12
Pertubuhan Kesihatan Sedunia, melalui satu siaran akhbar pada 27 Mac 2015, telah mengisytiharkan Negara Brunei Darussalam berjaya mencapai status penghapusan Penyakit Campak (Measles Elimination). Berikutan dengan pengisytiharan ini, Sijil Pengesahan Penghapusan Penyakit Campak telah disampaikan oleh Dr Shin Young-soo, Pengarah Serantau bagi Rantau Pasifik Barat, Pertubuhan Kesihatan Sedunia kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan, di satu majlis yang diadakan di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan pada 31 Mac 2015. Dengan pengisytiharan ini, Negara Brunei Darussalam menyertai beberapa buah negara lain di rantau ini sebagai negara-negara yang telah berjaya menghapuskan penyakit campak. Setakat ini, negara-negara lain di rantau ini yang telah berjaya mencapai status penghapusan penyakit campak ialah Australia, Macao China, Mongolia, Republik Korea, Jepun dan Cambodia. Terbitan Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam www.moh.gov.bn • MAC 2015 • BILANGAN 165 Majlis Pembukaan Rasmi Sukan Muhibbah Kesihatan Borneo 2015 Majlis Penutup Rasmi Sukan Muhibbah Kesihatan Borneo 2015 Majlis Perasmian Kursus Kebangsaan Hazmat Kali Kedua “Training For Trainers 2015” Peringkat Daerah Belait Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait Program Aktif dan Riadah Untuk Kesihatan (P.A.R.K) Kali Ketiga Di Taman Rekreasi Jalan Menteri Besar NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DIISYTIHARKAN BERJAYA MENGHAPUSKAN PENYAKIT CAMPAK (MEASLES ELIMINATION) DAN SESI DIALOG KHAS DI ANTARA PIHAK PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO) BAGI RANTAU PASIFIK BARAT DAN KEMENTERIAN KESIHATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. Dr Shin Young-Soo, di dalam ucapan tahniahnya, memuji pencapaian Negara Brunei Darussalam yang antara lain, adalah hasil daripada kejayaan Program Imunisasi Penyakit Campak yang berjaya menepati sasaran dengan kadar peratus imunisasi yang tinggi. Program Imunisasi Penyakit Campak di Negara Brunei Darussalam adalah sebahagian daripada Program Imunisasi Kebangsaan bagi kanak-kanak. Imunisasi bagi penyakit campak di negara ini telah bermula pada tahun 1973 dengan memperkenalkan suntikan penyakit campak bagi kanak-kanak berumur 9 bulan. Pada masa sekarang, suntikan penyakit campak diberikan dalam dua dos kepada semua kanak-kanak berumur 1 tahun dan 18 bulan, sebagaimana saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Berita p.2 Berita p.8 Aktiviti Kesihatan p.12 Berita p.3

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DIISYTIHARKAN … Kesihatan/Fokus Kesihatan March2015.pdf · dos kepada semua kanak-kanak berumur 1 tahun dan ... kerja di kalangan warga/tenaga/pegawai kesihatan

  • Upload
    ngodieu

  • View
    280

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DIISYTIHARKAN … Kesihatan/Fokus Kesihatan March2015.pdf · dos kepada semua kanak-kanak berumur 1 tahun dan ... kerja di kalangan warga/tenaga/pegawai kesihatan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia, melalui satu siaran akhbar pada 27 Mac 2015, telah mengisytiharkan Negara Brunei Darussalam berjaya mencapai status penghapusan Penyakit Campak (Measles Elimination). Berikutan dengan pengisytiharan ini, Sijil Pengesahan Penghapusan Penyakit Campak telah disampaikan oleh Dr Shin Young-soo, Pengarah Serantau bagi Rantau Pasifik Barat, Pertubuhan Kesihatan Sedunia kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan, di satu majlis yang diadakan di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan pada 31 Mac 2015.

Dengan pengisytiharan ini, Negara Brunei Darussalam menyertai beberapa buah negara lain di rantau ini sebagai negara-negara yang telah berjaya menghapuskan penyakit campak. Setakat ini, negara-negara lain di rantau ini yang telah berjaya mencapai status penghapusan penyakit campak ialah Australia, Macao China, Mongolia, Republik Korea, Jepun dan Cambodia.

Terbitan Kementerian KesihatanNegara Brunei Darussalam

www.moh.gov.bn• MAC 2015 • BILANGAN 165

Majlis Pembukaan Rasmi Sukan Muhibbah Kesihatan Borneo 2015

Majlis Penutup Rasmi Sukan Muhibbah Kesihatan Borneo 2015

Majlis Perasmian Kursus Kebangsaan Hazmat Kali Kedua “Training For Trainers 2015” Peringkat Daerah BelaitHospital Suri Seri Begawan Kuala Belait

Program Aktif dan Riadah Untuk Kesihatan (P.A.R.K) Kali Ketiga Di Taman Rekreasi Jalan Menteri Besar

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DIISYTIHARKAN BERJAYA MENGHAPUSKAN PENYAKIT CAMPAK (MEASLES ELIMINATION) DAN SESI DIALOG KHAS DI ANTARA PIHAK PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO) BAGI RANTAU PASIFIK BARAT DAN KEMENTERIAN KESIHATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

Dr Shin Young-Soo, di dalam ucapan tahniahnya, memuji pencapaian Negara Brunei Darussalam yang antara lain, adalah hasil daripada kejayaan Program Imunisasi Penyakit Campak yang berjaya menepati sasaran dengan kadar peratus imunisasi yang tinggi.

