17
Peranan Agen Moral Dalam Proses Sosialisasi Individu OLEH: CHEING DING DING 910915 – 13 – 5820 PEMULIHAN (BC) / MT / BI IPG TEMENGGONG IBRAHIM 80350 JOHOR BAHRU

Moral Cheing Ding Ding

Embed Size (px)

DESCRIPTION

moral

Citation preview

Page 1: Moral Cheing Ding Ding

Peranan Agen Moral Dalam Proses

Sosialisasi Individu

OLEH: CHEING DING DING910915 – 13 – 5820

PEMULIHAN (BC) / MT / BIIPG TEMENGGONG IBRAHIM

80350 JOHOR BAHRU

Page 2: Moral Cheing Ding Ding

  Sosialisasi ialah proses di mana individu belajar

budaya masyarakatnya.

Page 3: Moral Cheing Ding Ding

Dalam proses sosialisasi individu, ia melibatkan beberapa pihak yang

membawa pengaruh besar dalam kehidupan seseorang individu. Mereka terdiri daripada keluarga, rakan sebaya,institut pendidikan,komuniti serta media massa yang meliputi bahan eletronik dan bukan eletronik.

Page 4: Moral Cheing Ding Ding

KELUARGA Pengkaji teori pembelajaran sosial berpendapat bahawa ibu bapa adalah orang yang paling peka terhadap perkembangan moral seseorang kanak- kanak pada peringkat awal.

Anak-anak akan diajarkan tentang apa yang harus dilakukan dan apa pula yang tidak boleh dilakukan. Anak-anak akan mempelajari kemahiran , sikap, norma dan nilai-nilai daripada ibu bapa mereka.

Page 5: Moral Cheing Ding Ding

Ibu bapa yang tegas melahirkan anak-anak yang kuat disiplin.

Keluarga yang porak-poranda latar belakangnya

tidak akan berjaya melahirkan anak-anak yang

optimis sudut pandangannya kehidupan.

Selain itu, saiz keluarga juga akan mempengaruhi proses sosialisasi individu, iaitu dengan interaksi secara lisan dan fizikal antara individu keluarga.

Page 6: Moral Cheing Ding Ding

RAKAN SEBAYARakan sebaya merupakan satu lagi faktor

yang mempengaruhi proses sosialisasi. Pengaruh keluarga semakin merosot apabila

kanak-kanak meningkat remaja. Kumpulan sebaya pula menjadi pengaruh

yang lebih berkesan dalam proses pembentukan budi pekerti mereka.

Individu itu akan cenderung untuk mengikut pandangan, nilai dan sikap rakan-rakan

sebaya kerana mahu diri mereka diterima oleh

rakan- rakan sebaya mereka.

Page 7: Moral Cheing Ding Ding

Cara berpakaian, fesyen rambut dan sifat seseorang akan dipengaruhi oleh kegemaran dan khayalan kumpulan tersebut.

Ini boleh membawa sama ada kesan positif ataupun negatif .

Kumpulan rakan sebaya tidak berniat untuk mensosialisasikan kanak-kanak kerana tujuan utamanya ialah rekreasi. Namun demikian fungsi sosialisasi tersembunyi

yang ada pada rakan sebaya adalah sangat penting.

Page 8: Moral Cheing Ding Ding

Institut Pendidikan

Sekolah merupakan agen kebudayaan dan sebahagian

daripada fungsi pengajaran adalah untuk melahirkan

nilai-nilai kebudayaan. Kanak-kanak menghabiskan masa enam hingga

lapan jam setiap hari di sekolah. Dengan itu, proses sosialisasi pelajar merupakan

satu fungsi yang sah serta positif untuk dikendalikan

oleh pihak sekolah.

Guru juga amat berpengaruh di sekolah, gaya penampilan, sikap dan kepimpinannya memainkan peranan dalam proses sosialisasi individu.

Page 9: Moral Cheing Ding Ding

Di samping itu, cara pentadbiran sekolah, persekitaran serta budaya sekolah juga berperanan mempengaruhi sosialisasi kanak-kanak atau pelajar.

