97
i Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM PELANCONGAN PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH VOKASIONAL Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan

Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

i

Modul Pembelajaran PLCV2033

PENTAKSIRAN DALAM PELANCONGAN

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH

VOKASIONAL

Institut Pendidikan Guru Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1,

63000 Cyberjaya,

Selangor Darul Ehsan

Page 2: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

ii

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH MENENGAH. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.

Page 3: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

iii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Mac 2017

Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 4: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

iv

Notis Hak Cipta ii

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru

iii iii

Kandungan iv

Panduan Pelajar v – vi

Ikon Modul vii

Agihan Tajuk RMK viiii – x

Tajuk Pembelajaran

UNIT 1 - Konsep Pentaksiran Dalam Bidang Pelancongan

1 – 16

UNIT 2 - Kaedah dan Jenis Instrumen Pentaksiran

Pelancongan

17 – 29

UNIT 3 - Rekabentuk, Pembinaan dan Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan

30 – 42

UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 – 59

UNIT 5 - Laporan Pencapaian Pelajar 60 – 80

UNIT 6 - Trenda Dan Isu Dalam Pentaksiran Pelancongan

81 – 85

Rujukan 86

Panel Penulis Modul 87

KANDUNGAN MUKA SURAT

Page 5: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

v

PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan

pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada

pelajar untuk mendapatkan maklumat dan gaya pembelajaran terkini.

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri membolehkan pelajar membuat keputusan tentang

pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri lebih berkesan jika

pelajar dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar

mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.

SASARAN KURSUS

Pelajar Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Voksaional yang mendaftar dengan

Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidkan Malaysia (IPG KPM).

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam

pembelajaran bagi setiap jam kredit. Bagi kursus PDPLI SM yang dilaksanakan dalam

mod Kursus Dalam Cuti (KDC), diperuntukkan 60% daripada Jumlah Pembelajaran

Pelajar adalah bersemuka manakala 40% adalah Jumlah Pembelajaran Pelajar

pembelajaran kendiri.

Page 6: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

vi

SUSUNAN UNIT MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang

konsisten:

1. Hasil Pembelajaran Unit

2. Sinopsis

3. Penyelidikan

4. Pengalaman

5. Refleksi

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email jika

terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar

pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh

dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila pelajar mendaftar. Peperiksaan bertulis

ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi interaksi bersemuka dan modul.

Page 7: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

vii

IKON

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

REFLEKSI

PENYELIDIKAN

AKTIVITI

PENGALAMAN

RUJUKAN

Page 8: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

viii

Nama Kursus : PENTAKSIRAN DALAM PELANCONGAN

Kod : PLCV2033 Kandungan modul ini dibahagi kepada enam tajuk. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk pembelajaran melalui modul dan interaksi bersemuka.

TAJUK / TOPIK

JUMLAH JAM PEMBELAJARAN

(45 Jam) (21K + 24T)

MODUL (18 jam) (8K+10T)

BERSEMUKA (27 Jam)

CATATAN

1. Konsep Pentaksiran

Dalam Bidang Pelancongan

Tujuan pentaksiran dan penilaian

- kognitif, psikomotor dan afektif

Ciri-ciri pentaksiran - holistik, berterusan,

fleksibel, merujuk standard prestasi

Prosedur pentaksiran

Jenis Pentaksiran - Formatif - Sumatif - Psikometrik

Pentaksiran Berasaskan OBE

4 jam (3 K + 1T)

2 jam

(1K + 1T)

2 Jam (2K )

Perlu dibaca sebelum interaksi

bersemuka

2. Kaedah dan Jenis Instrumen Pentaksiran Pelancongan

Kaedah pentaksiran berasaskan Kompetensi

- Penilaian bertulis

o Ujian Objektif o Ujian Subjektif

- Penilaian pemerhatian

o Senarai semak o Rekod Skala

Kadar

11 jam (6 K + 5T)

4 jam (2K + 2T)

7 jam (4K + 3T)

Perlu dibaca sebelum interaksi

bersemuka

AGIHAN TAJUK

Page 9: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

ix

o Carta

Penyertaan o Jurnal o Rekod Anekdot

- Penilaian prestasi o Komponen

prestasi (pengetahuan, psikomotor, afektif)

o Fokus pentaksiran (produk, proses, produk dan proses)

o Arahan Pelaksanaan Amali

o Kertas Soalan Amali

o Kertas Kerja (Worksheet)

- Penilaian atas talian

3. Reka bentuk, Pembinaan dan Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan

Konsep item - Keperluan - Prinsip - Kemahiran Berfikir

Aras Tinggi (KBAT)

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

- Teori - Amali

Membina soalan berasaskan kompetensi

- Penilaian bertulis - Penilaian pemerhatian - Penilaian amali

15 jam (6K + 9T)

4 Jam (2K + 2T)

11 jam (4K + 7T)

Perlu dibaca sebelum interaksi

bersemuka

Penskoran dan kriteria pentaksiran - Holistik - Analitik - Umum - Spesifik - Penilaian amali o Perkara kritikal o Proses kerja o Hasil kerja o Sikap

(keselamatan/pers

Page 10: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

x

ekitaran)

Pentadbiran pentaksiran - Bertulis - Pemerhatian - Amali

4. Penilaian Kualiti Item

Indeks kesukaran

Indeks diskriminasi

Analisis pengganggu

6 jam (2K + 4T)

3 Jam (1K + 2T)

3 jam (1K + 2T)

Perlu dibaca sebelum interaksi

bersemuka

(AGI)

5. Laporan Pencapaian

Pelajar ● Merumus, menganalisis

dan mentafsir data dengan menggunakan perisian

● Penggredan

● Persembahan Laporan Pentaksiran

6 jam (2K + 4T)

4 Jam (1K + 2T)

3 Jam ( 1K+2T)

Perlu dibaca sebelum interaksi

bersemuka

6. Trenda dan Isu dalam Pentaksiran Pelancongan

Penilaian Kerja Kumpulan

Teknologi dalam pentaksiran

Penggunaan aplikasi web sebagai alat pentaksiran

Persediaan aspek keselamatan, integriti dan kebolehgunaan aplikasi web

3 Jam (2 K + 1T)

2 jam (1K + 1T)

3 jam (1K )

Perlu dibaca sebelum interaksi

bersemuka

Catatan: Interaksi bersemuka – dapatkan maklumat daripada pensyarah anda

Page 11: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

1

Pada akhir unit pelajar dapat :

1. Menerangkan konsep pentaksiran dalam Pelancongan

2. Menerangkan tujuan pentaksiran dan Penilaian

3. Menyatakan ciri-ciri pentaksiran

4. Menerangkan prosedur pentaksiran

Sinopsis

Unit ini akan menghuraikan konsep pentaksiran dalam bidang Pelancongan yang

merangkumi tujuan pentaksiran, ciri-ciri pentaksiran dan prosedur pentaksiran..

Kandungan Isi

UNIT 1 Konsep Pentaksiran Dalam Bidang Pelancongan

Konsep Pentaksiran

Tujuan Pentaksiran &

Penilaian

Pentaksiran Berasaskan

OBE

Jenis Pentaksiran

Ciri-Ciri Pentaksiran

Prosedur Pentaksiran

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

Page 12: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

2

1.0 Konsep pentaksiran dan penilaian

Rajah 1.1

1.0.1 Definisi dan konsep pentaksiran.

Definisi Pentaksiran

Proses mendapatkan maklumat dengan menggunakan pelpagai kaedah dan

pendekatan sama ada formatif atau sumatif 'formal atau informal' dalaman atau

luaran bagi mendapatkan evidens yang boleh dipertimbangkan dan seterusnya

membuat penilaian tentang sesuatu produk pendidikan.

Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi KPM 2013.

Cuba anda perhatikan Rajah 1.1 di bawah. Apakah jenis penilaian yang anda gunakan bagi menilai gambar-gambar tersebut ?

Page 13: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

3

Proses yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi

skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi

tujuan tertentu

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000)

1.0.2 Konsep Pentaksiran

Rajah 1.2

Dalam Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. (Akta 550) menjelaskan pentaksiran

adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan

murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian

daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara

berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal.

Kesimpulan pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi

pelajar bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka.

Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang

berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke

Pengujian

Pengukuran

Penilaian Pentaksiran

Page 14: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

4

tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Konsep pentaksiran boleh ditafsirkan sebagai;

satu langkah untuk menentukan sejauh mana seseorang mempunyai sifat

tertentu yakni tahap keupayaan, status dan nilai. Proses menilai dilakukan

secara kuantitatif merangkumi skala ordinal dan skala slang

bertujuan menentukan kedudukan dan pencapaian pelajar.

Sehubunagn dengan itu perlu melakukan proses mengumpul maklumat

menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan

membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat.

Popham(2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran

digunakan silih berganti dandianggap sebagai sinonim.

1.0.3 Pengujian

Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik untuk mengukur

perubahan sebahagian daripada semua aspek tingkah laku seseorang

individu terhadap pembelajarannya.

Bertujuan untuk menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam

sesuatu pembelajaran dan berguna dalam usaha menempatkan murid dalam

kumpulan belajar yang sesuai. Pengujian dapat dilaksanakan dengan cara

mengadakan pemerhatian, ujian bertulis atau ujian lisan.

Pengujian biasanya dilaksanakan selepas satu atau beberapa pelajaran

diajar.

1.0.4 Pengukuran

Suatu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif bagi menentukan peringkat

pencapaian dan kedudukan pelajar dalam pembelajaran.

Bertujuan untuk membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan antara

pelajar dalam menguasai pembelajaran.

Hasil pengukuran amat berguna untk pengelasan, pensijilan dan

penempatan pelajar dalam jurusan atau bidang yang sesuai.

Page 15: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

5

Dilakukan setelah ujian bertulis dimulai dengan pengiraan markah. Biasanya

pengukuran diadakan selepas beberapa pelajaran dilaksanakan.

1.0.5 Penilaian

Proses memperoleh maklumat dan menggunakannya untuk membuat

keputusan.

Bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian pelajar, objektif

pembelajaran, kaedah mengajar, dan pelaksanaan kurikulum.

Berguna untuk membaiki rancangan mengajar, kurikulum pengesanan punca

kelemahan, dan membuat ramalan.

Dibuat berdasarkan jadual atau gred yang dihasilkan melalui pengiraan

perangkaan (statistisk).

Boleh dilakukan sebelum, semasa dan selepas satu atau beberapa pelajaran.

Penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisaan,

dan penyimpulan.

1.0.6 Hubungan antara pentaksiran dan penilaian

Dari beberapa definisi pentaksiran dan definisi penilaian, kita boleh rumuskan

bahawa untuk melaksanakan pentaksiran, kita memerlukan aktiviti yang dapat

membantu mengkategorikan perubahan tingkah laku yang kita harapkan – itulah

dia penilaian.

Perkaitan antara penilaian dan pentaksiran boleh dilihat melalui petikan

gambarajah yang dibina oleh Banks (2005).

Rajah 1.4: Perkaitan pentaksiran dengan penilaian

Pentaksiran

Penilaian Pentaksiran tidak formal

Page 16: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

6

Daripada penjelasan diatas dapat dirumuskan bahawa pentaksiran merupakan

satu aktiviti yang sangat penting dalam proses PdP yang merangkumi aktiviti

penilaian. Penilaian perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum aktiviti pentaksiran..

Mengapa perlu kita berbuat demikian?

1.1 Tujuan Pentaksiran & Penilaian

Pentaksiran dan penilaian dilakukan bagi melihat pencapaian seseorang pelajar

menguasai hasil pelajaran yang ditentukan dari aspek domain kognitif,

psokomotor dan afektif.

Kognitif:

Penguasaan enam peringkat dalam domain kognitif bermula daripada ingat

kembali fakta, iaitu aras paling rendah melalui peringkat mental yang lebih

kompleks dan abstrak hingga aras paling tinggi yang didefinsikan sebagai aras

penilaian dan mencipta. Ia berkaitan dengan kemampuan berfikir menggunakan

otak samaada berfikir aras rendah atau aras tinggi. Contohnya kemampuan atau

kemahiran mengingat, memahami, mengaplikasikan, menganalisis, menilai dan

mencipta.

Psikomotor

Domain yang berkaitan dengan kemahiran atau kemampuan bertindak setelah

menerima pengalaman pembelajaran. Ia berkait dengan aktiviti fizikal seperti

membina, melakar, memotong, memasang dan sebagainya. Hasil pembelajaran

AKTIVITI 1

Page 17: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

7

yang hendak dicapai berdasarkam kemahiran manupulasi penglibatan diri

dengan kekuatan fizikal.

Afektif

Penguasaan yang merujuk kepada sikap atau sasiah seseorang pelajar.

Domain yang berkaitan dengan sikap, tabiat atau kemahiran insaniah (soft skill)

setelah menerima pengalaman pembelajaran. Ia berkait dengan aktiviti dalaman

seperti bekerjasama, hormat menghormati, mematuhi peraturan, mengamalkan

langkah-langkah dan sebagainya. Hasil pembelajaran yang hendak dicapai

berdasarkan domain afektif atau kemahiran insaniah.

Antara lain tujuan pentaksiran ialah;:

a) Pelaporan pencapaian

memberi maklumbalas kepada guru dan pelajar. Guru dapat tahu

setakat mana objektif pelajaran telah dicapai.

Guru dapat menentukan kemajuan dan prestasi pelajar dalam

pembelajaran.

Guru membuat penilaian tentang pengajarannyya. Ia bertujuan

membantu guru membaiki pengajarannya.

Pelajar mendapat tahu tentang kekuatan dan kelemahan mereka.

Maklumat balik ini menentukan pelajar yang memerlukan pendidikan

pemulihan.

menggerakkan/memotivasikan pelajar untuk belajar bersungguh-

sungguh supaya dapat lulus.

Pentaksiran diguna untuk mengesan punca kelemahan. Ujian bersifat

diagnostik dalam bilik darjah dapat mengesan punca kelemahan

pelajar.

Maklumat pentaksiran ini dapat menolong guru menyediakan

rancangan pemulihan bagi pelajar yang memerlukannya.

Page 18: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

8

b) Pemilihan / Penempatan

Keputusan daripada ujian atau peperiksaan digunakan sebagai asas

untuk memilih dan menempatkan pelajar dalam satu-satu kursus yang

sesuai.

Ujian yang khusus seperti ujian kesediaan membaca boleh digunakan

untuk mengelaskan pelajar dalam kumpulan kecil yang sesuai.

c) Keputusan dan Bimbingan

Pelajar anda perlu dibimbing dalam peluang bidang yang diminati

seperti Vokesyenal, sains, agama atau lain-lain.

Ujian tentang aptitud dan pencapaian; inventori minat dan personaliti,

akan membantu dalam menyediakan maklumat yang berguna tentang

ciri-ciri signifikan yang dimiliki mereka.

Ini akan membantu mereka memperkembangkan konsep kendiri yang

realistik.

d) Keputusan Penyelidikan

sebagai langkah awalan sebelum membuat keputusan.

Biasanya penyelidikan tidak dituju kepada penentuan keputusan yang

spesifik tetapi lebih kepada memberi gambaran yang luas untuk

keputusan-keputusan masa depan.

e) Lain-Lain Tujuan

Pentaksiran berbentuk soalan dan pemerhatian penting untuk

menentukan kesediaan pelajar untuk mempelajari kemahiran baharu.

Ini berlaku sebelum guru mula sesi pengajaran dan pembelajaran.

Hasil pentaksiran akan memberi input kepada guru tentang

keberkesanan pengajarannya. Melalui maklum balas pelajar, guru

boleh menilai sama ada pengajarannya berkesan atau sebaliknya.

Page 19: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

9

Dalam pentaksiran berasaskan kompetensi, proses dilakukan dengan

mendapatkan evidens dan seterusnya membuat penghakiman tentang tahap

kompetensi pelajar dalam melakukan sesuatu tugasan berdasarkan sesuatu

standar yang telah dikenalpasti.

Sehubungan dengan itu untuk mencapai kompeten, seseorang pelajar perlu

mencapai standard tugasan yang mengintergrasikan pengetahuan (kognitif),

kemahiran (psikomotor) dan sikap (afektif). Kompetensi merupakan sesuatu

yang boleh diperhatikan dan diukur aratu ditaksir.

Evidens ialah sebarang bentuk respons daripada pelajar samada pengetahuan,

proses dan produk, sama ada dalam bentuk penulisan, artifak atau lisan yang

boleh dijadikan bukti yang menunjukan pelajar telah kompeten dalam sesuatu

tugasan.

