141
1 PENGURUSAN ALIRAN TUNAI SYARIKAT PEMBINAAN MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

  • Upload
    others

  • View
    21

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

1

PENGURUSAN ALIRAN TUNAI SYARIKAT PEMBINAAN

MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

2

Page 3: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

3

Page 4: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

i

PENGURUSAN ALIRAN TUNAI SYARIKAT PEMBINAAN

MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Laporan projek ini dikemukakan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)

Jabatan Ukur Bahan

Fakulti Alam Bina

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 5: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

ii

Page 6: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

iii

Teristimewa buat Mu……

Ayahanda dan Bonda

Mohd Jamil bin Abdullah

Nor Zahati binti Hassan

Keluargaku di halaman tercinta

Nurul Hafizah Kamaliah, Mohd Nur Arif, Mohd Nur Amirul Amin, Mohd Nur Hisyam

Baharuddin

Teman yang Tercinta

Fatima Azahara Bt Mazuki

Pensyarah yang tidak jemu memberikan dorongan dan sokongan

En. Jamaluddin Yaakob

Serta teman – teman seperjuangan

Suka duka dan senyum tawa bersama kalian semua

takkan ku lupakan. Jerit perit meghadapi rintangan

mengajar erti sebuah kehidupan bagi mengharungi

hari-hari yang mendatang

Terima kasih untuk Segalanya…….

Page 7: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.Syukur ke hadrat

Ilahi kerana dengan limpah rahmat dariNya dapat juga laporan Projek Sarjana Muda ini

disiapkan sebagai syarat untuk penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan).

Jutaan terima kasih ditujukan kepada kedua ibu bapa, Mohd Jamil bin Abdullah dan Nor

Zahati binti Hassan yang selalu memberikan sokongan dan semangat sepanjang tempoh

pengajian saya. Begitu juga kepada semua ahli keluarga yang sentiasa membantu dan

menjadi sumber inspirasi saya.

Di sini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada

penyelia saya iaitu En. Jamaluddin Yaakob. Bantuan, nasihat dan dorongan beliau dari

awal penulisan sehingga karya ini dibukukan amatlah dihargai. Jutaan terima kasih juga

kepada Prof. Ahmad Rosdan Abd Razak yang sudi membantu penulisan dan idea baru

untuk Projek Sarjana Muda ini. Individu yang memberi kerjasama sepanjang

penyelidikan ini iaitu En. Hamidom Husin, En. Che Aswandy Che Rahim, dan En Faizal

Kamarulzaman.

Kepada sahabat handai dan rakan-rakan seperjuangan semua juga tidak di

lupakan. Terima kasih kerana telah banyak membantu secara langsung dan tidak

langsung dalam proses menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Segala sokongan

moral, teguran dan bantuan semua tidak akan di lupakan hingga ke akhir hayat. Semoga

semua jasa baik itu di balas dengan kebaikan dari Allah S.W.T. jua.

Page 8: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

v

ABSTRAK

Tunai merupakan komponen paling penting dalam dunia perniagaan terutamanya

syarikat yang terlibat dalam industri pembinaan. Industri pembinaan berbeza dengan

industri perkilangan, ia tidak memerlukan pelaburan modal yang besar tetapi ia

memerlukan sumber kewangan yang mencukupi untuk mencapai obligasi kewangan.

Banyak syarikat yang terlibat dalam industri pembinaan gagal dalam penyiapan projek

dalam tempoh kontrak. Mengikut kajian, masalah utama kontraktor pada masa

pembinaan ialah mengenai kelambatan bayaran oleh majikan. Justeru, objektif kajian

ialah untuk mengenalpasti strategi syarikat pembinaan jika menghadapi kelambatan

bayaran dari majikan. Skop kajian terhad kepada syarikat pembinaan Kelas A dan Gred

G7 di negeri Johor. Metodologi kajian yang digunakan untuk mencapai objektif tersebut

ialah borang kaji selidik dan sesi temuramah. Data dikumpul dan dianalisis

menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science. Hasil penyelidikan

mendapati strategi syarikat untuk menghadapi kelambatan bayaran ialah dengan

meningkatkan modal syarikat iaitu dengan membuat simpanan kewangan dan

keuntungan sebelum menghadapi masalah bayaran dan penggunaan tunai projek pada

masa kelambatan bayaran. Kedua duanya merupakan strategi dalaman dan permohonan

jaminan kredit sebagai strategi luaran syarikat.

Page 9: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

vi

ABSTRACT

Cash is the most important component in any company, especially construction

companies. Construction companies are different from companies in other industries.

Construction companies do not require big investment on capital outlay but they only

require sufficient financial resources to meet their financial obligations. Many

contractors failed to finish their construction projects on time. Previous research showed

that the main reason for the failure is due to the contractors’ cash flow problems. The

main cause for this problem is delayed or non-payment by the employers. Therefore, the

objective of this research is to identify the contractors’ strategies in managing cash flow

when encountering delayed or non-payment problems by employers. The scope of the

research is limited to Class A and Grade G7 construction companies in Johor. The

methodology used in achieving this objective is by interviews and questionnaires. The

data collected is analyzed using Statistical Package for the Social Science. The analysis

shows that construction companies strategies when facing delayed payment by

employers are, one, by making financial reserve to increase the companies’ capital

before delayed payment occurs, and, two, use cash from others project as financial

backup to absorb delayed payment of project. Those two strategies are internal. The

external strategy is obtaining credit facilities from financial institutions.

Page 10: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xvii

SENARAI RAJAH xviii

SENARAI SINGKATAN xxi

SENARAI LAMPIRAN xxii

Page 11: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

viii

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Isu Penyelidikan. 4

1.3 Persoalan Kajian 7

1.4 Objektif Penyelidikan 7

1.5 Skop Penyelidikan 8

1.6 Matlamat dan Kepentingan Kajian. 8

BAB 1I PENGURUSAN ALIRAN TUNAI SYARIKAT PEMBINAAN 9

2.1 Pengenalan 9

2.2 Risiko Syarikat Pembinaan 10

2.3 Pengurusan Aliran Tunai 10

2.3.1 Tunai dan Keuntungan 14

2.3.2 Kepentingan Pengurusan Aliran Tunai 15

2.3.3 Kelebihan Pengurusan Aliran Tunai 16

2.4 Amalan Aliran Tunai 18

2.4.1 Penyediaan Bajet 18

Page 12: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

ix

2.4.2 Jenis jenis Aliran Tunai 19

2.4.2.1 Bebanan Kos 19

2.4.2.2 Jadual Kos Perlu Dibayar 19

2.4.2.3 Penerimaan Bayaran 20

2.4.2.4 Aliran Tunai Keluar dan Masuk 22

2.4.3 Analisis Aliran Tunai 22

2.4.3.1 Analisis Aliran Tunai Projek 25

2.4.3.2 Analisis Aliran Tunai Syarikat 27

2.4.4 Penyata Aliran Tunai 29

2.4.4.1 Kaedah Penyata Aliran Tunai 29

2.4.5 Jangkaan Aliran Tunai 31

2.5 Strategi Pengurusan Aliran Tunai 34

2.5.1 Keperluan Kecairan Tunai 35

2.5.2 Kos Pembinaan yang melibatkan Aliran Tunai 35

2.5.2.1 Kos Tetap 36

2.5.2.2 Kos yang Berubah 36

2.5.2.3 Kos Langsung 36

2.5.2.4 Kos Tidak Langsung 37

2.5.3 Strategi Syarikat Memaksimumkan

Aliran Tunai Masuk 38

2.5.3.1 Definisi Aliran Tunai Masuk 38

2.5.3.2 Bayaran Dari Majikan 39

2.5.3.3 Modal Syarikat 40

Page 13: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

x

2.5.3.4 Pembiayaan Luaran 45

2.5.4 Strategi Syarikat Meminimumkan

Aliran Tunai Keluar 49

2.5.4.1 Definisi Aliran Tunai Keluar 49

2.5.4.2 Pekerja dan Buruh 49

2.5.4.3 Bahan Binaan 50

2.5.4.4 Loji dan Peralatan 52

2.5.4.5 Subkontraktor 54

2.5.4.6 Perbelanjaan Am 55

2.6 Isu Aliran Tunai 56

2.6.1 Sistem akauntan yang gagal 56

2.6.2 Tanggungan Hutang Berlebihan 57

2.7 Kesimpulan 57

BAB III METODOLOGI KAJIAN 58

3.1 Pengenalan 58

3.2 Peringkat Pertama – Kajian Awalan 59

3.3 Peringkat Kedua - Pengumpulan Data 60

3.3.1 Data Primer 60

3.3.2 Data Sekunder 63

3.4 Peringkat Ketiga- Analisis Data 63

3.4.1 Kaedah Analisis 64

3.5 Peringkat Keempat – Penulisan 64

3.6 Rumusan dan Cadangan 64

3.7 Senarai Kaedah Kajian Yang Dijalankan

Page 14: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

xi

Dari Peringkat Permulaan Sehingga Tamat Kajian 65

3.8 Kesimpulan 65

BAB IV ANALISIS DATA 67

4.1 Pengenalan 67

4.2 Pemerolehan Data 68

4.3 Kaedah Analisis Data 69

4.3.1 Analisis Statistik Frekuensi 69

4.3.2 Kaedah Skala Likert 70

4.4 Penemuan Kajian 72

4.4.1 Rangka Penemuan Kajian 72

4.4.2 Latarbelakang Responden 73

4.4.3 Maklumat Umum 74

4.4.3.1 Masalah Pembayaran Projek 74

4.4.3.2 Tempoh Masa Kelambatan Bayaran 75

4.4.4 Amalan Pengurusan Aliran Tunai Syarikat 76

4.4.4.1 Penyediaan Bajet Kewangan 77

4.4.4.2 Tempoh Bajet Kewangan 78

4.4.4.3 Jangkaan Aliran Tunai 79

4.4.4.4 Tempoh Bajet Kewangan 80

4.4.4.5 PenyediaanAnalisis Aliran Tunai 81

4.4.4.6 Tempoh Analisis Aliran Tunai 82

4.4.5 Strategi Pengurusan Aliran Tunai 83

Page 15: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

xii

4.4.5.1 Strategi Keseluruhan 84

4.4.5.2 Strategi Dalaman Syarikat 85

4.4.5.3 Strategi Luaran Syarikat 96

4.5 Kesimpulan 100

BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN 101

5.1 Pengenalan 101

5.2 Rumusan 102

5.2.1 Peningkatan Modal Syarikat secara Dalaman

sebagai Strategi Utama 102

5.2.2 Strategi Kawalan Aliran Tunai Keluar 103

5.2.2.1 Polisi pengambilan Pekerja 103

5.2.2.2 Strategi mengenai Pembekal 104

5.2.2.3 Strategi mengenai Subkontraktor 104

5.2.2.4 Strategi Loji dan Peralatan 105

5.2.3 Strategi Luaran Syarikat 105

5.2.3.1 Sumber Kewangan Luar 105

5.3 Masalah yang dihadapi semasa menjalankan

Penyelidikan 106

5.4 Cadangan Penyelidikan Lanjutan 106

RUJUKAN 107

BIBLIOGRAFI 111

LAMPIRAN 112

Page 16: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Analisis Aliran Tunai Projek 26

2.2 Analisis Aliran Tunai Syarikat 28

2.3 Kaedah Langsung 30

2.4 Kaedah Tidak Langsung 31

4.1 Kaedah Skala Likert 71

4.2 Julat Skala Likert 71

4.3 Taburan Jawatan Responden 73

4.4 Masalah Pembayaran dari Majikan 74

4.5 Tempoh Kelambatan Bayaran 75

4.6 Amalan Penyediaan Bajet Kewangan 77

4.7 Tempoh Penyediaan Bajet Kewangan 78

4.8 Amalan Penyediaan Jangkaan Aliran Tunai 79

4.9 Tempoh Penyediaan Jangkaan Aliran Tunai 80

4.10 Amalan Penyediaan Analisis Aliran Tunai 81

Page 17: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

xiv

4.11 Tempoh Penyediaan Analisis Aliran Tunai 82

4.12 Peratusan Strategi Keseluruhan Syarikat

Pembinaan dalam Menghadapi Kelewatan

Bayaran 84

4.13 Peratusan Strategi Dalaman Syarikat

Sebelum Menghadapi Kelewatan Bayaran 86

4.14 Peratusan Strategi Dalaman Syarikat pada

Masa Menghadapi Kelewatan Bayaran 87

4.15 Strategi Dalaman Syarikat mengenai

Polisi Pengambilan Pekerja 88

4.16 Tahap Persetujuan 89

4.17 Strategi Syarikat mengenai Pembekal 90

4.18 Tahap Persetujuan 91

4.19 Strategi Syarikat mengenai

Subkontraktor 92

4.20 Tahap Persetujuan 93

4.21 Strategi Penggunaan Loji dan

Peralatan 95

4.22 Peratusan Strategi Permohonan Sumber

Kewangan Luar 96

4.23 Peratusan Jenis Sumber Pinjaman 98

Page 18: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

xv

SENARAI RAJAH

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Konsep Perbezaan Tunai dan Keuntungan 14

2.2 Lengkungan Kos 19

2.3 Lengkungan Pembayaran 20

2.4 Lengkungan Bayaran dari Majikan 21

2.5 Kitaran Aliran Tunai 23

3.1 Carta Proses Penyelidikan 66

4.1 Tempoh Kelambatan Bayaran 75

4.2 Tempoh Penyediaan Bajet Kewangan 78

4.3 Tempoh Penyediaan Jangkaan Aliran Tunai 80

4.4 Tempoh Penyediaan Analisis Aliran

Tunai Syarikat 82

4.5 Strategi Keseluruhan dalam Menghadapi

Kelewatan Bayaran 84

Page 19: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

xvi

4.6 Strategi Dalaman Syarikat pada Masa

Menghadapi Kelewatan Bayaran 87

4.7 Strategi Permohonan Sumber Kewangan Luar 94

4.8 Jenis Sumber Pinjaman 96

Page 20: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

xvii

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN KETERANGAN

CIDB - Construction Industry Development Board

JKR - Jabatan Kerja Raya

PKK - Pusat Khidmat Kontraktor

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPSS - Statistical Package for the Social Sciences

Page 21: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Surat pengesahan kebenaran untuk

mendapatkan maklumat kajian

B Borang Soal Selidik

C Senarai kontraktor yang terlibat

Page 22: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Tunai merupakan perkara paling utama dalam syarikat pembinaan. Banyak

syarikat pembinaan yang gagal dalam penyiapan kerja pembinaan dalam tempoh kontrak

adalah disebabkan faktor kekurangan kecairan tunai untuk menyokong operasi

pembinaan berbanding faktor kekurangan pengurusan lain1. Russell2 menyatakan lebih

60 peratus daripada kegagalan syarikat pembinaan berpunca daripada faktor ekonomi

1 Hyung K. Park,Seung H. Han, Jeffrey S. Russell, Cash flow forecasting model for general contractors using moving weights of cost categories, Journal of Management in Engineering/ October 2005 2 J. Russell, Contractor failure analysis, Journal of performance of Constructed facilities 5 (3) (1991) 163-180

Page 23: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

2

antaranya ialah kekurangan kecairan tunai dan sumber kewangan Oleh itu, persediaan

strategi kawalan aliran tunai dan sumber kewangan memberi kesan besar terhadap

perjalanan operasi dan kejayaan projek daripada terganggu3.

Industri pembinaan berbeza dengan industri perkilangan, ia tidak memerlukan

pelaburan modal yang besar tetapi ia memerlukan sumber kewangan yang mencukupi

untuk mencapai obligasi kewangan4. Umumnya, kontraktor hanya bergantung kepada

harga kontrak dalam menentukan keuntungan sesebuah projek tersebut. Sistem

pembayaran interim iaitu bayaran secara bulanan untuk kerja yang dijalankan dalam

kontrak pembinaan tidak memerlukan kontraktor mempunyai tunai yang banyak tetapi

memerlukan kontraktor mempunyai sumber sokongan kewangan dan kawalan aliran

tunai.

Secara teori, kontraktor sepatutnya dapat menjalankan projek pembinaan dengan

menggunakan bajet kewangan dari syarikat itu sendiri. Faktor tersebut ialah kontraktor

perlu membayar subkontraktor dan pembekal dalam masa 30 hari supaya subkontraktor

dapat menjalankan kerja dengan lancar dan terus mendapat bekalan dari pembekal

kerana majikan tidak semestinya akan membayar kepada kontraktor dalam masa 30 hari.

Walaubagaimanapun, terdapat banyak kes majikan lewat atau tidak membuat

pembayaran interim pada tarikh dan tempoh yang ditetapkan5. Oleh itu, Syarikat

pembinaan perlu mempunyai simpanan tunai supaya dapat menghadapi risiko

kelambatan bayaran untuk meneruskan operasi pembinaan6.

3 Min Yuang Cheng, Hsing Chih Tsai, Chih Lung Liu, Artificial Intelligence Approaches To Achieve

Strategic Control Over Project Cash Flows, Journal Automation in Construction 18 (2009) 386-393 4 John Schaufelberger (2009) Construction Business Management, Pearson Prentice Hall 5 Asniah Bt Abidin (2007), The Profile of Construction Disputes, Universiti Teknologi Malaysia 6 Nick B. Ganaway (2006), Construction Business Management, Butterworth-Heinemann Elsevier

Page 24: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

3

Kontraktor perlu sedar bahawa aliran tunai dalam industri pembinaan berbeza

dengan industri lain seperti perkilangan. Dari sudut bayaran, pengusaha kilang akan

menerima bayaran apabila pemasangan atau tempahan dibuat dengan jangkaan

penerimaan bayaran penuh dalam jangka masa yang ditetapkan. Berbeza dengan syarikat

pembinaan, operasi untuk menghasilkan produk iaitu projek adalah berasaskan kontrak

jangka masa panjang dan bayaran dibuat secara bulanan.

Tambahan pula, bayaran kontraktor terikat dengan wang tahanan untuk

memastikan kontraktor menyiapkan projek7. Perbandingan tersebut menunjukkan

keperluan tunai yang berbeza antara industri pembinaan dan industri lain serta industri

pembinaan yang bergantung kepada kontrak dengan majikan. Oleh itu syarikat

pembinaan perlu mempunyai variasi sumber tunai dan kewangan untuk menyokong

aktiviti pembinaan dan menghadapi sebarang risiko kelambatan bayaran.

7 Steven J. Peterson (2009), Construction Accounting and Financial Management, Second Edition, Pearson Prentice Hall

Page 25: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

4

1.2 Isu Penyelidikan

Pengurusan aliran tunai merupakan bahagian terpenting dalam pembinaan. Ia

penting untuk menentukan tahap tunai yang optimum dalam perniagaan8 Aliran tunai

merangkumi aliran tunai masuk dan aliran tunai keluar. Aliran tunai masuk syarikat

pembinaan banyak bergantung kepada bayaran dari majikan. Sebarang kelambatan

bayaran akan mempengaruhi operasi pembinaan. Syarikat pembinaan perlu mempunyai

strategi dalam mengekalkan aliran tunai positif dengan menggunakan sumber alternatif

lain untuk menampung kos operasi pembinaan dan menghadapi sebarang masalah

kelambatan bayaran.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Asniah Abidin9, pada proses pembinaan,

masalah mengenai bayaran dari majikan merupakan masalah utama yang dihadapi

kontraktor dalam menyiapkan projek pembinaan. Masalah bayaran yang akan

mengganggu operasi pembinaan tetapi boleh dielak jika syarikat tidak terlalu bergantung

dengan bayaran dari majikan dan mempunyai sumber kewangan alternatif serta strategi

kawalan aliran tunai.

Kekurangan sumber kewangan alternatif dan strategi aliran tunai menyebabkan

kelambatan bayaran dari majikan mempengaruhi operasi pembinaan seterusnya memberi

kesan lebih besar kepada projek tersebut. Kajian yang dibuat mengenai masalah

kelewatan pembayaran kepada kontraktor oleh Noor Zarina Bt Mohd Nazir10 mendapati

kesan utama yang berlaku disebabkan oleh kelewatan pembayaran ialah projek akan

8 Geoffrey Knott, 4th Edition (2004), Financial Management, Palgrave MacMillan 9 Ibid 5 10 Noor Zarina Bt Mohd Nazir (2006), Late Payment Problems Among Contractors in Malaysia,

Universiti Teknologi Malaysia

Page 26: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

5

tertangguh malah lebih teruk menyebabkan projek terbengkalai, Subkontraktor pula

tidak mahu menyambung kerja kerana lambat menerima bayaran dari kontraktor utama

serta kualiti kerja yang rendah. Kontraktor yang gagal menyiapkan projek mengikut

jadual masa dan kontrak boleh didenda dan disenaraihitam.

Akhbar Utusan11 pada 9 april 2010, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad

Zarkashi berkata, sebanyak enam kontraktor disenarai hitam kerana gagal menyiapkan

projek pembangunan Kementerian Pelajaran di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan

(RMK-9) membabitkan peruntukan keseluruhan bernilai RM180 juta. Beliau juga

berkata, kesemua kontraktor yang disenarai hitam itu telah diberi peluang dan surat

amaran namun masih gagal menyiapkan projek berkenaan berdasarkan tempoh masa

yang ditetapkan dan kebanyakan mereka memberikan alasan kekurangan pekerja,

masalah kewangan dan kemelesetan ekonomi semasa ketika itu.

Kemelesetan ekonomi juga mempengaruhi operasi pembinaan, oleh itu kawalan

aliran tunai keluar dan peningkatan aliran tunai masuk adalah perlu untuk mengekalkan

kewangan syarikat serta mengelak syarikat daripada bankrap. Akhbar utusan 26

disember 200912, Mohd. Rosdi Abdul Aziz berkata hampir semua projek terpaksa

dihentikan sementara. Ia berpunca daripada kegawatan ekonomi menyebabkan

kementerian lewat menyalurkan peruntukan untuk bayaran kontraktor manakala

pembekal hanya menjual bahan binaan secara tunai. Kesan kelewatan bayaran dari

majikan dan bayaran tunai kepada pembekal memerlukan syarikat pembinaan

mendapatkan alternatif selain bayaran dari majikan iaitu sumber dalaman syarikat dan

sumber luaran.

