34
1.0 PENDAHULUAN Sesungguhnya Allah s.w.t memberikan kepada Nabi Muhammad sesuatu yang tidak diberikan kepada nabi-nabi sebelumnya. Setiap yang menjadi keistimewaan bagi seorang nabi, perkara tersebut semuanya telah dianugerahkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad. Nabi Muhammad dianugerahkan kepada beliau tutur kata yang jelas dan fasih. Ketika diberikan kedudukan ini kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah makhluk yang sempurna yang diutuskan kepada semua insan (Muhammad 2009:1). Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( م ل س ه و ي عل ه ل ى ال ل ص د م ح م ى ب ن) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Mukjizat Rasulullah SAW

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Mukjizat Rasulullah SAW menurut al-Quran dan Hadis

Citation preview

Page 1: Mukjizat Rasulullah SAW

1.0 PENDAHULUAN

Sesungguhnya Allah s.w.t memberikan kepada Nabi Muhammad sesuatu yang tidak diberikan

kepada nabi-nabi sebelumnya. Setiap yang menjadi keistimewaan bagi seorang nabi, perkara

tersebut semuanya telah dianugerahkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad. Nabi Muhammad

dianugerahkan kepada beliau tutur kata yang jelas dan fasih. Ketika diberikan kedudukan ini

kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah makhluk yang sempurna yang diutuskan kepada semua

insan (Muhammad 2009:1).

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( وسلم عليه الله صلى محمد adalah ( نبي

pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan

merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.  Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W

merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan

jalan yang lurus dan benar. 

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang

mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan

tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi

Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam.

Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (األمين) yang

bermaksud 'yang terpuji'.

Page 2: Mukjizat Rasulullah SAW

2.0 PENGERTIAN MUKJIZAT

Definisi mukjizat pada bahasa dan istilah. Mukjizat dari segi bahasa ialah berasal daripada

perkataan “ al-ajzu” iaitu lemah, yang berlawanan dengan perkataan “ al-qudrah’ iaitu

berkuasa.

Perkataan al-mu’jiz bermaksud menjadikan kelemahan pada selain daripadaNya, dan

Allah adalah al-muqdir iaitu yang memberi kemampuan iaitu Allah mampu memberi

kemampuan, tenaga dan kuasa kepada siapa yang Dia inginkan dan Allah berkuasa menarik balik

kemampuan,kuasa dan tenaga seseorang. Hal ini menunjukkan segala-gala daripada Allah.

Mukjizat disebut sebagai peristiwa yang luar biasa yang berlaku kepada para nabi dan

para rasul yang di anugerahkan oleh Allah kepada mereka. Para nabi dan para rasul tidak mampu

mengadakan perkara luar biasa seperti itu kerana ia datang daripada Allah.

Manakala dari segi istilah ialah perkara luar biasa yang diperlihatkan oleh Allah kepada

orang yang mendakwa dirinya nabi ketika dicabar oleh golongan yang menentangnya dalam

bentuk mereka tidak mampu membalasnya. Maksud mukjizat sebagai suatu perkara luar biasa

ialah mukjizat tersebut tidak mungkin berlaku kepada manusia biasa pada adatnya. Malah

manusia tidak mampu melakukan perkara yang sedemikian (Nuruddin 2012 : 1).

Firman Allah s.w.t dalam surah Ar-Ra’d ayat 38:

Maksudnya:

dan Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul

sebelummu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat

keturunan. dan tiadalah sebarang Kuasa bagi seseorang Rasul

untuk mendatangkan sesuatu mukjizat melainkan Dengan izin

Page 3: Mukjizat Rasulullah SAW

Allah. tiap-tiap satu tempoh dan waktu ada baginya perkara dan

hukum Yang telah ditentukan oleh "Suratan Azali".

3.0 KEGUNAAN DAN KEPENTINGAN MUKJIZAT

Mukjizat adalah anugerah Allah yang diberikan kepada orang-orang yang dipilih dan yang

ditetapkanNya menjadi nabi dan rasul. Adapun kegunaan dan kepentingan mukjizat yang

diberikan oleh Allah kepada nabi dan rasulNya adalah untuk menguatkan seruan dan dakwaan

mereka sebagai nabi dan rasul kepada umat masing-masing. Dengan adanya mukjizat ini, maka

boleh membuktikan serta memberikan mereka keyakinan yang kuat supaya memantapkan

kepercayaan mereka.

Selain itu, mukjizat juga boleh dikatakan membangkitkan semangat orang-orang yang

mengingkari dakwahnya. Rasulullah membangkitkan semangat mereka secara terbuka di

hadapan khalayak ramai agar emosinya terbakar dan mereka akan mengeluarkan segala genap

ilmu yang mereka ada untuk menandingi mukjizat, tetapi mereka tidak berjaya.

