Murid Dan Alam Belajar Ewan

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    1/43

    TEORI PEMBELAJARAN

    Teori Pembelajaran Mazhab Kognitif / Gestalt (Kognitivisme)

    Teori Pembelajaran tingkah laku yang diutarakan oleh mazhab behavioris tidak

    dapat digunakan untuk menerangkan semua jenis pembelajaran yang berlaku dalam

    situasi yang berlainan. Umpamanya, walaupun kita kerap menggunakan telefon untuk

    menelefon kawan, kita sentiasa perlu merujuk buku panduan telefon untuk

    mendapatkan nombor. Sukar bagi kita untuk mengingati nombor yang kurang memberi

    makna dalam hidup kita. Walaubagaimanapun, kita sentiasa mengingati peristiwa yang

    telah kita alami suatu masa dahulu. Ini kerana peristiwa itu merupakan suatu

    pengalaman yang bermakna kepada kita.

    Sehubungan dengan itu, mazhab kognitif (juga disebut mazhab Gestalt)

    menyarankan bahawa pembelajaran berlaku apabila kita cuba mencari maksud

    berkaitan dengan sesuatu perkara. Gestalt adalah perkataan German yang bermaksud

    bentuk, pola, konfigurasi atau keseluruhan yang tersusun. Beberapa orang ahli

    psikologi pada masa awal kurun ini telah membuat kajian tentang faktor-faktor yang

    mempengaruhi pengamatan kita dalam pembelajaran. Oleh itu, teori pembelajaran

    kognitif juga dikenali sebagai teori Gestalt.

    Kita menggunakan pemikiran dan otak untuk belajar. Di samping itu,

    kepercayaan , harapan dan perasaan juga mempengaruhi pembelajaran kita. Dalam

    situasi bilik darjah murid belajar dengan memperolehi dan mengelolakan pengetahuan.

    Murid sentiasa mengelolakan pengalaman yang sedia ada untuk membina struktur

    kognitif supaya memperolehipengetahuan yang baru. Setiap kali murid belajar mereka

    akan mengelolakan dan menyimpan pengalaman dalam ingatan. Bahkan mereka akan

    menghayati maksud perkara yang baru mereka pelajari. Pengalaman yang bertindih

    juga dapat membantu murid menyelesaikan sesuatu masalah yang mereka hadapi.

    Mengikut mazhab Gestalt, manusia mempunyai struktur kognitif dan apabila seseorang

    belajar dia akan menyusun segala maklumat dalam ingatannya. Mazhab kognitif

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    2/43

    berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola

    dan menyusun serta mengeluarkan semula segala pengalaman untuk

    membolehkannya memerhati pertalian di antara pengalaman tersimpan dengan

    masalah yang dihadapi. Mengikut pandangan kognitif, proses pembelajaran dapat

    disifatkan sebagai pengumpulan, penyusunan dan penggunaan pengetahuan yang

    dikeluarkan untuk penyelesaian masalah. Pembelajaran kognitif melibatkan dua proses

    mental yang disebut pengamatan dan penguasaan konsep(penanggapan)

    Teori kognitif juga menganggap pembelajaran sebagai sati proses yang aktif. Setiap

    pelajar mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyimpan dan mengeluarkan

    semula segala pengalamannya untuk memperoleh maksud baru dalam pembelajaran

    lanjutan atau untuk menyelesaikan masalah. Seseorang itu tidak belajar secara positif

    hanya melalui kaedah cuba ralat dalam persekitaran. Murid boleh memilih, membuat

    keputusan, mempraktik dan mencuba untuk mencapai sesuatu matlamat. Oleh itu,

    pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada sentiasa menentukan apa yang akan

    dipelajari, diingati atau dilupakan.

    Ahli-ahli psikologi pendidikan yang terkemuka dan berpengaruhterhadap teori

    pembelajaran kognitif ialah Kohler, Piaget, Bruner, Gagne, dan Ausubel.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    3/43

    Kurt Koffka dan Wolfgang Kohler

    Kurt Koffka dan Wolfgang Kohler adalah dua orang ahli psikologi pendidikan

    berbangsa Jerman yang bermastautin di Amerika Syarikat pada awal abad ini. Mereka

    telah menggunakan haiwan seperti kucing, anjing, tikus dan cimpanzi untuk

    menjalankan eksperimen dalam kajian pembelajaran.

    Kohler (1913) dan rakan-rakannya menyelidik cara cimpanzi menyelesaikan sesuatu

    masalah . Seekor cimpanzi yang lapar dikurung dalam sebuah sangkar yang besar.

    Beberapa buah kotak yang berlainan saiz juga diletakkan di dalam sangkar itu.

    Cimpanzi tidak dapat mengambil pisang yang digantung kerana bumbung sangkar itu

    terlalu tinggi dan sukar baginya memanjat ke atas. Cimpanzi itu melompat-lompat tetapi

    tidak berjaya mencapai pisang itu. Kemudian cimpanzi itu berhenti seketika seolah-olah

    berfikir dan memerhati di sekeliling sangkar. Tiba-tiba ia mengheret kotak-kotak itu ke

    tengah sangkar dan menyusun kotak itu bertindih-tindih seperti tangga di bawah pisang

    itu. Setrusnya cimpanzi itu memanjat ke atas kotak dan berjaya mendapat pisang itu.

    Dalam eksperimen ini. Keadaan lapar telah menjadi rangsangan kepada cimpanzi untuk

    mendapatkan pisang yang tergantung itu. Cimpanzi itu menyusun kotak-kotak untuk

    mendapatkan pisang setelah ia dapat menghayati perkaitan di antara kotak-kotak

    dengan keinginan untuk memakan pisang tersebut. Persepsi perkaitan ini untukmenyelesaikan masalah disebut celik akal. Kohler dan rakan-rakannya menyimpulkan

    bahawa kebolehan cimpanzi itu menyedari perkaitan ini kerana cimpanzi itu dapat

    menghayati dan mempergunakan keadaan dalam sangkar itu secara menyeluruh.

    Mereka juga menyarankan bahawa kebolehan mental (celik akal) yang serupa terdapat

    pada diri manusia. Kebolehan ini membolehkan manusia mempelajari perkara baru.

    Kajian Kohler menunjukkan bahawa pembelajaran yang kompleks berlaku bukan

    semata-mata melalui kaedah cuba ralat. Manusia juga mempunyai kebolehan mental

    yang istimewa yang disebut celik akalyang membolehkan mereka memperoleh

    pembelajaran dan menyelesaikan masalah yang kompleks. Mengikut teori kognitif celik

    akal membolehkan kita menghayati perkaitan unsur-unsur di dalam persekitaran untuk

    membentuk erti dan menyelesaikan masalah.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    4/43

    Implikasi Teori Pembelajaran Kohler

    Kohler menyarankan bahawa kebolehan mental (celik akal) juga terdapat pada

    manusia yang membolehkan pelajar mempelajari perkara-perkara baru.

    Implikasi teori Kohler yang terpenting ialah guru perlu menggalakkan pemikiran celik

    akal di kalangan pelajar.

    Bagaimana Guru Boleh Menggalakkan Pemikiran Celik Akal Di Kalangan Pelajar

    Guru mesti menggunakan perbendaharaan kata yang jelas, mudah difahami dan

    dibantu dengan gambar, audio serta pengalaman langsung pelajar dalam

    pengajarannya. Perkara yang hendak disampaikan mestilah mudah difahami.

    Soalan dan rangsangan yang diberi mesti sesuai dengan tahap kognitif dan

    perkembangan pelajar.

    a) Pelajar mesti dapat membuat tanggapan dan pemgamatan sepanjang pelajaran.

    b) Contoh yang digunakan mesti bersesuaian dengan perkembangan dan tahap

    pengalaman pelajar.

    Pengajaran mesti disampaikan selangkah demi selangkah dan mengikut urutan

    kesinambungan yang padu. Proses ini lebih berkesan jika guru memberi banyak

    contoh yang khusus, dan pelajar cuba membuat generalisasi yang betul. Guru tidak

    boleh memberi terlalu banyak penerangan tetapi perlu memberi panduan dan

    bimbingan dalam proses pemikiran celik akal.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    5/43

    Guru perlu menggalakkan pemikiran kritikal dengan memastikan pelajar:

    a) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas.

    b) Berfikiran terbuka

    c) Dapat membuat rumusan.