11 Hamdan Tawadi, Akhbar Utusan, 10 April 2010, 6 kontraktor disenarai hitam. 12 Akhbar Utusan, 26 Disember 2010, Teliti Permasalahan sebelum menghukum

Page 27: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

6

Berdasarkan kajian awalan secara temuramah, kelambatan bayaran akan

mengganggu aktiviti pembinaan dan kontraktor pula tidak mempunyai persediaan awal

sebelum menghadapi masalah bayaran. Kesannya, kontraktor hanya menampung operasi

pembinaan dengan jualan aset, pinjaman dari keluarga atau kenalan dan pinjaman segera

yang mempunyai kadar faedah yang tinggi.

Kesimpulannya, pelbagai faktor yang akan mempengaruhi aliran tunai syarikat

pembinaan iaitu ekonomi yang memberi kesan pada kenaikan harga minyak, bahan

binaan dan pihak pembekal yang menjual secara tunai serta wang tahanan dan

kelambatan bayaran dari majikan. Aliran tunai akan terjejas dan mengganggu operasi

pembinaan disebabkan aliran tunai syarikat yang negatif. Oleh itu syarikat perlu

mempunyai strategi dalam menghadapi masalah yang akan mempengaruhi aliran tunai

syarikat.

Page 28: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

7

1.3 Persoalan Kajian

Persoalan kajian penyelidikan Pengurusan Aliran Tunai Syarikat Pembinaan

ialah:

(a) Apakah strategi pengurusan kontraktor jika menghadapi masalah

pembayaran dari majikan.

(b) Bagaimanakah kontraktor menguruskan aliran tunai, sumber kewangan

dan sumber lain yang mempengaruhi kewangan syarikat.

1.4 Objektif Penyelidikan

Objektif penyelidikan ialah untuk mengenalpasti strategi kontraktor

menguruskan aliran tunai jika menghadapi masalah pembayaran dari majikan. Objektif

ini merangkumi amalan strategi dalaman dan luaran kontraktor dalam menguruskan

aliran tunai yang seimbang sepanjang pembinaan dan langkah langkah menghadapi

masalah kewangan dan pembayaran dari majikan.

Page 29: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

8

1.5 Skop Penyelidikan

Skop penyelidikan ini akan dibuat terhadap syarikat kontraktor yang berdaftar

dengan Pusat Khidmat Kontraktor kelas A dan Lembaga Pembangunan Industri

Pembinaan Malaysia (CIDB) gred G7 terhad di Negeri Johor.

1.6 Matlamat dan Kepentingan Penyelidikan

Kajian ini membuka minda tentang hakikat industri pembinaan yang

memerlukan kecairan tunai dan variasi dalam sumber kewangan tanpa terlalu

bergantung kepada bayaran dari majikan sebagai aliran tunai masuk dalam menyiapkan

projek. Maklumat kajian ini boleh dijadikan panduan sebagai persediaan kontraktor

merancang alternatif kewangan dan strategi pengurusan aliran tunai sebelum

menjalankan projek. Ia juga sebagai sumber rujukan mengenai langkah langkah

menghadapi masalah bayaran dari majikan dan perancangan dalam mengekalkan

kewangan yang stabil supaya projek dapat berjalan lancar walaupun mengalami

gangguan aliran tunai masuk utama iaitu bayaran dari majikan seiring dengan kualiti

kerja dan mengikut jadual masa yang ditetapkan.

Page 30: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

9

BAB 2

PENGURUSAN ALIRAN TUNAI SYARIKAT PEMBINAAN

2.1 Pendahuluan

Setelah mengenal pasti isu penyelidikan, kepentingan, objektif dan skop kajian.

Kajian kesusasteraan tentang pengurusan aliran tunai dilakukan terlebih dahulu untuk

memastikan langkah seterusnya dapat dijalankan. Bab ini mengandungi kajian

kesusasteraan mengenai teori tentang pengurusan aliran tunai termasuk amalan

pengurusan aliran tunai dan strategi mengikut elemen yang terlibat dalam operasi

pembinaan. Melalui kajian kesusasteraan yang dibuat berdasarkan objektif yang ingin

dicapai, semua maklumat strategi disenaraikan untuk penyediaan borang soal selidik

yang akan diedarkan. Hasil kajian akan dibincangkan dalam bab seterusnya.

Page 31: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

10

2.2 Risiko Syarikat Pembinaan

Syarikat pembinaan yang dilantik sebagai kontraktor bakal menghadapi pelbagai

risiko dan cabaran bermula dari kontrak yang dimeterai sehingga penyiapan projek.

Antara risiko yang melibatkan syarikat pembinaan sebagai kontraktor ialah risiko projek,

risiko perniagaan, risiko semulajadi dan risiko perubahan semasa13. Jenis jenis risiko ini

merangkumi kekurangan bahan binaan, kemalangan, cuaca, pertukaran arahan,

kekurangan kecairan tunai dan kontraktor bankrap, kenaikan harga semasa seperti bahan

dan buruh termasuk majikan yang bankrap dan majikan yang lewat14 atau tidak

membayar bayaran interim. Semua risiko yang dikenalpasti memerlukan syarikat

membuat persediaan awal sebelum syarikat menghadapi masalah yang berpunca dari

risiko tersebut terutama persediaan terhadap aliran tunai yang dapat menampung

kebanyakan risiko.

2.3 Pengurusan Aliran Tunai

Aliran tunai ialah pergerakan keluar masuk tunai syarikat. Aliran tunai masuk

ialah aliran positif yang mana syarikat menerima masuk sebarang jenis punca aktiviti

yang menghasilkan tunai. Aliran tunai keluar ialah aliran negatif yang mana tunai yang

dibayar keluar. Jumlah perbezaan antara kedua jenis aliran ini pula ialah aliran tunai

13 Simon A. Burtonshaw (2009), Risk and Financial Management in Construction, Gower Publishing Limited 14 Patricia M. Hillebrandt, Jacqueline Cannon & Peter Lansley (1995), The Construction Company in and

Out of Recession, MacMillan Press Ltd

Page 32: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

11

bersih15. Pembinaan melibatkan pengurusan aliran tunai yang menampung semua

operasi termasuk bahan, pekerja dan alatan untuk tapak projek dan pengumpulan bahan

untuk menyiapkan sesebuah projek mengikut kehendak majikan16. Industri pembinaan

mempunyai pelbagai cabaran dari usul cadangan pembangunan bermula sehingga projek

pembinaan tersebut siap termasuklah syarikat yang dilantik sebagai kontraktor untuk

menyiapkan sesebuah projek pembinaan. Cabaran yang dihadapi syarikat pembinaan

sebagai kontraktor ialah untuk memastikan :

(a) Perolehan tunai dalam akitiviti pembinaan melebihi kos operasi. Cabaran

syarikat untuk menjadikan sesebuah projek menguntungkan syarikat dengan

perolehan tunai dan kewangan melebihi segala kos yang yang ditanggung

sepanjang proses pembinaan sehingga kepada tamat tempoh tanggungan

liabiliti.

(b) Syarikat mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menampung

kewangan projek pembinaan sehingga menerima bayaran balik perbelanjaan

secara bulanan ‘Interim Payment’ diterima dari majikan. Kewangan syarikat

perlu kukuh untuk menampung semua kos operasi sekurang kurangnya

selama 2 bulan.

Pengurusan aliran tunai bermaksud pengurusan dan analisis mengenai aliran

tunai syarikat17. Pengurusan terhadap aliran tunai yang teliti dan cermat membolehkan

syarikat menganggar amaun tunai yang dimiliki dan diperlukan syarikat dalam tempoh

masa tertentu. Aliran tunai perlu diurus berdasarkan aliran tunai masuk dan aliran tunai

15 Alan Griffth & Paul Watson (2004), Construction Management and Management Practices, Palgrave MacMillan 16 John Schaufelberger (2009) Construction Business Management, Pearson Prentice Hall 17 www.businessdictionary.com

Page 33: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

12

keluar seterusnya dapat menilai samaada syarikat mempunyai kurang atau lebihan tunai

dan melihat potensi sebarang masalah.

Aliran tunai perlu seimbang dari segi simpanan dan pelaburan untuk persediaan

menghadapi masalah aliran tunai dan menjana aliran tunai masuk. Oleh itu, syarikat

perlu mempertimbangkan aktiviti aliran tunai untuk menjana kekukuhan kewangan

syarikat. Aktiviti tersebut merangkumi semua tunai yang keluar dan masuk dalam

syarikat. Antara aktiviti yang terlibat ialah :

(a) Aktiviti Operasi

Aktiviti ini termasuk semua perolehan tunai dan pembayaran yang menghasilkan

jumlah keuntungan. Operasi bermaksud semua aliran masuk dan keluar berdasarkan

kegiatan operasi yang dijalankan oleh syarikat termasuk operasi pembinaan dan operasi

bukan pembinaan sebagai sokongan.

(b) Aktiviti Pelaburan

Aktiviti ini sebagai aktiviti yang dijalankan sebagai pelaburan seperti pelaburan

aset tetap. Pembayaran tunai pada peringkat awal pelaburan merupakan aliran tunai

keluar manakala penerimaan bayaran yang berpunca dari produktiviti aset yang

dilaburkan sebagai aliran tunai masuk. Contoh pelaburan ialah pelaburan terhadap loji

dan pulangan berdasarkan produktiviti aset tersebut.

Page 34: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

13

(c) Aktiviti Pembiayaan Dana

Aktiviti ini sebagai aktiviti yang diamalkan syarikat untuk menjana kewangan

syarikat melalui tabung simpanan syarikat, pinjaman jangka panjang dan pengeluaran

syer baru.

Semua akitiviti tersebut adalah keluar masuk tunai dan bermotifkan perolehan

tunai dan keuntungan. Tunai merupakan sumber sesebuah syarikat untuk terus kekal

dalam dunia perniagaan18. Tahap keseimbangan tunai dan kewangan syarikat menjadi

petunjuk utama prestasi kekayaan sesebuah syarikat. Perniagaan boleh terus hidup tanpa

jualan dan keuntungan tetapi ketiadaan tunai, syarikat tidak dapat bertahan dalam

perniagaan seterusnya kerugian dan bankrap. Oleh sebab itu, aliran tunai masuk dan

keluar perlu dikawal dan diurus dengan efisien. Keseimbangan aliran tunai menjadi

pengukur tahap kemampuan syarikat untuk membayar perbelanjaan seperti sewa,

insuran, gaji pekerja dan sebagainya. Keseimbangan aliran tunai perlu dikawal untuk

menghasilkan keuntungan syarikat.

18 www.businesslink.gov.uk

Page 35: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

14

2.3.1 Tunai dan Keuntungan

Tunai dan keuntungan adalah perkara yang berbeza tetapi ia saling berkait19.

Perbezaan ini sangat penting kepada pihak syarikat supaya tidak terkeliru mengenai

keuntungan dan keseimbangan tunai20. Ia perbezaan pada amaun yang menjadi

keuntungan syarikat dengan amaun yang diterima dan kos yang dibayar oleh syarikat

sepanjang tahun atau sepanjang tempoh penyiapan projek21. Syarikat mungkin dapat

menganggar keuntungan syarikat dalam tempoh masa yang ditetapkan tetapi jika

syarikat tidak mempunyai tunai untuk menanggung kos operasi bagi mendapatkan

keuntungan tersebut, syarikat masih dalam kesukaran untuk mencapai keuntungan

tersebut.

Secara lazimnya, perolehan pendapatan yang diterima dan dibelanjakan syarikat

dikira sepanjang tempoh tahunan. Tunai pula adalah satu faktor yang paling penting dan

diperlukan secara segera dan harian sepanjang tempoh tersebut. Keuntungan pula tidak

dapat menampung keperluan tunai jika berlaku sebarang masalah dalam kecairan tunai

seperti kelambatan bayaran dari majikan.

: +

Rajah 2.1 : Konsep Perbezaan Tunai dan Keuntungan

Sumber : Robert Perks (2007)

19 Ibid 16 20 Robert Perks (2007), Financial Accounting Understanding & Practice, 2nd Edition, MCGraw Hill Higher Education 21 Ibid 16

Keuntungan Hasil Pulangan Kos Untuk Mencapai Hasil Pulangan

Page 36: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

15

2.3.2 Kepentingan Pengurusan Aliran Tunai

Untuk membuat keuntungan, syarikat bergantung kepada anggaran dan tawaran

harga mengikut kontrak beserta kualiti kerja dan masa yang tidak terlalu lama untuk

menyiapkan projek termasuk produk dan servis yang terbaik untuk pihak majikan22.

Walaubagaimanapun, seberapa banyak keuntungan yang bakal diperolehi syarikat

tersebut pada kontrak projek tersebut. Sekiranya syarikat tidak mempunyai kewangan

yang cukup untuk membayar setiap tunai yang perlu dikeluarkan sepanjang operasi

pembinaan seperti bayaran terhadap buruh, bahan binaan dan loji serta perbelanjaan am

sebelum syarikat menerima bayaran dari majikan, syarikat tetap tidak dapat mencapai

keuntungan kontrak tersebut. Tunai perlu diseimbangkan dengan membuat pelaburan

yang memerlukan aliran tunai keluar dan masuk serta aliran tunai perlu sentiasa berada

dalam keadaan positif sebagai petunjuk pelaburan yang memberi keuntungan kepada

syarikat.

22

Ibid 16

Page 37: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

16

2.3.3 Kelebihan Pengurusan Aliran Tunai

Pengurusan aliran tunai memberi kesan terhadap kewangan syarikat, aliran tunai

positif menjana kewangan dan keuntungan serta mempunyai banyak kelebihan dalam

membantu syarikat, contohnya23 :

(a) Hala tuju aliran tunai

Pengurusan aliran tunai dapat membantu pihak pengurusan untuk mengenalpasti

arah tuju aliran tunai mengikut pelaburan yang dikeluarkan syarikat. Syarikat dapat

melihat situasi semasa aliran tunai syarikat samada mengalami kerugian dan

kemerosotan kewangan yang memerlukan tambahan dana atau keuntungan syarikat dan

lebihan tunai yang boleh digunakan untuk pelaburan lain.

(b) Kenal pasti potensi masalah

Apabila pihak pengurusan dapat melihat situasi pelaburan syarikat dan jangkaan

yang dibuat, syarikat dapat mencari alternatif dan pelbagai usaha untuk membendung

masalah tersebut samada tambahan dana, pinjaman, tabung simpanan kewangan dan

sebagainya. Syarikat dapat mengelak dan mengurangkan masalah yang bakal dihadapi.

23 Ibid 19

Page 38: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

17

(c) Mengurangkan caj dan kadar faedah pinjaman

Pengurusan aliran tunai dapat menjangka kadar faedah optimum yang perlu

dibayar oleh syarikat terhadap pembekal dan pinjaman bank. Ini kerana tempoh

pinjaman perlu dimaksimumkan tetapi tidak memberi kesan tinggi pada caj dan kadar

faedah.

(d) Kenalpasti lebihan tunai

Melalui pengurusan aliran tunai, syarikat dapat menilai lebihan tunai yang

diterima syarikat dan ia perlu dijana semula sebagai pelaburan dan sebagai alternatif

menghadapi sebarang masalah kewangan. Syarikat boleh menjana banyak faedah dari

pelaburan seperti pelaburan aset tetap yang digunakan sebagai jaminan untuk sebarang

pinjaman dan pembiayaan.

Page 39: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

18

2.4 Amalan Aliran Tunai

2.4.1 Penyediaan Bajet

Aliran tunai dalam industri pembinaan adalah diluar jangkaan kerana bergantung

kepada bayaran dari majikan, kontraktor utama dan kerajaan, kemelesetan ekonomi dan

keadaan semasa yang berkait untuk menyiapkan projek24. Oleh itu, syarikat perlu

mempunyai bajet kewangan untuk mengukur tahap kewangan syarikat bagi menampung

operasi pembinaan25. Penganggaran bajet membantu syarikat menyediakan jangkaan

masa depan dan menampung sebarang potensi masalah dengan bajet tersebut26.

Sesetengah syarikat mempunyai keuntungan yang kukuh tetapi kekurangan tunai

pada tempoh berakhirnya projek tersebut, projek akan tergendala dan terganggu pada

akhir penyiapan sekiranya berlaku sebarang masalah yang memerlukan kecairan tunai.

Sesetengah syarikat lain pula mungkin tidak mempunyai banyak keuntungan tetapi

syarikat tersebut menghasilkan tunai yang banyak pada akhir tempoh projek tersebut.

Perbezaan antara 2 situasi tersebut adalah berpunca dari amalan penyediaan bajet

syarikat terhadap projek. Oleh itu perancangan bajet adalah perlu untuk merancang

kadar tunai syarikat.

24 Charles H. Mott (1981), Accounting and Financial Management for Construction, A. Wiley Interscience Publication 25 Ibid 7 26 Robert Perks(2007),Financial Accounting,Understanding and Practice,Second Edition, McGraw Hill Higher Education

Page 40: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

19

2.4.2 Jenis jenis Aliran Tunai

2.5.2.1 Bebanan Kos

Untuk pengurusan kawalan kos, ia perlu dipantau sepenuhnya mengikut tempoh

tertentu. Potensi masalah juga perlu diambilkira mengenai kebarangkalian masalah akan

berlaku. Bebanan kos yang ditanggung syarikat merangkumi 5 jenis kos yang menjadi

aliran tunai keluar seperti bahan binaan, buruh, subkontraktor, loji dan alatan dan

perbelanjaan am27.

Rajah 2.2 : Lengkungan Kos

Sumber : Steven J. Peterson (2009)

27 Steven J. Peterson (2009), Construction Accounting and Financial Management, Second Edition, Pearson Prentice Hall

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

110

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

PE

RA

TU

SA

N K

OS

BULAN

Page 41: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

20

2.4.2.2 Jadual Kos Perlu Dibayar

Kos didalam jadual pembayaran mesti ditentukan mengikut tempoh masa

pembayaran yang ditetapkan. Contohnya kos pekerja yang perlu dibayar mengikut

minggu dan dipisahkan dengan bayaran yang dibayar apabila syarikat menerima bayaran

dari majikan.28

Rajah 2.3 : Lengkungan Pembayaran

Sumber : Steven J. Peterson (2009)

28 Opcit

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

110

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

PE

RA

TU

SA

N K

OS

BULAN

Page 42: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

21

2.4.2.3 Penerimaan Bayaran

Aliran penerimaan bayaran dari majikan juga perlu di analisis. Kos operasi

pembinaan kontraktor perlu diserahkan untuk tujuan permohonan pembayaran. Majikan

akan membayar kadar yang berpatutan dan potongan wang tahanan juga perlu

diasingkan sehingga wang tahanan dilepaskan pada akhir penyiapan projek. Keuntungan

dan kos perbelanjaan lain juga dimasukkan ke dalan graf ini kerana keuntungan syarikat

pembinaan adalah termasuk didalam bayaran kemajuan projek.29

Rajah 2.4 : Lengkungan Bayaran Dari Majikan

Sumber : Steven J. Peterson (2009)

29 Steven J. Peterson (2009), Construction Accounting and Financial Management, Second Edition, Pearson Prentice Hall

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

110

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

PE

RA

TU

S K

OS

BULAN

Page 43: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

22

2.4.2.4 Aliran Tunai Keluar dan Masuk

Semua jenis kos dalam operasi pembinaan boleh digabungkan menjadi satu graf

untuk melihat perbezaan aliran tunai projek, syarikat dapat melihat aliran keluar masuk

syarikat sepanjang projek berjalan termasuk perbezaan bayaran keluar dan bayaran yang

diterima.30 Pengumpulan semua faktor aliran tunai dan jangkaan terhadap aliran yang

masuk dan keluar lebih dikenali sebagai Lengkungan S atau ‘S-Curve”.

2.4.3 Analisis Aliran Tunai

Amalan dalam aliran tunai memerlukan setiap keluar masuk tunai dianalisis.

Analisis yang efektif dapat membuka mata pihak pengurusan tentang perjalanan tunai

syarikat samaada syarikat mengalami kekurangan tunai atau tidak. Jika syarikat tidak

mempunyai simpanan tunai yang diperlukan, syarikat mesti membuat pinjaman dari

institusi kewangan dan alternatif lain sebagai sumber kewangan. Kos pinjaman perlu

dimasukkan dalam bajet projek termasuk kos kadar faedah pinjaman yang akan memberi

kesan terhadap keuntungan syarikat. Analisis aliran tunai juga dapat digunakan sebagai

penilaian kekurangan tunai dalam syarikat dan memerlukan tambahan kewangan dari

pemilik dan pemegang saham yang dimasukkan ke dalam akaun syarikat. Tunai

dilaburkan oleh pemilik dan pemegang saham akan dimasukkan ke dalam pelaburan

projek pembinaan yang menjadi akaun penerimaan ‘Account Receiveble’ untuk syarikat.

Akaun penerimaan adalah berdasarkan akaun terkumpul yang menjadi tunai syarikat.