Oleh sebab itu, mukjizat datang dari Allah s.w.t dalam bentuk yang luar biasa untuk

menguatkan kebenaran rasulNya bahawa risalah yang dibawa itu datang dari Allah s.w.t. Rasul

adalah manusia biasa yang tidak mempunyai apa-apa kuasa. Kuasa yang diperolehi itu adalah

mukjizat pemberian Allah kepada baginda untuk menyampaikan risalah yang diamanahkan oleh

Allah s.w.t kepada baginda ( Johari 2011: 90).

4.0 JENIS-JENIS MUKJIZAT

Dalam al-Quran telah menjelaskan bahawa mukjizat para nabi dan rasul diutuskan pada beberapa

abad sebelum dibangkitkan Nabi Muhammad s.a.w. Mukjizat yang diberikan oleh Allah ini ada

pelbagai jenis.

Disamping itu, mukjizat-mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada rasulnya mengikut

keadaan umat dan kaum yang diberikan seruan dakwah. Jika masyarakat pada masa tersebut

memberi perhatian, tertarik, kagum serta minat terhadap ilmu sihir, maka Allah akan

Page 4: Mukjizat Rasulullah SAW

memberikan mukjizat kepada rasulnya lebih hebat daripda sihir. Sehingga mereka tidak terdaya

untuk menandinginya lagi.

Jika keadaan umat itu dalam kemajuan dalam ilmu kesihatan, maka rasul yang diutuskan

kepada mereka membawa mukjizat yang dapat mengatasi kepakaran orang yang mahir dalam

ilmu kesihatan. Sehingga mereka tidak terdaya mengatasinya. Dengan itu, para rasul yang

diutuskan oleh Allah kepada kaumnya dapat mengatasi apa sahaja keadaan yang menjadi

perhatian kepada kaumnya. Iaitu dengan membawa mukjizat yang pelbagai. Oleh sebab itu maka

terdapat jenis-jenis mukjizat para rasul dan utusan Allah yang telah diterangkan dalam al-Quran

(Suhail 2008: 7).

5.0 PERBEZAAN MUKJIZAT DENGAN PERKARA LUAR BIASA

5.1 PERBEZAAN MUKJIZAT DENGAN IRHASH

Irhash ialah perkara yang luar biasa, yang mana ia berlaku sebelum Nabi menerima

wahyu dan sebelum dianggkat menjadi Nabi. Sebelum baginda bercakap kepada umat

manusia: “ aku datang membawa pesan kebenaran dari Tuhan kamu”.

Firman Allah dalam surah al-Muddasir ayat 1-2:

Maksudnya:

Wahai orang Yang berselimut!.bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada

umat manusia).

Irhash sering terjadi pada Rasulullah bahkan sebelum Rasulullah lahir ke dunia.

Contohnya satu peristiwa kehancuran tentera bergajah ketika hendak menhancurkan

Kaabah. Kejadian ini dikatakan berlaku pada tahun yang sama kelahiran baginda, bahkan

malam yang sama pada kelahirannya. Sealain itu ada lagi peristiwa-peristiwa yang lain.

Page 5: Mukjizat Rasulullah SAW

Kejadian Irhash ini menjadi bukti yang nyata bagi menunjukkan kebenaran

bahawa Rasulullah adalah insan yang kamil ( manusia yang sempurna) yang Allah pilih

dan bangkit menjadi pembawa petunjuk yang betul kepada umat manusia dan pembawa

rahmat sekalian alam ( Syahrin 2009 :6).

5.2 PERBEZAAN MUKJIZAT DENGAN KARAMAH

Mukjizat dan karamah masing-masing adalah perkara luar biasa. Tetapi mukjizat hanya

berlaku pada nabi sahaja dan nabi menyatakan itu mukjizat yang dianugerahkan oleh

Allah kepadanya untuk memperkuatkan dakwah.

Manakala karamah pula adalah yang terjadi kepada diri seorang wali Allah.

Mereka itu adalah orang-orang yang benar dan jujur dalam melakukan ibadah ikhlas

kepada Allah dalam setiap ucapan dan tindakan. Mereka adalah orang yang menjadikan

keseluruhan hidupnya hanya untuk Allah, dalam kesabaran dan segala hal. Malahan

menanggung kebencian orang lain dan bersifat zuhud pada duniawi.

Semua sahabat Nabi adalah wali Allah. Hati semua para sahabat penuh dengan

ketaqwaan, rasa takut dan cintakan Allah serta kepada orang-orang yang beriman kepada

Allah. Oleh sebab itu, Allah meninggikan darjat mereka disisi Allah.

Allah melebihkan para wali dengan memberi kelebihan yang tidak diberikan

kepada oleh orang lain. Mereka tidak pernah merasa bangga dan sombong serta

mengatakan sesuatu perkara itu berlaku dari kemampuan dari dirinya sendiri.