Manakala standard merupakan tahap kualiti dan kuantiti kerja minimum yang

telah dikenal pasti dan ditetapkan serta perlu dicapai oleh pelajar bagi

menunjukkan kompetensi.

New Zealand Qualification Authority (NZQA) menyatakan pentaksiran

kompetensi bertujuan untuk menguji “... the ablity to apply a particular

knowledge, skill, attitudes and values to performance standard required in

spesific context”..

1.2. Ciri-Ciri Pentaksiran

Ciri-ciri pentaksiran yang baik hendaklah mempunyai; i. Kesahan (Validity)

ii. Kebolehpercayaan (Reliability)

iii. Keobjektifan

iv. Kemudahtadbiran

Page 20: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

10

v. Kemudahtafsiran

1.2.1 Kesahan

Kesahan adalah ujian relevan yang menguji apa yang hendak diuji. Soalan

seimbang dari segi bilangan berdasarkan tajuk dan sub tajuk kandungan yang

diajar.

Rajah 1.5 : Ciri-Ciri Kesahan

1.2.2 Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan ialah sejauh mana sesuatu ujian itu dapat mengukur dengan

tepat apa yang hendak diukur. Ujian yang mengukur skor yang tekal mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi atau sebaliknya.

Secara ringkas, kebolehpercayaan ujian dirujuk kepada ketekalan prestasi

pelajar dalam dua ujian yang sama yang ditadbir pada masa yang berlainan.

Sebagai contoh, seorang calon memperoleh 80 markah untuk ujian Kertas

Pelancongan dan kemudian memperoleh markah yang sama apabila ujian yang

sama ditadbirkan selepas seminggu. Dalam kes ini, ujian dikatakan mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi.

KESAHAN

Keasahan Konstruk

Keasahan Ramalan

Keasahan Serentak

Keasahan

Kandungan

Page 21: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

11

Secara umumnya, empat cara untuk menentukan kebolehpercayaan iaitu:

Uji- Ulang uji (test-retest)

Cara bentuk setara (equivalent forms method)

Cara bahagi dua (split half)

Cara Kuder-Richardson

1.2.3 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan

Antara faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan termasuk yang

berikut:

(a) Panjang ujian.

Semakin panjang ujian semakin boleh dipercayai ujian tersebut. Ini

bermaksud lebih banyak bilangan itemnya, lebih tinggi

kebolehpercayaannya. Ujian yang lebih panjang akan membekalkan satu

sampel soalan yang mencukupi tentang tingkah laku yang diukur, dan

skor adalah sesuai dan kurang diseleweng oleh faktor-faktor peluang

seperti meneka.

(b) Pentadbiran dan Format Ujian

Format ujian juga mempengaruhi kesukaran sesuatu item itu dan

seterusnya kebolehpercayaan ujian. Item yang sukar atau terlalu sukar

akan membawa kepada kebolehpercayaan yang rendah. Selain itu,

arahan yang jelas, mudah difahami dan penyusunan mengikut kesukaran

item boleh memberi kesan kepada kebolehpercayaan ujian. Juga, ujian

hendaklah ditadbirkan dalam suasana yang sesuai:-

Mengikut masa yang ditetapkan

Bebas daripada gangguan/ bising

Langkah-langkah untuk mengelakkan penipuan

Had masa hendaklah memadai untuk mengelakkan daripada

kelajuan dijadikan sebagai satu faktor pengujian

Page 22: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

12

1.2.4 Keobjektifan

Keobjektifan berlaku apabila markah yang diberi oleh pemeriksa-

pemeriksa tidak berbeza di antara satu dengan yang lain. Keobjektifan

tidak dipengaruhi oleh sentimen pemeriksa.

1.2.5 Kemudahtadbiran

Kebolehtadbiran merupakan kelicinan pelaksanaan ujian itu di dalam bilik

darjah, dibengkel atau di dewan peperiksaan. Ini bermakna ujian itu harus

dapat memenuhi syarat-syarat dan keperluan menguji. Dalam hal ini,

pentadbiran ujian itu tidak harus menimbulkan kesukaran kepada pelajar.

Kebolehtadbiran merangkumi aspek-aspek seperti penyediaan bilik

peperiksaan, pengedaran kertas soalan, memberi arahan, pengawasan,

pengutipan skrip-skrip jawapan serta pemarkahan. Tambahan pula,

arahan yang jelas dan mudah serta tempoh masa ujian perlu diberi

perhatian.

1.2.6 Kemudatafsiran

Ciri-ciri kemudahtafsiran sesuatu ujian merujuk kepada setakat mana hasil

pencapaian calon dapat ditafsirkan dengan jelas mengikut objektif

penilaian. Ini bermakna keputusan ujian itu haruslah mudah dikumpulkan

dan ditafsirkan supaya dapat memberi gambaran yang jelas serta tepat

bagi aspek-aspek berikut:

Pencapaian murid dalam kelas

Kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid

Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran

Kesesuaian strategi-strategi pengajaran dan bahan bantuan

mengajar yang digunakan

Kesesuaian aras kesukaran item ujian

Page 23: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

13

Secara ringkasnya, kemudahtafsiran bermaksud bahawa markah yang

diperolehi dapat ditukar kepada data statistik seperti min, sisihan piawai

dan skor piawai dengan mudah. Data yang ditafsir dengan betul dan

diaplikasikan secara berkesan akan menyumbang ke arah keputusan-

keputusan pendidikan dan tindakan selanjutnya.

1.2.7 Ciri-Ciri Pentaksiran Kompetensi

Pentaksiran kompetensi harus mempunyai ciri fleksibel, individusalised,

dan mempertingkatkan pembelajaran

Fleksibel:

Aspek fleksibel merujuk kepada waktu atau masa pentaksiran dilakukan.

Pelajar mempunyai kadar pembelajaran yang berbeza. Jika diberi masa

dan peluang , mereka berupaya mencapai tahap kompetensi yang

dikehendaki. Proses pentaksiran tidak tertakluk kepada jadual

peperiksaan yang rigid, tetapi dilakukan apabila pelajar sudah bersedia.

Pendekatan ini disebut sebagai pentaksiran atas permintaan (assessment

on demand).

Individualised

Fokus pentaksiran ini ialah individu dan bukan kumpulan. Ini boleh

dilakukan kerana pelajar dan pemeriksa jelas tentang tahap yang perlu

dicapai. Hasilnya, skor pencapaian penguasaan peribadi boleh diberi

tanpa membuat perbandingan dengan pelajar lain (skor yang berbentuk

absolute, bukan skor relative). Pendekatan in imerupakan pendekatan

yang berpusatkan pelajar.

Mempertingkatkan pembelajaran

Menerusi pentaksiran merujuk kriteria (Criterion-referenced Assessment)

yang digunakan dalam pentaksiran kompetensi, prestasi pelajar

Page 24: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

14

ditentukan dengan membandingkan evidens yang diperolehi dari pelajar

dengan pernyataan kriteria. In berbeza dengan pentaksiran merujuk

norma (Norm-referenced Assesment) yang mana prestasi pelajar

ditentukan berdasarkan kedudukannya dibandingkan dengan pelajar lain.

Dalam melaksanakan pentaksiran merujuk kriteria, semua kriteria dirumus

berdasarkan hasil pembelajaran atau objektif modul kursus tersebut.

Pernyataan kriteria yang mengandungi standard hendak dicapai perlulah

diketahui terlebih dahulu dan jelas kepada guru dan pelajar. Dengan cara

ini guru dan pelajar telah maklum mengenai evidens yang dihasratkan dan

bagaimana evidens ini diskor. Skor yang dihasilkan menunjukkan pelajar

atau calon telah mencapai hasil pelajaran. Melalui proses ini pelajar akan

mengetahui samaada telah kompeten atau sebaliknya. Bagi pelajar yang

belum mencapai hasil pelajaran atau kompeten, usaha boleh disusun oleh

pelajar dan guru untuk memastikan penguasaan pencapaian. Ia mampu

mempetingkatkan pembelajaran seseorang pelajar itu.

1.3 Prosedur pentaksiran

Prosedur pentaksiran mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran,

penganalisisan dan penyimpulan prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan

dalam lima peringkat yang dihuraikan secara ringkas seperti Rajah 1.6 di bawah.

Rajah 1.6: Prosedur pentaksiran

Peringkat Persediaan Ujian

Peringkat Pentadbiran Ujian

Peringkat Pemeriksaan dan Pengukuran

Peringkat Analisis Ukuran

Peringkat Interpretasi dan Tindakan Susulan

Page 25: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

15

1.3.1 Proses Pelaksanaan Pentaksiran

Antara proses pelaksanaan pentaksiran yang boleh dilakuan oleh guru ialah;

a. Merancang: sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah

merancang perkara-perkara berikut:

i. Mengenal pasti calon yang hendak dinilai.

ii. Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai.

iii. Menentukan instrumen yang hendak digunakan.

iv. Menentukan aspek yang hendak diperhatikan.

v. Menentukan tempoh masa pemerhatian.

vi. Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran.

b. Membina Instrumen: Instrumen yang dibina perlu mempunyai ciri-ciri

berikut:

i. Tujuan yang jelas.

ii. Menepati apa yang hendak dinilai.

iii. Item boleh diukur.

iv. Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja.

Dengan menggunakan peta pemikiran, jelaskan prosedur pentaksiran ujian amali

yang dilaksanakan di kolej anda.

AKTIVITI 2

Page 26: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

16

Pada akhir unit pelajar dapat :

1. Mejelaskan kaedah dan jenis instrumen dalam pentaksiran

2.. 2. Menghuraikan setiap jenis intrumen pentaksiran

Sinopsis

Unit ini menjelaskan tentang kaedah dan jenis instrumen dalam pentaksiran.

Kaedah pentaksiran ini akan menjurus kepada pentaksiran berasaskan kompetensi. Ia

merangkumi penilaian bertulis dan pemerhatian yang diaplikasikan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran berasaskan kompetensi.

Hasil Pembelajaran

Kandungan Isi

UNIT 2 Kaedah dan Jenis Instrumen Pentaksiran Pelancongan

Kaedah dan Jenis

Pentaksiran

Kaedah Pentaksiran

Berasaskan Kompetensi

Penilaian Atas Talian

Penilaian Prestasi

Penilaian Bertulis

Penilaian Pemerhatian

Page 27: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

17

2.0 KAEDAH PENTAKSIRAN

Pentaksiran boleh dibuat dengan beberapa kaedah, antaranya melalui;-

i. Pemerhatian - Dibuat apabila sukar hendak dikesan melalui kaedah lisan atau

melalui kerja bertulis para pelajar. Biasanya penilaian dibuat melalui sikap,

perlakuan, proses atau hasil kerja amali, lukisan, kraf tangan dan sebagainya.

ii. Lisan - Mengesan secara serta-merta tentang penguasaan pengetahuan,

kefahaman, konsep, kemahiran,perlakuan amalan dan sikap pelajar. Biasanya

penilaian jenis ini dilaksanakan melalui aktiviti sepertibersoal- jawab,

perbincangan, kuiz, hafazan, bercerita dan sebagainya

iii. Penulisan - Melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa hasil tugasan

daripada kerja bertulis para pelajarseperti lembaran kerja ujian bertulis, laporan

projek, karangan, taksir graf, peta, jadual atau carta. Setiap penilaian dan

pentaksiran hendaklah dikendalikan oleh guru untuk menilai sendiri pelajarnya

secara berterusan berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditentukan.

iv. Atas Talian - Proses penilaian secara atas talian bukan sahaja menjimatkan

kertas dan menyahut seruan kempen alam sekitar, malah memberi banyak

impak positif yang lain. Antaranya, proses penilaian boleh dilaksanakan

berulangkali menggunakan banyak set soalan untuk membantu membina

kefahaman pelajar. Ini turut membantu membentuk pelajar yang boleh belajar

secara kendiri.

2.1 Kaedah pentaksiran berasaskan kompetensi

Kemahiran generik yang disatukan dalam kemahiran-kemahiran khusus dan

spesifik yang diperlukan di tempat kerja. Kemahiran ini dijelmakan dalam

pendidikan berasaskan kompetensi berupaya menjadikan individu/pelajar itu

lebih ‘bernilai‘ semasa bekerja.

Page 28: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

18

Standard kompetensi yang ditetapkan dan perlu dicapai oleh individu/pelajar

ini adalah standard yang ditetapkan oleh industri berkenaan untuk

memenuhi keperluan kemahiran industri tertentu.

Pendekatan pendidikan berasaskan kompetensi adalah sangat berkesan

digunakan bagi pendidikan yang bermatlamatkan melahir dan melatih

individu/pelajar dalam aspek kognitif, kemahiran berkaitan pekerjaan (job

related skills) dan menguji aspek nilai dan sikap.

2.1.1 Penilaian bertulis

a. Ujian Objektif

Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu

jawapan yang betul atau paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item

jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz. Sesuatu

ujian itu dikatakan ujian objektif kerana pemeriksa yang berlainan akan memberi

markah yang sama apabila memeriksa kertas yang sama. Ujian objektif dibentuk

daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu

pemeriksa-pemeriksa berlainan memperoleh skor yang sama ketika memeriksa

tindakan balas yang serupa ( Gronland, 1977). Kenyataan ini menunjukkan

objektiviti sesuatu ujian itu merujuk kepada bagaimana skor diperoleh.

Item objektif boleh dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan cara tindakbalas

yang diberikan kepada pelajar iaitu:

i.. item respons bebas ( jenis sumbangan)

ii.. item respons tetap ( item objektif pilihan)

Page 29: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

19

b. Ujian Subjektif

Ujian subjektif terdiri dari item yang mempunyai jawapan tidak spesifik atau

jawapan terbuka, Ujian subjektif sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang lebih

tinggi dan membenarkan subjektiviti dalam jawapan yang diberikan.

2 .2 Penilaian pemerhatian

Kaedah pemerhatian ialah kaedah pengumpulan maklumat dan

kemudiannya dijadikan ukuran, secara memerhati dan merekod apa yang

dilakukan oleh calon. Kaedah ini mempunyai batasan tersendiri, seperti

pemerhatian memerlukan masa yang panjang atau pentafsiran mungkin tidak

tepat.

2.2.1 Jenis-jenis alat pemerhatian

a. Senarai semak

i) Senarai yang berguna untuk menilai prestasi diri, mengandungi ciri-

ciri atau aktiviti yang dikemukakan kepada individu yang dikaji.

Penilai perlu mengkaji kandungan pernyataan yang diberikan dan

membuat tanda yang bersesuaian bersebelahan dengan ciri-ciri

atau aktiviti yang berkaitandengan calon.

ii) Mengandungi senarai tingkah laku, trait atau ciri-ciri untuk ditanda

bagi menunjukkan sama ada sesuatu tingkah laku, trait atau ciri

dapat diperhatikan;

iii) Satu poin diberi untuk setiap perkara yang diperhatikan;

iv) Palilng sesuai digunakan untuk mengukur tingkah laku kompleks

yang dapat bahagikan kepada bahagian-bahagian yang lebih

spesifik; pengukuran yang dihasilkan mempunyai ciri skala ordinal.

Page 30: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

20

Contoh: Senarai Semak

Tingkah Laku Afektif Mengenai Prestasi Kerja

Nama Pelajar:……………………………… Tarikh:

………………………

Pemerhati:…………………………………..

Tingkah Laku Tanda “ √ ” Jika

Ada

Penuh semangat _________

Rela kerja dalam kumpulan _________

Sanggup bekerja tanpa penyeliaan _________

Boleh dipercayai _________

Siapkan kerja dengan cepat _________

Keinginan untuk memperbaiki kerja _________

Mengambil berat tentang keselamatan orang lain _________

2.2.2 Rekod Skala Kadar

i. Penilai perlu menentukan satu tahap berdasarkan satu

kontinum yang menunjukkan darjah perkadaran yang

diberikan, contoh skala kadar numerik.

ii. Mengandungi senarai tingkah laku, trait atau ciri-ciri untuk

dirakamkan penghakiman tentang setakat mana tingkah

laku, trait atau ciri bagi sesuatu objek tertentu dapat diperhatikan

iii. Membolehkan pemerhati menunjukkan perbezaan tentang

status atau kualiti sesuatu yang dinilai;

iv. Terdapat dua jenis skala kadar yang popular:

Page 31: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

21

a. Skala Kadar Numerik

Nombor-nombor yang diberi menunjukkan nilai-nilai sesuatu sifat. Huraian

diberi untuk menjelaskan pengertian nombor-nombor berkenaan;

Pemerhati menanda (pangkah atau bulatkan) salah satu daripada nombor

dalam skala untuk menunjukkan pemerhatiannya;

b. Skala Kadar Grafik

Satu garis ufuk mewakili kontinum (continuum) sifat bagi sesuatu objek

/operasi / hasil / projek yang diperhatikan; Pemerhati menanda pada garis

ufuk (kontinum) untuk menunjukkan penghakiman tentang kualiti sifat

yang diperhatikan.

