mikro 2009-1

  • Upload
    peggyng2

  • View
    3.949

  • Download
    10

Embed Size (px)

DESCRIPTION

soalan Mikro (STPM) mengikut bab2002-2009 hope this can help you

Citation preview

ISI KANDUNGANTajukBab 1 : Pengenalan Bahagian B : Soalan Esei Ringkas Bahagian C : Soalan Esei Panjang Bab 2 : Permintaan dan Penawaran Bahagian B : Soalan Esei Ringkas Bahagian C : Soalan Esei Panjang Bahagian D : Soalan Kuantitatif Bab 3 : Keanjalan Permintaan dan Penawaran Bahagian B : Soalan Esei Ringkas Bahagian C : Soalan Esei Panjang Bahagian D : Soalan Kuantitatif Bab 4 Teori Pelakuan Pengguna Bahagian B : Soalan Esei Ringkas Bahagian D : Soalan Kuantitatif Bab 5 : Teori Pengeluaran & Kos Pengeluaran Bahagian B : Soalan Esei Ringkas Bahagian C : Soalan Esei Panjang Bahagian D : Soalan Kuantitatif Bab 6 : Struktur Pasaran Bahagian B : Soalan Esei Ringkas Bahagian C : Soalan Esei Panjang Bahagian D : Soalan Kuantitatif Bab 7 : Teori Agihan Bahagian B : Soalan Esei Ringkas Bahagian C : Soalan Esei Panjang Bahagian D : Soalan Kuantitatif Bab 8 : Peranan Kerajaan Bahagian B : Soalan Esei Ringkas Bahagian C : Soalan Esei Panjang Bahagian D : Soalan Kuantitatif

Muka Surat

1~2 3

4~5 6 7~11

12 13 14

15 16~17

18 19 20~21

22~23 24 25~28

29 30 31

32 32 32

Bab 1 : PengenalanBahagian B : Soalan Esei Ringkas2003/01 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan usahawan? (b) Huraikan dengan ringkas dua tugas usahawan. [2] [4]

2003/02 Dengan memberikan contoh yang sesuai, terangkan maksud barang percuma, barang ekonomi, dan barang awam. [6] 2004/01 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi negara Z yang mengeluarkan barang pengguna dan barang modal.

(a) Nyatakan dua faktor yang membolehkan titik E dicapai. (b) Terangkan apa yang akan terjadi kepada kos lepas jika ekonomi beralih dari (i) titik A ke titik B, dan ke titik C, (ii) titik D ke titik A. 2004/02 Terangkan kelemahan sistem ekonomi pasaran bebas. 2005/01 Terangkan masalah asas ekonomi dalam pengeluaran teh. 2005/02 Huraikan dengan ringkas tiga ciri sistem ekonomi Islam.

[2]

[4] [6] [6] [6]

1

2006/01 Terangkan dengan ringkas perbezaan antara barang percuma dengan barang ekonomi. [6] 2008/01 Sebuah negara mengeluarkan dua barang, iaitu barang X dan barang Y. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap keluk kemungkinan pengeluaran jika (a) terdapat pertambahan yang sama dalam pelaburan terhadap pengeluaran barang X dan barang Y, [3] (b) terdapat peningkatan dalam teknologi pengeluaran barang X. [3] (a)(b)

2009/01 Mengapakah masalah asas ekonomi wujud? Terangkan dua masalah asas ekonomi.

[2] [4]

2

Bahagian C : Soalan Esei Panjang2002/39 Dengan memberikan contoh berangka dan gambar rajah, terangkan bagaimana keluk kemungkinan pengeluaran yang menunjukkan kos lepas meningkat dibentuk. [10] 2002/41 Walaupun ahli ekonomi berpendapat bahawa sistem ekonomi pasaran bebas adalah yang terbaik, tetapi tidak ada sebuah negara pun yang mengamalkan sistem ini secara total. Bincangkan pernyataan ini. [10] 2005/09 Barang dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam ekonomi tidak mencukupi kerana sumber ekonomi yang terhad. Bincangkan. [10] 2007/09 Jelaskan bagaimana sistem ekonomi pasaran bebas menyelesaikan masalah (a) penggunaan sumber, (b) pengeluaran barang, (c) pengagihan barang kepada masyarakat.

[3] [4] [3]

3

Bab 2 : Permintaan dan PenawaranBahagian B : Soalan Esei Ringkas2002/35 (a) Bezakan antara permintaan individu dengan permintaan pasaran. (b) Terangkan bagaimana keluk permintaan pasaran diterbitkan. [2] [4]

2003/03 Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan terhadap permintaan barang keperluan sekiranya pihak kerajaan mengagihkan semula pendapatan negara daripada golongan kaya kepada golongan miskin. [6] 2003/04 Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan secara ringkas kesan daripada penggunaan teknologi baru dalam pengeluaran tekstil terhadap keseimbangan pasaran. [6] 2004/03 Huraikan kesan terhadap penawaran sos cili P di pasaran jika (a) harga cili merah meningkat, (b) harga sos cili Q menurun.

[3] [3]

2004/04 (a) Bezakan antara perubahan kuantiti ditawar dengan perubahan penawaran. [2] (b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan dengan ringkas kesan yang berlaku terhadap penawaran kereta nasional sekiranya kos input pengeluaran kereta nasional turun. [4] 2005/03 Terangkan dua sebab mengapa keluk permintaan individu bercerun negatif. [6]

2005/04 (a) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana perubahan teknologi mempengaruhi keluk penawaran. [3] (b) Terangkan bagaimana peperangan yang berlaku di negara pengeluar minyak boleh mempengaruhi penawaran minyak di sesebuah negara pengimport minyak. [3] 2006/02 Huraikan tiga faktor yang boleh menghalang peningkatan penawaran sesuatu barang. [6]

4

2007/01 Gambar rajah di bawah masing-masing menunjukkan keluk permintaan milo dan keluk permintaan horlicks.