Sudah menjadi sifat para wali untuk bertawaduk ( rendah diri) kepada Allah

kerana dia yakin bahawa orang yang bertawaduk di hadapan Allah, maka Allah akan

meninggikan darjat kepadanya. Ada wali yang menggangap bahawa dirinya yang paling

rendah dari kalangan umat manusia. Dari pandangannya, manusia lain lebih baik dan

lebih sempurna darinya. Tapi pada hakikatnya dialah orang yang paling tinggi darjatnya

(Syahrin 2009 :8).

Page 6: Mukjizat Rasulullah SAW

Fiman Allah s.w.t dalam surah Al-Mulk ayat 12:

Maksudnya:

Sesungguhnya orang-orang Yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka

tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab tuhan, mereka beroleh

keampunan dan pahala Yang besar.

5.3 PERBEZAAN MUKJIZAT DENGAN SIHIR

Mukjizat berasal daripada Allah, manakala sihir berasal daripada syaitan. Mukjizat yang

datang daripada Allah adalah bertujuan untuk menyokong para nabi dan rasulNya ketika

mereka mahu menyeru umat manusia supaya beriman kepada Allah dan menunjuk jalan

hidayah kepada mereka.

Mukjizat tidak mungkin diperbuat oleh manusia dan tidak ada seorang pun yang

mempelajarinya kerana mukjizat adalah perbuatan yang dihasilkan kekuasaan Allah

untuk memperkuatkan kebenaran dan untuk membuka pintu hidayah di hadapan

makhluk.

Manakala sihir pula berasal daripada syaitan bertujuan menghalang manusia

dariapada jalan Allah, memalingkan mereka dari beriman kepadaNya dan rasulNya.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 102:

Page 7: Mukjizat Rasulullah SAW

Maksudnya:

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-

ajaran sihir Yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan Dalam

masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman

tidak mengamalkan sihir Yang menyebabkan kekufuran itu,

akan tetapi puak-puak Syaitan itulah Yang kafir (dengan

amalan sihirnya); kerana merekalah Yang mengajarkan

manusia ilmu sihir dan apa Yang diturunkan kepada dua

malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang

mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan

setelah mereka menasihatinya Dengan berkata:

"Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji

imanmu), oleh itu janganlah Engkau menjadi kafir (dengan

mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang

mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir Yang boleh

menceraikan antara seorang suami Dengan isterinya, padahal

mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau

membahayakan) Dengan sihir itu seseorang pun melainkan

Dengan izin Allah. dan sebenarnya mereka mempelajari

perkara Yang hanya membahayakan mereka dan tidak

memberi manfaat kepada mereka. dan Demi Sesungguhnya

mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui Bahawa

sesiapa Yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat

Page 8: Mukjizat Rasulullah SAW

bahagian Yang baik di akhirat. Demi Sesungguhnya amat

buruknya apa Yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah

mereka mengetahui.

Maka kepada manusia yang beriman diingatkan supaya menjauhkan diri dari

orang yang melakukan perbuatan tersebut. Allah telah menjelaskan dalam al-Quran,

firman Allah dalam surah al-Mujadalah ayat 1:

Maksudnya:

Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan)

aduan perempuan Yang bersoal jawab denganmu (Wahai

Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu

kepada Allah (mengenai perkara Yang menyusahkannya),

sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua.

Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

Sebaik-baiknya orang yang beriman bergaul dengan orang yang berilmu, orang

yang bertakwa, orang beriman dan seumpamanya. Orang seperti inilah hanya takut

kepada Allah dan hanya kepada Allah pula mereka mencari perlindungan dan tawakal

(Nuruddin 2012:8).

Kesimpulannya sihir, penujuman dan seumpamanya adalah termasuk dalam

ketegori perkara-perkara biasa yang di perkenalkan kepada pengamalnya. Ia bukanlah

stu perkara yang luar biasa yang berlaku kepada manusia. Sedangkan mukjizat para nabi

adalah suatu perkara yang tidak boleh ditandingi oleh manusia dan jin. Manakala sihir

dan seumpamanya boleh ditentang dan dicabar dengan melakukan perkara yang sama

dengannya.

Page 9: Mukjizat Rasulullah SAW

5.4 PERBEZAAN MUKJIZAT DENGAN PERKARA MODEN

Mukjizat adalah perkara luar biasa yang mampu dilakukan oleh Allah sahaja. Semua

makhluk tidak mampu melakukannya. Oleh itu, mukjizat bukanlah berada dalam

kemampuan seorang manusia, walaupun dia diperuntukkan segala bentuk kekuatan dan

beri pelbagai ilmu untuk mencipta salah satu daripada mukjizat mengikut acuan yang

sebenarnya. Hal ini kerana mukjizat merupakan sebahagian daripada ciptaan Tuhan tanpa

ruang bagi manusia manusia untuk mencampurinya.

Perbezaan mukjizat dan hasil ciptaan pakar ilmuwan zaman ini sangat ketara. Hal

ini kerana ciptaan tersebut hanya bergantung kepada rahsia formula sesuatu ciptaan.

