14
MUZIUM PADI Muzium Padi Kedah Darul Aman yang terletak di Gunung Keriang, Alor Setar telah dibuka dengan rasminya oleh KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH pada 12 Oktober 2004 bersamaan 27 Syaaban 1425 Masihi. Terletak di kawasan Gunung Keriang . Bangunannya yang berbentuk gemai padi ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampingan disekelilingnya. Bernilai lebih RM24 juta didirikan di atas tanah seluas 12,000 meter persegi. Bangunan ini terbahagi kepada 3 aras : Aras pertama terletaknya pejabat pentadbiran dan bilik mesyuarat. Di sini juga terdapat kedai cenderamata , kaunter tiket dan ruangan pameran. Pengunjung berpeluang mengetahui sejarah penanaman padi Kedah, meninjau koleksi variati-variati padi dan melihat alatan-alatan persawahan tradisional seperti onak, renggam, kapok, tenggiling dan lain-lain. Aras kedua menpunyai 6 bilik mini galeri dengan keluasan 2,288 meter persegi, memuatkan lukisan-lukisan yang menggambarkan aktiviti-aktiviti pertanian bermula dari zaman purba hingga ke zaman sekarang. Terdapat juga sebuah lukisan yang menggunakan teknik semburan batu kristal yang pasti membuat anda terpesona dan pada mereka yang ingin menambah pengetahuan. Dokumentari mengenai kaedah penanaman padi yang ditayangkan setiap hari dan dari aras dua ini juga pengunjung boleh melihat aktiviti-aktiviti harian pesawah seperti mencabut semai, menyulam, membaja dan menuai. Aras ketiga pula merupakan laluan menerusi anak tangga menuju ke ruang dewan . Di sini terdapat ruang tempat duduk berputar dengan

MUZIUM PADI.docx

Embed Size (px)

Citation preview

MUZIUM PADIMuzium Padi Kedah Darul Aman yang terletak di Gunung Keriang, Alor Setar telah dibuka dengan rasminya oleh KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH pada 12 Oktober 2004 bersamaan 27 Syaaban 1425 Masihi. Terletak di kawasan Gunung Keriang . Bangunannya yang berbentuk gemai padi ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampingan disekelilingnya. Bernilai lebih RM24 juta didirikan di atas tanah seluas 12,000 meter persegi.Bangunan ini terbahagi kepada 3 aras : Aras pertama terletaknya pejabat pentadbiran dan bilik mesyuarat. Di sini juga terdapat kedai cenderamata , kaunter tiket dan ruangan pameran. Pengunjung berpeluang mengetahui sejarah penanaman padi Kedah, meninjau koleksi variati-variati padi dan melihat alatan-alatan persawahan tradisional seperti onak, renggam, kapok, tenggiling dan lain-lain.Aras kedua menpunyai 6 bilik mini galeri dengan keluasan 2,288 meter persegi, memuatkan lukisan-lukisan yang menggambarkan aktiviti-aktiviti pertanian bermula dari zaman purba hingga ke zaman sekarang. Terdapat juga sebuah lukisan yang menggunakan teknik semburan batu kristal yang pasti membuat anda terpesona dan pada mereka yang ingin menambah pengetahuan. Dokumentari mengenai kaedah penanaman padi yang ditayangkan setiap hari dan dari aras dua ini juga pengunjung boleh melihat aktiviti-aktiviti harian pesawah seperti mencabut semai, menyulam, membaja dan menuai.Aras ketiga pula merupakan laluan menerusi anak tangga menuju ke ruang dewan . Di sini terdapat ruang tempat duduk berputar dengan kapasiti 40 pengunjung. Pengunjung pastinya akan terpegun melihat panorama tanaman padi pada satu musim dalam bentuk mural dan lanskap di mana mural ini mempunyai ketinggian lapan meter serta 103 meter panjang dan merupakan salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia.Ruang pemerhatian di aras ini boleh memuatkan seramai 40 orang pada satu masa dan terletak di atas platform berputar Pengunjung perlu mendaki 59 anak tangga di mana boleh sampai kepuncak Gunung Keriang dan di sini pengunjung boleh melihat panorama perkampungan tradisional dan sawah-sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang.Di dalam bangunan ini terdapat artifak-artifak penanaman padi kaedah baru dan lama. Para pengunjung boleh menyaksikan sendiri bagaimana padi di tanam. Alatan-alatan yang digunakan juga dipamerkan untuk para pengunjung. Dimana muzium yang berlatar belakangkan Gunung Keriang ini kelihatan seperti berada di tengah-tengah hamparan hijau, jika anda berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak.Berbagai-bagai jenis barangan seperti baju T, alat tulis, karaftangan yang berkaitan dengan padi disediakan di sini untuk dijadikan sebagai buah tangan dan makanan ringan, kuih tradisi Kedah yang berasaskan padi seperti karas, sagon, emping, kuih loyang yang sudah semestinya dihasilkan oleh orang tempatan.Bagi yang ingin mencuba pengalaman baru, bolehlah belajar memukul (membanting) padi dan menumbuk padi di sini dan untuk penggemar ikan, boleh juga melihat alat-alat menangkap ikan yang hampir pupus, antaranya sepila, tuar, bubu serta tangkul di samping boleh mengenali ikan-ikan seperti puyu, haruan, keli dan bermacam-macam lagi.____________________________________________Lokasi sebenar Muzium Padi ni terletak kira-kira 8 kilometer dari Bandar Alor Setar, betul-betul berhadapan dengan Kampung Tradisional, Gunung Keriang dan berhampiran dengan laluan ke Pusat Sains Negara dan Pusat Akuatik. Kawasannya memang agak jauh dan terpencil dari bandar tapi itulah yang menjadi daya tarikannya bila berada di sini. Sebabnya korang akan terasa suasana sebenar negeri Kedah yang dikenali sebagai Rice Bowl of Malaysia ini.Muzium Padi ini dibuka dan dirasmikan oleh KDYMM Tunku Sultan Haji Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Negeri Kedah pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1425 hijrah. Untuk pengetahuan korang juga, muzium ini adalah satu-satunya muzium padi di Malaysia. Ianya mempamerkan pelbagai bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi.

