Click here to load reader

Nota Lengkap Sejarah

  • View
    275

  • Download
    3

Embed Size (px)

Text of Nota Lengkap Sejarah

Nota Lengkap Sejarah - Tingkatan 1 Bab 1 - Sejarah & Kita Bab 2 - Zaman Prasejarah di Malaysia Bab 3 - Kerajaan Awal di Asia Tenggara Bab 4 - Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka Bab 5 - Kegemilangan Melaka Bab 6 - Kemerosotan Melaka Bab 7 - Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka Bab 8 - Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bab 9 - Warisan Kesultanan Melayu Bab 10 - Sarawak Bab 11 - Sabah BAB 1 SEJARAH DAN KITA Pengertian Sejarah.

Sejarah membolehkan kita memahami dan mempelajari peristiwa-peristiwa yang telah berlaku yang berkaitan dengan diri,keluarga,masyarakat dan negara Istlah sejarah dikatakan berasal daripada perkataan arab,syajaratun yang bermaksud pokok atau pohon.syajaratu juga bermaksud salasilah,riwayat,keturunan dan asal-usul

# Pengertian Lain Sejarah i. ii. iii. Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia atau peradaban manusia tentang perubahanperubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu (IBN KHALDUN) Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya. (HERODOTUS) Sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu. (MUHD YUSOF IBRAHIM)

Ciri-ciri sejarah

1. Fakta yang tepat dan bena

Kesahihan dan kebenaran setiap peristiws,tempat,tokoh dan tarikh mesti dapat dibuktikan. Setiap fakta tidak boleh direka dan ditokok tambah

2.. Penting dan bermakna

Peristiwa sejarah mestilah penting dan memberi kesan kepada semua pelajar,ahli keluarga,masyarakat dan keluarga.1

3. Mempunyai sebab dan akibat

sejarah bertujuan memberi kebenaran tentang sesuatu peristiwa masa lalu untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa ,pengkaji perlu mengetahui apa,siapa,bila,di mana,mengapa, dan bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku.Cara ini dapat membuktikan kesahihan fakta sejarah itu.

Sumber pertama

juga dikenali sumber primer bahan dalam bentuk kertas,fosil,artifak dan keterangan lisan sumber yang belum diolah dan dicetak,bersifat asli dan belum ditafsir contoh : fail rasmi jabatan,surat peribadi,diari,manuskrip yang belum dicetak,batu bersurat.

Sumber kedua

juga dikenali sumber kedua bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan tertulis ditulis oleh sejarawan atau pengkaji sejarah bahan yang telah diolah,dicetak,disebarkan kepada umum contoh : buku,majalah,jurnal,ensiklopedia,akhbar,risalah,laporan tahunan Jabatan.

Kaedah Pengkaedahan Sejarah 1. Kaedah lisan o Dinamakan kaedah lisan kerana maklumat yang diperolehi terus daripada responden melalui ucapan,pencritaan,perpisahan dan perbualan(temubual) o Juga dikenali sebagai kaedah pandang dengar o Kelemahan kaedah ini ialah adanya unsur tokok tambah.Oleh itu sejarah akan memilih,mentafsir dan membandingkan fakta bagi mendapatkan kebenaran sesuatu maklumat 2. Kaedah bertulis o Maklumat didapati daripada sumber yang ditulis,dilakar atau dipahat pada batu,dinding gua,kulit kayu,daun kayu,logam,gading dan kertas. o Dapat memberi maklumat tentang sesuatu perkara,peristiwa,tokoh,kejadian,perundangan dan adt resam. 3. Kaedah Arkeologi o Maklumat diperolehi berdasarkan kajian saintifik o Cabang-cabang arkeologi angkasa lepas,maritime,carigali.2

o o

Ketepatan usia bahan-bahan tinggalan sejarah dapat disahkan melalui kajian saintifik seperti pentarikhan radiokarbon. Ahli arkeologi akan membuat tafsiran berdasarkan maklumat yang diperolehi.

