Semua guru boleh menggunakan

teknik ini termasuk yang kurang

pengalaman

Hanya guru yang

berpengalaman dan menguasai

bidang berkenaan mampu

menggunakan teknik ini

Unsur-Unsur

Penting dalam

Jawapan

Kandungan, pengolahan dan

proses

Apa sahaja aspek baik yang

terdapat di dalam jawapan

Kegunaan Peperiksaan Awam (peperiksaan

biasa)

Soalan berbentuk

pengkonsepsian

Skala Pemarkahan Skala Interval Skala Nominal dan skala

Ordinal

Penyelarasan

Pemarkahan

Skema pemarkahan dihuraikan

secara terperinci (meningkatkan

keobjektifan dan

kebolehpercayaan) boleh

disediakan secara bertulis

Mesyuarat penyelarasan oleh

ketua pemeriksa dan pemeriksa

berkenaan diperlukan

Bentuk Soalan Berstruktur iaitu setiap soalan

diperuntukkan markah tertentu

secara terperinci

Sesuai untuk soalan karangan

atau esei.

Bentuk Jawapan Perlu dijawab secara terperinci,

seragam dan berstruktur

Jawapan tidak semestinya

seragam seperti skema yang

disediakan dimana sesuatu esei

memberikan pelbagai bentuk

luahan pemahaman pelajar

Bentuk Markah Secara pecahan eg. 7/10 A,B,C,D,E atau pangkat 1-5

23

Page 24: Nota Nota Tugasan

(Cemerlang – gagal)

Masa Panjang Bergantung kepada tahap

kemahiran pemeriksa

24

Page 25: Nota Nota Tugasan

13.0 Rubrik Pemarkahan

Bidang : Menggambar

Aktiviti : Lukisan

Tajuk : Kampung Halamanku

Tema : Alam semulajadi dan buatan manusia

Kemahiran

yang diuji

INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN

SANGAT

LEMAH

LEMAH SEDERHA

NA

BAIK CEMERLANG

Pemilihan

dan

pengguna

an media

(20

markah)

(1-4

markah)

(5-8

markah)

(9-12

markah)

(13-16

markah)

(17-20 markah)

Gagal

memilih

media yang

bersesuaian

Menggunak

an media

dengan

kurang

memuaskan

Menggunak

an media

dengan

memuaskan

Menggunak

an media

dengan baik

Cemerlang memilih

dan menggunakan

media dengan betul

dan tepat.

Media:

Alat

-tiada

Bahan

-Lukisan saiz A4

-Pensel

-Pensl warna

-Oil Pastel

Pengwuju-

dan idea

(25

markah)

(1-5

markah)

(6-10

markah)

(11-15

markah)

(16-20

markah)

(21-25 markah)

Tidak dapat

memahami

tema yang

diberikan

Kurang

memahami

tema yang

diberikan

Kurang

menepati

tema yang

diberikan

Baik dalam

menepati

tema yang

diberikan

Cekap

menggunakan

sumber idea asli

dan kreatif untuk

menyampaikan

mesej secara terus

dan jelas

Tema

- Alam semulajadi

dan alam buatan

25

Page 26: Nota Nota Tugasan

manusia

Gubahan

(45

markah)

(1-9

markah)

(10-18

markah)

(19-27

markah)

(28-36

markah)

(37-45 markah)

Kurang

memahami

tajuk yang

diberikan

dan aplikasi

seni yang

perlu wujud

juga terlalu

sikit

Kurang

faham

dalam

mewujudka-

n gambaran

dengan

tajuk yang

bersesuaian

serta dari

segi aplikasi

seni

Kurang

dalam

mewujudka-

n gambaran

dengan

tajuk yang

bersesuaian

serta aspek

aplikasi seni

Baik dalam

mewujudka-

n gambaran

dengan

tajuk yang

bersesuaian

serta

pengaplikas

-ian seni

Dapat mewujudkan

gambaran dengan

tajuk yang

bersesuaian serta

aspek seni yang

diaplikasikan juga

cemerlang

Asas seni reka:

Unsur seni:

- Garisan (selari dan

bersilang)

- Rupa (organik dan

geometri)

- Bentuk (ilusi)

- Warna (primer dan

sekunder)

Prinsip rekaan:

-Imbangan (simetri

atau tidak simetri)

-Kepelbagaian (rupa

dan garisan)

