23
selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 22 - 28 Ogos 2019, 21 - 27 Zulhijjah 1440 MUKA 5 Lama merdeka, utamakan Bahasa Kebangsaan MUKA 8 Larangan Zakir Naik hanya sementara MUKA 15 Penghibur melukis: Sisi kreatif dunia glamor MUKA 18 & 19 Warisan Kesultanan buat tatapan pelancong OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Kerajaan Negeri sedia mem- pertimbangkan saranan Suruhanjaya Pen- cegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya Ahli Dewan Negeri (ADN) turut mengisy- tiharkan harta seperti dilakukan Ahli Parli- men. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata pihaknya akan merangka meka- nisme dan mengadakan perbincangan lanjut berhubung perkara itu kerana ke- utamaan pengisytiharan harta sebelum ini tertakluk kepada kuasa eksekutif. “Kita sedia merangka dan berbincang jika ada keperluan untuk ADN isytihar har- ta seperti di Parlimen. Tetapi sebahagian besar (ADN) tidak terbabit dalam kuasa eksekutif, maka sebab itu keputusan Kera- jaan Negeri sebelum ini mengehadkan kita isytihar harta pada EXCO. “Sudah tentu ada juga peruntukan pusat khidmat bernilai ratusan ribu setiap tahun tetapi kita akan buat sebab ada kes mem- babitkan ADN yang terima rasuah, maka kita rasa boleh buat untuk ADN (selepas ini),” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Selangor di De- wan Jubli Perak di sini, pada 19 Ogos lalu. Amirudin sebelum itu mengetuai lafaz ikrar dan menandatangani Ikrar Bebas Ra- suah (IBR) sambil disaksikan Ketua Pesuruh- jaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Ma- laysia (SPRM), Latheefa Koya; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya dan Speaker Dewan Negeri Selangor, Ng Suee Lim. Turut menandatangani IBR, EXCO Kera- jaan Negeri yang dimulakan dengan Dato’ Teng Chang Khim, Ir Izham Hashim, Datuk Abdul Rashid Asari, Ng Sze Han, Hee Loy Sian dan Dr Siti Mariah Mahmud. IBR adalah satu janji dan komitmen yang dibuat oleh kepimpinan organisasi dan warganya atas kapasiti individu untuk sesekali tidak terbabit dalam kesalahan ra- suah atau salah guna kuasa. Amirudin berkata, Kerajaan Negeri terus konsisten mencegah rasuah dengan menye- diakan mekanisme tersendiri dan melaku- kan pengisytiharan harta, sejak 2010. “Sekarang dalam mesyuarat anak syari- kat Kerajaan Negeri, Mesyuarat EXCO dan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, mempunyai impak besar dalam soal per- olehan, maka kita mewajibkan semua ahli mesyuarat untuk tandatangan dokumen yang menyatakan mereka bebas daripada sebarang kaitan terhadap keputusan dibuat. “Praktis itu juga dilakukan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana ketika itu pandangan kita tidak guna berikrar tetapi tidak menyediakan mekanisme. “Sekarang kita sudah sediakan mekanis- me dalam tempoh satu atau dua tahun dan menjadi budaya pentadbiran, maka kita lanjutkan kepada komitmen terhadap IBR,” katanya. Mekanisme isytihar harta wakil rakyat Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari (tengah) bersama penjawat awam ketika melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor. LIHAT BERITA MUKA 3. Foto Radin Wazir

MUKA 5 Mekanisme isytihar harta wakil rakyat · berucap pada Majlis Makan Malam Rasmi Sempena Majlis Pentaulia-han Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Kali ke-10 di Uni -

  • Upload
    others

  • View
    31

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MUKA 5 Mekanisme isytihar harta wakil rakyat · berucap pada Majlis Makan Malam Rasmi Sempena Majlis Pentaulia-han Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Kali ke-10 di Uni -

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

PERCUMA 22 - 28 Ogos 2019, 21 - 27 Zulhijjah 1440

MUKA 5

Lama merdeka, utamakan Bahasa Kebangsaan

MUKA 8

Larangan Zakir Naikhanya sementara

MUKA 15

Penghibur melukis: Sisi kreatif dunia glamor

MUKA 18 & 19

Warisan Kesultanan buat tatapan pelancong

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri sedia mem-pertimbangkan saranan Suruhanjaya Pen- cegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya Ahli Dewan Negeri (ADN) turut mengisy- tiharkan harta seperti dilakukan Ahli Parli-men.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata pihaknya akan merangka meka-nisme dan mengadakan perbincangan lanjut berhubung perkara itu kerana ke-utamaan pengisytiharan harta sebelum ini tertakluk kepada kuasa eksekutif.

“Kita sedia merangka dan berbincang jika ada keperluan untuk ADN isytihar har-ta seperti di Parlimen. Tetapi sebahagian besar (ADN) tidak terbabit dalam kuasa eksekutif, maka sebab itu keputusan Kera-jaan Negeri sebelum ini mengehadkan kita isytihar harta pada EXCO.

“Sudah tentu ada juga peruntukan pusat khidmat bernilai ratusan ribu setiap tahun tetapi kita akan buat sebab ada kes mem-babitkan ADN yang terima rasuah, maka kita rasa boleh buat untuk ADN (selepas ini),” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Selangor di De-wan Jubli Perak di sini, pada 19 Ogos lalu.

Amirudin sebelum itu mengetuai lafaz ikrar dan menandatangani Ikrar Bebas Ra-suah (IBR) sambil disaksikan Ketua Pesuruh- jaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Ma-laysia (SPRM), Latheefa Koya; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya dan Speaker Dewan Negeri Selangor, Ng Suee Lim.

Turut menandatangani IBR, EXCO Kera-

jaan Negeri yang dimulakan dengan Dato’ Teng Chang Khim, Ir Izham Hashim, Datuk Abdul Rashid Asari, Ng Sze Han, Hee Loy Sian dan Dr Siti Mariah Mahmud.

IBR adalah satu janji dan komitmen yang dibuat oleh kepimpinan organisasi dan warganya atas kapasiti individu untuk sesekali tidak terbabit dalam kesalahan ra-suah atau salah guna kuasa.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri terus

konsisten mencegah rasuah dengan menye-diakan mekanisme tersendiri dan melaku-kan pengisytiharan harta, sejak 2010.

“Sekarang dalam mesyuarat anak syari-kat Kerajaan Negeri, Mesyuarat EXCO dan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, mempunyai impak besar dalam soal per-olehan, maka kita mewajibkan semua ahli mesyuarat untuk tandatangan dokumen yang menyatakan mereka bebas daripada

sebarang kaitan terhadap keputusan dibuat.“Praktis itu juga dilakukan di Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT) kerana ketika itu pandangan kita tidak guna berikrar tetapi tidak menyediakan mekanisme.

“Sekarang kita sudah sediakan mekanis- me dalam tempoh satu atau dua tahun dan menjadi budaya pentadbiran, maka kita lanjutkan kepada komitmen terhadap IBR,” katanya.

Mekanisme isytihar harta wakil rakyat

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari (tengah) bersama penjawat awam ketika melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor. LIHAT BERITA MUKA 3. Foto Radin Wazir

Page 2: MUKA 5 Mekanisme isytihar harta wakil rakyat · berucap pada Majlis Makan Malam Rasmi Sempena Majlis Pentaulia-han Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Kali ke-10 di Uni -

2Utama

SelangorKini 22 - 28 Ogos 2019

Ambil kira kepentingan semua

Pelihara asas IslamOLEH NAZLI IBRAHIM SEPANG - Kerajaan Negeri teguh memelihara asas penting aga-ma Islam termasuk mengadakan perbincangan bersama pelbagai pihak sebelum memutuskan se-barang pindaan terhadap Enak-men Pentadbiran Agama Islam Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata perbincangan isu berkenaan turut membabitkan ahli EXCO dan semua Ahli Dewan Negeri sebelum dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sul-tan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Tidak perlu tergesa-gesa memuktamadkan pindaan ini ke- rana membabitkan kepentingan banyak pihak.

“Saya juga mengambil kira nasihat baginda Sultan, mesyua-rat Pakatan Harapan negeri dan pusat selain dua tiga lagi perbin-cangan dengan pakar supaya kita dapat rumuskan satu kepu-tusan yang baik. Ini bergantung kepada kesepakatan semua dan penelitian akhir baginda,” kata- nya selepas menghadiri Program Perasmian Pesta Pantai Bagan Lalang@Sepang, di sini, pada 17 Ogos lalu.

Amirudin berkata, pandangan

Saya juga mengambil kira nasihat baginda Sultan, mesyuarat Pakatan Harapan negeri dan pusat selain dua tiga lagi perbincangan dengan pakar supaya kita dapat rumuskan satu keputusan yang baik. Ini bergantung kepada kesepakatan semua dan penelitian akhir bagindaAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

pakar perlu diambil kira beriku-tan pindaan itu membabitkan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang.

Beliau turut meluahkan keya-kinan, hasil semua perbinca- ngan itu nanti akan membuahkan keputusan terbaik kepada mas-yarakat.

Perhebat aktiviti kesukarelawan

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, menyampaikan hadiah kepada pemenang keseluruhan pertandin-gan kemahiran Kor SISPA IPT sempena Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA) Kali ke-10 Tahun 2019, di Dewan Bankuet UPM Serdang, pada 17 Ogos lalu

SERDANG - Universiti dan Ang-katan Pertahanan Awam Malaysia (APM) diharap dapat memperhe-batkan lagi aktiviti berbentuk ke-masyarakatan dan kesukarelawan dalam kalangan mahasiswa, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Beliau berkata, selain mening-katkan imej universiti, ia sekali gus menjadikan orang ramai khusus-nya dapat merasai keberadaan dan kesiapsiagaan kesukarelawan.

Katanya, aktiviti sebegitu juga seharusnya berada dalam kala- ngan masyarakat kerana ia sebe-narnya mampu menambah nilai positif sesebuah komuniti.

“Kebanyakan masalah terjadi apabila seseorang itu melepaskan tanggungjawab mereka kepada orang lain sedangkan perkara itu boleh ditangani sendiri.

“Sebagai contoh, kawalan penyakit seperti denggi boleh ditangani jika masing-masing mengamalkan sikap kebertang- gungjawaban dan pada masa sama mengamalkan sikap kesuka-relawan untuk menangani masa-lah yang timbul.

“Malah, menerusi aktiviti sebe-

gini di peringkat universiti, saya lihat ia sesuatu yang amat bagus sebagai langkah untuk mendidik mereka dari awal jika berhadapan dengan apa sahaja bencana me- nimpa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Rasmi Sempena Majlis Pentaulia-han Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Kali ke-10 di Uni-versiti Putra Malaysia (UPM), di sini, pada 17 Ogos lalu.

Turut hadir, Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris dan Ketua Pesuruhjaya APM Ma-laysia, Datuk Roslan Wahab.

Pada masa sama, Amirudin menzahirkan ucapan tahniah ke-pada 758 kadet Kor SISPA dari 20 institut pengajian tinggi seluruh negara yang berjaya menamatkan latihan dan ditauliahkan, pada 18 Ogos lalu.

“Syabas dan tahniah saya ucap-kan. Ternyata Kor SISPA sebagai nilai tambah dalam membentuk sahsiah dan jati diri siswa-siswi se-kalian serta ia adalah pilihan tepat.

“Justeru, saya berharap majlis pentauliahan ini dapat menyema-

rakkan lagi semangat kesukarela- wan, sekali gus menarik minat le-bih ramai siswa-siswi menyertai Kor SISPA pada masa hadapan,” katanya.

Katanya, beliau yakin anggota Kor SISPA mempunyai kelebihan berbanding siswa-siswi lain dan dengan pelbagai ilmu kemahiran dipelajari, bukan sahaja menjadi-kan mereka sebagai graduan ‘mar-ketable’, tetapi mempunyai nilai tambah sangat berguna kepada masyarakat juga negara.

“Anggota Kor SISPA berupaya berfungsi dalam masa aman, memberi bantuan ketika pepe- rangan dan bencana dengan mengambil segala apa jua lang-kah bagi menyelamat, melindungi serta mengurangkan kehilangan nyawa juga kerosakan harta ben-da penduduk awam.

“Selain itu, ilmu dan pengeta-huan diperoleh ketika latihan merangkumi elemen kepim- pinan, disiplin, kerja berpasukan serta jati diri menjadi pemimpin berjaya kepada keluarga, masya-rakat juga negara, pada masa hadapan,” katanya.

Mampu jadi produk pelancongan terkenalSEPANG - Pesta Pantai Bagan Lalang mampu menjadi pro-duk pelancongan terkenal se- perti Festival Muzik Hutan Hujan Dunia, di Sarawak.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata Pesta Pan-tai Bagan La-lang perlu diadakan secara kon-sisten se-tiap tahun dan di-naik taraf de- ngan penambahan pelbagai acara menarik.

“Jika di Sarawak, mereka ada penganjuran Festival Mu-zik Hutan Hujan Dunia yang menarik pelancong dari sera- ta dunia dan menggunakan perkhidmatan pengangkutan selain hotel di Kuching mena-warkan pakej menarik untuk pengunjung.

“Mereka juga menikmati makanan Sarawak dan aspek lain yang menyumbang ke-makmuran ekonomi penduduk tempatan,” katanya pada Majlis Perasmian Pesta Pantai Bagan

Lalang@Sepang, di sini, pada 17 Ogos lalu.

Amirudin berkata, pada

masa ini pe- nganjuran Pes-ta Pantai Ba-

gan Lalang sejak empat tahun lalu mula memberi kesan positif apabila destinasi pelancongan terbabit semakin dikenali umum.

Ketika memyentuh isu pemu-liharaan alam sekitar, beliau ber-kata, ia adalah tanggungjawab semua pihak kerana ia pen- ting dan tidak boleh diletakkan di bahu Kerajaan Negeri sema-ta-mata.

Kembalikan semangat gotong-royongSEPANG - Masyarakat digesa mengembalikan amalan bergo- tong-royong dan saling memban-tu dalam kehidupan seharian, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Amirudin berkata, amalan itu semakin pupus berikutan kesibu-kan bekerja dalam kalangan mas-yarakat bagi menyara kehidupan masing-masing.

“Sebab itu saya melancarkan Bu-lan Kesukarelawan dengan meng-gerakkan Team Selangor dengan hasrat rakyat membudayakan- nya dan menjadi sukarelawan bertanggungjawab serta bersedia memikul tanggungjawab untuk

dilaksanakan.“Budaya bergotong-royong,

bantu membantu juga semakin lama semakin hilang dan luput dalam kehidupan seharian kita, sedangkan ia boleh tangani ba- nyak perkara seperti isu kebersihan serta ancaman pembuangan ba-han tercemar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya di Majlis Bu-lan Sukarelawan Negeri Selangor dan Festival Pemuliharaan Pokok Selangor di Dataran Pantai Kam-pung Batu Laut, Tanjung Sepat di sini, pada 17 Ogos lalu.

Amirudin berkata, Kerajaan Ne-

geri juga tidak sesekali mengambil ringan terhadap usaha memba- ngunkan komuniti selain pemba- ngunan ekonomi.

Katanya, antara aspek pemba- ngunan komuniti menjadi perha-tian Kerajaan Negeri termasuk usa-ha pemuliharaan alam sekitar.

“Antara contoh terbaik adalah tindakan sukarelawan dan komuni-ti yang segera melaporkan kepada pihak berkuasa apabila mengeta-hui terdapat aktiviti pembuangan sisa tercemar ke dalam sungai.

“Kita menggesa supaya lebib ra-mai lagi rakyat Selangor terbabit da-lam aktiviti sukarelawan,” katanya.

Page 3: MUKA 5 Mekanisme isytihar harta wakil rakyat · berucap pada Majlis Makan Malam Rasmi Sempena Majlis Pentaulia-han Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Kali ke-10 di Uni -

InformasiTerkinidi jari anda

Utama3SelangorKini 22 - 28 Ogos 2019

Amirudin ketuai lafaz dan tandatangan IBR

Komited banteras gejala rasuahOLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Dato’ Menteri Be-sar, Amirudin Shari mengetuai barisan penjawat awam Kerajaan Negeri melafazkan dan menan-datangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai komitmen mem-benteras gejala itu.

Majlis bersama Dato’ Menteri Besar itu berlangsung di Dewan Jubli Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, sempena Maj-lis Perhimpunan Bulanan Jaba- tan Kerajaan Selangor.

Amirudin menandatangani IBR sambil disaksikan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pence-gahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya; Setiausaha Kera-jaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya dan Speaker Dewan Negeri Selangor, Ng Suee Lim.

Turut menandatangani IBR, EXCO Kerajaan Negeri yang dimu- lakan dengan Dato’ Teng Chang Khim, Ir Izham Hashim, Datuk Abdul Rashid Asari, Ng Sze Han, Hee Loy Sian dan Dr Siti Mariah Mahmud.

IBR adalah satu janji dan komitmen yang dibuat oleh kepimpinan organisasi dan warganya atas kapasiti individu untuk sesekali tidak terbabit da-lam kesalahan rasuah atau salah guna kuasa.

Inisiatif SPRM itu juga bagi mewujudkan kefahaman dalam meningkatkan komitmen me-nolak rasuah secara total, teru-tama dalam kalangan pemimpin politik dan penjawat awam.

Sementara itu, Latheefa da-lam ucapannya, berkata jum-lah kes rasuah membabitkan penjawat awam juga membim-bangkan apabila 46.3 peratus daripada 4,860 individu dita-han SPRM dari 2014 sehingga Jun 2019.

Katanya, kebanyakan kesala-han rasuah yang berlaku mem-babitkan kakitangan dalam sektor perolehan.

“Lebih merisaukan apabila 53.4 peratus daripada 4,860 indi-vidu yang ditahan kerana kesa- lahan rasuah adalah golongan muda berusia bawah 40 tahun.

Amirudin Shari (kanan) bersama Latheefa Koya (kiri) pada Majlis Lafaz dan Menandatangani IBR ketika Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri di Dewan Jubli Perak, pada 19 Ogos lalu

“Melalui satu kajian dilaksa- nakan SPRM juga mendapa-ti 22.1 peratus daripada res- ponden penjawat awam berkata

mereka sanggup menerima ra-suah jika mempunyai kuasa atau kedudukan dalam jawatan.

“Ini sesuatu yang mesti diper-

betulkan supaya kesalahan ra-suah dalam kalangan penjawat awam dapat dihapuskan,” ka-tanya.

Tiada ruang PATI kuasai perniagaanSHAH ALAM - Kerajaan Selangor tidak pernah memberi ruang ke-pada warga asing terutamanya pendatang asing tanpa izin (PATI) memonopoli perniagaan di negeri itu, kata Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari.

Beliau berkata, tidak dapat di-nafikan ada antara bidang peker-jaan di negara ini yang mendesak dan memang kerajaan sangat me-merlukan tenaga kerja warga asing.

Bagaimanapun, Amirudin berka-ta, warga asing yang berada di neg-eri itu kini dilihat semakin berani melanggar batas undang-undang dengan membuka perniagaan se-cara terbuka di pasar malam, mala-han ada yang memiliki kedai runcit.

