14

MOHAMAD SHAUKHI MOHD RADZI - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18017/1/Proses Pembaratan.pdfOttoman Empire, 1288-1918 I. Judul. 956.101 Muka taip teks: Times New Roman ... Raja

  • Upload
    hadan

  • View
    237

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MOHAMAD SHAUKHI MOHD RADZI - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18017/1/Proses Pembaratan.pdfOttoman Empire, 1288-1918 I. Judul. 956.101 Muka taip teks: Times New Roman ... Raja
Page 2: MOHAMAD SHAUKHI MOHD RADZI - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18017/1/Proses Pembaratan.pdfOttoman Empire, 1288-1918 I. Judul. 956.101 Muka taip teks: Times New Roman ... Raja

MOHAMAD SHAUKHI MOHD RADZI

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAHKota Kinabalu • Sabah • Malaysia

http://www.ums.edu.my2012

Ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)

Page 3: MOHAMAD SHAUKHI MOHD RADZI - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18017/1/Proses Pembaratan.pdfOttoman Empire, 1288-1918 I. Judul. 956.101 Muka taip teks: Times New Roman ... Raja

© Universiti Malaysia Sabah, 2012

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dikeluarkan ke dalam sebarang bentuk sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit Universiti Malaysia Sabah, kecuali seperti yang diperuntukkan dalam Akta 332, Akta Hak Cipta 1987. Keizinan adalah tertakluk kepada pembayaran royalti atau honorarium.

Segala kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku ini tidak semestinya mewakili atau menggambarkan pendirian mahupun pendapat Penerbit Universiti Malaysia Sabah. Pembaca atau pengguna buku ini perlu berusaha sendiri untuk mendapatkan maklumat yang tepat sebelum menggunakan sebarang maklumat yang terkandung di dalamnya. Pandangan yang terdapat dalam buku ini merupakan pandangan ataupun pendapat penulis dan tidak semestinya menunjukkan pendapat atau polisi Universiti Malaysia Sabah. Penerbit Universiti Malaysia Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah mahupun kesulitan yang timbul, sama ada secara menyeluruh atau sebahagian, yang diakibatkan oleh penggunaan atau kebergantungan pembaca terhadap kandungan buku ini.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Mohamad Shaukhi Mohd Radzi, 1972- Proses pembaratan dalam Daulah Uthmaniyyah (1789-1876) / Mohamad Shaukhi Mohd Radzi. Mengandungi indeksBibliografi : ms. 192ISBN 978-967-5224-61-41. Turkey--History--Ottoman Empire, 1288-1918. 2. Turkey--Civilization-- Ottoman Empire, 1288-1918 I. Judul.956.101

Muka taip teks: Times New RomanSaiz taip teks dan leading: 11/13.2 poinDiterbitkan oleh: Penerbit Universiti Malaysia Sabah Tingkat Bawah, Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah Jalan UMS 88400 Kota Kinabalu, SabahDicetak oleh: Capital Associates (S) Sdn. Bhd. P. O. Box 88450, 14587 Kota Kinabalu, Sabah

Page 4: MOHAMAD SHAUKHI MOHD RADZI - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18017/1/Proses Pembaratan.pdfOttoman Empire, 1288-1918 I. Judul. 956.101 Muka taip teks: Times New Roman ... Raja

Senarai FotoSenarai PetaSenarai SingkatanPrakataPenghargaan

PengenalanPermulaan Pengaruh Barat dalam

Daulah Uthmaniyyah

Bab 1Pengenalan

Bab 2Era Permulaan Proses Pembaratan dalam Daulah Uthmaniyyah: Era Pemerintahan Sultan Salim III (1789-1807)

PengenalanProses Pembaratan dalam Pemerintahan Sultan

Salim III (1789-1807)Pembaharuan Pentadbiran dan EkonomiPembaharuan KetenteraanReaksi Masyarakat Uthmaniyyah terhadap

Pembaharuan Sultan Salim III

Pengenalan Proses Penstabilan dan Pengukuhan

Pentadbiran KerajaanPembaharuan KetenteraanPembaharuan PentadbiranPembaharuan Sosial dan Ekonomi

Bab 3Proses Pembaratan dalam Pemerintahan Sultan Mahmud II (1808-1839)