Proses

dan teknik

(5 markah)

(1 markah) (2 markah) (3 markah) (4 markah) (5 markah)

Menghasilk-

an kerja

tidak

mengikut

sistem dan

prosedur

Menghasilk-

an kerja

kurang

mengikut

prosedur

Menghasilk-

an kerja

yang

sederhana

mengikut

sistem dan

prosedur

Menghasilk-

an kerja

mengikut

sistem dan

prosedur

Menghasilkan kerja

mengikut proses

dan teknik yang

telah ditetapkan

Proses

Memilih

26

Page 27: Nota Nota Tugasan

kampung

halaman

yang ingin

dilukis

Membuat

lakaran

Menentukan

pencahayaa-

n

Membuat ton

Membuat

kemasan

Teknik

Garisan

selari atau

garisan

garisan

bersilang

(1-3

markah)

(4-6

markah)

(7-9

markah)

(10-12

markah)

(13-15 markah)

Kemasan

(15

markah)

Tidak

menitik

beratkan

perihal

kekemasan

karya

daripada

pelbagai

aspek

Hasil karya

yang

kurang

berkualiti

dan

bermutu

Terdapat

beberapa

kelemahan

yang perlu

diberi

perhatian

dalam

kekemasan

karya

Hasil karya

yang baik

dalam

banyak

aspek

Hasil karya sangat

kemas dan berkualiti

dalam semua aspek

Kriteria-kriteria

kemasan:

Tiada

kekotoran

pada karya

Karya di buat

dalam saiz

yang

ditetapkan

iaitu A4

Penggunaan

spray pemati

27

Page 28: Nota Nota Tugasan

67 100

pada lukisan

Jenis kertas

lukisan yang

berkualiti

13.1 Jadual Pembahagian Gred Calon

Bil Gred Peratus

1 A 75-100%

2 B 60-74%

3 C 40-59%

4 D 20-39%

5 E 0-19%

13.2 Borang Markah Calon

NAMA CALON : NUR IRDINA BINTI KAMARULZAMRI

KELAS : 2 PINTAR

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPOR

28

Page 29: Nota Nota Tugasan

87 100

BIDANG : MENGGAMBAR

AKTIVITI : LUKISAN

BIL KRITERIA PENCAPAIAN MARKAH

DIPEROLEH

GRED

1. Pemilihan media

Menggunakan media dengan

betul dan tepat.

17

2. Pengwujudan idea

Kurang menepati tema yang

diberikan

11

3. Gubahan

Baik dalam mewujudkan

gambaran dengan tajuk yang

bersesuaian

28

4. Proses dan teknik

Menghasilkan kerja mengikut

sistem dan prosedur

4

5. Kemasan

Terdapat beberapa

kelemahan yang perlu diberi

perhatian dalam kekemasan

karya

7

6. 67 B

NAMA CALON :MOHAMMAD ZAWAWI BIN AHMAD

KELAS : 2 PINTAR

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPOR

BIDANG : MENGGAMBAR

29

Page 30: Nota Nota Tugasan

83 100

AKTIVITI : LUKISAN

BIL KRITERIA PENCAPAIAN MARKAH

DIPEROLEH

GRED

1. Pemilihan media

Menggunakan media dengan

betul dan tepat.

18

2. Pengwujudan idea

Cekap menggunakan sumber

idea asli dan kreatif untuk

menyampaikan mesej secara

terus dan jelas

23

3. Gubahan

Baik dalam mewujudkan

gambaran dengan tajuk yang

bersesuaian

33

4. Proses dan teknik

Menghasilkan kerja mengikut

sistem dan prosedur

4

5. Kemasan

Terdapat beberapa

kelemahan yang perlu diberi

perhatian dalam kekemasan

karya

9

6. 87 A

NAMA CALON :NUR FATIN AQILAH BINTI MOHAMED

KELAS : 2 PINTAR

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPOR

BIDANG : MENGGAMBAR

30

Page 31: Nota Nota Tugasan

AKTIVITI : LUKISAN

BIL KRITERIA PENCAPAIAN MARKAH

DIPEROLEH

GRED

1. Pemilihan media

Menggunakan media dengan

betul dan tepat.

