22
7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 1/22 Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan) Ditulis oleh Cikgu Zainudin Rabu, 30 November 2011 19:05  Cempaka Putih Untukmu  (Rohani Deraman)  Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum    Tema  Novel ini bertemakan keakraban dan keikhlasan persahabatan antara dua orang remaja walaupun berbeza latar belakang dan keturunan. Hartini dan Satiah bersahabat baik dan persahabatan mereka kekal hingga ke akhir hayat.     Persoalan  1 / 22

Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 1/22

Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Rabu, 30 November 2011 19:05

 

Cempaka Putih Untukmu

 

(Rohani Deraman)

 

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum

 

 

Tema

 

Novel ini bertemakan keakraban dan keikhlasan persahabatan antara dua orang remaja

walaupun berbeza latar belakang dan keturunan. Hartini dan Satiah bersahabat baik dan

persahabatan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

 

 

Persoalan

 

1 / 22

Page 2: Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 2/22

Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Rabu, 30 November 2011 19:05

 

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya;

 

i. Kasih sayang antara keluarga.

Contoh: Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah begitu menyayangi keluarga Pak Morit dan 

Mak Sukin sehingga mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk kebaikan anak mereka 

iaitu Hartini dan anak angkatnya Satiah. Encik Hasrul telah membawa Satiah ke hosp 

ital manakala Puan Sarah mempelawa Mak Sukin tidur di rumahnya.

 

ii. Ketabahan menghadapi dugaan hidup.

Contoh: Satiah yang menghidap penyakit barah paru-paru tabah menghadapi penyakitnya da 

n

tetap meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Tanjung Bestari.

 

iii. Kebijaksanaan mengatasi masalah.

Contoh: Encik Hasrul berjaya membuktikan anaknya tidak bersalah dengan meminta kerjasama 

pengetua dan beberapa pegawai polis Cawangan Narkotik supaya mengadakan pemeriksaan 

mengejut di seluruh bilik asrama  .

 

2 / 22

Page 3: Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 3/22

Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Rabu, 30 November 2011 19:05

iv. Percaya kepada perkara karut.

 

Contoh : Pak Morit percaya bahawa penyakit Satiah berpunca daripada terlangkah ‘benda kotor’ dan dia perlu dihantar ke suatu tempat untuk membuang ‘benda’ yang ada pada 

tubuhnya.  

v. Sanggup berkorban menghadapi kehidupan baharu

Contoh: Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah menerima dengan hati yang terbuka untuk 

berpindah ke perkampungan orang asli dengan meninggalkan kehidupan yang selesa di 

bandar.

 

 

Plot

 

Secara keseluruhannya plot novel Cempaka Putih digarap mengikut kronologi. Terdapat empat

peringkat garapan plot iaitu:

 

i. Permulaan

 

Cerita bermula dengan sebuah keluarga iaitu Encik Hasrul yang bertugas sebagai pegawai

 3 / 22

Page 4: Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 4/22

Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Rabu, 30 November 2011 19:05

kerajaan melalui Jabatan Pertanian telah ditawarkan berkhidmat di sebuah perkampungan

orang Asli. Ahli keluarga terpaksa mengikut Encik Hasrul berpindah ke tempat tersebut sebagai

menghormati beliau sebagai ketua keluarga.

ii. Perkembangan

 

Keluarga Encik Hasrul mengambil Satiah yang merupakan kawan karib Hartini sebagai anakangkat. Hubungan antara keluarga Encik Hasrul dan Pak Morit semakin erat. Hartini menjalani

kehidupan seperti biasa namun Satiah terpaksa bertarung dengan penyakit yang dihidapinya.

 

iii. Klimaks

 

Penyakit Satiah semakin serius walaupun Pak Morit telah menghantar anaknya berubat dengan

seorang dukun di Kampung Langsat. Satiah pengsan pada hari keputusan PMR diumumkan.

Darah keluar membuak-buak dari mulutnya sehingga Pak Morit akhirnya bersetuju menghantar

Satiah ke hospital untuk mendapat rawatan.

 

 

iv. Peleraian

 

Setelah bertahun-tahun menanggung penderitaan, akhirnya Satiah menemui ajal. Dalam

catatan hariannya, Satiah telah meminta Hartini supaya menanam pohon cempaka putih dipusaranya. Permintaan tersebut telah ditunaikan oleh Hartini sebelum dia kembali ke asrama.