Berdasarkan gambar rajah di atas, jelaskan hubungan antara milo dengan horlicks jika harga asal adalah di P 0. [6] 2008/02 Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap penawaran minyak kelapa sawit akibat kenaikan harga minyak kacang soya. [6] 2009/02 Terangkan kesan terhadap keluk penawaran ikan apabila berlaku perkara yang berikut: Peningkatan subsidi diesel oleh kerajaan [3] Peningkatan kegiatan pelancongan pantai di kawasan nelayan [3]

(a)

(b)

5

Bahagian C : Soalan Esei Panjang2004/09 (a) Dengan menggunakan gambar rajah, bezakan antara perubahan kuantiti diminta dengan perubahan permintaan. [4] (b) Huraikan tiga faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan permintaan. [6]

2005/10 Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap permintaan sesuatu barang sekiranya (a) berlaku kemelesetan ekonomi dalam negara, [5] (b) cukai import dikurangkan terhadap barang tersebut. [5] 2006/09 Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan perubahan yang berlaku pada keluk permintaan bagi kek apabila (a) harga kek meningkat, [3] (b) tiba musim perayaan, [3] (c) cita rasa pengguna beralih kepada kuih tradisional. [4] 2007/09 Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap harga dan kuantiti keseimbangan apabila (a) pertambahan permintaan dan pertambahan penawaran adalah sama besar,[5] (b) pertambahan penawaran lebih besar daripada pertambahan permintaan. [5] 2008/09 (a) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan bagaimana keseimbangan pasaran tercapai jika berlaku lebihan penawaran di pasaran. [3] (b) Barang X dan barang Y adalah barang penggenap. Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan apa yang berlaku pada harga dan kuantiti keseimbangan barang Y jika penawaran barang X meningkat. [7] 2009/09 (a) Apakah maksud permintaan dan penawaran? [2] (b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan proses keseimbangan di pasaran barang. [8]

6

Bahagian D : Soalan Kuantitatif2002/43 Fungsi permintaan dan penawaran barang X adalah seperti yang berikut. Qd = 80 2P Qs = 3P (a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan pasaran barang X. [3] (b) Sediakan jadual yang menunjukkan kuantiti diminta dan kuantiti ditawarkan pada pelbagai tingkat harga, RM40, RM35, RM20, RM10, dan RM5. [2] (c) Jika fungsi permintaan berubah menjadi 60 2P, hitung harga dan kuantiti keseimbangan yang baru. [2] (d) Berdasarkan jawapan anda pada soalan (c), nyatakan apa yang terjadi kepada keluk permintaan, tingkat harga, dan kuantiti keseimbangan. [3] 2003/15 Persamaan penawaran dan permintaan barang X masing-masing diberikan seperti yang berikut. Px = 2+ 3Qx Px = 14 Qx Dengan Px = harga barang X (RM) Qx = kuantiti barang X (unit) (a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan barang X. [2] (b) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM2.00 terhadap setiap unit barang X, (i) dapatkan persamaan penawaran yang baru, [1] (ii) hitung harga dan kuantiti keseimbangan barang X selepas cukai dikenakan, [2] (iii) hitung lebihan pengguna sebelum dan selepas cukai dikenakan, dan [2] (iv) nyatakan kesan yang timbul terhadap lebihan pengguna. [1] (c) Dalam keadaan manakah pihak kerajaan perlu menaikkan kadar cukai? Berikan alas an anda. [2] 2004/13 Persamaan permintaan bagi pasaran cakera padat ialah Qd = 60- 2P. (a) Hitung kuantiti diminta pada setiap tingkat harga yang berikut. Harga(RM) 30 25 20 15 10 5 dalam (a)

[3]

(b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis permintaan berdasarkan jawapan anda [3] (c) Jika persamaan permintaan berubah menjadi Qd = 80- 2P, lukiskan keluk permintaan yang baru pada graf yang sama. [2] (d) Nyatakan dua faktor yang menyebabkan perubahan keluk permintaan tersebut. [2]

7

2004/14 Persamaan penawaran bagi suatu barang adalah seperti berikut. Qs = P 10 dengan Qs = kuantiti penawaran (unit) P = harga barang (RM) (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan penawaran harga? [1] (b) Apabila harga barang itu naik daripada RM40.00 kepada RM50.00 per unit, hitung keanjalan penawaran harga barang berkenaan. Jelaskan. [3] (c) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM3.00 per unit, hitung (i) nilai keanjalan penawaran harga barang berkenaan apabila harga barang itu naik daripada RM40.00 kepada RM50.00 per unit, [3] (ii) bandingkan keanjalan penawaran sebelum dan selepas cukai dikenakan. [1] (d) Selain cukai kerajaan, nyatakan dua faktor lain yang boleh menyebabkan berlakunya perubahan keluk penawaran barang berkenaan. [2] 2005/13 Jadual di bawah menunjukkan permintaan dan penawaran telefon bimbit. Permintaan Penawaran Harga(RM) Kuantiti(000 unit) Harga(RM) Kuantiti (000 unit) 500 10 600 35 300 20 400 25 100 30 200 15 (a) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan dan keluk penawaran bagi telefon bimbit. [3] (b) Nyatakan harga dan kuantiti keseimbangan bagi telefon bimbit. [2] (c) Jika pada setiap harga pasaran, kuantiti yang diminta telah meningkat sebanyak 5 ribu unit manakala keluk penawaran tidak berubah, (i) pada graf yang sama, lukis keluk permintaan telefon bimbit yang baru, (ii) tentukan harga dan kuantiti keseimbangan telefon bimbit yang baru. [3] (d) Hitung keanjalan permintaan harga bagi telefon bimbit jika harganya berubah daripada RM500.00 kepada RM300.00. [2]

