Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/7/2019 Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal

    1/24

    Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal (lahir 25 September 1991 di Kota Bharu, Kelantan)

    adalah pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2008. Beliau mendapat 20 A, iaitu 19

    1A dan satu 2A. Beliau juga telah mendapat 10A1 di dalam Sijil Menengah Ugama.

    Nik Nur Madihah dilahirkan di Hospital Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak sulung

    kepada pasangan Nik Mohamad Kamal bin Husin dan Mariyani binti Omar. Ayahnya ialah

    seorang nelayan yang berasal dari Kampung Pulau Panjang dan ibunya ialah seorang pencuci di

    Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Beliau menghabiskan masa kanak-kanaknya sehinggalah

    dewasa sebuah rumah usang yang mempunyai dua bilik kecil di Kampung Parang Puting,

    Pengkalan Chepa.

    Pondok kecil beliau yang menjadi tempat beliau sekeluarga berteduh daripada hujan dan panas.

    Rumahnya pula tak semewah rumah orang lain. Ayahnya menyewa dengan RM90 sebulan.

    Ruang untuk belajar juga adalah terhad. Malah tidak ada bilik khusus sebagai tempat beliau

    mentalaah pelajaran. Ruang tamulah menjadi tempat beliau mengulangkaji pelajaran setiap hari.

    Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota

    Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar

    cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

    Nik Nur Madihah tidak menganggap dirinya genius, malah waktu belajarnya juga tidak menentu.

    Beliau juga tidak mengikuti kelas tambahan, belajar juga tak ada jadual. Tetapi kata beliau,

    Saya belajar bila terasa nak belajar tanpa terpaksa atau dipaksa. Itulah rahsia kejayaan beliau.

    Menurutnya, dia menjadikan kejayaan pelajar cemerlang negara, Azali Azlan yang memperoleh

    21 A dalam keputusan SPM tahun 2007 sebagai pembakar semangat.

  • 8/7/2019 Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal

    2/24

    Nur Madihah memperoleh 1A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,

    Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Kesusasteraan Melayu dan Geografi.

    Dia turut mendapat A1 dalam Bahasa Arab Tinggi, Matematik Tambahan, Perdagangan, Prinsip

    Perakaunan, Ekonomi Asas, Fizik, Kimia, Tasawwur Islam, Pendidikan Al-Quran dan As-

    Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, English for Science and Technology (EST) dan mendapat

    satu 2A dalam Biologi.

    Nur Madihah cuma menyasarkan A bagi 18 mata pelajaran dan bersyukur kerana dia mampu

    melakukan sesuatu yang lebih baik walaupun tidak dapat memecah rekod Azali Azlan, bekas

    pelajar SMK Agama Yan, Kedah yang memperoleh 20 1A dan satu 2A.

    Keputusan SPM Nik Nur Madihah bagaimanapun telah mengatasi rekod yang dipegang oleh dua

    pelajar cemerlang SPM 2006 di peringkat negara iaitu Nadiah Amirah Jamil dan Siti Fatimah

    Mukhtar.

    Siti Fatimah yang belajar di sekolah yang sama dengan Nur Madihah, memperoleh keputusan 18

    A dengan 17 1A dan 1 2A pada 2006 sekali gus mencatat sejarah pencapaian tertinggi di

    Kelantan pada tahun itu.

    Ditanya tentang pencapaiannya itu, Nur Madihah memberitahu, dia tidak mempunyai jadual

    waktu yang tetap.

    ''Saya belajar setiap masa yang terluang dan belajar apabila terasa mahu belajar tanpa terpaksa

    atau dipaksa," ujarnya yang memperoleh 9 A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dua

    tahun lalu.

  • 8/7/2019 Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal

    3/24

    Dia yang bercadang melanjutkan pengajian di Asia Barat memilih jurusan fizik kerana

    mendapati kurang orang Melayu menerokai bidang tersebut.

    Rutin harian beliau macam pelajar biasa juga. Pergi dan balik sekolah. Kemudian menunaikan

    kewajipan sebagai pelajar Islam dan sebagai seorang anak, sama seperti pelajar-pelajar biasa.

