57
MODUL PUNCAK MODUL PUNCAK MODUL PUNCAK SEJARAH STPM SEJARAH STPM SEJARAH STPM KERTAS 2 SEJARAH ISLAM ( 500 - 1918 ) PENGGAL 2 PENGGAL 2 PENGGAL 2 Edisi 2016 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

  • Upload
    vukhanh

  • View
    294

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

MODUL PUNCAKMODUL PUNCAKMODUL PUNCAK SEJARAH STPMSEJARAH STPMSEJARAH STPM

KERTAS 2 SEJARAH ISLAM ( 500 - 1918 )

PENGGAL 2PENGGAL 2PENGGAL 2 Edisi 2016

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

Page 2: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

Ahli Panel Duduk dari kiri : 1. Encik Noordin b.Ambon2. Encik Jumali b. Rasikun3. Encik Mohd. Yusri b. Seman4. Tuan Haji Bahari b. Drus5. Encik Abd. Rashid b. 6. Encik Shaharum b. Husain7. Encik Bakhtiar b. Bahir Berdiri dari kiri : 8. Cik Sim Swee Neo 9. Puan Norazizah bt. Mohd. Khalid10. Puan Rodziah bt.Asmuni11. Puan Norhayati bt. Rambeli12. Puan Aidah bt. Md. Said 13. Puan Khadijah bt. Baharudin14. Encik N. Rajendran Nallatamby15. Encik Tan Soo Chok 16. Puan Siti Salwah bt. Majid17. Puan Norhayati bt. Mohd18. Puan Kang Hwa Lih 19. Puan Siti Suhana bt. Tumin20. Puan Khatijah bt. Arwan

Modul Puncak Sejarah

Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, 2016

Encik Noordin b.Ambon SMK Lubok China Encik Jumali b. Rasikun SMK Seri Tanjong Encik Mohd. Yusri b. Seman SMK Munshi AbdullahTuan Haji Bahari b. Drus SMK Tun Haji Abdul Malek

Mohd Salleh SMK Pulau Sebang Husain SMK Infant Jesus Conven

Encik Bakhtiar b. Bahir SMK Seri Kota

SMK Tinggi Melaka Puan Norazizah bt. Mohd. Khalid SMK Datuk Bendahara

Asmuni SMK Dato Abdul Rahman Ya’akubPuan Norhayati bt. Rambeli SMK Dato Haji Talib Karim

Md. Said SMK Seri Mahkota Puan Khadijah bt. Baharudin SMK Sultan Iskandar Shah

Nallatamby SMK St. Francis SM Teknik Melaka

bt. Majid SMK Bukit Baru Mohd. Kassim SMK Sultan Alauddin SMK Tinggi Perempuan

bt. Tumin SMKA Sultan MuhammadPuan Khatijah bt. Arwan SMK Munshi Abdullah

Modul Puncak Sejarah Penggal 2 : Edisi 2016 Negeri Melaka

, 2016

SMK Munshi Abdullah SMK Tun Haji Abdul Malek

SMK Infant Jesus Convent

SMK Datuk Bendahara SMK Dato Abdul Rahman Ya’akub SMK Dato Haji Talib Karim

SMK Sultan Iskandar Shah

SMK Sultan Alauddin SMK Tinggi Perempuan Melaka SMKA Sultan Muhammad SMK Munshi Abdullah

Page 3: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

i

Modul Puncak Sejarah Penggal 2 Edisi 2016 Negeri Melaka

RUBRIK PENSKORAN SEJARAH STPM P

PENGETAHUAN Fakta, Idea, Konsep,

Tema

8 6 - 7 4 - 5 2 - 3 0 - 1 Penguasaan subjek

soalan luas dan mendalam.

Penguasaan subjek soalan agak luas tetapi kurang

mendalam. Menguasai subjek soalan,

tetapi keluasan dan kedalamannya terbatas

Hanya mengetahuai subjek soalan secara kabur

Tiada pengetahuan subjek soalan

Menyediakan maklumat utama, bukti

sokongan dan pendetailan amat memadai, tepat, relevan, dan amat membantu calon menjawab soalan

secara terperinci dan mendalam.

Menyediakan maklumat utama, bukti sokongan dan pendetailan agak memadai, majoritinya

tepat, relevan, dan membantu menjawab

soalan secara mendalam.

Maklumat utama, bukti sokongan dan pendetailan

terbatas, hanya sebahagiannya tepat,

relevan, menyumbang kepada kedalaman

jawapan.

Maklumat utama, bukti sokongan sangat terhad dan tidak mendasar, ada yang

kurang tepat, kurang relevan, dan tidak membantu calon menjawab soalan secara

memuaskan.

Gagal menyediakan maklumat utama dan bukti

sokongan. Hanya membuat kenyataan

umum, banyak tidak tepat, tidak relevan, dan gagal menyediakan maklumat

yang diperiukan bagi menjawab soalan.

Kesilapan fakta amat minimum, sama sekali

tidak mencacatkan ketepatan jawapan

Kesilapan fakta minimum, tidak

mencacatkan ketepatan keseluruhan jawapan

Kesilapan fakta kurang ketara, tetapi agak

mencacatkan ketepatan jawapan

Kesilapan agak ketara. sehingga banyak kecacatan dari segi ketepatan jawapan

Kesalahan amat ketara, dan mencacatkan

ketepatan keseluruhan jawapan

Page 4: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

ii

Modul Puncak Sejarah Penggal 2 Edisi 2016 Negeri Melaka

T

TAAKULAN Kefahaman, aplikasi,

analisis, sintesis, evaluasi

6 5 4 3 0 - 2 Membina hujahan teras secara logical merujuk sepenuhnya kepada kehendak soalan - idea yang dikembangkan sebagaj respon terhadap soalan, kupasan isu disandarkan pada banyak contoh, fakta, pendetailan yang relevan menyebabkan penaakulan sangat mantap

Membina hujahan teras merujuk kepada

kehendak soalan-kupasan

menggunakan beberapa contoh, fakta dan pendetailan yang menyumbang kepada

taakulan yangagak mantap

Pembinaan hujahan teras merujuk secara

longgar kepada kehendak soalan-kupasan idea yang

dikembangkan berdasarkan bukti

terbatas, tetapi hujahan agak koheren

Hujahan teras tidak jelas dan hanya merujuk secara

longgar kepada soalan- kupasan idea hanya

berdasarkan sedikit bukti menyebabkan hujahan kurang koheren

Tiada hujahan teras, kenyataan kabur dan tidak jelas dan tidak

merujuk kepada kehendak soalan -kupasanidea yang

dikembangkan tidak didasarkan bukti.

Eviden dalam hujahan amat relevan

Eviden dalam hujahan kebanyakannya

relevan Sebahagian kecil eviden

kurang relevan Ada eviden yang relevan,

tetapi kebanyakannya lemah

Tiada eviden yang relevan dalam hujahan

Page 5: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

iii

Modul Puncak Sejarah Penggal 2 Edisi 2016 Negeri Melaka

K KOMUNIKASI Susunan wacana,

binaan tesis, penyampaian isi,

fokus perbincangan, penegasan wacana,

rumusan dan kesimpulan

6 5 4 3 0 - 2

Susunan idea amat logikal, analitikal, teratur dan sesuai kehendak soalan

Susunan idea logikal, agak analitikal dan

tersusun sesuai kehendak soalan

Susunan idea secara deskriptif, kurang

logical , tetapi tersusun dan tidak lari dari kehendak soalan

Susunan idea kurang logical, sangat deskriptif dan tidak tersusun tetapi tidak lari dari kehendak

soalan

Susunan idea tidak logikal, dan tidak tersusun lari dari kehendak soalan

Penyampaian idea amat jelas dan licin menerusi ayat dan tatabahasa yang

kemas.

Penyampaian idea jelas dan licin, tetapi

ada kesilapan ayat dan tatabahasa yang

minimum.

Penyampian idea kurang jelas dan melompat, kesilapan ayat dan

tatabahasa agak ketara.

Penyampaian idea kabur, ada pengulangan dan

kesilapan ayat dan tatabahasa ketara

Idea yang disampaikan menyimpang, dipenuhi

kesilapan ayat dan tatabahasa

Idea-idea utama dalam perenggan terangkai secara

bertalian membentuk idea keseluruhan

yang padu

Idea utama dalam perenggan terangkai

secara bertalian membentuk idea keseluruhan yang

kemas

Idea utama dalam perenggan bertalian, tetapi sebahagianya

kurang berkaitan membentuk idea

keseluruhan yang agak teratur

Idea utama dalam perenggan banyak yang

tidak bertalian dan kurang membantu pembentukan idea keseluruhan secara

lancar

Perenggan tiada idea utama, hanya kenyataan

umum yang tidak terangkai dan binaan

idea keseluruhan tidak teratur

Wacana terfokus pada tesis :

menunjukkan kefahaman mendalam terhadap pengetahuan dan kehendak soalan

Wacana terfokus pada tesis : menunjukkan kefahaman tertiadap

pengetahuan dan kehendak soalan

Wacana kurang terfokus pada tesis :

menunjukkan kefahaman tidak

sepenuhnya terhadap pengetahuan dan kehendak soalan

Wacana tidak banyak terfokus pada tesis :

menunjukkan kefahaman rendah terhadap

pengetahuan dan kehendak soalan

Wacana tidak terfokus pada tesis :

menunjukkan ketiadaan kefahaman terhadap

pengetahuan dan kehendak soalan

Mensintesis idea

keseluruhan secara jitu sehingga rumusan dan kesimpulan amat

padu.

Sintesis idea keseluruhan agak jitu sehingga rumusan dan kesimpulan agak padu.

Sintesis idea keseluruhan kurang jitu menyebabkan rumusan

dan kesimpulan longgar.

Sintesis idea keseluruhan longgar sehingga rumusan dan kesimpulan tidak jelas.

Sintesis idea keseluruhan sangat longgar sehingga

rumusan dan kesimpulan tidak

relevan.

Page 6: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

1

Modul Puncak Sejarah Penggal 2 : Edisi 2016 Negeri Melaka KERTAS 2 : SEJARAH ISLAM ( 500-1918M )

SOALAN SEBENAR TAHUN 2015 (UP2) No.

Soalan Soalan Sukatan Pelajaran

No. Tajuk No. Subtajuk

1 Bincangkan sumbangan Khalifah Abu Bakar dalam membanteras golongan ar-Riddah. 1 1.5.2

2 Nilaikan kepimpinan Sultan Muhammad al-Fatih dalam bidang ketenteraan pada abad ke-15 Masihi. 1 1.7.3 3 Huraikan cirri seni bina Islam di Andalusia pada abad

ke-13 Masihi. 2 2.5 4 Nilaikan sumbangan al-Mas’udi dalam bidang penerokaan. 2 2.4 5 Terangkan faktor kemunculan gerakan nasionalisme di

Syria pada awal abad ke-20. 3 3.3 6 Huraikan faktor yang menyumbang pembentukan negara bangsa Mesir pada abad ke-20. 3 3.5

SOALAN SEBENAR TAHUN 2015 (P2)

No. Soalan

Soalan Sukatan Pelajaran

No. Tajuk No. Subtajuk 1 Sejauh manakah masyarakat Arab jahiliah dianggap sebagai masyarakat yang tidak bertamadun? 1 1.1

2 Bincangkan pembaharuan politik dan ekonomi yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab r.a semasa pemerintahannya. 1 1.5.2

3 Bincangkan pengurusan sumber baitulmal pada zaman Khulafa al-Rasyidin. 2 2.1.2

4 Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Mahkota Alam, institusi pendidikan dikatakan tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Jelaskan. 2 2.2.2

5 Bincangkan faktor peluasan kuasa Barat terhadap pemerintahan kerajaan Uthmaniyah pada abad ke-18 Masihi hingga abad ke-20 Masihi. 3 3.1

6 Galurkan penglibatan khalifah Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama. 3 3.4

Page 7: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

2

Modul Puncak Sejarah Penggal 2 : Edisi 2016 Negeri Melaka SOALAN SEBENAR TAHUN 2014 (UP2)

No. Soalan Soalan

Sukatan Pelajaran No. Tajuk No. Subtajuk

1 Bincangkan pelaksanaan syura dalam pemilihan Khalifah al-Rasyidin. 1 1.5.1 2 Bincangkan hubungan diplomatik yang berlaku pada

zaman Nabi Muhammad SAW. 1 1.8.1

3 Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh Maharaja Akbar bagi memantapkan sistem pemerintahannya. 1 1.6.2

4 Nilaikan sumbangan pemikiran Ibnu Khaldun tentang peradaban manusia. 2 2.3.2

5 Bincangkan peranan gerakan Islah dalam membangkitkan kesedaran politik di Mesir pada abad ke-19 dan abad ke-20 Masihi.

3 3.3

6 Bincangkan faktor luaran yang membawa kepada kemunculan negara bangsa di Turki. 3 3.5

SOALAN SEBENAR TAHUN 2014 (P2)

No.

