13
Kajian Spesifikasi Peralatan ICT Sedia Ada Berbanding Keperluan dan Teknologi Semasa di Agensi Nuklear Malaysia Mohd Fauzi Haris, Raja Murzaferi Raja Moktar, Mohd Dzul Aiman Aslan, Mohd Hafez Mohd Tahir Pusat IT, Bahagian Sokongan Teknikal, Agensi Nuklear Malaysia, 43000 Kajang, Selangor Sejajar dengan perkembangan teknologi ICT yang pesat, kerajaan Malaysia telah merancang dan memperkenalkan pelbagai perancangan dan inisiatif berasaskan ICT. Di dalam Economic Transformation Program (ETP) perkara ini di sebut di dalam Bab 13 dokumen ETP yang bertajuk Communication Content & Infrastructure. Dalam menjayakan semua perancangan ini, sudah pasti kesediaan insfrastruktur ICT yang mapan adalah amat mustahak. Peralatan ICT tidak hanya difokuskan kepada komputer semata-mata, tetapi juga peralatan lain yang menyokong dan meningkatkan lagi tahap kegunaan komputer itu sendiri. Kertas kerja ini akan membincangkan hasil dapatan kajian spesifikasi peralatan ICT yang sedia ada berbanding keperluan dan teknologi semasa dan akan datang bagi menyokong dan menjayakan inisiatif yang telah dirancang oleh pihak kerajaan. Katakunci : kesediaan infrastruktur, spesifikasi peralatan ICT 1.0 Pengenalan -- Persekitaran Infrastruktur Komputer di Agensi Nuklear Malaysia Selaras dengan usaha kerajaan untuk sentiasa memberi khidmat yang lebih baik kepada rakyat, elemen ICT dalam perkhidmatan awam adalah antara kaedah yang telah dikenalpasti bagi mencapai matlamat tersebut. Ia telah diterapkan ke seluruh pejabat-pejabat kerajaan di seluruh negara dan Nuklear Malaysia adalah antara agensi kerajaan yang terawal mengadaptasi penggunaan ICT dalam perkhidmatan. Saiz pengguna kini yang melebihi 1000 orang dan dengan saiz kawasan melebihi 272 ekar, Nuklear Malaysia boleh dikategorikan sebagai sebuah organisasi bersaiz besar mengikut terma ICT di Malaysia. [rujukan]. Infrastruktur komputer ini turut disokong oleh sistem rangkaian setempat yang telah pun mencecah end-to-end connection 1Gbps menggunakan kabel fiber optik sebagai tetulang dan UTP CAT5e dan juga CAT6 sebagai horizontal cabling. Semua infrastruktur ini adalah amat penting, saling berkait rapat dan memerlukan antara satu sama lain. Tidak lupa juga infrastruktur server yang turut memainkan peranan penting dan kombinasi infrastruktur komputer di Agensi Nuklear Malaysia. Kertas kerja ini akan membincangkan dengan lebih terperinci berkenaan hasil kajian spesifikasi komputer desktop yang digunapakai di Nuklear Malaysia dan membuat beberapa perbandingan dengan institusi lain.

Mohd Fauzi Haris, Raja Murzaferi Raja Moktar, Mohd Dzul Aiman

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Mohd Fauzi Haris, Raja Murzaferi Raja Moktar, Mohd Dzul Aiman

Kajian Spesifikasi Peralatan ICT Sedia Ada Berbanding Keperluan dan Teknologi Semasa diAgensi Nuklear Malaysia

Mohd Fauzi Haris, Raja Murzaferi Raja Moktar, Mohd Dzul Aiman Aslan, Mohd Hafez Mohd TahirPusat IT, Bahagian Sokongan Teknikal,

Agensi Nuklear Malaysia, 43000 Kajang, Selangor

Sejajar dengan perkembangan teknologi ICT yang pesat, kerajaan Malaysia telah merancang dan

memperkenalkan pelbagai perancangan dan inisiatif berasaskan ICT. Di dalam Economic

Transformation Program (ETP) perkara ini di sebut di dalam Bab 13 dokumen ETP yang bertajuk

Communication Content & Infrastructure. Dalam menjayakan semua perancangan ini, sudah pasti

kesediaan insfrastruktur ICT yang mapan adalah amat mustahak. Peralatan ICT tidak hanya

difokuskan kepada komputer semata-mata, tetapi juga peralatan lain yang menyokong dan

meningkatkan lagi tahap kegunaan komputer itu sendiri. Kertas kerja ini akan membincangkan hasil

dapatan kajian spesifikasi peralatan ICT yang sedia ada berbanding keperluan dan teknologi semasa

dan akan datang bagi menyokong dan menjayakan inisiatif yang telah dirancang oleh pihak kerajaan.