“Ingin saya tegaskan, tidak ada mana-mana Pihak Berkuasa Tem-patan (PBT) di Selangor membe-narkan warga asing khasnya PATI berniaga.

Justeru, Kerajaan Negeri berte-gas untuk menangani isu ini hingga selesai,” katanya ketika Sesi Town-hall bersama Dato’ Menteri Besar Selangor ketika Program Pemer-kasaan Ahli Majlis PBT Selangor 2019 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, pada 19 Ogos lalu.

Hadir sama EXCO Kerajaan Tem-patan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han; EXCO Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim; EXCO Alam Sekitar,

Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Peng-guna Selangor, Hee Loy Sian dan EXCO Kebudayaan dan Pelancon-gan, Peradaban Melayu dan War-isan, Datuk Abdul Rashid Asari.

Amirudin berkata, beliau sudah mengadakan perbincangan den-gan EXCO Pembangunan Usaha-wan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodzi-ah Ismail serta Jabatan Imigresen Malaysia bagi menangani isu pen-

datang asing yang mula berjinak dalam bidang perniagaan.

“Kita tidak lagi mahu menden-gar peniaga Indonesia mengua-sai pasar malam, warga Myanmar berniaga sayur-sayuran manaka-la penduduk negeri ini pula men-gadu mereka tiada pekerjaan.

“Jika mereka mempunyai per-mit sah ia tiada masalah, namun bagi mereka yang memiliki per-niagaan sendiri kita akan cuba banteras,” katanya.

Amirudin Shari (tengah) ketika Program Pemerkasaan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor & Sesi Town Hall di Pu-sat Konvensyen Shah Alam (SACC), pada 19 Ogos lalu

Hanya tukar fokus IPR bukan tidak tunai janjiSHAH ALAM - Kerajaan Negeri ha-nya menukar fokus bukannya tidak mahu menunaikan janji berhubung isu penjajaran Inisiatif Peduli Rak-yat (IPR) yang kini giat dilaksanakan.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata penjajaran inisiatif berkenaan hanya berlangsung se-lama dua tahun.

“Selepas selesai penjajaran berk-enaan, kita akan melihat sama ada untuk menambah jumlah penerima skim IPR atau menambah nilai ke da-lam skim yang terbabit.

“Penjajaran dilakukan kerana kita juga mahu memfokuskan pen-tadbiran Kerajaan Negeri kepada aktiviti pembangunan dan peran-cangan ekonomi dalam negeri,” ka-tanya ketika Sesi Townhall bersama Dato’ Menteri Besar Selangor dalam Program Pemerkasaan Ahli Majlis PBT Selangor 2019 di Pusat Kon-vensyen Shah Alam, di sini, pada 19 Ogos lalu.

Hadir sama EXCO Kerajaan Tem-patan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han; EXCO Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim; EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Peng-guna Selangor, Hee Loy Sian dan EXCO Kebudayaan dan Pelancon-gan, Peradaban Melayu dan War-isan, Datuk Abdul Rashid Asari.

Penjajaran dilakukan kerana kita juga mahu memfokuskan pentadbiran Kerajaan Negeri kepada aktiviti pembangunan dan perancangan ekonomi dalam negeriAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

Amirudin turut menegaskan, Kerajaan Selangor tidak mahu menjadi kerajaan populis sema-ta-mata.

“Konsep ‘cash is king’ adalah sa-lah, situasi ini sama seperti keadaan yang berlaku pada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Dia mampu beri semua orang duit kepada sesiapa sahaja, tetapi akhirnya kalah juga ketika pilihan raya. Oleh itu, saya tidak mahu kita melaksanakan tugas secara tidak jujur.

“Selain memberi penawaran sedemikian, Kerajaan Negeri juga mahu memberi ruang kepada pi-hak tertentu untuk memberi ban-tuan perniagaan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Page 4: MUKA 5 Mekanisme isytihar harta wakil rakyat · berucap pada Majlis Makan Malam Rasmi Sempena Majlis Pentaulia-han Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Kali ke-10 di Uni -

4Utama

SelangorKini 22 - 28 Ogos 2019

SIDANG PENGARANG

OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - Pemerkasaan modal insan menjadi tonggak utama bagi sesebuah syarikat untuk melangkah maju ke hada-pan, kata Ketua Pegawai Ekseku-tif, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor, Raja Shahreen Raja Othman.

Justeru, MBI berusaha memantapkan modal insan de-ngan mendorong kakitangannya mendapatkan sijil bertauliah dari- pada institusi pendidikan.

“Kami bertanggungjawab un-

tuk memberi tumpuan kepada kakitangan kerana mereka ada-lah aset berharga dalam syarikat.

“MBI mahu kakitangan sedia ada mempunyai kemahiran yang baik dan mampu melatih orang baru dengan lebih baik, sekali gus mewujudkan persekitaran lebih efektif,” katanya.

Beliau berkata demikian sele-pas Majlis Penghargaan Kakita- ngan MBI dan anak syarikat Lulus Diploma Kemahiran Malaysia di UMW Toyota Training Centre, di sini, pada 16 Ogos lalu.

Hadir sama, Pengerusi MCS

College Banting, Tan Sri Dr Shafie Mohd Salleh; Ketua Pegawai Ek-sekutif MCS College Banting, Dr Ravinthiran Ramasamy dan Pe- ngurus Kanan Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran MBI, Mohamad Zaidi Jaafar.

Pada majlis berkenaan, sera- mai 23 graduan berjaya menamatkan pengajian dan me-nerima Diploma Kemahiran Ma-laysia.

Pada masa sama, Raja Shah-reen berkata, program yang julung kali diadakan itu akan ditambah baik dari semasa ke

semasa.“Saya sentiasa cuba mencabar

kakitangan, jika sudah mempu-nyai diploma, ke mana kita sele-pas ini. Untuk pengetahuan, saya sendiri bekerja dan belajar, na-mun kena pandai bahagi masa serta tidak dinafikan cabaran memang ada.

“Sokongan keluarga juga an-tara faktor penting memboleh-kan kita berjaya, pengorbananan adalah perkara paling penting jika kita sentiasa mahu meletak-kan diri pada aras terbaik,” ka-tanya.

Modal insan tonggak utama perkasakan syarikat

MBI dorong kakitangan miliki sijil bertauliah

Raja Shahreen

Laksana program pemberdayaan untuk wanita B40SUBANG JAYA - Penyedia per- khidmatan lebuh raya terbesar negara ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dicadang mewujudkan program pemberdayaan khusus kepada wanita golongan isi ru-mah berpendapatan rendah (B40), pada masa hadapan.

EXCO Perumahan dan Kehidu-pan Bandar, Haniza Talha, berka-ta cadangan Kerajaan Negeri itu wajar diketengahkan bagi mem-beri peluang kepada golongan terbabit menjana pendapatan dengan membantu daripada segi kegiatan ekonomi.

“Saya difahamkan memang ada program khas diwujudkan untuk usahawan mikro wani-ta bagi membolehkan mereka membuka kedai runcit di Hen-tian Rawat dan Rehat (R&R) PLUS.

“Ini sangat menarik kerana ia akan membantu golongan B40 untuk menambah pendapatan

Sistem AMHS kawal denggiSHAH ALAM - Projek perintis ‘Ae-desTech Mosquito Home System’ (AMHS) dijalankan dengan 440 unit ditempatkan di Kompleks Pe-rumahan Polis, Seksyen 20, di sini, dalam usaha memerangi wabak denggi.

EXCO Pembangunan Usahawan dan Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rod-ziah Ismail berkata, pelaksanaan projek itu akan dipantau setiap hari, selama enam bulan.

Katanya, usaha itu dijalankan berikutan kawasan Seksyen 20 adalah lokasi panas pembiakan nyamuk aedes.

“Dalam tempoh ini, kita akan melihat sama ada ia berjaya atau

tidak. Jika berjaya dan efektif, maka saya akan mengetengah-kan projek ini kepada Dato’ Men-teri Besar, Amirudin Shari.

“AMHS ini akan diletakkan di dua atau tiga kawasan panas yang lain mengikut laporan dan kate-gori oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya pada Maj-lis Pelancaran Perangi Denggi di Kompleks Perumahan Polis, Sek-syen 20, di sini, pada 18 Ogos lalu.

Rodziah berkata, sejumlah 46,011 kes denggi didaftarkan di Selangor dengan 120 kematian di-rekodkan tahun ini.

Katanya, daripada jumlah itu, daerah Petaling mencatatkan 17,844 kes dengan 15 kematian.

“Kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam merekodkan 118 kes denggi dengan tiga kematian ta-hun ini.

“Justeru, Dewan Undangan Negeri Batu Tiga dengan ker-jasama One Team Network Sdn Bhd memperuntukkan sejumlah RM40,000 untuk program ini,” ka-tanya.

Pada masa sama, beliau ber-harap KKM tidak melepaskan nyamuk Wolbachia di kawasan berkenaan bagi memudahkan pemantuan keberkesanan pro-gram itu.

“AMHS ini turut menjimatkan daripada program Wolbachia dan lebih menyeluruh,” katanya.

Penyampaian cek replika disaksikan Haniza Talha ketika Majlis Penyerahan Zakat kepada Asnaf PPR Lembah Subang 2 bersama PLUS di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, pada 17 Ogos lalu

bagi menyara keluarga, sekali gus mengeluarkan mereka dari- pada kepompong kemiskinan,”

katanya.Beliau bercakap kepada pem-

berita ketika ditemui pada pro-

gram Sumbangan Zakat PLUS Bersama Penduduk Projek Pe-rumahan Rakyat (PPR) Lembah

Subang 2 yang turut dihadiri Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail di Dewan PPR itu, di sini, pada 17 Ogos lalu.

Pada masa sama, Haniza turut menggesa syarikat swasta dan korporat lain supaya turut ber-ganding bahu dengan kerajaan serta komuniti setempat dalam mewujudkan lebih banyak pro-gram kepada golongan memer-lukan.

Katanya, program bersesua-ian yang mampu meningkatkan taraf ekonomi golongan terba- bit perlu diperbanyakkan demi memacu pembangunan seim-bang dan mampan.

“Saya mengalu-alukan dan menunggu semua badan kor-porat lain yang ada keuntungan daripada pembayar cukai mi- salnya untuk menjalankan pro-gram komuniti seperti ini kerana ia lebih bermakna kepada mere-ka (usahawan B40),” katanya.

Page 5: MUKA 5 Mekanisme isytihar harta wakil rakyat · berucap pada Majlis Makan Malam Rasmi Sempena Majlis Pentaulia-han Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Kali ke-10 di Uni -

InformasiTerkinidi jari anda

Utama5SelangorKini 22 - 28 Ogos 2019

RMS saksi MoU bina asrama anak yatim Pulau IndahKLANG - Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli ke Majlis Menandatangani Memo-randum Persefahaman (MoU) pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah bagi menampung 300 pelajar.

Baginda menyaksikan MoU yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Central Spec-trum (M) Sdn Bhd, Mohamad Razif Abdul Wahab; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yaya-san Islam Darul Ehsan (YIDE), Nur Mohd Razali Abdullah dan Tim-balan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Wakaf Selangor, Anu- ar Hamzah Tohar.

Mohamad Razif dalam sembah ucapannya berkata, kompleks itu akan dibina di atas tanah seluas

1.407 hektar dan menelan per-belanjaan berjumlah RM10 juta.

“Daripada kos pembangu-nan kompleks itu, Central Spec-trum akan mewakafkan sebanyak RM5 juta untuk sebahagian kos, manakala selebihnya akan di-kumpul melalui tabung amal, sumbangan dan derma.

“Selain itu, pihak kami akan bertindak sebagai pemaju dan pengurus projek pembinaan bagi memastikan kelangsungan serta kejayaan projek,” katanya di maj-lis itu, di Selangor Bio Bay, di sini, pada 19 Ogos lalu.

Beliau berkata, dua blok asra-ma lelaki dan perempuan akan dibina mengikut fasa yang di-jangka siap sepenuhnya, pada tahun 2021.

Katanya, bagi fasa 1, hanya blok

asrama lelaki akan dibina dengan bilik lengkap selain mempunyai kemudahan seperti ruang mem-basuh, ruang belajar dan ruang riadah.

“Selain itu, satu blok fasiliti tambahan juga akan disediakan seperti dewan makan, pejabat pengurusan dan bilik serbaguna untuk kemudahan pelajar.

“Pusat sukan turut disedia-kan bagi memudahkan pelajar beriadah membabitkan tiga ge-langgang badminton dan satu gelanggang bola tampar serta futsal,” katanya.

Mohamad Razif berkata, pelan pembangunan itu menyediakan kawasan untuk orang awam se- perti dewan serbaguna, surau dan pusat komersial, sekali gus mampu menjana kewangan tam-

bahan kepada kompleks itu.“Daripada segi seni bina, kon-

sep islamik diterapkan dalam ke-banyakan komponen bangunan.

Ia dapat dilihat pada penggu-naan ‘ventilation block’ dan juga ukiran bercorak dekoratif pada ‘dome’ surau,” katanya.

Tengku Amir Shah berkenan mendengar taklimat pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah, di Selangor Bio Bay, pada 19 Ogos lalu

OLEH NAZLI IBRAHIM

SEPANG - Kegagalan segelintir masyarakat bukan Melayu me- nguasai Bahasa Kebangsaan wa-laupun sudah 62 tahun negara merdeka boleh diatasi jika mere-ka mencontohi sikap golongan peribumi.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata selain Orang Asli, masyarakat Melayu sendiri turut memiliki pelbagai etnik dengan bahasa suku masing-masing teta-pi mampu menguasai Bahasa Ke-bangsaan dengan baik.

“Kita semua harus bersung-guh-sungguh, Melayu, Cina dan India kerana orang Melayu di Ma-laysia juga mempunyai pelbagai ras serta etnik. Ada Banjar, Jawa, Bugis dan begitu juga kaum peri-

bumi lain seperti Mahmeri, Orang Laut serta sebagainya tetapi mere-ka meninggalkan bahasa suku masing-masing dengan meng-gunakan Bahasa Melayu.

“Begitu juga kehendak kita ke-pada orang Cina, India dan bang-sa lain untuk mengangkat tema lebih besar dengan menggunakan kerangka ini kerana inilah pengor-banan yang seharusnya mereka lakukan bersama-sama ke arah penyatuan serta kesepakatan da-lam negara kita,” katanya.

Amirudin berkata demikian kepada media pada Majlis Bulan Sukarelawan Negeri Selangor dan Festival Pemuliharaan Pokok Se- langor di Dataran Pantai Kampung Batu Laut, Tanjung Sepat, di sini, pada 17 Ogos lalu.

Beliau berkata, isu memper-

kasakan Bahasa Kebangsaan per-lu ditegaskan di semua peringkat termasuk di sekolah jenis kebang-saan Cina dan Tamil.

Katanya, pada masa ini pe- nguasaan Bahasa Kebangsaan da-lam kalangan generasi muda le-bih baik berbanding generasi tua.

Amirudin berkata, walaupun sebelum ini kerajaan menyalurkan sejumlah peruntukan kepada De-wan Bahasa dan Pustaka (DBP) un-tuk mengadakan sambutan Bulan Bahasa setiap tahun, namun pal-ing penting adalah penghayatan semua kaum untuk menggunakan Bahasa Kebangsaan.

Katanya, memperkasakan Ba-hasa Kebangsaan adalah elemen paling ampuh bagi memeliha-ra kesepaduan dan penyatuan semua bangsa di Malaysia.

62 Tahun Merdeka

Utamakan Bahasa Kebangsaan

Semarak kemerdekaan, kibar Jalur GemilangSHAH ALAM - Dato’ Menteri Be-sar, Amirudin Shari, menyeru seluruh rakyat di Selangor untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan bulan kemerdekaan.

Katanya, semangat pengor-banan yang digagaskan pejuang kemerdekaan dahulu per-lu dihargai kerana ia menjadi pencetus kepada kema-juan dan kemak-muran Malaysia hari ini.

Beliau ber-kata, rasa cinta kepada negara perlu diberikan ke-utamaan berban- ding perkara lain supaya kemerdekaan dikecapi lebih ber-makna, di samping meningkatkan ekonomi ke arah lebih baik.

“Apakah erti kenegaraan? Jika boleh, saya jawabkan dengan ju-jur dalam cara yang paling seder-hana. Begini, jika ikutkan hati, kita mungkin memilih untuk tidak membayar cukai.

“Mungkin kita mahu hidup ber-sama kaum kita sahaja tanpa kaum lain. Kita juga mungkin tidak mahu bahasa lain dituturkan sama sekali.

“Di situlah letaknya erti berne-gara, setiap daripada kita perlu berkorban supaya kecintaan ke-pada watan diutamakan berban- ding yang lain.

“Semangat pengorbanan itu-lah yang ditunjukkan pejuang kemerdekaan dahulu. Semangat perjuangan itulah yang mem-bolehkan kita menikmati keadaan yang aman dan selesa sekarang.

“Tanpa pengorbanan, tiada ke-merdekaan. Tanpa kemerdekaan, kemajuan tidak bermakna dan

hidup menjadi tidak bererti,” ka-tanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor dan Pelancaran Kem- pen Kibar Jalur Gemilang Pering-kat Negeri Selangor 2019 di De-

wan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, pada 19 Ogos lalu.

Selaras dengan se-mangat kemerde-kaan, Kerajaan Negeri bercadang untuk melaksana-kan dasar pemba- ngunan negeri

yang lebih ber-tanggungjawab dan

lestari bagi menghadapi cabaran mendatang.

“Kita tidak boleh berpuas hati dengan keadaan status quo se-karang. Selangor perlu berubah. Ia perlu menjadi pencetus keajai- ban ekonomi dan berada di baris paling hadapan dalam barisan ke-makmuran ASEAN.

“Sebagai pemimpin, menjadi tanggungjawab saya untuk mem-buat tindakan yang betul bagi kebajikan dan maslahat jumlah terbesar kalangan rakyat.

“Walaupun langkah yang dilakukan dijangka tidak po- pular, tetapi bagi memastikan kelangsungan pentadbiran ini, maka kita bertekad untuk me- neruskan dasar yang betul dalam menjamin masa depan anak cucu kita nanti,” katanya.

Pada majlis sama, Amirudin turut meletakkan bendera Malay-sia di kenderaan Pihak Berkuasa Tempatan dan Setiausaha Kera-jaan Negeri bagi menyemarak-kan bulan kemerdekaan dengan kibaran Jalur Gemilang.

Page 6: MUKA 5 Mekanisme isytihar harta wakil rakyat · berucap pada Majlis Makan Malam Rasmi Sempena Majlis Pentaulia-han Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Kali ke-10 di Uni -

6Utama

SelangorKini 22 - 28 Ogos 2019

Selangor Agro Fest 2019

Jangka lebih 120,000 pengunjung hadir

Ir Izham pada sidang media pelancaran Selangor Agro Fest, di Tapak Pasar Tani Kelana Jaya, pada 14 Ogos lalu

Sasar jualan RM800,000

Daripada segi jualan, kita sasarkan ada peningkatan memandangkan sebelum ini mampu mencapai hasil jualan RM500,000 untuk ekspo iniIZHAM HASHIMEXCO Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani

DENGKIL - EXCO Pemberdayaan, Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau, mengingatkan penerima bantuan peralatan mesin bagi Program Blue-print Pembasmian Kemiskinan un-tuk menggunakan semua barangan yang diberi dengan sebaiknya.