30

Steven J. Peterson (2009), Construction Accounting and Financial Management, Second Edition, Pearson Prentice Hall

Page 44: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

23

Rajah 2.5 : Kitaran Aliran Tunai

Sumber : John Schaufelberger (2009)

Sebarang kelambatan penerimaan bayaran dari akaun penerimaan dalam masa 30

hingga 60 hari, aliran tunai bersih untuk projek akan menjadi negatif semasa fasa awal

projek dan akan menjadi positif pada fasa yang seterusnya. Ramalan aliran tunai pula

melibatkan analisis tentang ramalan aliran tunai untuk setiap projek. Perbelanjaan projek

dan penerimaan perlu dinilai setiap bulan dan perbezaan antara perbelanjaan dan

penerimaan adalah aliran tunai bersih. Seperti ditunjukkan didalam jadual 1, projek yang

bernilai RM 1 juta dan dalam tempoh 10 bulan, Kontrak pembinaan kebiasaannya

menetapkan lima peratus wang tahanan pada setiap bayaran semasa. Plot kumulatif

aliran tunai projek ditunjukkan pada rajah 2.6. Dapat dilihat aliran tunai berada pada

tahap negatif pada awal projek dan seterusnya meningkat pada tahap positif pada akhir

projek.

AKAUN

PENERIMAAN

PEMBEKAL DAN

SUBKONTRAKTOR

TUNAI BURUHKEMAJUAAN

PROJEK

PERBELANJAAN

PERALATAN

PERBELANJAAN

OPERASICUKAI KEUNTUNGAN

ASET LAIN MODAL ASET

Page 45: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

24

Aliran tunai memerlukan setiap projek dijumlahkan. Jadual 2.1 menunjukkan

analisis semua projek oleh syarikat untuk menilai keseluruhan tunai. Aliran tunai negatif

perlu ditanggung oleh pembiayaan selain pembiayaan projek seperti simpanan syarikat

atau pembiayaan luaran. Kebanyakan kenderaan pula ditanggung oleh pembiayaan

luaran iaitu secara pinjaman bank.

Sumber kewangan yang mencukupi sangat diperlukan untuk menanggung

operasi syarikat. Ia adalah sumber yang menanggung aliran tunai projek dan kebanyakan

syarikat pembinaan akan mendapatkan jaminan kredit dari pihak bank. Jaminan kredit

bank mempunyai persamaan kad kredit. Syarikat akan membayar bayaran premium

kepada pihak bank untuk mendapatkan pinjaman mengikut jumlah yang ditetapkan.

Kadar faedah untuk pengunaan wang pinjaman tidak akan dicajkan sehingga wang

pinjaman digunakan.

Syarikat pembinaan menggunakan jaminan kredit dari bank untuk menampung

aliran tunai yang tidak dapat dicapai melalui sumber dalaman sahaja dan pembayaran

semula kepada pihak bank setelah mendapat bayaran dari pihak majikan. Kadar faedah

hanya hanya akan dicaj berdasarkan apabila pinjaman digunakan. Semua faktor yang

dapat menampung aliran tunai syarikat seperti peratusan keuntungan yang perlu

dimasukkan ke dalam simpanan syarikat dan permohonan jaminan kredit adalah

berpunca dari analisis syarikat yang efektif yang dapat menilai kekurangan tunai dalam

syarikat.

Kesimpulannya, analisis aliran tunai adalah sangat penting untuk menilai tahap

keperluan tunai dan aliran tunai bersih. Analisis yang dibuat mengenai aliran tunai

membolehkan syarikat merancang alternatif untuk menampung aliran tunai negatif.

Analisis aliran tunai berguna untuk membuat ramalan aliran tunai, bajet operasi dan

pemerolehan pembiayaan luaran.

Page 46: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

25

2.4.4 Analisis Aliran Tunai Projek

Ketidakcukupan tunai ialah kekurangan modal atau dana yang mencukupi oleh

syarikat untuk membuat bayaran keatas semua perkara yang melibatkan kos31. Syarikat

mungkin menerima keuntungan mengikut jangkaan keuntungan pada setiap projek tetapi

projek masih lagi boleh gagal sekiranya syarikat tidak menpunyai tunai yang mencukupi

untuk menanggung dan membiayai operasi harian projek pembinaan.

Tunai yang dihasilkan dari projek ialah dari jumlah tunai pembiayaan ditolak

dari jumlah tunai yang diterima32. Penggunaan tunai merangkumi pembiayaan untuk

menjalankan operasi pembinaan sebelum menerima bayaran dari majikan. Jika jumlah

tunai untuk pembayaran adalah kurang dari jumlah tunai yang diterima, projek tersebut

telah menghasilkan tunai yang boleh digunakan oleh syarikat tersebut untuk

menanggung perbelanjaan projek lain atau menghasilkan lebihan tunai dan keuntungan

kepada pemilik.

Apabila projek menghasilkan tunai lebih dari pengeluaran tunai untuk

pembayaran, aliran tunai akan menjadi positif. Jika tunai untuk pembayaran melebihi

tunai yang diterima untuk projek tersebut, syarikat memerlukan tunai tambahan untuk

menanggung operasi projek dan aliran tunai menjadi negatif. Kebanyakan projek

pembinaan memerlukan pelaburan tunai pada awal projek dan sekiranya projek tersebut

mempunyai bajet keuntungan yang tinggi, syarikat akan memperolehi keuntungan

tersebut pada akhir projek. Syarikat pembinaan memerlukan sumber tunai yang cukup

untuk menanggung operasi projek. Syarikat perlu membayar segala aktiviti projek

31

Steven J. Peterson (2009), Construction Accounting and Financial Management, Second Edition, Pearson Prentice Hall 32

Ibid 20

Page 47: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

26

sebelum menerima bayaran dari majikan dan kekurangan tunai ketika ini akan memberi

pelbagai kesan terhadap operasi projek tersebut.

Jadual 2.1 : Analisis Aliran Tunai Projek

PENDAPATAN Anggaran Jan Feb

Pendapatan 1,300,000 95,000 100,000

Wang Tahanan 75,000 (4,750) (4,000)

Nilai Terima Bersih 1,300,000 90,250

KOS LANGSUNG

Pekerja 55,500 11,500 13,000

Bahan Binaan 176,700 25,070 35,000

Subkontraktor 700,500 59,000 53,000

Peralatan dan Loji 30,000 1,530 1,300

Jumlah Kos Langsung 962,700 97,000 102,300

ALIRAN TUNAI BERSIH (97,000) (12,050)

ALIRAN TUNAI KUMULATIF 337,300 (97,000) (109,050)

Sumber : John Schaufelberger (2009)

Page 48: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

27

2.4.5 Analisis Aliran Tunai Syarikat

Aliran tunai syarikat disediakan pada unjuran aliran tunai tahunan. Ia

mengandungi hasil pendapatan tahunan dan kos pembinaan kepada syarikat pembinaan

melalui gabungan aliran tunai dari projek projek yang dibina oleh syarikat33. Hasil

daripada gabungan tersebut menghasilkan jumlah tunai syarikat tersebut.

Syarikat tidak boleh menunggu tempoh syarikat terdesak mendapatkan tunai dan

sumber kewangan untuk mencari keseimbangan aliran tunai. Syarikat perlu aktif

mendapatkan tunai yang mencukupi untuk menampung tempoh kekurangan tunai.

Menunggu sehingga tempoh kehabisan tunai memberi risiko tinggi terhadap perniagaan.

Syarikat perlu mendapatkan pembiayaan yang cukup untuk menampung operasi yang

memerlukan masa yang lama sebelum diluluskan. Syarikat akan menghadapi tempoh

sukar dari segi kewangan sebelum menerima pembiayaan atau bantuan kewangan

tersebut.

Faktor lain pula ialah, pembiayaan adalah lebih mudah sekiranya syarikat tidak

berada dalam terdesak. Untuk syarikat yang mempunyai lebihan tunai, persediaan

unjuran tunai membolehkan syarikat merancang pelaburan lain dari tanggungan projek

lain bagi lebihan tunai tersebut.

33 Ibid 4

Page 49: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

28

Jadual 2.2 : Analisis Aliran Tunai Syarikat

Projek Jan Feb Mac April

BAKI PERMULAAN 2,000,000 1,860,360 1,220,000 (950,000) Dalam Proses Projek 1 (500,000) (100,592) 50,000 450,000 Projek 2 1,200,000 Projek Baru Projek 3 (500,000) (350,000) Aliran Tunai Bersih 700,000 (100,592) (450,000) 100,000 Jumlah Tunai Syarikat 2,700,000 1,759,768 77,000 (850,000) Perbelanjaan Operasi (50,000) (50,000) (50,000) (50,000) BAKI TUNAI BERSIH

2,650,000 1,709,768 27,000 (800,000)

Sumber : John Schaufelberger (2009)

Page 50: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

29

2.4.6 Penyata Aliran Tunai

Penyataan aliran tunai menyediakan gabungan antara amaun keuntungan yang

dihasilkan dalam sesuatu tempoh dengan amaun keseimbangan tunai samaaada

bertambah atau menurun34. Penyata aliran tunai projek merupakan penyata paling utama

dalam penyata kewangan syarikat35. Ia merupakan yang tidak ada pada imbangan duga

‘Balance Sheet’ dan penyata pendapatan ‘Income Statement’. Ia melibatkan maklumat

tentang penghasilan wang oleh syarikat dan perbelanjaan syarikat.

2.4.6.1 Kaedah Penyata Aliran Tunai

Penyataan aliran tunai mempunyai 2 kaedah untuk menerangkan aliran tunai yang dihasilkan dari operasi.

(a) Kaedah Langsung (b) Kaedah Tidak Langsung

34 Robert Perks(2007), Financial Accounting,Understanding and Practice,Second Edition, McGraw Hill Higher Education 35 Pauline Weefman (2006), Financial and Management Accounting, An Introduction, FT Prentice Hall

Page 51: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

30

(a) Kaedah Langsung

Kaedah lansung menerangkan aliran tunai masuk dari majikan dan aliran tunai

keluar kepada pembekal, pekerja dan aspek selain operasi36.

Jadual 2.3 : Kaedah Langsung

Aliran Tunai Operasi

No. Perkara £ 1 Tunai terima dari majikan 1,030,000.00 2 Tunai dibayar kepada pembekal (580,000.00) 3 Bayaran gaji (200,000.00) Jumlah 250,000.00

Sumber : Pauline Weefman (2006)

(b) Kaedah Tidak Langsung

Kaedah tidak langsung bermula dengan keuntungan operasi dan membuat

penyelarasan pada aliran tunai operasi. Kebanyakan syarikat menyediakan penyataan

aliran tunai menggunakan kaedah tidak langsung. Kebanyakan syarikat memilih kaedah

ini juga kerana ia mempunyai permulaan imbangan duga dan pengakhiran imbangan

duga serta penyata pendapatan.

36

Pauline Weefman (2006), Financial and Management Accounting, An Introduction, FT Prentice Hall

Page 52: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

31

Jadual 2.4 : Kaedah Tidak Langsung

Aliran Tunai Operasi

No. Perkara £ 1 Keuntungan Operasi 300,000.00 2 Tambahan Susut Nilai 100,000.00 400,000.00 3 (Tambahan) Inventori (150,000.00) 4 (Pengurangan) Penerimaan 30,000.00 5 (Pengurangan) Pembayaran (30,000.00) Aliran Tunai Operasi 250,000.00

Sumber : Pauline Weefman (2006)

2.4.7 Jangkaan Aliran Tunai

Jangkaan aliran tunai ialah ramalan apa yang akan berlaku sepanjang penyiapan

projek. Jangkaan aliran tunai lebih mudah difahami didalam teori tetapi sukar untuk

mengamalkannya. Perniagaan memerlukan penyediaan penyata kewangan setiap tahun

dan salah satu elemen paling penting dalan penyata kewangan tersebut ialah jangkaan

aliran tunai37. Jangkaan aliran tunai merangkumi pengurusan syarikat untuk menjangka

tempoh naik dan turun dalam keseimbangan tunai 38.

Syarikat dapat merancang pinjaman dan seberapa banyak tunai yang diperlukan.

Banyak bank dan institusi kewangan mengkehendaki jangkaan tunai syarikat tersebut

sebelum mempertimbangkan pinjaman. Jangkaan aliran tunai disediakan secara berbeza

mengikut tempoh masa iaitu selam 6 bulan hingga satu tahun. Jangkaan merupakan

perancangan terhadap arah tuju tunai syarikat. Jangkaan aliran tunai merangkumi

perancangan kerja, analisis jadual dan isu yang berkait dengan industri pembinaan.

37 David Crowtner (2004), Managing Finance, A Social Responsible Approach, Elsevier Butterworth Heinemann 38 Ibid 18

Page 53: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

32

Dalam penyediaan jangkaan aliran tunai, syarikat perlu mempertimbangkan masa

dan kaedah yang efektif serta mempunyai jangkaan dan perancangan tambahan. Paling

penting, syarikat perlu menjangka perkara paling buruk yang akan berlaku yang mana

boleh dikembangkan sebagai perancangan tambahan untuk menghadapi sebarang

masalah39. Dalam penyediaan jangkaan aliran tunai, ia termasuk40.

(a) Tunai terima

(b) Tunai dibelanjakan

(c) Lebihan atau kekurangan pada pembayaran

(d) Baki permulaan bank

(e) Baki penutupan bank

Kaedah yang diamalkan dalam jangkaan aliran tunai ialah41 :

(a) Jangkaan Aliran Tunai Projek

Ia sangat penting untuk menjangka dan analisis jangkaan aliran tunai tersebut

sebelum berkontrak. Banyak faktor yang perlu diambil iaitu jenis majikan, kerumitan

projek, teknologi, keadaan projek dan sebagainya. Jika projek mempunyai risiko yang

tinggi, syarikat perlu mempunyai bajet yang tinggi berdasarkan jangkaan aliran tunai

yang dibuat.

39 www.alpern.com 40 Ibid 19 41 Hans J. Lang/Michael DeCoursey (1983), Profitability Accounting & Bidding Strategy for Engineering

& Construction Management, Van Nostrand Reinhold Company

Page 54: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

33

(b) Jangkaan Aliran Tunai untuk Tempoh Panjang

Penyata kewangan bukan penyata aliran tunai tetapi penyata jangkaan aliran

tunai yang menjadi pendapatan syarikat sebagai sesuatu yang sesuai untuk dijadikan

jangkaan tunai untuk tempoh panjang. Pihak yang membuat jangkaan ini perlu

mempunyai pengalaman dalam menganggar kadar tunai di masa hadapan42.

(c) Jangkaan Aliran Tunai untuk Tempoh Pendek

Jangkaan ini adalah dalam lingkungan 3 bulan yang melibatkan penerimaan dan

pembayaran dalam tempoh terdekat untuk menjangka kadar tunai masuk dan keluar.

42 Coombs, Wiliam E. (1984), The Handbook of Construction Accounting & Financial Management, McGraw Hill Company

Page 55: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

34

2.5 Strategi Pengurusan Aliran Tunai

.

Pihak pengurusan syarikat perlu memahami keperluan kewangan syarikat untuk

memastikan syarikat memiliki kemampuan untuk mencapai obligasi kewangan43. Dalam

kebanyakan kes, kerja pembinaan bermula dengan tanggungan kewangan oleh syarikat

pembinaan itu sendiri. Bil dan invois akan diserahkan kepada majikan untuk

mendapatkan bayaran. Permohonan pembayaran akan diserahkan pada setiap projek

secara bulanan.

Dalam kontrak JKR 203A44, fasal 47(b) dan (d), majikan sepatutnya membayar

interim tidak melebihi dari 44 hari dari penilaian dibuat iaitu pengeluaran interim dalam

masa 30 hari dari pengeluaran perakuan interim tetapi majikan tidak semestinya

membayar dalam tempoh tersebut.

Oleh itu syarikat pembinaan perlu mempunyai strategi untuk menampung kos

operasi sepanjang kelambatan bayaran dari majikan berlaku. Syarikat perlu mempunyai

strategi memaksimumkan aliran tunai masuk dan meminimumkan aliran tunai keluar

untuk menampung kos pembinaan dalam bajet kemampuan syarikat.

43 John Schaufelberger (2009) Construction Business Management, Pearson Prentice Hall 44 Borang Kontrak JKR 203A (Semakan 10/83)

Page 56: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

35

2.5.1 Keperluan Kecairan Tunai

Syarikat pembinaan memerlukan kecairan tunai untuk membayar kos bahan,

buruh serta kos loji45. Walaupun syarikat mempunyai pembekal tetap yang

membenarkan tempoh masa yang panjang untuk pembayaran, syarikat sepatutnya

membayar sejumlah yang termampu telebih dahulu untuk memudahkan perniagaan di

masa depan.

Syarikat juga memerlukan kecairan tunai sebagai tunai untuk kecemasan untuk

menghadapi sebarang kemungkinan contohnya kemalangan yang berlaku di tapak dan

kelewatan bayaran.

2.5.2 Kos Pembinaan yang melibatkan Aliran Tunai

Projek pembinaan memerlukan sumber kewangan dan tunai yang mencukupi

untuk menampung operasi pembinaan. Ini disebabkan projek pembinaan memerlukan

kadar kos operasi yang tinggi46. Kos projek pembinaan terbahagi kepada 4 jenis kos iaitu

kos tetap, kos yang boleh berubah, kos langsung dan kos tidak langsung. Jenis jenis kos

ini mempunyai konsep yang sama dengan kos penjualan dalam industri lain.

45 Geoffrey Knott,4th Edition(1986), The Handbook of Construction Accounting & Financial Management, McGraw Hill Company 46 Ibid 2

Page 57: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

36

2.5.2.1 Kos Tetap

Kos tetap ialah kos yang tidak berubah sepanjang pembinaan tersebut tanpa

mengira tahap produktiviti47. Dengan kata lain, kos ini tetap akan dicapai walaupun tiada

penghasilan kerja yang dijalankan. Contohnya gaji pengurus tapak perlu dibayar

walaupun pengurus tapak tersebut bercuti. Contoh lain ialah perbelanjaan pejabat utama,

kos pengurusan tapak dan kemudahan yang disediakan ditapak.

2.5.2.2 Kos yang Berubah

Kos yang berubah ialah kos yang boleh turun dan naik mengikut produktiviti

tapak48. Kos ini akan meningkat ketika penggunaan produktiviti yang tinggi dan akan

menurun ketika produktiviti menurun. Contoh kos yang boleh berubah ialah bahan

binaan, kos loji, minyak dan gaji buruh yang terlibat dalam menghasilkan produk.

2.5.2.3 Kos Langsung

Kos langsung dalam pembinaan ialah bahan binaan, buruh, loji dan peralatan dan

kesemua kos ini digabungkan untuk tujuan projek pembinaan. Kos langsung dapat

dinilai setelah penyiapan projek tersebut mengikut komponen seperti dinding, lantai dan

sebagainya. Kos langsung termasuk semua kos bahan sehingga projek siap sepenuhnya

47 A.V. Hore, J.G. Kehoe,R. McMullan, M.R. Penton (1997), Construction 1-Management-Finance-

Measurement, MacMillan Press LTD 48 Opcit

Page 58: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

37

manakala kos buruh serta loji dan peralatan ialah kos untuk memasang bahan tersebut49.

Contohnya dalam kerja pemasangan pintu, kos langsung yang terlibat ialah kos bahan

untuk pintu tersebut termasuk cukai dan kos penghantaran. Kos buruh pula ialah kos

yang dibayar kepada buruh yang memasang pintu tersebut. Kunci kos langsung ialah kos

yang boleh dikira dan dibilkan mengikut komponen kerja

2.5.2.4 Kos Tidak Langsung

Kos tidak langsung terdiri kos yang boleh dinilai sehingga penyiapan projek

tetapi tidak boleh dinilai mengikut komponen kerja50. Kos tidak langsung juga termasuk

kos tidak langsung projek dan kos perbelanjaan projek. Contohnya kerja pengawasan

projek merupakan kos tidak langsung. Kos ini adalah perlu dalam penyiapan projek

tetapi ia tidak dapat dilihat pada akhir penyiapan projek tersebut. Kunci kos tidak

langsung ialah kos yang boleh dikira dan dibilkan mengikut projek tetapi tidak boleh

dibilkan mengikut komponen projek. Contohnya ialah pondok pengawal keselamatan

sementara. Ia menggunakan kos dan menjadi perkara penting sepanjang pembinaan

tetapi pada akhir penyiapan projek, pondok kawalan tersebut tidak dikategorikan dalam

projek tersebut.

49 Steven J. Peterson (2009), Construction Accounting and Financial Management, Second Edition, Pearson Prentice Hall 50 Opcit

Page 59: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

38

2.5.3 Strategi Syarikat Memaksimumkan Aliran Tunai Masuk

2.5.3.1 Definisi Aliran Tunai Masuk

Aliran tunai masuk merupakan tunai yang diterima syarikat dari hasil

aktiviti operasi, aktiviti pelaburan dan aktiviti pembiayaan51. Tunai yang diterima masuk

oleh syarikat mempunyai pelbagai jenis perolehan berdasarkan kategori aktiviti dalam

aliran tunai dan sumber yang diperoleh syarikat. Ia merangkumi juga aliran masuk

sebagai keuntungan, tunai untuk digunakan sebagai pusingan modal, pinjaman dan

sebagainya.

Aliran tunai masuk dalam industri pembinaan mempunyai pelbagai jenis sumber

untuk mengekalkan kadar tunai masuk ke dalam syarikat. Paling utama ialah bayaran

dari majikan, modal syarikat yang merangkumi simpanan keuntungan, ekuiti kewangan,

jualan aset dan peluasan operasi bukan pembinaan serta pembiayaan dari sumber luaran.

51 Ibid 15

Page 60: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

39

2.5.3.2 Bayaran Dari Majikan

Sumber utama aliran tunai projek ialah melalui bayaran interim iaitu bayaran

yang diperolehi kontraktor pada setiap bulan52. Ia merupakan bayaran yang dibuat

berdasarkan kerja kerja yang telah disiapkan53. Selain dari bergantung pada bayaran

interim, syarikat perlu mempunyai sumber kewangan lain untuk menanggung operasi

kerja untuk mencapai aliran tunai positif. Pelbagai faktor dalam bayaran interim yang

memerlukan syarikat mendapatkan sumber kewangan lain seperti jadual masa bayaran

dari pihak majikan, tunai untuk penggunaan kecemasan dan sebagainya. Kontraktor

memerlukan tambahan sumber kewangan untuk menyiapkan kerja projek apabila

majikan lambat untuk membuat bayaran pada pihak kontraktor. Contohnya pihak

majikan akan membayar bayaran kemajuan selepas 60 hari dari tarikh tuntutan bayaran

dari kontraktor, kontraktor perlu mempunyai kewangan yang mencukupi untuk

menanggung operasi projek selama 2 bulan tersebut.