8

2006/13 Persamaan permintaan dan penawaran bagi barang X adalah seperti yang berikut. QD = 18 0.5Px Qs = Px 12 dengan Px = harga barang X (RM) QD = kuantiti diminta barang X (unit) Qs = kuantiti ditawar barang X (unit) (a) Adakah pasaran berada pada keseimbangan jika tingkat harga ialah RM30.00? [4] (b) Apakah yang akan berlaku pada kuantiti dan harga jika pasaran mencapai keseimbangan? [4] (c) Andaikan cita rasa pengguna berubah dan permintaan barang X meningkat kepada 33 0.5Px. Hitung harga dan kuantiti keseimbangan yang baru. [2] 2007/13 Persamaan penawaran motosikal tempatan (PL), penawaran motosikal import (PM), dan permintaan motosikal (PD) di Malaysia diberikan sebagai PL = 3 + Q, PM = 5, PD = 15 2Q dengan P = harga motosikal (RM 000) Q = kuantiti motosikal (000 unit) (a) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk penawaran bagi motosikal tempatan dan motosikal import serta keluk permintaan motosikal. [4] (b) Pada tingkat keseimbangan PD = PM, hitung (i) kuantiti motosikal yang dimnta, [1] (ii) jumlah nilai motosikal yang diimport. [1] (c) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM1000 per unit atas motosikal yang diimport, hitung (i) kuantiti motosikal yang diimport, [1] (ii) jumlah cukai yang diperoleh oleh kerajaan. [1] (d) Jika kerajaan tidak lagi mengimport motosikal, hitung kuantiti dan harga motosikal pada tingkat keseimbangan. [2]

9

2007/16 Persamaan permitaan dan penawaran bagi barang X diberkan sebagai QD = 200 Px Qs = -40 + Px dengan Px = harga barang X (RM) QD = kuantiti diminta barang X (unit) Qs = kuantiti ditawar barang X (unit) (a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan barang X. [2] (b) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM40.00 per unit atas barang X, hitung pada keseimbangan, (i) harga dan kuantiti ditawarkan selepas cukai dikenakan, [3] (ii) jumlah cukai yang dibayar oleh firma, [2] (iii) jumah cukai yang dibayar oleh pengguna, [1] (iv) jumlah hasil yang diterima oleh firma selepas ditolak cukai. [2] 2008/13 Fungsi permintaan barang X adalah seperti yang berikut: Qd = 12 0.5P dengan Qd = permintaan barang X (000 unit) P = harga barang X (RM) (a) Hitung kuantiti barang X yang diminta jika barang X diberi percuma. [1] (b) Andaikan kerajaan menetapkan harga barang X ialah RM10.00, hitung kuantiti barang X yang diminta. Jika penawaran barang X adalah 6000 unit, tentukan apakah yang akan berlaku di pasaran. [2] (c) Akibat daripada perubahan cita rasa terhadap barang X, fungsi permintaan barang X telah berubah kepada Qd = 12 0.8P. (i) Lukis keluk permintaan sebelum dan selepas berlakunya perubahan cita rasa.[3] (ii) Hitung perubahan kuantiti permintaan apabila berlaku perubahan cita rasa. [2] (iii) Apakah yang berlaku di pasaran jika penawaran tidak berubah? [1] (iv) Hitung jumlah hasil apabila cita rasa berubah. [1] 2008/16 Persamaan permintaan dan persamaan penawaran bagi suatu barang dalam pasaran persaingan sempurna masing-masing ialah P = 50 Q P = 2 + 3Q dengan P = harga (RM) Q = kuantiti (unit) Kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM 8.00 per unit. (a) Hitung kuantiti dan harga keseimbangan sebelum cukai. [3] (b) Hitung kuantiti dan harga keseimbangan selepas cukai. [2] (c) Hitung peratusan kenaikan harga selepas cukai. [2]

(d) Hitung jumlah hasil cukai yang diperoleh oleh kerajaan. (e) Hitung peratusan cukai yang dibayar oleh pengguna.10

[1] [2]

2009/13 Persamaan permintaan dan penawaran bagi daging adalah seperti yang berikut: Qd = 150 5P, Qs = 30+5P, dengan Qd = Kuantiti daging diminta (kg), Qs = Kuantiti daging ditawarkan (kg), P = Harga daging (RM), (a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan. [2] (b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan dan keluk penawaran. [2] (c) Apabila berlaku peningkatan pendapatan sebanyak 20%, kuantiti permintaan meningkat sebanyak 30 unit untuk setiap tingkat harga. Berdasarkan maklumat ini, (i) nyatakan persamaan permintaan yang baharu, [1] (ii) lukis keluk permintaan yang baharu dalam gambar rajah yang sama, [1] (iii) hitung kuantiti dan harga keseimbangan yang baharu, [2] (iv) hitung keanajalan permintaan pendapatan. [2]

11

Bab 3 : Keanjalan Permintaan & PenawaranBahagian B : Soalan Esei Ringkas2006/03 Jelaskan mengapa garam mempunyai nilai keanjalan sifar berbanding dengan minuman teh yang dianggap mempunyai keanjalan lebih daripada satu. [6] 2007/02 Jelaskan tiga faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan harga. [6]

