24
NARATIF SUSPENSE: SATU KAJIAN KE ARAB PEMBENTUKAN STRUKTUR YANG LEBm BERKESAN " .. Ezarisyirwan Bin Basri R Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian 7433.93 (Sinematografi) E99 2007 2007

NARATIF SATU KAJIAN KE ARAB PEMBENTUKAN … suspense ; satu kajian ke arah... · Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi ... ciri-ciri yang sesuai dan pembentukannya yang ... dapat

  • Upload
    vutu

  • View
    239

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

NARATIF SUSPENSE: SATU KAJIAN KE ARAB PEMBENTUKAN STRUKTUR YANG LEBm BERKESAN

. "..

Ezarisyirwan Bin Basri

R Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian 7433.93 (Sinematografi)E99 20072007

\'S \ \\

~ . KHIOMAT MAKLUMAT AKAOEMIK UNIMAS

11111111111111111 11111111 1000179004

NARATIF SUSPENSE: SATU KAJIAN KE ARAH PEMBENTUKAN STRUKTUR YANG LEBIH BERKESAN.

EZARlSYIRW AN BIN BASRl

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian

(Sinematografi)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

2007

C\

UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISI LAPORAN

ruOUL :BAGAIMANA FILEM MENYAMPAIKAN KESAN PSIKOLOGI SEORANG WATAK TERHADAP PENONTON

SESI PENGAJIAN : 2004/2007

Saya EZARISYIRWAN BIN BASRI

Mengaku membenarkan tesisl laporan *ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesisl Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

salinan tesisl laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 5. *sila tandakan -J

SULIT (mengandungi maklurnat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKT A RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasiibadan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disediakan

Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia

Tarikh: It ~~I je(j't Tarikh:

Alamat Tetap:

No. 10 Jalan Jujur 1/8, Taman Bakti. 68000 Ampang, Selangor Darnl Ehsan.

Catalan: *Tesisl Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda * Jika Tesisl Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasal

organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesisl laporan ini perlu dikeIaskan sebagai SULIT dan TERHAD

Projek bertajuk 'Di Balik Awan Hitam' telah disediakan oleh Ezarisyirwan Basri dan

telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Sinematografi).

Diterima untuk diperiksa oleh:

(Abdul Riezal Dim)

Tarikh:

11

Penghargaan

B ismillahhirrahmanirrahim ...

Syukur ke hadrat Illahi dengan izin-Nya tesis ini berjaya disiapkan dan diaplikasikan ke

dalam video pendek bertajuk Di Balik A wan Hitam. Kajian ini telah melibatkan banyak

pihak yang membantu dari sudut akademik dan moral. Segala panduan dan nasihat dari

penye1ia, semua pensyarah serta rakan-rakan amat dihargai. Secara tidak langsung

memudahkan lagi penulisan kajian ini dan projek tahun akhir yang berdasarkan kajian ini.

Dengan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih

terlebih dahulu kepada penyelia kajian En. Abdul Riezal Bin Dim. Juga kepada En.

Gregory Wee Lik Hoo yang telah mendorong dan membantu saya di awal permulaan tesis.

Tidak ketinggalan juga buat pensyarah-pensyarah Sinematografi yang lain iaitu En.

M. Fazmi Hisham, Puan Candida Jau dan Cik Teo Meaw Lee yang tidak jemu memberi

sokongan dan perkongsian ilmu. Terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah lain, unit

teknikal dan staf-staf Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Universiti Malaysia

Sarawak, Kota Samarahan.

Juga buat Norinawati Kamarulzaman, yang sekali gus menjadi sumber inspirasi saya dan

memberi sokongan dalam bidang yang diceburi. Tidak lupa juga kepada rakan

seperjuangan dalam penghasilan Video Di Balik Awan Hitam iaitu saudara Faizal Bin

Jaffar. Penghargaan istimewa buat keluarga tercinta ayahanda dan bonda; Basri Jaafar dan

Zawiyah Zakaria, adik-adik yang tersayang; Erizasyira, Erimasniza dan EzarifHasnol

yang sentiasa mendoakan kejayaan dan sentiasa memberi dorongan dan semangat untuk

nyemarakkan ilmu dalam bidang ini Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada semua

yang terlibat secara lang sung atau tidak langsung dalam membantu kajian ini.