Dengan adanya pengetahuan ilmu dalam bidang tersebut maka sesuatu ciptaan itu akan

terhasil. Jika sesuatu formula yang baru diperolehi, maka ilmu yang baru juga akan

muncul.

Semua mukjizat, tidak dapat diperaktikkan oleh sesipa sahaja dari kalangan

makhluk manusia. Sebagai contoh yang jelas sebagaimana Nabi Daud r.a bertasbih

memuji Allah, maka bukit bukau menjawab tasbihnya dan ikut sama bertasbih

sebagaimana baginda ucapkan dengan penggunaan bahasa yang jelas dapat didengar

(Nuruddin 2012: 11).

Firman Allah dalam surah Shad ayat 17-19:

Maksudnya:

Bersabarlah (Wahai Muhammad) terhadap apa sahaja

Yang mereka katakan, dan ingatlah akan hamba Kami Nabi

Page 10: Mukjizat Rasulullah SAW

Daud, Yang mempunyai kekuatan (dalam pegangan

ugamaNya); Sesungguhnya ia adalah sentiasa rujuk

kembali (kepada Kami Dengan bersabar mematuhi perintah

Kami).Sesungguhnya Kami telah mudahkan gunung-

ganang turut bertasbih memuji Kami bersama-sama

dengannya; pada waktu petang dan ketika terbit matahari.

Dan (Kami mudahkan juga) unggas turut berhimpun (untuk

bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya); tiap-

tiap satunya mengulangi tasbih masing-masing

menurutnya.

6.0 AL QURAN MUKJIZAT PALING BESAR

Para ulama dulu dan kini berpendapat bahawa al-Quran adalah mukjizat yang paling besar yang

Allah tegakkan sebagai burhan ( bukti nyata dan kuat) bagi kebenaran kenabian Muhammad saw.

Allah menjadikan saksi bahawa sesungguhnya Muhammad saw adalah Rasul As-siddiq yang

Allah angkat atas dasar kebenaran dan hidayah daripadaNya.

Jika dilihat mukjizat-mukjizat para rasul sebelumnya, yang mana mukjizat adalah sesuatu

yang terpisah dari manhajnya. Sebagaimana mukjizat Nabi Musa a.s ialah tongkat,sedangkan

manhajnya adalah Taurat. Manakala Nabi Isa a.s menyembuhkan penyakit kusta dan buta,

sedangkan manhajnya adalah Injil. Akan tetapi, pada waktu yang sama al-Quran adalah mukjizat

dan manhaj. Ini adalah perbezaan mukjizat Rasulullah s.a.w dengan para rasul sebelumnya

(Mutawalli 2003 :23).

Mukjizat al-Quran istimewa daripada mukjizat Rasulullah yang lain kerana tiada siapa

yang mampu menandinginya. Firman Allah dalam surah Fushilat ayat 42:

Maksudnya:

Page 11: Mukjizat Rasulullah SAW

Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan

dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.

Al-Quran adalah kitab suci yang istimewa dengan ketinggian sastera ayat-ayatnya,

hikmah-hikmah serta nasihatnya yang diturunkan dari langit hingga bernilai tinggi. Disebalik

ayat-ayatnya tersimpan seribu satu rahsia dan kebesaran Allah s.w.t. (Syahrin 2009 :30).

Dari makna demi makna yang tersusun dalam ayat-ayatnya memancarkan cahaya dan

pesanan-pesanannya yang bersinar keagunan Ilahi yang Maha Esa lagi Berkuasa. Itulah kitab

suci al-Quran yang telah diturunkan kepada nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

7.0 KATEGORI MUKJIZAT

Keadaan mukjizat yang diturunkan kepada para nabi dan rasul Allah itu terbahagi kepada dua

kategori:( Johari 2011: 94 )

i. Mukjizat hissiyah:

Iaitu mukjizat yang dapat dilihat oleh mata, dapat didengar oleh telinga, dapat

dihidu oleh hidung, dapat diraba oleh tangan dan dapat dipijak oleh kaki atau

dengan kata lain ianya dapat dicapai dengan pancaindera yang ada pada

manusia. Mukjizat ini sengaja dikemukakan atau ditunjukkan kepada orang

biasa untuk melihat kekuasaan Allah melalui perantaraan yang diberi kepada

Rasulullah SAW.

ii. Mukjizat Maknawiyah:

Mukjizat yang tidak dapat dirasai dengan pancaindera. Mukjizat ini biasanya

manusia biasa tidak akan dapat merasainya melainkan manusia yang

berfikiran sihat, berbudi luhur, berperasaan halus, berpandangan mata hati

yang luas dan biasa menggunakan fikirannya yang disertai dengan penuh rasa

keyakinan terhadap perkara-perkara ghaib.