2.3 Rekod anekdot

Penjelasan ringkas tetapi mencukupi tentang sesuatu peristiwa yang

signifikan. Termasuk tingkahlaku yang diperhatikan, latar di mana

tingkahlaku berlaku dan interpretasi tentang peristiwa.

Satu rekod tentang perlakuan yang dianggap penting. Pemerhatian penilai

mesti spesifik dalam merekodkan apa yang dilihat dengan tepat, elak

interpretasi atau asingkan interpretasi dalam catatan anekdot

2.3.1 Rekod anekdot (peristiwa)

Satu huraian terperinci mengenai satu kejadian atau peristiwa

spesifik dan penting berkaitan dengan tingkah laku seseorang

individu.

Peristiwa atau kejadian ini berlaku pada sesuatu situasi tertentu

Page 32: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

22

Contoh: Rekod anekdot

Nama Pelajar:…………….……… Tarikh: ……….…………

Nama Pemerhati:………….……. Masa: …………………..

Tempat Kejadian: ………….……

Huraian Kejadian:

Kamal adalah seorang murid lelaki yang baru dipindah ke kelas ini. Dia adalah

seorang budak yang badannya besar. Sebentar sebelum waktu rehat, dia berkelahi

dengan Ali mengenai soal siapa harus menjadi penjaga gol pasukan bola sepak kelas.

Dia menumbuk meja sambil menjerit. Dia menunjukkan penumbuknya kepada Sani

dan suruh dia diam. Beberapa minit kemudian, dia menolak Kkalid yang jatuh dan

menangis.

Maklumat Lain Yang Relevan :

Tafsiran / Komen Pemerhati:

Aktiviti 2

Bagaimanakah kaedah instrumen carta penyertaan dan jurnal dapat

dilaksanakan dalam penilaian kerja kursus Pelancongan?

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas.

Page 33: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

23

2.4 Jenis-Jenis Pentaksiran:

2.4.1 Performance Based

Definisi kepada Pentasiran Performaced Based ialah proses yang menggunakan

subjek penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Kaedah ini

mengkhendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna juga

menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya,

penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran

berfikir secara kritis). Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan

melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam

memperoleh kejayaaan pada masa hadapan. Merangsang pelajar menggunakan

kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia

sebenar.

a. Jenis- jenis Pentaksiran Performanced Based:

Portfolio (dapatan hasil kerja) Kaedah ini selalu digunakan untuk

menilai pencapaian individu murid dari semasa ke semasa. Ianya

juga suatu cara yang membolehkan penilaian terhadap murid

dibuat secara keseluruhannya.

Kaedah pentaksiran berpusat (simulasi berdasarkan situasi sebenar)

Pentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid dan

keberkesanan penyelesaian masalah dalam sesuatu situasi yang

diberikan

Mengukur berdasarkan keupayaan.Pentaksiran ini dapat dinilaikan

seperti bahan contoh daripada murid seperti :-

- Bahan penulisan

- Persembahan

- Gerak kerja projek

Page 34: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

24

2.4.2 Competency Base Tranning Analysis (CBTA)

Sistem Pendidikan konvensional yang sedang dilaksanakan selama ini adalah

berasaskan masa (time-based). Mata pelajaran dirangka mengikut jangkasama tertentu

supaya tamat pada akhir tahun. Guru perlu berada pada sesuatu tajuk dalam sukatan

pelajaran pada masa yang telah ditetapkan. Sistem pembelajaran konvensional

memerlukan semua pelajar bergerak pada tahap yang sama dengan guru. Keadaan ini

akan menyebabkan sebahagian pelajar tercicir jika mereka tidak berupaya mengejar

tahap pengajaran guru yang lebih menyebelahi pelajar cerdas dan berpencapaian tinggi

sahaja. Pendekatan konvensional menunjukkan kejayaan pada umumnya, terutama

untuk menguji aspek kognitif atau pengetahuan, tetapi kurang efektif jika matlamatnya

ialah untuk melatih individu dalam aspek kemahiran, terutama kemahiran berkaitan

pekerjaan atau untukmenguji sikap

CBTA adalah kaedah pembelajaran dan pentaksiran dimana pelajar boleh

menunjukkan tugas secara spesifik sebagaimana dikehendaki oleh industry, majikan,

organisasi dan individu. Pelajar yang kompeten ialah pelajar yang boleh menunjukkan

pengetahuan dan kemahirannya sendiri dan tidak bergantung kepada bantuan orang

lain untuk melakukannya. Kemahiran yang dipunyai oleh pelajar tersebut sangat

spesifik sifatnya dan mampu ditunjukkan secara satu persatu bagi setiap proses dan

akhirnya dibuktikan dengan bukti-bukti seperti eviden produk. Kompetensi

mengandungi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang konsisten bagi setiap

kemahiran, pengetahuan dan sikap yang merujuk kepada prestasi yang standard di

bidang pekerjaan. Seseorang pekerja membawa kompetensinya sendiri walaupun

dimana mereka bekerja dan biar apa pun yang mereka lakukan, kemahiran itu tetap

ada pada dirinya.

Pendekatan pembelajaran kontekstual amat sesuai digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran teknik dan vokasional. Wajaran tertentu diberikan dalam

pentaksiran berasaskan sekolah yang menjadi sebahagian dari sistem peperiksaan.

Pengetahuan yang dikaitkan dengan kemahiran di tempat kerja membolehkan individu

memahami dan melihat bagaimana pengetahuan berkenaan diaplikasikan. Ini

Page 35: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

25

bermakna kurikulum yang mengintergrasikan kompetensi perlu menyediakan objektif

pembelajaran yang dihasratkan dalam situasi sebenar. Objektif pembelajaran ini

kemudiannya dijelmakan menjadi hasil pembelajaran melalui kompetensi yang dicapai.

Oleh itu, organisasi perlu menyediakan individu dengan peluang-peluang untuk

mengaplikasi ilmu pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam konteks yang

sebenar .

Pada umumnya, sistem pendidikan selama ini yang menggunakan pendekatan

konvensional secara “time-based” telah menunjukkan kejayaan, terutama dalam

menguji pencapaian kognitif dan pengetahuan, namun pendekatan pendidikan

berasaskan kompetensi adalah sangat berkesan digunakan bagi pendidikan yang

bermatlamatkan kemahiran berkaitan pekerjaan disamping ianya menguji aspek nilai

dan sikap.

Tujuan

Kompetensi adalah satu konsep yang luas yang merangkumi keupayaan untuk

memindahkan kemahiran dan pengetahuan kepada situasi yang baru alam suasana

pekerjaan. Oleh itu, penilaian berasaskan kompetensi merupakan elemen yang sangat

penting dalam institusi yang menawarkan program pengajian teknik dan vokasional.

Program yang dijalankan adalah berteraskan Standard Kemahiran Pekerjaan

Kebangsaan (SPKP) atau National Occupation Skills Standard (NOSS) yang

menyampaikan latihan berasaskan kompetensi kemahiran ( competency based skill

training ) dan memfokuskan kepada latihan amali, projek serta simulasi

Kompetensi adalah keupayaan seseorang melakukan sesuatu pekerjaan atau

tugasan berdasarkan standard dan kriteria tertentu Kompetensi merupakan sesuatu

yang boleh diperhatikan (observable), diukur/ditaksir (measureable) dan boleh

dilaksana (pracctable) Pelajar mampu mencapai kompetensi jika diberi arahan,

bimbingan, tunjuk ajar, peluang dan masa yang sesua. Aspek individu dan

penggunaan kaedah yang lebih fleksibel diambil kira dalam melaksanakan pentaksiran

kompetensi

Page 36: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

26

Ciri-Ciri Dalam usaha untuk memeprkenalkan program pendidikan dan latihan berasaskan

kompetensi, beberapa ciri utama pendidikan dan latihan berasaskan kompetensi seperti

yang disarankan oleh Foyster (1990), Delker (1990) dan Norton (1987) perlu

dipertimbangkan iaitu:

i) Kompetensi dikenal pasti dan dipilih dengan teliti mengikut keperluan

industri Teori diintegrasikan dengan kemahiran.

ii) Pembelajaran pengetahuan disampaikan untuk menyokong pelaksanaan

dan pencapaian kemahiran

iii) Bahan pembelajaran disediakan dengan teliti untuk mencapai kompetensi

yang ditetapkan dan direkabentuk untuk memperoleh pengetahuan yang

menyokong kepada penghasilan

iv) kemahiran kaedah pembelajaran (instructional methodology) melibatkan

pembelajaran masteri (pengetahuan) dan kontekstual (kemahiran) dan

dijalankan sehingga seseorang individu/pelajar berkenaan menguasai

pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dan sewajarnya

v) Pentaksiran terhadap pencapaian pengetahuan dan kemahiran individu

dijalankan pada awal pembelajaran dan penguasaan pembelajaran dan

kemahiran terdahulu diambil kira bagi menyokong pembelajaran yang

sedang berjalan

vi) Pembelajaran mengikut kadar kebolehan individu/pelajar (self-paced)

vii) Pembelajaran dan latihan dijalankan dengan fleksibel melalui aktiviti

pembelajaran dalam kumpulan yang besar, kecil atau secara individu

viii) Bahan dan sumber pembelajaran sokongan mencukupi dan disediakan

untuk mencapai kompetensi Prestasi individu/pelajar ditentukan melalui

pencapaian kompetensi yang diperoleh dibandingkan dengan penyataan

criteria yang ditetapkan

ix) Pencapaian kompetensi dilaporkan berdasarkan kepada standad

kompetensi yang ditetapkan sama ada 'telah kompeten' atau 'belum

kompeten'

Page 37: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

27

x) Penamatan pembelajaran dan latihan yang memuaskan adalah

berdasarkan pencapaian semua kompetensi yang ditentukan melalui

eviden pentaksiran kompetensi yang dikumpul sepanjang proses

pendidikan dan latihan dijalankan.

Prinsip

Menurut Hackett (2001) yang menyatakan bahawa kompetensi mempunyai empat

prnsip. Prinsip pertama , kompetensi berbentuk dalaman dan luaran mengikut

keadaan dan personal. Kedua, kompetensi terhad kepada persepsi dan ciri individu.

Ketiga, pencapain kompetensi memerlukan kepelbagaian gaya pembelajaran dan

prinsip keempat, kompetensi adalah satu bentuk motivasi.

Kebaikan

1. Latihan vokasional lebih menyediakan pengalaman sebenar alam pekerjaan

2. Menyediakan individu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang

memenuhi kehendak industri

3. Kemahiran individu ditaksir dengan lebih spesifik

4. Individu menguasai kompetensi yang diperlukan untuk meningkatkan prestasi

kerjaya mereka

5. Dapat membina keyakinan apabila mereka mencapai masteri dalam kompetensi

spesifik

6. Individu menerima transkrip atau senarai kompetensi yang telah dikuasai

7. Masa latihan digunakan secara berkesan dan efektif kerana tenaga pengajar

bertindak sebagai fasilitator

Kelemahan

1. Lebih banyak masa digunakan untuk membantu individu atau kumpulan yang

kecil jika dibandingkan dengan memberi kuliah.

2. Lebih banyak masa latihan difokuskan untuk mentaksir keupayan setiap individu

melaksanakan kemahiran

Page 38: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

28

AKTIVITI 2

Berdasarkan satu tajuk dalam modul yang anda ajar menggunakan kaedah berasaskan kompetensi, latihan dan pentaksiran (CBTA), bincangkan bagaimana penilaian dilakukan dalam menentukan pelajar telah mencapai tahap standard kompeten.

Page 39: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

29

Pada akhir unit pelajar dapat :

1. Mejelaskan konsep item dalam Pelancongan

2.. 2. Membincangkan perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian

semasa mentadbir ujian

Hasil Pembelajaran

Sinopsis

Unit ini akan membincangkan konsep item dan pentadbiran pentaksiran bagi

bidang Pelancongan. Dalam mencapai perkara tersebut perbincangan akan

menfokus kepada kepada keperluan item, prinsisp item, kemahiran berfikir aras

tinggi (KBAT) dan juga tatacara pentadbiran pentaksiran dilaksanakan.

Kandungan Isi

UNIT 3 Rekabentuk, Pembinaan dan Pentadbiran Ujian dalam

Pelancongan

Rekabentuk, Pembinaan Dan Pentadbiran Ujjian dalam

Pelancongan

Konsep Item Jadual Spesifikasi Ujian

(JSU)

Pembinaan Soalan

Penskoran Dan Kriteria

Pentaksiran

Pentadbiran Ujian

- Keperluan - Prinsip - KBAT - Teori

- Amali

- Bertulis - Pemerhatian - Amali - Holistik

- Analitik - Umum - Spesifik - Amali

- Bertulis - Pemerhatian - Amali

Page 40: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

30

3.1 Konsep Item

Item boleh didefinasikan sebagai satu perkara atau alat, berserta cara pemberian

skornya, yang digunakan untuk mendapatkan eviden yang boleh

dipertimbangkan dalam pentaksiran sesuatu konstruk. (Soalan dan Skema

Pemarkahan)

Konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian adalah saling berkaitan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya bertujuan untuk meningkatkan

tahap keberkesanan dan kualiti sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

Item merangkumi soalan dan skema pemarkahan

3.1.1 Prinsip dan Ciri-Ciri Utama Pentaksiran

Untuk membina ujian yang baik, setiap guru harus memahami prinsip

pentaksiran dan ciri-ciri penting suatu ujian yang baik. Antara prinsip–prinsip

yang perlu diambil kira termasuk instrumen atau alat yang digunakan untuk

pentaksiran, kumpulan pelajar yang ditaksir, respons pelajar, kumpulan yang

menaksir serta skor yang diperolehi selepas pentaksiran.

Ciri ciri ujian yang baik termasuk: vi. Kesahan (Validity)

vii. Kebolehpercayaan (Reliability)

viii. Keobjektifan

ix. Kemudahtadbiran

x. Kemudahtafsiran

3.1.2 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Pentaksiran yang dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia memberi

penekanan kepada perkembangan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ini ialah keupayaan untuk mengaplikasikan

pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi

Page 41: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

31

dalam menyelesaikan msalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya

mencipta sesuatu. Bagi mencapai hasrat melatih pelajar-pelajar yang boleh dan

berupaya berfikir pada aras tinggi, maka pentaksiran juga perlu bersifat KBAT

agar pelajar-pelajar boleh berfikir pada aras yang lebih tinggi.

Kemahiran berfikir boleh ditafsirkan sebagai proses menggunakan minda untuk

mencari makna dan pemahaman sesuatu perkara, menerokai pelbagai

kemungkinan idea atau ciptaan, membuat keputusan, menyelesaikan masalah

dan akhirnya mampu membuat refleksi dan terhadap proses yang dialami.

Kemahiran berfikir terdiri dari dua peringkat iaitu kemahiran berfikr aras rendah

(KBAR) dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). KBAR sebagai kemahiran

asas yang perlu dikuasai oleh individu sebelum menguasi KBAT.

Berdasarkan hieraki Taksonomi Bloom (1956) yang disemak semula oleh

Anderson dan Krathwohl (2001), definasi KBAT KPM merujuk kepada peringkat

mengaplikasi, menganalisis, menilai, dan mencipta seperti yang ditunjukkan

pada 3.1 dibawah.

Rajah 3.1

Mengingat

Memahami

Mengaplikasi

Menganalisa

Menilai

Mencipta

Taksonomi Blooms- Anderson

KBAT

KBAR

Page 42: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

32

Tugasan atau item KBAT merupakan item-item yang mentaksir kemahiran kognitif

menganalisi, menilai dan mencipta. Walau bagaimanapun, tugasan atau item

KBAT juga boleh mentaksir kemahiran kognitif aplikasi dalam situasi baharu untuk

menyelesaikan masalah kehidupan harian. Item-item KBAT menguji keupayaan

pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan menilai dalam

membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat

keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Item KBAT merangkumi skop yang luas, kepelbagaian kaedah dan bahan

rangsangan serta mencabar minda tetapi boleh ditaksir. Hal ini kerana

pengetahuan asas yang dipelajari melalui pengalaman atau bacaan dijadikan

keperluan penting untuk merangsang pelajar berfikir ke aras yang lebih tinggi.

