29
MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0 NUR FAZILA BINTI SALLEH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) · PDF filemangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) ... Refleksi untuk Latihan pada Topik 4 Kata-kata Motivasi dan Hasil

  • Upload
    hahuong

  • View
    257

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) · PDF filemangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) ... Refleksi untuk Latihan pada Topik 4 Kata-kata Motivasi dan Hasil

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI

PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0

NUR FAZILA BINTI SALLEH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) · PDF filemangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) ... Refleksi untuk Latihan pada Topik 4 Kata-kata Motivasi dan Hasil
Page 3: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) · PDF filemangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) ... Refleksi untuk Latihan pada Topik 4 Kata-kata Motivasi dan Hasil

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer

serta Pendidikan (Fizik).”

Tandatangan : ………………………….

Nama Penyelia : EN. NORAFFANDY YAHAYA

Tarikh : 18 NOVEMBER 2008

Page 4: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) · PDF filemangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) ... Refleksi untuk Latihan pada Topik 4 Kata-kata Motivasi dan Hasil

i

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI

PERISIAN MICROSOFT VISUAL BASIC 6.0

NUR FAZILA BINTI SALLEH

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2008

Page 5: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) · PDF filemangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) ... Refleksi untuk Latihan pada Topik 4 Kata-kata Motivasi dan Hasil

i

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : .....................................

Nama Penulis : NUR FAZILA BINTI SALLEH

Tarikh : 18 NOVEMBER 2008

Page 6: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) · PDF filemangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) ... Refleksi untuk Latihan pada Topik 4 Kata-kata Motivasi dan Hasil

iii

Dedikasi

Buat Ayahanda & Bonda tercinta;

Salleh Bin Tuhalus & Fatimah Abd. Kadir,

Semua kasih sayang, pengorbanan serta nasihatmu menjadikanku lebih matang

dalam menjalani kehidupan ini...

Teristimewa buat tunangku;

Mohd. Herman Bin Klivon ,

Jutaan terima kasih atas semua semangat, dorongan dan

bantuan yang dikau berikan ...

Page 7: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) · PDF filemangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) ... Refleksi untuk Latihan pada Topik 4 Kata-kata Motivasi dan Hasil

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, dapatlah

saya menyiapkan penulisan Projek Sarjana Muda ini.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan

kepada Penyelia Projek Sarjana Muda iaitu En. Noraffandy Bin Yahaya yang telah sudi

memberi galakan, mencurahkan idea serta tunjuk ajar dalam menyiapkan tesis ini.

Sekalung penghargaan khas buat keluarga tercinta dan insan tersayang yang telah

banyak memberi dorongan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang projek

dijalankan. Sesungguhnya, kehadiran kalian di sisi memberi inspirasi yang tidak ternilai

harganya, terima kasih.

Kepada rakan-rakan, terima kasih kerana sudi berkongsi idea dan memberi

membantu. Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama terlibat

sepanjang pembangunan tesis ini.

Akhir sekali buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

membantu dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Terima kasih di atas segalanya.

Page 8: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) · PDF filemangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) ... Refleksi untuk Latihan pada Topik 4 Kata-kata Motivasi dan Hasil

v

ABSTRAK

Pembelajaran bermodul (PB) seperti Modul Pembelajaran Kendiri (MPK)

merupakan satu kaedah pengajaran yang bersesuaian dan berkesan untuk memastikan

para pelajar menguasai pembelajaran dengan lebih baik. Justeru itu, pembangun telah

mangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bagi

perisian Microsoft Visual Basic 6.0 sejajar dengan keperluannya di Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Dengan MPK ini, pelajar dapat belajar mengikut

kemampuan sendiri. Selain itu, MPK ini dibangunkan adalah sebagai bahan rujukan

tambahan pelajar semasa pembelajaran amali di dalam makmal selain daripada pelajar

boleh mempelajari perisian Microsoft Visual Basic 6.0 pada bila-bila masa mengikut

kemampuan sendiri. Penggunaan Teori Beban Kognitif juga dapat memberikan kesan

pembelajaran yang baik dimana modul ini menekankan visualisasi berbanding teks yang

panjang dalam proses pembelajarannya. Oleh itu, pembinaan modul pembelajaran ini

diharap dapat mengurangkan beban kognitif di kalangan pelajar.

