60
AMARAN!!! SLIDE INI TIDAK BOLEH MENJADI BAHAN RUJUKAN SEPENUHNYA… IA HANYA BOLEH MENJADI SUMBER SAMPINGAN/BANTUAN KEPADA PELAJAR. UNTUK MAKLUMAT YANG LEBIH TEPAT PELAJAR PERLULAH MERUJUK DI DALAM BUKU MODIFIKASI TINGKAH LAKU DAN NOTA SENDIRI YANG DIAMBIL DALAM KELAS.. HARAP MAKLUM….

Modifikasi tingkah laku

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Modifikasi tingkah laku

AMARAN!!!

SLIDE INI TIDAK BOLEH MENJADI BAHAN RUJUKAN SEPENUHNYA… IA HANYA

BOLEH MENJADI SUMBER SAMPINGAN/BANTUAN KEPADA PELAJAR.

UNTUK MAKLUMAT YANG LEBIH TEPAT PELAJAR PERLULAH MERUJUK DI DALAM

BUKU MODIFIKASI TINGKAH LAKU DAN NOTA SENDIRI YANG DIAMBIL DALAM

KELAS.. HARAP MAKLUM….

Page 2: Modifikasi tingkah laku

BAB 1PENGENALAN

KEPADA MODIFIKASI

TINGKAHLAKU

Page 3: Modifikasi tingkah laku

CIRI-CIRI TINGKAH LAKU????Tingkah laku yang individu lakukan dan

katakantingkah laku mempunyai satu atau lebih

dimensiTingkah laku boleh dianalisa dan direkodTingkah laku beri kesan pada alam sekitarTingkah laku terikat pada peraturan alamTingkah laku ada dua iaitu

dalaman/tersembunyi dan luaran/terbuka

Page 4: Modifikasi tingkah laku

JENIS TINGKAH LAKU??

TINGKAH LAKU DALAMAN (covert)

Tingkah laku yang merujuk pada tindakan yang bersembunyi, tidak dapat dilihat, melibatkan

perasaan dan fikiran. TINGKAH LAKU LUARAN (overt)

Tingkah laku yang boleh diperhatikan oleh individu lain .

Berjalan, bercakap, membaling bola, menjerit, makan, tidur.

Page 5: Modifikasi tingkah laku

PRINSIP MODIFIKASI TINGKAH LAKU

• Menggunakan kaedah saintifik• Mengukur tingkahlaku secara

objektif• Perlu dicerakinkan untuk mudah

diukur, apabila mudah diukur mudah untuk melihat keberkesanan strategi modifikasi.

Page 6: Modifikasi tingkah laku

• Mengikut CBT, tingkahlaku dikawal oleh pemikiran

• Ia adalah konsultasi perubahan kepada tingkahlaku.

• Prinsip tingkahlaku terdiri daripada pembelajaran (learning) dan pelaziman (conditioning).

• Pembelajaran: berlaku secara sedar.• Pelaziman: boleh terbentuk secara

tidak sedar.

Page 7: Modifikasi tingkah laku

PELAZIMAN KLASIK

Pembentukan reaksi emosi atau tingkahlaku refleks dengan memadankankan satu rangsangan tidak terlazim @ rangsangan semulajadi dengan satu rangsangan neutral. Hasil dari pemadanan ini menimbulkan gerakbalas refleks yang sama bagi kedua rangsangan tersebut

Contoh: bunyi enjin motosikal dipadankan dengan kepulangan ayah yang garang menyebakan kanak-kanak menjadi gerun hanya dengan mendengar bunyi enjin motosikal yang pada asalnya adalah neutral. Selepas pelaziman, bunyi enjin motosikal dikenali sebagai rangsangan terlazim

Page 8: Modifikasi tingkah laku

PELAZIMAN OPERAN

• Proses meningkatkan atau menurunkan kadar satu-satu tingkah laku dengan cara menetapkan kesan pengukuhan atau hukuman bagi tingkahlaku tersebut.

• Contoh: meningkatkan tingkahlaku mengemas bagi seorang kanak-kanak dengan cara memberi ganjaran kepda kanak-kanak tersebut selepas dia mengemas mainannya.