18

2. Pengwujudan idea

Baik dalam menepati tema

yang diberikan

20

3. Gubahan

Baik dalam mewujudkan

gambaran dengan tajuk yang

bersesuaian

32

4. Proses dan teknik

Menghasilkan kerja mengikut

sistem dan prosedur

4

5. Kemasan

Terdapat beberapa

kelemahan yang perlu diberi

perhatian dalam kekemasan

karya

8

6. 82 A

13.3 Cara Pentaksiran Berpandukan Rubrik

13.3.1 Karya Nur Irdina binti Kamarulzamri

31

Page 32: Nota Nota Tugasan

Lukisan pertama mendapat markah sebanyak 67%. Bagi pemilihan media pengkarya

menggunakan media dengan betul dan tepat. Pengkarya menggunakan bahan seperti

lukisan bersaiz A4, pensel 2B dan pensel warna jenama Stabilo. Pengkarya pintar

menggunakan media dengan baik. Dari segi pengwujudan idea pula pengkarya kurang

menepati tema yang diberikan oleh guru. Pengkarya hanya melukis sebuah rumah

besar seperti banglo. Pengkarya tidak melukis selain daripada rumah. Tema yang

diberi ialah buatan manusia dan alam semuala jadi tidak jelas kelihatan pada karya ini.

Hanya tema alam buatan manusia sahaja yang jelas kelihatan kerana pengkarya

melukis gambar rumah yang sememangnya hasil buatan manusia. Gubahan

pengkarya juga baik dalam mewujudkan gambaran dengan tajuk yang bersesuaian.

Pengkarya tidak mengaitkan karya dengan tajuk iaitu ‘Kampung Halamanku’ tidak

kelihatan pada karya kerana pengkarya hanya melukis rumah seakan-akan banglo.

Unsur seni yang wujud pada karya ialah garisan, rupa, bentuk dan warna. Prinsip

rekaan yang wujud ialah imbangan simetri dan kepelbagaian. Proses dan teknik yang

digunakan pengkarya adalah mengikut prosedur dan sistem yang ditetapkan. Tetapi

pengkarya hanya mendapat empat markah kerana pencahayaan tidak dititikberatkan

dalam karya. Ton yang tidak wujud menyebabkan pengkarya hanya mendapat markah

yang kurang. Kemasan karya juga kurang markah yang pengkarya dapat iaitu hanya

tujuh markah sahaja kerana terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian.

Karya yang kurang kemas dan terlalu ‘simple’ dan kualiti kertas yang nipis

menyebabkan karya yang dihasilkan kurang memuaskan. Pengkarya juga tidak

menggunakan warna yang kontra. Warna yang digunakan pengkarya seakan-akan

warna bersebelahan menyebabkan karya yang dihasilkan tiada penegasan.

13.3.2 Karya Mohammad Zawawi bin Ahmad

32

Page 33: Nota Nota Tugasan

Hasil karya Zawawi mendapat markah tertinggi iaitu 87%. Zawawi seorang yang

kreatif. Bagi pemilihan media Zawawi menggunakan media dengan betul dan tepat.

Zawawi menggunakan bahan seperti lukisan bersaiz A4, pensel 2B dan pensel warna

jenama Luna. Pengkarya pintar menggunakan media dengan baik. Zawawi juga cekap

menggunakan sumber idea asli dan kreatif untuk menyampaikan mesej secara terus

dan jelas. Tema yang bertepatan menyebabkan Zawawi mendapat markah sebanyak

23 markah bagi pengwujudan idea. Alam semulajadi yang dilukis dan buatan manusia

yang dilukis juga menggambarkan tema yang sangat berkait dengan tajuk iaitu

‘Kampung Halamanku’. Alam semulajadi yang diwujudkan ialah bukit, matahari, pokok,

anak pokok, sawah padi, kolam ikan, ayam yang sedang makan, pokok bunga dan

burung manakala bagi benda buatan manusia pula yang wujud ialah rumah kayu yang

sangat menampakkan suasana kampung serta jalan raya. Imaginasi dan kekreatifan

Zawawi sangat baik dan menarik. Zawawi dapat mengaitkan pengetahuan sedia

adanya dan berjaya mewujudkan suasana kampung dalam karyanya.

Walaubagaimanapun, cara Zawawi mewarna kurang memuaskan. Hal ini kerana

warna yang digunakan tidak terang dan tidak menarik perhatian. Cara pewarnaan

menyebabkan lukisan Zawawi kelihatan suram dan kabur dari segi warnanya sahaja.