Respon pelajar adalah bebas, tidak spesifik, dan boleh merentas bidang yang

lain. Item KBAT menggalakkan pelajar memberi lebih daripada satu cara

penyelesaian danjawapanyang betul. Pelajar perlu menggunakan kemahiran

berfikir secara kritis dan kreatif semasa menjawab item KBAT.

a. Jelaskan maksud konsep item .

b. Bincangkan bagaimana bagaimana KBAT boleh diaplikasikan

dalam pentaksiran Amali.

3.2 Pentadbiran Petaksiran

Sesebuah organisasi pentadbiran atau pengurusan sangat penting dalam

membantu pengurusan sumber manusia bagi melaksanakan proses

pengeluaran dapat berjalan dengan baik. Pentadbiran boleh didefinasikan

Tutorial

Page 43: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

33

sebagai adalah satu corak tingkahlaku yang didapati didalam sesebuah

organisasi. Ia adalah proses mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial.

Ia adalah satu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal daya

usaha ahli-ahli organisasi dan penggunaan sumber-sumber lain bagi mencapai

satu-satu matlamat.

Pentadbiran pentaksiraan bertujuan memastikan keseragaman pelaksanaan

pentaksiran dapat dilakukan dalam memastikan tiada sebarang perbezaan skor

yang memungkinan Kemudahtadbiran dipertikaikan.

Prosedur pentaksiran boleh digunakan untuk menyeragamkan pentadbiran jika

pendidik tahu mengenainya dan mengunakannya sebelum, ketka dan selepasi

sahaja ujian ditadbir. Ini adalah untuk memastikan pentadbiran pentaksiran

berjalan lancar, mengurangkan kelewetan dan karenah dan memastikan

keadilan. Sesetengah aktiviti boleh dijalankan oleh seorang individu di sekolah,

daerah, negeri, bahagian atau kementerian. Yang lainnya memerlukan

kerjasama dan intergriti dari pentadbir, guru, murid dan ibu bapa.

Walaubagaimana pun di peringkat kementerian, antara agensi atau personal

yang terlibat secara langsung dalam mentadbir pentaksiran ialah Kementerian

(Lembaga Peperiksaan Malaysia), Bahagian-Bahagian dikementerian (BPTV),

JPN, PPD dan Kolej /Sekolah. Agensi-agensi ini mempunyai tugas pentadbiran

selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan. Semua personal yang terlibat

perlulah merujuk kepada buku panduan Pengurusan Pentaksiran.

Sebelum

Satu jawatankuasa pentaksiran perlu diujudkan yang bertanggungjawab

i. melaksanakan segala dasar yang perlu berhubung dengan segala aktiviti

pentaksiran dan penilaian;

ii. merancang, menyelaras, mengurus dan memantau pengurusan

pentaksiran pelajar, penyediaan instrumen penilaian, pelaksanaan

Page 44: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

34

peperiksaan, takwim atau jadual pelaksanan peperiksaan, pengurusan

keputusan dan pensijilan.

iii. menyediakan dan memastikan peraturan-peraturan pentaksiran dan

penilaian dipatuhi;

iv. melantik personal yang terlibat dalam proses pentaksiran seperti panel

penggubal item, pengawas peperiksaan, pemeriksan peperiksaan

(bertulis dan amali)

ii. Semasa

Aktiviti dimana pentaksiran dilaksanakan. Dalam memastikan perlaksanaan

pentaksiran berjalan lancar beberapa perkara perlu diambil perhatian, antaranya;

A. Arahan Ujian

Arahan ujian melibatkan dua aspek; pertama arahan ketua pengawas dan

kedua arahan dalam kertas soalan.

Contoh:

Arahan yang diberikan dalam kertas soalan:

Jawab semua soalan dalam bahagian A dan bahagian B dalam kertas

jawapan yang disediakan

Masa peperiksaan (2 jam 30 minit)

Sila tulis jawapan pada ruangan yang disediakan

Lain-lain arahan yang perlu

Arahan Ketua Pengawas:

Berikut beberapa arahan yang biasa diberi kepada calon;

i. Sebelum peperiksaan bermula.

Calon diarahkan untuk memasuki bilik/dewan peperiksaan dan duduk

dimeja yang telah ditetapkan. Calon diingatkan tidak melakukan

Page 45: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

35

sebarang salah laku peperiksaan seperti meniru jawapan atau

berbincang dengan calon lain. Seterusnya calon diarahkan untuk

mengisi maklumat pada kertas jawapan, seperti k/pengenalan dan

angka giliran. Kemudian ketua pengawas mengarahkan calon untuk

menyemak kertas soalan peperiksaan supaya tidak ada sebarang

kecacatan, seperti bilangan muka surat mencukupi, mendapat kertas

soalan peperiksaan yang sepatutnya dan percetakan yang jelas.

ii. Semasa mula menjawab soalan

Apabila tepat masa menjawab soalan, ketua pengawas akan

memberikan arahan supaya calon mula menjawab dan memberi tahu

masa tamat menjawab soalan.

iii. Sebelum tamat masa menjawab

Lima belas minit sebelum masa menjawab tamat, ketua pengawas

perlu mengumumkan berapa lama masa yang masih ada untuk calon

menjawab soalan.

iv. Selepas tamat masa menjawab

Ketua pengawas mengarahkan semua calon berhenti menjawab soalan

dengan meletakkan pen atau pensel di atas meja, apabila masa

menjawab tamat.Ketua pengawas mengarahkan semua calon duduk

ditempat masing-masing sehingga semua kertas jawapan dikutip.

v. Bagi peperiksaan amali ketua pengawas boleh memberi arahan

tambahan seperti aspek keselamatan dan peraturan semasa

melakukan aktivit dibengkel.

Page 46: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

36

B. Suasana di bilik peperiksaan / ujian amali

Menurut Abu Bakar (1996), calon yang lemah dan yang masih muda amat

memerlukan tempat yang selesa untuk memberi peluang menjawab dengan

sebaik-baiknya. Oleh itu guru perlu memberikan tempat peperiksaan yang

tidak menganggu tumpuan calon semasa menjawab. Ini termasuklah aspek

pencahayaan dan pengudaraan yang sesuai.

C. Jarak tempat duduk calon

. Kedudukan tempat duduk, meja atau ruang bekerja calon perlu mematuhi

peraturan-perauran yang disediakan. Ini bagi mengelakkan calon daripada

meniru jawapan calon lain. bagi ujian amali, ia memudahkan pergerakan

calon semasa melaksanakan ujian amali. Ruang yang cukup juga perlu

bagi membantu pergerakan pengawas peperiksaan.

iii. Selepas

Aktiviti selepas pentaksiran dilaksanakan. Antaranya;

i. Mengutip dan mengumpul skrip jawapan calon. Pastikan bilangan

mencukupi berdasarkan rekod kehadiran. Disusun mengikut

susunan angka giliran. Dimasukan kedalam sampul yang

mempunyai ciri-ciri piawai keselamatan yang ditetapkan.

ii. Pengawas akan menyerahkan kepada ketua pengawas untuk

disimpan didalam bilik kebal sebelum diserahkan kepada

pemeriksa skrip.

iii. Pemeriksaan kertas jawapan

iv. mengumumkan dan mengedarkan keputusan pentaksiran dan

penilaian

v. menyediakan laporan berkaitan dengan rayuan pelajar berhubung

dengan keputusan pentaksiran dan penilaian

Page 47: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

37

Pemeriksaan Kertas Jawapan

A. Skema Pemarkahan

Skema pemarkahan bagi sesuatu soalan perlu disediakan oleh guru

selaras dengan penyediaan soalan. Ini bagi membantu guru

mengenalpasti soalan yang tidak sesuai, soalan yang perlu diperbaiki atau

tidak dijadikan soalan peperiksaan. Ini kerana skor yang diperolehi oleh

calon adalah bergantung kepada prestasi/kualiti jawapan yang diberikan

bagi setiap soalan yang dijawab. Skor juga dipengaruhi oleh cara

pemarkahan oleh pemeriksa.

Penyediaan skema pemarkahan

i. Skema pemarkahan Holistik

Disediakan secara umum sebagai panduan untuk memberi

markah kepada jawapan pelajar.

Skema ini sesuai bagi pemarkahan soalan berbentuk esei yang

markahnya diberi berdasarkan impresi (impression).

memerlukan pemeriksa membaca terlebih dahulu jawapan

secara keseluruhan dan kemudian mengelas pencapaian

mengikut kelompok pencapaian sebelum menganggar markah

keseluruhan bagi sesuatu soalan.

Calon bebas memberikan jawapan, selagi tidak menyeleweng

daripada kehendak soalan.

Pemeriksaan secara holistik ini memerlukan pemeriksa yang

berpengalaman dan benar-benar menguasai mata pelajaran

berkenaan.

Page 48: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

38

Kelebihan

Pemeriksaan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat.

Kelemahan

Kurang objektif - untuk meningkatkan keobjektifannya dibuat

penyelarasan markah antara pemeriksa. Dalam mesyuarat ini

ketua pemeriksa akan memberikan panduan memeriksa

jawapan diikuti dengan perbincangan daripada pemeriksa.

ii. Skema Pemarkahan Analitik

Merujuk kepada pemarkahan jawapan berbentuk esei secara

lebih terperinci yang mana markah diberi berdasarkan kriteria

yang lebih terperinci.

Mengandungi nilai tara isi kandungan, pengelolaan dan proses

yang lebih khusus.

Lebih objektif berbanding dengan holistik. Ini kerana skema yang

lebih terperinci. Ini akan mengambil masa yang lama dalam

penandaan.

Langkah bagi meningkatkan keberkesanan pemeriksaan jawapan berbentuk

esei:

Tahap Langkah-langkah

1 Memahami kehendak soalan

2 Menyediakan skema pemarkahan

3 Mengadakan mesyuarat penyelarasan penggubalan soalan

4 Mengadakan mesyuarat penyelarasan pemeriksaan jawapan

5 Memeriksa beberapa skrip jawapan calon terlebih dahulu

6 Memeriksa jawapan sehingga selesai

7 Mengelak daripada mengenali nama calon

8 Memberikan ulasan pada kertas jawapan

Page 49: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

39

B. Penyelarasan Pemeriksaan Kertas Jawapan

Perlu dilakukan apabila melibatkan pemeriksa lebih daripada

seorang.calon. Penyelarasan dibuat sebelum pemeriksaan kertas jawapan

dimulakan. Pemeriksa terlebih dahulu hendaklah memeriksa beberapa

contoh jawapan dan membandingkannya dengan pemeriksaan yang dibuat

oleh ketua pemeriksa dan pemeriksa.

Tujuan penyelarasan adalah bagi mengurangkan perbezaan antara

pemeriksa. Setelah semua pemeriksa selesai menyemak kertas soalan

esei, ketua pemeriksa akan mengambil secara rawak beberapa kertas

jawapan yang telah disemak oleh pemeriksa-pemeriksa lain untuk

memastikan ketekalan dan keselarasan dalam pemberian markah.

C. Penyelarasan Markah Ujian

Dibuat apabila keputusan ujian yang diperolehi calon adalah diluar

jangkaan. Kadangkala markah dalam sesuatu ujian didapati terlalu ramai

pelajar yang mendapat markah terlalu rendah. Penyelarasan pemeriksaan

skrip ini diharap dapat membantu pemeriksa memberi markah yang lebih

adil kepada calon.

Langkah penyelarasan markah ujian

Sebagai contoh, dalam satu ujian Pelancongan, markah yang diperolehi

pelajar ialah antara 36 dan 78. Sebagai guru anda ingin membuat

pertimbangan agar ada calon yang mendapat markah A dalam ujian ini.

Untuk mendapat markah A calon perlu mendapat markah 80 dari 78.

Keputusan untuk memberi gred A kepada pelajar yang mendapat markah

78 terpulang kepada anda sebagai guru.Pertambahan 2 markah perlu bagi

membolehkan pelajar mendapat A. Dalam masa yang sama anda ingin

membantu pelajar pelajar yang mendapat markah 36 untuk mendapat gred

lulus 40.

Page 50: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

40

Formula pengiraannya ialah:

y = mx + c

Di mana y ialah markah baru, x ialah markah asal dan c ialah pemalar.

Nilai c dan m (kecerunan persamaan perubahan markah) diperolehi

Melalui formula:

m = (MA – ML)/ (MPA – MPL )

c = MA - m MPA

Di mana MA ialah markah minimum untuk gred A, ML ialah markah

minimum untuk gred lulus, MPA ialah markah minimum pelajar yang ingin

diberi gred A dan MPL ialah markah minimum pelajar yang ingin diberi gred

lulus.

Penyelarasan markah ini juga akan mengurangkan varians markah yang

diberikan kepada pelajar, iaitu ia dapat mengurangkan perbezaan/ variasi

keputusan ujian. Selagi nilai kecerunan persamaan perubahan markah

kurang daripada 1, varians markah baru akan lebih rendah daripada

varians markah asal. Misalnya jika nilai kecerunan persamaan perubahan

markah ialah 0.85, maka varians bagi markah baru akan menjadi

(0.85)x(0.85) = 0.7225 varians markah asas.

Peperiksaan di Kolej vokasional merangkumi peperiksaan bertulis dan juga

amali. Sebagai seorang pengajar anda perlu memahami bagaimana pentaksiran

ini ditadbirkan. Secara individu anda dikehendaki mendapatkan maklumat

berkaitan prosedur operasi piawai (SOP) peperiksaan amali di Kolej Vokasional

ditadbir. Maklumat perlu merangkumi proses sebelum, semasa dan selepas

pelaksanan juga bahagian, unit dan personel yang terlibat. Dapatan hendaklah di

naik muat dalam OLL.

AKTIVITI

Page 51: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

41

Rumusan

Pemarkahan dan penggredan merupakah aspek penting dalam pengujian dan

penilaian. Ia akan menjadi petunjuk terhadap pencapaian calon dalam mata

pelajaran tertentu. Kepentingannya melibatkan ibu bapa, matlamat suatu mata

pelajaran, kawalan aktiviti program dan pengiktirafan kepada calon. Justeru

aspek pentadbiran dan pelaksanaan perlu diberikan penekanan.

REFLEKSI

Page 52: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

42

Pada akhir unit pelajar dapat :

Hasil Pembelajaran Unit

1. Menilai soalan Pelancongan berdasarkan Indeks

Kesukaran

2. Menilai soalan Pelancongan berdasarkan Indeks

Diskriminasi

3. Membuat analisis pengganggu soalan Pelancongan

Sinopsis

Unit ini menekankan kefahaman kaedah menilai dan menganalisis item ujian. Ia

merangkumi indeks kesukaran, indeks diskriminasi dan analisis penggaggu.

Isi Kandungan

UNIT 4 PENILAIAN KUALITI ITEM

Penilaian Kualiti Item

Indeks Kesukaran

Analisis pengganggu

Indeks Diskriminasi

Page 53: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

43

Kualiti Item:

Kualiti item bermaksud item yang dibina memenuhi prinsip dan ciri-ciri item iaitu

mempunyai kesahan, kebolehpercayaan, keobjektfan, kemudahtadbiran dan

kemudahtafsiran. Ia Bebas daripada kesilapan yang menyebabkan ulangan kerja

(rework) atau daripada kegagalan output/hasilan, ketidakpuasan pelanggan, aduan

pelanggan dan lain-lain. Sehubungan dengan itu analisis item perlu dilakukan sebelum

ianya dilaksanakan.

Analisis Item Ujian

Analisis Item ialah satu proses menganalisis secara statistik tindak balas calon

terhadap setiap item dalam sesuatu ujian untuk membuat pertimbangan atau menilai

kualiti dan keberkesanan item-item tersebut. Ia memberi maklumat kepada kita

mengenai bagaimana sesuatu item itu akan berfungsi dalam ujian. Ia dilakukan dengan

membuat analisis terhadap aras kesukaran dan aras diskriminasi item tersebut.

