29
MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI SEKOLAH NORLIZA BINTI ENSA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN · PDF fileminat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah norliza binti ensa ... no jadual tajuk muka surat 3.1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN · PDF fileminat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah norliza binti ensa ... no jadual tajuk muka surat 3.1

MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN TEKNIK DAN

VOKASIONAL DI SEKOLAH

NORLIZA BINTI ENSA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN · PDF fileminat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah norliza binti ensa ... no jadual tajuk muka surat 3.1

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL :

MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN

TEKNIK DAN VOKASIONAL DI SEKOLAH

SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya NORLIZA BINTI ENSA

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan

untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(HURUF BESAR)

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :

NO 22A KG.PT.MADIRONO, 82200, BENUT, PONTIAN, JOHOR.

PROF. MADYA DR. YAHYA B. BUNTAT (NAMA PENYELIA)

Tarikh: 30 APRIL 2009 Tarikh: 30 APRIL 2009

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN · PDF fileminat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah norliza binti ensa ... no jadual tajuk muka surat 3.1

PENGESAHAN PENYELIA

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )”

Tandatangan : …………………..…….....

Penyelia : PROF.MADYA DR. YAHYA B. BUNTAT

Tarikh : . 30 APRIL 2009

Page 4: MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN · PDF fileminat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah norliza binti ensa ... no jadual tajuk muka surat 3.1

MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN TEKNIK DAN

VOKASIONAL DI SEKOLAH

NORLIZA BTE ENSA

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

Sebahagian Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2009

Page 5: MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN · PDF fileminat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah norliza binti ensa ... no jadual tajuk muka surat 3.1

iii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .......................................... Nama Penulis : NORLIZA BTE ENSA Tarikh : 30 APRIL 2009

Page 6: MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN · PDF fileminat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah norliza binti ensa ... no jadual tajuk muka surat 3.1

iv

DEDIKASI

Diabadikan khas buat insan-insan yang ku sayang.....

Titipan doa buat Allahyarham ayahku tersayang “Ensa B. Hj. Sulaiman” Semoga bahagia DI SANA menyaksikan kejayaanku

Yang menjadi harapanmu setiap detik dan ketika Dikau adalah insan yang paling gembira

Tatkala aku hampir menamatkan pengajianku Namun takdir menentukan segala-galanya

Apabila dikau pergi buat selama-lamanya pada 18 Januari 2009 Beberapa bulan sebelum aku tamat belajar

Tanpa sempat menyaksikan aku menerima ijazah Namun aku redha dengan kehendak dari Yang Maha Esa

Namun aku bersyukur kerana masih mempunyai ibu

Ibu yang sentiasa memberi kekuatan kepadaku Tatkala aku hampir hilang punca “Nooremah Bte. Hj. Parman”

Adalah insan yang membangkitkan semangatku Kejayaan anakmu ini adalah hasil usahamu jua

Yang tidak pernah jemu memberikan galakan pada setiap waktu Untuk melihat anakmu ini beroleh kejayaan

Tidak dilupakan juga untuk abang serta adik-adikku

“Mohd.Hairudin B. Ensa, Mohd Farhan B. Ensa serta Norizzati Bte Ensa” Doamu semua untuk mengharapkan kejayaanku akan kubuktikan

Terima kasih di atas semua sokongan keluarga Yang menjadi nadi setiap langkahku

Untuk semua keluarga, sanak saudara dan rakan taulan

Segala jasa, doa dan sokongan kalian

Akan ku kenang selamanya.

Page 7: MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN · PDF fileminat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah norliza binti ensa ... no jadual tajuk muka surat 3.1

v

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamumualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala puji bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam

ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Syukur kepada Allah S.W.T

kerana dengan taufik dan hidayahnya, telah mengizinkan saya menyiapkan Projek

Sarjana Muda ini.

Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan ikhlas kepada Profesor Madya

Dr. Yahya B. Buntat selaku pensyarah pembimbing projek ini yang telah banyak

membantu dengan penuh komited dalam membimbing, menasihat, memberi

dorongan, panduan dan kerjasama yang sepenuhnya. Berkat dedikasi serta

kesungguhan beliau segala permasalahan dan kekeliruan dapat diatasi. Tidak

dilupakan juga setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada

Jabatan Pendidikan Daerah Pontian, pengetua-pengetua, guru-guru serta pelajar-

pelajar di daerah Pontian, Johor yang sudi memberi kerjasama yang sangat

memberangsangkan.