Page 9: Modifikasi tingkah laku

CIRI-CIRI MODIFIKASI TINGKAHLAKU• Fokus kepada tingkah laku, dan bukan kepada tret

personaliti atau teori psikoanalisis• Prosedur berdasarkan prinsip tingkahlaku yang

digarap dari kajian eksperimental (applied behavior analysis- Skinner)

• Fokus kepada peristiwa dan persekitaran semasa- dan bukan kepada sejarah lama. Kenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tingkahlaku

• Penerangan yang terperinci dan tepat bagi semua prosidur

• Prosidur dijalankan dalm konteks kehidupan seharian

• Pengukuran untuk melihat perubahan tingkah laku

Page 10: Modifikasi tingkah laku

4 TOKOH YANG PENTING DALAM SEJARAH MODIFIKASI

Ivan P.Pavlov (1849-1936)Edward L.Thorndike (1874-1949)John B.Watson (1878-1958)B.F.Skinner (1904-1990)

Page 11: Modifikasi tingkah laku

BIDANG APLIKASI Ketidak upayaan pembangunan Penyakit mental Pendidikan dan pendidikan khas Pemulihan Psikologi masyarakat Psikologi klinikal Perniagaan, industri dan perkhidmatan sosial Pengurusan kendiri Pengurusan kanak-kanak Pencegahan Psikologi sukan Tingkahlaku sekitar kesihatan Gerontologi

Page 12: Modifikasi tingkah laku

BAB 2MENYEDIAKAN

&

MEREKOD TINGKAH LAKU

Page 13: Modifikasi tingkah laku

JENIS PENILAIAN TINGKAH LAKU

Penilaian Secara Langsung- Seseorang individu yang memerhatikan secara

langsung dan mencatatkan tingkah laku.

Penilaian Secara Tidak Lansung- Menggunakan temuduga, borang soal selidik, dan

kadar skala serta mendapatkan maklumat mengenai tingkah laku sasaran daripada individu yang mempamerkan tingkah laku.

(Contohnya, ibu bapa, guru dan kakitangan)

Page 14: Modifikasi tingkah laku

BAB 3MENGUKUR PERUBAHAN

TINGKAH LAKU

Page 15: Modifikasi tingkah laku

PELAZIMAN OPERAN

GANJARANCiri – Ciri Ganjaran Yang Baik:1. Kesan segera2. Tidak mudah tepu3. Mampu diberikan4. Tidak menganggu sasaran5. Peneguhan separa/ bukan penuh

+( Cth, Pujian)

-(Cth, buat kerja

dulu baru dapat makan)

DENDAAN +(Cth, Rotan)

-(Cth, Buat xxx,

tidak dapat xxx)

Page 16: Modifikasi tingkah laku

SpecificPerincikan MATLAMAT untuk mengukur tingkah lakuMeasurableMengukur tingkah lakuAttainableTingkah laku yang boleh dicapaiRealisticSecara realistik, berdasarkan kenyataan Time Frame

Jangka masa berlakunya tingkah laku

SMART GOALS

Page 17: Modifikasi tingkah laku

Dimensi Tingkah Laku

Frekuensi – kekerapan:berapa kali makanMagnitud – ukuran:Kuantiti nasiTempoh – masa: tempoh bersenam

Page 18: Modifikasi tingkah laku

CONTOH CERAKINAN MATLAMAT KEPADA KOMPONEN TINGKAHLAKU

“SMART”

• Melakukan pemakanan seimbang 1. Minum air masak 2 gelas setelah

bangun tidur2. Ambik nasi dalam kuantiti sedikit

(1 mangkuk kecil)---->>>>> ukuran magnitud x 2 kali sehari ------->>>> ukuran kekerapan

3. Makan Buah (Pisang, Epal, Oren) 1 x sehari --->>> ukuran frekuensi 2 biji --->>> ukuran magnitud

Page 19: Modifikasi tingkah laku

LANGKAH PENTING DALAM MODIFIKASI SESUATU TINGKAH LAKU

1. tetapkan matlamat2.catat ukuran dasar (baseline) tingkah laku3.perancangan strategi modifikasi untuk mencapai matlamat4. Catatan perubahan tingkahlaku hasil mengikut strategi5. penilaian hasil dengan matlamat6. ubahsuai strategi jika perlu

Page 20: Modifikasi tingkah laku

KADAR ASAL (BASELINE)

• Kadar asal/kiraan awal sebelum sesuatu tingkah laku menjalani proses modifikasi tingkah laku.