Muzium ini berkeluasan 12,000 meter persegi dan mempunyai tiga aras. Dari aras 1, ianya mempamerkan sejarah penanaman padi, variati-variati padi, alat persawahan tradisional seperti anok, renggam dan lain-lain lagi. Selain itu alat menangkap ikan tradisional yang hampir pupus seperti sepila, tuar, bubu dan lain-lain juga turut dipamerkan di aras ini.

Pada aras 2 pula ada terdapat 6 galeri, di mana korang boleh melihat lukisan-lukisan yang menggambarkan aktiviti pertanian bermula dari zaman penjajahan hingga sekarang. Dokumentari mengenai kaedah penanaman padi juga ada ditayangkan di sini setiap hari. Malah korang juga boleh melihat dengan lebih dekat perbezaan jenis-jenis beras di seluruh dunia.

Manakala yang paling menarik dan unik di Muzium Padi ini ialah apabila berada di aras 3 iaitu di tingkat atas sekali. Korang boleh melihat panorama sebenar tanaman padi yang diabdikan dalam bentuk mural dan lanskap.Mural yang berketinggian 8 meter dan 103 meter panjang ini adalah salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia. Di sini juga disediakanruang pemerhati yang terletak di atas platform yang berputar, jadi kesemua aktiviti ini korang boleh saksikan melalui kerusi yang disediakan khas.

Kalau korang nakdapatkan cenderamata sebagai kenang-kenangan seperti baju "T", alat tulis, kraftangan dan makanan tradisionalmacam sagon, karas serta lain-lain lagi, korang boleh pergi ke Kedai Cenderamatayang berada diAras 1. Semua makanan ini dihasilkan oleh anak-anak negeriKedah sendiri dan dijualdengan harga yang berpatutan.

Info mengenai Muzium Padi yang perlu korang tahu ialah :

Muzium Padi ini dibuka setiap hari.