2008/08 Andaikan bahawa keluk permintaan tak anjal sempurna. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan beban cukai yang ditanggung oleh pengeluar dan pengguna akibat kenaikan cukai jualan. [6] 2009/03 Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap jumlah hasil apabila haraga meningkat sekiranya keanjalan permintaan harga anjal [3] keanjalan permintaan harga tak anjal [3]

(a) (b)

12

Bahagian C : Soalan Esei Panjang2002/42 Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap jumlah hasil apabila (a) cukai ke atas jualan rokok dikenakan, dan (b) cukai import daging dimansuhkan. [10] 2003/09 (a) Dengan menggunakan contoh, jelaskan maksud keanjalan permintaan pendapatan. [4] (b) Terangkan hubungan antara keanjalan permintaan pendapatan dengan jenis barang. [6] 2003/11 Huraikan faktor yang mempengaruhi keanjalan penawaran. [10]

2004/10 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan silang? [2] (b) Dengan memberikan contoh berangka, jelaskan bagaimana sesuatu barang itu dikelaskan sebagai barang pengganti atau barang penggenap. [8] 2006/11 Apabila tingkat harga meningkat, jumlah hasil turut meningkat. Dengan menggunakan gambar rajah, bincangkan penyataan ini. [10] 2008/10 (a) Apakah maksud keanjalan penawaran? [2] (b) Huraikan empat sebab mengapa keanjalan penawaran bijih timah kurang anjal berbanding dengan keanjalan penawaran roti. [8] 2008/12 Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan bahagian subsidi yang diterima oleh penjual dan pembeli jika (a) keanjalan permintaan anjal, [5] (b) keanjalan permintaan tak anjal. [5]

13

Bahagian D : Soalan Kuantitatif2006/16 Jadual di bawah menunjukkan harga, kuantiti diminta, dan keanjalan permintaan harga di dua pasaran bagi sebuah firma. Pasaran P1 Harga X (RM) Kuantiti diminta X Keanjalan (unit) permintaan harga 5.00 100 0.01

P2 10.00 15 0.40 (a) Hitung jumlah hasil firma ini. [3] (b) Jika firma ini meningkatkan harga di pasaran P2 sebanyak 50%, (i) berapakah tingkat harga baru bagi barang X dalam pasaran P2? [1] (ii) berapakah perubahan kuantiti diminta dalam pasaran P2? [2] (iii) hitung jumlah hasil yang baru dan nyatakan perubahan yang berlaku. [2] 1 kepada RM7.50, kuantiti X yang (c) Jika firma ini meningkatkan harga dalam pasaran P diminta akan berkurang sebanyak 0.5 unit. Hitung jumlah hasil firma ini. [2] 2008/14 (a) Jadual di bawah menunjukkan harga kasut dan kuantiti diminta untuk kasut, stoking, dan sandal. Harga kasut Kuantiti kasut Kuantiti stoking Kuantiti sandal (RM) (pasang) (pasang) (pasang) 10.00 11.00 30 25 60 40 20 X

(i) Hitung keanjalan permintaan kasut apabila harganya turun. [2] (ii) Hitung keanjalan silang kasut dengan stoking apabila harga kasut meningkat. Nyatakan hubungan antara kedua-dua barang tersebut. [3] (iii) Andaikan keanjalan silang ialah 7.5, hitung kuantiti sandal yang dibeli apabila harga kasut meningkat. [2] (b) Jadual di bawah menunjukkan harga stoking dan kuantiti diminta untuk stoking dan sandal. Harga stoking Kuantiti stoking (RM) (pasang) Kuantiti sandal (pasang)

10.00 50 30 11.00 45 30 Hitung keanjalan silang stoking dan sandal apabila harga stoking meningkat. Nyatakan hubungan antara kedua-dua barang tersebut. [3]

14

Bab 4 : Teori Perlakuan PenggunaBahagian B : Soalan Esei Ringkas2003/05 (a) Nyatakan dua syarat keseimbangan pengguna yang menggunakan barang X dan barang Y. [2] (b) Terangkan secara ringkas tindakan pengguna sekiranya berlaku penurunan harga barang X. [4] 2004/05 (a) Terangkan maksud lebihan pengguna. [2] (b) Dengan memberikan contoh berangka, terangkan bagaimana lebihan pengguna dihitung. [4] 2006/04 Jadual di bawah menunjukkan jumlah utiliti yang diperoleh oleh Encik X daripada kuantiti coklat yang dibelinya. Jumlah perbelanjaan Encik X ialah RM12.00 dan harga per unit coklat ialah RM3.00. Kuantiti coklat (unit) Jumlah utiliti 0 0 1 6 2 11 3 15 4 18 5 20 6 21 7 21.50 8 21.50 Terangkan sama ada Encik X akan memaksimumkan utilitinya pada tingkat penggunaan coklat sebanyak (i) 6 unit, [3] (ii) 3 unit. [3] 2008/03 Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan terhadap lebihan pengguna telefon bimbit jika berlaku (a) perkembangan teknologi pengeluaran telefon bimbit, [3] (b) kenaikan kos pengeluaran telefon bimbit. [3]

15

Bahagian D : Soalan Kuantitatif2003/16 Jadual di bawah menunjukkan utiliti sut barang X dan barang Y seorang pengguna. Kuantiti X MUx Harga X MUx Kuantiti Y MUy Harga X (unit) (RM) Px (unit) (RM) 1 10 6 MUy Py

