Modul Psv - Tajuk Yg Hilang

Embed Size (px)

DESCRIPTION

modul dsv

Citation preview

2.2KAEDAH PENTAKSIRAN PSV NAZRI DAN K. NORAIDAH2.2.1Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)

KonsepGuru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Penilaian yang dirancang oleh guru di peringkat sekolah ini dikenali sebagai PKS. Melalui aktiviti penilaian guru dapat memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Untuk mencapai hasrat ini penilaian di sekolah haruslah memberi penekanan kepada konsep penilaian berterusan terhadap perkembangan bagi kesemua aspek tersebut. PKS lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke satu peringkat. Guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semasa ke semasa. Ini memberi peluang kepada guru untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid serta-merta supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun. Di samping itu guru dapat mengenal pasti kelemahan dan memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi murid.

PKS dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian. Maklumat tentang perkembangan murid yang diperoleh dari semasa ke semasa melalui penilaian berterusan dapat membantu guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya jika perlu. PKS boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspekaspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.

RAHIM DAN K. NORDINA Perkaitan Antara PKS Dan Penilaian Berpusat

Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR dan SPM dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara. PKS dan penilaian berpusat saling melengkapi dalam sistem penilaian. PKS dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru. Melalui PKS, guru dapat :

mengesan perkembangan murid secara menyeluruh; mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa; mengetahui keberkesanan pengajarannya; merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.

Ciri-Ciri PKS

PKS yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Di samping itu kekuatan murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian di peringkat pusat.

SAUFI DAN K.NORHAIZAN PKS dilaksanakan berasaskan beberapa ciri yang utama seperti berikut:

Aspek Yang Dinilai

ROSLAN DAN KAK SUZIMelalui PKS murid dinilai dalam pelbagai aspek yang meliputi pelbagai kecerdasan serta perkembangan emosi dan sahsiah murid.

KAK AINON DAN KAK ROSTAJUK 4PERATURAN MEMBERI MARKAH

Sinopsis

Penggubalan soalan Pendidikan Seni Visual tidak lengkap sekiranya guru tidak menyediakan skema pemarkahan. Tajuk ini membincangkan kaedah dan panduan menyediakan peraturan memberi markah sebagai skema pemarkahan untuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

HASIL PEMBELAJARAN

Pendidik akan memahami dengan lebih lanjut lagi mengenai :-i. Panduan untuk membina rubrik analitikal dan rubrik holistik.ii. Menentukan kriteria dan justifikasi ketika membina rubrik sama ada analitikal atau holistik.

4.1.1BORANG PENILAIAN, PENGGREDAN DAN RUBRIK

Rubrik merupakan panduan pemberian markah yang perlu disediakan sebelum sesuatu pengujian dijalankan. Skema jawapan mungkin istilah yang selalu digunapakai di Malaysia, tetapi daripada aspek kandungan, rubrik lebih sistematik dan komprehensif dan boleh digunakan untuk membantu guru di dalam pemberian markah untuk tugasan mudah mahupun tugasan yang kompleks dan lebih rumit. Terdapat dua jenis rubrik iaitu rubrik analitik dan rubrik holistik.

KAK NAB DAN KAK SANISAHRubrik analitikal merujuk kepada panduan pemarkahan yang selalunya digunakan untuk pengujian formatif. Oleh kerana sifatnya yang analitikal, rubrik jenis ini mampu menyediakan maklumat diagnostik tentang kemampuan pelajar. Setiap kriteria yang ingin diuji disenaraikan satu persatu dan setiap satunya diberi markah tertentu. Dengan cara ini guru dapat melihat bidang (kriteria) yang dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik dan bidang (kriteria) yang memerlukan pembaikan. Walaupun rubrik jenis ini dapat memberikan maklumat diagnostik untuk setiap pelajar, namun ianya mengambil masa yang lama untuk disediakan dan proses pemarkahan itu sendiri menjadi lebih rumit kerana guru mempunyai banyak aspek dalam pengujian yang perlu dilihat. Oleh itu kadangkala guru tetap menggunakan rubrik holistik untuk pengujian formatif kerana ianya lebih menjimatkan masa untuk disediakan dan lebih mudah di dalam proses pemberian markah. Di bawah adalah contoh rubrik analitikal di dalam menjalankan pengujian kerja berkumpulan pelajar. Perhatikan bahawa markah diberi secara berasingan dan kualiti yang diuji sangat spesifik, dan markah yang perlu diberi telah pun ditetapkan.

Jadual 4.1: Contoh Rubrik Analitikal Dalam Pengujian Kerja Berkumpulan

SUMBANGAN IDEA5 Kerap menyumbangkan idea bernas di dalam kumpulan dan semasa berbincang. Menunjukkan ciri-ciri kepimpinan dalam kumpulan.

3Kadangkala memberikan idea yang bernas di dalam kumpulan dan semasa berbincang. Ahli kumpulan yang menjalankan tugas yang diberikan.

1Jarang menyumbangkan idea ynag bernas dan lebih banyak berdiam diri semasa perbincangan.

KUALITI KERJA5Kualiti kerja adalah tinggi dan menunjukkan tahap pemikiran kritikal yang tinggi.

3Kualiti kerja perlu diperbaiki dan mempamerkan sedikit tahap pemikiran kritikal.

1Kualiti kerja adalah rendah dan tidak ada aplikasi kemahiran berfikir secara kritikal.

KERJASAMA BERKUMPULAN5Bijak mengendalikan perbincangan kumpulan dan mengaplikasikan kemahiran mendengar, memberikan maklum balas dan berkongsi maklumat.

3Ahli yang agak pasif dan lebih banyak mendengar daripada memberi komen atau berkongsi maklumat.

1Ahli pasif yang tidak bekerjasama dengan ahli kumpulan yang lain.

JURAIMI DAN KAK WANIRubrik holistik selalunya digunakan di dalam pengujian sumatif untuk melihat kepada pencapaian pelajar secara menyeluruh. Ini kerana sebarang bentuk pengujian sumatif diadakan pada hujung tahun pembelajaran dan guru tidak perlu lagi maklumat diagnosik daripada keputusan ujian pelajar untuk membuat modifikasi dalam pengajaran. Oleh itu rubrik holistik sering digunakan kerana ianya hanya memberi maklumat menyeluruh tentang pencapaian pelajar. Seterusnya dipaparkan contoh rubrik holistik dalam pengujian gerak kerja berkumpulan. Perhatikan elemen untuk diuji dikumpulkan secara menyeluruh (holistik) yang memudahkan proses pemarkahan oleh guru. Guru juga bebas menentukan kadar markah yang sesuai diberikan kepada seseorang pelajar, mengikut kadar markah yang telah ditetapkan.

Jadual 4.2: Contoh Rubrik Holistik Dalam Pengujian Kerja Berkumpulan

CEMERLANG21 30 markahSemasa perbincangan, idea-idea yang dilontarkan adalah kemas dan pelajar menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang tinggi. pelajar juga bijak dalam mengendalikan perbincangan kumpulan dan mengaplikasikan kemahiran mendengar, memberi maklum balas serta berkongsi maklumat. Kualiti kerja berkumpulan juga adalah baik serta mempamerkan kemahiran pemikiran kritikal yang tinggi.

BAIK11 20 markahSemasa perbincangan, pelajar tidak selalu menyumbankan idea yangbernas namun tetap berfungsi sebagai ahli kumpulan yang baik dalam menjalankan tugas yang diberikan. Walaupun begitu, kualiti kerja perlu diperbaiki dan mempamerkan sedikit kemahiran berfikir secara kritikal di dalam hasil kerja.

LEMAH0 10 markahSemasa perbincangan, pelajar jarang menyumbangkan idea bernas dan lebih banyak mendiamkan diri serta kurang kerjasama dengan ahli lain. Kualiti kerja juga adalah rendah tanpa sebarang aplikasi kemahiran berfikir secara kritikal.

Latihan

Aaron Aziz merupakan seorang guru seni yang ingin menjalankan ujian bulanan. Ujian bulanan ini melibatkan 5 kelas yang diajarnya dan setiap kelas mempunyai lebih kurang 30 orang pelajar. Apakah jenis rubrik yang wajar digunakan oleh Aaron Aziz?

KAK MAHERAM DAN SITI HARYANTI

4.2PENILAIAN HASIL KERJA

Sebarang bentuk pengujian di dalam bidang pendidikan seni visual perlu dirancang dan diteliti dengan rapi sebelum ianya dijalankan. Kreativiti itu sendiri mempunyai takrifan yang sangat subjektif dan guru perlu jelas akan elemen atau kriteria yang ingin dilihat semasa pengujian. Huewitz & Day (2001) telah menggariskan beberapa prinsip yang boleh menjadi panduan kepada guru seni visual di dalam penyediaan untuk sebarang bentuk pengujian di kelas.

i. Pengujian perlu melengkapkan pengajaran, seperti juga di dalam subjek lain. Soalan atau tugasan yang disediakan dalam pengujian mestilah telah diterangkan terlebih dahulu oleh guru di dalam pengajaran hari ke hari. Ini menepati konsep validity yang ada di dalam pengujian. Oleh itu, pengujian lebih merupakan pengukuran kepada kemampuan guru menfasilitasikan pembelajaran, lebih daripada ukuran kemajuan dan pencapaian pelajar.

ii. Kreativiti pelajar jarang diukur dalam pengujian. Pengujian sering memfokus kepada apa yang telah pelajar pelajari. Walaupun melihat kemajuan pelajar adalah penting, luahan kreativiti juga sama penting untuk dinilai di dalam pendidikan seni visual. Lantaran itu, luahan kreatif pelajar mestilah sentiasa digalakkan walaupun ianya mungkin agak sukar untuk dinilai.

iii. Walaupun seseorang pelajar itu mungkin tidak menunjukkan kemampuan semula jadi yang boleh dkagumi di dalam bidang seni, pengujian seharusnya memberi ruang kepada pelajar sebegini untuk berkarya dengan kemampuan yang mereka ada. Dalam erti kata yang lain, walaupun pengujian di dalam bidang seni haruslah mengambil kira aspek kreativiti, namun tahap kreativiti yang ditetapkan oleh guru bukanlah di standard yang sangat tinggi. Pengujian biarlah bersesuaian dengan tahap kreativiti pelajar-pelajar di dalam kelas. Pelajar yang menunjukkan kemampuan kreativiti yang mengagumkan pula seharusnya diberikan ganjaran di atas usaha mereka tetapi mereka juga perlu memperlihatkan kemajuan di dalam bidang pembelajaran seni yang lain.

iv. Sebahagian daripada pengajaran di dalam penghasilan karya melibatkan kemahiran khusus seperti pengetahuan di dalam teori warna yang mempengaruhi kemampuan pelajar di dalam mencampurkan warna, menghasilkan warna berlainan daripada warna-warna lain, intensiti warna dan lain-lain lagi. Kemahiran sebegini juga sepatutnya diuji dan pelajar juga seharusnya ditunjukkan cara mengaplikasikan kemahiran teknikal dan prinsip-prinsip seni pada sebarang medium seni.

DAH DI BENTANG

TAJUK 5PENILAIAN PORTFOLIO

Sinopsis

Kesemua hasil kerja pelajar merangkumi karya seni, latihan, tugasan bertulis, nota dan sebagainya dikumpul dan disusun dengan sistematik di dalam folder yang berupa fail. Penyediaan portfolio memerlukan komitmen yang tinggi daripada guru daripada segi masa, konsistensi dan juga perancangan yang teliti kerana portfolio kesemua pelajar perlu diperiksa dari semasa ke semasa. Disusuli dengan maklum balas untuk penambahbaikkan. pelajar juga perlu jelas dengan objektif penyediaan portfolio dan dimaklumkan terlebih dahulu akan bahan yang perlu dimasukkan di dalam portfolio dan bagaimana cara himpunan kerja mereka akan dinilai.

HASIL PEMBELAJARAN

Pendidik akan memahami dengan lebih lanjut lagi mengenai :-i. Kaedah menilai portfolio yang sesuai untuk Pendidikan Seni Visual

Pengenalan Menilai portfolio dalam Pendidikan Seni Visual merupakan satu kaedah penyimpanan atau dokumentasi bahan bukti proses pembelajaran pelajar dan proses yang digalakkan. Bahan bukti ini mengandungi pengetahuan, kemahiran dan pemikiran serta penyataan perasaan pelajar. Bahan ini dikumpulkan dan dipersembahkan secara terancang. Rakaman Proses Pembelajaran Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi beberapa kecerdasan dan ia dikaitkan dengan alat penilaian benar. Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat melihat : Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar Contoh hasil kerja pelajar Penyataan perasaan pelajar semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi sebahagian peristiwa penting untuk dikongsi bersama pihak lain Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses kerja serta hasil kerja seni

Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan. lni disebabkan portfolio Pendidikan Seni Visual, selain mendokumenkan urutan proses kerja, turut menuntut kemahiran mencetuskan idea secara kritis untuk melakukan penggubahan secara kreatif, sama ada melalui alat, bahan atau teknik tertentu.

Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan masalah yang akan ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan berupaya pula menentukan keputusan muktamad dalam membuat pilihan bagi mendapat hasil kerja yang terbaik. Proses ini dirakamkan dalam portfolio supaya ia menjadi bahan bukti untuk tatapan dan mampu juga menjadi salah satu alat penilaian benar dalam proses pembelajaran pelajar.

Bentuk Portfolio Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio dokumentasi proses sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio persembahan. Justeru, bentuk portfolio menampakkan kajian, perancangan, eksperimen dan penentuan berhubung dengan hasil yang hendak dibuat.

Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4 aspek :

i. Kajian Pemerhatian dan pengamatan Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan kegiatan Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan

ii. Lakaran Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yang konstruktif Pewujudan Idea Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk

iii. Rangka Sebenar Merangka reka cadang atau model Menentukan alatan dan bahan Prototaip (jika berkaitan)

iv. Persembahan Portfolio Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat Mengikut urutan Bersih, kemas dan mudah.

KAK NORFAIZAN DAN KAK SUHAIDAMenurut Adams & Hamm (1994), kriteria penilaian portfolio tergolong kepada empat kategori utama yang perlu diambil perhatian oleh guru, murid malah ibu bapa iaitu: Bukti pemikiran kritis dan kreatif Kualiti aktiviti dan kajian Kepelbagaian dalam pendekatan dan kajian Bukti kefahaman dan kemahiran aplikasi pengalaman luar bilik darjah.

Contoh penilaian portfolio murid

Kriteria dan petunjuk yang dicadangkan kepada tujuan penilaian portfolio. Guru memilih cara penilaian portfolio kerana hendak menilai penguasaan kemahiran, kreativiti dan kemajuan murid:

KriteriaPetunjuk

KandunganAdakah murid memilih tajuk yang sesuai bagi menggambarkan kandungan portfolionya?

Adakah murid memberi tumpuan kepada aspek penting dalam tajuk?Tajuk tepat

Tajuk memberikan gambaran yang jelas tentang kandungan portfolio.

Maklumat, idea dan contoh yang menarik dan relevan dimasukkan dalam portfolio.

KriteriaAdakah murid mempersembahkan idea secara kreatif?

Idea murid adalah pelbagai, asli dan terdapat persepsi dan interpretasi baru.

KemajuanAdakah murid menunjukkan bukti kemajuan dalam pembelajaran?

Menunjukkan kemajuan dari segi perbezaan antara hasil kerja pertama dengan yang terkini.

Kemajuan dalam turutan hasil kerja yang dipilih.

Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum. (1998). Buku Sumber Guru. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

NOR LAILY DAN KAK ZUANARubrik Penilaian Portfolio PSV

Daripada petunjuk yang dikenalpasti oleh guru, suatu rubrik penilaian boleh dihasilkan. Murid patut juga mengetahui tentang rubrik yang ditentukan guru.

MarkahSkema

4 Tajuk portfolio tepat Gambaran jelas dengan kandungan Maklumat jelas, tepat dan betul. Idea yang pelbagai, asli dan memperlihatkan perspektif dan interpretasi baru. Menunjukkan kemajuan daripada segi perbezaan antara hasil kerja awal dengan hasil terkini. Bukti urutan juga diperlihatkan dengan jelas.

3 Tajuk portfolio tepat Gambaran jelas dengan kandungan Kebanyakkan maklumat jelas, tepat dan betul. Kebanyakkan idea yang pelbagai, asli dan memperlihatkan perspektif dan interpretasi baru. Menunjukkan ada kemajuan daripada segi perbezaan antara hasil kerja awal dengan hasil terkini.

2 Tajuk portfolio tepat Gambaran agak jelas dan relevan tetapi kurang menarik. Kebanyakkan maklumat jelas dan betul. Kebanyakkan idea murid adalah pelbagai, tetapi kurang asli dan menampakkan perspektif dan interpretasi baru. Menunjukkan sedikit kemajuan daripada segi perbezaan antara hasil kerja terdahulu dengan hasil terkini.

1 Tajuk portfolio kurang tepat dan tidak memberi gambaran yang jelas. Kebanyakkan maklumat, idea dan gambaran kurang relevan dan tidak menarik. Kebanyakkan idea murid adalah sama dan tidak asli. Tidak menampakkan perspektif dan interpretasi lain. Tidak menunjukkan kemajuan antara hasil dahulu dengan yang terbaru.

Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum. (1998). Buku Sumber Guru. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berdasarkan maklumat, penerangan serta penjelasan yang diutarakan, portfolio pendidikan seni amat penting untuk dilaksanakan di sekolah. Ia bukan sahaja menekankan kepada proses meningkatkan pengalaman pembelajaran murid, malah boleh dijadikan bahan sumber serta rujukan dari masa ke semasa oleh pihak lain yang ingin menilai perkembangan pembelajaran murid.

1