Pentafsiran Sejarah

Tafsiran sejarah boleh menjadikan sesuatu peristiwa itu bermakna,berfaedah atau sebaliknya. Sejarawan mungkin memberi tafsiran yang berbeza untuk sesuatu peristiwa sejarah yang sama kerana mereka mempunyai pandangan yang berlainan. Nmaun begitu,sejarawan perlu jujur dan bertanggungjawab dalam membuat penyelidikan dan penilaian tentang sesuatu peristiwa sejarah agar masyarakat mendapat maklumat yang tepat dan benar.

Kepentingan Sejarah

Memperolehi banyak pengetahuan untuk menilai kepentingan sesuatu peristiwa dan sebab serta akibatnya. Untuk menghargai jasa dan usaha pemimpin negara. Dapat merangka wawasan masa depan dengan lebih yakin dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara dan memajukan negara. Untuk melahirkan perasaan jati diri yang tinggi dan membventuk keperibadian bangsa.

Faedah Mempelajari Sejarah

Menjadi panduan dan memberi iktibar Boleh menjadi perangsang untuk mempunyai kemajuan negara Keagungan zaman lampau dapat dicapai semula dengan kesungguhan rakyat. Dapat memupuk semangat patriofisme Berbangga menjadi rakyat malaysia.

BAB 2 ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA Zaman Prasejarah di Malaysia dibahagikan kepada 3 :

Zaman Paleolitik Zaman Neolitik Zaman Logam Ciri-ciri penempatan -Hidup berpindah randah -biasanya Kegiatan Peralatan yang digunakan -guna alat serpihan seperti alat batu penetak Kepercayaan Lokasi di Malaysia

Jangka Masa Zaman Paleolitik -Bermula kira-kira 200 000 hingga 300 000

-Memburu binatang liar -memungut hasil hutan(buahbuahan,pucuk-pucuk3

-animisme -upacara perkuburan

i)Bukit Jawa,Kota Tampan,Bukit Bunuh di Lenggong,Perak.

tahun dahulu

tinggal di kawasan terbuka (luar gua) ,dalam gua,sekitar tasik -wujud sistem bermasyarakat seperti mempunyai ketua dan membuat pembahagian kerja -tinggal di gua dan berhampiran sungai

daun) -sara diri ii)Gua Niah,Sarawak iii)Tingkayu,Sabah

Zaman Neolitik

-Bermula kira-kira 7000 tahun dahulu

-mencipta peralatan tembikar seperti bekas air,periuk,belanga, -bercucuk tanam menangkap ikan dan menternak binatang -berburu,memungut hasi hutan -berdagang secara tukar barang -Menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi -bercucuk tanam,menangkap ikan,berburu,menternak binatang. -perdagangan secara tukar barang

-guna alat batu seperti beliung dan penukul kulit kayu. -Cipta barang kemas seperti kalung,antinganting dan gelang -guna tanah liat buat tembikar -Mencipta alat gangsa dan besi

-animisme

i)Gua Cha,Kelantan ii)Bukit Tengkorak

Zaman Logam

-Bermula kira-kira 4000 tahun dahulu

-hidup menetap -ada yang masih tinggal dalam gua dan berhampiran dengan sungai -mempunyai adat resam

-mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup yang tertentu. -menjalankan pengebumian menggunakan kepingan batu.

i)Sungai Tembeling, Pahang. ii)Gua Harimau, Perak. iii)Changkat Menteri,Perak.