111

t·us [ KJ ·dUNIVER~I~aM rumat Akaaermlt MAL

o"n ASIA SARAWAJ(()( KOla SamarattlUl

KANDUNGAN

PENGESAHAN

11PENGAKUAN

111PENGHARGAAN

IVKANDUNGAN

ABSTRAK VI

ABSTRACT V11

BAB 1: PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

1.1 Objektif 2

1.2 Kenyataan Masalah 2

1.3 Metodologi Kajian 3

1.4 Skop Kajian 4

1.5 Coding 5

1.5.0 NaratifSuspense

a) Credible threat 5

b) Suspense psikologi 6

c) Simplistic 6

d) Muslihat 6

e) The Hermeneutic code 7

t) Proairetic code 7

1.5.1 Watak

a) Fobia 7

b) Prior Knowledge 8

8c) Recurring Nightmares

d) Kontra 8

81.6 Pendekatan

101.7 Bahan Kajian

B 82: ANALISA ARTIKEL

IV

2.0 Defmisi

2.1 Teori

2.2 Kesimpulan

2.3 Carta Naratif

2.4 Carta Watak

BAB3: ANALISIS FILEM

3.0 Sinopsis

3.1 Pengenalan

3.2 Antagonis

3.3 Protagonis

3.4 Informasi

3.4.1 Jaws

3.4.2 Alien

3.4.3 The Silence of The Lamb

3.5 Rumusan

BAB4: PERBINCANGAN 'Di Balik Awan Hitam'

4.0 Tema

4.1 Sinopsis

4.2 Naratif

4.2.1 Credible Threat

4.2.2 Simplistic

4.2.3 Muslihat

4.2.4 Hermeneutic & Proairetic Code

4.3 Watak

4.4 Pandangan Penye1idik

4.5 Kesimpulan

BIBLIOGRAFI

L MPlRAN

11

12

17

19

20

22

23

24

25

27

27

28

30

31

33

33

34

35

35

35

34

37

37

38

40

42

v

r

1.1 Abstrak

Penonton akan terus menonton jika terdapat informasi yang mengugat mereka.

Suspense merupakan salah satu unsur yang dapat menghasilkan kesan tarikan yang kuat

yang mana dapat menahan penonton untuk terus mengikuti perkembangan sehingga di

akhir penceritaan. Kajian telah dibuat untuk mengenal pasti rahsia sebenar dalam

informasi berbentuk ugutan yang mana terdapat pada naratif dan watak.

v­i '

VI

I

1.2 Abstract

Audient is hanging on a film by threatening information. Suspense is one of the

element could create the most efficacious threatening that will make you as the audient

stay hours to the end of the story. The .film objective is to mesmerized audient. Research

has been done to identify the secret of major credible threatening and it is all in the .film

through narrative and character.

VlI

BABI

1. 0 Pengenaian

Dunia perfileman merupakan salah satu seni yang merangkumi pelbagai seni. Seni

dimuatkan dalam sebuah filem dengan pelbagai cara meliputi cara lakonan, penulisan,

lukisan, bunyian, pergerakan kamera, propsl, pencahayaan dan sebagainya. Filem

dibezakan melalui genre2 yang terdapat pada filem tersebut. Sesetengahnya juga

mempunyai gabungan daripada beberapa genre dalam satu filem. Dengan penyelidik

3dalam kajian ini akan menghuraikan kajian mengenai filem bergenre suspense •

Filem yang berbentuk suspense merupakan sebuah filem yang mana kerap

memberikan kesan psikologi terhadap penonton. Kaedah yang digunakan untuk

menghasilkan suspense merupakan kajian yang akan dilakukan. Dengan ini penyelidik

akan menyingkap teori yang wujud dan menganalisa pengunaan teori tersebut yang mana

dapat menghasilkan suspense dengan lebih berkesan.