Beliau menegaskan, ia kerana pembelian peralatan termasuk pel-bagai jenis mesin itu adalah hasil daripada wang rakyat.

“Boleh jadi ‘haram’ jika anda tidak menggunakannya, apatah lagi pem-impin kawasan termasuk ketua kam-pung dan pengurusan di luar sana bertungkus-lumus untuk melulus-

kan bantuan anda, tetapi akhirnya ia langsung tidak digunakan.

“Gunakalah ia sebaiknya, har-gailah pemberian rakyat ini kepada anda,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Pera- latan Bagi Program Blueprint Pem-basmian Kemiskinan Daerah Sepang 2019 di Dewan Orang Ramai Deng-kil, baru-baru ini.

Hadir sama Ahli Dewan Negeri (ADN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah, ADN Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah dan Pegawai Daerah Sepang, Mohd Yazid Sairi.

Pada program berkenaan, sera-mai 73 penduduk Sepang meneri-

ma bantuan peralatan antaranya mesin jahit, peti ais, dapur memasak dan mesin pemerah santan yang ke-semuanya bernilai RM301,250.

Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan bertujuan untuk me- ningkatkan taraf ekonomi golongan miskin dan berpendapatan rendah menerusi projek ekonomi yang ber-daya maju serta berpotensi untuk berkembang.

Kerajaan Selangor mahu me- ningkatkan pendapatan kumpulan sasar dengan menyalurkan bantuan berupa peralatan atau mesin diper-lukan berdasarkan perusahaan atau perniagaan yang sedang dijalankan.

PETALING JAYA - Kera-jaan Negeri menyasarkan hasil jualan RM800,000 pada Selangor Agro Fest 2019 yang bakal diada-kan di Bulatan Bazarena, Seksyen 13, Shah Alam, pada 5 hingga 8 Septem-ber ini.

EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ir Izham Hashim berkata, ia didorong fak-tor penganjuran ekspo kali ini yang diadakan dalam skala lebih besar dengan pelbagai pengi-sian menarik.

“Daripada segi jualan, kita sasarkan ada peningka-tan memandangkan sebelum ini mampu mencapai hasil jualan RM500,000 untuk ekspo ini.

“Penganjurannya di Shah Alam sudah tentu akan menjadi tumpuan orang ramai yang bukan sahaja dari Selangor, malahan dari negeri lain, maka kita turut me-letakkan sasaran pengunjung lebih 120,000 yang juga menjadi salah satu penyumbang kepada sasaran hasil jualan,” katanya pada sidang media pelancaran Sela- ngor Agro Fest 2019, di Tapak Pasar Tani Kelana Jaya, di sini, pada 14 Ogos lalu.

Turut hadir, Pengarah Lembaga Pemasaran Perta-nian Persekutuan (FAMA) Selangor, Dato’ Abdul Gha-riff Ramin dan Ahli Dewan Negeri Seri Setia, Halimey Abu Bakar.

Sementara itu, Abdul Ghariff berkata, pihaknya pula menyasarkan hasil jualan antara RM100,000 hingga RM150,000 membabitkan usahawan Selangor yang berada di bawah pengurusan FAMA.

“Sasaran ini juga merangkumi jualan bagi lima kate-gori produk berasaskan asas tani yang akan dibawa pada ekspo berkenaan antaranya kuih-muih, snek, barangan kosmetik dan barangan kek serta pastri be-rasaskan pertanian,” katanya.

Manfaat sebaiknya bantuan kerajaan

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

PETALING JAYA - Lebih 120,000 pe- ngunjung dijangka menghadiri Sel-angor Agro Fest 2019 yang bakal ber-langsung di Bulatan Bazarena, Seksyen 13, Shah Alam, pada 5 hingga 8 Sep-tember ini.

Bertemakan ‘Pemodenan Pertanian Ke Arah Kehidupan Lestari’, ekspo ta-hunan pertanian terbesar Selangor itu akan memfokuskan kepada penana- man dan penternakan berpulangan tinggi serta moden.

EXCO Insfrastruktur dan Kemu-dahan Awam, Pemodenan Pertani-an dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim, berkata sasaran itu berdasar-kan sambutan menggalakkan diterima terhadap penganjuran sama yang di-adakan di Kuala Selangor, tahun lalu.

“Kita menerima penyertaan sa-ngat ramai daripada usahawan tani dari seluruh negeri pada Agro Fest di Kuala Selangor tahun lalu meliputi pel-bagai bidang sama ada membuka ge-

rai jualan atau pameran.“Buat julung kali tahun ini, kita juga

akan menarik pelajar sekolah untuk turut serta memandangkan kita akan memulakan program Agro Sekolah, pada tahun hadapan,” katanya pada sidang media pelancaran ekspo berke-naan, di Tapak Pasar Tani Kelana Jaya, di sini, pada 14 Ogos lalu.

Turut hadir, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor, Dato’ Abdul Ghariff Ramin dan Ahli Dewan Negeri Seri Se-tia, Halimey Abu Bakar.

Pada masa sama, Ir Izham berkata, karnival berkenaan akan turut dijaya-kan melalui pembabitan 10 jabatan, agensi dan syarikat berkaitan Kera-jaan Negeri termasuk Majlis Bandaraya Shah Alam dalam menyediakan logis-tik serta susun atur selesa.

Katanya, Kerajaan Negeri turut menyediakan 100 lot pameran bagi usahawan tani yang berminat untuk menyertai karnival itu dengan kadar sewa berpatutan.

“Kita menawarkan harga serendah RM200 satu lot sepanjang tempoh em-pat hari karnival ini. Jadi, usahawan perlu segera membuat tempahan bagi mengelakkan kehabisan tempat untuk jualan dan pameran.

“Tempahan sudah dibuka kepada usahawan tani dan mereka boleh me-nempah secara dalam talian di laman sesawang FAMA,” katanya.

Selain pameran penternakan, peri-kanan, pertanian dan industri asas tani, karnival itu turut menganjurkan aktiviti lain antaranya jualan jimat rak-yat, pertandingan masakan juadah kampung, jualan makanan istimewa daerah di Selangor, jualan kendera saji (food truck), acara kanak-kanak serta persembahan artis tanah air.

Selangor Agro Fest yang dijadikan sebagai salah satu acara tahunan se-jak 2012 diadakan dengan matlamat memperkasa dan membangunkan sektor pertanian, sekali gus mening-katkan pendapatan usahawan tani, di negeri itu.

Page 7: MUKA 5 Mekanisme isytihar harta wakil rakyat · berucap pada Majlis Makan Malam Rasmi Sempena Majlis Pentaulia-han Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Kali ke-10 di Uni -

InformasiTerkinidi jari anda

Ekonomi7SelangorKini 22 - 28 Ogos 2019

KUALA LUMPUR - Malaysia akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati walaupun menca- tat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih kukuh bagi suku kedua tahun ini.

Ketika menegaskan perkara itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berka-ta data KDNK turut menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan walaupun terdedah kepada ketidaktentuan global.

“Malaysia dapat mengetepikan aliran serantau pada suku kedua tersebut apabila ekonomi nega-ra mencatat pertumbuhan lebih

kukuh pada 4.9 peratus, disokong oleh permintaan domestik yang mantap khususnya perbelanjaan swasta serta peningkatan penge-luaran sektor perlombongan dan kuari.

“Namun, kita akan terus kekal berwaspada terhadap sebarang cabaran mendatang dan mengekal- kan disiplin fiskal ketika berusa-ha melakukan yang terbaik untuk melonjakkan lagi pertumbuhan,” katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis pe- rasmian Kongres Statistik Sedu- nia Institut Statistik Antarabang-sa (ISI WSC 2019) ke-62 di sini, ba-

ru-baru ini.Acara itu dirasmikan oleh Perda-

na Menteri, Tun Dr Mahathir Mo-hamad, yang turut menyampaikan ucapan.

Mohamed Azmin turut me-nekankan kepentingan peranan statistik yang tepat, relevan dan kena pada masanya sebagai asas pembentukan dasar dan keputu-san selain menjadi panduan un-tuk kerajaan melaras semula dasar tidak tepat.

“Kita tidak boleh terlalu me-nekankan kepentingan data semata-mata kerana sebaliknya apa yang lebih utama adalah in-

tegriti dalam pelaksanaan dasar tersebut,” katanya.

Katanya, jika Malaysia memili-ki dasar terbaik yang dirangka be-rasaskan statistik tepat, namun tanpa integriti, ketelusan dan ke-bertanggungjawaban, maka ob-jektif akhir itu tidak mungkin dapat dicapai.

“Walaupun statistik menjadi mata pentadbiran negara ini, na-mun tadbir urus yang baik masih menjadi teras bagi memenuhi jang-kaan rakyat,” katanya.

Beliau turut memuji kepakaran Jabatan Perangkaan Malaysia yang memberi bantuan teknikal dalam

bidang utama kepada negara lain selain turut meraih manfaat mene- rusi perkongsian kemahiran dan pengetahuan tersebut.

Mohamed Azmin juga berkongsi data perangkaan penduduk bandar Malaysia yang meningkat daripa-da 28.4 peratus pada 1970 kepada 76.2 peratus tahun ini, manakala ekonomi pula berkembang kepa-da RM1.36 trilion daripada RM11.82 bilion, sebelum ini.

Purata pendapatan bulanan isi rumah meningkat pada kadar 7.1 peratus setahun kepada RM6,958 pada 2016 berbanding RM264 pada 1970. – BERNAMA

Ketidaktentuan global

Ekonomi negara berdaya tahan

AirAsia terbang ke Belitung bermula 2 Oktober

POKOK SENA - Lebih 60 pesawah di Kampung Kolam, Mukim Tualang, di sini, menanggung kerugian ratusan ribu ringgit apabila hampir 90 peratus sawah yang diu-sahakan mereka musnah diserang tikus dan haiwan perosak lain, sejak dua bulan lalu.

Pesawah, Zulkifli Ramli, 42, berkata, masalah berpunca daripada sistem saliran yang sering tersumbat pada musim hujan menjadikan kerja mengawal pembiakan haiwan perosak itu sukar dilakukan.

“Kami menggunakan racun yang di-tuang ke dalam sawah untuk mengawal tikus dan haiwan perosak lain, tapi apa-bila sistem saliran rosak, air dari bendang tidak dapat mengalir apabila hujan, pada 12 Ogos lalu.

“Takungan air yang banyak ini men-jadikan racun yang dituang dalam sawah tidak berkesan mengawal tikus dan menye-babkan ia membiak dengan banyak serta menyerang tanaman,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini banyak hai-wan pemangsa seperti burung hantu yang memakan tikus itu, namun kini tiada lagi kerana mati akibat makan tikus yang ter- kena racun.

Zulkifli berkata, kira-kira 30 hektar sawah di kampung terbabit musnah disebabkan oleh tikus dan haiwan perosak lain seperti

siput gondang emas dan burung.“Saya sendiri turut kerugian kira-kira

RM6,000 apabila keseluruhan sawah rosak dan tidak membuahkan hasil,” katanya.

Seorang lagi petani yang turut terjejas, Sharul Sham Ramli, 36, berkata jika masa-lah itu tidak diselesaikan segera, ia mungkin akan merebak ke kawasan yang lebih luas dan membabitkan kerugian lebih besar.

Katanya, pihak Lembaga Kemajuan Per-tanian Muda (MADA) dan Lembaga Per-tubuhan Peladang (LPP) perlu bertindak segera dengan membantu membersihkan dan mendalamkan parit di kawasan itu.

“Pihak berkaitan perlu bantu supaya da-pat kami buat bendang mengikut jadual seperti orang lain, sekali gus mengurang-kan risiko diserang haiwan terbabit,” katanya.

Pada masa sama, Setiausaha Majlis Pe- ngurusan Komuniti Kampung (MPKK), Ah-mad Shukri Ishak, 51, berkata, masalah ter-babit sudah dimaklumkan kepada MADA dan LPP untuk tindakan lanjut.

“Saya juga sudah memaklumkan perka-ra itu kepada Penyelaras Dewan Undangan Negeri Bukit Pinang, Dzaher Ahmad, untuk membawa masalah ini kepada pihak ber-tanggungjawab supaya tidak menjejaskan industri padi dan bekalan makanan negara,” katanya. – BERNAMA

Lebih 60 pesawah tanggung kerugian akibat serangan tikus

KUALA LUMPUR - AirAsia melancarkan laluan baharu yang menghubungkan Kua-la Lumpur ke Belitung di Sumatera, Indone-sia menerusi perkhidmatan terus empat kali seminggu mulai 2 Oktober 2019.

Sempena pelancaran baharu ini, AirAsia menawarkan tambang istimewa untuk ah- linya bermula dengan harga serendah RM79 (tambang untuk ahli AirAsia BIG sahaja) dari Kuala Lumpur, yang boleh ditempah mene- rusi airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia hingga 25 Ogos ini.

Tarikh penerbangan bagi tiket itu antara 2 Oktober 2019 hingga 28 Mac 2020.

“Ahli BIG akan menikmati yuran pempro- sesan sifar apabila membuat pembayaran menggunakan BigPay,” kata kenyataan syarikat penerbangan itu, pada 19 Ogos lalu.

Ketua Komersial Serantau AirAsia, Amanda Woo pula berkata, laluan baha-ru itu adalah bukti komitmen syarikat pe-

nerbangan berkenaan untuk menyokong kerajaan Indonesia dalam usahanya untuk membangunkan 10 destinasi pelancongan utama baharunya.

“Banyak yang ditawarkan oleh Indonesia daripada hanya Bali dan Lombok. Belitung adalah tempat yang indah dan menakjub-kan dengan potensi pelancongan yang be-lum diteroka dan kami berharap menerusi perkhidmatan terus baharu ini, lebih ramai orang akan dapat mengetahui permata tersembunyi ini,” katanya.

Selain laluan baharu ini, AirAsia juga mengendalikan penerbangan harian ke Belitung dari ibu negara Indonesia iaitu Jakarta, mulai 1 Oktober 2019.

AirAsia kini menghubungkan Kuala Lumpur ke 14 destinasi di Indonesia iaitu Jakarta, Surabaya, Medan, Bali, Lombok, Yogyakarta, Pekanbaru, Pontianak, Padang, Palembang, Semarang, Makassar, Bandung dan Banda Aceh. – BERNAMA

KUALA LUMPUR - Jumlah jualan kereta nasional terus menjadi pemacu utama dalam ruang au-tomotif tempatan, kata AmInvest-ment Bank.

Menerusi pelancaran Saga baru-baru ini, bank pelaburan itu percaya Proton akan dapat mengekalkan momentum jum-lah jualannya bagi tempoh ber-baki tahun ini.

“Kami juga menantikan CKD X70 pada November ini dengan pengurusan DRB-Hicom mem-bayangkan bahawa harga SUV yang popular itu akan dikurang-kan,” kata AmInvestment Bank da-

lam kenyataannya, pada 20 Ogos lalu.

Menurut laporan media ba-ru-baru ini, Proton mencatatkan jumlah jualan sebanyak 860,000 unit pada Julai, atau 16.5 peratus penguasaan pasaran bagi bulan itu, dan kira-kira 15 peratus ber-dasarkan asas tahunan setakat ini (YTD).

Proton menjual 52,200 unit sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini, iaitu pertumbuhan 48 peratus dari tahun ke tahun.

Sementara itu, pada Julai 2019, jumlah industri (TIV) meningkat 20 peratus dari bulan ke bulan na-

mun merosot 26 peratus dari ta-hun ke tahun kepada 50,900 unit.

Bagi tujuh bulan pertama 2019, TIV turun 3.0 peratus kepa-da 347,200 unit daripada 358,100 unit pada tempoh yang sama ta-hun lepas.

“Walaupun kami masih be-lum menerima angka rasmi daripada Persatuan Automo-tif Malaysia ke atas jenama lain dan pecahan jumlah in-dustri, kemungkinan besar Proton mengatasi Honda dan menduduki tempat kedua dalam penguasaan pasaran YTD.

“Dengan momentum dan

Proton kekal pemacu utama segmen automatifpenyerahan berterusan model berorientasikan Persona dan Iriz, kami yakin Proton akan mendudu-

ki tempat kedua menjelang akhir 2019, di belakang Perodua,” kata AmInvestment Bank. – BERNAMA

Page 8: MUKA 5 Mekanisme isytihar harta wakil rakyat · berucap pada Majlis Makan Malam Rasmi Sempena Majlis Pentaulia-han Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Kali ke-10 di Uni -

8Nasional

SelangorKini 22 - 28 Ogos 2019

ROMPIN - Kerajaan menyasarkan Kadar Sara Diri (SSL) untuk pengeluaran susu segar tempa-tan sepenuhnya dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, setakat tahun 2018, SSL susu segar sebanyak 61.44 peratus dan usaha untuk meningkatkan pengeluaran giat dilakukan melalui pelaksanaan Program Pembangunan Industri Te-nusu Negara, yang bermula sejak 2017.

“Permintaan terhadap susu segar pada tahun 2018 sebanyak 67.1 juta liter dan daripada jumlah itu, hampir 40.36 juta liter susu segar dihasilkan dalam negara, manakala bakinya diimport dari luar seperti New Zealand dan Australia.

“Pelaksanaan program pembangunan industri tenusu negara menyasarkan peningkatan penge-luaran susu segar negara dengan tambahan se-banyak 20 juta liter melalui pengimportan 10,000 induk tenusu bunting, dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kilang Pemprosesan Susu Syarikat The Holstein Milk Company Sdn Bhd di Muadzam Shah, di sini, pada 15 Ogos lalu.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Perkhid-matan Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Has-san Nizam; Pengarah Urusan The Holstein, Loi Tuan Ee dan Pengarah Operasi syarikat itu, Azmi Zainal.

Salahuddin berkata, program pembangunan itu membabitkan empat lembah tenusu terma-suk Lembah Tenusu Muadzam, selain diperluas-

kan ke kawasan berpotensi seperti Lembah Tenusu Muallim di Perak dan Lembah Tenusu Bernam, di Selangor.

“Dalam mesyuarat Majlis Eksekutif Tindakan Ekonomi Negara minggu lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, meminta bebera-pa kementerian mencadangkan produk maka- nan atau minuman berkhasiat yang sesuai untuk dibekalkan kepada murid sekolah.

“Kementerian kami cenderung untuk mencadan-gkan susu segar kerana khasiatnya selain sejarah Jepun yang menunjukkan gene-rasi muda yang di-berikan susu segar mempunyai tumbesaran lebih baik,” katanya.

Beliau berkata, susu segar juga disyaratkan kelu-aran tempatan untuk menyokong industri tenusu negara, selain pemilihan syarikat dalam pembeka-lan produk itu yang perlu diperhalusi sebaiknya untuk memelihara kualiti susu.

Mengulas berhubung syarikat The Holstein, Salahuddin menyi-fatkan, syarikat susu tempatan itu antara kejayaan industri tenusu negara kerana menghasil-kan enam juta liter susu setahun, selain membantu usahawan tani dan penternak menerusi program ladang satelit.

