32
FAKTOR –FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT PELAJAR TINGKATAN EMPAT ALIRAN PENDIDIKAN VOKASIONAL ( KETUKANGAN KEJURUTERAAN ) TERHADAP BIDANG KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SUNGAI BULOH, SELANGOR OMAR AZHAR BIN HJ. ZAKARIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

  • Upload
    others

  • View
    12

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

FAKTOR –FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT PELAJAR

TINGKATAN EMPAT ALIRAN PENDIDIKAN VOKASIONAL

( KETUKANGAN KEJURUTERAAN ) TERHADAP BIDANG

KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SUNGAI BULOH,

SELANGOR

OMAR AZHAR BIN HJ. ZAKARIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,
Page 3: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Doktor Falsafah Teknologi Serta Pendidikan

( Kejuruteraan Jentera )”

Page 4: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

iii

FAKTOR –FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT PELAJAR

TINGKATAN EMPAT ALIRAN PENDIDIKAN VOKASIONAL

( KETUKANGAN KEJURUTERAAN ) TERHADAP BIDANG

KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SUNGAI BULOH,

SELANGOR

OMAR AZHAR BIN HJ. ZAKARIA

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kejuruteraan Jentera )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER 2004

Page 5: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

iv

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Page 6: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

v

DEDIKASI

Untuk arwah isteriku yang disayangi,

Jasa dan pengorbananmu akan ku kenang hingga akhir hayat

Semangatmu tetap bersamaku

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu

Buat anakku Muhammad Azhari,

Jadikanlah ayah sebagai sumber inspirasi

Sesungguhnya kejayaan ini adalah anugerah Ilahi

Untuk kita syukuri bersama dan sebagai pendorong kepadamu

Untuk berusaha ke arah itu

Dan menikmatinya di masa yang mendatang.

Kepada Ayahanda dan Bonda yang dikasihi,

Ayah dan Ibu mertuaku yang dihormati

Doamu memberikanku kekuatan dan kesejahteraan

Dalam menempuh ranjau sepanjang jalan ini….

Ya Allah

Syukurku tak terhingga……….atas segala limpah kurniaMu.

Page 7: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

vi

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH s.w.t kerana dengan izin dan limpah

kurniaNya, penulis talah dapat mencapai cita-cita untuk menyiapkan Projek Sarjana

Muda ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Penulis ingin merakamkan ribuan terima kasih dan penghargaan ikhlas kepada

penyelia projek, Tuan Haji Kandar bin Selamat di atas segala tunjuk ajar, bimbingan,

nasihat serta kesabaran dan penumpuan beliau dengan penuh kerelaan tanpa rasa jemu di

sepanjang tempoh laporan projek ini disiapkan.

Ucapan penghargaan juga diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor,

Pengetua Sekolah Menengah Teknik Sungai Buloh dan responden-responden yang

terlibat dalam kajian ini. Terima kasih di atas segala kerjasama yang diberikan dalam

usaha penulis menjalankan kajian bagi Projek Sarjana Mudanya.

Tidak ketinggalan penghargaan diberikan kepada sesiapa sahaja yang turut

membantu dalam menjayakan projek ini secara langsung atau tidak langsung. Semoga

ALLAH jua memberkati hidup kalian.

Wassalam.

Page 8: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

vii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor –faktor yang mempengaruhi minat

pelajar Tingkatan Empat aliran pendidikan Vokasional ( Ketukangan Kejuruteraan )

terhadap bidang keusahawanan di Sekolah Menengah Teknik Sungai Buloh, Selangor.

Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak

dalam mempengaruhi, mendorong, merangsang, memupuk dan memberi motivasi

menjurus ke arah keusahawanan. Faktor kurikulum, peranan guru, suasana persekitaran,

peranan keluarga dan rakan sebaya adalah perkara-perkara yang terlibat dalam penentu

menuju ke arah itu. Sampel kajian ini terdiri daripada 144 orang pelajar Tingkatan

Empat aliran pendidikan Vokasional ( Ketukangan Kejuruteraan ). Alat kajian yang

digunakan adalah kaedah soal selidik untuk mendapatkan data-data dan maklumat yang

diperlukan. Hasil dapatan kemudian diproses dengan menggunakan perisian SPSS ( Ver.