Tajuk yang ditetapkan oleh guru sangat bertepatan dengan karya Zawawi kerana

dapat mewujudkan suasana kampung itu sendiri. Wujud prinsip rekaan dan unsur seni

dalam karya Zawawi. Unsur seni yang wujud pada karya ialah garisan, rupa, bentuk

dan warna. Prinsip rekaan yang wujud ialah imbangan simetri dan kepelbagaian.

Proses dan teknik yang dilaksanakan oleh Zawawi juga mengikut sistem dan prosedur

yang ditetapkan. Zawawi memilih suasana kampung sebagai ilhamnya. Kemudian

melakar di atas kertas A4 dengan baik. Tetapi Zawawi tidak menitikberatkan ton dan

pencahayaan menyebabkan markah Zawawi rendah pada bahagian proses dan teknik.

Bagi kemasan pula cara mewarna yang kurang kemas dan sedikit comot

menyebabkan Zawawi mendapat markah yang rendah.

13.3.3 Karya Nur Fatin Aqilah binti Mohamed

33

Page 34: Nota Nota Tugasan

Hasil karya Fatin mendapat 83%. Hal ini kerana Fatin mewarna dengan baik dan

kemas. Warna yang terang dan jelas disebabkan pemilihan Fatin dalam menggunakan

warna berjenama Luna yang berkualiti tinggi. Fatin juga berjaya membuatkan karyanya

kelihatan menarik dengan penggunaan warna yang menarik perhatian dan jelas. Bagi

pemilihan media Fatin menggunakan media dengan betul dan tepat. Fatin

menggunakan bahan seperti lukisan bersaiz A4, pensel 2B dan pensel warna jenama

Luna. Pengkarya pintar menggunakan media dengan baik. Dari segi penwujudan idea

pula Fatin baik dalam menetapi tema yang diberikan. Tema alam semulajadi dan

buatan manusia wujud pada lukisan Fatin. Alam semula jadi seperti pokok, sawah

padi, awan dan matahari jelas kelihatan pada karya. Bagi buatan manusia pula jelas

kelihatan rumah batu dan meja dan kerusi yang terletak di luar rumah. Fatin berjaya

mewujudkan gambaran tajuk yang bersesuaian. Fatin memahami tajuk yang diberikan

iaitu ‘Kampung Halamanku’. Hal ini bermakna Fatin menepati tajuk yang ditentukan

oleh guru. Wujud prinsip rekaan dan unsur seni dalam karya Fatin. Unsur seni yang

wujud pada karya ialah garisan, rupa, bentuk dan warna. Prinsip rekaan yang wujud

ialah imbangan simetri dan kepelbagaian. Proses dan teknik yang dilaksanakan oleh

Fatin juga mengikut sistem dan prosedur yang ditetapkan. Fatin memilih suasana

kampung sebagai ilham. Selepas mendapat idea Fatin melakar karya tersebut. Fatin

kurang satu markah kerana ton dan pencahayaan tidak diwujudkan. Fatin juga

menggunakan garisan selari semasa melakar dan mewarna. Dari segi kemasan pula

Fatin mempunyai beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki kerana kemasan yang

dibuat oleh Fatin kurang memuaskan. Fatin juga tidak menggunakan pemati.

14.0 Refleksi

34

Page 35: Nota Nota Tugasan

Pentaksiran memainkan peranan yang penting dalam pendidikan. Pentaksiran

dilaksanakan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan

seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan.

Pentaksiran penting kerana semasa pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran

dilaksanakan bagi mengetahui sama ada guru “mengajar” dan murid “belajar”.

Hal ini menunjukkan bahawa sebagai seorang guru pada masa akan datang,

kita perlulah melaksanakan pentaksiran dengan betul, sempurna dan berkesan. Bukti-

bukti data tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran perlu diperolehi

menggunakan pengukuran untuk dianalisis. Bukti-bukti boleh dibuat dalam bentuk

senarai semak dan data. Salah satu aspek utama dalam bidang pentaksiran

pengajaran untuk mengukur ialah ujian.

Apabila melaksanakan tugasan ini saya lebih mengetahui bahawa pelbagai

pentaksiran perlu digunakan untuk melahirkan murid yang bermutu. Setiap pentaksiran

saya pelajari ini menentukan objektif yang berbeza antara satu sama lain.