Katakunci : kesediaan infrastruktur, spesifikasi peralatan ICT

1.0 Pengenalan -- Persekitaran Infrastruktur Komputer di Agensi Nuklear Malaysia

Selaras dengan usaha kerajaan untuk sentiasa memberi khidmat yang lebih baik kepada rakyat, elemen

ICT dalam perkhidmatan awam adalah antara kaedah yang telah dikenalpasti bagi mencapai matlamat

tersebut. Ia telah diterapkan ke seluruh pejabat-pejabat kerajaan di seluruh negara dan Nuklear

Malaysia adalah antara agensi kerajaan yang terawal mengadaptasi penggunaan ICT dalam

perkhidmatan.

Saiz pengguna kini yang melebihi 1000 orang dan dengan saiz kawasan melebihi 272 ekar, Nuklear

Malaysia boleh dikategorikan sebagai sebuah organisasi bersaiz besar mengikut terma ICT di

Malaysia. [rujukan]. Infrastruktur komputer ini turut disokong oleh sistem rangkaian setempat yang

telah pun mencecah end-to-end connection 1Gbps menggunakan kabel fiber optik sebagai tetulang dan

UTP CAT5e dan juga CAT6 sebagai horizontal cabling. Semua infrastruktur ini adalah amat penting,

saling berkait rapat dan memerlukan antara satu sama lain. Tidak lupa juga infrastruktur server yang

turut memainkan peranan penting dan kombinasi infrastruktur komputer di Agensi Nuklear Malaysia.

Kertas kerja ini akan membincangkan dengan lebih terperinci berkenaan hasil kajian spesifikasi

komputer desktop yang digunapakai di Nuklear Malaysia dan membuat beberapa perbandingan dengan

institusi lain.

Page 2: Mohd Fauzi Haris, Raja Murzaferi Raja Moktar, Mohd Dzul Aiman

2.0 Pengumpulan Data Spesifikasi Komputer di Nuklear Malaysia

Pusat IT telah di amanahkan untuk melakukan audit komputer pada Februari 2012 khusus untuk

melihat tahap penggunaannya. Selepas hampir setiap tahun pembelian komputer dibuat, tetapi

seringkali permohonan untuk mendapatkan komputer baru diterima menjadikan ianya satu tanda soal

adakah komputer di Nuklear Malaysia benar-benar tidak mencukupi atau ianya banyak yang rosak dan

tidak dibaikpulih. Di bawah adalah hasil operasi audit yang lakukan untuk Kompleks Bangi

Jadual 1: Bilangan Desktop/Notebook yang telah di auc it di Kompleks Bangi

Blok Bil. PC Di Audit

Bil. PC Rosak/ Tidak Digunakan

10 (Main Gate Bangi) 3 0

12 (Stor Pusat) + Bilik Pemandu 8 0

11 170 29

13 (BKS) 9 0

15 70 10

18 38 11

19 5 1

20 17 4

21 10 3

23 (RAS) 22 0

24 (Animal House) 7 2

25 (PDC) 27 7

2 6 (BKN) 18 1

27 (BKJ) 16 4

28 (BTI) 6 4

29 (BTI) 14 4

29 Tambahan 9 5

30 (Waste) 13 1

32 (SSDL + KFP) 58 2

34 (BTI) 32 10

3 7 (PTK) 38 1

39 (Bangunan WeTEC) 4 0

Jumlah 594 99

**Nota : Tulisan bertanda merah bermakna masih ada Desktop/Notebook yang tidak dapat di audit

dilokasi atau bangunan berkenaan.

Daripada jumlah PC yang rosak atau tidak digunakan tersebut, sebahagiannya ada yang telah dihantar

ke Pusat IT untuk pelupusan dan sebahagiannya dibaikpulih dan diberikan kepada pengguna yang lain.

Namun bilangan tersebut hanyalah dalam peratus yang kecil sahaja.

