Nota Fonetik Dan Fonologi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Nota Jer....

Text of Nota Fonetik Dan Fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU (BML 3043). Linguistik, fonetik dan fonologi.

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU (BML 3043)

ISI KANDUNGANBILPERKARACATATAN

1.0Apakah anda faham tentang :1.1 . Linguistik. Berikan dan huraikan tiga cabang ilmu linguistik.1.2.Cabang-cabang Lingusitik

1 b.Fonetik dan fonologi. Berikan definisi dan contoh-contohnya. Terangkan matlamat akhir pengajian fonetik dan fonologi bahasa melayu.1.2. Definisi fonetik dan fonologi.1.3.0Matlamat akhir pengajian fonologi bahasa Melayu.2.0Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai huraikan bunyi vokal asli dan bunyi konsonan asli bahasa Melayu.3. Dengan memberikan contoh yang sesuai huraikan Sistem Ejaan Baharu Malaysia-Indonesia tahun 1972. Huraikan 18 pola keselarasan vokal ejaan tersebut dan serta contoh-contoh di mana sesuai.

4.0 Kesimpulan.

5.0 Rujukan.

1.0Apakah anda faham tentang :1.1 . Linguistik. Berikan dan huraikan tiga cabang ilmu linguistik.1.1 .1 Linguistik merupakan sebuah ilmu yang mempelajari bahasa sebagai bagian kebudayaan berdasarkan struktur bahasa tersebut.1.1.2 Para antropolog telah membedakan 7 unsur kegiatan manusia/kelompok masyarakat yang mencirikan kepribadian mereka sebagai berikut dibawah ini :a.Sistem sara hidupb.Sistem peralatanc..sistem masyarakatd.Sistem ilmu pengetahuane.Agamaf.Keseniang.Bahasa1.1.3.Pada mulanya bahasa dianalisis menurut fungsinya sebagai alat perekam kegiatan kebudayaan.Pengamatan bahasa dari luar atau studi di luar bahasa itu sendiri bersifat ekstralinguistik.Bahasa sendiri merupakan bagian kebudayaan dan hasil kegiatan kebudayaan itu sendiri.Linguistik modern ingin mengembalikan otonomitas bahasa.Ilmu yang memilih bahasa menjadi obyek analisis dan penelitiannya disebut LINGUISTIK.1.1.4Perkataan linguistik berasal daripada perkataan Latin iaitu Lingua yang bermaksud bahasa. Perkataan Latin ini juga digunakan dalam banyak bahasa lain yang berasal daripada bahasa Latin seperti dalam bahasa Perancis (langue,langage), bahasa Itali (lingua), atau bahasa Sepanyol(lengua) atau dalam bahasa Inggeris (linguistics) .1.1.5Langage bererti bahasa pada umumnya,contohnya semua manusia di dunia ini mempunyai bahasa.1.1.6 Langue bererti bahasa tertentu kepunyaan satu-satu kumpulan penutur tertentu,contohnya bahasa Perancis,bahasa Belanda,bahasa Jerman,bahasa Indonesia dan bahasa Melayu.1.1.7 Perkataan linguistik dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Inggeris iaitu linguistics yang dipinjam daripada bahasa Perancis iaitu linguistique1.1.8 Menurut Verhaar (1985:1), linguistik berasal daripada perkataan Latin iaitu lingua yang bermaksud bahasa. Selain itu,perkataan linguistik juga boleh ditemui dalam bahasa Perancis Langue dan Language, Itali Lingua, Sepanyol Lengua dan Inggeris Linguistics.

1.1.9 Perkataan linguistik dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Inggeris, iaitu linguistics yang dipinjam daripada bahasa Perancis, iaitu linguistique. Orang yang pandai atau faham bermacam-macam bahasa asing atau ahli bahasa dipanggil linguis, dan orang yang mengetahui atau bertutur dalam duabahasa atau banyak bahasa dikenali sebagai bilingual, atau multilingual.1.1.10 Sejarah perkembangan ilmu linguistik sebagaisalah satu disiplin ilmu moden secara relatifnya masih dianggap baharu. Di Eropah seperti Negara Britain, ilmu ini mula berkembang sekitar tahun-tahun 1960-an. Ijazah ilmu linguistik mula-mula diperkenalkan di Universiti York, Britain. Di Malaysia pula, ilmu linguistik mula diajarkan di Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan UKM pada 1 Mei 1984. Bidang ini telah mendapat perhatian hamper di semua university di Malaysia termasuklah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI.1.2.0Cabang-cabang Lingusitik1.2.1. Antara cabang linguistik itu adalah seperti linguistik umum, linguistik deskriptif, linguistik perbandingan, linguistik sejarah dan linguistik terapan.1.2.2Linguistik Deskriptif1.2.2.1 Linguistik deskriptif ialah ilmu linguistik yang memerihalkan sesuatu bahasa darisegala segi pada suatu jangka masa yang tertentu, berdasarkan bahan-bahan yangterdapat pada waktu itu. Bahan utama dalam kajian itu ialah lisan atau pertuturan yangdiperoleh daripada penutur jati. Bahasa tulisan juga termasuk sebagai bahan kajian. Olehyang demikian, linguistik deskriptif adalah pemeri struktur sesuatu bahasa sebagaimanakewujudannya. Bidang yang termasuk dalam kajian linguistik deskriptif ialah fonologi(kajian tentang bunyi), morfologi (kajian tentang kata dan pembentukannya) dan sintaksis(kajian tentang ayat). Bidang-bidang inilah yang dikaji secara saintifik. Selain itu, linguistikdeskriptif juga dikenali sebagai kajian bahasa secara sinkronik, iaitu kajian mengenaibahasa yang tertentu, pada sesuatu tempat yang tertentu, dituturkan oleh suatu golonganyang tertentu dan pada masa atau zaman yang tertentu juga.1.2.3 Linguistik Sejarah1.2.3.1 Linguistik sejarah atau historis ialah disiplin linguistik yang bersangkutan denganperkembangan sesuatu bahasa, iaitu dari zaman awal kemunculannya hinggalah ke suatutahap yang tertentu. Dengan kata lain, pakar linguis historis membuat kajian secarahistoris, misalnya peringkat untuk memperoleh data, maka kajian akan dilakukan secarasinkronik. Selepas seseorang pakar berpuas hati dengan dapatan kajian secara sinkronikmaka kajian secara diakronik akan dijalankan, iaitu membuat perbandingan antarabeberapa zaman untuk melihat perbezaan, menentukan perubahan dan perkembanganyang berlaku dalam bahasa tersebut. Perbandingan boleh dibuat dari pelbagai segi,seperti fonologi, morfologi, sintaksis, makna, ejaan, sistem tulisan, dan sebagainya.1.2.4 Linguistik Terapan1.2.4.1 Linguistik terapan atau linguistik aplikasi pula ialah bidang linguistik yang meneranganbagimana ilmu ini dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa pertamadan bahasa kedua. Oleh demikian, disiplin fonologi, fonemik, morfologi, dan sintaksis(linguistik deskriptif) sangat penting dalam penerapan ilmu bahasa.1.2.4.2Terdapat beberapa tokoh linguistik yang di dalam kelima-lima cabang tersebut. Tokohtokoh linguistik ini wujud sejak zaman tamadun Greek dan Sanskrit. Pada zaman ini tokohyang terkenal ialah Socrates, Plato, Aristotle, Stoics, Thras, Priscian dan Donatus yangmenjalankan kajian di dalam bahasa Yunani dan Romawi. Panini dan Bopp pulamenonjolkan diri mereka dengan kajian yang dijalankan di dalam bahasa Sanskrit.Di dalam abad ke-18 dan ke-19 pula muncul D. Jenish melalui bukunya Philosophisch kritische vergleichung und wurdigung von vierzehn altern und neuern sprachen Europens(1976) yang telah menjelaskan sifat-sifat bahasa. Rask dan Grimm pula mengkaji ilmutatabahasa perbandingan. Mereka mempunyai pengaruh yang kuat kepada pengkajiterkemudian. Rask mempunyai kekuatan dalam kajian linguistik sejarah. Beliaumengkajinya dari sudut etimologi (asal usul bahasa).1.2.4.3Pengkaji bahasa yang lebih terkemuka seperti Ferdinand de Saussure, Leonard Bloomfield, Reymond Firth dan Noam Chomsky. Ferdinand De Saussure dimasukkan ke dalam golongan tradisional dan golongan moden. Beliau telah mengasingkan dua istilah terpenting di dalam kajian bahasa, iaitu langue (bahasa) dan parole (pertuturan). Hasil kajian beliau yang terkenal ialah Course of General Linguistics. Bloomfield pula terkenal dengan karangannya yang berjudul Language pada tahun 1933 yang terkenal dengan analisis ayat. Reymond Firth dan Malinowski pula menghasil teori makna juga tentang keperihalan keadaan atau (Context). Firth telah menggunakan kesempatan yang sedia ada untuk mengkaji ciri-ciri prosidi, tekanan, nada suara, intonasi, dan sebagainya.1.2.4.4Noam Chomsky yang mengasaskan penghuraian bahasa berdasarkan nahu Transformasi Generatif (TG). Tatabahasa TG ini mempunyai pengaruh yang kuat di dalam perkembangan kajian tatabahasa. Di negara kita juga banyak ahli bahasa yang menyetujui pendapat Chomsky. Tatabahasa TG ini telah berkembang dengan pesat dan ekorannya lahir banyak pengikut setia Chomsky yang mengkaji aspek aspek fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.