Di akhir pengkajian penyelidik berharap agar dapat mengeluarkan satu

penyelesaian terhadap cara bagaimana untuk menghasilkan sebuah filem yang mempunyai

suspen e yang berkesan.

tu benda berbentuk barangan yang menghiasi sesebuah paparan visual. 2 ori filem berdasarkan tema yang digunakan dalam sesebuah filem. J Perasaan teruja terhadap apa yang akan berlaku seterusnya.

1.1 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini dihasilkan adalah untuk mengenalpasti cara dalam

menghasilkan suspense dengan lebih baik. Apa yang akan dicapai dalam pengkajian ini

adalah pengetahuan tentang teori yang kerap digunakan dalam naratif yang berbentuk

suspense. Kekerapan ini juga tidak menentukan keberkesanannya secara keseluruhan,

dengan ini lanjutannya adalah dengan membuktikan penyesuaian teori tersebut dalam

pembentukan suspense yang mana melihat pada tujuan, konsep dan bentuk naratif itu

sendiri.

Pengetahuan terhadap teori yang digunakan sedikit sebanyak dapat membantu

dalarn pembentukan naratif suspense yang lebih berkesan yang mana dapat menarik lebih

perhatian penonton. Untuk itu kajian ini dapat membantu dalam meningkatkan

pemahaman dan berfungsi sebagai panduan bagi penulis dan pengarah dalam

menghasilkan sebuah filem yang mempunyai kesan suspense yang lebih berkesan dan

menarik perhatian penonton.

Dengan ini penyelidik berharap agar pencapalan sesebuah filem berbentuk

suspen e dapat dipertingkatkan lagi melalui kajian ini secara pengetahuan tentang konsep,

pengunaannya, ciri-ciri yang sesuai dan pembentukannya yang mana kesemua ini berkait

rapat dengan genre yang dipilih.

1.2 Kenyataan masalah

Suspense yang wujud dalam filem adalah kerana kesinambungan teknik-teknik

yang digunakan. Namun begitu terdapat juga kegagalan menunjukkan impak dalam

nghasilkan suspense yang wujud akibat daripada kurang pemahaman terhadap konsep­

konsep yang diperlukan dalam menghasilkan suspense. Konsep-konsep ini tidak

2

ditentukan formatnya dan konsep ini diletakkan bergantung pada situasi dan plot4 filem

berkenaan. Apa yang menjadi permasalahan di sini apakah konsep yang sesuai dan yang

kerap digunakan untuk mendapatkan impak suspense yang lebih kuat. Mengenalpasti

akan konsep ini dapat menjawab persoalah kaedah yang digunakan dalam menghasilkan

suspense. Kajian juga tidak terhad pada konsep yang digunakan malahan penyesuaian

konsep tersebut terhadap ciri yang menjadi keperluan filem berkenaan. Pencapaian yang

cuba direalisasikan adalah untuk mendapatkan keputusan yang bertepatan dengan apa

yang diperlukan, ini supaya segala kosep dan ciri-ciri yang diletakkan dapat menghasilkan

impak suspense yang lebih kuat dan bersesuaian dengan filem berkenaan. Secara logik

juga perlu difikirkan pengunaannya sebelum meletakkan konsep dalam sesebuah filem

tersebut. Dengan ini kajian seharusnya dilakukan dengan teliti agar keputusan yang akan

dicapai bertepatan dengan apa yang diperlukan dalam menghasilkan unsur-unsur suspense

yang lebih baik.

1.3 Metodologi Kajian

Metodologi merupakan pendekatan, peraturan dan tuntutan teori yang akan

digunakan atau dilakukan semasa membuat kajian mengikut disiplin yang ditentukan.

Metodologi juga merupakan satu prosedur yang membolehkan kita membuat kajian

mengikut pelan yang lebih teratur untuk mencapai kesimpulan yang mengikut objektif

utama. Kesimpulannya ia merupakan cara, teknik dan proses dalam membuat sesuatu

kajian (Quality Assurance).

