12
MUSIM 2010 MGDM 2010 OLEH : MALAYSIA DESIGN COUNCIIL edisi jelajah Malaysia Good Design Mark

MGDM 2010 road tour MALAY2 - mrm.gov.my · Setibanya di pondok pengawal, Mat Salih yang dimaksudkan nampak tercari-cari tetamu yang di undang, Hah, rupanya ... Malaysia Good Design

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MGDM 2010 road tour MALAY2 - mrm.gov.my · Setibanya di pondok pengawal, Mat Salih yang dimaksudkan nampak tercari-cari tetamu yang di undang, Hah, rupanya ... Malaysia Good Design

MUSIM 2010

MGDM 2010 OLEH : MALAYSIA DESIGN COUNCIIL

edisi jelajahM a l a y s i a G o o d D e s i g n M a r k

Page 2: MGDM 2010 road tour MALAY2 - mrm.gov.my · Setibanya di pondok pengawal, Mat Salih yang dimaksudkan nampak tercari-cari tetamu yang di undang, Hah, rupanya ... Malaysia Good Design

MGDM 2010 - EDISI JELAJAH

ARTIKEL

................................................................................MGDM Jelajah 1 : Visit to Gadengemas Sdn Bhd 6

..............................................................................................MGDM Jelajah 2 : Visit to ZUZA Sdn Bhd 3

..................................................................MGDM Jelajah 3 : Visit to Era Edar Marketing Sdn. Bhd 4

...........................................................................MGDM Jelajah 4 : Visit to HPA Marketing Sdn Bhd 5

..................................................................................................MGDM Jelajah 5 : Visit to HPA Creative 6

...................................................MGDM Jelajah 7 : Visit to Faizy Crystal Glass Blowing Sdn Bhd 6

.......................................................................................MGDM Jelajah 8 : Visit to Radix RFC Sdn Bhd 6

.................................................................................................MGDM Jelajah 9 : Visit to El - Zahraa Inn 6

........................................MGDM Jelajah 10 : Visit to Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd 6

.........................................................................................MGDM Jelajah 11 : Visit to Modenas Sdn Bhd 6

Page 3: MGDM 2010 road tour MALAY2 - mrm.gov.my · Setibanya di pondok pengawal, Mat Salih yang dimaksudkan nampak tercari-cari tetamu yang di undang, Hah, rupanya ... Malaysia Good Design

MGDM 2010 - EDISI JELAJAH

En. Zuljar Sebagai Project Leader program MGDM dan dibantu oleh En. Mazlan Markon sedang menerangkan promosi program MGDM kepada En. Ahmad, Pengarah Urusan ZUZA Sdn Bhd, salah sebuah syarikat Bumiputera yang berjaya di dalam perusahan sos.

Pengembaraan Road Tour MGDM 2010.

Bermula seawal pagi pada 8.00

pagi 12.7.2010, diketuai oleh En.Zuljar sebagai ketua projek untuk program Malaysia Good Design Mark

(MGDM) dan dibantu oleh En. Mazlan Markon serta En. Quzailan Abdul

Rahman telah bertolak ke bahagian utara Malaysia dengan satu tekad dan niat, ‘Kami akan

memperkenallkan kepada anda syarikat-syarikat di Utara apa itu

MGDM.

Suasana yang tenang dan cuaca

yang amat mendamaikan seolah-olah

mengiringi perjalanan kami ke negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Syarikat Gadengmas Enterprise

Perjalanan yang mengambil masa yang agak panjang dan meletihkan di

rehatkan dengan hentian pertama kami di Syarikat Gadengmas.

Syarikat Gadengmas adalah syarikat Bumiputera yang di terajui oleh En. Zamri Ismail. Berbekalkan

pengalaman lebih 10 tahun di dalam bidang rekabentuk dan pembuatan

produk hadiah, cenderamata dan piala, syarikat Radengmas merupakan syarikat yang mempunyai

kepakaran yang tinggi dan sebagai

syarikat bumiputera, Gadengmas sepatutnya layak mendapat

pengiktirafan, sesuai dengan kepakaran, kehalusan pembuatan, daya kreativiti yang dipamerkan.