    Beliau tidak mempunyai waktu bangun tidur yang tetap. Jika beliau tidur awal, beliau akan

    bangun pada pukul 4 atau 5 pagi. Kadang-kadang beliau akan belajar sehingga pukul 2 pagi,

    tidur dan bangun pada subuh keesokan harinya. Beliau belajar seperti orang lain juga. Beliau

    baca buku seperti orang lain juga. Cuma apa yang lebih mungkin dari segi kesedaran yang beliau

    membawa tanggungjawab yang besar. Beliau sedar, beliau adalah harapan ibu bapa dan ingin

    mengubah nasib mereka. Jadi beliau kena selalu memotivasikan diri, kuatkan diri dan selalu

    dekatkan diri dengan Allah SWT kerana hubungan kita dengan Allah itulah yang berikan kita

    kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini. Pertama sekali, yang paling penting ialah fokus

    seratus peratus di dalam kelas. Beliau tidak mengambil mana-mana kelas tuisyen di luar dan

    bergantung seratus-peratus dengan pelajaran di sekolah. Jika ada perkara yang beliau tidak

    faham, beliau akan cepat-cepat berjumpa dengan cikgu tanpa bertangguh. Beliau suka bertanya

    soalan kepada cikgu dan selalu berjumpa dan mendapatkan nasihat dari cikgu apabila beliau

    mendapat markah yang rendah dan tidak memuaskan. Beliau sentiasa mencari masa terluang

    kerana cikgu tidak akan sempat untuk menumpukan masanya kepada beliau seorang di dalam

    kelas. Jadi beliau akan berjumpa dengan cikgu walaupun pada waktu petang.

    Terdapat banyak faktor yang mendorong Nik Nur Madiha untuk mengambil sehingga 20 subjek.

    Pertama, Islam sendiri menyuruh umatnya menuntut ilmu. Walaupun mengambil 20 subjek ini

    nampak sukar dan banyak, tetapi beliau yakin jika kita niatkan menuntut ilmu kerana Allah

    Taala, insya Allah semua itu akan jadi mudah dan akan dapat merasa kemanisan dalam

  • 8/7/2019 Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal

    4/24

    menuntut ilmu. Seterusnya adalah faktor keluarga. Pada pemerhatian beliau, kebanyakan pelajar

    terbaik datang dari keluarga yang senang. Jadi beliau cuba mengambil langkah untuk

    membuktikan bahawa kemiskinan itu bukan penghalang kejayaan seseorang. Bukan niat beliau

    untuk menunjuk-nunjuk atau membanggakan diri. Faktor yang ketiga ialah guru-guru. Guru-guru

    selalu memberi Nik Nur Madiha harapan dan ingin melihat beliau mencipta satu kejayaan untuk

    sekolah.

    Pertama sekali, Islam mengajar kita untuk berjaya. Beliau lihat di sekeliling manusia, umat Islam

    semakin diperlekehkan dan semakin ditindas. Jadi, sudah tiba masanya untuk umat Islam bangkit

    kembali dan tiada cara lain, melainkan dengan melengkapkan diri dengan ilmu. Siapa yang

    mendorong Nik Nur Madiha? Sudah tentulah ibu bapa dan guru-guru. Ibu bapa yang

    memberikan kepercayaan penuh kepada beliau untuk melihat beliau berjaya dan mengubah nasib

    keluarga. Guru-guru selalu memberikan beliau harapan dan selalu menasihatkan beliau agar

    belajar bersungguh-sungguh dan buat yang terbaik untuk kita naikkan nama pelajar Islam.

    Encik Nik Mohd Kamal, ayah kepada Nur Madihah, memberikan kepercayaan sepenuhnya

    kepada anak beliau untuk berjaya dalam pelajaran.

    Rakan-rakan semuanya membantu. Apabila beliau menyatakan untuk mengambil 20 subjek,

    mereka memberikan dorongan. Apabila Nik Nur Madiha ingin bertanya sesuatu yang saya tidak

    faham, mereka sentiasa membantu dan menyokong dari belakang. Mereka semua dari Maahad

    Muhammadi (Perempuan) sedar yang mereka memikul tanggungjawab yang besar.

    Ada juga yang mengambil banyak subjek seperti Nik Nur Madiha, tetapi tidaklah sampai 20

    subjek. Ada yang mengambil 15 sehingga 17 subjek.

  • 8/7/2019 Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal

    5/24

    Beliau hanya mengambil 12 subjek teras (belajar secara formal di sekolah). Lapan subjek lagi

    beliau belajar sendiri. Tiga dari lapan subjek tersebut mendapat bimbingan cikgu dari luar. Cikgu

    akan mengumpulkan pelajar-pelajar yang mengambil subjek tambahan dan mengadakan kelas

    pada waktu petang, hari Jumaat atau Sabtu serta pada hari cuti yang panjang.