• Contoh: Ukuran masa yang digunakan untuk belajar sebelum melakukan modifikasi tingkah laku. Berapa jam? Jika sememangnya tiada langsung, tidak perlu tempoh untuk mengira kadar asal.

Page 21: Modifikasi tingkah laku

KONSEP MODIFIKASI TINGKAH LAKU

A –B – CA – ANTECEDENT (PERISTIWA SEBELUM)Merupakan peristiwa yang menyebabkan tingkah laku tersebut berlaku.B – BEHAVIOR (TINGKAH LAKU)Merupakan tingkah laku selepas suatu peristiwa C - CONSEQUENCE (KESAN/AKIBAT)Merupakan kesan yang dirasai responden selepas menzahirkan tingkah laku.

Page 22: Modifikasi tingkah laku

PERISTIWA SEBELUM (ANTECEDENT)

• Peristiwa yang berlaku sebelum tingkah laku.• Ia adalah kesan yang mempengaruhi tingkah laku• Boleh dilihat dan diukur

cth 1) kehadiran polis menyebabkan kita berhati- hati

2) kehadiran coklat menyebabkan kita makan

3) apa yang menyebabkan kita bangun pagi

– jam loceng @ azan subuh

4) apa yang menyebabkan kita datang kelas

- kerisauan takut dihalang peperiksaan

Page 23: Modifikasi tingkah laku

Sambungan…….• Peristiwa sebelum boleh dikawal untuk

menyekat tingkah laku yang tidak diingini daripada terus berlaku.

• Tekniknya termasuklah penggunaan:-

1. Stimulus diskriminasi

(Discriminative stimulus)

2. Isyarat Bantuan (Prompts)

3. Operasi yang mempengaruhi keperluan (Establishing operations)

Page 24: Modifikasi tingkah laku

TINGKAH LAKU (BEHAVIOR)

• Tingkah laku boleh dikawal secara :-

1. memulakannya atau meningkatkan kekerapan ia berlaku

2. mengurangkan kekerapan ia berlaku atau menghapuskannya.

• Kedua-duanya boleh dikawal melalui peristiwa sebelum (antecedent) atau kesan akibat (consequence).

Page 25: Modifikasi tingkah laku

KESAN/AKIBAT (CONSEQUENCE)

• Merupakan kesan yang dirasakan oleh responden setelah menzahirkan satu tingkah laku.

• Boleh di kawal untuk meningkatkan atau menurunkan tingkahlaku

• Pengukuhan adalah apa yang meningkatkan kadar tingkahlaku manakala hukuman adalah apa yang menurunkan kadar tingkahlaku

Page 26: Modifikasi tingkah laku

BAB 4

PENGUKUHAN

Page 27: Modifikasi tingkah laku

PENGUKUHAN (REINFORCEMENT)

menyusuli satu tingkahlaku terpilih, berupaya meningkatkan lagi tingkahlaku terpilih, dan menimbulkan kesukaan atau kelegaan dipihak pelaku.

CTH: Seorang murid sekolah yang berumur 12 tahun berjaya menyiapkan karangan dalam bahasa Arab dengan baik. Oleh itu, gurunya memberinya hadiah diatas kejayaan beliau.

Pengukuhan yang disukai oleh subjek.

Page 28: Modifikasi tingkah laku

PENGUKUHAN POSITIF Pengukuhan yang melibatkan pemberian sesuatu yang

disukai atau disenangi Contoh: hadiah sebuah motosikal atau gula-gula

Kelebihan: Mudah untuk diuruskan Limitasi: ada tahap penepuan

Page 29: Modifikasi tingkah laku

PENGUKUHAN NEGATIF Definisi….Pengukuhan secara penyingkiran stimulus yang

tidak menyenangkan, membawa ke arah meningkatkan tingkah laku terpilih.

Kelebihan....Dorongan yang kuat bagi subjek Kesannya mendalam

Page 30: Modifikasi tingkah laku

Reaksi Kepada Pengukuhan Negatif

TINGKAH LAKU MELEPASKAN DIRI

(escape behavior) tingkah laku yang menamatkan rangsangan aversif sedia

ada. Contoh: Mengipas diri untuk mengurangkan kepanasan, mendokong bayi menangis untuk memberhentikan tangisan yang menyakitkan jiwa.

