Murid Dan Alam Belajar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

mciewjnejfefewjfnewfewjewnjbewyewfewbfyewfjewfefejfne

Citation preview

  • MURID DAN ALAM BELAJAR EDU 3033INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIMSELAMAT SEJAHTERAAHLI KUMPULANPAVITTIRAN A/L GUNASELAN DHILIP KUMAR A/L AGILANDEVRAJ A/L KUTTANDHEVENTHIRAN A/L SUKUMAR

  • 5 a) NYATAKAN FAKTOR- FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

  • 1. FAKTOR AGAMA

    Islam adalah agama rasmi negara Malaysia. Namun begitu, agama lain bebas diamalkan oleh seseorang berdasarkan undang-undang negara yang telah ditetapkan. Agama Islam merupakan satu faktor yang penting bagi mempertimbangkan asas dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Unsurnya adalah perdasarkan pernyataan berikut :

    mewujukan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan yang maha esa.

  • 2. FAKTOR SOSIAL

    Masyarakat Malaysia adalah bersifat heterogen iaitu terdiri daripada berbilang kaum dimana keharmonian dan kemakmuran serta keselesaan negara tergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormatmenghormati antara satu sama lain. Sikap positif seperti ini adalah diperlukan dalam mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Pernyataan Falfah Pendidikan Kebangsaan.

    melahirkan rakyat Malaysia yang memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

  • 3. FAKTOR POLITIK

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal berlandaskan kepada ideologi negara berdasarkan dokumen-dokumen rasmi iaitu Laporan Pendidikan, Rncangan Malaysia, dan juga Rukun Negara. Matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    4. FAKTOR EKONOMI

    Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara dalam memperkembangkan dan membantu ekonomi negara dengan mempertimbangkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab, dan berkeupayaan untuk memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara.

  • 5. FAKTOR INDIVIDUPotensi individu dapat diperkembangkan melalui proses pendidikan yang mana ia meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Perkembangan petensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang harmonis. Insan seperti ini sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang.

    6. FAKTOR SEJAGATPenggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Idea-idea yang dihasilkan dalam seminar pendidikan antarabangsa memberi pengaruh kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Contohnya, program pendemokrasikan pendidikan pensarwajatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancangkan oleh UNESCO dalam 1980-an diadakan dalam pernyataan FPK. Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan. (PSH)

  • 5 b) MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN ADALAH DASAR KEPADA PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA DALAM MENTRANSFORMASIKAN SUKATAN PELAJARAN STANDARD DAN PENERAPAN NILAI MURNI.

    ANALISKAN PERANAN GURU DALAM MENTRANSFORMASIKAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

  • Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, beraklak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah dasar kepada penambahbaikan sistem pendidikan negara dalam mentransformasiksn sukatan pelajaran standard dan penerapan nilai murni dalam naluri murid-murid sekolah.

  • Bagi mentranformasikan sistem pendidikan negara selaras dengan Falasafah Pendidikan Kebangsaan tersebut, guru-guru haruslah berperanan penting untuk mencapai matlamat dan aspirasi pendidikan dan negara. Menurut Kamus Online Merriam-Webster, GURU didefinisikan sebagai seorang yang mengajar. Sinonim-sinonim yang disenaraikan bagi perkataan guru termasuklah pendidik, instruktur, ahli pedagogi, jurulatih dan tutor. Dalam Akta Pendidikan 1996 pula, GURUertinya seorang yang mengajar murid di suatu institusi pendidikan. Sumbangan besar guru adalah dalam pembangunan modal insan yang menjadi tunggak dalam pembinaan masyarakat madani ini seperti, tema sambutan hari guru yang berbunyi Guru Penjana Modal Insan Cemerlang .

  • Namun begitu Persoalannya, apakah peranan guru dalam mentransformasikan sistem pendidikan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara peranan seorang pendidik dalam mentransformasikan sistem pendidikan negara selaras dengan Falasah Pendidikan Kebangsaan adalah guru haruslah bertanggungjawab terhadap murid-muridnya dengan lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain. Mereka seharusnya bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, rohani, mental, emosi, politik, keturunan dan juga agama. Malah guru juga haruslah menunjukan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada para pelajar.