Page 12: Mukjizat Rasulullah SAW

8.0 JUMLAH MUKJIZAT NABI MUHAMMAD SAW:

Menurut sebahagian ulama mengatakan bahawa mukjizat yang pernah terjadi dan terbit daripada

Nabi Muhammad SAW adalah sebanyak 3000. Itu tidak termasuk dengan mukjizat yang

terkandung di dalam al-Quran dimana di dalam al-Quran sahaja dikatakan melebihi 60000

mukjizat manakala sebahagian ulama lain menerangkan bahawa mukjizat Nabi Muhammad tidak

dapat dihitung banyaknya.( Johari 2011: 95 )

9.0 HUKUM MENGINGKARI MUKJIZAT

Menginkari adanya mukjizat para nabi dan rasul telah terang disebutkan di dalam al-Quran atau

yang diriwatkan di dalam hadis-hadis yang mutawattir. Firman Allah di dalam surah Al- Nisa’

ayat 14:

Maksudnya:

Dan sesiapa Yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan

melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke

Dalam api neraka, kekalah Dia di dalamnya, dan baginya azab

seksa Yang amat menghina.

Para ulama tidak berselisih faham tentang masalah ini dan bersepakat mengatakan bahawa

hokum mengingkari mukjizat adalah kufur kerana ia diibaratkan telah mengingkari sebahagian

daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang mutawattir.

Adapun mengingkari hadis-hadis tentang adanya mukjizat ini pun kufur hukumnya , ini

kerana semua hadis yang datang daripada Rasulullah SAW tentang mukjizat ini merupakan

riwayat yang sahih yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Orang yang tidak menerima, menolak

Page 13: Mukjizat Rasulullah SAW

atau membantah Rasulullah SAW beerti tidak percaya akan kenabian dan kerasulan Baginda.

( Johari 2011: 96 )

10.0 KEADAAN MUKJIZAT NABI MUHAMMAD SAW

Mukjizat Nabi Muhammad SAW menurut para ulama adalah terbahagi kepada dua iaitu hissiyah

dan maknawiyah dan dalam ini juga dibahagikan kepada dua iaitu mukjizat yang berupa Aqwal

dan Af’al. Antara contoh mukjizat Rasulullah SAW yang bersifat Aqwal ini yang disebut kitab-

kitab Hadis ialah:

i. Kehancuran Kerajaan Qisra dan Qaishar:

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“ Apabila kerajaan Kisra telah hancur binasa maka tiada

kerajaan Kisra sesudahnya dan apabila kerajaan Qaishar telah

hancur binasa, maka tiada Qaishar sesudahnya. Demi zat yang

diriku di tangan kekuasaanNya! Sessunguhnya perbendaharaan

kedua-dua kerajaan itu akan didermakan kepada agama Allah

”.

Hadis Riwayat Muslim

Dalam kenyataan Hadis ini, di masa khalifah Umar al-Khathab, dua kerajaan

besar itu dapat ditakluk oleh tentera kaum muslimin dan kaum muslimin dapat

merampas dan mengangkut semua perbendaharaan kedua-duanya, yang

seterusnya harta rampasa yang banyak itu digunakan untuk kepentingan

agama Islam.( Johari 2011: 97 )

ii. Tentang Terjadinya Peperangan Antara Dua Golongan Muslimin:

Page 14: Mukjizat Rasulullah SAW

Menurut riwayat daripada Abu Hurairah, dia berkata bahawa Rasulullah

SAW pernah bersabda yang membawa maksud:

“ Tidak akan terjadinya hari kiamat sehingga terjadi

peperangan dua golongan yang besar, lalu terjadilah antara

kedua-duanya peperangan yang besar, sedang pendakwaan

kedua-duanya adalah satu ”

Hadis Riwayat Bukhari

Apa yang telah disabdakan Rasulullah SAW ini telah pun terjadi selepas

kewafatan Baginda iaitu telah berlakunya perang saudara antara kaum

Muslimin sendiri diantra golongan Ali dengan golongan Muawiyah di Siffin.

( Johari 2011:99 )

iii. Tentang Akan dibukanya Negara Mesir:

Diriwayatkan oleh Abu Zarr, dia berkata bahawa Rasulullah SAW pernah

bersabda yang membawa maksud:

“ Sesungguhnya kamu akan membuka negara Mesir, dan ia

merupakan kawasan tanah yang dinamakan Qierath. Maka

apabila kamu telah menakluki negara itu, hendaklah kamu

berbuat kebaikan kepada penduduknya, kerana sesungguhnya

bagi mereka itu ada penghormatan dan hubungan kekeluargaan

”.

Hadis Riwayat Muslim

Sabda Rasulullah SAW ini terbukti kebenarannya, iaitu di zaman

pemerintahan khalifah Umar bin al-Khathab, negara itu telah dibuka dan

Page 15: Mukjizat Rasulullah SAW

ditakluki oleh pasukan tentera Muslimin dan seterusnya berada di bawah

kekuasaan Islam sehingga ke hari ini.( Mustafa 2008: 270 )

iv. Tentang Perpecahan di Kalangan Umat Islam Kepada 73 Golongan:

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“ Dan demi Zat yang diri Muhammad di dalam kekuasaan-Nya!