Faktor wang tahanan juga memberi kesan pada aliran tunai syarikat. Wang

tahanan ialah wang yang dipegang atau ditahan oleh pihak majikan untuk memastikan

syarikat pembinaan menyiapkan projek tersebut. Wang tahanan adalah bergantung

mengikut peratus kos kerja oleh syarikat yang dituntut dari pihak majikan. Kadar wang

tahanan ialah 5 peratus kos keseluruhan projek dan 10 peratus pada setiap bayaran

interim.

52 Ibid 20 53 Alan Upson (1987), Financial Management for Contractors, BSP Profesional Books

Page 61: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

40

2.5.3.3 Modal Syarikat

(a) Simpanan Kewangan dan Keuntungan

Simpanan kewangan dan keuntungan adalah jumlah tunai yang ditetapkan oleh

syarikat untuk dijadikan simpanan berdasarkan peratusan keuntungan dan tidak

diagihkan sebagai dividen kepada pemegang saham54. Perolehan keuntungan dari aktiviti

dagangan akan disimpan semula untuk organisasi dan dilaburkan dalam pelaburan baru.

Simpanan kewangan dan keuntungan merupakan sumber kewangan yang umum dalam

strategi organisasi. Kaedah ini sepatutnya diamalkan oleh syarikat setiap masa kerana

simpanan tersebut boleh digunakan sebagai kewangan sokongan ketika menghadapi

masalah kecemasan dan bayaran. Sekiranya syarikat tidak mempunyai simpanan yang

mencukupi untuk menampung operasi, pihak pengarah boleh memasukkan pinjaman

individu tersebut kepada simpanan syarikat. Antara kelebihan dan kekurangan simpanan

keuntungan syarikat ialah

(i) Tiada Penglibatan Pihak Luar

Kelebihan simpanan kewangan dan keuntungan ialah tiada penglibatan pihak

luar dan syarikat tidak perlu memohon sumber dari kumpulan atau individu luar55. Tiada

isu tentang kos untuk menambah kewangan syarikat dan tidak perlu memaklumkan

tentang perancangan syarikat kepada orang luar seperti bank untuk mendapatkan

perjanjian. Ia kaedah yang tidak kontroversi dan tidak berkait dengan pihak luar.

54 Richard Lynch (2006), Corporate Strategy, 4th Edition,Prentice Hall 55 Opcit

Page 62: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

41

(ii) Agihan Keuntungan Berkurang

Kekurangan simpanan kewangan dan keuntungan ialah keuntungan yang

disimpan dan tidak diagihkan kepada pemegang saham dan sejumlah dividen sahaja

yang diberikan kepada pemegang saham56. Pemilik syarikat mungkin meminta dividen

tetap berdasarkan keuntungan daripada pemegang saham. Oleh itu syarikat perlu

menghasilkan keuntungan yang berpatutan. Sekiranya syarikat tidak mencapai

keuntungan, simpanan tetap diutamakan dan pemegang saham mungkin tidak menerima

dividen kerana kegagalan projek mencapai keuntungan. Ini merupakan kaedah yang

tidak sesuai kepada syarikat yang mempunyai kesukaran dalam kewangan.

(b) Pengeluaran Syer Baru

Pengeluaran syer baru ialah pengeluaran ekuiti baru dalam organisasi untuk

pemegang saham semasa dan baru atas sebab ingin menambah sumber kewangan untuk

aktiviti strategi baru57. Pengeluaran syer baru mungkin atas sebab untuk mencari

tambahan kewangan daripada pemegang syer sediaada kerana isu semasa yang betul dan

sesuai. Kaedah ini boleh mempengaruhi rombakan struktur organisasi. Tambahan tunai

diterima berdasarkan pengeluaran syer baru. Antara kelebihan dan kekurangan

pengeluaran syer baru oleh syarikat ialah :

56 Richard Lynch (2006), Corporate Strategy, 4th Edition,Prentice Hall 57 Opcit

Page 63: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

42

(i) Tiada Penglibatan Pihak Luar, Faedah Pinjaman dan Keuntungan

Kelebihan kaedah ini ialah tidak melibatkan pihak luar dan berguna apabila

jumlah modal yang besar diperlukan. Tidak seperti pinjaman bank, ia tidak berkait

dengan komitmen untuk pembayaran faedah, tiada bayaran semula keatas modal,

dividen akan dibayar hanya jika tambahan kewangan tersebut memperoleh keuntungan.

Sekiranya penjualan syer menguntungkan, syarikat pula boleh mengagihkan dividen

keuntungan tersebut. Ia sebagai hadiah kepada pemegang syer asal yang bersama

syarikat.

(ii) Perubahan Struktur dan Kos

Kekurangan kaedah ini ialah ia boleh membawa kepada perubahan struktur

organisasi pemegang syer dan membenarkan pelabur yang bersifat dominan untuk

masuk58. Perubahan struktur syarikat akan memberi kesan terhadap operasi syarikat dan

corak pengurusan juga akan berubah. Semua pengeluaran syer memerlukan kos

pengurusan seperti kos jaminan tanggungan kerugian penerbitan syer baru.

58 Richard Lynch (2006), Corporate Strategy, 4th Edition,Prentice Hall

Page 64: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

43

(c) Penjualan Aset

Tunai boleh ditambah dalam masa yang singkat dari penjualan aset seperti tanah,

harta, loji, kenderaan dan stok bahan yang dimiliki syarikat59. Tambahan kewangan ini

mungkin mengorbankan aset yang berharga dan penjualan yang merugikan kerana aset

mungkin lebih berguna untuk syarikat.60. Jualan beberapa aset syarikat yang sediaada

untuk perkembangan kewangan yang terbukti merupakan strategi utama beberapa

syarikat pada tahun 1990an. Aset yang ingin dijual perlu dinilai berdasarkan produktiviti

aset tersebut. Sekiranya aset memerlukan tanggungan lebih dari pengeluaran produktiviti

yang optimum, aset tersebut perlu dijual. Ia merupakan jalan yang jelas dimana sumber

adalah terhad. Antara kelebihan dan kekurangan penjualan aset ialah :

(i) Kaedah Mudah Dan Jelas

Kelebihan kaedah ini ialah lebih mudah, jelas, tertumpu pada kekuatan teras dan

secara jelasnya tiada kecairan dalam faedah pemegang syer61. Jualan aset boleh

difokuskan terhadap aset yang mempunyai produktiviti yang kurang atau mempunyai

tanggungan penyelenggaraan yang tinggi. Syarikat akan memperoleh tunai dari jualan

tersebut.

59 Alan Upson (1987), Financial Management for Contractors, BSP Profesional Books 60 Richard Lynch (2006), Corporate Strategy, 4th Edition,Prentice Hall 61 Opcit

Page 65: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

44

(ii) Kaedah drastik

Kekurangan kaedah ini ialah penjualan aset merupakan keputusan syarikat yang

drastik, tiada jalan pulang and tekanan dalam pilihan sekiranya tiada keutamaan62.

Penjualan aset adalah pada tahap kurang dari harga sebenar bergantung kepada masa

penjualan. Harga yang dijual tidak lagi sama dengan harga pembelian. Penjualan boleh

merugikan sekiranya kurangnya pertimbangan keseluruhan sebelum membuat jualan

seperti penggunaan aset yang mempunyai produktiviti tinggi dan kos untuk

mendapatkan semula aset tersebut sekiranya memerlukan termasuk sewaan dan

pinjaman.

(iii) Pandangan pihak pemberi pinjaman

Kekurangan kaedah ini juga ialah pihak yang memberikan pinjaman kepada

syarikat akan melihat situasi syarikat yang mengalami masalah kewangan63. Pihak

terlibat akan memberi penekanan supaya bayaran pinjaman disegerakan. Pihak pemberi

pinjaman akan melakukan segala usaha demi menjaga kepentingan pihaknya dilindungi.

62 Richard Lynch (2006), Corporate Strategy, 4th Edition,Prentice Hall 63 Alan Upson (1987), Financial Management for Contractors, BSP Profesional Books

Page 66: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

45

2.5.3.4 Pembiayaan Luaran

(a) Pinjaman

Pinjaman merupakan salah satu strategi syarikat bagi mendapatkan sokongan

kewangan. Kaedah ini dapat memaksimumkan tunai syarikat tetapi bayaran balik

pinjaman dan kadar faedah perlu diambilkira. Pinjaman dari bank dan intitusi kewangan

merupakan sumber utama kewangan perniagaan di negara yang mana banyak syarikat

kurang mengamalkan pegangan syer dalam operasi perniagaan64. Ada juga disesetengah

negara dimana bank memainkan peranan penting dalam pegangan syer dalam syarikat

contohnya di Jepun dan Jerman.

Pinjaman jangka pendek merupakan pinjaman yang perlu dibayar kurang dari

setahun. Biasanya ia membawa kepada kadar faedah yang tinggi. Pinjaman jangka masa

panjang pula merupakan pinjaman yang perlu dibayar dalam jangka masa tertentu yang

lebih dari setahun65. Kebiasaannya kadar faedah untuk pinjaman jangka masa panjang

adalah murah tetapi membawa kepada bebanan syarikat.

Pinjaman untuk syarikat boleh dibuat dengan pelbagai cara, dengan kadar faedah

dan jangka masa pinjaman samada secara tetap atau berbagai. Pinjaman memerlukan

cagaran pada aset syarikat, jika syarikat tidak mampu membayar pinjaman tersebut,

bank akan mengambil aset yang dicagarkan. Bayaran balik pinjaman merupakan amaun

tetap yang perlu dibayar walaupun syarikat menerima keuntungan yang sedikit atau

kerugian kadar faedah yang dicajkan adalah pada kadar yang sama.

64 Richard Lynch (2006), Corporate Strategy, 4th Edition,Prentice Hall 65 Opcit

Page 67: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

46

Kajian risiko memainkan peranan penting dalam penilaian pemberi pinjaman

tentang pinjaman terhadap syarikat. Prestasi syarikat, prospek strategi baru, kualiti

cagaran aset dan hubungan peribadi jangka panjang antara kedua pihak, semua faktor

tersebut mempunyai pengaruh dalam sumber bantuan kewangan66. Syarikat perlu berada

dalam keadaan positif pada semua faktor tersebut yang menjadikan peluang dan

penilaian yang tinggi untuk pemberian pinjaman. Antara kelebihan dan kekurangan

pinjaman ialah :

(i) Struktur Kekal dan Pengekalan Modal Syarikat Lebih Tinggi

Pinjaman mungkin murah, cepat dan pengekalan struktur pemegang syer sediada.

Kaedah ini juga sulit dan tanpa pengetahuan umum67. Dengan bayaran pinjaman lebih

sedikit untuk setiap bulan, syarikat dapat mengekalkan kadar modal syarikat untuk

menanggung kos operasi pembinaan dari sebarang masalah kelambatan bayaran.

(iii) Bebanan Bayaran Bulanan untuk Tempoh Yang Lama

Kaedah ini boleh menyukarkan dan melibatkan risiko yang bertambah untuk

syarikat68. Tarikh pembayaran dan keperluan untuk bayaran faedah adalah keadaan yang

paling membebankan jika syarikat mula menunjukkan tanda tanda kelemahan.

Pembayaran dalam tempoh yang lama lebih membebankan untuk masa hadapan

syarikat. Syarikat akan terikat dengan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan dan

sebarang ketidakseimbangan kewangan syarikat akan memberi kesan terhadap

pembayaran pinjaman.

66 Richard Lynch (2006), Corporate Strategy, 4th Edition,Prentice Hall 67 Opcit 68 Opcit

Page 68: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

47

(b) Pengurangan dalam Pinjaman Jangka Pendek

Strategi syarikat dalam pinjaman pula ialah syarikat perlu lebih memilih

pinjaman jangka panjang dan kurangkan penggunaan pinjaman jangka pendek. Pinjaman

jangka pendek terdiri daripada semua modal yang dimiliki oleh organisasi yang perlu

dibayar dalam jangka masa setahun69. Organisasi boleh mengurangkan tanggungan

bayaran pinjaman jangka masa pendek dengan menggunakan salah satu cara tersebut:

(i) Bayaran kredit lebih lambat

Bayaran pinjaman lebih lama bermakna modal tersebut disimpan dalam syarikat

lebih lama dan modal tersebut boleh digunakan untuk pelaburan.

(ii) Mengurangkan stok

Pulangan stok organisasi merupakan nisbah pulangan bagi stok, penilaian

kebolehan untuk operasi dengan stok paling rendah. Semakin rendah modal yang

dilaburkan dalam stok dapat memberi penambahan terhadap organisasi untuk menambah

modal bagi penggunaan lain.

Kaedah mengawal aliran tunai ini mempunyai pelbagai kelebihan dalam

mengekalkan modal untuk menanggung kos operasi semasa syarikat. Ia melibatkan

kecekapan dalam penggunaan modal organisasi.70 Tempoh pinjaman perlu

dimaksimumkan supaya pinjaman tersebut kekal sebagai modal syarikat. Sepanjang

69 Richard Lynch (2006), Corporate Strategy, 4th Edition,Prentice Hall 70 Opcit

Page 69: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

48

tempoh pinjaman tersebut, anggaran yang dibuat mengenai kadar faedah dapat

mengoptimumkan tempoh dan penggunaan pinjaman. Kaedah ini adalah sukar untuk

dicapai jika organisasi tidak mempunyai kecekapan dalam operasi dan kewangan71.

Melambatkan bayaran kredit berisiko menambah beban pinjaman sekiranya silap

anggaran yang optimum.

71 Opcit

Page 70: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

49

2.5.4 Strategi Syarikat Meminimumkan Aliran Tunai Keluar

2.5.4.1 Definisi Aliran Tunai Keluar

Tunai yang digunakan untuk membayar semua aktiviti operasi, aktiviti pelaburan

dan aktiviti pembiayaan72. Aliran tunai keluar dalam industri pembinaan ialah

penggunaan tunai syarikat untuk menanggung segala aktiviti dan operasi pembinaan

termasuk bayaran buruh, pembekal, subkontraktor dan segala tanggungan dari pemilikan

tapak sehingga penyerahan tapak kepada majikan. Aliran tunai keluar perlu

diminimumkan untuk mendapat keuntungan lebih tinggi.

2.5.4.2 Pekerja dan Buruh

Faktor yang paling mempengaruhi aliran tunai keluar syarikat ialah pekerja dan

buruh73. Gaji buruh perlu dibayar pada setiap minggu atau setiap 2 minggu. Dalam

tempoh operasi projek, syarikat perlu menanggung semua bayaran gaji pekerja sebelum

menerima bayaran dari pihak majikan. Pengaruh wang tahanan juga akan mempengaruhi

pembayaran gaji buruh. Oleh itu syarikat perlu mempunyai sumber kewangan yang

kukuh samaada sumber dalaman syarikat atau sumber luaran syarikat.

72 Ibid 17 73 Steven J. Peterson (2009), Construction Accounting and Financial Management, Second Edition, Pearson Prentice Hall

Page 71: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

50

Kontraktor perlu mempunyai strategi terhadap polisi penggunaan pekerja untuk

mengurangkan aliran tunai keluar. Ini kerana kos untuk menanggung pekerja dan buruh

sangat mempengaruhi kos keseluruhan. Pemilihan pekerja juga suatu tanggungan

jangkaan masa panjang. Kontraktor perlu memilih jenis pekerja yang sesuai dan

optimum dengan jenis dan nilai projek.

Produktiviti buruh perlu setimpal dengan bayaran upah. Strategi kontraktor dari

sudut buruh ialah mengurangkan kuantiti buruh pada tahap optimum tanpa menjejaskan

produktiviti dan jadual kerja projek. Kos buruh pula termasuk kos pembayaran kepada

syarikat yang mendaftarkan buruh tersebut dan kos pembayaran gaji terhadap buruh

dalam pembinaan. Ia melibatkan semua wang yang digunakan untik buruh tersebut

seperti bayaran kos keselamatan, perubatan dan semua bayaran yang melibatkan

mengenai buruh.

2.5.4.3 Bahan Binaan

Keperluan tunai dipengaruhi dari penggunaan bahan untuk projek. Tempoh

pembayaran kepada pembekal bahan binaan adalah berbeza mengikut syarikat.

Pembekal bahan binaan perlu dibayar tanpa terlibat dengan akaun syarikat pembinaan

samaada bayaran dari majikan diterima atau tidak74. Kebiasaannya pembekal

menetapkan pembayaran dalam masa 10, 15 atau 30 hari selepas bil dikeluarkan.

Tempoh masa pembayaran kepada pembekal memberi kesan kepada syarikat dalam

keperluan tunai yang stabil

74 Steven J. Peterson (2009), Construction Accounting and Financial Management, Second Edition, Pearson Prentice Hall

Page 72: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

51

Majoriti kontraktor menjalankan operasi pembinaan dengan menggunakan sistem

kredit dari pembekal75. Sistem ini ialah bahan binaan akan dihantar ke tapak tanpa

bayaran sehingga akhir bulan yang berikutnya. Kaedah ini merupakan bantuan

kewangan yang diamalkan oleh majoriti kontraktor dan sebagai pengekalan modal

syarikat dan kawalan aliran tunai keluar. Tempoh bayaran yang diamalkan untuk

kemudahan kredit dari pembekal ialah sebulan selepas bahan dihantar76. Kebiasaannya,

sistem kredit dari pembekal ini memberi diskaun bayaran sebanyak 2 peratus dalam

tempoh 15 hari bekalan bahan dihantar ditapak. Sistem ini dikenali sebagai sistem 2.½

iaitu 2 untuk diskaun yang diberikan dan ½ untuk 15 hari dari tempoh penghantaran

bahan.

Kos bahan binaan ialah bekalan atau bahan yang dibeli oleh syarikat dan

dipasang atau digabung pada projek seperti tingkap, pintu dan konkrit. Kos

pengangkutan bahan dan penyimpanan bahan perlu dimasukkan dalam kos tersebut

termasuk cukai pembelian. Kos bahan tersebut tidak termasuk sebarang kos buruh yang

membuat pemasangan bahan tersebut.

75 Alan Upson (1987), Financial Management for Contractors, BSP Profesional Books 76 Patricia M. Hillebrandt, Jacqueline Cannon & Peter Lansley (1995), The Construction Company In and

Out of Recession, MacMillan Press Ltd

Page 73: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

52

2.5.4.4 Loji dan Peralatan

Strategi syarikat untuk loji dan peralatan ialah dari segi jenis penggunaan loji

tersebut. Kadar bayaran optimum dan produktiviti penggunaan loji perlu diambil kira

penggunaan yang lebih sesuai samaada pembelian atau penyewaan. Pembelian loji dan

peralatan akan lebih optimum sekiranya penggunaannya untuk tempoh yang lama

manakala untuk tempoh yang singkat untuk penggunaan loji tersebut, penyewaan adalah

lebih optimum. Penyewaan tidak memerlukan syarikat memberikann komitmen bayaran

dan bayaran cukai tetapi caj sewaan bulanan mungkin lebih tinggi berbanding

pembelian.

Loji dan peralatan boleh disewa sebagai alternatif kepada pembelian.

Perbandingan perlu dibuat samaada pembelian atau penyewaan yang lebih sesuai

mengikut penggunaan. Tunai juga diperlukan untuk menampung kos loji dan alatan

untuk pembinaan projek. Apabila loji dan alatan disewa dalam jangka masa pendek iaitu

secara harian atau mingguan dan jangka masa panjang iaitu bulanan, loji dan alatan

tersebut memerlukan tunai seperti bahan binaan juga77. Ia memerlukan kontraktor

menggunakan tunai syarikat untuk menanggung kos penggunaan loji dan alatan tersebut.

Penyewaan merupakan suatu pinjaman dimana organisasi memilih untuk

membayar sewaan sesuatu aset dalam jangka masa tertentu, kemungkinan pilihan untuk

membeli aset pada akhir jangka masa penyewaan tersebut78. Contohnya, syarikat

mungkin membuat penyewaan terhadap kenderaan penghantaran daripada membelinya.

Penyewaan dari syarikat yang pakar adalah penting dalam sesetengah negara dimana

77 Steven J. Peterson (2009), Construction Accounting and Financial Management, Second Edition, Pearson Prentice Hall 78 Richard Lynch (2006), Corporate Strategy, 4th Edition,Prentice Hall

Page 74: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

53

kelebihan cukai dan syarikat tidak perlu untuk membelinya. Syarikat juga tidak perlu

mencari lebih peruntukan untuk membelinya.

Penyewaan adalah jelas, cepat dan tiada cukai. Ia merupakan kaedah untuk

meningkatkan pulangan pada modal kerana penyewaan dapat mengurangkan modal dari

organisasi tersebut79. Kaedah ini terhad dalam skop dan tiada pemilikan pada akhir masa

kecuali telah ada persetujuan dan perjanjian.80

(a) Pembiayaan Pembelian Peralatan Secara Hutang

Pembiayaan pembelian peralatan secara hutang untuk melindungi modal untuk

membiayai keperluan aliran tunai. Modal untuk peralatan perlu dibeli samaada

menggunakan strategi sewaan sendiri atau menggunakan peralatan secara pinjaman.