11. 5 ). Hasil kajian menunjukkan minat pelajar-pelajar terhadap bidang keusahawanan

adalah sederhana. Suasana persekitaran telah menunjukkan peratus setuju yang lebih

tinggi iaitu 51.82 % manakala faktor kurikulum adalah yang terendah 31.26 %. Pengkaji

mengesyorkan beberapa cadangan yang difikirkan sesuai untuk mempertingkatkan

keberkesanan dalam menanam minat terhadap bidang keusahawanan.

Page 9: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

viii

ABSTRACT

The main objective of this project research is to survey the factor influencing

interests of Form 4 students Vocational Education stream ( Engineering Trade ) at

Sekolah Menengah Teknik Sungai Buloh, Selangor towards the entrepreneurship field. In

this research, typically student interest towards the entrepreneurship field are based on

the involvement and role of certain party in case to encourage, to influence, to stimulate

and to give the guideline towards this field. The curriculum factor, teacher’s role,

environment, family and peer are involved in order to form interest of the students to this

entrepreneurship field. This research sample consists of 144 form 4 students Vocational

Education stream ( Engineering Trade ). The primary research tools use in this project

research is by using questionnaires method. From this method, all the related information

will be obtained. All the acquisition data or information gathered will be process by the

SPSS Software ( Ver. 11.5 ). Research result shows that student interests toward

entrepreneurship field are moderate. Environment factor was the highest agree

percentage at 51.82 % and curriculum factor are showed the lowest percentage at

31.26 %. Researcher had recommended a several opinions or suggestions that suitable to

enhance or upgrade the effectiveness way to build in students interest towards

entrepreneurship field.

Page 10: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

Pengesahan Status Tesis i

Pengakuan Penyelia ii

Tajuk Kajian iii

Halaman Pengakuan iv

Halaman Dedikasi v

Halaman Penghargaan vi

Abstrak vii

Abstract viii

Kandungan ix

Senarai Jadual xvi

Senarai Singkatan xviii

Senarai Lampiran xix

Page 11: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

x

1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latarbelakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 6