Sungguh akan berpecah belah umatku menjadi tujuh puluh tiga

golongan, maka yang satu golongan di dalam syurga dan tujuh

puluh dua golongan lagi di dalam neraka ”.

Hadis Riwayat Ibnu Majah

Kebenaran ini jelas terbukti di zama para sahabat dan para tabi’in, dimana

ketika itu di kalangan kaum Muslimin terjadi perpecahan mengenai soal-soal

kepercayaan dan hal-hal ibada sehingga menjadi beberapa puluh golongan

seperti Khawarij, Muktazilah, Syiah, Murjiah, Jabariyyah, Qadariyyah dan lain-

lain lagi.(Mustafa 2008: 287 )

v. Tentang Akan Meluasnya Kerajaan Islam:

Diriwayatkan oleh Tsauban, dia berkata bahawa Rasulullah SAW pernah

bersabda yang bermaksud:

“ Sesungguhnya Allah telah menghimpunkan bumi untuk aku

melihat arah timur dan baratnya dan sesungguhnya umatku akan

meluas sehingga kerajaannya menurut apa yang telah

dihimpunkan kepadaku daripadanya ”.

Hadis Riwayat Abu Daud

Page 16: Mukjizat Rasulullah SAW

Kenyataan sabda Rasulullah SAW ini telah terbukti di masa selepas kewafatan

Baginda, dan seterusnya sampai beberapa abad kemudian kaum Muslimin

dalam keadaan terus bergerak dan tersebar dengan menakluki beberapa negara

besar, sama ada di barat mahupun timur dan setiap mereka membuka atau

menakluk suatu negara, kemudian menguasainya.( Mustafa 2008: 307 )

Contoh Mukjizat di atas adalah berbentuk aqwal ataupun percakapan yang lahir dari mulut

Rasulullah SAW itu sendiri. Manakala bagi perlakuan Mukjizat berbentuk af’al pula adalah

sebagaiman contoh berikut:

i. Rasulullah SAW Membelah Bulan:

Diantara bukti kebenara kenabian yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW

berbentuk perbuatan yang dapat dilihat secara nyata dengan mata kasar adalah

terbelahnya bulan menjadi dua dan bercantum balik menjadi satu. Peristiwa ini

telah dirakamkan di dalam al-Quran di dalam surah al-Qomar ayat 1:

Maksudnya: telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.

Selain itu peristiwa ini juga mejadi bukti kebenaran yang dibawa oleh

Rasulullah SAW sebgai nabi akhir zaman kepada umat manusia. Banyak Hadis

yang sahih telah meriwayatkan kejadian ini. Antaranya hadis dari Anas Bin

Malik r.a yang berkata:

“ Sessungguhnya penduduk Mekah pernah meminta kepada

Rasulullah SAW supaya memperlihatkan suatu tanda bukti kepada

mereka, lalu baginda memperlihatkan kepada mereka bulan yang

terbelah dua sehingga Gunung Hira itu dapat dilihat di antara

kedua-duanya ”.

Hadis Riwayat al-Bukhari

Page 17: Mukjizat Rasulullah SAW

Riwayat tentang terbelahnya bulan ini menjadi satu Hadis yang masyhur di

antara al-Bukhari dan Muslim.Menurut riwayat Ibnu Jarir ath-Thabrani daripada

Ibnu Abbas r.a bahawa peristiwa terbelahnya bulan di Mekah adalah sebelum

Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah.( Sameh 2003: 25)

ii. Peristiwa Isra’ dan Mi’raj Rasulullah SAW:

Peristiwa ini merupakan satu sejarah yang amat penting bagi umat Islam kerana

dari peristiwa inilah lahirnya rukun solat yang sempurna. Perjalanan Rasulullah

SAW dari Mekah ke Palestin dan seterusnya ke Sidaratul Muntaha oleh Allah

berlaku semalaman dan dikembalikan Allah malam itu juga untuk menunjukkan

kekuasaan Allah pada hambanya. Firman Allah dalm surah al-Isra’ ayat 1:

Maksudnya:

Maha suci Allah Yang telah menjalankan

hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari

Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa

(di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya,

Page 18: Mukjizat Rasulullah SAW

untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda

(kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya

Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha

mengetahui.

Kisah perjalanan Isra’ dan Mi’raj kemudianya diceritakan kepada semua ketua

Musyrikin Quraisy dan kaum Muslimin di tengah-tengah Masjidil Haram. Di

kala itu semua mereka mendustakan dan membohongi berita yang hebat itu

sambil mengejek serta mengemukakan berbagai pertanyaan kepada Baginda.