Konsep ini ialah mendapatkan setiap peralatan yang diperlukan daripada kos pinjaman

atau kos sewaan tanpa membelinya. Ia boleh menjimatkan sumber kewangan syarikat

untuk menampung keperluan tunai lain. Sekiranya tunai digunakan untuk membeli

peralatan, syarikat kemungkinan akan menghadapi kekurangan tunai dan mengganggu

keperluan aliran tunai yang menyebabkan perniagaan gagal.

79 Richard Lynch (2006), Corporate Strategy, 4th Edition,Prentice Hall 80 Opcit

Page 75: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

54

2.5.4.5 Subkontraktor

Pelantikan subkontraktor adalah satu kelebihan dalam pengurangan aliran tunai

keluar81. Subkontraktor akan dibayar selepas kontraktor utama dibayar. Oleh itu

kontraktor utama dapat menjalankan kerja dengan penggunaan kos bahan, buruh, loji

dan peralatan dari subkontraktor tersebut daripada menggunakan tunai sendiri.

Kontraktor utama juga akan membuat wang tahanan terhadap subkontraktor sebagai

jaminan penyiapan kerja dan ia mengurangkan bayaran tunai kepada subkontraktor dan

aliran tunai keluar.

Syarikat juga boleh mengamalkan strategi dengan menetapkan kontrak bersama

subkontraktor tentang bayaran akan dibuat kepada subkontraktor sekiranya kontraktor

utama terlebih dahulu menerima bayaran dari majikan82. Strategi ini lebih praktikal dan

lebih selamat untuk kontraktor utama tetapi mungkin memberi kesan terhadap

subkontraktor dan kerja kerja subkontraktor.

Kos untuk subkontraktor pula ialah semua kerja yang dijalankan oleh

subkontraktor tersebut untuk projek pembinaan. Subkontraktor mestilah termasuk buruh

yang menjalankan kerja subkontraktor tersebut dan mungkin termasuk bekalan bahan

binaan, loji dan peralatan serta lain lain mengikut perjanjian yang dibuat antara

kontraktor utama dan subkontraktor.

81 Ibid 79 82 Patricia M. Hillebrandt, Jacqueline Cannon & Peter Lansley (1995), The Construction Company In and

Out of Recession, MacMillan Press Ltd

Page 76: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

55

2.5.4.6 Perbelanjaan Am

Perbelanjaan am perlu dikawal untuk mengurangkan aliran tunai syarikat.

Perbelanjaan am merujuk kepada kos yang tidak dapat dinilai secara khusus dalam

penyiapan projek83. Ia juga dirujuk sebagai kos tidak lansung. Perbelanjaan am termasuk

semua kos yang melibatkan pejabat utama dan pengawasan yang melibatkan projek

tersebut.

Kos dalam perbelanjaan am ialah kos yang tidak dikategorikan mana mana kos

buruh, bahan binaan, loji dan peralatan atau subkontraktor dan ia merupakan kos yang

digunakan untuk menyiapkan projek tersebut84. Ia termasuk servis iaitu pengukuran,

tandas sementara dan kemudahan serta bahan yang tidak digabungkan pada projek

tersebut seperti bahan yang digunakan didalam pejabat sementara dan kemudahan lain.

83 Steven J. Peterson (2009), Construction Accounting and Financial Management, Second Edition, Pearson Prentice Hall 84 Opcit

Page 77: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

56

2.6 Isu Aliran Tunai

2.6.1 Sistem akauntan yang gagal

Banyak kontraktor yang gagal adalah disebabkan kegagalan dalam menilai rekod

akaun untuk menentukan status kewangan projek. Kelambatan pembayaran dari majikan

memberi kesan kekurangan aliran tunai. Kombinasi tidak memanfaatkan imbangan duga

‘Balance Sheet’, penyata pendapatan ‘Income Statement’ dan laporan kos kerja dengan

masalah kelambatan memberi kesan terhadap status kewangan85. Pihak pengurusan

mungkin tidak dapat menilai tahap kesukaran kewangan syarikat sehingga kewangan

menjadi lebih teruk. Ia bertambah sukar untuk mengambil tindakan pembetulan apabila

pihak pengurusan lewat mengesan tahap kesukaran kewangan.

85 John Schaufelberger (2009) Construction Business Management, Pearson Prentice Hall

Page 78: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

57

2.6.2 Tanggungan Hutang Berlebihan

Keperluan aliran tunai adalah dari sumber dalaman atau dari hutang dan

pinjaman. Sesetengah kontraktor bergantung pada hutang dan pinjaman untuk

memperbaiki kerugian kerana syarikat kekurangan modal dan ekuiti. Tanggungan

hutang berlebihan boleh menyebabkan aliran pendapatan sebagai sumber modal syarikat

tidak berkembang atau berkurang 86 . Kos pinjaman perlu dimasukkan dalam kadar kos

perbelanjaan perniagaan ’Overhead’. Kadar kos perbelanjaan yang tinggi boleh

menyebabkan pasaran syarikat pembinaan tidak kompetetif.

2.7 Kesimpulan

Berdasarkan kajian kesusasteraan, pelbagai jenis amalan pengurusan aliran tunai

yang boleh diamalkan syarikat untuk mengkaji situasi semasa aliran tunai dan jangkaan

masa hadapan. Amalan tersebut merangkumi bajet kewangan, analisis dan jangkaan

aliran tunai. Strategi aliran tunai juga mempunyai pelbagai elemen yang perlu

dilaksanakan untuk menampung tunai jika syarikat pembinaan mengalami masalah

pembayaran dari majikan. Strategi syarikat merangkumi strategi dalaman iaitu simpanan

kewangan dan keuntungan, jualan aset dan penjualan syer baru untuk meningkatkan

modal syarikat. Elemen strategi lain pula merangkumi strategi syarikat mengenai buruh

dan pekerja, subkontraktor, pembekal, penggunaan loji dan peralatan serta perbelanjaan

am. Syarikat juga perlu mengambilkira sumber kewangan luar yang merangkumi

jaminan kredit, tabung kerajaan, overdraf dan juga debentur.

86 Opcit

Page 79: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

58

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 – Pengenalan

Sesuatu kajian penyelidikan yang ingin dilaksanakan mestilah mempunyai

perancangan yang teliti dan rapi. Ia perlu dirangka dari peringkat awal bagi memastikan

kajian yang dilakukan berjalan dengan lancar dan tidak berlaku sebarang masalah pada

peringkat pengumpulan data dan seterusnya pada peringkat analisis data yang diperolehi.

Bab ini menerangkan tentang metodologi kajian. Metodologi kajian ialah suatu

pendekatan atau prosedur yang digunakan untuk mencapai matlamat kajian yang dibuat.

Keberkesanannya adalah bergantung kepada kajian yang dibuat iaitu samada metodologi

Page 80: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

59

yang digunakan sesuai dalam mencapai objektif kajian atau tidak. Dengan menggunakan

kaedah penyelidikan yang sesuai dan cara menganalisis data yang diperolehi untuk

mencapai objektif kajian ini. Data akan diperolehi melalui borang soal selidik yang

diedarkan kepada responden dan borang temuramah berstruktur.

Dalam bab ini juga, penerangan secara terperinci terhadap proses pengumpulan

data sehinggalah proses menganalisis data akan diterangkan. Seterusnya pemilihan

kaedah penyelidikan yang bersesuaian akan dilakukan apabila kesemua maklumat

diperolehi.

3.2 Peringkat Pertama – Kajian Awalan

Pada peringkat ini, satu kajian kesusasteraan peringkat pertama akan

dijalankan untuk memahami dan mendapat gambaran tentang tajuk yang dikaji. Kajian

kesusasteraan dibuat dengan merujuk tesis lalu, majalah, jurnal, buku rujukan dan

sumber dari internet. Selain itu, slot perbincangan dengan penyelia, pensyarah dan

juga orang perseorangan juga dibuat bagi mendapatkan pandangan dan komen

berkenaan kajian yang dibuat. Berdasarkan kajian awalan yang terdapat dalam bab 2,

kajian akan dibentuk bagi mendapatkan data-data yang berkenaan untuk mencapai

objektif kajian.

Page 81: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

60

3.3 Peringkat Kedua - Pengumpulan Data

Pengumpulan data adalah perkara yang penting dalam sesebuah kajian kerana ia

dapat membantu analisis kajian dan seterusnya kesimpulan dapat dilakukan bagi

menyokong objektif kajian. Data yang dikumpul perlulah berkait dan dapat membantu

mencapai objektif. Terdapat dua cara pengumpulan data yang boleh dilakukan bagi

mendapatkan data-data yang berkualiti dan tepat. Antaranya ialah seperti :

(a) Data Primer (Primary Data)

(b) Data Sekunder (Secondary Data)

3.3.1 Data Primer (Primary Data)

Data primer adalah data yang belum pernah diperolehi oleh orang lain. Data ini

penting untuk dianalisis bagi tujuan mendapatkan keputusan yang boleh menyokong

objektif kajian. Pengumpulan data primer boleh diperoleh secara terus daripada

pihak responden yang telah dipilih. Bersesuaian dengan kajian yang dibuat,

pengumpulan data primer yang dijalankan adalah melalui kaedah temubual

berstruktur dan borang soal selidik. Mengikut kaedah ini, borang temu bual

berstruktur dan borang soal selidik perlu disediakan untuk setiap respondan bagi

tujuan mengumpul data primer. Pengumpulan data primer dengan menggunakan

kaedah temubual berstruktur dan borang soal selidik adalah untuk tujuan mencapai

objektif kajian iaitu mengenalpasti strategi kontraktor menguruskan aliran tunai jika

menghadapi masalah pembayaran dari majikan.

Page 82: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

61

Responden yang terlibat dalam pengumpulan data primer ini adalah pihak

kontraktor yang berdaftar di bawah (PKK) kelas A dan CIDB kelas G7 yang sedang

menjalankan projek pembinaan sahaja dan secara lebih khusus ialah kepada akauntan

syarikat pembinaan atau individu yang dilantik untuk menguruskan perihal kewangan

syarikat. Populasi kajian adalah melibatkan 35 syarikat pembinaan untuk borang soal

selidik di negeri Johor.

Pemilihan soalan-soalan yang akan dikemukakan didalam borang soal selidik ini

adalah terbahagi kepada 3 bahagian :

(a) Bahagian I : Latar belakang syarikat.

(b) Bahagian II : Latar belakang responden

(c) Bahagian III : Pengurusan Aliran Tunai Syarikat Pembinaan

Soalan-soalan yang direkabentuk dalam borang soal selidik adalah berdasarkan

tiga kaedah iaitu kaedah ‘open ended’, ‘category’ dan ‘yes or no’. Setiap soalan yang

direkabentuk dalam borang soal selidik adalah berkenaan dengan tajuk kajian sahaja. Ia

adalah penting untuk memenuhi dan mencapai objektif dalam kajian.

Untuk memperjelaskan lagi struktur borang soal selidik, berikut adalah ringkasan

bahagian-bahagian soalan yang akan dikemukakan di dalam borang soal selidik :

Bahagian I : Latar Belakang Syarikat.

Bahagian I borang soal selidik adalah mengenai latar belakang

responden yang akan menjelaskan secara ringkas mengenai nama firma, alamat

syarikat. Antara soalan yang dikemukakan adalah seperti :

Page 83: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

62

(a) Nama Syarikat

(b) Alamat Syarikat

(c) Cop Syarikat

Bahagian II : Latar Belakang Responden

Bahagian II borang soal selidik akan menyentuh mengenai maklumat

responden. Antara soalan yang dikemukakan dalam babagin ini adalah seperti :

(a) Nama responden

(b) Jawatan responden dalam syarikat

Bahagian III : Pengurusan Aliran Tunai Syarikat Pembinaan

Bahagian III borang soal selidik akan menyentuh mengenai semua elemen

yang berkait dengan aliran tunai syarikat termasuk maklumat umum, amalan dan

strategi kontraktor menguruskan aliran tunai jika menghadapi masalah pembayaran dari

majikan.

Page 84: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

63

3.3.2 Data Sekunder (Secondary Data)

Pengumpulan data sekunder merupakan proses yang sangat penting dalam

menyokong tajuk kajian . Data sekunder akan diperoleh melalui sumber-sumber seperti:

(a) Tesis

(b) Buku-buku rujukan

(c) Jurnal

(d) Keratan akhbar

3.4 Peringkat Ketiga – Analisis Data

Setelah segala maklumat dan data diperolehi dari borang soal selidik dan temu bual,

analisis data akan dibuat selepas kesemua data dapat dikumpulkan. Analisis data adalah perkara

yang penting dalam menjalankan penyelidikan. Apabila semua data sudah mencukupi, ia akan

dikumpulkan, dikaji, disusun dan dianalisis sebelum ia ditukar kepada maklumat yang berguna

kepada kajian. Tujuan analisis dibuat adalah bertujuan untuk mendapatkan jawapan kepada

segala penilaian yang dilaksanakan dan interprestasi data. Interprestasi data akan memberi

penjelasan terhadap data-data kasar yang diperolehi dan juga mentafsir kepada bentuk grafik

sama ada melalui graf, jadual atau cara yang boleh memberi penjelasan dan erti yang

diperlukan kepada data tersebut.

Page 85: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

64

3.4.1 Kaedah Analisis

Data-data yang diperolehi daripada responden berkenaan dengan tajuk kajian

akan dinilai serta dianalisis dan dibandingkan teori pelaksanaan dan strategi pengurusan

aliran tunai yang telah dibincangkan pada bab 2.

3.5 Peringkat Keempat – Penulisan

Seterusnya, setelah semua maklumat telah dianalisis dalam bentuk yang jelas dan

mudah difahami. Maklumat yang diperolehi akan diterjemahkan dalam bentuk penulisan

untuk didokumenkan. Sebarang semakan dan pembetulan akan dibuat pada peringkat

ini.

3.6 Rumusan dan Cadangan

Rumusan dan cadangan akan dibuat berdasarkan hasil analisis yang diperolehi

melalui penyelidikan. Rumusan yang baik akan dapat dibuat apabila analisis diterangkan

dengan jelas dan tepat berdasarkan data-data yang telah dikumpulkan. Ia penting untuk

menghasilkan rumusan dan dapat memberi cadangan yang bernas.

Page 86: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

65

3.7 Senarai Kaedah Kajian Yang Dijalankan Dari Peringkat Permulaan

Sehingga Tamat Kajian

Perjalanan peringkat kajian dari permulaan sehingga tamat perlu dirancang

dengan baik bagi mendapatkan hasil kajian yang sempurna. Kajian akan dijalankan

mengikut cara yang telah dirancang seperti rajah 3.1.

3.8 Kesimpulan

Bab ini telah menerangkan tentang kepentingan metodologi dan kaedah

pelaksanaan kajian. Penerangan juga meliputi mengenai peringkat kajian yang perlu

dilaksanakan dalam bab ini, contohnya seperti kajian awalan, pengumpulan data, analisis

data dan juga penulisan. Dalam kajian ini, kaedah temubual berstruktur dan borang soal

selidik telah dipilih oleh kerana ia bersesuaian dengan tajuk kajian ini iaitu pengurusan

aliran tunai syarikat pembinaan.

Page 87: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

66

Pemilihan Tajuk dan Cadangan Penyelidikan

Kajian Kesusasteraan

Penentuan Kaedah Penyelidikan

Penentuan Teknik Penyelidikan

Pembentukan Data Sumber Utama dan Data Sumber Kedua

Penyusunan Data

Data Analisis

Penulisan

Rumusan dan Cadangan

Rajah 3.1 : Proses Penyelidikan

Dr. S. G. Naoum (2007)

Page 88: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

67

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti strategi pengurusan aliran tunai jika

kontraktor menghadapi masalah pembayaran dari majikan. Kajian ini merangkumi

masalah bayaran yang dihadapi kontraktor, amalan pengurusan aliran tunai, strategi

dalaman dan luaran syarikat.

Bab ini merupakan penentu pencapaian kajian yang dijalankan samaada

mencapai objektif yang ditetapkan atau tidak. Analisis kajian dibuat berasaskan data

Page 89: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

68

yang diperolehi dan dihubungkaitkan dengan objektif iaitu mengenalpasti strategi

pengurusan aliran tunai jika kontraktor menghadapi masalah pembayaran dari majikan

serta ulasan teori dari bab 2. Pada akhir bab ini, huraian berbentuk kesimpulan akan

dibuat sebagai penentu pencapaian objektif.

4.2 Pemerolehan Data

Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan sumber data adalah melalui

kaedah borang selidik. Sasaran pengedaran borang soal selidik adalah syarikat

pembinaan yang berdaftar dibawah PKK kelas A dan CIDB gred G7. Borang soal

selidik peringkat awalan diagihkan kepada beberapa syarikat pembinaan termasuk

temuramah bersama pihak pengurusan syarikat tentang keberkesanan borang soal selidik

dalam mengenalpasti strategi pengurusan aliran tunai syarikat pembinaan.

Borang soal selidik yang telah dimuktamadkan diedarkan kepada sasaran

syarikat pembinaan dalam lingkungan negeri johor. Sebanyak 35 responden telah

memberikan kerjasama dalam pengumpulan data untuk dianalisis. Responden sasaran

ialah individu yang menguruskan aliran tunai syarikat dan responden yang diperolehi

merangkumi pengarah urusan, akauntan syarikat, pengurus projek, juruukur bahan serta

kerani. Semua responden adalah individu yang terlibat secara langsung dalam

pengurusan aliran tunai.

Page 90: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

69

4.3 Kaedah Analisis Data

Kaedah analisis data ini akan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah

untuk memudahkan pemahaman ringkas dan mudah difahami. Data data yang diperolehi

dari borang soal selidik ditafsir dan dianalisis menggunakan perisian komputer

Statistical Package for The Social Sciences (SPSS) Evaluation dan Microsoft Office

Excel 2007. Perisian tersebut membantu tafsiran dan analisis data lebih cepat dan tepat

serta dapat mengurangkan kesilapan analisis.

4.3.1 Analisis Statistik Frekuensi

Kaedah ini merupakan kaedah yang digunakan dalam menjalankan

penganalisaan data. Kaedah ini digunakan untuk menganalisis tahap kekerapan yang

dipilih responden untuk kajian pengurusan aliran tunai oleh syarikat pembinaan.

Kekerapan sesuatu amalan digunakan untuk diproses menjadi kelaziman atau kekerapan

data tersebut. Amalan yang mempunyai kekerapan frekuensi yang tinggi bermakna

amalan tersebut merupakan amalan yang sering diamalkan. Kekerapan ini kemudian

diproses dan diinterpretasikan dalam bentuk jadual dan carta.

Page 91: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

70

4.3.2 Kaedah Skala Likert

Kaedah skala likert digunakan untuk mencapai objektif penyelidikan iaitu untuk

mengenalpasti pendapat pendapat yang lebih benar tentang strategi pengurusan aliran

tunai jika syarikat menghadapi masalah kelewatan bayaran dari majikan. Untuk tujuan

objektif, penyelidik menyediakan soalan soalan berstruktur yang berdasarkan maklumat

maklumat yang diperolehi melalui kajian literatur dan kemudiannya meminta responden

memberi pandangan mengikut skala yang diberi.

Kaedah ini digunakan untuk menentukan jumlah skor yang diperolehi bagi

setiap pilihan responden. Skor digunakan adalah sama seperti kaedah (Quantitative

judgement) iaitu penggunaan skala 1 hingga 5 dimana 1 bermaksud ‘sangat tidak setuju’

tentang penyataan penyataan yang diberi. Tahap pengaruh dan persetujuan meningkat

mengikut kenaikan skor. Dalam kaedah ini terdapat 2 jenis bentuk analisis yang terlibat

iaitu ;

(a) Analisis yang berdasarkan jumlah keseluruhan skor yang diperolehi dan

pembentukan min skor bagi setiap jenis jawapan yang diberi.

Jumlah Skor (Σfai) : Kekerapan Setiap Skala (f) x Skor Setiap Skala (ai)

Min Skor (xi) : Jumlah Skor (Σfai)

Bilangan Responden (n)

(b) Analisis secara selang Skala Min

Selang Skala Min (X) : Nilai Skala Tertinggi – Nilai Skala Terendah

Bilangan Skala

Page 92: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

71

Jadual 4.1 : Kaedah Skala Likert

Skala Jenis Kategori

1 Sangat Tidak Setuju

2 Tidak Setuju

3 Sederhana

4 Setuju

5 Sangat Setuju

Selang Skala (X) : Nilai Skala Tertinggi – Nilai Skala Terendah

Bilangan Skala

: 5 – 1

5

: 0.80

Analisis secara selang skala min pula digunakan bagi mengenalpasti hubungan

antara setiap keputusan yang diperolehi.

Jadual berikut menjukkan jenis kategori dengan julatnya

Jadual 4.2 : Julat Skala Likert

Skala Jenis Kategori Nilai Julat Skala

1 Sangat Tidak Setuju 1.0 – 1.80

2 Tidak Setuju 1.81 - 2.60

3 Sederhana 2.61 – 3.40

4 Setuju 3.41 – 4.20

5 Sangat Setuju 4.21 – 5.00

Page 93: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

72

4.4 Penemuan Kajian

4.4.1 Rangka Penemuan Kajian

(a) Latarbelakang Responden

(b) Maklumat Umum

(i) Masalah Pembayaran Projek dari Majikan

(ii) Tempoh Kelambatan Bayaran

(c) Amalan Pengurusan Aliran Tunai Syarikat

(i) Penyediaan Bajet Kewangan

(ii) Tempoh Penyediaan Bajet Kewangan

(iii) Penyediaan Jangkaan Aliran Tunai

(iv) Tempoh Penyediaan Jangkaan Aliran Tunai

(v) Analisis Aliran Tunai

(vi) Tempoh Analisis Aliran Tunai

(d) Strategi Pengurusan Aliran Tunai

(i) Umum

(ii) Strategi Dalaman Syarikat

(iii) Strategi Luaran Syarikat

Page 94: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

73

4.4.2 Latar belakang Responden

Borang soal selidik ini telah diedarkan kepada 35 responden dari syarikat

pembinaan yang berdaftar dibawah PKK kelas A dan CIDB gred G7. Sasaran responden

pula ialah pihak yang terlibat secara langsung dalam pengurusan aliran tunai dari segi

amalan pengurusan dan strategi yang diamalkan syarikat. Jadual dibawah menunjukkan

taburan jawatan responden yang membantu dalam menjawab borang soal selidik.