“Saya dimaklumkan syarikat ini berjaya mewu-judkan 32 stokis dan 620 pengedar bagi pemasa-ran susu.

“Ia memberikan pendapatan lumayan dengan stokis boleh menjana sehingga RM25,000 sebulan manakala pendapatan bulanan pengedar antara RM700 dan RM5,000,” katanya. – BERNAMA

Kadar Sara Diri

Tiada lagi import susu segar

Datuk Salahuddin Ayub (tengah) merasmikan Kilang Pemprosesan Susu Syarikat The Holstein Milk Company Sdn Bhd di Muadzam Shah, Rompin, pada 15 Ogos lalu – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR - Dr Zakir Naik ti-dak dibenarkan memberi ceramah di semua medium, termasuk di me-dia sosial, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

BERNAMA melaporkan larangan di seluruh negara terhadap pence-ramah dari India itu terpakai se-hingga siasatan polis selesai.

Abdul Hamid berkata, arahan itu bertujuan mententeramkan keadaan dan hanya bersifat se-mentara.

“Satu arahan dikeluarkan polis yang melarang Zakir memberikan ceramah selanjutnya selepas epi-sod di Kelantan baru-baru ini, yang bertujuan memberikan waktu ke-pada kami melengkapkan siasa-tan berhubung laporan pihak yang berkaitan dengan episod ceramah itu.

“Apabila keluarnya arahan ini, semua ketua polis negeri bertang-gungjawab menasihati pihak yang mempunyai perancangan menjem-put Zakir beri ceramah terbuka, su-paya menolaknya,” katanya.

Abdul Hamid berkata, ceramah Zakir pada 19 Ogos lalu menimbul-kan keresahan dan kekeliruan pel-bagai pihak, manakala pihaknya meminta diberi masa untuk me-nyiasat perkara itu.

Larangan Zakir hanya sementara

Page 9: MUKA 5 Mekanisme isytihar harta wakil rakyat · berucap pada Majlis Makan Malam Rasmi Sempena Majlis Pentaulia-han Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Kali ke-10 di Uni -

InformasiTerkinidi jari anda

Nasional9SelangorKini 22 - 28 Ogos 2019

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Moha- mad berkata, hanya mereka yang “buta, pekak dan bodoh” sahaja yang akan mengatakan tiada per-bezaan antara pentadbirannya dengan kerajaan Barisan Nasio-nal (BN) sebelum ini.

Beliau berkata, sesetengah pi-hak hanya melihat perkara buruk walaupun terdapat banyak pe-rubahan dan pembaharuan yang diperkenalkan dalam menjadikan pentadbiran lebih cekap, berkesan serta telus.

“Adakah kami meminjam RM42 bilion? Adakah kami mempunyai 1MDB sendiri? Ada saya mencuri duit? Ada saya memberi rasuah? Buktikan jika saya memberi rasuah dan boleh bawa saya ke mahka-mah dan dakwa saya.

“Kami akan mengehadkan tempoh memegang jawatan PM (perdana menteri) kepada dua penggal. Ada Najib buat demiki-an? Kami membahaskan ber-hubung 1MDB, tapi adakah Najib membenarkan perkara membabit-kan 1MDB dan yang lainnya diba-haskan? Tidak ada…Untuk berkata tiada perbezaan, hanya yang buta, pekak dan bodoh sahaja akan mengatakannya.”

Dr Mahathir berkata demikian selepas merasmikan Kongres Pe-rangkaan Dunia Ke-62 anjuran In-ternational Statistical Institute di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur,

BANDAR SERI BEGAWAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mus-tafa Billah Shah bertitah, rakyat Malaysia tidak kira di mana saha-ja berada, perlu terus mengekal-kan nama baik dan imej negara dengan mengamalkan etika kerja mulia serta menghorma-ti undang-undang juga budaya tempatan.

Titah Seri Paduka, rakyat Ma-laysia juga perlu mempamerkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara.

“Keamanan, kemajuan dan kemakmuran dinikmati oleh Ma-laysia bukan sesuatu yang boleh diambil ringan.

“Sebagai rakyat Malaysia yang mencintai tanah airnya, sebarang usaha untuk meng-gugat keselamatan negara per-lu dihindari dan dijauhi,” titah Al-Sultan Abdullah pada majlis Santapan Malam bersama kira-kira 200 rakyat Malaysia yang bermastautin, di sini, pada 18 Ogos lalu.

Majlis bersama diaspora Ma-

Titah Yang di-Pertuan Agong

Kekalkan imej baik negaralaysia itu adalah sebahagian dar-ipada rangka lawatan negara Al-Sultan Abdullah selama tiga hari di Brunei bermula 18 Ogos lalu.

Brunei adalah negara sulung di-kunjungi Al-Sultan Abdullah sejak ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, pada 30 Julai lalu.

Lawatan berkenaan bertujuan mengukuhkan lagi hubungan di-raja antara kedua-dua negara yang terjalin lebih tiga dekad.

Turut berangkat mencemar duli, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama, Menteri Luar, Da-tuk Saifuddin Abdullah, Pesuruh-jaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Ismail Salam serta tetamu terdiri daripada pelajar, ahli akademik serta wakil Pertubuhan Kebaji-kan Melayu Semenanjung Malay-sia dan Persatuan Warganegara Malaysia.

Seri Paduka bertitah, kejayaan rakyat serta syarikat Malaysia di negara ini tidak akan dinikmati

tanpa sokongan dan persefaha-man erat daripada kerajaan Brunei di bawah naungan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Daripada aspek ekonomi, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa bangga keupayaan syarikat milik rakyat Malaysia yang men-jalankan urusan perniagaan dan beroperasi, di negara itu.

Seri Paduka bertitah, kejayaan itu dicapai melalui dasar kerajaan Brunei dalam memudahkan iklim perniagaan, di samping mengga-lakkan kemajuan ekonomi melalui kemasukan pelaburan langsung asing.

“Dalam konteks ini, saya ingin menzahirkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, yang memberi pe-luang kepada rakyat dan syarikat Malaysia untuk menyumbang ke-pada kemajuan ekonomi negara Brunei Darussalam,” titah baginda.

Seri Paduka bertitah baginda dan Raja Permaisuri Agong be-rasa sukacita diberi ruang ber-

temu rakyat Malaysia di sana kerana ia peluang penting bagi me- ngetahui kebajikan dan perkem-bangan rakyat, walau di mana mer-eka berada.

Titah Sultan Abdullah, kedua-dua negara mempunyai hubu- ngan yang sangat akrab dan istime-wa, didukung dengan ikatan erat dalam pelbagai aspek termasuk se-

jarah, agama, budaya, bangsa ser-ta bahasa.

Sementara itu, Ismail dalam sembah ucapannya berkata, ter-dapat 25,000 rakyat Malaysia bermastautin di negara itu, de-ngan 10,000 daripadanya golo- ngan profesional antaranya dalam bidang kejuruteraan, kedoktoran serta ahli perniagaan. – BERNAMA

PAKATAN tidak seperti BN

di sini, pada 18 Ogos lalu.Perdana Menteri diminta me-

ngulas berhubung kenyataan pe-mimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, bahawa terdapat usaha pihak ter-tentu untuk menjejaskan Pakatan Harapan (PAKATAN ). Beliau berkata mereka tidak menghargai perkara yang baik yang diterima daripada kepimpinan PAKATAN .

“Mereka mengatakan tidak ada perbezaan (antara PAKATAN dan BN)…mereka hanya melihat perka-ra buruk kerana mahu menjatuh-kan kerajaan,” katanya.

Sementara itu dalam ucapan-nya, Dr Mahathir menggesa ge- nerasi muda di negara ini memaha-mi kepentingan perangkaan dalam menyampaikan pengetahuan.

Beliau berkata, perkataan pe-rangkaan mungkin tidak rele-van kepada sesetengah orang tetapi kebenarannya ialah pe-rangkaan memainkan peranan penting dalam kehidupan ha-

rian rakyat.“Perangkaan menghubungkan

kita dengan apa yang sedang ber-laku di sekeliling kita dan memban-tu membuat keputusan yang baik serta membawa kehidupan yang lebih baik.

“Untuk menjayakan Malaysia sebagai peneraju dalam ekonomi digital, negara memerlukan minda golongan muda untuk berhubung dengan orang ramai, perniagaan, peranti, data dan proses,” kata be-liau.

Dr Mahathir berkata, perang-kaan berkenaan penduduk dan demografi, pendidikan, kesiha-tan, keselamatan awam, komuni-kasi dan rekreasi digunakan untuk memantau kualiti hidup serta ke-sejahteraan negara.

“Perangkaan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar), kadar in-flasi, kemiskinan, ketidaksamaan pendapatan dan pendapatan kasar negara perkapita diguna- kan untuk mengukur prestasi eko-nomi serta kekayaan negara.

“Perangkaan ini penting un-tuk melaksanakan pendekatan kemakmuran bersama bagi me-mastikan jurang pendapatan dan kekayaan rakyat dipantau, mewu-judkan ekonomi yang lebih ber-struktur, progresif, berasaskan pengetahuan selain nilai tinggi serta memastikan Malaysia men-jadi paksi ekonomi, di Asia,” ka- tanya. – BERNAMA

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mus-tafa Billah Shah berkenan menerima anugerah Darjah Kerabat Mahkota Brunei yang dikurniakan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada Istiadat Sambutan Negara, di Istana Nu-rul Iman, pada 19 Ogos lalu. - Foto BERNAMA

Operasi Utusan kekal, harga naik 50 senKUALA LUMPUR - Kakitangan Utu-san Melayu (Malaysia) Berhad boleh menarik nafas lega, apabila pihak pengurusan syarikat penerbitan itu mengesahkan operasi syarikat tidak akan ditutup.

Pengerusi Eksekutif syarikat itu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir ber-kata, dakwaan penutupan syarikat yang mengeluarkan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo itu adalah tidak benar, walaupun mengakui keadaan kewa-ngan syarikat berusia 80 ta-hun itu adalah ‘tenat’.

“Kita tidak ada pilihan, kerana pilihan mudah ialah tutup, tetapi Utusan Malaysia sudah 80 tahun, Utusan yang cetuskan pelbagai ke-jayaan dalam negara kita. Kita (Utu-san) menentang Malayan Union, Utusanlah pencetus kemerdekaan, kerana Utusanlah Bahasa Malaysia jadi bahasa utama.

“Kalau ikut operasi sepatutnya 10 tahun dahulu Utusan sudah tiada. Kalau mahu persoal tentang rugi, Utusan mengalami kerugian sejak 2010 lagi, cuma ketika itu masih ada subsidi daripada kerajaan,” katanya pada sidang media selepas sesi takli-mat khas bersama kakitangan, di Ibu Pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, pada 20 Ogos lalu.

Abdul Aziz turut memaklumkan, pihaknya membayar gaji tertung-gak pekerja dan bekas pekerja yang mengambil Skim Pemisahan Su-

karela (VSS) sebanyak RM2,000.Namun beliau berkata, tiada

tarikh tetap berhubung penyelesai- an tunggakan gaji dan bayaran VSS tersebut.

Dalam pada itu, Abdul Aziz ber-kata, bagi membantu memulihkan keadaan kewangan syarikat itu pi-haknya terpaksa menaikkan harga jualan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo sebanyak 50 sen senaskah, bermula 23 Ogos lalu.

Harga akhbar Utusan Malaysia ketika ini adalah RM1.50, manaka-la Kosmo pula RM1 dan Abdul Aziz turut menyeru orang ramai yang mengambil berat mengenai nasib yang menimpa syarikat itu, agar membantu dengan membeli akh-bar yang diterbitkan, dan menga-lu-alukan lebih banyak pelabur ke syarikat tersebut.

“Saya merayu kepada semua rakyat Malaysia, kerana Bahasa Me-layu adalah bahasa kebangsaan, jika mahu bantu Utusan belilah akh-bar kami, iklan dan langgan e-Pa-per Utusan. Kita akan cuba sebaik mungkin untuk sediakan berita yang relevan kerana itu tugas kita,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, parti politik UMNO tidak terlibat secara terus dalam operasi syarikat itu, dan fokus utama Utusan adalah wadah rakyat dan bukan lidah UMNO. – BERNAMA

Page 10: MUKA 5 Mekanisme isytihar harta wakil rakyat · berucap pada Majlis Makan Malam Rasmi Sempena Majlis Pentaulia-han Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Kali ke-10 di Uni -

10Global

SelangorKini 22 - 28 Ogos 2019

SINGAPURA - Singapura akan melanjutkan umur persaraan un-tuk perkhidmatan awam repub-lik itu kepada 65 tahun pada 2021 berbanding 62 tahun sekarang.

Perkara itu diumumkan Per-dana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, pada Rapat Hari Kebang-saan 2019 yang berlintas langsung di ITE College Central, di sini, pada 18 Ogos lalu.

Umur untuk pengambilan semula bekerja juga dilanjutkan kepada 70 tahun daripada 67 ta-

SYNDEY - Malindo Air sudah me-lengkapkan laluan di Australia dengan pelancaran laluan Kuala Lumpur-Denpasar (Bali)-Sydney.

Sydney adalah destinasi ban-dar utama Australia kelima syari-kat penerbangan itu selepas

Singapura lanjut usia bersara kepada 65 tahun

Malindo lancar laluan KL - Bali - Sydney

Perth, Brisbane, Melbourne dan Adelaide.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, syarikat penerbangan itu berse-dia untuk meningkatkan pener-bangannya ke Sydney daripada

luar penerbangan pertama Kuala Lumpur-Denpasar (Bali)-Sydney, pada 15 Ogos lalu.

Chandran berkata, trafik pe-numpang udara Malindo dijang-ka meningkat dengan tambahan terkini kepada rangkaian pener-bangannya.

“Malindo pada masa ini melaku-kan penerbangan ke 17 negara di rantau Asia Selatan dan Asia Pa-sifik. Dengan laluan tambahan itu, kami menjangka menyaksi-kan pertumbuhan dalam trafik penumpang,” katanya sambil me-nambah syarikat penerbangan itu menjangka dapat menarik 100,000

penumpang setahun untuk pener-bangan Sydney.

Berhubung masa depan, syari-kat penerbangan itu menyasar-kan untuk membawa tujuh juta penumpang pada tahun ini dan merancang untuk melancarkan penerbangannya ke Da Nang, Vietnam pada Oktober ini untuk menampung permintaan teruta-ma pada musim cuti pada suku akhir 2019. Sehingga Mac 2019, Malindo mempunyai 41 pesawat dan merancang untuk membeli beberapa lagi pesawat 737-800 pada separuh kedua tahun ini.– BERNAMA

Perubahan itu akan membantu pekerja lebih tua untuk terus bekerja dalam tempoh lebih lama dan menjadi lebih berdikari daripada segi kewangan.LEE HSIEN LOONGPerdana Menteri Singapura

segi kewangan.Melanjutkan had

umur persaraan dan had umur bekerja semula adalah anta-ra empat cadangan yang dikemukakan

Kumpulan Kerja Tiga Pihak berhubung Pe-

kerja Lebih Tua yang di-tubuhkan oleh Kementerian

Tenaga Manusia, tahun lalu. Kum-pulan kerja itu terdiri daripada wakil daripada kerajaan, kesatu-

an buruh dan sektor swasta.“Saya fikir ini adalah cadangan

yang munasabah. Kerajaan mene-rima cadangan itu sepenuhnya,” katanya.

Dua lagi cadangan adalah un-tuk menambah caruman Kum-pulan Wang Simpanan Pusat bagi pekerja yang lebih tua dan untuk mencapai semua ini secara berpe-ringkat, sekitar 2030.

Had umur persaraan di Singa-pura kali terakhir dilanjutkan ialah 20 tahun lalu. – BERNAMA

Kempen anti-minyak sawit

Malaysia, Indonesia mahu heret EU ke mahkamah

SHAH ALAM - Malaysia dan Indonesia merancang membawa isu anti-minyak sawit yang diluluskan di Parlimen Eropah ke Mah-kamah Keadilan Antarabangsa.

Dua negara pengeluar utamanya sebe-lum ini, pernah menyuarakan hasrat untuk membuat aduan kepada Pertubuhan Da-gangan Dunia, lapor Nikkei Asian Review.

Dalam wawancara dengan portal nia-ga terkenal itu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dua negara berkenaan kecewa dengan kempen nega-tif terhadap komoditi itu.

“Kami sangat kecewa dan merasakan ba-hawa [kempen anti-minyak sawit] ini tidak sangat bergantung pada soal kesihatan, tetapi lebih kepada persaingan dalam per-niagaan minyak masak,” katanya.

“[Isu] ini adalah mengenai perdaga- ngan dunia, dan kita perlu meneliti amalan dagangan terlebih dahulu. Jika ia melang-gar undang-undang antarabangsa, tentu saja, kita akan bawa ke mahkamah anta-rabangsa.”

Beliau menjelaskan dalam pertemuannya dengan Presiden Indonesia Joko Widodo, kedua-dua negara bersetuju meningkatkan kerjasama bagi berdepan publisiti negatif terhadap minyak sawit.

Perdana Menteri juga berkata, ter-

dapat sedikit peningkatan sentimen posi-tif di Eropah terhadap minyak itu susulan promosi yang dilaksanakan oleh agensi Malaysia.

“Terdapat beberapa tindak balas ter- hadap kempen kami. Sekiranya ia men-jadi kenyataan dan meningkatkan keseda-ran tentang keperluan orang Eropah tidak memulaukan minyak sawit, idea boikot itu tidak akan dilaksanakan,” katanya.

Menggunakan 7.5 juta tan setahun, Ero- pah adalah pembeli kedua terbesar komo-diti itu selepas India. Kesatuan itu menggu-nakan 10 hingga 15 peratus minyak sawit dunia.

Malaysia hanya mencapai sasaran 42 pera- tus daripada program pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Dr Mahathir berkata, sukar memenuhi sa-saran pensijilan penuh menjelang akhir 2019.

MSPO mengamalkan perbincangan Meja Bulat Mengenai Minyak Sawit Lestari yang diiktiraf secara meluas di Eropah dan negara lain, di Barat.

“MSPO ini berkaitan pematuhan ama-lan terbaik berhubung penjagaan alam sekitar dan pengekalan hutan. Apabila kita melakukan ini, kita berniat untuk tidak me-musnahkan hutan dan mengganggu habi-tat,” katanya.

sekali sehari kepada dua pe-nerbangan sehari pada musim puncak untuk menampung per-mintaan yang meningkat dari-pada penumpang.

“Jika anda tidak ke Sydney, anda terlepas kawasan penting di Aus-tralia. Contohnya, Perth mempu-nyai jumlah penduduk seramai dua juta, manakala Sydney mem-punyai enam juta penduduk.

“Ini pencapaian yang baik bagi Malindo dan saya percaya Sydney adalah lokasi akhir dalam laluan syarikat penerbangan itu bagi bandar metro, di Australia,” kata-nya kepada pemberita Malaysia di

Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) bersama Joko Widodo ketika sambutan rasmi di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra sempena lawatan rasmi Presiden In-donesia itu ke Malaysia, pada 9 Ogos 2019. – Foto BERNAMA

hun, katanya.“Sebagai majikan

utama, kera-jaan akan menjadi contoh bagi pegawai awam,” ka-tanya yang meng-galakkan syarikat swasta juga melaku-kan perkara sama.