Page 9: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) · PDF filemangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) ... Refleksi untuk Latihan pada Topik 4 Kata-kata Motivasi dan Hasil

vi

ABSTRACT

Learning with module (LM) like self learning model (SLM) is one of the most

suitable teaching techniques to ensure students mastering their lesson. Therefore, the

developer has taken an initiative to develop SLM for Microsoft Visual Basic 6.0

software to fulfill Faculty of Education, University Technology Malaysia (UTM) needs

in present day. With this module, students can learn based on their ability. Besides that,

this SLM was developing to be an additional revision during practical learning in

computer lab. The usage of Cognitive Load Theory also gives the good impact to the

students where this model actually emphasize more on visualization other on long text.

Therefore, hopefully this module development will decrease cognitive load among the

students.

Page 10: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) · PDF filemangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) ... Refleksi untuk Latihan pada Topik 4 Kata-kata Motivasi dan Hasil

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

TAJUK

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

ISI KANDUNGAN

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xii

xv

xvi

I

PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Skop Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

1.6.1 Pelajar Fakulti Pendidikan

1.6.2 Pensyarah

1.6.3 Fakulti Pendidikan

1

3

8

10

10

11

11

11

12

Page 11: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) · PDF filemangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) ... Refleksi untuk Latihan pada Topik 4 Kata-kata Motivasi dan Hasil

viii

1.7 Definisi Istilah

1.8 Penutup

13

16

II

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan

2.2 Sejarah Modul

2.3 Takrif Pengajaran Individu

2.4 Takrif Modul

2.5 Pembelajaran Kendiri

2.6 Model Pembelajaran Kendiri

2.7 Andaian Modul

2.8 Prinsip Modul

2.9 Objektif Penggunaan Modul

2.10 Proses Pembelajaran Modul

2.11 Kebaikan Modul Pembelajaran Kendiri

2.12 Modul dalam Sistem Pendidikan di Malaysia

2.13 Kesan Penggunaan MPK ke atas pencapaian

akademik

2.14 Pendekatan Pembelajaran

2.15 Teori Beban Kognitif

2.15.1 Cadangan Rekabentuk Modul

Pembelajaran Berdasarkan Teori Beban

Kognitif

2.15.2 Ciri Modul Pembelajaran Berdasarkan

Teori Beban Kognitif

2.16 Model Rekabentuk Pembangunan MPK

2.16.1 Model ADDIE

2.17 Penutup

17

18

19

20

22

24

27

28

28

29

30

33

34

35

36

37

41

41

42

46

Page 12: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) · PDF filemangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) ... Refleksi untuk Latihan pada Topik 4 Kata-kata Motivasi dan Hasil

ix

III REKA BENTUK MODUL

3.1 Pendahuluan

3.2 Fasa Analisis

3.2.1 Mengenalpasti Masalah

3.2.2 Matlamat Pembinaan Modul

3.2.3 Kumpulan Sasaran

3.2.4 Skop Isi Pelajaran

3.2.5 Hasil Pembelajaran Topik

3.3 Fasa Rekabentuk

3.3.1 Pendekatan

3.3.2 Susunan Modul

3.3.2.1 Kata-kata Motivasi

3.3.2.2 Hasil Pembelajaran

3.3.2.3 Pengenalan

3.3.2.4 Isi Pelajaran

3.3.2.5 Contoh Sebenar

3.3.2.6 Nota Tambahan

3.3.2.7 Tips

3.3.2.8 Latihan

3.4 Fasa Pembangunan

3.4.1 Perisisan yang digunakan

3.4.2 Isi kandungan

3.4.3 Rangsangan yang Menarik

3.5 Fasa Perlaksanaan

3.6 Fasa Penilaian

3.7 Penutup

47

48

49

49

49

49

50

50

51

51

51

52

52

52

52

53

53

53

53

54

54

54

55

56

56

Page 13: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) · PDF filemangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) ... Refleksi untuk Latihan pada Topik 4 Kata-kata Motivasi dan Hasil

x

IV

HASIL PEMBANGUNAN:

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI

4.1 Pendahuluan

4.2 Kriteria Modul

4.2.1 Topik 1

4.2.1.1 Kata-kata Motivasi dan Hasil

Pembelajaran

4.2.1.2 Pengenalan

4.2.1.3 Isi Pelajaran

4.2.2 Topik 2

4.2.2.1 Kata-kata Motivasi dan Hasil

Pembelajaran

4.2.2.2 Pengenalan

4.2.2.3 Isi Pelajaran

4.2.3 Topik 3

4.2.3.1 Kata-kata Motivasi dan Hasil

Pembelajaran

4.2.3.2 Pengenalan

4.2.3.3 Isi Pelajaran

4.2.4 Topik 4

4.2.4.1 Kata-kata Motivasi dan Hasil

Pembelajaran

4.2.4.2 Pengenalan

4.2.4.3 Isi Pelajaran

4.2.4.4 Latihan

4.2.5 Topik 5

4.2.5.1 Kata-kata Motivasi dan Hasil

Pembelajaran

4.2.5.2 Pengenalan

58

59

59

60

60

61

62

63

64

65

66

68

69

69

71

72

73

Page 14: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) · PDF filemangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) ... Refleksi untuk Latihan pada Topik 4 Kata-kata Motivasi dan Hasil

xi

4.2.5.3 Isi Pelajaran

4.2.5.4 Latihan

4.3 Dapatan Kajian

4.4 Penutup

74

75

77

79

V

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan

5.3 Masalah-masalah yang Dihadapi semasa

Pembinaan MPK

5.4 Cadangan

5.5 Kesimpulan

5.6 Penutup

80

80

87

88

90

91

RUJUKAN 92

LAMPIRAN

94

Page 15: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) · PDF filemangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) ... Refleksi untuk Latihan pada Topik 4 Kata-kata Motivasi dan Hasil

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1

2.2

2.3

2.4

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

Tiga Peringkat Proses Pembelajaran Modul

Reka bentuk screen capture skrin penuh

Reka bentuk screen capture sebahagian skrin

Model ADDIE

Kata-kata Motivasi dan Hasil Pembelajaran bagi Topik 1

Pengenalan bagi topik 1

Contoh yang menunjukkan sistem penomboran di

dalam penyampaian isi pelajaran bagi Topik 1

Kata-kata Motivasi dan Hasil Pembelajaran bagi Topik 2

Bahagian pengenalan bagi Topik 2

Contoh yang menunjukkan sistem penomboran di

dalam penyampaian isi pelajaran, penggunaan nota dan tip

29

40

40

43

59

60

61

62

63

64

Page 16: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) · PDF filemangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) ... Refleksi untuk Latihan pada Topik 4 Kata-kata Motivasi dan Hasil

xiii

4.7

4.8

4.9

4.10

4.11

4.12

4.13

4.14

4.15

4.16

4.17

4.18

bagi Topik 2

Kata-kata Motivasi dan Hasil Pembelajaran bagi Topik 3

Bahagian pengenalan bagi Topik 3

Contoh yang menunjukkan penyampaian isi

kandungan pelajaran bagi Topik 3

Contoh yang menunjukkan penggunaan nota dan tip bagi

Topik 3

Kata-kata Motivasi dan Hasil Pembelajaran bagi Topik 4

Bahagian pengenalan bagi Topik 4

Contoh yang menunjukkan sistem penomboran di

dalam penyampaian isi pelajaran, penggunaan nota dan tip

bagi Topik 4

Objektif dan Penerangan untuk Latihan pada Topik 4

Refleksi untuk Latihan pada Topik 4

Kata-kata Motivasi dan Hasil Pembelajaran bagi Topik 5

Bahagian pengenalan bagi Topik 5

Contoh yang menunjukkan sistem penomboran di

dalam penyampaian isi pelajaran, penggunaan nota bagi

Topik 5

65

66

67

67

68

69

70

71

72

73

74

75

Page 17: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) · PDF filemangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) ... Refleksi untuk Latihan pada Topik 4 Kata-kata Motivasi dan Hasil

xiv

4.19

4.20

4.21

Objektif dan Penerangan untuk Latihan pada Topik 5

Contoh kod beserta penerangan setiap kod

Refleksi untuk Latihan pada Topik 5

76

76

77

Page 18: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) · PDF filemangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) ... Refleksi untuk Latihan pada Topik 4 Kata-kata Motivasi dan Hasil

xv

SENARAI SINGKATAN

MPK - Modul Pembelajaran Kendiri

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PB - Pembelajaran Bermodul

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 19: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) · PDF filemangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) ... Refleksi untuk Latihan pada Topik 4 Kata-kata Motivasi dan Hasil