Analisis Item Ujian Aras Kesukaran Item

Aras Diskriminasi Item

Jadual 4.1

4.1 Aras/indeks Kesukaran Item

Indeks kesukaran (IK) menunjukkan aras kesukaran sesuatu item, iaitu sama

ada sesuatu item itu mudah atau sukar dijawab. Pengukuran IK adalah

bertujuan;

mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru

mendapati item yang dibina tidak dapat dijawab oleh sebahagian besar

pelajar.

mengenal pasti dan melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-

bahagian kurikulum, iaitu sama ada pelajar dapat menguasai sesuatu

sukatan itu.

Page 54: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

44

memberi maklum balas kepada pelajar tentang kekuatan dan kelemahan

mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji.

Item boleh dianalisis, secara empirikal, berdasarkan jawapan yang diberi untuk

mengetahui kekuatan dan kelemahan item. Hasil item analisis boleh digunakan

untuk memperbaiki kualiti item berkenaan. Antara ciri dalam menentukan

menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah Indeks kesukaran (IK) item (item

difficulty index, p). Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item,

iaitu sama ada sesuatu item itu mudah dijawab atau susah dijawab.

Item Objektif

Bagi soalan berbentuk objektif, IK ini dikira dengan menggunakan nisbah pelajar

yang menjawab dengan betul daripada jumlah keseluruhan pelajar.

i. Nilai IK adalah berada dalam julat 0.00 hingga 1.00. Semakin tinggi

peratusan pelajar menjawab sesuatu item itu dengan betul, maka semakin

mudah item tersebut (Wood, 1960). Nilai dalam julat ini menunjukkan

tahap kesukaran item yang semakin berkurang dari nilai 0.0 hingga 1.0.

ii. Julat kesukaran item yang ideal, nilai IK berada dalam lingkungan 0.3

hingga 0.8. Jika nilai IK ialah kurang dari 0.3, maka ini bermakna item itu

merupakan item yang sangar sukar.

iii. Julat IK yang lebih dari 0.8 sehingga 1.00 pula merupakan item yang

mudah dan item ini perlu diubah agar tahap kesukarannya dapat

ditingkatkan.

Jadual 4.2 : Indeks Kesukaran

Indeks Kesukaran Pentafsiran Keputusan

IK < 0.3 Terlalu sukar Ubahsuai

0.3 ≤ IK≤ 0.08 Sederhana Terima

IK > 0.8 Terlalu mudah Ubahsuai

Page 55: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

45

Pengiraan bagaimana menganalisis nilai IK

Nilai Indeks Kesukaran (IK) = Bil. Calon jawab betul

Jumlah calon cuba

Jadual: 4.3

Contoh: contoh ringkasan bagi hasil analisis indeks kesukaran item objektif

Item Ujian 1 Pilihan

A B C* D

12 pelajar kumpulan Tinggi 1 0 11 0

12 pelajar kumpulan Rendah 4 2 6 0

T + R 24

Indeks Kesukaran (IK) 0.71

Tahap

kesukaran item

NILAI IK 0.0 0.50 1.00

Sukar Sederhana sukar Mudah

Rajah 4.1: Indeks kesukaran dan kesukaran item.

Page 56: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

46

* Kunci ialah: C

Jadual 4.3. merupakan contoh ringkasan bagi hasil analisis indeks kesukaran item

objektif . Analisis yang dapat dibuat berdasarkan jadual tersebut didapati bahawa item

dalam kategori sederhana iaitu dalam lingkungan indeks 0.3 ≤ IK ≤ 0.8. Maka

tindakannya, item ini diterima dan dikekalkan dalam bank soalan.

Item A mendapat respons betul oleh 50 daripada 80 orang pelajar, sementara Item

B mendapat respons betul oleh 20 daripada 40 orang pelajar. Analisis item mana

yang lebih sukar dan beri justifikasi anda?

Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, pembina soalan perlu diingatkan

bahawa soalan yang terlalu mudah/senang (p > 0.85) atau soalan yang terlalu sukar

(p < 0.15) tidak dapat memberikan maklumat psikometrik (ukuran psikologi) yang

bermakna. Ini adalah disebabkan soalan yang terlalu mudah akan dapat dijawab oleh

hampir semua pelajar, sementara soalan yang terlalu sukar tidak akan dapat dijawab

oleh hampir semua pelajar. Justeru, soalan-soalan tidak dapat membezakan pelajar

yang lebih rendah keupayaan dengan yang lebih tinggi keupayaan. Sebagai panduan,

aras kesukaran item boleh ditafsirkan mengikut nilai p seperti yang ditunjukkan dalam

Jadual 4.4

Nilai p Pengkelasan Item

0.00 – 0.20 terlalu sukar

0.21 – 0.40 sukar

0.41 – 0.60 sederhana senang

0.61 – 0.80 senang

0.81 – 1.00 terlalu senang

Jadual 4.4 : Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item

AKTIVITI 4.1

Page 57: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

47

Bagi ujian objektif, indeks kesukaran menggambarkan peratusan pelajar yang

menjawab sesuatu item dengan betul. Lebih tinggi peratusan pelajar menjawab

sesuatu item dengan betul, lebih mudahlah item tersebut (Wood, 1960). Item yang

dijawab dengan betul oleh 85% pelajar akan mempunyai nilai p = 0.85, manakala item

yang dijawab dengan betul oleh 50% pelajar akan mempunyai nilai p = 0.50.

Sebaliknya, indeks kesukaran item boleh memberi jangkaan peratus pelajar yang

dapat menjawab item tersebut dengan betul. Misalnya, jika indeks kesukaran bagi

sesuatu item ialah 0.65, ini bermakna 65% pelajar akan dapat menjawab item tersebut

dengan betul

Sebagai ingatan, nilai p merupakan nilai yang relatif kepada sesuatu kumpulan pelajar

yang mengambil ujian. Nilai ini boleh berubah mengikut keupayaan kumpulan pelajar

tersebut, dan seterusnya boleh berubah sekiranya kumpulan calon yang sama

menduduki ujian kali kedua. Sebagai contoh, item manakah lebih sukar antara

“Nyatakan Hukum Ohm?” dan “Nyatakan Hukum Kirchoff?”. Kita tidak boleh

menyatakan item mana yang lebih sukar selepas membaca soalan ini. Kita hanya

boleh menentukan kesukaran soalan ini selepas kita mentadbirkannya kepada

sekumpulan pelajar dan mengira nilai p bagi soalan ini.

Item Subjektif / Esei

Bagi item subjektif (esei); yang markahnya mengambil nilai 0, 1, 2, 3, …; indeks

kesukarannya boleh dikira sebagai nisbah markah purata (markah min) kepada

julat markah penuh seperti berikut (Nitko, 2004: 317):

Pelajar P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10 Jumlah

Markah 6.5 3.5 7.0 2.5 4.5 8.5 9.0 6.5 9.5 5.5 63.0

Jadual 4.5

Page 58: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

48

Sebagai contoh, suatu item ujian esei berjawapan pendek diberi markah

minimum 0 dan maksimum 10. Sepuluh (10) orang pelajar (P) telah

menjawab soalan ini dan mendapat markah seperti dalam jadual di

bawah. Jumlah markah bagi 10 orang pelajar ialah 63.0. Pengiran indeks

kesukaran item ialah seperti berikut:

Berbeza daripada indeks kesukaran item objektif, indeks kesukaran item

subjektif dapat menggambarkan markah purata bagi sesuatu item dalam

peratus. Contohnya, markah purata 6.3 (daripada 10) ialah 63% (iaitu

sama dengan indeks kesukaran didarabkan dengan 100).

Seterusnya, indeks kesukaran item yang dapat menghasilkan indeks

diskriminasi item (akan dibincangkan kemudian) yang maksimum ialah

antara 0.50 hingga 0.85, bergantung kepada format item. Indeks

kesukaran tersebut ialah 0.50 bagi item berjawapan pendek/melengkap,

0.70 bagi item objektif lima-opsyen, 0.74 bagi item objektif empat-opsyen,

0.77 bagi item objektif tiga-opsyen, dan 0.85 bagi item objektif dua-opsyen

(betul/salah) [Lord (1952) dalam Mehrens & Lehmann (1991)]. Selain itu,

Nitko (2004: 323) menyatakan indeks kesukaran bagi item- item ujian

yang mengukur satu jenis keupayaan (contohnya, membaca) haruslah

antara 0.16 dan 0.84 (iaitu ada item-item mudah, sederhana sukar dan

sukar); sementara bagi item-item ujian yang mengukur dua jenis

keupayaan (contohnya, membaca dan menulis) haruslah mempunyai

indeks kesukaran item antara 0.40 hingga 0.60 (item-item sederhana

sukar).

Page 59: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

49

Satu item subjektif diberi markah satu dan maksimum

lima. Markah lima orang pelajar ialah 3,2,4,2,5. Kira indeks

kesukaran item ini. Adakah ia mudah atau susah?

Selain menjadi panduan semasa membina item supaya indeks

diskriminasi menjadi maksimum, indek kesukaran juga boleh digunakan

untuk tujuan-tujuan seperti dalam Jadual 4.6

Prinsip Penerangan

1 Mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati soalan-soalan berkenaan tidak dapat dijawab oleh sebahagian besar pelajar (soalan sukar)

2 Mengenal pasti dan melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum, iaitu yang boleh dikuasai pelajar dan yang tidak boleh dikuasai pelajar

3 Memberi maklum balas kepada pelajar tentang kekuatan dan kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji

4 Mengenal pasti soalan yang biasa kepada sesuatu kandungan (content bias), seperti kandungan yang ditekankan semasa pengajaran (misalnya, diberi latih tubi/ulangan)

Jadual 4.6: Tujuan Indeks Kesukaran

4.2 Indeks Diskriminasi (I.D)

Indeks Diskriminasi (ID) digunakan untuk membezakan pencapaian antara

pelajar kumpulan tinggi dan pelajar kumpulan rendah.

Item yang baik akan dapat membezakan atau mendiskriminasikan antara

pelajar yang berkeupayaan rendah dan yang berkeupayaan tinggi.

Julat ID boleh berada dalam lingkungan -1.00 hingga 1.00.

AKTIVITI 4.2

Page 60: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

50

Diskriminasi yang positif menunjukkan bahawa item tersebut boleh dijawab

oleh ramai pelajar kumpulan tinggi tetapi ramai pelajar kumpulan rendah yang

tidak dapat menjawabnya dengan betul.

Diskriminasi yang negatif pula menunjukkan bahawa item tersebut tidak bleh

dijawab oleh ramai pelajar kumpulan tinggi tetapi kumpulan rendah pula yang

boleh menjawabnya.

ID untuk soalan-soalan ujian di bilik darjah perlu melebihi 0.2, sekiranya

pencapaian pelajar dibahagikan kepada dua (separuh berpencapaian rendah,

separuh berpencapaian tinggi).

Indeks ini sepatutnya lebih tinggi daripada 0.2 (Mehrens dan Lehmann,

1991). Namun menurut Nitko (2004) pula, item yang boleh dipilih untuk

sesuatu ujian hendaklah mempunyai ID melebihi 0.3.

ID sederhana adalah dalam lingkungan 0.2 hingga 0.4. Item yang

mempunyai ID lebih dari 0.4 merupakan item yang baik.

Analisis ID sesuatu item adalah penting bagi mengenal pasti konsep yang

perlu diajar semula serta bagi melaporkan kekuatan dan kelemahan

bahagian-bahagian kurikulum yang tidak dikuasai oleh pelajar kumpulan

tinggi.

ID juga akan memberi maklum balas kepada pelajar kumpulan tinggi tentang

kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji. ID turut

membantu untuk mengenal pasti soalan yang berat sebelah kepada sesuatu

kandungan, seperti kandungan yang tidak ditekankan semasa pengajaran

atau langsung tidak diajar.

Page 61: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

51

Indeks Diskriminasi

Pentafsiran Keputusan

ID > 0.4 Diskriminasi positif yang tinggi Amat sesuai diterima

0.2 < ID ≤ 0.4 Diskriminasi positif yang sederhana Ubahsuai item dan cuba sekali

0 ≤ ID ≤ 0.2 Diskriminasi positif yang rendah Tulis item semula

ID < 0 Diskriminasi negatif, prestasi kumpulan rendah lebih baik daripada

kumpulan tinggi.

Item itu buruk dan harus dibuang

Jadual 4.7: Indeks Diskriminasi

Salah satu daripada tujuan ujian ialah untuk mengenal pasti calon/pelajar yang

berkeupayaan tinggi, untuk matlamat tertentu, seperti melanjutkan pengajian dalam

Indeks diskriminasi yang baik

Indeks diskriminasi yang sederhana

Indeks diskriminasi yang tidak baik

Rajah 4.2 : Skala rujukan untuk Indeks Diskriminasi

Semua pelajar kumpulan tinggi menjawab salah

Semua pelajar kumpulan rendah menjawab betul

Semua pelajar kumpulan tinggi menjawab betul

Semua pelajar kumpulan rendah menjawab salah 1.0

0.8

0.6

0.4

0.2

0

-0.2

-0.4

-0.6

-0.8

-1.0

Page 62: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

52

bidang tertentu. Item/soalan yang baik akan dapat membezakan/ mendiskriminasikan

antara mereka yang berkeupayaan rendah dan yang berkeupayaan tinggi. Indeks yang

diguna untuk menentukan perbezaan keupayaan pelajar ini ialah indeks diskriminasi

item.

Indeks Diskriminasi boleh dikira melalui langkah-langkah Mehrens & Lehmann (1991)

seperti berikut:

a. Membahagikan pelajar kepada tiga (3) kumpulan iaitu;

- pelajar berpencapaian rendah (27% pelajar berpencapaian

terendah),

- pelajar berpencapaian sederhana (46% pelajar berpencapaian antara

terendah dan tertinggi)

- dan pelajar berpencapaian tinggi (27% pelajar berpencapaian tertinggi).

b. Mengira bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar

berpencapaian rendah (RL – Right Lower), bilangan pelajar yang

menjawab dengan betul di kalangan pelajar berpencapaian tinggi (RU –

Right Upper) dan jumlah pelajar berpencapaian rendah dan tinggi

(T(L+U) – Total).

c. Indeks Diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan

(RU – RL) dengan separuh T(L+U) seperti berikut:

Sebagai contoh, andaikan seramai 200 orang pelajar menjawab soalan tertentu.

Setelah 54 orang (27% daripada 200) pelajar berpencapaian tinggi dikenal pasti,

didapati 45 orang daripada mereka dapat menjawab soalan tersebut dengan

betul (RU = 45). Seterusnya, daripada 54 orang pelajar berpencapaian rendah,

seramai 15 orang dapat menjawab dengan betul (RL = 15). Dalam contoh ini,

jumlah pelajar berpencapaian rendah dan tinggi ialah 108 orang (T = 54 + 54 =

108). Indeks Diskriminasi boleh dikira seperti berikut:

Page 63: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

53

d. Dalam contoh ini, Indeks Diskriminasi boleh bernilai 1.00, sekiranya

semua pelajar berpencapaian tinggi dan tiada seorang pun pelajar

berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul

(RU – RL = 54 – 0 = 54):

e. Indeks Diskriminasi boleh bernilai 0.00, sekiranya bilangan pelajar

berpencapaian tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan ini

dengan betul adalah sama (R – R = 0).

f. Akhirnya, Indeks Diskriminasi boleh bernilai –1.00, sekiranya semua

pelajar berpencapaian rendah dan tiada seorang pun pelajar

berpencapaian tinggi dapat menjawab soalan ini dengan betul (RU – RL =

0 – 54 = –54).

Item yang mempunyai Indeks Diskriminasi positif menunjukkan pelajar

berpencapaian tinggi lebih ramai dapat menjawab sesuatu soalan dengan

betul daripada pelajar berpencapaian rendah. Nilai Indeks Diskriminasi

hampir kepada 1.00 bermakna soalan tersebut baik untuk Penilaian

Rujukan Norma (PRN) sebab ia membezakan pelajar berpencapaian

Page 64: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

54

tinggi daripada pelajar berpencapaian rendah. Soalan yang mempunyai

Indeks Diskriminasi positif menghampiri 0.00 dikatakan tidak baik untuk

PRN kerana ia tidak berupaya membezakan pelajar pandai dan lemah

manakala Indeks Diskriminasi negatif yang menghampiri -1.00 soalannya

dikatakan tidak baik untuk PRN sebab secara songsang membezakan

pelajar pandai daripada pelajar lemah. Pembina soalan perlu memperbaiki

atau menggantikan soalan yang mempunyai Indeks Diskriminasi rendah

atau negatif. Jadual 4.8 olah dijadikan panduan dalam mentafsir aras

kesukaran soalan.