Program Imunisasi Penyakit Campak di Negara Brunei Darussalam adalah sebahagian daripada Program Imunisasi Kebangsaan bagi kanak-kanak. Imunisasi bagi penyakit campak di negara ini telah bermula pada tahun 1973 dengan memperkenalkan suntikan penyakit campak bagi kanak-kanak berumur 9 bulan. Pada masa sekarang, suntikan penyakit campak diberikan dalam dua dos kepada semua kanak-kanak berumur 1 tahun dan 18 bulan, sebagaimana saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Berita p.2 Berita p.8 Aktiviti Kesihatan p.12Berita p.3

Page 2: NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DIISYTIHARKAN … Kesihatan/Fokus Kesihatan March2015.pdf · dos kepada semua kanak-kanak berumur 1 tahun dan ... kerja di kalangan warga/tenaga/pegawai kesihatan

2 FOKUSKesihatan Mac 2015 Bilangan 165

MAJLIS PEMBUKAAN RASMI SUKAN MUHIBBAH KESIHATAN BORNEO 2015

BERITA

Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam pada tahun ini menjadi Tuan Rumah bagi Sukan Muhibbah Kesihatan Borneo 2015. Majlis Pembukaan Rasmi bagi acara sukan tersebut telah di adakan pada 28 Mac 2015 yang diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Selain dari Negara Brunei Darussalam, Malaysia (Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan) dan Indonesia (Kalimantan Barat, Kalimantan Timur dan Kalimantan Utara) juga menyertai Sukan Muhibbah Kesihatan Borneo pada tahun ini yang diadakan selama 2 hari.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis dan seterusnya merasmikan Sukan Muhibbah Kesihatan Borneo 2015 ialah Yang Mulia Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan.

Sebanyak 12 acara dipertandingkan termasuk Futsal, Billiard, Golf, Tenpin Bowling, Lumba Basikal, Bola Jaring, Ping-Pong, Badminton, Tarik Kalat, Petanque, Dart dan pertandingan kebudayaan. Sukan Muhibbah

Kesihatan Borneo ini adalah merupakan kegiatan sukan persahabatan dan pertukaran persembahan kebudayaan yang diselenggarakan secara bergilir-gilir oleh Negara-negara ahli di kepulauan Borneo setiap dua tahun sekali. Di samping acara sukan dan kebudayaan, acara yang berunsurkan akademik juga diselitkan seperti lawatan, ceramah dan pameran.

Antara lain tujuan acara ini diadakan adalah:

• Untuk mengeratkan dan mengukuhkan lagi silaturrahim dan persefahaman di kalangan warga/tenaga/pegawai kesihatan di keseluruhan pulau Borneo.

• Meningkatkan kerjasama dan menjalin hubungan kerja di kalangan warga/tenaga/pegawai kesihatan dalam bidang yang sama di samping dapat bertukar-tukar fikiran dan pengalaman dalam bidang khusus iaitu kesihatan melalui sukan.

• Menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kesihatan di samping berkongsi amalan baik kesihatan dalam menangani isu-isu kesihatan/ penyakit di rantau kepulauan Borneo.

Page 3: NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DIISYTIHARKAN … Kesihatan/Fokus Kesihatan March2015.pdf · dos kepada semua kanak-kanak berumur 1 tahun dan ... kerja di kalangan warga/tenaga/pegawai kesihatan

3FOKUSKesihatanMac 2015Bilangan 165

2. Berkongsi hasil penemuan daripada analisis tersebut serta membuat saranan daripada kajiselidik tersebut bagi merancang langkah-langkah pencegahan dan pengawalan penyakit-penyakit tidak berjangkit seterusnya.

Bengkel tersebut juga menjemput beberapa orang konsultan daripada Institut Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia (Institute for Public Health, Ministry of Health) untuk mengendalikan dan memudahcara bengkel berkenaan iaitu Dr Mohd Azahadi bin Omar dan Dr Muhammad Fadhli bin Mohd Yusoff. Dalam bengkel ini juga dimuatkan satu sesi ucaptama yang disampaikan oleh Dr Muhammad Fadhli bin Mohd Yusoff.

Seramai kira-kira empat puluh orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Kementerian Kesihatan serta pihak-pihak berkepentingan dari Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan yang lain serta daripada pihak swasta mengikuti bengkel tersebut.

MAJLIS PENUTUP RASMI SUKAN MUHIBBAH KESIHATAN BORNEO 2015

BENGKEL SURVEY DATA ANALYSIS:Knowledge, Attitudes & Practices Survey On Non-Communicable Diseases (KAPS-NCD) in Brunei Darussalam

BERITA

Majlis Penutup Rasmi Sukan Muhibbah Kesihatan Borneo 2015 telah diadakan pada 29 Mac 2015 yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan Berakas. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis, Awang Abdul Walid bin Martassan dan diikuti dengan Pertandingan Tarian Kebudayaan daripada negeri-negeri Sarawak, Sabah, Kalimantan Barat, Kalimantan Timur, Kalimantan Utara dan juga negara tuan rumah, Negara Brunei Darussalam.