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A

B

C

D

E

F

Borang Penilaian Pakar

Borang Penilaian Pelajar 1

Borang Penilaian Pelajar 2

Borang Penilaian Pelajar 3

Borang Penilaian Pelajar 4

Borang Penilaian Pelajar 5

94

95

96

97

98

99

Page 20: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) · PDF filemangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) ... Refleksi untuk Latihan pada Topik 4 Kata-kata Motivasi dan Hasil

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Wawasan 2020 merupakan satu matlamat atau jangkaan yang hendak dicapai

oleh Malaysia. Sesebuah negara yang mempunyai wawasan memerlukan rakyat yang

mempunyai kebolehan, kemampuan, daya tahan, daya saing serta daya juang yang tinggi

(Sidek Mohd Noah dan Jamaludin Ahmad, 2005). Walau bagaimanapun, cita-cita

negara tidak akan tercapai hanya dengan meningkatkan infrastruktur atau menambah

bilangan sumber tenaga murah. Sebaliknya, pencapaian matlamat ini memerlukan satu

peningkatan tahap produktiviti dan daya saing negara. Maka, bidang pendidikan

merupakan bidang yang penting dalam membentuk dan membangunkan sesebuah

negara. Ia memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan

dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat

menangani cabaran-cabaran abad ke-21.

Justeru dapat dilihat dunia pendidikan adalah suatu bidang yang tidak dapat

diasingkan daripada proses perkembangan dan pembangunan sesebuah negara. Dunia

Page 21: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) · PDF filemangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) ... Refleksi untuk Latihan pada Topik 4 Kata-kata Motivasi dan Hasil

2

pendidikan banyak dipengaruhi oleh dasar dan matlamat negara dan dalam masa yang

sama kaedah pendidikan yang dipilih sering kali seiringan dengan matlamat negara.

(Abdullah Sani Yahaya, 2003). Oleh itu, ia perlu diberikan perhatian yang serius.

Dalam abad ke-21, masyarakatnya berlumba menguasai ilmu pengetahuan.

Masyarakat diberikan kesedaran tentang budaya menggalakkan ahli masyarakat

membaca. Tanpa kemahiran membaca, masyarakat mempunyai halangan untuk mencari

dan meningkatkan ilmu mereka. Usaha ini memerlukan pembangunan modal insan dari

segi keupayaan dan intelek. Justeru itu, Misi Nasional dan Rancangan Malaysia

Kesembilan telah menetapkan “pembangunan modal insan berminda kelas pertama”

sebagai salah satu daripada lima teras utama ke arah mencapai Wawasan 2020 (Dato’

Seri Abdullah Ahmad Badawi, 2006). Sesungguhnya, kejayaan agenda pembangunan

modal insan amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara.

Kenyataan ini juga selari dengan sasaran UTM iaitu untuk meningkatkan kualiti

pendidikan di dalam usaha melahirkan sumber manusia yang berdaya saing dan kreatif.

Bagi melaksanakan hasrat ini, sewajarnya amalan pendekatan, kaedah dan teknik

pengajaran diberi nafas baru dan dipelbagaikan untuk merangsang minda pelajar

menjadi pelajar yang kreatif. Pelajar tidak seharusnya pasif dan hanya memberi respon

kepada rangsangan guru (Boud,1988; Kohonen, 1992; Knowles,1975). Pendekatan

pengajaran secara ‘spoon feeding’ seharusnya dikikis dari pemikiran para pendidik tetapi

diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan

maklumat. Maka, para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak hidup

manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.

Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu di kalangan para

pelajar. Meskipun mereka berada dalam bidang yang sama, mereka tetap mempunyai

perbezaan individu seperti teknik dan gaya belajar, cara menyelesaikan masalah, tingkah

Page 22: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) · PDF filemangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) ... Refleksi untuk Latihan pada Topik 4 Kata-kata Motivasi dan Hasil

3

laku, motivasi, kesediaan dan kebolehan menguasai sesuatu kemahiran dan nilai

terhadap satu-satu pelajaran (Burn,1971). Walaubagaimanapun, kita dapati di

kebanyakan bilik darjah, para pelajar biasanya terikat pada urutan pengajaran dan bahan-

bahan pembelajaran yang sama seperti rakan-rakan mereka yang lain. Salah satu cara

yang boleh digunakan untuk menangani masalah ini ialah dengan mengindividukan

pengajaran iaitu membuatkan aktiviti-aktiviti pembelajaran sesuai mengikut kebolehan

para pelajar.