    Guru boleh menggalakkan keinginan menyoal dan perasaan ingin tahu pelajar dan

    proses mempertimbangkan kelemahan dan kekuatan fakta. Jika sesuatu bahan

    pelajaran terlalu susah, guru perlu memudahkan bahan tersebut supaya pelajar dapat

    memahami bahan itu.

    Untuk menyenangkan lagi pemahaman pelajar, guru perlu mengajar mata pelajaran

    tertentu mengikut langkah-langkah yang kecil dan tersusun. Jika tugasan di sekolah

    terlalu susah, dan peneranga guru tidak jelas, pelajar tidak dapat mencapai celik akal.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    6/43

    TEORI PEMBELAJARAN BRUNER

    Nama sebenar beliau ialah Jerome S. Bruner, dilahirkan di New York dan

    mendapat ijazah P.h.D daripada Universiti Harvard. Merupakan ahli psikologi Amerika

    Syarikat. Beliau telah menghasilkan banyak karya tentang perkembangan kebolehan

    mental manusia dan bagaimana pemikiran berlaku semasa dalam proses

    pembelajaran. Karya beliau kurang memberi penekanan kepada bukti daripada

    eksperimen. Sumbangan beliau yang paling besar dalam pendidikan ialah hasil karya

    beliau yang berjudul The Process of Education (1960).

    Teori Bruner mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas atau

    penemuan berpandu, atau latihan penyiasatan.

    Bruner mementingkan aspek-aspek berikut dalam teori pembelajaran beliau

    y Cara manusia berinteraksi dengan persekitaran dan pengalamannya.

    y Perkembangan mental manusia dan pemikiran semasa proses pembelajaran.

    y Pemikiran secara logikal.

    y Penggunaan istilah untuk memahami susunan struktur pengetahuan .

    y Pemikiran analisis dan intuitif.

    y Pembelajaran induktif untuk menguasai konsep/kategori.

    y Pemikiran metakognitif iaitu pemikiran mengenai pemikiran.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    7/43

    Ciri-Ciri Penting Pembelajaran Bagi Teori Bruner Ialah :

    1- Persekitaran untuk belajar

    Pengajaran hendaklah berkaitan dengan pengalaman dan konteks kanak-

    kanak supaya kanak-kanak berasa ingin dan sanggup belajar semasa masuk

    sekolah. Pengajaran selanjutnya bergantung kepada cara membangkitkan minat

    di kalangan murid. Semua kanak-kanak memiliki mekanisme dalaman untuk

    ingin belajar. Oleh itu, guru mesti menggalakkan mereka melalui pembelajaran

    penerokaan. Selain itu faktor-faktor persekitaran seperti kebudayaan, motivasi

    dan prsonaliti mmepengaruhi keinginan kanak-kanak untuk belajar. Di sekolah

    pula guru perlu mewujudkan situasi pengajaran yang relevan dengan

    pengalaman dan minat pelajar. Guru perlu menyediakan aktiviti-aktiviti yang

    menggalakkkan pembelajaran penemuan dan memberi arahan yang berstruktur

    tanpa menyelesaikan masalah untuk pelajar.

    2- Strukturpengetahuan

    Merupakan satu kelompok pengetahuan hendaklah dibahagikan mengikut

    susunan yang mana dipelajari, dengan cepat. Bruner menyatakan bahawa

    proses pembelajaran lebih bermakna jika pelajar memahami struktur sesuatu isi

    pelajaran. Beliau mencadangkan pelajar membuat sistem mengkod, iaitu

    menyusun konsep-konsep yang berkaitan secara hierarki. Sistem pengkodan

    yang baik diperlukan supaya ransangan yang tertentu boleh dimasukkan dalam

    kategori-kategori yang sewajarnya. Jika sistem pengkodan ini disusun secara

    teratur, pelajar dapat memahami ransangan dengan lebih baik. Bruner

    menyarankan supaya guru menyusun bahan pengajaran dalam cara yang dapat

    diterima oleh pelajar mengikut tahap kebolehan dan pengalaman mereka.

    Hubungkaitan yang wujud antara idea-idea yang penting dalam sesuatu matapelajaran boleh dihuraikan dalam bentuk gambar rajah, prinsip atau rumusan.

    Guru mesti terangkan konsep alam bentuk perwakilan konkrit, iaitu pelajar dapat

    melihatnya secara visual dalam bentuk grafik dan gambar. Guru juga perlu

    menentukan jumlah maklumat yang boleh disampaikan kepada pelajar untuk

    diproses dan disimpan. Konsep ini dipanggil ekonomi pembelajaran.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    8/43

    3- Urutan

    Bahan pengajaran hendaklah disusun mengikut urutan yang cekap untuk

    disampaikan dalam pengajaran supaya pelajar memahaminya dengan berkesan.

    Buner menamainya sebagai urutan optimum. Urutan ini mesti mengambil kira

    kebolehan pelajar untuk memproses maklumat dan dapat mengekalkan minat

    pelajar dalam pembelajaran. Pelajar belajar mengikut urutan tertentu, iaitu :

    a. Pesanan tanpa bahasa

    b. Respon anggota badan

    c. Gambaran dan lakaran

    d. Bahasa

    4- Peneguhan

    Guru mesti memberi maklum balas terhadap prestasi dan kemajuan

    pelajar, an masa peneguhan diberikan juga sangat penting. Jika peneguahan

    diberikan terlalu awal, pelajar akan menjadi keliru. Jika peneguhan diberikan

    terlalu lewat, pelajar tidak berminat lagi dengan maklum balas tersebut. Bruner

    juga mementingkan motivasi intrinsic kerana inginkan supaya pelajar

    menyelesaikan masalah sendiri dengan bimbingan yang diberikan oleh guru.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    9/43

    Peringkat Pembelajaran Dalam Teori Bruner

    Mengikut teori perkembangan kognitif Bruner, peringkat pembelajaran berubah

    dalam tiga turutan iaitu enaktif, ikonik dan simbolik.

    Peringkat enaktif berlaku pada usia 0-2 tahun. Peringkat enaktif ialah

    pembelajaran melalui tindakan manipulatif kerana ia belum lagi melibatkan bahasa.

    Kanak-kanak dalam lingkungan umur ini menggunakan anggota deria untuk

    menyelesaikan masalah. Bahan maujud perlu dipegang dan dipergunakan untuk

    memperolehi pengertian. Misalnya, kanak-kanak kecil menyentuh api untuk

    mengetahuinya boleh panas an melecurkan ; melontarkan bola untuk mengetahuinya

    boleh melambung dan berguling.

    Peringkat ikonik berlaku pada usia 2-4 tahun. Pada peringkat ini digunakan untuk

    kanak-kanak yang lebih tua iaitu pembelajaran mencapai peringat sanggup

    membentukkan penanggapan (persepsi) dan membina gambaran dalam mental.

    Mereka mempunyai kebolehan mental untuk menggambarkan dan membayangkan

    sesuatu dalam fikiran dan menyimpan imej dalam fikiran mereka. Contohnya, kanak-

    kanak boleh melukis gambar sudu tanpa melihat sudu, kerana dia melukis gambar

    berdasarkan bayangan atau imej yang disimpan dalam otaknya. Kanak-kanak pada

    usia ini juga dapat membentuk penanggapan dan membina gambaran mental. Contoh,

    walaupun tanpa menyentuh bahan tajam seperti pisau, kanak-kanak tersebut sudah

    tahu bahan itu boleh melukakan tangan jika terkenanya.

    Pemikiran peringkat simbolik ialah pada usia 5-7 tahun. Pada peringkat ini,

    kanak-kanak boleh memindahkan pengalaman mereka ke dalam bentuk bahasa.