Beliau berkata, peruba-han itu akan membantu peker-ja lebih tua untuk terus bekerja dalam tempoh lebih lama dan menjadi lebih berdikari daripada

Page 11: MUKA 5 Mekanisme isytihar harta wakil rakyat · berucap pada Majlis Makan Malam Rasmi Sempena Majlis Pentaulia-han Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Kali ke-10 di Uni -

InformasiTerkinidi jari anda

Peruntukan besar dengan tanggungjawab besar

aya rasa bersyukur dapat ber- sama-sama ketua jabatan ser-ta kakitangan Kerajaan Negeri. Peluang ini jangan disia-siakan

supaya dasar dan polisi Kerajaan Negeri dapat diterangkan dengan jelas.

Semoga dengan sesi kali ini, setiap dari kita yang bernaung di bawah payung Tu-anku Sultan mendapat pencerahan berke-naan hala tuju ekonomi Selangor Darul Ehsan.

Penting untuk dirakam di sini, betapa tingginya penghargaan pentadbiran ini ke-pada penjawat awam. Sejumlah RM33.2 juta diperuntukkan khusus buat anda semua.

Ini menandakan tekad kerajaan dalam memelihara dan menyokong tulang be-lakang pentadbiran ini.

Sudah tentulah, dengan jumlah yang be-gitu besar, terdapat beberapa ‘expectation’ atau harapan yang tidak kurang tingginya kepada penjawat awam.

“With great allocation, comes great re-sponsibility” jika boleh saya sadur daripada cogan kata Spiderman.

Selangor berada di landasan yang betul. Polisi pro rakyat kita sangat terkesan kepa-da penduduk di negeri bertuah ini, sehing-ga ia menjadi acuan kepada negeri lain, di Malaysia.

Kita tidak boleh berpuas hati dengan kea- daan status quo sekarang. Selangor per-lu berubah. Ia perlu menjadi pencetus ke-ajaiban ekonomi dan berada di baris paling hadapan dalam barisan kemakmuran ASE-AN.

Sebagai pemimpin, menjadi tanggung-jawab saya untuk membuat tindakan yang betul bagi kebajikan dan maslahat jumlah

terbesar kalangan rakyat. Walaupun lang-kah yang dilakukan dijangka tidak popu-lar, tetapi bagi memastikan kelangsungan pentadbiran ini, kita bertekad meneruskan polisi yang betul dalam menjamin masa de-pan anak cucu kita nanti.

Kerajaan Negeri merintis pentadbiran peduli rakyat. Rizab meningkat ke RM2.3 bilion. Jumlah sebesar RM32.5 juta dimaan-faatkan setakat 2018 untuk skim kesihatan awam.

Banyak lagi petikan angka boleh saya se-butkan. Yang saya ingin tekankan adalah ini: “Kita hanya dianggap berjaya jika kita berjaya membuktikan betapa pengurusan kewangan yang bertanggungjawab mem-bolehkan kita betul-betul membantu orang yang susah, dan yang mengupayakan me-reka yang lain dengan pemberian peluang yang lebih baik”.

Oleh sebab itu, Kerajaan Negeri ber-cadang melaksanakan dasar pembangu-nan negeri yang lebih bertanggungjawab dan lestari bagi menghadapi cabaran men-datang. Antara strategi utama dalam dasar ini seperti yang terkandung dalam doku-men Belanjawan Selangor 2019 ialah klus-terisasi ekonomi.

Izinkan saya memberi sebuah analogi dalam menjelaskan konsep ini: sekiranya tuan-tuan boleh tinggalkan semua tugas hakiki tuan-tuan dan fokus hanya kepada satu perkara, katakan contohnya menulis kaligrafi. Dari siang ke malam, dari pagi ke petang ”setiap hari tanpa gagal anda hanya mempersiapkan alat tulis bagi tujuan ini, ti-dakkah tuan-tuan akan berkemahiran serta mutu kaligrafinya mantap?”

Mungkin pada awalnya sukar, tetapi se-

tiap usaha, setiap percubaan, juga setiap kegagalan yang tuan-tuan hadapi menjadi-kan tuan-tuan lebih dekat dengan impian akhir atau ‘endgame’ untuk menjadi pakar kaligrafi Cina.

Begitu juga dengan klusterisasi yang di-zonkan Kerajaan Negeri. Mengambil kira “bakat semula jadi” yang terpendam dalam sesebuah gugusan yang ada, apa yang di-uruskan oleh Kerajaan Negeri hanyalah menjadi pemudahcara dalam menggalak serta menyediakan prasarana yang sesuai untuk ekosistem ekonomi berkaitan.

Faedahnya nanti adalah setiap gugu-san yang sedia ada sudah mencapai ke-makmuran ekonominya, bakal bertambah ‘economic volume’ secara berganda. Pelu-ang pekerjaan meningkat, perbelanjaan do-mestik menjadi meriah dan ‘the rest, they say, will be history’.

Jika kita berjaya, Malaysia juga berjaya. Sekiranya kita gagal, ia hanyalah satu lagi pelajaran berharga buat kita semua. Kita harus mendakap pendekatan “ berani ga-gal” ini, walaupun pelik didengar.

Ia lebih mudah difahami, berbanding ge-saan radikal CEO Uniqlo, Tadashi Yanai, yang terkenal dengan mantra beliau “Change or Die ”.

Pokoknya, kita perlukan perubahan pa-radigma untuk kekal relevan. Yang disebut ‘connectivity’ pada waktu ini contohnya, isu-nya bukan lagi infrastruktur fizikal semata-mata tetapi kelajuan internet 5G.

Perlu diinsafi bagaimana Nokia ditinggal-kan jauh ke belakang Apple atau Friendster dilupakan dengan Facebook. Kalau kita tak bersedia untuk berinovasi, kita akan gagal mendapat pembangunan yang lebih maju

daripada apa yang kita nikmati sekarang.Bersempena sambutan Kemerdekaan

Negara kali ke-62, saya ingin tarik perha-tian kita kepada erti pengorbanan dalam kerukunan hidup bernegara. Marilah kita re-nung sejenak semangat pengorbanan oleh pejuang kemerdekaan.

Semangat perjuangan itulah yang membolehkan kita menikmati keadaan yang aman dan selesa sekarang. Tanpa pe-ngorbanan, tiada kemerdekaan. Tanpa ke-merdekaan, kemajuan tidak bermakna dan hidup menjadi tidak bererti.

Dengan itu, saya ingin menggesa tuan-tuan dan puan-puan untuk bersemangat cintakan negara kita. Marilah kita zahirkan patriotisme kita dalam bulan kemerdekaan ini. Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah, pejabat, kenderaan serta mana-mana sahaja bagi memeriahkan sambutan kemerdekaan kita.

Sebelum berundur diri, kita akui kelema-han yang ada yakni dasar yang kita bawa ti-dak begitu jelas di dalam benak fikiran anda semua, tulang belakang pentadbiran ini. Sekarang, kita semua secara kolektif harus mengambil tanggungjawab untuk sedaya-upaya memahami dasar serta polisi eko-nomi Kerajaan Negeri dan menjelaskannya ke bawah.

Akhirul kalam, saya mengajak tuan-puan dan diri saya sendiri supaya terus berusaha sebaik mungkin untuk berkhidmat kepada rakyat. Semoga usaha kita diberkati Yang Maha Kuasa.

Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor, pada 19 Ogos 2019

S

DARI KACA MATA MB11SelangorKini 22 - 28 Ogos 2019

‘Berani gagal’

Page 12: MUKA 5 Mekanisme isytihar harta wakil rakyat · berucap pada Majlis Makan Malam Rasmi Sempena Majlis Pentaulia-han Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Kali ke-10 di Uni -

Album Klik!13SelangorKini 22 - 28 Ogos 201912 SelangorKini 22 - 28 Ogos 2019

KIRIPenduduk Indian Settlement Pandan Jaya mencuba alat pemadam api ketika program bersama bomba I FIKRI YUSOF

KANANJurusolek profesional membuat demonstrasi pada Majlis Pelancaran Kiosk Kosmetik Note, di Setia City Mall, Setia Alam I HAFIZ OTHMAN

KIRIAksi Tornado FC menentang Ikmal FC pada Kejohanan Futsal Pejabat Daerah Klang, di Sportizza Klang I FIKRI YUSOF

KANANAnggota Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Klang memeriksa ke kilang ketika Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Kilang Plastik, di Telok Gong I HAFIZ OTHMAN

KIRIAtlet cilik Persatuan Sukan Layar Selangor bersiap sedia menjalani latihan di Pantai Batu Laut, Tanjong Sepat l ASRI SAPFIE

KANANPeserta membawa Jalur Gemilang ketika Selangor Corporate Color Run 2019, di Stadium Shah Alam I REMY ARIFIN

KIRIPasukan Royal Town Warriors menentang KL Tigers dalam final Liga Kesatuan Ragbi Selangor 2019 (KRS), di Politeknik Shah Alam l ASRI SAPFIE

KANANMajlis Perbarisan Tamat Latihan Kor Siswa Siswi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia (UPM) I REMY ARIFIN

Menyerahkan sumbangan katil hospital kepada seorang penduduk Sungai Air Tawar

ADN SUNGAI AIR TAWARRizam Ismail

Lawatan susulan gelanggang takraw dan pencak Silat Gayong, di Kampung Sungai Tangkas

ADN SUNGAI RAMALMazwan Johar

Menziarahi penduduk yang uzur di Ligamas, Bandar UtamaADN BATANG KALI

Meninjau kerja baik pulih jambatan dan pembaikan tebing, di Desa MahkotaADN SEMENYIH

Zakaria Hanafi

Merasmikan Program Kem Solat Cuti Sekolah, di Surau Hidayah Taman Desa RayaADN DUSUN TUA

Edry Faizal

Melancarkan bilik pengurusan jenazah Jannatul Firdaus, di Kampung Teluk Gadung Kecil, Klang

ADN PELABUHAN KLANGAzmizam Zaman Huri

Harumaini Omar

Page 13: MUKA 5 Mekanisme isytihar harta wakil rakyat · berucap pada Majlis Makan Malam Rasmi Sempena Majlis Pentaulia-han Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Kali ke-10 di Uni -

14ADN

SelangorKini 22 - 28 Ogos 2019

YB KitaAhli Dewan Negeri N10 Bukit MelawatinNama:

Juwairiya Zulkifli

nNegeri kelahiran: Selangor

nTarikh Lahir: 6 Julai 1985

nPendidikan: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat nBilangan keluarga: Anak kedua daripada enam adik beradik

nFalsafah hidup: “Always believe in yourself and challenge yourself”

nPekerjaan sebelum menjadi ADN: Pegawai Dasar Exco Hal Ehwal Wanita dan Keluarga

nAlamat pejabat ADN: Pusat Khidmat DUN Bukit Melawati

No. 2-1, Jalan Bendahara 1/2A, Taman Bendahara, 45000 Kuala Selangor, Selangor.

nNombor Telefon ADN: 03-3281 4233

nE-mel: [email protected]

nFacebook: facebook.com/Juwairiya.Zulkifli

nTwitter: @juezulkifli

OLEH SHEEDA FATHIL

SUBANG JAYA - Kegembiraan jelas terpancar pada wajah kanak-kanak Rumah KIDS USJ1 apabila dapat melihat dan merasai pe-ngalaman kerja sebagai anggota bomba.

Ahli Dewan Negeri Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze ber-kata, tujuan pihaknya mengan-jurkan aktiviti itu adalah untuk memberi pendedahan berke-naan tugas anggota bomba yang bukan hanya memadamkan ke-

PETALING JAYA - Sebuah projek perintis yang me-nempatkan pekerja pembersihan dari jam 8 pagi hingga 8 malam kini bermula di Pusat Komersial Seksyen 14, di sini. Ahli Dewan Negeri Bukit Gasing, R Rajiv berkata, lokasi itu dipilih kerana ia antara ka-wasan sibuk selain dilaporkan menerima jumlah sam-

Lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya

Michelle santuni penghuni Rumah KIDS USJ1

bakaran.Katanya, beliau optimis kanak-

kanak terbabit dapat menjadikan tugas sebagai bomba inspirasi buat mereka, sekali gus menanam cita-cita untuk menjadi anggota bomba menerusi aktiviti itu.

“Saya dan beberapa pelajar lati-han industri di Pejabat Pusat Khid- mat Masyarakat Subang Jaya menganjurkan aktiviti ini untuk memberi pengalaman kepada kanak-kanak berkenaan.

“Saya difahamkan mereka juga antara golongan yang pernah me-

lalui sejarah hitam sebelum ini se- perti didera dan diabaikan. Semo-ga menerusi aktiviti ini akan mem-beri semangat untuk mereka meneruskan kehidupan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas selesai la-watan kanak-kanak Rumah KIDS USJ1 ke Balai Bomba & Penyelamat Subang Jaya, SS17, di sini, pada 14 Ogos lalu.

Dalam program itu, seramai 15 kanak-kanak Rumah KIDS USJ menyertai lawatan ke balai bom-ba terbabit.

Kanak-kanak KIDS didedahkan dengan kaedah penggunaan alat pemadaman oleh anggota bomba ketika lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya bersama ADN Subang Jaya, Michelle Ng, pada 14 Ogos lalu

Timbalan Penguasa Bomba Negeri Selangor, Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman, menunjukkan kelengkapan bomba kepada ADN Subang Jaya, Michelle Ng bersama salah seorang kanak-kanak KIDS di Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, pada 14 Ogos lalu

Pekerja pembersihan bertugas 12 jampah paling banyak terutama pada waktu puncak.

Beliau berkata, sebelum ini kontraktor pembersi-han hanya menjalankan kerja sebelum kedai bero-perasi tetapi dengan adanya projek perintis itu ia membolehkan pekerja berada di lokasi yang sama sehingga jam 8 malam.

“Kita perhatikan, walaupun tong sampah diletakkan secara strategik di beberapa lokasi, namun ia tetap ti-dak menyelesaikan masalah sampah yang dilihat semakin banyak.

“Pekerja pembersihan diletakkan selama 12 jam di lokasi berkenaan bagi memastikan kawasan ini sentiasa kekal bersih,” katanya.

Rajiv berkata, projek perintis itu menelan belanja sebanyak RM10,000 sebulan.

“Saya berharap supaya projek ini akan mendapat reaksi positif daripa-da orang ramai dan akan diteruskan ke lokasi lain, di bandar ini,” katanya.

3 col x 7 cm

PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD (1082296-U)

KENYATAAN TENDER

Bil. NO. TENDER KETERANGAN

1. PN0000000120 RELOCATION, REINSTALLATIONAND CONFIGURATION OF ITDEPARTMENT’S DISASTERRECOVERY SYSTEM

Untuk butiran lanjut mengenai tender di atas, sila layari laman web kami di https://www.syabas.com.my/business/current-tender#1 atau menyertai saluran Telegram kami di https://t.me/tenderairselangor untuk mendapatkan pemberitahuan tentang kemas kini tender kami. Kontraktor/Pembekal yang ingin menyertai tender di atas adalah diwajibkan untuk berdaftar dengan Air Selangor. Untuk mendaftar, silake pautan berikut: https://www.syabas.com.my/business/supplier danikuti panduan yang dipaparkan di laman tersebut. Pendaftaran adalahpercuma.

N10 BUKIT

MELAWATI

Page 14: MUKA 5 Mekanisme isytihar harta wakil rakyat · berucap pada Majlis Makan Malam Rasmi Sempena Majlis Pentaulia-han Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Kali ke-10 di Uni -

15SelangorKini 22 - 28 Ogos 2019

Gaya HidupInformasiTerkinidi jari anda

Sisi kreatif di sebalik dunia glamor

Artis dan lukisan

B agi peminat majalah hiburan terkenal era 1980-an, URTV, tentu masih ingat dengan siri kartun ‘Teringat-Ingat’ karya penghibur nombor satu Asia,

Allahyarham Datuk Sudirman Arshad. Kartun yang menampilkan bakat melukis

dan humor ‘Singing Lawyer’ itu memapar-kan kehidupan beliau ketika kecil dan ke-mudiannya sebagai anak seni dalam bentuk sketsa mencuit hati.

Selain melukis kartun, Sudirman juga dikenali sebagai artis yang mampu meng-hasilkan lukisan pemandangan dan potret dengan baik. Malah, pada satu persemba-han, Sudirman pernah mengalunkan lagu sambil menyiapkan sebuah potret seorang penonton yang diundang naik ke pentas.

Lebih mengagumkan apabila Sudirman mampu menyiapkan potret itu sebaik sa-haja lagu itu habis dinyanyikan.

Begitu juga dengan penyanyi, pelakon, pengarah dan komposer terkenal Datuk M Nasir yang diketahui juga sebagai seorang pelukis.

Selain Sudirman dan M Nasir, ramai yang tidak tahu bahawa ramai lagi artis kita se-benarnya memiliki bakat melukis termasuk mereka yang tidak disangka-sangka.

Dalam ruangan Gaya Hidup kali ini, Se-langorKini menampilkan beberapa artis popular yang bukan sahaja memiliki bakat sebagai penghibur, malahan sebagai pelu-kis dan menjadikan bakat dianugerahkan itu sebagai salah satu sumber pendapatan.

Joey DaudPenyanyi, pelakon dan pelawak, Joey Daud atau nama sebenarnya Zulkifli Daud misal-nya, jika dilihat karyanya, tiada siapa sangka ia adalah hasil karya seni beliau.

Mengimbas kembali detik pembabitan awal dalam dunia seni lukisan, Joey ber-kata, pada mulanya beliau hanya melukis sekadar untuk suka-suka bertujuan me- nenangkan fikiran.

“Pada asalnya, saya hanya melukis suka-suka untuk menenangkan hati sahaja tetapi kawan baik saya, Bell Ngasri, adalah individu yang bertanggungjawab membawa saya ke dalam dunia seni lukisan lebih mendalam.

“Pada satu hari isteri saya masuk hospital yang menyebabkan saya dan isteri saya sa-ma-sama terpaksa menolak semua tawaran berlakon dan menyanyi.

“Ketika menunggu isteri selesai pengam-baran, saya menghabiskan masa dengan saja-saja melakar lukisan untuk meng-hilangkan bosan tetapi Bell berminat un-tuk menempah selepas melihatnya. Saya setuju ambil tempahan dia selepas dipujuk.

Joey berkata, tanpa disangka Bell menunjukkan lukisan itu kepada rakan ar-tis lain dan mengambil beberapa tempahan lukisan untuknya.

Selepas itu, beliau mula menerima lebih banyak tempahan lukisan daripada rakan penggiat industri seni tanah air sehingga menimbulkan kebimbangan dalam diri-nya disebabkan musuh utama adalah ke- kangan masa.

Paling membanggakan beliau, apabila kali pertama karyanya turut dipamerkan pada Pameran Artis@Pelukis yang diada-kan di Galeri Shah Alam, bermula 15 Julai hingga 23 Ogos ini.