Modul pembelajaran kendiri adalah salah satu cara untuk mengindividukan

pengajaran. Modul pembelajaran kendiri adalah pakej pembelajaran yang bertujuan

untuk membolehkan para pelajar belajar sendiri dengan adanya bahan P&P bercetak

(Shaharom, 1994). Modul pembelajaran kendiri ini berfungsi sebagai tutor kepada

pelajar manakala pensyarah sebagai fasilitator sahaja. Hasil kajian yang telah dilakukan

oleh Habibah Elias (1991) membuktikan bahawa kegunaan modul boleh membantu

meningkatkan prestasi pencapaian seseorang pelajar. Shaharom Noordin (1990)

menjelaskan bahawa kegunaan modul pembelajaran kendiri memberikan pelajar sedikit

ruang kebebasan untuk meneruskan proses pembelajaran mereka mengikut kebolehan

dan cara masing-masing dalam menyudahkan aktiviti pembelajaran yang terkandung

dalam modul berkenaan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran komputer di universiti pada

masa kini, corak penyampaian pelajaran masih berada di tahap lama dan tradisonal. Ini

dapat dilihat menerusi kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan, di

mana kaedah kelas masih diamalkan. Pensyarah berdiri di hadapan kelas, membaca atau

Page 23: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) · PDF filemangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) ... Refleksi untuk Latihan pada Topik 4 Kata-kata Motivasi dan Hasil

4

menulis di papan putih manakala pelajar-pelajar menerima sahaja apa-apa yang

diberikan oleh pensyarah. Proses pengajaran dan pembelajaran begini berlaku secara

sehala dan pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak aktif. Ini kerana proses ini

hanya berlaku sehala, iaitu guru memberi seberapa banyak tunjuk ajar yang mungkin

dan pelajar hanya menerima apa-apa yang diberikan oleh guru (Salleh Long, 2000).

Selain itu, sesetengah pensyarah menggunakan teknik soal jawab untuk berinteraksi

dengan pelajar tetapi teknik ini juga menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran

masih bersifat teacher centered kerana pensyarah yang mengemukakan soalan dan

pelajar hanya memberi pendapat atau jawapan. Dalam tempoh masa semester yang

terhad pula, tidak semua pelajar berpeluang melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan. Hal ini menyebabkan para pelajar mudah merasa bosan

dan tidak menumpukan perhatian yang sepenuhnya ketika proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan.

Sesekali, dalam proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran komputer,

kaedah perbincangan kumpulan juga digunakan oleh pensyarah-pensyarah dan

pensyarah bertindak sebagai pemudah cara. Pensyarah juga sesekali menunjukkan cara-

cara menggunakan komputer secara langkah demi langkah. Contohnya dalam mata

pelajaran Bahasa Pengaturcaraan II (SPM 3112) yang diajarkan di UTM Skudai.

Perisian yang dipelajari ialah perisian Microsoft Visual Basic 6. 0 dan ini memerlukan

pensyarah menunjukkan langkah demi langkah cara-cara menghasilkan sesuatu projek.

Tetapi masa yang diperuntukkan tidak mencukupi. Pensyarah terpaksa mengajar dengan

pelajar yang banyak didalam kelas dengan laju dan pelajar tidak dapat mengikutinya.

Dengan kelas yang ramai pelajar, pensyarah sukar untuk memantau dan menguji

kefahaman pelajar. Dan di sinilah bergunanya sesuatu Modul Pengajaran Kendiri

(MPK). Pelajar boleh belajar sendiri dan mengikut kemampuan sendiri (Shaharom

Noordin, 1994).