1.3 Objektif Kajian 6

1.4 Persoalan kajian 7

1.5 Kepentingan Kajian 8

1.5.1 Perancang dan Pengubal Kurikulum 8

1.5.2 Guru dan Pentadbir Sekolah 8

1.5.3 Ibubapa dan Penjaga 9

1.6 Batasan Kajian 9

1.7 Definisi Istilah 10

1.7.1 Faktor 10

1.7.2 Mempengaruhi 10

1.7.3 Minat 10

1.7.4 Pelajar Aliran Pendidikan

Vokasional ( Bidang Ketukangan

Kejuruteraan ) 11

1.7.5 Keusahawanan 11

1.7.6 Kurikulum 12

Page 12: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

xi

1.7.7 Guru 12

1.7.8 Motivasi 12

2 SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 13

2.1 Faktor Kurikulum Terhadap Minat 14

2.2 Peranan Guru Terhadap Minat 15

2.3 Pengaruh Suasana Persekitaran Terhadap Minat 17

2.4 Pengaruh Keluarga Terhadap Minat 18

2.5 Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Minat 20

3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 22

3.1 Rekabentuk Kajian 22

3.2 Tempat Kajian 24

Page 13: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

xii

3.3 Populasi Kajian 24

3.4 Instrumen Kajian 25

3.5 Prosedur Kajian 27

3.6 Analisis Data 27

3.7 Kajian Rintis 29

4 ANALISIS

4.0 Pengenalan 31

4.1 Bahagian A : Latar belakang Responden 32

4.1.1 Taburan Responden Mengikut jantina 32

4.1.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 33

4.1.3 Taburan Responden Mengikut

Peperiksaan Yang Diambil 33

4.1.4 Taburan Pekerjaan Tetap Bapa 34

4.1.5 Taburan Pekerjaan Tetap Ibu 35

4.1.6 Taburan Pekerjaan Sampingan Bapa 35

4.1.7 Taburan Pekerjaan Sampingan Ibu 36

Page 14: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

xiii

4.1.8 Taburan Pendapatan Keseluruhan

Ibu dan Bapa 37

4.1.9 Taburan Individu Berniaga Yang Rapat

Dengan Responden 38

4.1.10 Taburan Pekerjaan Yang Diminati 39

4.1.11 Taburan Tempat Tinggal Responden 40

4.2 Bahagian B : Analisis Tentang Faktor Yang

Mempengaruhi Minat Pelajar Tingkatan Empat 41

4.2.1 Taburan Peratus Faktor Kurikulum

dalam Mempengaruhi Minat Pelajar

Terhadap Bidang Keusahawanan 43

4.2.2 Taburan Peratus Peranan Guru Dalam

Mendorong Minat Pelajar Terhadap

Bidang Keusahawanan 45

4.2.3 Taburan Peratus Suasana Persekitaran

Yang Dapat Merangsang Minat Pelajar

Terhadap Keusahawanan 47

4.2.4 Taburan Peratus Peranan Keluarga

Dalam Membantu Memupuk Minat

Pelajar Ke Arah Keusahawanan 49

Page 15: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

xiv

4.2.5 Taburan Peratus Peranan Rakan Sebaya

Yang boleh Memberi Motivasi Supaya

Menjadi Usahawan Yang Berjaya 52

4.2.6 Analisis Data Keseluruhan Aspek Yang

Dikaji Dalam Bahagian B 55

4.2.7 Kesimpulan 57

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 58

5.1 Perbincangan 59

5.1.1 Faktor Kurikulum Dalam Mempengaruhi

Minat Pelajar Terhadap Bidang

Keusahawanan 59

5.1.2 Peranan Guru Dalam Mendorong Minat

Pelajar Terhadap Bidang Keusahawanan 61

5.1.3 Suasana Persekitaran Yang Dapat

Merangsang Minat Pelajar Terhadap

Keusahawanan 64

Page 16: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

xv

5.1.4 Peranan Keluarga Dalam Membantu

Memupuk Minat Pelajar Ke Arah

Keusahawanan 66

5.1.5 Peranan Rakan Sebaya Yang Boleh

Memberi Motivasi Supaya Menjadi

Usahawan Yang Berjaya 68

5.2 Rumusan 71

5.3 Cadangan 73

5.3.1 Cadangan Berkaitan dengan Kajian 73

5.3.2 Cadangan Kajian Lanjutan 74

5.4 Penutup 75

BIBLIOGRAFI 77

LAMPIRAN

Soal selidik 82

Surat kebenaran EPRD 88

Surat Memohon Kebenaran Kajian ke JPN 89

Surat Kebenaran Dari JPN 91

Surat Akuan Dari UTM 92

Keputusan Kajian Rintis ( Alpha ) 93

Page 17: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

xvi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 1 Jadual Pengkelasan Responden 28

Jadual 2 Pekali Alpha Cronbach 29

Jadual 3 Taburan Responden Mengikut Jantina 32

Jadual 4 Taburan Responden Mengikut Bangsa 33

Jadual 5 Taburan Responden Mengikut Peperiksaan Yang

Akan Diambil 34

Jadual 6 Taburan Pekerjaan Tetap Bapa 34

Jadual 7 Taburan Pekerjaan Tetap Ibu 35

Jadual 8 Taburan Pekerjaan Sampingan Bapa 36

Jadual 9 Taburan Pekerjaan Sampingan Ibu 37

Jadual 10 Taburan Pendapatan Keseluruhan Ibu dan Bapa 38

Jadual 11 Taburan Individu Berniaga Yang Rapat Dengan

Responden 39

Jadual 12 Taburan Pekerjaan Yang Diminati 40

Jadual 13 Taburan Tempat Tinggal Responden 40

Page 18: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

xvii

Jadual 14 Menunjukkan Skala Min 3 Mata 42

Jadual 15 Taburan Peratus Faktor Kurikulum Dalam

Mempengaruhi Minat Pelajar Terhadap Bidang

Keusahawanan 43

Jadual 16 Taburan Peratus Peranan Guru Dalam Mendorong

Minat Pelajar Terhadap Bidang Keusahawanan 45

Jadual 17 Taburan Peratus Suasana Persekitaran Yang Dapat

Merangsang Minat Pelajar Terhadap Keusahawanan 48

Jadual 18 Taburan Peratus Peranan Keluarga Dalam Membantu

Memupuk Minat Pelajar Ke Arah Keusahawanan 50

Jadual 19 Taburan Peratus Peranan Rakan Sebaya Yang Boleh

Memberi Motivasi Supaya Menjadi Usahawan

Berjaya 53

Jadual 20 Peratus dan Min Keseluruhan Aspek Yang Dikaji 55

Page 19: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

xviii

SENARAI SINGKATAN

Bil. - Bilangan

BPTV - Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah

KHB - Kemahihran Hidup Bersepadu

MLVK - Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan

RM - Ringgit Malaysia

S - Setuju

SKM - Sijil Kemahiran Malaysia

SMR - Sekolah Menengah Rendah

SMT - Sekolah Menengah Teknik

SPMV - Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional

SPSS - Statiscal Package for Social Sceince

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

Page 20: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

xix

SENARAI LAMPIRAN

BIL . TAJUK MUKA SURAT

1 Soal Selidik 82

2 Surat Kebenaran EPRD ( Surat kebenaran melakukan 88

kajian daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan )

3 Surat kebenaran memohon melakukan kajian ke Jabatan 89

Pendidikan Negeri Selangor

4 Surat kebenaran melakukan kajian dari Jabatan Pendidikan 91

Negeri Selangor

5 Surat Akuan ( Surat pengesahan penyelidikan UTM ) 92

6 Keputusan Kajian Rintis ( Alpha ) 93

Page 21: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

1

BAB 1

PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan

Keusahawanan wujud sejak bermulanya sejarah manusia. Pada masa lampau,

keusahawanan dipraktikan secara kecil-kecilan dirumah. Sebagai contoh, seisi keluarga

menjadi usahawan bagi barangan harian tertentu. Ada keluarga yang menangkap dan

memproses ikan ( dan dari itu menjadi usahawan ikan ), ada yang menanam dan

memproses padi ( mereka ini digelar usahawan beras ) dan sebagainya. Di Barat, ada

keluarga yang membuat kapak, lilin, mentega atau perabot untuk dijual atau ditukar

dengan barangan lain yang diperlukan. Usahawan kecil-kecilan ini telah menampung

kehidupan manusia berabad-abad lamanya.

Kini konsep keusahawanan berlainan sedikit dari masa lalu, selari dengan

perubahan masa. Perkataan ‘usahawan’datang dari kata akar ‘usaha’. Maka usahawan

Page 22: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

2

ialah orang yang berusaha mengeluarkan sesuatu. Pada hari ini kita seringkali

memikirkan usahawan sebagai orang yang memulakan perniagaannya sendiri. Perniagaan

ini bukannya yang bersifat biasa sahaja tetapi mampu membuka peluang untuk orang lain

meraih manfaatnya. Dengan lain perkataan, usahawan adalah individu-individu yang

menyumbang kepada kekayaan ekonomi sesebuah negara.

Oleh yang demikian, adalah patut minat, pengetahuan, kemahiran serta sifat-sifat

keusahawanan perlu disemaikan sejak dari awal lagi. Manusia boleh dididik dan

didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dari peringkat muda supaya sikap

berdikari boleh dipupuk. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan boleh

dipelajari untuk menjadikan manusia lebih kreatif dan produktif. Keusahawanan dapat

menghasilkan manusia yang sanggup menerima cabaran, berfikiran luas, tegas, cekal dan

sentiasa berusaha. Nilai-nilai ini perlu ada dalam setiap individu untuk menjadikan

mereka rakyat yang dapat menyumbang kepada pembangunan industri. Kemajuan

sesebuah negara bergantung kepada kemajuan industri. Oleh itu di negara-negara maju

terdapat ramai usahawan yang bergiat aktif untuk memajukan negara ( Zaidatol

Akmaliah, Habibah Elias, 1997 ).

Namun, sebahagian besar daripada kita meragui kemampuan sendiri untuk maju

dibidang keusahawanan, walaupun kita tahu kerajaan telah membentuk berbagai dasar

serta menyediakan berbagai-bagai kemudahan untuk membantu dan memudahkan kita,

berkembang maju di bidang keusahawanan. Kita keberatan untuk memilih bidang

keusahawanan sebagai kerjaya kerana kita masih beranggapan bahawa bidang ini tidak

Page 23: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

3

dapat memberikan jaminan masa depan seperti mana yang dapat diberikan oleh sektor

awam mahupun sektor swasta ( Yep Putih, 1989 ).

Namun begitu, semangat keusahawanan yang telah disemai semasa kanak-kanak

lagi dan pengalaman dalam aspek perniagaan turut membantu memupuk minat dan sifat

keusahawanan.

1.1 Latar belakang masalah Menurut Nor Aishah Buang ( 2002 ) , pelajar, ibubapa dan masyarakat :

1. Tidak cenderung ke arah keusahawanan.

2. Kurang kesedaran terhadap peluang-peluang perniagaan berasaskan

kemahiran sedia ada.