“Timbul persoalan, kenapa aku, aku ini siapa nak duduk sebaris dengan orang-orang hebat ini tetapi saya anggap ini adalah peluang dan ruang untuk saya menunjukkan bakat kecil saya ini,” kata-

OLEH NAZLI IBRAHIM

nya merendah diri. Bagaimanapun, karya dihasilkan Joey juga bukan biasa-biasa. Jika tidak, masakan ada antara karyanya diletak-kan tanda mencecah RM25,000 oleh penilai Galeri Shah Alam.

Antara karya Joey yang terdapat di pa-meran terbabit adalah Amy siri I dan Amy siri II dengan setiap satu bernilai (RM16,000) yang menceritakan perjalanan seni penyanyi rock paling diminatinya iaitu Amy Search.

Karya beliau yang lain turut dipamer-kan adalah Si Merah (RM25,000), Si Perang (RM3,000) dan Chinta Hati (RM8,000).

Ebby YusSeorang lagi pelakon dan pelawak, Ebby Yus, atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, berkata sebelum ini beliau hanya melukis untuk mencari kepua-san sendiri.

Ebby Yus berkata, beliau semakin aktif melukis ketika terlantar sakit akibat kom-plikasi jantung dan buah pinggang, sela-ma setahun.

“Sebenarnya, sebelum ini saya banyak melukis hanya untuk kepuasan sendiri sa-haja bukan untuk dijual atau dipamerkan.

“Ketika saya jatuh sakit selama setahun, saya menghasilkan lebih banyak lukisan ke-rana tidak berbuat apa-apa dan bila fokus pada lukisan menyebabkan lupa akan rasa sakit,” katanya.

Apabila ditanya tentang hasil karyanya bertajuk ‘Hidup’ yang dipamerkan pada Pa-meran Artis@Pelukis, Ebby turut berkongsi perasaan sama dengan Joey.

“Sebenarnya satu mimpi bagi saya, tidak pernah terfikir lukisan saya boleh dipamer-kan di sebuah galeri seperti ini untuk diton-ton orang ramai dan menyebabkan satu perasaan bercampur baur kerana lukisan itu diletakkan bersama artis yang lukisan

mereka sudah terkenal.“Bila saya masuk ke ruang pameran ini,

saya bertanya pada diri, betulkah itu lukisan aku yang dipamerkan bersama karya he-bat pelukis lain dan saya rasa amat kecil,” katanya.

Beliau menganggap bakat yang dikurnia-kan sebagai satu bonus buat dirinya.

Karya Ebby Yus dengan tiga episod ber-harga RM12,000 itu adalah coretan yang dilakar di atas layar kanvas dengan meng-gunakan pen menggambarkan realiti ke-hidupan sebenar seorang insan seni yang sentiasa dikelilingi pelbagai cabaran.

Zul Handy BlackBerbeza pula dengan bekas vokalis kum-pulan Handy Black dan pelakon, Zul Handy Black, atau nama sebenarnya Nur-zul Suphia’an Sa’ban, beliau terlebih dahulu menjadi pelukis jalanan di Seremban sebe-lum bergelar artis rakaman.

Ketika itu, lukisan beliau semakin dike-nali oleh peminat lukisan sehingga sang-gup membayar RM12,000 untuk membeli hasil karyanya.

Beliau menyifatkan Pameran Artis@Pe-lukis mampu membuka mata masyarakat

bahawa penggiat seni di Malaysia memiliki pelbagai bakat seni selain penyanyi, pela-kon, pelawak, pemuzik dan penggubah lagu.

“Nak ikutkan tak ramai artis luar negara yang hebat dalam lukisan seperti negara kita kerana kebanyakan mereka yang me-nyanyi hanya hebat menyanyi sahaja begitu juga pelakon tetapi di Malaysia kebanyakan artis ada bakat lain seperti melukis,” katanya.

Terdapat lima karya beliau iaitu tiga potret dan dua lagi menggunakan media akrilik di atas kanvas iaitu ‘Somewhere In Time’ dan ‘Nak Mandi’ dipamerkan pada pa-meran ini.

Selebriti lain yang terbabit dalam Pa-meran Artis@Pelukis adalah Imuda, Dinie Juri, Wan Raja, Datuk Khai, Sani Sudin, Rose Ismail, Sabri Yunus, Umarul Iklim, S Amin Shahab, Yaya Maembong, Usop Koprata-sa, Fathullah Luqman dan Adnan Othman Pop Yeh Yeh.

Pengarah Galeri Shah Shah Alam, Prof Raja Dato’ Zahabuddin Raja Yaacob menyi-fatkan, pameran itu adalah peluang terbaik kepada peminat dan pengumpul koleksi lukisan memiliki hasil karya selebriti terke-nal negara.

Page 15: MUKA 5 Mekanisme isytihar harta wakil rakyat · berucap pada Majlis Makan Malam Rasmi Sempena Majlis Pentaulia-han Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Kali ke-10 di Uni -

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 22 - 28 Ogos 2019

Nelayan

Langit dilampui mataharidan tanah berunggun apiada yang masih basah; kantungkukerana ia samudera

Ringgit berseraktak semua terjaringseperti perawan; malu disuntingyang terpukatbukan seluruhnya memikat.

Senyum anak-anak menjelmadalam kocakan air masinombak berkeritingsebagai renda kerudung isteriribut saling bertengkarmenjerat aku dalam sabardebur-deburan menjadi senandungmendodoi gusar.

Pulang aku ke daratuntuk mengeringkan sakudan ia akan basah lagi.

Siti AlimahTawau

OLEH HANIFF YUSOFF

I

APA khabar malammu di sana? Per-nah, sungguh-sungguh kami per-caya malam di kota kamilah yang paling sentosa. Oh, tenangnya sua-

sana, tidak terungkap dengan puitis kata-kata. Asalnya sama sahaja seperti malam-malam di kota-kota yang lain. Ada rembulan dan bebin-tang bersuluh cerlang, ada reriang memecah kesunyian malam. Cuma di kota kami ada Sang Penyair. Ya, Sang penyair. Di setiap penjuru, bahasanya mengitar enak, lembut dan mem-bahagiakan.

Suatu malam, antara ketenangan kami men-dengar sahabat-sahabat kami berdendang puisi dan angin yang berhembus perlahan, tiba-tiba keriuhan di suatu sudut mengalih pandangan kami. Antara celahan pengunjung, kami menyisip, lalu menghampiri. “Dia men-gaku dirinya Sang Penyair!” Seorang melaung suara cuba menjernih keadaan. Entah menga-pa dia membuat pengakuan di sebuah majlis penghargaan.

Kami menjadi keliru seketika. Berada di an-tara dua titik, antara percaya ataupun tidak. Kami tidak mahu terlalu cepat menghukum, apatah lagi kami masih di dalam kesedihan. Kami memberinya peluang untuk menjelas-kan. Mungkin ada huraiannya yang dapat diterima dek logik akal, mahupun dapat diteri-ma melalui pandangan kemanusiaan. Kami cuba berlapang dada.

II

Sebelum kami melelapkan mata, kami yang mendiami kota ini selalunya akan mendengar dendangan puisi oleh Sang Penyair yang kami sayangi melalui pelbagai medium yang kami miliki. Jika tidak mendengar sekalipun, kami

akan membaca puisi-puisi karangan Sang Penyair melalui naskhah-naskhah puisinya. Kerana itu, kami (mungkin orang lain juga) menganggap malam-malam di kota kami paling sentosa.

Puisi-puisi Sang Penyair hidup di kota ini — di dinding-dinding bangunan sekolah, di perhentian bas, waima di dalam pasa-raya terkemuka di kota kami. Kami begitu menyanjungi Sang Penyair yang merupak-an anak kelahiran kota kami. Kami men-emukan kalimat yang sepakat iaitu Sang Penyair merupakan manusia yang berhati mulia kerana memartabat segala hal-hal berkaitan persuratan dan kesusasteraan masyarakat.

Kota kami, kota sastera yang dibangunk-an dengan inspirasi terhadap Sang Penyair yang begitu kami kagumi. Sistem pendidi-kan di kota kami mengutamakan sastera dari segenap peringkat. Buku-buku Sang Penyair dijadikan teks bacaan dan kajian utama dalam kelas dan kuliah pada per-ingkat yang lebih tinggi, malah buku-buku Sang Penyair memenuhi perpustakaan di segenap ceruk kota kami. Sarjana-sarjana di kota kami juga tidak jemu-jemu mem-bicarakan, membedah karya dan meneliti karya-karya Sang Penyair daripada pelb-agai perspektif teori kesusasteraan. Se-begitu sekali kami memuliakan sastera di kota kami setelah Sang Penyair yang lahir dari kota kami menjadi tokoh sasterawan yang disegani.

Kerana Sang Penyair, sastera men-dominasi kota kami, tidak seperti di ko-ta-kota lain yang lebih mengagungkan kecanggihan sains dan teknologi, juga memenangkan bahasa orang putih ber-banding bahasa ibunda yang diwarisi. Kami pula kembali kepada jati diri, malah sastera membawa kami lebih memahami dan menghargai masyarakat dan bangsa kami sendiri.

Dalam kemegahan memakmurkan kota kami dengan sastera, suatu malam kami dikejutkan dengan khabar berita yang ti-dak disangka-sangka. Perasaan sedih seo-lah-olah telah mengepung udara di kota kami. Suasana hiba seolah-olah menye-lubungi. Ada juga yang terasa seperti mim-pi, tidak berjejak di bumi. Pada waktu kami bersungguh memotretkan kesusasteraan di wajah kota kami, kami kehilangan Sang

Penyair yang kami sayangi. Kami maklumi, riwayatnya yang dipinjamkan kepada kami sudah sampai ke penghabisannya. Sang Penyair menemui ajal betul-betul di bang-ku meja yang dikatakan kerap mengilham-kannya menulis puisi.

Kami hadiri majlis pengebumiannya dengan tangisan yang cuba kami pendam. Sesekali terasa hangat di pipi, kami usap perlahan dengan jemari. Warga kota men-gunjungi kediaman Sang Penyair sebagai penghormatan terakhir.

“Kita harus tulus melepaskannya pergi, karya-karyanya akan tetap mewangi,” begi-tu penghulu menutur kata-kata memujuk.

Malam-malam selepas kepergiaan Sang Penyair dari dunia nyata, kami menang-gung kerinduan yang begitu sarat. Sehing-galah penghulu mencadangkan sebuah malam penghargaan, buat mengenang Sang Penyair.

III

“Ya, saya ialah Sang Penyair, dalam erti kata yang sebenarnya saya ialah roh Sang Penyair. Lihat wajah saya dengan teliti, ka-lian akan perasan akan wajah saya. Cuma kali ini, kehadiran saya sebagai roh dan wajah saya lebih pucat dan lihatlah kaki saya tidak berjejak tanah.”

Memang benar, setelah diamati den-gan dekat, wajahnya saling tidak tumpah seperti Sang Penyair. Ada tahi lalat betul-betul di atas kening sebelah kiri. Sesudah itu, meraunglah kami menyatakan kerin-duan yang tidak tertanggung selama ini.

Roh Sang Penyair menaiki pentas, merapati pembesar suara. “Hentikanlah segala tangisan kerana saya. Saya harus berterus-terang menyatakan kebenaran.”

“Katakan saja wahai roh Sang Penyair yang kami hormati. Kami sedia menadah telinga, mendengar butir bicaramu.”

“Sejujurnya, semenjak menjadi al-marhum, saya tidak temui ketenangan. Saya begitu menyedari kekhilafan saya yang kononnya menakluk jiwa kalian den-gan karangan-karangan saya.” Pertuturan roh Sang Penyair mula bernada sebak.

“Saya sebenarnya bukanlah seorang pe-nyair yang sejati. Dari lubuk hati terdalam, saya mahu memohon maaf kerana telah mengkhianati kesusasteraan dan dunia

penulisan.”Begitulah roh Sang Penyair menutur-

kan. Kami yang menganjurkan malam penghargaan memperingati Sang Penyair masih bermain teka-teki di dalam minda. Apakah yang cuba roh Sang Penyair peri-halkan kepada kami? Sesekali kami ber-pandangan sesama sendiri.

“Tulisan-tulisan saya sebenarnya bukan-lah nukilan saya yang asli. Saya menciplak hasil karangan almarhum datuk saya yang telah lama berpergian dari dunia ini ketika saya masih kecil lagi. Almarhum datuk se-lalu menulis dalam sebuah buku kecil dan masih tersimpan elok dalam laci almari pu-saka. Saya yang menemukannya menjadi terlalu asyik, lalu mengirim puisi-puisinya kepada editor-editor surat khabar dan ma-jalah dengan menulis nama saya sebagai penulisnya. Lebih mendukacitakan, saya membukukan karya-karya ini atas nama saya, Sang Penyair. Lama-lama saya men-jadi selesa dipeluk kemasyhuran duniawi.”

Kami yang mendengarnya hanya mam-pu menggeleng kepala. Perasaan ketika itu sukar diterjemahkan, apatah lagi un-tuk diungkapkan. Kami begitu maklum, plagiarisme bukanlah amalan yang perlu dibudayakan.

Tetapi, sekurang-kurangnya roh Sang Penyair telah menyatakan kebenaran. Dan kami terfikir, bukankah almarhum da-tuknya bersusur galur dari kota kami juga?

IV

Apa khabar malammu di sana? Malam di kota kami masih sentosa. Antara persim-pangan yang menemukan pelbagai per-soalan, kami masih menaruh rasa paling percaya pada jati diri, lalu kami memilih untuk terus memuliakan sastera!

Kerana Sang Penyair, sastera mendominasi kota kami, tidak seperti di kota-kota lain yang lebih mengagungkan kecanggihan sains dan teknologi, juga memenangkan bahasa orang putih berbanding bahasa ibunda yang diwarisi. Kami pula kembali kepada jati diri, malah sastera membawa kami lebih memahami dan menghargai masyarakat dan bangsa kami sendiri.

sasteraAntara persimpangan, kami pilih memuliakan

Page 16: MUKA 5 Mekanisme isytihar harta wakil rakyat · berucap pada Majlis Makan Malam Rasmi Sempena Majlis Pentaulia-han Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Kali ke-10 di Uni -

17SelangorKini 22 - 28 Ogos 2019

Page 17: MUKA 5 Mekanisme isytihar harta wakil rakyat · berucap pada Majlis Makan Malam Rasmi Sempena Majlis Pentaulia-han Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Kali ke-10 di Uni -

18Rencana

SelangorKini 22 - 28 Ogos 2019

OLEH AFIX REDZUAN

Warisan Kesulta- nan Selangor me-nyimpan 1,001 kisah menarik yang boleh dite-

rokai dalam kembara sejarah pelan-congan. Daerah Kuala Selangor antara lokasi utama sejarah pewari-san takhta Selangor menerusi adat penggantian, bermula tahun 1766.

Tourism Selangor bakal mem-perkenalkan inisiatif pakej pelan-congan yang dikenali sebagai ‘Pakej Budaya, Sejarah dan Kesultanan Di-raja Negeri Selangor’.

Inisiatif yang dijangka bermula September ini diharapkan menjadi tarikan baharu pelancong untuk datang dan menjadikan Selangor terkenal dengan produk pelan-congan berkonsepkan pelanco- ngan budaya.

Menyelusuri sejarah menerusi

Selangor Royal Trai FAM Trip sela-ma dua hari bermula 6 Ogos lalu memberikan pengalaman menarik buat peserta melihat sendiri sejarah Kesultanan Selangor.

Institusi Kesultanan Selangor

Mengikut sejarah, salasilah ke-sultanan Selangor diasaskan Raja Lumu, putera Yamtuan Muda Johor kedua, Daeng Chelak atau Daeng Pali pada kurun ke-18. Raja Lumu dikenali dengan panggilan ‘Raja Selangor’ sebelum menggunakan gelaran ‘Sultan’. Baginda diiktiraf se-bagai pemerintah Selangor, pada tahun 1743.

Selepas mendapat pengikti-rafan dari Perak menerusi Sultan Mahmud (Raja Kimas) pada 1766, Raja Lumu menggunakan gelaran Sultan Salahuddin dan mangkat pada tahun 1782.

Sistem kesultanan ini adalah Adat Temenggong yang dipilih da-ripada anak gehara (ayah dan ibu- nya berdarah raja) atau bukan. Wa-ris takhta adalah raja muda daripa-da putera sultan yang tua kecuali jika tidak layak.

Jika tidak layak, takhta akan di-warisi kepada putera sultan kedua atau mengikut susunan. Jawatan diwarisi oleh putera sulungnya jika raja muda mangkat sebelum menaiki takhta, manakala jika raja muda tiada anak, maka jawatan akan disandang oleh putera ke-dua sultan.

Sekiranya sultan atau pembesar merasakan putera kedua tidak la-yak, pewaris akan dipilih daripada adindanya dan seterusnya mengi-kut susunan daripada anak lelaki sahaja. Pelantikan perlu dibuat se-belum pengebumian sultan yang mangkat.

Sejak dibuka pada kurun ke-18,

dapat di pinggir sungai.Dalam buku sejarah tempatan

yang ditulis oleh Portugis, Belan-da dan Inggeris dalam tulisan latin, nama Selangor antaranya ditulis se-bagai Salangur, Salengor, Solongor dan Sorlangar. Mengikut New Bold 1839 juga, nama Selangor tercatat di Jabatan Peta di British Museum, London.

Nama Kuala Selangor berasal dari sebuah pekan di pinggir hulu Sungai Selangor dan menjadi saksi perkembangan awal Kerajaan Se-langor sehingga hari ini.

Dibuka oleh Sultan Ibrahim,

Selangor mempunyai sembilan su-tan bermula daripada Raja Lumu yang menggunakan gelaran Sultan Salahuddin Shah sehingga Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kuala Selangor kota pentadbiran pertama

Asal nama Selangor adalah sem-pena nama sungai iaitu Sungai Se-langor. Bagaimanapun, terdapat pelbagai cerita mengenai sejarah nama Selangor antaranya daripada seekor langau (Se-langau) dan po-kok Mentangau yang banyak ter-

KualaSelangor

HuluLangat

Klang Shah Alam

Warisan Kesultanan Selangor buat tatapan

pelancong

Muzium Sejarah Kuala Selangor

Kemudahan Trem

Page 18: MUKA 5 Mekanisme isytihar harta wakil rakyat · berucap pada Majlis Makan Malam Rasmi Sempena Majlis Pentaulia-han Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Kali ke-10 di Uni -

19SelangorKini 22 - 28 Ogos 2019

RencanaInformasiTerkinidi jari anda

baginda membina dua kota se-bagai langkah berjaga-jaga dari-pada serangan Belanda iaitu Kota Malawati diperbuat daripada batu bata, manakala Kota Tanjung Kera-mat diperbuat daripada tanah.

Bagaimanapun ia berjaya di-tawan dan dijajah Belanda. Nama Kota Malawati ditukar kepada Kota Altingsburg sempena nama seorang gabenor Melaka, manakala Kota Utrecht adalah nama baharu Kota Tanjung Keramat yang diberi-kan sempena nama kapal terbang Belanda.

Sultan Ibrahim melarikan diri ke Pahang bagi meminta pertolo-ngan Bendahara Majid. Pada tahun 1785, Sultan Ibrahim melancarkan ‘Perang 1 Malam’ untuk menawan semula Kota Malawati bermula selepas solat Maghrib dan tamat sebelum Subuh.

Bukit Malawati juga menempat-kan beberapa kesan peninggalan sejarah awal Selangor yang masih terpelihara dan boleh dilihat se-hingga hari ini.

Muzium Sejarah Kuala Selangor

Bangunan yang terletak di pun-cak Bukit Malawati ini dahulunya adalah kediaman rasmi Pegawai Daerah Kuala Selangor sebelum di-

ubah suai menjadi muzium, pada 2006. Muzium menghimpun-kan sejarah Kuala Selangor sebagai pusat pentadbi-ran pertama Selangor ini terbahagi kepada tujuh seksyen yang menerang-kan sejarah Daerah Kuala Selangor secara kronolo-gi.

Dipercayai dibina pada tahun 1905, bangunan ini diuruskan oleh Perbada-nan Adat Melayu dan Wari-san Negeri Selangor (PADAT).

Perigi Beracun

Perigi ini dahulunya digunakan sebagai tempat penyiksaan penderhaka de-ngan merenda-mnya sehingga paras bahu. Air dalam perigi ini terkandung pelbagai jenis racun dan mi-ang buluh.

Telaga asal di-percayai berada di hadapan pokok besar berdekatan tempat letak kere-ta Muzium Permainan

yang dikambus pada pertenga-han tahun 1977. Telaga yang

ada hari ini dibina semula pada tahun 1985.

Rumah Api

Bangunan yang masih beroperasi dan diurus-kan Jabatan Laut Malaysia cawangan Kuala Selangor

ini dibina pada tahun 1902 dan siap tiga tahun kemu-

dian. Mula beroperasi pada 1907, ia berfungsi sebagai pan-

duan perjalanan kapal laut sehing-ga kini di Selat Melaka.

Meriam

Hasil peningga-lan Kerajaan Belan-da dan Kerajaan Melayu Selangor ini masih terser-gam indah di ha-dapan Muzium Sejarah Kuala Se-langor. Sentiasa menarik perha-tian pengunjung

ketika bersantai sambil menyaksikan

pemandangan laut, dahulunya dipercayai

terdapat 102 pucuk me-riam di Bukit Malawati dan

Tanjung Keramat.Bagaimanapun kini jumlahnya

hanya 26 pucuk terletak di hada-pan Kota Malawati dan sekitarnya.

Meriam 3 Sederet

Meriam ini dipercayai melam-bangkan tiga Sultan Selangor yang memerintah Bukit Malawati iaitu Sultan Salahuddin Shah (Raja Lumu), Sultan Ibrahim Shah dan Sultan Muhammad Shah.

Salah satu daripada meriam ini pernah meletus sendiri sebelum dipindahkan ke Istana Alam Shah, Klang pada 1961 bagi melengkap-kan deretan meriam sedia ada ke-pada tujuh pucuk.

Makam Diraja

Makam ini menempatkan pu-sara tiga Sultan Selangor iaitu Sul-

tan Salahuddin Shah (Raja Lumu) yang meninggal pada tahun 1778, Sultan Ibrahim Shah (1826) dan Sul-tan Muhammad Shah (1857).

Turut ditempatkan di sini adalah 16 makam lain yang terdiri daripa-da kerabat diraja dan orang-orang besar istana seperti pusara Pangli-ma Hitam.

Disifatkan sebagai seorang pah-lawan yang handal, Panglima Hi-tam adalah pengawal keselamatan kepada Sultan Ibrahim dan Sultan Muhammad.

Meriam Petoi Boga

Ketika melangkah masuk ke Makam DiRaja, pastinya mata bakal tertumpu kepada sepucuk meriam berbalut kain kuning. Meriam yang turut sinonim dengan nama Meri-am Penggawa ini dijumpai semula di Pasar Kuala Sungai Buloh, pada tahun 1961.

Dato’ Penggawa Permatang Haji Ibrahim Dato’ Ismail P.J.K adalah an-tara yang terbabit dengan pene-muan meriam dipercayai seorang perempuan sedang berenang un-tuk bertemu pasangannya di Pulau Besar, Melaka.

Menurut sumber lisan, meriam Petoi Boga atau bermaksud Puteri Putih ini dijaga oleh seekor penye-ngat dan perlu dibalut dengan kain kuning sepanjang masa.

Busut Malawati

Busut ini dahulunya dipercayai menjadi tempat istirahat sultan dan tetamu dalam kalangan pem-besar yang datang dari negeri lain. Di sini juga tempat untuk menyak-sikan pertandingan sabung ayam ketika keramaian di istana.

Dibina di atas tanah berkelua-san 20 x 20 kaki persegi dengan ke-tinggian melebihi 12 kaki. Di sini juga menjadi gedung penyimpa-nan harta-harta kerajaan pada za-man dahulu.

Di perut busut ini dipercayai ter-dapat sebuah pintu gua bagi me-nyimpan harta berkenaan. Nama Malawati dipercayai dari busut ini kerana dalam bahasa sanskrit kuno Mala bermaksud kotor, manakala Wati bermaksud bersih dengan flo-ra dan fauna.

Batu Hampar

Makam Diraja

Meriam 3 Sederet

Meriam Petoi Boga Perigi Beracun

Page 19: MUKA 5 Mekanisme isytihar harta wakil rakyat · berucap pada Majlis Makan Malam Rasmi Sempena Majlis Pentaulia-han Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Kali ke-10 di Uni -

20Pendidikan

SelangorKini 22 - 28 Ogos 2019

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SERDANG - Seramai 775 pelajar dari 21 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara ditauliahkan sebagai Pegawai Muda berpang-kat Leftenan Muda, pada Majlis Pertauliahan Kor Siswa Siswi Per-tahanan Awam (Kor SISPA) Pering-kat Kebangsaan Kali Ke-10, pada 18 Ogos lalu.

Pentauliahan itu disampaikan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, diiringi Ketua Pesuruhja-ya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dato’ Roslan Wa-hab dan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris, di Dewan Besar Pusat Kebudayaan Dan Ke-senian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.

Dr Aini berkata, pentauliahan berkenaan adalah satu wadah untuk memberi sokongan dan semangat kepada mahasiswa dalam menanamkan nilai sema-ngat bekerjasama, kepimpinan dan kesukarelawan bagi menca-pai personaliti unggul.

“Kor SISPA adalah satu-satu-nya organisasi mahasiswa yang mengiktiraf pembabitan golon-gan belia dalam aktiviti kesukare-lawan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Kor SISPA Peringkat Kebangsaan Kali Ke-10

775 pelajar ditauliahLeftenan Muda APM

SHAH ALAM - Universiti Selangor (UNI-SEL) menerima kunjungan Menteri Pendi-dikan Republik Zambia, David Mabumba, di Kampus Bestari Jaya, di sini, baru-ba-ru ini.

Kedatangan beliau disambut Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, pada seki-tar jam 11 pagi.

Pengarah Komunikasi Korporat

UNISEL, Hasril Abu Hassan, berkata kun-jungan itu adalah salah satu lawatan an-tarabangsa bagi berkongsi maklumat pentadbiran dan sistem pengurusan universiti yang terbaik.

“Pada masa sama, kunjungan itu juga membuka ruang kerjasama strategik untuk memartabatkan pendidikan antara kedua-dua negara,” katanya melalui kenyataan di Facebook UNISEL.

terpilih pegawai kadet terbaik atas prestasi cemerlang ditonjol-kan sepanjang tempoh mengikuti program berkenaan.

Dr Aini berkata, pelajar yang mengikuti latihan Kor SISPA mem-punyai kelebihan nyata meman-dangkan mereka bukan sahaja dibekalkan dengan semangat dan keyakinan diri, malahan disuntik

pelbagai kemahiran insaniah se-perti komunikasi, kepimpinan, pe- nyelesaian masalah serta kerja ber-kumpulan.

Katanya, ilmu ditimba sepan-jang mengikuti latihan menjadi nilai tambah terbaik untuk diap-likasikan dalam apa juga bidang yang diceburi.

“Jadi, pegawai perlu terus

UNISEL terima kunjungan Menteri Pendidikan Republik Zambia

Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman (lima, kiri) menyerahkan cenderahati kepada David Mabumba selepas menerima kunjungan Menteri Pendidikan Re-publik Zambia itu - Foto UNISEL

17SelangorKini 19 - 26 Februari 2016

Rencana

Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan UPEN serta berpengalaman dalam perkhidmatan dan bekalan berkaitan seperti berikut :-

1. Dokumen Meja Tawaran akan mula dipamerkan mulai 22 Ogos 2019 (Khamis) pada waktu pejabatdi Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, ShahAlam, Selangor Darul Ehsan

2. Dokumen Tender akan dijual dari 22 Ogos 2019 hingga 11 September 2019 pada waktu pejabat.Dokumen Tender TIDAK akan dijual selepas tempoh ini.

3. Hanya pengurus/pegawai syarikat yang ditauliahkan seperti di dalam sijil pendaftaran atau wakil yang telah diberi kuasa dibenarkan untuk membeli dan mengambil Dokumen Tender. Petender/Wakilhendaklah membawa bersama sijil asal dan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM), SijilAkuan Pendaftaran Syarikat daripada Kementerian Kewangan Malaysia yang masih belumtamat tempoh, surat pengesahan pendaftaran UPEN yang masih belum tamat tempoh dan suratpengesahan prinsipal dari Syarikat Prestariang System Sdn.Bhd (MLA 3.0).

4. Salinan-salinan perakuan dan Sijil Pendaftaran yang berkenaan boleh diterima jika disahkan olehpejabat yang mengeluarkannya. Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam RinggitMalaysia dan dalam bentuk Tunai.

5. Tarikh tutup tender ini adalah pada 11 September 2019 bersamaan hari Rabu jam 12.00 tengahhari.

6. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakriserta bertanda kenyataan tender di sebelah kiri sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Tender diPejabat seperti berikut:

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN,TINGKAT 4 PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR,

BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH,SHAH ALAM, SELANG0R

Bil

1

No. Tender

PTGS/TENDER01/2019

Kod Bidang

Kod Bidang:210102 DAN 210103 DAN 210105 DAN

210106

Tarikh & Tempat Dokumen Mula

Dijual

22 Ogos 2019 ( Khamis ) di

Bahagian Khidmat

Pengurusan , Tingkat 4,

Pejabat Tanah dan Galian

Negeri Selangor,Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor

Darul Ehsan

Butir-Butir Kenyataan Tawaran

Tender

TENDER MEMBEKAL, MENGHANTAR,

MEMASANG, MENGKONFIGURASI,

MENGUJI DAN MENTAULIAH

PERKAKASAN DAN PERISIAN PELAYAN

MAYA (VIRTUAL SERVER), STORAN SERTA PENDUAAN DAN PEMULIHAN

(BACKUP AND RECOVERY) DI

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI

SELANGOR

Harga

RM 50.00(Tunai)

NOTIS TENDER

PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR

4 x 18 cm

“Pegawai yang ditauliahkan berjaya mengikuti semua silibus kokurikulum ditetapkan, di samp-ing latihan dan kursus yang di-syaratkan oleh APM untuk diberi pangkat,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Terdahulu, pada acara perbari-san tamat latihan yang dibuat ber-asingan, seramai 17 pegawai kadet

mengekalkan disiplin yang tinggi, selain memanfaatkan semua pe-ngetahuan, kemahiran dan penga- laman pertahanan awam diperole-hi untuk mendepani kehidupan lebih mencabar di luar kelak.

“Mereka juga perlu memasti-kan setiap amalan dan perbuatan dilakukan dengan betul, ikhlas, mahir dan efisien bagi mencapai kesempurnaan serta mempunyai kualiti tinggi,” katanya.

Kor SISPA IPT ditubuhkan pada 2010 dengan tujuan memperkasa kemahiran insaniah selain menye-bar dan mendidik berkaitan lang-kah keselamatan diri serta orang awam bagi menghadapi kemung-kinan bencana.

Buat pertama kalinya, UPM di-beri kepercayaan untuk menjadi tuan rumah penganjuran majlis pentauliahan kelolaan Kemente-rian Pendidikan Malaysia, APM dan Komandan-Komandan Kor SISPA IPT itu.

Page 20: MUKA 5 Mekanisme isytihar harta wakil rakyat · berucap pada Majlis Makan Malam Rasmi Sempena Majlis Pentaulia-han Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Kali ke-10 di Uni -

21SelangorKini 22 - 28 Ogos 2019

AgamaInformasiTerkinidi jari anda

SHAH ALAM - Masjid Putra, Pu-trajaya yang menjadi lokasi per-dana bagi penganjuran Malaysia #QuranHour 1440H/2019 pada 30 Ogos ini bakal bergema dengan alunan surah al-Kahfi, bermula jam 11 pagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Yaya-san Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Marhaini Yusoff berkata, surah al-Kahfi ayat 10 pertama dan 10 ter-akhir dipilih kerana sarat dengan panduan menghadapi zaman yang penuh cabaran.

Katanya, ia juga menceritakan kesatuan membentuk ummah berbudi dan penyayang dengan membawa pesan kemerdekaan daripada al-Quran dalam mena- ngani dan melahirkan solusi menghadapi cabaran akhir zaman.

“Jabatan Kemajuan Islam Malay-sia sebagai penaung dan peneraju berperanan mengangkat program ini sebagai agenda nasional untuk

Malaysia #QuranHour 1440H/2019

Alunan al-Kahfi di Masjid Putra

mengajak orang ramai mendeka-ti al-Quran sebagai panduan ke-hidupan.

“Penganjuran kali ini juga is-timewa kerana bacaan surah itu akan diperdengarkan oleh bari-san qari yang menjadi johan peringkat anta-rabangsa,” kata-

nya dalam Taklimat Sinergi Media Malaysia sempena program berke-naan, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengasas WUI, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub; Pengerusi Pertubuhan Berita Na-sional Malaysia (BERNAMA) Datuk Seri Azman Ujang dan Pengarang

Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah.

Pada majlis berkenaan, Hus-samuddin yang juga Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf turut menyampaikan sumbangan “Dari-pada Ummah kepada Ummah” ke-pada Utusan Malaysia.

Marhaini berkata, terdapat be-berapa kelainan yang diba-

RAMALLAH - Pertubuhan Pem-bebasan Palestin (PLO) memberi amaran pada 15 Ogos lalu bahawa gesaan seorang menteri kerajaan Israel untuk mengubah status quo Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis bakal mencetuskan “peperangan agama,” lapor agensi berita Turki Anadolu.

Dalam kenyataan bertulis yang dikeluarkan selepas satu perjum-paan di Ramallah, Jawatankuasa Eksekutif PLO berkata, gesaan itu yang dibuat baru-baru ini adalah “satu percubaan untuk menghe-ret rantau ini ke medan peperangan agama” dan “propaganda” untuk perpecahan masjid itu.

Pada 13 Ogos lalu, Menteri Kese-lamatan Awam Israel, Gilad Erdan, menggesa status masjid itu ditukar supaya orang Yahudi boleh beriba-dat di sana secara individu atau ber-kumpulan di kawasan terbuka atau tertutup.

“Saya fikir terdapat ketidakadilan dalam status quo yang wujud sejak 1967,” kata Erdan kepada Radio Is-rael, pada 13 Ogos lalu.

“Jadi kita perlu berusaha untuk

mengubah (status quo) supaya pada masa akan datang, orang Ya-hudi, dengan bantuan Tuhan, boleh beribadat di Gunung Kuil,” katanya.

Sementara itu, kumpulan Hamas yang berpangkalan di Gaza me-nyeru ke arah perpaduan nasio-nal dalam satu kenyataan selepas mengadakan mesyuarat tergempar berhubung perkembangan terkini berkaitan Masjid Al-Aqsa yang ber-laku sehari sebelum dan pada hari pertama Aidiladha.

Tentera Israel menyerang pe-nganut Islam rakyat Palestin di kom-pleks Masjid Al-Aqsa pada 11 Ogos lalu, yang mencederakan sekurang-kurangnya 37 orang.

Menyifatkan Baitulmaqdis se-bagai satu “garis merah,” Hamas berkata, “sebarang serangan ke atas Masjid Al-Aqsa adalah serangan ke atas rakyat Palestin terutamanya dan semua ummah.”

“Satu-satunya cara untuk me-nentang plot ini adalah dengan perpaduan nasional yang sebenar berdasarkan perkongsian sebenar,” katanya.

Kementerian Awqaf dan Hal Ehwal Agama Palestin dalam satu kenyata-an bertulis turut memberi amaran berkaitan kemungkinan berlaku “peperangan agama” di rantau itu.

Menyifatkan tindakan Israel ba-ru-baru ini sebagai satu “langkah provokatif” yang bertujuan meme-cah-belahkan Masjid Al-Aqsa, ke-menterian itu menggesa masyarakat antarabangsa supaya campur tangan.

Israel menduduki Baitulmaqdis Timur, di mana Al-Aqsa terletak ke-tika Perang Arab-Israel 1967.

Pada 1980, menerusi satu lang-kah yang tidak pernah diikti-raf oleh masyarakat dunia, Israel mengilhamkan keseluruhan ban-dar itu dengan mendakwa bahawa ia adalah ibu kota abadi dan tidak berbelah bagi orang Yahudi.

Bagi umat Islam, Al-Aqsa adalah lokasi ketiga paling suci selepas Makkah dan Madinah.

Orang Yahudi menggelar ka-wasan itu sebagai “Gunung Kuil” dan mendakwa ia adalah tapak dua kuil Yahudi, pada zaman purba. – BER-NAMA

wakan kali ini termasuk pemilihan lokasi perdana, di Masjid Putra itu.

“Malaysia #QuranHour akan bermula jam 11 pagi hingga 12 tengah hari pada Jumaat di masjid berkenaan, malahan rakyat Malay-sia di dalam dan luar negara turut mengadakan aktiviti berinteraksi pada hari juga waktu sama, di tem-pat masing-masing.

“Terdapat juga sesi pengisian diikuti dengan Resolusi al-Kahfi, Pesan Kemerdekaan oleh tokoh dan diakhiri dengan doa untuk Malaysia,” katanya.

Selain BERNAMA, Utusan Ma-laysia dan Kumpula Media Ka-rangkraf, media lain yang turut bersinergi bersama menjayakan program kempen membaca al-Quran secara serentak selama satu jam itu antaranya Kosmo!, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), As-tro, Kumpulan Media Prima dan TV AlHijrah. – BERNAMA

(Fot

o: S

umbe

r htt

ps://

rock

-caf

e.in

fo

Cetus peperangan agama jika ubah status quo

22 Khamis 5:45 5:55 7:10 1:22 4:35 7:27 8:38 23 Jumaat 5:45 5:55 7:10 1:22 4:34 7:27 8:38 24 Sabtu 5:45 5:55 7:10 1:21 4:34 7:27 8:37 25 Ahad 5:45 5:55 7:10 1:21 4:33 7:26 8:37 26 Isnin 5:45 5:55 7:10 1:21 4:32 7:26 8:36 27 Selasa 5:45 5:55 7:09 1:20 4:31 7:26 8:36 28 Rabu 5:45 5:55 7:09 1:20 4:30 7:25 8:35

22 Khamis 5:43 5:53 7:09 1:19 4:33 7:25 8:35 23 Jumaat 5:43 5:53 7:09 1:19 4:32 7:24 8:35 24 Sabtu 5:43 5:53 7:09 1:19 4:31 7:24 8:34 25 Ahad 5:42 5:52 7:08 1:18 4:30 7:23 8:34 26 Isnin 5:42 5:52 7:08 1:18 4:30 7:23 8:33 27 Selasa 5:42 5:52 7:08 1:18 4:29 7:23 8:33 28 Rabu 5:42 5:52 7:08 1:17 4:28 7:22 8:32

22 Khamis 5:44 5:54 7:10 1:20 4:34 7:25 8:35 23 Jumaat 5:44 5:54 7:10 1:19 4:33 7:24 8:35 24 Sabtu 5:44 5:54 7:10 1:19 4:32 7:24 8:34 25 Ahad 5:44 5:54 7:10 1:19 4:32 7:23 8:34 26 Isnin 5:43 5:53 7:09 1:19 4:31 7:23 8:33 27 Selasa 5:43 5:53 7:09 1:18 4:30 7:23 8:33 28 Rabu 5:43 5:53 7:09 1:18 4:29 7:22 8:32

22 - 28 julai 201921 - 27 zulHIJJAH1440

UNISEL terima kunjungan Menteri Pendidikan Republik Zambia

Page 21: MUKA 5 Mekanisme isytihar harta wakil rakyat · berucap pada Majlis Makan Malam Rasmi Sempena Majlis Pentaulia-han Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Kali ke-10 di Uni -

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 22 - 28 Ogos 2019

OLEH SHEEDA FATHIL AMPANG - Kehadiran Dato’ Men- teri Besar, Amirudin Shari, ber-kongsi pengalaman dan pendapat pada program #SpeakToLead by Girl2Leader Malaysia banyak memberikan inspirasi kepada peserta yang hadir.

Presiden Girl2Leader, Nurai-nie Haziqah berkata, kebanyakan remaja wanita berusia 16 sehingga 25 tahun yang hadir kurang diberi pendedahan dan peluang dalam dunia kepimpinan.

Beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada Amirudin kerana sudi meluangkan masa dalam memberikan inspirasi ke-pada remaja wanita berkenaan.

“Buat pertama kalinya, Girl-2Leader membawakan speaker dalam kalangan golongan lelaki dengan menjemput Dato’ Men-teri Besar memandangkan be-liau antara pemimpin muda dan sekurang-kurangnya dapat mem-berikan inspirasi kepada kami.

“Apabila wujudnya seorang menteri muda, ia memberi pe-luang kepada remaja wanita khususnya untuk menjadi pem-buat keputusan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program #SpeakToLead by Girl2Leader Malaysia yang turut

SHAH ALAM - Kerjaya sebagai jurusolek profesional mungkin kurang mendapat perhatian masyarakat sebelum ini, namun siapa sangka ia boleh menjana pendapatan lumayan.

Yang Dipertua Pertubuhan Ke-bajikan dan Amal Wanita Sela- ngor, Masdiana Muhamad, ber-kata beliau memuji kerjaya juru-solek yang tidak kurang hebatnya kerana mampu merubah raut wa-jah seseorang.

Katanya, jurusolek profesio-nal juga menjadi tulang belakang di sebalik sesebuah jenama kos-metik.

“Solekan diwujudkan bagi memberi kesempurnaan atau kecantikan kepada seseorang, malahan dengan satu calitan sahaja seperti memakai gincu, ia mampu menghasilkan per-watakan menarik pada wajah.

“Solekan juga adalah perkara asas bagi kecantikan serta men-jadi satu kelengkapan harian wanita.

“Oleh itu, jurusolek profesional antara yang bertanggungjawab dalam merubah imej dan rupa seseorang yang mendapatkan perkhidmatannya,” katanya ke-tika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Kiosk Komestik Note di Setia City Mall, di sini, pada 16 Ogos lalu.

SHAH ALAM - Usia, kerja dan bergelar ibu bukanlah pengha-lang untuk membolehkan dua kakitangan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor dan anak syarikat meraih diplo-ma dalam bidang masing-ma-sing.

Kedua-dua wanita itu adalah antara 23 graduan yang terdi-ri daripada kakitangan Pemer-badanan Menteri Besar (MBI) Selangor dan anak syarikat yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat Diploma Kemahiran Malaysia, pada 16 Ogos lalu.

Salah seorang daripada wani-ta berkenaan ialah Solihah Yaa-kob, 42, yang juga Ketua Sektor Rekaan Rambut dan Kecantikan Kolej Antarabangsa INPENS.

Solihah berkata, dia menyam-bung pengajian kerana tidak pernah menganggap jawatan dan pengalaman sedia ada su-dah mencukupi.

“Saya belajar kerana mahu meningkatkan pengetahuan dan secara tidak langsung boleh men-jadi ‘suara’ kepada Jabatan Pemba-ngunan Ke-mahiran Malaysia. Hal ini disebab-kan sijil pen-tauliahan yang diperolehi ini memboleh-kan pan-

dangan kami didengari.“Selepas berjaya tamat bagi

peringkat keempat dalam Dip-loma Pengurusan Pentadbiran, saya bercadang untuk terus melanjutkan pelajaran ke pe-ringkat kelima,” katanya ketika ditemui SelangorKini.

Sementara itu, Pegawai Yaya-san Hijrah Selangor, Sarasvathy Raman, 45, pula mengucapkan terima kasih kepada MBI kera-na memberi peluang kepada- nya untuk memegang Diploma Pengurusan Pentadbiran.

“Apabila kita sentiasa cuba meningkatkan diri, sudah ten-

tu kehidupan juga akan bertam-

bah baik.

#SpeakToLead by Girl2Leader Malaysia

Pengalaman MB inspirasi remaja wanita

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, berkongsi pandangan ketika program #SPEAKTOLEAD by Girl-2LeaderMalaysia di Common Ground, Ampang, pada 17 Ogos lalu

dihadiri Dato’ Menteri Besar, Ami-rudin Shari di Common Ground, Ampang, di sini, pada 17 Ogos lalu.

Pada masa sama, Nurainie ber-kata, semua ahli Girl2Leader akan

menjadi penggerak komuniti serta pemimpin masyarakat dan negara, pada masa akan datang.

“Pelbagai aktiviti dirangka bagi memperkasa wanita muda de-

ngan keyakinan dan pengetahuan bagi mendepani cabaran politik global serta tanah air.

“Saya berharap Girl2Leader akan menjadi aspirasi kepada

wanita muda di negara ini dalam mewujudkan komuniti wanita ber-daya saing, cekal dan dihormati,” katanya.

Girl2Leader, sebuah organisasi yang diwujudkan khas bagi mela-tih remaja wanita menjadi pelapis politik pada masa hadapan ekoran Malaysia masih ketinggalan apabi-la jumlah pemimpin politik wanita dilihat masih kekurangan dan ke belakang berbanding negara lain.

Pada masa sama, Masdiana berkata, kosmetik Note menjadi antara pilihannya sejak mula ber-jinak-jinak dalam dunia solekan.

“Saya amat yakin jenama ini menghasilkan produk khas buat wanita yang ingin mempu- nyai versi terbaik mereka kerana Note sentiasa memperkukuhkan produk solekan dengan teknolo-gi penjagaan kulit selain meng-hasilkan produk baharu.

“Bukan itu sahaja, jenama Note juga antara produk halal dan bebas sebarang bahan ter-larang serta disahkan farmaseu-tikal,” katanya.

Kosmetik bertaraf antara-bangsa itu sudah sekian lama bertapak di Singapura dan kini memiliki empat cawangan di Malaysia antaranya di Isetan 1Utama, Isetan The Garden dan Parkson (IOI Putrajaya).

Masdiana Muhamad (kiri) bergambar bersama Pengarah Note Cosmetics, Siti R Habib (tengah) ketika Majlis Pelancaran Kiosk Kosmetik Note di Setia City Mall, Setia Alam, pada 16 Ogos lalu

Usia, kerja bukan penghalang Jurusolek profesional tulang belakang produk kosmetik

Apabila wujudnya seorang menteri muda, ia memberi peluang kepada remaja wanita khususnya untuk menjadi pembuat keputusan pada masa akan datang

NURAINIE HAZIQAHPresiden Girl2Leader

Page 22: MUKA 5 Mekanisme isytihar harta wakil rakyat · berucap pada Majlis Makan Malam Rasmi Sempena Majlis Pentaulia-han Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Kali ke-10 di Uni -

23SelangorKini 22 - 28 Ogos 2019

OLEH NADIAH ZAMLUS

Acara riadah yang diadakan sejak 2015 bukan sahaja mengeratkan lagi hubungan diantara Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan kakitangan Pentadbir Tanah

dan Jabatan Teknikal di Selangor, namun ia mampu memecahkan birokrasi sedia ada.

Ketua Jabatan Teknikal KSSB, Muhammad Faiz Zainuddin berkata, hubungan yang lebih mesra membolehkan urusan pekerjaan juga bertambah mudah dan cepat, sekali gus mampu memantapkan lagi prestasi Kerajaan Selangor.

“Program riadah KSSB ini membabitkan sembilan pentadbir tanah dan daerah serta agensi teknikal iaitu setiap tahun, dua sesi akan

Seramai 308 pelajar dari tujuh sekolah di Bestari Jaya menyertai lawatan ke

Pameran Artifak Rasulullah SAW dan sahabat RA di Pusat Dagangan Dunia Putra, pada 3 Ogos lalu.

Antara sekolah itu termasuk Sekolah Rendah Agama (SRA) Kafa Al-Ridzuan, SRA Kafa Integrasi Al-Awwabin, SRA Rantau Panjang, SRA Jaya Setia, SRA Bukit Badong, SRA Kafa Integrasi Al-Hilal dan SRA Ijok.

Pengurus Kanan Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Korporat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), Abd Wahab Nordin berkata, lawatan yang dianjurkan itu bukan sekadar rombongan semata–mata tetapi landasan untuk mendekatkan KSSB dan masyarakat setempat.

Katanya, fokus diberikan kepada sekolah yang terletak berdekatan dengan tapak

operasi KSSB, di Bestari Jaya.“Justeru, program Tanggungjawab

Sosial Korporat (CSR) KSSB ini berusaha untuk mengimbangi pertumbuhan perniagaan dan pembentukan nilai masyarakat, bukannya sekadar mencari keuntungan semata.

“Pada masa sama, kami juga mahu merangsang sosio ekonomi yang ber-terusan dengan memberi penekanan terhadap kebajikan sosial dan komuniti setempat,” katanya.

Abd Wahab berkata, KSSB juga sudah menyalurkan sumbangan melalui CSR ke sekitar kawasan berdekatan tapak operasi KSSB, sejak 2015.

Ia termasuk dana pembangunan infrastruktur, pendidikan, kebajikan, ben-cana alam dan kebakaran.

KSSB ‘pecahkan’ birokrasiRiadah bersama Pentadbir Tanah Daerah dan Jabatan Teknikal

308 pelajar sertai lawatan Pameran Artifak Rasulullah SAW dan sahabat RA anjuran KSSB

diadakan di Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Sabak Bernam serta Agensi Teknikal, di Shah Alam.

“Sementara kawasan selatan Selangor ialah Petaling, Klang, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat,” katanya.

Terbaru, program riadah berkenaan diadakan pada 15 Mac dan 12 Julai lalu membabitkan kira-kira 300 peserta.

Muhammad Faiz berkata, pihaknya memilih sukan boling sebagai acara tahunan kerana aktivitinya lebih santai dan membabitkan kumpulan yang ramai pada satu-satu masa.

“Selain program riadah, KSSB juga menganjurkan Majlis Iftar secara tahunan bagi meraikan komitmen dan kerjasama kakitangan Pentadbir Tanah serta Jabatan Teknikal yang tidak pernah gagal untuk bersama-sama dalam memastikan hasil kepada

Kerajaan Negeri dapat dikutip dengan cekap juga telus,” katanya.

“Acara sebegini juga mampu membuatkan kita lebih proaktif berbanding hanya duduk berurusan di pejabat sahaja dan lebih mengejutkan apabila ia mendapat sambutan menggalakkan.

“KSSB juga mahu memberi suntikan semangat dan tenaga kepada pentadbir tanah serta agensi terlibat kerana setiap tahun kita ada 80 hingga ke 90 tapak operasi yang perlu dilawat serta disemak.

“Melaluinya, kita dapat membina hubungan dan komunikasi lebih baik,” katanya.

Terima Kasih kepada pihak pengurusan KSSB kerana menganjurkan riadah boling ini. Saya berharap KSSB dapat menganjurkan lagi program seperti ini di masa akan datang kerana disamping dapat mengeratkan silaturrahim antara KSSB, pegawai dan kakitangan di pejabat tanah, ia juga memberi peluang untuk beriadah bersama sama.

Jusni HashimPegawai Daerah dan Tanah Kuala Langat

Terima Kasih atas kesudian KSSB kerana menjemput pihak kami buat kali ke-4 anjuran ini dijalankan. Ini merupakan inisiatif yang baik untuk merapatkan ukhwah antara KSSB dengan jabatan terlibat dan juga salah satu medium yang baik untuk berinteraksi di dalam suasana luar waktu pejabat. Ia juga salah satu penghargaan KSSB kepada jabatan terlibat bagi menyokong serta melancarkan operasi KSSB dimana hasil akan disalurkan kepada kerajaan negeri dan rakyat. Terima Kasih KSSB atas jemputan dan saya berharap program ini dapat diteruskan lagi pada tahun akan datang.

Mohamad Shahrizal Mohd SallehKetua Penolong Pegawai Daerah dan Tanah Klang

Hubungan yang lebih mesra membolehkan

urusan pekerjaan juga bertambah mudah

dan cepat, sekali gus mampu memantapkan

lagi prestasi Kerajaan Selangor

Muhammad FaizZainuddinKetua Jabatan Teknikal KSSB

ADVERTORIAL

Page 23: MUKA 5 Mekanisme isytihar harta wakil rakyat · berucap pada Majlis Makan Malam Rasmi Sempena Majlis Pentaulia-han Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Kali ke-10 di Uni -

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM - Duli Yang Ter-amat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, sekali lagi membuktikan kemampuannya berbasikal apabila berjaya me-namatkan kayuhan sejauh 155 kilometer dalam acara Shah Alam International Enduride (Endurance Ride) 2019.

Pelepasan kayuhan dibuat Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haris Kasim di AEON Big Bukit Rimau, di sini, pada 18 Ogos lalu.

Haris berkata, acara mem-babitkan pelbagai kategori itu berjaya menarik penyertaan peserta 12 negara antaranya Indonesia, Ukraine, United King-dom, Switzerland dan Korea Selatan.

“Kira-kira 1,400 peserta me- ngambil bahagian dalam pe- nganjuran kali keenam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan tujuan memperkenalkan bandar raya ini. Kita jangka peserta akan melihat sebahagian kawasan di Shah Alam, Kuala Langat dan Sepang.

“Kita bangga kerana acara ini berjaya menarik begitu ramai peserta dalam dan luar negara seperti Singapura dan Thailand,”

SHAH ALAM - Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, memuji langkah Invest Selangor Berhad (Invest Selangor) menganjur-kan Selangor Corporate Colour Run (SCCR) 2019 sebagai usaha

merapatkan hubu-

ini dianjurkan, kemeriahan jelas terasa apabila saya difahamkan seramai 2,100 peserta mengam-bil bahagian yang mewakili war-ga korporat, komuniti perindus-trian dan masyarakat khususnya di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmi-kan majlis Flag-Off SCCR 2019 di Stadium Shah Alam, di sini, pada 17 Ogos lalu.

Pada masa sama, Amirudin turut menzahirkan terima kasih kepada lebih 50 penaja untuk menjayakan SCCR 2019 dan be-liau optimis kerjasama sedemiki-an bakal berterusan, pada masa akan datang.

“Saya optimis menerusi acara ini, ia dapat merapatkan hubu- ngan antara Kerajaan Negeri dan masyarakat serta syarikat korpo-rat,” katanya.

Terdahulu, SCCR 2019 turut mendapat kerjasama Kelab Re- kreasi Invest Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam dan di-sokong Pemerbadanan Menteri Besar Selangor.

SCCR 2019 terbahagi kepada dua kategori iaitu tiga kilometer

(km) membabitkan ketua pega-wai eksekutif, pihak pengurusan tertinggi syarikat dan penaja, manakala lima km (Larian Kom-petetif ) terbuka untuk orang awam.

Hadiah ditawarkan bagi kate-gori lima km terbuka lelaki dan terbuka wanita adalah RM350 (pertama), RM250 (kedua), RM150 (ketiga), RM100 (tem-pat 4-10), RM80 (tempat 11-15), RM70 (tempat 16-20) dan RM60 untuk tempat 21 sehingga 25.

Difahamkan, acara itu juga sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat iaitu sebaha- gian dana terkumpul akan di-sumbangkan kepada badan ke-bajikan, Kiwanis Down Syndrome Foundation, melalui kategori khas iaitu Larian Amal Korporat.

Larian Amal Korporat adalah bentuk penajaan terbuka kepa-da semua syarikat yang berminat dan sebahagian akan disalurkan ke badan kebajikan dipilih.

Kategori penajaan terbaha-gi kepada empat iaitu platinum (RM30,000), emas (RM20,000), perak (RM10,000) dan gangsa (RM5,000).

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari melepaskan peserta Selangor Corporate Colour Run 2019 di Stadium Shah Alam, pada 17 Ogos lalu.

SCCR 2019 rapat hubungan pemain industri

Shah Alam International Enduride 2019

Raja Muda Selangor saingi peserta 12 negarakatanya ketika ditemui media pada acara terbabit.

Haris berkata, kayuhan itu menyediakan beberapa kategori membabitkan dua kategori uta-ma iaitu kayuhan perlumbaan jalanan dan kayuhan santai.

Katanya, acara tahunan an-juran MBSA itu akan diperluaskan lagi pada masa akan datang dengan menjemput lebih ramai peserta luar negara lain.

Kategori dipertandingkan bagi acara perlumbaan jalanan membabitkan lelaki junior iaitu berumur bawah 19 tahun, lelaki terbuka (20 hingga 34 tahun), lelaki senior master (40 tahun ke atas) dan wanita terbuka.

Manakala bagi acara kayuhan santai pula, lelaki junior (bawah 19 tahun), lelaki terbuka (20 hingga 34 tahun), lelaki master (35 hingga 45 tahun), lelaki senior master (46 tahun ke atas) dan wanita terbuka.

ngan sesama pemain industri, di negeri itu.

Amirudin berkata, pelaksana- an program berkenaan sebagai medium untuk pemain industri dan keluarga berkomunikasi an-tara satu sama lain.

Katanya, selain merapatkan hubungan acara

berkenaan juga

bagus kerana ia dapat mempro-mosi kempen gaya hidup sihat da-lam kalangan masyarakat dan ko-muniti perindustrian, di Selangor.

“Ini adalah tahun ketiga Invest Selangor menganjurkan program santai sebegini tetapi setiap ta-hun aktiviti berbeza apabila dua tahun lalu kita anjurkan ber-basikal dalam kalangan pemain industri.

“Walaupun julung kali larian

Tengku Amir Shah (depan) mencemar duli melakukan kayuhan bersama peserta pertandingan Shah Alam International Enduride 2019.