Radengmas juga adalah syarikat yang mempunyai potensi besar untuk

mengambil bahagian dalam program MGDM pada tahun ini di dalam kategori kraf.

Dengan menampilkan berbagai

jenis teknik terkini di dalam proses pembuatan, tidak keterlaluan jika pujian besar harus diberi kerana

kesediaan syarikat Radengmas untuk menyertai MGDM pada tahun ini.

Pengembaraan kami bermula...

Pasukan MGDM jelajah 2010 - singgah di Gadengmas sebagai destinasi pertama di Juru Pulau Pinang dengan melalui laluan yang agak mencabar.

Produk kraf keluaran Gadengmas yang berpotensi untuk menyertai program MGDM 2010.

Page 4: MGDM 2010 road tour MALAY2 - mrm.gov.my · Setibanya di pondok pengawal, Mat Salih yang dimaksudkan nampak tercari-cari tetamu yang di undang, Hah, rupanya ... Malaysia Good Design

MGDM 2010 - EDISI JELAJAH

Syarikat HPA Marketing Sdn Bhd

Mungkin ini adalah kali pertama

anda mendengar nama Radix, tetapi tidak bagi saya yang telah biasa menggunakan produk keluaran HPA

Marketing Sdn Bhd ini. Dengan pengetahuan yang amat luas dalam

bidang perubatan herba sejak kecil lagi. Kebanyakan ‘ilmu herba’ ini diperolehi daripada datuknya, Tuan

Haji Ismail, Pengarah Urusan syarikat

HPA Marketing dengan berani telah mengorak langkah dengan satu

tekad, iaitu menyediakan satu alternatif yang lebih selamat kepada pesakit dengan memperkenalkan

kaeedah rawatan berasaskan herba.

jelajah kami bersambung ke Era Edar...

rasa lebih sihat bila berada di HPA Marketing

Kembara hari ke-2 kami

Kembara hari kedua diteruskan

dengan melawat ke salah sebuah syarikat yang memasarkan produk kesihatan berasaskan herba

yang terbesar di negara kita dan

terkenal dengan kelahiran produk yang sangat terkenal seperti produk Examo 500, Gamogen dan banyak

lagi. Syarikat yang dimaksudkan ialah

Era Edar Marketing Sdn Bhd

yang bertapak di Napoh, Kedah. Kedatangan kami disambut

mesra oleh Dr. yang bertindak

sebagai Pengarah Urusan.

En. Zuljar memberi penerangan secara mendalam berkaitan program MGDM kepada Pengarah Urusan Era Edar Marketing.

Page 5: MGDM 2010 road tour MALAY2 - mrm.gov.my · Setibanya di pondok pengawal, Mat Salih yang dimaksudkan nampak tercari-cari tetamu yang di undang, Hah, rupanya ... Malaysia Good Design

MGDM 2010 - EDISI JELAJAH

Tidak dinafikan HPA adalah sebuah syarikat bumiputera yang

mempunyai empayar yang gah dalam perniagaan mereka. Dengan impian yang besar dan sokongan daripada

segenap lapisan kakitangan yang amat komited, HPA Sdn Bhd telah

melebarkan sayap perniagaannya dengan memperkenalkan RFC (Radix Fried Chicken), iaitu konsep

perniagaan berasaskan makanan yang agak serupa dengan KFC.

Tidak sampai setahun perniagaan ini dijalankan, sambutan yang diterima adalah di luar jangkaan. Apa

yang menariknya, rekabentuk premis perniagaan, rekabentuk kerusi meja,

penggunaan pinggan mangkuk, rekabentuk pembungkusan dan

rekabentuk dalaman (interior Design)menggunakan kepakaran unit Kreatif milik HPA sendiri. HPA telah

membelanjakan satu peruntukkan khas dengan tertubuhnya HPA

Creative, di mana unit kreatif ini bertanggungjawab membangunkan semua rekabentuk untuk kegunaan

HAP seperti rekabentuk pembungkusan produk, hiasan

dalaman, rekabentuk signboard, poster, ‘merchadising’, media dan sebagainya. Unit HPA Kreatif ini

diterajui oleh en. Sayf Ahmad Basri, sebagai Creative Director.