3. Takut kepada risiko perniagaan.

4. Kurang bersedia dari aspek pengetahuan asas perniagaan, pengalaman dan

modal.

Secara amnya, sistem pendidikan negara tidak memberi penekanan kepada bidang

keusahawanan. Contohnya, sistem pendidikan pada masa kini mempunyai banyak

kekurangan seperti penyediaan kurikulum pendidikan yang tidak menyeluruh dan

penilaian yang tidak tetap terhadap pendidikan keusahawanan. Kesannya, risiko timbul

kerana kekurangan penekanan ke atas pembangunan ciri-ciri keusahawanan, kesedaran

Page 24: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

4

inovasi, perkembangan motivasi dan kreativiti. Maka sistem pendidikan yang ada pada

masa kini hanya mampu melahirkan tenaga pekerja seperti doktor, jurutera dan ahli

ekonomi yang lemah , suka bergantung dan tidak kekal jika berniaga.( Nor Aishah

Buang, 2002 ).

Oleh itu, generasi muda perlu memiliki kualiti keusahawanan yang boleh

membantu membangunkan diri mereka sebagai seorang usahawan yang berjaya.

Penekanan untuk mewujudkan suatu persekitaran atau suasana kesedaran inovasi,

ketulenan, kreativiti dan desakan ke arah kecemerlangan adalah perlu. Kualiti

keusahawanan tidak dapat dibentuk serta merta, sebaliknya memerlukan masa yang

panjang dan berterusan.

Menurut Peter Drucker ( 1996 ), dalam Nor Aishah Buang ( 2002 ), sesiapa sahaja

daripada mana-mana organisasi boleh belajar dan dilatih menjadi usahawan. Walau

bagaimana pun, persoalan sama ada keusahawanan boleh diajar atau patut diajar

sepatutnya digantikan dengan apakah dan bagaimanakah cara untuk mengajar pendidikan

keusahawanan.

Pada bulan April 2000, Malaysia telah dikejutkan dengan berita yang

menyatakan bahawa seramai 39,000 graduan universiti dan kolej masih lagi

mengganggur kerana bidang pengajian mereka tidak memenuhi kehendak pasaran tenaga

kerja. Jika graduan-graduan ini telah didedahkan kepada profesion keusahawanan sejak

dibangku sekolah hingga ke pengajian di universiti, kemungkinan besar mereka dapat

berdikari dan memulakan perniagaan sendiri walau sekecil mana sekalipun. Ini kerana

Page 25: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

5

ekonomi negara terus membangun dan memerlukan ramai usahawan baru yang bersedia

untuk mewujudkan model-model perniagaan baru. Apa yang menyedihkan ialah

nampaknya negara kita melahirkan lebih banyak pengurus dan pekerja syarikat

berbanding usahawan yang inovatif untuk membangunkan ekonomi negara. Bekas

Perdana Menteri Malaysia, Tun Doktor Mahathir Mohamad ( 2001 ), dalam Nor Aishah

Buang ( 2002 ), pernah merungut kerana tidak banyak kedai-kedai runcit Melayu di

bandar-bandar besar di seluruh negara. Keadaan ini memberi imej yang tidak seimbang

tentang negara ini iaitu seolah-olah bandar-bandar besar di Malaysia dimonopoli oleh

orang bukan Melayu sahaja. Secara tidak langsung, senario ini memberi gambaran

bahawa Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) sememangnya tidak berjaya melahirkan ramai

usahawan dan peniaga Bumiputera. Dalam situasi lain pula berkaitan dengan pendidikan

Vokasional, dimana kursus dirancang untuk pelajar yang telah tamat pelajaran menengah

rendah serta mempunyai minat dan kecenderungan untuk memasuki pekerjaan teknikal.

Oleh itu pelajar-pelajar lepasan sekolah yang mendapat Sijil Kemahiran Vokasional

( SKM ) hanya terfikir untuk bekerja makan gaji dan tidak pernah terfikir untuk

membuka perniagaan mereka sendiri.

Jadi, salah satu strategi untuk memupuk dan memberi kesedaran kepada pelajar

khasnya dan masyarakat umumnya, dalam bidang keusahawanan ialah pendidikan

keusahawanan samada diperingkat rendah, menengah serta pendidikan teknik. Di

samping itu faktor lain seperti guru, persekitaran, keluarga dan rakan sebaya juga dapat

membantu menuju ke arah keusahawanan.