4

BAB 3 KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA KERAJAAN AGRARIA DEFINASI -Kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi yang berasaskan pertanian KERAJAAN MARITIM -kerajaan yang menjalankan kegiatan berkaitan dengan laut -terletak di kawasan persisiran pantai dan menjalankan kegiatan berkaitan dengan laut. Cth Kerajaan Champa,Chih Tu,Srivijaya,Kedah Tua,Majapahit. -Menjalankan perdagangan ,perikanan,membuat kapal. -Berfungsi sebagai orang tengah (pusat pengumpulan barangan) KEMAHIRAN -mahir membina empangan dan saliran untuk kegiatan pertanian dan penternakan. -mahir dalam kegiatan di laut>membuat kapal,menguasai ilmu pelajaran. -mampu belayar hingga ke Afrika

LOKASI

-Terletak di kawasan tanah subur,lembangan sungai,kawasan pedalaman, -cth Kerajaan Angkor dan Funan

KEGIATAN EKONOMI

-Berburu,mengutip hasil hutan,menangkap ikan,bertani dan menternak binatang. -Hasi utama : ubi taro,padi huma dan padi sawah

FAKTOR KEMAJUAN (PERKEMBANGAN)

-Pemerintah yang cekap dan bertanggungjawab. -Adanya empangan dan terusan -kegigihan anggota masyarakat.

-kemudahan di pelabuhan yang lengkap(air,tempat tinggal,kawasan berjual beli) -kejayaan menjadi pusat pengumpulan barangan dan pelabuhan entreport

5

-Permintaan tinggi di pasaran antarabangsa. CONTOH KERAJAAN AGRARIA 1.Kerajaan Angkor

diasaskan pada ke 7 masihi Pusat kerajaan terletak dikawasan hilir Sg. Mekong. Kawasan pertanian utama di sekitar tasik Tonle sap Membina baray (kolam air) untuk pertanian Raja dianggap sebagai Devaraja (Raja mempunyai kuasa mutlak) Raja dibantu oleh kerabatnya. Gemilang semasa pemerintahan Suryavarman II Agam Hindu- Buddha sebagai agama utama Angkor wat merupakan bukti kewujudan kerajaan Hindu-Buddha.

2.Kerajaan Funan

Diasaskan pada abad pertama Masihi Kerajaan terawal di Asia Tenggara Pusat kerajaan di Vyadhapura Empangan,saliran dan takungan air dibina untuk mengairi kawasan pertanian terutama sawah padi. Sg.Mekong membekalkan air dan jalan perhubungan perdagangan. Kaundinya,yang menggunakan gelaran Kurung Baum adalah raja yang pertama Fan Shih-Mau > jeneral yang agung Pelabuhan utama > Oc-Eo

Contoh Kerajaan Maritim

1.Kerajaan Champa

diasakan sekitar tahun192 masihi oleh Chu Lien Raja Champa dipengaruhi oleh Agama Hindu Terdapat pegawai pemungut cukai dalam pentadbirannya Pelabuhan terkenal > Inderapura Ditadbir oleh 14 Dinasti Akhir kurun ke 13 ,dipengaruhi China dan pengaruh ini lenyap pada kurun ke 15 Dari sumber sanksrit,tahu 400 M diterajui oleh Bhadravarnom6

Nama Champa wujud pada tahu 655 Masihi

2.Kerajaan Chih-Tu

menurut catatan I-Ching,Chih Tu bermaksud Tanah Merah diasaskan oleh raja Guantamo pada abad keenam Masihi Diketuai Raja yang berkuasa mutlak Raja dibantu oleh tiga orang menteri yang bertanggungjawab dalam pemerintahan dan pentadbiran Mengikut corak pemerintahan kerajaan Srivijaya yang menerima pengaruh Hindu

3.Kerajaan Srivijaya

Diasaskan sekitar abad ke tujuh masihi Berpusat di Palembang,Sumatera Raja berkuasa mutlak Menurut catatan arab,raja dinggap sebagai raja di Gunung dan Maharaja di Pulau. Raja dengan rakyat dihubungkan oleh menteri. Ada 3 bahagian pentadbiran

i) pentadbiran diraja ii) pentadbiran ketenteraan iii) pentadbiran daerah

Menguasai Selat Melaka,Selat Sunda dan Laut Jawa Palembang ialah pelabuhan pentingnya Barang dagangan seperti damma