Berbekalkan pengalaman yang ditimba dari pelbagai agensi, beliau

dengan berani menerima cabaran untuk melakukan penjenamaan semula(‘re-branding’) HPA melalui

rekabentuk visual dan rekabentuk surface.

Hari esok, kami diundang oleh pihak pengurusan HPA untuk

melawat Restoran Oriental Cruisene yang telah diadaptasikan oleh seni

rekaan yang berkonsepkan ‘chinese influence’ dan juga diundang untuk berada sehari di gurun El-Zahraa,

khabarnya sedang ‘panas’ saat ini.

KFC kini sudah ada pesaing...

Page 6: MGDM 2010 road tour MALAY2 - mrm.gov.my · Setibanya di pondok pengawal, Mat Salih yang dimaksudkan nampak tercari-cari tetamu yang di undang, Hah, rupanya ... Malaysia Good Design

MGDM 2010 - EDISI JELAJAH

RFC (Radix Fried Chicken) Sg. Petani Kedah, mempamerkan rekaan seni dalam yang berani dengan menggunakan kobinasi warna yang kontras dan berlawanan seperti warna jingga dan hitam, Kombinasi warna ini dapat menimbulkan sentuhan keceriaan dan keyakinan kepada pelanggan, sesuai dengan slogan mereka di dalam penyediaan makanan iaitu ‘Halallan Toyyiba’.

Kombinasi warna jingga dan warna gelap sememangnya dapat

menimbulkan suasana moden dan berani. Kebiasaannya kombinasi warna panas dan warna sejuk adalah

pilihan pereka-pereka hiasan dalaman. Ini kerana kombinasi warna

tersebut mempunyai nilai dan kesan keseimbangan yang terbaik. Walaupun begitu, tidak salah untuk

mencuba sesuatu yang baru, kerana apapun yang kita lakukan, ianya akan

mendapat respon dari pelanggan.

Pemilihan rekabentuk kerusi , meja dan juga warna yang digunakan

memperlihatkan ketelitian pihak HPA untuk memberi padanan yang terbaik kepada perkakas yang akan mengisi

ruang RFC ini. Mengikut maklum balas dari En. Sayf, Pereka HPA

Creative, ramai pelanggan tertarik dan menggemari sentuhan warna, perkakas, ‘signage system’, susun

atur dan rekabentuk bahan promosi yang telah dicetuskan oleh pihak HPA

RFC ini.

RFC adalah jawapannya...

Page 7: MGDM 2010 road tour MALAY2 - mrm.gov.my · Setibanya di pondok pengawal, Mat Salih yang dimaksudkan nampak tercari-cari tetamu yang di undang, Hah, rupanya ... Malaysia Good Design

MGDM 2010 - EDISI JELAJAH

Semalam di El- Zahraa

Wow... itulah ungkapan pertama

yang terkeluar dari mulut kami, apabila dibawa masuk ke kawasan lobi hotel El- Zahraa yang terletak di

Sg.Petani Kedah. Kebetulan lawatan kami di HPA Radix Cola di Merbok

dan HPA Creative baru sahaja selesai. Siang pun sudah lama bertukar malam, jadi kami dipelawa

untuk bermalam di sini dengan bayaran yang istimewa. Kebetulan

juga El-Zahraa adalah destinasi lawatan kami seterusnya. Menurut En. Sayf, El- Zahraa dibangunkan

dengan menerapkan elemen-elemen rekabentuk yang bercirikan kesenian

Arab. Katanya lagi konsep ini dipilih adalah sebagai konsep yang sama sepertimana yang telah diterapkan

pada semua produk keluaran HPA, termasuklah dengan pembinaan

Hotel El - Zahraa ini. Lebih kurang 1 jam, dengan

ditemani oleh tiga orang kakitangan HPA, kami telah dibawa

melawat kesemua jenis bilik dan ruang di dalam hotel El -Zahraa ini. Ternyata pemilihan produk dekoratif

dan seni rekaan dalamannya adalah bercirikan seni Islam. Produk

dekoratif seperti lampu gantung, tombol pintu, seri reka laluan di tangga, dekoratif hiasan dinding,

boleh dikatakan pemilihan kesemua produk tersebut dibuat secara teliti

dan saling melengkapi.