Page 26: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

6

1.2 Pernyataan masalah

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji adakah pelajar tingkatan 4 aliran pendidikan

vokasional ( Bidang Ketukangan Kejuruteraan ) berminat terhadap bidang keusahawanan.

Pengkaji ingin mengkaji dari sudut kurikulum yang telah dilalui, peranan guru,

persekitaran, keluarga dan rakan sebaya yang mana adakah faktor ini boleh mendorong

dan mempengaruhi pelajar-pelajar supaya berminat terhadap bidang keusahawanan.

1.3 Objektif Kajian

Tujuan kajian ialah untuk meninjau :

1. Faktor kurikulum dalam mempengaruhi minat pelajar terhadap bidang

keusahawanan.

2. Peranan guru dalam mendorong minat pelajar terhadap bidang keusahawanan.

3. Suasana persekitaran yang dapat merangsang minat pelajar terhadap

keusahawanan.

4. Peranan keluarga dalam membantu memupuk minat pelajar ke arah

keusahawanan.

5. Peranan rakan sebaya yang boleh memberi motivasi supaya menjadi usahawan

yang berjaya.

Page 27: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

7

1.4 Persoalan kajian

Kajian ini akan menjawab soalan-soalan penyelidikan berikut :

1. Adakah faktor kurikulum yang telah mereka lalui di peringkat SMR khususnya

mata pelajaran KHB boleh mempengaruhi minat pelajar-pelajar terhadap bidang

keusahawanan ?

2. Adakah peranan guru dapat mendorong pelajar-pelajar supaya berminat

menceburi bidang keusahawanan ?

3. Adakah suasana persekitaran merangsang pelajar-pelajar berminat menjadi

seorang usahawan ?

4. Adakah pihak keluarga dapat memupuk minat pelajar-pelajar dalam bidang

keusahawanan ?

5. Adakah rakan sebaya boleh memberi motivasi supaya menjadi seorang usahawan

yang berjaya ?

Page 28: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

8

1.5 Kepentingan Kajian

Pengkaji berharap agar kajian ini dapat memberi maklumat yang lebih lanjut

kepada pihak-pihak tertentu seperti :

1.5.1 Perancang dan Pengubal Kurikulum

Dapatan kajian diharap boleh menjadi panduan kepada perancang dan pengubal

kurikulum dalam pengubahsuaian kurikulum dan program pendidikan keusahawanan

didalam kurikulum sekolah atau pusat-pusat pengajian tinggi. Kajian ini diharap dapat

membantu perancang dan pengubal dalam memantapkan lagi isi kandungan sukatan

pelajaran yang mengandungi unsur-unsur keusahawanan dalam usaha memupuk minat

pelajar-pelajar ke arah bidang tersebut.

1.5.2 Guru dan Pentadbir sekolah

Guru-guru dan pentadbir sekolah dapat menjadikan hasil kajian ini sebagai

sumber untuk merancang dan membentuk strategik pengajaran dan pembelajaran yang

lebih berkesan dalam menerapkan unsur-unsur keusahawanan dan perniagaan. Aktiviti-

aktiviti ko-kurikulum juga dapat disusun dan dijuruskan secara jelas ke arah penerapan

unsur-unsur keusahawanan agar pelajar-pelajar terdidik dalam bidang berkenaan.

Page 29: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

9

1.5.3 Ibubapa dan Penjaga

Kepada ibubapa dan penjaga juga diharap dapat menjadikan dapatan kajian ini

sebagai rujukan dan panduan dalam mendidik dan memupuk minat anak-anak terhadap

kerjaya keusahawanan. Hasil kajian ini juga dapat membantu ibubapa dan penjaga

membuka minda anak-anak ke arah keusahawanan kerana keusahawanan dapat

menjadikan mereka manusia yang sanggup menerima cabaran, berfikiran luas dan

sentiasa berusaha.

1.6 Batasan kajian

1. Kajian hanya dilakukan ke atas pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik

Sungai Buloh, Selangor sahaja.

2. Kajian hanya dilakukan kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 yang mengikuti

aliran Pendidikan Vokasional bidang Ketukangan Kejuruteraan sahaja.

3. Aspek kajian yang dipilih adalah terbatas kepada faktor kurikulum,

peranan guru dalam mendorong minat terhadap keusahawanan, suasana

persekitaran, pihak keluarga serta rakan sebaya.

Oleh yang demikian, kemungkinan keputusan kajian adalah terbatas dan tidak

boleh digunakan untuk mewakili semua Sekolah Menengah Teknik di Malaysia.