Jadual 4.3 : Taburan Jawatan Responden

Jawatan Responden Bilangan Peratus (%)

Pengarah Urusan 4 11.4

Akauntan Syarikat 12 34.3

Pengurus Projek 12 34.3

Jurukur Bahan 3 8.6

Kerani 4 11.4

JUMLAH 35 100

Jadual 4.3 menunjukkan taburan responden mengikut jawatan yang dipegang

dalam syarikat. Seramai 35 responden yang menerima borang soal selidik, 8 orang

responden merupakan pengarah urusan, setiap 12 responden pula merupakan akauntan

syarikat dan pengurus projek serta 3 respondan merupakan jurukur bahan dan 4

responden sebagai kerani syarikat. Semua responden telah dimaklumkan tentang sasaran

responden yang hanya disasarkan kepada individu yang terlibat dalam pengurusan aliran

tunai syarikat.

Page 95: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

74

Berdasarkan analisis yang dinilai, borang soal selidik yang telah diedarkan

kebanyakannya menerima respon dari pengurus projek dan akauntan syarikat.

Pengurusan aliran tunai didalam bidang pembinaan memerlukan individu yang

berpengalaman dalam bidang pembinaan disamping pengurusan kewangan supaya

pengurusan aliran tunai lebih efektif. Responden yang terdiri daripada pengarah urusan,

akauntan dan pengurus projek memberi kesan besar terhadap kesahihan soal selidik yang

dijalankan. Oleh itu, kajian ini dianggap mempunyai kesahihan yang tinggi.

4.4.3 Maklumat Umum

4.4.3.1 Masalah Pembayaran dari Majikan

Jadual 4.4 : Masalah Pembayaran dari Majikan

No. Perkara Sampel Peratus (%)

1 Pernah 28 80

2 Tidak Pernah 7 20

Jumlah 35 100

Jadual 4.4 menunjukkan bilangan kontraktor yang menghadapi masalah

pembayaran dari majikan. 80 peratus responden menyatakan bahawa syarikat yang

diwakilinya pernah menghadapi masalah pembayaran dari majikan sepanjang

penglibatan syarikat tersebut dalam bidang pembinaan. Berdasarkan temuramah,

beberapa kontraktor menghadapi kekerapan masalah pembayaran hampir setiap projek

Page 96: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

yang dibina syarikat tersebut. Manakal

pernah menghadapi masalah pembayaran, peratusan responden yang tidak pernah

menghadapi adalah bergantung kepada responden dan syarikat yang masih baru

penglibatannya dalam bidang pembinaan.

4.4.3.2 Tempoh Masa Kelambatan Bayaran

Jadual 4.5 :

No. Perkara

1 1-2 Bulan

2 3-4 Bulan

3 5-6 Bulan

4 7-8 Bulan

Jumlah

Rajah 4.1 : Tempoh

46%

yang dibina syarikat tersebut. Manakala 20 peratus daripada responden kajian pula tidak

pernah menghadapi masalah pembayaran, peratusan responden yang tidak pernah

menghadapi adalah bergantung kepada responden dan syarikat yang masih baru

penglibatannya dalam bidang pembinaan.

Masa Kelambatan Bayaran

Jadual 4.5 : Tempoh Kelambatan Bayaran

Perkara Sampel Peratus (%)

2 Bulan 3 11

4 Bulan 8 29

6 Bulan 13 46

8 Bulan 4 14

Jumlah 28 100

Tempoh Kelambatan Bayaran

11%

29%

14%

75

a 20 peratus daripada responden kajian pula tidak

pernah menghadapi masalah pembayaran, peratusan responden yang tidak pernah

menghadapi adalah bergantung kepada responden dan syarikat yang masih baru

Peratus (%)

1-2Bulan

3-4Bulan

5-6Bulan

7-8Bulan

Page 97: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

76

Rajah 4.1 dan jadual 4.5 menunjukkan tempoh masa kelambatan bayaran yang

dihadapi oleh kontraktor sepanjang tempoh pembinaan setiap projek secara purata

sepanjang penglibatan syarikat dalam bidang pembinaan. Tempoh masa kelambatan

bayaran yang paling tinggi dihadapi oleh kontraktor ialah 5 hingga 6 bulan iaitu

sebanyak 46.4 peratus dari responden yang pernah menghadapi masalah kelewatan

pembayaran dari majikan. Tempoh kelambatan bayaran seterusnya ialah 3 hingga 4

bulan iaitu 29 peratus, 7 hingga 8 bulan pada 14 peratus dan 1 hingga 2 bulan pada 11

peratus. Kelambatan bayaran memberi kesan besar kepada syarikat pembinaan

khususnya syarikat yang bergantung kepada bayaran tunai dari majikan sebagai aliran

tunai masuk utama untuk menjalankan operasi pembinaan.

4.4.4 Amalan Pengurusan Aliran Tunai Syarikat

Antara amalan yang dianalis ialah:

(a) Penyediaan Bajet Kewangan

(b) Tempoh bajet kewangan

(c) Jangkaan Aliran Tunai

(d) Tempoh Jangkaan Aliran Tunai

(e) Analisis Aliran Tunai

(f) Tempoh analisis aliran tunai

Page 98: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

77

4.4.4.1 Amalan Penyediaan Bajet Kewangan

Jadual 4.6 : Amalan Penyediaan Bajet Kewangan

No. Perkara Sampel Peratus (%)

1 Ya 35 100

2 Tidak 0 0

Jumlah 35 100

Jadual 4.6 menunjukkan amalan penyediaan bajet kewangan oleh syarikat

pembinaan. Kesemua syarikat yang terlibat dalam kajian mengamalkan persediaan bajet

kewangan sebagai amalan yang paling penting dalam pengurusan aliran tunai dan

menentukan kadar kemampuan syarikat dari sudut kewangan sebagai penentu samaada

syarikat memerlukan tambahan kewangan atau tidak. Kekurangan kewangan semasa

penyediaan bajet membolehkan syarikat memohon sumber kewangan luar dan

meningkatkan modal tambahan syarikat untuk menampung operasi pembinaan.

Page 99: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

4.4.4.2 Tempoh Penyediaan Bajet Kewangan

Jadual 4.7 :

No Perkara

1 6 Bulan

2 1 Tahun

3 Setiap Projek

Jumlah

Rajah 4.2 : Tempoh Penyediaan Bajet Kewangan

Rajah 4.2 dan jadual 4.7

diamalkan oleh syarikat pembinaan. Tempoh penyediaan bajet kewangan yang hanya

mengamalkan bajet kewangan pada setiap projek ialah 80 peratus responden. Ini berlaku

kerana ketidaktentuan perolehan projek ol

kebanyakan syarikat hanya mengamalkan bajet kewangan syarikat untuk setiap projek

sahaja. 11.4 peratus dari responden pula mengamalkan penyedian bajet kewangan pada

setiap projek dan secara berkala setiap 6 bulan.

0.0

10.0

20.0

30.0

40.0

50.0

60.0

70.0

80.0

Pe

ra

tu

s

Tempoh Penyediaan Bajet Kewangan

Jadual 4.7 : Tempoh Penyediaan Bajet Kewangan

Perkara Sampel Peratus (%)

6 Bulan 4 11.4

1 Tahun 3 8.6

Setiap Projek 28 80

Jumlah 35 100

Tempoh Penyediaan Bajet Kewangan

Rajah 4.2 dan jadual 4.7 menunjukkan tempoh penyediaan bajet kewangan yang

diamalkan oleh syarikat pembinaan. Tempoh penyediaan bajet kewangan yang hanya

mengamalkan bajet kewangan pada setiap projek ialah 80 peratus responden. Ini berlaku

kerana ketidaktentuan perolehan projek oleh syarikat dalam setahun menyebabkan

kebanyakan syarikat hanya mengamalkan bajet kewangan syarikat untuk setiap projek

sahaja. 11.4 peratus dari responden pula mengamalkan penyedian bajet kewangan pada

setiap projek dan secara berkala setiap 6 bulan.

6 Bulan 1 Tahun Setiap Projek

78

Tempoh Penyediaan Bajet Kewangan

Peratus (%)

menunjukkan tempoh penyediaan bajet kewangan yang

diamalkan oleh syarikat pembinaan. Tempoh penyediaan bajet kewangan yang hanya

mengamalkan bajet kewangan pada setiap projek ialah 80 peratus responden. Ini berlaku

eh syarikat dalam setahun menyebabkan

kebanyakan syarikat hanya mengamalkan bajet kewangan syarikat untuk setiap projek

sahaja. 11.4 peratus dari responden pula mengamalkan penyedian bajet kewangan pada

Page 100: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

79

Syarikat yang mengamalkan amalan ini mempunyai purata projek secara tahunan

dan mempunyai operasi perniagaan bukan pembinaan yang konsisten dan tetap. Secara

amnya, syarikat ini mempunyai pelbagai jenis cawangan perniagaan dan anak syarikat.

Syarikat ini juga lebih tersusun dan sistematik dalam kawalan aliran tunai dan lebih

stabil dan kukuh dari sudut kewangan. 8.6 peratus responden pula mengamalkan

penyediaan bajet kewangan pada setiap projek dan secara tahunan untuk menilai

kewangan syarikat. Syarikat ini juga mempunyai operasi perniagaan bukan pembinaan

yang konsisten serta mempunyai sumber kewangan yang kukuh.

4.4.4.3 Amalan Penyediaan Jangkaan Aliran Tunai

Jadual 4.8 : Amalan Penyediaan Jangkaan Aliran Tunai

No Perkara Sampel Peratus (%)

1 Ya 33 94

2 Tidak 2 6

Jumlah 35 100

Jadual 4.8 menunjukkan amalan penyediaan jangkaan aliran tunai oleh syarikat

pembinaan. Jangkaan aliran tunai diamalkan oleh kebanyakan syarikat pembinaan

sebagai anggaran aliran keluar masuk tunai syarikat dan sebagai jangkaan untuk

pelbagai guna seperti keperluan oleh bank untuk pinjaman dan kemudahan anggaran

untuk pihak syarikat. Jangkaan aliran tunai yang diamalkan syarikat pembinaan

mempunyai peratusan 94 peratus dan 6 peratus responden tidak mengamalkan jangkaan

aliran tunai yang tidak menjadikan jangkaan aliran tunai sebagai keperluan untuk

pelbagai guna seperti kemudahan kredit dan sebagainya.

Page 101: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

4.4.4.4 Tempoh Penyediaan

Jadual 4.9 :

No Perkara

1 6 Bulan

2 1 Tahun

3 Sebelum Projek

Jumlah

Rajah 4.3 : Tempoh Penyediaan Jangkaan Aliran Tunai

Rajah 4.3 dan jadual 4.9

yang diamalkan oleh responden yang mengamalkan jangkaan aliran tunai

paling tinggi untuk tempoh penyediaan jangkaan aliran tunai ialah sebelum projek

sebanyak 67 peratus. Kebanyakan responden mengamalkan jangkaan aliran tunai pada

peringkat sebelum projek untuk men

kerja yang akan dijalankan. 24 peratus responden pula mengamalkan jangkaan aliran

tunai untuk setiap projek dan setiap 6 bulan, responden ini menjalankan perniagaan lebih

sistematik terutama dari sudut kewangan

67%

Tempoh Penyediaan Jangkaan Aliran Tunai

Jadual 4.9 : Tempoh Penyediaan Jangkaan Aliran Tunai

Sampel Peratus (%)

8 22.9

3 8.6

Sebelum Projek 22 62.9

33 100

Tempoh Penyediaan Jangkaan Aliran Tunai

4.3 dan jadual 4.9 menunjukkan tempoh penyediaan jangkaan aliran tunai

responden yang mengamalkan jangkaan aliran tunai

paling tinggi untuk tempoh penyediaan jangkaan aliran tunai ialah sebelum projek

sebanyak 67 peratus. Kebanyakan responden mengamalkan jangkaan aliran tunai pada

peringkat sebelum projek untuk mengetahui kadar keperluan tunai mengikut elemen

kerja yang akan dijalankan. 24 peratus responden pula mengamalkan jangkaan aliran

tunai untuk setiap projek dan setiap 6 bulan, responden ini menjalankan perniagaan lebih

sistematik terutama dari sudut kewangan. Tempoh penyediaan jangkaan aliran tunai

24%

9%

6 Bulan

1 Tahun

Sebelum Projek

80

Tempoh Penyediaan Jangkaan Aliran Tunai

Peratus (%)

22.9

8.6

62.9

100

menunjukkan tempoh penyediaan jangkaan aliran tunai

responden yang mengamalkan jangkaan aliran tunai. Peratusan

paling tinggi untuk tempoh penyediaan jangkaan aliran tunai ialah sebelum projek

sebanyak 67 peratus. Kebanyakan responden mengamalkan jangkaan aliran tunai pada

getahui kadar keperluan tunai mengikut elemen

kerja yang akan dijalankan. 24 peratus responden pula mengamalkan jangkaan aliran

tunai untuk setiap projek dan setiap 6 bulan, responden ini menjalankan perniagaan lebih

. Tempoh penyediaan jangkaan aliran tunai

Sebelum Projek

Page 102: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

81

paling rendah peratusannya ialah penyediaan jangkaan untuk tempoh setahun dan setiap

projek iaitu sebanyak 9 peratus dari keseluruhan responden yang mengamalkan jangkaan

aliran tunai.

4.4.4.5 Amalan Penyediaan Analisis Aliran Tunai

Jadual 4.10 : Amalan Penyediaan Analisis Aliran Tunai

No Perkara Sampel Peratus (%)

1 Ya 33 94

2 Tidak 2 6

Jumlah 35 100

Jadual 4.10 menunjukkan amalan penyediaan analisis aliran tunai oleh syarikat

pembinaan. Analisis aliran tunai merupakan satu kaedah untuk mengenalpasti situasi

semasa aliran keluar masuk tunai syarikat sepanjang tempoh tertentu. Syarikat

pembinaan yang mengamalkan analisis aliran tunai adalah 94 peratus dan 6 peratus

responden pula tidak mengamalkan analisis aliran tunai yang disebabkan kekurangan

pengetahuan dan tenaga kerja dari segi kewangan.

Page 103: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

4.4.4.6 Tempoh Penyediaan Analisis Aliran Tunai

Jadual 4.11 :

No Perkara

1 6 Bulan

2 1 Tahun

3 Tamat Projek

Jumlah

Rajah 4.4

Rajah 4.4 dan jadual 4.11

yang diamalkan oleh res

paling tinggi untuk tempoh penyediaan analisis aliran tunai ialah selepas tamat projek

dan berkala setiap 6 bulan sebanyak

analisis aliran tunai pada selepas tamat projek dan berkala untuk mengetahu

keuntungan syarikat bagi projek yang siap dibina dan situasi kewangan semasa syarikat

secara berkala. Kedua dua analisis ini juga digunakan sebagai pertimbangan untuk

projek di masa hadapan serta pembahagian keperluan kewangan seperti simpanan

39%

enyediaan Analisis Aliran Tunai

Jadual 4.11 : Tempoh Penyediaan Analisis Aliran Tunai

Perkara Sampel Peratus (%)

6 Bulan 17 52

1 Tahun 3 9

Tamat Projek 13 39

Jumlah 33 100

Rajah 4.4 : Tempoh Penyediaan Analisis Aliran Tunai Syarikat

Rajah 4.4 dan jadual 4.11 menunjukkan tempoh penyediaan analisis

yang diamalkan oleh responden yang mengamalkan analisis aliran tunai

paling tinggi untuk tempoh penyediaan analisis aliran tunai ialah selepas tamat projek

dan berkala setiap 6 bulan sebanyak 52 peratus. Kebanyakan responden mengamalkan

analisis aliran tunai pada selepas tamat projek dan berkala untuk mengetahu

keuntungan syarikat bagi projek yang siap dibina dan situasi kewangan semasa syarikat

secara berkala. Kedua dua analisis ini juga digunakan sebagai pertimbangan untuk

projek di masa hadapan serta pembahagian keperluan kewangan seperti simpanan

52%

9%

6 Bulan

1 Tahun

Tamat Projek

82

Tempoh Penyediaan Analisis Aliran Tunai

Peratus (%)

Tempoh Penyediaan Analisis Aliran Tunai Syarikat

ukkan tempoh penyediaan analisis aliran tunai

aliran tunai. Peratusan

paling tinggi untuk tempoh penyediaan analisis aliran tunai ialah selepas tamat projek

52 peratus. Kebanyakan responden mengamalkan

analisis aliran tunai pada selepas tamat projek dan berkala untuk mengetahui kadar

keuntungan syarikat bagi projek yang siap dibina dan situasi kewangan semasa syarikat

secara berkala. Kedua dua analisis ini juga digunakan sebagai pertimbangan untuk

projek di masa hadapan serta pembahagian keperluan kewangan seperti simpanan

Tamat Projek

Page 104: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

83

keuntungan, meningkatkan modal syarikat dan pengagihan untuk kegunaan lain. 39

peratus responden pula mengamalkan analisis aliran tunai untuk setiap tamat projek

sahaja untuk mengenalpasti kadar untung rugi projek tersebut. Tempoh penyediaan

analisis aliran tunai paling rendah peratusannya ialah penyediaan jangkaan untuk

tempoh setahun dan selepas tamat projek iaitu sebanyak 9 peratus dari keseluruhan

responden yang mengamalkan analisis aliran tunai.

4.4.5 Strategi Pengurusan Aliran Tunai

Antara strategi yang dianalisis ialah:

(a) Strategi Keseluruhan Dalam Menghadapi Kelewatan Bayaran

(b) Strategi Dalaman Syarikat

(i) Strategi Dalaman Syarikat Sebelum Menghadapi Kelewatan Bayaran

(ii) Strategi Dalaman Syarikat pada Masa Menghadapi Kelewatan Bayaran

(iii)Strategi Dalaman Syarikat mengenai Polisi Pengambilan Pekerja

(iv) Strategi Syarikat mengenai Pembekal

(v) Strategi Pelantikan Subkontraktor

(vi) Strategi Penggunaan Loji dan Peralatan

(c) Strategi Luaran Syarikat

(i) Sumber Kewangan Luar

(ii) Jenis Sumber Pinjaman

Page 105: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

4.4.5.1 Strategi Keseluruhan

Jadual 4.12 : Peratusan Strategi Kesel

Menghadapi Kelewatan Bayaran

No. Perkara

1 Meningkatkan Modal Syarikat secara D

2 Pinjaman dan Jaminan kredit dari

3 Meningkatkan K

Jumlah

Rajah 4.5 : Strategi Keseluruhan dalam Menghadapi Kelewatan Bayaran

Rajah 4.5 dan jadual 4.12

keseluruhan oleh syarikat pembinaan ketika mengh

paling utama yang dilakukan oleh syarikat pembinaan ketika menghadapi kelewatan

bayaran ialah meningkatkan modal syarikat secara dalaman iaitu

daripada keseluruhan responden. Kebanyakan responden lebih menggunakan amalan

meningkatkan modal syarikat yang hanya melibatkan perihal kewangan terhad didalam

52%

9%

Strategi Keseluruhan dalam Menghadapi Kelewatan Bayaran

Peratusan Strategi Keseluruhan Syarikat Pembinaan dalam

Menghadapi Kelewatan Bayaran

Sampel

Modal Syarikat secara Dalaman 18

njaman dan Jaminan kredit dari Institusi Kewangan 14

Kadar Operasi bukan Pembinaan 3

35

Strategi Keseluruhan dalam Menghadapi Kelewatan Bayaran

Rajah 4.5 dan jadual 4.12 menunjukkan keputusan kajian analisis strategi secara

keseluruhan oleh syarikat pembinaan ketika menghadapi kelewatan bayaran. Strategi

paling utama yang dilakukan oleh syarikat pembinaan ketika menghadapi kelewatan

bayaran ialah meningkatkan modal syarikat secara dalaman iaitu sebanyak

daripada keseluruhan responden. Kebanyakan responden lebih menggunakan amalan

modal syarikat yang hanya melibatkan perihal kewangan terhad didalam

39%

9%Pinjaman dan Jaminan

Kredit

Meningkatkan Modal

Syarikat Secara Dalaman

Meningkatkan Kadar

Operasi

84

dalam Menghadapi Kelewatan Bayaran

uruhan Syarikat Pembinaan dalam

Sampel Peratus

(%)

48.6

37.1

8.6

100

Strategi Keseluruhan dalam Menghadapi Kelewatan Bayaran

menunjukkan keputusan kajian analisis strategi secara

adapi kelewatan bayaran. Strategi

paling utama yang dilakukan oleh syarikat pembinaan ketika menghadapi kelewatan

sebanyak 48.6 peratus

daripada keseluruhan responden. Kebanyakan responden lebih menggunakan amalan

modal syarikat yang hanya melibatkan perihal kewangan terhad didalam

Pinjaman dan Jaminan

Meningkatkan Modal

Syarikat Secara Dalaman

Meningkatkan Kadar

Page 106: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

85

syarikat kerana tidak terikat dengan mana mana pihak dan prosedur yang perlu

dilakukan.

Amalan pinjaman dan jaminan kredit dari institusi kewangan pula mendapat

peratusan sebanyak 37.1 peratus. Pinjaman dan penggunaan jaminan kredit digunakan

sebagai alternatif kepada syarikat yang mempunyai tambahan modal untuk syarikat yang

sedikit dan mengamalkan penggunaan pinjaman untuk menampung operasi syarikat.