Perbezaan individu di kalangan pelajar dari segi gaya pembelajaran, perhatian

Page 24: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) · PDF filemangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) ... Refleksi untuk Latihan pada Topik 4 Kata-kata Motivasi dan Hasil

5

terhadap pelajaran, kecepatan dalam pembelajaran, minat dan sebagainya merupakan

masalah yang seharusnya di ambil kira dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Perbezaan individu ialah perbezaan dalam apa jua ciri yang dapat dikenalpasti antara

individu termasuk aspek fisiologi, intelek, emosi, motivasi dan psikologi seperti

kecerdasan ( Siti Hawa Munji, 1993).

Masalah yang ketara yang berlaku dalam sistem pembelajaran matapelajaran

komputer pada masa kini ialah, ‘spoon feeding’. Pelajar-pelajar menerima apa-apa yang

diberikan oleh pensyarah. Oleh sebab kekangan waktu, peluang untuk pelajar-pelajar

berinteraksi dan berbincang dengan pensyarah terhad (Salleh Long, 2000). Sekiranya

mereka ada masalah, mereka terpaksa berjumpa pensyarah berkenaan pada waktu lain.

Tetapi bukan semua pelajar mahu berjumpa dengan pensyarah. Bagi pihak pensyarah

pula, mereka tidak dapat meluangkan masa untuk membantu pelajar-pelajar kerana

tugas-tugas lain. Oleh itu, mereka hanya dapat memantau kemajuan pelajar pada waktu

mata pelajaran itu dijalankan sahaja.

Perbincangan dan pertukaran pendapat antara pelajar pula hanya berlaku di

kalangan pelajar-pelajar kelas ataupun di dalam kumpulan mereka itu sahaja dan mereka

tidak berpeluang untuk berbincang dengan pelajar-pelajar kelas lain. Meskipun kini

UTM telah memperkenalkan “e-learning” iaitu salah satu tren penggunaan teknologi

yang utama dalam era ICT dewasa ini (Goh dan Azman, 2005), tetap tidak semua pelajar

yang melibatkan diri secara aktif dalam perbincangan disebabkan oleh perasaan malu

dan rendah diri. Kebanyakan pelajar malu untuk mengeluarkan pendapat sendiri kerana

merasakan pendapat mereka itu tidak tepat dan takut tidak mendapat maklumbalas

daripada pelajar-pelajar lain.

Salah satu cara yang boleh digunakan untuk menangani masalah ini ialah dengan

mengindividukan pengajaran iaitu membuatkan aktiviti-aktiviti pembelajaran sesuai

Page 25: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) · PDF filemangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) ... Refleksi untuk Latihan pada Topik 4 Kata-kata Motivasi dan Hasil

6

mengikut kebolehan para pelajar. Di samping mengekalkan pendekatan sistem yang ada

sekarang, langkah ini juga boleh membuatkan proses pembelajaran yang berlaku akan

lebih humanistik. Ini adalah sejajar dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan insan

yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani (Falsafah

Pendidikan Negara, 1990; Shaharom, 1992).

Modul pembelajaran kendiri merupakan satu alternatif bagi memupuk dan

memberi pendedahan awal kepada pelajar untuk belajar sendiri tanpa bergantung kepada

pensyarah. Maka, pembinaan modul pembelajaran kendiri merupakan salah satu cara

untuk melaksanakan objektif ini. Keadaan ini akan membolehkan pelajar belajar sendiri

mengikut kebolehan dan kemampuan sendiri. Modul pengajaran kendiri perisian

Microsoft Visual Basic 6. 0 yang terdapat di pasaran adalah terlalu mahal. Maklumlah,

ia ditulis oleh pembangun luar negara dengan ayat-ayat bahasa inggeris yang berbelit-

belit serta menggunakan perbendaharaan kata yang tinggi. Seseorang pengguna yang

biasa tidak akan berusaha untuk merujuk pada kamus untuk setiap perkataan yang

pelajar tidak tahu. Pengguna akan mudah mengalah dan akan menganggap perisian

Microsoft Visual Basic 6.0 ini susah.