 4 / 22

Page 5: Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 5/22

Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Rabu, 30 November 2011 19:05

 

Watak Utama

 

Hartini

 

i. Anak ketiga kepada Encik Hasrul dan Puan Sarah.

 

ii. Merupakan pelajar Tingkatan Tiga Teratai di Sekolah Menengah Kuala Batu.

Melanjutkan pelajaran tingkatan empat di Sekolah Menengah Gemilang Wawasan, Raub.

 

iii. Mempunyai kakak (Along), abang (Angah) dan adik bernama Amin.

 

iv. Seorang yang berani. Contoh: Hartini berani memujuk Pak Morit supaya bersetuju agar

Satiah dirawat di hospital.

 

v. Seorang yang tabah. Contoh: Hartini menerima kehilangan rakan karibnya dengan

tabah. Dia berjanji tidak akan menangis lagi.

 

vi. Seorang yang penyayang. Contoh: Hartini sangat menyayangi rakannya Satiah.

Buktinya sewaktu Satiah meninggal dunia Hartini pengsan dan tidak sedarkan diri. Agak sukar

bagi Hartini menerima hakikat bahawa rakan karibnya itu telah meninggal dunia.

 

vii. Seorang pelajar yang bijak. Contoh: Hartini merupakan seorang pelajar yang bijak. Diatelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR iaitu 7A 1B.

 5 / 22

Page 6: Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 6/22

Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Rabu, 30 November 2011 19:05

 

Watak Sampingan

 

Satiah

 

i. Anak sulung kepada Pak Morit dan Mak Sukin

 

ii. Mempunyai adik iaitu Akob dan Amat.

 

iii. Rakan karib Hartini

 

iv. Menghidap penyakit barah paru-paru.

 

v. Seorang yang pendiam. Contoh: Tidak banyak bercakap di dalam kelas dan jarang ke

rumah kawan-kawan .

vi. Seorang yang tabah. Contoh: Satiah tabah menanggung kesakitan akibat penyakit

barah paru-paru.

 

vii. Seorang yang bijak. Contoh: Satiah merupakan pelajar cemerlang dalam peperiksaan

PMR. Beliau memperoleh keputusan 8A. Dia juga mahir dalam penulisan. Menyambung

pelajaran tingkatan empat di Sekolah Menengah Tanjung Bestari, Kuantan.

 

 

6 / 22

Page 7: Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 7/22

Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Rabu, 30 November 2011 19:05

Encik Hasrul

 

i. Suami kepada Sarah .

 

ii. Mempunyai empat orang anak iaitu Along, Angah, Hartini dan Amin.

 

iii. Merupakan seorang kakitangan kerajaan di Jabatan Pertanian.

 

iv. Seorang yang bertanggungjawab. Contoh: Sebelum berpindah ke tempat baharu beliau

memastikan segala urusan persekolahan anak-anak dan keperluan tempat tinggal

diselesaikan terlebih dahulu.

 

v. Seorang yang baik hati. Contoh: Encik Hasrul telah menghantar Satiah ke hospital untuk

mendapatkan rawatan.

vi. Seorang yang menepati janji. Contoh: Encik Hasrul mengotakan janjinya untuk

mengadakan kenduri kesyukuran apabila Hartini dan rakan-rakannya mencapai keputusan

cemerlang dalam PMR.

 

Latar

 

Latar Masa

 7 / 22

Page 8: Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 8/22

Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Rabu, 30 November 2011 19:05

 

i. Pagi

Contoh: Pada pukul 9.00 pagi, Encik Hasrul sekeluarga bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke 

Jerantut 

 

ii. Petang

Contoh: Pada suatu petang setelah keluarga Encik Hasrul tiba di rumah baharu, masyarakat 

setempat menyambut kedatangan mereka.

 

iii. Malam

 

Contoh: Encik Hasrul mempelawa Pak Morit dan Mak Sukin bermalam di rumahnya kerana 

keadaan Satiah yang masih lemah. Encik Hasrul bimbang penyakit Satiah berulang kembali.

 

 

Latar Tempat

 

i. Di Kuala Lumpur

 

Contoh: tempat tinggal asal keluarga Encik Hasrul.