Penggunaan pinjaman boleh mengekalkan kadar modal syarikat untuk menampung

keperluan tunai lain. Amalan meningkatkan kadar operasi bukan pembinaan pula

mendapat peratusan paling rendah iaitu sebanyak 34.3 peratus responden. Amalan ini

amat kurang diamalkan kerana komitmen untuk perniagaan lain memerlukan

pengetahuan dan sebagainya.

4.4.5.2 Strategi Dalaman Syarikat

(a) Strategi Dalaman Syarikat Sebelum Menghadapi Kelewatan Bayaran

Jadual 4.13 : Peratusan Strategi Dalaman Syarikat Sebelum Menghadapi Kelewatan

Bayaran

No. Perkara Sampel Peratus

(%)

1 Penggunaan Simpanan Keuntungan 20 57.1

2 Permohonan Jaminan Kredit dari Institusi Kewangan 15 42.9

Jumlah 35 100

Jadual 4.13 menunjukkan strategi syarikat sebelum syarikat menghadapi masalah

pembayaran dari majikan. Strategi yang paling tinggi dilakukan oleh syarikat pembinaan

Page 107: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

86

ialah membuat simpanan keuntungan atau simpanan yang telah ditetapkan peratusannya

dalam syarikat samaada dari bayaran interim terdahulu atau keuntungan projek yang

lepas. 57.1 peratus responden mengamalkan simpanan ini sebagai kewangan sokongan

untuk menampung sebarang masalah yang akan dihadapi. Permohonan jaminan kredit

bank pula diamalkan oleh kebanyakan syarikat pembinaan dengan hanya peratusan

kurang sedikit berbanding simpanan keuntungan iaitu sebanyak 42.9 peratus

menjadikan permohonan jaminan kredit sebagai antara strategi penting.

(b) Strategi Dalaman Syarikat pada Masa Menghadapi Kelewatan Bayaran

Jadual 4.14 : Peratusan Strategi Dalaman Syarikat pada Masa Menghadapi Kelewatan

Bayaran

No. Perkara Sampel Peratus

(%)

1 Penggunaan Tunai Projek lain 18 51.4

2 Penggunaan Simpanan Keuntungan 13 37.1

3 Permohonan Jaminan Kredit dari Institusi Kewangan 4 11.4

Jumlah 35 100

Page 108: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Rajah 4.6 : Strategi Dalaman Syarikat pada Masa Menghadapi

Bayaran

Rajah 4.6 dan jadual 4.

menghadapi kelewatan bayaran dari majikan

responden ialah penggunaan tunai projek lain sebagai kewangan sokongan untuk

menampung operasi semasa iaitu sebanyak 51.4 peratus responden. Strategi ini adalah

paling tinggi diamalkan tetapi ia terhad hanya jika syarikat pembinaan tersebut

mempunyai projek selain projek tersebut dan tidak mempunyai masalah kewangan.

Strategi kedua ialah penggunaan simpanan keuntungan apabila 37.1 peratus

responden menyatakan penggunaan simpanan sebagai pilihan pertama. Penggunaan

simpanan keuntungan adalah bergantung kepada situasi semasa syarikat tersebut

samaada mempunyai simpanan k

Penggunaan jaminan kredit menjadi strateg

syarikat pembinaan dan mendapat peratusan 11.4 peratus sebagai

Penggunaan jaminan kredit bergantung kepada permohonan pada peringkat

37.1

11.4

Strategi Dalaman Syarikat pada Masa Menghadapi Kelewatan

dan jadual 4.14 menunjukkan strategi dalaman syarikat pada masa

api kelewatan bayaran dari majikan. Strategi paling banyak diamalkan oleh

responden ialah penggunaan tunai projek lain sebagai kewangan sokongan untuk

pung operasi semasa iaitu sebanyak 51.4 peratus responden. Strategi ini adalah

diamalkan tetapi ia terhad hanya jika syarikat pembinaan tersebut

mempunyai projek selain projek tersebut dan tidak mempunyai masalah kewangan.

Strategi kedua ialah penggunaan simpanan keuntungan apabila 37.1 peratus

responden menyatakan penggunaan simpanan sebagai pilihan pertama. Penggunaan

simpanan keuntungan adalah bergantung kepada situasi semasa syarikat tersebut

samaada mempunyai simpanan kewangan yang kukuh atau tidak.

Penggunaan jaminan kredit menjadi strategi ketiga diamalkan oleh kebanya

syarikat pembinaan dan mendapat peratusan 11.4 peratus sebagai

Penggunaan jaminan kredit bergantung kepada permohonan pada peringkat

51.4

11.4Penggunaan Tunai

Projek Lain

Penggunaan Simpanan

Keuntungan

Penggunaan Jaminan

Kredit dari institusi

kewangan

87

Kelewatan

menunjukkan strategi dalaman syarikat pada masa

. Strategi paling banyak diamalkan oleh

responden ialah penggunaan tunai projek lain sebagai kewangan sokongan untuk

pung operasi semasa iaitu sebanyak 51.4 peratus responden. Strategi ini adalah

diamalkan tetapi ia terhad hanya jika syarikat pembinaan tersebut

mempunyai projek selain projek tersebut dan tidak mempunyai masalah kewangan.

Strategi kedua ialah penggunaan simpanan keuntungan apabila 37.1 peratus

responden menyatakan penggunaan simpanan sebagai pilihan pertama. Penggunaan

simpanan keuntungan adalah bergantung kepada situasi semasa syarikat tersebut

i ketiga diamalkan oleh kebanyakan

syarikat pembinaan dan mendapat peratusan 11.4 peratus sebagai paling utama.

Penggunaan jaminan kredit bergantung kepada permohonan pada peringkat awalan

Penggunaan Tunai

Penggunaan Simpanan

Penggunaan Jaminan

Kredit dari institusi

Page 109: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

88

untuk mendapatkan jaminan kredit dengan membayar premium yang ditetapkan

bergantung kepada pihak bank.

(c) Strategi Dalaman Syarikat mengenai Polisi Pengambilan Pekerja

Jadual 4.15 : Strategi Dalaman Syarikat mengenai Polisi Pengambilan Pekerja

Perkara Min

Pelantikan Pekerja secara Kontrak 4.20

Pelantikan Pekerja secara Tetap 4.03

Penggunaan Pekerja Sambilan 2.74

Tahap Persetujuan :

Jadual 4.16 : Tahap Persetujuan

Tahap Persetujuan Jenis Polisi Min

Sangat Setuju Pelantikan Pekerja secara Kontrak 4.20

Setuju Pelantikan Pekerja secara Tetap 4.03

Sangat Tidak Setuju Penggunaan Pekerja Sambilan 2.74

Jadual menunjukkan strategi syarikat mengenai polisi pemgambilan pekerja

sebagai salah satu cara mengurangkan kos tanggungan dan aliran tunai keluar syarikat.

Polisi pelantikan yang paling digunakan kebanyakan syarikat dalam mengurangkan

aliran tunai keluar ialah pelantikan pekerja secara kontrak kerana syarikat tidak terikat

dengan individu tersebut dan hanya akan membayar gaji syarikat pada tempoh tertentu.

Pelantikan pekerja secara kontrak menerima min paling tinggi iaitu sebanyak 4.20.

Pelantikan pekerja secara kontrak merupakan polisi yang paling diamalkan di

kebanyakan syarikat pembinaan apabila menerima tahap persetujuan tahap ‘sangat

setuju”.

Page 110: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

89

Strategi seterusnya yang diamalkan oleh kontraktor ialah dengan melantik

pekerja tetap yang menerima min sebanyak 4.03 manakala penggunaan pekerja tetap

kurang diamalkan oleh kontraktor kerana ketidaktentuan komitmen kerja oleh pekerja.

Polisi pengambilan pekerja tetap menerima tahap setuju berdasarkan status syarikat yang

aktif dalam perolehan projek atau kurang aktif. Penggunaan pekerja sambilan

merupakan polisi yang paling tidak diamalkan apabila menerima min sebanyak 2.74 dan

menerima tahap persetujuan yang “sangat tidak setuju”

(d) Strategi Syarikat mengenai Pembekal

Jadual 4.17 : Strategi Syarikat mengenai Pembekal

Perkara Min

Mendapatkan Kredit dari Pembekal 4.69

Rundingan Harga dengan Pembekal yang Berpotensi 4.66

Pemilihan Pembekal mengikut Lokasi Projek 4.23

Melantik Syarikat Pembekal sebagai Pembekal Tetap 3.37

Page 111: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

90

Tahap Persetujuan :

Jadual 4.18 : Tahap Persetujuan

Tahap Persetujuan Jenis Polisi Min

Sangat Setuju

Mendapatkan Kredit dari Pembekal 4.69

Rundingan Harga dengan Pembekal yang

Berpotensi

4.66

Pemilihan Pembekal mengikut Lokasi Projek 4.23

Sederhana Melantik Syarikat Pembekal sebagai Pembekal Tetap

3.37

Jadual menunjukkan strategi syarikat mengenai pembekal. Strategi paling utama

yang berdasarkan kajian ialah syarikat pembinaan akan mendapatkan kredit dari

pembekal sehingga tahap maksimum. Strategi ini menerima min sebanyak 4.69. Strategi

kedua ialah menjalankan rundingan harga dengan pembekal yang berpotensi yang

menerima min sebanyak 4.66. Kebanyakan syarikat pembinaan menyenarai pendek

pembekal yang mempunyai potensi di kawasan yang paling dekat dengan pembinaan.

Pemilihan pembekal mengikut lokasi pula menerima sebanyak 4.23 yang menjadi

pilihan ketiga strategi syarikat dalam mengawal aliran tunai kredit dari pembekal,

rundingan harga dan pemilhan pembekal mengikut lokasi tapak menerima tahap

persetujuan yang tinggi iaitu tahap “sangat setuju”. Seterusnya pilihan terakhir mengenai

pembekal ialah melantik pembekal syarikat sebagai pembekal tetap yang menerima min

sebanyak 3.37. Pelantikan pembekal tetap mempunyai kekurangan dan kelebihannya

bergantung pada situasi kerana pembekal tetap dapat memberikan kemudahan kredit

lebih mudah dan diskaun. Kekurangannya pula ialah, Syarikat akan terikat dengan

pembekal walaupun tapak pembinaan berada jauh dari kawasan pembekal. Kaedah ini

juga menerima tahap persetujuan yang masih diamalkan iaitu “sederhana”.

Page 112: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

91

(e) Strategi Pelantikan Subkontraktor

Jadual 4.19 : Strategi Syarikat mengenai Subkontraktor

Perkara Min

Penetapan Wang Tahanan 4.31

Lantikan Subkontraktor Penuh 4.26

Pelantikan Subkontraktor mengikut Lokasi Projek 4.05

Mempunyai Subkontraktor Tetap untuk setiap Elemen

Kerja

3.54

Lantikan Subkontraktor Buruh sahaja 3.26

Tahap Persetujuan :

Jadual 4.20 : Tahap Persetujuan

Tahap Persetujuan Jenis Polisi Min

Sangat Setuju

Penetapan Wang Tahanan 4.31

Lantikan Subkontraktor Penuh 4.26

Setuju Pelantikan Subkontraktor mengikut Lokasi Projek 4.05

Tidak Setuju

Mempunyai Subkontraktor Tetap untuk setiap

Elemen Kerja

3.54

Sangat Tidak Setuju Lantikan Subkontraktor Buruh sahaja 3.26

Jadual menunjukkan strategi syarikat pembinaan dalam pelantikan

subkontraktor. Subkontraktor adalah salah satu cara untuk kontraktor mengurangkan

aliran tunai keluar kerana subkontraktor akan menggunakan tunai syarikat sendiri untuk

menjalankan operasi kerja pembinaan yang telah diawadkan oleh kontraktor utama.

Strategi yang paling diamalkan syarikat pembinaan ialah penetapan wang tahanan iaitu

syarikat sebagai kontraktor utama menetapkan wang tahanan terhadap subkontraktor

yang dilantik. Penetapan wang tahanan menerima min sebanyak 4.31.

Page 113: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

92

Strategi lantikan kontraktor pula ialah syarikat melantik subkontraktor penuh

pada tahap maksimum dalam lingkungan tahap yang dibenarkan. Syarikat perlu

menggunakan sepenuhnya pelantikan subkontraktor untuk mengurangkan tanggungan

kerja dan aliran tunai keluar. Lantikan subkontraktor menerima min sebanyak 4.26.

Kedua strategi ini merupakan strategi yang menerima tahap persetujuan yang tinggi iaitu

“sangat setuju”.

Strategi ketiga pula ialah pelantikan subkontraktor mengikut lokasi projek.

Pelantikan mengikut lokasi memudahkan kerja pembinaan yang dapat menghantar bahan

binaan dengan lebih cepat. Tetapi syarikat perlu melantik pembekal baru yang

memerlukan masa untuk rundingan harga dan kerjasama. Strategi ini menerima min

sebanyak 4.05 dan menerima tahap persetujuan “setuju”.

Melantik subkontraktor tetap untuk setiap elemen pula adalah amalan yang

kurang diamalkan kerana pelantikan tetap akan mengikat hubungan antara kontraktor

utama dan subkontraktor tersebut. Kaedah ini menerima min sebanyak 3.54 dan

menerima tahap persetujuan “tidak setuju”. Pelantikan subkontraktor buruh pula adalah

cara pelantikan yang paling tidak diamalkan oleh syarikat pembinaan apabila menerima

min sebanyak 3.26 dan tahap persetujuan “sangat tidak setuju”. Kaedah ini kurang

diamalkan kerana hanya melantik buruh sahaja sebagai subkontraktor manakala bahan

serta pelbagai keperluan untuk menjalankan operasi akan ditanggung oleh kontraktor

utama. Pelantikan ini merupakan pelantikan yang tidak dapat mengurangkan aliran tunai

keluar.

Page 114: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

93

(f) Strategi Penggunaan Loji dan Peralatan

Jadual 4.21 : Strategi Penggunaan Loji dan Peralatan

No. Perkara Sampel Peratus (%)

1 Penyewaan 31 88.6

2 Pembelian 4 11.4

Jumlah 35 100

Jadual 4.21 diatas menunjukkan strategi penggunaan loji dan peralatan.

Penyewaan merupakan strategi paling utama apabila 88.6 peratus responden menyatakan

penyewaan sebagai paling utama. Penyewaan dapat mengurangkan aliran tunai keluar

dari sudut bayaran berkala seperti ansuran,insuran dan cukai. Penyewaan dan bayaran

hanya akan berlaku semasa syarikat ingin menggunakan loji tersebut. Penyewaan adalah

kaedah yang lebih berbaloi kerana ketidaktentuan perolehan projek walaupun caj sewaan

adalah tinggi. Pembelian pula menerima peratusan 11.4 peratus sebagai pilihan utama

dengan frekuensi sebanyak 4 responden yang memilih pembelian sebagai paling utama.

Syarikat ini mempunyai dana yang besar dan konsisten dalam perolehan projek

menyebabkan pembelian loji dan peralatan tersebut lebih berbaloi.

Page 115: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

4.4.4.3 Strategi Luaran Syarikat

a) Sumber Kewangan Luar

Jadual 4.22 : Peratusan Strategi Permohonan Sumber Kewangan Luar

No. Perkara

1 Jaminan Kredit Bank

2 Pinjaman

3 Tabung K

4 Overdraf

5 Debentur

Jumlah

Rajah 4.7

5.7

25.7

Strategi Luaran Syarikat

Sumber Kewangan Luar

Peratusan Strategi Permohonan Sumber Kewangan Luar

Perkara Sampel Peratus (%)

Jaminan Kredit Bank 13 37.1

Pinjaman 10 28.6

Tabung Kerajaan 9 25.7

Overdraf 2 5.7

Debentur 1 2.9

Jumlah 35 100

Rajah 4.7 : Strategi Permohonan Sumber Kewangan Luar

28.6

37.1

2.9

Pinjaman

Jaminan Kredit Bank

Overdraf

Tabung kerajaan(

Advance Payment

Debentur

94

Peratusan Strategi Permohonan Sumber Kewangan Luar

Peratus (%)

37.1

28.6

25.7

5.7

2.9

100

Strategi Permohonan Sumber Kewangan Luar

Jaminan Kredit Bank

Tabung kerajaan(

Advance Payment

Page 116: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

95

Rajah 4.7 dan jadual 4.22 menunjukkan strategi syarikat mengenai sumber

kewangan luar. Kewangan luar bermaksud kewangan sokongan yang dipohon syarikat

daripada sumber luar termasuk bank, institusi kewangan, kerajaan dan swasta. Sumber

kewangan luar yang banyak dipohon oleh syarikat pembinaan ialah jaminan kredit yang

memerlukan permohonan lebih awal sebelum berlakunya masalah bayaran klien dengan

membayar premium. Jaminan kredit bank membolehkan syarikat mendapatkan tunai

segera seperti yang dijanjikan pihak pemberi pinjaman setelah syarikat membayar

premium. Peratusan yang memilih permohonan jaminan kredit sebagai pilihan utama

ialah 37.1 peratus.

Sumber kewangan kedua tertinggi ialah pinjaman yang menerima 28.6 peratus

sebagai pilihan paling utama.Tabung kerajaan juga menerima pilihan sumber kewangan

luar yang tinggi oleh responden apabila 25.7 peratus responden menyatakan tabung

kerajaan sebagai paling utama. Overdraf pula digunakan oleh beberapa syarikat dengan

peratusan 5.7 peratus memilih overdraf sebagai paling utama. Bon adalah sumber

kewangan yang kurang digunakan oleh kebanyakan responden apabila memperolehi

peratusan 65.7 peratus

Page 117: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

b) Jenis Sumber Pinjaman

Jadual 4.23 :

No. Perkara

1 Jaminan Kredit Bank

2 Pinjaman

3 Pinjaman Jangka Masa P

Jumlah

57.1

Jenis Sumber Pinjaman

Jadual 4.23 : Peratusan Jenis Sumber Pinjaman

Sampel Peratus (%)

Jaminan Kredit Bank 20 57.1

Jangka Masa Pendek 9 25.7

Pinjaman Jangka Masa Panjang 5 14.3

35 100

Rajah 4.8 : Jenis Sumber Pinjaman

14.3

25.7

Pinjaman jangka masa

panjang

Pinjaman jangka masa

pendek

Jaminan kredit bank

96

Peratus (%)

57.1

25.7

14.3

100

Pinjaman jangka masa

Pinjaman jangka masa

Jaminan kredit bank

Page 118: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

97

Rajah 4.8 dan jadual 4.23 menunjukkan jenis sumber pinjaman yang lebih

diutamakan oleh syarikat pembinaan. Sumber pinjaman yang lebih utama ialah jeminan

kredit bank yang lebih mudah diperolehi sekiranya kontraktor menghadapi masalah

kelewatan bayaran. Jaminan kredit bank menerima 57.1 peratus sebagai paling utama.

Jaminan kredit lebih fleksibel kerana boleh digunakan bila bila masa apabila

menghadapi kelewatan bayaran atau kecemasan walaupun perlu membayar caj premiun

yang tinggi untuk permohonan.

Pinjaman jangka masa pendek menjadi pilihan pinjaman sesetengah syarikat

pembinaan apabila menerima peratusan 25.7 peratus sebagai paling utama. Syarikat

yang menggunakan pinjaman jangka pendek sebagai pilihan kerana ingin menampung

masalah untuk jangka masa pendek walaupun kadar faedah untuk pinjaman jangka

pendek adalah tinggi. Pinjaman jangka masa panjang pula pinjaman yang kurang

digunakan oleh syarikat pembinaan apabila menerima peratusan 45.7 peratus sebagai

pilihan sumber pinjaman yang tidak digunakan termasuk 28.6 peratus memilih sebagai

pilihan terakhir.

Mengikut teori aliran tunai, sepatutnya syarikat lebih menggunakan pinjaman

jangka masa panjang untuk mengekalkan tahap modal disamping kadar faedah yang

rendah. Syarikat tidak menggunakan pinjaman jenis ini kerana syarikat tidak mahu

menanggung komitmen bayaran untuk tempoh lama dan syarikat hanya ingin

menampung masalah yang dianggap sementara seperti kelambatan bayaran.

Page 119: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

98

4.5 Kesimpulan

Bab ini telah menjelaskan tentang analisis hasil daripada data yang diperolehi

melalui temubual dan borang soal selidik. Berdasarkan analisis yang dibuat, majoriti

kontraktor yang terlibat dalam penyelidikan ini menghadapi masalah kelambatan

bayaran dari majikan dan tempoh kelambatan yang paling tinggi ialah 5-6 bulan.

Kebanyakan syarikat yang terlibat juga mengamalkan amalan aliran tunai iaitu

penyediaan bajet kewangan,jangkaan aliran tunai dan analisis aliran tunai.

Strategi utama syarikat pembinaan dalam menghadapi kelambatan bayaran dari

majikan pula ialah dengan meningkatkan modal syarikat iaitu simpanan kewangan dan

keuntungan. Pada masa berlakunya kelambatan bayaran, penggunaan tunai projek lain

menjadi strategi paling utama responden. Pelantikan pekerja secara kontrak pula sebagai

pilihan strategi pelantikan pekerja dan mendapatkan kredit dari pembekal sebagai

strategi syarikat dengan pembekal. Strategi syarikat pembinaan dengan subkontraktor

ialah dengan menetapkan wang tahanan dan penggunaan subkontraktor yang maksimum

serta penyewaan sebagai strategi syarikat mengenai loji dan peralatan. Pemilihan

jaminan kredit dari institusi kewangan pula menjadi strategi sumber kewangan luar

paling utama syarikat pembinaan.

Page 120: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

99

BAB 5

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab akhir ini akan menghuraikan beberapa penemuan terhadap beberapa kes bagi

mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan pada peringkat awal penulisan. Ia akan

disusuli cadangan cadangan yang rasional dan praktikal bagi merealisasikan matlamat

dan objektif yang hendak dicapai.

