7
Modul P&P 942/2 Tema 3: Transformasi Desa dan Pembandaran TEMA 3 : TRANSFORMASI DESA DAN PEMBANDARAN 3.1 Transformasi Desa a. Konsep: - Merujuk kepada perubahan sosioekonomi desa - Pertambahan penduduk, pertambahan kemudahan asas dan pengangkutan, struktur ekonomi dari tradisional kepada moden, fungsi petempatan dan lain- lain. Ciri-ciri Transformasi Desa: i. Perubahan gunatanah- lebih ekonomik-pertanian ke perumahan, kilang, bandar ii. Perubahan teknologi- dalam pertanian, kegunaan harian dan domestik iii. Pertambahan penduduk – semula jadi dan migrasi buruh luar iv. Pola petempatan selerak ke berjajar dan berkelompok v. Perubahan prasarana dan kemudahan sosial – semakin maju dan bertambah vi. Perubahan saiz dan milik tanah – semakin kecil dan dimiliki orang asing atau syarikat vii Perubahan sikap penduduk terhadap pekerjaan – pilih sektor sekunder dan tertier viii. Perubahan gaya hidup dan budaya penduduk – sosial, makanan, pakaian, kejiranan b. Dasar dan Strategi Pembangunan Desa i. Pembangunan In Situ Membangun dan memajukan kawasan yang sedia ada - Pertanian - kemudahan pengairan, teknik saintifik, baja kimia, benih berbaka baik, R & D biji benih sintetik oleh MARDI,klon getah. - Penternakan – baka haiwan, bioteknologi, sistem perladangan berteknologi Tinggi ii. Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) Matlamat – menyatukan pertanian dan menambah baik kemudahan prasarana NSNJ 2009© KHS Terbilang 2010

Modul P&P Geografi STPM Tema 3 -Transformasi Desa Dan Pembandaran Edited

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Modul P&P Geografi STPM Tema 3 -Transformasi Desa Dan Pembandaran Edited

Modul P&P 942/2 Tema 3: Transformasi Desa dan Pembandaran

TEMA 3 : TRANSFORMASI DESA DAN PEMBANDARAN

3.1 Transformasi Desa a. Konsep:

- Merujuk kepada perubahan sosioekonomi desa - Pertambahan penduduk, pertambahan kemudahan asas dan pengangkutan, struktur

ekonomi dari tradisional kepada moden, fungsi petempatan dan lain- lain.

Ciri-ciri Transformasi Desa:

i. Perubahan gunatanah- lebih ekonomik-pertanian ke perumahan, kilang, bandarii. Perubahan teknologi- dalam pertanian, kegunaan harian dan domestikiii. Pertambahan penduduk – semula jadi dan migrasi buruh luariv. Pola petempatan selerak ke berjajar dan berkelompokv. Perubahan prasarana dan kemudahan sosial – semakin maju dan bertambahvi. Perubahan saiz dan milik tanah – semakin kecil dan dimiliki orang asing atau

syarikatvii Perubahan sikap penduduk terhadap pekerjaan – pilih sektor sekunder dan

tertierviii. Perubahan gaya hidup dan budaya penduduk – sosial, makanan, pakaian,

kejiranan

b. Dasar dan Strategi Pembangunan Desa

i. Pembangunan In SituMembangun dan memajukan kawasan yang sedia ada - Pertanian - kemudahan pengairan, teknik saintifik, baja kimia, benih

berbaka baik, R & D biji benih sintetik oleh MARDI,klon getah. - Penternakan – baka haiwan, bioteknologi, sistem perladangan berteknologi

Tinggi

ii. Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP)Matlamat – menyatukan pertanian dan menambah baik kemudahan prasarana- Menggalakkan pertumbuhan baru ekonomi berkaitan pertanian baru,

industri asas tani dan sektor perkhidmatan. Antara agensi yang terlibat – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

iii. Pembangunan Wilayah- Dilaksanakan akibat wujudnya ketidakseimbangan dalam pembangunan

sosioekonomi antara kawasan dalam negara dan meningkatkan sosioekonomi penduduk di wilayah mundur. Cth: Pertanian berkelompok atau mini estet di Mulong, Kelantan.

iv. Perindustrian desa- Tujuan – mewujudkan struktur ekonomi yang lebih seimbang,

mempelbagaikan peluang pekerjaan, memajukan sepenuhnya tenaga rakyat terutama di kawasan pertanian yang kurang maju dan berpenduduk padat. Cth; industri asas tani dan kraftangan.

NSNJ 2009© KHS Terbilang 2010

Page 2: Modul P&P Geografi STPM Tema 3 -Transformasi Desa Dan Pembandaran Edited

Modul P&P 942/2 Tema 3: Transformasi Desa dan Pembandaran

c. Proses Perubahan Desa :i. Saling Kebergantungan Desa – Bandar:

- Desa pembekal komoditi kepada penduduk Bandar- Bandar pusat mengumpul hasil desa – pasar borong- Bandar pembekal barang siap guna ke desa- Bandar sebagai pusat pentadbiran kawasan desa- Bandar sebagai pusat perkhidmatan desa – hospital,sekolah, universiti- Penduduk bandar hantar bantuan, maklumat kepada keluarga di desa- Pekerja di bandar berulang alik dari rumah di desa berhampiran bandar

ii. Pembandaran DesaSatu strategi membandarkan kawasan-kawasan desa – melengkapkan petempatan desa dengan kemudahan serta perkhidmatan bandar yang asas.

iii. Perancangan Desa (Pusat Pertumbuhan):Petempatan tertentu dirancang supaya menjadi pusat pertumbuhan bagi kawasan atau wilayah desa yang lebih luas, yang juga mempunyai petempatan-petempatan lain yang lebih kecil. Pelbagai kemudahan dan infrastruktur disediakan. Cth: pusat pemasaran dan pemprosesan hasil.

iv. Pemodenan sosioekonomi desa:Penyediaan kemudahan asas yang lengkap, penduduk menjalani kehidupan baru yang moden –jenis pekerjaan, pendapatan per kapita, taraf hidup tinggi.

3.2 Bandar dan Pembandaran:

3.2.1 Pengertian Bandar dan Pembandaran:a. Konsep :

Bandar : petempatan yang mempunyai saiz yang lebih besar, dan kepadatan penduduk yang lebih tinggi drpd luar bandar, pola pekerjaan bukan bercorak pertanian, mempunyai jaringan perhubungan yang padat dan sibuk, deretan bangunan yang tinggi.

Pembandaran: proses perkembangan sesebuah pekan menjadi bandar dari segi keluasan, jumlah penduduk, prasarana, pendapatan pengurusan dan

budaya penduduk

b. Mengenal Pasti Jenis Bandar Berdasarkan Jumlah Penduduk:i. Bandar kecil 2,500 – 25,000ii. Bandar sederhana 25,000 – 100,000iii. Bandar Raya 100,000 – 800,000iv. Metropolitan lebih daripada 800,000v. Megalopolis tidak terhad

NSNJ 2009© KHS Terbilang 2010

Page 3: Modul P&P Geografi STPM Tema 3 -Transformasi Desa Dan Pembandaran Edited

Modul P&P 942/2 Tema 3: Transformasi Desa dan Pembandaran

BandarKonsep:

i. Bandar satelitBerhampiran Bandar indukMenyediakan kemudahan perumahan utk Bandar induk, cth: Bandar PJ kpd KL

ii. Bandar baruBandar yang dirancang dan dibangunkan di kawasan yang sebelumnya tiada bandar, khususnya di kawasan luar bandar, cth: Bandar baru Muazam ShahMenampung perumahan, perdagangan, industri yang padat di bandar indukMempunyai pusatnya yang sendiri tanpa bergantung kpd bandar lain.

iii. Konurbasi bandar ( rebakan)Beberapa bandar kecil berhampiran bandar, berkembang dan bercantum menjadi sebuah bandar besar, cth: PJ dan KL.

iv. Bandar primatSebuah bandar yang besar di sebuah negara dan saiznya 4 – 5 kali ganda dari bandar kedua, cth Bangkok, Jakarta, Manila.