Ketika Baginda ditanya tentang keadaan Baitul Maqdis oleh ketua-ketua

Quraisy, Baginda menjawab dan memberitahukannya kepada mereka dengan

jelas. Jabir bin Abdullah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang

bermaksud:( Harun 2003: 72 )

“ Tatkala orang-orang Quraisy mendustakan aku, aku pun berdiri

di al-Hijr, maka Allah memperlihatkan kepadaku Baitul Maqdis,

lalu aku mula menceritakan kepada mereka tentang tanda-

tandanya dan melihat kepadanya ”.

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

iii. Air Memancut daripada Celah Jari Rasulullah SAW:

Daripada Anas Bin Malik r.a berkata:

“ Aku Melihat Rasulullah SAW, sedangkan waktu asat telah tiba,

lalu manusia air untuk berwudhuk namun mereka tidak

mendapatinya. Maka Rasulullah SAW diberi air untuk berwudhuk,

lalu Baginda SAW meletakkan tangannya dalam bekas air itu

kemudian menyuruh manusia berwudhuk daripadanya. Aku

Page 19: Mukjizat Rasulullah SAW

melihat air mengalir daripada celah-celah jari Baginda, sehingga

manusia seluruhnya dapat berwudhuk ”.

Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Di dalam Hadis ini jelas menunjukkan kemukjizatan yang ada pada Rasulullah

SAW. Beberapa riwayat lain mengatakan bahawa bilangan manusia ketika itu

adalah sebanyak 80 orang manakala riwayat yang selainnya mengatakan 30

orang . Apabila dibandingkan dengan mukjizat yang ditunjukkan oleh Nabi

Musa a.s tentang keluarnya air daripada celah batu. Ternyata dilihat mukjizat

Nabi Muhammad SAW lebih tinggi dan sempurna dengan keluarnya air dari

celah tangan yang cukup untuk manusia mengambil wudhuk ketika itu.

( Muhammad 2002: 84 )

11.0 MUKJIZAT RASULULLAH SAW YANG BERBENTUK MIMPI

Selain daripada mukjizat berbentuk aqwal dan af’al, Rasulullah SAW juga dianugerahkan

kebenaran melalui mimpinya. Banyak hadis-hadis yang sahih telah meriwayatkan perkara ini. Di

antara contoh mimpi Rasulullah SAW :( Mustafa 2008: 507-508)

i. Rasulullah SAW Bermimpi Hijrah ke Yathrib:

Daripada Abu Musa al-Asy’ari r.a daripada Rasulullas SAW bersabda yang

bermaksud:

“ Aku pernah bermimpi seolah-olah berhijarah daripada Kota

Mekah menuju ke suatu daerah yang banyak terdapat pokok

kurma. Aku yakin itu adalah daerah Yamamah atau daerah

Hajar, namun ternyata ianya adalah daerah Madinah yang

dahulu Yathrib ”.

Hadis Riwayat al-Bukhari

Page 20: Mukjizat Rasulullah SAW

ii. Rasulullah SAW Bermimpi Syuhada Uhud:

Daripada Jabir r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“ Aku melihat diriku seakan-akan memakai baju besi yang

kukuh dan aku melihat lembu disembelih. Aku menafsirkan baju

besi yang kukuh itu Madinah dan menafsirkan lembu yang

disembelih itu sebagai kematian ”.

Hadis Riwayat Ahmad

iii. Mimpi Memindahkan Demam Panas daripada Madinah ke Juhfah:

Daripada Ibnu Umar r.a berkata bahaawa Rasulullah SAW bersabda yang

bermaksud:

“ Aku bermimpi seorang wanita berkulit hitam berambut kusut

keluar daripada Madinah sehingga berdiri di bumi yang

terbentang luas iaitu Al-Juhfah. Aku menafsirkannya bahawa

wabak Madinah dipindahkan kepadanya ”.

Hadis Riwayat al-Bukhari

12.0 MUKJIZAT RASULULLAH SAW BERBENTUK DOA

Bentuk mukjizat yang terakhir yang datang daripada Rasulullah SAW adalah berbentuk doa. Di

dalam Islam kita digalakkan untuk berdoa memohon sesuatu kepada Allah. Tidak hairanlah jika

doa itu menjadi senjata untuk golongan mukmin inikan pula doa dari Rasulullah SAW yang

Page 21: Mukjizat Rasulullah SAW

merupakan seorang Nabi yang maksum lagi bersih hatinnya. Contoh doa yang pernah dibuat

Rasulullah SAW:

i. Doa Rasulullah SAW untuk Abdur Rahman Bin Auf agar menjadi Hartawan

Terkemuka:

Menurut riwayat bahawa Rasulullah SAW pernah mendoakan Abdur Rahman

bin Auf agar menjadi seorang hartawan yang terbuka. Doa Rasulullah SAW itu

dimakbulkan oleh Allah dan Abdur Rahman bin Auf menjadi hartawan yang

tersohor. Hasil dari kekayaannya itu disumbangkan kepada Rasulullah SAW

untuk kepentingan perjuangan Islam. ( Sa’ed 1994: 183 )

ii. Doa Untuk Anas r.a:

Diriwayatkan bahawa Ummu Sulaim, ibu kepada Anas bin Malik pernah

meminta daripada Rasulullah SAW supaya Baginda mendoakan Anas, katanya:

“ Ya Rasulullah! Pelayan Tuan, iaitu Anas, semoga Tuan mendoakan untuknya

”. Lalu Rasulullah SAW berdoa yang bermaksud:

“ Ya Allah! Semoga engkau memperbanyakkan hartanya

dan anak cucunya dan berilah keberkatan untuknya dalam

apa sahaja yang telah Engkau berikan kepadanya”.