10 1 7 4 7 6 4 2 8 6 8 2 6 4 6 6 4 3 6 6 6 3 5 4 5 6 4 4 4 6 4 4 4 4 4 6 4 5 2 6 2 5 3 4 3 6 4 6 1 6 1 6 2 4 2 6 4 (a) Nyatakan kuantiti barang X dan barang Y pada tingkat keseimbangan. [2] (b) Berdasarkan jadual yang diberikan di atas, bina jadual yang menunjukkan kuantiti barang Y dan kuantiti barang X yang diminta pada tingkat harga barang Y Rm6.00, RM4.00, dan RM2.00. [6] (c) Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk permintaan barang Y. [2] 2005/14 Jadual di bawah menunjukkan jumlah utiliti sut bagi dua jenis barang pada setiap jumlah kuantiti yang dibeli. Kuantiti (unit) Utiliti sut Buku Utiliti sut pakaian 1 260 300 2 230 260 3 210 240 4 180 200 5 160 160 6 120 130 7 90 100 8 80 80 9 60 70 10 50 50 Jika harga buku ialah RM15.00 dan harga pakaian RM30.00, (a) hitung utiliti sut per ringgit (RM) bagi buku dan pakaian, [4] (b) pada tingkat keseimbangan pula, nyatakan kuantiti buku dan pakaian yang dibeli

oleh seorang pengguna jika pendapatannya RM180.00, (c) hitung jumlah utiliti yang diperoleh pada tingkat keseimbangan.16

[3] [3]

2006/14 Jadual di bawah menunjukkan jumlah utiliti barang X dan barang Y bagi seorang pengguna. Kuantiti X (unit) Jumlah utiliti X kuantiti Y (unit) Jumlah utiliti Y 1 40 1 32 2 72 2 60 3 96 3 84 4 112 4 104 5 124 5 120 Harga per unit barang X ialah RM4.00, harga per unit barang Y ialah RM2.00, dan pendapatan pengguna ialah RM18.00. (a) Bina jadual yang menunjukkan utiliti per ringgit bagi barang X dan utiliti per ringgit bagi barang Y. [4] (b) Berapakah kuantiti barang X dan kuantiti barang Y pada tingkat keseimbangan? [2] (c) Hitung jumlah utiliti yang diperoleh oleh pengguna pada tingkat keseimbangan. [2] (d) Jika harga X berubah menjadi RM2.00, nyatakan kombinasi baru yang memenuhi syarat keseimbangan. [2] 2009/14 Jadual di bawah menunjukkan utiliti sut barang X dan utiliti sut barang Y seorang pengguna. Kuantiti (unit) Utiliti sut barang X Utiliti sut barang Y 1 60 80 2 48 68 3 36 48 4 24 32 5 12 16 Andaikan pendapatan pengguna ialah RM20.00. Harga barang X ialah RM2.00 dan harga barang Y ialah RM 4.00 (a) Hitung utiliti sut per ringgit bagi barang X dan barang Y. [2] (b) Barapakah kuantiti barang X dan barang Y yang memaksimumkan utiliti? [2] (c) Jika harga barang X meningkat sebanyak RM 2.00, (i) hitung utiliti sut per ringgit bagi barang X dan barang Y, [1] (ii) nyatakan kombinasi barang X dan barang Y yang baharu yang memenuhi syarat keseimbangan, [1] (iii) bina jadual permintaan bagi barang X [2] (iv) hitung keanjalan silang bagi barang Y apabila harga barang X meningkat. Nyatakan hubungan antara barang X dengan barang Y. [2]

17

Bab 5 : Teori Pengeluaran & Kos PengeluaranBahagian B : Soalan Esei Ringkas2005/05 Dengan memberikan contoh, huraikan secara ringkas apakah yang dimaksudkan dengan jangka masa pendek dan jangka masa panjang dalam suatu proses pengeluaran. [6] 2005/06 Huraikan maksud kos purata dan kos sut serta jelaskan hubungan antara kedua-duanya. [6] 2007/03 Jelaskan mengapa sebuah firma tidak dapat meningkatkan pengeluaran dengan banyak dalam jangka masa pendek berbanding dalam jangka masa panjang. [6]

18

Bahagian C : Soalan Esei Panjang2003/12 (a) Bezakan antara ekonomi bidangan dalaman dengan ekonomi bidangan luaran. (b) Huraikan faktor yang menggalakkan ekonomi bidangan luaran. [3] [7]

2005/11 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan (i) ekonomi bidangan, (ii) tak ekonomi bidangan. [2] (b) Terangkan bagaimana ekonomi bidangan luaran dan ekonomi bidangan dalaman mempengaruhi kedudukan keluk kos purata jangka panjang. [8] 2006/10 Bincangkan faedah yang diperoleh oleh sebuah kilang yang mengeluarkan barang elektronik apabila kilang tersebut ditempatkan di sebuah kawasan perindustrian. [10] 2009/10 (a) Nyatakan perbezaan antara ekonomi bidangan dalaman dengan ekonomi bidangan luaran. [8] (b) Huraikan dua faktor yang mewujudkan ekonomi bidangan dalaman dan dua faktor yang mewujudkan ekonomi bidangan luaran. [2]

19

Bahagian D : Soalan Kuantitatif2003/13 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti input yang digunakan dengan jumlah keluaran sebuah firma. Kuantiti input Jumlah keluaran (unit) (kilogram) 1 10 2 30 3 60 4 100 5 135 6 165 7 190 8 210 9 225 10 235 11 240 12 240 13 235 (a) Hitung keluaran purata dan keluaran sut firma ini. [4] (b) Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk keluaran purata dan keluk keluaran sut. [3] (c) Jika kos input ialah sifar, tentukan (i) jumlah input yang akan digunakan, [1] (ii) jumlah keluaran yang akan dikeluarkan, dan [1] (iii) keluaran purata pada tingkat input yang digunakan. [1]