Akhir kata semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat ke atas mereka yang

telah menyumbang kerjasama untuk menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.

Terima kasih yang tidak terhingga.

Page 8: MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN · PDF fileminat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah norliza binti ensa ... no jadual tajuk muka surat 3.1

vi

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk meninjau minat pelajar wanita dalam

mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah. Sampel kajian adalah terdiri

daripada 132 orang pelajar wanita tingkatan 4 yang mengambil matapelajaran ini di

tiga buah sekolah menengah harian di daerah Pontian, Johor. Sekolah yang dipilih

adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tanjung, Sekolah Menengah Kebangsaan

Ayer Baloi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kerang. Instrumen kajian

yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Data dan maklumat yang

diperolehi telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical

Package for Social Science (SPSS) Version 11.5 for Windows dan dilaporkan dalam

bentuk frekuensi, peratusan dan min. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan

Ujian Cronbach’s Alpha dengan nilai keseluruhan 0.840. Hasil kajian mendapati

bahawa minat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional

dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti faktor persekitaran, faktor kesedaran sendiri,

faktor media dan sebagainya. Minat pelajar juga didapati didorong oleh banyak

elemen seperti peralatan di bengkel, pembelajaran secara teori dan amali serta guru

di sekolah tersebut. Pelajar juga didapati mempunyai persepsi positif terhadap bidang

teknik dan vokasional. Hasil kajian juga menunjukkan situasi persekitaran pada hari

ini dapat mempengaruhi minat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan

vokasional. Secara keseluruhannya, pelajar wanita didapati berminat mempelajari

mata pelajaran teknik dan vokasional dan tidak mempunyai masalah walaupun mata

pelajaran ini merangkumi pembelajaran secara teori dan amali. Minat untuk

mempelajari sesuatu perkara amat penting kerana minat mempengaruhi pencapaian

seseorang pelajar.

Page 9: MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN · PDF fileminat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah norliza binti ensa ... no jadual tajuk muka surat 3.1

vii

ABSTRACT

This research intends to survey the interest of form 4 female students in

technical and vocational subject at the school. The sample consisted of 132 female

students undertaking the subject stated in three schools in the Pontian, Johor. The

schools have choosen are Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tanjung, Sekolah

Menengah Kebangsaan Ayer Baloi and Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk

Kerang. Instrument used in this research is questionnaires. Data and information is

processed and analyze through the Statistical Package for Social Science (SPSS)

Version 11.5 for Windows to find the frequency, percentages and mean. The

reliability of questionnaire was tested by using the Cronbach’s Alpha with the value

0.840. The result from this research show the interest of female students in technical

and vocational subject influence by many factors such as environment factor, self

aware factor, media factor and many more. Interest of female students also actuate by

many element such as instrument in workshop, learning in theory and practical and

teacher in that school. Students also have a positive perception in technical and

vocational. The result from this research also shows the environment situation today

can influence the interest of female students in technical and vocational subject. This

research indicated that female student interest in subject technical and vocational

even this subject included tutorial and hands on learning outcome. Furthermore, they

never face any difficulty to learn this subject. The most important thing that

influence student achievement if their interesting in learning that subject.

Page 10: MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN · PDF fileminat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah norliza binti ensa ... no jadual tajuk muka surat 3.1

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN PENULIS ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACTS vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

SENARAI SINGKATAN xv

BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 10

Page 11: MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN · PDF fileminat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah norliza binti ensa ... no jadual tajuk muka surat 3.1

ix

1.7 Batasan Kajian 11

1.8 Tempat Kajian 11

1.9 Definisi Istilah 11

Page 12: MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN · PDF fileminat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah norliza binti ensa ... no jadual tajuk muka surat 3.1

viii

BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 14

2.1 Minat Pelajar Wanita Dalam Mata Pelajaran

Teknik Dan Vokasional 14

2.2.1 Faktor yang mempengaruhi minat

Pelajar 14

2.2.2 Elemen yang mendorong minat

Pelajar 19

2.2.3 Persepsi pelajar wanita mengenai

bidang teknik dan vokasional 27

2.2.4 Situasi persekitaran pada hari ini yang

mempengaruhi minat pelajar 31

2.3 Kajian lepas 36

2.4 Kesimpulan 37

BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 39

3.2 Rekabentuk Kajian 39

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 40

3.4 Instrumen Kajian 41

3.4.1 Soal Selidik 42

3.4.1.1 Bahagian A 42

3.4.1.2 Bahagian B 43

3.5 Prosedur Kajian 44

3.6 Kajian Rintis 46

3.7 Kajian Sebenar 47

3.8 Analisis Data 48

3.9 Kesimpulan 49

Page 13: MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN · PDF fileminat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah norliza binti ensa ... no jadual tajuk muka surat 3.1