Pengkajian yang akan dilakukan adalah di bawah kaedah analisa isi kandungan

penyelidikan berbentuk kualitati£ Kaedah ini adalah paling sesuai untuk mencungkil

4 J81an cerita yang terdapat pada sesebuah naratif

3

maklumat terhadap suspense dengan lebih berkesan. Dalam pembentangan yang

dikemukakan oleh Metchthild Maczewski yang memetik petikan Creswell menyatakan

bahawa:

"A qualitative approach is one in which the inquirer often makes

knowledge claims based primarily on constructivist meanings socially and

historically constructed, with an intent of developing a theory or pattern or

advocacy/participatory perspectives (i.e. political, issue-oriented, collaborative or

change oriented or both) " (Cresswell, 2003, p. J8).

1.4 Skop Kajian

Penumpuan skop kajian akan ditentukan mengikut pengunaan keberkesanan

sesebuah filem itu dalam menampilkan ciri suspense. Dengan ini penyelidik akan

menganalisa filem-fiIem yang terdiri dari genre yang pelbagai namun mempunyai kesan

suspense yang berkesan. Pemilihan genre yang pelbagai ini untuk membezakan bentuk

pengunaan suspense yang mana mempunyai teknik yang berbeza bergantung pada plot

filem berkenaan.

Perbezaan dari segi tahun penghasilan filem juga merupakan salah satu kriteria

yang akan pengkaji bahagikan untuk memastikan bahawa konsep yang digunakan secara

global. Kemungkinan besar juga analisa filem yang mempunyai perbezaan dari segi tahun

ini sedikit sebanyak dapat memaparkan perkembangan terhadap pengunaan konsep­

konsep yang ada. Mungkin juga kewujudan kosep baru yang tidak digunakan pada tahun

belumnya dapat dilihat.

4

Filem-filem barat akan menjadi tumpuan dalam kajian ini kerana teknologi yang

mereka ada tidak membataskan idea kreatif mereka dalam menghasilkan filem berbentuk

suspense. Selain itu, industri perfileman yang besar dan penghasilan filem yang banyak

pasti dapat memberi pelbagai filem yang baik sebagai panduan.

1.5 Coding

Beberapa peraturan kod telah dikenalpasti melalui hasil kajian artikel yang

dilakukan sebelum ini dan penyelidik telah memilih kod yang penting dalam kajian yang

ingin dijalankan. Peraturan kod perlu diselidik pengunaanya dengan melihat pada bahan

kajian yang telah dipilih. Ini untuk menyingkap segala teknik atau kaedah yang wujud

dalam filem tersebut dalam menghasilkan suspense. Namun begitu penyelidik telah

menghadkan teori kod tersebut dengan memilih kod-kod yang utama yang mana

penggunaannya yang kerap dilihat dalam sesebuah filem.

1.5.0 Suspene Naratif

a) Credible Threat

Untuk menghasilkan suspense sesebuah filem itu perlu menimbulkan

konflik dan untuk menimbulkan kontlik sesebuah filem perlu meletakkan

elemen atau informasi yang mana menarik penonton agar percaya sesuatu

akan berlaku. Istilah diberikan untuk situasi ini dipanggil credible threat. Ia

dilakukan dengan meletakkan sesuatu tanda (informasi) untuk menyimpulkan

satu andaian atau gerak hati terhadap penyelesaian kontlik yang timbul.

Informasi sebegini juga perlu menimbulkan persoalan dalam pemikiran

penonton namun ketelitian terhadap memasukkan unsur-unsur persoalan ini

5

perlu dijaga agar penonton dapat keseluruhan informasi dengan baik. Ini

dapat dilakukan dengan membuat perjalanan plot tersebut dengan lebih semula

jadi. Dengan ini sudah pasti penonton akan berasa risau dan secara tidak

langsung akan menarik lebih perhatian penonton.

b) Suspense Psikologi

Psikologi suspense terhasil setelah informasi berbentuk credible threat

dipaparkan sehingga informasi aksi sebenar atau penyelesaian dipaparkan.