Masa lawatan untuk hari Sabtu hingga Khamis ialah dari pukul 9:00 pagi hingga 5:00 petang.Manakala pada hari Jumaat pula, ianya dibuka dari 9:00 pagi hingga 12:30 tengah hari dan kemudian bersambung dari pukul 2:30 petang hingga 5:00 petang

Tiket / bayaran masuk ke Muzium Padi ialah:Dewasa - RM3.00Kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) - RM1.00Rombongan sekolah - RM1.00Kamera - RM2.00 (sebuah)

Muzium Padi

Telefon: +604-735 1315

LADANG ANGGUR TASIK BERISLADANG ANGGOR di usahakan oleh Syarikat EXCEL AGROTECH , merupakan sebuah syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2007. Syarikat ini mempunyai dua ladang anggur iaitu di pinggir kawasan Empangan Beris yang mempunyai keluasan 4 ekar dengan jumlah tanaman anggor sebanyak 1000 pokok dan di Sungai Senam dengan keluasan 30 ekar dengan jumlah tanaman sebanyak 7000 pokok.Objektif utama mengusahakan ladang anggur ini adalah untuk menyahut seruan kerajaan supaya badan korporat menceburi bidang pertanian. Fokus utama adalah menjadikan Daerah Sik sebagai salah satu destinasi pelancongan iaitu dalam sektor agrotourism. Wujudnya tanaman anggur di daerah Sik membukti anggur bukan sahaja boleh ditanam pada iklim sejuk tetapi cuaca yang panas, juga sesuai ditanam.Dengan adanya ladang anggur di daerah ini dapat membantu dan menggalakkan proses pembelajaran dalam bidang tanaman yang baru yang mana setiap hari menerima kunjungan daripada badan kerajaan, swasta, institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah yang berminat mengetahui cara-cara penanaman anggur. Anggur ditanam menggunakan kaedah biji benih, keratan ranting, tunas dan penghasilan tisu kultur.Untuk mengeluarkan hasil yang baik tanaman anggur ini mengambil masa 10 hingga 12 bulan untuk matang. Black Grape, White Malaga dan Losu Plite antara jenis yang ditanam untuk pasaran tempatan. Gerai jualan hasil dibuka dari9.30 pagi hingga 6.30 petang atau hubungiBERIS LAKE VINEYARD(LADANG ANGGUR TASIK BERIS)Lot 264, Kampung Ternas, 08200 Sik, Kedah Darul Aman. Tel : 04-4620466, H/P: 019-5667908,Email : Excel agro @ yahoo.com.

Nak kongsikan sikit info tentang projek pelancongan ni:

Ladang anggur ini diusahakan di atas kawasan seluas 34 ekar. Ia merupakan satu-satunya ladang anggur yang pertama dan terbesar bukan saja di peringkat Negeri Kedah malah di Asia Tenggara. Terletak lebih kurang 75 km atau sejam perjalanan dari Alor Setar.Berlatar tasik dan gunung membuatkan ladang anggur ini begitu istimewa.

laluan utama ke ladang anggurAnggur terkenal dengan seribu satu keistimewaan yang hanya sesuai ditanam di kawasan beriklim dingin. Tetapi dengan penyelidikan rapi serta mengaplikasikan teknologi tinggi percubaan menanam anggur secara komersial di Tasik Beris telah berhasil.

Sejumlah lebih kurang 7000 pokok anggur di tanam dalam green-house iniPokok anggur hidup subur dalam green house dan berjaya mengeluarkan buah yang lebat. Jenis anggur yang ditanam di sini terdiri daripada Black Opal, Black Grape, Wite Malaga dan Lose Plite. Jumlah keseluruhan yang ditanam adalah sejumlah 7000 pokok. Dan buah anggur dari 1000 pokok pertama telah berjaya dituai pada 2008. Pengunjung dibenarkan untuk melawat ladang dan melihat pokok anggur secara lebih dekat. Walau bagaimana pun pengunjung tidak dibenarkan memetik buah anggur di ladang ini.

Oooops!...kita tak boleh petik buah anggur dalam ladang..kalau nak merasa buah segar boleh didapati di sales gallery..Jadi, untuk melihat dan merasai buah anggur segar dari ladang di kawasan cuaca panas seperti Negara kita sudah tidak menjadi perkara yang mustahil lagi. Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan ia merupakan satu tawaran istimewa kepada pengunjung tempatan yang belum berkesempatan untuk ke Negara beriklim dingin. Berlatarkan gunung dan tasik membuatkan Ladang Anggur ini bertambah istimewa. Selain daripada ladang anggur itu sendiri, disediakan juga walkways sebagai kemudahan pengunjung menikmati keindahan tasik serta pemandangan hutan semulajadi di sekelilingnya.