ix

BAB IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 50

4.2 Keputusan dan Analisis Data Bahagian A 50

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Bangsa 51

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Agama 51

4.2.3 Gred PMR bagi mata pelajaran

Kemahiran Hidup 52

4.3 Analisis Data Menurut Persoalan Kajian 52

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 52

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 56

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3 59

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 63

4.4 Ringkasan dapatan kajian 66

4.5 Kesimpulan 67

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 68

5.2 Rumusan Kajian 68

5.2.1 Rumusan Latar Belakang Responden 69

5.2.2 Rumusan Persoalan Kajian 69

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 70

5.3.1 Perbincangan Berkaitan Latar

Belakang Responden 71

5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 1 71

5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 74

5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 3 77

5.3.5 Perbincangan Persoalan Kajian 4 81

5.4 Cadangan 83

5.4.1 Cadangan Kepada Pelajar 83

5.4.2 Cadangan Kepada Ibubapa 84

5.4.3 Cadangan Kepada Guru 85

Page 14: MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN · PDF fileminat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah norliza binti ensa ... no jadual tajuk muka surat 3.1

x

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 86

5.6 Penutup 86

5.7 Kesimpulan 87

BIBLIOGRAFI 89

LAMPIRAN 92

Page 15: MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN · PDF fileminat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah norliza binti ensa ... no jadual tajuk muka surat 3.1

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Populasi Pelajar Wanita

Tingkatan 4 Yang Mengambil Mata

Pelajaran Teknik Dan Vokasional 40

3.2 Taburan Sampel Yang Dipilih Berdasarkan

Sekolah 41

3.3 Skala Likert berserta dengan markah skor 43

3.4 Taburan soalan berdasarkan persoalan kajian

dan jenis skala yang digunakan bagi setiap

persoalan kajian 43

3.5 Nilai Korelasi Dan Interpretasi Daripada

Rowntree 47

3.6 Kriteria Menganalisis Data 48

3.7 Julat skor min 49

4.1 Kekerapan dan Peratusan taburan responden

mengikut bangsa 51

4.2 Kekerapan dan Peratusan taburan responden

mengikut agama 51

4.3 Gred PMR bagi mata pelajaran Kemahiran

Hidup 52

4.4 Taburan kekerapan, peratusan dan min

bagi meninjau apakah faktor yang

mempengaruhi minat pelajar wanita

mempelajari mata pelajaran teknik dan

vokasional di sekolah 53

Page 16: MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN · PDF fileminat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah norliza binti ensa ... no jadual tajuk muka surat 3.1

xii

4.5 Taburan kekerapan, peratusan dan min

bagi meninjau apakah elemen yang

mendorong minat pelajar wanita terhadap

mata pelajaran teknik dan vokasional

di sekolah 56

4.6 Taburan kekerapan, peratusan dan min

bagi meninjau apakah persepsi pelajar

wanita mengenai bidang teknik dan

vokasional 59

4.7 Taburan kekerapan, peratusan dan min

bagi meninjau sejauhmanakah situasi

persekitaran pada hari ini mempengaruhi

minat pelajar wanita dalam mata pelajaran

teknik dan vokasional 63

4.8 Rumusan dapatan kajian mengikut

persoalan kajian 66

Page 17: MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN · PDF fileminat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah norliza binti ensa ... no jadual tajuk muka surat 3.1

xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT 3.1 Carta Aliran Prosedur Kajian 45