Halaman

KANDUNGAN

1

19

59

Page 5: MOHAMAD SHAUKHI MOHD RADZI - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18017/1/Proses Pembaratan.pdfOttoman Empire, 1288-1918 I. Judul. 956.101 Muka taip teks: Times New Roman ... Raja

Proses Pembaratan dalam Daulah Uthmaniyyah (1789-1876)

vi

Pengenalan Peranan Mustafa Reshid Pasha dalam

Pergerakan TanzimatHatti-I Sherif-I Gulhane dan Hatti-I HumayunAspek Pembaharuan Tanzimat Pembaharuan dalam Sektor Pentadbiran dan PerundanganPembaharuan KetenteraanPembaharuan Sosial dan EkonomiReaksi Masyarakat terhadap Pembaharuan

Tanzimat

Bab 4Penerusan Pembaratan dalam Daulah Uthmaniyyah: Era Tanzimat (1839-1878)

Bab 5Penutup

Analisis dan RumusanKesimpulan

BibliografiIndeks

91

141

Page 6: MOHAMAD SHAUKHI MOHD RADZI - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18017/1/Proses Pembaratan.pdfOttoman Empire, 1288-1918 I. Judul. 956.101 Muka taip teks: Times New Roman ... Raja

HalamanFoto Sultan Uthman I (1258M-1324M), pengasas Daulah Uthmaniyyah Sultan Muhammad II (al-Fatih) memasuki Kota Konstantinopel pada tahun 1453 MasihiGambaran Kota Konstantinopel ketika serangan oleh tentera IslamSultan Muhammad II (al-Fatih) (1432-1481) penakluk Kota KonstantinopelSultan Sulayman I (al-Qanuni) (1494-1566): Kemuncak kegemilangan Daulah UthmaniyyahPeperangan Lepanto pada 1571 Masihi Ivan III of Muscovy (1462-1505) Peter The Great (Peter I) (1672-1725)Catherine II (1762-1796)Sultan Salim III (1761-1808): Pelopor dasar pembaratan Daulah UthmaniyyahRaja Louis XVI (1774-1791)Seorang aga (ketua Janissari) Tentera feudal JanissariKapal armada laut Uthmaniyyah semasa era Sultan Salim IIISultan Mahmud II (1785-1739) Sultan Mustafa IV (1781-1808) Bayraktar Mustafa Pasha (Alemdar Mustafa Pasha – 1765-1808) Muhammad cAli Pasya: Pelopor Mesir Moden (1744-1822) Pemakaian fez bagi lelaki TurkiSultan cAbd Al-Majid (1823-1861)Mustafa Reshid Pasha (1800-1858): The Father of the TanzimatcAli Pasya (1815-1871) Sultan cAbd Al-cAziz (1830-1876)Ibrahim Sinasi (1824-1871)Namik Kemal (1840-1888)

3

15

15

16

20

2529303032

34454651

606162

70

799397

106111123124

1.1

1.2

1.3

1.4

2.1

2.2 2.32.4 2.5 2.6

2.7 2.82.9 2.10

3.1 3.23.3

3.4

3.5 4.1 4.2

4.3

4.4 4.54.6

SENARAI FOTO

Page 7: MOHAMAD SHAUKHI MOHD RADZI - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18017/1/Proses Pembaratan.pdfOttoman Empire, 1288-1918 I. Judul. 956.101 Muka taip teks: Times New Roman ... Raja

Proses Pembaratan dalam Daulah Uthmaniyyah (1789-1876)

viii

hlm. halamanpytn. PenyuntingSAW SallallahualaihiwasallamSdn. Bhd. Sendirian BerhadSWT SubhanahuwataalaVol. Volume

Perluasan wilayah Daulah Uthmaniyyah pada abad ke-18 dan 19Kemunduran (kehilangan) wilayah Daulah Uthmaniyyah pada abad ke-18 dan 19 Masihi

4

5

Ziya Pasha (1825-1880) Sultan Murad V (1840-1904)Midhat Pasha (1822-1883)Sultan CAbd al-Hamid II (1842-1918)