    Mereka dapat berfikir secara abstrak dan membuat penaakulan logik. Dalam peringkat

    pembelajaran simbolik, simbol seperti perkataan, bahasa dan formula dapat digunakan

    untuk mempersembahkan pengalaman dan menghuraikan penaakulan abstrak. Oleh

    kerana pembelajaran kanak-kanak berkembang dari peringkat motor-sensori (enaktif)

    ke peringkat penanggapan konkrit (ikonik), akhirnya ke idea sbstrak (simbolik), maka

    turutan pengajaran haruslah berkembang sedemikian. Maksudnya, pengajaran

    dirancangkan untuk mendedahkan kanak-kanak memperolehi pengalaman pada

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    10/43

    permulaan, kemudian bertindak balas dengan penyampaian konkrit, dan akhirnya

    persembahan dalam bentuk simbol. Ketiga-tiga proses ini saling berkaitan dan

    membantu kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah. Satu contoh situasi

    pembelajaran mengikut urutan ini adalah seperti berikut :

    y Enaktif Kemahiran berbasikal

    y Ikonik Membayangkan cara berbasikal dengan baik

    y Konkrit Dapat menceritakan pengalaman berbasikal dalam bentuk

    bahasa kepada rakan sebaya.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    11/43

    Prinsip-Prinsip Penting Dalam Teori Pengajaran Bruner

    Penguasaan Bahasa

    Bruner mengatakan bahawa terdapat dua proses penguasaan iaitu :

    1- Subordinat / kompleksif

    a) Peringkat ini merujuk kepada penggunaan bahasa yang tidak bercorak

    konsep atau prinsip untuk kanak-kanak yang mempunyai perkembangan dan

    kognitif yang rendah.

    b) Semakin berkembang pemikiran seseorang, semakin banyak konsep baru

    yang dikuasainya, jika dia didedahkan kepada keadaan dan situasi yang

    menggalakkan perkembangan kognitif.c) Belajar melalui kategori, konsep, atau hokum

    d) Bruner mementingkan pembelajaran secara konsep, prinsip, hukum atau

    kategori.

    e) Mengapa konsep atau kategori penting ?

    f) Pembelajaran melalui konsep mempunyai kesan jangka panjang dan

    meningkatkan penghargaan kendiri pelajar.

    g) Ia mengurangkan ketegangan kognitif kanak-kanak untuk mengingati objek

    atau peristiwa yang khusus.

    2- Definisi konsep

    a) Idea-idea yang spesifik yang mempunyai ciri-ciri yang sama dan khusus.

    Ia juga boleh diertikan sebagai kategori.

    b) Dalam pembelajaran kognitif, pelajar memproses maklumat daripada

    persekitaran dan pengalamannya.

    c) Konsep diperoleh dengan mengkategorikan benda yang sama jenis atau

    mempunyai pola yang tertentu.

    d) Sebagai contoh, pengelasan konsep tumbuh-tumbuhan gurun adalah

    berdasarkan ciri-ciri seperti berakar panjang, daun berduri, kebolehan

    tumbuhan menyimpan air dan sebagainya.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    12/43

    e) Bruner mementingkan penggunaan pendekatan induktif, iaitu pelajar

    diberikan contoh-contoh yang spesifik sebelum membuat definisi konsep.

    3. Jenis-jenis konsep

    a) Konsep konjungtif

    - Konsep konjungtif memerlukan dua atau lebih ciri yang wujud serentak.

    - Sebagai contoh, burung mesti mempunyai bulu dan mempunyai sayap sebelum ia

    boleh terbang.

    b) Konsep disjungtif

    - Konsep disjungtif memerlukan cirri yang berlainan untuk membezakan sesuatu

    kategori.

    - Ini bermakna burung yang tidak boleh terbang seperti ayam dan penguin tidak dapat

    dimasukkan dalam kategori di atas.

    c) Konsep berkaitan atau berhubungan

    - Konsep hubungan mempunyai cirri-ciri yang saling berkaitan.

    - Sebagai contoh apabila terdapat jerebu, kualiti udara turun dan orang ramai jatuh

    sakit. Ini menunjukkan jerebu mempunyai perkaitan dengan indeks kualiti udaran dan

    kesihatan manusia.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    13/43

    4. Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan kategori

    a) Set minda

    - Pengalaman lampau dan pengetahuan sedia ada tentang persekitaran menolong

    pelajar mengkategorikan ransangan baru.

    - Pelajar mengenali ransangan dan mengkategorikan serta mengklasifikasikan

    maklumat menurut struktur baru atau yang sudah wujud.

    b) Motivasi

    - Unsur motivasi sederhana diperlukan untuk membantu pelajar membentuk kod-kod

    dengan mudah.

    - Peringkat ini dikenalpasti sebagai mencari tanda atau isyarat dalam penbentukan kod.

    - Tahap motivasi, minat dan penumpuan yang dimiliki oleh pelajar menentukan

    pembentukan kod-kod dalam konsep.

    c) Penguasaan maklumat yangspesifik

    - Pelajar perlu membaca dengan luas untuk memperoleh pengetahuan yang banyakdan khusus untuk mengkodkan kategori-kategori dengan mudah.

    d) Pengalaman yangpelbagai

    - Satu ransangan atau pengalaman yang telah dialami dapat dikodkan

    dengan lebih senang.

    - Pelajar mesti didedahkan kepada pelbagai pengalaman dalam situasi

    pembelajaran dan pengajaran.

    -Sebagai contoh, seorang anak nelayan dapat mengkategorikan ciri- ciri ikan tempatan

    dengan mudah dan cepat.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    14/43

    Aplikasi Prinsip Teori Pembelajaran Bruner Dalam Bilik Darjah

    1-Pembelajaran Penemuan

    a) Guru menyediakan situasi masalah yang dapat merangsang pelajar supaya

    membuat pembelajaran penemuan.

    b) Guru mesti memberikan situasi penyelesaian masalah yang memotivasikan

    pelajar untuk menyoal, meneroka dan bereksperimen.

    c) Dalam pembelajaran penemuan, guru memberi contoh dan pelajar

    menggunakan contoh untuk menyusun struktur bahan dan melihat pertalian atau

    perkaitan antara idea-idea dalam situasi tersebut.

    2-Pem

    belajaran melaluipenaakulan induktif

    a) Guru perlu menggunakan contoh-contoh yang spesifik supaya pelajar dapat

    membentuk prinsip yang umum.

    b) Sebagai contoh, jika guru memberi contoh-contoh tentang bentuk segitiga dan

    bentuk bukan segitiga, pelajar akan memahami dengan lebih mendalam tentang

    prinsip-prinsip penting bentuk segitiga.

    3-Memberi contoh yangberkaitan dan tidakberkaitan dengan konsep

    a) Dalam pengajaran, guru perlu member contoh yang berkaitan dan contoh yang

    tidak berkaitan supaya pelajar dapat melihat persamaan dan perbezaan idea-

    idea dalam sesuatu konsep.

    b) Sebagai contoh, apabila guru mengajar tentang konsep mamalia, anjing, kucing,

    ikan paus sebagai binatang mamalia dan buaya, katak dan ular sebagai contoh

    bukan mamalia.

    c) Pelajar diminta supaya memberi contoh-contoh lain dan untuk menjelaskan

    perbezaan cirri-ciri antara mamalia, dan reptilian.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    15/43

    Ini akan meningkatkan pemahaman mereka tentang sesuatu konsep.

    Menolongpelajarmelihatperkaitan antarakonsepa) Guru perlu menggunakan gambar rajah, lakaran dan ringkasan untuk

    menolong pelajar memahami perkaitan idea-idea dalam sesuatu konsep.

    Menggalakkan pelajarmembuatpemikiran intuitif

    a) Pemikiran intuitif penting dalam membantu pelajar melihat pertalian antara

    ransangan yang berlainan.

    b) Sebagai contoh, guru boleh mengemukakan soalan seperti berikut :

    ' Mari kita cuba mendefinisikan hutan dengan meneka apa yang anda dapat

    melihat dalam gambar ini'.

    c) Guru perlu menunggu pelajar memberikan beberapa jawapan sebelum memberi

    definisi yang betul.

    Penglibatan pelajar

    a) Pelajar belajar sendiri tetapi guru membantu dan membimbing dalam situasi

    penyelesaian masalah.

    b) Satu contoh situasi penyelesaian masalah ialah dalam eksperimen ' Mengapa

    api padam bila dilindungi dengan bekas?'

    c) Guru tidak memberitahu pelajar bagaimana menyelesaikan masalah tetapi

    memberikan bahan, menyuruh pelajar membuat pemerhatian, membentuk

    hipotesis dan menguji penyelesaian.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    16/43

    Pengajaran untukpelajartahaprendah

    a) Guru mesti mengajar pelajar tahap rendah dalam urutan enaktif kepada ikonik

    kepada simbolik.

    Menggunakan alatbantuan mengajar

    a) Guru perlu menggunakan banyak alat bantuan mengajar dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran. Ini akan menentukan pelajar dapat memahami

    konsep dengan lebih jelas.

    b) Guru boleh menggunakan alat bantuan mengajar audiovisual dan konkrit.

    Gambar, lakaran, carta, pengurusan grafik dan peta minda menyenangkan

    pelajar untuk melihat perkaitan dan perhubungan dalam konsep-konsep.