Page 3: Mohd Fauzi Haris, Raja Murzaferi Raja Moktar, Mohd Dzul Aiman

2.1 Tools yang digunakan

Tugasan audit ini tidak akan menjadi lebih mudah tanpa bantuan perisian khas untuk audit. Terdapat

dua perisian percuma yang disenarai pendek untuk digunakan iaitu HWiNFO32 dan FreePCAudit

2.1. Setiap satu perisian ini mempunyai kelebihan masing-masing dan persetujuan diperolehi untuk

menggunakan FreePCAudit versi 2.1 dari www.misutilities.com kerana tool ini boleh memberi

maklumat tambahan seperti senarai perisian yang telah dipasang atau install ke dalam sesebuah

komputer dan processes yang sedang dilarikan (run). Ini secara tidak langsung boleh digunakan untuk

inventori perisian Nuklear Malaysia pada masa akan datang. Ia telah banyak dapat menjimatkan masa

dan kaedah menggunakannya juga amatlah mudah.

HWÍNF032 @ GIGABYTE G41MT-S2 - System Summary

CPU

ROYcrkfield

Ftcd, Unit

I ntel Coie 2 Q^ad Q83C0Stepping

Cadena me Cache

Platfo'r

SSPEC

CPU =0 T

ly l l + 2x12 + 2x2048

Goies 4

Logical 4

MCU A07LGA775 (FC-LGAS)

SLGLR“ DP 95 W Feat-íesMMX 3DNow! 3DNow!-2 SSE SSE-2 SSE-3 SSSE-3SSE4A SSE4.1 SSE4.2 AES-NI AVXHTT DEP EM64T VMX SMX SVM1ST EIST TMi “ M2 BusGV IDA

Operating Point Clock Ratio FSE VID

CPU LFM (Min) 2000.0 MHz 6.00>: 333.3 MHz 1.1000 VCPU HFM (Mas) 2500.0 MHz 7.50< 333.3 MHz 1.2875 VCPU Status

' '333.3 MHz 1.2375 V

Clock Ratio he'nMon1999 MHz 6.0tt>: OK2467 MHz 7.S0h OK1999 MHz 6.0tt>: OK2467 MHz 7.S0x OK

CYlves

GPU

InterGRAPHICS

[ ntel G41 Cr Dset - [ integrated Gra pr cs 0 [A 3 ]| Intel GM A 4500(MXHD)

PCI

GPU =0 TPixel Pipelines

Current Clocks (MHz) Shader -

Shaders

Memory Geometry

Mother board

Chipset

BIOSMemory

Size

GIGABYTE G41MT-S2

Intel G41 (Eag lela loe) + [CH7

10/07/10 BIOS Version

40% MB “ ype

F I

Current ¡ming

Clock 533.3 MHz

Mode

“ ¡ring 7

Modules

1,60

&ja l-Cha nnel

7 - 7 - 2 0 tRC

DDR3 SDRAM

* 333,3 MHz

CR 2“

tRFC 60

J f O] Kingston 99L 5471-001. AOOIF

Size

“ ype

2046 MB Clock 667 MHz ECCPC3-10600 DDR3 SDRAM UDIMM

Interface Model

SATA 3 Gb/s ATA PI

WDC WD5000A A DS-OOS9BO [500 GB. 32767KB] HL-DT-S- DVD-RAM GH22NS30 [DVD+R DL]

Fieq CL RCD RP RAS RC E>t. V

666.7 9 9 9 24 33 - 1.50533.3 7 7 7 20 27 - 1.50400.0 6 6 6 15 20 - 1.50

OS Microsoft Windows 7 Professional Build TiflO Cose

Gambar 1 : Paparan dari perisian audit HWiNFO32

Page 4: Mohd Fauzi Haris, Raja Murzaferi Raja Moktar, Mohd Dzul Aiman

ItS HWÍNF032 V3.93-1530 1

Program Report Benchmarks Monitoring Help

9 m s j dS u m m a ry S a ve Report Benchm arks Sensors A b o u t D rive r Update B IO S Update

PENTEST01_WIN7 B H Central Processor(s)

fil Intel Core 2 Quad Q8300 à - m Motherboard + «H Memory + ^r1 Bus

Video Adapter + 81 Monitor Ej ^ Drives + €> Audio É- A Network É Ports

FeatureGeneral Information

a Processor Name:s£> Original Processor Frequency:

OcPU ID: a CPU Brand Name:f l i C P U V e n d o r:

a CPU Stepping: a CPU Code Name:01 CPU S-Spec:

CPU Thermal Design Power (TDP): a CPU Max. Case Temperature (Tcase_max): d CPU Type:Q CPU Platform: a Microcode Update Revision:

S t Number of CPU Cores: a Number of Logical CPUs:

Operating Points

Description

Intel Core 2 Quad Q83002500.0 MHz

0001067AInteKR) Core(TM)2 Quad CPUGenuinelntel

ROYorkfiekJSLGUR95.0 W 71.4 °C Production Unit LGA775 (FC-LGA8)A07

44

Q8300 @ 2.50GHz

Gambar 2 : Paparan perisian HWÍNFO32 dan maklumat yang dikumpulkan

Ò Free PC Audit 2.1 [H i £3

File Edit Help

System S o ftw a re GH P rocesse s

Param eter V a lu e

;....,1 m H o s tn a m e P E N T E S T 01 W IN 7 *■

!....IP -address 1 0 .1 0 .8 .8 2

!....U s e rn a m e N T S E R V E R 1 \fa u z ih a r is

i i j j f j ) D e sc rip tion

> H H O pera ting system M ic ro so ft W in d o w s 7 P ro fess iona l (ve rs ion 6 .1 .7 6 0 0 ; bu ild 7600)

!....,# ! W in d o w s p ro d u c t ID 0 0 3 7 1 -0 E M -8 9 S 2 6 7 1 -00524

3 W in d o w s p ro d u c t key 32K D 2-K3C T F-M 3D J T-4J 3 W C -7 3 3 W D

i....^ In te rn e t Exp lorer ve rs ion 8 .0 .7 6 0 0 .1 6 3 8 5

!....; h M ode l G 41M T -S 2

j - - í f c System type X 8 6 -b a s e d PC

B I0 S A w a rd S o ftw a re In te rn a tio n a l, In c . (vers ion: F I ; da te : 1 0 /7 /2 0 1 0 )

j....¿ í j Seria l num ber

> l a ) M o th e rb oa rd G igab yte T e c h n o lo g y C o., Ltd. [G 4 1 M T -S 2 ; version : x.x)

I....Chassis D e sk to p

> P rocesso r In te l(R ) C o re (T M ]2 Q uad CPU Q 8 3 0 0 @ 2 .5 0 G H z (a rch itec tu re : y64 ; 2 50 0 M H z)

P h ys ica l memory 3 .2 GB

> S 3 M em ory slot 2 .0 GB (B a n k 0 /1 ; form fa c to r: D IM M ; m em ory type : U n k n o w n )

> S S M em ory slot 2 .0 GB (B a n k 4 /5 ; form fa c to r: D IM M ; m em ory type : U n k n o w n )

> S S M em ory slot Em pty■ u ................ r ------- 1 ..

C D Network inventory software at misutilities.com

Gambar 3 : Maklumat yang dikumpulkan oleh perisian FreePCAudit 2.1

Page 5: Mohd Fauzi Haris, Raja Murzaferi Raja Moktar, Mohd Dzul Aiman

Terdapat 3 kaedah yang wujud dan boleh di pilih untuk menjalankan audit komputer di Nuklear

Malaysia. Namun setiap satu kaedah punyai halangan atau kelemahan yang tertentu. Bergantung

kepada objektif sesuatu audit tersebut dilakukan, kaedah yang wujud ini boleh dipilih.

Kaedah 1: Melalui panggilan telefon dan meminta pengguna memberikan maklumat yang diperlukan.

Masalah yang bakal dihadapi

- Pengguna tiada di bilik

- Rakan sebilik tidak mempunyai kata laluan komputer rakan

- Pengguna tidak mahir untuk mendapatkan maklumat tersebut.

Kaedah 2: Mengumpulkan maklumat melalui server. (menggunakan perisian tertentu, server akan run

perisian tersebut dan ‘menggali’ maklumat dari setiap komputer yang bersambung ke

rangkaian utama agensi)

Masalah yang bakal di hadapi

- Tidak semua komputer di switch on

- Rangkaian komputer setempat akan terganggu dengan aktiviti ini.

- Kos untuk perisian server yang menelan belanja yang besar

Kaedah 3: Dapatkan maklumat secara fizikal secara satu persatu. - Petugas unit IT hadir ke setiap

komputer di setiap lokasi untuk dapatkan maklumat.

Masalah yang bakal di hadapi

- Bilik berkunci

- Pengguna tiada di lokasi

- Permintaan dari pengguna lain disekitarnya untuk menyelesaikan masalah mereka

berkaitan komputer

Kaedah ketiga telah dipilih dalam tugasan kali ini kerana ia dapat memberikan gambaran lebih jelas

tentang masalah komputer dan luahan masalah berkenaan ICT dari pengguna komputer di Nuklear

Malaysia. Masalah-masalah yang dihadapi tersebut telah dapat diminima kan dengan kaedah seperti di

bawah :

i. Bilik berkunci - dapatkan kunci dari rakan/penyelia kawasan.

ii. Pengguna tiada di lokasi - menggunakan tools khas untuk masuk ke dalam system.

2.2 Kaedah Audit Komputer Yang Digunapakai

Page 6: Mohd Fauzi Haris, Raja Murzaferi Raja Moktar, Mohd Dzul Aiman

iii. Gangguan panggilan dari pengguna lain - menilai keadaan masalah yang dihadapi,

sekiranya masalah tersebut berat, mohon pengguna membuat laporan di dalam sistem

Helpdesk.

Antara lain, kelebihan kaedah ketiga ini ialah kita dapat mengesan komputer yang tidak digunakan.

Komputer yang tidak digunakan ini biasanya dibiarkan di lokasi pengguna selepas pengguna tersebut

mendapat komputer yang baru atau pengguna terbabit lebih selesa menggunakan komputer yang dibeli

sendiri. Di dalam banyak keadaan, komputer yang rosak ini tidak di hantar ke Pusat IT untuk di

baikpulih atas pelbagai alasan yang diberikan oleh pengguna.

3.0 Pemprosesan Data Spesifikasi Komputer

Operasi audit computer yang telah berjalan bermula dari bulan Februari sehingga Jun 2012 telah

memberikan kami peluang untuk mendapat data yang agak komprehensif. Walau bagaimanapun,

untuk skop kajian kami pada kali ini data-data dari lokasi atau Blok-blok terpilih sahaja terutamanya

yang berkaitan dengan penyelidikan (Kompleks Bangi) sahaja akan diambil kira. Blok-blok berkenaan

ialah Blok 13, Blok 15, Blok 18, Blok 19, Blok 20, Blok 21, Blok 23, Blok 24, Blok 25, Blok 26, Blok

27, Blok 28, Blok 29, Blok 29Tambahan, Blok 30, Blok 32, Blok 34, Blok 37 dan Blok 39.

Data-data mentah yang diperolehi hasil dari penggunaan perisian FreePCAudit di simpan dalam

bentuk fail .txt. Walaupun perisian tersebut membenarkan data di simpan dalam beberapa bentuk yang

lain, pada peringkat kajian kali ini kami memilih untuk menyimpannya dalam bentuk teks. Ini kerana,

pihak petugas perlu memasukkan maklumat no siri MyAsset sebagai maklumat tambahan yang

diperlukan. Maklumat berkenaan rekod MyAsset ini boleh digunakan oleh jawatankuasa MyAsset

kelak untuk membuat pemeriksaan silang (cross-check) berkaitan ketepatan data yang ada di dalam

rekod pangkalan data. Ini kerana, kadangkala komputer yang bertukar pemilik tidak dimaklumkan

kepada pihak jawatankuasa MyAsset di Pusat IT.

Satu aturcara khas ditulis menggunakan bahasa pengaturcaraan Phyton untuk menyusun maklumat

tersebut ke dalam Microsoft Excel bagi memudahkan pengiraan dan paparan maklumat yang

dikehendaki. Walau bagaimanapun untuk kajian peringkat permulaan ini, kaedah manual lebih

banyak digunakan memandangkan data yang tidak begitu banyak untuk diproses.

3.1 Pembersihan dan Pemilihan Data

Terdapat sedikit masalah yang tertentu pada data yang dikutip menggunakan perisian FreePCAudit.

Beberapa buah computer yang di audit tidak memberi maklumat yang sepatutnya. Tidak dapat

Page 7: Mohd Fauzi Haris, Raja Murzaferi Raja Moktar, Mohd Dzul Aiman

dipastikan apakah punca sebenar kepada masalah ini, namun kaedah manual digunakan untuk

mendapatkan Maklumat-maklumat tersebut. Disebabkan untuk kajian kali ini hanya memerlukan

maklumat seperti ruang storan cakera keras (HDD), kapasiti memori (RAM), Sistem Pengoperasian

(Operating System), Maklumat ini tidak sukar diperolehi secara manual. Cuma ia memakan masa yang

sedikit panjang berbanding menggunakan perisian audit.

Satu lagi kaedah yang digunakan dalam pemurnian data ini ialah dengan meletakkan nilai yang sama

pada jenis komputer yang sama. Sebagai contoh sekiranya komputer yang ada masalah untuk

mendapatkan maklumat menggunakan perisian FreePC Audit beijenama HPDX7400, nilai bagi setiap

attribute yang diambil kira akan di ambil dari jenis dan model komputer yang sama.

Masalah lain yang dihadapi ialah bilamana terdapat komputer yang menggunakan sistem

pengoperasian Linux. Perisian FreePCAudit tidak dapat dilarikan di atasnya kerana perisian tersebut

adalah berasaskan Windows. Bagi masalah ini, 2 kaedah yang sama digunakan seperti di atas.

Kapasiti RAM

Carta 1: Perbezaan kapasiti memori bagi 413 unit komputer dalam skop kajian.

Page 8: Mohd Fauzi Haris, Raja Murzaferi Raja Moktar, Mohd Dzul Aiman

Carta 2: Perbezaan kapasiti storan bagi 413 unit komputer dalam skop kajian

3.2 Perbandingan Spesifikasi Komputer Antara Agensi Nuklear Malaysia dan Organisasi Luar

Jadual 2 : Perbezaan spesifikasi cadangan untuk komputerVenue/Komponen

W indowsAsas

WSU,Michigan

CWRU,Cleveland

GenomMalaysia

NuklearMalaysia

CPU Pentium

300MHz

Intel Core

Duo

Core 2, I3, I5,

I7

A M D Athlon

64 X2

(2.6GHz)

Intel(R)

Pentium(R) 4

CPU 2.66GHz

RAM 128Mb 1-2 Gb 4Gb 2GB DDR2

SDRAM

255.5Mb

HDD 1.5Gb 160Gb 320Gb 160GB 37.3Gb

NIC NA 10/100

Base-T

10/100/1000

Base-T

10/100/1000

Base-T

10/100/1000

Base-T

**Nota: Perbandingan hanya untuk Microsoft Windows XP Profesional sahaja **WSU - Wayne State University, Michigan **CWRU - Case Western Reserve University, Cleveland, Ohio

Page 9: Mohd Fauzi Haris, Raja Murzaferi Raja Moktar, Mohd Dzul Aiman

Windows/PC Systems

StandardLaptopRecommendation

Power User LaptopRecommendation

StandardDesktopRecommendation

Power User DesktopRecommendation

Processor (see note) Core ¡3. ¡5, ¡7 Core ¡3, i5r ¡7 Core 1. i3. ¡5, ¡7 Core ¡3, ¡5, ¡7

RAM memory 4GB 4GB 4GB 4GB

Hard Drive Memory 320GB or higher 500GB or higher 320GB or higher 500GB or higher

Video Memory 256 MB 512MB 256MB 512MB

Monitor 14-1" Display 15' Display 20" Flat Panel 22" Flat Panel

Removable Media □VD+/-RW DUD+/-RW DVD+/-RW DVD+/-RW

Sound Card Built-In Built-In SoundBlastercompatible

SoundBlastercompatible

Warranty 3 orí. Year 3 or4Year 3 or U Year 3 or 4 Year

Wireless (see note) 802.11 H/G/N 802.11 B/G/N No No

Operating System Windows 7 Vista

Windows 7 Vista

Windows 7 Vista

Windows 7 Vista

Gambar 4: Spesifikasi komputer Case Western Reserve University, Cleveland, Ohio

Page 10: Mohd Fauzi Haris, Raja Murzaferi Raja Moktar, Mohd Dzul Aiman

4.0 Kajian kes Institut Genom Malaysia: Latarbelakang institut

Genom Malaysia adalah organisasi bukan berasaskan keuntungan berasaskan rangkaian yang

menjalankan penyelidikan asas dan penterjemahan bertujuan menerbitkan harta intelektual dan teknologi

baru untuk pembangunan ekonomi melalui projek besar berskala kebangsaan mahupun antarabangsa

melalui projek-projek berikut[1]:

• Comparative Genomics and Genetics • Computational and Systems Biology

• Structural and Synthetic Biology • Metabolic Engineering

4.1 Keperluan Perkomputeran dalam Bioinformatik.

Dalam semua projek utama yang dijalankan, ianya melibatkan keperluan perkomputeran yang kritikal

untuk menganalisis dan menterjemah data dari makmal untuk tujuan kesinambungan penyelidikan. Ini

memerlukan kuasa pemprosesan data yang tinggi. Bidang menganalisis maklumat biologi ini juga

dikenali sebagai bidang bioinformatik.[2] Kemudahan bioinformatik terdiri dari yang utama pusat

perkomputeran genom (Genom Comptuing Center) yang terdiri HPC dan HTC daripada 292 teras

pemproses serta jumlah storan 80Tb serta makmal-makmal analisis bioinformatik yang terdiri

daripada stesen-stesen kerja advance untuk membantu penyelidik dalam penganalisan data. Makmal

ini pula terdiri dari pada makmal R&D Bioinfo, Genome Informatics and Analysis serta makmal 3D

Simulation and Modelling yang mana stesen-stesen kerja mempunyai fungsi dan applikasi berlainan

yang memerlukan kuasa pemprosesan tinggi.

Page 11: Mohd Fauzi Haris, Raja Murzaferi Raja Moktar, Mohd Dzul Aiman

Berikut adalah ringkasan spesifikasi :

Jenis/Makmal Bioinfo R&D Genome Informatics 3D Simulation & Modeling

Model/Tahun

DELL PRECISION

T3400 (2008)

DELL PRECISION T5500

(2009)

DELL PRECISION T7500

(2011)

CPU

Intel Core 2 Quad

Q6600 (2.4GHz)

Dual Intel Xeon E5540

(2.53GHz)

Dual Intel(R) Xeon(R) X5660

2.80GHz, 12M cache, 6.4

GT/s QPI, Turbo, 6C HT

RAM

8GB NECC DDR2

SDRAM 32GB ECC DDR3 R D IM M

48GB (6x8GB) DDR3 R D IM M

Mem ory

HDD 500GBx 1 2 5 0 G B x 3 1TB x 2

VGA

256MB PCIe x16

nVidia Quadro

FX570

256MB PCIe x16 ATI FirePro

V3750 2GB NVIDIA Quadro 4000

OS

W indows XP

64Bit/Ubuntu 64bit

W indows XP 64Bit/Ubuntu

64bit

W indows 7 64Bit/Ubuntu

64bit

4.2 Perbandingan dengan Agensi Nuklear Malaysia

Secara asasnya, walaupun bidang berlainan (kecuali Bahagian Agroteknologi dan Biosains-BAB),

penggunaan aplikasi bagi tujuan analisis data penyelidikan yang memerlukan kuasa pemprosesan

komputer adalah amat kritikal bagi samada Institut Genom Malaysia dan juga Agensi Nuklear

Malaysia. Antara aplikasi yang boleh dikategorikan dalam keperluan yang sama antara kedua

agensi/institut adalah yang melibatkan simulasi seperti openfoam dan simulasi pemerisaian nuklear

bagi Agensi Nuklear manakala bagi Institut Genom Malaysia aplikasi bagi Molecular Dynamics

seperti 3D Protein Modeling dan Protein Prediction Simulation yang menggunakan monte carlo

molecular modeling methods[3].

Kesemua aplikasi ini melibatkan operasi number crunching intense tasks yang memerlukan kuasa

pemprosesan komputer yang amat tinggi untuk menyelesaikan permasalahan pengiraan numerical

yang besar (seperti applikasi 3D atau simulasi yang memerlukan kuasa pengiraan dan grafik CPU).[4]

Komputer dengan kuasa pemprosesan tinggi telah menjadi satu tools yang amat diperlukan dalam

Page 12: Mohd Fauzi Haris, Raja Murzaferi Raja Moktar, Mohd Dzul Aiman

membantu kerja-kerja penyelidikan. Ini membezakan samada satu analisis atau simulasi dapat

dijalankan oleh penyelidik samada dalam masa 1 minggu atau 1 Jam hingga ke beberapa minit sahaja.

Cuma jika dilihat dari persekitaran Agensi Nuklear Malaysia, kemudahan yang ada adalah amat terhad

dan beza batas teknologi spesifikasi prestasi peralatan yang ketara. Antara berbandingan asas yang

boleh dilakukan adalah seperti dibawah:

Jadual perbandingan spesifikasi dan prestasi antara agensi/institut

Jenis (M G I)B io in fo R& D

(M G I)G enom e

Informatics (M G I)3D m odelling

(Agensi Nuklear)PDC

Scientific Com puting

(Agensi

Nuklear)General

M ode l

/Tahun

DELL PRECISION T3400(2008)

DELL PRECISION T5500 (2009)

DELL PRECISION T7500 (2011)

DELL PRECISION T5400 (2008)

HP DX7400 MT(2009)

CPU

Intel Core 2 Quad Q6600 (2.4GHz)

2 x Intel Xeon E5540 (2.53GHz)

2 x Intel Xeon X5660 (2.80GHz)

Quad-Core Intel Xeon X5460(3.16Ghz)

Intel Core 2 Duo E8400 (3.0Ghz)

R A M

8GB NECC DDR2 SDRAM

32GB ECC DDR3 RDIMM

48GB ECC DDR3 RDIMM

20GB ECC DDR3 RDIMM

1-4GB DDR2 SDRAM

HDD 500GB x 1 250GB x 3 1TB x 2 500GB x 2 80GB

V G A

256MB PCIe x16 nVidia Quadro FX570

256MB PCIe x16 ATI FirePro V3750

2GB NVIDIA Quadro 4000

Dual 512MB PCIe x16 nVidia Quadro FX1700

256MB NVIDIA GS8400

OS

Windows XP64Bit/Ubuntu64bit

Windows XP 64Bit/Ubuntu 64bit Windows 7 Windows XP 64Bit Windows XP 32Bit

unit 20 20 20 1 400*

CPU [5]

Passm ark 2747 9774(4495**) 16973(8625**) 4949 2225

*PC yg diguna oleh pengguna dan penyelidik - HPDX7400 **Passmark perCPU benchmark

4.3 Kepentingan tool kuasa pemprosesan sebagai pemangkin penyelidikan

Merujuk kepada perbandingan mudah diatas, Agensi Nuklear Malaysia perlu memperkemaskini

spesifikasi tools dalam membantu penyelidik agensi sendiri dalam melakukan penyelidikan. Secara

perbandingan, institut lain yang menggunakan kuasa pemprosesan komputer sebagai tools kerja

penyelidkan mereka telah lama dimajukan yang mana institut ini dilihat telah berhasil mendaftarkan

lebih 30 paten penyelidikan pada 2011 walaupun hanya bermula pada 2006. [6] Dengan adanya tools

yang sesuai dari segi prestasi teknologi mahupun bilangan, ia mampu memangkinkan kerja-kerja

penyelidikan agensi. Hala tuju agensi ke arah organisasi sokongan teknikal atau TSO dalam kuasa

nuklear menjadikan keperluan ini bukan lagi satu pilihan tetapi suatu kemestian.

Page 13: Mohd Fauzi Haris, Raja Murzaferi Raja Moktar, Mohd Dzul Aiman

5.0 Kesimpulan

Sebagai sebuah organisasi kerajaan tunggal yang membuat penyelidikan dan pembangunan dalam

bidang nuklear, sudah sepatutnya Agensi ini mempunyai sistem infrastruktur ICT yang padu dan

mantap, sesuai dengan fungsi, perkhidmatan yang diberikan dan penyelidikan yang dijalankan. Apatah

lagi dengan visi dan misi yang telah ditetapkan, keperluan infrastruktur ICT ini perlu di titikberatkan

dan diberi perhatian yang serius oleh semua pihak yang berkepentingan.

Mengambil kira kajian kes Institut Genom Malaysia, dalam konteks infrastrutur ICT ini jika

dipandang sepi akan mengakibatkan kita jauh ketinggalan dari institusi-institusi penyelidikan baik di

dalam negara mahupun di luar negara.

6.0 Rujukan

[1] http://www.genomemalaysia.gov.my

[2] http://en.wikipedia.org/wiki/Bioinformatics

[3] http://en.wikipedia.org/wiki/Monte Carlo molecular modeling

[4] http://www.thefreedictionary.com/number+crunching, http://en.wiktionary.org/wiki/number-

crunching

[5] http://www.ukm.my/news/index.php/en/extras/816-genome-malaysia-institute-has-registered-

30-patents.html

[6] http://www.cpubenchmark.net/