    Kewajipan terhadap agama dan kecemerlangan dalam pelajaran adalah dua perkara yang amat

    berkaitan. Bagi Nik Nur Madiha, jika ditinggalkan salah satu, maka kita tidak akan berjaya.

    Kedua-duanya perlu diambil berat. Ini kerana, sebagai umat Islam, kita tidak mahu sekadar

    berjaya di atas dunia sahaja kerana kita yakin bahawa kehidupan selepas mati itu wujud dan kita

    yakin bahawa negeri akhirat itu adalah kehidupan yang kekal abadi. Kerana itulah, kewajipan

    terhadap agama kita perlu letakkan di tempat yang pertama. Kemudian kita terus berusaha dan

    buat yang terbaik serta kita niatkan kerana Allah Taala. Kita tidak mahu sekadar berjaya di atas

    dunia sahaja, kita mahu berjaya di akhirat juga.

    Allah SWT telah berfirman, Allah akan memberikan kejayaan kepada sesiapa sahaja yang

    berusaha, tidak kira sama ada Islam atau sebaliknya.Yang penting ialah keredhaan Allah Taala.

    Kita tidak mahu sekadar menjadi seorang pelajar yang berjaya, tetapi kita ingin juga mempunyai

    sahsiah dan peribadi yang mulia sebab kita hidup bukan hanya seorang diri tetapi kita hidup

    bermasyarakat. Biarlah kita menjadi model untuk orang lain mempelajari ajaran Islam yang

    sebenar.

    Bagi beliau, perkara yang paling pokok, paling utama, dan paling mustahak ialah pendidikan

    agama bagi pelajar Islam dan pendidikan moral bagi pelajar bukan Islam. Ini kerana bagi pelajar

    Islam khususnya, bila kita belajar tentang agama dan praktikkan apa yang dipelajari dalam

    kehidupan seharian, istilah terjebak dengan gejala sosial ini tidak akan wujud. Ini kerana Islam

  • 8/7/2019 Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal

    6/24

    ialah agama yang indah dan syumul. Inilah cara yang terbaik dan paling utama untuk

    membanteras gejala sosial. Bagi pelajar bukan Islam, kita didik mereka dengan pendidikan moral

    dan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

    Kejayaan Nur Madihah diharap menjadi pendorong kepada golongan remaja dan belia lain untuk

    berusaha mengubah nasib diri dan ummah.

    Sebenarnya terdapat ramai pelajar beraliran agama yang berjaya. Entah bagaimana, kejayaan

    mereka seperti tersembunyi. Contohnya dari sekolah Beliau sendiri, terdapat ramai bekas pelajar

    yang mengambil PhD, keluar sebagai doktor dan sebagainya. Alhamdulillah, mereka berjaya

    kerana apabila didikan agama sudah kuat, kekuatan rohani telah kukuh, insyaAllah, perkara-

    perkara lain akan jadi mudah. Cara untuk meramaikan lagi pelajar beraliran agama yang berjaya

    ialah kita perlu meletakkan mereka dan juga para ulama di tempat yang sepatutnya dan mulia

    agar masyarakat melihat para ulama sebagai peribadi yang harus disanjung dan dijadikan ikutan.

    Sebagaimana yang agama kita telah ajarkan, kita buat sesuatu biarlah kerana Allah Taala dan

    biarlah kita berbakti di jalan-Nya, walau siapapun kita. Supaya Islam boleh tumpang, atau orang

    Kelantan kata boleh tupe. Seterusnya, bagi diri saya sendiri, dalam bidang apa pun yang beliau

    ceburi kelak, Nik Nur Madiha harap dilakukan kerana Allah Taala dan cuba sedaya upaya untuk

    praktikkan segala yang dipelajari untuk berkhidmat kepada masyarakat. Walau dalam bidang

    apapun yang diceburi, kita letakkan berkhidmat kepada Allah Taala sebagai matlamat yang

    utama.

    Pertama sekali, Nik Nur Madiha pilih bidang fizik ini kerana beliau berminat dan telah jatuh

    hati sejak mula mempelajarinya. Nik Nur Madiha juga perhatikan bahawan bidang ini kurang

    dikuasai oleh orang Islam. Jadi, beliaua ingin mendalami bidang ini kerana pada pandangan

  • 8/7/2019 Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal

    7/24

    beliau, Fizik mampu memainkan peranan yang penting dalam banyak bidang terutamanya dalam

    bidang teknologi. Nik Nur Madiha merasakan penguasaan teknologi perlu untuk umat Islam

    kembali menguasai dunia.