125129131132

4.74.84.9 4.10

1.1

1.2

Peta Halaman

SENARAI PETA

SENARAI SINGKATAN

Page 8: MOHAMAD SHAUKHI MOHD RADZI - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18017/1/Proses Pembaratan.pdfOttoman Empire, 1288-1918 I. Judul. 956.101 Muka taip teks: Times New Roman ... Raja

Buku ini pada asalnya merupakan disertasi penulis yang mengkaji tentang proses pembaratan yang dilaksanakan semasa era Daulah Uthmaniyyah di antara tahun 1789 hingga 1876. Kebangkitan kuasa Barat selepas sekian lama mengalami zaman kegelapan (The Dark Age) dan kemunduran khasnya selepas Revolusi Perancis pada tahun 1789 secara langsung telah memberikan kesan yang mendalam terhadap dunia Islam khususnya Daulah Uthmaniyyah. Semenjak itu, setelah mengalami pelbagai krisis dalam kepimpinan dan pemerintahan, pemerintah Uthmaniyyah yang menerajui kepimpinan umat Islam telah mengambil idea-idea Barat secara serius bagi menjayakan usaha pembaharuan dalam kerajaan. Bernard Lewis dalam tulisannya, The Emergence of Modern Turkey menjelaskan bahawa untuk pertama kalinya dalam sejarah umat Islam menyaksikan kemasukan idea-idea Barat secara meluas melanda dunia Islam yang selama ini dipisahkan oleh tembok peperangan, iaitu selepas berlakunya Revolusi Perancis. Bermula dari era pemerintahan Sultan Salim III, Daulah Uthmaniyyah mengambil langkah secara rasmi dan meluas untuk mengadaptasikan idea-idea pemodenan Barat bagi mengembalikan keagungan.

Pada abad ke-17 Masihi khususnya selepas kematian Sultan Sulaiman al-Qanuni, kelemahan dan kemunduran yang serius telah melanda Daulah Uthmaniyyah. Pelbagai krisis dalaman dan luaran dialami. Dari sudut kepimpinan, Daulah Uthmaniyyah rata-ratanya telah diperintah oleh para sultan dan pembesar yang lemah, mengamalkan rasuah dan zalim. Hal ini telah membawa kesan buruk terhadap beberapa aspek kehidupan rakyat. Dari sudut luarannya, tentera Uthmaniyyah telah dikalahkan dalam beberapa siri peperangan khususnya terhadap pihak Barat. Beberapa wilayah Uthmaniyyah terpaksa diserahkan kepada Barat. Pada tahun 1683 umpamanya, tentera Uthmaniyyah yang dihantar untuk menguasai Vienna telah dikalahkan. Keadaan ini telah membuka mata Barat bahawa tanggapan tentera Uthmaniyyah sukar dikalahkan adalah tidak benar. Pada tahun 1699 selepas kalah dalam peperangan,

PRAKATA

Page 9: MOHAMAD SHAUKHI MOHD RADZI - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18017/1/Proses Pembaratan.pdfOttoman Empire, 1288-1918 I. Judul. 956.101 Muka taip teks: Times New Roman ... Raja

Proses Pembaratan dalam Daulah Uthmaniyyah (1789-1876)

x

Daulah Uthmaniyyah terpaksa menyerahkan Hungary kepada Austria, Polodia kepada Poland dan Azov kepada Russia melalui Perjanjian Carlowitz. Kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh Daulah Uthmaniyyah telah memaksa pemerintahnya mengkaji semula faktor kelemahan mereka. Di samping itu, kajian secara dekat juga ditumpukan kepada faktor-faktor keunggulan kuasa Barat. Mereka mula memerhatikan kemajuan negara-negara Eropah terutamanya Perancis. Orang-orang Eropah yang selama ini dianggap musuh dan dipandang rendah mula dihargai. Duta-duta Uthmaniyyah dihantar ke Eropah untuk mempelajari kemajuan di Barat secara dekat.

