1
Perkhidmatan MyGov*Net merupakan Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan Malaysia (Malaysia Government Integrated Telecommunication Network) yang disediakan kepada agensi-agensi Kerajaan bagi menyokong transformasi Perkhidmatan Kerajaan secara konvensional kepada perkhidmatan melalui saluran digital. Perkhidmatan secara dalam talian membolehkan keupayaan kakitangan awam bekerja di dalam persekitaran digital yang kondusif sekaligus membantu meningkatkan produktiviti dan mengoptimumkan sumber penjawat awam. MyGov*Net menyediakan platform rangkaian yang memudahkan agensi memberikan perkhidmatan terbaik secara terus kepada rakyat melalui penggunaan sistem aplikasi yang dibangunkan oleh agensi Kerajaan. Mewujudkan Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan Transformasi Perkhidmatan Kerajaan yang berkualiti dan efisien adalah penting dalam memacu aspirasi Negara Digital. Aplikasi ICT merupakan medium yang membantu memudahkan kehidupan harian dan meningkatkan kualiti interaksi di antara Kerajaan dan rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan Kerajaan menerusi pelbagai saluran. Dalam era digital dan kepesatan teknologi masa kini, akses kepada perkhidmatan perlu dioptimumkan melalui penggunaan pelbagai peralatan pintar dan sistem berasaskan ICT bagi memastikan pendekatan secara inklusif tercapai untuk memudahkan akses kepada perkhidmatan awam. Aspek Keselamatan Rangkaian Dalam era dunia tanpa sempadan, aspek keselamatan menjadi keutamaan dalam melindungi rangkaian serta aplikasi-aplikasi agensi Kerajaan daripada ancaman siber. Menyedari kepentingan tersebut, Rangkaian MyGov*Net direka secara khusus dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang menyediakan tapisan di pintu gerbang rangkaian bagi menangkis cubaan pencerobohan data dan ancaman siber. Ketersediaan Infrastruktur rangkaian MyGov*Net berteraskan elemen keselamatan ini membantu meminimumkan risiko kebocoran data yang boleh mengganggu gugat privasi serta mengancam keselamatan Negara. Rangkaian MyGov*Net juga memastikan data dan maklumat Kerajaan serta rakyat terpelihara, selamat dan terjamin melalui rangkaian pusat data sektor awam yang disediakan Kerajaan. Bagi menjamin kualiti rangkaian dan kesinambungan perkhidmatan, Pusat Operasi Rangkaian MyGov*Net sentiasa memantau talian-talian MyGov*Net secara proaktif melalui perkhidmatan meja bantuan yang beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu bagi memberi bantuan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan isu-isu berkaitan MyGov*Net. Pada masa yang sama, MyGov*Net turut menyediakan khidmat sokongan di 15 lokasi di seluruh negara. Seiring dengan perkembangan industri 4.0 yang sedang rancak berlaku diseluruh dunia, keupayaan pengurusan rangkaian yang efisien dilihat menjadi pemangkin perkembangan ICT Negara yang mempengaruhi aspek kehidupan seharian. Inovasi perkembangan ICT ini memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam melaksanakan usaha berterusan bagi meningkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan kepada segenap lapisan masyarakat dengan menyediakan Perkhidmatan Connected Government yang diyakini, khusus dan selamat kepada agensi-agensi Kerajaan dikenali sebagai MyGov*Net. Menyokong Sistem Penyampaian Pelaksanaan MyGov*Net menjadi pemangkin dalam mentransformasi penyampaian perkhidmatan Kerajaan agar lebih sistematik dan berkesan disamping mempertingkatkan keterhubungan rakyat dengan perkhidmatan