20

2006/15 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara penggunaan buruh dengan keluaran kelapa sawit semusim. Buruh (unit) Keluaran kelapa sawit (000 kg) 1 6 2 16 3 24 4 30 5 34 6 34 7 32 (a) Bina satu jadual yang menunjukkan keluaran purata dan keluaran sut. [2] (b) Hitung bilangan penggunaan buruh pada tingkat keluaran purata yang maksimum. [1] (c) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk jumlah keluaran, keluaran purata, dan keluran sut. Pada penggunaan buruh yang ke berapakah hukum pulangan berkurangan bermula? [5] (d) Jika upah seorang buruh ialah RM6000 semusim dan harga kelapa sawit ialah RM1.00 per kg, hitung untung yang diperoleh pada tingkat keluaran 3000kg. [2]

21

Bab 6 : Struktur PasaranBahagian B : Soalan Esei Ringkas2002/31 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan monopoli? (b) Terangkan dua sebab monopoli kerajaan diperlukan dalam sesebuah negara. [2] [4]

2002/36 Berdasarkan maklumat yang diberikan, terangkan tindakan yang akan diambil oleh firma jika Kos tetap : RM60 000 Kos berubah : RM40 000 Jumlah hasil : RM50 000 [6] 2002/37 Terangkan tiga cara firma dalam pasatan persaingan bermonopoli membezakan barang keluarannya. [6] 2003/06 Huraikan secara ringkas dua kebaikan dan dua kelemahan pasaran persaingan sempurna. [6] 2004/06 Mengapakah firma dalam pasaran persaingan sempurna mengeluarkan keluaran yang memaksimumkan untung pada titk P = MC? [6] 2005/07 Terangkan perbezaan antara pasaran monopoli dengan pasaran persaingan sempurna dari segi (i) keanjalan permintaan, (ii) harga, (iii) hasil sut. [6] 2006/05 Huraikan mengapa dalam pasaran persaingan sempurna, keseimbangan firma dalam jangka panjang berada pada tingkat harga yang sama dengan titik minimum kos purata. [6] 2006/06 (a) Terangkan mengapa firma dalam pasaran persaingan bermonopoli tidak melakukan persaingan harga sebaliknya melakukan persaingan bukan harga. [2] (b) Huraikan bentuk persaingan bukan harga yang dilakukan dalam pasaran persaingan

bermonopolli.

[4]

22

2007/04 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan jumlah hasil dan hasil sut? [2] (b) Jelaskan bentuk keluk jumlah hasil keluk jumlah hasil dan keluk hasil sut antara pasaran persaingan sempurna dengan firma monopoli. [4] 2007/05 Sebuah firma monopoli bercadang melakukan diskriminasi harga dalam dua pasaran yang berbeza dan mempunyai nilai keanjalan permintaan yang berbeza. Nilai keanjalan permintaan bagi pasaran A ialah 1.5 dan nilai keanjalan permintaan bagi pasaran B ialah 0.6. Jelaskan bagaimana firma monopoli itu harus menetapkan harganya untuk memaksimumkan untung di kedua-dua pasaran. [6] 2007/06 Huraikan dua kebaikan dan dua kelemahan pasaran bermonopoli. 2008/04 Huraikan tiga kelemahan pasaran persaingan sempurna. 2008/05 Jelaskan tiga sebab mengapa kerajaan perlu memonopolikan sesuatu industri. [6] [6] [6]

2009/04 Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan mengapa firma tetap berkoperasi dalam jangka pendek walaupun mengalami kerugian. [6] 2009/05 Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan bagaimana keluk penawaran jangka pendek firma persaingan sempurna diterbitkan. [6] 2009/06 Terangkan tiga bentuk persaingan bukan harga yang dilakukan oleh firma persaingan bermonopoli. [6]

23

Bahagian C : Soalan Esei Panjang2003/10 Huraikan perbezaan antara pasaran persaingan sempurna dengan pasaran monopoli pada tingkat keseimbangan. [10] 2004/11 (a) Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, jelaskan bagaimana keluk penawaran firma jangka pendek dalam pasaran persaingan sempurna diterbitkan. [6] (b) Jika terdapat banyak firma yang serupa dalam satu industri, jelaskan bagaimana keluk penawaran industri dibentuk. [4] 2004/12 Bincangkan masalah yang dihadapi oleh masyarakat hasil daripada kewujudan pasaran monopoli. Bagaimanakah kerajaan dapat membantu mengatasi masalah ini? [10] 2006/12 (a) Terangkan bagaimana sebuah firma pasaran persaingan sempurna mencapai keseimbangan penggunaan buruh untuk memaksimumkan untung. [4] (b) Terangkan mengapa upah berbeza-beza antara pekerjaan. [6] 2007/11 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kecekapan pengeluaran dan kecekapan peruntukan? [2] (b) Jelaskan mengapa firma pasaran persaingan sempurna dapat memperoleh kecekapan perngeluaran dan kecekapan peruntukan berbanding dengan firma monopoli? [8] 2007/12 Jelaskan mengapa harga di pasaran persaingan bermonopoli lebih tinggi berbanding dengan harga di pasaran persaingan sempurna? [10] 2008/11 (a) Huraikan mengapa firma dalam pasaran persiangan sempurna merupakan penerima harga. [4] (b) Dengan menggunakan gambar rajah dan pendekatan jumlah hasil tolak jumlah kos, jelaskan bagaimana firma pasaran persiangan sempurna mencapai untung maksimum dalam jangka pendek. [6] 2009/11 Dengan mengguanakan gambar rajah, jelaskan kelemahan firma monopoli dalam hal yang berikut:

(a) Kecekapan pengeluaran (b) Kecekapan peruntukan sumber (c) Lebihan pengguna

[10]

24

Bahagian D : Soalan Kuantitatif2003/14 Sebuah monopoli yang membekalkan basikal mengamalkan diskriminasi harga dengan menjual outputnya di dua pasaran, iaitu pasaran A dan pasaran B. Maklumat tentang monopoli dan pasaran adalah seperti yang berikut. MCM MRA MRB dengan MCM MRA MRB Q = kos sut monopoli (RM) = hasil sut pasaran A (RM) = hasil sut pasaran B (RM) = kuantiti basikal (unit) [1] [2] [3] [3] [1] = 50 + 2Q = 100 0.5Q = 70 2.5Q

(a) Hitung hasil sut monopoli untuk memaksimumkan untung. (b) Hitung kuantiti basikal yang dikeluarkan untuk memaksimumkan untung. (c) Berapakah kuantiti basikal yang dijual di pasaran A dan pasaran B? (d) Hitung jumlah hasil yang diperoleh daripada pasaran B. (e) Pasaran yang manakah yang kurang anjal permintaannya?

2004/15 Firma A adalah penerima harga dan firma ini menghasilkan barang X dan menanggung jumlah kos seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah. Keluaran (unit) Jumlah kos (RM) 0 1 2 3 4 5 6 20.00 42.00 60.00 82.00 108.00 138.00 172.00

(a) Jika harga pasran bagi barang ini ialah RM28.00 per unit, berapakah kuantiti yang memaksimumkan untung? [3] (b) Berapakah jumlah untung firma ini? [1] (c) Tentukan tingkat harga pada titik penutupan jangka pendek. [3] (d) Tentukan tingkat harga pada titik penutupan jangka panjang. [3]

25

2005/15 Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti diminta dalam dua pasaran, iaitu pasaran A dan pasaran B. Pasaran A Kuantiti diminta (unit) 0 10 20 30 40 50 Harga (RM) 255 255 255 255 255 255 Pasaran B Kuantiti diminta (unit) 0 10 20 30 40 50 Harga (RM) 500 498 496 494 492 490

(a) Hitung jumlah hasil, hasil purata, dan hasil sut bagi setiap pasaran. [6] (b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan bagi kedua-dua pasaran. [3] (c) Nyatakan struktur pasaran A dan struktur pasaran B. [1] 2007/14 Seorang penternak udang galah menjual udangnya kepada dua orang pengusaha restoran sahaja, iaitu pengusaha X dan pengusaha Y. Persamaan permintaan bagi kedua-dua pengusaha restoran itu diberikan sebagai 5P = 110 Qx, 4P = 150 QY, dengan Q = kuantiti udang galah (kg) P = harga (RM) (a) Jika penternak itu menetapkan harga jualan udang galah pada RM19.00 per kg, hitung (i) jumlah kuantiti yang dapat dijual, [1] (ii) jumlah hasil yang diperoleh. [1] (b) Penternak itu mempertimbangkan dua alternatif seperti yang berikut: Alternatif A : menaikkan harga daripada RM19.00 per kg kepada RM20.00 per kg, Alternatif B : menurunkan harga daripada RM19.00 per kg kepada RM18.00 per kg. Jelaskan alternatif yang akan dipilih oleh penternak itu jika beliau ingin meningkatkan (i) jumlah hasil, [4] (ii) keuntungan. [4]

26

2007/15 Jadual di bawah menunjukkan jumlah kos untuk setiap tingkat keluaran dalam jangka panjang bagi sebuah firma pasaran persaingan sempurna. Keluaran Jumlah kos (unit) (RM) 0 1 105 2 145 3 180 4 210 5 245 6 285 7 330 8 385 9 450 10 525 (a) Sediakan jadual yang menunjukkan kos purata dan kos sut firma tersebut. [4] (b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk kos purata jangka panjang dan keluk kos sut jangka panjang firma tersebut. [2] (c) Jika firma tersebut berada dalam keseimbangan jangka panjang, berapakah harga dan kuantiti keseimbangan? [2] (d) (i) Berapakah jumlah untung yang diperoleh oleh firma tersebut? [1] (ii) Apakah jenis untung yang diperoleh oleh firma tersebut? [1] 2008/15 Jadual di bawah menunjukkan kuantiti barang X dan kos purata jangka panjang bagi firma dalam persaingan sempurna. Kuantiti barang X Kos purata (unit) (RM) 1 14.00 2 13.50 3 12.00 4 11.00 5 11.50 6 12.00 (a) Sediakan jadual yang menunjukkan jumlah kos dan kos sut bagi firma barang X. [4] (b) Jika harga barang X ialah RM13.50, hitung untung maksimum firma ini. [2]

(c) Jika harga per unit barang X ialah RM10.00, (i) hitung keuntungan, jika kuantiti barang X adalah 4 unit, (ii) apakah tindakan firma ini?

[3] [1]

27

2009/15 Jadual di bawah menunjukkan jumlah kos pengeluaran barang X sebuah firma dalam pasaran persaingan sempurna. Kuantiti barang X Jumlah kos (unit) (RM) 1 100.00 2 130.00 3 150.00 4 180.00 5 220.00 6 280.00 (a) (i) Hitung kos sut dan kos purata barang X. (ii) Jika harga seunit barang X ialah RM40.00, hitung untung firma itu. (b) Berdasarkan jawapan anda dalan (a)(ii) (i) adakah firma baharu akan memasuki industri ini dalam jangka panjang? (ii) berapakah harga seunit barang X dalam jangka panjang? (iii) berapakah jumlah hasil firma itu dalam jangka panjang? (c) Tentukan output yang ditawarkan oleh firma itu pada harga RM 60.00.