Pada penghujung abad ke-18 Masihi, kemasukan idea-idea Barat secara meluas dalam pemerintahan Daulah Uthmaniyyah dilihat oleh kebanyakan sarjana sejarah sebagai reaksi langsung terhadap masalah yang melanda kerajaan tersebut. Sultan Salim III (1789-1807) adalah pemerintah Daulah Uthmaniyyah yang pertama bertanggungjawab melaksanakan usaha pembaharuan ala Barat secara serius. Kebanyakan sejarawan menggelar zaman pemerintahannya sebagai perintis era pembaharuan (reformation) yang menjurus kepada pembaharuan ala Barat. Proses ini berlaku sehingga ke era tanzimat yang berakhir pada tahun 1876. Pembaharuan demi pembaharuan telah membawa impak yang besar dalam Daulah Uthmaniyyah sama ada dari sudut positif mahupun negatif.

Buku ini terdiri dari lima bab yang disusun mengikut era atau zaman pemerintahan dan aliran analisis. Bab pertama melihat latar belakang atau pengenalan suasana Daulah Uthmaniyyah pada era kemunduran. Perbincangan berkisar berkaitan faktor-faktor yang menyebabkan kemunduran Daulah Uthmaniyyah sama ada dari sudut dalaman dan luaran. Bab ini juga melihat gambaran menyeluruh proses pembaharuan yang dilakukan oleh pemerintah Uthmaniyyah dari era Sultan Salim III hingga ke era tanzimat yang berakhir pada tahun 1876. Perbincangan turut merangkumi pengaruh Barat dalam Daulah Uthmaniyyah yang telah berlangsung sejak abad awal pembinaan daulah tersebut.

Page 10: MOHAMAD SHAUKHI MOHD RADZI - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18017/1/Proses Pembaratan.pdfOttoman Empire, 1288-1918 I. Judul. 956.101 Muka taip teks: Times New Roman ... Raja

xi

Bab seterusnya membincangkan era permulaan pembaratan pada era Sultan Salim III. Sultan Salim III berpandangan bahawa masalah yang menyebabkan kelemahan Daulah Uthmaniyyah harus dihapuskan dengan usaha pembaharuan yang menyeluruh. Masalah ketidakcekapan pentadbiran, rasuah dalam kalangan pentadbir dan tentera, pemberontakan, ketidakstabilan ekonomi dan kepincangan sosial serta penggunaan dasar yang tidak sesuai dianggap sebagai masalah utama yang membawa kelemahan dalam Daulah Uthmaniyyah. Walaupun pembaharuan ala Barat yang dilaksanakan oleh Sultan Salim III bercorak menyeluruh, pemantapan dalam bidang ketenteraan diberi keutamaan. Pada tahun 1792, beliau telah memperkenalkan program baharu ketenteraan yang digelar Nizam-i Cedid. Pembaharuan melibatkan aspek latihan, pendidikan tentera, persenjataan, gaji, pakaian seragam dan sebagainya. Jurulatih daripada Britain, Perancis dan Sweden telah dilantik. Keseluruhannya diambil daripada idea-idea Barat. Pembaharuan yang drastik ini mendapat reaksi yang negatif khususnya dari golongan elit tentera (Janissari) dan golongan ulama tradisional. Pembaharuan ala Barat tersebut dianggap oleh mereka sebagai tidak Islamik kerana tidak mengikut landasan syariat Islam. Golongan penentang ini mempunyai ramai pengikut. Oleh yang demikian, pembaharuan semasa era pemerintahan Sultan Salim III ini menemui kegagalan yang akhirnya membawa kepada penggulingan dan pembunuhan Sultan Salim III pada tahun 1807.

Buku ini turut membincangkan idea dan usaha pembaharuan yang diteruskan oleh Sultan Mahmud II (1808-1839) terhadap idea yang dicetuskan oleh Sultan Salim III. Beliau telah menggantikan Sultan Mustafa IV yang hanya memerintah selama kira-kira satu tahun kerana diguling dan dibunuh oleh golongan pemberontak. Pengalaman yang ditempuh oleh Sultan Salim III menyebabkan Sultan Mahmud II mengambil langkah yang lebih berhati-hati dalam melaksanakan pembaharuan. Beliau terlebih dahulu mengukuhkan kedudukannya dalam kerajaan di samping melemahkan pengaruh musuhnya. Tindakan pertama beliau ialah dengan menguasai tentera Janissari dan ulama yang menentangnya. Beliau telah melantik penyokongnya bagi mengisi jawatan penting dalam