Sesudah itu, Anas bin Malik dianugerahkan Allah kekayaan dan anak yang

ramai sehingga dia pernah berkata: “ Demi Allah! Sesungguhnya hartaku sudah

banyak dan anak cucuku sehingga ke hari ini seramai lebih kurang 100 orang

”. ( Sa’ed 1994: 184 )

iii. Doa Rasulullah SAW untuk Meminta Hujan:

Page 22: Mukjizat Rasulullah SAW

Diriwayatkan bahawa pada salah satu peperangan Rasulullah SAW, kaum

Muslimin yang ikut serta dalam peperangan itu kehabisan air sehingga mereka

berasa amat kepenatan dan berat kerana terlalu dahaga. Maka ketika itu

datanglah Umar kepada Baginda dan meminta supaya Baginda meminta hujan

daripada Allah. Rasulullah SAW mendengar permohonan Umar lalu berdoa.

Setelah habis berdoa kemudian muncullah awan lalu turunlah hujan dengan

lebatnya. ( Syahrin 2009: 85 )

13.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya sekiranya kita hendak menyelami lautan mukjizat ini nescaya

bilangannya akan mencecah hingga jutaan. Sebagai seorang muslim yang mengikut panduan

yang dibawa oleh Islam, kita seharusnya mengetahui mukjizat-mukjizat walaupun sedikit. Ini

kerana ia menunjukkan kekuasaan Allah dan juga kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Mukjizat-mukjizat utama yang umum seperti Isra’ dan mi’raj memberi kita banyak pengajaran

dan iktibar bahawa masyarakat Arab ketika banyak yang rugi akibat mendustakan apa yang

dibawa oleh Baginda SAW. Tapi beruntunglah bagi seseiapa yang mendengar peristiwa ini

daripada mulut Rasulullah SAW sendiri dah terus masuk ke dalam agama Islam dan

menghambakan diri kepada Allah serta Rasulnya.Selain itu, kita sebagai umat akhir zaman perlu

ingat bahawa fitnah-fitnah dan cubaan untuk merosakkan akidah oleh golongan yang anti Islam

dengan menceritakan hadis-hadis palsu yang membawa kepada kesesatan sentiasa berlaku di

sekeliling kita untuk meghancurkan pegangan yang ada pada seorang muslim. Jadi kita mesti

belajar dan menimba ilmu yang cukup untuk melawan golongan-golongan yang menggunakan

ideologi akal supaya dapat mempertahankan kesucian agama Islam sehingga ke akhirnya.

Page 23: Mukjizat Rasulullah SAW

RUJUKAN:

Sheikh Abdullah Basmeih, 2001. Tafsir pimpinan ar-Rahman. Putrajaya: Darul Fikir.

Harrun Arrasyid, 2003. Mukjizat Nabi & Rasul Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Zebra

Edition.Sdn Bhd.

Johari Yaman, 2011. Mukjizat Rasulullah. Kuala Lumpur: Nadi Minda Resources.

Muhammad Isa Selamat, 2002. Kelebihan Mukjizat:Misteri Surat Rasulullah SAW. Selayang:

Al-Falah Publications.

Mohd Suhail Lokman, 2008. Himpunan Kisah-Kisah Mukjizat Nabi Muhammad SAW. Puchong

: Berlian Publications Sdn.Bhd.

Muhammad Nuruddin Marbu, 2012. Mukjizat Rasulullah SAW. Shah Alam: PSN Publications

Sdn.Bhd.

Mustafa Murad, 2008. 1000 Mukjizat Rasul. Puchong: Berlian Publications Sdn.Bhd.

Muhammad, 2009. Keistimewaan Rasulullah SAW.Johor Bahru: Peniagaan Jahabersa.

Page 24: Mukjizat Rasulullah SAW

Mutawalli Sya’rawi,2003. Mukjizat Rasulullah SAW. Bandung: CV Pustaka Setia Press.

Sa’ed Hawwa, 1994. Hikmah Mukjizat Rasulullah S.A.W. Kuala Lumpur: Darul Nu’man

Publications.

Samed Strauch, 2003. Miracle of the Messenger SAW. Riyadh: Darussalam Press.

Syahrin bin Jasah, 2009. Mukjizat Rasulullah S.A.W. Kuala Lumpur: Pustaka Al-Shafa.