Nilai (d) Pengkelasan Item

0.00 – 0.10 Tidak baik

0.11 – 0.20 Kurang baik

0.21 – 0.30 Sederhana baik

0.31 – 0.40 Baik

0.41 – 1.00 Sangat baik

Jadual 4.8: Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item

Menurut Hanna dan Dettmer (2004: 252), soalan-soalan yang dibina oleh

guru hanya mempunyai Indeks Kesukaran antara 0.00 hingga 0.50.

Walaubagaimanapun, menurut Mehrens dan Lehmann (1991), Indeks

Diskriminasi untuk soalan-soalan ujian di bilik darjah perlu melebihi 0.20,

sekiranya pencapaian pelajar dibahagikan kepada dua (separuh

berpencapaian rendah, separuh berpencapaian tinggi). Indeks ini

sepatutnya lebih tinggi daripada 0.20, sekiranya pelajar dibahagikan

Page 65: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

55

kepada 27% berpencapaian rendah dan 27% berpencapaian tingggi.

Seterusnya, Nitko (2004: 323) menyatakan item yang boleh dipilih untuk

sesuatu ujian hendaklah mempunyai Indeks Diskriminasi melebihi 0.30.

Justeru, sebagai kesimpulan, item/soalan yang baik untuk sesuatu ujian

perlu mempunyai Indeks Diskriminasi melebihi 0.30.

Walaubagaimanapun, Indeks Diskriminasi yang lebih tinggi diperlukan

untuk ujian-ujian PRN. Akhirnya, seperti juga Indeks Kesukaran, selain

menjadi panduan semasa membina item, Indek Diskriminasi juga boleh

digunakan untuk lima tujuan seperti dalam Jadual 4.9

Tujuan Penerangan

1 Mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati soalan-soalan berkenaan tidak dapat dijawab oleh sebahagian besar pelajar pandai

2 Mengenal pasti dan melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum, iaitu yang tidak boleh dikuasai pelajar pandai

3 Memberi maklum balas kepada pelajar pandai tentang kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji

4 Mengenal pasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan, seperti kandungan yang tidak ditekankan semasa pengajaran atau langsung tidak diajar

5 Mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpencapaian tinggi untuk melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang tertentu

Jadual 4.9: Tujuan Indeks Diskriminasi

Page 66: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

56

Seramai 40 dari 50 orang pelajar berpencapaian rendah

dapat menjawab satu soalan objektif dengan betul

sementara 20 daripada 50 orang pelajar berpencapaian

tinggi dapat menjawab soalan ini dengan betul. kira

indeks diskriminasi soalan ini dan jelaskan

kesesuaiannya.

4.3 Analisis Pengganggu

Jenis Pengganggu Penggaggu merupakan pilihan-pilhan yang lain yang salah dalamsesebuah item

aneka pilihan. Pengganggu merupakan satu faktor yang kritikal dalam

menentukan kualiti soalan aneka pilihan secara keseluruhan. Jika soalan dan

jawapan sudah dipastikan tepat, pemilihan pengganggu yang lemah boleh

mengurangkan kuasa diskriminasi soalan tersebut dan berkemungkinan boleh

dianggap agak sukar. Konsep pengganggu ini ialah berteraskan dengan idea

bahawa pelajar pandai atau pelajar tahap tinggi dapat membezakan kunci dan pengganggu

Bagaimanapun, pelajar lemah atau pun pelajar tahap rendah tidak dapat membezakan

kunci dan pengganggu.

Oleh yang demikian, analisis pengganggu ini lebih berfokus kepada pelajar

tahap rendah, kerana sasaran pengganggu adalah berfokus kepada pelajar tahap

rendah. Terdapat pelbagai jenis Pengganggu dalam pilihan jawapan bagi soalan aneka

pilihan. Pengganggu yang baik didefinasikan sebagai pilihan jawapan yang mampu menarik

minat yang lebih dalam kalangan pelajar lemah untuk memilihnya, manakala pelajar pandai

AKTIVITI 4.3

Page 67: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

57

seharusnya tiada masalah untuk mengenal pasti bahawa pengganggu itu

adalah salah. Pengganggu yang lemah pula adalah sebaliknya, iaitu apabila lebih ramai

pelajar pandai memilih pilihan tersebut tetapi pelajar lemah tidak memilih

pengganggu tersebut. Selain daripada itu, pengganggu tidak berfungsi pula

adalah pengganggu yang tidak dipilih oleh mana-mana pelajar.

Perbandingan kedua-dua nilai IK dan ID bagi sesuatu item merupakan aspek

yang penting untuk menentukan keputusan sama ada sesuatu item soalan itu

dikekalkan, digugurkan atau perlu diperbaikan. Apabila maklumat kedua-dua IK

dan ID diperoleh untuk setiap item ujian, ia perlu dikumpulkan dan dibandingkan.

Tindakan seterusnya ialah menentukan sama ada item tersebut boleh dikekalkan

sekiranya item tersebut berkualiti kerana mempunyai nilai IK dan ID dalam julat

yang bersesuaian. Item soalan yang sangat sukar boleh dipermudahkan

manakala item yang sangat mudah perlu disukarkan. Tindakan ini penting bagi

mengumpulkan item yang berkualiti sahaja dalam bank soalan. Jadual 4.10

dibawah adalah contoh laporan perbandingan indeks kesukaran dan indeks

diskriminasi serta tindakan yang boleh diambil dalam menilai kualiti item.

4.3.1 Perbandingan Indeks

Item Indeks Kesukaran

Indeks Diskriminasi

Tindakan

1 0.71 0.42 Terima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan

4 0.96 0.08 Ubahsuai dan sukarkan

6 0.21 0.42 Tulis semula

20 0.71 -0.08 Buang

Jadual 4.10: Contoh Perbandingan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi

serta Tindakan

Page 68: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

58

Berdasarkan soalan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 yang dilaksanakan

di Kolej anda, buat analisis pengganggu dan beri ulasan serta cadangan daripada

dapatan tersebut.

AKTIVITI 4.4

Page 69: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

59

Pada akhir unit pelajar dapat :

1. Menyediakan laporan pencapaian pelajar dalam didang Pelancongan

2..

Sipnopsis

Pada topik ini perbincangan akan menjurus kepada kaedah melaporkan

pencapaian pelajar selepas pentaksiran dilaksanakan. Ia merangkumi maklumat

data (skor) serta analisisnya yang dijana selepas selesai sesuatu proses

pentaksiran. Pengertian serta pentafsiran terhadap skor serta analisisnya akan

dibincangkan dalam tajuk ini. Pengredan akan dilakukan selepas hasil proses

analisis data. Perbincangan bagaimana data-data numerik tersebut boleh

dimanfaatkan oleh penerima laporan pentaksiran seperti pelajar, ibu bapa dan

pihak pentadbir juga akan dibincangkan.

Hasil Pembelajaran

Kandungan Isi 5.0 Laporan ialah keterangan atau informasi tentang suatu keadaan atau suatu

kegiatan berdasarkan fakta. Fakta yang diinformasikan itu berkaitan dengan

TAJUK 5 Laporan Pencapaian Pelajar

Laporan PencapaianPelajar

Merumus, Analisis & Tafsir

Data

Laporan Prestasi

Pengredan

Page 70: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

60

tanggung jawab yang ditugaskan kepada si pelapor. Laporan berdasarkan

analisis dan penyajian data hasil pemeriksaan yang teliti; kegiatan pengumpulan

dan pengolahan yang dilakukan secara sistematik.

Tujuan Laporan

Mengenalpasti masalah

Memberikan maklumat dan fakta

Mencadangkan penyelesaian

Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan

Membuat kesimpulan

Menilai sesuatu penyelidikan atau aktiviti

Membuat rekod sesuatu peristiwa

Menganalisi aktiviti perniagaan

Mensintesis sesuatu pelan tindakan

Menghuraikan sesuatu peristiwa, prosedur, tindakan dll.

Kepentingan laporan; Bukti bertulis mengenai analisis data

Analisis menjadi lebih sistematik

Mengenal pasti kelemahan Analisis

Memperoleh pengiktirafan

Menjadi sumber rujukan pada masa hadapan

Dapatan analisis boleh dikongsi olah orang lain

Page 71: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

61

5.1 Merumus, Analisis dan Mentafsir Data

Merumus data adalah satu kerja memproses data untuk mendapatkan nilai

purata, jumlah dan sebagainya daripada jumlah data yang berkuantiti besar.

Analisis adalah proses menyusun dan menggabungkan data ke dalam pola,

tema, dan kategori. Analisis data dilakukan agar data yang telah diperoleh akan

lebih bermakna. Ia merupakan proses penyederhanaan data kedalam bentuk

yang lebih mudah dibaca dan diinterprestasikan

Penafsiran adalah memberikan makna kepada analisis, menjelaskan pola atau

kategori, dan mencari hubungan antara beberapa konsep. Penafsiran

menggambarkan perspektif peneliti bukan kebenaran. .

Tantacara Merumus, Analisis dan Mentafsir Data

5.1.1 Min, median dan mod

Ukuran Kecenderungan Memusat. Secara rumusannya Ukuran Kecenderungan

Memusat digunakan apabila satu angka perlu ditonjolkan sebagai mewakili

(representative) seberkas markah. Oleh sebab angka tersebut seolah-olah

merumuskan angka-angka dalam skopnya maka ia menjadi sebahagian

daripada bidang statistik rumusan (Summary Statistics)

Min adalah paling kerap digunakan kerana ia boleh dihitung terus daripada

kalkulator, sedangkan median dan mod perlu masa yang lebih lama untuk

mendapatkan angka perwakilan tersebut .

Dalam mendapatkan angka perwakilan itu ada ketikanya ukuran min bukanlah

yang terbaik kerana wujudnya markah terpisah ( outlier, kedudukan jauh

daripada kebanyakan data ). Pertimbangkan contoh dalam Jadual 5.1 :

Page 72: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

62

Jadual 5.1

Contoh:

Katakan terdapat tiga set keputusan daripada ujian A, B dan C bagi 10 orang

calon. Pada pendapat anda antara min, median dan mod; ukuran

kecenderungan memusat manakah yang paling sesuai digunakan?

Ketika melaporkan hasil pentaksiran, guru perlu peka dalam memberikan

laporannya. Jika didapati kebanyakan data berkelompok berdekatan sesama

mereka, min adalah ukuran yang sesuai. Median digunakan apabila jelas

wujudnya outlier.

5.1.2 Taburan, min dan sisihan piawai

Seorang pentaksir pasti akan berhadapan dengan banyak skor setelah selesai

sesuatu sesi pentaksiran. Skor tersebut tidak akan memberi makna sekiranya

dibiarkan bersepah begitu sahaja. Ia perlu disusun atur dalam bentuk yang

memberi manfaat kepada guru.

Susunan awal guru akan menampakkan bahawa kebanyakan skor seolah-olah

berlonggak sekitar satu nombor. Anda telah mengetahui bahawa kecondongan

itu menimbulkan satu konsep iaitu kecenderungan memusat.

A B C

9 1 8

8 8 8

7 7 7

6 6 6

5 5 5

4 4 4

3 9 3

5 1 5

6 6 6

8 1 8

Page 73: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

63

Umumnya, data bertabur dalam keadaan kebanyakan data berlonggak ke arah

data yang terletak di tengah-tengah ( setelah data disusun mengikut tertib ).

Dalam kehidupan seharian manusia, data di tengah-tengah adalah min bagi set

data tersebut. Pernyataan ini dianggap benar sekiranya taburan itu normal; jika

dilukiskan graf maka bentuknya seperti loceng (seperti digambarkan dalam

Rajah 5.1).

Rajah 5.1

Data-data dalam mana-mana taburan berbeza jarak antara satu dengan yang

lain. Antara banyak ukuran jarak, nampaknya sisihan piawai (s.d, standard

deviation) lebih kerap digunakan. Sebagai panduan asas, lebih kecil sisihan

piawai maka lebih rapatlah data-data berkumpul sesama mereka.

Sisihan piawai yang kecil memberikan makna bahawa mungkin murid adalah

hampir sama pencapaian mereka. Ini juga ditafsir bahawa terdapatnya

persaingan yang dikira sengit sesama mereka, lebih-lebih lagi jika didapati

markah tinggi-tinggi belaka.

5.2 Pengredan

Markah yang diperolehi oleh calon adalah dalam bentuk kuantitatif. Guru perlu

menginterpretasikan markah tersebut untuk kegunaan tertentu. Mengikut Lindvill

dan Nitko (1975), markah kuantitatif penting kerana dapat memberikan perihalan

yang lebih tepat tentang sesuatu keadaan, dapat meningkatkan keobjektifan

langkah pengukuran dan membolehkan komunikasi yang lebih lancar dan jelas.

Page 74: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

64

A. Penilaian Markah Ujian

Kebiasaan pelaporan markah berdasarkan markah mentah bagi

melaporkan kemajuan dan perkembangan seseorang murid dalam kelas

adalah kurang memberi makna. Misalnya adakah markah 85 yang

diperoleh oleh calon itu menunjukkan pelajar tersebut cemerlang

berbanding pelajar lain. Oleh itu untuk membuat perbandingan pencapaian,

kita memerlukan maklumat tambahan. Maklumat itu dikenali sebagai

markah terbitan. Apabila markah terbitan dibentuk ini akan memudahkan

perbandingan markah dibuat. Markah terbitan meliputi pangkat ratusan,

stanines dan penentuan gred. Penentuan markah ini adalah berdasarkan

markah berdasarkan kemahiran atau pengetahuan, berdasarkan tahap

kesukaran dan markah yang membezakan calon

B. Penilaian Pencapaian

Pertimbangan pencapaian pelajar boleh didilakukan mengikut rujukan

norma atau rujukan rujukan kriteria. Pengeredan mengikut rujukan norma

lebih kuantitatif, manakala rujukan kriteria lebih bersifat kualitatif. Ward

&Ward (1999) mencadangkan lima panduan dalam penentuan gred murid.

Panduan Penentuan Gred

1 Menentukan tujuan sistem penggredan sebelum menggredkan pelajar. Jika untuk membina motivasi, penggredan wajar secara criteria

2 Menerangkan kepada pelajar tentang system penggredan yang akan digunakan pada awal semester

3 Elakkan daripada menukar cara penggredan semasa ujian sedang dilaksanakan

4 Memasukkan pemboleh ubah yang sesuai kepada tugasan dalam pemberian gred

5 Memastikan amalan menggredkan pelajar adalah selaras dengan amalan peringkat pusat atau kebangsaan

Page 75: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

65

Terdapat beberapa kaedah bagi menentukan pencapaian pelajar dari

markah yang diperolehi. Kaedah itu ialah pangkat, gred, pangkat ratusan

dan stanines.

a. Pangkat

Menentukan pangkat dari paling tinggi kepada yang paling rendah.

Atau kedudukan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Ia tidak

dapat membandingkan murid dalam kelas lain.

b. Penentuan Gred

Penentuan gred A, B, C, D, E, sebagai gred lulus dan F sebagai

gagal. Gred ini menentukan pencapaian murid berkenaan dengan

gred A lebih baik dari gred B dan seterusnya.

c. Pangkat Ratusan

Pangkat ratusan/persentil ialah markah tertentu yang menunjukkan

peratusan murid yang mendapat markah lebih rendah daripada

markah tersebut. Persentil ke-25 dipanggil kuartil pertama (Q1),

persentil ke 50 dipanggil kuartil kedua (Q2), atau median dan

persentil ke 75 dipanggil kuartil ketiga (Q3). Misalnya jika dikatakan

pencapaian Ahmad berada di kedudukan persentil 70, ini

menunjukkan markah Ahmad lebih tinggi daripada markah 70%

murid-murid lain.

Pangkat persentil dapat dianggap sebagai satu skor terbitan yang

mempunyai median 50 bermula dari taburan 1 hingga 99. Skor persentil

menunjukkan kedudukan markah pada sepanjang taburan markah

(Bhasah, 2003).

Pangkat persentil = Kekerapan kumulatif/N x 100

Page 76: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

66

Kekerapan kumulatif ini dikira hingga ke markah sebelum markah yang

ingin ditentukan persentilnya atau bilangan pelajar yang memperoleh

markah lebih rendah daripada markah tersebut.

d. Stanines (standard nine).