  

TINGKAH LAKU MENGELAK (avoidance behavior) tingkah laku untuk menghalang dari berlaku stimulus

aversif. Contoh: datang ke kelas untuk mengelakkan diri dari dihalang menduduki peperiksaan.

Page 31: Modifikasi tingkah laku

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN PENGUKUHAN

• Kesegeraan (Immediacy)• Sebab akibat (Contigency)• Operasi yang mempengaruhi

(Establishing operations)• Ukuran magnitud (Magnitude)• Perbezaan Individu (Differential individual)

Page 32: Modifikasi tingkah laku

Kesegeraan (Immediacy)

“Stimulus lebih berkesan sebagai pengukuhan apabila ia digunakan dengan serta merta selepas tingkah laku.” Cth: Upah yang dibayar segera lebih berkesan berbanding  upah yang dibayar beberapa bulan kemudian.  Sebab akibat (Contigency)

“Stimulus adalah lebih efektif sebagai pengukuhan apabila ia berfungsi sebagai akibat kepada tingkah laku”. Cth: Membeli minuman sendiri lebih memuaskan hati kanak-kanak berbanding mendapatkan minuman yang dibeli oleh orang lain  Operasi yang mempengaruhi (Establishing operations)

 “Operasi yang menyebabkan stimulus menjadi lebih berkesan sebagai pengukuhan pada masa tersebut.” Cth:tidak memberi makan haiwan beberapa jam sebelum latihan supaya haiwan lebih memerlukan ganjaran yang berupa makanan.    Perbezaan individu (Individual differences)

“Pengukuhan berbeza mengikut perspektif responden yang menerima rangsangan”. Cth: Ada individu yang suka bunga, ada individu yang suka coklat.    Ukuran magnitud (magnitude)

“Lebih kuat/kuasa sesuatu stimulus, lebih ia berkesan sebagai pengukuhan”. Cth: ganjaran RM2000 lebih berkesan berbanding ganjaran RM20.

Page 33: Modifikasi tingkah laku

Pengukuh tidak terlazim (unconditioned reinforcer).Mempunyai kepentingan biologi. Cth: Makanan dan

Minuman

 

Pengukuh terlazim (conditioned reinforcer)dikenali juga pengukuhan kedua pada asalnya ia bersifat neutral dan tidak mempengaruhi

tingkah laku Setelah melalui proses pelaziman, pengukuh tersebut

berkuasa mempengaruhi tingkah laku. Cth:Bunyi loceng menandakan waktu rehat.

Page 34: Modifikasi tingkah laku

Jadual Peneguhan dan Kesannya

Peneguhan penuh: Ganjaran diberi pada setiap tingkahlaku.Kelebihan: Lebih mudah membentuk tingkah

laku tersebut.

Peneguhan separa: ganjaran diberi hanya pada sebahagian dari tingkahlakuKelebihan: Lebih kalis kepada pelupusan

setelah berhenti ganjaran @ lebih mudah dikekalkan selepas tamat tempoh intervensi.

Page 35: Modifikasi tingkah laku

Jadual Pengukuhan Separa

Nisbah tetap (Fixed ratio) Nisbah berubah (Variable ratio)Selang tetap (Fixed interval) Nisbah berselang (variable interval)

 

Page 36: Modifikasi tingkah laku

Nisbah tetap (Fixed ratio)

“Pengukuhan yang diberikan selepas beberapa kali tingkah laku .”

Cth 1: Air paip turun selepas 3 kali pusingan.Cth 2: Upah menjahit baju dibayar bagi setiap

10 helai yang siap, dan bukan bagi setiap helai

Page 37: Modifikasi tingkah laku

 Nisbah berubah (Variable ratio)

• “Pengukuhan yang diberi selepas purata berapa kali tindak balas. Menghasilkan kadar tingkah laku yang tinggi tanpa henti walaupun selepas pengukuhan.”

• Contoh: Telefon dijawab selepas beberapa deringan, kadangkala 2 kali, kadangkala 3 kali – 7 kali.

Page 38: Modifikasi tingkah laku

Selang tetap (Fixed interval)

“Pengukuhan yang diberikan untuk tindak balas pertama yang berlaku selepas selang masa yang tetap. Menghasilkan satu kadar tingkah laku yang rendah, dengan corak sekejap ada, sekejap tiada. Kadar tindak balas meningkat pada penghujung selang masa.”