 8 / 22

Page 9: Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 9/22

Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Rabu, 30 November 2011 19:05

 

ii. Di kampung Kuala Batu.

 

Contoh: sebuah perkampungan orang asli yang dihuni oleh Pak Morit dan Mak Sukin yang 

 juga merupakan tempat tinggal baharu Encik Hasrul dan keluarganya.

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Batu 

 

Contoh: Tempat Hartini , Satiah dan rakan-rakannya bersekolah sehingga tamat PMR.

Sekolah Menengah Gemilang Wawasan.

 

Contoh: Sekolah Berasrama Hartini setelah beroleh keputusan cemerlang dalam PMR.

 

iii. Pontian

 

Contoh: Tempat tinggal nenek Hartini dan di situlah Hartini belajar komputer selepas 

peperiksaan PMR.  

9 / 22

Page 10: Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 10/22

Page 11: Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 11/22

Page 12: Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 12/22

Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Rabu, 30 November 2011 19:05

 

Teknik Penulisan

 

i. Pemerian

Contoh: Murid-murid dalam Tingkatan Tiga Teratai hanya 25 orang sahaja termasuk aku. Ada 15 orang murid perempuan dan 10 orang murid lelaki. Ketua kelas kami ialah Ali Sintok. Dia 

murid yang cukup serius dan berdisiplin  .

ii. Dialog

Contoh: “Yalah. Dua tiga hari lagi kita berangkat. Nenek tahu Tini rindu akan mama dan 

kawan-kawan di sana. Sabarlah, nanti nenek uruskan tiket dulu,” kata nenek 

 

iii. Imbas kembali

 

Contoh: Ketika membaca catatan demi catatan yang ditulis itu aku terasa seperti berada di sisi 

Satiah. Aku seperti sedang bercakap dengannya. Bayangan peristiwa semasa bersama-sama 

seperti hadir semula dalam hidupku. Semua peristiwa yang berlaku antara kami ditulis dengan 

menarik  .

12 / 22

Page 13: Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 13/22

Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Rabu, 30 November 2011 19:05

 

iv. Monolog Dalaman

 

Contoh: “Apa agaknya yang sedang Satiah lakukan pada saat ini?” 

 

v. Saspens

 

Contoh:: Hartini, Nora dan Najmi dipanggil oleh pengetua berkaitan kes pengedaran pil 

ecstasy.

 

vi. Kejutan

 

Contoh: Hartini terkejut dengan kematian rakan karibnya Satiah, menyebabkan badannya 

lemah longlai  .

Gaya Bahasa

 13 / 22

Page 14: Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 14/22

Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Rabu, 30 November 2011 19:05

 

i. Diksi

 

Penggunaan bahasa Arab

 

Contoh: Allahyarhamah Satiah 

 

 

ii. Penggunaan bahasa Inggeris

Contoh: `mood`,‘computer games’ , phobia 

 

iii. Simile

 

Contoh: seperti kuntum bunga yang hampir layu (m/s 78),

teguh seperti tiang batu 

 

14 / 22

Page 15: Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 15/22

Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Rabu, 30 November 2011 19:05

 

iv. Kata ganda

 

Contoh: tempat-tempat, rumah-rumah, kelam-kabut.

 

v. Sinkope

 

Contoh: “Aku berasa tak  sabar nak ke sekolah esok” 

 

vi. Peribahasa

 

Contoh : ringan tulang, berbesar hati, sebusuk-busuk daging dikunyah-kunyah tetap juga boleh 

dimakan, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

vii. Hiperbola

Contoh: Udara sejuk menerjah tubuh 

 15 / 22

Page 16: Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 16/22

Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Rabu, 30 November 2011 19:05

 

viii. Metafora

 

Contoh : Seronok sekali rasanya mendengar muzik alam  yang begitu asli. ,

 

entahlah, rasanya kotak fikiranku  belum dapat menjangkau sejauh itu.

ix. Personifikasi

 

Contoh: Hatiku berbunga rasa bangga 

 

Nilai

 

16 / 22

Page 17: Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 17/22

Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Rabu, 30 November 2011 19:05

i. Nilai keberanian

 

Contoh: Hartini berani memujuk Pak Morit supaya bersetuju membenarkan Satiah dirawat di hospital.