Perbandingan antara pentaksiran ini lebih saya fahami setelah saya sendiri membaca

isi-isi berkaitan pentaksiran dan bandingkan apakah perbezaan yang wujud antara satu

pentaksiran dengan pentaksiran yang lain. Setiap pentaksiran terdapat pentaksiran

yang digunakan untuk menilai diri sendiri, menilai watak dan menilai hasil

pembelajaran pada hari itu. Malah pentaksiran untuk menilai sahsiah murid juga boleh

dilaksanakan. Pentaksiran ini boleh membantu guru untuk menilai murid dan pada

masa yang sama dapat mengubah murid menjadi seseorang yang lebih baik dan

kreatif dalam bidang seni ini.

Saya juga perlu menyediakan rubrik pemarkahan untuk menilai tiga karya yang

saya pilih. Setiap rubrik pemarkahan adalah berbeza jika aktiviti seni yang dipilih

berbeza. Contohnya jika saya ingin menilai karya arca asemblaj yang merangkumi

bidang membentuk dan membuat binaan maka rubrik pemarkahan juga perlulah

berdasarkan karya arca asemblaj. Saya memilih untuk menyediakan rubrik

pemarkahan bagi aktiviti lukisan iaitu bagi bidang menggambar. Maka semasa saya

melaksanakan praktikum selama dua bulan di Sekolah Kebangsaan Simpor saya

mengajar tahun 2 dan saya mengambil tiga karya lukisan dari kelas 2 Pintar untuk

dinilai.

Penilaian berdasarkan rubrik sangat bagus dan membantu guru untuk

membezakan apakah perbezaan kualiti lukisan yang dihasilkan murid itu. Setiap murid

berbeza begitu juga semasa mereka menghasilkan karya. Karya mereka akan berbeza

dan mungkin ada kekuatan dan ada kelemahan tertentu dalam setiap karya yang

dibuat. Apabila saya menyiapkan rubrik pemarkahan saya menilai karya lukisan tiga

orang murid. Terdapat murid yang kreatif dan ada juga murid yang kurang kreatif.

35

Page 36: Nota Nota Tugasan

Rubrik pemarkahan membantu saya semasa menilai karya murid. Malah, dari segi

pembahagian markah juga menyenangkan guru menilai.

Saya mendapati bahawa sebelum kita membuat penilaian kita perlu mengikut

prosedur yang telah ditetapkan. Pertama sekali kita perlulah menyediakan rubrik

pemarkahan yang sesuai dengan tugasan yang perlu dihasilkan. Setiap tugasan dalam

karya seni boleh dinilai dari pelbagai cara dan berbeza bagi tiap-tiap karya. Hal ini

kerana dalam Pendidikan Seni Visual terdapat empat bidang yang wujud dan setiap

bidang juga wujud pelbagai aktiviti. Bidang menggambar aktiviti yang ada ialah lukisan,

catan dan pelbagai lagi.

Kita sebagai seorang guru tidak boleh memberi markah dengan begitu sahaja.

Kita perlulah menyediakan kriteria-kriteria yang ingin kita uji bersesuaian dengan

tugasan yang akan dinilai. Penilaian sangat penting kerana kita dapat menilai sama

ada karya yang dihasilkan berkualiti ataupun banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.

Apabila wujudnya penilaian seseorang itu dapat memahami kekurangan dan kekuatan

karya yang dihasilkan olehnya. Maka seseorang itu tidak lagi mengulangi kesalahan

yang sama dan cuba menghasilkan karya yang lebih baik dan cemerlang.

Penilaian merupakan satu proses memperolehi maklumat kuantitatif bagi

menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses

menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah

mengajar seorang guru dan keberkesanan kurikulum. Penilaian dijalankan sebelum,

semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru berdasarkan sesuatu pembelajaran

spesifik atau keseluruhan kurikulum.

Tujuan penilaian ialah mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan

asas yang sedia ada pada murid dalam perkara yang hendak diajar dan menolong

guru mengetahui sejauh manakah murid mereka telah dapat menguasai atau

mempelajari perkara yang telah disampaikan. Membandingkan pencapaian murid

dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah

juga boleh dilaksanakan. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan yang amat

lemah dalam pencapaian mereka juga penting. Membolehkan guru menilai bahan-

bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Bukan itu sahaja, murid juga boleh

mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu

dan segera pula memperbaikinya.

36