10
(KOD DAN NAMA KURSUS) TAJUK 7 Kemahiran Matematik Berfungsi 7.0 SINOPSIS Topik ini menjelaskan matematik berfungsi, kurikulum berfungsi, pengajaran dan pembelajaran matematik berfungsi serta cadangan aktiviti. 7.1 HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan kepentingan matematik berfungsi 2. menghuraikan matematik berfungsi 3. menjelaskan prinsip-prinsip pengajaran matematik berfungsi 4. menjelaskan dan memberikan contoh-contoh aktiviti matematik berfungsi 7.2 KERANGKA TAJUK 62

modul keadah pemulihan matematik topik 7

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: modul keadah pemulihan matematik topik 7

(KOD DAN NAMA KURSUS)

TAJUK 7 Kemahiran Matematik Berfungsi

7.0 SINOPSIS

Topik ini menjelaskan matematik berfungsi, kurikulum berfungsi,

pengajaran dan pembelajaran matematik berfungsi serta cadangan

aktiviti.

7.1 HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan kepentingan matematik berfungsi

2. menghuraikan matematik berfungsi

3. menjelaskan prinsip-prinsip pengajaran matematik berfungsi

4. menjelaskan dan memberikan contoh-contoh aktiviti matematik berfungsi

7.2 KERANGKA TAJUK

Mengapakah kanak-kanak berkeperluan khas perlu diajar

62

Matematik Berfungsi

Matematik Berfungsi Kurikulum Berfungsi P & P matematik berfungsi Cadangan Aktiviti

Page 2: modul keadah pemulihan matematik topik 7

(KOD DAN NAMA KURSUS)

kemahiran

matematik berfungsi?

7.3 Matematik Berfungsi

Matematik Berfungsi membolehkan pelajar memiliki pelbagai pengetahuan,

kemahiran dan melahirkan pelajar yang berkeyakinan dalam kehidupan harian

dan kerjaya. Individu yang memiliki kemahiran ini akan dapat meningkatkan diri

dalam bidang pendidikan, latihan dan kerjaya serta dapat memberi sumbangan

dalam masyarakat dan kerjaya.

Tujuan kemahiran matematik berfungsi adalah:

Mengembangkan kemahiran yang diperlukan dalam kerjaya,

pembelajaran dan kehidupan

Menangani masalah kemahiran yang terpisah

Menjadikan pelajar lebih berkeyakinan

Menjadikan pelajar lebih yakin semasa berhubung dengan orang lain

dalam kehidupan

Ciri-ciri kemahiran matematik berfungsi adalah berasas kepada kemahiran

menyelesaikan masalah. Mengajar pelajar kemahiran matematik berfungsi

bermakna guru juga membantu membentuk kemahiran penyelesaian masalah

pelajar. Pembelajaran kemahiran matematik berfungsi boleh dilaksanakan

dalam mata pelajaran Bahasa , Matematik mahupun teknologi maklumat dengan

cara menggalakkan pelajar menyelesaikan masalah yang sering dihadapi dalam

kehidupan harian pelajar. Kemahiran matematik berfungsi bertujuan melahirkan

individu yang memiliki pelbagai pengetahuan dan kemahiran penyelesaian

masalah bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan lebih baik dalam

komuniti, kehidupan harian dan kerjaya. Guru bertanggungjawab memastikan

Individu bermasalah pembelajaran diajar dan di beri pendedahan menggunakan

63

Page 3: modul keadah pemulihan matematik topik 7

(KOD DAN NAMA KURSUS)

kemahiran matematik yang dipelajari agar dapat digunakan dalam kehidupan

harian dengan baik.

7.4 Kurikulum Berfungsi (Functional Curriculum)

Kurikulum berfungsi dibentuk untuk mengajar kemahiran kehidupan berfungsi

atau dalam kata lain kemahiran-kemahiran yang perlu dalam kehidupan,

pekerjaan dan dapat digunakan dalam kehidupan bermasyarakat (Brown et al.,

1979; Falvey, 1989; Snell & Broeder, 1987). Patton, Cronin dan Jairrels (1997)

telah menggariskan komponen-komponen di dalam kurikulum berfungsi sebagai

kemahiran berfungsi dalam akademik, pendidikan vokasional, kehidupan

bermasyarakat, kehidupan harian, kewangan, kehidupan berdikari,

pengangkutan, hubungan sosial, dan keperluan diri. Kurikulum berfungsi perlu

diberi kepada pelajar bermasalah pembelajaran agar mereka dapat menguasai

kemahiran-kemahiran yang sangat diperlukan dalam kehidupan dan apabila

pendidikan sedia ada gagal memberi kemahiran yang diperlukan untuk menjalani

kehidupan harian setelah mereka tamat persekolahan.