v. Bandar raya globalMempunyai ibu pejabat kedutaan, perdagangan dari negara luar, cth New York

c. Faktor Pembandaran:i. Tarikan ke bandar kerana fungsi perdagangan dan perniagaan – berkait

dengan eksploitasi sumber semula jadi.ii. Kemajuan industri dan kemudahan pengangkutan di bandar memesatkan

kadar urbanisasi. Peluang pekerjaan meningkatkan taraf hidup, mengurangkan pengangguran, pendapatan per kapita tinggi.

iii. Demografi - pertambahan penduduk secara semula jadi di bandar – peningkatan mutu kesihatan

iv. Sejarah – penjajahan dan kemasukan migran asing mempercepat eksploitasi sumber, menjadikan bandar sbg pusat pengurusannya dan petempatan terus berkembang

v. Politik – dasar dan rancangan kerajaan membangunkan wilayah tertentu cth: Jengka, Muazam Shah, Putrajaya utk mengatasi limpahan pembandaran di KL

vi. Kemudahan sosial – pengangkutan, pendidikan tinggi, kesihatan. Cth: Uni. Utara Malaysia, Sintok

vii. Tapak yang StrategikPelabuhan cth PP. Pinang, persinggahan atau stesen cth Gemas

viii. Tarikan fizikal – memilik tarikan semula jadi yang menarik menjadi pusatpelancongan, cth Port Dickson, Genting Highlands.

3.2.2 Peranan Bandar Dalam Pembangunan:a. Pemasaran – berkaitan jual beli, cth Langkawi,KLb. Pekerjaan – permintaan tinggi utk barangan kilang dan perkhidmatan

memerlukan lebih tenaga kerjac. Pemodenan – inovasi dilakukan untuk meningkatkan persaingan produkd. Kemudahan perkhidmatan – bergantung kpd kemudahan dan kecekapan

perkhidmatan

NSNJ 2009© KHS Terbilang 2010

Page 4: Modul P&P Geografi STPM Tema 3 -Transformasi Desa Dan Pembandaran Edited

Modul P&P 942/2 Tema 3: Transformasi Desa dan Pembandaran

e. Pembentukan golongan menengah – pendapatan per kapita meningkat f. Pembauran inovasi = percampuran sesuatu yang baru diperkenalkan, ICT lebih

dahulu berkembang di bandar besar

3.2.3 Kesan Transformasi Desa dan Pembandaran terhadap Penduduk dan Alam Sekitar:a. Kesan terhadap penduduk dan ekonomi:

i. Kepadatan penduduk Penduduk desa berkurangan (migrasi desa – bandar), penduduk bandar

bertambahii. Perubahan pekerjaan – drp sosioekonomi antara pertanian kpd

perkhidmatan dan perindustrianiii. Peningkatan taraf hidup – perubahan pekerjaan, peningkatan produktiviti

& pendapatan, mewah & selesaiv. Perumahan – tidak mencukupi, setingganv. Kemiskinan bandar – ramai menganggur, terlibat dlm aktiviti informal

(menjaja)vi. Migrasi desa – bandar – faktor penolak & penarikvii. Kesesakan lalu lintas – ramai penduduk, pertambahan kenderaanviii. Masalah sosial – peningkatan kejadian jenayah dan keruntuhan moral.

b. Kesan terhadap Alam Sekitar:i. Kemerosotan kualiti alam

Peningkatan suhu setempat Hakisan, tanah runtuh, tanah tandus Banjir dan banjir kilat Ancaman kepupusan kepelbagaian biologi, kemusnahan habitat dan

rantaian makananii. Pencemaran alam sekitar

Udara Air Tanih Bau Bunyi Sampah sarap Sisa toksik dan berbahaya

3.2.4 Kemahiran amali:a. Membina jadual, graf bar, peta bulatan berkadar berdasarkan data pertambahan

penduduk atau data jumlah penduduk bandar dengan luar bandar

3.3 Kajian luar berdasarkan:i. Kepelbagaian fungsi bandar ATAUii. Aktiviti ekonomi desa

NSNJ 2009© KHS Terbilang 2010

Page 5: Modul P&P Geografi STPM Tema 3 -Transformasi Desa Dan Pembandaran Edited

Modul P&P 942/2 Tema 3: Transformasi Desa dan Pembandaran

NSNJ 2009© KHS Terbilang 2010