Selain bahasa yang digunakan sukar untuk difahami, contoh-contoh yang

digunakan pula terlalu rumit untuk diikut oleh pelajar. Urutan pelajaran dari susah ke

senang seharusnya diaplikasikan dalam setiap modul pembelajaran kendiri. Ini kerana

pengguna belajar dari senang ke susah, dari konkrit ke abstrak, dan dari am kepada yang

khusus (Saniah Sayuti, et al 2000). Di dalam buku-buku yang berada di pasaran tidak

mengaplikasikan cara ini. Pembangun menganggap semua pelajar sudah mahir dengan

asas-asas perisian Microsoft Visual Basic 6. 0. Ini tidak adil bagi pengguna yang baru

untuk belajar perisian Microsoft Visual Basic 6. 0

Memandangkan potensi modul yang semakin menyerlah, maka pembinaan dan

Page 26: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) · PDF filemangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) ... Refleksi untuk Latihan pada Topik 4 Kata-kata Motivasi dan Hasil

7

penghasilan modul telah dipertimbangkan dalam projek sarjana muda ini untuk tajuk

Microsoft Visual Basic 6. 0 bagi topik Misrosoft Visual Basic 6.0 Installation, Getting

Acquainted with Visual Basic, Creating Your First Application, Form dan Working with

Objects sahaja. Secara ringkasnya, bahan modul jika dibina dengan teliti dan digunakan

dengan cara yang betul boleh membantu pelajar menguasai aspek-aspek tertentu dalam

sesuatu aktiviti pembelajaran.

Cadangan untuk menggunakan program kaedah pengajaran dan pembelajaran

individu berbentuk modul untuk mengatasi masalah kekurangan guru dan bahan rujukan

adalah bagus untuk memperkenalkan cara baru untuk belajar (H. K. Chai, 1991). MPK

yang dihasilkan adalah modul berteraskan langkah demi langkah. Bermaksud pengguna

belajar mengikut urutan satu per satu, dari senang ke susah. Dengan menggunakan

bahasa Inggeris yang mudah, pengguna lebih mudah faham dan dapat mengikuti contoh-

contoh yang mudah yang diberikan dalam modul pengajaran kendiri. Pengguna boleh

belajar pada bila-bila masa mengikut kecepatan dan kebolehan pengguna itu sendiri

(Shahrom Noordin, 1994).

Selain itu juga, buku-buku yang terdapat di pasaran kurang menggunakan teks

dan rajah sebagai nota pengajaran dan pembelajaran.

“Pembaca-pembaca akan bergerak di dalam satu baris teks untuk membina satu

gambaran pangkalan teks. Mereka akan membina sebuah model mental tentang

keadaan yang diterangkan menggunakan maklumat daripada pangkalan teks

yang terdapat di dalam ingatan jangka panjang. Mereka akan cuba memahami

perkataan sukar atau tidak biasa secara perlahan-lahan. Jika terdapat sebuah

gambar, mereka mungkin akan merujuk kepada gambar untuk memahami teks.

Pemerhatian terhadap gambar akan meningkatkan pengetahuan domain pembaca.

Pembaca-pembaca akan memerhati berulang-kali antara teks dan gambar untuk

Page 27: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) · PDF filemangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) ... Refleksi untuk Latihan pada Topik 4 Kata-kata Motivasi dan Hasil

8

menjelaskan makna sepatah kata atau untuk membina atau untuk menghuraikan

makna teks. Semua strategi-strategi ini dan keputusan perwakilan mental boleh

digunakan dalam melengkapi kemahiran-kemahiran dan kekurangan-kekurangan

pelajar”

(Shebilske and Reid, 1979)

Berdasarkan petikan di atas, jelas penyelidik mengambil inisiatif untuk

menghasilkan modul pembelajaran kendiri yang menyediakan penerangan prosedur

secara teks dan rajah. Fakta ini disokong Kuntz, Drewniak dan Schott (1989), yang

menyatakan bahawa pelajar yang kurang cemerlang dalam pendiidkan akademik akan

bertambah baik jika mereka didedahkan dengan gambar dan diagram pepohon (tree

diagram). Pelajar yang mempunyai latar belakang akademik yang baik memadai

bergantung kepada model mental mereka dalam membantu pemahaman terhadap sesuatu

pembelajaran.

Dengan ini, modul pembelajaran kendiri ini amat berguna untuk membolehkan

pelajar menyesuaikan diri dengan baik dengan situasi pembelajaran bertepatan dengan

kaedah pembelajaran di peringkat tinggi yang lebih cenderung kepada pembelajaran

kendiri yang mana modul ini adalah sebagai inisiatif bagi menggalakkan pelajar untuk

belajar sendiri tanpa bergantung semata- mata kepada pensyarah.