Setelah lebih kurang sejam sesi

‘tour’, kami ditawarkan untuk menginap di bilik yang agak besar

untuk tiga orang. Di dalam bilik , kami tidak diam membelek ke semua peralatan, perkakas dan hiasan yang

ada di dalam bilik, manalah tahu kalau-kalau ada diantara perkakas

tersebut ‘made in Arab’, kata kami sambil berpandangan antara satu sama lain.

wah!, kami di El - Zahraa, ‘panasnya’...

Page 8: MGDM 2010 road tour MALAY2 - mrm.gov.my · Setibanya di pondok pengawal, Mat Salih yang dimaksudkan nampak tercari-cari tetamu yang di undang, Hah, rupanya ... Malaysia Good Design

MGDM 2010 - EDISI JELAJAH

Permata di Langkawi

Satu bentuk penghormatan dan

pujian harus diberikan sejajar dengan pencapaian anak muda ini di dalam bidang rekabentuk pembuatan

kristal.

Bermula dengan pengetahuan dan pembelajaran secara khusus yang ditimba di Universiti Teknologi

Mara (UiTM) pada tahun 1989 - 1990, dan selepas itu melangkah jauh ke

negara burung Kiwi, iaitu dengan melanjutkan pelajaran di dalam bidang Glass Blowing & Production

di Wanganui Universiti, New Zealand.

Berpengalaman di beberapa syarikat yang beroreintasikan

pembuatan kristal seperti di Industri Kristal Malaysia, (INKRASMA) dan Langkawi Kristal, Faizy merasakan

bidang ini merupakan bidang pembuatan yang menerapkan elemen

rekabentuk sebagai elemen utamanya. Tanpa menoleh ke belakang, beliau terus aktif dan

sehingga kini telah bertahan selama lebih 12 tahun.

Berbekalkan minat yang mendalam dan keinginan yang tinggi

untuk memajukan industri kristal di Malaysia, beliau nekad berjuang.

En. Kamarul Faizy Roslan, Pengarah Urusan Faizy Crystal Glass Blowing Sdn Bhd disamping hasil rekaan kristal berbagai corak dan bentuk yang beliau usahakan dan mempunyai nilai komersil yang tinggi di kalangan peminat kristal tempatan mahupun luar negara.

‘kilauan’ Faizy...

Page 9: MGDM 2010 road tour MALAY2 - mrm.gov.my · Setibanya di pondok pengawal, Mat Salih yang dimaksudkan nampak tercari-cari tetamu yang di undang, Hah, rupanya ... Malaysia Good Design

MGDM 2010 - EDISI JELAJAH

Mata kami asyik melihat kilauan kristal yang begitu mempersonakan.

Walaupun hampir empat jam berada di Faizy Kristal, tidak ada sedikit rasa jemu dan letih hinggap di fikiran

kami, rasanya di sini, kami menggunakan hampir ke semua

pancaindera untuk menikmati keunikan dan kecantikan kilauan kristal yang mempersonakan.

Tambah bertuah lagi, En. Faizy membenarkan kami merakamkan

gambar-gambar produk kristal keluaran beliau, setelah di beri lampu hijau, kami terus merakamkan foto-

foto yang berkualiti untuk di muatkan ke dalam penerbitan MRM.

En. Faizy juga membawa kami untuk sesi ‘tour’ di mana kami

diperkenalkan kepada kakitangan Faizy Kristal dan juga ke tempat

proses pembuatan yang terletak di bahagian belakang ‘showroom’.

Bercakap berkenaan bentuk rekaan, rekabentuk yang berasaskan

flora dan fauna dan kehidupan marin adalah sumber yang menjadi rujukan kepada Faizy ketika beliau berkarya,

menurut beliau, konsep tersebut di pilih adalah disebabkan lokasi pulau

Langkawi yang penuh dengan aspirasi yang belum cukup di terokai dan di kaji sedalamnya.