Masa yang diambil oleh pengarah dalam mengambarkan situasi dua informasi

ini merupakan saat di mana penonton akan merasakan satu penyiksaan

berbentuk psikologi.

Credible threat II" ~I Penyelesaian konjlik

'---------..... Psikologi Suspense

c) Simplistic

Dalam menghasilkan suspense Juga sesebuah filem perlu mempunyal

teknik penyampalan maklumat yang lebih mudah difahami. Ini dapat

menimbulkan impak suspense dengan lebih berkesan. Kaedah ini di panggil

sebagai simplistic dalam penyampaian informasi.

d) Muslihat

Muslihat merupakan kaedah di mana pengarah memastikan bahawa

penonton tidak mengagak apa yang akan berlaku seterusnya tetapi membuat

situasi seolah-olah penonton tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Namun

6

setelah informasi sebenar dikemukakan, penonton tidak akan menyangka

bahawa kesudahan yang sedemikian.

e) The Hermeneutic code

Hermeneutic code merujuk kepada elemen plot yang menghasilkan

suspense dalam jangka masa yang panjang. Ini di mana informasi diberikan

secara sedikit demi sedikit agar penonton tertanya-tanya dan berfikir tentang

keberangkalian sesuatu akan berlaku seterusnya.

Credible threat I" . ~I Penyelesaian konflik

Masa yang panJang

1) Proairetic code

Proairetic code merujuk kepada aksi yang mana sedang berlaku dan akan

berlaku pada jangka masa yang pendek dalam satu babak.

Credible threat I" ~I Penyelesaian konflik L...-______ Masa yang singkat ---.J

Watak

a) Phobia

Phobia yang mana la membina watak yang mempunyai kelemahan

terhadap sesuatu seperti takut pada ketinggian, kegelapan dan sebagainya.

7

b) Prior Knowledge

Prior knowledge merupakan satu kaedah di mana satu situasi diwujudkan

yang mana satu informasi diberikan kepada penonton bahawa sesuatu yang

buruk boleh berlaku pada bila-bila masa.

c) Recurring Nightmares

Selain itu, recurring nightmares digunakan untuk menunjukkan kelemahan

pada watak protagonist yang mana mengalami gangguan perasaan disebabkan

oleh pengalaman yang lepas.

d) Kontra

Kontra yang di maksudkan di sini merujuk kepada watak protagonis dan

antagonis. Kekerapan filem suspense mengambarkan watak antagonis lebih

dominan daripada watak protagonis.

Segala kaedah ini menjadi panduan kepada penyelidik untuk mengkaji bahan

kajian yang ada. Jika kekerapan pengunaan teknik jelas wujud pada filem berkenaan

maka pengunaan kaedah-kaedah tersebut amat penting dan sebagai fungsi utama dalam

menghasilkan sesebuah filem suspense.

1.6 Pendekatan

Content Analysis telah di definisikan sebagai kaedah pengkajian yang teratur,

ik yang boleh diterima sebagai merumuskan pelbagai kandungan kepada satu kategori

8

yang baru merujuk pada peraturan kod yang ditentukan (Berelson, 1950; GAO, 1996;

Kripprndorff, 1980; and Weber, 1990). Petikan ini dipetik dari artikel Steve Stemler.

Beberapa definisi yang menjelaskan lagi maksud content analysis yang dipetik dari artikel

Steve Stemler:

Holsti (1969) offers a broad definition ~f content analysis as, "any

technique for making inferences specified characteristics ~f messages " (p. 14). Under

HoL'iti's definition, the technique of content analysis is not restricted to the domain ~f

te4lUal analyis, but may be applied to other areas such as coding student drawings

(Wheelock, Haney, & Bebell, 2000), or coding ofactions observed in video taped studies

(Stigler, Gonzales, Kawanaka, Knoll & Serrano, 1999). In order to allow for replication,

however the technique can only be enables researches to s({t through large volumes of

data with relatives ease in a systematicfashion (GAO, 1996). It can be a useful technique

for allowing us to discover and describe the focus of individual, group, institutional, or

social attention (Weber, 1990).

Memandangkan pengkajian yang akan dilakukan oleh pengkaji adalah tertumpu

pada suspense dalam sebuah filem maka pedekatan content analysis di anggap amat

sesuai. Ini kerana pengkajian itu tertumpu pada isi kandungan pada filem itu sendiri.

Segala persoalan yang perlu dijawab adalah merujuk pada filem tertentu dan mematuhi

peraturan kod agar keputusan yan temui berkualiti dan boleh dipercayai.

9

1.7 Bahan Kajian

Saya telah memilih tiga buah filem untuk dikaji secara mendalam dengan

berpandukan peraturan kod yang akan dikemukan. Pemilihan filem yang dilakukan

berpandukan era dan memilih sebuah filem pada setiap era bermula pada tahun 70an, 80an

dan 90an. Ketiga-tiga filem berkenaan mempunyai genre yang sarna iaitu suspense.

Filem pertama yang dipilih pada tahun 70an bertajuk Jaws arahan Steven

Spielberg, pada tahun 80an bertajuk Alien arahan Ridley Scott dan filem pada tahun 90an

bertajuk The Silence Of The Lambs arahan Jonathan Demme. Ketiga-tiga filem ini kerap

dibincangkan oleh pelbagai lapisan, pelajar, pengkritik, pengkaji, pihak media dan juga

penonton mengenai suspense yang wujud dalam babak tertentu. Oleh itu pengkaji

merasakan bahawa filem tersebut difikirkan sesuai mewakili era untuk mendapatkan

keputusan yang akan memenuhi objektifkajian ini.

10

BAB2

Analisa Artikel

Di dalam bab ini skop pengkaj ian akan dijelaskan melalui teori yang telah

dikemukankan dan dibincangkan. Dengan bukti yang ada, pengetahuan akan suspense di

dalam filem dapat dilihat dengan jelas. Perbincangan akan dibuka dengan definisi

suspense di dalam filem.

2.0 Definisi

Kebanyakkan penonton akan mengaitkan keadaan suspense bersama dengan

misteri atau thriller. N amun begitu suspense am at penting dalam semua genre filem.

Sebagai contoh sanggupkah kita menanti dan menonton filem Star Wars jika kita tidak

tertanya-tanya bagaimana watak Luke Skywalker menghentikan empayar kejahatan.

Suspense adalah perasaan ingin tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Ia dapat menahan

penonton supaya tidak ke mana-mana selain memberi tumpuan sepenuhnya terhadap filem

tersebut (Morgan).

Tidak dapat disangkal lagi bahawa suspense amat penting dalam teori perfileman

dan juga merupakan sumbangan yang penting bagi dunia seni perfileman. Kaedah

suspense bererti bahawa penonton mengetahui tentang sesuatu (dan lebih baik lagi) dari

watak utama tahu. Disebabkan itu kita dapat mengetahui siapa yang bersalah dalam filem

yang dihasilkan oleh Hitchcock. Pengetahuan ini membolehkan pemikiran dan perasaan

penonton menjadi aktif yang mana penonton bukan hanya menonton untuk mengetahui

a yang akan berlaku seterusnya malahan menghayati plot dengan lebih mendalam (The

Theories Suspense).

11

2.1 Teor;

Kaedah untuk mewujudkan keadaan yang suspense dalam filem adalah dengan

memainkan pemikiran dan perasaan penonton. Dengan ini babak filem harus

menimbulkan suasana yang dapat merisaukan penonton dan caranya adalah dengan

memberi informasi yang merisaukan kepada penonton itu sendiri. Sebagai contoh

memberi informasi bahawa watak yang lemah dan tidak bersalah merupakan seorang

pembunuh, jiran di sebelah rumah merupakan pengintip yang merbahaya. Watak itu

seharusnya memainkan peranan yang berlainan ketika bersama dengan watak lain dalam

filem itu sendiri. Informasi ini dapat menghasilkan impak terhadap penonton yang seo lah­

olah ingin memberitahu mangsa akan keadaan sebenar. Jika difikirkan, suspense yang

berkesan adalah datang dengan semula jadi jika ia digambarkan dengan memberi

gambaran rutin harian kepada penonton, sehinggakan pada satu tahap di mana kebenaran

sebenar didedahkan. Kaedah ini sesuai digunakan pada filem pengintipan. Namun hari

ini kebanyakan filem pengintipan hanya berkaitan dengan pencurian maklumat sulit dan

lebih banyak unsur aksi daripada bermain dengan informasi. Saya percaya bahawa drama

suspense pada awal sinema hanya berkesan untuk ketegori filem seperti jenayah

antarabangsa yang dimainkan oleh seorang agen berbanding penceritaan tentang

maklumat sulit yang hilang yang mana lebih sukar (Hitchcock).

Dua kaedah dalam menghasilkan naratif suspense iaitu pertama dengan persoalan

yang tidak dijawab dan yang kedua gerak hati terhadap penyelesaian aksi. Teori ini

dikemukakan oleh Roland Barthes, yang berharap membezakan di antara dua yang

memaksa perjalanan naratif begitu berkaitan sehingga penonton terus menonton.

Hermeneutic code merujuk kepada elemen plot yang meningkatkan lagi persoalan yang

timbul terhadap penonton. Contoh yang baik seperti genre penyiasatan, keseluruhan

12

naratif tersebut mengunakan Hermeneutic code. Kita telah menyaksikan satu

pernbunuhan dan naratif yang seterusnya membawa kepada pelbagai persoalan mengikut

babak kejam seterusnya. The Proairetic code pada masa yang sarna merujuk pada aksi

sahaja. Plot tersebut secara tidak langsung membawa kepada aksi seterunya. Contoh

situasi dirnana pistol kepunyaan watak utama jatuh ke tangan musuh dan kita menunggu

untuk mengetahui sarna ada musuh dapat membunuh lawannya atau tercedera. Suspense

begini wujud di sebabkan oleh aksi dan bukan seperti apa yang penonton harapkan oleh

penyelesaian misteri (Felluga).

Konflik merupakan dasar kepada penghasilan filem yang baik, tanpa konflik

suspense tidak mungkin akan wujud dan seterusnya penceritaan juga tidak dapat wujud .

Mewujudkan konflik tidak begitu sukar seperti apa yang kita sangkakan. Seharusnya kita

rnernbuat agar penonton percaya dengan situasi dan perasaan yang dialami karektor.

Langkah pertarna dalam menghasilkan suspense adalah dengan mewujudkan terlebih

dahulu Credible threat yang mana penonton percaya bahawa sesuatu akan berlaku. Ia

boleh dilakukan dengan memberikan kepelbagaian petanda tertentu atau contoh sebenar.

Wujudkan situasi di mana watak akan dibunuh, pisau yang diletakkan di dalam baju

mantel akan menimbulkan imej yang lebih berkesan berbanding penikaman sebenar. Mata

yang rnenjeling, merengut pipi dan pelbagai lagi ciri-ciri fizikal yang boleh memberi

petunjuk bahawa apa-apa yang menakutkan akan berlaku (Writersguide2002).

Phobias merupakan satu kebiasan yang dapat dilihat dalam watak akan diletakkan

pada situasi di mana seseorang yang takut pada ketinggian, ular atau lemas yang

merupakan salah satu punca permasalahan yang akan timbul. Prior Knowledge di mana

kita tidak dapat menyangka bahawa kawan baik kita sendiri merupakan penjahat sebenar.

Kita akan terkejut jika pembunuh yang kejam merupakan isteri kita, orang gaji atau jiran

13

yang telah lama menginap. Ini dapat mewujudkan pada babak pertama telah menunjukkan

bahawa pembunuh boleh menjalankan tindakannya terhadap mangsa dengan lebih mudah.