Page 18: MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN · PDF fileminat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah norliza binti ensa ... no jadual tajuk muka surat 3.1

xiv

SENARAI LAMPIRAN

BIL. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Kebenaran Kementerian

Pelajaran Malaysia 92

B Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan

Johor 94

C Surat Kebenaran Pejabat Pelajaran

Daerah Pontian 95

D Surat Kebenaran UTM 96

E Surat Pengesahan Soal Selidik 97

F Surat Pengesahan Menjalankan

Kajian 98

G Analisis Kajian Rintis 101

H Borang Soal Selidik 102

Page 19: MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN · PDF fileminat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah norliza binti ensa ... no jadual tajuk muka surat 3.1

xv

SENARAI SINGKATAN

ABM - Alat Bantuan Mengajar

ASEAN -Association Of Southeast Asian Nation

BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan

ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi

IKM - Institut Kemahiran MARA

ILP - Institut Latihan Perindustrian

JERIS -Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial

JPN -Jabatan Pendidikan Negeri

KAI - Kemahiran Asas industri

KBSM -Kurikulum Baru Sekolah Menengah

KPM -Kementerian Pelajaran Malaysia

MARA -Majlis Amanah Rakyat

MPV - Mata Pelajaran Vokasional

PMR - Penilaian Menengah Rendah

RMK-8 - Rancangan Malaysia Ke-8

RRJPK-2 - Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua

SPM -Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Package for Social Science

UKM -Universiti Kebangsaan Malaysia

UTHM -Universiti Tun Hussein Onn

UTM -Universiti Teknologi Malaysia

Y.B. -Yang Berhormat

Page 20: MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN · PDF fileminat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah norliza binti ensa ... no jadual tajuk muka surat 3.1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam Haji Yahya Bin Emat (2005), reformasi pendidikan di Malaysia yang

bermula pada awal tahun 80-an, tidak mengabaikan pendidikan teknik dan

vokasional. Seperti inovasi yang telah dilakukan pada peringkat pendidikan rendah

dan menengah, perubahan dan perkembangan pendidikan teknik dan vokasional juga

berpunca daripada perakuan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Laporan ini

menegaskan:

“Dalam keadaan pembangunan negara pada hari ini yang menggalakkan

penyertaan yang lebih luas dalam bidang perusahaan dan perdagangan, peranan

pendidikan teknik dan vokasional menjadi lebih penting. Untuk mencapai tujuan ini

adalah diperakukan supaya pendidikan teknik dan vokasional hendaklah

diperluaskan dan dimajukan lagi.”

(Perakuan 111,hlm.253)

Perkembangan pendidikan teknik dan vokasional ini juga selaras dengan

matlamat pendidikan negara yang bertujuan:

“…untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi

sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang.”

Page 21: MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN · PDF fileminat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah norliza binti ensa ... no jadual tajuk muka surat 3.1

2

(Laporan Jawatankuasa Kabinet, hlm.1)

Nyatalah di sini bahawa pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia

memainkan peranan yang penting dalam penyediaan tenaga manusia yang diperlukan

oleh negara ( Haji Yahya Bin Emat, 2005).

Semenjak mencapai kemerdekaan 52 tahun yang lalu, Malaysia telah

berkembang dengan pesat dari segi ekonomi, sosial, kebudayaan dan pendidikan.

Sistem pendidikan di Malaysia juga telah berubah dan terpaksa menerima cabaran

disebabkan oleh perubahan itu. Begitu juga pendidikan teknikal dan vokasional telah

berubah dan berkembang bagi mencapai Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia

sebagai sebuah negara perindustrian, sekali gus negara maju (Shahril@Charil

Marzuki dan Habib Mat Som, 1999).

Tujuan pendidikan teknik ialah untuk menyediakan pelajar yang cenderung

kepada bidang teknik diperingkat pendidikan menengah atas bagi membolehkan

mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dalam bidang teknik. Selain itu,

bidang ini juga membolehkan pelajar mendapat pekerjaan di sektor teknikal,

perindustrian dan perdagangan. Oleh itu, objektif pendidikan teknik adalah seperti

berikut:

1.1.1 Memberi pendidikan akademik yang seimbang.

1.1.2 Menyediakan pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi kepada

pelajar yang mempunyai kecenderungan terhadap bidang tersebut. Selain itu

juga bertujuan untuk memupuk dan mengekalkan minat tersebut dan

seterusnya membolehkan mereka melanjutkan pengajian dalam bidang yang

berkaitan di institusi pendidikan tinggi ( Kementerian Pendidikan Malaysia,

1986:50)

Tujuan pendidikan vokasional pula ialah untuk melahirkan pelajar yang

cenderung kepada bidang vokasional di peringkat pendidikan menengah atas.