Acara diteruskan dengan pengumuman dan penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang bagi Pertandingan Tarian Kebudayaan dan Johan Keseluruhan pertandingan yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat.

Satu bengkel yang diadakan selama 3 hari bertajuk ‘Survey Data Analysis Workshop’ telah diadakan pada 23 Mac 2015 hingga 25 Mac 2015 yang lalu, bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan. Bengkel ini diadakan bertujuan bagi menganalisa dan mengolah dapatan-dapatan daripada Kajiselidik Pengetahuan, Sikap dan Amalan Mengenai Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit di Negara Brunei Darussalam (KAPSNCD).

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis pembukaan rasmi bengkel tersebut ialah Yang Mulia Doktor Hajah Rahmah binti Haji Md Said, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional dan Teknikal), Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam.

Kajiselidik Pengetahuan, Sikap dan Amalan Mengenai Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit di Negara Brunei Darussalam (KAPSNCD) telah pun dilaksanakan pada bulan Disember 2014 hingga Januari 2015 yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai keberkesanan ‘Kempen Membanteras Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit’ dari segi pengetahuan, sikap dan amalan serta secara khususnya tingkahlaku merokok dan faktor-faktor yang berkaitan dengannya.

Antara lain objektif bengkel ini diadakan adalah untuk:1. Menjana pembangunan kapasiti dalam penganalisaan

data kajiselidik untuk beberapa orang profesional kesihatan; dan

Johan bagi Pertandingan Tarian disandang oleh negeri Sabah, naib johan dimenangi oleh Negara Brunei Darussalam dan tempat ketiga pula diraih oleh negeri Sarawak. Manakala Johan Keseluruhan pertandingan dimenangi oleh Negara Brunei Darussalam.

Majlis juga diselajurkan dengan penyerahan Bendera Rasmi Sukan Muhibah Kesihatan Borneo oleh tetamu kehormat kepada tuan rumah bagi tahun 2017, iaitu negeri Sabah yang diterima oleh Timbalan Pengarah Kesihatan, Sabah, Dr. William Gotulis.

Turut hadir pada Majlis tersebut ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Ketua-Ketua Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan dan Kakitangan Kementerian Kesihatan.

Page 4: NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DIISYTIHARKAN … Kesihatan/Fokus Kesihatan March2015.pdf · dos kepada semua kanak-kanak berumur 1 tahun dan ... kerja di kalangan warga/tenaga/pegawai kesihatan

4 FOKUSKesihatan Mac 2015 Bilangan 165

IntI SarI tekS-tekS Ucapan MenterI keSIhatan Mac 2015

Untuk mendapatkan teks ucapan yang lengkap, sila layari laman web: www.moh.gov.bn

Hari Tibi Sedunia diperingati pada setiap 24 Mac dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran semua pihak termasuk orang ramai bagi sama-sama membanteras penyakit Tibi yang bukan sahaja boleh mengancam kesihatan awam malahan juga telah terbukti menjejaskan kesejahteraan serta membebankan sosio-ekonomi individu, masyarakat dan negara. Penyakit Tibi merupakan satu epidemik yang berlaku di kebanyakan negara di dunia, dan menyebabkan hampir 1.5 juta kematian setiap tahun, terutamanya di negara-negara yang sedang membangun.

Sempena Hari Tibi Sedunia bagi tahun 2015 ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Stop TB Partnership telah memilih tema “Sampaikan kepada Tiga Juta : Sampaikan, Rawat, Sembuhkan Semua Orang” (“Reach the Three Million : Reach, Treat, Cure Everyone”). Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan 9 juta kes baru penyakit Tibi berlaku di seluruh dunia pada setiap tahun di mana 3 juta daripadanya adalah samada tidak dapat dikesan atau tidak menerima sebarang rawatan. Secara global, kebanyakan mereka terdiri daripada golongan termiskin dan terpinggir serta orang-orang yang berisiko tinggi. Justeru itu, sempena sambutan Hari Tibi Sedunia ini, pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menyarankan semua stakeholders untuk memberikan komitmen penuh dan berkerjasama secara sepadu dengan mengambil tindakan yang lebih efektif serta pendekatan yang innovatif ke arah mempastikan mereka yang telah dijangkiti kuman Tibi mendapat akses kepada diagnosis, rawatan dan disembuhkan dari penyakit Tibi.

Di Negara Brunei Darussalam, kadar insiden penyakit Tibi telah menurun daripada 91.9 bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun 2000 kepada 48.7 bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun 2014. Pada tahun 2000, sebanyak 194 kes baru di kalangan warga tempatan telah dicatatkan dan jumlah ini menurun kepada 141 kes pada tahun 2014. Manakala bagi warga asing, sebanyak 57 kes penyakit Tibi telah dapat dikesan pada tahun 2014. Hasil penganalisaan Kementerian Kesihatan mendapati,

PERUTUSANYANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA JOHAN PAHLAWAN

DATO SERI SETIA AWANG HAJI ADANAN BIN BEGAWAN PEHIN SIRAJA KHATIB DATO SERI SETIA HAJI MD. YUSOF

MENTERI KESIHATANBRUNEI DARUSSALAM

SEMPENA HARI TIBI SEDUNIA 2015

TEMA: “Sampaikan kepada Tiga Juta: Sampaikan, Rawat, Sembuhkan Semua Orang”

24 MAC 2015

walaupun terdapat penurunan jumlah keseluruhan kes di negara ini, namun kadar penurunan adalah mendatar pada tahun-tahun kebelakangan.

Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan terus melaksanakan strategi-strategi pencegahan dan pengawalan dengan mengambil langkah-langkah proaktif dalam memantapkan dan memperkesankan lagi tatacara pengawalan dan pencegahan penyakit Tibi di negara ini melalui Pelan Tindakan bagi Mengawal Penyakit Tibi 2012-2017 yang sejajar dengan Strategi Pertubuhan Kesihatan Sedunia iaitu WHO’s End TB Strategy (2016-2035) yang memfokuskan kepada:• Meningkatkan kesedaran dan pendidikan kepada

orang awam mengenai penyakit Tibi serta langkah-langkah pengawalan dan pencegahannya;

• Mengukuhkan Program Saringan Penyakit Tibi (TB screening Program), terutama sekali di golongan mereka yang berisiko tinggi;

• Memberikan rawatan dan menjalankan pemantauan pesakit Tibi, termasuk bagi menghindari kemunculan kekebalan kuman Tibi terhadap ubat-ubatan anti-Tibi (Multi-drug resistant TB dan extensively drug-resistant TB); dan

• Mengkaji semula dan memperkukuhkan Program Kawalan Tibi Kebangsaan yang ada pada masa ini dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang bertujuan membenteras dan menghapuskan penyakit Tibi di negara ini,

Kementeriaan Kesihatan memerlukan semua stakeholders termasuk agensi Kerajaan, sektor swasta, badan-badan bukan Kerajaan (NGO), pemimpin akar umbi, institusi pendidikan dan semua peringkat masyarakat, khususnya penghidap penyakit Tibi, untuk bersama-sama bertanggungjawab dan berkerjasama secara bersepadu bagi memperkesankan dan melipatgandakan lagi usaha serta langkah-langkah pencegahan dan pengawalan penyakit Tibi di negara ini kearah menjayakan hasrat negara bebas daripada penyakit Tibi.

Page 5: NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DIISYTIHARKAN … Kesihatan/Fokus Kesihatan March2015.pdf · dos kepada semua kanak-kanak berumur 1 tahun dan ... kerja di kalangan warga/tenaga/pegawai kesihatan

5FOKUSKesihatanMac 2015Bilangan 165

IntI SarI tekS-tekS Ucapan MenterI keSIhatan Mac 2015

Untuk mendapatkan teks ucapan yang lengkap, sila layari laman web: www.moh.gov.bn

“Sesungguhnya kurnia isi kandungan titah Baginda adalah sangat bertepatan dalam era di mana dunia masa kini menghadapi penurunan ekonomi global yang ketara seperti harga minyak yang menurun yang juga turut dirasai oleh negara kita. Titah Baginda ini perlu ditangani oleh semua pihak dengan penuh bijaksana dan matang secara holistik bukan sahaja untuk survival negara tetapi untuk mempastikan negara terus berkembangmaju kehadapan ke arah pembangunan sosio-ekonomi yang lebih mapan dan sustainable”.

“Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga menunjukkan keprihatinan tinggi Baginda terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan negara untuk dinikmati secara berterusan di mana Baginda memperingatkan mengenai perlunya kita mengekalkan dasar kestabilan fiskal melalui kaedah pengurusan peruntukan kewangan dan pengamalan penjimatan perbelanjaan secara berhemah serta value for money. Kita semestinya bertanggungjawab mendukung dan melaksanakan dasar ini sepenuhnya di kesemua peringkat sama ada di sektor Kerajaan termasuk individu dan keluarga. Sikap berbelanja secara berhemah khususnya berjimat cermat dan suka menabung mengikut kemampuan ini perlu kita sama-sama dibudayakan dan dijadikan sebagai amalan cara hidup bagi menjamin kelangsungan kehidupan yang sejahtera dan kemakmuran negara seterusnya bagi keperluan generasi yang akan datang. Apatah lagi amalan berjimat cermat dan menghindarkan sebarang pembaziran ini adalah nilai-nilai murni yang sangat dituntut oleh agama Islam dan ini adalah bertepatan dengan negara kita sebagai negara Melayu Islam Beraja.”

“Pada kesimpulannya sesungguhnya intipati kandungan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Majlis Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesebelas ini amat mencerminkan kewibawaan dan kebijaksanaan Baginda sebagai raja yang berjiwa rakyat dan sangat mengambil berat dan pemedulian akan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta keselamatan, kemakmuran, keamanan dan kemajuan negara maju kehadapan malahan juga pemimpin yang berwawasan global.”