[2] [2] [1] [1] [2] [2]

28

Bab 7 : Teori AgihanBahagian B : Soalan Esei Ringkas2002/32 Teranglan tiga faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan faktor pengeluaran.[6] 2002/33 Huraikan tiga sebab kesatuan sekerja kurang berkesan dalam usaha meningkatkan upah melalui rundingan kolektif. [6] 2002/38 Dengan memberikan contoh, bezakan antara kadar bunga nominal dengan kadar bunga benar. [6] 2004/07 (a) Terangkan maksud kadar bunga. [1] (b) Dengan memberikan contoh berangka, terangkan perbezaan antara kadar bunga nominal dengan kadar bunga benar. [5] 2005/08 Dengan menggunakan contoh berangka, terangkan perbezaan antara perolehan pindahan dengan sewa ekonomi. [6] 2006/07 (a) Apakah maksud untung perakaunan dan untung ekonomi? (b) Terangkan perbezaan antara untung perakaunan dengan untung ekonomi. [2] [4]

2006/08 Terangkan tiga cara bagaimana kesatuan sekerja boleh menuntut kenaikan upah yang tinggi untuk ahlinya. [6] 2007/07 Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan hubungan antara keanjalan penawaran faktor pengeluaran dengan sewa ekonomi. [6] 2008/06 Jelaskan tiga faktor yang mengalih keluk permintaan buruh ke kanan. 2008/07 [6]

Huraikan tiga tujuan kesatuan sekerja ditubuhkan. 2009/07 Terangkan tiga peranan untung dalam sesebuah ekonomi.

[6] [6]

29

Bahagian C : Soalan Esei Panjang2002/40 Huraikan mengapa upah buruh dalam sektor pertanian lazimnya lebih rendah daripada upah buruh dalam sektor perindustrian. [10] 2005/12 Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana keluk permintaan faktor bagi firma persaingan sempurna diterbitkan. [10]

30

Bahagian D : Soalan Kuantitatif2004/16 Jadual di bawah menunjukkan tingkat penggunaan buruh dan jumlah keluaran sebuah firma. Buruh (unit) 1 2 3 4 5 Jumlah Keluaran (unit) 8 18 27 32 35 Harga keluaran (RM) 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00

(a) Hitung keluran sut dan keluaran hasil sut. [2] (b) Sekiranya tingkat upah ialah RM50.00, nyatakan tingkat keseimbangan penggunaan buruh. [2] (c) Hitung keuntungan firma pada tingkat keseimbangan. [3] (d) Jika firma menggunakan 5 unit buruh, (i) hitung untung yang diperoleh oleh firma, dan [2] (ii) apakah tindakan firma untuk mendapatkan untung maksimum? [1] 2005/16 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara input dengan jumlah keluaran bagi firma pasaran persaingan sempurna. Harga keluaran ialah RM5.00. Input (unit) 1 2 3 4 5 6 7 8 Jumlah keluaran (unit) 20 50 90 120 144 164 178 188 Keluaran sut (unit) 20 30 40 30 24 20 14 10

(a) (i) Sediakan jadual yang menunjukkan keluaran hasil sut dan keluaran hasil purata. [4]

(ii) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk keluaran hasil sut dan keluk keluaran hasil purata. [2] (b) Dengan merujuk kepada gambar rajah yang dilukis , hitung keanjalan permintaan faktor jika harga input turun daripada RM110.00 kepada RM84.00. [2] (c) Apakah yang berlaku kepada permintaan input jika harga input ialah Rm160.00. [2]31

Bab 8 : Peranan KerajaanBahagian B : Soalan Esei Ringkas2002/34 Huraikan tiga sebab kerajaan perlu campur tangan dalam kegiatan ekonomi. [6]

2003/08 Terangkan mengapa kerajaan memiliknegarakan perkhidmatan pengangkutan kereta api tetapi tidak memiliknegarakan perkhidmatan pengangkutan bas. [6] 2004/08 Jelaskan maksud eksternaliti negatif, dan huraikan bagaimana kerajaan boleh mengurangkannya. [6] 2007/08 Jelaskan tiga sebab mengapa kerajaan perlu campur tangan dalam kegiatan ekonomi. [6] 2009/08 (a)Dengan memberikan contoh, terangkan maksud eksternaliti negatif. [2] (b)Terangkan dua langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk mengatasi eksternaliti negatif. [4]

Bahagian C : Soalan Esei Panjang2009/12 Jelaskan lima kebaikan campur tangan kerajaan dalam aktiviti ekonomi. [10]

Bahagian D : Soalan Kuantitatif2009/16 Fungsi permintaan dan penawaran bagi barang X masing-masing adalah seperti yang berikut: P = 40 3Q P = 10 + 2Q dengan P = harga barang X (RM), Q = kuantiti barang X (unit). (a) Hitung kuantiti dan harga barang X pada titik keseimbangan. [2] (b) Sekiranya cukai yang dikenakan ialah sebanyak RM5.00 per unit, hitung kuantiti dan harga barang X pada titik keseimbangan yang baharu. [2]

(c) Hitung beban cukai yang dibayar oleh pengguna dan pengeluar. [2] (d) Hitung perbezaan lebihan pengguna sebelum dan selepas cukai dikenakan. [2] (e) Semasa cukai dikenakan, cita rasa pengguna terhadap barang X telah mengalihkan fungsi permintaan menjadi P = 45 3Qd, Hitung kuantiti dan harga barang X pada titik keseimbangan yang baharu. [2]32