    Pembelajaran melaluikajian luar

    a) Pengamatan dan penanggapan pelajar meningkat jika mereka terlibat dalam

    pembelajaran kajian luar.

    b) Pelajar boleh belajar banyak konsep dengan melihat perkaitan di antara topik-

    topik pelajaran dengan persekitaran mereka.

    c) Sebagai contoh, pelajar boleh melihat kaitan antara petempatan manusia

    dengan cirri-ciri geografi fizikal di sesuatu kawasan perumahan.

    Mengajarmengikutkebolehan pelajar

    a) Guru perlu mengubahsuaikan kaedah dan strategi pengajaran mengikut tahap

    dan kebolehan pelajar.

    b) Sebagai contoh, untuk pelajar Tahun Satu, guru perlu banyak menggunakan

    bahan bantuan mengajar dalam bentuk gambar yang besar dan berwarna-warni.

    Guru juga perlu menyusun isi pelajaran daripada yang mudh kepada yang

    susah.

    c) Untuk pelajar Tahun Enam, guru boleh menggunakan kaedah penyelesaian

    masalah dan pembelajaran penemuan.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    17/43

    Implikasi Teori Pembelajaran Terhadap P&P Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

    Bagi kanak-kanak berkeperluan khas seperti kanak-kanak yang menghadapi masalah

    penglihatan samaada kabur ataupun buta, guru boleh menggunakan bahan maujud dlm

    proses p&p. Kanak-kanak yang kabur penglihatan ataupun buta menggunakan deria

    untuk memperoleh pengertian.

    Selain itu guru juga boleh menggunakan simbol @ formula mudah bagi membantu

    kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran dan kanak-kanak lembam.

    Formula yang mudah membantu pelajar memahami sesuatu pelajaran dengan lebih

    baik.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    18/43

    TEORI PEMBELAJARAN GAGNE

    Nama beliau ialah Robert M.Gagne, telah dilahirkan pada tahun 1916 dan merupakan

    ahli psikologi eksperimental yang berpengalaman dalam bidang penyelidikan

    pembelajaran serta telah terlibat dalam latihan dan masalah-masalah pendidikan yang

    lain. Gagne telah banyak menulis kertas kerja dan buku tentang psikologi gunaan.

    Kebanyakan idea Gagne tentang analisis tugas menunjukkan pembelajaran berlaku

    secara berperingkat (hierarchy), iaitu bergerak daripada peringkat paling mudah kepada

    peringkat paling kompleks.

    Gagne menggunakan teori pembelajaran behavioris dan kognitif untuk

    mengkategorikan kedayaan pembelajaran ke dalam lima kelompok utama, iaitu

    kemahiran kecerdasan (intelektual), strategi kognitif, maklumat berbahasa, kemahiran

    motor dan sikap.

    Mengikut Gagne 1974, terdapat susunan urutan pelbagai kemahiran kecerdasan dan

    tiap-tiap satunya adalah syarat mutlak untuk menguasai sesuatu kemahiran

    sebelumnya. Kemahiran kecerdasan pertama dalam pembelajaran diskriminasi iaitu

    membezakan simbol-simbol. Setelah menguasai kemahiran ini, barulah dapat

    membentuk konsep. Dalam pembelajaran konsep, murid mestilah membuat

    diskriminasi antara unsure, kemudian mengelas dan membahagikan unsur itu dalam

    kumpulan untuk membentuk hukum. Misalnya hukum ketumpatan sesuatu benda

    menunjukkan perhubungan antara konsep jisim dengan isipadu. Oleh itu, kemahiran

    kecerdasan membolehkan seseorang 'mengetahui bagaimana' hendak melakukan

    sesuatu tindakan dan bukan hanya semata-mata 'mengetahui apa' keadaan yang

    wujud. Ini bermakna kemahiran kecerdasan meliputi pelbagai unit maklumat berbahasa

    seperti fakta, tarikh, simbol dan huraian serta kebolehan menggunakan maklumat itu.

    Strategi kognitif pula merupakan kebolehan memproses maklumat yang membolehkan

    si pelajar memikir, menumpukan perhatian, memilih, mengingat dan menggunakan

    maklumat.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    19/43

    Perolehan kemahiran motor membolehkan seseorang melakukan pergerakan kordinasi

    dalam aktiviti fizikal. Walau bagaimanapun, perkembangan dalam kemahiran motor

    juga memerlukan pemikiran dan penguasaan kemahiran kognitif. Misalnya, sama ada

    dalam aktiviti sukan atau bermain muzik, seseorang memerlukan kemahiran fizikal dan

    kecerdasan. Sikap seseorang pula mempengaruhi tindakannya terhadap sesuatu

    perkara, peristiwa atau orang lain. Ini berkait secara langsung dengan perasaan,

    tingkah laku, minat dan kesediaan pembelajaran pada seseorang pelajar.

    Kemahiran kecerdasan

    Kemahiran menggunakan simbol untuk berkomunikasi, menjalankan manipulasi dan

    menyelesaikan masalah.

    Dalam suatu ladang ternakan, terdapat 20 ekor itik, 45 ekor ayam, 22 ekor lembu, 56

    ekor kambing dan 2 orang pekerja. Berapakah bilangan kaki di ladang itu?

    Diskriminasi

    Dapat membezakan antara dua objek atau simbol.

    Dapat membezakan antara bentuk bulat dengan bujur dan p dengan q.

    Konsep

    Mengenalpasti sekumpulan idea, objek atau peristiwa yang mempunyai ciri-ciri yang

    sama.

    Mamalia, tenaga dan atom.

    Hukum

    Perhubungan di antara sekumpulan konsep.

    Hukum Boyle; hukum segiempat tepat, meramalkan kadar tindak balas berdasarkan

    keadaan sedia ada.

    Strategi Kognitif

    Mencari pendekatan untuk memperbaiki proses pemikiran dan pembelajaran.

    Menggunakan satu cara (misalnya, peta konsep) yang berkesan untuk meningkatkan

    ingatan maklumat kompleks.

    Maklumat berbahasa

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    20/43

    Menggunakan simbol, label dan fakta untuk menyampaikan erti sesuatu pengetahuan.

    Menyebut nama anggota-anggota ASEAN.

    Kemahiran motor

    Tindakan yang melibatkan manipulasi dan kordinasi fizikal.

    Menulis, berenang dan bermain badminton.

    Sikap

    Corak mempamerkan tingkah laku atau tindakan.

    Memilih untuk menyertai persatuan sains dan menolak kelab muzik.

    Selain daripada kategori kedayaan pembelajaran, Gagne (1977) juga mengemukakan

    lapan syarat pembelajaran(jenis pembelajaran) menurut hierarki kemahiran

    kecerdasan. Syarat pembelajaran tersebut ialah :

    Syarat didepan adalah syarat mutlak menguasai jenis pembelajaran kemudian.

    Misalnya untuk menguasai jenis pembelajaran 5, syarat 1,2,3 dan 4 mesti dikuasai

    dahulu. Berikut adalah huraian ringkasan lapan jenis pembelajaran mengikut

    kesukarannya:

    1- Pembelajaran Isyarat

    Pembelajaran Isyarat berlaku secara semula jadi & tidak sengaja.

    Ia adala hasil tindak balas ransangan luar. Individu mempelajari gerak balas terhadap

    sesuatu isyarat. Dalam peringkat ini, kemahiran prasyarat yang perlu dimiliki oleh

    seseorang individu ialah dapat merasai pelbagai ransangan dan bergerak balas kepada

    ransangan. Pembelajaran adalah melalui pelaziman tingkah laku, contohnya; apabila

    pelajar mendengar loceng sekolah berbunyi pada pukul 10.00 pagi, mereka mengetahui

    bahawa masa rehat telah tiba, keadaan ini berlaku kerana pelajar telah dilazimkan

    dengan bunyi loceng dan masa rehat. Oleh itu ransangan positif akan menyeronokkan

    pembelajaran dan ransangan negatif boleh mendesakkan pembelajaran.

    2- Pembelajaran ransangan tindak balas

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    21/43

    Dalam pembelajaran gerak balas proses peneguhan penting dan perlu dititiberatkan.

    Pembelajaran jenis ini juga berlaku disebabkan tindak balas terhadap ransangan luar.

    Akan tetapi pelajar itu telah memperolehi tindak balas yang khusus terhadap ransangan

    yang dikenalpastikan. Dengan perkataan lain, tindak balas dalam pembelajaran berupa

    diskriminasikan terhadap ransangan betul atau salah. Tindakan ini adalah 'terlazim'.