UCAPAN YANG BERHORMAT MENTERI KESIHATAN MENYEMBAHKAN MENJUNJUNG KASIH KEHADAPAN MAJLIS KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA

BRUNEI DARUSSALAM ATAS PEMBUKAAN RASMI DAN TITAH BAGINDA SEMASA MAJLIS ISTIADAT PEMBUKAAN RASMI MAJLIS MESYUARAT

NEGARA KALI KE-11, 2015

Page 6: NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DIISYTIHARKAN … Kesihatan/Fokus Kesihatan March2015.pdf · dos kepada semua kanak-kanak berumur 1 tahun dan ... kerja di kalangan warga/tenaga/pegawai kesihatan

6 FOKUSKesihatan Mac 2015 Bilangan 165

MajlIS Makan MalaM Yang DIhoSkan oleh Yang BerhorMat MenterI keSIhatan BagI MengalU-alUkan keDatangan tUan Yang terUtaMa Dr ShIn YoUng-Soo pengarah SerantaU BagI paSIfIk Barat pertUBUhan keSIhatan SeDUnIa BerSerta roMBongan

30 Mac 2015lI-gong, eMpIre hotel anD coUntrY clUB, jerUDong.

lawatan tUan Yang terUtaMa Dr ShIn YoUng-Soo Dan roMBongan ke BeBerapa BUah faSIlItI keMenterIan keSIhatan

30-31 Mac 2015

Aktiviti bulan Mac 2015

Lawatan Tuan Yang Terutama Dr Shin Young-Soo serta rombongan ke Pusat Kesihatan Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakillah Hayatul Bolkiah, Rimba Gadong.

Page 7: NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DIISYTIHARKAN … Kesihatan/Fokus Kesihatan March2015.pdf · dos kepada semua kanak-kanak berumur 1 tahun dan ... kerja di kalangan warga/tenaga/pegawai kesihatan

7FOKUSKesihatanMac 2015Bilangan 165

BERITAAktiviti bulan Mac 2015

Lawatan Tuan Yang Terutama Dr Shin Young-Soo dan rombongan ke Pusat Promosi Kesihatan.

Lawatan Tuan Yang Terutama Dr Shin Young-Soo dan rombongan ke Pusat Perkembangan Kanak-Kanak dan Rumah Cahaya Sejahtera, Kiarong.

Lawatan Tuan Yang Terutama Dr Shin Young-Soo dan rombongan ke Pusat Perempuan dan Kanak-kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Page 8: NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DIISYTIHARKAN … Kesihatan/Fokus Kesihatan March2015.pdf · dos kepada semua kanak-kanak berumur 1 tahun dan ... kerja di kalangan warga/tenaga/pegawai kesihatan

8 FOKUSKesihatan Mac 2015 Bilangan 165

BERITA

Sabtu, 21 Mac 2015 bertempat di Pusat Pembelajaran & Perkembangan Kesihatan Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait, Bahagian Kemalangan dan Kecemasan, Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait dengan kerjasama Jawatankuasa Kebangsaan HAZMAT Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) mengadakan Majlis Perasmian Kursus Kebangsaan HAZMAT Kali Kedua, Peringkat Daerah Belait.

Hadir bagi menyempurnakan majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr Hajah Rahmah Binti Haji Mohd Said, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional dan Teknikal), Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk:-1. Memberi kesedaran di kalangan kakitangan

kesihatan mengenai dekontaminasi; 2. Memastikan tindakbalas yang efisien dan berkesan

sekiranya berlaku kejadian HAZMAT;3. Memastikan keselamatan bagi kakitangan kesihatan

semasa memberi rawatan kepada mangsa-mangsa HAZMAT;

4. Memastikan kolaborasi dan kerjasama di antara ‘Multi-disiplinary’ dan ‘Multi-agency’ semasa insiden HAZMAT; dan

5. Memberi rawatan kepada pesakit yang tercemar semasa proses dekontaminasi.

Daerah Belait merupakan kawasan utama bagi industri minyak dan gas yang dengan sendirinya mempunyai bahan-bahan merbahaya di mana bahan-bahan ini mudah terbakar, beracun, mengakis (corrosive) atau

MAJLIS PERASMIAN KURSUS KEBANGSAAN HAZMAT KALI KEDUA “TRAINING FOR TRAINERS 2015” PERINGKAT DAERAH BELAITHOSPITAL SURI SERI BEGAWAN KUALA BELAIT

meletup. Dengan risiko yang ada, ianya berpotensi untuk membuat kerosakan dalam skala yang besar. Di dalam insiden sebegini, hospital dan klinik-klinik mungkin akan menghadapi mangsa-mangsa yang telah terdedah dengan bahan-bahan berbahaya (HAZMAT). Bagi menyediakan kakitangan kesihatan dengan pengetahuan asas, kesedaran dan kemahiran untuk melaksanakan proses dekontaminasi, jawatankuasa kebangsaan HAZMAT RIPAS dengan kerjasama Unit Kemalangan dan Kecemasan, Hospital Suri Seri Begawan menganjurkan kursus kebangsaan HAZMAT bagi kali kedua yang mana ianya akan memberi tumpuan kepada persediaan hospital dalam tindak balas dekontaminasi.

Pada Majlis ini Tetamu Kehormat menyerahkan peralatan HAZMAT kepada Ketua Bahagian Kemalangan dan Kecemasan Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait dan diselajurkan dengan melancarkan Kursus Kebangsaan Hazmat Kali Kedua – “Training For Trainers 2015” Peringkat Daerah Belait. Ucaptama juga disampaikan oleh Dr Haji Ali Shabana bin Yasin dengan tajuk “Introduction To HAZMAT”.

Manakala acara di sebelah petang juga diadakan sesi ceramah yang akan disampaikan oleh tenaga pengajar dalam dan luar negara. Kursus ini diadakan selama dua hari dan penutup kursus telah diadakan pada 22 Mac 2015.