Walkways disediakan berhadapan tasik beris, memberi peluang pengujung untuk menikmati keindahan semulajadi di sekeliling ladang ini

Pengunjung juga dapat merehatkan minda dan mengembalikan kesegaran badan sambil menikmati kudapan di bawah payung yang disediakan di ala-fresco berhadapan pintu masuk utama ke ladang ini.

Al-fresco turut disediakan untuk pengunjung berehat dan bersantai sambil menikmati suasana ladang anggur seumpama berada di luar Negara

Kemudahan penginapan juga disediakan untuk pengunjung yang berminat untuk bermalam di ladang ini.

Bayaran masuk RM6/ bagi org dewasa; RM3/ bagi kanak2

PUSAT SAINS NEGARA KEDAH

Satu lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara Wilayah Utara (PSNWU) dan Muzium Padi telah diadakan pada hari Khamis bersamaan 10 April 2014 yang lalu dengan anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik PAPN Kangar.Matlamat utama program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak dalam bidang sains, teknologi dan inovasi. Selain itu, kanak-kanak juga dapat menimba pengalaman dan mencuba peralatan yang membantu mereka meneroka bidang sains dan teknologi. Hal ini bertepatan dengan konsep PERMATA yang menggunakan kaedah belajar sambil bermain. Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada pihak ibubapa, pendidik dan pihak (PSNWU).

Berhampiran dengan Muzium Padi tu ada sebuah Pusat Sains Negara (PSN). Dibina sebagai sebuah cawangan di sebelah utara tanahair. Post kali ni pasal PSN tu la.

Lokasinya berhampiran dengan Muzium Padi, kurang 5 kilometer dari sana.Saya rasa PSN tu mungkin tak begitu dipromosikan, tak ramai pengunjung ke sana. Agak lengang. Satu kebaikannya ialah parking senang nak dapat, tak perlu susah-susah nak mencari parking kosong. Satu benda lagi yg best....masuk adalah percuma. Biasa la, Malaysian ni memang suka benda free. Termasuk la diri sendiri ni. PSN dibuka 6 hari seminggu (ditutup pada hari Jumaat), tetapi saya tak pasti sama ada ia akan dibuka pada hari cuti umum atau pun tidak.

**info baru yg saya dapat....PSN NI DIBUKA PADA HARI CUTI UMUM KECUALI CUTI HARI RAYA PUASA DAN HARI RAYA HAJI**

Bila sampai ke main lobby PSN tu, pada asalnya saya agak keberatan nak masuk. Rasa macam nak balik. Tak menarik langsung. Tak macam pusat sains. Ke saya ni high expectation?

Tapi bila kaki ni dah melangkah masuk ke main hall tu, hati ni terasa terlonjak sikit. Anak-anak pun dah mula excited.

Banyak booth atau station yg dibina di dalam main hall tu untuk showcase tentang anything related to science. Sungguh menarik. Setiap satu station atau booth akan berbeza antara satu sama lain. Booth dan station tadi tak begitu tinggi jadi senang untuk ibu dan bapa memerhati gerak geri anak-anak masing-masing di sana. Kan sesetengah kanak-kanak tu hyper sikit, lari melompat ke sana sini.

Tapi disyorkan ibu bapa ni jangan la duduk saja. Temankan la anak-anak supaya kita boleh ajar mereka sedikit sebanyak ilmu science ni. Bukan setakat ajar anak-anak, diri sendiri pun dapat menambah ilmu. Jangan risau, di setiap booth akan ada info, instruction dan guideline. Jadi tak le terkapai-kapai nak cuba faham apa yg cuba disampaikan pada setiap booth tu tadi.

Pada waktu-waktu tertentu (saya dah terlupa jadualnya...) akan diadakan Science Show. Beberapa orang petugas PSN akan berada di pentas untuk organizekan event ni. Mereka ni selalunya akan pull audience up to the stage (terutamanya kanak-kanak) untuk sama-sama berinteraksi dan mencuba science's tip and trick. Saya tertarik bila mereka "membakar" tangan mereka on stage. Api betul! No kidding. Macam mana mereka buat? Pergi la ke sana untuk tengok....hhehehhe..

Tiket percuma @ RM 2(Dewasa), RM 1 Kanak-kanak

PSN dibuka 6 hari seminggu (ditutup pada hari Jumaat)

Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara Gunung Keriang 06500 Alor Setar, Kedah. Tel : +604-720 7700. Fax : +604-720 7701. Emel : psn[at]psn.gov.my.