7.5 Pengajaran dan pembelajaran matematik berfungsi.

Pengajaran dan pembelajaran matematik berfungsi adalah sebagai panduan

kepada guru matematik untuk menerapkan kemahiran matematik berfungsi

dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat enam langkah yang perlu

dilaksanakan oleh guru untuk mengajar matematik berfungsi iaitu:

Mengenalpasti matematik berfungsi yang ingin diajar dan perubahan yang

yang diharapkan

Proses penyelesaian masalah – bagaimana hendak menggunakan proses

penyelesaian masalah agar pembelajaran matematik benar-benar

berfungsi

64

Page 4: modul keadah pemulihan matematik topik 7

(KOD DAN NAMA KURSUS)

Merancang aktiviti untuk membantu pelajar dapat menggunakan

matematik dengan berfungsi

Aktiviti merentas kurikulum

Penilaian

Refleksi

Guru boleh membantu pelajar untuk menjadikan matematik berfungsi iaitu:

Kenalpati situasi yang menggunakan matematik

Menggunakan situasi tersebut

Menghuraikan situasi menggunakan matematik

Membuat analisis, mendapatkan jawapan dan kaedah penyelesaian

Menghuraikan hasil matematik berdasar situasi

Menjelaskan keputusan dan membuat rumusan

Isi kandungan pengajaran matematik berfungsi :

Pengurusan diri

o Mengenalpasti jumlah cukai

o Membandingkan perbelanjaan

o Mengetahui nilai wang yang dimiliki

o Mengetahui jadual kerja

o Pengurusan kewangan

Pengurusan harta dan kesihatan diri

o Pertimbangan diri dan orang lain

o Mengira jumlah kalori yang perlu

o Jadual pengambilan ubatan

o Membandingkan perbelanjaan

o Insurans

o penyelenggaraan

rekreasi

65

Page 5: modul keadah pemulihan matematik topik 7

(KOD DAN NAMA KURSUS)

o membuat perbandingan perbelanjaan pengangkutan

o perbelanjaan majalah dan surat khabar

o hiburan : menonton wayang, televisyen, internet, sukan, konsert

dan sebagainya

7.6 Model-model Kemahiran Matematik Berfungsi

Life Centered Career Education (LCCE) menggariskan 8 kemahiran matematik

berfungsi dalam kehidupan.

Menguruskan kewangan keluarga – menyediakan belanjawan

Mengurus rumahtangga – mengira perbelanjaan rumah

Mempamerkan cara kerja dan sikap yang betul – memahami arahan

secara lisan dan tulisan

Membeli dan menyediakan makanan – merancang bagi penyediaan

makanan yang berkhasiat

Membeli dan menjaga pakaian – merancang perbelanjaan untuk pakaian,

menggunakan mesin basuh

Keyakinan diri - menganalisis tahap kemahiran dan menganalisis diri

Bergaul dengan komuniti – membuat perancangan perjalanan

Kemahiran menyelesaikan masalah - menggunakan strategi dan

penyelesaian yang berkesan

Cronin dan Patton’s menggariskan 6 subdomain dan kemahiran matematik

berfungsi

Kemahiran dalam pekerjaan – mengetahui jumlah pendapatan

Mengurus rumahtangga - mengira perbelanjaan rumah

Keraian - membandingkan makan di rumah dengan makan di luar

Kesihatan - menggunakan jangka suhu

Hubungan - merancang kos untuk perjumpaan

66

Page 6: modul keadah pemulihan matematik topik 7

(KOD DAN NAMA KURSUS)

Perkhidmatan - maklumat permit bangunan

7.7 Cadangan Aktiviti Matematik Berfungsi

1) Situasi

Berikut adalah contoh senario yang boleh digunakan dalam matematik berfungsi

Perjalanan bas ke tempat kerja?

Membuat secawan kopi?

Menonton DVD?

Menonton perlawanan bola sepak?

Merancang percutian?

Cuaca hari ini?

Mebuat kuih?

2) Gambar

Bina soalan berdasarkan gambar?

3) Perbandingan

Apakah persamaan dan perbezaan bentuk rajah dibawah?

67

Page 7: modul keadah pemulihan matematik topik 7

(KOD DAN NAMA KURSUS)

Latihan 1

Pilih dua isi kandungan matematik berfungsi yang ingin di ajar kepada

pelajar bermasalah pembelajaran. Beri dua contoh bagi setiap

kemahiran dan nyatakan kepentingan kemahiran tersebut berdasarkan

isi kandungan yang dipilih

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan

Latihan 2

Pilih satu contoh matematik berfungsi dan huraikan bagaimana

anda hendak mengajar kanak-kanak berkeperlulan khas dengan

menggunakan lapan langkah pengajaran kurikulum matematik berfungsi

oleh Schwartz and Budd (1981)

Bincangkan aktiviti-aktiviti kemahiran matematik berfungsi yang

boleh dilaksanakan kepada pelajar bermasalah pembelajaran

Tamat

www.cldinternational.org/PDF/Initiatives/MathSeries/

68