Page 9: NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DIISYTIHARKAN … Kesihatan/Fokus Kesihatan March2015.pdf · dos kepada semua kanak-kanak berumur 1 tahun dan ... kerja di kalangan warga/tenaga/pegawai kesihatan

9FOKUSKesihatanMac 2015Bilangan 165

Sebagai salah satu inisiatif Kementerian Kesihatan dalam mempromosikan amalan pemakanan sihat Kementerian Kesihatan melalui Pusat Promosi Kesihatan telah mengadakan satu lagi Majlis Perasmian Program Restoran Sihat pada 7 Mac 2015 yang lalu bertempat di restoran Energy Kitchen, Kiulap.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Dr. Hajah Rahmah binti Haji Md Said, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional dan Teknikal), Kementerian Kesihatan.

Majlis ini diadakan adalah sebagai susulan daripada Program Rintis Restoran Sihat yang telah mula dijalankan pada tahun 2014.

Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kesedaran pihak restoran dan orang awam mengenai pilihan dan penyediaan makanan lebih sihat dan menggalakkan budaya serta amalan pilihan lebih sihat pemilik restoran, pengurus dan pelanggan. Program ini menyediakan pelanggan-pelanggan dengan pilihan makanan lebih sihat supaya mereka berupaya untuk memilih pilihan tersebut daripada senarai menu yang sedia ada. Selain itu, dengan mengikuti program ini, restoran yang ikut serta juga berpeluang untuk menimba ilmu pengetahuan mengenai bahan-bahan masakan sihat dan mendapat khidmat nasihat dalam pelbagai cara penyediaan makanan sihat.

Dengan pelancaran Program Restoran Sihat ini diharapkan restoran-restoran lain juga akan ikut serta dalam program tersebut dan menjadi rakan kongsi utama dalam menyokong inisiatif pemakanan sihat serta dalam membantu mencegah dan mengawal risiko NCDs di Negara Brunei Darussalam sekaligus mendokong salah satu objektif utama di dalam BruMAP-NCD 2013-2018 serta merealisasikan Visi Kementerian Kesihatan 2035 ‘Bersama Ke Arah Warga Sihat’.

Kementerian Kesihatan melalui Pusat Promosi Kesihatan mengadakan satu bengkel mengenai Promosi Kesihatan Tempat Kerja (Workplace Healthy Promotion) bagi mempromosikan kesihatan di tempat kerja selama dua hari pada 30 dan 31 Mac 2015. Majlis Pembukaan Rasmi Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Dr Hajah Rahmah binti Haji Md Said, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional dan Teknikal), Kementerian Kesihatan bertempat di Studio 1, Bangunan Pusat Promosi Kesihatan.

Seramai 35 orang peserta daripada pelbagai Kementerian dan Jabatan menghadiri bengkel tersebut. Antara matlamat bengkel ini diadakan ialah:• Membantu para fasilatator dalam menemui pengetahuan,

alat-alat dan teknik-teknik untuk merancang dan mengurus Program Promosi Kesihatan di tempat kerja secara berkesan; dan

• Memberi pengalaman kemahiran “hands-on” dalam perancangan, pemasaran dan penilaian program WHP

Bengkel ini dikendalikan dan dimudahcarakan oleh Dayang Soh Wan Keem, penceramah jemputan daripada Singapore National Employers Federation (SNEF). Beliau adalah seorang Jurulatih Promosi Kesihatan di Tempat Kerja dan Konsultan Kesihatan di Tempat Kerja yang diiktiraf dan bertauliah. Kepakaran beliau adalah dalam bidang menilai, merekabentuk

MAJLIS PEMBUKAAN BENGKEL PROMOSI KESIHATAN TEMPAT KERJA KURSUS LATIHAN BAGI FASILITATOR PROGRAM PROMOSI KESIHATAN DI TEMPAT KERJA

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM RESTORAN SIHAT DI ENERGY KITCHEN

BERITA

dan merancang, melaksana dan menilai-balik program-program kesihatan di tempat kerja bagi organisasi berskala besar dan perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana. Di samping itu, beliau juga telah dilantik sebagai pembekal tenaga mahir dalam bidang kesihatan mental bagi Kurikulum ‘Working Minds’ di Lembaga Promosi Kesihatan (Health Promotion Board), Singapura.

Adalah diharapkan peserta-peserta bengkel ini akan memperolehi kefahaman asas atau business case dan mempunyai konsep utama dalam penghasilan kertas kerja perancangan untuk mengadakan Program Promosi Kesihatan Tempat Kerja. Di samping itu juga, peserta juga diharapkan akan mengamalkan pengetahuan daripada sesi pengongsian bengkel ini, terutama daripada penceramah jemputan, dan juga mengambil inisiatif bagi langkah-langkah yang perlu diambil seterusnya.

Page 10: NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DIISYTIHARKAN … Kesihatan/Fokus Kesihatan March2015.pdf · dos kepada semua kanak-kanak berumur 1 tahun dan ... kerja di kalangan warga/tenaga/pegawai kesihatan

10 FOKUSKesihatan Mac 2015 Bilangan 165

INFO KESIHATANAMALAN PENGENDALIAN MAKANAN YANG SEMPURNA

Pengendalian makanan yang sempurna semasa pencairan, penyediaan, penyimpanan dan memasak adalah disyorkan seperti berikut:

PENCAIRAN:

• Cairkan makanan mentah dalam bekas yang berasingan dari makanan yang sudah di masak

• Cairkan makanan beku sepenuhnya pada suhu yang sejuk seperti bahagian bawah peti sejuk

• Cairkan makanan sejuk beku yang diperlukan sahaja.