    Bahkan pelajar dapat bertindak balas terhadap ransangan luar mengikut kehendaknya.

    Contohnya, guru memberi peneguhan kerana kerja tulisan Fifi semakin kemas dan baik,

    untuk mengekalkan tingkah laku ini, oleh itu Fifi akan cuba menulis dengan lebih baik

    lagi untuk mendapat pujian gurunya.

    3- Pembelajaran melalui rangkaian

    Rangkaian bermaksud penggabungan beberapa ransangan yang menghasilkan tindak

    balas dalam suatu turutan . Pembelajaran rangkaian digunakan dalam pembelajaran

    kemahiran seperti penulisan, permainan, muzik dan sebagainya. Rangkaian merupakan

    satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan.

    Sebagai contohnya, untuk melihat suatu objek yang jauh dengan menggunakan

    binokular, rangkaian motor berlaku apabila memegang binokular di hadapan mata,

    menuju binocular itu kearah objek itu dan menyesuaikannya untuk memfokus dengan

    jelas. Pengajaran kemahiran dari satu peringkat boleh dibawa ke peringkat yang

    seterusnya. Contohnya; seorang guru yang mengajar bola jaring perlu mengajar

    beberapa rangkaian kemahiran kecil seperti :

    y Kemahiran menghantar bola

    y Kemahiran menerima bola

    y Kemahiran menjaringkan bola

    Kemahiran dan urutan daripada peringkat prtama akan menjadi ransangan untuk

    turutan yang kedua. Oleh itu, dalam pengajaran rangkaian, guru perlu membuat

    ulangan supaya kemahiran yang dipelajari dahulu tidak dilupakan.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    22/43

    4- Pertalian bahasa

    Pembelajaran ini melibatkan bahasa yang mengaitkan lebih daripada satu ransangan

    untuk menghasilkan tindak balas. Bagaimanapun proses ini memerlukan penggunaan

    bahasa yang telah dipelajari dahulu. Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar

    memerlukan kemahiran bahasa untuk mengaitkan satu rangkaian berbahasa. Ini

    berlaku apabila pelajar dapat menghubungkaitkan apa yang dilihat dengan sebutannya.

    Proses ulangan penting untuk menjamin peneguhan pertalian bahasa.

    5- Pembelajaran diskriminasi

    Dalam pembelajaran jenis ini pelajaran itu dapat membezakan berbagai ransangan

    yang berupa sama untuk menghasilkan sama banyak tindak balas yang khusus.

    Demgam perkataan lain dalam satu set pertalian atau rangkaian, jenis pembelajaran

    semakin dapat dibezakan kerana setiap ransangan dan tindak balas dapat diasingkan

    dari satu sama lain. Ini bermaksud seorang individu itu sanggup menghasilkan tindak

    balas yang khusus terhadap ransangan yang berbeza walaupun kecil. Pembelajaran

    diskriminasi adalah berkaitan dengan cirri-ciri yang jelas pada objek. Contoh

    pembelajaran diskriminasi ialah pelajar membezakan sejenis haiwan dengan haiwan

    yang lain seperti reptilia dengan mamalia. Pelajar perlu mengenali ciri-ciri yang

    membezakan kedua-dua jenis haiwan ini.

    6- Pembelajaran konsep

    Pembelajaran merupakan tindak balas umum terhadap satu kumpulan ransangan yang

    berbeza-beza dalam bentuk fizikalnya. Guru perlu membimbing pelajar untuk mengenal

    pasti cirri-ciri tertentu dalam sesuatu konsep yang dipelajari. Pembelajaran konsep

    hanya boleh berlaku selepas pembelajaran melalui rangkaian pertalian berbahasa dan

    diskriminasi. Pelajar belajar konsep melalui contoh-contoh yang jelas. Misalnya untuk

    mempelajari 'mamalia' pelajar perlu mengetahui tentang beberapa cirri seperti bulu,

    kelenjar susu, gigi dan perbezaannya berbanding dengan sisik dan bulu pelepah.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    23/43

    7- Pembelajaran Hukum

    Pembelajaran ini melibatkan penggabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan

    dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Jenis pembelajaran ini melibatkan penggunaan

    rumus, prinsip, teori dan generalisasi. Pembelajaran hukum beraras tinggi kerana ia

    melibatkan pembelajaran konsep, rangkaian dan pertalian bahasa. Sebagai contoh,

    pelajar membuat soalan matematik yang melibatkan operasi tambah dan operasi darab.

    Soalan seperti ini melibatkan dua hukum yang berlainan. Penguasaan hukum adalah

    penting untuk peringkat pembelajaran penyelesaian masalah. Gagne telah memberikan

    lima prinsip pengajaran hukum :

    - Memberi maklumat yang betul

    - Menghuraikan cirri-ciri yang penting dalam sesuatu konsep

    - Mengajar dan memberi panduan lisan dalampembentukan rangkaian konsep

    yang berkaitan.

    Menyoal pelajar tentang hukum-hukum yang telah dipelajari.

    Menggalakkan pelajar supaya menghuraikan hukum-hukum yang telah dipelajari.

    8-Pembelajaran penyelesaian masalah

    Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus generalisasi, konsep dan

    hukum untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Pelajar perlu menggunakan

    kaedah penemuan dan membuat penyelesaian sendiri. Ia adalah peringkat

    pembelajaran yang paling sukar dan kompleks. Semua jenis kemahiran yang telah

    dipelajari sebelum peringkat ini digunakan dalam proses penyelesaian masalah.

    Terdapat langkah-langkah yang spesifik dalam proses penyelesaian masalah iaitu :

    - Mengenal masalah

    - Mencari maklumat

    - Membuat hipotesis

    - Memilih cara menyelesaikan masalah

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    24/43

    - Menguji hipotesis (melaksanakan pelan penyelesaian ).

    - Membuat rumusan (melihat kembali dan menyemak ).

    - Penyelesaian masalah adalah cara yang paling baik untuk mengajar

    pelajar kemahiran berfikir.

    Aplikasi Prinsip-Prinsip Gagne Dalam Bilik Darjah

    Guru mengajar mengikut lapan peringkat hierarki pembelajaran Gagne.

    Pembelajaran Isyarat

    a) Di peringkat awal proses pengajaran dan pembelajaran, guru menjalankan

    pembelajaran isyarat.

    b) Sebagai contoh, guru menunjukkan sesuatu objek dengan menggunakan kad

    imbasan perkataan. Pelajar dikehendaki mengenali objek ini.

    Ransangan gerak balas

    a) Dalam pembelajaran ransangan gerak balas, guru mementingkan peneguhan

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    25/43

    b) Sebagai contoh, guru boleh mendapatkan gerak balas yang positif daripada

    pelajar dengan memberi pujian kepada mereka. Jika pelajar membuat kerja

    masing-masing dengan senyap, guru perlu memberi pujian.

    Rangkaian motor

    a) Guru perlu mengajar sesuatu kemahiran secara berulang.

    b) Contohnya, kemahiran hoki perlu diajar mengikut kemahiran-kemahiran kecil

    dalam urutan spesifik.

    c) Prinsip ini penting dalam mata pelajaran-mata pelajaran seperti Pendidikan

    Jasmani, Muzik, Pendidikan Seni dan Kemahiran Hidup.

    Prinsip pertalian bahasa

    a) Sambil guru mengemukakan hujah, guru perlu menggalakkan kemahiran menulis

    pelajar supaya perkembangan bahasa berlaku.

    b) Guru harus mengarahkan pelajar supaya menyebut dan mengeja konsep-konsep

    dan menulis nota mengenai ciri-ciri konsep yang penting.

    Diskriminasi

    a) Diskriminasi adalah aspek yang penting dalam penguasaan konsep.

    b) Pelajar seharusnya dapat membezakan ciri-ciri penting dalam satu kategori

    dengan kategori yang lain.

    c) Sebagai contoh, pelajar boleh mendiskriminasikan cirri-ciri binatang yang tinggal

    di kawasan kutub dan gurun.

    d) Pelajar juga perlu tahu membezakan ciri-ciri yang penting dan kurang penting

    dalam sesuatu kategori.