Kadang-kala konflik nilai boleh berlaku akibat perbezaan di antara nilai dan norma pelajar yang diajar di rumah dan di sekolah.

Contohnya, sekolah mengajar pelajar tentang keburukan merokok,manakala di rumah, terdapat ibu bapa yang merokok dan tidak menghiraukan sama ada anak mereka mencontohi dan mengikut tabiat mereka atau tidak.

Page 10: Moral Cheing Ding Ding

Komuniti

Masyarakat dimana seseorang itu dibesarkan mempunyai peranan yang tidak kurang pentingnya dalam membentuk personaliti anggotanya.

Terdapat dua corak komuniti dalam masyarakat iaitu komuniti yang bersifat homogeneous dan hetreogeneous.

Page 11: Moral Cheing Ding Ding

Contoh komuniti homogeneous ialah guru pelatih yang tinggal di maktab.

Mereka mempunyai ciri-ciri yang hampir sama seperti umur, matlamat dan gaya hidup.

Dalam menjalani proses sosialisasi dalam komuniti kampus, terdapat sifat-sifat positif dan negatif yang mempengaruhi para guru pelatih.

Contoh sikap positif seperti saling membantu, nilai kekitaan, hormat kepada pensyarah.

Sikap-sikap negatif adalah seperti merokok, tidak mematuhi peraturan, pulang lewat malam dan sebagainya.

Page 12: Moral Cheing Ding Ding

Contoh komuniti hetererogenous ialah jiran yang berada di kawasan perumahan kita.

Mereka terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum,agama dan peringkat umur. Mereka mempunyai gaya hidup, latar

belakang, profesion dan matlamat hidup yang berbeza dengan kita.

Oleh itu,komuniti mempunyai pengaruh yang penting dalam penghayatan dan amalan nilai-nilai murni dalam membentuk kehidupan ahli-ahlinya.

Page 13: Moral Cheing Ding Ding

Media Massa Media massa sama ada media elektronik

atau bukan eletronik menyediakan sebahagian besar dari maklumat sosial dalam kehidupan seharian kita.

Adalah agak mudah bagi kita untuk mencari maklumat daripada media massa. Kebanyakkan masyarakat kini yang

didedahkan dengan media massa. Kanak-kanak kini didedahkan kepada

pelbagai jenis media massa seperti radio, suratkhabar, dan televisyen ataupun buku-buku yang memang mempengaruhi perkembangan moral mereka.

Page 14: Moral Cheing Ding Ding

Ada pendapat yang menyatakan pengaruh sosialisasi media massa adalah sama kuatnya dengan pengaruh rakan sebaya dan institut pendidikan.

Media massa membawa kesan yang negatif dan positif ke atas sosialisasi seseorang individu.

Kini,media massa lebih banyak memberikan pendedahan seks negatif kepada pembaca remaja.

Page 15: Moral Cheing Ding Ding

Bahan eletronik

Media massa dalam bentuk elektronik amat berpengaruh dalam proses sosialisasi.

Contohnya siaran televisyen, video, radio, cakera padat dan internet.

Kanak-kanak yang menonton filem ganas di televisyen dan pawagam berkemungkinan akan bertindak ganas dan kasar dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Media eletronik sangat berkesan pengaruhnya kerana kanak-kanak seolah-olah didedahkan dengan pengalaman sebenar.

Page 16: Moral Cheing Ding Ding

Bahan bukan eletronik

Media massa dalam bentuk bahan bukan eletronik merupakan bahan cetak.

Sebagai contohnya,akhbar, komik, majalah dan lain-lain memberikan kesan dan pengaruh dalam proses sosialisasi seseorang individu.

Bahan ini akan memberi impak positif dan juga negatif dalam perkembangan sahsiah.

Contohnya kanak-kanak yang tidak terkawal bahan bacaannya akan terpengaruh dengan gaya bahasa dan dihantui pemikiran bahan yang dibaca.

Page 17: Moral Cheing Ding Ding