Page 22: MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN · PDF fileminat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah norliza binti ensa ... no jadual tajuk muka surat 3.1

3

Kursus-kursus yang diadakan ialah untuk membolehkan pelajar mendapatkan

pengetahuan asas vokasional dan kemahiran bagi membolehkan mereka mendapat

pekerjaan sebagai tenaga mahir dan separuh mahir dalam sektor perindustrian,

perdagangan dan pertanian. Ini dapat dicapai melalui:

1.1.3 Kurikulum yang luas dan mudah ubah bagi memenuhi bukan sahaja

keperluan semasa tetapi juga keperluan akan datang dan perubahan dalam

teknologi.

1.1.4 Pendidikan asas dalam bahasa, matematik dan sains bagi membolehkan

pelajar menyesuaikan diri dengan cara baru dalam pekerjaan dan

membolehkan mereka mancapai kemahiran kerja yang lebih tinggi pada masa

akan datang.

1.1.5 Pengetahuan dan kemahiran asas yang kukuh bagi pendidikan dan latihan

selanjutnya dalam bidang teknik/vokasional ( Kementerian Pendidikan

Malaysia, 1986:51)

( Shahril @ Charil Marzuki dan Habib Mat Som, 1999).

Asas kepada pelaksanaan sistem pendidikan teknik dan vokasional adalah

pendidikan sepanjang hayat. Sistem pendidikan ini bertujuan memenuhi aspirasi

pelajar untuk memilih dan melanjutkan pelajaran di dalam bidang yang bersesuaian

dengan minat dan kemampuan mereka. Sistem ini juga dapat memenuhi hasrat

kerajaan untuk mengeluarkan tenaga kerja separuh mahir yang memenuhi rancangan

pembangunan perindustrian negara. Pendidikan secara prateknik dan vokasional

telah dimulakan pada peringkat menengah rendah melalui mata pelajaran Kemahiran

Hidup. Pendidikan ini diperkukuhkan lagi pada peringkat menengah atas di dalam

aliran vokasional di sekolah-sekolah menengah teknik atau vokasional (Haji Yahya

B. Emat, 2005).

Page 23: MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN · PDF fileminat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah norliza binti ensa ... no jadual tajuk muka surat 3.1

4

Bagi melahirkan golongan yang meminati bidang teknik dan vokasional ini

bukanlah suatu yang mudah. Pelajar perlu menyiapkan diri agar bersedia menerima

pelajaran dengan kehendak dirinya tanpa paksaan. Kesediaan pembelajaran afektif

ini agak jelas apabila Thorndike (1913 dalam Kamarudin Hj.Husin, 1997)

menganggap kesediaan belajar sebagai satu set pelajar atau sikap, iaitu persediaannya

untuk bertindak balas dengan rangsangan yang disajikan. Ini bermakna sesuatu

gerak balas itu harus ada dalam keupayaan pelajar sebelum mereka mula belajar. Ini

melibatkan peranan, minat, sikap dan nilai yang telah sedia ada dalam diri mereka.

Minat merupakan faktor terpenting dalam menjamin kejayaan seseorang yang

mengambil mata pelajaran teknik dan vokasional ini. Mata pelajaran ini amat penting

kerana pendidikan ini telah menjadi satu keperluan yang mendesak bagi melahirkan

tenaga kerja yang benar-benar berkemahiran. Ini secara tidak langsung dapat

memenuhi sasaran Malaysia bagi menyediakan tenaga kerja ini menjelang tahun

2020.

Minat boleh dianggap sebagai daya penggerak yang mendorong kita supaya

memberi perhatian kepada seseorang, sesuatu benda atau kegiatan atau ia boleh

merupakan pengalaman yang berpengaruh yang telah dirangsang oleh kegiatan itu

sendiri. Dalam perkataan lain, minat boleh jadi punca kepada sesuatu kegiatan dan

hasil dari penyertaan dalam kegiatan itu. Arahan pemikiran kita dipengaruhi oleh

kerana minat kita berkaitan dengan situasi di mana kita berada. Tingkah laku kita

dipengaruhi oleh pengalaman deria dan kesedaran pengamatan yang membolehkan

perubahan perhubungan di antara idea dengan proses pemikiran (Crow dan Crow,

1983).

Sifat dinamis pada pengalaman menimbulkan penguasaan satu idea pada

ketika itu dan idea yang lain pada ketika berikutnya. Akan tetapi, asas kepada

perubahan idea dari segi keadaan alam sekitar yang ada ialah pengaruh minat yang

dilahirkan oleh pengalaman yang mengarah corak akal kita. Kita mungkin tidak

sedar akan hakikat bahawa penguasaan sesuatu idea mengatasi yang lain adalah satu

proses pemilihan yang digerakkan oleh minat atau perasaan kita pada ketika itu

(Crow dan Crow, 1983).