Bab ini juga akan menerangkan tentang kaitan kajian lanjutan bagi mengupas

secara lebih mendalam kes kajian ini beserta kesimpulan secara keseluruhannya bagi

memperkuatkan lagi fakta strategi yang diamalkan oleh syarikat pembinaan dalam

Page 121: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

100

menghadapi kelewatan bayaran dari majikan. Bab ini menerangkan tentang rumusan

daripada analisis yang telah dilaksanakan pada bab sebelumnya dan cadangan bagi

penyelidikan yang seterusnya.

5.2 Rumusan

Penyelidikan ini telah mencapai objektif yang digariskan dalam Bab 1 iaitu

mengenalpasti strategi pengurusan aliran tunai jika menghadapi masalah pembayaran

dari majikan. Penyelidikan ini telah dijalankan menggunakan kaedah borang soal selidik

dan diedarkan disekitar Johor darul Ta’zim.Antara penemuan kajian tentang strategi

pengurusan aliran tunai syarikat pembinaan jika menghadapi kelewatan bayaran dari

majikan ialah :

5.2.1 Peningkatan Modal Syarikat secara Dalaman sebagai Strategi Utama

Amalan peningkatan modal syarikat secara dalaman merupakan strategi utama

kebanyakan syarikat pembinaan kerana kaedah ini merupakan kaedah yang yang perlu

diusahakan oleh syarikat itu sendiri sebagai kaedah yang mengawal aliran tunai keluar

lebih minimum dan aliran tunai masuk bertambah. Modal syarikat secara dalaman dapat

ditingkatkan melalui simpanan yang keuntungan yang diperolehi syarikat dari

pembinaan yang telah siap dibina dan simpanan dari bayaran interim selepas ditolak

dengan tanggungan kos yang dianggarkan.

Simpanan kewangan merupakan strategi yang paling diamalkan dalam perniagaan

dan semua jenis industri. Ia tidak melibatkan pihak luar dan cuma mengorbankan sedikit

keuntungan syarikat daripada diagihkan.

Page 122: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

101

Pada masa menghadapi kelewatan bayaran dari majikan pula, Amalan penggunaan

tunai projek lain adalah kaedah yang paling utama diamalkan kebanyakan responden

kerana kelambatan bayaran adalah masalah yang bersifat sementara dan selepas bayaran

diterima, tunai tersebut dikembalikan untuk penggunaan projek asal. Kaedah ini lebih

mudah kerana hanya memerlukan rekod syarikat tentang perpindahan bajet tunai dari

projek lain kepada projek yang sedang mengalami maslah pembayaran.

Kaedah yang diamalkan pada masa kelewatan bayaran juga diikuti dengan

penggunaan simpanan keuntungan. Berdasarkan strategi persediaan awal syarikat

sebelum menghadapi masalah dan kecemasan.

5.2.2 Strategi Kawalan Aliran Tunai Keluar

5.2.2.1 Polisi pengambilan Pekerja

Dalam memaksimumkan peningkatan modal syarikat dan meminimumkan aliran

tunai keluar syarikat, Kajian mendapati syarikat pembinaan lebih mengutamakan

pelantikan pekerja secara kontrak sebagai strategi kawalan aliran tunai keluar untuk

polisi pengambilan pekerja. Pelantikan pekerja kontrak lebih menjimatkan dari sudut

pengurangan aliran tunai keluar kerana syarikat tidak terikat dengan pekerja untuk

tempoh yang lama tetapi syarikat menghadapi risiko kehilangan pekerja yang

mempunyai produktiviti tinggi dan tempoh serta kos untuk pengambilan pekerja baru

Page 123: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

102

5.2.2.2 Strategi mengenai Pembekal

Strategi kawalan aliran tunai keluar mengenai pembekal pula ialah syarikat

pembinaan lebih mengutamakan kemudahan kredit dari pembekal. Kredit dari pembekal

dapat mengurangkan aliran tunai keluar ketika berlakunya kelewatan bayaran dan kos

yang sepatutnya dibayar kepada pembekal tersebut boleh digunakan untuk tanggungan

kos operasi supaya operasi berjalan lancar. Syarikat boleh memanjangkan tempoh

pembayaran balik terhadap pembekal melalui perjanjian dan mendapatkan diskaun

daripada sistem kredit yang diamalkan pembekal iaitu sistem 2½ jika syarikat mampu

untuk membayar dalam tempoh 15 hari bahan dari pembekal dihantar.

5.2.2.3 Strategi mengenai Subkontraktor

Strategi kawalan aliran tunai keluar syarikat pembinaan ialah dengan

menetapkan wang tahanan sebagai strategi paling utama mengenai subkontraktor.

Kontraktor akan menetapkan wang tahanan yang mengikut peratusan yang ditetapkan

pada bayaran interim seterusnya mengurangkan kadar bayaran yang perlu dibayar pada

setiap bayaran dibuat. Kebanyakan kontraktor juga mengamalkan strategi

memaksimumkan pelantikan subkontraktor selagi ia dibenarkan oleh kerajaan dan tidak

melanggari undang undang. Pelantikan subkontraktor yang diutamakan oleh kontraktor

juga adalah mengikut lokasi projek yang dijalankan untuk memudahkan kerjasama.

Page 124: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

103

5.2.2.4 Strategi penggunaan Loji dan Peralatan

Strategi paling utama yang diamalkan oleh kebanyakan responden ialah

menggunakan kemudahan penyewaan yang tidak terikat dengan pelbagai bayaran untuk

jangka masa panajang. Penyewaan dan bayaran yang perlu dibuat hanya melibatkan

tempoh masa kerja yang memerlukan penggunaan loji dan peralatan tersebut.

Penyewaan hanya akan melibatkan bayaran sewa dan tidak terikat dengan bayaran

cukai, pekerja untuk sesetengah penggunaan loji, bayaran ansuran loji termasuk insuran

loji.

5.2.3 Strategi Luaran Syarikat

5.2.3.1 Sumber Kewangan Luar

Strategi kebanyakan syarikat pembinaan dalam perolehan sumber kewangan luar

ialah jaminan kredit bank yang mudah diperolehi ketika syarikat mempunyai masalah

kelewatan bayaran tetapi jaminan kredit memerlukan permohonan pada peringkat awal

dengan membayar premium sebelum jaminan kredit diberikan oleh bank. Kadar bayaran

premium adalah pada kadar yang tidak terlalu mahal dan bergantung kepada negara dan

bank yang dipohon. Jenis pinjaman yang lebih utama diamalkan oleh syarikat

pembinaan juga ialah jaminan kredit dan diikuti dengan pinjaman jangka masa pendek.

Permohonan pinjaman jangka masa pendek adalah pinjaman yang dibuat ketika

kecemasan untuk menanggung kos operasi semasa pembinaan.

Page 125: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

104

5.3 Masalah yang dihadapi semasa menjalankan penyelidikan

Semasa menjalankan kajian ini, beberapa masalah telah dihadapi seperti berikut:

(a) Kurang kerjasama daripada kontraktor untuk menjawab soal selidik dan

minoriti responden hanya menjawab borang secara tidak serius.

(b) Pertukaran alamat syarikat yang menyebabkan penyelidik kehilangan

masa berharga dalm tempoh pencarian alamat syarikat yang terdekat

disamping jarak perjalanan yang jauh..

5.4 Cadangan Penyelidikan Lanjutan

Penyelidik mencadangkan penyelidikan lanjutan tentang Strategi Rantaian

Syarikat dengan pembekal bagi mengkaji kesan sistem yang diamalkan oleh pembekal

iaitu sistem 2½ yang mana diskaun diberi sebanyak 2 peratus untuk pembayaran dalam

tempoh 15 hari.

Page 126: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

105

RUJUKAN

Akhbar Utusan, 26 Disember 2010, Teliti Permasalahan sebelum Menghukum

Alan Griffth & Paul Watson (2004), Construction Management and Management

Practices, Palgrave MacMillan

Asniah Bt Abidin (2007), The Profile of Construction Disputes, Universiti Teknologi

Malaysia, Tesis Sarjana

A.V. Hore, J.G. Kehoe,R. McMullan, M.R. Penton (1997), Construction 1-

Management-Finance-Measurement, MacMillan Press LTD

Borang Kontrak JKR 203A (Semakan 10/83)

Charles H. Mott (1981), Accounting and Financial Management for Construction, A.

Wiley Interscience Publication

Coombs, Wiliam E. (1984), The Handbook of Construction Accounting & Financial

Management, McGraw Hill Company

Dr S. G. Naoum, (2007), Dissertation Research & Writing for Construction Students,

Second Edition, Elsevier, Butterworth Heinemann

Page 127: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

106

Danny Myers (2008), Construction Economics, A New Approach, Second Edition,

Taylor & Francis

David Campbell, George Stonehouse, Bill Houston (2002) Business Strategy, An

Introduction, Second Edition, Elsevier, Butterworth Heinemann

David Crowtner (2004), Managing Finance, A Social Responsible Approach, Elsevier

Butterworth Heinemann

Geofrfrey Knott,4th Edition(1986), The Handbook of Construction Accounting &

Financial Management, McGraw Hill Company

Hamdan Tawadi, Akhbar Utusan, 10 April 2010, 6 kontraktor disenarai hitam.

Hans J. Lang/Michael DeCoursey (1983), Profitability Accounting & Bidding Strategy

for Engineering & Construction Management, Van Nostrand Reinhold Company

John Schaufelberger (2009) Construction Business Management, Pearson Prentice Hall

Khairani Haji Ahmad (2006) Ekonomi Binaan, Edisi Revisi, Pearson Prentice Hall

Maklumat Maksud Istilah Istilah dalam Perniagaan, 21. March 2011,

(www.Businessdictionary.com)

Page 128: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

107

Maklumat Perniagaan, 23. March 2011,

(www.Businesslink.gov.uk)

Min Yuang Cheng, Hsing Chih Tsai, Chih Lung Liu, Artificial Intelligence Approaches

To Achieve Strategic Control Over Project Cash Flows, Journal Automation in

Construction 18 (2009) 386-393

Nick B. Ganaway (2006), Construction Business Management, Butterworth-Heinemann

Elsevier

Noor Zarina Bt Mohd Nazir (2006), Late Payment Problems Among Contractors in

Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Tesis Sarjana

Pauline Weefman (2006), Financial and Management Accounting, An Introduction, FT

Prentice Hall

Patricia M. Hillebrandt, Jacqueline Cannon & Peter Lansley (1995), The Construction

Company In and Out of Recession, MacMillan Press Ltd

Richard Lynch (2006) Corporate Strategy, Fourth Edition, Pearson Prentice Hall

Robert Perks (2007), Financial Accounting Understanding & Practice, 2nd Edition,

MCGraw Hill Higher Education

Page 129: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

108

Russell (Contractor failure, Analysis, Journal of Performance of Constructed facilities 5

(3) (1991) 163-180

Russell Kenley (2003), Financing Construction, Cash Flow and Cash Farming, Spon

Press

Simon A. Burtonshaw (2009), Risk and Financial Management in Construction, Gower

Publishing Limited

Shu Shun Liu,Chang Jung Wang, Resource Constraints Construction project scheduling

model for profit maximization considering cash flow, Journal of Automation in

Construction 17 (2008) 966-975

Steven J. Peterson (2009), Construction Accounting and Financial Management, Second

Edition, Pearson Prentice Hall

Page 130: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

109

BIBLIOGRAFI

Barry Elliot and Jamie Elliot (2008), Financial Accounting and Report, 12th Edition, FT

Prentice Hall

James J. Adrian (1976), Business Practices for Construction Management, Elsevier

Matt Stevens (2007), Managing Construction Firm on Just 24 Hours a Day, McGraw

Hill

Mert Millman (1990), General Contractor- Winning Techniques for Starting &

Operating a Successful Business, Elsevier

R. Oxley & J. Poskitt (1980), Management Techniques Applied to the Construction

Industry, 3rd Edition, Granada Publishing Limited

Tony Davies and Tony Boczko (2006), Principles of Accounting & Finance, McGraw

Education

Page 131: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

110

LAMPIRAN A

SURAT PENGESAHAN

Page 132: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

111

UTM.21/13.11/8

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

Tuan/Puan,

KebenaranUntukMendapatkanMaklumatKajianPenyelidikan:

SukacitadimaklumkanbahawapelajarMohdNurIman Al Hafiz b MohdJamil, no kadpengenalan871002-11-5033adalahpelajarTahun 3 SarjanaMudaSains (Pembinaan)dariFakultiAlamBina.

2. Pelajar diatassedangmengumpulkanmaklumatuntuktujuanProjekSarjanaMuda yang bertajuk‘PengurusanAliranTunai Syarikat Pembinaan’. Sehubungandenganitu, sayamemohonjasabaikpihaktuan/puan agar dapatmembantudalammemberikanmaklumat yang diperlukan.Segalamaklumat yang diperolehiakandianggapsulitdanhanyadigunakanuntuktujuanpembelajaransahaja.

3. Kerjasamadaripadapihaktuan/puandiucapkanribuanterimakasih.

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang Benar,

En.Jamaluddin Bin Yaakob

PenyeliaProjekSarjanaMuda

JabatanUkurBahan

UniversitiTeknologi Malaysia

Page 133: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

112

LAMPIRAN B

BORANG KAJI SELIDIK

Page 134: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGURUSAN ALIRAN TUNAI SYARIKAT PEMBINAAN

MENGENALPASTI STRATEGI MENGHADAPI MASALAH PEMBAYARAN DARI KLIEN.

PIHAK YANG TERLIBAT

NAMA PENYELIDIK :

NO. KAD PENGENALAN :

* SEGALA MAKLUMATDIGUNAKAN

FAKULTI ALAM BINA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAJUK KAJIAN:

PENGURUSAN ALIRAN TUNAI SYARIKAT PEMBINAAN

OBJEKTIF KAJIAN:

MENGENALPASTI STRATEGI PENGURUSANALIRAN TUNAI JIKA MENGHADAPI MASALAH PEMBAYARAN DARI KLIEN.

SASARAN RESPONDEN:

AKAUNTAN SYARIKAT /

PENGARAH URUSAN /

PIHAK YANG TERLIBAT DALAM URUSAN KEWANGAN SYARIKAT

NAMA PENYELIDIK :MOHD NUR IMAN AL HAFIZ B MOHD JAMIL

NO. KAD PENGENALAN :871002-11-5033

NO. MATRIK : BB 090029

NO. TELEFON :019-9292220

* TERIMA KASIH

* SEGALA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH SULIT DAN HANYA DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN PENYELIDIKAN SAHAJA

113

PENGURUSAN ALIRAN TUNAI SYARIKAT PEMBINAAN

PENGURUSANALIRAN TUNAI JIKA MENGHADAPI MASALAH PEMBAYARAN DARI KLIEN.

DALAM URUSAN KEWANGAN SYARIKAT

MOHD NUR IMAN AL HAFIZ B MOHD JAMIL

TERIMA KASIH*

DAN HANYA UNTUK TUJUAN PENYELIDIKAN SAHAJA

Page 135: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

114

BAHAGIAN I : LATAR BELAKANG SYARIKAT

1) Nama Syarikat : ____________________________________________________________

2) Alamat Syarikat : ____________________________________________________________

3) Cop Syarikat :

BAB II : LATAR BELAKANG RESPONDEN

1) Nama Responden : _____________________________________________________

2) Jawatan Dalam Syarikat : _________________________________________________________

BAHAGIAN III :PENGURUSAN ALIRAN TUNAI SYARIKAT PEMBINAAN

MAKLUMAT UMUM

Arahan :Sila tandakan [√] pada ruangan yang disediakan.

1. Adakah syarikat pernah menghadapi sebarang masalah pembayaran projek dari majikan? Pernah Tidak Pernah

2. Jika Pernah, Berapakah tempoh masa kelambatan bayaran dari majikan? 1-2 Bulan 3-4 Bulan 5-6 Bulan 7-8 Bulan

AMALAN PENGURUSAN ALIRAN TUNAI SYARIKAT

3. Adakah syarikat menyediakan Bajet Kewangan syarikat secara berkala? Ya Tidak

4. Jika YA, Berapakah tempoh bajet kewangan syarikat?

Page 136: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

115

6 bulan 1 Tahun SetiapProjek

5. Adakah syarikat menyediakan Jangkaan Aliran Tunai? Ya Tidak

6. JikaYa, Berapakah tempoh penyediaan jangkaan aliran tunai? 6 bulan 1 Tahun SebelumProjek

7. Adakah syarikat menbuat Analisis Aliran Tunai secara berkala? Ya Tidak

8. Jika Ya, Berapakah tempoh analisis aliran tunai syarikat? 6 bulan 1 Tahun TamatProjek

STRATEGI PENGURUSAN ALIRAN TUNAI

Arahan :Isikan petak petak tersebut dengan Nombor Mengikut Turutan Keutamaan.

UMUM

9. Apakah strategi utama syarikat dalam Menghadapi Kelewatan Bayaran Dari

Majikan? Pinjaman dan Jaminan kredit dari institusi kewangan Meningkatkan modal syarikat secara dalaman Meningkatkan kadar operasi bukan pembinaan Lain-lain ,Nyatakan _____________________

STRATEGI DALAMAN SYARIKAT

10. Apakah strategi dalaman syarikat SEBELUM menghadapi kelewatan bayaran dari Majikan? Simpanan Keuntungan Penjualan Syer Baru Penjualan Aset Permohonan Jaminan Kredit dari institusi kewangan

11. Apakah strategi syarikat pada MASA menghadapi kelewatan bayaran dari majikan? Penggunaan Simpanan Keuntungan Penjualan Syer Baru Penjualan Aset Mandapatkan Pinjaman

Page 137: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

116

Penggunaan Jaminan Kredit dari institusi kewangan Debentur

Arahan :Sila Gunakan skala yang berikut mengikut persetujuan

Tahap persetujuan

Sangat tidak setuju

Tidak setuju

Sederhana Setuju Sangat setuju

Skala 1 2 3 4 5

12. Apakah strategi syarikat mengenai polisi pengambilan pekerja untuk mengawal aliran tunai syarikat?

Perkara Skala

Pelantikan pekerja tetap 1 2 3 4 5

Pelantikan pekerja secara kontrak 1 2 3 4 5

Penggunaan pekerja sambilan 1 2 3 4 5

13. Apakah strategi syarikat mengenai pembekal untuk mengawal aliran tunai syarikat?

Perkara Skala

Melantik syarikat pembekal sebagai pembeka tetap 1 2 3 4 5

Pemilihan pembekal mengikut lokasi projek 1 2 3 4 5

Menjalankan rundingan harga dengan pembekal yang berpotensi 1 2 3 4 5

Mendapatkan kredit dari pembekal 1 2 3 4 5

14. Apakah strategi syarikat mengenai subkontraktor untuk mengawal aliran tunai syarikat?

Page 138: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

117

Perkara Skala

Lantikan subkontraktor buruh sahaja 1 2 3 4 5

Lantikan subkontraktor 1 2 3 4 5

Penetapan wang tahanan 1 2 3 4 5

Mempunyai subkontraktor tetap untuk setiap elemen kerja 1 2 3 4 5

Pelantikan subkontrakto rmengikut lokasi projek 1 2 3 4 5

Arahan :Isikan petak petak tersebut dengan Nombor Mengikut Turutan Keutamaan.

15. Apakah strategi syarikat keatas jenis penggunaan loji dan peralatan? Penyewaan Pembelian

STRATEGI LUARAN SYARIKAT

16. Apakah jenis keutamaan Sumber Kewangan Luar yang dipohon oleh syarikat? Pinjaman Bon Jaminan Kredit Bank (Line of Credit) Overdraf Tabung kerajaan( Advance Payment)

Debentur

17. Apakah keutamaan Sumber Pinjaman syarikat? Pinjaman Jangka masa panjang Pinjaman Jangka masa pendek Jaminan Kredit Bank (Line of Credit)

Page 139: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

118

LAMPIRAN C

KONTRAKTOR YANG TERLIBAT

Page 140: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

119

Senarai Kontraktor yang terlibat dalam penyelidikan :

1) TSK CONSTRUCTION SDN BHD

2) PEMBINAAN JAYA ZIRA SDN BHD

3) OTP DEVELOPMENT SDN BHD

4) BNB CONSTRUCTION SDN BHD

5) ANJUNG PERKASA SDN BHD

6) AZM CORPORATION SDN BHD

7) HASBARIA SDN BHD

8) YUSJUARA ENTERPRISE

9) APEX COMMUNICATION SDN BHD

10) GEMILANGJAYA BINA SDN BHD

11) IHSAN CONSTRUCTION & ENTERPRISE

12) JATIBINA ENTERPRISE SDN BHD

13) SYARIKAT PEMBINAAN SAUDARA

14) FA DESIGN & CONSTRUCTION SDN BHD

15) SUNGAI SEJAHTERA SDN BHD

16) IOS RESOURCES SDN BHD

17) PEMBINAAN CASUARINA UTAMA

18) IRWAN TEGUH SDN BHD

19) TERAJU HIKMAT SDN BHD

20) GLR BUILDERS SDN BHD

21) PURNAMA KUKUH SDN BHD

22) CAMIRE SDN BHD

23) BANDI BINA SDN BHD

24) BAKTI INSANI SDN BHD

25) MZ CIVIL CONSTRUCTION

26) TAQI BUILDERS

27) PRESTASI REKA SDN BHD

Page 141: MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

120

28) IOS CONSTRUCTION (M) SDN BHD

29) IN GEO CORPORATION SDN BHD

30) PEMBINAAN JUARA PERKASA

31) CASUARINA BUILDERS

32) PROSMIER CONSTRUCTION SDN BHD

33) TAQI HOLDINGS SDN BHD

34) PRIMULIA HOLDINGS SDN BHD

35) JJ ACTFAST DEVELOPMENT SDN BHD