    Pembentukan konsep

    a) Guru harus memastikan pelajar dapat membentuk konsep dengan mudah.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    26/43

    b) Dia harus mengenal pasti ciri-ciri penting dan tidak penting dalam sesuatu

    kelas atau kategori.

    c) Sebagai contoh, pelajar dapat membentuk konsep tentang elemen-elemen

    cuaca seperti berikut :

    y Cuaca

    y Suhu

    y kelembapan

    y hujan

    d) Guru boleh mengemukakan soalan-soalan yang boleh memandu pelajar

    untuk membentuk konsep dengan mudah dan jelas.

    e) Mengikut Tennyson dan Cocciarella (1986), terdapat empat langkah dalam

    pengajaran konsep, iaitu:

    - Menghuraikan sesuatu konsep dan memberikan cirri-ciri utama dan penting.

    - Menghuraikan istilah yang penting dalam definisi konsep.

    - Memberi contoh-contoh positif dan negative untuk menghuraikan cirri-ciri utama

    dalam sesuatu konsep.

    - Memberi contoh-contoh positif dan negatif tambahan mengikut pengelaan yang

    dibuat oleh pelajar dan mereka menerangkan pengelasan yang telah dibuat olehmereka.

    Pembentukan Hukum

    a) Guru boleh mengajar hukum dengan menggunakan kaedah perbandingan, dan

    dengan mengaplikasikan hukum dalam situasi pembelajaran yang berlainan.

    b) Guru harus memberikan arahan yang jelas, mudah dab memfokus kepada

    aspek-aspek yang penting dalam hukum.

    c) Pelajar harus diajar untuk melihat perkaitan antara hukum-hukum yang

    berkaitan.

    d) Guru perlu menguji kefahaman pelajar selepas sesuatu hukum diajar, melalui

    soalan dan ujian.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    27/43

    e) Pelajar juga digalakkan untuk membuat huraian sendiri mengenai sesuatu

    hukum.

    Penyelesaian masalah

    a) Dalam proses penyelesaian masalah,guru memberikan situasi masalah yang

    perlu diatasi oleh pelajar.

    b) Guru memberi bimbingan kepada pelajar mengenai hukum dan konsep yang

    perlu diaplikasi.

    c) Aspek yang paling penting dalam proses penyelesaian masalah ialah pelajar

    mencari jawapannya sendiri.

    d) olya (1957), telah memberikan empat langkah dalam proses penyelesaian

    masalah, iaitu :

    y Memahami sesuatu masalah

    y Membuat pelan tindakan

    y Melaksanakan pelan tersebut

    y Menilai hasil dan keputusan pelan

    Implikasi Teori Gagne Terhadap Pengajaran & Pembelajaran

    Guru perlu menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah

    kepada rumit. Selain itu proses pengajaran dan pembelajaran mestilah menurut hierarki

    kemahiran kecerdasan dan syarat didepan adalah syarat mutlak menguasai jenis

    pembelajaran kemudian.

    Berdasarkan teori Gagne ini proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dilakukan

    secara berulang-ulang iaitu pembelajaran melalui rangkaian. Sebagai contoh

    pengajaran seperti pembacaan teks melalui nyanyian yang berulang kali lebih diingati

    oleh pelajar berbanding hanya melalui kaedah biasa pembacaan teks.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    28/43

    Implikasi Teori Pembelajaran Terhadap P&P Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

    Bagi kanak-kanak berkeperluan khas mereka mempelajari sesuatu melalui

    pembelajaran isyarat, contoh kanak-kanak yang bisu dan pekak. Selain itu kanak-kanak

    yang menghadapi masalah penglihatan juga dapat mempelajari melalui objek sebagai

    isyarat sesuatu.

    Sebenarnya kanak-kanak berkeperluan khas juga mempunyai naluri seperti kanak-

    kanak biasa, jadi ransangan gerak balas yang positif akan meningkatkan semangat

    mereka untuk belajar.

    Kanak-kanak berkeperluan khas samaada menghadapi masal slow learner (lembam) ,

    masalah pembelajaran, masalah pendengaran dan lain-lain lagi mestilah diajar secara

    berulang-ulang berdasarkan pembelajaran melalui rangkaian. Kaedah ini dapat

    menguatkan lagi ingatan pelajar.

    TEORI PEMBELAJARAN AUSUBEL

    Teori pembelajaran Ausubel juga dikenali sebagai teori pembelajaran penerimaan ,

    kerana beliau menekankan proses penguasaan maklumat melalui bahasa yang

    bermakna. Dalam pembelajaran resepsinya , guru memberikan konsep-konsep dengan

    jelas dan tersusun supaya murid dapat menerimanya dengan lengkap dan baik.

    Teori Pembelajaran Mazhab Kognitif David Ausubel

    1. Resepsi (Pembelajaran Penerimaan)

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    29/43

    y Ausubel telah mengemukakan model pengajaran ekspositori , iaitu guru

    menyampaikan maklumat lengkap dalam susunan yang teratur supaya pelajar

    dapat menerimanya dengan baik.

    y Menurut Ausubel , guru boleh memberikan maklumat kepada pelajar secara

    tersusun dan teratur dalam bentuk kuliah dan ceramah.

    y Pembelajaran secara resepsi biasanya dilaksanakan di institusi pengajian tinggi

    dan universiti kerana bilangan pelajar yang ramai.

    y Walaupun guru memberi maklumat, idea-idea dan respon pelajar boleh

    dibincang bersama guru.

    y Pembelajaran secara reseps dapat menjimatkan masa , tenaga , dan kos

    institusi yang mengendalikannya.

    y Ausubel menyatakan bahawa jika pelajar ingin menguasai maklumat yang

    banyak , cara yang baik ialah melalui pembelajaran resepsi.

    y Untuk kanak-kanak yang masih muda , cara pembelajaran resepsi adalah kurang

    menarik dan cepat dilupai oleh mereka.

    2. Pembelajaran Penemuan

    - Pelajar memperoleh maklumat secara bebas melalui usaha sendiri.

    - Pelajar menggunakan rumusan dan analisis kendiri melalui prose scuba jaya ,

    celik akal serta pemikiran intuitif kerana maklumat maklumat tidak diberikan oleh

    guru.

    - Ausubel mementingkan pembelajaran bermakna kerana proses ini

    menghubungkan maklumat baru dan maklumat lama yang sedia ada dalam

    struktur kognitif pelajar.

    Cara ini amat berkesan dalam mengembangkan struktur kognitif individu untuk

    menghadapi rangsangan yang pelbagai.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    30/43

    - Pembelajaran penemuan adalah cara pembelajaran yang lebih menarik dan

    dapat memenuhi kehendak dan keperluan pelajar yang lebih matang.

    3. Subsumption Terbitan dan Subsumption Korelatif

    - Maklumat yang dipelajari oleh pelajar daripada pelbagai bidang akan menjadi

    struktur kognitif yang boleh diasimilasikan melalui proses subsumption.

    - Pembelajaran bermakna boleh dilakukan melalui subsumption.

    4. Subsumption Terbitan

    - Dalam proses subsumption terbitan , maklumat baru akan terbit daripada

    pengetahuan sedia ada pelajar.

    - Sebagai contoh , guru memberitahu pelajar bahawa semua binatang liar adalah

    bahaya. Apabila pelajar mempunyai pengalaman dengan binatang liar seperti

    melihat harimau di Zoo Negara , pemikirannya akan bertindak secara

    subsumption terbitan , iaitu , Harimau adalah binatang liar. Oleh itu harimau

    adalah seekor binatang berbahaya.

    5. Subsumption Korelatif

    - Dalam proses subsumption korelatif , maklumat diterima melalui proses

    pengembangan makna dalam struktur kognitif.

    - Ini bermakna konsep asas yang telah dipelajari dikembangkan lagi dalam

    pemikiran pelajar.

    - Contohnya , seorang kanak-kanaktelah mempelajari fakta ayam betina bertelur.

    Apabila dia melihat penyu bertelur di pantai pada musim cuti sekolah , dia dapat

    mengaitkan pengalaman ini kepada fakta yang telah disampaikan oleh gurunya.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    31/43

    - Dia dapat mengaitkan kedua-dua peristiwa dalam struktur kognitifnya.

    Dia juga memperoleh maklumat tambahan kerana dapat melihat bagaimana

    proses penyu bertelur.

    6. Penyusun Awal

    - Ausubel menyatakan bahawa pembelajaran optima berlaku apabila terdapat

    perkaitan yang baik antara skema pemikiran pelajar dengan bahan pembelajaran

    yang baru.

    Tujuan penyusun awal ialah ialah mengaitkan idea baru dengan idea lama dan

    menggerakkan struktur kognitif pelajar supaya proses mengasimilasi maklumat

    baru menjadi lebih berkesan.