Page 30: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

10

1.7 Definisi istilah

Beberapa istilah penting digunakan dalam kajian ini. Antaranya ialah :

1.7.1 Faktor

Teuku Iskandar ( 1970 ), menyatakan faktor ialah punca keadaan yang

dapat mempengaruhi dan seterusnya mengubah sesuatu yang lain;

penyebab terjadinya sesuatu. Maksud pengkaji mengenai faktor dalam

kajian ini ialah sesuatu yang boleh mempengaruhi pelajar-pelajar dalam

menuju matlamat ke arah keusahawanan.

1.7.2 Mempengaruhi

Teuku Iskandar ( 1970 ), mempengaruhi bermaksud berpengaruh atas,

menggunakan pengaruh pada; menguasai. Maksud pengkaji tentang

mempengaruhi dalam kajian ini ialah sesuatu yang dapat menguasai

pelajar-pelajar terhadap bidang keusahawanan.

1.7.3 Minat

Crow dan Crow ( 1980 ), menyatakan minat adalah daya penggerak yang

mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang, benda atau

kegiatan.

Teuku Iskandar (1970), menyatakan minat adalah keinginan

( kesukaan, kecenderungan ) kepada sesuatu. Maksud pengkaji dalam

kajian ini ialah kecenderungan pelajar kepada keusahawanan.

Page 31: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

11

1.7.4 Pelajar Aliran Pendidikan Vokasional ( Bidang Ketukangan

Kejuruteraan)

Pelajar yang diterima masuk ke tingkatan 4 dalam aliran pendidikan

Vokasional dimana akan dijuruskan mengikut salah satu kursus yang

ditawarkan dan akan mengikuti mata pelajaran Vokasional disamping

mata pelajaran wajib. Antara kursus yang ditawarkan dalam bidang

ketukangan kejuruteraan ialah : Elektrik, Elektronik, Amalan Bengkel

Mesin, Kimpalan dan Fabrikasi Logam, Automotif, Binaan Bangunan dan

Penyejukan dan Penyamanan Udara ( Kementerian Pendidikan Malaysia,

Bahagian pengurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional, Jabatan

Pendidikan Teknikal, 2003 ).

1.7.5 Keusahawanan

Keusahawanan adalah satu bidang kegiatan ekonomi yang mempunyai

keindahan, kemegahan dan kemuliaan yang tersendiri. Peluang untuk

sesiapa juga maju melaluinya adalah tidak terhad. Secara ringkasnya

Keusahawanan adalah sebarang kerja atau usaha yang bercorak perniagaan

( Yep Putih, 1989 ).

Keusahawanan dapat dikaitkan dengan aspek-aspek yang begitu luas

seperti usaha mencipta kejayaan melalui pengumpulan sumber-sumber

sebelum memulakan sesebuah perniagaan, keperluan untuk merancang

serta mempunyai wawasan untuk memandu perniagaan yang dicipta

Page 32: MINAT PELAJAR – PELAJAR TINGKATAN EMPAT SPMV ALIRAN … · 2004. 10. 17. · Dalam kajian ini, minat adalah berasaskan kepada faktor dan peranan beberapa pihak dalam mempengaruhi,

12

kemercu kejayaan ( Zaidatol Akmaliah Lope Pihie dan Habibah Elias,

1997 ).

1.7.6 Kurikulum

Kurikulum meliputi semua mata pelajaran yang dirancang dan diajar di

sekolah atau institusi pengajian tinggi dan dilaksanakan sama ada secara

individu atau berkelompok, baik di dalam mahupun di luar sekolah ( Kerr

J.K., 1968 ).

1.7.7 Guru

Menurut Profesor Dato’ Dr. Asmah Hj. Omar dalam kamus Oxford Fajar,

guru adalah orang yang mengajar, terutama sekali di sekolah.

Guru membawa erti seseorang yang mempunyai nilai-nilai baik yang

menjadi ikutan dan tiruan.

1.7.8. Motivasi

Motivasi adalah bermaksud sebab atau tujuan atau pendorong, maka

tujuan itulah yang menjadi pendorong untuk seseorang itu berusaha keras

mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada negatif

atau positif tujuannya. Oleh itu : Motivasi adalah sesuatu yang mengarah

tuju seseorang dalam tindakan-tindakannya. Maksud pengkaji dalam

kajian ini ialah pendorong ke arah keusahawanan.