Prakata

Page 11: MOHAMAD SHAUKHI MOHD RADZI - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18017/1/Proses Pembaratan.pdfOttoman Empire, 1288-1918 I. Judul. 956.101 Muka taip teks: Times New Roman ... Raja

Proses Pembaratan dalam Daulah Uthmaniyyah (1789-1876)

xii

institusi keagamaan dan ketenteraan. Di samping itu, beliau turut dilihat melakukan perubahan dalam bidang pendidikan dengan menubuhkan sekolah baharu, iaitu Maktaba-i-Maarif (sekolah pengetahuan umum) dan Maktab-i-Edenji (sekolah sastera). Pelbagai mata pelajaran baharu diperkenalkan agar sistem pendidikan mampu menangani permasalahan semasa. Pada tahun 1831, beliau telah memperkenalkan surat khabar rasmi kerajaan yang memuatkan pengumuman rasmi pemerintah serta idea-idea pemodenan daripada Barat. Walaupun akhirnya mendapat tentangan daripada golongan tentera dan ulama, hasil pengukuhan awal yang diasaskan oleh Sultan Mahmud II menyebabkan beliau mampu mengatasinya.

Perbincangan dalam buku ini turut memaparkan proses pembaratan semasa era Tanzimat. Pembaharuan yang diasaskan oleh Sultan Salim III dan diteruskan oleh Sultan Mahmud II telah berlanjutan ke era tanzimat zaman Sultan Abd al-Majid (1839-1861) dan Sultan Abd al-Aziz (1861-1876). Era tanzimat merupakan era penyusunan atau penstrukturan semula dasar, undang-undang serta segala peraturan Daulah Uthmaniyyah. Tujuannya adalah untuk mewujudkan negara yang didasarkan kepada undang-undang serta menjamin hak dan keadilan rakyat. Dalam proses ini, Sultan Abd al-Majid telah memperkenalkan dua piagam yang menjadi dasar pemerintahan Daulah Uthmaniyyah. Pada 3 November 1839, Piagam Gulhane (Hatt-i- Sherif-i Gulhane) telah diwujudkan dan pada 1 Februari 1856, Piagam Humayun (Hatt-i- Sherif-i Humayun) pula diperkenalkan. Sebenarnya, jika diteliti secara mendalam, kewujudan kedua-dua piagam ini adalah disebabkan desakan dan tekanan daripada Barat yang mahukan hak warga Barat dan Kristian dalam Daulah Uthmaniyyah dijaga dengan baik. Pelaksanaannya juga masih dibayangi oleh sistem sosial tradisi Uthmaniyyah. Golongan pemerintah masih mendapat keistimewaan daripada pelaksanaan undang-undang.

Fenomena di atas telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan kumpulan Uthmani Muda (Yeni Osmanlilar), salah satu kumpulan yang berperanan dan berpengaruh dalam proses pembaharuan. Kumpulan yang berorientasikan intelektual ini telah

Page 12: MOHAMAD SHAUKHI MOHD RADZI - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18017/1/Proses Pembaratan.pdfOttoman Empire, 1288-1918 I. Judul. 956.101 Muka taip teks: Times New Roman ... Raja

xiii

menubuhkan satu pergerakan rahsia bertujuan menubuhkan kerajaan berperlembagaan. Mereka mengambil pendekatan yang agak liberal, iaitu mengadaptasikan kemajuan Barat dalam ajaran Islam bagi perkara yang dibenarkan oleh syariat. Sistem berperlembagaan telah diterima sebagai dasar Daulah Uthmaniyyah pada zaman Sultan Abd al-Hamid II (1876-1909). Namun, perlembagaan ini digantung pada tahun 1877 apabila beliau mendapati perlembagaan tersebut menghakis pengaruhnya.

Bahagian akhir buku ini pula memaparkan analisis proses pembaratan yang dilakukan dalam Daulah Uthmaniyyah. Analisis merangkumi pandangan sarjana-sarjana Islam dan Barat dari pelbagai sudut sama ada agama Islam, sosial, ekonomi dan politik. Pada amnya, kewajaran tindakan pelaksanaan pembaratan merupakan sesuatu yang tidak perlu dipertikaikan namun memerlukan kebijaksanaan pelaksanaan tersebut sama ada mengikut pandangan Islam (kerana ia membabitkan persoalan empayar Islam) dan pandangan yang lain.