    - Sebagai contoh , seorang guru yang ingin mengajar puisi dalam pelajarannya

    boleh menggunakan penyusun awal yang mudah seperti berikut :

    - Apa itu puisi? dan membacakan satu puisi kepada pelajar.

    - Penyusun awal juga boleh digunakan dalam set induksi permulaan sesuatu

    pengajaran atau sepanjang pelajaran.

    - Ia boleh disampaikan dalam bentuk kenyataan, perenggan, soalan atau

    demonstrasi.

    Menurut Ausubel , terdapat dua jenis penyusun awal.

    i) Penyusun Awal Perbandingan

    - Penyusun awal perbandingan mengingatkan pelajar tentang maklumat yang

    wujud dalam pemikiran

    - Ia merupakan maklumat penting tetapi mungkin dilupai pelajar.

    Fungsi penyusun awal perbandinga ialah menolong mereka memanggil dan

    mengingatinya semula.

    ii) Penyusun Awal Ekspositori

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    32/43

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    33/43

    - Pembelajaran bermakna lebih berkesan berbanding dengan teknik hafazan.

    Walau bagaimanapun , guru perlu mengajar tentang teknik hafazan.

    Teknik hafazan secara latih tubi perlu dalam proses menghafal dan mengingati

    rumusan dan sifiran.

    Konstruktivisme

    Bertitik tolak daripada pandangan Kognitivisme ini maka lahirlah satu pandangan

    tentang cara manusia belajar iaitu secara Konstruktivisme. Mengikut Konstruktivisme,

    pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini menyerap

    secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan

    menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk

    membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial

    bersama rakan dan gurunya.

    Menurut MCBrien & Brandt,1997 - Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran

    berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan

    penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan & bukannyahanya

    menerima pengetahuan orang lain.

    Bagi Brinner, M,1999 pula mengatakan murid membina pengetahuan mereka dgn

    menguji idea & pendekatan berdasarkan pengetahuan & pengalaman sedia

    ada,mengaplikasikannya kpd situasi baru & mengintegrasikan pengetahuan baru yang

    diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.

    Berdasarkan kepada pandangan-pandangan diatas maka pengertian pembelajaran

    secara konstruktivisme bolehlah dirumuskan sebagai berikut:

    Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan @

    konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan & pengalamansedia ada. Dalam proses

    ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yg diterima dgn pengetahuan sedia ada

    untuk membina pengetahuan baru.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    34/43

    Prinsip Teori Konstruktivisme

    - Pembelajaran merupakan satu proses yang aktif di mana murid mengguna input

    sensori (deria) untuk membinanya.

    - Murid belajar cara belajar semasa belajar. Ia meliputi membina makna dan

    membina sistem makna.

    - Sediakan aktiviti yang melibatkan minda selain tindakan fizikal dan pengalaman

    langsung.

    Pembelajaran melibatkan bahasa dan Vygotsky menyatakan bahawa bahasa

    dan pembelajaran saling berhubung kait.

    - Pembelajaran adalah aktiviti sosial ; pembelajaran berkaitan dengan manusia

    lain , guru, rakan sebaya , dan lain-lain hubungan.

    Pelopor Teori Konstruktivisme

    i) Lev Vygotsky

    Vygotsky banyak menekankan tentang konstruktivisme sosial di mana ilmu

    pengetahuan dibina berdasarkan kepada interaksi sosial , alat budaya , dan aktiviti

    yang membentuk pembinaan dan pembelajaran individu.

    Contohnya , Vygotsky mencadangkan konsep pembinaan zon proksimal , di mana

    kanak-kanak boleh menyelesaikan masalah sesuatu masalah dengan bantuan orang

    dewasa , rakan atau guru (scaffolding).

    Zon Perkembangan Proximal (ZPD)

    y Terdapat dua konsep penting dalam teori ini ( Slavin, 1997 ), iaitu Zon

    Perkembangan Proximal (ZPD) dan bantuan ( scaffolding).

    y ZPD merupakan suatu kemampuan untuk melakukan sesuatu dengan bantuan

    orang dewasa.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    35/43

    y Dalam konteks pembelajaran, pelajar dan guru hendaklah bekerjasama untuk

    meningkatkan pelajaran dan membolehkan kanak-kanak melakukan kerja

    tersebut sendiri.

    y Dalam erti kata lain actual developmental level merujuk kepada semua aktiviti

    yang boleh dipersembahkan oleh seseorang kanak-kanak sendiri tanpa bantuan

    orang lain.

    y Sebaliknya, zone of proximal development ialah sesorang kanak-kanak atau

    pelajar melakukan sesuatu kerja dengan bantuan orang lain.

    Implikasi Teori Kognitif Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran

    y Mengikut pandangan kognitif proses pengajaran dapat disifatkan sebagai

    pengumpulan penyusunan dan penggunaan pengetahuan. Sesuatu dikatakan

    telah dipelajari apabila ia disimpan agar kekal sebagai pengetahuan , dan dapat

    digunakan untuk menyelesaikan masalah.

    y Pembelajaran melibatkan dua proses mental yang disebut pengamatan

    (persepsi) dan konsep (tanggapan). Pengamatan ialah mengenali peristiwa atau

    mengaitkan maksud pada sesuatu perkara.

    y Pembelajaran melalui cara pengamatan menitikberatkan penggunaan bahan

    maujud.

    y Pembelajaran pengamatan menghasilkan pembentukan konsep , iaitu idea

    spesifik mengenai sesuatu. Perolehan pelbagai konsep digunakan untuk untuk

    memahami sesuatu pengalaman atau menyelesaikan masalah.

    ii) Jean Piaget

    Ahli psikologi kognitif yang paling terkemuka, Jean Piaget, melihat kanak-kanak sebagai

    murid aktif yang belagak seperti saintis kecil. Mereka membina teori sendiri tentang

    bagaimana dunia berfungsi dan mencari jalan untuk mengesahkan hati nurani ini.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    36/43

    Penyelidikan Piaget tertumpu kepada bagaimana manusia memperoleh ilmu

    pengetahuan, yang biasanya dipanggil sebagai soalan epistemology. Piaget

    berpendapat bahawa di sepanjang hayat, manusia melalui satu urutan empat peringkat

    pemikiran secara kualitatif.

    Bayi memperoleh ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman sensori penglihatan,

    pendengaran, sentuhan, rasa dan bau.

    Kanak-kanak prasekolah berkembang daripada peringkat memperoleh ilmu

    pengetahuan tentang dunia melalui persepsi mereka terhadap pengalaman sendiri di

    dunia. Kanak-kanak yang lebih dewasa mula mengaplikasikan peraturan logik untuk

    memahami bagaimana dunia berfungsi.

    Remaja, dan Dewasa berkembang ke peringkat di mana mereka boleh

    mengaplikasikan logik kepada situasi andaian (hypothetical) dan sebenar.

    Sebagai tambahan, Piaget percaya bahawa manusia sentiasa mencuba memberi

    pengertian tentang dunia dengan membuat membandingkan kefahaman dalaman

    mereka tentang bagaimana dunia berfungsi dengan persekitaran luaran. Beliau

    mencadangkan empat prinsip konsep berikut:

    Organisasi

    Ia adalah satu proses berterusan menyusun maklumat dan pengalaman ke dalam

    sistem mental atau kategori. Sistem mental atau kategori persepsi dan pengalaman ini

    dinamakan skema. Ia sebenarnya adalah pembinaan asas blok pemikiran yang

    membolehkan kita berfikir. Contoh skema adalah skema minum, skema kategori,

    skema penyelesaian masalah matematik dan lain-lain.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    37/43

    Adaptasi

    Dalam proses mengorganisasi struktur mental kita, kita akan membuat penyesuaian

    terhadap persekitaran. Dua proses asas adalah asimilasi dan akomodasi.

    Asimilasi

    Ia adalah proses memasukkan peristiwa baru ke dalam skema yang sedia ada. Ini

    hanya seperti menambahkan data baru ke dalam fail data yang sedia ada. Tetapi data

    tersebut hendaklah sesuai dengan skema sedia ada. Dengan ini, asimilasi melibatkan

    percubaan memahami sesuatu yang baru dengan cara menyesuaikannya ke dalam

    sesuatu yang telah kita ketahui (Woolfolk, 1998). Contoh, pada peringkat permulaan,

    seorang kanak-kanak akan memikirkan seekot hamster sebagai seekor tikus belanda

    yang kecil. Kanak-kanak tersebut akan cuba memadankan pengalaman barunya

    dengan skema yang sedia ada tentang cara mengenal pasti binatang.