Stanines dibentuk berdasarkan andaian bahawa pencapaian mengikut

taburan normal. Stanines mempunyai min = 5 dan sp = 2 . Ia adalah

berdasarkan skor - z

Formula:

Stanines = 2 z + 5

Di mana, z = skor – z yang mempunyai min = 0 dan

sisihan piawai = 1

Kelebihan penilaian markah secara rujukan norma ini ialah

dapat memberi maklumat ringkas tentang prestasi pelajar yang

boleh difahami dengan mudah oleh pelajar dan ibu bapa.

Maklumat itu memberi makanisme untuk menyusun pelajar

dalam pencapaian cemerlang, sederhana dan gagal. Di samping

membantu guru mengenal pasti pelajar lemah.

Kelemahan markah rujukan norma pula ialah;

markah yang diperolehi tidak menunjukkan dengan jelas sejauh

manakah seseorang calon menguasai ilmu atau kemahiran yang

ditetapkan.

Ia juga memungkinkan rasa rendah diri kepada calon yang

terkebawah.

Page 77: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

67

Penggredan berdasarkan rujukan kriteria pula ialah dengan melaporkan

prestasi seseorang pelajar secara relatif bagi menggambarkan sejauh

mana seseorang pelajar menguasai suatu objektif mata pelajaran yang

ditetapkan. Skor dan gred yang diperoleh menggambarkan pencapaian

yang sama dalam mana-mana tugasan yang dilaksanakan.

Kelebihan penggredan rujukan kriteria ialah;

pelajar boleh mendapatkan gred yang tinggi jika mereka berusaha

bersungguh. Guru mudah memberi gred kepada calon, kesahan

pencapaian pelajar adalah tinggi. Kelemahan ujian rujukan kriteria

menurut Sax (1997) adalah aras kesukaran yang akan menentukan

peratusan pelajar yang mendapat gred-gred tertentu.

Ujian yang sukar akan menyebabkan ramai pelajar mendapat

markah rendah.

5.2.1 Pemarkahan dan Sistem Gred

Sistem gred berhasrat memberikan gambaran tentang pencapaian murid.

Gred yang lebih ’baik’ membawa erti pelajar telah menguasai sebahagian

besar kandungan pelajaran. Penjelasan tentang erti setiap gred adalah

dinyatakan dalam gred norma.

Umumnya hasil kerja pelajar akan ditaksir menggunakan simbol tertentu . Ia

mungkin dalam bentuk :

Gred Angka, contoh: 5/25 dan 63%

Gred Abjad, contoh: A, B dan X

Gred Mata (points) , contoh: 1.0 , 3.5 dan 4.0

Gred Penerang (descriptor), contoh : cemerlang, sederhana dan lemah

GPA ialah Grade Point Average atau Purata Nilai Gred iaitu nilai yang

didapati secara purata terhadap keputusan semasa

Page 78: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

68

CGPA ialah Cumalative Grade Point Average atau Purata Nilai Gred

Kumalitif atau Terkumpul iaitu nilai atau markah keseluruhan bagi

semester yang telah dilalui.

Simbol ini dipanggil ’markah’ atau ’gred’1 .

Sistem gred berhasrat memberikan gambaran tentang pencapaian murid.

Gred yang lebih ’baik’ membawa erti murid telah menguasai sebahagian

besar kandungan pelajaran. Penjelasan tentang erti setiap gred adalah

dinyatakan dalam gred norma.

a. Gred berangka (Numerical grade)

Gred berangka menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk

nombor daripada markah maksimum yang boleh diperolehi ( contoh:

per 20, 50 dan 100). Gred per angka yang biasa digunakan ialah gred

peratus.

Istilah peratus ini menunjukkan berapa peratus seseorang pelajar

dapat menguasai kandungan pelajaran tertentu. Nombor yang kecil

menunjukkan pencapaian yang rendah, sementara nombor yang

besar menunjukkan pencapaian yang tinggi.

Gred peratus ini biasanya digunakan oleh guru untuk menunjukkan

pencapaian pelajar dalam penilaian formatif seperti kuiz mingguan,

ujian bulanan atau tugasan

Kebaikan:

gred peratus ialah ia dilaporkan dalam bentuk nombor

mudah ditafsirkan

mudah dibuat analisis lanjutan disebabkan oleh nilainya masih dalam

bentuk nombor.

Page 79: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

69

Kelemahan

Gred peratus tidak menggambar secara tepat peratus kandungan

yang dikuasai pelajar

Lebih bergantung kepada aras kesukaran soalan.

Sekiranya pelajar yang sama diberi ujian yang lebih sukar, gred

peratusnya akan menurun.

b. Gred Abjad

Gred abjad menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk abjad;

sebagai contoh yang biasanya terdiri daripada lima kategori, misalnya

A, B, C, D dan F, yang mana abjad A menunjukkan pencapaian

cemerlang, B baik, C sederhana, D rendah dan F gagal.

Gred abjad ini biasanya digunakan oleh guru untuk menunjukkan

pencapaian pelajar dalam penilaian sumatif seperti ujian akhir

penggal/akhir tahun persekolahan.

Terdapat pelbagai pengkelasan markah pelajar semasa menentukan

gred abjad ini. Contohnya, markah antara 90% hingga 100% akan

diberi gred A.

Kebaikan

Mudah ditafsirkan sebagai pencapaian pelajar mengikut kategori

pencapaian.

Menggunakan bilangan kategori gred yang kecil dan lebih bermakna,

berbanding dengan gred peratus yang terdiri daripada terlalu banyak

kategori.

Kelemahan

Tidak menggambar secara tepat banyak mana kandungan yang

dikuasai pelajar

Lebih bergantung kepada aras kesukaran soalan. Apabila markah

asal diubah kepada gred abjad, kita kehilangan maklumat tentang

Page 80: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

70

markah asal pelajar.

c. Gred dwi-kategori

Gred dwi-kategori menjelaskan pencapaian pelajar hanya dalam dua

kelompok; iaitu sama ada (antaranya) lulus/gagal, memuaskan/tidak

memuaskan dan kompeten / tidak kompeten.

Penilai perlu menetapkan markah lulus dan markah gagal, misalnya

markah 50% dan ke atas diberi gred lulus dan bawah daripada 50%

diberikan gred gagal.

Mengubah gred abjad kepada gred lulus-gagal, iaitu dengan

mengubah gred A, B, C dan D kepada gred lulus, sementara F diubah

kepada gred gagal.

digunakan untuk menilai penguasaan pelajar terhadap sesuatu

kemahiran, misalnya melakukan eksperimen sains dalam makmal.

Kebaikan

Menggalakkan pelajar menjawab soalan yang susah atau mengambil

kursus yang susah.

Kelemahan

Tidak menggambar secara tepat banyak mana kandungan yang

dikuasai pelajar

Lebih bergantung kepada aras kesukaran soalan.

Kehilangan banyak maklumat tentang markah asal pelajar sekiranya

mengubah markah asal kepada gred lulus-gagal, kita telah

mengelaskan markah ini kepada dua kategori sahaja

Tidak boleh digunakan untuk membuat keputusan berasaskan gred

markah atau gred abjad.

Mempunyai kebolehpercayaan yang rendah, iaitu kebolehpercayaan

gred yang menggunakan lima kategori ialah 0.85, sementara

kebolehpercayaan gred yang menggunakan dua kategori ialah 0.63.

Page 81: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

71

d. Gred Norma ( Norms grade )

Kerapkali pernyataan gred membawa makna yang amat ringkas serta

kabur. Contohnya, katakan gred A dikira sebagai ‘cemerlang’. Banyak

persoalan yang boleh ditimbulkan, antaranya “cemerlang dalam hal

apa?”. Maka untuk menangani isu ini, pernyataan setiap gred perlulah

dihuraikan lebih lanjut untuk menjelaskan makna gred itu; sebagai

contoh dalam Jadual 5.3:

Gred abjad Pemerihal ( Descriptor )

A Huraian isu menyeluruh dan mendalam. Semua faktor penyebab diulas serta dijelaskan secara meyakinkan

B Huraian isu menyeluruh dan namun agak mendatar. Sebahagian besar faktor penyebab diulas serta dijelaskan secara meyakinkan

C Huraian isu menyeluruh dan mendatar. Sebahagian besar faktor penyebab diulas serta dijelaskan secara kurang meyakinkan

Jadual 5.3

Gred norma juga boleh wujud dalam bentuk polisi yang ditetapkan

oleh institusi pendidikan. Polisi sedemikian wujud apabila pihak

institut ingin mengawal terlalu ramai calon yang mendapat gred

cemeralang ( atau lemah ). Contoh Jadual 5.4 di bawah mungkin

boleh mencerahkan idea yang dimaksudkan:

Gred mata % daripada calon

3.5 – 4.0 5 – 15

3.0 – 3.4 20 – 40

2.0 – 2.9 35 – 55

1.0 – 1.9 10

0.0 – 0.9 5

Jadual 5.4

Page 82: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

72

5.2.1 Sistem penggenap kepada sistem gred

Selain daripada sistem pemarkahan dan gred yang diterangkan di atas, terdapat

juga sistem yang berusaha untuk mengurangkan kekaburan yang disebabkan

oleh satu-satu gred. Sistem gred abjad adalah terlalu ringkas maknanya dan

walaupun lebih makna cuba diberi oleh gred norma, namun ini masih belum

mencukupi. Kelemahan lain tetap boleh dijumpai bagi gred berangka, gred mata

dan gred dwi-kategori

Sistem penggenap kepada sistem di atas adalah seperti berikut:

a. Senarai Semak

Senarai semak menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk borang

yang mengandungi objektif pengajaran/hasil pembelajaran yang

sepatutnya dicapai pelajar, yang meliputi domain kognitif, psikomotor

dan afektif.

Untuk memberikan maklumat yang lebih terperinci dan bermakna, kita

boleh masukkan juga aras pencapaian hasil pembelajaran (misalnya,

gred abjad), seperti sangat lemah (F), lemah (D), sederhana (C), baik

(B), cemerlang (A).

Senarai semak agak sukar dilaksanakan disebabkan guru perlu menyediakan

hasil pembelajaran bagi setiap tajuk pelajaran, yang melibatkan ketiga-tiga

domain pendidikan dan juga perkembangan sahsiah pelajar.

Kebaikan

Mudah ditafsir dan lebih bermakna kepada kita disebabkan ia mengandungi

maklumat yang terperinci tentang pencapaian pelajar.

Maklumat ini dapat membantu guru, pelajar, ibu bapa dan guru kaunselor

untuk memberi nasihat kepada pelajar atau merancang aktiviti untuk

mereka, supaya pencapaian mereka meningkatkan.

Page 83: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

73

Amat sesuai diguna untuk melaporkan keputusan ujian diagnostik dan

tindakan susulannya seperti pemulihan/pengayaan.

Disediakan sekali sahaja dan ia boleh digunakan untuk pelajar-pelajar kelas

lain dan juga yang akan datang

Kelemahan

Guru perlu bekerja keras untuk menyediakan senarai semak yang lengkap.

Laporan penilaian yang menggunakan bentuk ini akan menjadi terlalu

panjang, justeru, pencapaian keseluruhan bagi sesuatu mata pelajaran

susah diperoleh.

b. Penjelasan Bertulis

Penjelasan bertulis menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk

penulisan tentang kekuatan dan kelemahan pelajar yang meliputi domain

kognitif, psikomotor dan afektif serta perkembangan sahsiah pelajar.

Penjelasan bertulis ini akan menjadi terlalu panjang sekiranya guru ingin

menjelaskan kekuatan dan juga kelemahan pelajar. Biasanya, untuk

tujuan pemulihan, kita hanya memerlukan maklumat tentang kelemahan

pelajar.

Kebaikan

Mudah lentur (flexible) disebabkan pelapor boleh memilih untuk melapor

perkara-perkara yang dirasakan penting sahaja, sama ada oleh guru, ibu

bapa, guru kaunselor atau guru disiplin.

Mudah ditafsir dan lebih bermakna kepada kita disebabkan ia

mengandungi maklumat yang terperinci tentang pelajar.

Maklumat ini dapat membantu guru, pelajar, ibu bapa dan guru

kaunselor/disiplin untuk memberi nasihat atau merancang aktiviti untuk

memperbaiki pencapaian/sahsiah mereka.

Page 84: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

74

Kelemahan

Guru perlu bekerja keras untuk menyediakan penjelasan bertulis yang

lengkap. Walaubagaimanapun, dengan bantuan komputer, pernyataan-

pernyataan yang akan digunakan boleh disimpan dan diambil semula

daripada komputer apabila kita menyediakan penjelasan bertulis.

c. Perjumpaan Ibu Bapa

Perjumpaan ibu bapa menjelaskan lebih lanjut pencapaian pelajar selepas

pihak sekolah menghantar laporan penilaian kepada mereka, yang mana

penjelasan ini dibuat melalui perbincangan antara guru-guru, pelajar dan ibu

bapa, terutama bagi pelajar-pelajar yang bermasalah pembelajaran, sahsiah

atau disiplin.

Perjumpaan ini bertujuan untuk memberitahu ibu bapa dan pelajar tentang

masalah yang dihadapi oleh anak mereka, supaya ketiga-tiga pihak

mencapai persetujuan tentang tindakan yang perlu diambil untuk mengatasi

masalah pelajar.

ibu bapa dapat meneliti kerja sekolah anak mereka dengan melihat contoh

kerja, jawapan ujian dan profil pelajar

Kebaikan

perjumpaan ibu bapa ialah pihak guru dapat menjelaskan secara mendalam

tentang kekuatan dan kelemahan pelajar kepada ibu bapa di hadapan

pelajar itu sendiri.

Ibu bapa memahami pencapaian dan masalah sebenar anak mereka dan

juga memahami tindakan yang akan diambil oleh pihak sekolah. Ini akan

menjadikan mereka lebih bertanggungjawab dan seterusnya memainkan

peranan aktif untuk membantu anak mereka mencapai kejayaan.

Maklumat daripada perjumpaan ibu bapa dapat membantu guru/guru

kaunselor/disiplin memberi nasihat atau merancang aktiviti untuk pelajar

tersebut.

Page 85: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

75

Kelemahan

Perjumpaan ini mengambil masa yang panjang.

Melibatkan ramai guru, sekiranya semua guru yang mengajar dan guru

kaunselor/disiplin turut terlibat dalam perjumpaan.

Sukar untuk menjadualkan perjumpaan disebabkan masa yang semua pihak

boleh berjumpa adalah amat terbatas memandangkan kebanyakan ibu bapa

bekerja, guru-guru mengajar dan pelajar belajar di sepanjang waktu

persekolahan.

5.3 Pelaporan pentaksiran

Hasil daripada sesuatu usaha pentaksiran perlulah dihebahkan, dimaklumkan

atau dibentangkan kepada kelompok tertentu. Bagaimana hasil pentaksiran

(contoh: markah, gred dan ulasan) dihebahkan, dimaklumkan atau dibentangkan

dalam bentuk yang boleh difahami dan bermakna oleh penerima laporan;

keseluruhan itu merujuk kepada pelaporan pentaksiran.

5.3.1 Penerima Laporan Pentaksiran

a. Pelajar

Pelajar memerlukan beberapa maklumat tentang diri mereka sendiri

untuk membantu mereka dalam pembelajaran.

Maklumat ini merangkumi kesuluruhan prestasi akademik mereka yang

merangkumi semua aspek pengetahuan , psikomotor dan sasiah mereka.

Maklumat tentang prestasi ini diperlukan untuk mereka membuat

ulang kaji tajuk-tajuk yang belum mereka kuasai.

Pelajar perlu mengetahui gaya pembelajaran mereka dan gaya

pembelajaran yang sesuai serta masalah-masalah pembelajaran mereka

untuk mereka mengubah gaya pembelajaran mereka.

Pelajar perlu mengetahui kemajuan akademik mereka untuk mengubah

kaedah pembelajaran kepada yang lebih baik selari dengan keperluan

semasa

Page 86: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

76

pelajar perlu mengetahui pencapaian mereka yang menunjukkan

kejayaan atau sebaliknya, dalam sesuatu mata pelajaran pada akhir

semester persekolahan

laporan berkaitan prestasi, gaya dan masalah pembelajaran serta

penilaian formatif dan sumatif perlu diberikan kepada para pelajar.

Maklum balas ini diharapkan dapat menjadi motivasi dan seterusnya

memperbaiki pencapaian pelajar.

b. Guru

Guru memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar untuk membantu

mereka dalam pengajaran.

Maklumat ini termasuklah pencapaian lepas, pengetahuan dan kemahiran

asas, gaya dan masalah pembelajaran, minat, motivasi, sikap, kemajuan

akademik dan pencapaian akhir pelajar.