Menurut beliau lagi, bentuk flora

dan fauna menjadi pilihan ramai pembeli di mana mereka sering menjadikan rekaan Faizy kristal

sebagai item dekorasi di rumah, selain itu, bentuk rekaan yang lebih

kecil kerap menjadi pilihan pelancong luar negara, ini adalah disebabkan urusan dan masalah logistik dan isu

keselamatan produk. Rekaan alam benda yang di bentuk gayakan

dengan gaya yang lebih menarik juga turut menjadi pilihan Faizy.

Page 10: MGDM 2010 road tour MALAY2 - mrm.gov.my · Setibanya di pondok pengawal, Mat Salih yang dimaksudkan nampak tercari-cari tetamu yang di undang, Hah, rupanya ... Malaysia Good Design

MGDM 2010 - EDISI JELAJAH

Sekarang kami mula memahami, bukan senang sebenarnya untuk

menghasilkan produk kristal ini. Disamping memerlukan minat dan daya kreativiti yang tinggi, ianya juga

memerlukan daya tahan diri yang maksimun, ini kerana, para pembuat

produk kristal akan terdedah kepada kepanasan ‘ketuhar’ yang berfungsi untuk melembutkan kristal sebelum

ianya ditiup dan dibentuk mengikut bentuk yang diinginkan.

Menyentuh kepada proses pembuatan ini, Faizy menegaskan

beliau sentiasa mencuba beberapa proses dan teknik pembuatan baru,

walaupun gagal, kerana pada beliau jika telah berada di dalam industri rekabentuk, persaingan adalah

sangat tinggi, dan untuk berjaya, kita

mesti berani mencuba sesuatu yang baru.

Terjunnya beliau di dalam industri ini adalah dengan satu azam dan

niat, iaitu untuk membuktikan dan membuka mata dunia, bahawa anak

Malaysia juga mempunyai kemahiran, kreativiti yang tinggi dan berupaya untuk menghasilkan produk hiasan

dan kraf yang boleh diterima di peringkat antarabangsa.

Berbekalkan pengalaman, kemahiran, dan daya kreativiti yang

tinggi, tidak hairanlah jika produk Faizy Kristal berjaya memasuki

gedung Harrolds sejak tahun 2008 lagi. Ini sebenarnya sebagai kayu pengukur kerana bukan sesuatu yang

mudah mudah untuk bertapak di gedung terkenal itu.

Proses pembuatan kristal yang memerlukan kemahiran membentuk yang tinggi di samping daya ketahanan akibat terdedah kepada kepanasan melampau.

Kristal mentah dibakar di dalam ketuhar khas yang mempunyai kepanasan yang amat tinggi, setelah dibakar, kristal kemudiannya akan dibentuk mengikut rekabentuk yang telah dirancang.

Page 11: MGDM 2010 road tour MALAY2 - mrm.gov.my · Setibanya di pondok pengawal, Mat Salih yang dimaksudkan nampak tercari-cari tetamu yang di undang, Hah, rupanya ... Malaysia Good Design

MGDM 2010 - EDISI JELAJAH

Promosi, promosi, promosi....

Kami tiba di NAZA Automotive

Manufacturing Sdn Bhd pada waktu tengahari, kami terpegun dengan barisan ribuan kereta NAZA di

kawasan lapang. Kereta impian kami Peugeot 308 turut berada disana.

Teruja dengan rekabentuk kereta tersebut, kami terus merenungnya dan berharap akan memilikinya satu

hari nanti.

Semasa di dalam kereta, sementara berbincang dengan siapa kami akan berurusan, En. Mazlan

Markon memberitahu, Kami bakal disambut oleh seseorang yang

bernama ‘Rod’.

Wow, bertuahnya!, Mat Salih yang layan kita, kata kami dengan

rasa bangga. Setibanya di pondok pengawal, Mat Salih yang dimaksudkan nampak tercari-cari

tetamu yang di undang, Hah, rupanya Mat Salih yang dimaksudkan adalah

orang melayu yang telah diversikan dengan gelaran berbunyi Mat Salih. Kamarul Adni, Assistant Manager

Bahagian Research & Development Department telah menyambut kami

dengan mesra dan terus membawa kami ke bilik mesyuarat yang terletak di tingkat 1, bangunan NAZA yang

gah ini, baik Mat Salih ni, detik hatiku.