  • Selain itu, guru yang inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sesuai dengan visi dan misi sekolah serta mampu memenuhi matlamat pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan cabaran dunia globalisasi. Cabaran global kini dalam alam pendidikan dengan sukatan pelajaran standard memerlukan guru mempunyai keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi yang ditentukan oleh cara kurikulum yang dilaksanakan dan disesuaikan dengan konteks budaya diwakili oleh setiap murid yang berlainan bangsa dan agama. Oleh hal yang demikian, Profesor Emuritus Tan Sri DR. Khoo Kay Kim menegaskan bahawa untuk melonjak trasformasi pendidikan, kerajaan perlu melakukan perubahan terhadap guru terlebih dahulu.

  • Disamping itu, dalam mencapai taraf negara maju pada abad ke-21, Malaysia memerlukan warganegara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains dan Matematik. Antara peranan guru dalam melonjak transformasi pendidikan negera ini dengan mempersiapkan diri untuk membangunkan kemahiran dalam menjadi seorang yang kreatif dan berinovasi melalui sukatan pelajaran standard. Guru sebagai sumber manusia dalam bidang pendidikan yang bertanggungjawab membina kreativiti dan inovasi dalam setiap program pendidikan secara terancang dan sistematik. Sehubungan dengan itu, latihan perguruan yang dipraktikan di IPGM mesti menyediakan tenaga guru yang dapat menonjolkan peranan mereka dengan lebih efisyen dan berdaya saing alam menempuh dunia moden disamping melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran insaniah yang diperlukan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

  • Seterusnya, guru jua berperanan untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat dimanfaatkan dalam bilik darjah. Sukatan pelajaran standard kini menekankan penggunaan teknologi komunikasi , ICT dan maklumat dalam bilik darjah. Dasar Kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Bahan grafik merupakan bahan yang mudah difahami oleh murid selain alat bantu mengajar (ABM) berbentuk visual. Cabaran dan perubahan pendidikan masa kini menuntut guru menghasilkan bahan bantu mengajar (BBM) yang dapat mempertingkatkan mutu dan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa supaya sesuai dengan perkembangan pendidikan masa kini.

  • Lantaran itu, guru perlulah dilengkapi oleh Pakej Latihan yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri atau Jabatan Pelajaran Daerah. Melalui Pakej Latihan yang dianjurkan ini, seseorang pendidik dapat dilatih untuk mengkaji semula, mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di kelas secara kritis dan kreatif. Pakej Latihan dicadangkan menyediakan idea dan aktiviti yang berguna untuk menyokong peningkatan kualiti pembelajaran melalui sumbangan idea daripada guru yang berpengalaman, guru yang berprestasi cemerlang dan juga guru yang mempunyai kebakaran dalam bidang tertentu. Selain menyertai Pakej Latihan, guru yang berinovasi juga perlu menghadiri bengkel mengenai E-PEMBELAJARAN yang dianjurkan oleh swasta mahupun badan kerajaan untuk mentransfomasikan Sukatan Pelajaran Standard Rendah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

  • Hakikatnya, terdapat pelbagai peranan yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam mentransformasikan sistem pendidikan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk merealisasikan aspirasi negara. Guru-guru haruslah berusaha untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ,iaitu dasar kepada penambahbaikan sistem pendidikan negara dalam mentransformasikan sukatan pelajaran standard dan penerapan nilai murni selain memberikan jalinan kerjasama dalam memastikan pendidikan yang diberikan dapat menjamin kualiti dan mutu generasi pemimpin kita pada masa akan datang .

  • RUJUKAN :Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2012). Peranan Guru dalam Melonjok Transformasi Pendidikan Negara. Pelita Bahasa. pp8-11 Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

    Hhttp://pbahasa.dbp.my/wordpress/?p=326

    http://mujahid.tripod.com/math4.html

  • TERIMA KASIHPAVITTIRAN A/L GUNASELAN @ DHILIP KUMAR A/L AGILANDEVRAJ A/L KUTTAN @ DHEVENTHIRAN A/L SUKUMAR