Maklumat tentang pencapaian lepas, pengetahuan dan kemahiran asas

serta gaya dan masalah pembelajaran pelajar dapat membantu

guru membuat keputusan tentang sukatan pelajaran dan kaedah

pengajaran yang sesuai untuk pelajar-pelajarnya.

Maklumat ini juga dapat membantu guru merancang dan melaksanakan

ulang kaji tajuk-tajuk tertentu yang menjadi asas kepada pelajaran baru.

Maklumat tentang minat, motivasi dan sikap pelajar boleh membantu guru

untuk meningkatkan motivasi pembelajaran mereka.

Dari masa ke masa, guru perlu mengetahui kemajuan akademik

pelajarnya untuk menentukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

lebih sesuai dengan mereka. Ujian diagnostik boleh digunakan untuk

mengenal pasti masalah pembelajaran pelajar.

mengetahui pencapaian akhir pelajar yang boleh digunakan untuk

membuat keputusan tentang gred pencapaian akhir mereka dan

menentukan pelajar yang layak menerima hadiah atas kejayaan mereka.

Page 87: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

77

Laporan berkaitan pencapaian lepas, pengetahuan dan kemahiran asas,

gaya dan masalah pembelajaran, minat, motivasi, sikap, kemajuan

formatif dan pencapaian akhir pelajar perlu diteliti dan disimpan oleh guru.

c. Ibu Bapa

Ibu bapa perlu mengetahui beberapa maklumat tentang anak-anak

mereka untuk membantu mereka mengadakan beberapa aktiviti yang

dapat meningkatkan kemajuan akademik dan sahsiah anak-anak mereka.

Maklumat ini termasuklah dari masalah pembelajaran, kemajuan

akademik, pencapaian akhir dan perkembangan sahsiah anak-anak

mereka.

Maklumat tentang masalah pembelajaran dan kemajuan akademik dapat

membantu ibu bapa memberikan bantuan pembelajaran kepada anak-

anak mereka, sama ada di rumah atau di luar (contoh: kelas tuisyen).

Ibu bapa juga perlu mengetahui tentang pencapaian akhir anak-anak

mereka untuk membantu mereka membuat keputusan tentang bentuk

bantuan pembelajaran yang diperlukan, bidang pengajian dan kerjaya

yang sesuai untuk anak-anak mereka.

Maklumat tentang perkembangan sahsiah pelajar diperlukan oleh ibu

bapa untuk membantu anak-anak mereka membaiki perlakuan dan

sahsiah

Maklumat tentang kemajuan akademik dan perkembangan sahsiah

pelajar akan membantu ibu bapa membuat keputusan untuk

memindahkan anak-anak mereka ke sekolah lain yang lebih sesuai.

Laporan pencapaian pelajar akan dapat mengeratkan hubungan sekolah

dan ibu bapa.

Page 88: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

78

d. Guru Kaunselor

Guru kaunselor memerlukan beberapa maklumat pelajar untuk

membantunya memberikan bimbingan dan kaunseling kepada para pelajar.

Maklumat ini termasuklah pencapaian lepas, gaya pembelajaran, minat,

motivasi, sikap, perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar.

Maklumat tentang pencapaian lepas dan gaya pembelajaran dapat

membantu guru kaunselor menasihati pelajar tentang gaya pembelajaran

yang sesuai untuk mata-mata pelajaran tertentu.

Maklumat tentang minat, motivasi dan sikap pelajar boleh membantu guru

kaunselor meningkatkan motivasi pembelajaran pelajar

Maklumat tentang perkembangan sahsiah pelajar boleh membantu guru

kaunselor meningkatkan perkembangan sahsiah pelajar.

minat dan pencapaian akhir pelajar boleh digunakan oleh guru kaunselor

untuk menentukan keberkesanan program kaunseling dan juga menasihat

pelajar tentang bidang pengajian dan kerjaya yang sesuai untuk setiap

pelajar.

e. Pentadbir/Pengarah/Pengetua

Memerlukan maklumat pelajar bagi membantu beliau merancang program

yang boleh meningkatkan motivasi pembelajaran, pencapaian akademik dan

pembangunan sahsiah pelajar.

Maklumat ini termasuklah pencapaian lepas, minat, motivasi, sikap,

perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar. Maklumat tentang

pencapaian lepas, minat, motivasi dan sikap pelajar boleh membantu guru

besar merancang program untuk meningkatkan motivasi dan kaedah

pembelajaran pelajar.

Maklumat tentang perkembangan sahsiah pelajar boleh membantu pentadbir

merancang program untuk mencemerlangkan sahsiah pelajar.

Pencapaian akhir pelajar boleh digunakan oleh pentadbir untuk menentukan

keberkesanan program peningkatan motivasi dan kaedah pembelajaran yang

Page 89: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

79

dilaksanakan serta menyesuaikan kurikulum dengan suasana di sekolah dan

kawasan di sekelilingnya.

f. Pegawai Jabatan/Bahagian Pendidikan

untuk membantunya merancang program yang boleh menyelaraskan

peningkatkan motivasi pembelajaran, pencapaian akademik dan

pembangunan sahsiah pelajar di semua sekolah di bawah penyeliaannya.

Maklumat ini termasuklah pencapaian lepas, minat, motivasi, sikap,

perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar.

merancang program untuk meningkatkan motivasi dan kaedah

pembelajaran serta kecemerlangan sahsiah pelajar-pelajar dalam

daerahnya.

menentukan keberkesanan program peningkatan motivasi dan kaedah

pembelajaran serta kecemerlangan sahsiah dan juga membandingkan

pencapaian antara sekolah-sekolah dibawah penyeliaan.

g. Bakal Majikan

Bakal majikan memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar untuk

membantu pihaknya membuat keputusan dalam menggaji lepasan

sekolah.

Maklumat ini termasuklah pencapaian akademik, penguasaan kemahiran,

minat, motivasi, sikap dan sahsiah pelajar.

Maklumat tentang pencapaian akademik dan penguasaan kemahiran

tertentu oleh pelajar boleh membantu bakal majikan menentukan

kesesuaian pelajar untuk melaksanakan sesuatu tugas.

Seterusnya, minat, motivasi, sikap dan sahsiah pelajar boleh membantu

bakal majikan menentukan sama ada pelajar ini akan menjadi seorang

pekerja yang berkesan kepada syarikat dan berjaya dalam kerjayanya.

laporan berkaitan pencapaian akademik, penguasaan kemahiran, minat,

motivasi, sikap dan sahsiah pelajar perlu disampaikan kepada bakal

majikan, dengan kebenaran daripada pelajar dan ibu bapa mereka.

Page 90: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

80

Anda adalah seorang pensyarah yang mengajar salah satu kursus semester akhir.

Pada akhir semseter anda dikehendaki menyediakan laporan pencapaian pelajar bagi

kursus yang diajar untuk dibentangkan kepada Jawatan kuasa Pentaksiran dan

Penganugerahan Sijil peringkat jabatan sebelum ianya dibentang diperingkat kolej.

Sediakan satu laporan pencapaian peperiksaan akhir semester pelajar bagi kumpulan

yang anda ajar. Laporan hendaklah mengandungi rumusan pencapaian markah dan

Gred yang dicapai bagi mata pelajran tersebut.

Laporan ini hendaklah dibawa bersama semasa sesi pembelajaran bersemuka tutorial

untuk dibincangkan.

AKTIVITI 5.1

Page 91: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

81

Pada akhir unit pelajar dapat :

1. Mengenalpasti trenda dan isu pentaksiran bidang Pelancongan

2. Mencadagkan penyelesaian yang sesuai bagai menangani trenda dan

isu pentaksiran bidang Pelancongan

Sinopsis

Unit ini membincangkan trenda dan isu-isu yang timbuk dalam pentaksiran

Pelancongan. Ia merangkumi penilaian dalam kerja berkumpulan, penggunaan

teknologi dalam pentaksiran, Penggunaan aplikasi web dalam pentaksiran dan aspek

keselamatan, intergriti dan kebolehgunaan aplikasi web semasa pentaksiran

dolaksanakan.

.

Hasil Pembelajaran

Kandungan Isi

UNIT 6 Trenda dan Isu dalam Pentaksiran Pelancongan

Trenda Dan Isu Dalam

Pentaksiran

Aspek Keselamatan,

Intergriti

Penggunaan Aplikasi Web

Penilaian Kerja Kumpulan

Teknologi Dalam

Pentaksiran

Page 92: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

82

Pengenalan.

Pentaksiran merupakan suatu aspek yang penting dalam pendidikan. Dalam

melaksanakan pentaksiran bidang Pelancongan guru menghadapi pelbagai isu dan

cabaran berdasarkan trenda semasa. Antaranya trenda dan isu ialah;

Pentaksiran secara berkumpulan

Penggunaan teknologi dalam melaksanakan pentaksiran

Penggunaan aplikasi web dalam melaksanakan pentaksiran

Aspek keselamatam dan Intergriti

Antara punca ialah;

Ketelusan dan kesahihan maklumat

Kefahaman guru dalam mentafsir hasil pelajaran yang terdapat pada sukatan

pelajaran atau maklumat kursus.

Pengetahuan guru dalam pembinaan item

Perancangan masa dalam mentadbir pentaksiran

Lain-lain

Pentaksiran Berasaskan Web

Pentaksiran berasaskan web merupakan satu istilah umum yang merangkumi

penggunaan komputer dan Internet dalam proses pentaksiran. Istilah pentaksiran

berasaskan web ini adalah meluas, merangkumi pelbagai kegiatan yang mana

teknologi digital digunakan dalam semua kegiatan-kegiatan meliputi perancangan dan

penghantaran pentaksiran, penandaan oleh komputer dan alat-alat atas talian, dan

semua proses pelaporan, penyimpanan dan pemindahan data yang berkaitan dengan

pentaksiran di peringkat sekolah.

JISC/QCA (2007) mendefinisikan pentaksiran berasaskan web ini sebagai proses

pentaksiran secara elektronik yang mana Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) telah

digunakan untuk persembahan aktiviti pentaksiran dan mendapatkan maklum balas.

Menurut mereka lagi, kaedah pentaksiran berasaskan web ini adalah berbeza dengan

Page 93: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

83

pentaksiran berasaskan komputer (CBA) yang merujuk kepada pentaksiran

dilaksanakan dan ditandakan dengan komputer, dan pentaksiran berbantukan komputer

(CAA) adalah merujuk kepada amalan yang bergantung kepada penggunaan komputer:

contohnya, penggunaan atas talian bagi tujuan forum perbincangan, maklum balas

kerja kumpulan, penyelesaian dan penyerahan tugasan secara elekronik, atau e-

portfolio. Sehubungan ini sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan mencadangkan

supaya penggunaan teknologi diperluaskan dalam sistem pentaksiran berasaskan

sekolah (Marzita Abdullah, 2009).

Pentaksiran berasaskan web ini berpotensi mengembangkan pemahaman pelajar

terhadap pembelajaran guru dan merupakan satu kaedah latihan yang berkesan.

Pentaksiran berasaskan web adalah cara terbaik bagi mengenalpasti keperluan pelajar

dan dapat menanamkan keinginan untuk maju jika guru berupaya mengaitkan murid

kepada sumber rujukan yang baik dan tepat serta memberikan maklum balas serta

merta. Penggunaan teknologi yang mantap, dapat menyumbang kepada pentaksiran

yang berkesan (JISC/QCA, 2007).

Kebaikan:

Penjimatan masa, memudahkan menanda dan penjimatan ruang penyimpanan.

guru akan mempunyai lebih masa untuk proses pengajaran dan pembelajaran

lebih bersifat peribadi dimana pelajar boleh melaksanakan pentaksiran ini pada

bila-bila masa di mana sahaja mengikut kesesuaian masa murid itu sendiri

memberi maklum balas serta membuat analisis statistik dengan cepat dan tepat

berikutan dari penandaan secara automatik.

membantu ke arah pentaksiran pengajaran dan pembelajaran yang lebih cekap

dan berkesan (Bennett, 2000).

Page 94: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

84

Berdasarkan kandungan unit ini, anda dikehendaki mencari maklumat tentang trenda

dan isu-isu dalam pelaksanaan pentaksiran Pelancongan. Bincangkan kesan daripada

trenda dan isu-isu tersebut terhadap proses pengajaran dan pembelajaran

Pelancongan keseluruhannya dan cadangkan cara mengatasi sekiranya perlu.

AKTIVITI

Page 95: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

85

1. Hill, D., & Hill, T. (2012). Vocational training and assessment. New York :

McGraw-Hill.

2. Kubiszyn, T., & Borich, G. (2013). Educational testing and measurement:

Classroom application and practice. New Jersey: John Wiley & Sons, Inc

3. Paul W. Power. (2013). A guide to vocational assessment (5th ed.). Texas:

Pro.Ed.

4. Barkley, E. F., & Major, C. H. (2016). Learning assessment techniques: A

handbook for college faculty . San Francisco: Jossey-Bass.

5. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Pentaksiran kemahiran berfikir aras

tinggi. Putrajaya: Lembaga Peperiksaan.

6. Koas, S., Liu, X., & Wachira, P. (2015). Assessment in online and blended

learning environments. North Carolina: Information Age Publishing.

7. Norzila Mohd Yusof. (2013). School-based assessment : Transformation in

educational assessment in malaysia. Cambridge horizon: School-based

assessment: Prospects and realities in asian contexts. (pp. 1-9). Subang Jaya:

Cambridge Assessment.

8. Witte, R.H. (2012). Classroom assessment for teachers. New York : McGraw-Hill

RUJUKAN

Page 96: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

86

PANEL PENULIS MODUL PEMBELAJARAN PLCV2023 PEDAGOGI DALAM PELANCONGAN

NAMA KELAYAKAN

ABD GHANI BIN IHWAN Pensyarah IPG Kampus Pendidikan Teknik, Kompleks Pendidikan Nilai, Bandar Enstek, 71760 Nilai, Negeri Sembilan

Kelulusan: Sarjana Sains. (Teknologi Maklumat) Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik) Diploma Lanjutan Vocational Training Manager Diploma Kemahiran Malaysia (Pepasangan Dan Penyelenggaraan Elektik Voltan Rendah) Sijil Perguruan (PepasanganElektrik) Pengalaman: Penulis Modul MPAV KBSM Tingkatan 4 & 5 Pendawaian Elektik Penulis Modul RBT KSSR Tahun 6 Penulis Modul PGSR (Tek Elektrik Dan Elektronik) Panel Penggubal RMK RBT SM Panel Penggubal RMK DPLIV Pensyarah Kaedah Mengajar KHSR PISMP RBT Pensyarah Teknologi Elektrik Dan Elektrinik PISMP

ZAMRY BIN IBRAHIM Pensyarah IPG Kampus Pendidikan Teknik, Kompleks Pendidikan Nilai, Bandar Enstek, 71760 Nilai, Negeri Sembilan

Kelulusan:

Sarjana Sains (Fizik Gunaan)

Sarjana Muda Sains (Kep.) Kejuruteraan Elektrik (Elektronik

Perhubungan)) Pengalaman: Pensyarah Teknologi Elektrik Dan Elektrinik PISMP Guru Elektrik Dan Elektrinik

SAPIAH UYUNI BINTI MOHAMED YAACOB Pensyarah IPG Kampus Pendidikan Teknik, Kompleks Pendidikan Nilai, Bandar Enstek, 71760 Nilai, Negeri Sembilan

Kelulusan:

Bachelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani/ ERT) Sijil Perguruan (Pend. Peringkat Awal Kanak-kanak)

Pengalaman: Penulis Modul Bina Insan DPLD Pensyarah Giat Mara Panel Penggubal RMK PDPLI Penulis Modul PDPLI Pengurusan Pakej Pelancongan Pembina Kertas Konsep Kejurulatihan dan Latihan Amalan Nilai Profesionalisma Keguruan KPM Ketua Pembina Modul: Kursus Permata Kasih (Guru Pedalaman) Kursus Kilauan Intan (Guru Permulaan) Kursus Cahaya Delima (Guru 10 Tahun Perkhidmatan) Kursus Kilauan Kasih Nilam (Guru Umur Lebih 40 Thn) Penulis Modul Kursus ICT Guru Prasekolah KPM

Page 97: Modul Pembelajaran PLCV2033 PENTAKSIRAN DALAM … interim/2017/modul/MODUL Pentaksiran PLCV2033...Pentadbiran Ujian dalam Pelancongan 30 – 42 UNIT 4 - Penilaian Kualiti Item 43 –

87