Page 24: MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN · PDF fileminat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah norliza binti ensa ... no jadual tajuk muka surat 3.1

5

Kerja tidak dapat diselesaikan tanpa mengeluarkan usaha. Lebih susah

sesuatu tugas itu, lebih banyak pula tenaga yang diperlukan untuk melakukan sesuatu

kerja yang baik. Pembelajaran tidak dikecualikan pada penyeluruhan ini.

Penguasaan sepenuhnya dalam sesuatu mata pelajaran atau kemahiran mungkin

memerlukan pemberian perhatian yang lebih teliti. Akan tetapi, mujurlah aspek yang

payah dalam kerja sekolah boleh dihapuskan apabila minat diperkenalkan ke dalam

gerak kerja itu (Crow dan Crow, 1983).

Sesuatu minat yang telah dibangkitkan dalam sesuatu bidang mata pelajaran

mungkin akan dapat membuat pelajar terus berfikir dalam lapangan itu sehingga dia

menguasai mata pelajaran tersebut. Pencapaian yang berjaya pula, akan

menambahkan minatnya, yang akan berterusan sepanjang hidup. Minat murid dalam

matematik, sains, bahasa asing atau salah satu mata pelajaran lain boleh di dasarkan

kepada bakat sebenar dalam bidang tertentu. Apabila pengajiannya diteruskan,

kecekapan yang lebih disertai pula dengan minat yang bertambah di dapati bukan

sahaja dalam bidang tertentu (Crow dan Crow, 1983).

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam usaha untuk membangunkan ekonomi dan mencapai kemakmuran,

Malaysia telah mengambil langkah-langkah untuk menjadi negara perindustrian,

seperti negara-negara jiran lain di rantau ASEAN. Hal ini memandangkan bahawa di

antara tahun 1990 hingga 2000, dijangka kebanyakan bidang pekerjaan baru

bertumpu di dalam sektor perkhidmatan, pembinaan dan pembuatan. Bidang

pekerjaan ini memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu yang tidak dapat diperolehi

daripada pendidikan yang hanya berbentuk akademik. Oleh itu, timbul keperluan

untuk mewujudkan sistem pendidikan teknik dan vokasional bagi mengeluarkan

tenaga kerja yang mahir (Haji Yahya B. Emat, 2005).

Dalam Nigam et al. (1990 dalam Haji Yahya B. Emat, 2005) di Malaysia,

kajian mengenai pembangunan tenaga manusia yang telah dijalankan menunjukkan

Page 25: MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN · PDF fileminat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah norliza binti ensa ... no jadual tajuk muka surat 3.1

6

bahawa juruteknik amat berkurangan, dan ini diikuti oleh beberapa kategori pekerja

sektor pengeluaran. Keperluan bagi mendapatkan pekerja-pekerja mahir semakin

meruncing disebabkan oleh pengenalan teknologi dan teknik-teknik baru,

terutamanya dalam bidang elektronik dan komputer. Oleh itu, pendidikan teknik dan

vokasional hendaklah memainkan peranan penting dalam menyediakan latihan asas

untuk pembangunan tenaga manusia yang diperlukan.

Pendidikan teknik dan vokasional pada penghujung abad ke-20 telah melalui

pelbagai perubahan. Perubahan-perubahan yang dilalui merupakan perubahan yang

positif kerana pada suatu masa dahulu, pendidikan teknik dan vokasional dianggap

sebagai satu program yang rendah tarafnya dan hanya layak untuk pelajar-pelajar

yang tiada kemampuan untuk berjaya di dalam bidang akademik (Haji Yahya B.

Emat, 2005).

Berdasarkan titik alih dalam dasar dan program pembangunan ekonomi

kearah mewujudkan ekonomi perindustrian yang lebih kukuh dalam dekad 1990-an

dan seterusnya, adalah dijangkakan juga bahawa akan kedapatan perubahan yang

nyata dalam sikap dan nilai masyarakat umum terhadap pendidikan teknik,

vokasional dan teknologi. Pada waktu yang sama juga, strategi dalam reformasi

organisasi di peringkat sekolah menengah sudah pasti bukan sahaja tertumpu kepada

aspek pembinaan dan pengubahsuaian bangunan, peralatan, pengurusan sekolah dan

personaliti, tetapi juga apa yang lebih ditekankan ialah program kemajuan kurikulum

dan kokurikulum latihan teknik, vokasional dan teknologi. Usaha ini adalah untuk

melahirkan golongan tenaga separa mahir yang berdisiplin, cekap dan berkeupayaan

tinggi. Aspek ini sudah pasti perlu diberikan penekanan yang lebih tegas dan kukuh

kerana tertumpu kepada bidang tersebut ( Hussein Hj. Ahmad, 1993 ).