Dalam psikologi suspense pula jika dilihat watak jahat, aksi pembunuhan akan dilengah­

lengahkan dengan perbuatan watak jahat itu sendiri. Sebagai contoh menyiksa pemikiran

mangsa akan memberikan impak yang lebih berbanding pembunuhan sebenar. Recurring

Nightmares berlaku di mana watak protagonis mengalami gangguan perasaan disebabkan

oleh pengalaman yang lepas. Sebagai contoh watak protagonis mengalami situasi

pembunuban namun pembunuh mungkin akan kembali untuk membalas dendam. Apa

yang akan dirasai oleh watak tersebut adalah ketakutan dan sensitif pada situasi yang

menakutkan (Writersguide2002).

Jika naratifterlalu rumit dan terlalu banyak informasi yang perlu diingatkan maka

suspense sukar diwujudkan. Kunci kepada menghasilkan suspense adalah dengan

simplistic penceritaan yang menjurus agar penonton dapat mengikuti maklumat dengan

mudah. Apa yang ada dalam skrip seharusnya mengikut alur yang sesuai agar dapat

menimbulkan impak yang lebih berkesan. Hindari daripada kerumitan namun kekalkan

ketelitian. Setiap babak harus dimasukkan maklumat penting agar penonton terasa

, tertarik. Humor juga penting dalam penceritaan Hitchcock. Anggap bahawa kamu sedang

melakukan humor yang berbentuk praktikal terhadap watak utama. Berikan situasi yang

ironi5 untuk dijalaninya. Iaitu humor yang tidak dirancang, secara kebetulan, sesuatu yang

buruk akan menjadi kesilapan. Semua ini dapat menimbulkan tekanan (Bays).

Selain itu, situasi kontra juga dapat menimbulkan tekanan. Gunakan dua perkara

yang berbeza berlaku serentak. Penonton seharusnya tertumpu pada situasi yang lebih

penting. Kebiasaanya situasi kedua berbentuk humor yang tidak memberi makna

S Menyentuh perasaan penonton

14

(Kebiasaannya dialog). Ia diletakkan sebagai gangguan, dengan itu penonton akan

memberi lebih penumpuan terhadap informasi yang lebih penting (Bays).

Secara fakta untuk mendapatkan suspense yang berkesan adalah dengan

mendedahkan penonton dengan informasi. Tunjukkan sesuatu yang tidak diketahui oleh

karektor6. Jika sesuatu itu dapat mengugat karektor maka tunjukkan informasi itu pada

awalan babak dan biarkan saja penceritaan berjalan seperti biasa. Shot menunjukkan

bahaya ditunjukkan beberapa kali akan menghasilkan suspense. N amun kita harus ingat

bahawa karektor tidak mengalami perasaan suspense dan tidak menyedari keadaannya

dalam bahaya. Tarik perhatian penonton kepada sesuatu yang berbeza-beza, gunakan

muslihat. Pastikan penonton tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Apabila

informasi sebenar ditunjukkan pastikan bahawa penonton tidak menyangka bahawa

kesudahan yang sedemikian (Bays).

Dalam filem Psycho, suspense wujud pada babak di mana Marion bercakap dengan

Norman Bates dan kemudian kembali ke bilik dan keseluruhan babak tersebut. Babak

sebelumnya di mana menunjukkan bahawa tiada siapa ¥ang tahu di mana Marion berada

dan hotel Bates pula berada di kawasan yang terasing. Namun credible threat berlaku

ketika Marion sedang berpura-pura selesa berbual dengan Norman Bates. Penonton

sememangnya mengetahui lebih banyak maklumat berbanding Marion iaitu Norman tidak

menumpukan perhatian kerana memikirkan tentang emaknya yang suka menimbulkan

masalah. Marion dud uk di bilik yang di kelilingi oleh burung-burung yang telah diawet

yang mana merupakan hobi Norman. Apa yang penting di sini Marion di kelilingi oleh

kematian yang dilambangkan oleh burung-burung tersebut. Dia juga tidak menyedari

hahawa dia berada dalam bahaya ketika itu. Ini di panggil Dramatic Irony.

6 Watak yang digambarkan dalam penceritaan tersebut

15