Mohamad Shaukhi bin Mohd RadziSekolah Sains SosialUniversiti Malaysia Sabah2012

Prakata

Page 13: MOHAMAD SHAUKHI MOHD RADZI - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18017/1/Proses Pembaratan.pdfOttoman Empire, 1288-1918 I. Judul. 956.101 Muka taip teks: Times New Roman ... Raja

Segala puji dan syukur kepada Allah SWT, selawat dan salam ke atas nabi junjungan kita, nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabatnya yang soleh. Penulis bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat menyiapkan penulisan buku ini. Harapan yang besar dari penulis agar idea yang terkandung dalam buku ini memberi sedikit banyak manfaat kepada para pembaca.

Pada kesempatan ringkas ini, penulis ingin mengucapkan penghargaan kepada al-Fadhil Ustaz Farid bin Mat Zain selaku penyelia penulis yang telah banyak memberikan tunjuk ajar, nasihat, teguran dan dorongan sepanjang penulisan disertasi penulis yang kini diolah dalam bentuk buku. Semoga Allah memberkati usia beliau untuk terus mencurahkan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara. Penulis juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mantan penyelia, Prof. Madya Dr Abd. Raoh Yaacob yang sekarang ini berkhidmat di Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Ucapan penghargaan ini juga penulis tujukan kepada Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai sumber utama dalam membekalkan maklumat-maklumat penting berkaitan penulisan ini. Tidak lupa juga kepada semua pihak di Fakulti Pengajian Islam UKM, khususnya penasihat akademik penulis iaitu Prof. Madya Anuar Zainal Abidin yang banyak memberikan sumbangan idea dan moral serta pensyarah-pensyarah di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam serta Fakulti Pengajian Islam.

Sekalung ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada ayahanda Mohd. Radzi Hj. Arifin dan bonda

PENGHARGAAN

Page 14: MOHAMAD SHAUKHI MOHD RADZI - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18017/1/Proses Pembaratan.pdfOttoman Empire, 1288-1918 I. Judul. 956.101 Muka taip teks: Times New Roman ... Raja

Proses Pembaratan dalam Daulah Uthmaniyyah (1789-1876)

xvi

Badawiyah binti Hj. Hassan yang telah bersusah payah mengasuh dan mendidik diri ini dari kecil hingga dewasa di samping tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan penulis di dunia dan akhirat. Semoga Allah mengampuni kesemua dosa mereka dan menurunkan rahmat sebanyak-banyaknya ke atas mereka berdua. Juga tidak lupa kepada anggota keluarga yang sentiasa mendoakan kejayaan ini.

Ucapan jutaan penghargaan juga ditujukan kepada isteri tercinta, Wan Anita bt. Ismail atas galakan dan pengorbanan menempuhi saat susah dan senang bersama. Begitu juga kepada anakanda tersayang, Iqbal Hamdi, Imran Hafiz dan Irfan Haziq. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi pada masa akan datang. Jasa kalian amat berharga untuk diri ini.

Akhirnya kepada rakan-rakan seperjuangan iaitu Prof. Madya Hj. Inon Shaharuddin AR, Prof. Madya Dr. Asmady Idris, Zaini, Shawal, Rizal, Syahruddin, Saffie, Ismail, Mosli, Bilcher, Baszley, Prof. Sabihah, Azizan, Saat, Maureen dan lain-lain yang tidak disebutkan, yang telah dan sentiasa memberikan bantuan, semangat dan dorongan, jutaan penghargaan dan terima kasih diucapkan. Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada pihak penerbitan Universiti Malaysia Sabah (UMS) khususnya Prof. Dr Syed Azizi Wafa, Prof. Dr Sarim, Puan Ainun, Dr Ramzah, Dr Tahir dan lain-lain lagi atas usaha mereka untuk merealisasikan penerbitan buku ini. Juga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam usaha yang sangat sederhana ini. Semoga Allah SWT merahmati, memberkati dan memberikan ganjaran yang setimpal kepada anda semua.

Wassalam.