Disamping itu juga, sektor pasaran buruh telah menentukan bahawa pihak

kerajaan perlu menyediakan golongan pelajar yang perlu memperoleh kemahiran dan

ilmu asas yang luas dan kukuh. Dengan perubahan dalam falsafah dasar dan nada

pelaksanaan program penilaian peperiksaan dan ujian seperti yang direncanakan pada

dekad 1990-an, sudah pasti akan terserlah satu percambahan yang besar dalam

jumlah enrolmen pelajar di sekolah menengah rendah dan menengah atas. Ini adalah

Page 26: MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN · PDF fileminat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah norliza binti ensa ... no jadual tajuk muka surat 3.1

7

kerana umur persekolahan sejagat yang akan diperluaskan daripada sembilan tahun

kepada 11 tahun. Daripada satu segi, langkah ini pasti akan merupakan satu petanda

positif terhadap pelaburan dalam pendidikan. Perubahan dasar ini adalah sealiran

dengan perubahan dalam konsepsi peranan dan fungsi pendidikan secara keseluruhan

( Hussein Hj. Ahmad, 1993 ).

Perbezaan-perbezaan kesediaan belajar menyulitkan guru-guru untuk

menentukan bahan-bahan pengajaran, isi kandungan pengajaran, aktiviti-aktiviti dan

sebagainya. Apabila kesediaan belajar itu dihubungkan pula dengan minat,

kematangan, kecenderungan, sikap, nilai, emosi, kesedaran sosial dan sebagainya

masalah itu akan bertambah rumit. Guru terpaksa pula berusaha memenuhi selera

mereka yang berbeza-beza itu. Dari sudut yang lain pula, masalah itu dirasakan juga

oleh pelajar-pelajar itu sendiri. Mereka akan belajar dalam keadaan yang kurang

menggalakkan. Apabila aktiviti-aktiviti pembelajaran tidak mengambil kira

keperluan mereka, sudah pasti ini akan membuatkan mereka kehilangan minat dan

keinginan untuk memainkan peranan secara aktif ( Kamarudin Hj. Husin, 1997 ).

Sebagai contoh, kegiatan yang termasuk dalam bidang pembelajaran

Ekonomi Rumah Tangga dan bidang yang berkaitan ini mempunyai nilai praktik

kepada tiap-tiap individu sama ada lelaki dan perempuan tidak mengira sama ada

menjaga kanak-kanak, rawatan, pengurusan rumah tangga, perbelanjaan keluarga,

perhiasan rumahtangga, dan reka bentuk pakaian dan pengeluaran merupakan

kegiatan-kegiatan yang perlu dalam kehidupan sehari-hari (Crow dan Crow, 1983).

Seperti diketahui umum, matapelajaran teknik dan vokasional merupakan

mata pelajaran teori dan amali yang diperkenalkan di sekolah menengah. Pelajar-

pelajar yang terlibat mempelajari mata pelajaran ini adalah dari kalangan pelajar di

tingkatan empat dan lima yang akan di nilai pada peperiksaan Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) ketika pelajar berada ditingkatan lima. Mata pelajaran teknik dan

vokasional ini merupakan mata pelajaran elektif yang merangkumi mata pelajaran

seperti Reka Cipta, Grafik Komputer, Katering, Ekonomi Rumah Tangga, Pertanian,

Prinsip Akaun, Ekonomi Asas dan Perdagangan.

Page 27: MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN · PDF fileminat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah norliza binti ensa ... no jadual tajuk muka surat 3.1

8

Mata pelajaran ini membekalkan pelajar mengenai pengetahuan dan

kemahiran secara praktis dalam bidang teknologi khususnya di tempat tinggal dan

tempat kerja kelak. Pengajaran dan pembelajaran pendidikan ini adalah secara

aktiviti dan kerja praktis yang berbagai-bagai di mana bukan sahaja dipelajari dari

segi teori tetapi terdapat juga kerja amali. Kerja-kerja amali dapat memberi latihan

kepada para pelajar dalam berbagai kemahiran asas di dalam hidup ini. Dalam

matapelajaran teknik dan vokasional, semua pelajar berpeluang belajar di dalam

pelbagai bidang kemahiran asas seperti bertukang, menjahit, memasak, berkebun,

mereka cipta dan lain-lain. Selain itu, mereka juga didedahkan dengan pembelajaran

mengenai teori mengendalikan perniagaan dan mempelajari akaun bagi perniagaan.