 

ii. Nilai ketabahan

 

Contoh: Penderitaan yang dialami oleh Satiah sangat menyakitkan. Walaupun dia mengalami 

kesakitan yang teruk, dia tetap meneruskan pelajarannya di sekolah berasrama 

penuh.

 

iii. Nilai bertanggungjawab

 

Contoh: Encik Hasrul merupakan seorang pegawai kerajaan yang bertanggungjawab, belia 

u sanggup menerima tawaran berkhidmat di luar Bandar untuk memajukan masyarakat di sana.

 

iv. Nilai kasih sayang

 

Contoh: Hartini sangat menyayangi Satiah sehingga dia tidak dapat menerima kenyataan pemergian rakan karibnya itu pada peringkat awal.

 17 / 22

Page 18: Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 18/22

Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Rabu, 30 November 2011 19:05

 

v. Nilai kebijaksanaan

 

Contoh: Encik Hasrul bijak menangani masalah anaknya yang difitnah mengedar pil ecstasy 

di sekolahnya 

.

 

vi. Nilai kegigihan

 

Contoh : Satiah, Ineng, Sinda, Ambok, Meramu dan rakan-rakan yang lain gigih belajar 

sehingga berjaya dalam peperiksaan PMR .

Pengajaran

 

i. Kita hendaklah ikhlas dalam persahabatan

 

Contoh: Hartini dan Satiah telah menjalin hubungan persahabatan dengan ikhlas walaupun 

berbeza kaum. Satiah menjadi teman belajar, menangis dan ketawa Hartini.

 

18 / 22

Page 19: Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 19/22

Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Rabu, 30 November 2011 19:05

 

ii. Kita hendaklah saling menyayangi.

 

Contoh: Keluarga Hartini amat menyayangi Satiah walaupun Satiah hanyalah anak angkat 

mereka dan berasal daripada anak orang Asli.

 

iii. Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah

 

Contoh: Encik Hasrul bijak menyelesaikan masalah anaknya yang telah difitnah mengedar pil 

ecstasy 

 

iv. Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan

 

Contoh: Hartini, Satiah dan rakan-rakan yang lain bersungguh-sungguh belajar secara berkumpulan untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan PMR.

 

v. Kita hendaklah berpegang kepada janji

 

19 / 22

Page 20: Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 20/22

Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Rabu, 30 November 2011 19:05

Contoh: Encik Hasrul telah menunaikan janjinya dengan mengadakan kenduri kesyukuran 

setelah Hartini dan rakan-rakannya berjaya dalam PMR 

 

vi. Kita janganlah menganiaya orang lain

 

Contoh: Junainah telah menganiaya Hartini dengan meletakkan pil ecstasy di dalam almari. P 

erbuatannya telah terbongkar dan dia telah menerima balasan.

 

Soalan

 

i. Tuliskan tema novel ini.

ii. Senaraikan 3 persoalan yang terdapat di dalam novel ini?

 

Jawapan

 

20 / 22

Page 21: Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 21/22

Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Rabu, 30 November 2011 19:05

 

i. Novel ini membawa tema keakraban dan keikhlasan persahabatan antara dua orangremaja, iaitu Hartini dan Satiah yang bersahabat baik walaupun berbeza latar belakang dan

keturunan. Persahabatan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

 

ii. Tiga persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah kasih sayang antara keluarga.Contoh: Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah begitu menyayangi keluarga Pak Morit dan

Mak Sukin sehingga mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk kebaikan anak mereka

iaitu Hartini dan Satiah. Encik Hasrul telah membawa Satiah ke hospital manakala Puan

Sarah mempelawa Mak Sukin tidur di rumahnya. Persoalan kedua

ketabahan menghadapi dugaan hidup. Contoh: Satiah yang menghidap penyakit barah

paru-paru tabah menghadapinya dan tetap meneruskan persekolahannya di Sekolah

Menengah Tanjung Bestari. Ketiga persoalan kebijaksanaan mengatasi masalah. Contoh: EncikHasrul berjaya membuktikan anaknya tidak bersalah dengan meminta kerjasama pengetua dan

beberapa pegawai polis Cawangan Narkotik supaya mengadakan pemeriksaan mengejut di

seluruh bilik asrama.

 

21 / 22

Page 22: Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu

http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 22/22

Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Rabu, 30 November 2011 19:05