    Pertama sekali, Nik Nur Madiha ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan adik-adik

    generasi muda, termasuk diri beliau sendiri, yang kita perlu sedar bahawa sudah tiba masanya

    untuk kita bangkit kembali dan sedar dari tidur yang lena. Maksud beliau di sini ialah, kita perlu

    belajar bersungguh-sungguh untuk menimba ilmu pengetahuan. Dengan cara itu kita akan

    mencapai kejayaan. Elakkan diri dari terlibat dengan gejala sosial kerana itu ialah jarum yang

    dicucuk pada umat Islam yang pada masa kini kita tewas. Jadi sudah tiba masanya untuk bangkit

    kembali. Sentiasa ingat bahawa kita hidup untuk Allah Taala dan kita perlu berusaha denga cara

    yang terbaik bagi meletakkan Islam pada tempatnya.

  • 8/7/2019 Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal

    8/24

    KOTA BHARU 14 Mac Kadang-kadang saya menitiskan air mata sebab kakak (panggilan

    keluarga kepada Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, gambar) terpaksa berpuasa sebab tidak

    ada wang untuk beli makanan.

    Tetapi alhamdulillah, kakak memahami keadaan keluarga. Malah kakak menjadikan ibadah itu

    sebagai rutin pada setiap hari Khamis dan Isnin sejak berumur 12 tahun.

    Demikian luahan ibu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Mariani

    Omar, 42, ketika ditanya mengenai kesusahan dia dan suami, Nik Mohd. Kamal Hussein, 41,

    membentuk seorang insan contoh.

    Katanya, biar susah bagaimana sekali pun, anak sulung daripada empat beradik itu tidak pernah

    merungut.

    Malah Nik Nur Madihah, menurutnya, melalui semua kepayahan itu dengan tabah dan

    menerimanya sebagai cabaran untuk berusaha dengan lebih keras.

    Disebabkan tak ada wang poket, kakak akan makan roti di sekolah dan kerana terlalu banyak

    makan roti, ia jadi kegemarannya. Malah dia bercita-cita belajar cara buat roti. Kata kakak, dia

    hendak buat roti banyak-banyak.

    Ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat keadaan anak begitu. Tetapi saya bersyukur

    kerana dia menerima kekurangan ini, katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

    Nik Nur Madihah, 18, anak seorang nelayan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arab

    Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah negeri ini apabila memperoleh 20 A

    dalam peperiksaan SPM 2008.

  • 8/7/2019 Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal

    9/24

  • 8/7/2019 Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal

    10/24

    Kakak tidak banyak kerenah dan agak pendiam. Dia pun tidak beritahu kami dia ambil 20 mata

    pelajaran dalam SPM sehinggalah saat-saat akhir, ujarnya.

  • 8/7/2019 Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal

    11/24

  • 8/7/2019 Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal

    12/24

    manusia mencintainya. Mungkin juga penduduk bumi mencintai wanita yang soleh dan

    istiqamah dalam menjalankan perintah Allah ini.

    "Yang pertama, jangan bercita-cita nak jadi doktor, jurutera dan sebagainya. Itu adalah

    cita-cita nak makan gaji. Tapi tanamlah azam untuk jadi orang cerdik, insya Allah kerja

    akan datang sendiri pada kita" - Nik Mohd Kamal (Ayah Madihah)

    Sangat bijak si ayah yang hanya bekerja sebagai nelayan ini. Kalaulah semua ayah di dunia ini

    punya pemikiran seperti ayah Madihah, alangkah. Ya, saya akui dengan kenyataan itu. Tetapi

    malangnya, kita sekarang, belum pun mencari ilmu, sudah sibuk-sibuk bertanyakan tentang

    berapa gaji untuk seorang doktor? Berapa gaji untuk seorang jurutera? Pendek kata, harta juga

    faktor utama dalam menuntut ilmu.

    Marilah kita belajar dari Madihah, hablu minallah hablu minannas. Jagalah hubungan dengan

    Allah tanpa mengabai hubungan dengan manusia. Jagalah hubungan dengan manusia tanpa

    melupai Allah Yang Esa.

  • 8/7/2019 Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal

    13/24

  • 8/7/2019 Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal

    14/24

  • 8/7/2019 Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal

    15/24

  • 8/7/2019 Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal

    16/24

  • 8/7/2019 Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal

    17/24

  • 8/7/2019 Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal

    18/24

  • 8/7/2019 Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal

    19/24

  • 8/7/2019 Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal

    20/24

  • 8/7/2019 Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal

    21/24

  • 8/7/2019 Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal

    22/24

  • 8/7/2019 Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal

    23/24

  • 8/7/2019 Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal

    24/24