• Elakkan dari membekukan semula makanan yang telah dicairkan.

PENYEDIAAN:

• Gunakan tempat/ meja yang berasingan untuk penyediaan makanan mentah dan yang sudah dimasak. Jika tempat terhad gunakan tempat/meja tersebut untuk menyediakan makanan mentah terlebih dahulu. Apabila selesai, meja dibersihkan dahulu barulah digunakan untuk penyediaan makanan masak.

• Gunakan sesaban yang telah ditandakan denghan warna khas seperti:

Merah untuk daging/ayam;

Coklat untuk roti;

Biru untuk Ikan;

Hijau untuk sayuran

Sesaban jenis kayu hatau ‘polythene’ boleh digunakan asalkan ianya dibersihkan dengan air panas mendidih dan dikeringkan sebelum digunkakan.

PENYIMPANAN

• Asingkan penyimpanan makanan mentah daripada makanan yang sudah dimasak. Jika menggunakan peti sejuk, simpan makanan mentah dibawah makanan yang sudah dimasak.

• Gunakan kontena yang bersesuaian bagi menyimpan makanan masak atau mentah dalam peti sejuk/pembeku bagi mengelakkan pencemaran kuman dan kekeringan.

• Sejukkan makanan panas yang bukan untuk dihidang serta merta sebelum disimpan ke dalam peti sejuk/pembeku.

• Simpan makanan yang hendak digunakan dalam bahagian kecil.

• Elakkan dari menyimpan makanan terlalu padat ke dalam peti sejuk/pembeku.

• Elakkan menyimpan makanan masak pada suhu bilik lebih dari 4 jam.

• Simpan makanan kering seperti tepun, rempah dalam bekas atau rak di dalam stor penyimpanan makanan yang mempunyai pengudaraan yang mencukupi.

• Simpan dan gunakan makanan mengikut putaran stok (‘stock rotation’).

MEMASAK

• Pastikan makanan dimasak sepenuhnya.

• Hidangkan makanan yang sudah dimasak serta merta.

• Gunakan perkakas yang bersih semasa memasak.

Page 11: NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DIISYTIHARKAN … Kesihatan/Fokus Kesihatan March2015.pdf · dos kepada semua kanak-kanak berumur 1 tahun dan ... kerja di kalangan warga/tenaga/pegawai kesihatan

11FOKUSKesihatanMac 2015Bilangan 165

DARI MEJA PENTADBIRANpegawaI-pegawaI Yang MenghaDIrI kUrSUS / perSIDangan / MeSYUarat / SeMInar

pegawaI Dan kakItangan Yang BarU BerkhIDMat

pegawaI Dan kakItangan BerSara

Nama & Jawatan Kursus / Mesyuarat / Bengkel / Seminar

Juliana Ainorina Yong “Journey to Recovery: The International Conference of Attachment & Trauma Informed Practice”, Australia (5-6 Mac 2015)

Willson Lai Boon HowShahiran Sherifuddin bin Shahrani Muhammad

“Monash University Short Course in Health Promotion”, Australia (16-20 Mac 2015)

Dr. Amy Thein “5th Advanced Upper GI Surgery Masterclass Hospital Sungai Buloh”, Malaysia (9-12 Mac 2015)

Dr Zainun binti Zaini Chieng Siew Eng

“EU CBRN CoE Project P7: Guidelines, Procedures and Standardization on Biosafety/ Biosecurity – Milan Final Workshop on BioSafety and Biosecurity”, Italy (19-20 Mac 2015)

Dr. William Chong Chee Fui “Asia Pacific Master Class in CABG”, Thailand (20-22 Mac 2015)

Dr. Haji Muizzaddin bin Dato Paduka Haji Abd Mokti

“Workshop on the Implementation and Monitoring of the Action Plan to Reduce the Double Burden of Malnutrition in the Western Pacific Region”, Philippines (24-27 Mac 2015).

Hjh Roseyati binti Dato Paduka Hj Yaakub

“Workshop on the Implementation and Monitoring of the Action Plan to Reduce the Double Burden of Malnutrition in the Western Pacific Region”, Philippines (24-27 Mac 2015).

Rosmah binti Md ShahOng Hui Ling

“Hongkong Pharmacy Conference 2015”, Hongkong, (28-29 March 2015)

Dr. Sankara Narayana Soudamini Amma UnnikrishnanDr. Hajah Rafidah binti Haji GharifDr. Norafizah binti Serbini

“A Scientific Symposium and Speaker Forum for Asia Pacific; Enhancing the Approach to Patient-Centred Care for the Treatment of Patient’s with 2 Diabetes-Latest Clinical Views”, China (27-29 Mac 2015)