dalam talian yang ditawarkan oleh agensi-agensi Kerajaan. MyGov*Net membolehkan perkhidmatan dalam talian kerajaan dilaksanakan secara seamless merentas agensi yang dapat mempertingkatkan tahap mobiliti dan capaian kepada perkhidmatan kerajaan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Mengambil kira perkembangan revolusi era pendigitalan, Kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan perkhidmatan secara cashless di kaunter atau secara dalam talian menggunakan pelbagai aplikasi e-pembayaran yang disediakan yang dapat memudahkan rakyat. Melalui perkhidmatan dalam talian ini juga membolehkan rakyat berurusan dengan pelbagai agensi Kerajaan secara digital dan boleh di akses di mana-mana sahaja mereka berada. Antara perkhidmatan yang disedaikan secara digital seperti, permohonan imigresen dan visa, semakan dan pembayaran saman, semakan keputusan peperiksaan, semakan kesihatan, permohonan perumahan dan lain-lain perkhidmatan. Ini dapat memudahkan rakyat serta mengurangkan kesesakan di kaunter-kaunter Perkhidmatan Kerajaan. Setiap urusan juga dapat dilakukan dengan lebih cepat, terurus dan lancar. Selain itu, perkhidmatan MyGov*Net juga merupakan plartform yang membantu membuka peluang-peluang perniagaan dan kerjaya kepada rakyat melalui perkhidmatan bantuan perniagaan secara dalam talian oleh Kerajaan yang dapat memberi manfaat kepada rakyat. Peluasan MyGov*Net ke Persada Antarabangsa Sejak kejayaan pelaksanaan MyGov*Net bermula 2013, MyGov*Net telah diperluaskan ke persada antarabangsa dengan pelaksanaan MyGov*Net.Global yang bermula pada tahun 2016. Perkhidmatan rangkaian antarabangsa yang khusus dan selamat ini disediakan kepada Pejabat Perwakilan Kerajaan Malaysia di luar negara. Sehingga kini, MyGov*Net.Global telah dilaksanakan dilima (5) lokasi iaitu di Pejabat Perwakilan Kerajaan Malaysia di Singapura, Jakarta, Yangon, Manila dan New Delhi. Atas faktor kejayaan ini, MyGov*Net akan terus diperluaskan merentasi seluruh dunia pada masa akan datang. Secara dasarnya, MyGov*Net adalah seamless connectivity yang merupakan salah satu faktor di sebalik kejayaan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang efisien dan berkesan. MyGov*Net juga membantu meningkat produktiviti penjawat awam, memudahkan urusan harian dan meningkatkan kualiti hidup rakyat ke arah gaya hidup digital. Maklumat lanjut mengenai MyGov*Net boleh didapati dengan melayari Portal MyGov*Net di laman sesawang www.mygovnet.gov.my MyGov*Net Pemangkin Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Berkualiti Visi & Misi Visi: Satu rangkaian telekomunikasi bersepadu dan selamat untuk sektor awam Misi: Melaksanakan informasi sektor awam melalui kondolisasi rangkaian untuk mengoptimumkan sumber dan nilai kewangan bagi memperkasakan sistem penyampaikan perkhidmatan kerajaan Ciri-Ciri Manfaat 1). Rangkaian yang khusus secara fizikal 2). Dilengkapi dengan Jaminan Tahap Perkhidmatan (Service Level Guarantee): -99.9% -99.7% -97.0% 3). Hubungan Internet yang selamat menerusi gerbang internet yang terurus 4). Pengurusan dan Pemantauan berpusat melalui Pusat Operasi Rangkaian (NOC) yang beroperasi 24x7 5). Khidmat Sokongan di 15 lokasi seluruh negara Membantu memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan agar ia lebih sistematik, berkesan dan seterusnya dapat meningkatkan produktiviti penjawat awam Memudahkan urusan harian dan meningkatkan kualiti hidup rakyat ke arah hidup digital bagi mencapai status negara maju

MyGov*Net Pemangkin Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan … · 2020. 1. 2. · kaunter-kaunter Perkhidmatan Kerajaan. Setiap urusan juga dapat dilakukan dengan lebih cepat, terurus

  • Upload
    others

  • View
    18

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MyGov*Net Pemangkin Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan … · 2020. 1. 2. · kaunter-kaunter Perkhidmatan Kerajaan. Setiap urusan juga dapat dilakukan dengan lebih cepat, terurus

Perkhidmatan MyGov*Net merupakan Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan Malaysia (Malaysia Government Integrated Telecommunication Network) yang disediakan kepada agensi-agensi Kerajaan bagi menyokong transformasi Perkhidmatan Kerajaan secara konvensional kepada perkhidmatan melalui saluran digital.

Perkhidmatan secara dalam talian membolehkan keupayaan kakitangan awam bekerja di dalam persekitaran digital yang kondusif sekaligus membantu meningkatkan produktiviti dan mengoptimumkan sumber penjawat awam.MyGov*Net menyediakan platform rangkaian yang memudahkan agensi memberikan perkhidmatan terbaik secara terus kepada rakyat melalui penggunaan sistem aplikasi yang dibangunkan oleh agensi Kerajaan.

Mewujudkan Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan

Transformasi Perkhidmatan Kerajaan yang berkualiti dan efisien adalah penting dalam memacu aspirasi Negara Digital. Aplikasi ICT merupakan medium yang membantu memudahkan kehidupan harian dan meningkatkan kualiti interaksi di antara Kerajaan dan rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan Kerajaan menerusi pelbagai saluran.

Dalam era digital dan kepesatan teknologi masa kini, akses kepada perkhidmatan perlu dioptimumkan melalui penggunaan pelbagai peralatan pintar dan sistem berasaskan ICT bagi memastikan pendekatan secara inklusif tercapai untuk memudahkan akses kepada perkhidmatan awam.

Aspek Keselamatan Rangkaian

Dalam era dunia tanpa sempadan, aspek keselamatan menjadi keutamaan dalam melindungi rangkaian serta aplikasi-aplikasi agensi Kerajaan daripada ancaman siber.

Menyedari kepentingan tersebut, Rangkaian MyGov*Net direka secara khusus dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang menyediakan tapisan di pintu gerbang rangkaian bagi menangkis cubaan pencerobohan data dan ancaman siber.

Ketersediaan Infrastruktur rangkaian MyGov*Net berteraskan elemen keselamatan ini membantu meminimumkan risiko kebocoran data yang boleh mengganggu gugat privasi serta mengancam keselamatan Negara.

Rangkaian MyGov*Net juga memastikan data dan maklumat Kerajaan serta rakyat terpelihara, selamat dan terjamin melalui rangkaian pusat data sektor awam yang disediakan Kerajaan.

Bagi menjamin kualiti rangkaian dan kesinambungan perkhidmatan, Pusat Operasi Rangkaian MyGov*Net sentiasa memantau talian-talian MyGov*Net secara proaktif melalui perkhidmatan meja bantuan yang beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu bagi memberi bantuan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan isu-isu berkaitan MyGov*Net. Pada masa yang sama, MyGov*Net turut menyediakan khidmat sokongan di 15 lokasi di seluruh negara.

Seiring dengan perkembangan industri 4.0 yang sedang rancak berlaku diseluruh dunia, keupayaan pengurusan rangkaian yang efisien dilihat menjadi pemangkin perkembangan ICT Negara yang mempengaruhi aspek kehidupan seharian.

Inovasi perkembangan ICT ini memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam melaksanakan usaha berterusan bagi meningkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan kepada segenap lapisan masyarakat dengan menyediakan Perkhidmatan Connected Government yang diyakini, khusus dan selamat kepada agensi-agensi Kerajaan dikenali sebagai MyGov*Net.

Menyokong Sistem Penyampaian

Pelaksanaan MyGov*Net menjadi pemangkin dalam mentransformasi penyampaian perkhidmatan Kerajaan agar lebih sistematik dan berkesan disamping mempertingkatkan keterhubungan rakyat dengan perkhidmatan dalam talian yang ditawarkan oleh agensi-agensi Kerajaan.

MyGov*Net membolehkan perkhidmatan dalam talian kerajaan dilaksanakan secara seamless merentas agensi yang dapat mempertingkatkan tahap mobiliti dan capaian kepada perkhidmatan kerajaan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.

Mengambil kira perkembangan revolusi era pendigitalan, Kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan perkhidmatan secara cashless di kaunter atau secara dalam talian menggunakan pelbagai aplikasi e-pembayaran yang disediakan yang dapat memudahkan rakyat.

Melalui perkhidmatan dalam talian ini juga membolehkan rakyat berurusan dengan pelbagai agensi Kerajaan secara digital dan boleh di akses di mana-mana sahaja mereka berada. Antara perkhidmatan yang disedaikan secara digital seperti, permohonan imigresen dan visa, semakan dan pembayaran saman, semakan keputusan peperiksaan, semakan kesihatan, permohonan perumahan dan lain-lain perkhidmatan. Ini dapat memudahkan rakyat serta mengurangkan kesesakan di kaunter-kaunter Perkhidmatan Kerajaan. Setiap urusan juga dapat dilakukan dengan lebih cepat, terurus dan lancar.

Selain itu, perkhidmatan MyGov*Net juga merupakan plartform yang membantu membuka peluang-peluang perniagaan dan kerjaya kepada rakyat melalui perkhidmatan bantuan perniagaan secara dalam talian oleh Kerajaan yang dapat memberi manfaat kepada rakyat.

Peluasan MyGov*Net ke Persada Antarabangsa

Sejak kejayaan pelaksanaan MyGov*Net bermula 2013, MyGov*Net telah diperluaskan ke persada antarabangsa dengan pelaksanaan MyGov*Net.Global yang bermula pada tahun 2016.

Perkhidmatan rangkaian antarabangsa yang khusus dan selamat ini disediakan kepada Pejabat Perwakilan Kerajaan Malaysia di luar negara. Sehingga kini, MyGov*Net.Global telah dilaksanakan dilima (5) lokasi iaitu di Pejabat Perwakilan Kerajaan Malaysia di Singapura, Jakarta, Yangon, Manila dan New Delhi. Atas faktor kejayaan ini, MyGov*Net akan terus diperluaskan merentasi seluruh dunia pada masa akan datang.

Secara dasarnya, MyGov*Net adalah seamless connectivity yang merupakan salah satu faktor di sebalik kejayaan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang efisien dan berkesan. MyGov*Net juga membantu meningkat produktiviti penjawat awam, memudahkan urusan harian dan meningkatkan kualiti hidup rakyat ke arah gaya hidup digital.

Maklumat lanjut mengenai MyGov*Net boleh didapati dengan melayari Portal MyGov*Net di laman sesawang www.mygovnet.gov.my

MyGov*Net Pemangkin Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Berkualiti

Vis

i & M

isi Visi: Satu rangkaian telekomunikasi bersepadu dan

selamat untuk sektor awam

Misi: Melaksanakan informasi sektor awam melalui kondolisasi rangkaian untuk mengoptimumkan sumber dan nilai kewangan bagi memperkasakan sistem penyampaikan perkhidmatan kerajaan

Cir

i-C

iri

Man

faat

1). Rangkaian yang khusus secara fizikal2). Dilengkapi dengan Jaminan Tahap Perkhidmatan (Service Level Guarantee):-99.9%-99.7%-97.0%3). Hubungan Internet yang selamat menerusi gerbang internet yang terurus4). Pengurusan dan Pemantauan berpusat melalui Pusat Operasi Rangkaian (NOC) yang beroperasi 24x75). Khidmat Sokongan di 15 lokasi seluruh negara

Membantu memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan agar ia lebih sistematik, berkesan dan seterusnya dapat meningkatkan produktiviti penjawat awam

Memudahkan urusan harian dan meningkatkan kualiti hidup rakyat ke arah hidup digital bagi mencapai status negara maju