Contoh: Wang diperolehi dari mesin ATM setiap hujung bulan apabila masuk gaji

Page 39: Modifikasi tingkah laku

 Nisbah berselang (variable interval)

“Pengukuhan yang diberikan untuk tindak balas pertama yang berlaku selepas tempoh waktu yang tidak tetap, menghasilkan tahap tingkah laku sederhana rendah yang tetap (kalis kepada pelupusan)”.

Contoh : Menang dalam perjudian (ganjarannya tidak dipengaruhi oleh kekerapan tingkah laku responden)

Page 40: Modifikasi tingkah laku

BAB 5

HUKUMAN

(PUNISHMENT)

Page 41: Modifikasi tingkah laku

Hukuman (Punishment)

kesan atau akibat yang tidak menyenangkan dirasakan responden selepas menzahirkan sesuatu tingkah laku tingkah laku akan berkemungkinan berkurang pada masa akan datang.

Dikenali juga sebagai dendaan. Hukuman yang keterlaluan dan berterusan akan

menimbulkan dua kesan negatif: pelalian dan tindakbalas memberontak. Dinasihatkan untuk gunakan hukuman hanya sekali-sekala dan tidak boleh berterusan. Ia mesti digandingkan dengan strategi pengukuhan.

Page 42: Modifikasi tingkah laku

HUKUMAN POSITIF VS. HUKUMAN NEGATIF

Hukuman positif: Hukuman dengan pemberian stimulus aversif. ( ia BUKAN hukuman yang disukai!)

Hukuman negatif: Hukuman yang melibatkan penyingkiran stimulus yang disukai atau dihargai

Hukuman negatif lebih kuasa kesan dan kurang dari segi kesan negatif.

Page 43: Modifikasi tingkah laku

BAB 6

ISYARAT BANTUAN

(PROMPTING)

Page 44: Modifikasi tingkah laku

ISYARAT BANTUAN (PROMPTING)

• Bantuan/Isyarat dalam proses mengajar tingkahlaku.

• Diguna untuk meningkatkan tingkah laku individu sesuai dengan keadaan

• Ganjaran ke atas tingkah laku yang mudah • Cth: Azan adalah isyarat untuk individu

menunaikan solat secara jemaah.

Page 45: Modifikasi tingkah laku

Model Sebagai Isyarat Bantuan/Modeling Prompts

• Subjek mempelajari secara mengikut contoh dari seseorang model yang bertingkah laku mengikut kesesuaian masa dan kesesuaian situasi yang benar.

• Contohnya: matlamat, dapat result cemerlang• Rakan sebilik, selalu belajar, dapat result cemerlang• Jadikan rakan sebilik sebagai role model, semasa dia

belajar, subjek mengikut rakan sebilik untuk bertingkah laku belajar

Page 46: Modifikasi tingkah laku

BAB 7

PEMBENTUKAN TINGKAH LAKU

(SHAPING)

Page 47: Modifikasi tingkah laku

PEMBENTUKAN TINGKAH LAKU (SHAPING)

• Proses pembentukan tingkah laku dengan sasaran berperingkat.

Page 48: Modifikasi tingkah laku

BAB 8

RANTAIAN

(CHAINING)

Page 49: Modifikasi tingkah laku

RANTAIAN (CHAINING)

Rantaian tingkah lakuProses pembentukan tingkah laku yang

mempunyai beberapa komponenResponden akan di ajar satu satu komponen

dahulu sehingga dia mampu melakukan siri tingkahlaku tersebut.

Sesuai digunakan dalam membentuk siri tingkah laku yang komplek.

Page 50: Modifikasi tingkah laku

Contoh Rantaian (Chaining) Aminah mengajar anak perempuannya mengenai cara-cara untuk memasak tom yam secara berperingkat. Peringkat 1: Menyediakan bahan-bahan, potong bawang dan lain-lainPeirngkat 2: Menumis • Pada minggu pertama: potong bawang merah, bawang putih dan

sediakan bahan-bahan.• Pada minggu kedua: tumiskan bawang tersebut bersama bahan

bahan tersebut.• Pada minggu ketiga: ibu menyuruh anaknya melakukan kedua-

dua peringkat ini sekaligus.