Soalan Soalan Sukatan Pelajaran

No. Tajuk No. Subtajuk 1 Analisiskan pembaharuan dari aspek politik yang dilaksanakan oleh Umar bin Abdul Aziz setelah beliau

dilantik sebagai khalifah Bani Umayyah. 1 1.5.2

2 Jelaskan strategi peperangan yang digunakan oleh tentera Islam dalam Perang Khandak dan Badar. 1 1.7.2

3 Bincangkan konsep ekonomi Islam di Madinah semasa zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW. 2 2.1.1 4 Jelaskan sumbangan Ibnu Battutah dalam bidang

penjelajahan dan penerokaan. 2 2.4

5 Sejauh manakah golongan intelektual berperanan dalam menyemarakkan gerakan nasionalisme di Mesir pada abad ke-20 Masihi. 3 3.3

6 Huraikan faktor dalaman yang mempercepatkan pembentukan negara bangsa di Turki dari tahun 1856 sehingga tahun 1918. 3 3.5

Page 8: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

3

Modul Puncak Sejarah Penggal 2 : Edisi 2016 Negeri Melaka SOALAN SEBENAR TAHUN 2013 (UP2)

No.

Soalan Soalan Sukatan Pelajaran

No. Tajuk No. Subtajuk 1 Bincangkan kemunculan golongan baharu dalam

masyarakat Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin. 1 1.2

2 Bincangkan ciri kepimpinan yang dimiliki oleh Sultan Muhammed al-Fateh. 1 1.7.3

3 Bincangkan peranan Acheh sebagai pusat perkembangan ilmu di Nusantara pada abad ke-16 Masihi. 2 2.2.2

4 Nilaikan sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran. 2 2.4

5 Aspek pendidikan merupakan aspek yang penting dalam kemunculan semangat nasionalisme di Mesir pada abad ke-20. Berikan ulasan anda terhadap pernyataan tersebut.

3 3.3

6 Berikan ulasan anda tentang penglibatan Khalifah Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama. 3 3.4 SOALAN SEBENAR TAHUN 2013 (P2)

No. Soalan Soalan

Sukatan Pelajaran No. Tajuk No. Subtajuk

1 Bincangkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW. 1 1.1

2 Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW selepas baginda berjaya menubuhkan negara Islam di Madinah.

1 1.4

3 Sejauh manakah kegiatan ekonomi masyarakat Malaysia pada hari ini merupakan cerminan kepada kegiatan ekonomi penduduk Melaka pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?

2 2.1.1

4 Sumbangan Ibn Sina dalam bidang perubatan telah memberi impak yang besar kepada masyarakat pada hari ini. Bincangkan penyataan tersebut. 2 2.3.2

5 Analisiskan faktor perkembangan semangat nasionalisme pada awal abad ke-20 Masihi di Syria. 3 3.3

6 Analisiskan faktor politik dan pengaruh luar yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah pada awal abad ke-20 Masihi.

3 3.5

Page 9: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

JABATAN PENDIDIKAN MELAKA

SEJARAH ISLAM

500-1918 ANALISIS SOALAN TAHUN 2013-2015

DAN FOKUS 2016

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Page 10: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

Modul Puncak Sejarah Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

TEMA 1 : MASYARAKAT, PEMRINTAHAN, PERTAHANAN, DAN PERHUBUNGAN LUAR

TEMA TAJUK HASIL PEMBELAJARAN STPM SOALAN

1

1.1 Masyarakat Jahiliah

Konsep dan struktur masyarakat Jahiliah

2013 S3

2015 S1

FOKUS 2016

Bincangkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW

Sejauhmanakah masyarkat Arab Jahiliyah dianggap masyarakat yang tidak bertamadun sebelum kerasulan Nabi Muhamad SAW

Sejauhmanakah agama Wathani mendominasi agama dan kepercayaan masyarakat Arab Jahiliah.

1.2 Pembinaan Masyarakat

Islam Di Mekah Pembentukan Masyarakat Islam Di Madinah.

Konsep UMMAH Perkembangan

Masyarakat Islam

Konsep Ummah dan perkembangan masyarakat Islam

2013 UP2 S1

FOKUS 2016

Bincangkan kemunculan golongan baharu dalam masyarakat Islam pada zaman khulafa ar-Rashidin

Huraikan peranan Muhajirin dan Ansar dalam dalam

perkembangan Islam pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.

1.3 Sistem Pemerintahan Piagam Madinah Struktur Pemerintahan Di

Madinah

Kandungan dan peranan Piagam Madinah Struktur pemerintahan di Madinah

2013 S2

Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW selepas baginda berjaya menubuhkan Negara Islam di Madinah.

Page 11: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

Modul Puncak Sejarah Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

FOKUS 2016

Huraikan faktor-faktor yang mendorong pembentukan Piagam Madinah Sejauh manakah Piagam Madinah berjaya menyatukan penduduk Madinah pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.

1.4 Kepimpinan Nabi

Muhammad SAW Ciri-ciri Kepimpinan Nabi Muhammad SAW

Bukti Nabi Muhammad SAW Sebagai Seorang Negarawan

Ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad SAW

FOKUS

2016 Bincangkan aspek kepimpinan Nabi Muhammad

S.A.W dalam bidang ketenteraan semasa baginda mengetuai pemerintahan Negara Islam di Madinah.

Nabi Muhammad S.A.W bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul tetapi juga seorang negarawan.” Bincangkan pernyataan ini.

1.5 Institusi Khalifah Pemilihan Khalifah Sumbangan Khalifah /

Tokoh

Konsep dan ciri-ciri khalifah

Kaedah pemilihan khalifah Menilai sumbangan tokoh :

1. Khalifah Abu Bakar 2. Khalifah Umar al-

Khattab 3. Khalifah Umar Abdul

Aziz 4. Khalifah Harun al-

Rasyid

2014 S1

2014 UP2 S1

2015 S2

2015 UP2 S1

Analisiskan pembaharuan dari aspek politik yang dilaksanakan oleh Umar Abdul Aziz setelah dilantik sebagai khalifah kerajaan Bani Umayyah Bincangkan pelaksanaan Syura dalam pemilihan Khalifah al- Rasyidin

Bincangkan pembaharuan politik dan ekonomi yang

dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab r.a semasa pemerintahannya.

Bincangkan sumbangan Khalifah Abu Bakar dalam membanteras golongan ar-Riddah.

Page 12: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

Modul Puncak Sejarah Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

FOKUS

2016 Nilaikan sumbangan Khalifah Harun al-Rasyid sepanjang

pemerintahannya pada zaman kerajaan Abbasiyah Nilaikan sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq sepanjang pemerintahannya sebagai khalifah pertama kerajaan Khulafa al-Rasyidin

1.6 Bentuk Pemerintahan Pemerintahan Pusat dan

Wilayah Sistem Pemerintahan Raja

/ Sultan / Amir

Pemerintahan struktur pemerintahan dan pentadbiran pusat dan wilayah pada zaman Khalifah al-Rasyidin ( abad ke- 7 ) dan Khalifah Uthmaniyyah ( abad ke 16-17 ) Sistem pemerintahan raja/sultan dan amir di Andalusia ( abad ke- 13) dan di India ( abad ke- 16-17 )

2015 UP2 S3

Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh Maharaha Akbar bagi memantapkan pemerintahannya.

1.7 Pertahanan dan

Pembukaan Wilayah Jihad Peperangan Kepimpinan

Pengertian Jihad, Etika dan strategi peperangan pada zaman Nabi Muhammad SAW dan Khalifah al-Rasyidin ( abad ke-7 )

Menilai sumbangan tokoh : 1. Salehuddin al- Ayyubi 2. Sultan Muhammad al-

Fatih

UP2 2013

2014 S2

2015 UP2 S2

FOKUS

2016

Bincangkan ciri kepimpinan yang dimiliki oleh Sultan Muhammed al-Fateh Jelaskan strategi yang digunakan oleh tentera Islam dalam Perang Khandak dan Perang Badar

Nilaikan kepimpinan Sultan Muhammad al-Fatih dalam bidang ketenteraan pada abad ke-15 Masihi.

Bincangkan konsep Jihad dan jenis-jenis Jihad

menurut Islam.

Page 13: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

Modul Puncak Sejarah Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

1.8 Perhubungan Luar Diplomatik Naungan Perjanjian

Bentuk perhubungan luar melalui : Diplomatik pada zaman

Nabi Muhammad SAW dan Khalifah al-Rasyidin ( abad ke- 7 )

Naungan pada zaman

Khalifah al-Rasyidin dan Khalifah Umayyah ( abad ke- 7-8 )

Perjanjian pada zaman Khalifah Abbasiyah ( abad ke- 9-13 ) dan Khalifah Uthmaniyah ( abad ke- 17-19 )

2014 UP2 S2

FOKUS

2016

Bincangkan hubungan diplomatic yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW

Bincangkan kepentingan perjanjian yang telah ditandatangani pada zaman Kerajaan Abbasiyah pada abad ke 9 hingga 13 masihi. Bincangkan kepentingan perjanjian yang telah ditandatangani pada zaman Kerajaan Uthmaniyah pada abad ke 17 hingga 19 masihi.

Page 14: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

Modul Puncak Sejarah Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

TEMA 2 : PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN :

TEMA TAJUK HASIL PEMBELAJARAN TAHUN SOALAN

2

2.1 Ekonomi Sistem Ekonomi Institusi Ekonomi

Konsep dan ciri-ciri ekonomi Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW ( abad ke- 7 )

Kegiatan ekonomi pada zaman Abbasiyah ( abad ke- 11-13 ) dan Kesultanan Melayu Melaka ( abad ke- 15 )

Peranan Institusi Ekonomi 1. Baitulmal 2. Cukai 3. Zakat pada zaman Khalifah al-Rasyidin ( abad ke-7-8 ) dan Khalifah Abbasiyah ( abad ke- 9-11)

2013 S3

2014 S3

2015 S3

FOKUS

2016

Sejauhmanakah kegiatan ekonomi masyarakat Malaysia pada hari ini cerminan kepada kegiatan ekonomi penduduk Melaka pada zaman peperintahan Kesultanan Melayu Melaka Bincangkan konsep ekonomi Islam di Madinah semasa zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW

Bincangkan pengurusan sumber Baitulmal pada

zaman Khulafa al-Rasyidin. Perkembangan Baitulmal pada zaman khalifah ar-

Rasyidin meningkatkan pendapatan negara. Bincangkan

Jelaskan sumber-sumber Baitulmal dan pelaksanaannya semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab Bincangkan sistem percukaian pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah pada abad ke 9 hingga 11 Masihi.

2.2 Pendidikan Konsep dan Matlamat

Pendidikan Islam Falsafah dan Ciri-ciri Pendidikan Islam Zaman Kerajaan Umaiyyah dan Abbasiyah

Falsafah dan ciri-ciri pendidikan Islan pada zaman Khalifah Umayyah (abad ke- 7-8 ) dan Khalifah Abbasiyah ( abad ke- 11-12 )

2013 UP2 S3

2015 S4

Bincangkan peranan Acheh sebagai pusat perkembangan ilmu di Nusantara pada abad ke- 16 Masihi

Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Mahkota Alam, institusi pendidikan dikatakan tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Jelaskan.

Page 15: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

Modul Puncak Sejarah Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

Perkembangan Pendidikan

Institusi pendidikan :

halaqah, masjid/surau, pondok madrasah, istana dan universiti, sistem pendidikan; fardhu ain dan fardhu kifayah serta kaedah pengajaran dan pembelajaran pada zaman Mesir ( abad ke-8 ) dan Acheh ( abad ke- 16-17 )

FOKUS 2016

Huraikan sistem pendidikan pada zaman kerajaan

Bani Umaiyah pada abad ke 7 hingga 8 Masihi.

2.3 Perkembangan Intelektual Perkembangan Ilmu Sumbangan Tokoh-tokoh

Intelektual Islam

Perkembangan ilmu Naqli dan Aqli pada zaman Khalifah Abbasiyah ( abad ke- 11-13 ) dan Khalifah Umayyah di Andalusia ( abad ke- 11-13 )

Sumbangan tokoh : 1. Al- Khawarizmi 2. Ibn Sina 3. Al-Ghazali 4. Ibn Khaldun Pada zaman Khalifah Abbasiyah (abad ke- 8-13) dan Mesir ( abad ke- 15 )

2013 S4

2014 S4

FOKUS

2016

Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang perubatan telah memberikan impak yang besar kepada masyarakat hari ini. Bincangkan pernyataan tersebut. Nilaikan sumbangan Ibn Khaldun tentang peradaban manusia.

Nilaikan jasa dan sumbangan imam al-Ghazali dalam

tamadun Islam Nilaikan sumbangan al-Khawarizmi dalam bidang Matematik

Bincangkan faktor kejayaan Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan intelek pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah.

Page 16: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

Modul Puncak Sejarah Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

2.4 Penerokaan Konsep Penerokaan Sumbangan Tokoh

Sumbangan tokoh : 1. Al- Mas’udi 2. Ibn Majid 3. Ibn Battutah

Pada zaman Khalifah Umayyah ( abad ke- 7-8), Abbasiyah ( abad ke- 9-13) dan Andalusia ( abad ke- 14 )

UP2 2013 S4

2014 S4

2015 UP2 S4

Nilaikan sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran. Jelaskan sumbangan Ibn Battutah dalam bidang penjelajahan dan penerokaan.

Nilaikan sumbangan al-Mas’udi dalam bidang penerokaan.

2.5 Seni Bina Pengertian Seni Bina dan

Ciri-ciri Utama seni Bina Islam

Ciri-ciri senibina di Andalusia (abad ke- 13) dan India (abad ke- 16-17)

2015 Up2 S3

FOKUS

2016

Huraikan ciri-ciri seni bina Islam di Andalusia pada abad ke-13 Masihi Huraikan ciri-ciri seni bina Islam pada zaman kerajaan Moghul di India pada abad 16-17 M.

Page 17: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

Modul Puncak Sejarah Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA TEMA TAJUK HASIL PEMBELAJARAN TAHUN SOALAN

3

3.1 Peluasan Kuasa Barat Kemerosotan Kerajaan

Uthmaniyah Faktor-faktor Peluasan

Kuasa Barat Terhadap Kerajaan Uthmaniyah

Faktor-faktor peluasan kuasa Barat pada zaman Khalifah Uthmaniyah ( abad ke- 18-20 )

2013 S6

2015 S5

Analisiskan faktor politik dan pengaruh luar yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah pada awal abad ke 20 M.

Bincangkan Faktor Peluasan Kuasa Barat Terhadap Pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah Pada Abad Ke-18 Masihi Hingga Abad Ke-20 Masihi.

3.2 Reaksi Masyarakat Tempatan Pemerintahan Di Mesir Pada

Abad Ke- 19 -20 Pemerintahan Di Algeria

Pada Abad Ke 19 -20

Reaksi masyarakat di Mesir dan di Algeria pada abad ke- 19-20.

FOKUS

2016 Bincangkan kebangkitan masyarakat Algeria

terhadap penjajahan Perancis pada abad ke-19 hingga abad ke-20. Bincangkan reaksi masyarakat Mesir terhadap penjajahan Barat pada abad ke-19 hingga abad ke- 20 M.

3.3 Gerakan Nasionalisme Faktor-faktor Kemunculan

Gerakan Nasionalisme Di Mesir dan Syria Pada Abad Ke- 20

Faktor kemunculan gerakan nasionalisme : 1. Pengaruh agama 2. Peranan Bahasa dan

kesusasteraan 3. Pengaruh

kewartawanan 4. Peranan Pendidikan 5. Peranan golongan

intelektual 6. Pengaruh Luar di Mesir dan Syria pada abad ke 20.

2013 S5

UP2 2013 S5

2014 S5

Analisiskan faktor-faktor perkembangan semangat nasionalisme pada awal abad ke- 20 masihi di Syria.

Aspek pendidikan merupakan aspek yang penting dalam kemunculan semangat nasionalisme di Mesir pada abad ke- 20 masihi. Berikan ulasan anda tentang pernyataan tersebut.

Sejauhmanakah golongan intelektual berperanan dalam menyemarakkan gerakan nasionalisme di Mesir pada abad ke-20 masihi.

Page 18: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

Modul Puncak Sejarah Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

2014 UP2 S5

2015 UP2 S5

FOKUS

2016

Bincangkan peranan gerakan Islah dalam

membangkitkan kesedaran politik di Mesir pada abad ke- 19 dan 20 Masihi.

Terangkan faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada awal abad ke-20.

Nilaikan sumbangan Muhammad Ali Pasha dalam

gerakan pembaharuan Mesir pada abad ke- 19 M. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kemunculan semangat nasionalisme di Mesir pada abad ke- 20 M.

3.4 Perang Dunia Pertama Kemelut Perang Dunia

Pertama Penglibatan Kerajaan

Utmaniyah Dalam Perang Dunia Kedua

Penyelesaian Perang Dunia Pertama

Penglibatan Khalifah Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama (abad ke- 20)

UP2 2013 S6

2015 S6

Berikan ulasan anda tentang penglibatan Khalifah Uthmaniyah dalam Perang Dunia Kedua.

Galurkan penglibatan khalifah Uthmaniyah dalam

Perang Dunia Pertama.

Page 19: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

Modul Puncak Sejarah Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

3.5 Pembentukan Negara Bangsa Kemunculan Konsep Negara

Bangsa Faktor-faktor Pembentukan

Negara Bangsa Pembentukan Negara

Bangsa di Dunia Islam

Faktor-faktor pembentukan negara bangsa Turki dan Mesir ( abad ke- 20 )

2014 S6

2014 UP2 S6

2015 UP2 S6

Huraikan faktor-faktor dalaman yang mempercepatkan pembentukan negara bangsa di Turki dari tahun 1856 sehingga tahun 1918

Bincangkan faktor luaran yang membawa kemunculan negara bangsa di Turki

Huraikan faktor yang menyumbang pembentukan

negara bangsa Mesir pada abad ke-20.

Disediakan Oleh :

Page 20: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

Modul Puncak Sejarah Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

KELEMAHAN-KELEMAHAN UTAMA JAWAPAN CALON 1. KELEMAHAN UTAMA :

a. Penguasaan fakta b. Penguasaan teknik menjawab 2. KELEMAHAN DAN KESILAPAN CALON STPM

1. Tidak kena atau tepat dalam memilih soalan. Memilih soalan yang susah atau sukar difahami, tidak jelas pertanyaan dan tidak memahami maksud soalan.

2. Pendahuluan yang tidak menentu dan panjang berjela-jela. Pendahuluan tidak sesuai dengan kehendak soalan dan pokok persoalan.

3. Isi-isi atau fakta-fakta yang dikemukakan tidak lengkap dan tidak menentu atau fakta-fakta atau isi-isi yang dikemukakan terkeluar dari kehendak soalan. Ini kerana calon tidak menyediakan rangka jawapan terlebih dahulu.

4. Keluar dari tajuk. Calon-calon tidak memahami kehendak soalan yang sebenarnya.

5. Tiada penekanan kepada peristiwa-peristiwa sejarah yang berhubung kait dengan tajuk

6. Tulisan yang tidak dapat dibaca oleh pemeriksa seperti menggunakan ejaan ringkas yang tidak jelas, kotor dll.

7. Tidak membahagikan masa dengan baik. Contohnya menjawab satu soalan dalam masa melebihi 30 minit menyebabkan calon tidak mempunyai masa yang tidak sepatutnya untuk menjawab soalan berikutnya.

8. Calon-calon tidak mematuhi arahan soalan. Umpamanya, tidak menjawab semua soalan yang dikehendaki mengikut arahan soalan.

9. Calon terlalu bergantung kepada soalan ramalan hingga jawapan yang diberi berlainan daripada apa yang dikehendaki soalan.

10. Tiada kesimpulan pada akhir jawapan.

Page 21: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

Modul Puncak Sejarah Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

3. KELEMAHAN-KELEMAHAN JAWAPAN CALON i. Pendahuluan :

a. Tiada – jawapan terus kepada isi. b. Ada pendahuluan tetapi : Terlalu ringkas atau terlalu umum Tidak menjurus kepada kehendak soalan/ tiada kaitan dengan soalan. Pendahuluan merupakan pengulangan kenyataan soalan.

Pendahuluan tidak menepati kehendak skema tetapi ada kaitan dengan soalan (dimaafkan jika ia boleh diterima).

ii. Isi-isi jawapan : a. Gagal merancang jawapan kerana tiada pengetahuan/fakta yang cukup

untuk dikemukakan menyebabkan jawapan terlalu ringkas, umum dan tiada contoh yang sesuai.

b. Tidak memahami istilah atau tidak memahami kehendak sebenar soalan. Contohnya, soalan mengenai etika peperangan tetapi calon mengemukakan fakta berkaitan strategi peperangan. Ini menyebabkan jawapan calon terpesong dari kehendak soalan.

c. Gagal mengenal pasti susunan zaman atau tamadun atau peristiwa dengan tepat .

d. Isi kurang daripada yang diminta atau disyaratkan. e. Huraian yang cetek dan tiada contoh.

f. Tiada pengkategorian isi menyebabkan isi terlompat-lompat dan menunjukkan calon tidak merancang jawapan mereka.

g. Sistem pemerengganan yang lemah. h. Tidak menjawab semua bahagian soalan @ jawapan untuk setiap

bahagian tidak seimbang. i. Tidak menyatakan konsep yang dikehendaki. j. Mutu bahasa yang lemah dan terlalu banyak kesalahan. k. Terkeluar dari ‘frame-time’ yang dikehendaki soalan. l. Perbandingan tidak sepadan.

Page 22: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

Modul Puncak Sejarah Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

m. Kesalahan fakta seperti menganggap Melaka sebagai Alam Melayu atau sebaliknya.

n. Fakta yang terpesong atau tiada kaitan. o. Tidak memberikan contoh yang sesuai.

iii. Kesimpulan : a. Kesimpulan merupakan pengulangan isi. b. Kesimpulan tiada kaitan.

Page 23: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

1

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

TEMA 1 :

MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN PERHUBUNGAN LUAR

Tajuk-Tajuk Fokus : 1. Sejauhmanakah agama Wathani mendominasi agama dan kepercayaan masyarakat Arab

Jahiliah. 2. Huraikan peranan Muhajirin dan Ansar dalam dalam perkembangan Islam pada zaman

Nabi Muhammad S.A.W. 3. Huraikan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Khalifah Harun al-Rasyid sepanjang

pemerintahannya.

Page 24: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

2

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

TEMA 1 :

MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN PERHUBUNGAN LUAR

Soalan 1 Sejauhmanakah Agama Wathani mendominasi agama dan kepercayaan masyarakat Arab Jahiliah. Agama dan kepercayaan merupakan pegangan ke arah penbentukan sahsiah individu dalam masyarakat.Agama terbahagi kepada dua,iaitu agama Samawi yang diturunkan oleh Allah SWT melalui nabi-nabi dan kitab-kitab.Manakala agama Ardhi adalah agama yang direka sendiri oleh manusia.Namun begitu,agama Wathani mendominasi pegangan agama masyarakat Jahiliah di Tanah Arab.

Pendahuluan

Isi 1

Agama yang mendominasi pegangan agama masyarakat Arab ialah agama Wathani. Fakta

Jelas bahawa, majoriti masyarakat Arab Jahiliah menganut agama Wathani.Agama ini dibawa masuk ke Tanah Arab oleh Amru bin Luhay ketika berniaga ke Syam.Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan orang Arab menyembah berhala iaitu sebagai penghormatan kepada Kaabah dan berhala menjadi sebagai perantara antara mereka dengan Allah SWT.Sesetengah orang Arab percaya bahawa berhala dapat memberi manfaat dan mudarat,mempunyai keberkatan,keajaiban dan sebagainya. Berhala- berhala mereka diperbuat daripada batu,kayu dan emas.Terdapat lebih 360 berhala disekeliling Kaabah.

Huraian

Sebagai contohnya, antara berhala yang terkenal ialah al-Latta,al-Uzza dan al-Manar.Terdapat juga patung yang menyerupai seorang lelaki yang melambangkan kekuatan seorang lelaki iaitu al-Wad dan al-Suwa yang menyerupai wanita yang melambangkan kecantikan wanita.

Contoh

Tegasnya, berhala bukan sahaja menjadi agama sembahan nenek moyang masyarakat Arab Jahiliah tetapi menjadi aset penting dalam menjana ekonomi mengukir patung.

Penutup Isi

Isi 2 Walau bagaimanapun terdapat agama-agama lain yang

menjadi anutan masyarakat Arab Jahiliah. Agama seterusnya ialah agama Nasrani.

Fakta

Page 25: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

3

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

Hal ini kerana, agama Kristian mula bertapak di Kota Makkah apabila Kerajaan Rom meluaskan kuasa dan pengaruhnya ke Yaman.Agama Kristian masih mempercayai kebesaran dan kewujudan Allah SWT.

Huraian

Buktinya,mereka mendakwa bahawa Nabi Isa adalah anak Tuhan dan Mariam,isteri Tuhan serta tidak mengakui kedatangan nabi akhir zaman.

Contoh

Kesannya,agama ini telah dikembangkan ke utara Semenanjung Tanah Arab menerusi penduduk Ghassan dan Hirah.

Penutup Isi

Isi 3 Disamping itu, agama Majusi turut dianuti oleh

masyarakat Arab Jahiliah. Fakta

Hal ini kerana,agama Majusi yang berasal dari Parsi tidak mempunyai kitab suci dan tidak mengakui nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.Penganut agama ini menyembah api dan mempercayai dua tuhan iaitu tuhan yang baik dan jahat.

Huraian

Sebagai contoh,mereka percaya kepada dua konsep api iaitu api sebagai penerang dan api sebagai pemusnah. Contoh Tegasnya,agama Majusi juga menjadi anutan masyarakat Arab Jahiliah walaupun tidak mempunyai nabi dan kitab.

Penutup Isi

Isi 4 Seterusnya,agama yang dianuti masyarakat Jahiliah ialah

agama Yahudi. Fakta

Hal ini dilihat apabila agama Yahudi yang berasal dari Palestin bertapak di Kota Madinah semasa masyarakat Palestin memasuki dan mendiami Hijaz dan Yaman.Agama Yahudi dibawa oleh Nabi Musa as serta kitab Taurat dengan beberapa pembaharuan oleh penganutnya.

Huraian

Misalnya,penganut Bani Israel telah mengubah isi kandungan kitab tersebut. Contoh Kesannya, Allah SWT telah melaknat mereka. Namun agama Yahudi masih mendapat tempat di hati masyarakat Jahiliah terutama di Madinah.

Penutup

Isi

Page 26: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

4

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

Isi 5

Seterusnya, agama yang menjadi anutan masyarakat Jahiliah ialah agama Hanif. Fakta Agama Hanif adalah agama yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Ibrahim as yang mentauhidkan Allah SWT.Penganut agama ini tidak menyembah berhala,tidak berjudi,tidak minum arak dan tidak melakukan perkara keji yang dikutuk oleh Allah SWT.

Huraian

Sebagai contohnya,antara penganut agama Hanif yang terkenal ialah Zaid bin Amru bin Naufal. Contoh Tegasnya dapat dikatakan bahawa agama Hanif dianuti oleh individu yang benar-benar menolak segala bentuk kekufuran dalam masyarakat dan bilangannya tidak ramai.

Penutup Isi

Sebagai kesimpulan dapatlah dikatakan bahawa agama Wathani dianuti majoriti masyarakat Arab Jahiliah. Namun begitu agama-agama lain masih mendapat tempat dalam masyarakat. Selepas kedatangan Islam, Islam telah mengubah corak kehidupan masyarakat Jahiliah dari segala aspek termasuk rohani dan jasmani.

Kesimpulan

Page 27: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

5

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

Soalan 2 : Huraikan peranan Muhajirin dan Ansar dalam dalam perkembangan Islam pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. Umat Islam yang dipimpin olen Nabi Muhammad S.A.W di Madinah

terdiri daripada dua golongan iaitu Muhajirin dan Ansar. Muhajirin ialah penduduk asal Mekah yang dikenali sebagai masyarakat Quraisy, manakala Ansar meruapakan penduduk asal Madinah dari suku kaun Aus dan Khazraj yang telah memeluk Islam selepas perjanjian Aqabah 1 dan 2. Kedua-dua golongan ini memainkan peranan yang cukup besar dalam perkembangan Islam pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.

Pendahuluan

Isi 1

Peranan Muhajirin di Mekah

Antara peranan Muhajirin di Mekah ialah menerima dan mempertahankan Islam walaupun menerima tentangan yang hebat daripada kaum musyrikin Mekah.

Fakta

Mereka adalah kelompok pertama menerima Islam dan mempertahankan keutuhan Islam yang disampaikan olen Nabi Muhammad S.A.W. Mereka juga adalah golongan pertama yang melafazkan kesetiaan terhadap Islam dan berjuang bersama-sama dengan Nabi Muhammad S.A.W. Mereka sanggup menerima tentangan sama ada dalam bentuk fizikal dan mental. Mereka menerimapelbagai ejekan, penghinaan, kata nista, penyeksaa dan pembunuhan

Huraian

Sebagai contohnya, tokoh-tokoh seperti Abu Bakar al-Siddiq, Zubair bin Awwam, Uthman bin Affan, ali bin Abi Talib dan lain-lain adalah pendukung Islam semasa dakwah secara sulit di Mekah

Contoh

Tegasnya, mereka sanggup menghadapi segala rintangan dan penentangan daripada kaum musrikin Quraisy bagi memastikan Islam terus tertegak dan berkembang.

Penutup Isi

Isi 2 Peranan

Ansar di Mekah

Selain itu, peranan golongan Ansar di Mekah ialah menerima dan menyokong ajaran Nabi Muhammad S.A.W. yang merintis penghijrahan ke Madinah

Fakta

Mereka menyatakan kesanggupan menerima Islam dalam Perjanjian Aqabah 1 dan 2, dalam keadaan golongan musyrikin Mekah melancarkan penentangan yang keras. Mereka berikrar untuk berjuang bersama-sama Nabi Muhammad S.A.W.

Huraian

Page 28: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

6

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

Buktinya, mereka bertanggungjawab membawa dan menyebarkan Islam di Madinah. Contoh

Kesannya, agama ini telah berkembang di Madinah dan golongan Ansar saling berganding bahu dengan golongan Muhajirin dalam mepertahankan Islam.

Penutup Isi

Isi 3

Peranan Muhajirin

di Madinah

Disamping itu, peranan golongan Muhajirin di Madinah ialah membantu Nabi Muhammad S.A.W. dalam urusan keagamaan dan dakwah.

Fakta

Golongan Muhajirin merupakan pembantu utama Nabi Muhammad S.A.W. di Madinah khususnya dalam urusan keagamaan dan pentadbiran. Muhajirin berperanan dalam mengembangkan dakwah Islam. Mereka bersama p Nabi Muhammad S.A.W. menjalankan dakwah secara terbuka di Madinah.

Huraian

Hasilnya umat Islam berjaya membina Masjid di tengah-tengah Kota Madinah dan dapat melakukan ibadat secara terbuka.

Contoh Tegasnya, peranan golongan Muhajirin semasa dakwah Nabi Muhammad S.A.W. di Madinah dapat membantupenduduk Madinah mendalami ajaran Islam.

Penutup Isi

Isi 4 Peranan Ansar di Madinah

Akhirnya, peranan golongan Ansar di Madinah ialah menyumbang harta benda dan buah fikiran. Fakta Sebagai penduduk tempatan, mereka turut

menyumbangkan harta benda dan buah fikiran dalam menjayakan perjuangan dan perkembangan Islam termasuk menyertai perjuangan jihad. Golongan Ansar juga menyumbangkan harta benda dalam menghadapi serangan musuh Islam.

Huraian

Sebagai contoh, Salman al-Farisi mencadangkan pembinaan parit dalam Perang Khandak. Contoh Tegasnya, mereka telah memainkan peranan penting dalam merperjuangkan dan membangunkan negara Islam Madinah

Penutup

Isi Sebagai kesimpulan, golongan Muhajrin dan Ansar mempunyai peranan tersendiri dalam membantu Nabi Muhammad S.A.W. mempertahanjan dan mengembangkan risalah Islam. Masing-masing berperanan besar yang menjadi tulang belakang dan gandingan mantapbagi memastiksn kejayaan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W di Mekah dan Madinah.

Kesimpulan

Page 29: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

7

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

Soalan 3 : Huraikan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Khalifah Harun al-Rasyid sepanjang pemerintahannya. Kerajaan Abbasiyah ditubuhkan melalui revolusi yang dilancarkan terhadap

pemerintahan Kerajaan Umayyah pada tahun 750 M dan bertahan sehingga tahun 1258 M.

Sepanjang pemerintahan kerajaan ini, terdapat beberapa orang pemerintah yang terkenal seperti Khalifah Harun al-Rasyid. Baginda merupakan khalifah yang keempat selepas Khalifah al-Mahdi. Sebelum menaiki takhta ,baginda memegang jawatan Gabenor sehinggalah dilantik sebagai Putera Mahkota pada tahun 782M.

Beliau seorang yang bijaksana, berilmu dan cekap dalam siasah telah membolehkan kerajaan Abbasiyah semasa pemerintahan baginda menuju era kegemilangan

Pendahuluan Latarbelakang

Isi 1 Antara kejayaan yang dicapai oleh Khalifah Harun al-

Rasyid sepanjang pemerintahannya ialah mengadakan Hubungan diplomatik dengan negara luar.

Fakta

Khalifah Harun al-Rasyid telah menjalin hubungan dengan negara-negara lain Byzantine, Perancisdan Andalusia bagi meluaskan syiar Islam dan mengukuhkan kerajaanAbbasiyah. Melalui hubungan diplomatik ini telah banyak memberi faedah kepada kerajaan Abbasiyah. Langkah ini juga dapat memelihara kedaulatan kerajaan Abbasiyah daripada di serang musuh.

Huraian

Hubungan Khalifah Harun al-Rasyid dengan Charlemenge, perjanjian perdamaian dengan Byzantine yang menyerang wilayah Islam di Asia Minor.

Contoh Hubungan antara kerajaan dengan Perancis dijalin kerana

Perancis juga bermusuhan dengan kerajaan Umayyah di Andalus. Strategi ini amat berkesan sehingga kerajaan Umayyah tidak berani mengganggu gugat kerajaan Abbasiyah.

Penegasan Isi

Isi 2 Selain itu, Khalifah Harun al-Rasyid juga berjaya

menghadkan serta menghapuskan pengaruh keluarga Barmaki

Fakta

Page 30: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

8

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

Khalifah Harun al-Rasyid telah menghadkan serta menghapuskan pengaruh keluarga Barmaki yang semakin kukuh. Beliau bimbang pengaruh yang terlalu kuat akan menjadi ancaman kepada kerajaan Abbasiyah di masa depan.

Huraian

Mengahwini Puteri Jaafar bin Yahya al-Barmaki, diikuti membunuh tokoh-tokoh yang berbahaya seperti Yahya al-Barmaki. Tindakan tersebut berjaya menghilangkan pengaruh keluarga Barmaki dalam kerajaan baginda.

Contoh

Pengaruh keluarga Barmaki yang semakin meningkat tidak mustahil akan menjadi satu ancaman kepada Khalifah Harun al-Rasyid. Pengawalan pengaruh tersebut bertujuan untuk mengelakkan kemungkinan buruk dari berlaku seperti rampasan kuasa dan sebagainya.

Penegasan Isi

Isi 3 Kejayaan seterusnya ialah menyusun semula angkatan

tentera dan membuat kawalan rapi di lautan. Fakta Khalifah Harun al-Rasyid juga menyusun semula angkatan tentera dan membuat kawalan rapi di lautan dan di pelabuhan bagi menjamin keselamatan kapal-kapal asing yang berlabuh di Basrah, sekaligus dapat memastikan kestabilan politik dalam negeri. Ini membolehkan kapal-kapal dagang berduyun-duyun datang ke Baghdad dan melakukan aktiviti perniagaan di sana.

Huraian

Kota Baghdad telah berjaya menjalankan perdagangan dalam bentuk tiga dimensi iaitu antara Baghdad-Eropah, Baghdad-India dan Baghdad-China.

Contoh

Langkah yang diambil oleh Khalifah Harun al-Rasyid ini telah berjaya memajukan kegiatan perdagangan sehingga Kota Baghdad menjadi kota yang terkenal di seluruh dunia.

Penegasan Isi

Isi 4 Selain itu, Khalifah Harun al-Rasyid menekankan soal

kemajuan dalam bidang pertanian dan perdagangan. Fakta

Dalam bidang ekonomi, Khalifah Harun al-Rasyid menekankan soal kemajuan dalam bidang pertanian dan perdagangan. Ini kerana kedua-dua bidang tersebut telah menyumbangkan banyak faedah dan menjadi sumber ekonomi kepada penduduk dan negara. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memastikan kedua-dua bidang ini dapat beroperasi dengan jayanya dan seterusnya menjana ekonomi Baghdad.

Huraian

Page 31: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

9

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

Khalifah menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru serta memberikan bekalan bijih benih secara percuma kepada petani. Baginda juga membahagikan tanah-tanah kerajaan dan rampsan perang kepada tentera dan golongan miskin untuk diusahakan

Contoh

Aktiviti pertanian dan perdagangan telah berjaya meningkatkan ekonomi Baghdad sehingga menjadi kegiatan yang amat penting dalam usaha menjadikan Baghdad sebuah kota tersohor di mata dunia.

Penegasan Isi

Isi 5 Akhir sekali ialah kejayaan memajukan bidang

keilmuan. Fakta Khalifah Harun al-rasyid amat mencintai ilmu pengetahuan sebagai bukti, baginda menggalakkan kedatangan para sarjana ke Baghdad bagi mengadakan seminar, pidato dan majlis-majlis ilmu yang berkaitan. Pusat-pusat pengajian telah didirikan seperti sekolah, masjid dan maktab. Buku-buku asing juga turut diterjemah ke dalam bahasa Arab. Pada zaman ini muncul beberapa cendekiawan terkenal seperti Imam Muhammad , Al-Hajjaj bin Matar, Yuhanna bin Musawaih dan Suffian al-Thauri . Perkembangan intelektual pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid amnya dapat dibahagikan kepada tiga Tahap iaitu kegiatan pembukuan penyusunan ilmu pengetahuan agar tidak menyimpang daripada syariat Islam dan kegiatan penterjemahan.

Huraian

Baginda telah membina Baitul Hikmah untuk menempatkan buku-buku berkaitan ilmu astronomi, perubatan, falsafah, sejarah dan geografi. Bandar-bandar Islam seperti Madinah, Kufah dan Kaherah telah dijadikan pusat keilmuan.

Contoh

Ilmu pengetahuan merupakan aset penting bagi menilai kemajuan sesebuah negara. Tindakan khalifah memberi penekanan maksimum dalam bidang ini telah menjadikan Baghdad pusat tumpuan bagi sesiapa yang ingin mendalami ilmu pengetahuan.

Penegasan Isi

Zaman Pemerintahan khalifah Harun Al-Rasyid dianggap sebagai zaman kegemilangan kerajaan Abbasiyah kerana baginda bukan sahaja berjaya menghapuskan atau memadamkan apa jua bentuk penentangan tetapi yang paling penting mampu mewujudkan sebuah negara yang makmur dengan ekonomi yang teguh.

Kesimpulan

Page 32: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

10

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

TEMA 2 :

PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN

Tajuk-Tajuk Fokus :

4. Bincangkan sistem percukaian pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah pada abad ke 9 hingga 11 Masihi.

5. Huraikan sistem pendidikan pada zaman kerajaan Bani Umaiyah pada abad ke 7 hingga

8 Masihi. 6. Bincangkan faktor kejayaan Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan intelek pada

zaman kerajaan Bani Abbasiyah.

Page 33: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

11

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

TEMA 2 :

PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN Soalan 4 : Bincangkan sistem percukaian pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah pada abad ke 9 hingga 11 Masihi. Pada zaman Khalifah Abbasiyah, wujud dua buah diwan terpenting

iaitu Diwan al-Jund dan Diwan al Kharaj. Selain itu wujud juga pelbagai diwan lain seperti Diwan al-Rasai’l al-Khatam, al-Barid, al-AZimmah as-Sawafi, al-Sirr dan lain-lain. Setiap dewan diketuai oleh seorang pegawai tadbir yang bertanggungjawab menjalankan urusan mengikut keperluan negara Sistem percukaian pada zaman kerajaan ini meliputi tiga sumber utama iaitu Kharaj, jizyah dan usyur

Pendahuluan

Isi 1 Diwan al-Kharaj Fakta

Diwan al-Kharaj merupakan Jabatan Percukaian Negara yang mengendalikan pentadbiran cukai tanah yang mengeluarkan hasil pertanian. Diketuai oleh pegawai yang berkuasa melantik wakil-wakil pemungut cukai mengikut kawasan. Pegawai tersebut bertanggungjawab memastikan seua pihak mematuhi peraturab dan pelaksanaan kutipan cukai tersebut

Huraian

Khalifah al-Mahdi menubuh Jabatan Akauntan Negara mengawal-selia setiap akaun setiap jabatan khasnya mengenai hasil pungutan dan perbelanjaan

Contoh

Penubuhan jabatan ini memang bersesuaian dengan situasi semasa memandangkan sektor pertanian merupakan bidang yang diceburi majoriti penduduk. Sektor pertanian menjadi nadi kepada jentera pentadbiran kerajaan bani Abbasiyah

Penegasan Isi

Isi 2 Seterusnya, pelaksanaan Kharaj Fakta

Kadar Kharaj tidak sama antara kawasan. Kadarnya mengikut lokasi kawasan, kualiti tanah, penggunaan alat siraman dan kualiti benih. Setiap unit tanah pertanian biasanya dikenakan kharaj minima sebanyak 10 dirham. Bayaran Kharaj dibayar dalam bentuk mata wang dan harta benda seperti haiwan ternakan dan hasil tanaman.

Huraian

Page 34: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

12

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

Syarat-syarat tanah dikenakan kharaj antara pemilik tanah golongan zimmi, tanah kharaj yang disewa atau dipajak dan pengecualian kharaj jika tanaman musnah akibat bencana alam. Sistem percukaian Muqasamah iaitu cukai sebahagian hasil pertanian diperkenalkan oleh Khalifah al-Mahdi. Contoh Kharaj satu sumber terpenting Baitumal ekoran kemajuan pesat ekonomi dalam pertanian Penegasan Isi

Isi 3 Selain itu, pelaksanaan Jizyah Fakta

Pungutan cukai jizyah dipraktikkan semula oleh Kerajaan Bani Abbasiyah daripada zaman Khulafah Rasyidin. Kadar jizyah tahunan ialah 48 dirham untuk golongan kaya, 24 dirham golongan pertengahan dan 12 dirham untuk miskin. Gabenor memantau pelaksanaan punguntan cukai jizyah mengikut wilayah masing-masing. Golongan dikecuali daripada cukai jizyah ialah perempuan, kanak-kanak, orang tua, hamba dan sakit berpanjangan.

Huraian

Pelaksanaan cukai ziyah ini meliputi kawasan taklukan bekas wilayah Parsi dan Turki. Hasil pungutan disimpan di Baitulmal.

Contoh Pada zaman Kerajaan Abbasiyah, tiada diskriminasi dalam pelaksanaan jizyah Penegasan Isi

Isi 4 Akhir sekali, pelaksanaan Usyur Fakta

Usyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan kepada semua peniaga islam dan bukan islam apabila menjalankan perniagaan dalam Negara Islam. Kadar usyur berbeza mengikut jenis pedagang dan nilai dagangan. Cukai 2,5% dikenakan katas peniaga islam, 5% peniaga kafir zimmi dan 10% keatas peniaga kafir harbi. Jumlah usyur yang dikenakan adalah 200 dirham apabila cukup kadar nisabnya

Huraian

Kerajaan Bani Abbasiyah mencapai kemajuan ekonomi pesat dalam sektor perdagangan, perindustrian dan pertanian Baghdad muncul pusat perdagangan tersibuk ketika itu

Huraian

Page 35: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

13

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

Bermula zaman pemerintahan khalifah al-Mahdi, kerajaan Abbasiyah mengenakan cukiai perniagaan di pasar dan kedai-kedai sekitar kota Baghdad dan wilayah kekuasaan Islam.

Contoh

Usyur adalah cukai penting keatas peniaga atau pedagang. Hasil pungutan usyur amat bermanfaat untuk pembangunan negara seperti menyediakan kemudahan tempat-tempat perniagaan dan sebagainya

Penegasan Isi

Sistem percukaian sistematik dan terancang menyumbang pembangunan dan kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah. Sumber cukai yang stabil dan banyak membolehkan banyak prasarana dapat dibina bagi kepentingan rakyat

Kesimpulan

Page 36: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

14

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

Soalan 5 : Huraikankan sistem pendidikan pada zaman kerajaan Bani Umaiyah pada abad ke 7 hingga 8 Masihi Perkembangan pesat pendidikan berlaku dalam Zaman Bani Umayyah

didorong oleh perkembangan kerajaan itu sendiri, perkembangan ilmu pengetahuan dan masyarakat, gerakan agama, falsafah dan sejarah. Galakan dan kecintaan para khalifah bani Umayyah terhadap pemdidikan merupakan asas utama berlakunya perkembangan ilmu keagamaan dan keduniaan Usaha memperkasa bidang pendidikan dilihat melalui peranan khalifah yang menjadikan kota-kota utama seperti Damsyik, Kufah dan Basrah sebagai pusat perkembangan ilmu

Pendahuluan

Isi 1 Dasar Pendidikan Fakta

Dasar pendidikan percuma dipraktikan keatas golongan miskin di khuttab dan pengajian terbuka di masjid-masjid. Tumpuan kurikulum diberikan kepada ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Pendidikan formal berlangsung di istana dan kuttab manakala tidak formal di masjid. Kebanyakan umat islam ghairah/berlumba-lumba menuntut ilmu manakala putera-putera khalifah diberi pelajaran wajib sama ada didatangkan guru-guru khas ke istana atau dihantar ke halaqah pengajian. Bentuk pendidikan berubah mengikut keadaan semasa ekoran pengaruh falsafah Yunani dan Nasrani

Huraian

Khalifah Abdul Malik Marwan memberi garis panduan kepada guru yang mengajar puteranya dalam bidang rohani dan jasmani. Khalifah Hisyam Abdul Malik menyuruh Sulaiman al-Kalibi mengajar puteranya al-Quran, fiqh, syair dan sejarah

Contoh

Dasar dan panduan pendidikan yang ditekankan menunjukan bahawa ilmu pendidikan semasa amat dititikberatkan bagi mengelakan daripada ketinggalan.

Penegasan

Isi

Page 37: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

15

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

Isi 2 Seterusnya, sistem pendidikan pada zaman kerajaan Bani

Umaiyah dilihat dari segi institusi pendidikan dan bentuk pengajaran

Fakta

Pada zaman Kerajaan Bani Umyyah terdapat tiga institusi pendidikan terpenting iaitu masjid, istana khalifah dan sekolah iaitu kuttab. Kurikulum yang diajar dimasjid adalah ilmu-ilmu naqli iaitu tafsir dan hadis. Kaedah pengajaran di masjid adalah dalam bentuk syarahan bebas. Masjid-masjid di Makkah, Madinah dan Damsyik adalah pusat perkembangan dan penyebaran ilmu agama. Masjid Kufah dan Basra pusat bahasa dan nahu. Tanda-tanda bunyi dalam tulisan Arab seperti dhammah, fathah dan kasrah diperkenalkan. Istana khalifah dijaikan pusat pendidikan – tempat belajar putera khalifah dan anak pembesar. Mata pelajaran utama adalah sejarah, kesusteraan, ilmu pidato dan akhlak. Kuttab merupakan sekolah permulaan yang menekankan pengajian al-Quraan dan asas ilmu agama sebagai persedian kepada pengajian lebih tinggi

Huraian

Khalifah Abu Sufyan mengundang para cendekiawan ke istananya di Damsyik untuk membincangkan disiplin ilmu sejarah. Pada Zaman Bani Ummyah terdapat dua jenis kuttab iaitu kuttab untuk awam (dikenakan yuran) dan kuttab al-Sabil untuk kanak-kanak miskin

Contoh

Peranan institusi pendidikan tersebut telah membolehkan masyarakat zaman ini menerima ilmu pengetahuan secara sistematik dan menyeluruh

Penegasan Isi

Isi 3 Selain itu, kemunculan bandar-bandar utama yang menjadi

pusat perkembangan pendidikan. Fakta Pada zaman Khalifah Bani Ummyah, terdapat banyak bandar yang menjadi pusat perkembangan pendidikan, intelektual dan tamadun Islam. Damsyik adalah ibu kota pentadbiran Kerajaan Ummyah turut menjadi tumpuan aktiviti pendidikan dan intelektual. Pelbagai kemudahan pendidikan disediakan iaitu sekolah dan masjid.

Huraian

Page 38: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

16

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

Bandar Madinah, Basrah dan Kufah menjadi tumpuan seluruh penduduk Negara Islam mempelajari bahasa Arab seperti memperbaiki sebutan dan deklamasi sajak.

Basrah tempat lahirnya Abdul Aswad Du’ali, Khalid bin Ahmad iaitu tokoh nahu Arab. Khalid al Walid menjadikan Kufah sebagai pusat ilmu pengetahuan

Contoh

Kemunculan bandar-bandar intelektual diatas menyebabkan tempat tersebut menajdi tumpuan tokoh-tokoh ilmuan bukan sahaja dikalangan ilmuan Islam bahkan bukan Islam

Penegasan Isi

Isi 4 Sistem pendidikan pada zaman kerajaan Bani Umaiyah

juga dilihat dari sudut tenaga pengajar. Fakta Peranan kerajaan melantik guru-guru dan diberikan gaji merupakan usaha murni untuk membuktikan kepentingan

ilmu pengetahuan. Guru-guru di institusi pendidikan terdiri daripada mahzab berbeza dan pengetahuan serta kemahiran berbeza mengikut tahap pendidikan Ulama terkenal mendapat menarik perhatian ramai pelajar yang dikatakan mencecah ribuan orang. Guru-guru dimasjid terdiri dari golongan ulama yang mengajar secara ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran. Guru-guru yang mengajar di istana khalifah dikenali muaddih bertanggung jawab mengajar kerabat diraja dan pembesar berkenaan dengan aspek sahsiah

Huraian

Tokoh-tokoh ulama terkenal di Masjidil Haram ialah Abdullah bin Abbas mahir ilmu tafsir, hadis dan fiqh. Ulama terkenal lain ialah seperti Abu Musa al-Asya’ari, Hasan al-Basri, Ubaidillah bin Zubayr.

Contoh

Kemunculan tenaga pengajar terkenal iaitu ulama telah menarik minat ramai pelajar dari seluruh pelusuk Negara Islam bagi menuntut ilmu pengetahuan dalam zaman Bani Ummyah

Penegasan

Isi

Isi 5 Disamping itu, sistem pendidikan pada zaman kerajaan

Bani Umaiyah berkaitan bidang-bidang pengajian yang ditawarkan.

Fakta

Page 39: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

17

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

Bidang-bidang pendidikan yang berkembang pesat adalah pengajian ilmu keagamaan seperti tafsir al-Quran, hadis, fiqah dan sebagainya. Pengajian seni muzik dan puisi berpusat di kota Makkah, Madinah dan Damsyik menjadikan istana sebagai tempat mendapatkan ganjaran. Puisi berperanan menyampaikan sesuatu penerangan dan propaganda bagi kerajaan. Para penyair diberi layanan istimewa kerana dapat membangkitkan semangat jihad dan meningkatkan kotokohan khalifah serta keagungan Kerajaan Bani Ummyah. Pengajian kesusasteraan dan ilmiah berkembang di masjid-masjid kota Basrah dan Kufah. Pendidikan seni ukir dan pahat mendapat tempat terutama ukiran ayat al-Quran pada istana, masjid, mimbar dan mihrab

Huraian

Penyair terkenal Qays bin Mulawa pencipta puisi cinta Laila dan Majnun Contoh

Pada zaman Kerajaan Bani Umaiyah berlaku pertambahan aktiviti ko-kurikulum. Penglibatan ulama dan khlifah membantu kepesatan pendidikan yang menjadi asas tamadun dalam aspek politik, ekonomi dan sosial umat Islam. Perkembangan ini dilihat sebagai asas legasi kukuh bagi pendidikan pada zaman-zaman kerajaan Islam seterusnya.

Penegasan Isi

Pemerintahan Bani Umayyah yang mementingkan pendidikan telah mempelbagaikan mata pelajaran yg diajar di institusi pendidikan . Selain daripada ilmu agama sepertit Fiqah , Tauhid , Tafsir Al-Quran dan Hadis , mata pelajaran lain yg diajar Ialah Ilmu Hisab, Sejarah, Sastera , Ilmu Perubatan, Kesenian dan Falsafah . Walaupun kerajaan bani umayyah telah ditumbangkan dalam revolusi Abbasiyah, namun sistem pendidikan terus kekal dan dijadikan contoh untuk perkembangan seterusnya

Kesimpulan

Page 40: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

18

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

Soalan 6 : Bincangkan faktor kejayaan Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan intelek pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah. Baitul Hikmah aadalah gedung ilmu pengetahuan diasaskan pada 815 M oleh Khalifah Harun al-Rashid. Menjadi tumpuan para sarjana

menjalankan kegiatan akademik, mencapai kegemilangan pada zaman khalifah al-Makmum Baitul Hikmah juga dikenali Khazanatul Hikmah dan Darul Hikmah. Peranan utama ialah sebagai pusat penterjemahan, perpustakaan dan institusi pengajian tinggi yang menawarkan pelbagai kursus professional dalam bidang sains dan falsafah

Pendahuluan

Isi 1 Antara faktor kejayaan Baitul Hikmah sebagai pusat

perkembangan intelek ialah peranan Khalifah Abbasiyah Fakta

Para Khalifah Bani Abbasiyah berpandangan terbuka dalam bidang intelektual. Penterjemah dilantik untuk Baitul Hikmah tidak terikat dengan faktor agama dan bangsa. Khalifah al-Makmum pencita seni dan falsafah mempertingkatkan kegiatan intelektual dalam Baitul Hikmah. Ganjaran wang emas kepada penterjemah merancakan lagi kegiatan keilmuan tersebut sehinggakan Zaman Bani Abbasiyah memperuntukan dana yang besar bagi Baitul Hikmah khusus perbelanjaan bayaran gaji dan sebagainya.

Huraian

Yuhanna Musawaih beragama Kristian dan Abu Sahl al-Fadl berbangsa Parsi pernah dilantik sebagai penterjemah. Utusan-utusan dihantar ke Rom, Kepulauan Sicily dan Qugrus bagi mendapatkan karya-karya Yunani. Al-Makmum juga menghantar Hunain Ishak ke Konstantinopole mendapatkan karya hebat disana

Contoh

Dasar terbuka dan usaha Khalifah dalam Kerajaan Bani Abbasiyah ini menunjukkan betapa seriusnya mereka dalam memajukan bidang intelektual.

Penegasan

Isi

Page 41: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

19

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

Isi 2

Seterusnya, peranan para Wazir (Menteri) juga menjadi faktor kejayaan Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan intelek

Fakta Para wazir khasnya dalam zaman Harun al-Rashid dan al-

Makmum gigih dan aktif menjalankan usaha membangunkan bidang ilmu. Peruntukan dana yang banyak oleh wazir-wazir bagi membiayai kegiatan penterjemahan dan penulisan. Mereka sering bekerjasama dengan khalifah menjalankan kegiatan penterjemahan.

Huraian

Wazir Muhammad bin Abdul Malik memberi 2000 dinar seorang sebagai ganjaran Contoh

Peranan wazir tersebut membolehkan Baitul Hikmah muncul sebagai pusat intelektual terkemuka didunia Penegasan Isi

Isi 3

Selain itu, peranan para hartawan Islam turut menjadi faktor kejayaan Baitul Hikmah. Fakta Para hartawan turut membantu perkembangan Baitul Hikmah. Mereka terlibat secara aktif membelanjakan sebahagian harta

bagi membiayai kegiatan penterjemahan dan penulisan Huraian

Muhammad, Ahmad dan al-Hassan dari keturunan Bani Musa al Munajjim antara tokoh yang membayar sebahagian kos penterjkemahan buku-buku asing ke dalam bahasa Arab. Mereka juga member ganjaran dan kepada para penterjemah dan pengarang.

Contoh

Peranan golongan hartawan secara tidak langsung membantu merancakan lagi usaha kegiatan intelektual di Baitul Hikmah Penegasan Isi

Isi 4 Faktor seterusnya ialah peranan penterjemah dan

pengarang Fakta Ramai tokoh intelektual member sumbangan cemerlang dalam

kegiatan penulisan dan penterjemahan di Baitul Hikmah. Fasa-fasa perkembangan kegiatan penterjemahan boleh dalam zaman pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, Khalifah Haru al- Rashid

Huraian

Hunain bin Ishak menguasai bahasa Arab, Suryani dan Parsi adalah pakar ilmu perubatan,, falsafah dan Sejarah. Khalifah al-Makmum melantik beliau sebagai ketua Baitul Hikmah. Yuhannad bin al-Bitriq (Abu Zakaria) pakar bahasa Latin menterjemah karya falsafah dan perubatan Yunani. Tokoh-tokoh lain Sahl al-Harun, Yahya abi Mansur, Umar al-Farrukhan, Muhamad bin Musa al Khwarizmi

Contoh

Page 42: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

20

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

Zaman kegemilangan Baitul Hikmah mencapai ke kemuncak sehingga 1258 M ini melahirkan ramai tokoh ilmuan Islam Penegasan Isi

Isi 5

Akhir sekali, faktor kecekapan pengurusan dan pentadbiran Baitul Hikmah Fakta Kerjasama dan persefahaman jitu antara kakitangan Baitul Hikmah,

penterkemah dan pengarang membolehkan institusi ini berfungsi dengan baik dan berkesan. Ketiga-tiga kimpulan ini bertugas secra automatik dan berperanan sebagai penterjemah, penulis, penyalin, pengarang, penjilid dan pengedar. Beban tugas diagihkan berdasar kepakaran dan minat masing-masing. Pegawai Baitul Hikmah dan para pembantunya bertanggungjawab dalam mnguruskan penyusunan dan katalog buku-buku

Huraian

Sahl bin Harun, said bin Harun, Hunain bin Ishak merupakan pegawai-pegawai terkenal dalam Baitul Hikmah ketika zaman Bani Abbasiyah. Mereka menghabiskan sepanjang hayat untuk berkhidmat kepada ilmu pengetahuan dmi kepentingan imu sejagat

Contoh

Peranan para pegawai dan kakitanga yang cekap menjadikan Baitul Hikmah sebagai gedung ilmu pengetahuan terbesar dan teragung di dunia

Penegasan Isi

Pada masa pemerintahan Khalifah Al Ma’mun Baitul Hikmah mengalami kemajuan yang luar biasa. Pada smasa itu itu Baitul Hikmah menjadi pusat kajian yang memunculkan banyak ilmuan, baik ilmuan agama atau ilmu umum. Maka di sinilah Baitul Hikmah mempunyai peranan yang cukup besar dalam memajukan peradaban Islam, bahkan pada masa itu Islam mengalami masa keemasanya ”The Golden Age Of Islam”.

Kesimpulan

Page 43: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

21

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

TEMA 3 :

NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN

NEGARA BANGSA

Tajuk-tajuk Fokus : 7. Nilaikan sumbangan Muhammad Ali Pasha dalam gerakan pembaharuan Mesir pada abad

ke- 19 M. 8. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kemunculan semangat nasionalisme di Mesir

pada abad ke- 20 M. 9. Bincangkan reaksi masyarakat Mesir terhadap penjajahan Barat pada abad ke-19 hingga

abad ke- 20 M.

Page 44: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

22

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

TEMA 3:

NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

Soalan 6 : Nilaikan Sumbangan Muhammad Ali Pasha Dalam Gerakan Pembaharuan Mesir Pada Abad Ke 19 Masihi.

Muhammad Ali atau lebih dikenal dengan Muhammad Ali Pasya dilahirkan pada bulan Januari 1765 M, di Kawalla, sebuah kota yang terletak di utara Yunani dan meninggal di Mesir pada tahun 1849. Ayah Muhammad Ali Pasya bernama Ibrahim Agha, seorang imigran Turki, kelahiran Yunani. Walaupun tidak bersekolah semasa kecilnya namun Muhammad Ali Pasya merupakan seorang yang cerdas dan telah muncul sebagai panglima tentera yang membebaskan Mesir daripada cengkaman kuasa Napoleon. Akhirnya dengan kebijaksanaannya Muhammad Ali Pasha (MAP) telah dilantik sebagai penguasa Mesir. Kearifannya mewujudkan keamanan di bumi Mesir telah membolehkan banyak program pembangunan dan pembaharuan dilakukan sepanjang pemerintahannya. Kejayaannya menghapuskan saingan daripada Dinasti Mamluk, ancaman golongan Wahabi serta meningkatkan kekuatan ketenteraan menwujudkan suasana aman di Mesir. Oleh itu, pembaharuan dapat dilakukan dalam aspek ketenteraan, pentadbiran, pendidikan dan ekonomi.

Pendahuluan

Isi 1 Sumbangan Muhammad Ali Pasha Dalam Gerakan

Pembaharuan Mesir ialah pembaharuan dalam bidang ketenteraan

Fakta Menyusun semula angkatan tentera Mesir agar lebih

berdisiplin dan pentadbirannya lebih cekap dan teratur. Contohnya, tentera yang sukar dibentuk dan tidak mematuhi arahan seperti tentera berbangsa Sudan diganti dengan golongan fellahin (tentera petani berbangsa Mesir) dan Albania. Mencontohi disiplin tentera Perancis ( pimpinan Napoleon Bonaparte) Teknologi peperangan Perancis membolehkan mereka dengan menguasai Mesir ( 1798- 1802M) Berjaya diusir pada tahun 1802. MAP mengagumi tentera Perancis ini. Oleh itu MAP telah mendapat bantuan Eropah khususnya kuasa Perancis.

Huraian Contoh

Page 45: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

23

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

Mengasaskan Kolej Military atau Ketenteraan pada tahun

1815 di Aswan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada pegawai tentera.

Huraian Contoh

Ramai pakar tentera asing terutama daripada Perancis diambil berkhidmat di Mesir seperti Kolonel Seve (nama Islamnya Sulayman Pasha) Beliau memberi nasihat kepakarannya untuk menaiktaraf bidang ketenteraan Mesir. Kesannya 1826 – terdapat 90 000 anggota tentera yang lengkap dengan pasukan meriam yang setanding dengan Negara Eropah.

Kesan daripada pembaharuan : i. Utara Sudan serta Levant (pesisir pantai Syria) dan Lubnan berjaya dikuasai.

ii. Mematahkan pemberontakan al Muwahhidun Wahhabidi Hijaz (Arabia) 1818.

iii. Memberi keyakinan kepada Sultan Mahmud II meneruskan program reformasi ketenteraan dalam kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Jelas kepada kita dengan pembaharuan ketenteraan yang dilakukan telah menyebabkan Mesir muncul sebagai satu kuasa tentera yang terkuat di Asia Barat.

Penegasan

Isi

Isi 2 Selain itu, sumbangan Muhammad Ali Pasha dalam Gerakan Pembaharuan Mesir ialah pembaharuan dalam bidang pentadbiran

Fakta

Era pemerintahan MAP 1805-1848 : permulaan kepada pemerintahan Dinasti. Sebelum itu Mesir di bawah taklukan / pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintahan diteruskan oleh anak-anaknya Khedif Abbas Hilmi 1 (1848-1854), Muhamad Sa’id Pasha (1854 – 1863)dan Ismail (1863-1879) 1806, MAP telah membentuk sekumpulan pemerintah Mesir yang terdiri daripada bangsa Turki dan Mesir serta pegawai elit yang terpelajar untuk menguruskan pentadbiran negara serta mengutip cukai di seluruh Negara

Huraian Contoh

Page 46: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

24

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

Hubungan dengan negara Barat dibaiki contoh dengan negara Perancis, Itali, Britain, Austria. Dengan ada hubungan baik ini, pelajar-pelajar dihantar untuk belajar di negara-negara ini. Tenaga-tenaga pakar dibawa dari Negara-negara ini. Mengenepikan golongan ulama dalam pentadbiran. Menganggap ulama menghalang kepada usaha pembaharuannya yang berkiblatkan barat. Bertentangan dengan tradisi kerajaan Uthmaniyyah, ulama amat berpengaruh dalam perlaksanaan dasar kerajaan.

Huraian Contoh

MAP mempunyai hala tuju yang jelas. Dengan adanya

hubungan yang baik dengan Negara-negara barat, berlaku pemindahan teknologi dan ilmu. Ini mempercepatkan proses pemodenan Negara Mesir ini.

Penegasan Isi

Isi 3 Di samping itu, Muhammad Ali Pasha turut menyumbang

dalam pembaharuan bidang pendidikan. Fakta Menubuhkan institute-institut yang berkaitan dengan

pendidikan. Kementerian Pendidikan, sekolah rendah, maktab tentera, sekolah teknik, sekolah perubatan dan banyak lagi. Banyak sekolah didirikan. Contoh : Sekolah Military (1815), Sekolah Teknik (1816), Sekolah Perubatan /Kedoktoran (1827), Sekolah Farmasi (1829), Sekolah Perlombongan (1831) Sekolah Penterjemahan (1836) dan banyak lagi sekolah seperti kesenian, industry, pengairan (irrigation), dan bahasa-bahasa asing ditubuhkan. Guru-guru yang bertugas di institusi pendidikan didatangkan khas dari Eropah. Contohnya pakar kedoktoran dari Perancis Clot Bey dilantik sebagai Pengarah Sekolah Tinggi Kedoktoran 1827 – 1849 (22 tahun berkhidmat) Pelajar-pelajar dihantar ke luar Negara untuk menuntut pelbagai ilmu. Contoh pada tahun 1809 – 1819 – 28 orang pelajar dihantar ke Itali (Milan, Florence, Rom) untuk mempelajari ilmu teknikal, ketenteraan, industri kapal dan ilmu pencetakan.Pada 1826-1844 – 319 orang pelajar dihantar ke Paris dan tokoh intelektual dan pengarang terkenal al Thahtawi dihantar dan bertugas sebagai imam mahasiswa Mesir. Pada tahun 1844-1863, 89 orang pelajar dihantar ke Perancis termasuk ahli keluarga MAP.

Huraian Contoh

Page 47: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

25

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

Huraian Contoh

Di Paris disediakan ‘rumah Mesir’- kemudahan untuk pelajar-pelajar yang belajar di sana Individu yang lulus dalam peperiksaan akan diserap dalam pentadbiran Negara dan ketenteraan. Aktiviti penterjemahan telah digalakkan dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. Pelajar-pelajar dihantar ke luar Negara untuk belajar bahasa asing dan apabila balik diberi tugasan untuk menterjemahkan buku-buku tulisan bahasa asing ke dalam bahasa Arab.Contoh buku-buku dari barat tentang Sejarah Raja-raja Perancis, buku tulisan Voltaire, Rosseau, Montesquies, idea demokrasi, Parlimen, Idea Republik dan sebagainya Antara tokoh penterjemah yang terkenal ialah al-Tahtawi. Sekolah Bahasa-bahasa Asing (Sekolah Penterjemahan) turut didirikan dan hamper 1000 buah buku Berjaya diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Sekolah-sekolah yang didirikan pada awalnya diletakkan di bawah penyeliaan Jabatan Tentera (Jabatan Diwan al-Jihadiyya) Kemudian dipisahkan.Untuk mewujudkan koordinasi yang berkesan – Majlis Syura al Maktab ditubuhkan pada 1830. Matlamat – meningkatkan pendidikan dalam kalangan rakyat Mesir, menambah pembangunan sekolah-sekolah di Cairo dan Alexandaria dan dilantik Inspektor Jeneral sekolah iaitu Kolonel Seve. Setelah itu Jabatan Diwan al-Jihadiyya berubah nama menjadi Jabatan Diwan al-Madaris atau disebut Ministere de l’instruction Publique, yang setelah itu berubah lagi menjadi Kementerian Pendidikan, kementerian ini selain bertugas mengawasi dan melakukan pembangunan sekolah-sekolah baru juga kementerian ini bertugas menghasilkan kembali penerbitan majalah al-waqa’i al-Mishriyya.Diwan al-Madaris ini tugasnya dibagi menjadi tiga bahagia iaitu bahagian bahasa Arab, bahagian bahasa Turki, bahagian Teknik. Pembaharuan daam bidang kurikulum yang disesuaikan dengan keadaan dan tuntutan zaman supaya tidak tertinggal dengan ilmu pengetahuan dan teknologi di Eropah. Contohnya, i. aspek Bahasa – Bahasa yang penting dipelajari – Itali,

Perancis, Turki dan Rusia. ii. Pengetahuan Sosial – mata pelajaran Sejarah, Geografi,

Ekonomi, Antropologi, Pentadbiran Negara,Pendidikan Kemasyarakatan, Falsafah, Ketenteraan dan Hukum.

Page 48: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

26

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

iii. iii.Ilmu pengetahuan Alam – Farmasi, Ilmu Alam, Kedoktoran, Teknikal, Arkitek.

iv. Matematik – Aritmetic, Kimia, Matematik v. Pengetahuan Ketrampilan

Perubahan dan pembaharuan pendidikan ini telah membawa kepada kemajuan dan permodenan masyarakat Mesir. Landasan pemikiran masyarakat juga telah berubah selaras dengan idea-idea pemikiran barat yang cuba diserapkan kepada masyarakat.Kesannya lahir tokoh-tokoh seperti Jalaluddin Al-Afghani, Muhammad Abduh, Mohammad Rasyid Redha, al Tahtawi dan ramai lagi.

Penegasan Isi

Isi 4 Akhirnya, pembaharuan dalam bidang ekonomi Fakta

MAP – memperbaiki system pengairan. Dengan adanya sistem pengairan ini, tanah menjadi subur. Beberapa tanaman baru diperkenalkan. Contohnya benih kapas didatangkan dari India dan Sudan -Melaksanakan dasar memilik Negara tanah-tanah dan kerahan tenaga. -Melaksanakan system monopoli khususnya yang berkaitan dengan hasil-hasil pertanian. Mengenakan cukai kepada petani yang mengusahakan tanah serta membeli hasil usaha petani dengan harga yang murah dan menjual semula kepada masyarakat tempatan dan para pedagang dengan harga yang lebih tinggi. Pentadbiran ekonomi semakin teruk dan sikap tamak pemerintah khasnya British yang menaikkan cukai sesuka hati menambah kesengsaraan penduduk Mesir. Para ulama bangkit menentang kezaliman tersebut. Kejatuhan ekonomi dan penjualan saham Terusan Suez menjadi penyebab dijajah semula oleh British.

Huraian Contoh

Jelas bahawa MAP berjaya memakmurkan ekonomi Mesir walaupun tidak mencapai matamatnya 100 peratus. Bandar-bandar atau kota-kota di Mesir telah berubah menjadi kota-kota yang moden. Namun, ketidakpuasan hati rakyat dengan dasar kerajaan memiliknegara tanah dan kadar cukai yang tinggi sedikit sebanyak membantutkan proses pertumbuhan ekonomi Negara.

Penegasan Isi

Page 49: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

27

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

Era pemodenan Mesir bermula apabila Muhammad Ali Pasha melabuhkan kuasanya di sini. Ketaksubannya terhadap kuasa-kuasa Barat terutamanya kuasa Perancis telah mengubah lanskap Mesir dengan pembaharuan-pembaharuan ala Barat. Namun, ketaksuban ini telah memakan diri MAP apabila beliau terperangkap dengan muslihat kuasa barat terutama British yang memaksa beliau menandatangani Perjanjian London 1840. Perjanjian ini menyebabkan kuasa MAP serta berlaku pengunduran tentera Mesir di Levant. Di samping itu telah wujud penentangan daripada golongan ulama dan rakyat dan ini merupakan antara faktor yang membawa kepada kegagalannya. Walau bagaimanapun pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan harus juga dikagumi kerana bukan semua pemimpin dapat melakukannya.

Kesimpulan

Page 50: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

28

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

Soalan 8. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kemunculan semangat nasionalisme di Mesir pada abad ke 20 M. Awal abad ke 20, Mesir adalah di bawah naungan empayar Turki

Uthmaniyah tetapi pengaruh British di Mesir amat kuat. Ini kerana British telah mengukuhkan kuasa selepas mengatasi pemberontakan Urabi pada 1881. Semangat nasionalisme bermaksud semangat cintakan dan taat setia kepada tanah air dan bercita-cita membebaskan Negara dan bangsa daripada penguasaan kuasa asing. Penguasaan British di Mesir berlaku semasa pentadbiran Lord Cromer yang dilantik sebagai konsul general antara athun 1883 hingga 1907. Pengaruh British di Mesir amat kuat walaupun pentadbiran asas di bawah pimpinan pemerintahan Mesir iaitu Khedif dikekalkan. Semangat anti-British memuncak selepas Perang Dunia Pertama. Terdapat banyak faktor yang mendorong gerakan nasionalisme dalam kalangan penduduk Mesir menjelang abad

Pendahuluan

Isi 1

Antara faktor-faktor yang mendorong kemunculan semangat nasionalisme di Mesir pada abad ke 20 M ialah faktor sistem pendidikan

Fakta Sistem pendidikan dikatakan adalah salah satu faktor

membangkitkan semangat nasionalisme di Mesir pada abad ke 20. Gerakan nasionalisme Mesir dimulakan dengan membangkitkan penekanan terhadap ilmu pengetahuan dan pendidikan. Golongn cerdik pandai telah menjadi pencestus kepada perjuangan gerakan nasionalisme. Penjajah British mengamalkan diskriminasi dalam memberi peluang pendidikan kepada penduduk Mesir kerana bimbang graduan-graduan tempatan yang diberi pendidikan Inggeris mampu mempelopori kebangkitan nasionalisme tempatan. Seterusnya pihak British mengabaikan pendidikan sekolah kerajaan Mesir walaupun mereka mampu membangun dan membiayai sekolag tersebut. Dasar pendidikan British adalah bertujuan melatih anak tempatan dari golongan kaya untuk berkhidmat dengan kerajaan kolonial. Hampir semua jawatan kerajaan disandang oleh golongan berpendidikan daripada keluarga bangsawan.

Huraian

Page 51: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

29

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

Rasa tidak puas hati penduduk kian memuncak apabila banyak jawatan kerajaan diisi oleh pegawai British yang kurang berkelayakan dengan gaji yang tinggi jika dibandingkan dengan rakyat tempatan.

Contoh

Tegasnya, gerakan nasionalisme di Mesir telah dibangkitkan oleh golongan graduan sekolah undang-undang yang juga terdedah kepada sistem dan ideologi politik barat. Anatara tokoh nasionalis Mesir seperti Mustafa Kamil yang merupakan aktivis pro Islam yang menentang dasar pemerintahan British

Penutup Isi

Isi 2

Selain itu, faktor golongan intelektual Fakta

Golongan intelektual yang menyemai dan membangkitkan semangat nasionalisme di Mesir terbahagi kepada tiga golongan iaitu golongan berpendidikan barat, golongan agama dan golongan elit tentera. Tokoh intelektual berpendidikan barat seperti Mustafa Kamil Pasha yang pakar undang-undang menyokong gerakan nasionalisme sekular seperti yang berlaku di dunia Barat dan cuba meraih sokongan intelektual daripada keturunan Qibti. Tokoh agama pula seperti Sheikh Hasan al-Banna telah mempelopori kebangkitan golongan intelektual Islam menentang British melalui penubuhan Ikhwanul Muslimin. Beliau berusaha melakukan gerakan Islah. Hassan al-Banna memperjuangkan idea islah yang berinspirasi dari Sayid Jamaluddin al-Afghani. Perjuangan islah Hassan al-Banna bersifat sederhana meliputi aspek akidah, integrasi ilmu dan kecekapan pentadbiran. Muhammad Rasyid Rida juga seorang reformis Islam memperjuangkan kepentingan menyesuaikan pendidikan moden dan agama menerusi penubuhan madrasah al-Dakwah al-Irshad pada tahun 1912 di Kaherah. Kumpulan intelektual dari kalangan tentera Mesir berketurunan Fellahin turut terlibat gerakan nasionalisme menentang British dan pemerintahan Khedif yang bersekongkol dengan penjajah

Huraian Contoh

Page 52: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

30

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

Kesannya, Rasyid Rida menyeru umat Islam agar mengambil ikhtibar dari peradaban Barat dengan aspek-aspek positif seperti ilmu sains dan teknologi. Idea-idea beliau banyak mempengaruhi tokoh pemikir Islam pada abd ke 20 M.

Penutup Isi

Isi 3

Seterusnya, faktor pengaruh kewartawanan. Fakta Bidang keartawanan turut memainkan peranan dalam

menimbulkan kesedaran rakyat Mesir. Ini disebabkan pengaruh kewartawanan melalui penerbitan akhbar telah digunakan sesetengah pihak untuk memperjuangkan hak mereka. Pada awal abad ke 20 M , penerbitan akhbar semakin rancak berikutan kemunculan parti-parti politik dan perkembangan nasionalisme.

Rasyid Rida adalah orang kanan Muhammad Abduh telah menimbulkan kesedaran melalui ahkbar Salafiya. Beliau sentiasa mengkritik dan menyalahkan pihak penjajah atas nasib malang masyarakat Arab.

Rasyid Rida bersama penyokongnya telah mempopularkan konsep modenisasi Islam dan cuba menegakkan warisan dan keperibadian Arab terutamanya dalam memperkukuhkan bahasa Arab Mesir.

Seterusnya, penulis wanita seperti Malak Hifni Nasif turut tidak ketinggalan dalam memperjuangkan hak terutama dalam isu pendidikan. Beliau telah membincangkan peranan wanita secara terbuka sehingga menarik minat golongan intelektual.

Huraian Contoh

Tegasnya, kerancakan penerbitan akhbar telah mempercepatkan penerimaan masyarakat terhadap gerakan nasionalisme Mesir

Penutup Isi

Isi 4

Selain itu, faktor Agama. Fakta Usaha pembaratan British ke atas masyarakat Mesir

menyebabkan muncul gerakan reformis yang dikenali sebagai Ikhwanul Muslimin pimpinan Sheikh Hassan al-Banna. Pertubuhan Ikhwanul Muslimin cuba mengembalikan keutuhan agama Islam di Mesir berpandukan ajran al-Quran dan al-Sunnah di samping menolak fahaman modenisme yang membentuk pemikiran secular dalam masyarakat Mesir.

Huraian Contoh

Page 53: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

31

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

Ikhwanul Muslimin menekankan kepentingan pengaruh agama dengan menyedarkan umat Islam Mesir agar bangun berjihad dengan membersihkan jiwa daripada amalan syirik, khurafat dan sebagainya dan kembali kepada ajaran Islam. Ikhwanul Muslimin juga bimbang apabila terdapat golongan cerdik pandai Islam yang terpengaruh dengan gaya pemikiran Barat.

Antaranya ialah Sheikh Ali Abdul Raziq yang telah

menghasilkan karya berjudul Dasar-dasar Pemerintahanya yang telah mengiktirafkan tindakan Mustafa Kamal Atartuk yang memisahkan antara agama dan politik. Beliau menegaskan bahawa Islam tidak mewajibkan umatnya mendirikan Negara dan dengan adanya khalifah Islam itu hanya akn membawa kemudaratan kepada umatnya

Tegasnya, faktor agama adalah pencetus kepada gerakan nasionalisme Mesir Penutup Isi

Isi 5 Akhirnya, faktor pengaruh luar. Fakta

Pengaruh luar juga penting dalam mencetuskan semangat nasionalisme iaitu tercetusnya Perang Dunia Pertama 1914-1918. Rakyat Mesir terutamanya golongan petani telah dikerah oleh British meninggalkan pekerjaan mereka dan menjadi sukarelawan, pertubuhan Palang Merah dan menjadi hamba kepada tentera British di Palestin, Gallipoli dan Perancis. Dalam peperangan ini, banyak nyawa telah terkorban. Pada masa yang sama, kehadiran tentera pihak Bersekutu yang ramai di Mesir telah menjadikan penduduk berasa lemah dan amat mengharapkan kuasa asing untuk melindungi dan mempertahankan mereka di negara mereka sendiri. Tentera Amerika Syarikat turut bertapak di bumi Mesir. Fenomena ini telah menimbulkan kesedaran kepada rakyat Mesir untuk mempertahankan imej dan maruah negara daripada cengkaman penjajahan Barat.

Huraian Contoh

Keadaan ini telah menyuntik semangat kebangsaan hingga akhirnya melahirkan gerakan nasionalisme untuk menuntut kemerdekan.

Penutup Isi

Page 54: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

32

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

Kebangkitan semangat nasinalisme Mesir berlaku akibat kesedaran masyarakat tentang pelbagai kepincangan yang berlaku dalam Negara. Pelbagai faktor mendorong kebangkitan nasionalisme di Mesir sama ada dalam aspek politik ,ekonomi dan sosial. Kesan penentangan yang berterusan oleh nasionalisme Mesir menyebabkan British mengistiharkan kemerdekaan Mesir pada tahun 1922.

Kesimpulan

Page 55: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

33

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

Soalan 9 : Bincangkan reaksi masyarakat Mesir terhadap penjajahan Barat pada abad ke-19 hingga abad ke- 20 M. Sepanjang abad ke-18 masihi, Mesir merupakan sebahagian daripada

wilayah kekuasaan empayar Uthmaniyah. Sejarah penguasaan Barat ke atasMesir dimulai penjajahan Perancis dari tahun 1798 hingga 1801 dan diikuti oleh British. British mula berkuasa di Mesir sejak 1882 hinnga 1918 iaitu sehingga tamatnya Perang Dunia Pertama. Akibat daripada cengkaman ekonomi yang dikuasai oleh British telah menyebabkan reasksi masyarakat Mesir yang diterajui oleh pemimpin tempatan hinggalah kepada masyarakat setempat.

Pendahuluan

Isi 1 Penaklukan Perancis ke atas Mesir 1798-1801 Fakta

Napoleon telah berjaya menduduki Mesir pada tahun 1798 dan telah bertahan selama tiga tahun sahaja setelah dikalahkan oleh Pakatan Tentera Uthmaniyah. Perancis yakin mampu melemahkan ekonomi Mesir yang terletak di tengah-tengah laluan perdagangan.

Huraian

Penaklukan Perancis telah meninggalkan kesan mendalam polotik, ekonomi dan social rakyat Mesir. Konsep Modenisme dan sekularisme mula meresap dalam pemikiran rakyat Mesir.

Contoh

Situasi ini sesungguhnya telah menjadikan rakyat Mesir bangkit lebih-lebih lagi Perancis telah memperkenalkan tamadun Barat melalui Institut d’Egypt yang dianggotai 167 sarjana Barat.

Penegasan Isi

Isi 2 Pemberontakan Syeikh Muhammad Sadat Fakta Pembaharuan ala Barat yang dibawa oleh penjajahan Perancis tidak disenangi oleh golongan agama Mesir. Majlis Syura Al-Azhar telah membuat pengisytiharan jihad menentang pencerobohan Perancis.

Huraian

Pada 21 Oktober 1798, Syeikh Muhammad Sadat telah memimpin gerakan pemberontakan menentang Perancis. Contoh Hal ini demikian kerana perbezaan agama merupakan faktor utama kebangkitan Syeikh Muhammad Sadat. Rakyat Mesir beranggapan bahawa kerajaan Uthmaniyah sebagai saudara seagama yang perlu dibantu bagi menghadapi pihak Perancis yang beragama Kristian

Penegasan Isi

Page 56: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

34

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

Isi 3 Pemerintahan Muhammad Ali Pasha Fakta Pengaruh Barat semakin subur apabila Muhammad Ali Pasha menubuhkan institusi baharu seperti Kementerian Pendidikan, sekolah dan maktab tentera dan sekolah perubatan. Kebanyakan tenaga pengajar dari Eropah. Dasar pentadbiran ala Barat ini telah melahirkan gerakan islah yang dipelopori oleh intelektual Islam.

Huraian

Muhammad Ali Pasha telah membentuk sekumpulan pemerintah berbangsa Turki dan pasukan golongan elit menguruskan pentadbiran negara dan mengutip cukai di seluruh Mesir

Contoh

Akibat keadaan ini telah menjadikan rakyat Mesir terutama golongan ulama memimpin gerakan untuk menentang kezaliman kerajaan. Kejatuhan ekonomi dan penjualan saham Terusan Suez menjadi sejarah hitam apabila Mesir dijajah pula oleh British

Penegasan Isi

Isi 4 Penaklukan British ke atas Mesir pada 1882-1918 Fakta Pada tahun 1840 satu perjanjian memorandum British dan Mesir melalui Konvensi Alexandria. Dalam perjanjian ini diakui Mesir masih tetap di bawah kerajaanUthmaniyah. Ini mengakibatkan Mesir sedikit demi sedikit menerima kehadiran British. Konsesi pembinaan Terusan Suez yang diberikan kepada Perancis pada 1857 telah meningkatkan kecurigaan British.

Huraian

Kemerosotan ekonomi telah memaksa Mesir menjual sahamTerusan Suez kepada British. Contoh Oleh itu British telah melaksanakan misi ketenteraan di Mesir sehingga berjaya menguasai Kaherah pada 1882 dan ini menandakan bermulanya penjajahan British di Mesir.

Penegasan Isi

Isi 5 GerakanPemulihan Islam Fakta Gerakan ini dikenali sebagai Gerakan Islah yang dipelopori tokoh intelektual Islam iaitu Jamaluddin Alafghani dan Muhammad Abduh. Ciri-ciri utama gerakan ini ialah Gerakan Pan Islamisme yang menggunakan kaedah seperti pidato, proses pengajaran dan melalui media massa

Huraian

Kempen-kenpen yang dijayakan oleh tokoh-tokoh ini telah berjaya membangkitkan semangat perasaan anti-penjajah Barat dalam kalangan masyarakat Mesir.

Contoh

Page 57: modul puncak sejarah stpm p2 melaka 2016

35

Modul Sejarah STPM Penggal 2: Edisi 2016 Negeri Melaka

Hal demikian kerana tokoh-tokoh ini telah menyuntik semangat ingin membebaskan Mesir dari belenggu penjajahan Barat.

Penegasan Isi

Isi 6 GerakanIkhwabulMuslimin Fakta Pertubuhan Ikhwanul Muslimin dipelopori oleh Hassan al-Banna pada tahun 1928 yang matlamat awalnya ialah untuk menamatkan pendudukan British di Mesir dan menyelamatkan rakyat daripada ideologi Barat yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Huraian

Perjuangan Ikhwanul Muslimin amat tersusun dan konsisten meskipun ramai ahlinya yang telah dipenjara termasuk Hassan al-Bannna. Walaubagaimanapun pada tahun 1946-1948 Gerakan Ikhwanul Muslimin telah menisytiharkan perang terhadap British.

Contoh

Sesungguhnya kebangkitan Gerakan Ikhwanul Muslimin telah mengembalikan maruah masyarakat Mesir walaupun gerakan ini akhirnya diharamkan oleh British atas tuduhan merancang pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan.

Penegasan Isi

Kezaliman pihak penjajah dan dasar pembaratan kerajaan telah membangkitkan gerakan penentangan rakyat Mesir. Kesan penentangan yang berterusan oleh golongan nasionalis Mesir memaksa British mengisytiharkan kemerdekaan pada 1922. Namun kemerdekaan dalam erti kata sebenarhanya berlaku pada tahun1952 apabila Mesir menjadi sebuah negara Republik Mesir.

Kesimpulan

MODUL TAMAT