1 b.Fonetik dan fonologi. Berikan definisi dan contoh-contohnya. Terangkan matlamat akhir pengajian fonetik dan fonologi bahasa melayu.1.2.0 Definisi fonetik dan fonologi.Bidang fonetik dan fonologi telah mengalami perkembangan yang amat panjang sebagai bidang khusus kajian bunyi bahasa umat manusia. Perkembangan kajian bidang ini dilahirkan sejajar dengan perkembangan displin-displin lain dalam linguistik.1.2.1 Definisi fonetik.1.2.1.1Abdul Hamid Mahmood (2007:16) merumuskan bahawa Fonetik mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia, iaitu mengkaji bunyi-bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya,daerah pengeluarannya dan alat-alat pengucapan yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.1.2.1.2The Penguin Dictionary (2004:1046) menjelaskanfonetik sebagai The study and classification of speech sounds.1.2.1.3Kamus Linguistik ( Harimurti Kridalaksana,1948:51) memberikan definisi fonetik sebagai Ilmu yang menyelidiki penghasilan,penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa.1.2.1.4Abdullah Hassan (1993:40) memberikan definisi fonetik sebagai Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan,pendengaran atau sifatnya...Fonetik amnya ialah pengkajian terhadap unsur-unsur dalam bentuk bunyi.1.2.1.5Ilmu fonetik ini dibahagikan kepada fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori.1.2.1.6Fonetik akustikmerujuk kepada kajian transmisi signal bunyi dari penutur kepada pendengar semasa komunikasi berlangsung. Signal bunyi yang dipindahkan ini pula terkandung di dalamnya antara lain parameter-parameter seperti frekuensi fundamental(Fo), intensiti dan durasi.Parameter-parameter ini,iaitu frekuensi fundamental(Fo) yang diukur dalam unit Hertz(Hz),intentsiti dalam unit desibel(dB) dan durasi dalam unit saat(s) mendukung fungsi makna-makna yang tertentu.Dari sudut pendengar,ketiga-tiga parameter ini dipersepsikan sebagai kelangsingan bunyi,kelantangan suara dan kepanjangan.1.2.1.7Kesemua yang terlafaz ini selari denganobjektif komunikasi dan dapat dikatakan sering kali semua ini terancang dalam minda si penutur. Keselarian ini berlangsung kerana ketiga-tiga parameter yang digunakan mendukung makna-makna yang tertentu. Norma-norma maknanya ditentukan oleh masyarakat penutur sesuatu bahasa.Sebagai contoh bunyi em dalam bahasa Melayu boleh menggantikan ya dalam ayat berikut :Hadi yang makan nasiitu? atauHalimah yang bertugasi ke Sabah? dan sebagainya. Sebaliknya jika lafaz bunyi em yang diberikan kepanjangan lafaz yang tertentu seperti :emmmmm.........Maka jawapan ya kepadasoalan-soalan di atas kini tidak lagi berlaku. Jawapan em tidak lagi dianggap bermakna emosi yang neutral . Hanya si pendengar dan si penutur yang hadir dalam konteks tersebut dapat memahami peristiwa bahasa yang sedang berlaku itu. Dia sebenarnya memahami ketentuan-ketentuan makna yang tidak pernah tertulis dalam mana-mana buku tentang fungsi-fungsi setiap ketinggian,kekuatan dan kepanjangan lafaz bunyi.Pengkaji-pengkaji dalam bidang ini menggunakan bacaan parameter ini bagi mendapatkan pola-pola tertentu dalam mendeskripsikan pemindahan signal yang berlaku itu.Signal akustik ini dinamakan sebagai osilogram yang kandungannya terdiri daripada fitur-fitur prosodi seperti kelansingan, kelantangan dan kepanjangan. Signalakustik ini boleh dianalisis dengan menggunakan program Praat bagi mendapatkan bacaan parameter Fo. Selain itu, melalui program ini juga dapat diperlihatkan bentuk spektrogram dan formannya.1.2.1.8Fonetik artikulasimerujuk kepada kajian yang mendeskripsikan cara-cara sesuatu bunyi dilafazkan. Ia melibatkan daerah dan organ artikulasi yang berfungsi melafazkan bunyi-bunyi dalam bahasa. Daerah artikulasi ialah bahagian saluran udara yang tidak bergerak tetapi disentuh oleh organ artikulasisewaktu berlakunya sesuatu lafaz. Manakala organ artikulasi pula ialah organ ujaran dalam saluran suara yang terlibat dalam pengeluaran bunyi bahasa. Organ artikulasi terbahagi kepada artikulator aktif dan artikulator pasif. Organ artikulator aktif ialah seperti lidah,bibir, lelangit lembut dan gigi bawah. Manakala artikulator pasif ialah organ dalam saluran suara yang tidak bergerak seperti gigi atas dan lelangit keras.Kajian ini melibatkan prosedur bunyi tuturan oleh organ vokal manusia,iaitu cara penutur menghasilkan bunyi dengan menggunakan organ tuturan bagi menghasilkan bunyi yang digunakan dalam tuturan dan cara bunyi tersebut diklasifikasikan dan dideskripsikan. Bunyi-bunyi dalam bahasa mempunyai daerah dan organ artikulasi masing-masing. Semuanya berbeza dan setiap satu menghasilkan perbezaan bunyi-bunyi yang diucapkan. Organ artikulasi ialah organ yang digunakan untuk menghasilkan bunyi manakala daerah artikulasi ialah kawasan yang menghasilkan sesuatu bunyi. Perbezaan daerah dan organ dalam proses menghasilkan bunyi-bunyi bahasa inilah yang menimbulkan penamaan binyi-bunyi seperti letupan bibir bersuara atau tak bersuara,sengauan bibir, geseran lelangit keras bersuara atau tak bersuara, geseran gusi dan sebagainya.1.2.1.9Fonetik auditoripula ialah kajian sebutan bunyi yang didengar dan berkaitan dengan soalan bagaimana bunyi diterima dan dikenali sebagai tuturan bunyi yang beebeza. Proses yang yang terlibat dinamakan sebagai mendekod,yang melibatkan pendengar. Penutur menukarkan maklumat yang hendak disampaikan dalam bentuk kod-kod yang tertentu seperti bunyi, kata dan ayat manakala pendengar pula mentafsirkan maklumat ini dalam otak bagi menjadikannya sebagai sesuatu yang bermakna dalam komunikasi yang berlangsung. Kajian ini berkaitan dengan kerangka psikologi, iaitu kajian persepsi respons kepada bunyi tuturan seperti yang diklasifikasikan oleh pendengar.Persepsi pendengar kepada ujaran yang terlafaz melibatkan unsur kelangsingan, kelantangan dan kepanjangan yang secara sendirinya mempunyai makna emosi tertentu. Dan makna emosi itu dapat dikatakan sebagai suatu kod yang ditentukan oleh anggota masyarakat penutur sesuatu bahasa.1.2.2 Bidang fonologimampu didefinisikanseumpama berikut:1.2.2.1 Fonologi ialah sebahagian dari cabang linguistik yang mengkaji fonem (bunyi bahasa) dalam sistem sesuatu bahasa. Bunyi bahasa yang dinamakan fon, mempunya dua representasi, iaitu representasi fonetik dan representasi fonemik. Fonologi bahasa Melayu merupakan inti kepada sistem bunyi bahasa Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:414), fonologi ialah kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.1.2.2.2. Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) pula memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.1.2.2.3Dalam Merriam Websters Collegaite Dictionary tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages.1.2.2.4Dalam World Book of Dictionary (C.L. Barnhart & R.K. Barnhart, 1981:1567), fonologi didefinisikan sebagai the systems of sounds used in a language.1.2.2.5Kamus A Dictionary of Linguistics and Phonetics 6th Edition. (David Crystal, 2008:365) mendefinisikan fonologi sebagai A branch of linguistics which studies the sound systems of languages.1.2.2.6Fonologi dalam The Penguin Dictionary (2004:1045) ditakrifkan sebagai the study of the sound systems of a language.1.2.2.7Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (Fonetik dan Fonologi, 2006) menyatakan fonologi merupakan kajian tentang sistem bunyi bahasa.1.2.2.8Nor Hashimah Jalaluddin (2000:65) pula berpendapat bahawa fonologi ialah penerangan berkenaan sistem dan pola bunyi yang wujud dalam bahasa.1.2.2.9F. Parker (1974:112), iaitu fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan..1.2.2.10Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007:17) memberi definisi fonologi ialah kajian terhadap fungsi bunyi bahasa.1.2.2.11 Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006)pula menjelaskan bahawa fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik.Fonemik merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.1.2.2.12Kamarudin Hj. Husin & Rakan (1997) dalam bukunya Pengajian Melayu 1: Ilmu Bahasa Dan Kecekapan Berbahasa, bidang fonologi ialah bidang yang mengkaji satu daripada aspek terpenting dalam bahasa iaitu bunyi.1.2.2.13 Menurut Paitoon M. Chaiyanara, (Pengenalan Fonetik dan Fonologi, 2006), merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.1.2.2.14Encyclopedia Britannica[1] dalam talian di laman sesawangnya memberi phonology,study of the sound patterns that occur within languages. Some linguists include phonetics, the study of the production and description of speech sounds, within the study of phonology."1.2.2.15Manakala P. Roach dalam bukunya Phonetics, menjelaskan fonologi sebagai the study of the distinctive sound units of a language, the patterns they form, and the rules which regulate their use (2001:111)1.2.2.16Sementara itu, menurut Arbak Othman (1983) fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptifyangmempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia.1.2.2.17Menerusi bukunya, Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia, Abdullah Hassan (1993:40) menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu.1.3.0Matlamat akhir pengajian fonologi bahasa Melayu.1.3.1 Tujuan utama kajian fonologi adalah untuk menemui prinsip-prinsip yang mendasari sistem bunyi sesuatu bahasa itu di samping menemui jumlah fonem di dalamnya. Pada umumnya, penyelidikan fonologi adalah terhadap fungsi-fungsi bunyi bahasa dalam konteks fonem, fitur distingif atau unit fonologi yang lain, yakni mengikut kerangka teori yang digunakan. Justeru bidang fonologi dapat menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu distigtif atau tidak distigtif.

1.3.1Memahami penggunaan intonasiyang betul apabila bercakap atau berucap di kalangan orang ramai mengikut kesesuaian apa yang ingin diujarkan. Contohnya tekanan merujuk bagaimana seseorang individu itu dapat menggunakan intonasi intonasi yang betul ketika bercakap atau berucap berkenaan dengan sesuatu perkara. Lazimnya ucapan yang berunsur pengajaran biasanaya menggunakan intonasi yang lembut dan tidak keras. Manakala, dalam ucapan berunsur politik umpamanya biasanya menggunakan ujaran ujaran yang agar keras intonasinya kerana penyampaiannya agenda dan perkara yang ingin disampaikan perlu ditekankan dengan lebih baik lagi.

1.3.2Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. Dengan mempunyai ilmu berkaitan bidang ini , ia membantu pembakuan bahasa Melayu. Ini keranabahasa baku berfungsi untuk menyatukan semua dialek dan variasi yang lain dan seterusnya menyatukan semua daerah dan kawasan yang lain.Bahasa Melayu baku ini merupakan bahasa Melayu yang sudah mempunyai sistem yang mantap dari segi sebutan,ejaan dan tatabahasa. Bahasa Melayu baku kini digunakan sebagai bahasa kebangsaan,bahasa rasmi, bahasa pentadbiran dan bahasa pengantar pendidikan.1.3.3Bahasa Melayu baku yang berkait rapat dengan aspek sebutan merupakan satu bahasa yang dapat menarik perhatian pelajar. Pelajar akan mudah teransang pancaindera mereka dengan sebutan yang terang. Penyebutan bahasa Melayu baku yang sempurna lagi mantap akan dapat memancarkan kesempurnaan dan memancarkan kejituan dalam aspek tertentu.

1.3.4Membezakan makna ayatjuga merupakan kepentingan suprasegmental dalam pengajaran lisan. Ini bermakna para murid akan diberi kefahaman tentang perbezaan perkataan yang lazimnya mempunyai makna yang berbezatetapi mempunyai sebutan dan ejaan yang sama. Contohnya perkataan mereka merujuk kepada beberapa orang, manakala dengan ejaan yang sama mereka juga membawa makna mencipta sesuatu yang baru. Dengan mempelajari suprasegmental dalam bahasa akan memudahkan penyampaian makna yang ingin disampaikan.

1.3.5Ilmu fonetik dan fonologi ini dapat membantu para pendidik memrunikan sebutan bunyi sesuatu bahasa terutamanya melatih murid yang gagap semasa bertutur. Terapi pertuturan merupakan salah satu aktivti yang membantu murid untuk mempunyai masalah dengan alat artikulasi ( gagap, sengau, sumbing dan sebagainya). Terapi pertuturan dijalankan, kita dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur khususnya.Murid akan dapat bertutur dengan lebih baik dari semasa ke semasa jika terapi ini terus dijalankan.Iamembantu murid menghasilkan bunyi bahasayang lebih bermakna.1.3.6Sebutan baku dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu adalah bersesuaian kerana bahasa Melayu baku telah mencapai tahap pembinaan dan pengayaan kosa kata dan struktur tatabahasa.1.3.7Bahasa Melayu baku telah berupaya untuk menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan. Bahasa Melayu baku berupaya untuk menjadi pemangkin pengaliran dan perkembangan ilmu, kemahiran dan pembentukan sahsiah murni.1.3.8Memudahkan kefahaman muriddalam pengajaran dan pembelajaran apabila mereka dapat mengetahui dan memahami perbezaan perbezaan yang wujud dalam sistem bahasa itu sendiri secara khusus.

2.0Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai huraikan bunyi vokal asli dan bunyi konsonan asli bahasa Melayu.2.0.1Komunikasi juga melibatkan bunyi. Manusia perlu menghasilkan bunyi-bunyi bahasa untuk menjayakan komunikasi secara lisan. Bunyi-bunyi bahasa yang dipertuturkan ini adalah sesuatu bunyi yang bermakna oleh masyarakat yang menuturkannya. Bunyi-bunyi ini dilafazkan melalui deretan bunyi, kelangsingan suara, dan kepanjangan yang tertentu. Makna yang difahami adalah berbeza bergantung kepada bagaimana bunyi bahasa itu diadaptasikan.

2.1 Bunyi vokal asli.

2.1.0Vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara yang dihasilkan tatakala udara daripada paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi bersuara yang dihasilkan adalah lantang dan lebih jelas daripada bunyi konsonan.. Kedudukan lidah semasa melafaz dan pembukaan bibir menentukan samada bunyi vokal yang dilafazkan itu adalah vokal hadapan, vokal tengah mahupun vokal belakang.

2.1.1.0Vokal Hadapan

2.1.1.1Bunyi yang terhasil adalah [i], [e], [] dan [a]. Alat artikulasi yang terlibat dalam menghasilkan bunyi ini ialah lidah, saiz rongga mulut, lelangit keras dan bentuk bibir. Terdapat empat pergerakan alat artikulasi ketika menyebut bunyi-bunyi vokal seperti diatas.

2.1.1.2 Vokal [i] terhasil apabila bahagian hujung lidah diletakkan pada titik yang paling tinggi di bahagian hadapan mulut. Udara yang keluar akan menggetarkan pita suara. Vokal ini dipanggil vokal depan sempit dan contoh perkataan yang disebut ialah [# hati #] (hati).

Vokal [e] pula dihasilkan hampir sama dengan vokal [i] tetapi kedudukan lidah agak ke bawah sedikit. Vokal ini dinamakan vokal separuh senpit. Dan, contoh penggunaan vokal [e] ialah [# sate #] (sate).

Vokal [] dikelaskan juga sebagai vokal depan separuh luas. Vokal ini terhasil apabila depan lidah diturunkan dua pertiga dari kedudukan yang biasa semasa bunyi [e] dilafazkan. Contohnya [# ot #] (membuat sedikit demi sedikit dalam bahasa Kedah).

Vokal [a] terhasil ketika depan lidah diturunkan ke titik paling bawah dalam rongga mulut. Lelangit lembut yang dirapatkan ke belakang tekak sehingga menutup rongga hidung menyebabkan udara yang melalui rongga mulut sambil menggetarkan suara. Contoh penggunaan vokal [a] ialah [# aku #] (aku).

2.1.2.0 Vokal belakang

2.1.2.1Terdapat beberapa jenis bunyi untuk vokal belakang iaitu [u], [o], dan [] . Alat artikulasi yang terlibat semasa menghasilkan bunyi ini adalah lidah dan juga lelangit lembut. Manakala rongga dan saiz bukaan mulut pula menentukan kadar bukaan luas. Apabila kita menyebut bunyi vokal [u] dalam perkataan bisu dan vokal [o] dalam perkataan onak, kita akan merasa getaran di bahagian bawah rahang tetapi kedudukan lidah ketika menyebut [u] adalah lebih rendah.

2.1.3.0Vokal Tengah [].

Apabila lidah diletakkan pada lantai rongga mulut, bibir akan terbuka sedikit. Udara yang melalui rongga mulut akan menghasilkan vokal [] ini. Contohnya; [# lbah #] (lebah).

2.2.0Bunyi konsonan

2.2.0.1Bunyi-bunyi bahasa yang menerima sekatan, sempitan dan geseran daripada bahagian-bahagian tekak, hidung dan rongga mulut di namakan sebagai bunyi konsonan. Terdapat 25 bunyi konsonan dalam Bahasa Melayu. Untuk mengetahui bagaimana cara lafaz dan jenis sekatan yang berlaku kita perlu menghuraikan jenis sekatan yang berlaku pada aliran udara. Bunyi letupan dihasilkan apabila berlaku sekatan kepada aliran udara daripada terlepas keluar. Sekatan ini kemudian akan dilepaskan semerta. Manakala dalam menghasilkan bunyi sengau atau nasal pula, penutupan rongga mulut berlaku sepenuhnya, tetapi udara dibiarkan keluar melalui rongga hidung dengan kedudukan anak tekak direndahkan. Dengan menghuraikan mekanisme aliran udara dan sekatan udara kita akan dapat menjelaskan bagaimana penghasilan sesuatu konsonan. Udara yang mengalir keluar perlu dispesifikasikan sama ada pulmonik, glottis, velar ataupun egresif dan ingresif. Sekatan aliran udara ini menghasilkan pelbagai jenis konsonan seperti letupan, letusan, sengau, geseran, getaran, sisian.

2.2.1.0 Konsonan Letupan

2.2.1.1 Terdapat tiga bunyi bersuara dan tiga bunyi tak bersuara dan satu glotis yang diklasifikasikan sebagai bunyi konsonan letupan dalam Bahasa Melayu. Terdapat beberapa jenis konsonan letupan, namun kesemua jenis bunyi ini berlaku apabila alat artikulasi menyentuh titik-titik artikulasi yang tertentu dalam mulut seperti gusi dan bibir. Dalam masa yang sama, udara yang terkumpul di dalam paru-paru akan terlepas secara tiba-tiba dan menghasilkan letupan.

a) Konsonan letupan dua bibir [p] dan [b].

Apabila bibir atas dan bibir bawah dirapatkan manakala lelangit lembut menjadi rapat ke dinding belakang rongga tekak maka bunyiletupan ini akan kedengaran. Keadaan ini terjadi apabila udara dari paru-paru tertahan di dalam rongga mulut dan saluran suara. Udara yang tertahan itu tadi pula akan dilepaskan serta merta. Apabila udara dilepaskan tanpa menggetarkan pita suara bunyi yang dihasilkan adalah (p),

tetapi jika udara yang dilepaskkan itu menggetrarkan pita suara, bunyi yang terhasil adalah

[b]. Contoh bunyi konsonan adalah seperti berikut.

Letupan dua bibir tak bersuara [p], [# papan #] (papan)

Letupan dua bibir bersuara [b], [# baja #] (baja)

(b) Konsonan letupan gusi [t] dan [d]

Apabila hujung lidah dirapatkan ke gusi atas, lelangit lembut akan rapat ke belakang rongga tekak. Lidah yang rapat ke gusi atas akan menyekat udara dari paru-paru. Dan apabila udara yang tersekat oleh lidah tadi dilepaskan serta merta maka bunyi letupan gusi akan terhasil. Apabila letupan gusi tidak menggetarkan pita suara, maka letupan gusi tak bersuara [t] dihasilkan. Tetapi jika ia menggetarkan pita suara maka letupan gusi [d[ pula akan dihasilkan. Contohnya adalah seperti berikut.

Letupan gusi tak bersuara [t], [# teman #] (teman)

Letupan gusi bersuara [d] , [# had #] (had)

(c) Konsonan letupan lelangit lembut [k] dan [g]

Untuk menghasilkan bunyi [k], belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk menyekat aliran pergerakan udara. Dalam masa yang sama, lelangit lembut dan anak tekak pula dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat aliran udara ke rongga hidung, ini dinamakan juga letupan lelangit lembut tak bersuara. . Untuk menghasilkan bunyi [g] pula, caranya sama sahaja dengan bunyi [k] tetapi pita suaradirapatkan. Apabila arus udara yang keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita suara, maka ia dikatakan letupan lelangit lembut bersuara .Contohnya, [# kuda #] (kuda) dan juga [# beg #] (beg)

(d) Konsonan letupan pita suara ()

Ia juga dikenali sebagai hentian glotis. Ini terhasil apabila lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk menyekat udara ke paru-paru. Contoh bunyi ini dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut:[# kata #] (katak) dan [# rayat #] (rakyat)

2.2.2 Konsonan Letusan [c] dan [j]

Konsonan letusan adalah letusan lelangit keras tak bersuara [c] dan letusa lelangit keras bersuara [j]. Kedua-duanya dihasilkan hampir sana dengan cara konsonan letupan, Cuma yang membezakannya ialah bunyi ini dilepaskan perlahan-lahan. Contohnya [# kaca #] (kaca) dan [# hujan #] (hujan).2.2.3 Konsonan Sengau (nasal)

Apabila lelangit lembut diturunkan bagi melepaskan udara dari rongga hidung keluar maka bunyi ini akan dihasilkan. Ada empat bunyi sengauan atau nasal dalam bahasa Melayu. Kesemuanya dihasilkan dengan pita suara bergetar. Mari kita teliti satiap satu.

a)Sengau dua bibir bersuara [m]

Dua bibir yang dirapatkan menghasilkan bunyi ini. Ia dinamakan sengauan dua bibir bersuara [m]. Contohnya adalah seperti [# alim #] (alim) ..

b)Sengau gusi bersuara [n]

Lelangit lembut dalam keadaan yang biasa manakala hujung lidah yang dinaikkan ke gusi menyebabkab udara melalui rongga hidung. Ini menghasilkan sengauan gusi bersuara. Contoh yang dapat diberikan ialah [# nasi #] (nasi). Sila rujuk rajah di bawah.

c)Sengau lelangit keras bersuara []

Bahagian hadapan lidah dirapatkan ke lelangit keras gusi. Udara melalui rongga hidung dan menggetarkan pita suara. Contohnya seperti [# awa #] (nyawa).

d)Sengau lelangit lembut bersuara []

Konsonan ini terhasil dengan belakang lidah diangkat dan dirapatkan ke lelangit lembut. Semasa bunyi dilafazkan pita suara bergetar. Contoh: [# laya-laya #] (layang-layang).

2.2.4 Konsonan Geseran

Menurut Dr Abdullah Hassan, terdapat sembilan bunyi geseran dalam bahasa Melayu iaitu empat bersuara, empat tak bersuara, manakala satu lagi adalah geseran pita suara tidak dapat dipastikan samada bersuara atau tidak. Walaubagaimanapun hanya beberapa bunyi geseran sahaja yang dapat diterangkan di sini, antaranya;

a)Geseran gigi bibir [f] dan [v]

Bunyi ini terhasil apabila gigi bawah dan gigi atas dirapatkan tetapi tidak menghalang aliran udara keluar. Laluan udara yang sempit ini menyebabkan geseran berlaku. Contohnya;

Geseran gigi bibir tak bersuara [f]: [# fakir #] (fakir)Geseran gigi bibir bersuara [v] : [# novel #] (novel)

b) Geseran Lelangit keras [] dan []

Bunyi ini pula dihasilkan apabila depan lidah dinaikkan ke lelangit keras tetapi tidak rapat. Udara dari paru-paru didesak keluar melalui ruang yang ditinggalkan dan menghasilkan geseran. Contoh;

Letusan lelangit keras tak bersuara [} : [# xas #] (khas) dan [# ubuht #] (subuh)

Letusan lelangit keras bersuara [] : [# ohor #] (zohor) dan [# hai #] (haidh)

c)Geseran lelangit Lembut [x] dan []

Apabila belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut, udara dari paru-paru akan terdesak ke;luar menyebabkan bunyi geseran berlaku. Contohnya;

Geseran lelangit lembut tak bersuara [x] : (# xianat # ] (khianat)

Geseran lembut lelangit bersuara [] : [# aeb # ] (ghaib)

d)Geseran pita suara [h]

Apabila udara melalui pita suara yang tidak rapat manakala keadaan mulut seolah-seolah membunyikan vokal, bunyi geseran [h] akan dihasilkan. Contohnya: (# haba #] (haba)

2.2.5 Konsonan Getaran

Bunyi getaran [r] dihasilkan apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi menyebabkan udara keluar melalui celah lidah dan gusi. Lelangit lembut pula dinaikkan. Contoh perkataan: [# ular #] (ular)

2.2.6 Konsonan Sisian

Bunyi sisian gusi bersuara [l] dihasilkan apabila udara dilepaskan melalui kiri dan kanan lidah kerana keadaan lidah yang dinaikkan ke gusi, manakala lelangit lembut rapat ke rongga tekak. Contoh sebutan seperti [# lantai #] (lantai)

3. Dengan memberikan contoh yang sesuai huraikan Sistem Ejaan Baharu Malaysia-Indonesia tahun 1972. Huraikan 18 pola keselarasan vokal ejaan tersebut dan serta contoh-contoh di mana sesuai.

3.1Menurut Siti Hajar Abdul Aziz ( 2008 ), selepas konfrontasi, berlakulah krisis ejaan Rumi. Timbul berbagai bagai jenis sistem ejaan seperti Ejaan Universiti Malaya dan Ejaan Cadangan yang terus diamalkan, di samping Ejaan Universiti Kebangsaan, Ejaan Universiti Pertanian Malaysia dan Ejaan Sekolah. Akhirnya, pada tahun 1972, diadakan pertemuan antara Menteri Pendidikan Malaysia dengan Indonesia bagi membincangkan masalah bahasa di kedua dua buah negara.

3.2Hasil pertemuan tersebut, wujudlah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia ( SERBBM ) di Malaysia dan Pedoman Ejaan Bahasa Indonesia Yang Disempurnakan bagi negara Indonesia. Sistem ejaan ini ialah hasil perancangan bahasa pada peringkat supranasional dalam bidang sistem ejaan. Sistem ejaan tersebut telah diisytiharkan penggunaannya di kedua dua buah negara pada 16 Ogos 1972 secara serentak.

3.3Sistem ejaan bahasa Melayu telah bermula pada tahun 1904 dan diisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Ini adalah hasil kesepakatan bersama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Sistem ejaan tersebut adalah seperti berikut:

(i) Huruf vokal: a, e, i, o, u(ii) Huruf diftong: ai, au, oi(iii) Huruf konsonan: huruf selain huruf vokal(iv) Huruf konsonan gabungan: gh, kh, ny, ng, sy

3.4Huruf Konsonan

Dalam bahasa Melayu ada 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf, seperti rajah di bawah:

BunyiHurufdi depandi tengahdi belakang

/b/

/c/

/d/

/f/

/g/

//

/h/

/j/

/k/

/x/

/l/

/m/

/n/

//

//

/p/

/q/

/r/

/s/

//

/t/

/v/

/w/

/y/

/z/b

c

d

f

g

gh

h

j

k

kh

l

m

n

ng

ny

p

q

r

s

sy

t

v

w

y

(i) z(ii) xbahasa

cakap

dua

fakir

guna

ghaib

hari

jalan

kami

khusus

lekas

maka

nama

ngilu

nyata

pasang

Quran

raih

sampai

syarat

tali

vitamin

wanita

yang

zamanxenonsebut

kaca

ada

tafsir

tiga

maghrib

saham

manja

paksa

akhir

alas

kami

anak

angin

hanya

apa

wuquf

bara

asli

isytihar

mata

universiti

hawa

payung

lazat-adab

Mac

abad

maaf

beg

mubaligh

tuah

kolej

katak

tarikh

kesal

diam

daun

pening

-

siap

buraq

putar

lemas

Quraisy

rapat

-

-

-

lafaz-

3.5Huruf VokalDalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal standard. Huruf-huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialaha, e, i, o, u3.6 Kesalahan Ejaan dan ImbuhanContoh:Kesalahan EjaanSepatutnyaKesalahan ImbuhanSepatutnya

gulongangolonganperbuatan itu menyalahkan undang-undang.perbuatan itumenyalahiundang-undang.

kretifkreatifsupaya pembaca mendidik dan lahir sebagai insan yang mulia.supaya pembacaterdidikdan lahir sebagai insan yang mulia.

spisiesspesies..kepupusan pelbagai spisies haiwan, dan pemusnahan hutan.kepupusan pelbagai spesies haiwan, dankemusnahanhutan.

Penduduk di kawasan pendalamanPenduduk di kawasanpedalaman

erialaerialmasalah yang dihadap oleh mereka.masalah yangdihadapioleh mereka.

antennaantenaPenambahan kenderaan berenjinPertambahankenderaan berenjin

losyenlosenmelembuti kulitmelembutkankulit

lanskaplandskapberbuat pelbagai urusanmembuatpelbagai urusan

displindisiplinmenyintaimencintai

3.7 Penyelarasan dan Perlaksanaan Ejaan Rumi

Sistem ejaan bahasa Melayu telah bermula pada tahun 1904 dan diisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Ini adalah hasil kesepakatan bersama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Sistem ejaan tersebut adalah seperti berikut:Huruf vokal:a, e, i, o, uHuruf diftong:ai, au, oiHuruf konsonan:huruf selain huruf vokalHuruf konsonan gabungan:gh, kh, ny, ng, sy

3.8Huruf Vokal

Dalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal standard. Huruf-huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialaha,e,i,o,useperti dalam rajah di bawah.

HurufFonemdi depandi tengahdi belakang

a

e

i

o

u[a]

[][e]

[i]

[o]

[u]sapi

emakenak

itu

oleh

usangbadi

senapetak

simpan

kota

tunaslupa

imperialismetauge

sini

pidato

siku

3.9Huruf Diftong

Dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh gabungan dua huruf seperti dalam rajah di bawah:

BunyiHurufdi depandi tengahdi belakang

/ai/

/au/

/oi/ai

au

oiaising

auratauditorium

oidiumghairahtrailer

saudara

boikotpandai

harimau

amboi

3.10Sistem Keselarasan Huruf Vokal

Keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan di antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.

3.11Pola Keselarasan Huruf Vokal

Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar. Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup. Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang terlibat dengna sistemkeselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata terakhir sahaja.

Terdapat 18 pola keselarasan vokal mengikut sistem ejaan baru bahasa Melayu, iaitu:

Bil.Suku kata praakhirSuku kata Akhir TertutupContoh Penggunaan

1.aaasal talak halaman

2.aialih tarik parit

3.auasuh datuk baruh

4.e (pepet)aemas kelam selam

5.e (pepet)i betik ketil lebih

6.e (pepet)u belut telur perut

7.e (taling)aelak dewan perang

8.e (taling)e (taling) belek gelek leceh

9.e (taling)oelok belok telor

10.ia bilah kilang selinap

11.iiintip pilih sisih

12.iu pikul ribut tidur

13.oaotak borang sekolah

14.oe (taling)oleh boleh celoteh

15.ooobor borong kelompok

16.uaulat bulat ketupat

17.uiulit kulit putih

18.uuuntuk buluh seluruh

3.12 Kekecualian Keseluruhan Huruf Vokal

Kekecualian keselarasan vokal berlaku pada kata-kata asing, khususnya bahasa-bahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris. Prinsip kekecualian vokal sama dengan prinsip keselarasan huruf vokal. Pola-pola kekecualian yang dimaksudkan adalah seperti berikut:BilPolaVokalContoh Bahasa NusantaraContoh Bahasa Inggeris

1.a-e talinganeh kaget pamerkabaret panel

2.a-ocalon lapor perabotatom faktor

3.e pepet e talinggembleng

4.e pepet obendok jempolgabenor interkom

5.i-e talingimleksimen tiket

6.i-oijon pilondiftong transistor

7.u-e talingtulenuletsubjek dokumen

8.u-obunglon leluconkupon konduktor

9.a-e pepetpakemteater

10.e talinghipotesis objektif

11.e taling-upetroleum spektrum

12.e pepet e pepetdemdem pepet

13.i-e pepetisengartikel filem

14.o-ifosil hipokrit

15.o-ubonus forum

16.u-e pepetlumerskuter

17.e taling e pepetmeter

18.o-e pepetOktober

3.13Penggunaan Huruf Besar dan Huruf Kecil

3.13.1 Penggunaan Tanda Bacaa. Tanda Titik atau Noktah

Singkatan bagi gelaran, jawatan pangkat dan sisipan ditulis menggunakan titik. Contohnya: Dr. (Doktor)Sdr. (Saudara) En. (Encik) Y.A.B. (Yang Amat Berhormat) Tn. (Tuan) Y.M. (Yang Mulia) Prof. (Profesor)Kol. (Kolonel)

b Singkatan Umum

Singkatan yang sudah umum ditulis dengan menggunakan titik. Singkatan tiga huruf atau lebih menggunakan satu titik sahaja. Contohnya: b.p. (bagi pihak) s.k. (salinan kepada) u.p.(untuk perhatian) m.s. (muka surat) dsb. (dan sebagainya) dll. (dan lain-lain) hlm. (halaman) spt. (seperti)

3.13.2 Nama Khas

Huruf pertama pada semua nama khas seperti nama pertubuhan, syarikat, jabatan, jalan, taman perumahan dan cogan kata hendaklah ditulis dengan huruf besar.Contohnya:Jalan Maharani , Taman Tun Dr. Ismail

3.13.3Kata Sendi dan Kata Hubung

Huruf pertama bagi kata sendi dan kata hubung tertentu sepertiyang,di,ke,dan,atas, dan lain-lain pada tajuk ditulis dengan huruf kecil.Contohnya:Sejarah Ekonomi dan Politik di MalaysiaDiari dan Kalendar untuk Kakitangan Jabatan

3.14Ejaan Nama Tempat / Nama Khas

Pada asasnya, ejaan nama tempat dan negeri ditulis menurut arahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri masing-masing.

a.Dalam Malaysia (Sebelum 1972)Nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk sebelum tahun 1972 dikekalkan dengan ejaan cara lama. Contohnya: Bukit Kepong, Cheras, Ayer Keroh. Pekan Nyior, Kundor.

b. Dalam Malaysia (Selepas 1972)

Bagi nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk selepas tahun 1972 digalakkan menggunakan ejaan baru. Contohnya: Teluk Intan, Taman Bukit Cahaya, Teluk Air Tawar, Kampung Baharu

c.Luar Negeri (Melayu)

Nama tempat di luar negeri yang sudah biasa dieja dengan cara Melayu dikekalkan demikian. Contohnya: Kanada, Mesir.

d. Luar Negeri (Antarabangsa)

Nama tempat di luar negeri yang dieja dengan cara antarabangsa dikekalkan demikian. Contohnya:New York,Bosnia-Herzegovina

3.15 Ejaan Nama Orang

Ejaan nama orang menurut kehendak individu itu sendiri. Nama-nama yang telah wujud sebelum tahun 1972 dikekalkan dalam bentuk ejaan asal. Selepas tahun 1972, kita digalakkan menggunakan ejaan baru. Walau bagaimanapun, ejaan nama yang sah adalah seperti yang didaftarkan dalam sijil kelahiran dan dalam kad pengenalan.

3.17Penulisan Partikel

Ada empat partikel dalam bahasa Melayu iaitulah,kah,tahdanpun. Dalam ejaan baku bahasa Melayu, partikel ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya tanpa tanda sempang, seperti contoh yang berikut: Adalah, siapakah, bilatah, tolonglah, itukah, apatah

Ada dua cara menulis partikelpuniaitu:a.Ditulis Terpisah

Partikelpunyang bermaksud juga ditulis terpisah daripada kata yang ada disampingnya iaitu: Apapunyang dilakukannya tetap mendapat perhatian. Rambutnyapun tidak bersikat. Akibat terlalu lepenatan, diapunterlena.

b.Ditulis Serangkai

Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikelpuniaitu: adapun andaipun biarpun kendatipun mahupun sekalipun walaupun ataupun bagaimanapun kalaupun lagipun meskipun sungguhpun

3.18 Penggunaandidankea. Sebagai Kata Sendi

Berfungsi sebagai kata sendi untuk menunjukkan tempat atau arah ditulis terpisah daripada kata nama yang mengikutinya. Contohnya: Dari Ave Mariakejalan lainkeRoma.b. Sebagai Kata Imbuhan

Berfungsi sebagai imbuhan ditulis bercantum dengan kata selepasnya. Contohnya: dipercepatkan, kesudahan, dikenal pasti, keenam-enam.

3.19 Penulisan Tanda Sempang

Tanda sempang (-) di dalam bahasa Melayu digunakan untuk tujuan-tujuan seperti di bawah:a. Mengaitkan Kata SendiTanda sempang digunakan untuk mengaitkan kata sendikedengan angka, seperti: Ke-21, Ke-1001.

b. Merangkaikan AngkaTanda sempang digunakan untuk merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhirananseperti: Tahun 40-an, Tahun 80-an.

c. Menyatakan Hubungan

Tanda sempang digunakan untuk menyatakan hubungan antara kata-kata pada rangkai kata setara tertentu atau kata istilah seperti: Lebuh raya utara - selatan

d.Menulis Kata Ganda PenuhContohnya: Meja-meja, guru-guru.

e. Menyambung Suku KataTanda sempang digunakan untuk menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris seperti: ...mereka yang bertang- ...mesti bersabar da- gungjawab sahaja... lam banyak hal...

f. Perjelaskan UngkapanContohnya: Ber-evolusi dengan ber-revolusi

g. Merangkaikan HurufTanda sempang digunakan untuk merangkaikan huruf besar dengan huruf kecil pada kata yang sama seperti: Rahmat-Nya,Pro-Japan.

4.0Kesimpulan

Gumperz (1971), menyatakan bahawa apa yang dituturkan itu ialah bahan percakapan yang merupakan buah fikiran atau idea atau huraian sesuatu situasi atau perlakuan sosial yang diceritakan. Pendengar memahami perkara yang dilafazkan berdasarkan strukturnya yang teratur itu. Pendengar akan memilih beberapa ciri tertentu daripada percakapan itu serta menghubungkannya dengan makna tertentu daripada percakapan itu serta menghubungkannya dengan makna dan situasi umum bagi bahasa itu.

Konklusinya, bahasa terdiri daripada makna sistematik yang dikomunikasikan melalui penggunaan bunyi-bunyi atau tanda-tanda konvensional. Bahasa terdiri daripada ujaran perkataan daripada mulut atau teks yang bertulis.Bahasa yang dihasilkan melalui alat atrikulasi mausia disebut pertuturan atau ujaran iaitu satu sistem bunyi yang teratur atau percantuman bunyi yang hadir secara berturutan dan berulang-ulang. Dalam menghasilkan bunyi samada vokal mahupun konsonan terdapat tiga alat yang memainkan peranan penting iaitu alat dalaman tubuh, alat artikulasi dan daerah artikulasi. Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia pula terdiri dari bunyi bahasa dan bunyi bukan bahasa.

Terdapat dua jenis bunyi bahasa iaitu bunyi vokal yang merupakan bunyi yang dihasilkan tanpa berlaku sebarang sekatan terhadap udara dan bunyi konsonan pula sebaliknya. Oleh yang demikian, untuk mengenalpasti cara sesuatu bunyi itu dibunyikan , pengetahuan tentang alat dan daerah artikulasi sangat penting kerana kesemua bunyi adalah dihasilkan dengan penglibatan secara langsung daerah dan alat-alat artikulasi yang tertentu.

Bahasa melibatkan proses kognitif dalam menghasilkan dan memahami bunyi dan sistem tanda linguistik. Bahasa sebagai alat komunikasi boleh berlaku dalam dua cara iaitu secara lisan dan tulisan. Komunikasi dua hala melibatkan penutur dan pendengar yang memerlukan kemahiran berbahasa.Penutur harus boleh bercakap dengan jelas melalui sebutan yang betul, kemas, teratur dan berupaya untuk menggunakan jeda, tekanan dan gaya yang tepat. Pendengar pula harus mendiskriminasikan bunyi-bunyi ujaran, mendengar dengan teliti, memahami dan mentafsirkan percakapan yang didengar dan seterusnya bertindak balas terhadap apa yang didengainya itu. Bahasa sebagai alat komunikasi juga melibatkan jarak tempat dan jarak masa.Dalam bahasa Melayu secara amnya, mempunyai keunikan yang tersendiri apabila menyentuh berhubung dengan konsep fonologi kerana melalui pemahaman kita terhadapfonologi bahasa secara tidak langsung ia turut dapat memperbaiki dan menggunakan bahasa Melayu yang betul dengan sebutan, bunyi, ujaran dan keperluannya mengikut kesesuaian masa dan tempat serta tujuan maklumat yang ingin disampaikan melalui penggunaan bahasa Melayu itu sendiri.5.0Rujukan.Abdul Hamid Mahmood(2007).Linguistik Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu,Kuala Lumpur: Aslita Sdn.Bhd.Abdul Hamid Mahmood (2012:24).Modul BML 3043: Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu, Tanjung Malim, UPSI.Abdullah Hassan, (1980).Lingustik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia, Petaling Jaya : Fajar Bakti

Arbak Othman,(1984).Tatabahasa bahasa Malaysia, Kuala Lumpur : Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd.

Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar, (2006).Fonetik dan Fonologi.Batu Caves: PTS PublicationsNik Safiah Karim et. al (2006)Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kuala Lumpur : Dewan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz,(2006).Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Asmah Hj Omar, Bahasa dan Pemikiran Bahasa Melayu,(1986); Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan, edisi keempat, (2007 ); Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka..

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam, Kajian Bahasa,1986 ; Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Abdullah Bin Hassan (1982).Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia:Fajar Bakti SdnBhd, Kuala Lumpur.Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000).Linguistik Am.Kuala Lumpur:Penerbitan Sarjana.Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood. ( 2000 ).Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu,Kuala Lumpur:Affluent Master Sdn. Bhd.Dicatat olehWan Mohd Affendydi5:59 PTG

Perbezaan Fonetik dan Fonologi

1.0PendahuluanBahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut pertuturan, kalimat atau ujaran, iaitu satu sistem bunyi yang teratur atau percantuman bunyi yang hadir secara berulang-ulang atau berurutan.Bahasa berasal daripada bunyi-bunyi yang disebut bunyi-bunyi bahasa.Bahasa bertindak melalui dua bentuk iaitumelibatkan bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan melalui alat ujaran manusia dan merangsang pemikiran, situasi sosial dan makna.Kajian bunyi terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi.

1.1Definisi fonetikFonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi- bunyi itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagaiphoneyang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.Sementara Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) pula menyatakanfonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi.Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahu pun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi. (Dr. Lufti Abas, 1975).Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula mentakrifkan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut.Abdullah Hassan (2005) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji penyebutan bunyi manusia, terutama bunyi yang digunakan dalam pertuturan.

1.2Cabang-cabang fonetikBidang fonetik terbahagi kepada tiga cabang utama, iaitufonetik artikulasi, fonetikakustikdanfonetik auditori.Fonetik artikulasi mengkaji cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh manusia dan bahagian-bahagian (articulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi.Selain itu, cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur.Fonetik akustik pula mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa.Sifat fizikal yang dimaksudkan ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara.Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektogram dan osiloskop.Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud.Fonetik auditori pula mengkaji cara otak memproses bunyi yang diterima melalui telinga dan cara bunyi-bunyi tersebut diinterprestasikan.Proses yang terlibat dinamakansebagai mendekod, yang melibatkan pendengar.Penutur menukarkan maklumat yang hendak disampaikan dalam bentuk kod-kod yang tertentu seperti bunyi, kata dan ayat manakala pendengar pula mentafsir maklumat ini dalam otak bagi menjadikannya sesuatu yang bermakna dalam komunikasi yang berlangsung. (Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar, 2006).

1.3Definisi fonologiFonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa yang berkaitan senarai bunyi bahasa dan ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskan cara bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain. Tugas bidang fonologi ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara terperinci.Menurut Arbak Othman (1983), fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptifyangmempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia.Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006)pula menjelaskan bahawafonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik.Fonemik merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Syam (2005) pula,bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Abdullah Hassan (2005), pula menyatakan fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi-bunyi dalam bahasa.

1.4Perbezaan fonetik dan fonologiMenurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006), bidang fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan memberi lambang kepada bunyi tersebut.Manakala bidang fonologi pula ialah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Bunyi bahasa disusun dengan sistem dan bidang fonologi bertujuan untuk menganalisis sistem ini.Siti Hajar Abdul Aziz (2011) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia yang direalisasikan melalui lambang-lambang tertentu.Manakala fonologi pula bertugas untuk merumus, menghurai dan menjelaskan segala bentuk bunyi sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik.Fonetik ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia.Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi(fon)serta prosespenghasilanfisiologi,penerimaanauditori, danpersepsineurofizikal.ManakalaFonologiialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa yang dikenali sebagai bunyi bahasa.Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa manakala fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa.Fonemmerupakan istilah linguistik dan merupakan gabungan terkecil dalam sesuatu bahasa yang masih boleh menunjukkan perbezaan makna. Fonem berbentuk bunyi.Contohnya bunyi [k] dan [g] merupakan dua fonem yang berbeza, seperti dalam perkataan"cagar" dan "cakar".

Sebagai rumusan, didapati kedua-dua bidang ini saling melengkapiantara satu sama lain.Bagi memahami fonologi, aspek fonetik perlu dikuasai terlebih dahulu.Apabila sudah menguasai bidang fonetik, baharulah sistem bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa dapat difahami dan dihuraikan dengan sempurna.Dengan demikian dapat dilihat bahawa fonetik dan fonologi adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Garis pemisah antara kedua-duanya adalah kurang jelas walaupun ada sarjana cuba meletakkan garis pemisahnya.2.0Kepentingan kaedah fonetik kepada guru bahasa MelayuKaedah fonetik dianggap sebagai kaedah pengajaran bahasa yang saintifik.Kaedah ini dikenali juga sebagai kaedahReformatauKaedah Lisan.(Raja Mukhtaruddin, 1980).Melalui kaedah ini guru-guru boleh memulakan pengajaran dengan latihan mendengar, kemudian bergerak kepada latihan sebutan menurut susunan iaitu bunyi kepada perkataan, kemudian kepada rangkaikata, dan seterusnya kepada ayat.Kemudian, semua ini digabungkan menjadi dialog-dialog dan cerita-cerita.Melalui kaedah fonetik, tatabahasa disampaikan secara induktif, dan penulisan karangan pula berdasarkan bahan-bahan yang telah didengar dan dibaca.Kaedah fonetik ini membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui oleh pelajar dalam pembelajaran bahasa baharu.Kaedah ini membandingkan persamaan dan perbezaan bahasa yang telah diketahui oleh pelajar dengan bahasa yang telah dipelajari daripada segi bentuk-bentuk, fungsi, bunyi, struktur ayat, dan makna tetapi perbandingan daripada segi bentuk dan fungsilah yang lebih diutamakan.Kaedah ini menggunakan bahasa yang diketahui oleh pelajar untuk mempelajari bahasa baharu daripada segi bunyi dan menerangkan perihal nahu berdasarkan perbandingan antara tatabahasa yang dipelajari dengan bahasa yang diketahui.Kaedah ini mengutamakan sebutan dan bahasa yang diajar ialah bahasa pertuturan.Isi dan bahan pengajaran dipilih, dikawal, dan disusun berdasarkan penyelidikan dan perbandingan antara bahasa ibunda pelajar dengan bahasa yang diajar.Perbendaharaan kata dan ayat-ayat yang diajar kepada pelajar disesuaikan dengan keperluan, peringkat umur, jenis, dan latar belakang pelajar. (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir)Oleh sebab kaedah fonetik ini mementingkan perbandingan bentuk dan fungsi-fungsi bahasa kandung dengan bahasa kedua, maka dapatlah guru-guru menyediakan bahan-bahan pengajaran yang diajar dengan lebih tersusun dan teratur.Oleh kerana penyediaan bahan-bahan pengajaran disediakan lebih awal oleh guru, maka kanak-kanak dapat dilatih dengan lebih sempurna bagi mengenal atau memahirkan bentuk-bentuk atau corak-corak ayat yang tertentu.Dengan demikian, murid-murid mendapat asas bahasa yang kukuh.Justeru, mereka dapat memahami tatabahasa yang dipelajari dengan jelas dan tepat.Selain itu, murid-murid akan cepat bertutur dan membuat ayat dalam bahasa yang dipelajari dengan mengikut bentuk-bentuk ayat bahasa ibunda mereka sendiri.2.1Teknik Pengajaran Kaedah FonetikUntuk mengajar menggunakan kaedah fonetik, guru perlu mendahulukan pengajarannya dengan mengajar sebutan bunyi perkataan-perkataan bahasa yang dipelajari, yang ada persamaan dengan bahasa yang diketahui.Guru kemudiannya membuat latihtubi bunyi-bunyi bahasa yang dipelajari, yang mempunyai perbezaan dengan bahasa yang diketahui kerana bunyi-bunyi inilah yang menimbulkan kesulitan untuk menyebutnya.Pilih bunyi-bunyi yang tidak ada dalam bahasa ibunda kanak-kanak, misalnya kepada kanak-kanak Cina, bunyi-bunyi dasar sepertib, r, j, d, itu patut diutamakan kerana dalam bahasa mereka bunyi-bunyi dasar ini tiada perbezaan.Oleh sebab itulah terdapat kanak-kanak Cina menyebutbajusebagaimaju,bulusebagaimulu,rumahsebagailumah,rokoksebagailokok,jalansebagaiyalan,dalamsebagailalamdan lain-lain lagi.Apabila mengajar kosa kata, guru haruslah memulakan dahulu pengajaran perbendaharaan kata yang mudah yakni perbendaharaan kata yang ada persamaan dengan bahasa yang diketahui.Semasa memilih perkataan-perkatan itu hendaklah didahulukan perkataan-perkataan yang serupa.Antaranya ialah coffeedengankopi, radiodenganradio, biscuitdenganbiskut, bagdenganbeg, computerdengankomputer, dan yang seumpamanya.Ketika mengajar struktur-struktur ayat, struktur-struktur yang ada persamaan dengan bahasa yang diketahui perlulah didahulukan.Kemudian baharulah dipilih bentuk-bentuk ayat yang tiada atau berlainan dengan bahasa yang diketahuinya.2.2Konsep Membaca Kaedah FonetikKaedah belajar membaca bagi kanak-kanak sekarang telah berubah dari sistem ejaan suku kata kepada sistem bacaan secara fonetik. Pendekatan ini digunakan kerana strategi pengajarannya yang lebih dinamik berbanding sistem kaedah membaca secara tradisional. Pengajaran membaca menggunakan kaedah tradisional dikesan mengambil masa yang agak lama bagi membolehkan kanak-kanak mahir dan menguasai kemahiran membaca.Kaedah fonetik sebenarnya telah lama dipraktikkan di negara-negara maju. Kaedah fonetik memfokuskan kepada bunyi simbol huruf, berbeza dengan kaedah tradisional yang menekankan teknik penghafalan nama huruf. Kaedah ini sedikit sebanyak mengurangkan beban kanak-kanak untuk menghafal. Kaedah ini juga merupakan kaedah yang paling sesuai untuk kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca.Kaedah fonetik mensyaratkan murid mengenal dan mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf.Kaedah ini adalah berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat.Kaedah ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa.Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris.Kaedah ini boleh dimulakan dengan pengenalan bunyi huruf-huruf vokal dan konsonan seperti berikut:

a.Bunyi vokalaaaa

eeee

iiii

oooo

uuuu

b.Bunyi konsonanbbehnen

ccehppeh

ddehqqeh

ffehrrer

ggehssss

hhehtteh

jjehvvev

kkehwweh

lelyyeh

memzzez

Bunyi-bunyi tersebut kemudian digabungkan untuk membentuk suku kata, dan seterusnya kepada pembentukan perkataan yang bermakna. Guru-guru boleh menggunakan gambar-gambar ilustrasi untuk menarik minat murid-murid sebagai sokongan.Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, sebaliknya diajar bunyi-bunyi huruf.Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, sukukata pula boleh dibina, kemudian baru digabungkan suku kata-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan.Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat mudah yang menggunakan perkataan-perkataan yang telah dipelajari.

3.0KESIMPULAN

Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. Sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.Kaedah fonetik juga merupakan kaedah yang paling sesuai untuk guru-guru mengajar kanak-kanak membaca dengan cepat kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca.Hal ini adalah kerana otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membacaperkataan itu.

Rujukan

Abdullah Hassan. (2005).Linguistik am: Siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Arbak Othman.(1983).Permulaan ilmu linguistik:Suatu pengenalan konsep dan bidangkajian secara toritis.Kuala Lumpur:Sarjana Enterprise.

Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar.(2006).Fonetik dan fonologi.Kuala Lumpur:PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir.(2005).Teori bahasa:Implikasinya terhadap pengajarantatabahasa.Tanjong Malim:Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad. (2006).Teks bahasa Melayu STPM.Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd. Dain. (1980).Kaedah dan teknik mengajar bahasa:Dengan rujukan khas kepada pengajaran bahasa Melayu.Kuala Lumpur:Pustaka Ilmu.

Sheikh Roslam Sheikh Abdullah & Aminuddin Bin Mamat (2011).Modul PGSR:WAJ3104 Literasi bahasa.IPG Kampus Kota Bharu.

Siti Hajar Abdul Aziz.(2011).Bahasa Melayu I edisi kedua.Kuala Lumpur:Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Fonetik dan FonologiFONETIK DAN FONOLOGIFonetik ialah ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Fonetik mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia. Manakala Fonologi adalah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa yang bermakna itu digunakan secara sistematik untuk membentuk kata atau ujaran Menurut Crystal(1980:268)Fonologi adalah satu cabang ilmu linguistik yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa. Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.1 Fonetik ArtikulasiCabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian-bahagian (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi.Selain itu, cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator), seperti lidah, bibir, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak, dan sebagainya.2 Fonetik AkustikCabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan di sini ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud.3 Fonetik AuditoriCabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. Proses ini adalah proses yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat mujarad.Dari ketiga-tiga cabang ini, fonetik artikulasi adalah cabang yang paling diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia. Dua cabang lagi, iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana tiadanya peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran.

Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila menjelaskan perihalfonetik akustik.Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonetikakustik adalah seperti yang berikut:i.Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) menjelaskan bahawafonetik akustik mengkaji sifat bunyi itu sendiri, iaitu bagaimana gelombang udara dari paru-paru mengalami perubahan yang disebabkan oleh gangguan yang dibuat oleh alat artikulasiseperti pita suara, lidah, bibir dan sebagainya (Contoh bentuk gelombang akustik bagipenghasilan perkataan see /si:/ dalam bahasa Inggeris berasaskan sumber, Roach, P. 2001:40 ada dikemukakannya).Pendapat lain tentang Fonetik Akustikii. Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 1-2) berpendapat bahawa fonetikakustik ialah kajian fonetik yang ditakrifkan sebagai satu bidang kajian transmisi bunyi-bunyiyang dihasilkan oleh organ-organ sebutan kita.iii. Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 12) berpendapat bahawa fonetik akustik ialah bidangkajian mengenai bagaimana arus udara bergetar antara mulut penutur ke telinga si pendegardengan menggunakan alat yang dikenali sebagai spetrogram.Alat ini digunakan bagi melihatkekerapan / frekuensi dan luas getaran bunyi dalam jangka masa tertentuFONETIK AUDOTORIFonetik auditori ialah cabang fonetik yang meneliti bunyi berasaskan pendengaran terhadapbunyi bahasa yang dihasilkan, iaitu proses yang terjadi tatkala seseorang menerima bunyi danbagaimana telinga dan otak bertindak terhadap gelombang bunyi itu didengar sebagaipersepsi bahasa. Fonetik auditori juga meneliti penerima bunyi yang berasaskan nada,kelantangan dan kualiti bunyi.Pendapat Lain tentang Fonetik AuditoriSetiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila menjelaskan perihalfonetik auditori.Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonetikauditori adalah seperti yang berikut:i.Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) menjelaskan bahawafonetik auditori merupakan kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap bunyi-bunyiyang dihasilkan supaya bunyi-bunyi itu dapat diperturunkan ke dalam lambang-lambang yangtepat.Pendapat Lain tentang Fonetik Auditoriii. Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 1) berpendapat bahawa fonetikauditori ialah kajian fonetik yang mendeskripsikan cara bagaimana kita memproses danmenginterpretasi bunyi-bunyi yang dihasilkan.iii. Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 83) berpendapat bahawa fonetik auditori ialahbidang kajian berkenaan pendengaran dan proses yang wujud apabila kita menerima bunyidan bagaimana bunyi itu dirasai. Tegasnya, fonetik auditori melibatkan otak dan telinga.Tambahnya lagi, gelombang bunyi yang sampai ke telinga sebenarnya ialah getaranmekanikal bagi partikel-partikel udara. Manakala bunyi yang boleh didengar dan dirasa itutentunya mempunyai jurang frekuansi dan kepadatan tertentu.FONOLOGIFonologi ialah cabang ilmu linguistik yang meneliti sistem bunyi bahasa yang berasaskanfungsinya dalam sesuatu bahasa. Sistem bunyi bahasa yang diteliti itu merupakan sistem atauperaturan bunyi sesuatu bahasa seperti bagi menentukan bunyi atau fonem sesuatu bahasa ituwaima bunyinya distingtif (membezakan makna) atau tidak distingtif (tidak membezakanmakna). Kajian ini juga dikenali sebagai fonemik.Pendapat Lain tentang FonologiSetiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila mendefinisikanfonologi.Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonologi adalahseperti yang berikut:i.Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) mendefinisikan fonologi ialah kajian terhadap fungsi bunyi bahasa. Tegas mereka bahawa bidang fonologi menentukan sistem bunyisama ada bunyi itu distingtif (membezakan makna) atau tidakdistingtif (tidak membezakan makna). Mereka menyimpulkan bahawa matlamat akhir bidang fonologi ialah menentukan sistem bunyi atau menentukan huruf-huruf atau fonem-fonem tertentu yang seterusnnya mewujudkan sistem ejaan bagi sesuatu bahasa.

ii.Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 2) berpendapat bahawa fonologiialah kajian tentang sistem bunyi bahasa. Kata mereka lagi : -... fonologi itu sebagai perkara yang pada asasnya ialah fonetik. Cuma fonologimemerlukan konsep, istilah dan notasi fonetik sebagai unsur tambahan. Penambahan unsurfonetik ini adalah bagi menghasilkan suatu set konsep-konsep baru yang tersendiri. Malah,kajian terhadap fonologi tidak boleh berlaku sehinggalah kita mempunyai asas pengetahuanyang kukuh dalam semua aspek bidang fonetik. Bunyi-bunyi bahasa yang terdiri daripadastruktur fonik sesuatu bahasa ini dikatakan fonologi.

iii.Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 65) berpendapat bahawa fonologi ialah peneranganberkenaan sistem dan pola bunyi yang wujud dalam bahasa. Jelasnya lagi bahawa fonologimelibatkan pengkajian bahasa bagi menentukan bunyi-bunyi yang berbeza langsungmembina set rumus yang dapat menerangkan perihal mengenai perubahan set.

iv.Roach, P. (2001: 111) berpendapat bahawa fonologi sebagai the study of thedistinctive sound units of a language, the patterns they form and th rules which regulate theiruse.

v.Abdullah Hassan (1993: 40) berpendapat bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyiyang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu.

vi.Suhendra Yusuf (1998: 151) memberi definisi fonologi sebagai bidang dalamlinguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya; fonemik.

vii.Harimurti Kridalaksana ( 1984: 61) mendefinisikan fonologi sebagai bidang dalamlinguistik yang menyelidiki bunyi bahasa mengikut fungsinya.viii.Kamus Dewan Edisi Keempat(2005: 414) mendefinisikan fonologi sebagai kajiantentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.

ix.Oxford Dictionary of Current English For Malaysian Students(2005: 468)mendefinisikan fonologi sebagai the scientific study of the organization of speech sounds,especially in a particular language.

x.The Penguin Dictionary(2004: 1045) mendefinisikan fonologi sebagai the study ofthe sound systems of a language.Fonetik dan Fonologi Bahasa MelayuBermaksud pengajian yang melibatkan pengkajian terhadap bunyi-bunyi bahasa dan fungsi-fungsi bunyi bahasa dalam bahasa Melayu.Kajian F & F BM meliputi bidang bagaimana bunyi-bunyi bahasa Melayu itu dihasilkanatau dituturkan, misalnya bagaimana bunyi-bunyi vokal dan konsonan serta diftong dalambahasa Melayu itu dihasilkan.Dalam pengkajian ini akan diteliti juga, iaitu alat-alat artikulasi yang terlibat dan daerahmana pada alat tersebut yang berperanan dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dalamBM, misalnya bagaimanakah cara menghasilkan bunyi vokal hadapan, vokal tengah danvokal belakang.Juga akan diteliti ialah perbagai bunyi konsonan dalam BM, misal konsonan letupan,letusan, geseran, sengau, separuh vokal dsg serta bunyi diftong (au, ai dan oi).

Perbezaan Fonetik dan Fonologi

Fonetik merujuk kepada bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Fonologi pula sebagai satu cabang ilmu yang mengkaji selok-belok tentang sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak.Perbezaan antara kedua-dua bidang kajian ini dapat dijelaskan menerusi jadual berikut:FonetikFonologi

Fenomena bunyi atau pertuturan manusia seluruhnya.Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa.

Asas kepada kajian fonologi.Input kepada kajian linguistik tinggi, iaitu morfologi dan sintaksis.

Tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia, tidak dapat menghalusi segala variasi bunyi tersebut dan tidak dapat menghuraikan sistem bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh manusia dengan sempurna.Dapat merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci dengan tujuan untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik.

(Jadual 2.1: Diadaptasi daripada Siti Hajar Abd. Aziz, 2008:90) Selain daripada dapatan di atas, perbezaan fonetik dan fonologi dapat disimpulkan antara lain, i) Fonetik ialah kajian tentang sifat-sifat semula jadi, produksi dan persepsi bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan; ii) Kajian fonetik dapat dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu fonetik akustik, fonetik atrikulasi, dan fonetik auditori; iii) Bidang fonetik mengkaji unsur setiap bunyi; dan iv) Bidang fonetik menghasilkan transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa. Manakala bagi medan fonologi ialah i) Fonologi merupakan kajian tentang sistem bunyi bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut secara umum; ii) Kajian fonologi adalah berkaitan dengan hubungan antara butir-butir lekasikal dengan butir-butir lekasikal lain yang membentuk ayat; iii) Bidang fonologi mengkaji pola-pola intonasi; dan iv) Justifikasi bidang fonologi membentuk sistem ejaan sesuatu bahasa.Dicatat olehKamsany Bin Suhaimidi3:21 PG0 ulasanE-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke PinterestLabel:Bahasa Melayu,Fonetik,Fonologi,PendidikanDefinisi Fonologi

Berikut disertakan beberapa butiran berkaitan definisi bagi bidang fonetik:i.MenurutKamus Dewan Edisi Keempat(2007:414),fonologi ialah kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.ii.Kamus Linguistik(Harimurti Kridalaksana,1984:51) pula memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.iii.DalamMerriam Websters Collegaite Dictionary tenth edition(1996:874) fonologi dihuraikan sebagai the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages.iv.DalamWorld Book of Dictionary(C.L. Barnhart & R.K. Barnhart, 1981:1567), fonologi didefinisikan sebagaithe systems of sounds used in a language.v.KamusA Dictionary of Linguistics and Phonetics 6th Edition. (David Crystal, 2008:365) mendefinisikan fonologi sebagaiA branch of linguistics which studies the sound systems of languages.vi.Manakala fonologi dalamThe Penguin Dictionary(2004:1045) ditakrifkan sebagaithe study of the sound systems of a language.vii.EncyclopediaBritannica[1]dalam talian di laman sesawangnya memberi phonology, study of the sound patterns that occur within languages.Some linguists include phonetics, the study of the production and description of speech sounds, within the study of phonology."viii.Universiti Pennsylvania, Bahagian Linguistik melalui laman sesawangnya menjelaskan fonologi ialah Phonology is the study of the mental representations of the sound units of language and the rules that govern how mental phonemes are realized in various contexts. Phonology is also concerned with metrical and syllable structure.[2]ix.Sementara itu, menurut Arbak Othman (1983) fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptifyangmempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia.x.Menerusi bukunya,Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia,Abdullah Hassan (1993:40) menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu.xi.Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007:17) memberi definisi fonologi ialah kajian terhadap fungsi bunyi bahasa.xii.Di samping itu, sarjana tersohor Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006)pula menjelaskan bahawafonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik.Fonemik merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.xiii.Menurut Kamarudin Hj. Husin & Rakan (1997) dalam bukunyaPengajian Melayu 1: Ilmu Bahasa Dan Kecekapan Berbahasa, bidang fonologi ialah bidang yang mengkaji satu daripada aspek terpenting dalam bahasa iaitu bunyi.xiv.Definisi fonologi mengikut Paitoon M. Chaiyanara, (Pengenalan Fonetik dan Fonologi, 2006), merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.xv.Manakala Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (Fonetik dan Fonologi, 2006) menyatakan fonologi merupakan kajian tentang sistem bunyi bahasa.xvi.Nor Hashimah Jalaluddin (2000:65) pula berpendapat bahawa fonologi ialah peneranganberkenaan sistem dan pola bunyi yang wujud dalam bahasa.xvii.Definisi lain antaranya adalah yang dihuraikan oleh F. Parker (1974:112), iaitu fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Manakala P. Roach dalam bukunyaPhonetics, menjelaskan fonologi sebagaithe study of the distinctive sound units of a language, the patterns they form, and the rules which regulate their use(2001:111).[3] Rumusan yang boleh dibuat dari berbagai contoh definisi di atas,fonologiialah sebahagian dari cabang linguistik yang mengkaji fonem (bunyi bahasa) dalam sistem sesuatu bahasa. Bunyi bahasa yang dinamakan fon, mempunya dua representasi, iaitu representasi fonetik dan representasi fonemik.Fonologi bahasa Melayu merupakan inti kepadasistem bunyi bahasa Melayu. Tujuan utama kajian fonologi adalah untuk menemui prinsip-prinsip yang mendasari sistem bunyi sesuatu bahasa itu di samping menemui jumlah fonem di dalamnya. Pada umumnya, penyelidikan fonologi adalahterhadap fungsi-fungsi bunyi bahasadalam konteks fonem, fitur distingif atau unit fonologi yang lain, yakni mengikut kerangka teori yang digunakan. Justeru bidang fonologi dapat menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu distigtif atau tidak distigtif.

[1]http://www.britannica.com/EBchecked/topic/457313/phonology[2]http://www.ling.upenn.edu/research/phonology.html[3]Abdul Hamid Mahmood (2012:24),Modul BML 3043: Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu, Tanjung Malim, UPSI.

Dicatat olehKamsany Bin Suhaimidi3:09 PG0 ulasanE-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke PinterestLabel:Bahasa Melayu,Fonologi,PendidikanPengenalan Fonetik dan Fonologi

Konsep penting sesuatu bahasa yang dipersetujui oleh ramai ahli bahasa ialah bunyi. Aspek kajian bunyi dalam bahasa diwakili oleh dua komponen utama linguistik deskriptif, iaitu fonetik dan fonologi. Bidang kajian ilmu bahasa ini juga sebagaimana kajian linguistik yang lain, melibatkan banyak teori, prinsip, konsep dan unsur-unsur linguistik. Fokus kajian fonetik dan fonologi sebagai salah satu daripada cabang ilmu linguistik adalah meneliti dan menganalisis pelbagai sudut dan selok-belok bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia dalam pertuturan dan berkaitan fungsinya dalam sistem bahasa.Asal usul perkataan fonetik menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagaiphoneyang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Manakala bagi istilah fonologi,Abdul Chaer (2003:102)[1]menjelaskan secara etimologi istilah fonologi ini dibentuk dari kata fon yang bermakna bunyi dan logi yang berarti ilmu. Secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa fonologi pada umumnya merupakan ilmu yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa. Objek kajiannya adalah fon atau bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat ucap manusia. Sementara itu, menurut Verhaar (1983:36) istilah fonologi adalah berpadanan dengan phonologydi dalam bahasa Inggeris. Ia merupakan satu bidang khusus dalam linguistik. Pada masa lampau, di Amerika istilah fonologi ini lebih dikenali dengan sebutan phonemicstetapi lewat belakangan ini mereka telah mengubahnya dengan menggunakan istilah phonology.[2]Bunyi bahasa yang menjadi tumpuan ilmu fonetik hanyalah bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ sebutan manusia dalam pertuturan, iaitu dari segi kaedah pengeluarannya, daerah pengeluarannya, dan alat pertuturan yang terlibat dalam menghasilkan bunyi bahasa. Sementara bunyi lain yang dikeluarkan dari organ pertuturan tetapi bukan sebagai bunyi bahasa pertuturan manusia seperti bunyi batuk, bersiul, sendawa, berdaham dan berdengkur bukanlah dalam ruang lingkup kajian ilmu fonetik dan fonologi.

[1]Abdul Chaer, (2003),Linguistik Umum, Jakarta, PT Rineka Cipta.[2]Verhaar, J.W.M., (1983),Pengantar Linguistik,Yogyakarta, Gadjah Mada University Press.Dicatat olehKamsany Bin Suhaimidi2:22 PG0 ulasanE-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke PinterestLabel:Bahasa Melayu,Fonetik,Fonologi,Pendidikan

Definisi Fonologi

Berikut disertakan beberapa butiran berkaitan definisi bagi bidang fonetik:i.MenurutKamus Dewan Edisi Keempat(2007:414),fonologi ialah kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.ii.Kamus Linguistik(Harimurti Kridalaksana,1984:51) pula memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.iii.DalamMerriam Websters Collegaite Dictionary tenth edition(1996:874) fonologi dihuraikan sebagai the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages.iv.DalamWorld Book of Dictionary(C.L. Barnhart & R.K. Barnhart, 1981:1567), fonologi didefinisikan sebagaithe systems of sounds used in a language.v.KamusA Dictionary of Linguistics and Phonetics 6th Edition. (David Crystal, 2008:365) mendefinisikan fonologi sebagaiA branch of linguistics which studies the sound systems of languages.vi.Manakala fonologi dalamThe Penguin Dictionary(2004:1045) ditakrifkan sebagaithe study of the sound systems of a language.vii.EncyclopediaBritannica[1]dalam talian di laman sesawangnya memberi phonology, study of the sound patterns that occur within languages.Some linguists include phonetics, the study of the production and description of speech sounds, within the study of phonology."viii.Universiti Pennsylvania, Bahagian Linguistik melalui laman sesawangnya menjelaskan fonologi ialah Phonology is the study of the mental representations of the sound units of language and the rules that govern how mental phonemes are realized in various contexts. Phonology is also concerned with metrical and syllable structure.[2]ix.Sementara itu, menurut Arbak Othman (1983) fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptifyangmempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia.x.Menerusi bukunya,Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia,Abdullah Hassan (1993:40) menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu.xi.Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007:17) memberi definisi fonologi ialah kajian terhadap fungsi bunyi bahasa.xii.Di samping itu, sarjana tersohor Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006)pula menjelaskan bahawafonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik.Fonemik merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.xiii.Menurut Kamarudin Hj. Husin & Rakan (1997) dalam bukunyaPengajian Melayu 1: Ilmu Bahasa Dan Kecekapan Berbahasa, bidang fonologi ialah bidang yang mengkaji satu daripada aspek terpenting dalam bahasa iaitu bunyi.xiv.Definisi fonologi mengikut Paitoon M. Chaiyanara, (Pengenalan Fonetik dan Fonologi, 2006), merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.xv.Manakala Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (Fonetik dan Fonologi, 2006) menyatakan fonologi merupakan kajian tentang sistem bunyi bahasa.xvi.Nor Hashimah Jalaluddin (2000:65) pula berpendapat bahawa fonologi ialah peneranganberkenaan sistem dan pola bunyi yang wujud dalam bahasa.xvii.Definisi lain antaranya adalah yang dihuraikan oleh F. Parker (1974:112), iaitu fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Manakala P. Roach dalam bukunyaPhonetics, menjelaskan fonologi sebagaithe study of the distinctive sound units of a language, the patterns they form, and the rules which regulate their use(2001:111).[3] Rumusan yang boleh dibuat dari berbagai contoh definisi di atas,fonologiialah sebahagian dari cabang linguistik yang mengkaji fonem (bunyi bahasa) dalam sistem sesuatu bahasa. Bunyi bahasa yang dinamakan fon, mempunya dua representasi, iaitu representasi fonetik dan representasi fonemik.Fonologi bahasa Melayu merupakan inti kepadasistem bunyi bahasa Melayu. Tujuan utama kajian fonologi adalah untuk menemui prinsip-prinsip yang mendasari sistem bunyi sesuatu bahasa itu di samping menemui jumlah fonem di dalamnya. Pada umumnya, penyelidikan fonologi adalahterhadap fungsi-fungsi bunyi bahasadalam konteks fonem, fitur distingif atau unit fonologi yang lain, yakni mengikut kerangka teori yang digunakan. Justeru bidang fonologi dapat menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu distigtif atau tidak distigtif.

[1]http://www.britannica.com/EBchecked/topic/457313/phonology[2]http://www.ling.upenn.edu/research/phonology.html[3]Abdul Hamid Mahmood (2012:24),Modul BML 3043: Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu, Tanjung Malim, UPSI.

Jenis-Jenis Fonetik

KamusA Dictionary of Linguistics and Phonetics 6th Edition. (David Crystal, 2008:363) mengkategorikan fonetik seperti berikut:Three branches of the subject are generally recognized: (a)articulatory phoneticsis the study of the way speech sounds are made (articulated) by the vocal organs; (b)acoustic phoneticsstudies the physical properties of speech sound, as transmitted between mouth and ear; (c)auditory phoneticsstudies the perceptual response to speech sounds, as mediated by ear, auditory nerve and brain. EncyclopediaBritannicapula menghuraikan cabang kajian fonetik sebagaimana di bawah:It deals with the configurations of the vocal tract used to produce speech sounds (articulatory phonetics), the acoustic properties of speech sounds (acoustic phonetics), and the manner of combining sounds so as to make syllables, words, and sentences (linguistic phonetics).[1] Menurut bukuPengenalan Fonetik dan Fonologi, (Paitoon M. Chaiyanara, 2006)[2]bidang fonetik dapat dipecahkan kepada dua cabang, iaitufonetik fisiologidanfonetik akustik. Verhaar (1983:12) menerusi bukunyaPengantar Linguistikberpendapat bahawa dengan berdasarkan aspek bunyi bahasa, fonetik dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori.

[1]http://www.britannica.com/EBchecked/topic/457255/phonetics[2]Paitoon M. Chaiyanara, (2006),Pengenalan Fonetik dan Fonologi,Kuala Lumpur,DBP.

Dicatat olehKamsany Bin Suhaimidi3:29 PG0 ulasanE-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke PinterestLabel:Bahasa Melayu,Fonetik,PendidikanPerbezaan Fonetik dan Fonologi

Fonetik merujuk kepada bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Fonologi pula sebagai satu cabang ilmu yang mengkaji selok-belok tentang sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak.Perbezaan antara kedua-dua bidang kajian ini dapat dijelaskan menerusi jadual berikut:FonetikFonologi

Fenomena bunyi atau pertuturan manusia seluruhnya.Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa.

Asas kepada kajian fonologi.Input kepada kajian linguistik tinggi, iaitu morfologi dan sintaksis.

Tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia, tidak dapat menghalusi segala variasi bunyi tersebut dan tidak dapat menghuraikan sistem bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh manusia dengan sempurna.Dapat merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci dengan tujuan untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik.

(Jadual 2.1: Diadaptasi daripada Siti Hajar Abd. Aziz, 2008:90) Selain daripada dapat