Page 51: Modifikasi tingkah laku

BAB 9

PELUPUSAN

(EXTINCTION)

Page 52: Modifikasi tingkah laku

Definisi pelupusan (extinction)sesuatu tingkah laku yang telah diperkukuhkan

sebelumnya dengan sesuatu kesanKini tidak ada lagi kesan tersebutIa menyebabkan terhenti yang berlakunya

tingkahlaku tersebut pada masa akan datang

Page 53: Modifikasi tingkah laku

Letusan Tingkah laku Semasa Pelupusan (Extinction burst)

Definisi Tingkah laku yang berlaku apabila ia secara tidak sengaja

diperkukuhkan lagi semasa proses pelupusan akan mengambil masa yang lebih lama untuk dikurangkan

Peningkatan tempoh kekerapan atau intensiti tingkah laku mungkin akan berlaku walaupun tanpa pengukuhan (respons semulajadi manusia dan haiwan)

Tingkah laku dijangka akan berkurang dan terhenti dalam proses pengukuhan, namun ia mungkin diselangi dengan letusan tingkahlaku di beberapa peringkat.

Tindak balas emosi atau tingkah laku agresif mungkin akan timbul semasa pelupusan

Page 54: Modifikasi tingkah laku

Implikasi Konsep Letusan

Apabila tingkah laku tidak lagi diperkukuhkan, antara yang mungkin berlaku adalah timbulnya letusan tingkahlaku, iaitu:Tingkah laku boleh meningkatkan kekerapan, tempoh

masa atau intensiti. Tingkah laku baru mungkin berlaku Tindak balas emosi atau tingkahlaku yang agresif mungkin

berlaku.

Page 55: Modifikasi tingkah laku

Faktor yang Mempengaruhi Proses Pelupusan.

Jadual pengukuhan sebelum pelupusan: jadual pengukuhan separa lebih kalis kepada pelupusan berbanding dengan jadual pengukuhan penuh.

Sama ada berlaku sekali dua pengukuhan selepas pelupusan. Terjadinya satu pengukuhan akan membantutkan dengan banyak proses pelupusan.

Page 56: Modifikasi tingkah laku

BAB 10

STIMULUS DISKRIMINATIF

(STIMULUS CONTROL)

Page 57: Modifikasi tingkah laku

STIMULUS DISKRIMINATIF (STIMULUS CONTROL)

Stimulus yang memberi isyarat sama ada tingkah laku akan diikuti dengan akibat/kesan atau tidak

Contoh: kehadiran polis memberi isyarat sama ada tingkahlaku tidak memakai tali pinggang akan dihukum atau tidak.

Page 58: Modifikasi tingkah laku

GENERALISASI

Tingkah laku yang diperkukuhkan oleh satu stimulus akan boleh diperkukuhkan oleh stimulus lain dengan ciri-ciri yang sama.

Atau Reaksi emosi terhadap satu stimulus akan berlaku juga pada stimulus yang hampir menyerupainya

Contoh: Seorang kanak-kanak yang biasa menerima ganjaran gula-gula dari pakciknya (seorang lelaki dewasa berjambang) akan menyukai lelaki lain yang berjambang

Page 59: Modifikasi tingkah laku

Token dan Ekonomi Token Token: sesuatu ‘matawang’ yang diberi bagi setiap

tingkah laku yang dipamerkan kemudian boleh ditukarkan dengan aktiviti objek atau keistimewaan yang ditawarkan.

Ekonomi token: Satu sistem pembentukan tingkahlaku yang digunakan dalam satu-satu institusi yang melibatkan sistem pengagihan matawang berdasarkan penzahiran tingkahlaku diingini oleh pihak responden, serta sistem penebusan bagi matawang tersebut dengan ganjaran yang disukai oleh responden. Contoh: mendapat token setelah mengemas katil. Token tersebut boleh ditebus untuk makanan ringan atau permainan.

Page 60: Modifikasi tingkah laku

TERAPI KOGNITIF TINGKAH LAKU (COGNITIVE BEHAVIORAL THERAPY) -CBT

-Menurut perspektif kognitif tingkah laku ,individu yang mempunyai corak berfikir tidak sihat yang menyebabkan berlakunya perasaan atau tingkahlaku yang negatif. -Intervensi CBT: memperbetulkan corak pemikiran supaya dapt membetulkan perasan dan tingkahlaku menjadi lebih sihat dan berfungsi.Menggunakan prinsip A B C (antecedent, behavior , consequence) sama seperti modifikasi tingkahlaku juga.