Nama & Jawatan Tarikh Melapur Bertugas Nama & Jawatan Tarikh Melapur

BertugasHaji Abd Hafiz bin Haji PungutPembantu X-Ray Kanan 2 Mac 2015

Nur’amirah binti IbarahimPegawai Saintifik (Kaji Kuman) 18 Mac 2015

Muhamad Ibnu Walid bin Haji AdiPegawai Perubatan Pelatih 2 Mac 2015

Dk Lina Maziyyah binti Pg MetussinTukang Ubat Terlatih

23 Mac 2015

Ernaliza binti KasaliPegawai Kerja 10 Mac 2015

Norhafini binti TerangganuJuruteknik Gigi /Percubaan 24 Mac 2015

Nama & Jawatan Tarikh BersaraDayang Aminah binti Haji Abdul LatifPegawai Kebajikan Perubatan 8 Mac 2015

Pengiran Jalialha @ Juliha binti Pengiran JayaBidan 8 Mac 2015

Hajah Noraini binti Haji Abd ManapPenolong Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa 14 Mac 2015

Diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah diberikan

Page 12: NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DIISYTIHARKAN … Kesihatan/Fokus Kesihatan March2015.pdf · dos kepada semua kanak-kanak berumur 1 tahun dan ... kerja di kalangan warga/tenaga/pegawai kesihatan

12 FOKUSKesihatan Mac 2015 Bilangan 165

AKTIVITI KESIHATAN

Kementerian Kesihatan sekali lagi menganjurkan Projek Program Aktif dan Riadah untuk Kesihatan atau secara ringkasnya Projek PARK, bagi kali ketiga pada 24 Jamadilawal 1436 bersamaan 15 Mac 2015 bertempat di Taman Rekreasi Jalan Menteri Besar, Jalan Menteri Besar.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada Majlis Pelancarannya ialah Yang Behormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, Menteri Kesihatan.

Antara aturcara majlis pada hari tersebut ialah penyampaian cenderahati dan sijil oleh Tetamu Kehormat kepada Warga Emas Sihat dan juga kepada Pusat Kegiatan Warga Emas yang mana telah turut menyokong inistiatif ini serta pengenalan kepada zumba gold yang diikuti dengan walkaton dan aktiviti berbasikal. Selain itu, pelbagai aktiviti-aktiviti juga dapat diikuti seperti pemeriksaan kasihatan, permainan bouncer, jualan makanan dan minuman ringan sihat, jualan sayur-sayuran dan bola jaring.

Dengan tema ‘Maritah Beriadah Di Taman’, Projek PARK membantu untuk menggalakkan rakyat dan penduduk di Negara ini untuk aktif melakukan kegiatan fizikal secara berterusan dengan menggunakan sepenuhnya infrastruktur yang sedia ada. Projek PARK ini juga adalah selaras dengan objektif Pelan Tindakan Kebangsaan Pelbagai Sektor Bagi Mencegah dan Mengawal Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit (BruMAP-NCD) 2013-2018.

Projek PARK yang ketiga ini adalah kerjasama di antara Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan; Jabatan Alam Sekitar Taman dan Rekreasi (JASTRe), Kementerian Pembangunan; Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan; Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE), Pertubuhan BANTU dan Persatuan Kemajuan Insan (KESAN). Projek PARK yang pertama dan kedua telah dilancarkan di taman-taman riadah yang lain di kawasan Bunei-Muara, iaitu Taman Tasik Sarubing, Kampong Belimbing pada 11 Januari

PROGRAM AKTIF DAN RIADAH UNTUK KESIHATAN (P.A.R.K)KALI KETIGA DI TAMAN REKREASI JALAN MENTERI BESAR

2015 dan Taman Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Kumbang Pasang pada 15 Februari 2015 oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

Menurut Kajiselidik Kebangsaan Status Kesihatan dan Permakanan (NHANSS) 2009-2011, kadar dewasa berumur 20 tahun ke atas yang tidak aktif atau tidak melakukan kegiatan fizikal (tidak mencapai saranan 150 minit seminggu) ialah 54.7%. Di kalangan kanak-kanak dan remaja berumur 5 – 19 tahun pula, hanya 28.3% sahaja yang mencapai sasaran kegiatan fizikal selama 150 minit seminggu. Walhal, saranan atau garispandu kegiatan fizikal bagi orang dewasa (18 tahun ke atas), adalah selama 150 minit seminggu atau 30 minit sehari dengan intensiti yang sederhana seperti berjalan cepat, bermain basikal, berkebun dan lain-lain. Manakala bagi kanak-kanak yang berumur 5 hingga 17 tahun saranan adalah untuk melakukan aktiviti aerobik yang berintensiti sederhana sebanyak 60 minit sehari setiap hari. Faktor-faktor risiko seperti tidak melakukan kegiatan fizikal permakanan tidak sihat, berat badan berlebihan atau obesiti dan merokok adalah penyebab utama penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti kanser, penyakit jantung, diabetis dan strok.

Dengan adanya Projek PARK ini, adalah diharap penduduk-penduduk akan lebih peka akan pentingnya mengamalkan kegiatan fizikal bagi kesihatan dan kesejahteraan dan sekaligus dapat menikmati aktiviti yang seronok yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga serta menikmati kemudahan taman-taman rekreasi yang telah disediakan. Kementerian Kesihatan juga berharap agar rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam akan dapat sama-

sama menyahut visi Kementerian Kesihatan “Ke Arah Warga Sihat” dengan memberi sokongan dalam meningkatkan tahap kegiatan fizikal seharian untuk memperolehi tahap kesihatan optima dan juga kualiti kehidupan yang baik.