1.3 Pernyataan Masalah

Pada era globalisasi serta teknologi maklumat yang pesat ini, penekanan kepada

Page 28: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) · PDF filemangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) ... Refleksi untuk Latihan pada Topik 4 Kata-kata Motivasi dan Hasil

9

aspek-aspek mutu pendidikan secara menyeluruh adalah penting. Aspek ini penting

kerana mutu pendidikan menjamin kejayaan atau kegagalan dalam sesebuah organisasi.

Sebagaimana yang kita ketahui, kini terdapat pelbagai bahan rujukan berada di

pasaran. Namun, kebanyakan daripadanya menggunakan Bahasa Inggeris aras tinggi

sebagai bahasa pengantar. Keadaan ini akan melambatkan kefahaman pelajar

dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran terutama bagi subjek komputer seperti yang

dikaji oleh pembangun iaitu subjek Bahasa Pengaturcaraan II seterusnya memberikan

kesukaran kepada pelajar dan juga pensyarah untuk menjalani dan meneruskan proses

pengajaran dan pembelajaran di fakulti.

Terdapat beberapa masalah yang dapat dikenal pasti bagi mata pelajaran Bahasa

Pengaturcaraan II, sebelum ini tiada modul pembelajaran kendiri yang khas bagi

pengajaran Bahasa Pengaturcaraan II di makmal yang dibina berdasarkan sukatan

pelajaran subjek ini di Fakulti Pendidikan, UTM. Ketiadaan modul yang khusus dan

sesuai menimbulkan kepayahan di kalangan pelajar untuk mendapatkan panduan selain

daripada nota kuliah yang diberi pensyarah serta beberapa bahan rujukan luar.

Kebanyakan bahan rujukan berada di pasaran mempunyai skop pembelajaran yang

terlalu luas dan berbeza dari sukatan pelajaran yang dibina oleh Jabatan Multimedia

Fakulti Pendidikan. Keadaan ini bertambah rumit kerana kebanyakan bahan rujukan

yang berada di pasaran adalah dari luar negara yang kebanyakannya sukar diperoleh dan

harganya mahal. Keadaan ini menyukarkan dan membebankan kognitif pelajar dan juga

pensyarah dari Fakulti Pendidikan di UTM ini untuk membuat rujukan dan memerlukan

buku rujukan yang banyak untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Bebanan

membawa nota atau rujukan yang pelbagai menyebabkan pelajar mengambil jalan

mudah dengan tidak membawa nota dan hanya mendengar pensyarah mengajar

dihadapan. Nota-nota yang diberikan oleh pensyarah secara berperingkat-peringkat

tidak dikemaskini menyebabkan ada nota yang tercicir secara tidak langsung

menyebabkan faktor keciciran berlaku.

Page 29: MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) · PDF filemangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) ... Refleksi untuk Latihan pada Topik 4 Kata-kata Motivasi dan Hasil

1

Disebabkan hal ini, maka pembangun ingin membina Modul Pembelajaran

Kendiri bagi topik Misrosoft Visual Basic 6.0 Installation, Getting Acquainted with

Visual Basic, Creating Your First Application, Form dan Working with Objects dalam

subjek Bahasa Pengaturcaraan II bagi mengatasi masalah ini. Pembangun menggunakan

Teori Beban Kognitif dalam merekabentuk modul ini dan penyampaian isi kandungan

secara langkah demi langkah. Diharapkan penghasilan modul ini dapat membantu

semua pihak terutama kepada pelajar dan pensyarah di Fakulti Pendidikan ini.

1. 4 Objektif Kajian

Antara objektif kajian yang ingin dicapai dalam kajian ini dalah seperti berikut:

1. 4. 1 Merekabentuk satu Modul Pembelajaran Kendiri bagi topik Misrosoft

Visual Basic 6.0 Installation, Getting Acquainted with Visual Basic,

Creating Your First Application, Form dan Working with Objects

menggunakan aplikasi Visual Basic 6.0 bagi subjek Bahasa

Pengaturcaraan II.

1. 4. 2 Merekabentuk satu Modul Pembelajaran Kendiri yang berdasarkan Teori

Beban Kognitif.