Di hadiri oleh 3 orang kakitangan NAZA yang berpengalaman di dalam

bidang reka bentuk dan pembuatan, proses promosi dan penerangan

MGDM berjalan lancar. Mereka menampakkan minat untuk menyertai program pengiktirafan ini, dan kami

berharap terdapat 2 hingga 3 produk NAZA dapat menerima anugerah

pada tahun ini. Sebelum balik kami di bawa melawat ke ruang yang dibenarkan sahaja, Rakaman gambar

tidak dibenarkan sama sekali, jadi tidak hairanlah jika tidak banyak

gambar dapat dipamerkan untuk sesi promosi MGDM ke NAZA ini. Walau bagaimana pun kami berpuas hati

dengan layanan dan komitmen yang ditunjukkan. Selepas itu kami

bergegas pula ke MODENAS juga untuk tujuan yang sama.

Cinta pandang pertama kami di NAZA...

Bangunan NAZA Automotive manufacturing Sdn Bhd yang terletak di Kawasan Perindustrian, Gurun Kedah.

Perbincangan dan promosi MGDM Road Tour ke NAZA di hadiri oleh pereka-pereka kanan NAZA bahagian ‘Styling Section’ dan R&D.

Page 12: MGDM 2010 road tour MALAY2 - mrm.gov.my · Setibanya di pondok pengawal, Mat Salih yang dimaksudkan nampak tercari-cari tetamu yang di undang, Hah, rupanya ... Malaysia Good Design

MGDM 2010 - EDISI JELAJAH

Lawatan kami di Modenas merupakan lawatan ke

kilang pembuatan motorsikal Nasional yang pertama. Kami di sambut

oleh Roslee Baharom, Pereka Kanan di bahagian

‘Product Planning Department’, Research & Development Division.

Tiada rakaman dibuat, kerana kami di tegah sama sekali untuk merakamkan apa jua bentuk foto, kerana

ianya adalah polisi syarikat yang tidak mahu maklumat berkenaan produk baru ‘keluar’ melalui saluran yang tidak di benarkan. Kami paham berkenaan polisi tersebut

dan kami akur. Sesi lawatan kami di modenas di mulakan dengan sesi menghadiri ‘survey’ berkenaan rancangan

Modenas untuk mengeluarkan model baru. apa jua bentuk dan maklumatnya, kami telah ‘di ikat’ dengan menanda tangani surat perjanjian untuk tidak

mendedahkan maklumat ini di dalam apa jua bentuk

hebahan. cukup lah kami maklumkan bahawa

Modenas sentiasa aktif mereka bentuk model-model baru dengan sentuhan dari pereka tempatan untuk bersaing secara adil melalui keunikkan rekabentuk di dalam

pasaran yang di dominasi oleh motor-motor Jepun.

Apa yang menjadi keutamaan kami adalah, untuk membuka ruang dan peluang kepada MODENAS untuk turut mempromosikan produk Modenas melalui program

Malaysia Good Design Mark (MGDM) yang dapat

menambah keyakinan bakal pembeli melalui pengiktirafan rekabentuk

yang terbaik. Kami juga dimaklumkan melalui

perbincangan tersebut, Modenas bersetuju untuk meghantar sekurang-

kurangnya 1 model motorsikal modenas untuk

tujuan menyertai MGDM pada tahun ini.

MAJLIS REKABENTUK MALAYSIA, Tingkat 26, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam, SelangorTel : 03 5510 4714 / 4715 / 4717 Faks : 03 5510 4720 email : [email protected] wesite: [email protected]

MGDM JELAJAH 2010

Diketuai oleh ! ! : Zuljar JaafarDibantu oleh ! ! : Mazlan MarkonPenulis & Design Layout! : Quzailan Abdul Rahman Disunting oleh ! ! : Mohamed Alisham & Terjemahan! ! : Muhammad Alisam Ismail & Amaleena Zafira