    Akomodasi

    Ia berlaku semasa kita mengubah skema yang ada dalam memberi respon kepada

    situasi baru. Ia melibatkan perubahan skema yang sedia ada atau membentuk skema

    baru dalam memberi respon baru kepada maklumat baru. Apabila maklumat baru tidak

    sesuai dengan skema yang ada, maka kita perlu sesuaikan pemikiran kita. Seperti

    contoh di atas, kanak-kanak tersebut akan tambahkan skema baru untuk mengenali

    hamster kepada sistem lain untuk mengenal pasti binatang. Ini dikatakan akomodasi.

    Metakognisi

    Keupayaan individu menggunakan kognitif (akal / pengetahuan) untuk mengurus

    maklumat.

    o Pengetahuan personal ; tahu kekuatan dan kelemahan diri.

    o Pengetahuan tugas ; tahu guna kemahiran selesaikan masalah.

    o (formula-matematik).

    o Pengetahuan strategi ; keupayaan pilih strategi lebih berkesan.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    38/43

    John Flavell (1976) Metakognisi ialah pengetahuan seseorang tentang proses

    kognitifnya.

    Metakognisi terbahagi kepada 3 variable (pemboleh ubah)

    Faktor Mempengaruhi Metakognisi

    y Individu itu sendiri

    y Tugas yang diberikan

    y Strategi yang diguna pakai dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan

    y Persekitaran yang mengelilingi individu yang sedang berfikir

    Teori pelaziman klasik Watson

    Selain Ivan Pavlov, John B Watson merupakan seorang lagi ahli psikologi yang

    menggunakan perkataan behaviorisme untuk menerangkan perubahan tingkah laku

    dalam proses pembelajaran.

    beliau juga telah menjalankan kajian ke atas seekor tikus putih dan seorang kanak

    kanak lelaki bernama Albert, yang berumur 11 bulan.

    Dalam kajiannya, beliau telah menunjukkan kepada kanak kanak tersebut seekor tikus

    putih. Pada mulanya kanak kanak tersebut tidak menunjukkan perasaan takut pada

    tikus tersebut, tetapi pabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan serentak dengan

    kemunculan tikus tersebut, kanak kanak tersebut menjadi takut dan menangis.

    Eadaan ini diulang beberapa kali sehingga menimbulkan perasaan takut kanak kanak

    tersebut pada tikus putih.

    Berdasarkan penyelidikan ini, Watson menyarankan bahawa guru boleh mempengaruhi

    pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan rangsangan yang akan

    didedahkan kepadanya dan jenis gerak balas tertentu yang akan dihasilkan.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    39/43

    Dengan menggabungkan beberapa rangsangan, gerak balas tertentu dapat dikaitkan

    dengan pelbagai situasi.

    Kesimpulannya, dalam proses pengajaran, guru haruslah sentiasa memilih rangsangan

    yang menyeronokkan.

    APLIKASI PRINSIP-PRINSIP SKINNER DALAM BILIK DARJAH

    Pemberian peneguhan yang positif seperti pujian, wang, kata-kata perangsang, hadiah,

    token dan bintang bagi meneguhkan tingkah laku yang dikehendaki.

    y Sebagai contoh, guru memberikan Rahimah lima bintang kerana berjaya

    menghasilkan lukisan tercantik dalam bilik darjah.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    40/43

    y Pemberian peneguhan mesti diberikan secara tekal bagi menjamin ber-

    ulangnya tingkah laku yang positif.

    Objektif tingkah laku yang realistik dan penguasaan kemahiran secara berpering-

    kat.

    a) Guru memastikan objektif pengajaran yang ditetapkan realistik dan tidak

    terlalu tinggi atau terlalu rendah arasnya.Ia mesti sejajar dengan kebolehan pelajar.

    b) Guru juga perlu mengajar sesuatu kemahiran seperti bermain bola sepak

    secara berperingkat-peringkat (seperti burung merpati bermain ping-pong)

    supaya pelajar menguasai permainan tersebut dengan lebih berkesan.

    Mengajar pelajar membezakan persamaan dan perbezaan di antara dua situasi

    yang berlainan, supaya mereka dapat membuat generalisasi dan diskriminasi

    dengan betul.

    a) Generalisasi

    (i) Guru perlu mengamalkan prinsip generalisasi dalam bilik darjah. Pemindahan

    pembelajaran berlaku dari situasi A kepada situasi B.

    (ii) Generalisasi membawa maksud melakukan tingkah laku yang sama dalam situasi

    yang berlainan.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    41/43

    (iii) Contohnya, sesetengah pelajar takut untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Guru

    boleh menasihatkan pelajar tersebut dan memberitahu nya bahawa dia akan

    menduduki peperiksaan yang hampir sama dengan ujian bulanan.

    (iv) Oleh itu, pelajar tidak akan berasa begitu takut kerana dia sudah biasa membuat

    ujian bulanan.

    b) Diskriminasi rangsangan

    (i) Guru perlu memastikan bahawa pelajar memberi fokus kepada

    rangsangan yang betul dan dapat membezakan rangsangan-rangsangan yang lebih

    penting dalam proses P&P.

    (ii) Sebagai contoh, guru boleh memberitahu pelajar objektif spesifik yang perlu dikuasai

    dalam sesuatu pelajaran.

    (iii) Maka pelajar akan memberi perhatian yang lebih kepada maklumat penting yang

    berkaitan dengan objektif pelajaran.

    (iv) Ini menunjukkan bahawa pelajar dapat membuat diskriminasi antara maklumat

    penting dan kurang relevan.

    Pelajar boleh mempelajari dengan mengaitkan antara rangsangan dan gerak balas.

    a) Ini bermakna tingkah laku pelajar boleh dilazimkan untuk gerak balas yang diingini

    atau tidak diingini oleh guru.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    42/43

    b) Sebagai contoh, apabila guru masuk ke kelas (rangsangan) pelajar berdiri dan

    mengucapkan Selamat Pagi (gerak balas). Guru pun memuji pelajar.

    c) Tanpa arahan guru, pelajar akan terus melakukan tingkah laku ini setiap

    kali seorang guru masuk ke dalam bilik darjah.

    Rangsangan dan gerak balas diperkukuhkan melalui latihan.

    a) Semakin kerap rangsangan dikaitkan dengan gerak balas semakin kukuh

    gerak balas terlazim.

    b) Sebagai contoh, seorang pelajar diberi peneguhan positif dalam bentuk

    pujian untuk kerjanya yang kemas.

    c) Kerja yang kemas akan berterusan, walaupun tiada pujian daripada guru.

    Pujian Kerja kemas Kerja kemas berterusan

    d) Guru juga dapat meningkatkan tingkah laku pembelajaran yang positif

    dengan mengadakan perbincangan, projek dan aktiviti kumpulan di kalangan

    pelajar.

    Motivasi membangkitkan tingkah laku positif.

    a) Guru perlu memotivasikan pelajar dengan ganjaran yang sesuai sebelum mereka

    dapat mengawal tingkah laku pembelajaran yang dikehendaki dalam P&P.

  • 8/3/2019 Murid Dan Alam Belajar Ewan

    43/43

    b) Sebagai contoh, guru perlu memberi motivasi seperti dalam bentuk pujian,

    hadiah, kata-kata perangsang dan sebagainya untuk menbentuk tingkah laku

    yang diingini.

    c) Guru juga boleh meningkatkan motivasi pelajar dengan menyediakan suasana

    pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.

    Penghapusan

    a) Jika sesuatu tingka laku tidak diberi peneguhan ia boleh dikikiskan secara

    perlahan-lahan.

    b) Sebagai contoh, guru boleh mengikiskan perasaan takut yang dialami oleh pelajar

    dalam situasi P&P.

    c) Sebagai contoh, jika perlu takut untuk membuat pembentangan di hadapan

    kelas, guru perlu meningkatkan keyakinannya secara berperingkat.

    d) Pertama sekali, guru membiarkan pelajar itu membaca kepada kumpulan

    yang lebih kecil semasa dia duduk, kemudian semasa dia berdiri.

    e) Akhir sekali, baru pelajar itu diberi peluang membaca di hadapan kelas.

    f) Ini dapat menghapuskan perasaan takut yang dialami oleh pelajar tersebut.