Pelajar wanita sering dikaitkan dengan persoalan mengenai tahap ketahanan

diri menghadapi cabaran mempelajari mata pelajaran teknik dan vokasional yang

sering dikatakan sebagai mata pelajaran yang sesuai untuk golongan lelaki. Ini

kerana di akhir akil baligh, remaja lelaki mempunyai otot yang lebih kuat dan besar,

darah yang lebih banyak dan keupayaan oksigen dalam darah yang lebih daripada

remaja perempuan. Remaja lelaki juga mempunyai kadar degupan jantung pada

masa rehat yang lebih rendah daripada remaja perempuan ( Rahil Mahyuddin dan

Habibah Elias, 2002).

Oleh itu, kajian ini cuba mengkaji minat pelajar wanita terhadap mata

pelajaran teknik dan vokasional yang dikenali sebagai mata pelajaran yang mencabar

dan memerlukan kerja-kerja yang agak kasar bagi subjek amali yang kurang sesuai

dengan keadaan fizikal dan kudrat seorang wanita. Minat untuk belajar merupakan

faktor yang penting yang menentukan kejayaan seseorang. Di dalam mata pelajaran

ini, minat terhadap kerja-kerja amali di kalangan pelajar wanita amat penting bagi

menjamin kejayaan.

1.3 Pernyataan Masalah

Seperti yang diketahui umum, lelaki dan wanita mempunyai perbezaan dari

Page 28: MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN · PDF fileminat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah norliza binti ensa ... no jadual tajuk muka surat 3.1

9

segi minat terhadap pelajaran. Tahap dan sikap pelajar berbeza antara lelaki

danperempuan. Pelajar perempuan lebih berminat topik yang berbentuk teori

berbanding lelaki yang meminati kerja-kerja amali ( Rohaidah Daud, 1997). Ramai

yang mengatakan bidang yang mencabar adalah di luar kuasa wanita dengan alasan

mereka tidak tahan menerima tekanan, lemah dan kurang berkemampuan. Menurut

A.D.C Peterson (1987), selagi diterima bahawa wanita itu hanya “ kaum yang lemah

dan bergantung” kepada lelaki sebagai isteri atau anak perempuan maka galakan

untuk pengajian tinggi agak sedikit bagi menyediakan mereka untuk sebarang kerja

lain, selain yang dikatakan sebagai memenuhi apa yang ditetapkan Tuhan. Oleh itu,

kajian ini dijalankan untuk meninjau minat pelajar wanita dalam mata pelajaran

teknik dan vokasional di sekolah.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti minat pelajar wanita terhadap

mata pelajaran teknik dan vokasional dengan melihat kepada lima objektif kajian

iaitu:

1.4.1 Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi minat pelajar wanita mempelajari

mata pelajaran teknik dan vokasional.

1.4.2 Mengenal pasti elemen yang mendorong minat pelajar wanita terhadap mata

pelajaran teknik dan vokasional.

1.4.3 Mengetahui persepsi pelajar wanita mengenai bidang teknik dan vokasional.

1.4.4 Mengenal pasti situasi persekitaran pada hari ini yang mempengaruhi minat

pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional.

Page 29: MINAT PELAJAR WANITA DALAM MATA PELAJARAN · PDF fileminat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah norliza binti ensa ... no jadual tajuk muka surat 3.1

10

1.5 Persoalan Kajian

Didalam penyelidikan yang di jalankan, penyelidik cuba mencari jawapan

tentang minat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah

yang di nyatakan pada objektif kajian. Antara persoalan yang akan dikemukakan

ialah:

1.5.1 Apakah faktor yang mempengaruhi minat pelajar wanita mempelajari mata

pelajaran teknik dan vokasional?

1.5.2 Apakah elemen yang mendorong minat pelajar wanita terhadap mata

pelajaran teknik dan vokasional?

1.5.3 Apakah persepsi pelajar wanita mengenai bidang teknik dan vokasional?

1.5.4 Sejauhmanakah situasi persekitaran pada hari ini mempengaruhi minat

pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional?