View
32
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Kepentingan Dua Kalimah Syahadah kepadaKehidupan• Cara pandang dua kalimah syahadah• Paradigma Syahadatain vs ParadigmaFatamorganamenerangkan konsep shahadah dengan jelas.
5/22/2018 Nota Complete Shahadah
1/111
Ya Allah sesungguhnya akumemohon kepada mu ilmuyang bermanfaat rezeki yang
5/22/2018 Nota Complete Shahadah
2/111
Seminar Syahadah
1
Kandungan
Topik Muka Surat
Adab Penuntut Ilmu 2
Slot 1 (Syahadah dan Pembatalnya)
Kelebihan Syahadah 3
Mahu Memeluk Islam 8
Syarat Sah Syahadah 10
Maksud Tauhid 16
Syirik 22
Slot 2 (Sirah Nabawiyyah)
Nasab Rasulullah sallallahu alaihi wasallam 50
Kelahiran Rasulullah sallallahu alaihi wasallam 51
Perlantikan Sebagai Rasul 55
Dakwah Bermula 59Penentangan Bemula 62
Tahun Kesedihan 66
Kewafatan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam 69
Karakteristik Rasulullah sallallahu alaihi wasallam 77
Isteri-Isteri Rasulullah sallallahu alaihi wasallam 79
Slot 3 (Hak-Hak Rasulullah sallallahu alaihi
wasallam)
Kewajipan Kepada Rasulullah sallallahu alaihi
wasallam 83
Kesilapan Dalam Mencintai Rasulullah sallallahu
alaihi wasallam 99
Slot 4 (Kesan Tauhid Kepada Kehidupan) 104
5/22/2018 Nota Complete Shahadah
3/111
Seminar Syahadah
2
Adab Penuntut Ilmu
1. Ikhlas kerana Allah.
2. Menumpukan perhatian kepada majlis ilmu.
3. Menghormati ilmuan yang sedang mengajar di hadapan.
4. Bersabar jika kita melihat pada guru kita sesuatu yang kita tidak suka.
5. Jika ada perkataan ilmuan atau isi-isi yang menarik, tuliskan pada kertas warna yang
disediakan, dan tampalkan pada ruangan Dinding Hikmah
6. Menulis isi-isi penting pada ruangan kosong yang ada pada nota yang disediakan.
7. Elakkan berbual-bual ketika majlis ilmu berlangsung. Jika mempunyai kemusykilan, ajukan
soalan kepada pembentang dan bukannya kepada rakan di sebelah.
8. Seandainya mempunyai soalan, tulis dan letakkan pada kotak yang disediakan. Soalan juga
dibenarkan secara lisan ketika sesi soal jawab berlangsung.
9. Pastikan telefon bimbit dimatikan atau berada dalam keadaan 'silent mode'. Elakkan daripada
menggunakan telefon bimbit semasa penceramah semasa majlis ilmu.
10. Tundukkan pandangan. Ketika peserta Muslimah bertanyakan soalan, peserta lelaki
hendaklah memandang ke hadapan dan bukan melihat ke arah Muslimah tersebut, begitu juga
sebaliknya.
11. Berada di dalam dewan 5 minit sebelum slot bermula.
12. Berusaha untuk berada dalam majlis ilmu sehingga selesai kecuali apabila ada keperluan
mendesak yang tidak dapat dielakkan.
13. Mengikut arahan yang diberikan oleh pengerusi majlis agar majlis ilmu berjalan lancar.
5/22/2018 Nota Complete Shahadah
4/111
Seminar Syahadah
3
Kelebihan Syahadah
Pasti Akan Masuk Syurga : : " : : .Daripada Muaz bin Jabal radiallahu anhu, beliau berkata: Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda:
Wahai Muaz, adakah engkau tahu apakah hak Allah ke atas hamba-hambaNya? Muaz menjawab: Allah
dan rasulNya lebih mengetahui.
Baginda pun berkata: Iaitu mereka hendaklah menyembahNya dan tidak menyekutukanNya dengan
sesuatu apa pun.
: : Baginda bertanya lagi: Adakah engkau tahu apakah hak hamba-hamba kepada Allah? Muaz menjawab:
Allah dan rasulNya lebih mengetahui. Baginda pun menerangkan: Iaitu untuk tidak mengazab mereka.
Orang-orang yang beriman dan tidak menodai keimanan mereka dengan kezaliman, mereka itulah
orang-orang yang mendapat ketenteraman dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.
[Al-Anam, surah ke 6 : 82+
" : " : :
Ubadah bin Somit radiallahu anhu meriwayatkan Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: Sesiapa
yang bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah yang Esa dan tiada sekutu bagiNya,
bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya, bahawa Isa (Jesus) adalah hamba Allah dan
utusanNya, bahawa kalimat-Nya yang disampaikan kepada Maryam, serta ruh daripadaNya, dan
(bersaksi bahawa) syurga itu benar, neraka juga benar, maka Allah pasti memasukkanya kedalamsyurga, betapapun amal yang telah dilakukannya, dalam riwayat lain : (dimasukkan ke dalam syurga)
melalui mana-mana pintu daripada lapan pintu syurga yang orang itu kehendaki.
[Sahih al-Bukhari, Kitab Ahadis al-Anbiya, hadis no : 3204+
5/22/2018 Nota Complete Shahadah
5/111
Seminar Syahadah
4
Di dalam satu majlis para sahabat telah bertanya tentang seorang lelaki bernama Malik bin Ad-
Dukhsyun. Sahabat yang lain menjawab: Dia adalah golongan munafiq yang tidak mencintai Allah dan
rasulNya. : : :
(Mendengar perkataan tersebut) Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pun berkata: Jangan berkata
sedemikian rupa. Tidakkah engkau melihat bahawa dia pernah berkata tiada tuhan yang berhak
disembah selain Allah, dan dia mengharapkan keredhaan Allah (dengan perkataannya itu). Para sahabat
menjawab: Allah dan rasulNya lebih mengetahui.Sesungguhnya kami melihat dia bersama-sama kaum
munafiq. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya Allah telah mengharamkan
neraka kepada sesiapa yang berkata tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah, dan orang itumengharapkan dengan kata-katanya keredhaan Allah.
[Sahih al-Bukhari, Kitab as-Solat, hadis no: 410]
Adakah ini bermaksud mereka yang banyak melakukan dosa selagi mana tidak syirik tidak akan diazab
langsung secara pasti?
Shaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin rahimahullah menerangkan dalam Al-Qaul Al-Mufid:
]23]::Hadis ini bermaksud bahawa Allah tidak mengazab orang yang tidak mempersekutukannya dengan
sesuatu pun dan maksiat-maksiat yang dilakukan akan diampuni apabila tauhid benar-benar
direalisasikan. Rasulullah sallallahu alaihi wassalam melarang daripada menyampaikan hal ini supaya
orang ramai tidak hanya bergantung kepada berita gembira ini dan tidak melaksanakan tuntutan-
tuntutan tauhid. Ini kerana tauhid yang benar akan membawa kepada menjauhi maksiat. Maksiat timbul
disebabkan hawa nafsu. Ini juga merupakan satu jenis syirik. Allah taala berfirman: Adakah kalian tidak
melihat orang yang menjadikan hawa nafsu mereka sebagai sesembahan? [al-Jatsiyah : 23]
5/22/2018 Nota Complete Shahadah
6/111
Seminar Syahadah
5
Kalimah Yang Paling Mulia: " : : : : : : :
: " .
Abu Said al-Khudri radiallahu anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Musa
berkata: Wahai tuhan ku. Ajarkan kepada aku sesuatu untuk aku mengingati Mu dan berdoa kepada Mu
dengannya. Allah menjawab: Wahai Musa, sebutlah : Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah.
Musa berkata: Wahai tuhan ku, semua hamba-hamba Mu mengucapkan perkataan ini. Allah menjawab:
Sebutlah: Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah. Musa menjawab: Sesungguhnya aku mahukan
sesuatu yang khusus untuk diri ku. Allah menjawab: Wahai Musa, seandainya penghuni tujuh petala
langit dan bumi diletakkan pada pada timbangan, dan kalimah tiada tuhan yang berhak disembahselain Allah diletakkan pada timbangan, nescaya kalimah tiada tuhan yang berhak disembah selain
Allah adalah lebih berat daripada mereka.
[Sahih Ibn Hibban, Kitab at-Tarikh, hadis no : 6353]
Allah Sudi Mengampuni Dosa-Dosa Yang Lain : : " :
. " : .
Anas bin Malik radiallahu anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:
Allah berkata: Wahai anak Adam. Selagi mana engkau berdoa dan mengharapan kepada Ku, nescaya Aku
ampuni apa sahaja yang engkau lakukan, Aku tidak kisah. Wahai anak Adam. Jika dosa mu melangit
tinggi, kemudia engkau memohon keampunan Ku, Aku akan ampuni diri mu, Aku tidak kisah. Wahai
anak Adam, seandainya engkau datang kepada ku dengan dosa seluas bumi, dan engkau bertemu
dengan Aku dalam keadaan engkau tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku
akan datang kepada mu dengan seluas keampunan.
[Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Daawat, hadis no: 3491, hasan gharib]
Apakah kedudukan orang yang melakukan kezaliman tetapi tidak syirik kepada Allah.
5/22/2018 Nota Complete Shahadah
7/111
Seminar Syahadah
6
: ]:116[Pelaku dosa besar (yang tidak syirik) terselamat daripada kekal di dalam neraka, akan tetapi ia tidak
terselamat daripada azab neraka (yang sementara). Ini semua bergantung kepada kehendak Allah. Allah
berfirman: Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa menyekutukannya dan mengampuni dosa-dosa
lain untuk sesiapa yang dikehendaki. [al-Nisa : 116] (Al-Qaul Al-Mufid)
Dosa Ketika Bukan Islam Terhapus : :
: :
: : : : : " : : :
" Ibn Syimasah al-Mahriy berkata: Kami menziarahi Amru bin al-As ketika beliau menghampiri saat
kematiannya. Beliau menangis dengan tangisan yang panjang, dan menghadapkan wajahnya ke dinding.
Anak lelakinya berkata: Wahai ayah ku, bukankah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pernah
menyampaikan berita gembira kepada engkau, bukankah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pernah
menyampaikan berita gembira kepada engkau. Amru bin al-As pun memalingkan wajahnya lalu
berkata: Sesungguhnya perkara paling baik yang kami tahu ialah penyaksian bahawa tiada tuhan yang
berhak disembah selain Allah dan Muhammad adalah utusan All